Sabtu, 11 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI: Polis bawa suspek ke tempat kejadian di Tg Sepat

Posted: 11 Sep 2010 10:21 PM PDT

BANTING, 12 Sept — Pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat sini bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi.
Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.
Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.
Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometre dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.
Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki. - The Malaysian Insider

MENYUSUL LAGI

Rakyat kutuk 'bunuh dan bakar' Datuk Sosilawati dan 3 yang lain

Posted: 11 Sep 2010 10:11 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Laporan media yang mengaitkan penemuan empat mayat di kawasan Morib dengan kehilangan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain belum dipastikan, tetapi rakyat jelata mula mengecam tindakan membunuh kemudian membakar mayat mangsa.
Mereka yang mengikuti berita ini sejak awal pagi tadi, walaupun belum disahkan identiti mereka oleh polis, menganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang sungguh kejam dan amat keji.
Rata-rata kesemua pembaca mengutuk tindakan itu khususnya ketika rakyat Malaysia khususnya umat Islam menyambut Aidilfitri.
Mereka berpendapat bahawa tidak kisah siapa yang menjadi mangsa pembunuhan di Morib, jika pun benar, tindakan itu tidak wajar dilakukan oleh manusia yang waras.
Negara pernah dikejutkan dengan perbuatan membunuh dan kemudian mayat dibakar ataupun diletupkan. Ini termasuk kes bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan.
Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pula dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.
Penulis blog syahrilkadir yang memetik laporan media hari ini menulis, "Al-Fatihah untuk semua mangsa."
"Aku masih tak dapat bayangkan betapa kejamnya manusia yang melakukan perkara sebegini kepada semua mangsa, percayalah ini bukan kerja binatang, kerana binatang pun masih ada sifat belasnya!" kata penulis ini yang merupakan bekas wartawan akhbar harian.
Pengunjung laman web www.benashaari.com pula membawa pandangan pengunjung yang turut mengecam tindakan sedemikian dengan berkata "manusia semakin jahil."
Seorang lagi penulis blog berkata, "aku tak tahu kenapa tapi jauh di sudut hati aku, aku harap empat mayat rentung itu tiada kaitan dengan misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Aku berharap mereka semua masih hidup!"
Pengunjungnya pula berkata, "tak kiralah apa identiti empat mayat tersebut, motif apakah sampai perlu dibunuh dan dibakar. Kita semakin kejam!"
Sementara itu blog hizamirahim.blogspot.com pula membawa reaksi: "Inna lillah wa inna 'ilaihi raji'un. Ya Allah! Biar betul?"
Laman denaihati,com yang mengumpulkan senarai mesej Twitter pula berkata, "dalam perbincangan aku dengan kenalan aku itu pun memang kami dah jangka sesuatu yang buruk telah berlaku tetapi aku sendiri tak berani pandai-pandai buat cerita selalgi belum disahkan oleh pihak berkuasa."
"Kita tunggu dan doakan yang terbaik. Setiap kejadian pasti yang ditetapkan tuhan pasti ada sesuatu untuk kita semua pelajari."Apa yang belaku sangat menyedihkan terutama di bulan yang mulia Ramadan dan Syawal. Manusia sanggup buat apa sahaja demi WANG," kata mesej itu.
Mesej dalam Twitter dari laman web itu pula berkata, "dunia sudah kiamat! Ya Allah, ampunilah dosa umatMu sekalian."
Laporan Bernama menyebut sejak awal pagi ini pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu dekat Banting.
Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.
Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.
Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya - TMI.

Sosilawati dibunuh dan dibakar

Posted: 11 Sep 2010 07:27 PM PDT

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.
Polis telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjong Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.
Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu. Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibakar.
Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.
Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis telah menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.
Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.
Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang itu telah ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.
Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. - BERNAMA

KPN sahkan lebih 4 individu telah ditahan

Tanding jawatan Presiden : DSAI masih menyepi

Posted: 11 Sep 2010 09:06 AM PDT

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tetap tidak memberi jawapan, sama ada beliau akan bertanding untuk jawatan Presiden parti atau tidak, dalam pemilihan parti yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini. Malah, beliau juga enggan menyatakan pendiriannya berhubung jawatan Timbalan Presiden partinya, yang dijangka bakal menyaksikan pertarungan sengit, antara Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim.
Sebaliknya, dengan nada berjenaka Anwar (gambar kiri) berkata suara-suara yang mendesak supaya dirinya bertanding bagi kerusi Presiden PKR mungkin disyorkan oleh UMNO. Menurut beliau lagi, kemungkinan ini tidak dapat dinafikan apabila UMNO ingin melihat PKR mengikut jejak dan langkah mereka apabila menghadapi pemilihan dalam parti.
"Persidangan Agung Cabang juga belum dimulakan. Begitu juga di peringkat negeri. Belum diputuskan samada pencalonan untuk jawatan tersebut akan dibuat atau tidak."
"Mungkin ini adalah syor dari unsur dalaman UMNO supaya jawatan Presiden ini dipertandingkan. Sehingga ini kita belum membuat apa-apa keputusan lagi. Biarlah persidangan agung parti bermula dahulu dengan lancar dan sempurna," katanya.
Anwar berkata demikian ketika bercakap kepada media semasa menghadiri majlis sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran PKR Negeri Pulau Pinang di tapak ekspo Seberang Jaya tengah hari tadi ... seterusnya

Kanak-kanak mati digilis keretapi di Kajang

Posted: 11 Sep 2010 08:24 AM PDT

KAJANG Sept 11 – A young boy died after being hit by a train while playing on the railway tracks at Sungai Chua here today.

