Khamis, 16 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : Sebab mereka dibunuh ... Pembahagian hasil penjualan tanah RM29juta

Posted: 16 Sep 2010 09:52 PM PDT

Lokasi pembunuhan Sosilawati bersama 3 lagi di Ladang Gadong, Tg Sepat
KUALA LUMPUR: Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya dikatakan dirancang rapi oleh suspek utama kes itu selepas timbul masalah wang hasil jualan sebidang tanah di Pulau Pinang milik mereka dan dua lagi rakan kongsi.

Tanah seluas 12 hektar bernilai RM25 juta itu dibeli secara kongsi oleh keempat-empat mereka pada 24 Mac 2008 dan dikatakan dijual kepada seorang ahli perniagaan di Selangor pada harga RM29 juta, tahun lalu.

Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama yang juga peguam dan bertindak sebagai broker berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang, terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah. Seorang rakan kongsi tanah itu memberitahu Berita Harian, mereka membeli tanah tepi pantai berkenaan untuk tujuan pelaburan dengan Sosilawati menjadi pelabur terbesar.

"Atas persetujuan bersama, kami berempat termasuk suspek berkongsi membayar modal RM2.5 juta sebagai bayaran pendahuluan 10 peratus untuk membeli tanah itu.

"Apabila tanah itu dijual pada 2009 dengan harga RM29 juta, kami sepatutnya berkongsi keuntungan RM4 juta, bagaimanapun kami tidak menerima pulangan yang dijanjikan daripada peguam terbabit sehingga kini, kecuali modal," kata ahli perniagaan bergelar Datuk itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Kami pernah bertanyakan hal itu kepada suspek, namun dia memberikan alasan proses penjualan tanah belum selesai... ada kaveat ke atas tanah itu menyebabkan proses menukar nama tidak dapat dilakukan tanpa perintah mahkamah.
"Malah, suspek sentiasa menjelaskan kepada kami bertiga proses itu bukan mudah dan mengambil masa kerana membabitkan banyak prosedur mahkamah, selain meminta kami bersabar," katanya.

Ahli perniagaan itu berkata, kali terakhir mereka berempat bertemu kira-kira dua bulan lalu bagi membincangkannya, bagaimanapun suspek memberi alasan urusan berkenaan belum selesai.

Beliau mengaku mereka berempat sebagai rakan kongsi selalu berhubungan melalui telefon.

"Saya terkejut membaca mengenai kehilangan Sosilawati, disusuli berita pembunuhannya yang dikaitkan dengan peguam kami. Lebih mengejutkan cara Sosilawati dibunuh bersama tiga yang lain," katanya.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages; pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.

Sementara itu, seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk berasal dari Selangor mengesahkan beliau yang membeli tanah berkenaan pada harga RM29 juta daripada mereka berempat, tahun lalu.

Beliau yang meminta identitinya dirahsiakan, bagaimanapun menjelaskan bayaran tanah itu masih belum selesai sepenuhnya berikutan prosedur mahkamah.

"Setakat ini, saya sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus (RM2.9 juta) dan hanya menunggu proses kelulusan untuk bayaran penuh," katanya mengesahkan sudah menerima beberapa dokumen daripada suspek berhubung pembelian tanah itu dan percaya semua proses mengikut saluran undang-undang. - BH

Majlis Peguam : Polis lambat bertindak atas salah laku Peguam

Posted: 16 Sep 2010 09:40 PM PDT


Majlis Peguam: Polis Lambat Bertindak Kes Salah Laku Peguam
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam memecat kira-kira 30 hingga 40 peguam setiap tahun kerana pelbagai kesalahan namun tiada sebarang tindakan lanjut oleh polis walaupun laporan telah dibuat.

Sehubungan itu, Presidennya, K. Ragunath meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam yang menyalahi undang-undang seperti terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

"Dalam Majlis Peguam, kita memiliki sebuah lembaga disiplin yang tegas dan berdikari bagi menangani peguam menyeleweng, namun, hanya itulah kuasa yang kami ada, kami tidak berkuasa menghantar mereka ke penjara.

"Isu kami di sini ialah polis lambat bertindak dalam kes sedemikian. Kami bersedia membantu polis jika mereka ingin mengambil tindakan rasmi terhadap peguam menyeleweng," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fasa Keenam: Badan Kehakiman dan sambutan Festival Jalanan Hari Malaysia pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menyarankan supaya Majlis Peguam mengaudit anggotanya bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Saranan itu dibuat berikutan pembunuhann kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, yang dilaporkan didalangi dua peguam adik-beradik.

Dalam pada itu, Ragunath menggesa pihak media dan rakyat di negara ini agar memberi ruang kepada polis melengkapkan siasatan dan menyelesaikan isu berkenaan, tanpa melemparkan sebarang tuduhan sehingga mereka yang ditahan berhubung kes itu didapati bersalah.

"Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah isu serta dakwaan yang disiarkan pihak media mengenai kes ini mungkin boleh menyebabkan keadaan menjadi bahaya dan prejudis.

"Jika anda inginkan sabitan (dalam kes pembunuhan ini), anda mesti memberikan polis sedikit ruang bagi mereka melengkapkan siasatan. Jika terdapat sebarang kekaburan (dalam kes ini), kita tidak mahu berlaku situasi di mana seseorang itu telah didakwa di mahkamah dan kemudian terpaksa dibebaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Jadi tolonglah, saya mohon kepada pihak media dan orang ramai agar memberikan polis sedikit ruang, mereka telah melakukan tugas yang cemerlang apabila mampu menyelesaikan kes berkenaan, namun, mereka yang ditahan adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Siasatan kemudiannya mendedahkan keempat-empat mereka dibunuh di sebuah ladang ayam di Sungai Gadong dekat Tanjung Sepat, Selangor sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai di kawasan berhampiran ladang milik peguam bergelar Datuk itu. - mStar

Kes Sosilawati : POLIS jumpa fragmen tulang di dasar sungai

Posted: 16 Sep 2010 07:45 PM PDT


KUALA LANGAT: Sungai Panchau dekat sini kemungkinan memiliki lebih banyak rahsia mengerikan daripada yang dibayangkan.

Di sebalik air sungai yang keruh itu mengandungi ratusan fragmen tulang manusia, dipercayai dijadikan sebagai 'kubur berair' bagi mangsa bunuh.

Difahamkan, polis menjumpai lebih 300 fragmen tulang manusia dari dasar sungai yang terletak hanya antara empat dan lima kilometer daripada ladang berlakunya pembunuhan empat individu.

Menurut seorang pakar yang mengendalikan pembakaran mayat sejak 20 tahun, apabila badan manusia itu dibakar, ia akan meninggalkan kira-kira 20 sehingga 25 fragmen tulang yang dapat dilihat.

Setakat ini, polis sedang menyiasat pembunuhan ngeri jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dan mengesahkan sekurang-kuranya lapan laporan mengenai individu hilang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ke berkenaan.

Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu dan seminggu selepas itu cebisan mayat mereka dijumpai dalam Sungai Panchau dan beberapa sungai lain berhampiran Ladang Gadong.

Jumlah fragmen tulang yang banyak menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai mereka yang lain mungkin dibunuh di ladang terbabit sebelum Sosilawati bersama tiga individu.

Sumber yang mempunyai kaitan dalam penyiasatan itu berkata, fragmen tulang dianalisis oleh pasukan khas forensik dan jabatan kimia bagi mengenal pasti latar belakang mereka.

Pasukan polis forensik memulakan pencarian di sungai berkenaan sejak Ahad lalu dan menjumpai dua pisau, beberapa jam tangan dan barangan kemas.

Polis telah melantik dua pasukan khas manakala penyiasat melakukan tugas mereka sepanjang masa di lokasi kejadian.

Polis turut meneliti laporan kehilangan beberapa individu yang tidak diselesaikan sejak beberapa tahun lalu bagi mengenal pasti terdapat kaitan dengan suspek utama yang merupakan adik-beradik peguam.

"Diharapkan, kita dapat menyelesaikan beberapa kes yang dibuka semula dengan petunjuk-petunjuk baru ini," menurut satu sumber.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, satu pasukan khas kini menyiasat semua laporan kehilangan individu yang mempunyai kaitan dengan suspek.

"Tiada satu pun akan terkecuali dan semua laporan orang hilang akan disiasat," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pada Ahad, terdapat empat kes orang hilang yang disiasat semula berdasarkan laporan polis dibuat oleh keluarga yang mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam.

Satu sumber berkata, antara mereka yang hilang dipercayai 'dihapuskan' adalah seorang warga India, seorang wanita tempatan dan dua lelaki.

Difahamkan polis di bahagian pemalsuan wang akan memohon Majlis Peguam supaya aset dua peguam terbabit dibekukan. - mStar

Kes Sosilawati : Persiapan untuk membunuh disediakan seawal jam 10 pagi 30 Ogos

Posted: 16 Sep 2010 12:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Taktik siasatan polis berdasarkan teori 'No Body, No Murder' digunakan suspek utama yang juga seorang peguam berstatus Datuk dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dekat sini, baru-baru ini.

Teori itu dikatakan digunakan suspek ketika dia cuba menghapuskan segala bukti fizikal dengan membakar semua mayat sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

Malah bagi mengelirukan polis, suspek turut membuang abu mayat mangsa, barangan peribadi, senjata digunakan dan bahan yang ada kaitan dengan kes itu ke dalam beberapa sungai yang terletak berhampiran ladang berkenaan. Dengan perancangan rapi dilakukannya, lelaki berkenaan disifatkan sebagai bijak kerana mengetahui cara terbaik menghapuskan barangan kes.

Sebagai peguam, dia sendiri mengetahui ketiadaan bukti fizikal seperti mayat atau senjata pembunuhan akan menyulitkan pihak polis untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah andai kata dia tertangkap.

