Ahad, 12 September 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


PAS Ucap Takziah Dan Gesa Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan

Posted: 12 Sep 2010 06:51 PM PDT

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi yang telah dibunuh secara kejam.

"Bagi pihak PAS, kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah menerima ketentuan ini.

"Kes pembunuhan ini menggemparkan negara," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh. Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

"Kita mahu pendakwaan segera dibuat terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan ini," katanya lagi.
Menurutnyan kes tersebut juga menggemparkan negara dan menunjukkan peningkatan kadar jenayah dalam negara. "Kita harap pihak polis berusaha mengekang jenayah, jangan hanya kepong ceramah pembangkang sahaja," katanya.
Kes ini juga jelasnya merupakan cabaran buat Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar untuk menyelesaikan kes tersebut. Kesemua mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. Polis sekurang-kurangnya telah menahan empat lelaki membantu siasatan.

Terdapat sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam. Mengulas dakwaan wujud campurtangan pihak ketiga dalam PDRM, beliau menggesa satu suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan.
"Kita tidak mahu dalam kes pembunuhan ini juga ada campurtangan pihak ketiga.
"Kita juga bimbang beberapa laporan polis yang dibuat terhadap pemimpin Umno BN sampai ke hari ini tidak diambil tindakan. Adakah ini juga wujud campurtangan pihak ketiga," soalnya. Demikian dipetik dari sumber HARAKAH.

Misteri Pembunuhan Dato' Sosilawati

Posted: 12 Sep 2010 04:30 PM PDT


Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 lagi mangsa lain dianggap selesai berikutan tangkapan 8 suspek.

Tentunya majoriti rakyat Malaysia terfikir berhubung beberapa fakta masih belum dijawab pihak berkuasa.

Antaranya ...

Siapa membelasah, menikam, membakar dan membuang abu mayat kesemua mangsa?

Kesemua mangsa dilapor dibunuh berhampiran rumah pekerja dan ladang ayam, maksudnya? Di kawasan lapang? Di premis tertutup?

Polis menyatakan, motif kes berhubung konfliks perniagaan. Perinciannya?

Apakah berlaku kepada wang tunai dilaporkan dibawa mangsa ke Banting?

Perkembangan 3 lagi keluarga mangsa? Sejauhmanakah pembabitan mereka dalam kes ini? Adakah laporan polis dibuat?

Suspek utama, peguam bergelar 'Datuk' dilaporkan mempunyai pejabat guaman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, sebelum ini dipercayai memiliki 4 rekod jenayah lampau dengan modus operandi sama. Maksudnya, ada mangsa 'dihilangkan' sebelum ini? Siapa mereka? Mengapa tidak dilaporkan media?

Selepas tempoh tahanan reman, kita semua akan mengetahui identiti mereka. Berikutan itu saya amat berharap perpaduan antara kaum di Malaysia akan kekal aman dan terkawal. Kejadian jenayah berlaku secara rawak bukan bergantung kepada faktor bangsa dan agama.
 -Mazidul Akmal Sidik- 

-ijoks2009-
Orang melayu jangan main isu perkauman dalam kes ini demi kepentingan politik masing-masing.
Dalam Keadilan ada bangsa india,dalam BN juga ada orang india.Tolong perihatin dengan perasaan keluarga mangsa.Kebanyakan orang kita suka mempolitikkan isu-isu perkauman macam ni, inilah penyakit baru yang sedang merebak dlm politik Malaysia.

Berita Terbaru Kes Pembunuhan Dato' Sosilawati

Posted: 12 Sep 2010 02:18 AM PDT

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, 4 mangsa terbabit dibunuh dan mayat mereka dibakar di dalam persinggahan, milik seorang daripada suspek di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

Jam tangan seorang daripada mangsa ditemui di premis terbabit.

8 suspek berusia di antara 19 dan 41 tahun diberkas termasuk 2 wanita dan mengaku terbabit dalam kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membunuh.

Motif dipercayai menjurus ke arah soal perniagaan.
baca lagi disini

kalam Perantau

kalam Perantau


Majlis Perantau: Terimakasih Dato PJ Ganu Kite !

Posted: 12 Sep 2010 11:18 PM PDT

oleh:tokpepijat

Majlis Perantau yang diadakan oleh PAS Terengganu bagi meraikan anak-anak Terengganu yang tinggal di luar Terengganu berlangsung hari ini dengan kehadiran yang memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

Majlis yang diadakan di Markaz PAS Kuala Terengganu juga kali ini turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Dewan Ulamak.

Saudara Suhaimi Al Maniri mempengerusikan sesi dialog.

Lebih memeriahkan majlis dengan kesudian Presiden TG Haji Hadi Awang untuk turut bersama berdialog bersama perantau setelah 3 tahun beliau sekadar memberi ucapan perasmian.

Slot dialog yang diadakan selepas ucapan perasmian oleh TG Presiden lebih didominasikan oleh kalangan mahasiswa.

Saya sebagai anak Terengganu juga turut hadir dan sertai dialog terebut. Antara pertanyaan dan kongsi bicara yang diutarakan oleh saya ialah berkenaan perhargaan oleh kerajaan PAS kepada golongan perantau seandainya PAS dapat menguasai semula Terengganu dalam PRU 13 nanti.

