Selasa, 14 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


hahaha .. Utusan dah nak mampos - umNO pun dah benci

Posted: 14 Sep 2010 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia seolah-olah memperlekehkan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil berkata, sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu 'menggantikan' beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa arah aliran laporan Utusan Malaysia dan editorialnnya sejak kebelakangan ini menunjukkan akhbar harian itu terbitan Kumpulan Utusan sudah lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

"Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir?

"Saya kadangkala tertanya-tanya jika mereka ada agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib," kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara awal April 2009.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, dengan memainkan kenyataan-kenyataan Dr Mahathir menyokong pertubuhan hak Melayu Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, ia dengan jelas memperkecilkan konsep 1 Malaysia dibawa oleh Najib.

"Mereka seharusnya mempromosikan konsep 1 Malaysia dan bukannya memperlekehkan program beliau. Saya lihat begitu... mereka menyokong Dr Mahathir," katanya.

Jelas beliau ekoran perspektif laporan mereka, Utusan Malaysia mahu memberikan lebih banyak liputan kepada pendirian Dr Mahathir berbanding Najib.

"Mereka kelihatan mempunyai agenda sendiri. Adakah mereka mempunyai agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib?" kata beliau.

Bagaimanapun wakil rakyat dari Perak ini menegaskan, kemungkinan ini sangat tipis memandangkan akhbar harian dari Kumpulan Utusan ini adalah milik Umno yang presidennya ialah Najib.

Najib yang dipilih sebagai Presiden Umno akhir Mac 2009 dan kemudian sebagai Perdana Menteri yang keenam memperkenalkan konsep 1 Malaysia.

"Dan sudah tentu, 1 Malaysia adalah agenda Najib, maka akhbar dimiliki Umno seharusnya menyokong Najib dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia.

"Tetapi, saya tidak tahu... saya tidak terlibat dalam soal ini secara langsung.

"Macam di Harakah, mereka mempromosikan program PAS, Suara Keadilan mempromosikan PKR, The Star mempromosikan MCA tetapi akhbar Umno Utusan tidak menyokong ketua sendiri," katanya.

Nazri mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang secara terbuka menyokong dasar Perkasa dan pendirian-pendirian memihak pertubuhan bukan kerajaan meskipun Umno mengumumkan tidak menyokong dan mahu menjauhkan diri daripada Perkasa.

Umno, komponen dominan dalam Barisan Nasional juga mengambil pendirian yang sama pada mesyuaratnya minggu lalu atas alasan tidak mahu Perkasa menghakis sokongan kepada perikatan 13 anggota itu.

Utusan Malaysia membawa laporan meluas menyokong Perkasa semalam - antara komen pelbagai pihak termasuk orang ramai serta rencana di halaman editorial.

Rencana itu bertajuk "Kenapa memusuhi Perkasa" manakala tinjauan orang membawa tajuk "Majoriti orang Melayu menyokong Perkasa".

Edisi Ahad, Mingguan Malaysia juga menyatakan pendiriannya mempertahankan Perkasa.

Ahad lalu, Dr Mahathir mengulangi sokongan kepada Perkasa dengan memberi amaran, Umno boleh kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 jika parti dominan BN memutuskan untuk menyisihkan pertubuhan hak Melayu tersebut.

"Mereka (Umno) sudah pun berpecah, dan langkah menjauhkan diri daripada Perkasa akan menyebabkan Umno semakin berpecah," katanya.

Sehubungan itu kata Dr Mahathir, Umno tidak seharusnya menjauhkan diri daripada Perkasa kerana tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi berbanding prestasi dua tahun lalu.

Nazri berpendapat bahawa laporan tinjauan itu hanya berdasarkan temu bual terpilih dengan minoriti Melayu sambil menegaskan, ia tidak semetinya menggambarkan pandangan akar umbi.

"Bagi saya, mereka tidak mewakili perasaan orang Melayu di akar umbi kerana orang Melayu yang menyokong PAS akan terus menyokong PAS tanpa mengira apa yang diperkatakan oleh Utusan dan begitu juga pengikut PKR yang akan menyokong (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)... mereka tidak kisah apa yang Utusan kata, dan begitu juga yang membabitkan lain," katanya lagi.

Nazri memberikan contoh persekitaran di bahagian Parlimen Padang Rengas, Perak dengan berkata, Perkasa tidak dapat mengocak pengundi-pengundi Melayu di kawasannya.

"Saya ketua Umno Padang Rengas... di akar umbi, tiada cakap-cakap mengenai Perkasa dan di bahagian saya, tiada mereka yang menyertai Perkasa.

"Begitu di bahagian jiran Kuala Kangsar, Sungai Siput, Lenggong, Bukit Gantang... Perkasa tiada impak langsung," katanya.

Nazri menambah, Perkasa hanya dijadikan popular oleh Utusan Malaysia.

"Mereka tiada impak di kawasan luar bandar dan anda mahu tahu mengapa? Ini kerana pemimpin-pemimpin Perkasa adalah ahli Umno yang telah ditolak sebelum ini.

"Ahli Umno yang memegang jawatan dalam bahagian tidak akan menyokong Perkasa," katanya.

"Lihat pada Ibrahim Ali, yang beliau sendiri adalah pemimpin ditolak oleh Umno. Timbalan beliau juga tewas dalam pemilihan bahagian dan begitu juga ketua pemudanya," kata beliau lagi.

Ibrahim yang menubuhkan Perkasa dua tahun lalu telah dipecat Umno pada 2004.

Pada 2008, Ibrahim bertanding di Pasir Mas sebagai wakil Bebas atas tiket PAS tetapi memutuskan hubungan dengan komponen Pakatan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen itu. - TMI

Kes Sosilawati + 3 : Mangsa dibunuh pada jam 10 malam, 30 Ogos

Posted: 14 Sep 2010 06:11 PM PDT

BANTING - Pasukan penyelam polis semalam menemui enam keping zink di dasar Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, Ladang Gadong, Tanjung Sepat disini yang dipercayai dijadikan sebagai pelapik untuk membakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Bahan bukti itu ditemui selepas tiga suspek yang dibawa ke sungai itu menunjukkan lokasi zink-zink tersebut dibuang selepas selesai membakar mayat Sosilawati dan rakan-rakannya.

Tiga lagi yang turut menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama jutawan kosmetik itu ialah pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selain itu, di sungai sama polis menemui sebatang besi tajam dipercayai turut dijadikan senjata membunuh empat mangsa itu.

Besi sepanjang 60 sentimeter itu kebiasaannya digunakan untuk kerja-kerja mengangkat buah kelapa sawit yang dimasukkan ke dalam lori. Turut ditemui sejenis senjata berbentuk kerambit sepanjang 30 sentimeter.
Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.
"Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

"Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

"Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari," katanya kepada Berita Harian.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.
Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.


Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

"Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

"Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh


10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting

Kes Sosilawati : Waris 4 mangsa jalani ujian DNA

Posted: 14 Sep 2010 08:26 AM PDT

Anak Datuk Sosilawati (putih) dan anak pemandu beliau (hitam)


KUALA LUMPUR, 14 Sept – Waris keempat-empat mangsa bunuh dan bakar di Banting, Selangor menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu mengenalpasti identiti mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Kesemua mereka termasuk ibu pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, Satinah Mokhtar, 50-an dilihat berada di HKL sejak pukul 1 tengah hari sebelum meninggalkan hospital itu satu setengah jam kemudian ditemani anak bongsunya, Azlan Shah Aziz, yang merupakan adik tiri Noorhisham berlainan bapa, serta seorang anggota keluarga mangsa yang tidak dikenali.

Turut kelihatan salah seorang anak perempuan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Kesemua mereka sebelum itu dilihat memasuki Balai Polis Dang Wangi dengan disertai isteri Noorhisham, Suzana Radim Pangat, 38, kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan berkaitan hal peribadi mereka bagi membantu siasatan.