Malah, dia boleh dianggap sebagai 'Mastermind' kerana menggunakan pekerjanya sendiri sebagai budak suruhan dengan meminta mereka melakukan pembunuhan terbabit tanpa dia perlu 'menyentuh' semua mangsa.

Selain itu, kuasa wang turut digunakan untuk membayar gaji tambahan kepada setiap pekerjanya yang sanggup melakukan pembunuhan kejam terbabit.

Jumlah ganjaran yang diberikan kepada setiap pekerjanya juga dikatakan mencecah ribuan ringgit membuatkan mereka setia dan patuh dengan arahan yang diberikan majikan mereka itu. Setakat ini, polis sudah menemui beberapa tulang dalam kawasan ladang yang dijadikan tempat pembakaran semua mangsa terbabit.

Menurut sumber forensik, biarpun tulang ditemui, namun ia belum menentukan ia milik empat mangsa terbabit kerana mungkin ia adalah tulang haiwan atau tulang orang lain.

"Buat masa ini, kita sudah menghantar semua tulang berkenaan ke makmal untuk dilakukan ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan setakat ini kes terbabit agak sukar untuk diklasifikasikan sebagai bunuh.

"Semuanya bergantung kepada hasil laporan ujian DNA yang dilakukan itu," katanya. Sehingga kini, kematian Sosilawati, pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, belum dapat dipastikan kesahihannya kerana memerlukan ujian DNA.

Bagaimanapun, selepas enam hari penahanan lapan suspek, polis menemui pelbagai petunjuk yang mungkin mampu membawa suspek ke muka pengadilan. Biarpun pelbagai barang peribadi milik mangsa sudah ditemui, namun apa yang dinanti kini hasil laporan ujian DNA yang dilakukan bagi menentukan sama ada sepadan dengan mangsa dan kerja terbabit perlu dilakukan dengan teliti berikutan membabitkan mangsa yang ramai.

Selain itu, motif sebenar pembunuhan kejam terbabit turut masih belum diketahui bagaimanapun siasatan awal polis mendapati ia berkaitan dengan wang dalam urus niaga jual beli tanah antara Sosilawati dan peguam berkenaan.

Bagi menutup rahsianya, peguam terbabit dikatakan sanggup membunuh semua mangsa semata-mata tidak mahu perbuatan kejamnya itu terbongkar.

Malah, pembunuhan kejam itu juga dikatakan turut dirancang peguam terbabit berikutan dia terlebih dulu menghubungi pekerjanya kira-kira jam 10 pagi 30 Ogos lalu meminta mereka menyediakan 'persiapan' untuk membunuh. - Metro

Kes Sosilawati : Ikhlas tawar bantuan pada anak2 Sosilawati untuk teruskan perniagaan

Posted: 16 Sep 2010 06:32 AM PDT

Anak-anak Sosilawati bersama salah seorang keluarganya
KUALA LUMPUR: The Small and Medium Scale Entrepreneurs Organisation of Malaysia (Ikhlas) has offered to help the children of the late cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya to carry on their mother's business.

Its president, Mohd Ridzuan Abdullah, said the organisation could help them in terms of publicity and business promotion.

However, the matter has yet to be discussed with Sosilawati's children since they were still mourning the death of their mother, he told reporters after attending a 'tahlil' (prayer) session at Sosilawati's house here.

Sosilawati, 47, CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, driver Kamaruddin Shamsudin, 44, and lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, were reported missing on Aug 30 after leaving for Banting over a land deal.

Police confirmed that the four of them were brutally murdered before their bodies were burnt and the ashes thrown into rivers near Ladang Gadong, Tanjung Sepat, near Banting.

Meanwhile, Selangor State Assembly Deputy Speaker Haniza Mohamed Talha, who also attended the event, said core human values should be inculcated in the people to prevent such brutality. - Malay Mail

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Najib dan UMNO Buat Lawak Pasal Kes Sosilawati dan Sabah

Posted: 16 Sep 2010 05:20 AM PDT


Lagi lawak baru..

Aku tengok berita TV 1.

Dah tu ada la..berita yang bejalan kat bahagian bawah tu kan..aku baca la ..

dia tulis lebih kurang mmbawa maksud..

UMNO sekian kawasan bersedia untuk menguruskan majlis pengkebumian salah seorang mangsa bunuh KES SOSILAWATI..

ahahahahaha lawak tol..wei..takkan orng dah KO pun ko nak politik..agak2 la..kalau bapak orang lain mampus ko ada nak uruskan ke???

Lagi satu,Najib puji PDRM sbb dapat selesaikan kes ini dengan cepat..ceh..kalau aku repot yg mesin motong rumput bapak aku yg hilang pada 2008 tu kat polis..korang fikir polis leh selesaikan ke???..tu kes budak2 hilang,kes buang anak..leh ke polis selesaikan??ni nak buat lawak lak nk buat hukum bunuh,surat kabau pun canang yg Nik Aziz setuju,skang aku tanya,camna nak carik mak budak yg buang anak tu,apa adakah semua rakyat Malaysia ni telah difailkan DNA masing2?