Saya berpendapat seharusnya pimpinan PAS juga memikirkan jasa dan pengorbanan mereka. Antara cadangan saya agar perantau yang tidak mempunyai tanah dan rumah di Terengganu dipertimbangkan untuk dikurnia rumah walaupun sekadar Rumah Murah.

Ini kerana bukan semua perantau mempunyai tanah dan rumah semasa mereka meninggalkan bumi Terengganu untuk mencari rezeki di luar. Ada dikalangan mereka menyewa, tinggal di kawasan perkuburan dan setinggan (tiada geran).

Apabila mereka berhijrah ke negeri lain, mereka juga menyewa dan tinggal di kawasan setinggan.

Tetapi pengorbanan dan kesetiaan mereka terhadap PAS adalah tinggi. Setiap pilihanraya, mereka sanggup tinggalkan sementara kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang balik menaiki bas ekspress menuju Terengganu untuk mengundi PAS.

PAS Terengganu seharusnya tidak lepas pandang dalam soal ini.

Jika Kerajaan Terengganu semasa PAS memerintah boleh bagi tanah kepada pemain bola yang pakai seluar pendek semata-mata kerana menang Piala Malaysia 2001, mengapa anak rantau tidak mendapat layanan demikian?

Rendah benarkah taraf anak rantau yang setia dan berkorban untuk Islam berbanding pemain bola pada kacamata pimpinan PAS Terengganu?

Kerajaan dicadang agar buat kawasan perumahan untuk anak rantau yang layak. Apabila mereka balik mengundi, rumah itu boleh dijadikan tempat menginap. Ataupun ini satu galakkan agar anak rantau pulang berkhidmat di bumi Terengganu.

Alhamdulillah, cadangan saya diberi respon positif oleh Dato PJ Ustaz Harun Taib semasa bersalaman dengan beliau di akhir majlis.


HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

Posted: 12 Sep 2010 04:00 PM PDT

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR
 
Hukuman keatas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman keatas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman keatas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan keatasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku keatas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
 
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengajacdan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman keatas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri Sesungguhnya aku akan potong tangannya”

Maka dirikanlah hudud keatas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran keatas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan dihadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina. Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

“Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran”.

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :-

  1. Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
  2. Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya. 

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza? Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
 
HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) samaada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody) 2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.

Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
 
HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.

Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan.
 
Sumber : MANHAL PMRAM dan Dr. Jamnul Azhar Mulkan.


Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3

Posted: 06 Sep 2010 02:00 AM PDT

Oleh : Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.

Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

“Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

“Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

“Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam,” katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara’ dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

“Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita,” katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KEJUTAN DARI IBRAHIM ALI YANG KITA TIDAK AKAN TERKEJUT

Posted: 12 Sep 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERKASA di bawah Ibrahim Ali MP Pasir Mas akhirnya dimalukan oleh Umno. Umno yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini menolak PERKASA yang juga mengaku menjadi hero orang-orang Melayu. Kedua-duanya yang `menjual nama' Melayu ini bersengketa kerana apa? Jawapannya mudah, mereka bersengketa kerana masing-masing sebenarnya tidak ikhlas membela nasib orang-orang Melayu.

Kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang mengaku akan membuat kejutan di dalam PRU nanti sebenarnya bukan satu kejutan. Terkejutkah kita jika raja katak Pasir Mas ini mengistiharkan untuk menubuhkan parti baru? Mungkin juga beliau akan keluar dari sarang di Pasir Mas dan berhijrah ke tempat lain yang beliau rasa kawasan itu boleh menyelamatkan beliau untuk kekal sebagai Ahli Parlimen? Ke mana sekali pun raja katak ini berhijrah, ianya tidak mengubah pandangan orang terhadap Presiden PERKASA ini. Jika Umno sebuah parti yang `kuat Melayu'nya pun menolak PERKASA yang dipimpin oleh Ibrahim Ali, bangsa atau kaum mana yang mahu percaya kepada perjuangan beliau?

Ibrahim Ali mendapat sokongan kuat dari Tun Mahathir iaitu tokoh yang mula-mula memecahkan perpaduan Melayu. Tun Mahathir menganggap rugi besar jika Umno menjauhi PERKASA. Kita tidak nampak pula di mana untungnya Umno jika bersama PERKASA, apatah lagi di bawah Najib dengan konsep `1 Malaysia'nya itu. PERKASA lebih banyak `memeningkan' Umno dari memulihkan Umno yang sememangnya sudah `pening' itu.

PAS awal-awal lagi sudah mengumumkan bahawa di dalam PRU akan datang, PAS tidak lagi mahu `bersedekah' kepada Ibrahim Ali kerusi Parlimen Pasir Mas. Memang tepat dan bijak keputusan PAS itu kerana `bersedekah' kepada orang yang `sombong dan khianat' tidak akan memperolehi pahala. Ibrahim Ali Ali juga menyebut bahawa Umno juga tidak mungkin (mustahil lebih tepat) untuk mencalonkan beliau di kerusi Parlimen Pasir Mas. Bahkan, jika Umno terdesak sangat untuk memilih raja katak ini sebagai calon mereka, Umno bakal mendapat malu besar nanti.

