Khamis, 9 September 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


~Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari Pria Malaya, Maaf Zahir Batin~

Posted: 09 Sep 2010 05:02 PM PDT



Assalamualaikum...

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar...walilla hilhamd...

Penulis,
PRIA MALAYA dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat, khususnya para pembaca setia blog RUANG BICARA PRIA MALAYA...moga Allah merahmati dan menyayangi kalian...

Di kesempatan ini juga, penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon beribu kemaafan andai terdapat kesalahan ketika berbicara, terkeras bahasa atau tersilap kata selama penulis menulis blog..ampun maaf dipinta..

Akhir kalam, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~ KULLU AM WAANTUM BIKHAIR ~ MAAF ZAHIR DAN BATIN~...


Drama Umno-PERKASA: 13 parti kompenan sokong jauhi PERKASA, Ibrahim Ali putuskan hubungan dengan Umno!

Posted: 09 Sep 2010 10:08 AM PDT



Anda percaya sandiwara Umno-PERKASA ini? sila baca entry PANAS di sini terlebih dahulu sebelum anda melanjutkan bacaan di bawah...

BERITA 1

13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA

PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA.



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

"PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita.

"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin. - BeritaHarianOnline

BERITA 2

Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno
(versi Inggeris klik link disebelah, "Perkasa severs ties with Umno"...)

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.



"Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.

"Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

"Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup."

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

"Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

"Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim berkata, Perkasa akan terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Saya percaya, jika Perkasa tidak wujud, sokongan bukan Melayu kepada BN pun sama selepas pilihan raya umum ke-13 kerana komponen BN, terutama pemimpinnya ada macam-macam rekod yang rakyat tolak dan janji PKR kepada mereka... nampak pasti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya.

Ibrahim juga mendakwa Perkasa cuma memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangannya iaitu mempertahankan perlembagaan negara dan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, salah guna kuasa, sistem penyampaian cekap, mesra rakyat dan pemimpin atau wakil rakyat yang amanah, mesra rakyat, tidak rasuah, bermoral, tidak maksiat dan bertaqwa. - TMI

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Ucapan Selamat Hari Raya

Posted: 09 Sep 2010 09:35 PM PDT



Selamat hari raya saya ucapkan pada teman-teman blogger

Penasihat syariah blog ini merangkap penulis jemputan :
Ustaz Al- Jauhary -http://aljauhary.blogspot.com/,

My sifu dalam dunia blogger :
Bujang Susah - http://rubbertapperz.blogspot.com/

Pakar rujuk komputer :
Fazrin - http://diysteps.blogspot.com/

Muamar sungai Tong - http://keraspedal.blogspot.com

Naim Nikmat - http://naimnikmat.blogspot.com

Abang Ayid - http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com

Kak Leha - http://anakmuaallaf.blogspot.com

My sifu dlm Ilmu Komputer,
Blogger Cuping Merah - http://cupingmerah.blogspot.com

My Sifu dlm Ilmu-ilmu Islam :
Ust.Saifun - http://saifunnizam.blogspot.com

Teman blogger satu negeri,
blogger Kijang Merah - http://redkijang.blogspot.com

Blogger Jebat - http://jebatberani.blogspot.com

Yang saya segani :
Dr.Abd.Wahab Arbain - http://abdulwahabarbain.blogspot.com

Yang saya hormati :
Ayahnda Mountdweller - http://mountdweller.blogspot.com

Teman blogger yang setia :
Mohamad Azhan - http://mohamadazhan.blogspot.com

Dan juga semua follower dan pembaca blog ini.
harap maaf jika ada nama-nama yang tercicir disini..Walau dimana jua anda berada kita adalah satu keluarga,kita semua adalah ibarat adik- beradik dalam satu keluarga Islam yang besar.
Selamat menyambut hari raya,maaf zahir batin.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Salam Lembaran Eidul Fitri

Posted: 09 Sep 2010 08:28 AM PDT



Ya ALLAH,

Diakhir Ramadhan yg berakah ini, muliakan dan sayangilah saudara2ku ini.
Bahagiakan keluarganya, berkatilah rezekinya
Kuatkan imannya, berilah kenikmatan ibadah kepadanya.

Jauhkannya dari fitnah, suburkan benih keISLAMan pada zuriat keturunannya.
Dan masukkannnya dalam syurgaMU tanpa hisab.
Amin Ya ALLAH ..!!!