Time aku tengok berita tu,pemberita tu pun baca la skrip dia,rakyat Sandakan mengalukan Najib di sana,Najib pun kuar la kat TV,dok besyarah yg dia ngn BN nk buat jalan la..yg lagi kelakar,pemberita tu baca yang rakyat Sandakan menyatakan bahawa Najib PM yg mendengar suara akar umbi..wei..ini sudah kes bepolitik..takkan masa Hari Malaysia pun nak amik kesempatan bepolitik..aik halal plak..kalau LIM GUAN ENG berucap bernadakan politik kat rumah terbuka Hari Raya korang bising..buat perutusan Hari Merdeka berbaur politik korang bisin??ini blogger UMNO tk leh nampak lak..bangang betul..ini bukan demokrasi la namanya..ini nama dia UMNOKRASI...semua yg UMNO buat adalah HALAL...

Ahahahahahaha wei jangn buat lawak,suara akar umbi konon,kalau ye nak TAWAN SEMULA SELANGOR,datang la Sungai Pelek area aku ni,sejak jadi PM tak penah nampak muka pun,Pak Lah pun penah lalu depan rumah aku..ala dalam keta dia la..apa ni??kata nk Selamatkan Selangor...bla la...korang tengok gamba kat atas tu..itu aku tk tau la..dia imposekan gamba cite saving prebet rayen kot...ahaha jangn prebet lapok sudah.. ahahahahahahahaha UMNO DAN NAJIB MMG SATU JENAKA DI MALAYSIA ku yg tecinta ni..

Sekian lawak NAJIB sempena 16 September..

Menjadi2 melampau2 klakau lak si Najib ni ye..patut Rosmah leh tunggu dia.. kelakau orngnye...

ahahahahahahaha

Assalamualaikum warahmatullah

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kisah Bujang Susah

Posted: 16 Sep 2010 08:24 PM PDT

-Santai-
Man berasal dari kampung di sebuah daerah di Johor. Selepas SPM dia tak sambung belajar macam kawan-kawan, berhijrah ke JB kerja kilang. Mula kerja gajinya sudah cecah seribu, kira lumayan juga. Dapat juga beli moto yang jadi idamannya sejak sekolah dulu, kalau muda sebegitu, kalau tak ada moto kira tak sah. Duduk rumah sewa 5-6 orang di JB sangat menyeronokkan bagi orang muda sepertinya. Setiap bulan gajinya habis selepas bayar moto, sewa rumah dan kasi ibu bapa di kampung.

Dua tahun kerja di kilang, rasakan dirinya terlalu enjoy. Awek yang jambu-jambu pun ramai di kilang. Ramai juga yang senang diajak keluar makan dan jalan-jalan naik moto walaupun taklah sampai buat maksiat. Man pulak kira hensem juga orangnya, cute gitu. Maka selepas 2 tahun kerja kilang, Man ambil keputusan berhenti kerja. Puncanya, kerja penat dan banyak tekanan. Duit pun kira tak ada simpan lansung, tiap bulan habis. Man pun ambil keputusan berhenti kerja dan nak jual burger di sebuah taman di JB. Dia ada juga pengalaman, masa sekolah kat kampung dulu ada juga tolong kawan dia jual burger malam-malam.

Bermodalkan tak sampai seribu, Man beranikan diri buka sebuah gerai burger berhampiran kilang yang lengkap dengan gerai steel, payung dan lain-lain. Kira lengkaplah sebagai gerai burger. Sebulan pertama adalah sakit sikit berniaga, masuk bulan kedua, ketiga dan seterusnya kira untung juga. Dia niaga dari jam 3.00 petang hingga maghrib setiap hari dan banyaklah masa dia berehat. Man tak beritahu ibu bapanya yang dia dah berhenti kerja di JB tapi ibu dia syak juga. Kalau balik kampung, cuti dah tak berkira sangat. Dulu masa kerja kilang memang payah nak cuti, hari cuti pun buat o.t.

Beberapa bulan kemudian, Man berpindah lokasi berniaga. Kali ini di kawasan perumahan yang jadi tumpuan ramai. Sebelum berpindah ke situ, Man buat kajian juga. Memang sudah ada 4 orang jual burger di situ tapi pembeli tetap ramai. Man beli dan makan burger satu persatu dari 4 kedai tu. Bila Man rasa burger dia orang tu, kira Man rasa burger dia agaknya sama juga atau mungkin burger Man lagi sedap. Yang ramai di situ pekerja kilang di apartment yang dijadikan asrama dan macam-macam kerja termasuk kakitangan kerajaan. Dibawanya gerai tempat lamanya ke situ.

