MARAH SUNGGUH NAJIB ORANG NAK BAKAR QUR'AN Posted: 10 Sep 2010 07:38 PM PDT PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, paderi Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali. Najib berkata tindakan paderi itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional. "Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib. (Inilah antara pemimpin Melayu yang amat prihatin jika Qur'an dibakar. Usah tengok pentadbiran negara, dalam rumah dia sendiri belum tentu lagi ikut al Qur'an. Contoh : Bik Mama....Kalau betul-betul ikut Qur'an, dah lama dia bertudung....lagi pun baca Qur'an tak tutup aurat hukumnya haram....haram lebih teruk dan hina dari bakar Qur'an) |
Ustaz Hadi telah mengIslamkan seorang bukan Islam sempena Aidilfitri Posted: 10 Sep 2010 07:26 PM PDT Oleh: Pria Malaya
Alhamdulillah, bertambah lagi seorang saudara kita menjelang Hari Raya Fitrah..bertambah lagi ummat nabi Muhammad s.a.w yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya...segala puji bagi Allah..
Tanggal 30 Ramadhan 1431H yang lalu, iaitu malam menjelang Aidilfitri (malam Raya), Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengislamkan seorang non-muslim, saudara Sai di kediamannya di Rusila setelah selesai mengimamkan solat Isyak di Masjid Rusila...beliau berketurunan Burma..
Semoga beliau menjadi seorang muslim yang bertaqwa, seterusnya melahirkan zuriat yang tegar mempertahankan kesucian dan keindahan agama Islam, yang lantang mempertahankan akidah ummat...
Sesungguhnya tiada paksaan di dalam agama Islam..Islam adalah agama fitrah kepada seluruh manusia..Islam agama yang aman dan selamat...ISLAM UNTUK SEMUA...wallahua'lam... |
Ketua AMK : Adakah Rafizi berkata benar....... Posted: 10 Sep 2010 07:24 PM PDT by Mohd Faizal Aku terbaca Sinar Harian sehari selepas Rafizi buat sidang media umum tanding jawatan ketua AMK. Bakal calon AMK Rafizi nafi,dimana mendapat restu dari anwar kononnya org salah faham kerana dia kerja di pejabat DSAI...di bawah ialah petikan sinar harian.. Rafizi sah tawar diri tanding Ketua AMKSHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Rafizi Ramli yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mengumumkan barisannya, termasuk yang bertanding untuk jawatan timbalan ketua dan setiausaha hari ini.Beliau, yang juga Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, dilihat berpotensi untuk memenangi jawatan ini dan dijangka berhadapan dengan penyandang Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli MPP, Badrul Hisam Shaharin.Pengumuman itu akan dibuat di Media Hotel, Unit A-G-01, Block A, Tropicana Merchant Square, No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor jam 11 pagi ini.Sebelum ini, Rafizi dilabel sebagai calon yang direstui Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan jawatannya itu.Rafizi yang dihubungi Sinar Harian menafikan tanggapan beliau berpotensi menang kerana rapat dengan Anwar.Beliau kurang senang dengan anggapan demikian kerana hakikatnya beliau mahu bertanding atas kemampuan diri sendiri.- Sinar Harian"Saya bukanlah calon yang direstui Anwar. Orang salah anggap kerana saya kini staf beliau," katanya....aku terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat apa yang berlaku antara aku & Rafizi dimajlis jamuan berbuka puasa pada 15 Ogos 2010 hari ke enam berpuasa, di Yayasan Aman,Penanti.Pmtg Pauh P.Pinang.Rafizi telah datang bersama dengan YB Azmin Ali dan kami semua dijemput 'makan free' untuk berbuka.Beliau memberitahu aku bahawa beliau ingin bertanding ketua AMK Malaysia dan bertanya apakah kesan YB Azmin memperkenalkan dia pada hadirin pada majlis tersebut? Dia nak tahu adakah 'graf' penerimaan meningkat ?Geli hati aku mendengar nak termuntah pun ada...lantas aku pun bertanya padanya kenapa mesti ketua AMK kenapa tidak Timbalan atau Naib??? Spontan Rafizi berkata dengan angkuhnya ini kerana asakan dari ahli-ahli parti dan di restui oleh Anwar, ini kerana AMK Malaysia akan nampak lebih professional dan kita berdepan dengan KJ Ketua Pemuda Umno Malaysia.Beliau tak nak tetapi Anwar yang paksa.Rafizi bagitau beliau akur kerana beliau tidak mahu AMK nampak lebih menunjol di tepi-tepi jalanraya.Dalam hati aku terdetik.....Jadi,kalau mcm ni la bakal Ketua aku...pastinya undi aku dia tidak akan jamah pada hari pengundian nanti...Rafizi,are u still remember me? Kamu keliru sendiri antara demonstrasi dan Reformasi... kamu bersungguh mengeluarkan hujah hari tersebut menolak reformasi dalam kekeliruan kamu sendiri.Bro...saksi ramai masa di meja depan pentas tu...jangan la menipu pada bulan Ramadhan...Aku tak kisah kalau kamu nak tolak reformasi tetapi kenapa perlu buat 'u turn' awal muncul minta tolong Azmin bawa ke hulu ke hilir jumpa kawan-kawan dengan kata lupakan sentimental reformasi tetapi kemudian pakai semula terma reformasi. Sah kamu sendiri yang pakai nama Anwar tetapi bila dah diserang dalam media kamu tuduh orang bawah keliru. Itu belum jadi Ketua.....Belajarlah politik jujur...... Ini bukan serangan peribadi cuma nak bagi ingat.... Kalau aku menipu tolong nafi tetapi cuma nak bagi ingat Ezam yang marah sangat dengan AMK Pulau Pinang sebab 'perbualan istimewanya' kami rakam.apa pun selamat hari raya Maaf Zahir Batinikhlas daripada sayaFaizal Ketua AMK Balik Pulau |
Dulu saya dah kata pasal PERKASA ni - Nazri Aziz Posted: 10 Sep 2010 07:23 PM PDT Oleh Clara ChooiPUTRAJAYA, 10 Sept - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) - dalam perkembangan julung kali kelihatan mula bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang mula disisihkan oleh pentadbiran Najib.Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan 'membisu' dalam melahirkan pendirian mereka, hari ini secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa."Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya."Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik."Perkasa bercanggah dengan dasar 1 Malaysia kami," kata beliau ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana di sini hari ini.Najib Razak menyambut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana pagi tadi Nazri yang sejak dulu lagi lantang berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang lain apabila menyentuh topik berkaitan Perkasa menambah, kesemua ahli Perkasa dan penaungnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mereka yang berkepentingan "politik.""Siapa mereka?" kata Nazri sambil menambah, pihak berkenaan adalah mereka yang gagal memperoleh jawatan dalam parti, lalu menyertai Perkasa."Dan, Dr Mahathir?" kata beliau.Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Perkasa "sangat berat sebelah", dan Umno tidak pernah menerima pendirian pertubuhan bukan kerajaan itu."Dalam Umno, apabila mempertahankan hak Melayu, kami cuba untuk berlaku adil."Apa yang dilakukan oleh Perkasa adalah apabila mereka membawa sesuatu, ia dilihat mereka telah gagal untuk mengambil kira pertimbangan atau kepentingan kaum-kaum lain."Umno tidak menerima apa yang dilakukan oleh Perkasa," kata beliau kepada The Malaysian Insider.Beliau mengingatkan Ibrahim bahawa negara diikat bersama oleh aspek kepelbagaian dan hidup dalam harmoni ekoran kefahaman dan aturan sosial yang sudah pun dipersetujui pada masa lalu."Jika kita kecewa dengan keseimbangan ini, sudah pasti ia akan membawa kepada kekecewaan."Itu sebab, dalam Umno, kami mempertahankan hak orang Melayu tetapi kami percaya bahawa adanya tempat bagi setiap rakyat Malaysia. Kami mahu kesemua kumpulan memahami perkara ini," kata beliau lagi.Dalam temu bual terbaru, Dr Mahathir secara terbuka terus menyatakan sokongan beliau kepada Perkasa ketika Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan itu.Dr Mahathir, yang dilihat sebagai 'orang kuat' Perkasa, telah merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu Mac lalu.The Malaysian Insider difahamkan bahawa Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno agar tidak menyatakan sokongan kepada Perkasa.Semalam, dalam kenyataan terbuka Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13."Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik."Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau.Sehari sebelum itu bekas ahli Umno itu membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Tengku Adnan menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008."Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS."Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno."Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi.Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.Dr Mahathir merupakan penaung Perkasa yang dilihat mewakili pandangan kumpulan konservatif dalam Umno, yang menentang pendekatan Najib melakukan pembaharuan ekonomi atas alasan ia akan menghakis kedudukan orang Melayu dan Bumiputera."Ahli Perkasa adalah penyokong Umno. Tindakan mengetepikan mereka tidak akan membantu perjuangan Umno," kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.Dalam pada itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga melahirkan pendirian yang seiring dengan dua rakan sejawatannya itu.Naib Presiden Umno ini menekankan pendirian Perkasa sangat bersifat etnosentrik."Kita harus menolak pendirian bersifat etnosentrik di negara ini. Ia tidak harus digalakkan."Saya khuatir kumpulan-kumpulan lain akan mula berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing," kata beliau.Kata Zahid, Umno kemungkinan adalah hak orang Melayu dam Bumiputera, tetapi masih berjuang bagi kepentingan bukan Melayu.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyokong pandangan Zahid dengan menegaskan bahawa Perkasa hanya berjuang untuk kaum tunggal."Kami berjuang untuk semua," kata Ketua Penerangan Umno ini.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Perkasa hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan."Kita seharusnya berupaya untuk bercakap antara sebuah parti politik dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Mereka harus bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan itu sahaja."Mereka boleh adakan majlis mereka dan menjalankan program-program sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan," kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor ini.Nazri berkata Perkasa tidak akan membawa impak ke atas Umno dan BN."Tiada siapa yang peduli mengenai Perkasa. Mereka hanya terkenal di media," katanya lagi.Nazri juga meramalkan sekiranya Ibrahim bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas beliau akan kalah."Ini kerana beliau menipu PAS dan menang atas tiket PAS. Siapa yang akan menyokong beliau sebagai calon Bebas nanti?" katanya.Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan juga menyatakan pendirian dengan menolak Perkasa."MIC gembira kerana sekarang kita sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa. Mereka, dalam apa jua keadaan tidak akan membantu BN," kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini.Beberapa pemimpib MCA juga mengalu-alukan pendirian Tengku Adnan yang meminta BN menolak Perkasa.Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, Ibrahim bukan seorang yang penting dan oleh itu beliau harus diketepikan."Kita tidak harus menaikkan darjatnya dengan memberikan terlalu banyak reaksi dan jawapan," katanya.Seorang lagi Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung juga menyifatkan kenyataan Tengku Adnan sebagai pendirian yang sangat bijak daripada seorang pemimpin Umno dan BN setakat ini.Bagaimanapun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan mengulas perkara ini. |