 Kajang Police Chief ACP Sakaruddin Che Mood said the incident happened when Affissyau Qi Abdul Zaman 11 could not free his leg which had become trapped on the railway track

"The victim was with four other friends who however escaped unhurt " he added Affissyau Qi's body was sent to the Serdang Hospital and police are investigating the case – Bernama

TheKelantanInsider kesal lapuran Utusan Meloya

Posted: 11 Sep 2010 06:58 AM PDT

KOTA BHARU, 11 Sept: Blog yang selalu menjadi jurucakap Istana Mahkota Kelantan, TheKelantanInsider kesal dengan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan kononnya Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan esok.
"Kami faham bahawa memperolehi "scoop" adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.
"Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya," tulis blohg itu hari ini.
Utusan hari ini menyiarkan berita kononnya, Pemangku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra akana ditabalkan sebagai Sultan Kelantan hari ini.
"Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.
"Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.
"Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi," lapor muka depan akhbar itu
"Kami di The Kelantan Insider merasa terkejut dengan "kebolehan" akhbar Utusan Malaysia menyiarkan satu laporan yang cukup sensasi pada hari raya yang mulia ini dengan hanya berpandukan kepada kata-kata sumber-sumber yang tidak dikenal pasti," tulis blog yang selalu membuat posting pandangan pihak pemangku Sultan Kelantan itu.
Sehubungan dengan itu, blog itu menulis, "kami suka mengingatkan akhbar-akhbar tempatan supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab di dalam menyiarkan sebarang laporan mengenai Istana Kelantan, apatah lagi jika laporan itu mempunyai nilai kesensasian yang tinggi."
Tanpa mengira sama ada sesuatu laporan itu mempunyai kebenaran ataupun tidak, akhbar-akhbar tempatan seharusnya mengikuti apa-apa peraturan yang telah ditetapkan di dalam melaporkan sebarang berita yang ada hubung-kaitnya dengan Istana Kelantan, tulisnya lagi.
Menurutnya, pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D'Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.
"Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan," tulisnya.- HarakahDaily

Korbankan kroni jika mahu ekonomi pulih - DSAI

Posted: 11 Sep 2010 05:38 AM PDT

Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.
Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia.
Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-BN perlu mengorbankan kroni-kroni bagi memulihkan imej dan ekonomi negara di persada antarabangsa.
Beliau menggesa Kerajaan Pusat supaya meneliti saranan Forum Ekonomi Dunia yang menggesa Malaysia mengambil langkah drastik untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan institusi awam bagi menghentikan kecorotan prestasi negara dari tahun ke tahun.
Anwar menjelaskan ekonomi Malaysia akan terus tempang, dan rakyat akan terus tertekan, jika Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus melindungi kroni-kroni Umno-BN yang selama ini mendorong pemerintah untuk mencabul sistem politik, ekonomi dan undang-undang.
Sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada kekuasaan adalah ciri-ciri utama yang meletakkan negara seperti Switzerland mengungguli carta 10 ekonomi terbaik di dunia.
Najib digesa merenung keresahan rakyat dan pelabur apabila rasuah dan penyelewengan kuasa semakin membudaya lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang.
"Perdana Menteri silih berganti, janji demi janji tapi tidak diperkota. Lihat sahaja isu pembubaran dan pembatalan ISA sampai sekarang tidak terjadi, rasuah masih lagi meluas, digunakan penswastaan 1 Malaysia termasuk kes Sungai Besi diberikan kepada kroni yang melibatkan projek berbilion ringgit yang tidak diberikan secara telus" jelas Anwar
Laporan Daya Saing 2010-2011 Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini membuktikan gagasan Dato Seri Najib dalam membangunkan Negara tidak membuahkan hasil malah membebankan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan hanya mengejar slogan dan pencapaian astetik 1 Malaysia, tanpa perlaksanaan dasar-dasar wajar.
Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
"Bila ditanya, mereka kaitkan pula dengan soal Melayu dan Bumiputera. Melayu mana dan Bumiputera mana yang dapat keuntungan? Hanya Melayu keluarga dan Bumiputera kroni. Kita pertahan majoriti yang miskin dan kelompok india, Cina, Kadazan, iban dan Dayak yang terpinggir. Ini mesti juga diberi perhatian. Ini negera kita dan kita berhak pertahankan hak kita," tambah - TVS

Ahli KeAdilan mahukan Anwar memimpin secara langsung — Dr Ramli Daud

Posted: 11 Sep 2010 04:30 AM PDT

September 11, 201011 SEPT — Ketika mana para jeneralnya kalut melobi dan berkempen untuk menduduki kerusi nombor dua parti, Dato' Seri Anwar masih berdiam diri dan tidak memberikan indikasi jelas samada dia mahu atau tidak memegang jawatan Presiden parti KeADILan. Ahli-ahli parti barangkali masih lagi menunggu pengumuman rasmi beliau, samada untuk tampil memimpin KeADILan secara langsung sebagai Presiden atau mahu terus dengan kedudukannya sebagai Ketua Umum parti; suatu kedudukan yang dicipta khas untuk dirinya ketika mana dia tidak diperbolehkan memegang apa-apa jawatan dalam parti ekoran hukuman yang dipaksakan ke atasnya.
Alasan Anwar dan alasan yang dikongsi bersama oleh barisan pimpinan tertinggi KeADILan adalah; jika Anwar ditaqdirkan dipenjara lagi nanti, maka siapa pula yang akan memangku jawatan tersebut. Makanya pada pendapat kolektif mereka, adalah lebih selamat jika Datin Seri Dr. Wan Azizah terus menjadi Presiden. Namun yang selamat hanyalah "kuasa" Anwar ke atas parti KeADILan, kerana dia masih boleh memberi arahan kepada isterinya yang tidak mungkin akan engkar. Jika orang lain yang memangku jawatan tersebut barangkali Anwar akan sakit kepala di dalam penjara.
Namun formula seperti itu tidak juga dapat menyelesaikan polimik kepemimpinan parti KeADILan secara keseluruhannya kerana ada satu lagi jawatan penting yang menjadi sasaran mereka yang berminat menjadi orang penting parti. Hal ini menjadi nyata apabila Timbalan Presiden sekarang, iaitu Dr. Syed Hussin Ali sudah memberikan tanda-tanda untuk tidak lagi memegang jawatan tersebut. Hakikat ini membuka ruang kepada perebutan jawatan tersebut di kalangan beberapa pemimpin lama dan baru dalam KeADILan, yang terngiur dengan prospek kedudukan berimbuhan besar dalam kerajaan baru yang mahu dibentuk selepas PRU ke 13 nanti, baik di Negeri mahupun di Persekutuan - seterusnya