Sementara itu malam ini difahamkan merupakan malam terakhir kenduri tahlil diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang sejak Ahad lepas.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. – Reuters

Kes Sosilawati mendapat liputan media dunia

Posted: 14 Sep 2010 06:44 AM PDT

Sosilawati murder case attracts worldwide media attention

PETALING JAYA: The murder of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya has attracted worldwide media attention.

Online searches produced news reports of the case translated into various languages and hosted on websites in China, Hungary, Australia, Singapore, Canada and many more.

Some websites, such as The Straits Times Singapore, provided comprehensive updates and findings of the case.

UK-based newspaper The Telegraph also provided coverage through its correspondent in neighbouring Bangkok.

Sosilawati, 47, and three others - her lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, and driver Kamaruddin Shansuddin, 44 - went missing on Aug 30 after visiting two brothers, both lawyers, over a land deal.

It was learnt that the founder of the Nouvelles Visage beauty line had engaged the lawyers' services to submit a tender for a piece of land in Bukit Jambul, Penang - Malay Mail

Kes Sosilawati : Lagi pisau dan jam tangan dijumpai

Posted: 14 Sep 2010 04:08 AM PDT

Salah seorang anak Datuk Sosilawati

Unit penyelam polis marin telah menjumpai sebilah lagi pisau dan seutas jam tangan dari sungai Kanchong Laut di Kampong Endah Banting kira-kira pukul 4.30 petang ini.
Dalam usaha untuk mendapatkan lebih banyak bahan bukti bersabit dengan pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain, pihak polis telah mula menyelam di sungai tersebut mulai jam 11.30 pagi tadi. Tiga penyelam telah dihantar untuk tujuan ini.
Pisau yang dijumpai menyerupai pisau dapur dengan pemegang berwarna hitam. Pihak polis masih belum dapat memastikana samaada pisau dan jam yang dijumpai itu ada kaitan dengan pembunuhan Sosilawati.
Kerja pencarian bahan bukti ini ditangguhkan pada jam 4.55 ptg tadi.
Awal petang tadi pihak polis telah membawa dua orang dari yang tuduh ke Sg Kancjong Laut.
Masih tidak diketahui siapa sebenarnya 2 suspek yang dibawa itu, tapi apa yang dapat dipastikan mereka adalah bukan kedua-dua saspek utama.
Walaupun berkali-kali pihak media meminta kebenaran masuk ke ladang tersebut, tapi sehingga kini polis masih menutup ladang tersebut.

DS Wan Azizah, YAB MB Sel, YB Azmin dan Shamsul kerumah Sosilawati

Posted: 14 Sep 2010 01:49 AM PDT

Saudara Shamsul ditemuramah oleh TV Selangor

YAB Tan Sri Khalid bersama YB Azmin menemui pemberita di luar rumah Datuk Sosilawati

YAB Tan Sri Khalid menuju ke kereta

Ketibaan DS Wan Azizah

Pada sekitar jam 2.45 tadi dengan didahuluui oleh YB Azmin Ali, diikuti oleh DS Wan Azizah, Sdra Shamsul AMK dan akhir sekali YAB MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah membuat kunjungan hormat ke rumah Datuk Sosilawati.

Kesemua mereka berada di dalam selama hampir 1 jam bertemu dengan anak-anak dan saudara mara Datuk Sosilawati.

Semasa keluar YAB Tan Sri Khalid sempat bertemu pemberita di luar. Kata Tan Sri beliau sempat berjumpa Datuk Sosilawati pada 28hb, dua hari sebelum Datok Sosilawati keluar untuk bertemu peguam yang dituduh dan seterunya hilang sehingga kini.

"Sosilawati adalah seorang yang gigih. Kita bangga keupaayaan Sosilawati. Beliau adalah salah seorang ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan/Selangor" terang Tan Sri Khalid.

"Kepada polis kita ucapkan terima kasih" ujar Tan Sri

TERBARU : Sekitar jam 5 ptg tadi kelihatan YB Salahuddin Ayub memasuki rumah Datuk Sosilawati.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NERAKA PUN TIDAK TERIMA? BETUL KE SHAHRIZAT ?

Posted: 14 Sep 2010 11:00 PM PDT

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat

Oleh SALWA SHA'ARI

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.

"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.

"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.

"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.
Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.

Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.

"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.

"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.

Mereka dilaporkan hilang hampir dua minggu yang lalu selepas dikatakan menuju ke Banting, dekat sini, untuk bertemu seorang peguam bergelar Datuk bagi membincangkan isu pembelian tanah.

Pada Isnin, polis mengesahkan abu mayat mereka telah dibuang ke beberapa sungai berhampiran Tanjung Sepat, Banting. /
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/14/mstar_berita/20100914162813&sec=mstar_berita

PEGUAM KAFIR HARBI YANG CELAKA

Posted: 14 Sep 2010 09:00 PM PDT

Peguam Australia bakar kitab suci

SYDNEY - Seorang peguam di Australia bertindak biadab dengan mengoyakkan halaman kitab al-Quran dan Injil, serta merakam perbuatan terkutuk itu untuk disiarkan di laman YouTube.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa yang masih belum pulih daripada rancangan paderi dari Florida, Amerika Syarikat, Terry Jones yang menyarankan pembakaran al-Quran pada 11 September lalu sebagai memperingati tragedi 9/11 dan bantahan terhadap pembinaan sebuah masjid berhampiran tapak bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

Peguam berkenaan, Alex Stewart yang mengisytiharkan dirinya tidak mempercayai kewujudan Tuhan bertindak biadab mengoyak halaman al-Quran dan Injil, lalu membakarnya serta dirakam dalam klip video sepanjang 12 minit.

Stewart yang ternyata tidak menghormati agama-agama lain membuat kenyataan dalam rakaman di YouTube bahawa dia mahu menguji kitab mana yang terbakar dengan lebih baik.

Klip video itu sudah dibuang oleh pengendali YouTube setelah mendapat bantahan masyarakat pelbagai agama di seluruh dunia sejak ia mula disiarkan di laman berkenaan, Sabtu lalu.

Presiden Persekutuan Islam Australia, Sheik Muhammad Wahid melahirkan rasa kecewa atas tindakan seorang terpelajar yang tidak tahu menghormati sensitiviti penganut agama Islam.

"Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku. Perbuatan peguam itu boleh mewujudkan ketegangan dan menggugat perpaduan dalam kalangan penduduk pelbagai etnik, budaya dan agama di Australia," katanya./Sinar


Guna Ungkapan 'India Mabuk', Polis 'Periksa Alat Sulit' Anggota AMK

Posted: 14 Sep 2010 06:00 PM PDT

Nurshakira Buang

KUALA LUMPUR 14 SEPT - Tujuh anggota polis lelaki didakwa mencabul kehormatan seorang anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dan tiga rakan lain dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, 7 September lalu.

Mendedahkan perkara itu, Arjunan pada sidang media hari ini, berkata, mereka ditahan sepasukan anggota polis yang dikatakan menggunakan ungkapan 'India Mabuk' sebelum pemeriksaan tubuh dilakukan ke atas mereka secara giliran.

Mencerita detik kejadian lebih lanjut, katanya, beliau dalam perjalanan ke Ipoh, Perak ketika ditahan polis di satu sekatan jalan raya sebelum lesen dan kad pengenalannya diminta dengan cara tidak sopan.

"Seorang anggota polis mengetuk cermin kereta seperti mahu memecahkannya. Saya kata, dia tidak sopan lalu dia (polis) naik berang dan menyelongkar kereta serta ada menyebut untuk membuka seluar dan baju saya," katanya.

Arjunan berkata, seorang anggota polis juga memasukkan tangan dalam poket seluar dan memegang alat sulitnya dan mendakwa perbuatan sama turut dilakukan terhadap tiga individu lain yang turut bersama beliau.

