Rabu, 15 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Bicara Gambar @ Pria Malaya (siri 7)

Posted: 15 Sep 2010 09:27 PM PDT

BICARA GAMBAR 1



Keterangan gambar: 12 September 2010..Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Naib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS Pusat, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sedang menyampaikan duit raya kpd kanak-kanak yg hadir di 'Majlis Rumah Terbuka dan Himpunan Anak Muda di Perantauan'..Ini adalah kali pertama majlis ini diadakan PAS Pahang..kehadiran adalah sangat menggalakkan dan penuh warna-warni..lain2 gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 2



Keterangan gambar: 15 September 2010 - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sedang asyik melayan mesra para tetamunya di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 anjuran kerajaan negeri Kedah, di perkarangan Sri Mentaloon...apa yang menarik, masyarakat pelbagai kaum turut tidak ketinggalan memeriahkan majlis kali ini bersama YAB Menteri Besar..lebih 3 ribu rakyat Kedah dianggarkan telah menghadiri Rumah Terbuka kali ini...lagi gambar boleh lihat di sini dan di sini..

BICARA GAMBAR 3



Keterangan gambar: 1 September 2010 - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menyampaikan 'duit raya' pada kakitangan2 kerajaan di 'Majlis Penyampaian Duit Raya' anjuran kerajaan negeri di dewan Komtar...pegawai awam yang menerima antaranya MPSP, MPPP, Pejabat Daerah, Warisan Dunia Georgetown Inc, PDC, PBA dan lain2..ribuan hadirin hadir pada majlis ini dari pelbagai kaum dan agama...lain2 gambar di sini..

Arkib 'Bicara Gambar @ Pria Malaya' (BGPM):
BGPM1 | BGPM2 | BGPM3 | BGPM4 | BGPM5 | BGPM6

Edisi Khas sempena Hari Malaysia yang ke-47: Mari kenali sejarah cuti 'Hari Malaysia'...(video inside)

Posted: 15 Sep 2010 12:52 PM PDT



Semenjak PM mengistiharkan hari cuti umum bagi tarikh kemerdekaan Sabah, Sarawak sebagai hari tertubuhnya Malaysia, ramai tertanya-tanya, bukankah dahulu kerajaan menentang penubuhan hari bersejarah ini?

Media massa tidak kira Utusan, TV3, dan lain2nya bersungguh2 menentang idea ini…kononnya atas dasar ia bertelagah dengan hari kemerdekaan negara, alasan lain agak terlalu 'politiking' saya kurang berminat, tp idea ia 'bercanggah' dengan hari kemerdekaan agak 'rasional' pd ketika itu… tp hari ini, ia sudah diiktiraf hari bersejarah.






Jika anda baca sebahagian dari laporan2 lama Akhbar Utusan Malaysia di bawah, anda akan lihat, betapa umno sangat terdesak utk menyerang Anwar Ibrahim sehingga sanggup menentang apa sahaja idea, cadangan dari beliau dan Pakatan Rakyat...mereka yg bukan pro-kerajaan, di'perlekeh' habis-habisan di ruangan surat pembaca, kononnnya utk memaparkan betapa ramai rakyat Malaysia (penyokong Umno je sebenarnya) membantah idea cuti 16 September....

Inilah kesan apabila segala benda hendak dipolitikkan..apa salahnya awal2 dahulu cadangan ini didengar dan diperhalusi, benda yang baik dr parti politik mana sekalipun kita terima...so, bila kita "CIPLAK" idea individu berkenaan tanpa menyatakan ia adalah hasil idea dan cadangan pihak berkenaan (Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat), tidaklah ia "mencemarkan" jati diri sendiri? menunjukkan betapa diri ego dan sombong?...Kata org, "orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa"..

Di hari baik, bulan baik ini, tidak salah bagi media massa dan kerajaan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini yang hampir menyebabkan hari bersejarah ini hampir tidak terlaksana. Saya yakin, rakyat akan terima permohonan maaf mereka walaupun hari ulangtahunnya sudah 'terlepas' lebih kurang 46 kali!..

Dibawah, dilampirkan segala kutukmaki, kecam hina kerajaan Umno/Bn terhadap idea cuti 16 September yg dicetuskan oleh Pakatan Rakyat...anda pasti akan 'teruja' dengan apa yg dikatakan oleh sesetengah pemimpin kita berkenaan hari bersejarah ini sebelum ini, ini tidak termasuk apa yg keluar di akhbar2 lain dan media televisyen lainnya..

Mari kita tinjau kembali laporan berita dari arkib 'Utusan Malaysia'....


1. ARKIB : 02/09/2008 -Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ketika dihubungi berkata, cadangan pemberian cuti umum pada 16 September tidak sesuai kerana negara ini sudah pun mempunyai cuti kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos.

"Lagi pun negara ini sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum, bagi saya memadai dengan cuti 31 Ogos," katanya.

Jelas beliau, pemberian cuti umum yang terlalu banyak tidak elok untuk produktiviti pekerja dan ia sudah memadai dengan cuti umum yang sedia ada.
2. ARKIB UTUSAN – ruangan SMS : 04/09/2008
JANGAN pengaruhi kami yang berpendapatan rendah ini dengan 'agenda' anda. Anwar, 16 September adalah hari mencari rezeki, cukuplah dengan cuti umum 31 Ogos.

BOSAN

KENAPA pula kelepasan am pada 16 September? Kalau semua sudah cuti siapa yang akan hadir majlis 'angkat sumpah' PM baru kononnya?

HAMID JB

SAYA harap lenyapkan angan- angan hendak jadikan 16 September cuti umum. Mungkin ramai yang setuju dapat cuti tambahan terutama bagi pekerja sektor awam dan swasta. Buat apalah beria-ia sangat mahu membazir masa.

0199919XXX

SAYA amat setuju dengan penulis Zaini Hasan di ruangan Cuit Utusan Malaysia semalam. Isunya I0 September, bukan I6 September. Ramai orang cuba melupakannya. Jangan lupa kata pepatah, pelanduk yang lupakan jerat tapi jerat tak lupa pelanduk.

0194434XXX

TINDAKAN Nik Aziz menyokong cuti pada 16 September amat memalukan, tidak ubah seperti lalang ditiup angin.

MAN ENDA

NAMA pun pembangkang. Apa yang kerajaan BN buat semuanya tak betul! Jadilah pembangkang yang berkarisma seperti Tan Chee Koon, Lee Lam Thye dan Asri Muda.
3. ARKIB : 04/09/2008 – Cuti 16 September hanya muslihat Anwar
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggembar-gemburkan bahawa tarikh 16 September wajar diisytiharkan sebagai cuti umum merupakan satu bentuk muslihat untuk membeli 'perasaan' rakyat Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.

Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.

"Anwar telah berjanji kepada rakyat bahawa dia akan membentuk kerajaan baru pada 16 September dan secara tiba-tiba juga mahu menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum.

"Ini semua muslihat Anwar, dia memang bijak untuk memikat hati rakyat, tetapi dia lupa yang rakyat kini semakin matang dan mereka tidak mudah ditipu dengan sebarang fakta yang tidak berasas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya pimpinan pembangkang di lima buah negeri mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum.

Anwar berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah sama seperti 31 Ogos.

Vui Keong berkata, sejak 45 tahun lalu, rakyat Sabah dan Sarawak telah dapat menerima tarikh 31 Ogos sebagai satu-satunya tarikh kemerdekaan negara.
4. ARKIB : 03/09/2008 – Anwar 'terlalu teruja' tarikh 16 September (oleh lidah pengarang Utusan)
Apabila pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berakhir pada 26 Ogos lalu dan disusuli dengan majlis angkat sumpah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dua hari kemudian, ramai yang berpendapat maka redalah sedikit arena politik negara.

Mereka ingin melupakan seketika soal politik, tetapi malang sekali, ketika kita berada dalam bulan penuh keberkatan ini masih ada pemimpin politik yang terus berpolitik 24 jam.

Ini jelas apabila Anwar secara tiba-tiba mencadangkan supaya lima negeri yang kini dikuasai pembangkang menjadikan 16 September sebagai cuti umum – kononnya atas alasan, ia hari bersejarah memandangkan hari penubuhan Malaysia.

Sebenarnya, Anwar dan 16 September tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu sempena Ramadan, Anwar tidak mahu rakyat lupa tarikh tersebut, beliau mahu rakyat sentiasa ingat bahawa 16 September ada impian pembangkang yang harus dilunaskan. Anwar benar-benar teruja dengan 16 September, beliau sudah tidak sabar lagi untuk ke Putrajaya biar apa cara politik sekalipun.

Justeru bagi mengelakkan rakyat terlupa, Anwar secara tiba-tiba mengemukakan cadangan mengenai cuti umum itu, kononnya atas alasan "kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah."

Persoalannya siapakah yang menipu rakyat? Selama ini kerajaan tidak pernah menipu rakyat mengenai tarikh 16 September. Tarikh berkenaan sejak turun temurun lagi amat difahami oleh rak- yat Malaysia sebagai tarikh penubuhan Malaysia, malah setiap tahun, tarikh itu pasti akan dikenang terutama oleh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia juga adalah hari ulang tahun pasukan tersebut.

Anwar sengaja terus membangkitkan soal 16 September kerana merasakan kedudukan politik pembangkang semakin tergugat apabila Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jumaat lalu mendapat respons yang positif daripada rakyat.

Anwar memahami memberi cuti adalah cara terbaik untuk mengambil hati rakyat. Apa yang penting melalui pendekatan memberi cuti ini pembangkang akan menjadi popular.
5. ARKIB : 03/09/2008 – Shabery anggap Pas hipokrit
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan tidak seharusnya bersikap hipokrit apabila hendak menjadikan 16 September sebagai cuti umum, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan Kelantan setuju dengan cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan 16 September iaitu tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia sebagai cuti umum.

Ahmad Shabery berkata, adakah dengan sekadar mempertikaikan tarikh tersebut sebagai cuti umum, kesilapan masa lampau Pas Kelantan yang menentang usaha Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan pemimpin terdahulu dapat dilupakan begitu sahaja.

Katanya adakah orang seperti Tunku Abdul Rahman tidak cukup semangat Malaysianya hanya kerana tidak mengisytiharkan cuti pada masa tersebut.

6. ARKIB ruangan SMS – Utusan : 03/09/2008
SMS

019-292XXXX

PAKATAN Rakyat ingin menyerlahkan kepada dunia betapa jahilnya mereka dalam menilai sejarah negara dan jati diri nasional, lantaran mahu memberi cuti umum pada 16 September.

DEN GOMBAK

16 SEPTEMBER, cuti atau tidak tidak penting. Untuk perpaduan negara, adakah baik kita ada dua perayaan kemerdekaan? Kenapa masa menjadi TPM tidak cadangkan? Anehnya negeri Semenanjung yang hendak cuti!

013-936XXXX

ADALAH lebih baik Anwar Ibrahim 'beri' cuti sepanjang tahun. Ini lebih baik, tidak payahlah cuti runcit-runcit.
Dan banyak lagi dari pelbagai sumber media2 ampu kerajaan..itu belum lagi di campur dengan kenyataan/atikel/posting angkuh lagi sombong oleh penyokong2 jumudian Umno di blog2, laman web, forum politik dan lain2..

Dibawah pula, dilampirkan kenyataan Anwar dan pakatan Rakyat tantang idea dan cadangan cuti 16 September sempena meraikan Hari Malaysia...


7. ARKIB UTUSAN : 02/09/2008 – Anwar cadang 16 Sept. cuti umum (Idea asal penubuhan hari Malaysia)
BUTTERWORTH 1 Sept. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya pimpinan pembangkang di lima negeri yang dikuasai pakatan pembangkang mengisytiharkan 16 September ini sebagai cuti umum.

Beliau berkata, cuti umum itu wajar kerana 16 September adalah tarikh ulang tahun penubuhan Malaysia dan ia merupakan hari bersejarah, sama seperti 31 Ogos.

"Kita mahu membuktikan kepada rakyat bahawa pakatan pembangkang tidak mahu menipu sejarah. Tarikh (16 September) ini merupakan hari yang amat bersejarah.

"Jadi, kita harap lima negeri yang kita kuasai sekarang boleh diberi cuti umum pada 16 September ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangannya dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya Pas negeri, Saleh Man.

Kit Siang yang turut berucap pada majlis itu mencadangkan perkara yang sama.

Untuk yang terakhirnya, SELAMAT ULANGTAHUN HARI MALAYSIA YANG KE-47...semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera di hari2 yang akan datang, di bawah sinar pemerintahan kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat, insyaAllah...

Sesungguhnya segala kekuasaan adalah hak milik mutlak yang Maha Berkuasa, yang dipinjamkan sementara kepada hambanya, utk diuji sebagai khalifah di muka bumi...akhir kalam, Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur, insyaAllah, wallahua'lam..