Kalau betul kata Katak ni ... hahaha bagus lah

Posted: 11 Sep 2010 02:29 AM PDT

Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN PRU-13

Oleh Yow Hong Chieh
September 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Pertubuhan hak orang Melayu Perkasa hari ini memberi amaran keras kepada Umno agar tidak selesa dengan asas sokongan diterimanya sekarang sambil mendakwa hanya tiga daripada 10 ahli parti itu akan mengundi mereka dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata keahlian Umno yang dipercayai dalam lingkungan 3.4 juta orang sebenarnya tidak bermakna memandangkan hanya segelintir penyokong tegar yang akan mengundinya manakala yang lain akan dipengaruhi oleh isu-isu dan tindak tanduk parti-parti lain.
"Jangan menganggap bahawa (semua) ahli Umno akan mengundi Umno," kata beliau pada sidang media di rumahnya di Taman Melawati di sini hari ini.
"Mungkin mereka ahli Umno tetapi mereka tiada semangat Umno," kata Ibrahim (gambar) yang juga merupakan bekas ahli Umno.
"Mereka akan mengundi mengikut arus (isu) nasional... jadi jangan memandang mudah perkara ini. Oleh itu adakah mereka akan mengundi jika menjadi ahli, tidak, tidak semestinya," kata beliau dalam reaksi ketiganya sejak Rabu lalu ekoran pendirian terbuka Umno dan BN ke atas pertubuhan bukan kerajaan Melayu ini. - The Malaysian Insider

Masjid WTC tetap dibina di tapak asal - Pemaju tolak tawaran Trump

Posted: 11 Sep 2010 12:51 AM PDT


Lokasi bangunan berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang akan dibangunkan menjadi pusat kebudayaan Islam beserta masjid. - Gambar ihsan The Age/TMI

NEW YORK, 11 Sept — Pemaju pusat kebudayaan Islam beserta masjid berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC), yang ranap sembilan tahun lalu menegaskan, projek itu akan diteruskan meskipun meskipun menerima tawaran 'lumayan' daripada jutawan hartanah Donald Trump agar ia dipindahkan ke lokasi lain.

Justeru, Sharif El-Gamal, pemaju projek itu berkata tidak benar bahawa pembinaan pusat berkenaan akan dipindahkan lokasi.

Warga New York bersiap sedia untuk mengadakan upacara memperingati serangan 11 September hari ini (sebelah malam waktu Malaysia).

"Tidak benar pusat masyarakat ini yang dikenali sebagai Park51 di Manhataan akan dipindahkan ke lokasi lain," kata Sharif dalam satu kenyataan.

"Projek ini akan diteruskan sebagaimana telah dirancang. Apa yang dilaporkan oleh media tidak benar," kata beliau.

Reuters memetik media tempatan melaporkan bahawa bangunan sedia ada dibeli dengan harga RM15 juta (AS$5 juta).

Sharif, pengasas SoHo Properties, adalah antara pelabur yang membayar RM15 juta (AS$4.8 juta) untuk membina bangunan yang jauhnya dua blok dari WTC, yang diserang oleh pengganas pada 11 September 2001.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran laporan Trump menawarkan harga tinggi ke atas pegangan salah seorang pelabur projek itu.

Dalam surat kepada Hisham Elzanaty, tokoh perniagaan kelahiran Mesir dan pelabur terbesar dalam projek itu, Trump menawarkan harga 25 peratus lebih tinggi daripada kadar yang telah dibayar oleh Hisham.

"Saya membuat tawaran ini sebagai seorang warga New York dan rakyat Amerika Syarikat, bukan kerana mendapati lokasi ini adalah sesuatu yang menakjubkan, tetapi (hanya kerana) ia akan akan meninggalkan kesan tidak baik, pada pandangan hanya akan memburukkan lagi keadaan," kata Trump dalam suratnya kepada pelabur itu.

Dalam suratnya itu, Trump berkata, satu perjanjian diperlukan bahawa projek itu dibina sekurang-kurangnya lima blok dari lokasi WTC.

Peguam Hisham, Wolodymyr Starosolsky berkata anak guamannya telah diaibkan oleh kandungan surat itu.

"Surat ini kelihatan ditulis oleh seorang yang mencari publisiti berbanding seorang yang serius," kata Starosolsky.

Starosolsky juga berkata, pelabur-pelabur projek berkenaan juga ditawarkan bawah RM60 juta (AS$20 juta) oleh dua lagi individu Khamis lalu.

Howard Rubenstein, pegawai publisiti Trump membalas kenyataan peguam Hisham dengan berkata: "Tawaran Donald Trump adalah sesuatu yang serius."

Sementara itu, gereja tertua New York, Collegiate Church of New York membeli iklan muka penuh dalam akhbar New York Times semalam meminta semua pihak bersatu dan menawarkan perundingan bagi menyelesaikan isu ini.

Laporan awal hari ini menyebut imam New York, yang menerajui projek tersebut berkata beliau tidak bercadang untuk bertemu dengan pastor dari Florida yang sebelum ini mengancam mahu membakar al-Quran.