Ibrahim Ali menyebut masih banyak lagi kawasan majoriti Melayu yang boleh beliau wakili di dalam Pilihanraya nanti. Mungkin Ibrahim menganggap bahawa kawasan majoriti Melayu adalah kawasan selamat buatnya. Adakah sebelum ini Ibrahim Ali pernah bertanding di kawasan bukan majoriti Melayu? Dan, kawasan mana yang pernah menghilangkan deposit beliau? Beliau mesti ingat bahawa beliau menang di Parlimen Pasir Mas dahulu bukan kerana Ibrahim Ali Melayu, tetapi kerana pengundi-pengundi memilih calon yang dipilih oleh parti yang memperjuangkan Islam bukan memperjuangkan Melayu semata-mata. Di Kelantan, sebuah negeri yang hampir 100 peratus Melayu, sekarang mempunyai Adun dari kaum berbangsa Cina.

Apa pun kejutan dari Ibrahim Ali tidak akan menjadi kejutan kepada mereka yang kenal Ibrahim Ali. Ibrahim Ali bukan sahaja menjadi duri dalam daging buat Umno, bahkan ianya menjadi racun kepada semua. Insan yang satu ketika memuji Tuan Guru Nik Aziz, kemudiannya memperlekehkan MB Kelantan itu dan orang ini juga satu ketika menghina DS Anwar, kemudiannya ingin bersama DS Anwar dan kini kembali menyerang DS Anwar adalah insan yang tidak boleh dipercayai bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang sekali pun./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA DULU DI TALKINKAN ? PERKASA ATAU IBRAHIM ALI ?

Posted: 12 Sep 2010 10:59 AM PDT

Oleh: Mandor

BN yang ditunjangi oleh Umno akhirnya membuat keputusan menjauhi PERKASA sebuah badan NGO yang begitu kuat `kemelayuannya' yang dipimpin oleh raja katak dari Pasir Mas, Ibrahim Ali. Ibrahim Ali seorang Ahli Parlimen yang mendapat kerusi tersebut melalui `ikhsan' dari PAS Kelantan sebelum ini begitu lantang `berzikir' dengan kalimah `Melayu'nya mengalahkan Umno seolah-olah PERKASA lah selama ini yang menyelamatkan seluruh umat Melayu di negara ini.

Walaupun diketahui umum bahawa Umno sememangnya berat hati untuk mencampakkan PERKASA dari dikaitkan dengan Umno, tetapi demi kaum bukan Melayu maka akhirnya Umno melutut juga pada parti-parti komponen di dalam Bn yang sejak awal lagi begitu anti dengan PERKASA. Nampaknya PERKASA keseorangan, Umno menolaknya apatah lagi Pembangkang yang lebih awal kenal dengan PERKASA dan lebih kenal lagi dengan raja katak itu.

Untuk menghilangkan rasa duka, maka Ibrahim Ali menyebut bahawa PERKASA tidak memerlukan mana-mana parti politik untuk berjuang. Hakikatnya, parti-parti politik yang tidak memerlukan PERKASA apatah lagi dengan Ibrahim Ali. PERKASA seperti yang dikatakan oleh Ibrahim Ali hanya memerlukan sokongan rakyat untuk terus berjuang. Paling melucukan, PERKASA mahukan kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat nanti adalah terdiri dari mereka yang bermoral, bertakwa, tidak meninggalkan sembahyang, pendek kata kuat pegangan agamanya. Sekali baca seperti PAS pula kehendak PERKASA ini. Masalahnya, di mana moral Presiden PERKASA yang menjadi Wakil Rakyat yang tidak diredhai oleh majoriti pengundi-pengundi di Pasir Mas itu? Umpama menjadi Imam sembahyang yang tidak diredhai oleh Makmum, apakah itu bermoral?

Selagi raja katak `menenggek' di atas kerusi yang tidak diredhai oleh PAS itu, usahlah Ibrahim Ali mahu bercerita pasal moral. Kebanyakan pemimpin yang ada di dalam PERKASA itu bermoral sangatkah? Roslan Kassim bermoralkah? Tokoh yang begitu kuat dan intim dengan PERKASA seperti Tun Mahathir itu bermoral sangatkah?

Maka, bertempik soraklah MCA, Gerakan dan MIC apabila Umno mencampakkan PERKASA umpama mencampakkan barang buruk yang tidak berharga langsung. Bayangkan, jika Umno sebuah parti yang kuat Melayunya pun tidak mahu PERKASA, maka di mana PERKASA letakkan mukanya? Saya syorkan agar PERKASA didaftarkan sahaja sebagai sebuah parti politik bagi menghilangkan rasa malunya sekarang. Mungkin PERKASA boleh menentang Umno di dalam Pilihanraya Umum akan datang untuk membuktikan bahawa PERKASA lebih Melayu dari Melayunya Umno.

Begitulah nasib PERKASA dan tunggulah saat berkuburnya pertubuhan ini dengan didahului dengan berkuburnya Ibrahim Ali di Pasir Mas nanti./mandor.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Lawak Raya daripada Mahathir Kesayangan Korang

Posted: 12 Sep 2010 05:19 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah,

Baru je menonton berita TV1 sekarang ni.

Nak tau?Mahathir sudah buat lawak raya,aku rasa dia tiru lawak ni daripada anak dia Mukhriz,tak pun dia punya lawak sebenarnya,tapi mukhriz dah perform dulu,

Mahathir kata Malaysia dan Indonesia boleh menjadi satu kumpulan besar di rantau Asia kalau kedua2 negara ini menjalinkan kerjasama dan mempunyai persefahaman dan bla bla bla,

Tambahan,kedua2 negara ini mempunyai resources dan tenaga kalau dikongsi bersama2 maklumat tersebut,kedua2 negara ini akan menjadi kuasa besar.