SELAMAT HARI RAYA EIDUL-FITRI.
Mohon maaf Zahir & Bathin

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Posted: 09 Sep 2010 06:31 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera

Aku dengan ini mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang terbaca posting aku ini,tidak mengira agama,bangsa,keturunan,warna kulit,warganegara dan juga parti politik.

Kalau ada terkasar bahasa,memang bahasa aku ni kasar.Aku mintak maaf.

Kalau ada pandangan aku yang korang tak setuju,tu lantak korang la pandangan aku,suka hati aku lah,apa pandangan korang betul sangat ke?

Diam tak diam,lama jugak dah aku blog,dari Februari hinggalah ke Syawal,

Apa2 pun,aku nak ucapkan tahniah kepada mereka2 yang telah berjaya puasa penuh sebulan tanpa mengira pahala korang berpuasa,itu antara korang dengan Allah yang Maha Kaya.

Aku pun,nak kongsi kegembiraan kerana Ramadhan tahun ini berjaya aku sempurnakan dengan berpuasa penuh cukup sebulan walaupun aku terpaksa mengaharungi dugaan demam yang kuat selama 3 hari start hari Merdeka itu hari.Ini juga merupakan Ramadhan kedua aku berjaya berpuasa penuh.Kali terakhir masa aku darjah 6.Dah lama kan?

Apa2 pun,aku suruh mak aku masak mee bandung,sebab aku tak nak makan rendang,sbb apa?Nanti aku sakit perut la plak nanti.Aku tak nak setiap kali raya kena sakit perut,Naya wooo

Oklah,

Semoga menyambut Syawal atau Hari Raya dan banyak2lah kumpul duit raya!Aku dah tua,dulu2 masa kecik2 slalu la dapat duit rakyat,masing2 bagi duit merah,skang ni,jangan harap salam cium tangan air liur gak yang tertempias.Baru ku sedar aku dah tua.Waaaaaaargh

Aku harap doa aku selama bulan Ramadan iaitu nak masuk kulliyah of law tahun depan dan berjya lulus ngn cemerlang hingga mendapat anugerah dekan dimakbulkan.Selain doa aku nk bini yang muka dan body cam Tiz Zaqyah juga turut dimakbulkan.

Sekian Terima Kasih.

Selamat Hari Raya dan Selamat Berpuasa 6 hari sunnat pula!!!!!

Apa Najib Cerita Pasal Middle Malaysia Plak?

Posted: 09 Sep 2010 04:04 AM PDT

Sekarang,TV1 tengah menyiarkan perutusan Najib Razak sempena Hari Raya Aidilfitri.

Apa kes?

Dia sebut pasal pertengahan?

Kononnya prinsip pertengahan yang telah bla bla bla Malaysia maju bla bla bla

Siap bagi dalil naqli sepotong ayat Al-Quran.

Sesungguhnya Allah menciptakan umat Islam sebagai umat pertengahan..

Najib yang baca ye..aku tulis je balik..

Tak percaya?

Korang tengok la balik kalau ada ulangan,

Apa Najib dah tak da modal ke?

Mana pergi 1Malaysia?

Hah ambik kau blogger UMNO!Middle Malaysia sama dengan Middle Israel lah,apalah,Sekali Najib jugak dok sebut pasal pertengahan.Apa pertengahan tu Middle la dalam BI,takkan maksud dia my ass plak.

Baru je Najib kata dalam perutusan dia yang Islam tu progresif,

Aik?sindir Soi Lek ke?

Dah la tu sempat nk kelentong kononnya Malaysia tengah aman damai tanpa konflik,tu yg berderet mat2 indon yang konon poyo nk sangat serang Malaysia tu bukan konflik ke??

Najib oh PM ku,siapalah yang buat teks ucapan mu itu?

ahahahahahahahahahaa

Yang aku tak leh tahan,yang dia mintak maaf mewakili diri dan isteri dia kalau ada kesilpan,,

Adoi...jenaka tol lah najib ni!

Kalau dia bertanding kat kawasan aku,mmg aku akan undi Najib!

Ahahahahahahahhaa




MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Memang Haramjadah dan kurang ajar mamat sekoq ni ...