Sumber: FB Khairulrijal Arshad (setelah diolah dan diedit oleh penulis)







BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)

Posted: 15 Sep 2010 06:54 AM PDT





Oleh: Pria Malaya

Nampaknya belum puas penyokong Umno mempolitikkan isu pembunuhan kejam arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain..selepas satu persatu isu ini cuba dipolitikkan mengikut selera mereka...

Terbaru, mereka menghasut rakyat, bahawa suspek yg membunuh arwah adalah dari kalangan penyokong haram Hindraf...tidak cukup dengan kenyataan itu, dikaitnya Hindraf ini dengan Pakatan Rakyat...dakwa mereka, ramai penyokong Hindraf adalah penyokong Pakatan Rakyat, maka suspek adalah orang Pakatan Rakyat..

Maka, para pengikut taksub blogger Umno ini mula percaya bulat-bulat, seterusnya memanjangkan berita palsu ke segenap ruang maya....




Namun ternyata mereka lupa, bahawasanya Umno di bawah pemerintahan Najib telah mengiktiraf pertubuhan haram ini secara tidak langsung..Umno bertanggungjawab memberi nafas baru kpd bekas pemimpin2 Hindraf yang pernah di ISA kan ini dgn penubuhan parti baru kaum India, Parti Makkal Sakhti Malaysa (MMSP)..

Sejarah menceritakan, selepas badan NGO terbesar kaum India ini diharamkan pada tahun 2008 dgn alasan mendatangkan ancaman kepada kerajaan, para pemimpin dan pengikut Hindraf telah memutuskan utk menubuhkan Parti Makkal Sakthi..akhirnya dengan sedikit 'tawar-menawar' antara bekas pemimpin Hindraf dan Umno, dan demi mendapatkan undi dan sokongan kaum India, Najib dengan murah hati dan bangganya merasmikan penubuhan parti kaum India ini..

Ternyata Najib sanggup mengorbankan prinsip yg diperjuangkan partinya demi sekaut sekongan bukan Melayu...



Memetik sejarah penubuhan Parti Makkal Sakhti Malaysia di laman web Wikipedia...
Parti Makkal Sakti Malaysia atau Malaysian Makkal Sakti Party (MMSP) ditubuhkan pada 11 Mei 2009 oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan. Parti itu diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R. S. Thanenthiran.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia , parti terbaru kaum India negara Malaysia pada 10 Oktober 2009 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Parti Makkal Sakti Malaysia berazam mahu menyaingi MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S Samy Vellu.

Walaupun MMSP mendakwa mereka bersifat berkecuali, tetapi ianya nyata cenderung ke arah BN yang dikatakan mendalangi penubuhan MMSP mengambil kesempatan gerakan Makkal Sakthi kumpulan HINDRAF.
Nah, lihatlah betapa sinonimnya pertubuhan haram ini dengan Umno/BN!...ternyata Umno juga ada 'saham'nya dalam menghidupkan kembali saki baki perjuang Hindraf!..mereka kini sudah punyai partinya sendiri!..



Adapun Pakatan Rakyat , pendiriannya tentang parti bekas penyokong pertubuhan haram ini pula telah dinyatakan secara jelas di dalam laporan berikut:
"Ini memang jelas ditaja oleh Barisan Nasional. Parti ini didaftarkan dalam masa yang sangat singkat, dalam beberapa minggu sahaja. Mengikut sejarah pendaftaran parti politik khususnya, ini dengan jelas menunjukkan bahawa ada sokongan langsung dari pemimpin atasan Barisan Nasional. Kalau tidak, parti ini tidak dapat didaftarkan dalam masa sesingkat itu.

"Bagi saya kemunculan satu lagi parti yang kononnya menjadi jaguh masyarakat India akan melemahkan lagi perwakilan politik masyarakat India kerana ia akan menyebabkan pemecahan dalam masyarakat India," katanya.

Menurutnya, penubuhan parti berkenaan juga tidak akan menggugat sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat.



Beliau juga yakin bahawa parti berkenaan juga bakal menerima nasib yang sama dengan Parti Bersatu India Malaysia yang ditubuhkan Datuk Nallakaruppan pada 25 November 2007.

"Bagi saya, parti-parti yang baru ini akhirnya tidak akan berjaya mendapat sokongan, seperti parti yang ditubuhkan Datuk Nallakruppan. Sudah hampir dua tahun parti beliau, yang juga nampak seperti ditaja Barisan Nasional, didaftar dalam masa singkat dan diberi sokongan jelas tetapi tidak berjaya mendapat sokongan. Tidak berjaya langsung mendapat sokongan dari masyarakat India.

Sivarasa berkata majoriti besar masyarakat India kini menukar pendirian dengan menolak Barisan Nasional kerana mereka sedar dipinggirkan sekian lama. - TVantara
Jelas di sini, betapa terdesaknya para penyokong Umno bawahan mempolitikkan isu ini dlm keadaan diri sendiri jahil dan tidak bermaklumat..berapa ramai manusia terutama para pengikut taksub parti berkenaan menjadi mangsa, tertipu dgn mainan politik blogger fanatik Umno..

Akhir kalam, semoga penyokong Umno muhasabah kembali perjuangan mereka..perjuangan yg penuh dengan hasad dan kekotoran, yg sanggup 'menghalalkan matlamat' demi keuntungan politik sementara, yg sanggup mereka dan menabur fitnah demi survival parti mereka....semoga artikel ini disebarkan...wallahua'lam..





VIDEO: A Glimpse of Malaysia Makkal Sakti Party



POSTER HANGAT sempena Drama bersiri Umno VS PERKASA...Sebarkan!!!

Posted: 15 Sep 2010 02:01 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sekilas ikan dilautan, kita boleh kenal mana satu jantan mana satu betina, 'sekilas' menonton drama bersiri 'Umno VS PERKASA', kita boleh kenal kedua2nya hipokrit, kedua2 bermuka-muka!...

PANAS: Ibrahim Ali akhirnya akui parti Cina kuasai Umno! Umno kini barua MCA!

Posted: 14 Sep 2010 11:54 PM PDT



"DAP sudah memperbodohkan PAS dan PKR. Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula. (Datuk Seri Dr Chua) Soi Lek, Presiden MCA pernah berkata tidak salah MCA sependapat dengan DAP atas isu kepentingan orang Cina. Ini tak salah?" - Ibrahim Ali

Berita sepenuhnya...

Isu Perkasa: Ibrahim kecewa parti kaum Cina kuasai Umno
Ibrahim mendakwa parti-parti Cina BN kini sudah "memperbodohkan Umno".