Ahahahahahahahahahaa, inilah jenaka Mahathir yang paling badigol sekali,

Malaya ngn Indon?Kerjasama?Apa dulu dia jadi PM apsal tak nak lak kerjasama ngn Indon?Dah pencen baru lah nak bercerita plak,dah tak ubah macam sarjan Hashim gerak khas,dah pencen pun nak adventure lagi..ahahahahaha..Dah tu,Singapo ngn Brunai nak campak mana?Singapore hebat dalam servis,Brunei lak kayau ngn minyak!.. ahahahahaahaha lawak2.

Ahahahahah nak kongsi apa Malaya ngn Indon?Setakat berkongsi kasih adalah..orang Malaya kan suka kawin ngn Indon?ahahahaahahahahahahahaa

Dah tu pemberita tu menambah,mahathir la yang cakap ni masa rumah terbukak dia,masuk pencurik karang,ahahaha Mahathir kata Malaya,Indon, ngn Singapo selalu berunding dalam menyelesaikan masalah antara negara terutama perairan,

Ahahahaha masalah perairan?Ini suma kes nak minyak la ni,Alah,jangn risau,minyak tu hari2 terbentuk,kan ramai yang pandai2 kat dunia ni,baik yahudi,arab,eropah,jepun mahupun Melayu,takkan lah tak boleh nak cipta formula minyak?Aahahahahaa.Apa mahathir leh kata selalu berunding ngn SIngapo,apa dulu bukan ke dia bergaduh ngn lee Kuan yew dulu?Ini semua bohong,bohong orang pencen, ahahahahaahaha

Mahathir ni makin pencen makin kuat lak bunyi dia punya enjen.. ahahahahahahaha sudah2 lah nk temberang,blogger2 UMNO leh la ko temberang itu temberang ini,ahahahahahaaa..

Boleh jalan lah mahathir,kubur kata mari rumah kata bila lah lagi..

Ahahahahahahahahhahaha

Ini lah dia,PM pencen yakni Perasmi mesyuarat PERKASA punya lawak..LAWAK RAYA WOI!
Itu hari Najib nak tiru DAP,konsep pertengahan,konsep MIDDLE MALAYSIA,ini hari Mahathir al pencen lak buat lawak konflik Malaya Indon!!!!! ahahahahahahaha..satu je dia lupa,tak dak lak dia cite yang konflik indon ngn malaya disebabkan oleh pihak ketiga..

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pembunuhan Sosilawati : Ada lagi suspek yang masih diburu polis

Posted: 12 Sep 2010 10:48 PM PDT

Anggota polis memeriksa sisa tulang dan abu mayat di Banting semalam
Gambar kecil salah seorang suspek


KUALA LANGAT: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu hilang bersamanya melalui detik ngeri diseksa, dibelasah selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

Penjenayah kemudian mengutip cebisan dan abu mayat semua mangsa yang dimasukkan ke dalam guni atau bekas tertentu sebelum dibuang ke Sungai Panchau, di sini, kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dibunuh.

Perkara itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zinin, selepas anggotanya melakukan soal siasat lapan suspek ditahan selepas dipercayai ada hubung kait kes kehilangan jutawan berkenaan sejak 12 hari lalu.

Menurutnya, hasil siasatan, polis memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun disyaki dalang utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam selain adik suspek berusia 38 tahun.

"Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit selain enam lagi suspek turut terbabit.

"Lima suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas kelmarin. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun turut dikaitkan kes pembunuhan berkenaan," katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti pekerja kepada Datuk berkenaan termasuk ada antara mereka pekerja di ladang tempat mangsa dibunuh

"Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa dibawa ke ladang itu sebelum dibunuh dengan kejam, Ada kemungkinan mangsa dipukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa yang bertukar menjadi debu dicampak ke sungai berhampiran dan dihanyutkan ke laut berhampiran pantai Morib, di sini.

"Polis percaya mangsa dibunuh dan dibakar di tempat sama di dalam ladang kelapa sawit terbabit berdasarkan bukti awal diperoleh. Suspek dipercayai turut membuang senjata digunakan untuk membunuh mangsa di dalam sungai sama.

"Setakat ini polis masih menjalankan gerakan memburu saki-baki dan rangkaian kumpulan penjenayah merbahaya terbabit. Polis percaya kumpulan terbabit turut bertanggungjawab dalam satu lagi kes sama awal tahun ini," katanya.

Difahamkan empat individu turut mempunyai kaitan dan urusan perniagaan dengan peguam berkenaan dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai dibunuh dengan kaedah sama.

"Ada kemungkinan kes pembunuhan ini bermotifkan saingan perniagaan, namun polis masih menyiasat motif sebenar mangsa dibunuh kejam. Semua suspek akan ditahan reman sehingga 19 September depan untuk tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

"Apa yang boleh saya katakan, andaian mangsa masih hidup amat tipis. Bagaimanapun polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik mengesahkan sepenuhnya perkara berkenaan termasuk DNA bagi mengesahkan identiti mangsa dibunuh," katanya.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu semasa keempat-empat mangsa berada di Banting untuk bertemu peguam bergelar Datuk berkenaan.

Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar mereka dibunuh, tetapi ia mungkin antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehingga semalam.

Mengenai keluarga mangsa, beliau memberitahu, keluarga mangsa sudah dimaklumkan berhubung kes terbabit dan polis menjelaskan kepada mereka pengesahan lanjut daripada forensik dan Jabatan Kimia diperlukan mengesahkan sepenuhnya kematian semua mangsa.

"Apa yang saya boleh sahkan sekarang, pengakuan suspek menjurus ke arah itu," katanya.

Mengenai tahap siasatan, beliau berkata, pihaknya tidak dapat menyatakan daripada segi peratusan, namun semua perkara hanya dapat disahkan dan disempurnakan selepas polis menerima laporan forensik dan kimia.

"Laporan forensik dan kimia akan mengambil masa, dan keluarga mangsa dan media akan dimaklumkan sebaik saja kami menerima semua laporan mengenai perkara ini," katanya. - myMetro

Tengku Fariz Petra dimasyhurkan Sultan Kelantan

Posted: 12 Sep 2010 10:06 PM PDT

KOTA BARU, Sept 13 — Tengku Faris Petra Sultan Ismail Petra hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Balai Besar pada jam 12.30 hari ini

Tengku Faris menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra, yang mengalami stroke pada 14 Mei, 2009 dan masih tidak sembuh..

Pengumuman dibuat berdasarkan kepada Article 23A of the Kelantan State Constitution — yang di gazet pada 22 July, 2010 — yang merangkumi pelucutan kuasa Sultan disebabkan oleh gering atau kecacatan yang teruk.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Kes Sosilawati : Transaksi lebih besar - Tiada wang tunai RM4 juta

Posted: 12 Sep 2010 09:33 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tiada wang tunai ditemui di tempat kejadian pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain walaupun sebelum ini khabar angin mengatakan jutawan itu membawa wang RM4 juta ketika menghilangkan diri.

Sumber polis mengesahkan tiada wang ditemui pihaknya selepas menahan lapan suspek termasuk suspek utama kes berkenaan, seorang peguam bergelar Datuk.

Setakat ini mengikut sumber, segala urusan berkaitan wang yang dijalankan mangsa dan suspek adalah melalui transaksi bank.

Menurut sumber terbabit juga, nilai transaksi yang dilakukan lebih besar daripada nilai yang tersebar sebaik berita kehilangan jutawan kosmetik berkenaan disiarkan.- myMetro

Wajah 2 ekoq Haramjadah yang dituduh membunuh Datuk Sosilawati dan 3 lagi

Posted: 12 Sep 2010 08:59 PM PDT

Aku kata binatang ... atau lebih teruk dari binatang. Kalau binatang pun akan ada hati perut untuk menyayangi sesama mereka.
Mengikut kenyataan polis, Datuk Sosila dan 3 yang lain dipukul, ditikam dan akhirnya dibakar ... apakah masih ada manusia yang tak bertamaddun ... atau memang tak selamat lagi di negara ini gara-gara penguatkuasaan undang-undang nya yang longgar.
Atau 'haramjadah' ni berfikir mungkin dia akan terlepas kerana punya hubungan dengan orang-orang atasan di pihak pemerintah atau penguatkuasa undang-undang di negara ini.
Atau dia juga berpendapat segala-galanya boleh dibeli dengan wang ringgit, dalam sebuah negara yang terkenal dengan rasuah ini?
Sama-sama;ah kita berfikir. ... "Apa pun boleh terjadi dengan wang ringgit"

Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu

Posted: 12 Sep 2010 08:47 PM PDT

Oleh IWAN SHU -ASWAD dan AU YEONG HOW

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.

Pada 12 tengah hari, abang sepupunya, Elias berkata, abang dan adik Sosilawati telah ke Banting pada sebelah pagi.

Katanya, anak-anak Sosilawati berada di rumah dan masih tunggu pengesahan polis.

"Mereka okey setakat ini. Mereka masih tunggu apa-apa perkembangan daripada polis," katanya.

Ahli keluarga enggan menemui media.

Pada 12:30 tengah hari, Elias memaklumkan kepada pemberita bahawa mereka telah menerima panggilan polis.

Katanya, polis memberitahu besar kemungkinan mangsa ialah Sosilawati.

Ahli keluarga pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu masih enggan bertemu media selepas pengumuman polis yang mengesahkan empat mayat itu adalah Sosilawati dan tiga yang lain.

Seorang ahli keluarga Sosilawati dilihat menangis di perkarangan rumah sambil ditenteramkan oleh dua yang lain.

Setengah jam selepas pengumuman polis itu, sanak-saudara mahupun kenalan Sosilawati dilihat datang ke rumah beliau.

Menurut pesanan ringkas yang diterima wartawan mStar Online, anak keempat Sosilawati, Rina dipetik sebagai berkata, "Kalau betul mak tak ada lagi, bawa dia tunjuk depan Rina. Abah cari mak abah," raung Rina sejurus ketika sidang akhbar mengenai kematian ibunya disiarkan di televisyen. - mStar

Majlis pemasyuran Sultan Kelantan pagi ini cetus satu lagi krisis

Posted: 12 Sep 2010 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Majlis Perajaan Negeri (MPN) dijadual mengadakan majlis pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan sebagai Sultan Kelantan hari ini menggunakan undang-undang yang baru — dipercayai akan memarakkan satu lagi krisis perlembagaan negeri itu.