Imam Feisal Abdul Rauf berkata, tiada rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Pastor Terry Jones yang telah mengubah pendiriannya - tidak akan membakar al-Quran kelmarin.

"Saya bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja yang dengan serius mahu menegakkan keamanan. Kami tiada rancangan pertemuan sedemikian pada masa sekarang.

"Pendirian kami untuk mengadakan pusat masyarakat (dekat dengan tapak WTC) tidak berubah," katanya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. - TMI

Hutang langsai tapi tiada geran tanah ... macamana tu?

Posted: 11 Sep 2010 12:32 AM PDT

Mengikut Akta Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960, apabila peneroka selesai membayar kesemua jumlah hutang hak milik tanah, Felda akan menjadi orang tengah dengan mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka.

Namun perkara ini tidak berlaku kepada peneroka Md Salam Yusof,49, yang sudah pun melangsaikan hutangnya sejumlah RM52,000 sejak tahun 2008.

Beliau menjadi peneroka awal di tanah rancangan Felda Palong sejak tahun 1985 membayar ansuran kepada Felda sebanyak RM250 sebulan melalui potongan hasil pendapatan bulanannya.

Katanya, selepas bebas daripada hutang, hasrat untuk menanam secara sendiri dan tidak mahu lagi bergantung kepada Felda tidak kesampaian memandangkan pengurusan Felda masih lagi bermain tarik-tali terhadap pemberian dokumen geran hak milik tanah.

"Saya menerima duit raya daripada Felda selepas Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM350 kepada setiap peneroka.

"Saya hanya menerima RM200 sahaja, peneroka yang lain dapat bayaran penuh. Ini bermakna mereka (Felda) sudah mengiktiraf status saya bukan lagi sebagai peneroka yang masih berhutang.

"Jika pemberian duit raya ini sudah memberi petanda yang saya sudah bebas daripada hutang Felda, kenapa tidak terus diberikan geran tersebut kepada saya," soal beliau.

Felda ambil kesempatan?

Md Salam, yang juga Ketua Program Tanam Semula Palong 9, berkata, Felda seperti mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya apabila menawarkan perjanjian program tanam semula, walaupun tahu beliau telah malangsaikan hutang tanahnya itu.

Katanya, Felda melalui Tabung Tanam Semula akan memberikan elaun sara hidup dan lain-lain bantuan kepada peneroka sebanyak RM1,000 sebulan dan peneroka itu akan diberikan pinjaman (hutang) yang mesti dibayar balik.

"Saya tidak mahu hidup dibebani hutang Felda lagi kerana saya mampu memperoleh pendapatan dua kali ganda jika tanam sendiri. Felda seperti cuba menghalang peneroka daripada berdikari dan mendapat hasil keuntungan berganda".

"Saya juga pernah menerima aduan daripada peneroka lain yang mereka digertak untuk diusir keluar daripada tanah rancangan jika tidak mahu tanam semula dengan Felda," katanya.

Setiausaha Program Tanam Semula Berkelompok Palon 10, Shafie Daoh pula berkata, beliau bersama beberapa peneroka yang telah melangsaikan hutang dengan Felda pernah memohon untuk menanam semula getah melalui bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tetapi tidak dibenarkan oleh Felda.

Halang pengambilan tanah individu

Beliau, yang juga antara peneroka awal sejak tahun 1985, kesal dengan pengurusan Felda yang masih menggunakan taktik kaveat (membekukan) geran hak milik individu.

"Setakat ini di Felda Palong 9 sahaja ada 27 orang manakala Felda Palong 10 dan 11 ada 54 peneroka yang mengalami nasib sebegini," katanya.

Mengejar impian agar Felda memberi pelepasan kepada mereka untuk tanam sendiri, Shafie dan beberapa peneroka lain sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pegawai atasan untuk mendapatkan geran sekaligus mahu diiktiraf bebas daripada cengkaman Felda.

"Respon mereka agak mengecewakan. Mereka memberikan jawapan geran kami tidak boleh dikeluarkan begitu sahaja. Biasalah, kerenah birokrasi.

Menceritakan persiapan menyambut hari raya, Md Salam berkata tahun ini disambut secara sederhana berikutan hasil pendapatnnya yang tidak memberangsangkan seperti dulu.

"Hasil pendapatan tanaman getah kini tidak seberapa kerana pokok getah sudah tua. Tak banyak hasil yang diperoleh.

Walaupun sudah tiada hutang dengan Felda, tapi mereka tidak memberi hak milik tanah kepada saya, malah mereka menawarkan saya berhutang lagi dengan mereka melalui program tanam semula.

"Sekarang saya berada dalam keadaan dihimpit dengan tekanan kerana jika saya melakukan tanam secara sendiri, saya akan dikenakan tindakan oleh Felda," katanya. - seterusnya

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Islam Bukan Agama Keganasan

Posted: 11 Sep 2010 03:41 PM PDT

Assalamualaikum bagi saudara seislamku dan salam blogger bagi yang masih belum memasuki keluarga besar Islam semoga Allah membukakan pintu hidayah utk kamu.

Baru-baru ini dunia di hebohkan dengan kenyataan biadab dan tidak bertamadun Dr Terry Jones ,seorang paderi dari Dove Dunia Outreach Centre di Florida Amerika.Dia menyatakan hasratnya ingin mengadakan demontrasi membakar Al-Qur'an,kitab suci orang Islam yang di rancang akan diadakan pada 11 sebtember 2010(kelmarin) tapi dibatalkan selepas mendapat kecaman antarabangsa.

Saya rasa mereka sengaja nak melihat reaksi orang-orang Islam seluruh dunia,adakah masih lagi perihatin dengan masaalah agama mereka.Mereka cuma nak test sejauh mana usaha mereka merosakkan akidah orang-orang islam dan memasukkan perasaan ragu-ragu pada agama Islam dalam hati orang islam berhasil atau tidak.
Mereka cuma nak menguji sejauh mana tahap keimanan dan sensitiviti ummat Islam di zaman ini.