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA kini menguasai Umno yang minggu lalu mengisytiharkan pendiriannya menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan kepentingan orang Melayu itu.

Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) akan bertindak seolah-olah Pakatan Rakyat (PR) yang menurutnya parti-parti orang Melayu dan Islam seperti PAS dan PKR kini dikuasai oleh DAP.

"DAP sudah memperbodohkan PAS dan PKR. Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula. (Datuk Seri Dr Chua) Soi Lek, Presiden MCA pernah berkata tidak salah MCA sependapat dengan DAP atas isu kepentingan orang Cina. Ini tak salah.

"(Nampaknya) Pemimpin Umno terlalu bijak jika (hingga) mahu menjauhkan diri daripada Perkasa," kata Ibrahim dalam kenyataan menerusi SMS.

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini juga membidas kenyataan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha kelmarin berhubung sokongan yang dizahirkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Perkasa berjuang dan mahu membela hak orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Perkasa juga berkata kepentingan bukan Melayu yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan juga akan dilindungi.

"Jadi, apa kena-mengena dengan dakwaan bahawa Perkasa ektremis atau perkauman?

"Saya mengambil kisah kebajikan orang Cina di kawasan saya, saya menghadiri majlis pengagihan wang dan hamper kepada orang Cina yang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa di kawasan saya," katanya.

"Jadi, apa yang dimaksudkan dengan xenofobia? Jika Perkasa boleh datang dengan bukti-bukti seperti ini, saya mahu Kong sendiri membuat penjelasan.

"Adakah beliau mengecam tuntutan-tuntutan badan mewakili masyarakat Cina yang mahu kuota orang Melayu dan Bumiputera ditamatkan sebagai kenyataan rasis dan bercanggah dengan perlembagaan?" katanya.

Sehubungan itu kata beliau, adakah pihak berkenaan kecewa hanya kerana Dr Mahathir menyokong Perkasa.

"Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh beliau (Dr Mahathir)... dia ingat MCA saja kecewa, kita juga kecewa dengan golongan yang tak tahu hendak berterima kasih dan menghargai budi... MCA tidak dapat sokongan kerana orang Cina membenci pada pemimpinnya," katanya.

Kelmarin, MCA kesal dengan pendirian Dr Mahathir bahawa Umno tidak harus membelakangi Perkasa jika tidak mahu BN hilang sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

Jelas Kong, BN tidak harus sama sekali berkompromi dalam soal menjauhkan diri daripada Perkasa.

Kata Kong, MCA mengalu-alukan komen pelbagai pemimpin Umno yang mahu menjauhkan diri mereka daripada Perkasa yang dilihat mengambil pendirian berbaur perkauman atas alasan sebarang kerjasama dengan pertubuhan itu hanya akan menghakis sokongan kepada Umno.

Tegas pemimpin MCA itu, BN tidak boleh memikat sokongan ramai menerusi kerjasama dengan kumpulan-kumpulan ekstrem, sebaliknya memerlukan mandat daripada semua lapisan rakyat.

Oleh itu tambah Kong, sebarang ikatan dan kerjasama dengan pertubuhan ekstrem hanya akan menghakis undi kepada BN. - TheMalaysianInsider

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kes Sosilawati : Suspek utama dikaitkan dengan 9 lagi kes jenayah

Posted: 15 Sep 2010 11:00 PM PDT

KUALA LANGAT: Sebanyak sembilan kes jenayah dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain dilaporkan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, peguam yang bergelar Datuk itu dikatakan terbabit dengan tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah berjumlah RM7.1 juta di daerah ini.

"Ini termasuk dua laporan polis melibatkan kehilangan dua orang iaitu seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

"Kes ini dibuka semula untuk siasatan. Sedia maklum, kes jenayah komersial bukan cepat untuk diselesaikan maka perlu diteliti banyak dokumen dan menyoal siasat ramai saksi," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Ditanya sama ada terdapat pegawai atau anggota polis 'dibeli' oleh peguam terbabit bagi menutup kes tersebut, Khalid berkata, tiada laporan dibuat mengenainya setakat ini.

"Jika ada, laporkan kepada polis atau datang berjumpa dengan saya sendiri, ceritakan kepada saya apa maksud polis ini dibeli.

"Sudah semestinya perkara ini akan diambil tindakan sekiranya betul. Setakat ini, semuanya sekadar cakap-cakap saja.

"Kita tidak akan melindungi orang-orang kita yang menyeleweng atau mereka yang melindungi orang jahat," tegasnya. Selain itu, laporan lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan suspek adalah kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan berbangsa Cina.

Khalid berkata, kehilangan warga India dilaporkan kepada polis pada 8 September lalu dan berdasarkan siasatan, ia mempunyai kaitan dengan suspek kes bunuh Sosilawati.

"Walaupun kehilangannya pada awal tahun ini namun laporan mengenainya baru saja diterima polis pada 8 September lalu. Ia kini dalam siasatan polis," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kes bunuh seorang wanita India iaitu T.Selvi turut disyaki mempunyai kaitan dengan kes yang sama.

"Bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan meskipun suami mangsa membuat pelbagai ulasan dan mengaitkannya dengan suspek.

"Sebelum ini kami sudah melakukan siasatan awal terhadap kes itu namun sehingga kes baru melibatkan Sosilawati, belum ada petunjuk baru yang diperoleh," jelasnya.

Pun begitu, katanya, kes bunuh wanita itu tidak pernah ditutup kerana polis terus mendapatkan risikan serta maklumat untuk meneruskan siasatan.

"Sekarang kita sudah pun dapat petunjuk baru, maka kes ini terus disiasat," katanya lagi.

Selvi ditikam hingga mati di bahagian dada dan perut di kawasan rumahnya di Taman Cempaka dekat sini pada April 2009 kira-kira pukul 5 petang.

Suami mangsa, P. Balasandram, 54 mendakwa kematian isterinya pada tahun lalu mempunyai kaitan dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati.

Ini berikutan dia pernah menjalinkan kerjasama dengan suspek atas urusan pinjaman wang sejak 2006 dengan bertindak sebagai pemberi pinjaman mencecah berpuluh ribu ringgit manakala suspek pula menyediakan dokumen perjanjian.

Sosilawati bersama tiga individu lain telah dipukul sehingga mati dan kemudian dibakar dan abu dibuang di Sungai Panchau berhampiran lokasi kejadian di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat sini.