UMNO dah 'bakar' al-Quran sejak 1946 lagi. Posted: 10 Sep 2010 07:22 PM PDT "Yang menghairankan kenapa rakyat Malaysia merasa marah dan membantah usaha orang kafir untuk membakar al-Quran tetapi pemerintah peninggalan penjajah, UMNO-BN yang tidak melaksanakan ajaran-ajaran al-Quran boleh pula mereka bersekongkol dengannya." Posted by SaifulHasrat Paderi Terry Jones untuk membakar al-quran ditarik balik apabila timbulnya desakan seluruh dunia termasuk kecaman dari negara-negara muslim untuk membatalkannya. Obama dan juga panglima pasukan AS di Afghanistan, Jenderal David Petraeus menyebut tindakan tersebut membahayakan nyawa tentera US di Amerika dan rakyat Amerika diseluruh dunia. Hillary Clinton juga menyebut rancangan itu "memalukan". Bahkan ia dikutuk juga oleh Vatican sendiri.Paderi Terry Jones, penulis buku 'Islam is of the evil' berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010. Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam.Gereja Gainesville menjadi berita kontreversi tahun lalu setelah mengatakan, "Islam adalah setan". Kini paderi yang sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak.Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu. Gereja yang dianggotai 50 orang ahli itu turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa 'Islam is of the evil'.Negara yang dikatakan tidak boleh mengambil tindakan kerana Negara tersebut sebagai Negara demokrasi dan mengutamakan kebebasan beragama dan hak bersuara itu boleh menggundang perbalahan agama apabila adanya pihak yang tidak tahu menghormati kitab suci agama lain. Muhammad Musri, imam yang memimpin komuniti muslim setempat, Islamic Society for Central Florida, hadir ketika Jones menyampaikan pernyataan dan kemudian memasuki gereja untuk berbincang dengan paderi tersebut dan kemudiannya membuat kenyataan menarik balik hasrat gereja beliau untuk membakar al-Quran esok hari. Sementara itu warga Afghan pernah berdemontrasi atas penghinaan tentara penjajah di Afghanistan yang membakar Al Qur'an. Sekitar 300 demonstrator mengadakan demo pembelaan terhadap Al Qur'an yang dihinakan para pasukan penjajah di Afghanistan. Namun aksi pada 26 Oktober 2009 tersebut dibubarkan polis setelah mula timbul kekerasan. Ia berlaku setelah diberitakan bahwa sejumlah tentera Amerika membakar mushaf Al Quran selama operasi menentang pejuang Taliban di wilayah Wardak, Selatan Kabul, awal bulan ini.Bayangkanlah kalau pembakaran al-Quran benar-benar terjadi ia akan menggamit tentangan umat Islam diseluruh dunia. Dalam masa yang sama tindakan bodoh paderi tersebut sebenarnya akan mendetik hati penduduk dunia untuk mengenali al-Quran dengan lebih jelas.Sementara itu Muslim di Kanada mengambil tindakan dengan membahagi-bahagikan Alquran secara percuma untuk menyebarkan pesan kedamaian Islam kepada masyarakat di Kanada dan Amerika Syarikat. "Kita membuat langkah proaktif dan kami berharap ini akan memiliki respon positif.Banyak orang memusuhi Islam karena ketidaktahuan mereka tentang agama ini. Jika mereka mendapatkan kesempatan untuk membaca Alquran, yang merupakan keajaiban dari Allah SWT, pasti ini akan mengubah pikiran mereka," kata Kapoor yang merupakan anggota dari Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA) melakukan itu untuk menjawab 'Gerakan Hari Membakar Alquran' yang dicetuskan geraja di Gainesville, Florida itu.Ingatlah Al-Quran itu milik Allah Swt. Dia pasti menjaganya. Ianya merupakan kitab suci dan mukjizat Rasulullah Saw. Firman Allah:إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Kami yang menurunkan al-Quran itu dan Kamilah yang memeliharakannya" Surah al-Hajr: 9 Betapa banyak perancangan musuh yang dendam dengan al-Quran yang mereka gagal untuk berhujjah dengannya mengambil sikap memusuhi anugerah Allah yang hebat yang dikurniakan buat manusia iaitu Kitab petunjuk dan pedoman buat Insan. Apapun kita tetap yakin dengan apa yang difirmankan :يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ . هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. (Surah as-Saff: 8-9Tindakan mereka ini akan terus melonjakkan kemasukan Islam di bumi Amerika & Eropah khususnya. Semakin banyak mereka menekan Islam & al-Quran semakin ramai orang mendekatinya, I'Allah.Yang kita hairankan bagaimana rakyat Malaysia yang merasakan marah dan membantah usaha orang kafir untuk membakar al-Quran tetapi pemerintah peninggalan penjajah, UMNO-BN yang tidak melaksanakan ajaran-ajaran al-Quran mereka boleh bersekongkol dengannya.Apa makna al-Quran kepada UMNO. Ia dianggap sebagai kitab suci, kitab azimat semata. Kitab yang dimusabaqahkan dan sebagai hantaran mas kahwin. Hukum-hakam, undang-undang, larangan riba, pendidikan rabbani, larangan sosial dan sebagainya tidak diendah dan dipedulikan.Hakikatnya UMNO-BN sendiri sudah 'membakar' al-Quran semenjak tahun 1946 apabila tertubuhnya UMNO itu menjadi tali-barut penjajah dan terus menegakkan undang-undang dan peraturan penjajah sehingga kini. Bangkitlah rakyat Malaysia. Kita hidupkan kembali roh al-Quran yang telah dibakar jiwanya oleh pengkhianat UMNO-BN.http://ustsaifulbahri.blogspot.com |
1Malaysia Hanya Temberang UMNO. UMNO Dicabar Jauhi PERKASA Posted: 10 Sep 2010 07:18 PM PDT Pemimpin Umno digesa boikot aktiviti PERKASAParti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. " Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini. "Kepimpinan Umno mesti mengarahkan wakil rakyatnya dan ketua bahagiannya supaya tidak menyertai aktiviti anjurah PERKASA dan menganggotai jawatankuasanya," kata Huan yang juga bekas naib presiden Gerakan.
"Harus ada arahan terus daripada pihak pengurusan tinggi Umno kepada ahli akar umbinya berkaitan dengan pembabitan mereka dalam PERKASA," tegasnya.
PERKASA, yang mendakwa mempunyai 50,000 ahli, ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 selepas pilihanraya dalam usaha untuk melindungi hak-hak berperlembagaan orang Melayu. Ramai ahlinya adalah dari Umno.
Rabu lalu, mesyuarat BN di Putrajaya memutuskan untuk memisahkan dirinya dari PERKASA kerana aktiviti pertubuhan itu boleh menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.
Sejumlah pemimpin BN yang menghadiri mesyuarat tersebut, telah menyatakan keraguan terhadap PERKASA dan mendesak Umno menyatakan pendiriannya terhadap pertubuhan tersebut.
Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor kemudian berjanji kepada rakan-rakan BN bahawa parti itu tidak akan memberi sokongan kepada PERKASA ataupun Ibrahim. -mk
Hubungan UMNO-PERKASA di media berlainan...
Lim Hong Siang | Sep 09, 2010 04:48:16 pm
UMNO-BN akhirnya menyatakan pendirian untuk menjarakkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), setelah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sedemikian kepada media, semalam.
Hubungan antara UMNO dengan PERKASA menarik perhatian ramai sejak badan bukan kerajaan (NGO) ini muncul di arena politik tanahair, dan mendakwa dirinya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan Melayu.
Sementara PERKASA disifatkan sebagai batu penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa Perdana Menteri Najib Razak ketika BN berdepan dengan komuniti bukan Melayu-Islam, PERKASA memainkan peranan seakan-akan "sayap UMNO" untuk melancarkan serangannya terhadap Pakatan Rakyat di kalangan umat Melayu-Islam.
Seperti slogan 1Malaysia yang diberi tafsiran berbeza mengikut keperluan masing-masing, ketika ia dilaungkan kepada komuniti yang berbeza; PERKASA juga memainkan peranan yang lebih kurang sama untuk BN. Malah, kekeruhan ini tidak dijernihkan sepenuhnya biarpun pendirian UMNO-BN telah dinyatakan...
NST dan Star
Pendirian untuk menjauhkan diri daripada PERKASA dinyatakan oleh Tengku Adnan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider yang disiarkan semalam. Beliau kemudian mengulangi kenyataan yang sama, ketika dihubungi beberapa media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Setiausaha Agung parti komponen BN.
New Straits Times, akhbar bahasa Inggeris yang dimiliki UMNO, meletakkan berita ini di muka depannya, dengan tajuk - Pemimpin BN diberi jaminan oleh Setiausaha Agung - "UMNO tidak sokong Perkasa" ('Umno does not support Perkasa' - BN leaderders given assurance by sec-gen).
Mengikut laporan, "UMNO dengan jelas (unequivocally) menjauhkan diri daripada PERKASA, yang disifatkan oleh pemimpin BN sebagai langkah penting untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu."
"Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu parti komponen BN bahawa UMNO tidak akan menyokong PERKASA, atau Presidennya Ibrahim Ali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang."