Alhamdulillah masih ramai ummat Islam masa kini yang sensitive dengan isu-isu ini.Masih ramai yang sanggup mengadaikan nyawa mereka untuk mempertahankan agama Islam.

langkah ini juga sara kira sebagai satu langkah provokasi untuk mengapi-apikan perasaan orang Islam ,mungkin harapan mereka akan ada tindakan balas dari orang Islam sebagai contoh bakar gereja dan sebagainya.Dengan itu mereka dengan mudah akan terus mengaitkan Islam dengan agama keganasan.

Tragedi serangan bangunan WTC 11 september dijadikan hujjah kononnya orang Islam yang yang melakukan serangan tersebut sedangkan tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan orang Islam yang melakukan serangan itu.Mengikut pakar forensik bangunan itu runtuh disebabkan letupan dari bawah bangunan bukan disebabkan oleh rempuhan kapal terbang.Mustahil bangunan WTC yang dibina begitu kukuh boleh runtuh sekelip mata hanya dengan rempuhan bangunan kecuali diletupkan dengan bahan letupan serentak dengan rempuhan kapal terbang tersebut.Malangnya ada juga orang Islam yang percaya dengan propaganda yahudi yang kononnya orang Islam yang melakukan serangan tersebut.

Poin kedua,kenapa pada hari tragedi itu berlaku tidak ada seorangpun pekerja berbangsa yahudi yang datang bekerja disitu?

Jikapun benar pengganas Islam yang melakukan serangan tersebut mereka tidak boleh ,menghukum agama Islam hanya kerana perbuatan segelintir ummat Islam.Perlu dibezakan antara orang Islam dengan Agama Islam.Islam tidak pernah mengajarkan ummatnya melakukan keganasan bahkan dalam perangpun ada peraturannya,walaupun dalam peperangan Rasulullah s.a.w melarang jangan membunuh kanak-kanak,orang tua,wanita yang tidak turut serta dalam perang,jangan membunuh paderi dan orang yang berlindung di gereja.Rumah-rumah ibadat mereka tidak boleh dimusnahkan bahkan pokok pun tidak boleh ditebang jika tidak ada keperluan.

Jika Islam nak disalahkan disebabkan ada beberapa kelompok Islam yang tidak mengikut ajaran Islam sebenar,umat yahudi juga ada pengganas yahudi,lebih dahsyat dari serangan 11 september,bukan setakat sebuah bangunan,bahkan sebuah negara Palestin hancur-sehancur hancurnya dikerjakan pelampau yahudi keparat tu.kenapa Dr.Tery Jenes tak buat demonstrasi bakar kitab Yahudi.dalam kitab suci orang Islam tidak pernah mengajar ummatnya memulakan peperangan tapi kitab Talmud yang menjadi pegangan kebanyakan orang yahudi sekarang terang-terang menyebut membunuh orang bukan yahudi itu bukanlah satu kesalahan bahkan orang-orang selain yahudi dianggap sebagai binatang.

"Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang." (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

"Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi."(Midrasch Talpioth 225)

Kenapa tak bakar kitab Talmud orang yahudi yang terang-terang mengajar keganasan?

Ummat Islam tidak pernah memulakan peperangan,Islam mengajar ummatnya "musuh jangan dicari tapi bila musuh datang jangan kamu lari"
Rasulullah s.a.w mengibaratkan orang-orang Islam seperti lebah yang menjaga sarangnya.Lebah tidak akan menyerang jika sarangnya tidak diusik.Lebah juga seperti adik-beradik saling menjaga antara satu sama lain,masing-masing ada tugas dan peranan tersendiri.

Dahan yang dijadikan sarang oleh lebah,akan dibalut dan diperbaiki,itulah sifat Islam akan membetulkan kepincangan masyarakat,kepincangan moral,akhlak,ekonomi,politik semuanya akan dijaga dengan adanya Islam.

Malaysia Today Di Serang Untuk Selamatkan Penyangak Negara

Posted: 11 Sep 2010 01:58 AM PDT

Pihak tertentu mahu menyekat portal sensasi Malaysia Today dari menyiarkan dokumen yang dikatakan membongkar skandal membabitkan pemimpin atasan Kerajaan Malaysia.

Laman yang dikendalikan Raja Petra Kamarudin dilanda masalah teknikal yang misteri sepanjang 24 jam lalu sebaik sahaja ia menerbitkan rencana memperincikan bagaimana Umno merompak kekayaan Sistem Penerbangan Malaysia.

"Kami diserang bertubi-tubi," kata Raja Petra kepada Asia Sentinal.

"Kita menghadapi masalah sejak 12 jam lalu, dan sehari sebelum itu selama 24 jam. Nampaknya seseorang melaburkan wang yang banyak untuk menghalang kami dari ke udara," tambah beliau.

Bahkan, akses unit teknologi laman web itu berjaya dipulihkan hanya buat seketika, sebelum akses itu terputus kembali.

"Laman ini diserang beberapa jam selepas kami siarkan rencana mengenai MAS. Kita dedahkan dokumen dari dan kepada mahkamah yang menunjukkan ada usaha untuk mengugat kes MAS terhadap Tajudin Ramli.

Raja Petra melarikan diri ke luar negara selepas didakwa memfitnah Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isteri, Rosmah Mansor, dan diancam dengan penahanan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Malaysia-Today tanpa lelah menyiarkan rencana dan dokumen-dokumen yang memperincikan salahlaku Tajudin Ramli di MAS. Beliau dituduh merompak jutaan ringgit dan hampir memufliskan syarikat penerbangan nasional itu.