Selain Sosilawati, tiga individu lain adalah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Kesemua mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. - mStar

Helicopter Bomba Terhempas : 3 cedera 1 parah

Posted: 15 Sep 2010 10:36 PM PDT


Helikopter bomba dengan enam krew terhempas dekat Lanchang
TERKINI @ 01:17:15 PM

TEMERLOH, 16 Sept — Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dipercayai terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang kira-kira 9.30 pagi tadi.

Helikopter berkenaan dikatakan memantau laluan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari udara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, terdapat empat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan.

"Menurut maklumat awal, tiga anggota cedera, manakala seorang parah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.

"Pihak polis juga masih belum pasti jenis helikopter terbabit dan punca kejadian sebenar sama ada helikopter berkenaan terhempas atau melakukan pendaratan cemas," katanya. — Bernama

Kes Sosilawati + 3 : Suspek utama punya 10 pengawal peribadi termasuk 4 bekas anggota elit polis

Posted: 15 Sep 2010 08:18 PM PDT


GOMBAK: Datuk Sosilawati Lawiya tidak pernah memiliki senjata api atau pengawal peribadi bersenjata untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga sejak menceburi perniagaan kerana bencikan keganasan.

Abangnya, Mashadi Lawiya, 51, berkata adiknya itu tidak suka kepada kekerasan dan sentiasa percaya dengan rundingan untuk menyelesaikan masalah. "Sosila memang tak pernah berminat dengan senjata api seperti pistol atau mengupah pengawal peribadi yang mempunyai senjata bagi menjaga keselamatan dirinya dan keluarga. Dia khuatir jika memiliki senjata api atau mengupah pengawal peribadi bersenjata akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan keluarga... umpama senjata makan tuan. "Beliau sentiasa berpegang kepada prinsip hidup dan mati ditentukan oleh Tuhan," katanya semalam.

Mashadi juga berkata, pengasas syarikat kosmetik Nouvel les Visages itu tidak berniat bermalam di Banting selama tiga hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan hartanah seperti didakwa sebelum ini.

"Hanya pada 30 Ogos lalu, dia menghubungi seorang ahli keluarga kami dan memberitahu akan berada di Banting selama tiga hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan jual beli tanah," katanya.

Sementara itu, suspek utama kes dikatakan memiliki sekurang-kurangnya 10 pengawal peribadi bagi melindungi keselamatannya dan keluarga.
Difahamkan, pengawal terbabit kebanyakannya berpengalaman dan terlatih dalam tugas melindungi keselamatan kenamaan, termasuk empat bekas anggota elit polis.

Sumber rapat dengan suspek, berkata peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk itu terpaksa berbuat demikian kerana sentiasa berasakan keselamatannya dan keluarga terancam.

"Pengawal peribadi sentiasa mengikutinya, isteri dan anaknya ke mana mereka pergi," katanya.

Menurut sumber, penggunaan khidmat pengawal peribadi itu turut didorong pembabitannya dalam kegiatan samseng dan kongsi gelap di Banting - BH

Kes Sosilawati + 3 : Suspek utama punya personaliti psikoptik - Gila tanpa gangguan mental

Posted: 15 Sep 2010 07:49 PM PDT


INFO
Psikopatik

•Tidak sama dengan gila (skizofrenia atau psikosis) kerana penghidapnya sedar perbuatan yang dilakukan. Ia ditakrifkan sebagai orang gila tanpa gangguan mental.

•Berdasarkan kajian pakar perubatan, satu peratus daripada penduduk dunia menghidap psikopatik dan amat sukar dikesan serta disembuhkan.

•Dalam kegiatan jenayah, penghidap dikenali sebagai pembunuh, perogol dan perasuah. Lazimnya mempunyai penampilan sempurna, bijak dalam pertuturan, berkarisma, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan


Personaliti psikopatik boleh sorok peribadi sebenar

KUALA LUMPUR: Suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berkemungkinan mempunyai personaliti psikopatik, namun pakar psikiatri yakin peguam bergelar Datuk itu waras ketika melakukan jenayah berkenaan.

Ciri-ciri sama juga ditonjolkan suspek kedua yang juga adik kepada suspek pertama dengan kedua-dua suspek mempunyai perilaku manipulatif yang berjaya menyembunyikan personaliti sebenar mereka daripada mata masyarakat selain memperdayakan mangsa. Personaliti psikopatik tidak sama dengan gila kerana penghidapnya sedar perbuatan yang dilakukan, tetapi ditakrifkan sebagai orang gila tanpa gangguan mental.

Pakar perunding kanan psikiatri dan psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Azhar Zain, yakin kedua-dua suspek utama waras ketika pembunuhan berdasarkan fakta, ia mempunyai motif, dirancang dan perbuatan dilakukan secara berkumpulan.

"Orang tidak waras melakukan perbuatan (jenayah) secara bersendiri kerana gangguan mental seperti mendengar bisikan suara-suara ghaib mendesak mereka melakukan perbuatan itu untuk tujuan tertentu seperti menyelamatkan diri, masyarakat atau negara. Mereka juga tidak dapat membezakan apa yang benar dan yang tidak benar. Jika jenayah dilakukan dengan motif jelas dan terancang, apatah lagi berkumpulan, ia bermakna mereka siuman," katanya semalam.

Prof Azhar juga berkata ada perbezaan jelas antara individu waras dan penjenayah kerana mereka mampu membezakan antara realiti, manakala minda dan tindakan penjenayah cenderung kepada melanggar peraturan tanpa rasa bersalah.
"Malah, bagi penjenayah, mereka berasakan melanggar undang-undang adalah hak mereka. Seseorang yang mempunyai masalah personaliti selalunya tidak seperti apa yang kelihatan pada luarannya. Mereka berkebolehan memanipulasikan orang lain dengan imej, perilaku yang baik dan naif sehingga mengaburkan sesiapa yang mengenalinya. Jika kita fikir, mana mungkin seorang peguam yang normal akan melakukan perbuatan seperti ini," katanya.

Prof Azhar berkata suspek kedua berkemungkinan mempunyai 'dependent personality' atau personaliti kebergantungan yang mengikut telunjuk suspek pertama yang lebih berkuasa atau dominan.

Katanya, psikologi penjenayah juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya faktor genetik yang diwarisi, cara pembesaran dan contoh individu yang membesarkan mereka selain faktor persekitaran dibesarkan, termasuk pengalaman ketika kecil. - BH

Pemilihan PKR : Azmin sah tanding Timbalan Presiden

Posted: 15 Sep 2010 07:37 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Sept — Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu November ini.