Di tempat barunya dia menyewa RM 30 sebulan dari tuan kedai bersebelahan. Abang tauke kedai tu kira macam nak tolong jer tu. Kira itu bayaran untuk eletrik bagi sebuah lampu panjang yang ditarik ke gerainya. Di sini, dia berniaga dari jam 6.00 petang hingga 12.00 malam hampir setiap hari. Lama-kelamaan perniagaannya semakin maju dan mempunyai ramai pelanggan. Beberapa bulan di situ, pendapatannya jauh melebihi gajinya di kilang dulu dan lebih dari tempat niaga lamanya. Dia sudah mampu menyewa rumah bawah RM 500 sebulan berhampiran gerainya dan tinggal seorang diri. Rumahnya dijadikan tempat menyimpan barang keperluan dan ada sebuah peti sejuk beku yang mahal juga harganya.

Beberapa tahun berniaga, purata keuntungan harian adalah 200 sehari, bermakna 6000 sebulan. Dia mampu menggaji seorang pekerja lelaki lepasan sekolah dengan gaji RM30 sehari. Keuntungannya dari hari ke hari terus meningkat sehingga 400 sehari atau 12,000 sebulan. Dia sudah mampu membeli sebuah van nissan terpakai untuk memudahkan pergerakan dan mengangkut barang ke gerai. Man sudah tidak segan silu lagi memberitahu ibu bapanya di kampung yang dia sudah tidak kerja kilang lagi, sebaliknya berniaga burger di JB. Suatu hari tu, ibunya terkejut kerana Man balik kampung bawa kereta baru Proton Waja yang dibeli secara tunai, bukan hutang tau.

Suatu hari ibunya minta dia balik kampung untuk kenduri arwah nenek. Rupanya malam tersebut, ibunya ada hajat lain iaitu untuk nak perkenalkan dengan jiran sekampung, anak perempuan kawan ibunya.

"Man belum bersedia mak untuk kahwin, Man rasa macam muda lagi". Man.

Ibunya tak boleh cakap apa, hampalah juga maknya nak berbesan dengan kawan satu kumpulan yasin di kampung tu. Anak dara yang ditengok Man hari tu cantik orangnya dan kira standart muka artis juga gitu. Pandai masak dan menjahit, kira cukuplah nak jadi isteri ikut firasat ibunya.

 'Umur dah 27 kata masih muda'. Fikir ibu dia, kenapalah anak sulung dia ni begini. Tapi terfikir juga ibu dia, inilah anak-anak sekarang, bukan nak cari jodoh yang mak ayah carikan. Dulu lainlah, mak ayah dia kawin bercinta lepas berkahwin, pun bahagia juga. Tapi budak sekarang, semua nak cari sendiri.

Di kampung, Man rasa rimas, rasa nak balik cepat je ke JB. Nampak sangat gelisah. Ada sesuatu yang Man fikirkan. Dalam hati dia berkata,

"Kalau tahulah mak nak jodohkan dengan anak kawan mak, lebih baik tak balik kampung hari tu". Bisik hati Man.

Rupanya Man ada menyimpan hati pada seorang anak dara lain yang selalu beli burger di gerainya  di JB. Bermula dari situ, hatinya terus tertawan dengan keayuan gadis itu. Biasa datang beli dah dekat maghrib naik kereta, Man pasti sikat rambut sebelum maghrib untuk tunggu gadis itu datang, hampir setiap hari juga. Di situlah cintanya berputik. Nak mengorat ni, Man bukannya pandai, masa sekolah dulu asyik tak ada makwe jer. Nak ngorat awek sikit, dah kena kebas dengan lelaki lain yang pandai ayat. Man ayat apa yang  pandai, ayat merapu dia pandailah.

Tapi sekarang dalam usia 27 tahun, Man sudah lain, bukan zaman sekolah lagi. Tapi macammana yer, nak dijadikan makwe dia boleh ker ?  Man tak berani nak cakap, cuma Man peramah masa  gadis itu datang beli burger dengan kereta Proton Satria merahnya.

"Hai.. apa kabar hari ni?" Man.

"Khabar baik. Kasi burger macam biasa satu yer ". Gadis tu.

Buat burger buat burger juga, tapi Man asyik menjeling je pada gadis tu. Bila perasan Man selalu pandang, gadis tu tersenyum, menyerlahkan keayuannya. Man macam tak pandai nak goda-goda perempuan ni. Sampai Man nak tanya nama pun tak berani, apa lagi nak berkenalan lanjut.  Lagi pun, masa gadis tu datang, biasanya ada orang lain juga datang nak beli. Bertambah-tambahlah malunya Man. Tapi Man rasa sesuatu juga. Hampir setiap hari juga gadis ni datang beli burger. Jadi kalau sehari gadis tu tak datang, tidur Man memang tak lena. Mula rasa cemburu kalau-kalau gadis ni dah pindah pergi beli burger lain. Tapi rupanya tidak, kalau gadis tu keluar ke kedai, pasti tak tinggal beli burgernya. Man pun rasa, gadis ni bukan setakat sukakan burgernya, tapi mungkin juga sukakannya hehehe. Masalahnya bagaimana yer nak mulakan ? Susah tu...