Beliau kesal kerana anggota polis terbabit tidak menyatakan sebab beliau diperiksa dan kenderaannya digeledah tetapi percaya perbuatan sedemikian adalah perkara biasa di kalangan polis.

Katanya, tindakan kurang sopan anggota polis itu ditegur anak yang juga pembantu peribadinya, Kalaimugilan Arjunan, mendorong polis mengeluarkan kata-kata kesat sambil mengugut untuk membogelkan mereka dengan alasan polis berkuasa berbuat demikian.
.
Kurang senang dengan tindakan itu, Arjunan bersama tiga rakan lain membuat laporan di balai polis Bukit Sentosa pada hari sama.

Mereka juga bercadang menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis itu.
.
Mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, seseorang yang melakukan kesalahan mencabul terhadap seseorang baik perempuan mahupun lelaki, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan./TVSelangor

PEMILIHAN PKR - DATO ZAID MASIH UNGGUL, AZMIN SEMAKIN RAPAT

Posted: 14 Sep 2010 09:31 AM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MEDIA massa arus perdana juga kelihatan amat prihatin terhadap pemilihan pimpinan PKR yang diadakan tidak berapa lama lagi, terutamanya akhbar Utusan Meloya. Akhbar ini sedang menanti penuh harapan agar pemilihan di dalam PKR kali ini akan memecah belahkan ahli-ahli dan penyokong parti yang dipimpin oleh musuh ketat Umno iaitu DS Anwar Ibrahim.

Sebagaimana awal dulu saya melahirkan sokongan peribadi saya terhadap calon yang bertanding di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan juga Ketua AMK. Saya tidak akan berselindung untuk menyatakan sokongan saya kepada YB Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dan Chegu Bard untuk jawatan Ketua AMK. Namun demikian, saya suka untuk melihat selera orang lain terutamanya pengunjung blog saya ini, maka Poll di atas telah dibuka untuk undian anda semua.

Ada beberapa komen dari pengunjung yang mendakwa bahawa keputusan Poll akan diubah di saat akhir agar bertepatan dengan kehendak saya. Terus terang, ikhlas dan jujur saya katakan bahawa saya tidak pernah dan tidak akan berbuat demikian kerana bagi saya kerja menipu seperti ini hanyalah mainan media perdana pengampu Umno sahaja. Saya percaya bahawa keputusan Poll di dalam mana-mana blog tidak boleh digunapakai untuk memenangkan mana-mana pihak, ia hanya sekadar pendapat pengunjung dari berbagai parti dan mungkin boleh digunakan sebagai panduan atau penilaian secara kasar sahaja.

Hari ini, saya ingin mengulas dahulu tentang pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Tepat jam 12.44 (15 Sept 2010) malam tadi, saya mencatatkan keputusan Poll semasa bagi jawatan tersebut dengan jumlah pengundi seramai 1,565. Setakat ini Dato Zaid Ibrahim masih kekal mendahului tangga teratas dengan mendapat 40 %, diikuti rapat oleh YB Azmin dengan mendapat 30 % bagi jawatan Timbalan Presiden PKR. Menarik untuk diperhatikan, sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim yang mendapat undian 13 %, Mustafa Kamil Ayub 7 % menarik diri dari bertanding, siapakah yang dipilih oleh pengundi-pengundi Tan Sri Khalid dan Mustafa Kamil Ayub? Dr Syed Hussin Ali telah pun mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan yang disandangnya itu dan sehingga kini beliau telah mendapat undian 10 %. Siapakah pula yang akan disokong oleh pengundi-pengundi Dr Syed Hussin selepas ini?

Tidak mustahil dijangkakan sekiranya Mustafa Kamil Ayub dan Tan Sri Khalid turut bertanding, salah seorang di antaranya mungkin mampu membuat kejutan. Mungkin sedikit kontroversi di dalam keghairahan berkempen oleh penyokong-penyokong YB Azmin dan Dato Zaid Ibrahim akan membuatkan pengundi beralih arah kepada Mustafa Kamil atau pun Tan Sri Khalid.

Sebenarnya untuk mencari kelemahan di antara semua calon yang bertanding itu tentunya amat mudah, tetapi keistimewaan setiap calon tersebut lebih banyak dari kelemahan masing-masing. Tidak rugi barang sedikit pun kepada sesiapa yang tewas di dalam pertandingan kali ini kerana mereka yang terpilih itu nanti pastinya mampu membawa PKR ke arah yang lebih baik dan lebih berani berdepan dengan Umno. Dalam hal ini, saya tetap yakin YB Azmin mempunyai senjata yang cukup berkesan berhadapan dengan Umno. /wfauzdin.blogspot.com

PEMILIHAN PKR - AZMIN MAMPU KEKALKAN SEMANGAT REFORMASI?

Posted: 14 Sep 2010 02:00 AM PDT

Azmin Lawan Zaid, Anwar Dalam Dilema


Oleh A Kadir Jasin

LAPORAN media massa mengatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) tidak mahu namanya diheret ke dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Perebutan jawatan parti itu dijangka sengit jika pertempuran yang diuar-uarkan antara Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Mohd Zaid Ibrahim untuk kerusi Timbalan Presiden terjadi.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan berikutan keputusan penyandang, Dr Syed Husin Ali, tidak mempertahankannya.

Walaupun laporan media massa memetik Zaid sebagai membandingkan situasi beliau dengan cabaran terhadap Allahyarham Abdul Ghafar Baba (Tun) dalam pemilihan Umno tahun 1993, saya rasa ia lebih menyerupai pertandingan antara Musa Hitam (Tun) dengan Tengku Razaliegh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1982.

Dalam pertandingan itu, Musa mendapat "endorsement" Allahyarham Tun Hussein Onn dan disokong oleh bakal Presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lebih sedikit satu dekad kemudian, Anwar melancarkan cabaran terhadap Abdul Ghafar Baba (Tun) untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Walaupun Presiden Umno waktu itu, Dr Mahathir mahu status-quo dikekalkan, namun Anwar tetap mencabar Abdul Ghafar atas alasan ia adalah kehendak perwakilan bahagian.

Abdul Ghafar akhir mengundurkan diri daripada pertandingan. Apakah Mohd Zaid juga akhirnya menarik diri atau ditolak oleh perwakilan?

Jika perebutan jawatan Azmin-Zaid berlaku seperti diramalkan, Anwar akan menghadapi dilema kerana beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, terpaksa membuat pilihan demi parti dan peribadi.

Jadi tidak hairanlah kalau di permukaannya Anwar tidak mahu dikaitkan dengan pertandingan itu atau mengisytiharkan sikap berkecualinya. Namun semua orang tahu betapa akrab dan intimnya perhubungan antara Anwar dengan Azmin.

Azmin adalah "backroom boy" Anwar yang cukup berpengaruh ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi pada masa yang sama dicemburui oleh banyak pihak kerana dia dituduh terlalu mengongkong dan melindungi Anwar dalam kapasitinya sebagai pembantu khas.

Hubungan simbiotik ini, pada pandangan saya, sukar digugat. Walaupun secara tersurat Anwar tidak mahu memihak atau enggan diseret ke dalam perlawanan Azmin-Zaid, namun secara yang tersirat Azmin adalah pilihannya.

Tetapi Anwar tidak pula boleh sewenang-wenangnya mengatakan "tidak" kepada Zaid kerana bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi itu adalah antara tangkapan terbesar PKR selepas pilihan raya umum 2008.

Apatah lagi pada saat PKR sedang mengalami ujian kesetiaan selepas peletakan jawatan beberapa orang Ahli Parlimen, Adun dan kepemimpinan pusatnya baru-baru ini.

Serentak itu, saya juga yakin, Anwar cukup kenal siapa Zaid dalam kerangka politik kontemporari kerana Anwar pernah menjadi ketua Zaid dalam Umno.