"Setelah mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi parti dan anggota-anggota parti termasuk perbincangan terus dengan Dr. Syed Husin Ali, saya dengan penuh rasa tawadhu' dan rendah hati ingin menawarkan diri saya untuk berkhidmat di jawatan tersebut (timbalan presiden).

"Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi," kata beliau pada sidang media di Kota Kinabalu pagi ini.

Dalam kenyataan medianya, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau turut berazam untuk memastikan pemilihan kepimpinan tahun ini berlangsung dalam suasana sihat dan semangat kekeluargaan di sepanjang proses kempen dan pemilihan parti. - The Malaysian Insider

MENYUSUL LAGI

BN DIPERSIMPANGAN, NAJIB GOYAH

Posted: 15 Sep 2010 07:01 PM PDT

Barisan Nasional (BN) yang dibentuk menjelang pilihanraya umum 1974 ekoran kegagalan UMNO-MCA-MIC kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dilihat begitu sukar untuk ditumbangkan kerana mempunyai semua kekuatan sebagai sebuah perikatan parti-parti politik pemerintah yang gagal disaingi oleh pembangkang.

Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menggugat BN dalam beberapa siri pilihanraya umum sebelum ini. Percubaan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 sehinggakan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebuah komponen BN yang memerintah Sabah ketika itu sanggup keluar BN untuk bersama dengan Gagasan Rakyat yang ditaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah (pembangkang melalui Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) ketika itu begitu mencemaskan.

Tetapi cabaran Tengku Razaleigh yang membentuk Gagasan Rakyat (PMS46-DAP-IPF dan PBS) dan Angkatan Perpaduan Ummah (PMS46-PAS-Berjasa-Hamim) tidak cukup kuat untuk menumbangkan dan mencabut 'hayat' politik BN sebagai peneraju politik Malaysia. Hanya Kelantan sahaja yang mampu disapu bersih oleh APU. Tiada satu kerusi pun yang mampu dimenangi oleh BN.

Selepas itu BN mampu bangkit semula dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 dan seterusnya PMS46 dibubarkan selepas itu untuk bersatu dengan UMNO semula. Gagasan pembangkang bersatu pun berkubur dengan berkuburnya PMS46. Walaubagaimanapun APU tinggal PAS, Berjasa dan Hamim hanya mampu bertahan di Kelantan sahaja.

Tetapi dengan kembalinya Ku Li dan rakannya, sekali UMNO sekali lagi tergugat dengan pemecatan Anwar Ibrahim pula pada tahun 1998. Sekali lagi momentum politik meningkat semula khususnya dikalangan orang-orang Melayu. Satu parti baru dikenali, Parti Keadilan Nasional (keADILan) dibentuk bagi menenuhi keperluan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Sekali lagi gagasan pembangkang yang baru dikenali Barisan Alternatif (BA) oleh keADILan-PAS-DAP-PRM pula dibentuk menjelang pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999. Keputusannya menyebabkan BN khususnya UMNO telah kehilangan pula Terengganu disamping Kelantan yang terus berada ditangan PAS.


Malah Kedah pun mula tergugat bila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Tetapi keadaan ini tidak lama, DAP yang kurang berjaya dalam pilihanraya umum ke-10 meninggalkan BA dengan menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' dengan isu Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Sekali lagi BN berjaya cemerlang dalam pilihanraya umum ke-11 pada 2004 dibawah pimpinan baru, Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Aura Pak Lah hampir-hampir berjaya menyisih PAS dari terus menerajui Kelantan dengan hanya kelebihan tiga kerusi sahaja. Kemudiannya tinggal majority satu kerusi sahaja selepas PAS tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Ketika berada diambang keseronokan dengan kemenangan paling besar dalam sejarah, BN mula lupa diri menyebabkan mereka hampir-hampir kecundang dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008. Mereka gagal mendapat majority 2/3 diparlimen dan kehilangan 5 negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada BA (PKR-PAS) dan DAP dalam satu pertandingan satu lawan satu. Tetapi Perak dirampas semula BN dalam satu operasi rampasan kuasa setahun selepas itu.

Sejak itu, PKR-DAP-PAS membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang selain Kelantan. Kemudiannya dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12, PR dan BN masing-masing berjaya mengekalkan kerusi masing-masing kecuali Kuala Terengganu dan Hulu Selangor serta Sibu (Sarawak). Kuala Terengganu jatuh ketangan PAS (PR) dan Hulu Selangor pula kembali kepada BN (MIC). DAP (PR) berjaya merampas kerusi BN (SUPP) di Sarawak. Lain-lain kerusi adalah status quo kepada parti yang memenanginya dalam PRU ke-12 lalu.

PR begitu ghairah untuk menawan Putrajaya dalama PRU ke-13 nanti menyebab Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berada dalam zon selesa walaupun projek 16 September untuk membentuk kerajaan baru melalui satu gabungan atau perikatan PR dengan anggota BN yang berpaling tadah gagal. Ramai yang meramalkan Najib masih teragak-agak sama ada membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak atau membiarkan parlimen dibuabarkan selepas keputusan pilihanraya Sarawak diketahui.

BN diambang kehancuran ?

Dalam keadaan sekarang, PR mula berpadu untuk menumbangkan BN walaupun dihadapkan dengan berbagai isu yang dicipta untuk meretakkan pakatan ini. Sebaliknya parti-parti BN pula mula goyah dan hilang keyakinan kepada BN dan UMNO.

Bukan rahsia lagi MCA tidak menolak kemungkinan meninggalkan BN. Begitu juga dengan Gerakan yang tidak senang dengan perkembangan terkini BN. Malah MIC pun boleh meninggalkan BN jika UMNO banyak mencampuri urusan dalam parti tersebut. Lebih-lebih lagi tindakan UMNO mengambil Kongres India Muslim (KIMMA) yang tidak dipersetujui oleh MIC menyertai BN sejak sekian lama sebagai "sayapnya" baru UMNO.

Di Sabah, Sabah Progressif Party (SAPP) telah meninggalkan BN selepas pilihanraya umum ke-12. Kini Liberal Demokratik Party (LDP) juga sedang berkira-kira meninggalkan BN setelah pimpinannya hilang keyakinan dan tidak dapat bekerjasama dengan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Negeri Sabah.