Istana Kelantan berada dalam krisis selepas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra gering sejak awal tahun lalu.

The Malaysian Insider difahamkan istiadat itu akan diadakan mengikut Perkasa 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), yang diwartakan, 22 Julai lalu.

Sultan Kelantan gering sejak Mei 2009, menyebabkan MPN menamakan Tengku Muhammad Faris Petra, putera berusia 35 tahun, sebagai pemangku raja tahun lalu.

Istiadat pemasyhuran akan berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar pada pukul 11.30 pagi.

The Malaysian Insider dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias akan mengadakan sidang media di Istana Negeri, Kubang Kerian pada pukul 2 petang ini.

"Majlis Perajaan Negeri akan meneliti laporan-laporan perubatan dan juga laporan pemerhatian beberapa imam bahawa Sultan sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai seorang raja," kata satu sumber Istana Kelantan kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada undang-undang baru.

Juga difahamkan, dua anggota MPN tidak akan hadir iaitu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan dan satu-satunya puteri Sultan Kelantan Tengku Amalin Aishah, seorang penolong pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara 23A yang akan digunakan dalam istiadat ini berbunyi "Kelucutan Takhta Kerajaan kerana kecacatan yang besar dan berat."

"Jika sekiranya setelah disiasat dengan sepenuhnya dan secukupnya, Majlis Perajaan Negeri berpendapat bahawa Raja ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk menjadi Raja, maka seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja mengikut syarat-syarat di bawah Bahagian ini."

Difahamkan, kemasukan Perkara 23A ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) ini pula adalah dibuat berdasarkan kepada Perkara 3(2) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Perkara 3(2) pula meyentuh syarat-syarat iaitu:

- (a) naik Takhta Kerajaan dan pangkat kebesaran adat istiadat Melayu;

- (b) pelantikan dan sifat seseorang bakal atau bakal-bakal Raja kepada Takhta Kerajaan, Raja Perempuan atau Pemangku Raja ataupun ahli-ahli Majlis Pangkuan Raja bagi Negeri;

- (c) pembuangan, menarik balik atau menurunkan daripada Takhta Raja itu atau bakal Raja ataupun bakal-bakal Rajanya;

- (d) pelantikan dan sifat Ketua-Ketua Pemerintah ataupun pangkat kebesaran adat istiadat Melayu yang serupa itu dan ahli-ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Majlis Penasihat Raja ataupun badan-badan yang serupa itu; dan

- (e) penubuhan, aturan, pengesahan dan pelucutan pangkat-pangkat, gelaran, kehormatan, kebesaran adat istiadat Melayu dan pekurniaan serta sifat pemegang-pemegangnya dan kawalan bagi istana, balai-balai penghadapan dan istana-istana raja, bolehlah dipinda oleh Yang Maha Mulia dengan Perwawai yang dikeluarkan dengan persertaan dan persetujuan Majlis Penasihat Raja, tetapi tidaklah boleh dipinda dengan mana-mana jalan yang lain."

Selain itu, maklumat yang diperoleh juga menyebut, selaras dengan perasaan kasih sayang yang mendalam Pemangku Raja Kelantan kepada ayahanda dan bonda, baginda telah memutuskan bahawa taraf dan kedudukan mereka setelah pemasyhuran kekal terpelihara melalui satu lagi peruntukan yang telah turut dimasukkan ke dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

Bagaimanapun peguam-peguam yang mewakili Sultan Kelantan mendakwa undang-undang baru itu kemungkinan membuka Pemangku Raja Kelantan kepada "tuduhan campur tangan ke atas soal kehakiman dan menghina prosiding."

Firma guaman Rashid Zulkifli berkata Sultan Kelantan akan mencabar "pertabalan pemangku raja sebagai sultan yang baru."

Menurut peguam itu, Sultan Kelantan telah memfailkan dua petisyen di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan mengenai beberapa perkara berkaitan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan.

Rashid berkata, mahkamah telah diminta untuk menentukan tahap kuasa Pemangku Raja sewaktu baginda Sultan Kelantan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya.

Pada Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul

Aziz Nik Mat berkata, beliau belum menerima surat rasmi dari Istana mengenai pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

"Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan Istana (Kelantan)," katanya.

Sebuah akhbar memetik sumber melaporkan Pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra.

Mengenai kenyataan peguam Rashid kepada portal berita Malaysiakini, kenyataan yang diperoleh juga berkata, "jawapan ringkas kami kepada beliau tolong baca, jika sudah membaca sila baca lagi keputusan Hakim Mohamad Ariff Md Yusof pada 29 Januari 2010 berhubung perkara ini."

Di bawah keputusan itu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa tindakan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada MPN tidak boleh disemak semula.

Mohamad Ariff berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa diraja kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan Kelantan.

Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, telah mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 September lalu.

Mengenai pendirian Nik Aziz itu, kenyataan yang diperoleh The Malaysian Insider berkata, Menteri Besar itu sebenarnya bercakap benar apabila menyatakan bahawa beliau belum menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri upacara ini sewaktu beliau berkata demikian Khamis lalu.