Penyelewengan itu menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian RM8 bilion ringgit dan perlu diselamatkan oleh Kerajaan yang memberi pada harga ia dijual, tanpa mengira kerugian yang ditanggung.

Manakala, anggota polis yang bertanggungjawab membongkar penyelewengan itu, Dato Ramli Yusoff, diheret ke mahkamah menghadapi pelbagai tuduhan-tuduhan yang meragukan.

Raja Petra meneruskan kempen beliau dan mengelurkan rencana pada 8 September mendakwa Tajudin diberi kekebalan oleh Umno dengan sokongan mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Raja Petra, beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London, yang memaklumkan bahawa hartawan itu sekadar boneka Umno dalam urusan itu, dan Umno "bukan sahaja perlu melindungi Tajudin dari didakwa, tetapi juga perlu memastikan kerajaan membeli semula saham-saham di MAS pada harga yang sama dijual kepada Tajudin, meskipun nilainya telah jatuh dari nilai sebenar."

Malaysia Today juga bersiap-sedia untuk menyiarkan dokumen yang membutirkan salahlaku di syarikat kaitan Umno, UEM-Renong yang didahulunya diketuai oleh seorang lagi kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Halim Saad telah dituduh merompak perbendaharaan negara dengan mengenakan harga yang melampaui untuk kontrak-kontrak pembinaan.

"Mereka ini adalah sekutu-sekutu Tajudin, berkerjasama untuk mendedahkan salahlaku-salahlaku yang telah berlaku. Mereka adalah boneka Umno. Mereka mahu mendedahkan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Raja Petra.

"Bahkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak memberi restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk bersuara dan menuding jari pada Umno, Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion ringgit wang rakyat."

Bukan itu sahaja, pada 5 September, Malaysia Today menyiarkan rencana mendakwa rakan golf Najib, Tan Kay Hock, yang menguasai saham di Johan Holdings Bhd, meminta RM500 juta dari pegawai-pegawai Kerajaan China yang mendapat kontrak untuk membina projek laluan keretapi nasional.

Mereka diberitahu bahawa RM200 juta adalah untuk keluarga Najib.

Menurut Raja Petra, sistem keretapi negara akan menjadi punca pendapatan baru untuk Najib. Urusniaga membekalkan koc keretapi bernilai RM1.4 bilion dikatakan diraih oleh syarikat Rosmah Mansor.

Koc-koc itu dikatakan berharga RM300 juta sahaja, dan tidak berfungsi.

http://panjanghitam.blogspot.com

-ijoks2009-
Jika benar seperti kata Raja Petra amat malang sekali negaraku,
undang2 hanya digunakan keatas rakyat bawahan jika orang atas yang buat salah terus dibela dan di sembunyikan,dan jika apa yang dikatakan oleh raja Petra itu fitnah kenapa pihak kerajaaan takut untuk berdepan kebenaran,jangan salahgunakan polis untuk kepentingan politik.
Biar hujjah lawan hujjah.

Bila agaknya kita boleh menyaksikan perdebatan terbuka antara Najib sebagai pemimpin BN dengan Anwar selaku orang no 1 pakatan rakyat.Sampai bila kita nak tengok politik fitnah dan politik hentam menghentam sesama sendiri.
Hanya dengan cara hujjah lawan hujjah baru boleh selesai masaalah,biar rakyat tahu siapa pengangak sebenar ,siapa jaguh dan siapa yang hanya berani bersuara dibalik kuasa polis dan mahkamah.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEMILIHAN PKR - LAPORAN BERITA HARIAN DISANGKAL

Posted: 11 Sep 2010 12:20 AM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

BENARKAH pendapat dan ulasan dari Berita Harian bertarikh 09 Sept 2010 (Khamis) yang menyebut betapa YB Azmin Ali sebenarnya tidak mendapat sokongan ramai bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR? Akhbar pro Umno tersebut turut memetik beberapa pandangan penulis blog Pro PR termasuk keputusan semasa undian(Poll) yang disiarkan di dalam blog saya.

Sememangnya keputusan semasa di dalam blog saya menunjukkan Dato Zaid Ibrahim mendahului YB Azmin di dalam pemilihan pengunjung untuk jawatan Timbalan Presiden PKR. Begitu juga Poll menunjukkan bahawa Chegu Bard (Badrul Hisham) mengatasi penyandang Ketua AMK sekarang iaitu Shamsul Iskandar bagi jawatan Ketua AMK.

Apa yang penting kita ketahui bahawa majoriti pengunjung blog saya telah membuat pengakuan bahawa mereka adalah penyokong PAS dan besar kemungkinan mereka adalah ahli PAS, tetapi turut membuat undian di dalam blog tersebut. Begitu juga, bukan sedikit jumlah pengunjung yang mengaku mereka adalah penyokong Umno/Ahli Umno yang besar kemungkinan turut membuat undian dan sudah tentunya penyokong Umno ini mahukan kepimpinan PKR diterajui oleh tokoh yang mereka fikir agak lemah agar boleh menguntungkan Umno. Statistik parti mana yang disokong oleh para pengunjung blog saya juga dipaparkan di dalam blog tersebut.

Ini menjelaskan bahawa keputusan Poll siapakah yang mendapat sokongan dari ahli-ahli PKR tidak boleh dijadikan ukuran sebenar, termasuk calon bagi jawatan Ketua AMK. Ini adalah kerana yang turut mengundi di dalam blog berkenaan belum tentu terdiri dari ahli-ahli PKR. Hanya ahli-ahli PKR sahaja yang bakal menentukan pemimpin mereka. Poll yang diadakan adalah hanya sebagai panduan dan memudahkan congakan yang bakal dibuat oleh calon-calon sebelum bertanding.