Begitu juga di Sarawak, SUPP antara komponen tertua yang bersama mengasaskan BN dulu dilaporkan berkira-kira untuk meninggalkan BN Negeri Sarawak untuk membentuk kerjasama dengan Sarawak Nasional Party (SNAP) bagi menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Sarawak. Pernah dalam tahun 1980'an dulu, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) keluar dari BN Negeri Sarawak bekerjasama PERMAS pimpinan Tun Rahman Yaakob memberikan tentang yang sengit kepada BN dalam politik Sarawak. Tetapi selepas beberapa pilihanraya, PBDS kembali semula kepada BN Negeri Sarawak sehinggalah dibubarkan beberapa tahun yang lepas selepas Datuk Leo Moggie bersara dari politik.

Sejak tahun pilihanraya 1996, SUPP telah kehilangan kerusi kepada DAP khususnya dikawasan majoriti Cina di kawasan bandar (Meradong, Bukit Assek, dan Kidurong). Selain DAP menang 3 kerusi, BN juga turut kehilangan dua lagi kerusi kepada Bebas pilihanraya tersebut, BN masih utuh dengan memenangi 57 kerusi di DUN Sarawak.

Kemudian pada pilihan raya negeri 2001 BN meraih kemenangan besar daripada 62 kerusi yang dipertandingkan. Parti Keadilan Nasional (KeADILan), dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat kali pertama bertanding dalam pilihanraya Negeri Sarawak. KeADILAN dan PAS tidak memenangi apa-apa kerusi. Ketika itu pembangkang hanya memenangi 2 kerusi, iaitu masing-masing satu DAP dan satu bebas.



Manakala pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 pula berlaku sedikit anjakan senario politik di Sarawak, pabila pihak pembangkang SNAP, KeADILan dan DAP berjaya membentuk kerjasama melalui Barisan Bersatu Sarawak. Sementara PAS hanya menjalin kerjasama dengan KeADILan dan bertanding di satu kerusi sahaja, iaitu DUN Beting Maro dalam parlimen Batang Lupar.

Dalam pilihanraya ini, dominasi BN di Sarawak mula goyah. DAP menang lima kerusi (Pending, Batu Lintang, Meradong, Bukit Assek dan Kindurong), KeADILan pula menang kerusi Padungan) dan SNAP kerusi Engkili. Dengan kemenangan DAP di Parlimen Sibu baru-baru ini, momentum untuk menumbangkan BN di Sarawak makin tinggi.

Perkembangan ini sedang dibuat analisa bukan sahaja oleh parti-parti pembangkang, malah oleh komponen BN Sarawak sendiri. Bagi mereka ini peluang untuk mengurangkan cengkaman PBB dan Taib Mahmud sendiri keatas politik Sarawak yang sudah berakar umbi sekian lama. Dengan perkembangan politik semasa, mampukah BN Sarawak ditumbangkan? - Siasah

Kes Sosilawati + 3 : 16 ekor anjing ganas untuk takutkan mangsa

Posted: 15 Sep 2010 05:51 PM PDT

Resrtoran makanan laut yang di kunjungi Datuk Sosilawati dan 3 yang lain sebelum dibunuh

BANTING: Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain membela 16 anjing rottweiler bagi mengawal ladangnya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, di sini selain digunakan untuk menakutkan mangsa jika enggan mengikut arahan.
Semua mangsa suspek dikatakan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan sekiranya tidak mahu bekerjasama atau enggan mematuhi arahan.

Difahamkan, ladang berkenaan juga mempunyai beberapa unit rumah seakan chalet menempatkan sebuah rumah yang eksklusif dan kolam renang.

Sosilawati dan rakannya juga dipercayai ditakutkan dan diugut akan dicampak ke dalam kandang anjing berkenaan. Malah, semua mereka dipercayai dibunuh selepas suspek berpendapat sukar mengawal mereka.

Semua mangsa dibelasah dengan kayu kriket sebelum dibunuh seorang demi seorang. Mayat mangsa dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai dengan tujuan melupuskan bukti.

Menurut sumber, sebelum ini pernah seorang lelaki dicampak suspek ke dalam kandang anjing berkenaan selepas ingkar arahan membabitkan satu urus niaga.

Suspek yang juga seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun ditahan serta adiknya berusia 38 tahun pada 11 September lalu bersama enam lain termasuk dua wanita sebelum kes pembunuhan kejam dilakukannya terbongkar.

Berdasarkan maklumat, suspek memiliki kekayaan melampau dalam akaun berjumlah jutaan ringgit di dalam dan luar negara, selain hartanah antaranya dua unit rumah semi-D di Banting, unit apartmen di Taman Kinrara, ladang ternakan ayam, lembu dan kambing di Batu Laut, Morib dan rumah sewa di Taman Cempaka.

Malah, kes pembunuhan Sosilawati juga ada kaitan dengan suspek kerana sebelum kejadian, berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun jutawan itu ke dalam akaun milik suspek.

Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga lain.

"Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan sumber wang terbabit diperoleh," katanya.

Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa meningkat - Metro

Kes Sosilawati : Penemuan baru - cebisan tulang ditemui

Posted: 15 Sep 2010 09:40 AM PDT

The police forensic team today found more objects in Sungai Panchau, here, which could shed more light on the murders of cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three others.

The police team who began their investigation today at 3.30pm was seen holding some objects believed to include a bundle of bone pieces.

Media members covering the case were not allowed to get close to the investigation site but about 100 metres away until the operation ended at 5.30pm.

The police have also put up a canvas screen at the investigation site, making it difficult for the media members to see what was going on and the objects brought out of the stream.

However, they could see some policemen scouring the stream which was almost knee-high.

Also seen at the investigation site was the police Forensic Department director Datuk Abdul Malek Harun.

Prior to the latest find, the forensic team had recovered pieces of bones from the river on Sunday.

Besides Sosilawati, the others who were reported murdered and burned to ashes were her personal driver Kamarudin Shansudin, 44, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, and bank officer Noorhisham Mohammad, 38. — Bernama

Pembunuhan Datuk Sosilawati Kejam - PAS

Posted: 15 Sep 2010 08:59 AM PDT

PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya,"

Sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas,"

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya,"

Kes Sosilawati + 3 : Nash anggap Kamarudin - pemandu Datuk Sosilawati - seperti adik kandung

Posted: 15 Sep 2010 06:16 AM PDT


KUANTAN, 15 Sept — Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.

Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.

Beliau berkata Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dahulu.

"Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.

Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.

Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.

Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terlibat dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua," katanya.

Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.

Ramlah berkata ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.

"Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini," katanya.

Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya.