Jadi, dalam suasana yang penuh "tipu helah" ini, adalah tidak memeranjatkan apabila Zaid dilaporkan mendakwa bahawa wujud taktik kotor untuk menjejaskan peluang beliau bertanding dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung Oktober dan November ini.

Portal berita Malaysian Insider pada 10 September melaporkan yang sekumpulan 20 Ahli Parlimen PKR serta majoriti Ahli Dewan Undangan PKR Selangor dan Negeri Sembilan telah menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu dan menolak dakwaan bahawa Azmin menyerang Zaid.

Namun PKR harus diberi pengiktirafan kerana melaksanakan sistem pemilihan langsung yang dijangka memberi peluang kepada lebih kurang 400,000 ahli di 218 cabang pemilihan barisan kepemimpinan.

Jadi soal Zaid atau sesiapapun tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding tidak timbul. Sekarang hak terletak di tangan ahli akar umbi yang mungkin lebih mengenali dan mengiktiraf Azmin sebagai antara pengasas utama gerakan reformasi Anwar.

(Saya minta pembahas TOLONG BERHATI-HATI apabila mengulas mengenai Zaid sebab dia sedang menyaman saya kerana tulisan saya dalam Blog ini. Kes itu sedang dalam proses pertimbangan oleh mahkamah.)

Pada pendapat saya, pemilihan kepemimpinan PKR kali ini akan mempamerkan pergelutan antara kepemimpinan asal parti itu yang diwakili oleh Azmin dengan kelompok pendatang baru yang diwakili oleh muka-muka seperti Zaid, Abdul Khalid Ibrahim dan Chua Jooi Meng.

Kemenangan kumpulan pertama akan mengekalkan semangat reformasi parti itu manakala kemenangan kumpulan kedua akan menjadikan PKR lebih longgar dan kelabu (grey) daripada aspek perjuangan dan prinsip.

http://kadirjasin.blogspot.com

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki Takhta

Posted: 14 Sep 2010 08:25 AM PDT


KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 40 tahun, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, semalam.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini sekitar 12.30 tengah hari semalam.

'Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki Takhta menggantikan Ayahanda Baginda berkuatkuasa hari ini,' kata beliau seperti laporan Bernama.

Datuk Nik Aziz berkata Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang dipengerusikan Tengku Abdul Halim telah bermesyuarat pada 9 pagi semalam di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Darul Naim, bagi membuat keputusan tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, semalam berkata Majlis Perajaan Negeri berpendapat keadaan Tuanku Ismail Petra memerlukan seorang pengganti dipilih dan dilantik menjadi Raja bagi menggantikannya mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Datuk Nik Aziz, sebagai mewakili rakyat Kelantan, melafazkan taat setia terhadap Tuanku Muhammad Faris Petra.

Beliau berharap pelantikan itu dapat menyelesaikan kemelut istana yang berlarutan sejak Sultan Kelantan terdahulu, Tuanku Ismail Petra, kurang sihat lebih setahun lalu.

'Sekiranya ada lagi tukul dan pahat-pahat berbunyi, kita harap simpan dalam peti masing-masing,' kata beliau kepada pemberita di Istana Negeri, Kubang Kerian, semalam.

Tengku Muhammad Faris menggantikan ayahandanya menerusi satu pindaan kepada perlembagaan negeri Kelantan yang menyatakan Sultan tidak akan lagi menjadi raja jika beliau tidak berdaya memerintah bagi tempoh melebihi satu tahun.

Tuanku Ismail Petra, 60 tahun, diserang angin ahmar pada Mei 2009.

Peguamnya, Encik Rashid Zulkifli, berkata mereka akan mencabar penyingkiran baginda di mahkamah, seperti laporan AFP.

Kakak sulung Tuanku Ismail Petra, Tengku Merjan Yahya Petra, semalam berkata apa yang berlaku merupakan satu rampasan kuasa.

Menurutnya, berdasarkan perlembagaan negeri Kelantan, peralihan kuasa hanya boleh berlaku jika Sultan yang asal mangkat, meninggalkan negeri lebih setahun tanpa alasan munasabah atau meletak jawatan secara sukarela, lapor agensi berita Xinhua.

Tengku Merjan berkata adalah melanggar perlembagaan untuk mengisytihar seorang raja baru padahal adinda beliau masih hidup.

'Sebarang percubaan untuk menyingkirkan Sultan dengan cara yang lain mirip kepada satu rampasan kuasa,' kata beliau seperti laporan AFP semalam.

Beliau menggesa kerajaan pusat supaya campur tangan dalam krisis tersebut. -- Agensi.

kalam Perantau

kalam Perantau


BN dipersimpangan, Najib Mula Goyah?

Posted: 14 Sep 2010 04:00 PM PDT

Oleh : Mohd shuhaimi Al-Maniri

Barisan Nasional (BN) yang dibentuk menjelang pilihanraya umum 1974 ekoran kegagalan perikatan UMNO-MCA-MIC kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dilihat begitu sukar untuk ditumbangkan kerana mempunyai semua kekuatan sebagai sebuah perikatan parti-parti politik pemerintah yang gagal disaingi oleh pembangkang.

Beberapa percubaan telah dilakukan untuk menggugat BN dalam beberapa siri pilihanraya umum sebelum ini. Percubaan pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 sehinggakan Parti Bersatu Sabah (PBS) sebuah komponen BN yang memerintah Sabah ketika itu sanggup keluar BN untuk bersama dengan Gagasan Rakyat yang ditaja oleh Tengku Razaleigh Hamzah (pembangkang melalui Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) ketika itu begitu mencemaskan. 

Tetapi cabaran Tengku Razaleigh yang membentuk Gagasan Rakyat (PMS46-DAP-IPF dan PBS) dan Angkatan Perpaduan Ummah (PMS46-PAS-Berjasa-Hamim) tidak cukup kuat untuk menumbangkan  dan mencabut 'hayat' politik BN sebagai peneraju politik Malaysia. Hanya Kelantan sahaja yang mampu disapu bersih oleh APU. Tiada satu kerusi pun yang mampu dimenangi oleh BN.

Selepas itu BN mampu bangkit semula dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 dan seterusnya   PMS46 dibubarkan selepas itu untuk bersatu dengan UMNO semula. Gagasan pembangkang bersatu pun berkubur dengan berkuburnya PMS46. Walaubagaimanapun APU tinggal PAS, Berjasa dan Hamim hanya mampu bertahan di Kelantan sahaja. 

Tetapi dengan kembalinya Ku Li dan rakannya, sekali UMNO sekali lagi tergugat dengan pemecatan Anwar Ibrahim pula pada tahun 1998. Sekali lagi momentum politik meningkat semula khususnya dikalangan orang-orang Melayu. Satu parti baru dikenali, Parti Keadilan Nasional (keADILan) dibentuk bagi menenuhi keperluan penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Sekali lagi  gagasan pembangkang yang baru dikenali Barisan Alternatif (BA) oleh keADILan-PAS-DAP-PRM pula dibentuk menjelang pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999. Keputusannya menyebabkan BN khususnya UMNO telah kehilangan pula Terengganu disamping Kelantan yang terus berada ditangan PAS.

Malah Kedah pun mula tergugat bila BN gagal mendapat majoriti dua pertiga. Tetapi keadaan ini tidak lama, DAP yang kurang berjaya dalam pilihanraya umum ke-10 meninggalkan BA dengan menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' dengan isu Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Sekali lagi BN berjaya cemerlang dalam pilihanraya umum ke-11 pada 2004 dibawah pimpinan baru, Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Aura Pak Lah hampir-hampir berjaya menyisih PAS dari terus menerajui Kelantan dengan hanya kelebihan tiga kerusi sahaja. Kemudiannya tinggal majority satu kerusi sahaja selepas PAS tewas dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Ketika berada diambang keseronokan dengan kemenangan paling besar dalam sejarah, BN mula lupa diri menyebabkan mereka hampir-hampir kecundang dalam pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008. Mereka gagal mendapat majority 2/3 diparlimen dan kehilangan 5 negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kepada BA (PKR-PAS) dan DAP dalam satu pertandingan satu lawan satu. Tetapi Perak dirampas semula BN dalam satu operasi rampasan kuasa setahun selepas itu.