Saya hairan di mana Berita Harian mendapat maklumat kebanyakan blog menyokong Dato Zaid Ibrahim, sedangkan akhbar tersebut hanya memetik satu blog yang membuat ulasan positif ke arah Dato Zaid. Jika kita buka banyak blog-blog Pro PR, kebanyakan mereka juga dilihat mempunyai pandangan yang positif terhadap YB Azmin dan tidak kurang juga yang berkecuali. Mungkin ada beberapa sebab mengapa akhbar pro Umno ini seperti tidak senang sekiranya YB Azmin dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR. Ketokohan YB Azmin bukan kerana beliau tokoh yang dikatakan hampir dengan DS Anwar, tetapi beliau adalah pejuang yang berani dan telah membuktikan pengorbanannya terhadap perjuangan menuntut keadilan.

Kepetahan YB Azmin di dalam berpidato tidak kalah dengan bekas Ketua AMK yang `belot' dahulu iaitu raja sesumpah Ezam. Terus terang dikatakan seandainya anak DS Anwar sendiri jika bertanding dengan YB Azmin, belum tentu anak tokoh reformasi itu boleh menang dengan mudah. Hujah yang menyebut bahawa jika YB Azmin menang jawatan Timbalan Presiden PKR adalah semata-mata kerana DS Anwar dibelakangnya adalah satu hujah yang dangkal.

Dato Zaid mungkin digemari oleh majoriti ahli dan penyokong PKR yang bukan Melayu, kerana Dato Zaid dilihat lebih liberal. Saya merasakan agak sukar untuk ahli dan penyokong PKR berbangsa Melayu untuk tidak memilih YB Azmin bagi jawatan penting itu. Namun demikian, PKR tidak akan rugi barang sedikitpun jika salah seorang tokoh ini tewas. Kemungkinan besar juga Umno ingin sekali melihat YB Azmin tewas kerana tokoh ini dilihat lebih agresif di dalam menyerang Umno sejak era reformasi lagi.

Hubungan baik YB Azmin dengan tokoh-tokoh penting PAS juga salah satu sebab Umno ingin melihat beliau tewas kepada Dato Zaid. Umno masih mengharapkan modal lapok dan isu peribadi untuk menyerang Dato Zaid sekiranya Dato Zaid dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR sekaligus untuk mencemarkan imej PKR sepertimana yang telah mereka lakukan sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor yang lalu./wfauzdin.blogspot.com

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


GEMPAR: Marina Mahathir sokong amalan Homoseksual? (18SX)

Posted: 11 Sep 2010 10:13 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Malaysiakini 9 September lalu melaporkan:

During a speech at The Annexe Gallery in Kuala Lumpur last year, Marina Mahathir questioned the logic behind the popular assertion that homosexuality causes societal collapse.

She said that if families accepted their children for who they are, there won't be any breaking up of families. They go on being a family. And since families make up the fundamental units of society, if society consists of loving healthy families, how will it collapse?
Jelas, jika diperhati dari 'mafhum' kenyataan Marina Mahathir di atas, beliau secara terbuka menyatakan sokongan terbuka terhadap amalan homoseksual (seks sejenis), dan menolak tanggapan umum amalan dan aktiviti ini boleh menjerumus ke kancah keruntuhan sosial...


Pengarah Eksekutif SIS, Ms Zainah Anwar (berdiri), Puan Nori Abdullah, Datin Paduka Marina Mahathir dan Puan Hanis Husin..

Dakwa beliau, jika keluarganya boleh menerima anaknya dalam keadaan begitu (homoseksual), maka institusi keluarga itu tidak akan porak peranda, malah ianya boleh melahirkan sebuah keluarga yg 'baik'..oleh itu tiada sebab amalan ini boleh menyumbang ke arah keruntuhan sosial masyarakat...

Nyata sungguh kesesatannya...sedangkan Islam teramat memandang berat amalan homoseksual ini sehingga dilakar dan digambarkan oleh Allah tentangnya di dalam kitab suci al-Furqan mengenai kisah kaum nabi Luth..sesungguhnya amalan jijik ini dilaknat oleh Allah, dan tidak sepatutnya perasaan redha sekelumit pun terdetik di hati muslim terhadap amalan ini..




Persoalannya, siapakah Marina Mahathir?..ya, selain anak mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Mahathir Mohamad merangkap bekas Presiden Umno, beliau juga mempunyai perkaitan yg amat rapat dengan pergerakan Islam Liberal, Sister In-Islam (SIS)..siapakah pula Sister In Islam?..anda boleh rujuk di sini, dan di sini...



Maka, tidak pelik kenyataan ini dikeluarkan oleh anak seorang tokoh pemimpin besar tanah air ini..ternyata unsur2 liberal telah menyerap jauh di diri pemikiran dan tingkahlaku mereka...cuma yang peliknya dlm isu ini, si bapanya memecat bekas TPM saudara Anwar Ibrahim atas dakwaan kononnya sukakan amalan perliwatan..namun secara tidak sedar, anaknya pula bersetuju dengan amalan perliwatan ini atas dasar hak dan kebebasan..

Akhir kalam, rasanya sudah banyak entry tentang anak-anak pemimpin Umno didedahkan di dalam blog penulis, khususnya anak2 Tun Mahathir (termasuk anak angkatnya)..penulis tidak mahu lampirkan linknya dalam entry kali ini, korang boleh research sendiri...

Apa yang baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan pengajaran dan sempadan..sesungguhnya iman tidak dapat diwarisi, namun pepatah 'bapa borek anak rintik' jangan sesekali dilupakan..semoga Allah memberikan hidayah-Nya kepada mereka dan kita semua...wallahua'lam..


dollah yankee

dollah yankee


PKR perlu elakan pertandingan!

Posted: 11 Sep 2010 04:00 PM PDT

Dalam PKR, peraturan yang tidak disebut, tidak tertulis dalam buku undang-undang perlembagaan ialah selepas Anwar Ibrahim ada lah Azmin Ali.