"Ketidakselesaan kami ke atas tindakan sebuah akhbar tempatan mendedahkan, di samping ketidaksediaan kami mengumumkan, perkara ini lebih awal adalah disebabkan kesedaran kami mengenai wujudnya cubaan untuk menggagalkan upacara ini," kata kenyataan itu lagi.

Sultan Ismail Petra berangkat pulang pada 4 Mac lalu setelah berada di Singapura sejak Mei tahun lepas untuk menjalani rawatan perubatan di Hospital Mt Elizabeth.

Baginda dimasukkan ke hospital itu pada 24 Mei 2009 untuk mendapatkan rawatan susulan sakit jantung. - TMI

Kes Sosilawati - Transaksi jutaan ringgit ke akaun tertuduh utama

Posted: 12 Sep 2010 08:23 PM PDT

KL 13 SEPT 10: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu. Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

"Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh," katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau. Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.

"Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek 'gelap mata' dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat 'besar' di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.

Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh. "Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini," katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu. Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

"Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit," katanya.

Sementara itu, tiada wang tunai ditemui di tempat kejadian pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain walaupun sebelum ini khabar angin mengatakan jutawan itu membawa wang RM4 juta ketika menghilangkan diri.

Sumber polis mengesahkan tiada wang ditemui pihaknya selepas menahan lapan suspek termasuk suspek utama kes berkenaan, seorang peguam bergelar Datuk. Setakat ini mengikut sumber, segala urusan berkaitan wang yang dijalankan mangsa dan suspek adalah melalui transaksi bank.

Menurut sumber terbabit juga, nilai transaksi yang dilakukan lebih besar daripada nilai yang tersebar sebaik berita kehilangan jutawan kosmetik berkenaan disiarkan. (myMetro

Kes Sosilawati : Rungkai 4 lagi kes yang hampir sama

Posted: 12 Sep 2010 08:12 PM PDT


BANTING: Penahanan suspek utama dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, juga dipercayai dapat membantu polis merungkai empat lagi kes seumpamanya sebelum ini. Difahamkan, suspek itu seorang peguam dan ahli perniagaan bergelar Datuk, boleh membantu siasatan berhubung kehilangan empat individu, termasuk warga India yang dilaporkan hilang kira-kira setahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata empat individu itu, termasuk beberapa ahli perniagaan dikatakan hilang selepas berurus niaga tanah membabitkan suspek sama.

"Selain kes Sosilawati, ada empat lagi kes seumpamanya dilaporkan sejak setahun lalu dipercayai membabitkan suspek sama, dengan motif juga dikatakan soal kewangan dan urus niaga tanah.

"Kita sedang meneliti kaitan semua kes itu dan usaha mengesan mangsa sedang giat dilakukan hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi Sosilawati dan tiga individu bersamanya dibunuh sebelum mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti-Pengganas) Bukit Aman, Datuk Fuzi Md Harun; Timbalan Pengarah JSJ (Operasi/Risikan) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Bakri berkata, identiti keempat-empat mangsa yang masih hilang itu sedang dikenal pasti namun tidak menolak kemungkinan mereka adalah ahli perniagaan.

"Kita masih menyiasat suspek berhubung kes itu. Hanya suspek yang mempunyai maklumat dan petunjuk berhubung kes itu," katanya.

Ditanya apakah keempat-empat mangsa itu menerima nasib yang sama seperti Sosilawati dan tiga individu lain yang dilaporkan hilang bersama, beliau enggan mengulas lanjut namun mengesahkan modus operandi digunakan adalah sama.

"Dalam kes Sosilawati, semua mangsa dipercayai ditahan, dipukul (hingga mati) sebelum dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sungai bersama barang peribadi mangsa bagi tujuan menghapuskan bahan bukti.

"Ada kemungkinan mereka menggunakan cara sama dalam empat lagi kes sebelum ini," katanya.

Berdasarkan corak perlakuan jenayah, Bakri yakin perbuatan itu dilakukan lebih daripada seorang suspek.

"Bagi kes Sosilawati, lapan suspek ditahan setakat ini dan akan ada lebih banyak tangkapan selepas ini. Kita juga mengenalpasti motif jenayah ini," katanya.

Bakri berkata, walaupun suspek, termasuk dalangnya dikenal pasti dan ditahan, polis tidak menganggap kes itu selesai. - BH

Pembunuhan Sosilawati dan 3 yang lain : Mereka dipukul hingga mati sebelum dibakar

Posted: 12 Sep 2010 12:45 PM PDT


BANTING, 12 Sept — Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar "Datuk", telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu "pembunuhan kejam."

Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik.

Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

"Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis," kata beliau dipetik Bernama.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

"Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan," katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk. - TMI

Pembunuhan Sosilawati ke-2 dahsyat selepas kes Altantuya - PAS

Posted: 12 Sep 2010 10:23 AM PDT

Dzulfikar Mashoor

JOHOR BAHRU, 12 Sept: PAS menganggap kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya sebagai kedua paling dasyat di Malaysia selepas kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar, kes pembunuhan mendiang Altantuyaa Sharibuu sebelum ini menggemparkan negara apabila dibom dengan C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya," ujarnya petang tadi ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan pihak polis bahawa Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, telah dibunuh.