Sejak itu, PKR-DAP-PAS membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negeri-negeri yang dimenangi oleh pembangkang selain Kelantan. Kemudiannya dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang diadakan selepas PRU ke-12, PR dan BN masing-masing berjaya mengekalkan kerusi masing-masing kecuali Kuala Terengganu dan Hulu Selangor serta Sibu (Sarawak). Kuala Terengganu jatuh ketangan PAS (PR) dan Hulu Selangor pula kembali kepada BN (MIC). DAP (PR) berjaya merampas kerusi BN (SUPP) di Sarawak. Lain-lain kerusi adalah status quo kepada parti yang memenanginya dalam PRU ke-12 lalu.

PR begitu ghairah untuk menawan Putrajaya dalama PRU ke-13 nanti menyebab Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berada dalam zon selesa walaupun projek 16 September untuk membentuk kerajaan baru melalui satu gabungan atau perikatan PR dengan anggota BN yang berpaling tadah gagal. Ramai yang meramalkan Najib masih teragak-agak sama ada membubarkan parlimen serentak dengan pilihanraya Negeri Sarawak atau membiarkan parlimen dibuabarkan selepas keputusan pilihanraya Sarawak diketahui. 

BN diambang kehancuran ? 

Dalam keadaan sekarang, PR mula berpadu untuk menumbangkan BN walaupun dihadapkan dengan berbagai isu yang dicipta untuk meretakkan pakatan ini. Sebaliknya parti-parti BN pula mula goyah dan hilang keyakinan kepada BN dan UMNO. 

Bukan rahsia lagi MCA tidak menolak kemungkinan meninggalkan BN. Begitu juga dengan Gerakan yang tidak senang dengan perkembangan terkini BN. Malah MIC pun boleh meninggalkan BN jika UMNO banyak mencampuri urusan dalam parti tersebut. Lebih-lebih lagi tindakan UMNO mengambil Kongres India Muslim (KIMMA) yang tidak dipersetujui oleh MIC menyertai BN sejak sekian lama sebagai "sayapnya" baru UMNO.

Di Sabah, Sabah Progressif Party (SAPP) telah meninggalkan BN selepas pilihanraya umum ke-12. Kini Liberal Demokratik Party (LDP) juga sedang berkira-kira meninggalkan BN setelah pimpinannya hilang keyakinan dan tidak dapat bekerjasama dengan Musa Aman, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Negeri Sabah.  

Begitu juga di Sarawak, SUPP antara komponen tertua yang bersama mengasaskan BN dulu dilaporkan berkira-kira untuk meninggalkan BN Negeri Sarawak untuk membentuk kerjasama dengan Sarawak Nasional Party (SNAP) bagi menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Perkara ini bukan perkara baru dalam politik Sarawak. Pernah dalam tahun 1980'an dulu, Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) keluar dari BN Negeri Sarawak bekerjasama PERMAS pimpinan Tun Rahman Yaakob memberikan tentang yang sengit kepada BN dalam politik Sarawak. Tetapi selepas beberapa pilihanraya, PBDS kembali semula kepada BN Negeri Sarawak sehinggalah dibubarkan beberapa tahun yang lepas selepas Datuk Leo Moggie bersara dari politik.   

Sejak tahun pilihanraya 1996, SUPP telah kehilangan kerusi kepada DAP khususnya dikawasan majoriti Cina di kawasan bandar (Meradong, Bukit Assek, dan Kidurong). Selain DAP menang 3 kerusi, BN juga turut kehilangan dua lagi kerusi kepada Bebas pilihanraya tersebut, BN masih utuh dengan memenangi 57 kerusi di DUN Sarawak.

Kemudian pada pilihan raya negeri 2001 BN meraih kemenangan besar daripada 62 kerusi yang dipertandingkan. Parti Keadilan Nasional (KeADILan), dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) buat kali pertama bertanding dalam pilihanraya Negeri Sarawak. KeADILAN dan PAS tidak memenangi apa-apa kerusi. Ketika itu pembangkang hanya memenangi 2 kerusi, iaitu masing-masing satu DAP dan satu bebas.

Manakala pada pilihan raya negeri Sarawak 2006 pula berlaku sedikit anjakan senario politik di Sarawak, pabila pihak pembangkang SNAP, KeADILan dan DAP berjaya membentuk kerjasama melalui Barisan Bersatu Sarawak. Sementara PAS hanya menjalin kerjasama dengan KeADILan dan bertanding di satu kerusi sahaja, iaitu DUN Beting Maro dalam parlimen Batang Lupar.

Dalam pilihanraya ini, dominasi BN di Sarawak mula goyah. DAP menang lima kerusi (Pending, Batu Lintang, Meradong, Bukit Assek dan Kindurong), KeADILan pula menang kerusi  Padungan) dan SNAP kerusi Engkili. Dengan kemenangan DAP di Parlimen Sibu baru-baru ini, momentum  untuk menumbangkan BN di Sarawak makin tinggi.          

Perkembangan ini sedang dibuat analisa bukan sahaja oleh parti-parti pembangkang, malah oleh komponen BN Sarawak sendiri. Bagi mereka ini peluang untuk mengurangkan cengkaman PBB dan Taib Mahmud sendiri keatas politik Sarawak yang sudah berakar umbi sekian lama. Dengan perkembangan politik semasa, mampukah BN Sarawak ditumbangkan?

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dialog Dengan Bebudak Black Metal

Posted: 14 Sep 2010 06:38 PM PDT

-Merenung Sejenak-

"Kau satanist?" tanyaku straight pada budak metal yang memakai loket salib terbalik. Dia budak Cina. Tapi aku sebenarnya aim kepada budak-budak Melayu yang di sekelilingnya. Tambahan pula, jika aku dapat dia, maka laluanku kepada budak-budak Melayu tu akan mudah. Aku bukanlah tackle budak cina ni atas sebab perkauman atau sebagainya sebab aku tau: diorang ni sebenarnya keliru. Tambahan pula, diorang yang kacau aku sebab aku sensorang kat Terminal 1 ni yang pakai jubah dan berserban bagai. Diorang yang gatal mintak lighter kat orang berserban, apasal? Sibbaik aku ada lighter. Panjang sikit cerita...



"A'ah' Tau pulak kau?" jawab mamat satanist tu. Kita gelarkan dia budak A sebab aku tak suka ulang-ulang taip nama setan. Macam zikir pulak.

"Tengok loket" jawabku pendek sambil melirik pada loket salib terbaliknya. Dia memegang loket tu.

"Kau tak suka ke aku benci dengan Kristian? Bukan ke Islam tak suka dengan Kristian?" usiknya cuba menduga air yang tenang. Umpan dah masuk mulut ikan nampaknya, bisik hatiku. Aku nak biarkan ikan makan umpan lebih dalam lagi, kasi sangkut kat pangkal hati.

"Sapa kata Islam benci Kristian?" tanyaku cuba menyelidik tahap pemahamannya.

"Korang kan selalu mintak supaya jangan jadi macam orang yahudi dan nasrani dalam Al-Fatihah korang?" tanya mamat Cina tadi. Boleh tahan, knowledge. Ni bukan satanist biasa, ni. Ni satanist yang kononnya tahu akan konsep realiti alam, ni. Best-best.

"Mana ada dalam Al-Fatihah kata jangan ikut Yahud atau nasoro. Dalam Al-Fatihah kata 'ghairil MAGHDU bi 'alaihim wa LAD DHOL LIN'. Orang yang dimurkai atau yang sesat lagi menyesatkan. Kalau Nasoro, mesti Allah sebut Nasoro macam ayat-ayat yang lain" aku mengakalinya. Silap la nak debat pasal benda yang aku dok ulang-ulang minima 17 kali sehari. Budak A terdiam. Aku menyerang dia pulak.