Posted: 09 Sep 2010 08:46 PM PDT

Jones dibuang gereja Jerman kerana cetus sentimen Islamofobia

WASHINGTON, 10 Sept — Pastor Terry Jones, yang dilabel fundamentalis Kristian oleh Daily Mail kerana mengancam untuk membakar al-Quran esok, pernah dibuang dari sebuah gereja di Jerman kerana tingkah laku Islamofobia dan mencetuskan persekitaran "kawal dan takut".

Dalam keputusan diumumkan semalam (waktu Florida) Jones mengumumkan keputusan menggugurkan kempennya lalu meminta mana-mana pihak juga tidak berbuat demikian.

Jones berhadapan dengan tekanan dari dalam dan luar Amerika.

Presiden Barack Obama membuat rayuan peribadi agar Jones membatalkan hasratnya yang dijadual untuk diadakan sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Justeru, akhbar Daily Mail melaporkan ini bukan kali pertama pastor berusia 58 tahun ini telah menarik perhatian ramai ekoran pendirian anti-Islam berikutan serangan pengganas 2001.

Bekas pengurus hotel ini merupakan penulis buku berjudul "Islam is of the Devil" dan kemudian mengasaskan Dove World Outreach Centre di Florida yang didakwa menarik mubaligh radikal.

Dan, sebelum membawa ajaran mengikut pendekatannya sendiri ke Amerika, Jones telah dikeluarkan dari sebuah gereja di Cologne oleh jemaah pada 2009 kerana bertindak sebagai fundamentalis Kristian.

Stephen Baar, salah seorang pastor semasa di gereja Christian Community of Cologne di Jerman Barat memberitahu agensi berita DPA, Jones mengharapkan jemaahnya mengikut beliau "bulat-bulat".

Andrew Schafer, seorang pegawai yang bertanggungjawab ke atas aktiviti pemantauan gereja di wilayah Cologne berkata, jemaah yang dipimpin Jones masih melalui terapi ekoran "penganiayaan spiritual". -TMI

Imam nafi alih tapak masjid di tapak WTC

Posted: 09 Sep 2010 06:07 PM PDT

WASHINGTON, 10 Sept — Di sebalik tekanan dari dalam dan luar Amerika, Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan kempennya mahu membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville mengumumkan keputusan itu pada sidang media di Florida semalam, yang turut dihadiri Imam Muhammad Musri dari Islamic Society of Central Florida.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam telah bersetuju untuk menggugurkan projek membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Dipetik Reuters, Jones berkata beliau mendapat jaminan daripada Muhammad Musri tentang pendirian masyarakat Muslim.

Jones turut meminta mana-mana kumpulan lain agar tidak membakar al-Quran dan beliau akan terbang ke New York esok untuk mengadakan pertemuan dengan Imam Feisal Abdul Rauf, yang mengetuai projek pembinaan itu.

Bagaimanapun laporan menyusul berkata, Feisal menafikan kenyataan Jones bahawa satu perjanjian telah dicapai untuk memindahkan tapak projek pembinaan pusat dan masjid.

"Saya gembira kerana Pastor Jones telah memutuskan untuk tidak membakar al-Quran," kata Feisal dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York.

"Bagaimanapun, saya tidak bercakap dengan Pastor Jones atau Imam Muhammad Musri (dari Florida). Saya terkejut dengan pengumumman mereka.

"Kami tidak bermain-main dengan agama kami atau agama lain. Ataupun kami akan adakan perjanjian barter (sedemikian).

"Kami berada di sini untuk menghulur tangan bagi membina keamanan dan keharmonian," kata Feisal lagi.

Laman web NBC melaporkan, pada sidang media kedua sejurus selepas penafian Feisal, Jones pula berkata, beliau "berbohong tetapi saya tetap akan mengadakan pertemuan dengan beliau."

Pada sidang media pertama, Jones bertemu dengan Muhammad Musri yang memberitahunya bahawa pegawai-pegawai masyarakat Islam memberi jaminan bahawa tapak pembinaan masjid akan dipindahkan.

"Saya ada bertanya beliau tiga kali, dan saya ada saksi," kata Jones.

Bagaimanapun selepas sidang media pertama Muhammad Musri memberitahu beliau dijemput untuk mengadakan satu pertemuan bersama Jones dan imam New York berhubung cadangan memindahkan masjid.

Jones juga memberitahu Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates ada menghubunginya awal semalam.