Begitu juga dengan Star, akhbar bahasa Inggeris milikan MCA, dengan tajuk UMNO menolak PERKASA (Umno rejects Perkasa) pada muka surat kedua. Malah di bawah tajuknya, Ku Nan (Tengku Adnan) dipetik berkata, "pertubuhan yang menyebabkan kehilangan sokongan terhadap parti."
Star memetik Tengku Adnan daripada media internet, yang berkata, "Apabila mereka berbicara mengenai kawan Cina dan India saya, mereka membuatkan kami kehilangan lebih undi. Apa yang kamu mahukan untuk Malaysia? Kamu mahukan satu perang sivil?"
Ketika menyentuh Ibrahim Ali, Tengku Adnan bertanya, "Mengapa harus UMNO menyokong beliau? UMNO seharusnya meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas."
Utusan Malaysia dan Berita Harian
Bagaimanapun, kenyataan Tengku Adnan ini tidak ditonjolkan sebagaimana akhbar Inggeris, dalam ruang dada akhbar bahasa Melayu, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Utusan Malaysia, yang selama ini senada dengan PERKASA, tidak menyiarkan kenyataan Tengku Adnan tersebut.
Dalam liputan berita Utusan Malaysia berhubung mesyuarat kali pertama di kalangan setiausaha agung dan setiauasaha kerja parti-parti komponen BN, yang berjudul "Parti komponen BN digesa selesaikan masalah parti" pada muka surat kedua, isunya hanya tertumpu kepada pendaftaran pemilih, langsung tidak mengungkit isu PERKASA.
Berita Harian pula, menyiarkan berita ini pada muka surat ke-9, dengan tajuk "13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA". Laporannya berbunyi, "Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum."
"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN."
Malah, Berita Harian memetik Tengku Adnan untuk berkata, "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita."
"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Akhbar bahasa Cina
Di samping itu, akhbar bahasa Cina pula, China Press memetik berita ini daripada The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A7 dengan tajuk, "Tiada hubungan antara UMNO dengan PERKASA".
Malah, laporannya memetik Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak kemungkinan untuk bertemu dengan Ibrahim Ali, "Saya tak perlu berbincang dengan Ibrahim Ali. Adalah sesuatu yang sukar untuk berbincang dengan Ibrahim Ali. Biar beliau hidup dalam dunianya sendiri."
Nanyang Siang Pau juga memetik berita ini dari The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A8, bahawa UMNO tidak akan menyokong Ibrahim Ali untuk bertanding dalam PRU akan datang. Malah, Nanyang Siang Pau sempat menyiarkan respon Ibrahim Ali di bawah berita itu, yang mengkritik Tengku Adnan bahawa beliau hanya mahukan undi Cina dan tidak mahu undi Melayu.
Sin Chew Daily yang selama ini menonjolkan watak Najib Razak sebagai pembawa perubahan, dan PERKASA sebagai penghalang perubahan, tidak memetik berita ini. Seperti Utusan Malaysia, Sin Chew Daily hanya melaporkan isu pendaftaran pemilih yang dibincangkan dalam mesyuarat, pada muka surat ke-11-nya.
Dua akhbar bahasa Cina bukan milikan Tiong Hiew King, Oriental Daily, hanya menyiarkan berita pendaftaran pemilih pada muka surat A12, sementara Kwong Wah Yit Poh menyiarkan kenyataan Tengku Adnan pada muka surat kedua, dengan tajuk Khuatir dibeban PERKASA - UMNO akan bertanding di Pasir Mas (kawasan Ibrahim Ali).
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Media yang dirujuk bertarikh 9 September 2010, berkisar pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO-BN akan menjauhi dirinya dari PERKASA. -MR
Ulasan GB
Slogan 1Malaysia adalah temberang UMNO untuk BN mengekalkan kuasanya dengan sokongan bukan-Melayu. Walhal pada hakikatnya, PERKASA bertindak dalam diam di kalangan ahli UMNO persis sebuah sayap baru UMNO di dalam memperjuang apa yang dikatakan hak-hak Melayu - disemarakkan oleh akhbar pencacai UMNO sendiri bernama Utusan Malaysia.
Ditambahi pula dengan sokongan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terhadap Perkasa.
KIni, masyarakat bukan-elayu khususnya kaum Cina memberi kata dua kepada UMNO: jauhi PERKASA atau anda akan kehilangan sokonga kaum Cina di dalam PRU kan datang.
UMNO belum mampu secara vokal untuk menentang PERKASA. Kerana Mahathir memainkan peranannya mendekatkan UMNO dengan PERKASA, atau setidak-tidaknya meniupkan api perkauman Melayu di kalangan ahli-ahli UMNO.
Chua Soi Lek telah dipanggil oleh pihak berkuasa kerana ucapannya yang dikatakan berbau perkauman. Anehnya pihak berkuasa tidak pula memanggil Ibrahim Ali, Mahahir dan Utusan kerana membangkitkan semangan perkauman yang lebih kental daripada Chua Soi Lek.
Ia bibit perpecahan BN yang semakin merekah dan ia petanda jelas kehnacuran UMNO dan BN. |
Remembering September 11 - Lessons still unlearnt Posted: 10 Sep 2010 07:16 PM PDT | The Twin Towers in New York | Sim Kwang Yang(Hornbill Unleashed) - The hullabaloo about the 911 anniversary is not yet over on the global media. As I write, we are still bombarded with all manners of the sound and fury about the threat of terror to humanity from "Islamic Jihadist extremists". Apparently, the War on Terror has just warmed up, to gather more momentum in the years and decades ahead I am sure. There is only one problem for me. I always thought that a country can only declare war on another sovereign nation. A war declared on terror, or drugs, or corruption, or poverty, is a moral declaration of intent with the term "war" taken in a very metaphorical sense. Unfortunately, in this dangerous age we live in, the world of meaning has suffered from a slow death by implosion. The line between the metaphorical allusion and the literal meaning of the term has been blurred. What we have witnessed in the past five years has been a great deal of military mobilisation all over the world by very rich countries, incurring spending that far exceeds all the debts owed by all the poor countries put together. My immediate naïve response is: how nice would it be if all those debts were written off, and the billions or perhaps trillions of USD were spent to alleviate poverty and eradicate diseases in the poorer regions of the world. That kind of wishful thinking can only spring forth from my lingering childlike simplicity. My ageing cynicism tells me that wars must be manufactured to keep the military-industrial complexes of the rich nations in business. It is to their vested interest to continue generating this fear of nameless terror from faceless enemies. And like a real war in the literal sense, a great deal of real estate has changed hands in the past five years, as sovereign territories have been invaded, conquered, occupied, and ravaged by foreign forces. Like in a real war too, soldiers have died, and even more innocent civilians have become "collateral damage', or made homeless on their very homeland. The thing that is so scary is the thought that it could have been you or me who become the victims of this War on Terror. We have been spared this global carnage only by the merely accidental event of our birth and choice of country of residence.
Tempting to take sides This business of harbouring a noble sense of ultimate concern engendered by philosophers I have studied is a personal misfortune. When one's sphere of concern far outstrips one's area of influence, it makes for very painful living, to watch from the sideline helplessly this senseless mass murder on all sides in too many killing fields on this good earth. When this conflict is declared to be one of Good versus Evil, as it is done by those with all the power and money to monopolise all avenues of making declarations, as well as those who think that they monopolise all interpretation of sacred texts, it is then tempting to take side. In Malaysia, it is also fashionable and politically correct to be anti-American. It is always much easier to be anti-something or anti-somebody. I am as literate as the next person, and have in my arsenal of rhetoric, a whole store of anti-American clichés and slogans. But then, the American civilisation is a very complex phenomenon, just as there are all shades and hues of humanity among their population of over 240 million people. Likewise, there are all kinds and creeds of Islamic believers, spread out in all corners of the world, with numerous sects among them, and they seem to be busily at war in one way or another among themselves. To take side would have gratified Samuel Huntington, because it would have made his prediction of a clash of civilisations a self-fulfilling prophecy. From there, all those think tank organisations with names like so-and-so institute of strategic studies can go on and work out a worse case scenario of a third world war ignited by a military conflict between China and the US. Therefore, one must have at one's mental disposal some powerful antidotes against this infectious instinct to take side in this protean War on Terror. For God's sake, we are not watching a football match! One antidote of mine is to regard with grave suspicion every time somebody with impressive titles talk about "national interests" and "national security". Perhaps they have some justification for doing so. More often then not, these deified terms are bandied about to rally a whole nation to war, and using the upsurge of patriotism born out of primal fear to suppress internal dissent. Substitute the term "tribal" for "national", and I am cured of being convinced by warmongers. Another antidote that I would use sparingly in this sea of warring propaganda is to reserve judgement on any charismatic leader – especially charismatic religious leader – who displays a copious supply of piety publicly. It does not matter which god he worships. If he calls people to arms in the name of God, then he demeans his god. You may mistakenly think that I am talking only about "Islamic Jihadist extremists" Listen to the American President carefully, and you will find his key words laced heavily with religious connotations. The Devil too is very adept at quoting the Bible. The media keeps reminding a global audience that 911 is an event that changed the world. It has not changed my world. My corner of the world is still insular in thinking, as if time has stood still since the Middle Ages. Mine is a beautiful country with very bad politics. It is a rapidly changing society. The cities are swelling to overflowing, and the villages are emptied. This mass exodus into urban centres in search of the Malaysian version of the Good Life has created new generations of culturally displaced Malaysians. They are certainly more affluent and more mobile. But I am not sure if they are happier than their forebears. Good neighbourliness Of course there are always that current of racial and religion tension underneath our veneer of social harmony and political stability. Most of the time, this sort of tension is kept alive by politicians. Otherwise, many citizens will tell you that Malaysia is a good place to call home – especially compared to many of our Asian neighbours. Here, there is little threat of violence from "Islamic Jihadist extremists". Many would think of PAS as such a group of extremists and accusations of their being so surface during the general elections. But at least, PAS believes in the democratic way of furthering the objectives of their political Islam, rather than firing AK47s down Bukit Bintang. In their daily life, the ordinary Malaysian is bound to fear snatch thieves, road-bullies, rapists, robbers, gangsters and corrupt traffic cops than a highjacked MAS 747 crashing into the Twin Towers. People riding on our Monorail or LRT trains are more worried about a thunderstorm that brings out the mandatory flash flood in KL, than explosives planted under their passenger seats. There is rumbling trouble brewing across the border to the north. All is not well there. It could develop into one of those international flash points that draw in the foreign fighters, as it did in Iraq. But so far, our Malaysian government has followed the protocol of good neighbourliness in handling this hot potato, and that short border is not as porous as elsewhere. In my larger world, the worst crimes against humanity have not been affected or changed much by the 911 event either. Genocide still goes on unchecked in Africa, and in other places where CNN has not sent their star journalists. We are told that one third of the world's population still live in less than one US Dollar a day, that about that many do not have clean water to drink, and they certainly do not enjoy toilet facilities. There are four or five million AIDS victim in South Africa alone, and this terminal disease is threatening to explode into unmanageable epidemics in Asia, notably China and India. Millions of the world's children still die from preventable and curable diseases like TB and malaria. This is a world hidden from the global media most of the time, probably because this poor world is not a good market for the media industry. Their governments, if they exist, are too remote and too much lacking in international influence to merit "global" coverage. I do not think this other invisible world of poverty, disease, ignorance, and wasted human lives worry about terrorism. Terror for them is perhaps finding the next meal, or the next small dosage of medicine. Click here to read more |