Anton Lavey: Pengasas kultus bodoh
"Kau ikut setan ke?" tanyaku. Budak A memandangku semula.

"Kenapa?" tanyanya.

"Tengok nama band kat baju kau pun aku dah tau. Band ni band satanist ni. Lagu dia semua berdasarkan verse dalam Bible Satanic. Kau ikut band ni, maknanya kau ikut setan la, ye" kataku menduga air di sebelah sana pula.

"Boleh tahan jugak kau ni. Kenapa kalau aku ikut setan?" mulalah dia guna taktik menjawab soalan dengan soalan tu. Cikai punya taktik.

"Sebelum kau nak ikut setan, maknanya kau kena mengaku adanya tuhan, betul tak? Sebab kalau kau tak caya Tuhan, maka takdelah setan. Setan dicipta oleh Tuhan. Camana kau nak ikut setan yang anti tuhan kalau tuhan itu tiada?" kataku bermain logik dengannya.

"Betul. Tu sebab kitorang dipanggil jugak anti-christ" katanya bangga cam aku tak tau.

"Kalau kau percaya Tuhan dan setan, dan kau memilih pulak nak mengikut setan, maka kau mesti dah tau camana asalnya setan dilaknat, hingga dia rasa Tuhan tak adil dan kecewa dan mengeluarkan ikrarnya? Betul?" tanyaku lagi bagaikan machine gun. Memang tak kasi chan.

"Betul. Tuhan tak adil sebab pasal satu kesalahan, Lucifer terus dilaknat. Dan dari kisah penciptaan makhluk, seolah-olah dah memang set bahawa Lucifer akan duduk merengkok dalam neraka sebelum dia buat pun kesalahannya" jawabnya.

"Sebab Allah Maha Mengetahui akan kejadian sesuatu yang Diciptakan Nya" jawabku selamba.
"Jadi Tuhan memang sengaja buat Lucifer untuk disumbatkan ke neraka?" tanyanya. Aku tau mana perginya soalan ini. Tapi aku nak layan.

"Mungkin. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui" jawabku pendek, saja memancing soalan seterusnya.

"Kalau macam tu, tuhan tak adillah sebab lahirkan manusia ada yang Islam ada yang tidak" kata budak A. Kan aku dah agak...

"Sebab itulah syahadah ummat akhir zaman ialah kita mengaku Allah itu Tuhan yang Satu dan Nabi Muhammad SAW itu HAMBANya. Kita ni sekadar ciptaan Nya. Sukati Dia lah nak letak kita kat mana. Dan ummat akhir zaman ni termasuklah manusia dan jin dan setan-setan yang kau ikut tu" kataku.

"Walupun Tuhan humban kau ke neraka?" tanyanya memancingku. Aku tau soalan tu datang dari setan.

"Apa yang Allah tentukan, itulah yang Terbaik. Aku cuma boleh mengharapkan kasihan belasNya saja. Dan aku bersyukur sebab pintu taubat masih terbuka untukku selagi aku tidak syirik" pancingku. Muka Budak A berubah. Perkataan syirik tadi menarik perhatian dia dan budak metal member dia yang mula berkumpul mengelilingi kami.

"Setan pernah sembah selain Allah tak? Iblis pernah syirik tak" tanyaku pada salah seorang budak Melayu di tepiku. Mamat tu menggelengkan kepalanya tanda tak tahu. Budak A pun berkerut tanda dia pun tak pernah terpikir benda ni.

"Iblis tu pernah jadi ketua malaikat. Dah tentulah dia tau Tuhan itu hanyalah satu dan tentulah dia tidak akan syirik. Dan dia diberi penangguhan masa sehingga hari kiamat sebelum semuanya tamat" kataku lagi. Budak A dan budak-budak metal lain mendengar kata-kataku dengan penuh teliti. Nampaknya mereka MEMANG TAK TAHU.

"Iblis sepanjang masa menghantar setan untuk mencuri dengar perkabaran dari langit, takut-takut Jumaat ini ialah Kiamat. Sebab bila kiamat, maka tamatlah riwayatnya dan dia tak boleh nak main soal-soal lagi dengan Tuhan" kataku lagi.

"Kau bayangkan, masa dah dekat-dekat kiamat, tibatiba Iblis decide nak mintak ampun pada Allah dan bersujud di kubur Nabi Adam a.s. Kau agak-agak Allah yang Maha Pengampun tu akan mengampunkan tak dosa si Iblis?" tanyaku lagi. Makin dalam umpanku ditelan nampaknya.

"Iblis tak pernah syirik, maka ada HARAPAN taubatnya diterima Allah. Cuba kau pikirkan kedudukan kau kalau Allah dah ampunkan Iblis. Kau dah syirik kan Allah sebab ikut setan. Maka pintu taubat dah takde lagi untuk kau" kataku. By this time, ada di kalangan budak metal tu yang beristighfar dan membuka rantai dan baju t shirt mereka yang ada lambang salib. Budak A kelihatan tergamam.

Baca Lagi kat sini

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Najib membisu kes pembunuhan Susilawati...rupanya sedang berfacebook....

Posted: 14 Sep 2010 06:57 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Ramai dikalangan penyokong Umno marah-marah kerana pemimpin kononnya PAS-PKR-DAP tidak bersuara dalam isu kes pembunuhan kejam Susilawati...bertempik sakanlah mereka mengatakan, Pakatan Rakyat tidak serius menuntut keadilan utk arwah sebagaimana yang lazim mereka lakukan terhadap mangsa2 terdahulu seperti dalam kes Kugan, Teoh, dan Adik Aminulrasyid...

Namun mungkin mereka lupa, bahawa kepimpinan tertinggi mereka juga langsung tidak membuka mulut mengulas isu ini...akhirnya semalam (14 September), barulah TPM Muhyididn Yassin membuka mulut mengutuk kes pembunuhan ini...itu pun dah terlambat kata sesetengah penyokong Umno, kalau berlaku pada pembangkang la...

Yang menghairankan, PM Najib Razak masih lg membisu dalam kes besar yang melanda negara pada hari ini..langsung tiada kenyataan 'rasmi' beliau selaku PM mengulas isu ini...mungkin bg sesetengah penyokong Umno, tidak mengapa, PM sibuk so beliau tak perlu ulas...begitulah bersemangatnya penyokong Umno pertahankan pemimpin mereka..

Namun, apabila ditinjau di dalam facebook beliau (di sini), rupanya beliau sibuk berfacebook 'melayan' para peminat2nya..memetik 'kata2' Najib Razak di dalam facebooknya yang baru sahaja diupdate sekitar pukul 6 petang semalam (14 september):
"Saya sedang merancangkan satu lagi acara perjumpaan 1Malaysia untuk rakan-rakan online yang akan diadakan sebelum hujung tahun ini. Maklumat lanjut dan cara untuk mendaftar akan diumumkan melalui laman web saya, www.1Malaysia.com.my dalam masa terdekat. Kita berjumpa nanti!"
Fuh, bergumbiralah para peminat2 Najib..seolah2 tiada langsung peristiwa menggemparkan negara..siap merancang utk buat program bersama peminatnya di dalam facebook..agak2 apa komen penyokong Umno yang mulanya bising2 kononnya pemimpin PR membisu dlm isu ini?..

p/s: MCA, Gerakan, PPP, MIC ada keluar statement apa2 tak? ;)


MB selangor, MP Keadilan ziarah keluarga arwah Susilawati, harap polis segerakan siasatan..

Posted: 14 Sep 2010 04:42 PM PDT



VERSI Suara Keadilan Online

Presiden KEADILAN, MB Selangor Ziarah Keluarga Sosilawati

GOMBAK 14 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengunjungi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya bagi menyampaikan ucapan takziah daripada KEADILAN dan juga kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut diiringi Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan pimpinan serta anggota parti.