....BERSAMBUNG KE EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/sudah-nasibku-mat-burger-episod-2.html (episod 2)

Dipetik dari blog Kadhi Muda johor  : Ust.Mohd Khalil

One Malaysia?,Apa? Apa itu One malaysia?

Posted: 16 Sep 2010 07:17 PM PDT



Apa sebenarnya misi dan matlamat gagasan "Satu Malaysia"
Pencapaian diutamakan,Rakyat didahulukan?
Pencapaian siapa,dan untuk apa?Pencapaian kakitangan kerajaan kah atau pencapaian rasuah yang makin berleluasa sekarang..

Rakyat diutamakan?yang kita nampak cuma rakyat yang menyokong kerajaan saja yang diutamakan.
Apa misi dan visi satu malaysia.Adakah nak menyatukan pelbagai kaum di Malaysia sehinggakan mengorbankan jati diri dan nilai bangsa -bangsa di Malaysia terutama Melayu Islam.
Adakah maksud satu Malaysia bermaksud nak menyatukan semua bangsa di Malaysia termasuk agama?seperti iklan raya TV3 yang di tarik balik itu.

Blogger pro kerajaan sendiri pun tak dapat memberikan maklumat yang jelas bila ditanya tentang konsep 1 Malaysia ni,apatah lagi kalau ada pelancong atau pelabur luar bertanya tentang gagasan 1 Malaysia.

Persoalannya ,adakah konsep 1 Malaysia dapat mengerakkan rakyat kearah lebih mencintai dan menghayati agama sekaligus mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial dikalangan anak-anak muda?Jika berjaya Alhamdulillah,tapi apa yang kita nampak tidak ada apa-apa perubahanpun.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


EKSLUSIF: Gambar-gambar mahligai wakil rakyat Umno Pulau Pinang!..(video inside)

Posted: 16 Sep 2010 09:03 PM PDT

Oleh: Pria Malaya

Ekslufif untuk anda, dari team blogger Pakatan Rakyat...saksikan gambar-gambar Mahligai wakil rakyat (ADUN) Umno Pulau Pinang 'VS' rumah rakyat Pulau Pinang!..

p/s: sila tonton video di bawah untuk 'pandangan' lebih jelas...TQ



Ini rumah ketua pembangkang P.Pinang. Bila tidur asyik termimpi 13 Mei...


Ini rumah Melayu paling terpinggir di Kepala Batas..sian dia..tiada siapa nak bantu baiki atau nak naik taraf rumah dia...

Memang benarlah Melayu P.Pinang memang terpinggir...



Ini pula rumah mantan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang di Balik Pulau..Yusmadi menang di Parlimen Balik Pulau sebab Dr Helmi berkempen untuk Yusmadi sebab Yusmadi orang Balik Pulau tulen..

Kebetulan pula Yusmadi lawan dengan calon Pak Lah orang Bayan Lepas bukan orang Balik Pulau tulen...sebab itu di Balik Pulau agak unik sikit..3 Dun dalam Parlimen Balik Pulau UMNO menang tetapi Parlimen Balik Pulau UMNO kalah..macam Hulu Selangor...inilah sebab sebenar Yusmadi menang...



Ini rumah mantan Exco Belia dan Sukan P.Pinang dekat Pantai Robina...


Rumah orang kuat Pak Lah di Kepala Batas......satu lagi rumah di Sg Petani...


Rumah Ustaz Shabudin ada lagi satu...laaaaagi besar....


Ini rumah lama Arif Shah yang memang arif tentang judi bola di Seberang Jaya...rumah baru tak sempat nak ambil daaa...


Rumah Jasmin di Sg Dua..orang harapan Syariff Omar...


Yang ini rumah Tok Mud..hujan lebat sangat bila sharpshooter sampai di depan rumah dia di Taman Ilmu. Sebelum ini suruh kawan tolong ambil gambar rumah tok Mud tetapi malangnya macam-macam alasan...tu pun jangan...nak jadi pejuang juga...jangan buat alasan tetapi carilah jalan..


Ini pula rumah mantan Exco Perumahan P.Pinang di Kg Seronok. Tahun 2004 sharpshooter bertanding menentangnya...tetapi tahun 2004 semua calon Keadilan kalah kecuali Kak Wan seorang saja...:-)

Anda nak tahu apa 'jasa besar' YB Exco Perumahan pada orang Melayu P.Pinang...anda boleh baca di sini.



Ini pula rumah saudagar herba di Balik Pulau...


Ini pula rumah Tok Non dekat kelab Golf Jawi...boleh ajak Zahrain main golf di sini bila Zahrain, Fairus dan Zulkifli Noordin pejuang dan Wira Agama, Bangsa dan Negara balik dari Gaza lawan tentera Israel...Israel dah angkat bendera putih...hebat sungguh pejuang kita...anda patut berbangga dan bersyukur...