S'gor MB Khalid does not rule out contesting for PKR No. 2 post Posted: 10 Sep 2010 07:15 PM PDT | Khalid's chances are good if he goes for it |
SHAH ALAM (Malaysian Insider)— Tan Sri Khalid Ibrahim today remained mum on whether he will stand as a candidate for top post in PKR polls next month. "I will have to wait and see," said the Selangor Mentri Besar. He said he will base his final decision on the strength of the teams which are contesting. Khalid indicated that he may stay out of the race if the teams contesting are adequate. So far only PKR supreme council member Datuk Zaid Ibrahim have expressed intentions to contest for deputy president. However, the majority of PKR MPs and assemblymen from Selangor and Negri Sembilan have come out to endorse Azmin Ali for the post. Khaild is facing a four cornered fight in his Kuala Selangor division where he is incumbent chief. The three others who have confirmed their candidacy are former Kuala Selangor Wanita PKR chief Fauziah Sulaiman, 52, former Selangor Angkatan Muda Keadilan information chief Mazli Saring, 42, and former teacher Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44. Khalid said he welcomed the contest saying the more the merrier. He said PKR direct election gave everyone a chance to participate. "Every member has the right to vote for their leaders," he said. Over 6,218 PKR members in the division are eligible to elect the divisional leaders on Oct 3. |
Baram dam a gift from God for the Orang Ulu, says ADUN Lihan Posted: 10 Sep 2010 07:14 PM PDT MIRI (Borneo Post) - Telang Usan assemblyman Lihan Jok reiterated that the Baram hydroelectric dam project is a gift from God for the minority Orang Ulu. "I am not ashamed to say that the mega project is a gift from God because as a result of the project the government will build a 60-km road from Long Lama to the dam site at Long Keseh, benefitting about 12,000 Kayans from nine longhouses along the river," he said. He said he had proposed to have a road to link all the longhouses along Baram River before the dam was even conceptualised, more as a wish for a better life for the people. The road came into the picture when the government proposed the Baram dam, he added. "What I am saying is that if there is no Baram dam, there won't be any road being built. It does not make any economic sense just building a road like that. The proposed dam justifies the building of the RM500-million road," explained Lihan. Urging his critics to look at the bigger picture, he said the stretch of road from Long Lama made up Package B of the overall road project under Sarawak Corridor of Renewable Energy. He said the package cost the government a massive RM500 million. Package A is the stretch of road from Beluru to Sungai Tinjar encompassing Lapok road. The upgrading of 35.73-km Lapok road at a cost of about RM101 million commenced three days ago and is expected to be completed in three years, Lihan revealed. "Our people who are already poor have had to buy 4WD vehicles to travel through this road, having to bear high maintenance cost due to wear and tear their vehicles were subject to. But this will be behind us three years from now," said Lihan. Lihan said tender for Package B of the SCORE project would close on Sept 24 and both packages would start this year. The assemblyman urged Baram folk not to politicise the Baram dam project. "I urge for understanding and acceptance of this mega project. The expected life-span of a dam is around 500 years. The dam will generate cheap energy for the community. Let us play a part in nation-building by accepting this project. "Of course there are certain groups instigating the people to reject this project. In life, one has to accept challenges. If the Orang Ulu reject this project, there won't be an opportunity like this for a very, very long time, maybe not during our lifetime on earth," said Lihan Read more at http://www.theborneopost.com/?p=65584 |
Pengerusi Felcra cabar Nik Aziz Posted: 10 Sep 2010 07:13 PM PDT Oleh AINSAFRE BIDIN utusanperak@utusan.com.my PASIR SALAK 9 Sept. - Pengerusi Felcra Bhd. (Felcra), Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuktikan bahawa tanah ladang kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar yang diserahkan kepada kerajaan negeri telah dimanfaatkan untuk rakyat negeri itu. Tajuddin berkata, tanah bernilai bernilai RM240 juta itu telah diserahkan oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk kebajikan rakyat negeri itu pada awal tahun ini tetapi beliau difahamkan, tiada seorang individu pun dicalonkan sebagai peserta ladang berkenaan sehingga kini. Tambah beliau, selain mengembalikan tanah tersebut, Felcra turut memenuhi tuntutan bayaran tambahan RM10 juta yang diminta oleh kerajaan Kelantan. "Adakah tanah itu dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan Kelantan dan adakah rakyat mendapat hasil dari keuntungan ladang tersebut atau wang tersebut masuk ke tabung khas kerajaan negeri atau parti politik? "Ladang tersebut boleh menghasilkan keuntungan bersih tidak kurang dari RM10 juta setahun jika mengambil kira harga pasaran semasa kelapa sawit,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Felcra Bhd. kepada golongan kurang bernasib di Masjid Bandar Seberang Perak, di sini, kelmarin. Pada majlis tersebut, seramai 409 penerima yang terdiri daripada 181 anak-anak yatim, 72 orang kurang upaya (OKU), 112 warga emas, 22 fakir miskin dan 11 mangsa ribut menerima wang zakat. Hadir sama, Pengurus Besar Wilayah Felcra Bhd. Perak, Mat Roni Zakaria dan Pengurus Felcra Seberang Perak, Muthalib Tais. Menurut Tajuddin, sekiranya tiada peserta di ladang kelapa sawit itu, ia sangat mendukacitakan kerana ia boleh membantu mengeluarkan rakyat dari kemiskinan. "Apa sudah jadi dengan tanah ladang kelapa sawit yang diserahkan kepada Kerajaan Kelantan? Mana pesertanya? Ini jelas bertentangan dengan matlamat asal Felcra yang mahu melihat peserta mendapat keuntungan daripadanya," ujar beliau. |
Benarkah Anwar berkecuali... Posted: 10 Sep 2010 06:29 PM PDT SHAH ALAM, 10 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu namanya turut diheret dalam saingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini yang dijangka sengit. "(Perkara) ini adalah biasa dalam proses demokratik," kata Penasihat PKR ini hari ini. Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim mendakwa wujud taktik kotor untuk menjejaskan peluang beliau bertanding pada pemilihan kali ini. Sekumpulan 20 Ahli Parlimen PKR dan majoriti ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Naib Presiden Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu. Mereka juga menafikan dakwaan bahawa Azmin menyerang Zaid. Ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, parti telah merangka kod etika untuk dipatuhi oleh calon-calon yang bertanding. Anwar berkata, pemilihan langsung PKR memberikan setiap ahli peluang untuk memilih pemimpin, satu langkah yang berada dalam hala tuju yang betul. Katanya, di bawah sistem lama hanya perwakilan yang boleh mengundi, sekali gus terdedah kepada manipulasi dan rasuah. PKR meminda perlembagaan tahun lalu untuk memberikan setiap ahli hak untuk mengundi. Kira-kira 400,000 ahli dari 218 cabang akan mengundi pada pemilihan julung kali yang bermula Oktober hingga November ini. Terdahulu...Di sebalik "kehangatan" menjelang pemilihan bahagian dan pusat PKR, Majlis Muafakat Kepemimpinan Selangor mengesyorkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyandang jawatan nombor dua. Majlis itu mengesyorkan tindakan tersebut jika usaha berkompromi mengelakan pertandingan sengit — yang dikhuatiri mencetuskan "politicking" melampau — dengan mengekalkan status-quo gagal. Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat merupakan Penasihat PKR. Awal minggu ini sekumpulan Ahli Parlimen, senator dan ADUN dari Selangor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Azmin Ali untuk bertanding kerusi nombor dua. Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Zaid Ibrahim juga melahirkan hasrat untuk bertanding jawatan itu jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak turun gelanggang. Bagi mengelakkan persekitaran pemilihan yang tidak sihat, majlis itu yang dikatakan diketuai 19 pemimpin peringkat cabang dari Selangor, mahu Dr Wan Azizah dan Senator Dr Syed Husin masing-masing dikekalkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. "Dengan ini, calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri," kata Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Negeri Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan di Petaling Jaya hari ini. Kenyataan itu ditandatangani oleh Syed Shahir Syed Mahamud selaku Pengerusi majlis itu dan Abd Kudus Omar sebagai timbalannya. Syed Shahir merupakan Ketua PKR Kelana Jaya dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor manakala Abd Kudus pula Ketua PKR Tanjung Karang. Kata kenyataan itu, majlis itu telah memutuskan bahawa usaha-usaha strategis perlu dilakukan untuk mempastikan supaya proses pemilihan kepimpinan PKR dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis seterusnya benar-benar dapat memperkasa perpaduan serta kejituan kepemimpinan parti pada masa depan. Azmin juga merupakan pengerusi PKR Selangor. PKR buat julung kali mengadakan pemilihan dengan membolehkan setiap ahli mengundi. Pemilihan peringkat bahagian bermula 17 September ini manakala peringkat pusat pula selama tiga minggu secara berperingkat bermula minggu ketiga bulan depan. Majlis itu berkata pihaknya amat menyedari bahawa PKR adalah parti harapan rakyat untuk mengemudi negara Malaysia yang lebih adil dan sejahtera. "Oleh itu, PKR erlu menerapkan budaya politik baru yang harmonis, telus dan adil sebagai prinsip amalannya. "Maka, amalan-amalan 'politicking' dan budaya politik kotor seperti yang telah membarah pada tubuh parti lawan hendaklah disekat dan dimusnahkan sejak dari awal lagi," katanya. Malah majlis tersebut juga menambah, wujud beberapa gejala negatif sebahagian kecil calon-calon yang ingin bertanding pelbagai jawatan dalam parti di pelbagai peringkat, boleh mencalarkan imej parti dan ia amatlah dikesalkan. "Kami berpandangan ia harus ditangani segera dengan bijaksana oleh barisan kepimpinan parti di semua peringkat. "Justeru itu beberapa pendekatan baru dalam mengurus proses pemilihan barisan pimpinan parti perlulah diperhalusi dan diolah. "Kami berpandangan usaha ini perlu bermula dengan penyelesaian konflik pemilihan jawatan timbalan presiden parti," kata majlis itu lagi. Amizudin Ahmat (Din Binjai) |
Kenyataan Balas Isu Pemasyuran T. Muhammad Faris Oleh Akhbar Utusan Malaysia Posted: 10 Sep 2010 06:27 PM PDT LAPORAN UTUSAN MALAYSIA MENGENAI PEMASYHURAN TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
Laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2010, bertajuk "Tengku Faris Sultan Kelantan?", adalah dirujuk.