Mereka tiba di rumah Allahyarhamah di Taman Harmonis di sini kira-kira pukul 2.30 petang dan meluangkan lebih sejam bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati serta memberikan mereka semangat sebelum mengadakan majlis tahlil.



Ketika bercakap kepada media, Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah sambil menyifatkan pembunuhan Sosilawati sebagai mengejutkan, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis bagi pihak kerajaan negeri Selangor dapat menyelesaikan kes pembunuhan ini dengan pantas dan kita berharap polis juga mampu membuat penyiasatan terperinci sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke pengadilan," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid menganggap Sosilawati seorang usahawan wanita yang gigih dan berjaya dan kehilangan beliau amat dirasai terutamanya oleh ahli Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki yang hilang sejak 30 Ogos dibunuh sebelum mayat mereka dibakar disebuah ladang ternakan di Telok Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib pada tengah malam Sabtu lalu.

Jutawan kosmetik yang merupakan pengasas Nouvelle Visages hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan jual tanah.

Versi TVSelangor

Pembunuhan Sosilawati, MB & Pimpinan PKR Berkongsi Kesedihan

GOMBAK 14 SEPT - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berkongsi kesedihan bersama ahli keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Gombak.

Abdul Khalid tiba di rumah keluarga Sosilawati di Lot 9933 Taman Harmonis,Gombak kira-kira jam 2.45 petang bersama rombongan pimpinan PKR lain.

Antara mereka ialah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin.

Pada majlis berkenaan, Abdul Khalid bersama-sama rombongan turut sama berteleku membaca surah Yassin bersama kira-kira 30 pengunjung lain, untuk disedekah kepada Allahyarhamah Sosilawati dan tiga individu lain.

Terdahulu, Abdul Khalid sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada anak-anak Sosilawati dan berharap mereka bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.

"Kami sama-sama rasa kesedihan anak-anak Sosilawati dan kami berharap penyelesaian kepada perkara ini dapat dilakukan dengan segera supaya dapat mententeramkan keadaan,"katanya ketika ditanya pemberita, hari ini.

Selepas meluangkan masa kira-kira sejam bersama keluarga Sosialwati, Abdul Khalid juga menyatakan harapan supaya polis segera mencari jawapan kepada kes pembunuhan kejam ini dan kesediaan pihak berkuasa itu pasti dihargai kerajaan Selangor.

PANAS BERAPI: "PERKASA wujud kerana ramainya penyangak bangsa di dalam Umno!" - Blogger Umno

Posted: 14 Sep 2010 10:12 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sebelum meneruskan pembacaan, ada baiknya kalian khususnya penyokong tegar Umno menilai balik ucapan Ibrahim Ali di bawah..

"Jangan menganggap bahawa (semua) ahli Umno akan mengundi Umno..Mungkin mereka ahli Umno tetapi mereka tiada semangat Umno.." - Ibrahim Ali
Nampaknya isu 'Umno VS PERKASA' ini semakin lama semakin PANASS...jelas, isu ini telah memporakperandakan rumah tangga Umno..mereka saling berpecah dan berpuak2, kini dgn isu PERKASA, maka bertambahlah bilangan puak di dalam Umno!..hakikat ini terpaksa ditelan penyokong Umno walaupun ternyata ianya pahit...

Hasil dari penelitian penulis, ramai dikalangan penyokong Umno bawahan, terutama para bloggernya membantah tindakan Umno berseteru dgn PERKASA..bagi mereka, Umno perlu bertongkat dgn NGO itu utk terus kekal 'hidup'...Umno dan PERKASA adalah ibarat adik beradik yang tidak boleh dipisahkan bagi mereka..




Bagi mereka juga, tindakan playsafe yang dimainkan oleh Najib bukanlah pilihan yg bijak..tindakan 'tidak bersuara' ini sebenarnya boleh merosakkan Umno walaupun ia memberi sedikit kelbihan ke atas diri Najib..

Akhirnya, seakan2 dihasut syaitan, kebanyakan dari mereka mula menyembur kata2 nista, maki hamun, sumpah seranah kepada kepimpin Umno sendiri...bagi mereka, Umno yang wujud pada hari ini TERNYATA GAGAL dalam membela Melayu, malah sanggup menjual maruah bangsa..ini antara pengakuan seorang blogger tegar Umno..(baru tau ke..)

Dan ramai lagi sebenarnya blogger dan laman forum politik Umno menyerang Umno, tetapi penulis memilih artikel dibawah utk dipertontonkan kpd khalayak, betapa perjuangan asobiyah/kebangsaan melampau di dalam Umno akhirnya membawa malapetaka yang tidak disangka2!..

Ikuti luahan blogger umno dibawah, yg di ambil dari blog 'sensecredaccountability.blogspot.com'...


Para PENYANGAK dalam UMNO sudah mula 'kePANASan' dengan PERKASA..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita TIDAK hairan langsung dengan tindakkan segelintir pemimpin UMNO taraf PENYANGAK mula menggunakan MEDIA seperti The Malaysian Insider untuk memBURUK-burukkan sebuah NGO bernama PERKASA..

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bn-leaders-unite-against-perkasa/

Biasalah.. Dah nama pun PENYANGAK, apa lagi kerja yang mereka boleh buat? Nak pertahankan parti sendiri pun tak MAMPU, maka terpaksalah mereka mencari jalan MUDAH dengan meng'KAMBING-HITAM'kan PERKASA kononnya disebabkan PERKASAlah UMNO tidak mendapat sokongan.. Walhal semua MAKLUM tanpa keWUJUDan PERKASA atau mana-mana NGO sekalipun, UMNO tetap akan KALAH pilihanraya kerana WUJUDnya para PENYANGAK seperti mereka ini.. Malah, UMNO sebagai sebuah parti POLITIK yang ahlinya cecah 3 juta orang patut rasa MALU jika anggap NGO macam PERKASA sebagai ancaman!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Siapakah para PENYANGAK dalam UMNO yang ke'PANAS'an dengan PERKASA ini? Setakat ini sudah 3 orang menunjukkan diri mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG, Menteri Jaga Parlimen 'The HATCHET Man' dan yang terbaru adalah SU Agung UMNO sendiri.. Kenapa mereka LAYAK dipanggil PENYANGAK? Mudah aje.. Kerana orang macam merekalah punca UMNO diBENCI bukan sahaja oleh orang Melayu, malah hampir sebahagian BESAR rakyat negara INI.. Kita berani KATAkan sedemikian kerana kita YAKIN jika UMNO mengekalkan mereka ini sebagai calon dalam PRU 13, UMNO pasti KALAH teruk dan tinggal bendera aje nanti..

Antara sebab-sebab mereka bertiga ini layak dipanggil PENYANGAK UMNO kerana:-


1) Merekalah antara TOKOH-TOKOH dalam UMNO yang menjadikan UMNO sebagai platform untuk mencari meMEWAHan dan keKAYAan peribadi.. Cuba anda ikuti 'KARIER' mereka dalam UMNO, anda akan dapati mereka ini adalah 'NOBODY' pun sebelum masuk UMNO? Dengan menjadikan UMNO sebagai platform, barulah mereka dapat bermacam projek untuk jadi MEWAH seperti yang kita LIHAT pada hari ini..

2) Apakah JASA mereka kepada UMNO? Ada sesiapa boleh bagi JASA mereka ini dalam parti atau pun untuk bangsa Melayu? BERSIH sangatkah mereka ini sebagai pemimpin?PANGKAT yang diperolehi mereka pun samada diLANTIK atau diMENANGi dengan cara yang meMALUkan seperti POLITIK WANG.. Layakkah mereka ini bercakap bagi pihak UMNO?