Yang ini pula rumah Ali gemok yang terlibat dengan skandal 6000 permit teksi bersama Nazri Aziz tetapi macam biasalah kes profile tinggi selalunya entahlah tak tau apa jadi...

Video ini pula "antara dua darjat" rumah wakil rakyat umno p.pinang dengan rumah rakyat...jangan risau bukan video 'sx18' macam ketua MCA...Video 'U' untuk tontonan Umum...selamat menonton...


VIDEO: rumah yb umno.flv



Sumber: Credit buat blooger Sharpshooter

POSTER HANGAT sempena pembukaan sekolah anak luar nikah kerajaan Umno negeri Melaka!

Posted: 16 Sep 2010 05:04 PM PDT



Sekolah Anak Luar Nikah (SALUN): Benda baik Umno buat kita mesti sokong....

Oleh: Pria Malaya

Korang ni kalau tak berpolitik sehari tak boleh ke? kalau benda baik umno buat kita mesti sokong...hari ni diberitakan sekolah anak luar nikah pertama di Melaka akan dibuka (patutnya semalam, tp umno xingat 16 september cuti HARI MALAYSIA..terima kasih DSAI n PR atas idea cuti ini)...

So, ada baiknya kita membantu dengan mempromosi sekolah anak luar nikah ini..bkn apa, utk anak2 bangsa kita jugak kan...so sebarkan poster kat atas ni pada anak-anak muda khususnya di tempat2 hiburan, konsert sure heboh, pub, dan lain2..

Beri mereka alternatif, beri mereka sokongan moral...sekurang2nya kita dapat membantu sesama kita anak bangsa Melayu kita!..hidup Melayu!..sekian harap maklum...


Sekolah Harapan beroperasi esok (Hari ini)



MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.

"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

- Kosmo

GEMPAR: Lim Guan Eng belanjakan RM 6,500 utk hanya sebuah rumah kaum Cina!!..(video inside)

Posted: 16 Sep 2010 10:24 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

"Ini perkauman!! rasis!!"

Pada 2 September 2010, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah turun padang menghulurkan bantuan bagi membaiki sebuah rumah keluarga miskin yang dhaif di Jalan Lintang, Air Itam, Penang..kos membaik pulih rumah tersebut menelan belanja kira-kira RM 6,500!..

RM 6,500 untuk sebuah rumah kaum/bangsa MELAYU?!!...korang fikirlah sendiri...

p/s: Maaf, sengaja tajuk diolah sedemikian utk menarik perhatian puak2 gerombolan..kalian hanya perlu ubah tajuk di atas dari perkataan 'Cina' kepada 'Melayu'....sumber - FB Lim Guan Eng
Penulis yakin, andai LGE pertaruhkan wang sebanyak itu utk membantu keluarga Cina atau India di tempatnya, pasti isu ini akan menjadi hangat di laman web, blog penyokong rasis Umno...maka segala maki hamun, sumpah seranah ditaburkan ke atas KM Pulau Pinang, termasuklah PAS yg turut mendapat tempiasnya..

Mereka akan bangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan untuk menghasut rakyat membenci PR, termasuk PAS itu sendiri...begitulah adat parti perkauman Umno, perjuangan assobiyah yang melampau ternyata menghilangkan kewarasan mereka dlm berfikir dan bertindak..fikir2kan..wallahua'lam...

Di bawah adalah gambar2 KM LGE melawat sebuah keluarga Melayu di Kg Air Itam, dan menghulurkan RM 6,500 bagi kerja2 pembaikan rumah tersebut..






















Berikut pula adalah aktiviti turun padang oleh ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen bagi membantu masyarakat Melayu yang memerlukan di kawasannya di Bukit Tengah..berita sebegini tidak akan sesekali masuk di dada akhbar Utusan Malaysia....

BERITA 1 (sumber)



KEBUN SIREH (15 September)– Gambar kenangan Syarifah Fazylah (tengah) bersama abangnya, Syed Hilmi (dua,kiri) dan adik, Syed Mohd Rais (kanan) ketika ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen mengunjungi arwah Zainab beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.



YB Ong Chin Wen turut hadir pada hari pengkebumian Ibu tersayang Syarifah Fazylah dan beliau memberi sumbangan RM500 kepada keluarga Syarifah.

BERITA 2 (sumber)



JURU (14 September)– Seorang warga emas, Hasnah Bidin,66, yang mengalami penyakit tiroid, lega setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah YB Ong Chin Wen bermurah hati memberikannya kerusi roda. Selain Hasnah, tiga lagi penerima uzur turut menerima kerusi roda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah.