Kami di The Kelantan Insider merasa terkejut dengan "kebolehan" akhbar Utusan Malaysia menyiarkan satu laporan yang cukup sensasi pada hari raya yang mulia ini dengan hanya berpandukan kepada kata-kata sumber-sumber yang tidak dikenal pasti.
Sehubungan dengan itu, kami suka mengingatkan akhbar-akhbar tempatan supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab di dalam menyiarkan sebarang laporan mengenai Istana Kelantan, apatah lagi jika laporan itu mempunyai nilai kesensasian yang tinggi.
Tanpa mengira sama ada sesuatu laporan itu mempunyai kebenaran ataupun tidak, akhbar-akhbar tempatan seharusnya mengikuti apa-apa peraturan yang telah ditetapkan di dalam melaporkan sebarang berita yang ada hubung-kaitnya dengan Istana Kelantan.
Pejabat Sultan Kelantan mempunyai carta organisasinya yang tersendiri di mana ia adalah diketuai oleh Pengelola Istana D'Raja, Datuk Abdul Halim Hamad, yang melaksanakan tugas beliau dengan berpandukan kepada titah-titah Pemangku Raja Kelantan.
Oleh itu, akhbar-akhbar tempatan mahupun mana-mana media lain sewajarnya merujuk kepada Datuk Abdul Halim Hamad ataupun pegawai-pegawai beliau, khususnya Pegawai Media, dahulu sebelum menyiarkan apa-apa laporan mengenai Istana Kelantan.
Kami faham bahawa memperolehi "scoop" adalah satu keutamaan kepada mana-mana media, tetapi perlulah diingat bahawa di dalam keghairahan berbuat demikian tata susila juga perlulah sentiasa dijaga, lainlah jika media itu memang memiliki agenda tertentu.
Jika pada hari ini anda memilih untuk menyusahkan pihak lain, janganlah pula anda menyalahkan pihak itu jika anda berhadapan dengan kesusahan untuk mendapatkan apa-apa berita pada hari esoknya. Setiap yang berlaku tentulah ada sebab-musababnya.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin, dari kami.
Disertakan di sini laporan akhbar yang berkaitan.
Tengku Faris Sultan Kelantan? (Utusan Malaysia, 10 September 2010)
KOTA BHARU 9 Sept. – Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak setahun lalu.
Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal dilangsungkan di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi.
Terdahulu, Utusan Malaysia telah dimaklumkan satu program khas akan diadakan pada hari tersebut di Istana Balai Besar dan meminta wartawan serta jurugambar memakai pakaian kebangsaan berwarna hitam mengikut protokol rasmi.
Bagaimanapun pegawai terbabit tidak mendedahkan secara terperinci mengenai program itu dan maklumat lengkap akan hanya disampaikan kepada media pada hari berkenaan. Sementara itu sumber lain memberitahu, istiadat pemasyhuran tersebut akan dilangsungkan selepas mesyuarat penuh kerajaan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah pagi.
"Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga diminta hadir pada istiadat tersebut dengan berpakaian lengkap mengikut istiadat istana.
"Pihak polis juga diarah supaya meningkatkan kawalan keselamatan pada hari berkenaan malah cuti anggota polis sempena Hari Raya Aidilfitri di beberapa unit tertentu turut ditarik balik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Spekulasi mengenai pertabalan Sultan Kelantan yang baru bertiup kencang sejak seminggu lalu dan beberapa petunjuk seperti yang dinyatakan sebelum ini seolah-olah mengesahkannya.
Sebelum ini, Institusi Diraja Kelantan dilanda krisis yang berpanjangan sejak Tuanku Ismail Petra gering dan mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pada 14 Mei 2009.
Ekoran itu, Tengku Muhammad Faris yang juga anakanda sulung baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja sebelum baginda berangkat ke Hospital Mount Elizabeth. Sementara itu, seorang ADUN yang enggan identitinya didedahkan mengesahkan beliau telah menerima jemputan ke Istana Balai Besar dengan pakaian istiadat tetapi beliau tidak dimaklumkan mengenai majlis tersebut.
"Ya saya menerima jemputan untuk ke Istana Balai Besar pada hari raya keempat tetapi saya tidak diberitahu majlis apa. Kami cuma diarahkan supaya memakai baju Melayu hitam mengikut istiadat rasmi diraja," katanya. |
Jangan sapu pendedahan Musa Hassan ke bawah karpet... Posted: 10 Sep 2010 08:10 AM PDT Peguam yang juga ahli parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin berharap isu adanya campuran pihak ke tiga dalam urusan kepolisian negara ini seperti didedahkan Tan Sri Musa Hassan tidak disapu ke bawah karpet, dinafikan dengan kenyataan sahaja. Baginya yang pernah mengendalikan kes habeas corpus khususnya membabitkan mereka yang dikenakan tahanan daerah atau buang daerah, pendedahan itu tidak boleh dipandang ringan sebaliknya tindakan yang lebih konkrit dan berintegriti perlu diambil demi menjaga nama baik dan integriti pasukan PDRM. Beliau turut meminta Musa menamakan siapakah pihak-pihak ketiga yang beliau maksudkan itu dan apakah jenis campurtangan yang membabitkan pihak ketiga tersebut? Zulkifli berkata, beliau sendiri semasa mengendalikan beberapa kes habeas corpus tahanan buang daerah pernah dimaklum bagaimana beberapa "runner" dan "balaci" menjalankan kegiatan bagi pihak-pihak tertentu. "Kononnya untuk mendapatkan pembebasan mereka yang ditahan ini. Malahan dikalangan mereka yang biasa mengendalikan kes-kes habeas corpus pasti akan mendengar cerita bagaimana Orang-Orang Kena Tahan ini boleh mendapatkan pelepasan dengan membayar kepada "runner-runner" dan "balaci-balaci" ini," katnya.. Menerusi blognya, Zulkifli mendakwa, ikut ceritanya pembayaran itu untuk dibayar kepada "pihak atasan tertentu". "Kekadang jumlahnya mencecah sampai RM25,000 seorang!! Itu cerita tahun 1980an dan 1990an. Agaknya jumlahnya berapa lah sekarang ini," tanya beliau. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak tahu samada perkara ini benar-benar berlaku atau tidak, kerana mereka yang terlibat akan membuat deal terus dengan pihak berkenaan tanpa melalui peguam. " Yang kita tahu bila pergi ke mahkamah, kadang-kadang dokumen yang difailkan tak cukup atau cacat, atau Afidavit yang difailkan tidak memenuhi kehendak perundangan, dan kerap juga kes-kes habeas corpus ini dimenangi atas-atas sebab teknikal sahaja," ujarnya. Katanya samada kesilapan teknikal itu disengajakan oleh pihak berkenaan atau tidak, atau kerana bayaran yang telah dibuat atau tidak, itu tidak dapat beliau sahkan. "Apa yang saya tahu, pernah klien saya memberitahu saya "semua sudah setel bos"," katanya. Bagi beliau, pendedahan dibuat bekas orang nombor satu PDRM itu serius dan bukan pertama kali maka sewajarnya wajib disiasat.-AD |
Hari Raya suram di Felda Palong Posted: 10 Sep 2010 08:03 AM PDT Oleh Jamilah Kamarudin LAPORAN KHAS GEMAS: Aidilfitri menjelma lagi. Bagi umat Islam yang merayakan kemenangan setelah 30 hari menunaikan ibadah puasa, bahang kemeriahannya begitu terasa, terutamanya kanak-kanak, malah ianya turut dikongsi masyarakat lain di Malaysia. Pelbagai juadah disediakan, begitu juga pelita dihidupkan dihadapan rumah, yang dicat dan dihias serba baru, tidak lupa juga persalinan pakaian baru tradisional pada awal pagi raya. Semua ini disediakan bagi menyambut kunjungan keluarga, sanak-saudara dan tetamu yang akan bertandang ke rumah sambil bermaafan sempena 1 Syawal. Namun disebalik keghairahan meraikan bulan Syawal, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak mampu menikmati semua keistimewaan itu. Terletak di daerah Gemas, Negeri Sembilan dan bersempadan Pahang, Felda Palong mempunyai banyak 'rahsia tersembuyi' mengenai nasib peneroka dan pekerja ladang getah milik Felda Plantations yang tidak terbela. Pelbagai masalah membelenggu kehidupan masyarakat disitu. Daripada hal pemberian hak milik geran tanah kepada peneroka sehingga ada yang tersingkir daripada tanah rancangan, masih wujud lagi pekerja ladang tempatan Felda yang memiliki pendapatan dibawah paras kemiskinan. Kais pagi makan pagiTatkala Felda mengumumkan asetnya meningkat kepada RM6.2 bilion dalam tempoh lima tahun 2004 hingga 2009 hasil keuntungan harga komoditi sawit dan getah dan manakala pegawai eksekutifnya menikmati pendapatan bulanan yang mewah, nasib yang berbeza dialami golongan pekerja bawahan yang bekerja sebagai buruh Felda. Bagi kira-kira 50 pekerja tempatan ladang getah milik Felda Plantations di Palong 18, hidup mereka diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Antara aktiviti kerja ladang yang dilakukan termasuklah menebas lalang, menoreh getah, meracun, membaja, dan sebagainya. Berhempas pulas membanting tulang empat kerat enam hari seminggu (Sabtu hingga Khamis) daripada seawal 6.30 pagi hingga 7 petang, namun mereka hanya memperoleh purata upah