3) Kenapa mereka berasa terANCAM dengan PERKASA? Kerana mereka KHUATIR jika BISNES mereka dengan rakan-rakan KONGSI bukan Melayu terutamanya dengan TAIKUN-TAIKUN dalam MCA dan Gerakan akan terjejas.. Apa akan jadi jika rakan-rakan KONGSI mereka 'TERSINGGUNG' dengan tuntutan PERKASA? Nanti kurangla pulak 'SHARE' yang mereka akan dapat..

Anda boleh BACA sendiri SIAPA sebenarnya para PENYANGAK UMNO ini dan LAYAKkah mereka bercakap KONONnya macam diri tuh BERSIH sangat?

1) SU AGUNG UMNO
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=3251&Itemid=1

2) Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG
http://mymalaysia.wordpress.com/2006/10/12/the-truth-about-khairy-jamaluddin-24/

3) 'The HATCHET Man'
http://www.tranungkite.net/lama/c12/harakah1242.htm

Ahli PERKASA kini berjumlah 200 ribu orang.. Ini adalah jumlah yang cukup besar dan mampu mempengaruhi perjalanan POLITIK negara khususnya yang melibatkan politik orang Melayu.. Namun, para PENYANGAK UMNO cuba meMUSNAHkan PERKASA melalui Presidennya Datuk Ibrahim Ali.. Mereka mendakwa PERKASA hanya ditubuhkan untuk kepentingan POLITIK Datuk Ibrahim sahaja.. Betulah anggapan mereka?

1) Sebahagian BESAR ahli PERKASA adalah ahli UMNO sendiri yang mahu membela kepentingan orang Melayu setelah UMNO gagal memperTAHANkannya kerana sibuk dok layan POLITIK WANG dalam parti..

2) Para PENYANGAK UMNO ini hanya nampak Datuk Ibrahim Ali sahaja.. Mereka LUPA bahawa PERKASA turut disertai oleh ramai CENDEKIAWAN dan golongan INTELEK Melayu seperti para professor IPT, tokoh-tokoh EKONOMI dan budayawan Melayu.. Malah bekas PM Tun Mahathir adalah Penaung pertubuhan ini.. Datuk Ibrahim seorang tak akan mampu menggerakkan PERKASA tanpa mereka ini..

3) Semua MAKLUM semasa Operasi Lalang 1987, Datuk Ibrahim pernah ditahan ISA.. Masa tuh beliau ahli UMNO dan Ketua Pemudanya adalah DS Najib sendiri.. Jadik, siapakah para PENYANGAK ini hendak memperSOALkan KREDIBILITI orang seperti ini sedangkan mereka sendiri PENGECUT dan hanya tahu memperALATkan UMNO sahaja?

Seperti yang kita sebut di awal tadi, para PENYANGAK UMNO ini dah mula GELISAH dengan keWUJUDan PERKASA.. Malah semakin RAMAI yang dah mula menampakkan diri ibarat CACING yang kepanasan.. Mereka sampai menggunakan khidmat The Malaysian Insider, MEDIA yang diragui dan sering mencetuskan POLEMIK untuk menyuarakan hasrat mereka.. Kita SARANkan kepada para PENYANGAK ini agar mintak DS Najib keluarkan arahan RASMI untuk LARANG ahli-ahli UMNO menyertai PERKASA.. Kita nak tengok samada DS Najib BERANI ikut mereka atau TIDAK.. Ada BERANI?

Wallahualam..


Cubaan melunakkan Umno: "Umno tak pernah dakwa Melayu lebih mulia dari bangsa lain" - Presiden MCA

Posted: 14 Sep 2010 06:40 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sungguh bijak permainan kata oleh Chua Soi Lek..halus lagi tajam...sebelum ni kutuk negara Islam mundur dan terkebelakang secara terang2an, kemudian hentam perjuangan rasis Umno dan PERKASA...

Tiba2 hari ini keluar statement beliau seolah2 sdg mempertahankan Umno..bagi penyokong Umno yg 'agak lembab', dorang mungkin seronok sbb nampak seolah2 MCA mula sokong dan 'backup' Umno...tapi bagi penyokong Umno yg waras, lebih2 lagi yg ekstrim ketuanan Melayu, dorang pasti akan 'panas' mendengarnya...

Kita tunggu reaksi pemimpin dan penyokong bawahan Umno statement terbaru Chua ini..apakah benar dakwaan Chua bahawa Umno tidak pernah beranggapan bangsa Melayu lebih mulia/unggul dari bangsa lain?..apakah ketuanan melayu selama ini tidak lagi menjadi agenda Umno atau ketuanan semua bangsa, sama rata, sama rasa sudah menjadi pilihan Umno (semua sama mulia)? atau bagaimana...

Utk yg terakhirnya, berjayakan MCA dlm usaha mereka utk melunakkan Umno mengenai isu ketuanan bangsa Melayu?..sama2 kita saksikan..;D

*superior = Unggul/mulia


Tidak pernah dengar pemimpin UMNO mengatakan Melayu lebih superior

KUALA LUMPUR 14 Sept — Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata beliau tidak pernah dengar mana-mana pemimpin UMNO mengatakan Melayu lebih superior daripada bangsa lain.

Beliau berkata, jika hubungan bangsa di Malaysia "tidak begitu baik seperti yang sepatutnya", adalah tidak adil untuk menuduh semua pemimpin UMNO sering memperkatakan kedudukan tinggi orang Melayu.



"Dalam hubungan saya dengan UMNO, saya tidak pernah dengar mana-mana pemimpin UMNO yang mengatakan Melayu lebih superior daripada bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog kepimpinan Cina mengenai Bajet 2011 di Wisma MCA di sini hari ini.

Soi Lek mengulas kenyataan negarawan Singapura Lee Kuan Yew dalam temu bual di New York Times pada 1 Sept, yang menyifatkan Malaysia sebagai dalam "keadaan yang paling tidak menggembirakan".

Lee antara lain dilaporkan dalam temu bual itu berkata, "tidak seperti Singapura, tidak terlalu mempertahankan budaya Cinanya, Malaysia mengambil perkembangan lain dengan rakyat Malaysia melihatnya sebagai sebuah negara Melayu di mana semua yang lain adalah orang tumpangan".

Soi Lek menerangkan bahawa hubungan bangsa "bukanlah begitu baik seperti yang sepatutnya" kerana selepas pilihan raya umum Mac 2008, terdapat persaingan hebat untuk meraih sokongan.

"Di Malaysia, bangsa merupakan satu isu yang mudah untuk mendapatkan sokongan, tetapi saya tidak fikir ia adalah adil untuk mengatakan bahawa pemimpin Melayu sentiasa mengatakan kedudukan tertinggi Melayu. Ini adalah taktik pembangkang untuk menjadikan UMNO dilihat teruk," kata beliau. — Bernama

UPDATE kes pembunuhan Dato Susilawati @ Tranung Kite Online (TKO)

Posted: 14 Sep 2010 02:53 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Di bawah dilampirkan dua link yang berhubungkait dengan isu/kes pembunuhan Dato Susilawati dan 4 yang lain..link ini akan sentiasa dikemaskini setiap masa..

Segala kisah mengenai mangsa, suspek, kronologi peristiwa, gambar kejadian, temuramah dengan keluarga mangsa, kenyataan pihak polis, penemuan baru, analisis dan lain2 yang berkaitan dengan isu ini akan dikemaskini di dua link berikut..


LINK 1 (klik)

LINK 2 (klik)

Kita menuntut pihak polis menyegerakan proses pengadilan terhadap mangsa, serta penghukuman terhadap pihak yang bersalah secepat mungkin!...tiada kompromi untuk penjenayah tak kira parti/kaum mahupun kumpulan tertentu!..wallahua'lam..

p/s: Berikut adalah group facebook yang mengecam pembunuhan tragis Allahyahamah Dato' Susilawati dan 4 yang lain...

1. Hukum Mati Keatas Pembunuh Datuk Sosilawati
2. Kami mengutuk pembunuhan kejam justice 4 kesemua mangsa bunuh