Artikel berkaitan (mesti tengok):
- Koleksi wakil rakyat non-muslim dr PR bantu masyarakat Melayu/Islam

Bicara Gambar @ Pria Malaya (siri 8)

Posted: 16 Sep 2010 09:01 AM PDT

BICARA GAMBAR 1



Keterangan gambar: 16 September 2010 - Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat, YB Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama ADUN Manik Urai, Yb Abe Uji bergambar bersama pemimpin dan rakyat kawasan Manik Urai di 'Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Kuala Krai 2010' di Dataran Sg. Durian..sungguh meriah majlis ini dengan kehadiran orang ramai diserikan dengan pelbagai juadah hari raya yang istimewa...lagi gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 2



Keterangan gambar: 16 September 2010 - ADUN Salor dan juga EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa disambut meriah oleh jawatankuasa Maahad Saniah Pasir Putih di Majlis 'Sambutan Aidilfitri & Pelancaran Dana Pembangunan Maahad Saniah 2010'..antara lain yang hadir pada majlis ini ialah YB Drs Zainudin ADUN Limbungan, YB Muhammad bin Husin Ahli Parlimen Pasir Putih serta YAB MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...lagi gambar di sini..

BICARA GAMBAR 3



Keterangan gambar: 16 September 2010 - YAB MB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan raut wajah ceria menghadiri rumah terbuka Ahli Parlimen Machang merangkap Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), YB Saifuddin Nasution di kediamannya di Machang..turut hadir ialah Dato' Paduka Husam Musa..suasana meriah jelas terasa apabila melihat pelbagai lapisan masyarakat menghadiri rumah terbuka pemimpin mereka..lagi gambar menarik boleh lihat di sini...

Arkib 'Bicara Gambar @ Pria Malaya' (BGPM):
BGPM1 | BGPM2 | BGPM3 | BGPM4 | BGPM5 | BGPM6 | BGPM7

MERIAH: Gambar sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah 2010M/1431H

Posted: 16 Sep 2010 05:19 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Meriah, cukup meriah!..itulah perasan yang dapat digambarkan tatkala melihat kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai kaum ke Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan negeri2 Pakatan Rakyat pada tahun ini!..rakyat di setiap pelusuk negeri sanggup hadir dari jauh semata-mata mahu bersama Menteri Besar dan Ketua Menterinya menyambut Aidilfitri..jelas terpancar perasaan gembira, ceria dan terharu di wajah mereka..

Apa yang menarik, sambutan kali ini menerima kunjungan yang hebat dari rakyat non-muslim...sungguh harmonis dan tenteram kehidupan mereka pelbagai kaum dan agama..tahniah diucapkan kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di 4 buah negeri, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang...kami rakyat tetap bersama anda!








































































ANGKUH: Sikap penyokong Umno dalam isu kematian arwah Dato Sosilawati...

Posted: 16 Sep 2010 12:12 AM PDT


(Klik gambar di atas utk paparan lebih jelas)

Oleh: Pria Malaya

Berkatalah seorang hamba Allah, Hussaini Abdul Karim:
"Tolong bantu untuk mencari Datuk Sosilawati, jutawan kosmetik terkenal....Dilaporkan hilang sejak seminggu, berita Radio dan TV dan disemua akhbar-akhbar bahasa Melayu...

Salaams...- HAK"
Maka dijawab seorag facebooker fanatik Umno @ Suara Dari Bumi:
"maaf tak ada kaitan dengan aku...lantak dia le"
Ini antara dialog seorang hamba Allah dengan seorang penyokong tegar Umno di dunia facebook...di kala para blogger Umno menghentam dan memfitnah penyokong/blogger PAS kononnya tidak berminat untuk mengangkat dan membela isu kematian Dato Sosilawati, tiba2 kita dikejutkan dengan satu kenyataan angkuh lagi sombong penyokong tegar Umno berkaitan isu ini..

Siapakah penyokong Umno ini a.k.a 'Suara Dari Bumi' ini?..bagi mereka yg kerap 'berpolitik' di alam facebook, mereka pasti mengenali facebooker tegar Umno ini, paling tidak pun akan terjumpa dengan gambar-gambar fitnah oleh penyokong tegar Umno ini..ternyata tugas beliau adalah menghasilkan gambar/foto yang telah diedit utk disebarkan di ruang2 maya, khususnya dunia facebook...boleh lihat antara contoh2 di bawah...














Dan banyak lagi sepertimana gambar printscreen di bawah...kalian boleh lihat di sini..



Identiti 'Suara Dari Bumi' ini pernah dideahkan oleh seorang Facebooker dari Pakatan Rakyat menggunakan nama samaran 'Bumiputra Berjaya'..boleh lihat pendedahannya di sini..yg nyata, jumudian Umno ini rapat dengan pimpinan atasan Umno...

Untuk yg terakhirnya, penulis minta agar penyokong/blogger Umno tidak lagi mempolitikkan isu ini..jika tidak, penulis tiada pilihan lain selain menjawab balik tuduhan2 liar oleh blogger Umno ini...ini prinsip penulis...pada Papa Gomo dan rakan seangkatannya, cukuplah mempolitikkan isu ini, kalau tidak 'rasailah sendiri!'...semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain...wallahua'lam...