kira-kira RM19 sehari. "Walaupun elaun minyak dan pengangkutan disediakan, namun pendapatan kami tidak pernah mencapai sehingga RM1,000 sebulan. "Hendak cari duit lebih dengan kerja lebih masa (overtime) pun kadangkala disekat oleh pengurusan ladang". "Lebih malang lagi ada pekerja biasa yang hanya dapat RM400 sebulan. Kami tidak mendapat gaji asas yang tetap. Semuanya bergantung pada upah seharian," kata seorang pekerja Sulaiman Birham ketika ditemui FMT. Sulaiman, 32, yang juga berperanan sebagai mandur di ladang tersebut sejak tiga tahun lalu berkata perkara ini telah pun diadu kepada Pejabat Buruh namun jawapan yang diterima amat mengecewakan. "Pegawai di Pejabat Buruh menolak aduan kami kerana menurut mereka kuasa untuk menentukan tangga gaji terletak di tangan Felda Plantation," katanya. Jumat Sariman, 40, berkata bukan setakat gaji yang diberikan terlalu rendah, malah kebajikan pekerja juga tidak dijaga dengan baik. "Walaupun Felda menyediakan tempat tinggal bagi pekerja tetapi tiada kemudahan prasarana disediakan, malah rumah kami juga tidak dibaiki sejak pengurusan baru tahun lalu. "Buktinya, terdapat bumbung rumah bocor dan sistem kumbahan tersumbat sejak sekian lama tetapi sehingga kini dibiarkan sahaja tanpa dibaiki walaupun sudah beberapa kali perkara ini diadukan," katanya. Anak kera disusukan...Jumat ( kanan) yang turut bekerja sebagai mandur sejak tahun 1996 berkata, keadaan ini berbeza dengan kemudahan dinikmati pekerja warga asing yang bekerja diladang yang sama. Seperti anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan, pekerja asing warga Indonesia dan Bangladesh diberikan kemudahan kawasan asrama yang selesa di Palong 18. "Sebarang aduan kami selama ini tidak pernah di beri perhatian yang sewajarnya. "Pekerja berbangsa asing diberi segala kemudahan, manakala kami pekerja tempatan tiada hak keistimewaan seperti pekerja di sektor yang lain. "Ada antara mereka yang 'buat kacau' di kawasan Felda dan menganggu penduduk tempatan kerana terdapat kes pecah rumah, gaduh, malah ada yang tidak menghormati pekerja tempatan," katanya. Beliau berkata masalah ini pernah dibangkitkan kepada wakil rakyat semasa tibanya musim pilihanraya, tetapi dibiarkan sepi begitu sahaja tanpa sebarang perubahan. "Kami sudah buntu nak mengadu pada siapa. YB (wakil rakyat) sudah, Badan Khairat pun sudah. "Masa depan kami kelam kerana pekerja tidak dibenarkan tinggal disini selepas umur mencecah 55 tahun, jadi kami dan keluarga tidak tahu kemana nak pergi. "Sudah dua kali semasa kempen pilihanraya (tahun 2008 dan 2004) mereka janji nak bagi kami status peneroka tapi sampai sekarang tak ada apa. "Bila ditanya wakil rakyat, beliau hanya kata perkara ini akan dibawa ke Sidang Rakyat," katanya. Ditanya mengenai persiapan raya pada tahun ini, Sulaiman berkata tiada apa yang istimewa namun masih mengutamakan persiapan terhadap tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga dua tahun. "Kami sambut hari raya secara sederhana. Selain memasak sendiri kuih raya, hanya baju baru yang mampu dibelikan kepada anak-anak. "Tak boleh belanja lebih dari itu kerana pendapatan saya yang tidak seberapa," katanya. |
Umno Tak Sokong Perkasa Sebab Nak Umum PRU-13? Posted: 10 Sep 2010 07:40 AM PDT Oleh Dzulkarnain Taib SHAH ALAM 10 Sept - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan perubahan mendadak pendirian Umno terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), sebuah badan yang dilihat memperjuangkan politik 'Ketuanan Melayu secara ekstrim disebabkan faktor Pilihan Raya Umum yang yang mungkin dipanggil secara mengejut. Bagaimanapun Anwar berkata beliau kurang yakin terhadap kenyataan Umno yang mengatakan parti itu kini tidak lagi menyokong. Anwar berkata Umno perlu menjelaskan pendirian parti itu samada ia adalah suatu dasar atau hanya penyesuaian kepada keadaan politik semasa. Ketika ditemui media pada majlis jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di I-City, Seksyen 7 disini petabng tadi, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata Umno yang patut dipersalahkan kerana membenarkan kewujudan Perkasa dalam bentuk yang ada pada hari ini. "Mereka menyokongnya, berikan kemudahan dan mereka juga memberi bantuan kepada Perkasa," kata Anwar. Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan telah memaklumkan kepada rakan komponen lain dalam Barisan Nasional bahawa parti iu tidak akan menyokong Perkasa or presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang. Kata beliau Perdana Menteri sendiri sehingga kini berdiam diri mengenai isu ini sambil mengatakan Datuk Seri Najib Razak telah membiarkan Perkasa terus menerus membangkitkan kebencian kaum selama ini. Berlainan pula dengan tindakan mantan Perdana Menteri yang juga Penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir yang melawan arus dengan menyokong badan itu dengan menganggap ia sebagai tongkat kepada Umno yang lemah. "Beliau hanya cuba membuat dirinya relevan," kata Anwar |
Bakar Al-Quran: Kiamat Semakin Hampir Posted: 10 Sep 2010 07:21 AM PDT Gereja batal kempen bakar al-Quran, imam nafi kompromi alih bina masjidDi sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September. Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida. Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001. Dipetik Reuters, Jones (gambar) berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.
Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.
Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.
"Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran," kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.
"Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.
"Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).
"Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian," kata Feisal lagi.
Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau "berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau."
Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.
"Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi," kata Jones.
Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.
Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.
Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.
Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).
Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.
Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.
Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.
Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.
"Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran," kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.
Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.
"Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa," kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.
Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.
Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.
Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.
Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).
Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.
Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. -TMI
Kiamat itu memang sudah hampir. Banyak petunjuk dari Tuhan. Malah orang barat sendiri mengakui kiamat semakin hampir. Filem 2012 arahan Roland Emmerich mengisahkan tentang perut bumi yang semakin panas dan tidak stabil yang menyebabkannya ledakan gunung berapi dan gempabumi berterusan yang menunggu masa untuk alam dunia ini musnah seluruhnya. Ulasan GB
Sebagai seorang umat Islam memang saya tersentak mendapat tahu adanya pihak yang merancang untuk membakar AL-Quran.
Dan rancangan itu dibatalkan.
Seandainya ianya diteruskan, umat Islam mungkin bangun untuk bertindak balas di dalam cara yang lain. Ia terus-terusan bakal menimbulkan pertelagahan agama Kristian-Islam yang tiada berkesudahan.
Itu pendirian sebahagian besar umat Islam. Mempertahankan agamanya.
Bagi GB pula, GB tetap yakin dengan firman Allah s.w.t. di dalam Surah Al Hijr -ayat 9: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan Kamilah yang akan menjaganya".
Bahawa yang ditentang oleh mereka bukanlah umat Islam tetapi yang ditentangnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Dan kita yang yakin denga firmanNya meyakini juga janjiNya akan pertahankan Al-Quran itu, yang sejak diturunkan sehingga kini tidak ada sebatang alif pun berubah, apatah lagi jika mahu dibakar atau dihapuskan Al-Quran itu.
Jika berlaku juga pembakaran yang tak dapat dihalang oleh umat Islam, itu petanda hampir masa untuk berakhirnya alam dunia yang kita tinggal ini - namanya kiamat.