Mayat mereka juga dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

"Selepas empat individu yang menjadi perhatian rakyat dilaporkan mati menjadi abu, baru Polis boleh mengaitkan saspek dengan kes empat orang yang hilang tahun lepas," ujarnya sambil menasihatkan bakal Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar supaya memperbaiki sistem siasatan kepolisan tanah air.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa kes tersebut turut membabitkan pemimpin negara yang berprofil tinggi sebagaimana kes pembunuhan Altantuya.

"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi kemudian mengecam pihak yang terbabit yang sanggup membunuh lalu membangkar keempat-empat mangsa sebelum dihanyutkan dalam sungai berdekatan Ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting.

"Sekiranya benar apa yang diumumkan oleh Datuk Mohd Bakri dalam sidang media tadi, PAS mengecam pembunuhan dahsyat itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau turut menasihatkan pasukan Mohd Bakri membuat pengesahan lanjut beserta laporan rasmi dari Jabatan Forensik.

Ini kerana, katanya laporan itu boleh mengurangkan rasa gelisah rakyat terhadap tahap keselamatan mereka masing-masing.

Beliau, mewakili PAS turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa sambil mengajar rakyat membantu Polis supaya kes dasyat seperti itu tidak berulang lagi di tanah air kelak.

"Mewakili PAS, takziah...saya harap keluarga mangsa bersabar."

"Saya seru seluruh rakyat Malaysia sama-sama membantu Polis agar kes sebegini tidak berulang," ujarnya - Harakah Daily

Solat ghaib Datuk Sosilawati

Posted: 12 Sep 2010 07:35 AM PDT

Imam surau Kg Tengah, Gombak, Ustaz Talib Zakaria (serba putih) dengan jemaah lain menuju ke rumah Datuk


Mereka memasuki rumah Datuk

Keadaan dalam rumah Datuk


Ramai pemberita dan jurugambar kini berada di hadapan rumah Datuk Sosilawati dengan harapan agar mendapat apa-apa berita terbaru. Tapi setakat ini keadaan seperti biasa.

Kami masih menunggu kebenaran dari abang Datuk untuk membenarkan kami memasuki rumah untuk mengambil sedikit gambar solat ghaib tersebut.

Kelihatan saudara-saudara terdekat Datuk mula memasuki rumah, tapi malang semuanya tidak mahu memberi sebarang komen.

Jemaah dari surau tiba sekitar jam 9.00 malam tadi. Solat ghaib akan diimamkan oleh ustaz Talib Zakaria, Imam surau khariah Kg. Tengah, Gombak.

Solat ghaib selesai kira-kira jam 9.45. Masih tiada sebarang berita terkini. Pemberita dan jurugambar masih berkumpul di hadapan rumah Datuk.
Kami tidak dibenarkan memasuki rumah Datuk oleh abang dan anaknya
Jam 11.00 malam - memandangkan tiada apa perkembangan terbaru yang boleh kami dapati, jadi kami mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah allahyarham. Akan berkumpul lagi esok paginya. Insyaallah ...

TERKINI dari rumah Datuk Sosilawati

Posted: 12 Sep 2010 04:36 AM PDT

Pemberita dan jurugambar masih berkumpul di sini untuk mendapatkan berita mutakhir dari keluarga allahyarham tapi hampa. Tiada seorang pun diantara keluarga yang mahu memberi sebarang kenyataan. Hanya katanya keluarga akan mengadakan s0lat ghaib selepas magrib nanti disurau berhampiran.

Pintu rumah dan pintu pagar juga tertutup, hanya kelihatan saudara Datuk yang keluar masuk. Pun begitu tiada siapa yang mahu mengulas atau memberi sebarang kenyataan kepada media yang setia menunggu.

Hujan lebat disini, semua berlari kekereta yang diletakkan dihadapan rumah Datuk
TERBARU l Solat ghaib akan diadakan di rumah Datuk selepas solat Isyak
Berita terbaru dari rumah Datuk akan disampaikan dari semasa kesemasa

Kes Sosilawati: Peguam bergelar ‘Datuk’, adik dan enam pekerja ditahan

Posted: 12 Sep 2010 02:09 AM PDT

Kes Sosilawati: Peguam bergelar 'Datuk', adik dan enam pekerja ditahan
September 12, 2010BANTING, 12 Sept — Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd Bakri berkata polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.
Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.
Beliau berkata hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.
Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Bagaimanapun, Mohd Bakri berkata beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.
Mengenai motif kejadian, beliau berkata ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urusniaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. — Bernama

Pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain : Datuk dan adiknya ditahan

Posted: 12 Sep 2010 01:23 AM PDT

BANTING: Seorang remaja berusia 19 tahun antara lapan suspek ditahan berhubung kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain bersamanya, dipercayai dibunuh dan dibakar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, turut ditahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya yang juga peguam, selain empat pekerja ladang milik Datuk berkenaan. BH

TERKINI LAGI : SAH Datuk Sosilawati dan 3 lagi dibunuh dan dibakar

Posted: 11 Sep 2010 11:59 PM PDT

Menurut lapuran twitter The Malaysian Insider, polis mengesahkan bahawa Datuk Sosilawati bersama 3 lagi individu telah dibunuh dan dibakar. Abu mayat telah dibuang di sepanjang sungai di Tg Sepat.

BANTING: Polis mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.
Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis masih perlu mendapatkan pengesahan forensik untuk mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut. Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Banting di sini, hari ini. Tiga lagi individu ialah pemandu, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos ketika berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. - Bernama