Kamaruddin bersama jutawan kosmetik Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas selepas pergi ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lepas, polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting. — Bernama

Kes Sosilawati + 3 : Kunci BMW X5 milik Datuk ditemui

Posted: 15 Sep 2010 05:47 AM PDT

Antara kereta-kereta lain yang tersimpan di rumah Sosilawati

KUALA LUMPUR: Sepasukan polis menemui 'objek' dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

"Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

"Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

"Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit," katanya.

Difahamkan, tahi lembu digunakan untuk mempercepatkan proses pembakaran semua mangsa terbabit dengan tujuan menghilangkan bukti bagi mengelak perbuatan mereka dihidu.

Harian Metro semalam melaporkan polis menemui pisau dipercayai digunakan kumpulan pembunuh itu yang dibuang dalam sungai selepas seorang daripada suspek memberikan maklumat kepada polis.

Turut dibuang bersama pisau itu adalah abu mayat semua mangsa yang dihanyutkan dalam Sungai Panchau, serta beberapa parit kecil berhampiran di mana arusnya mengalir ke laut.

Harian Metro turut difahamkan semua pekerja di ladang terbabit warga tempatan dan mereka dikatakan menerima 'habuan' berbentuk wang ringgit daripada peguam bergelar Datuk itu.

Malah, perbuatan kejam ini bukanlah kali pertama dilakukan kumpulan pembunuh berkenaan dan mereka juga sebenarnya disifatkan sebagai tidak profesional namun faktor bernasib baik, lebih memihak kepada mereka.

Menurut sumber, kehilangan beberapa lagi individu yang pernah dilaporkan sebelum ini selepas berurusan dengan peguam terbabit dipercayai turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan berkenaan.

"Mungkin selama ini mereka terlepas dari sebarang tindakan kerana kerja yang dilakukan mereka itu agak teliti dan menghapuskan bukti dengan cara membakar mangsa.

"Namun, dalam kes terbaru ini, polis menemui beberapa petunjuk yang boleh dijadikan sebagai 'kunci' bagi mengesan perbuatan kejam dilakukan kumpulan pembunuh itu," katanya.

Susulan daripada itu, polis menahan lapan suspek termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu berusia antara 19 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan selain beberapa lagi bahan bukti yang digunakan semua suspek. - H-Metro

Kes Sosilawati + 3 : Suspek utama punya RM100juta adik RM20juta kini dibeku

Posted: 15 Sep 2010 03:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: The Datuk lawyer in the centre of the hideous quadruple slaughters in Banting has a personal wealth of more than RM100 million, it emerged today.

His younger brother who is also a suspect in the kill and burn atrocity could have amassed up to RM20 million, sources said.

The estimated fortunes of the brothers were based on their bank accounts that the authorities know of and the properties they owned.

The police's anti-money laundering division have got an order from the Attorney-General's Chambers to freeze the assets, including bank accounts, of the two lawyers.

Millions are reportedly in single accounts, said the source. Checks are underway to ascertain if they had parked money in offshore banks.

While it is known that they own several parcels of land in and around Banting, including the 1.6ha farm where the killings are thought to have occurred, the authorities believe there are more.

The brothers own several shophouses and a medical clinic in Banting besides lavish homes, notably their mansion where both of them live. They also have a fleet of high-end luxury cars.

The gained their wealth allegedly through money-laundering, obtaining properties illegally and land scams.

It is believed the brothers secured dozens of land grants as collateral in illegal money-lending deals. Caveats on properties were also their way of extorting money, said a source.

The source said the lawyers often asked for jewellery as security when giving loans.

Police yesterday seized files from his law firm in Banting town believed to contain vital information on dubious land deals and money-lending activities.

The seized files are also thought to contain land grants that have now put the owners in a fix as these documents would be crucial in investigations and perhaps later as court exhibits.

Financial institutions have extended full co-operation in the declaration of transactions undertaken by the brothers.

Investigations into their financial transactions could be time-consuming as it is believed there were numerous movements of money in and out of the country.

The brothers are among six suspects held in connection with the murders of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya, 47, 44, her financial adviser and CIMB bank officer Noorhisham Mohammad, 38, lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 and her driver Kamarudin Shamsuddin who were reported missing on Aug 30.

The killings were believed to have occurred after Sosilawati had gone with the others to confront the lawyer regarding the transfer of a land title in a deal believed to be worth RM25mil.

Police have yet to establish if Sosilawati had actually brought RM4mil for their meeting with the Datuk as speculated - Malay Mail

Empat suspek kes Sosilawati disyaki bunuh kakitangan MPS

Posted: 15 Sep 2010 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Empat daripada lapan suspek kes pembunuhan jutawan produk kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain turut disyaki terlibat dengan pembunuhan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) awal Mac lalu.

Sehubungan itu, empat suspek tersebut yang ditahan oleh polis Bukit Aman diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan K. Celladuran, 50, yang bekerja di Unit Perancangan Setinggan MPS.

Celladuran mati ditembak oleh dua lelaki kira-kira pukul 7.20 pagi ketika keluar dari rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru dekat sini untuk ke pejabat.

Polis dalam kenyataan sebelum ini juga tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong berdekatan IOI Mall dekat sini pada 4 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, keempat-empat suspek itu diserahkan kepada pihaknya semalam.

"Sama ada benar mereka adalah suspek yang dikehendaki dalam kes bunuh Celladuran belum dapat dipastikan kerana kita masih jalankan siasatan," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Pada 11 Mac lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dipetik berkata tidak menolak kemungkinan suspek yang menembak Celladuran adalah individu sama terlibat dalam kes tembak seorang lelaki di Jalan Puchong.

Menurutnya, kemungkinan itu wujud berdasarkan modus operandi pembunuhan yang sama dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Berikutan itu, kata Khalid, polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci dua kes pembunuhan itu.

Katanya, sebanyak 15 keterangan telah diambil daripada saksi-saksi kes pertama di Jalan Puchong manakala 10 keterangan diambil bagi kes Celladuran.

Dalam pada itu, kelapan-lapan suspek tersebut termasuk seorang peguam bergelar Datuk berusia 41 tahun dan adiknya turut dikaitkan dengan kes kehilangan empat lagi mangsa lain.

Empat mangsa lain yang dilaporkan hilang dan dipercayai dibunuh menggunakan modus operandi yang sama dengan pembunuhan Sosilawati ialah seorang gadis berusia 19 tahun; ahli perniagaan dari Chennai, India, S. Usharani, 24; dan dua ahli perniagaan berketurunan Melayu dari Kuala Lumpur.

Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan berdasarkan pengakuan empat suspek, keempat-empat mangsa telah dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berhampiran Ladang Gadong, Banting di Selangor. - TMI