|
Nik Aziz Sifatkan Rancangan Bakar Al-Quran Di Luar Jangkaan Manusia Posted: 10 Sep 2010 05:51 AM PDT KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 sebagai tindakan di luar jangkaan manusia. Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu. Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa. Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi. "Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa. Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian, katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini ketika diminta mengulas mengenai rancangan itu. - BERNAMA |
BN leaders unite against Perkasa: Dr M, Ibrahim Ali "has-beens" Posted: 10 Sep 2010 05:44 AM PDT | Ibrahim Ali and his overly aggressive stance |
PUTRAJAYA (Malaysian Insider) - Barisan Nasional leaders finally came together today in an apparent face-off with Malay rights group Perkasa and its controversial president Datuk Ibrahim Ali, who has been seen as a thorn in the side of the Najib administration. Umno's top leaders, who have kept silent so far on the topic of Perkasa, dropped their defences when approached on the matter today and while they remained cautious, they agreed that supporting the controversial group's views could prove detrimental to BN's struggle. Leading the fray was Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz, who told The Malaysian Insider that it was "about time" that Umno made a strong stand against Ibrahim and the fledgling Perkasa. "I have said this much earlier — Umno should have come out much earlier. Only now they are echoing my views. "But it is good, yes, it will help us in our struggle because to disassociate ourselves from groups like this is very important. "Perkasa is very much against our 1 Malaysia policy," he said when approached at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's Seri Perdana residence here for his Hari Raya open house. Nazri, who has been the most vocal of all Umno leaders on the topic of Perkasa, even went a step further to assert that all of Perkasa's members from Umno and its patron, former premier Tun Dr Mahathir Mohamad, were political "has-beens". | Mahathir - reaping what he sowed |
"Who are they? Has-beens. They are people who failed to get positions in the party so they run to Perkasa. "And Dr Mahathir? Has-been," he said. In a statement to an English news daily front-paged yesterday, Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said he had told his counterparts in all BN parties that Umno would not back Perkasa or its president Ibrahim in the next general election. The leader reportedly admitted that any move to support Perkasa would only erode BN's support from the non-Malays. Speaking to The Malaysian Insider, Tengku Adnan even said that Umno would field its own candidate in Ibrahim's Pasir Mas constituency in the next election. He also said that BN leaders agreed that distancing themselves from Perkasa was the best way forward, acknowledging that Perkasa had successfully pitted BN component parties against one another. Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin agreed that Perkasa's views were lopsided, saying that Umno never subscribed to the group's ideals. "In Umno, when defending the rights of the Malays, we try to be fair. "What Perkasa is doing is that when they bring up something, it is perceived that they fail to take consideration or interest in other races. Umno does not subscribe to what Perkasa is doing," he told The Malaysian Insider. He reminded Ibrahim that the nation was bound together by its diversity and lived in harmony because of the understanding and social arrangement already agreed upon in the past. "If we upset the equilibrium, surely that will cause an upset. "That is why in Umno, we defend Malay rights but we believe there is a place for all Malaysians. We want all groups to understand this part," he said. Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi further distanced Umno from Perkasa, pointing out that the group's struggles were very "ethnocentric" in nature. "We should reject ethnocentricity in this country. It should not be encouraged. "I am worried that other groups will start fighting for their own ethnic needs," he said. He pointed out that Umno may belong to the Malays and the Bumiputeras but it still fought for the rights of the non-Malays. Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan echoed Zahid's views, pointing out that Perkasa's fight was for the rights of one single race. "We fight for all. Umno's struggles are by far bigger than Perkasa's struggles. "Umno fights for the Malays and for the country and the international stage. Perkasa only struggles for the Malays," he said. Agriculture and Agro-Based Industry minister Datuk Seri Noh Omar said Perkasa was merely an "NGO". "We have to be able to tell between a political party and an NGO. They should work as an NGO and that's all. They can organise their functions and carry out their programmes as an NGO," he said. The Umno leaders also acknowledged that many Perkasa members were from Umno, but insisted that this was a minority. "They do not represent all of Umno. Anyone can join an NGO," said Khaled. Nazri, however, insisted that these were "sunset politicians". "They have no impact on us. No one cares about Perkasa. They are only famous in the media," he said. He predicted that should Ibrahim recontest his Pasir Mas parliamentary seat in the next elections, he would lose. "Because he cheated PAS and won on a PAS ticket. But who will support him now as an independent?" he said. Deputy Federal Territories and Urban Well-being Minister Datuk M. Saravanan also joined his BN colleagues in rejecting Perkasa. "MIC is happy that we are moving now to distance ourselves from Perkasa. They will not in any way help the BN," he said. Several MCA leaders also commended Tengku Adnan for calling on BN leaders to reject Perkasa. MCA vice-president Gan Ping Sieu said that Ibrahim was a "nobody" and should be ignored. "We should not dignify him with so many answers and replies," he said. Fellow vice-president Datuk Chor Chee Heung said that Tengku Adnan's statement was the most sensible statement made by an Umno or BN leader. MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek refused to comment on the matter. However, it is understood that there is no love lost between Dr Chua and Ibrahim, who have been at each other's throats over their differences in opinion. Click here to read more |
MB K'tan tak terima surat rasmi istiadat pemasyhuran Posted: 10 Sep 2010 05:43 AM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau belum menerima surat rasmi dari istana mengenai pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan Isnin ini. Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak. "Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber bahawa pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu. Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi. Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu. "Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya. |
Pemimpin Umno digesa boikot aktiviti PERKASA Posted: 10 Sep 2010 05:42 AM PDT Parti Cinta Malaysia menyokong tindakan pemimpin Umno memisahkan diri mereka daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Naib presidennya, Huan Cheng Guan berkata orang dan individu yang berfikiran waras sepatutnya menjauhkan diri daripada pertubuhan pimpinan ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali. "Barisan Nasional, khususnya kepimpinan Umno, perlu menunjukkan dengan jelas bahawa PERKASA dan Ibrahim tidak disokong oleh Umno jika mereka mahukan sokongan masyarakat Cina dan masyarakat lain," katanya kepada Malaysiakini."Kepimpinan Umno mesti mengarahkan wakil rakyatnya dan ketua bahagiannya supaya tidak menyertai aktiviti anjurah PERKASA dan menganggotai jawatankuasanya," kata Huan yang juga bekas naib presiden Gerakan. "Harus ada arahan terus daripada pihak pengurusan tinggi Umno kepada ahli akar umbinya berkaitan dengan pembabitan mereka dalam PERKASA," tegasnya. PERKASA, yang mendakwa mempunyai 50,000 ahli, ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008 selepas pilihanraya dalam usaha untuk melindungi hak-hak berperlembagaan orang Melayu. Ramai ahlinya adalah dari Umno. Rabu lalu, mesyuarat BN di Putrajaya memutuskan untuk memisahkan dirinya dari PERKASA kerana aktiviti pertubuhan itu boleh menjejaskan usaha BN untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu. Sejumlah pemimpin BN yang menghadiri mesyuarat tersebut, telah menyatakan keraguan terhadap PERKASA dan mendesak Umno menyatakan pendiriannya terhadap pertubuhan tersebut. Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor kemudian berjanji kepada rakan-rakan BN bahawa parti itu tidak akan memberi sokongan kepada PERKASA ataupun Ibrahim. |
Perkasa pula dihambat seperti anjing kurap? kah..kah..kah...PERKOSA... Posted: 10 Sep 2010 05:40 AM PDT Antara saat yang paling pedih di dalam hidup kita ialah bila kawan-kawan yang tak berapa kerat membuang kita. Sayyidina 'Ali 'a.s. pernah berkata yang pengajarannya lebih kurang gini: Orang yang miskin ialah orang yang tak ramai kawan. Orang yang lebih miskin pula ialah orang yang kehilangan kawan yang semenangnya tak ramai. Sekarang ni time Umno buang kawan. Beberapa hari lalu, Tan Sri Musa Hassan menjadi mangsanya. Kini giliran Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa pula. Perkasa pula tidak ramai kawan. Selain Umno, semua orang termasuk orang-orang Melayu membenci atau sekurang-kurangnya tidak sukakan Perkasa. Malang sungguh, dah la kawan pun tak ramai, dihalau pergi pula oleh kawan yang hanya satu itu sahaja (Tun Dr Mahathir kata, "Perkasa members are Umno supporters"). Perkasa telah berjuang habis-habisan sehingga hampir terputus urat kentut demi mempertahankan kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN). Nak kata berjuang Melayu sangat pun, di dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ibrahim dan juak-juaknya berkempen secara terbuka untuk calon BN dari MIC di dalam pilihan raya kecil itu. Malangnya, bila sudah semakin jelas begitu ramai Melayu yang berjaya dibodohkan demi kepentingan para pemimpin Umno dan juak-juak mereka untuk mempertahankan kesedapan merembat duit dengan kuasa yang mereka ada, Perkasa tiada berguna lagi. Bukan setakat tiada berguna lagi, sekurang-kurangnya di dalam permainan media, Perkasa juga kelihatan dihambat seperti anjing kurap - nasib yang sama seperti dideritai Musa beberapa hari lalu (lihat posting " Musa Hassan dihambat penuh hina seperti anjing kurap?") Bagaimanapun, untuk lebih berhati-hati, saya kira eloklah semua itu dilihat sebagai sandiwara di dalam media sahaja. Saya tetap yakin, Umno dan Perkasa berpisah tiada. Kalau kekasihnya Perkasa pun Umno boleh hambat macam anjing kurap - walaupun mungkin sekadar pementasan dalam media sahaja - sehingga menyalak-nyalak melolong-lolonglah dia keseorangan kerana dinyahkan, bayangkan nasib kita. Itu pengajaran yang jangan sekali-kali kita lupakan! PB. |
Batlle of The Morons Posted: 10 Sep 2010 05:37 AM PDT Perkasa dianggap sebagai tongkat kepada UMNO. UMNO seperti yang kita tahu kini, sudah tempang dan tidak ber'tenaga' lagi untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya dalam arus politik tanah air. UMNO... seperti yang didakwa oleh Mahadir, adalah sebuah parti rasis. Tetapi... dalam keadaan dia sudah kehilangan banyak sokongan daripada bukan-Melayu, UMNO tidak boleh dilihat rasis atau terlalu over-rasis. Kesannya... ia akan terus membawa padah kepada kelansungan penguasaan politik BN yang diterajuinya. Lantaran itu, tugas menyemarakkan semangat ke-Melayuan bangsa Melayu diserahkan kepada Perkasa. Perkasa menjadi salah satu daripada tongkat untuk membantu UMNO ber'gerak'. Namun, tindak tanduk Perkasa yang dilihat terover Melayunya, sehingga tidak memperdulikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain telah menguris perasaan kaum bukan-Melayu. UMNO yang sejak PRU12 telah kehilangan sokongan bukan-Melayu, nampak gayanya akan terus ditolak oleh kaum bukan-Melayu dalam PRU13 nanti gara-gara tindak tanduk Perkasa. Ini tidak baik untuk UMNO. Jadi.. Perkasa yang salah satu tugasnya adalah membantu UMNO kini sudah dilihat menjadi liabiliti kepada UMNO. Itulah UMNO... masa dia perlu kita , dia tatang kita... tetapi, apabila kita tak diperlukankan lagi.... dia ketepikan kita begitu saja. Baca sini. Tetapi... padan jugak dengan muka Perkasa. Eksyen jer lebih. Terlalak, menyalak di sana. terlolong, melolong di sini, tetapi akhirnya merugikan UMNO. What la you Perkasa, sekarang, tamat kontrak!! Apabila Perkasa direject oleh UMNO, fuuhhh... Mahadhir yang ditabalkan sebagai 'maharaja' Perkasa, mula bersuara mempertahankannya. Tetapi, sedarkah Perkasa bahawa Mahadir juga sedang menunggangnya. Itulah persepi rakyat. Perkasa juga menjadi kuda tunggangan 'maharaja'nya. Perkasa menepati agenda Mahadir untuk menutup dosa-dosanya kepada bangsa Melayu. Mahadhir bukankah terkenal dengan sikap suka menyalahkan orang lain except dirinya sendiri. Dia cuba mengalihkan pandangan bangsa Melayu terhadap dosa-dosanya dengan memperlekehkan dasar ekonomi Najib yang kononnya menghakis kepentingan bangsa Melayu. For all we know.... Najib ni memang tak boleh pakai, tetapi kita jangan lupa yang banyak keistimewaan bangsa Melayu telah terhakis zaman Mahadir menjadi Piem. Apa jadi pada biasiswa untuk anak Melayu?? Apa jadi pada tanah reserve Melayu?? Malah, kalau tak silap, Mahadirlah dulu yang memperkenalkan 'meritokrasi'. Zaman Mahadir... hanya Melayu elit yang terbela dan menjadi kaya raya, sedangkan Melayu terbanyak... menjadi sengsara, malah ada yang papa kedana. Itu... antara beberapa contoh kedurjanaan Mahadir. Sekarang.... dia cuba tunggang Perkasa untuk cover line kedurjanaan yang dia lakukan terhadap bangsa Melayu. Kononnya... dia bersama dengan Perkasa dalam memperjuangkan hak bangsa Melayu. Ceewaahh.... Hak bangsa Melayu, jangan diganggu-gugat. Pooraahhh!! Raja hipokrit betoi mamak sorang ni!! Baca sini. Perkasa, sama seperti UMNO... kedua-duanya angkuh dan sombong!! Why?? Because, they are serupa. Species yang sama beb!! Sekarang... si angkuh berkonfrantasi dengan si sombong. Kita tunggu dan lihat.... samada Perkasa mampu melingkupkan UMNO atau UMNO yang akan menguburkan Perkasa. Lagi canteekk.... kalau kedua-duanya terlingkup dan terkubur. Aman sejahtera Malaysia tanpa mereka!!