Satu cadangan yang baik juga yang telah disuarakan oleh ahli-ahli akar umbi bahawa untuk menenangkan keadaan yang berkocak dalam isu perebutan jawatan nombor 2 dalam PKR, Anwar Ibrahim perlu 'go for top post', Wan Azizah sebagai nombor 2 manakala Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Azmin untuk jawatan Naib Presiden.

Ini bukan lah bermakna ahli-ahli di akar umbi mahu promosikan nepotisma didalam parti, tetapi oleh sebab Pakatan Rakyat sedang dalam perjalanan ke Putra Jaya maka keharmonian dan kerjasama erat selama ini, kestabilan dan masa depan PKR perlu dikekalkan.

Namun gurkah-gurkah politik di'port' pula berpendapat yang kedudukan Anwar Ibrahim sekarang sebagai Penasihat Umum PKR sudah cukup sesuai dan bukan lah 'standard' untuk Anwar turun duduk di kerusi nombor 1.

Gurkah-gurkah politik di'port' juga sehaluan dengan suara-suara diakar umbi supaya 'status quo' untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di kekalkan dengan Wan Azizah sebagai Presiden dan Dr.Syed Husin sebagai Timbalan manakala Azmin,Khalid dan Zaid yang merupakan 'back-up' untuk PKR perlu di kerusi Naib Presiden.


dollah yankee -
Jika diteruskan hasrat untuk perebutan jawatan ini maka...jadi lah PKR nanti sepertimana UMNO...Gaduh!Gaduh! dan Gaduh!

kerangeleber

kerangeleber


BN Sarawak muktamadkan senarai calon pilihan raya negeri

Posted: 11 Sep 2010 06:29 AM PDT

AdlyZahari

AdlyZahari


1 MALAYSIA VS 1 PERKASA

Posted: 10 Sep 2010 05:35 PM PDT

  • Tujuan ditubuhkan PERKASA adalah untuk memperkasakan UMNO.
  • Majoriti ahli PERKASA adalah ahli UMNO.
  • Secara yang tersurat, PERKASA adalah NGO yang ditubuhkan untuk memastikan UMNO terus relevan pada pandangan orang Melayu.
  • Secara yang tersirat, PERKASA diharapkan menjadikan sayap baru UMNO sama seperti pemuda dan wanita.
  • PERKASA adalah lambang nafas perkauman UMNO.
  • Berpuluh tahun UMNO menyembunyikan nafas perkauman ini, ianya hanya dibicarakan dalam kerangka tertutup terutamanya dalam kursus biro tata negara.
  • PERKASA menzahirkan sifat perkauman UMNO yang selama in dipendamkan.
  • Hari ini UMNO cuba mengasingkan diri dari PERKASA.
  • PERKASA dikira merugikan mereka.
  • PERKASA bakal dijadikan kambing hitam
  • PERKASA sebenarnya dah mula ada hati nak tanding pilihanraya.
  • UMNO mula rasa tergugat. Pemimpin UMNO makin pening.
  • Ada ahli UMNO lebih taat kepada Ibrahim Ali dari Najib Tun Razak.
  • 1 Malaysia VS 1 Perkasa.

Aidilfitri

Posted: 10 Sep 2010 05:24 PM PDT

  • Aidilfitri menjadikan manusia kembali kepada fitrah.
  • Bersih dari segala khianat dan hasad dengki.
  • Bersih dari bunuh membunuh dan mengadu domba.
  • Manusia melihat kejahatan dengan jijik.
  • Manusia mengejar keadilan dan mencari ketenangan dalam hidup.
  • Manusia mengumpul kekayaan untuk beramal
  • Manusia yang hidup dalam kemiskinan dan kekurangan dengan penuh kesabaran.
  • Manusia memegang kuasa dengan amanah.
  • Mudah-mudahan fitrah kita kembali jernih.
  • Selepas Ramadhan, mungkinkah kita kembali rakus, gila harta, gila kuasa ?
  • Apakah dunia akhirat tak dapat memandu kita ?

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


UMNO (Che Det)...Apa lu cerita???

Posted: 11 Sep 2010 12:49 AM PDT

Malaysia Today digodam lagi. Tapi muncul pulak Malaysians Must Know the TRUTH ....

Rupa2nya ada rahsia yang cuba disembunyikan Tajudin Ramli will not be enjoying his Hari Raya this year... kesian2!!

Aku tak tau ke mana perginya journo2 yang kununnya hebat2 belaka di Malaysia ni?? Baik di Utusan Malaysia, The Malay Mail (?), The Star etc etc...

Pergilah sergah Che Det tu weh....tak penat ke jadi balaci???

Bangkai betul parti ni....

Restoran Bismillah...established since 1900...

Posted: 10 Sep 2010 10:25 PM PDT


Pagi2 raya anak aku ajak minum di Restoran Bismillah kat Pekan Taiping...

"Mana ada kedai bukak hari ni...esok!!" Aku menolak permintaan Haniff.

Ini disebabkan dah jadi kebiasaan aku sekeluarga. Hari kedua di Taiping mesti breakfast dengan roti canai + daging cincang + teh tarik di restoran yang tahun ini genap berusia 100 tahun itu. Tak de lah sedap sangat tapi tak tau apa sebabnya...kalu tak pergi macam tak sah trip balik kampung kami?

Orang lain aku tak tau...aku dah try Kue Teow Doli, aku dah try mee udang Taiping, aku dah try macam2...tak adelah aku rasa 'at home' macam kat kedai mamak ni. Tah ape ke bende dia taroh akupun tak tau...?? Popia dan sate kat Bangunan Larut Matang tu not so badlah...

Mungkin sebab teh dia ada letak fresh susu lembu kot??

Bagi kaki2 Hidayah tu...sesekali ke Taiping mai lah singgah...