Ha... ha.. ha... Atau.... mereka ber'jilat' balik!!
Kita tunggu dan lihat kesudahan battle of the morons ni.
A Mum Of Three Mohd |
The Namewee test: Without Perkasa, is Umno any less racist? Posted: 10 Sep 2010 02:59 AM PDT | Namewee aka Wee Meng Chee | Malaysia ChronicleControversial rapper Namewee has taken a swipe at those who accused him of being racist, saying that during the September 11, 2001 terrorist attacks in New York, he had defended his "fellow Malaysian Muslims". "I was a student in studying Taiwan when September 11th happened, I remember standing up defending for my fellow Malaysian Muslims there when the whole world thought that all Muslims are terrorists, action speaks louder than words. I wish all my fellow Malaysian Muslims 'Selamat Hari Raya'," Namewee said in an Aidilfitri greeting on his Facebook. Tit for tatThe 27-year old musician-film director found himself in hot soup after releasing a three-minute video clip lambasting two Malay school principals for telling their Chinese pupils to go back to China and likened Indian students to dogs. | Speaking to reporters at the police station |
Although, Namewee says he had intended to preach non-racism in his clip, he ended being interrogated by Internet regulator MCMC for 7 hours and the police for 3 hours. Three police patrol cars had also swooped down on his home in Muar to pick him up in an apparent bid to embarrass his family. Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin added to the fire, insisting that Namewee had insinuated the Malays had not contributed to the country's economic growth with his lyric "You tak baca? Siapa buat Malaysia kaya?" As for MCA, its president Chua Soi Lek supported Umno's call to punish Namewee. | Muhyiddin - Umno tit for tat | Wayang kulitNamewee's supporters however pointed out that the shoe was on the other foot. And it appears that they may be right. Until now, there is still no announcement or any information from the Education ministry, headed by Deputy Prime Minister Mhuyiddin Yassin, on what sort of action will be taken against the two headmistresses. | Soi Lek - Namewee's guilty |
Meanwhile, BN leaders including Soi Lek have grouped together to praise Umno for publicly rejecting ultra-Malay rights group Perkasa for its overt racism. Pakatan Rakyat leaders have however labeled the highly-publicized 'break-up' as a 'wayang kulit' or stage-play. "This is the height of hypocrisy isn't it? If BN really wants to be anti-racist, it should not delay action against the two school principals. Perkasa is and will always be an Umno vehicle. At the moment, it is politically expedient for Umno to distance itself from Perkasa but Umno does not need Perkasa to be racist. Racial and religious politicking has always been Umno's own tradition and specialty," Bukit Gantang MP Nizar Jamaluddin told Malaysia Chronicle. |
Illegal arms, Umno Youth 'paramilitary training': Najib must explain Posted: 10 Sep 2010 02:28 AM PDT | Najib - time to come clean | Viktor Wong, Malaysia ChronicleEven if the Umno-led BN federal government succeeds in shutting down all news portals that are critical of it, Malaysians already have a sense of what is going on and it would be better for Prime Minister Najib Razak, who is also the Umno president, to volunteer an explanation before they demand one. The recent reports are very alarming. Umno Youth is apparently sending selected members for intensive paramilitary training. The federal government was also reported to have acquired large quantities of arms and ammunition not via official channels but through secret and illegal channels. | Popular talk-show host sacked |
So, what exactly is going? Is it true? Why is Umno sending its Youth members for paramilitary training? Why are they buying those illegal arms? If these are meant for the nation's armed force, why do it so suspiciously, why buy illegal stuff? Is Umno planning to wage a war? And war against whom? The people and democracy? A pattern can be tracedWe saw a number of crackdowns on political dissidents recently. Some senior executives and managers of a popular radio station were being terminated for being critical of the federal government. Two online news portals and the website of Opposition Leader Anwar Ibrahim were attacked or blocked. Certain information related to power abuse and mismanagement at some government-linked companies were suddenly withdrawn from the press under the pretext of "for security reasons". Opposition politicians were denied press coverage and journalists instructed to minimize reporting on dissent and disapproval for government policies. The list goes on. Where is our nation heading now? The economy is not improving, the inflation rate is going up, the people are unhappy with the current political situation and racism is rising. Are these the perfect combination for a lethal cocktail of terrorism and civil unrest? | Rapper Namewee faces arrest |
What is the federal government going to do now? It is the cause of many of these problems. So it is not surprising that it is doing nothing. The only action it is taking is against those who try to criticize and highlight the racism it is trying to perpetuate, like Namewee. The entire situation has now gone totally upside down! The political animals and criminals are spared and even set free to do what they like, while the ones who try to reform the country are marked, arrested, interrogated and tortured - both mentally and physically. 1BigBluff | Hundreds died |
So, where is Malaysia headed? It is looking more and more like we are being herded towards a dictatorship and Fascism. Our nation is becoming a Fascist state. Some even argue Malaysia is already a police state. It is also pertinent to ask, what about 1Malaysia then? I think the answer is now clear - 1Malaysia was and is just a big bluff by a big bluffer! We would like to remind Najib, if our suspicions are not true, then come out and explain. Prove us wrong but no platitudes and generalities, please. Give us evidence, give us facts. As it is, many Malaysians find it hard to believe you at all. Those who are old enough will remember it was under your father's watch that the May 13, 1969 racial riots broke out. Again the incident was manipulated by Umno and for the sake of political power. So don't blame us for being suspicious and for thinking you might be tempted to do the same thing as your dad did! |
Attention swivels from racial politicking to national plunder Posted: 10 Sep 2010 02:27 AM PDT Malaysia ChroniclePakatan Rakyat dismissed speculation of a widening rift between Prime Minister Najib Razak and his predecessor Mahathir Mohamad over ultra-Malay rights group Perkasa, pointing out it was a smokescreen and both men were likely to be more concerned about how to suppress a slew of huge corruption scandals from becoming public. "Let them talk, say what they want to hide the real issue but a lot information is already out in the open and more is going to be revealed soon," PAS vice president Salahuddin Ayub told Malaysia Chronicle. | Mahathir and Tajudin in their glory days |
Salahuddin was referring to RM8 billion in losses incurred by national airline MAS, which so far appears to be the biggest financial debacle arising out of the BN's 53-year rule. Large-scale plunderNot only is Mahathir and his immediate successor Abdullah Badawi accused of having plundered the airline, Najib has also been caught helping himself to a new mega-project – the double-track national railway. | Badawi - 'Mr Clean' |
"They are all holding pistols to each other's throat but nobody will be so silly as to pull the trigger because this is within Umno. If it involves Pakatan, that is a different story. But now as it is, they will give into negotiations with money the most important factor and how to settle with everyone more or less happy," a political watcher told Malaysia Chronicle."Perkasa, Ibrahim Ali, all these are nonsense. They are just Umno gimmicks. What you can tell though is Mahathir will have to give up more ground because the Malaysian public is no longer with him. He cannot rally enough support to overthrow Najib because he has destroyed his own popularity with his racism and Perkasa's. Najib will get stronger but even so all three PMs will be vulnerable to further revelations of corruption because their deals were all so huge, the public backlash will be fantastic." | Daim | Najib's new cash cowIt does appear that the graft accusations swirling around town have hit a raw nerve. Raja Petra Kamaruddin, the operator the Malaysia Today website, has been at forefront of a series of articles exposing the ramifications behind several huge privatization deals. His website has been blocked and is down for a third straight day. Not only has he accused Mahathir, Badawi and former finance minister Daim Zainuddin of helping Tajudin pilfer from MAS, Raja Petra also alleged that Najib was now using the national railway company as his new cash cow. | Najib inked a controversial railway deal with S'pore |
"A deal to supply coaches worth RM1.4 billion went to a company involving Najib's wife Rosmah and two other women. The coaches were said to be worth only RM300 million and do not function," Raja Petra wrote in a recent article. On Friday, Mahathir – who is the patron of Perkasa – defended the group after Umno secretary-general Tengku Adnan disavowed links with it. His comments generated talk that his rift with Najib might widen as result of this dispute. "Perkasa members are Umno supporters. It would not help Umno's cause to turn them away," Dr Mahathir told the New Straits Times. |