Gates meminta Jones agar menggugurkan rancangan membakar al-Quran.

Rancangan Jones itu menjadi kontroversi antarabangsa sejak awal minggu ini, yang turut dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertuduhan Persidangan Islam (OIC).

Pelbagai pihak dari Malaysia juga mengecam tindakan sedemikian.

Awal semalam, Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Hillary Clinton telah merayu Jones akan mengkaji semula rancangannya.

Pemimpin-pemimpin tentera Amerika menjelaksan pendirian mereka bahawa rancangan Jones akan membawa kesan buruk mendalam di luar negara.

Laporan Reuters juga menyebut pentadbiran Obama juga telah mengadakan perbincangan bagi menentukan sama ada mahu memanggil pastor itu bagi memintanya membatalkan rancangan membakar al-Quran.

"Kemungkinna itu ada dibincangkan dengan mendalam oleh pentadbiran," kata jurucakap Pentagon Geoffrey Morrell.

Pastor Jones membuat pengumuman itu ketika Interpol mengeluarkan kenyataan amaran kepada kerajaan di seluruh dunia berhubung kemungkinan peningkatan risiko tindakan pengganas jika pelan membakar al-Quran diteruskan.

"Jika rancangan untuk membakar al-Quran diteruskan di Amerika sebagaimana telah dirancang, ada kemungkinan besar serangan ganas akan menimpa mereka yang tidak berdosa," kata kenyataan Interpol atas nasihat Pakistan, rakan pentadbiran White House.

Dengan rancangan mahu membakar al-Quran, sambutan Aidilfitri di Amerika kali ini agar tegang dengan bantahan terhadap pelan masyarakat Islam di New York mahu membina pusat kebudayaan Islam bersama masjid di Manhattan, berhampiran WTC yang menjadi sasaran pengganas sembilan tahun lalu.

Obama dan Datuk Bandar New York Michael Bloomberg sebelum ini mengatakan bahawa mereka menyokong hak bagi masyarakat Islam membina pusat itu manakala Republikan termasuk bekas calon jawatan Naib Presiden Sarah Palin menentangnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Lokasi Ternama New York sebulat suara menolak bantahan mempertikaikan status bangunan di Lower Manhattan, sekali gus membuka laluan kepada pelan pembinaan masjid dan pusat kebudayaan tersebut, 3 Ogos lalu.

Keputusan itu membenarkan bangunan sedia ada diroboh dan dibina pusat Islam 13 tingkat menerusi pembiayaan sekitar RM300 juta (AS$100 juta).

Suruhanjaya itu mendapati bahawa bangunan sedia ada, yang berusia 152 tahun berkenaan, dua blok dari tapak WTC yang ranap, bukan premis yang istimewa untuk memenuhi kriteria dijadikan bangunan ternama.

Projek itu mencetuskan protes hangat daripada pengkritik yang mengatakan kehadirannya berhampiran dengan WTC akan menyinggung upacara memperingati kematian 3,000 orang sembilan tahun lalu dalam serangan pengganas di bumi Amerika Syarikat. - TMI

Bakar al-Quran dibatal

Posted: 09 Sep 2010 05:15 PM PDT

WASHINGTON, 10 Sept — Pastor Terry Jones dari Florida membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran yang dijadual untuk dilakukan esok sempena ulang tahun kesembilan memperingati serangan pengganas 11 September.

Jones, pastor sebuah gereja kecil di Gainesville, Florida, mengumumkan keputusan itu semalam.

Beliau juga mendakwa pemimpin-pemimpin Islam bersetuju untuk menggugurkan projek membina sebuah pusat kebudayaan Islam bersama masjid berhampiran tapak Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan 11 September 2001.

Umat Islam menyambut Aidilfitri hari ini.

MENYUSUL LAGI
The Malaysian Insider

"Saya tidak sokong mana-mana" MB Khalid

Posted: 09 Sep 2010 08:58 AM PDT

Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Meskipun penamaan calon belum bermula jelas wujud dua kem yang berbeza antara Ketua PKR Selangor Azmin Ali dan Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua – Timbalan Presiden.

Namun bagi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang pernah disebut-sebut mahu bertanding jawatan itu berpendirian untuk tidak menyatakan sokongan terhadap Zaid mahupun Azmin.


"Saya tidak sokong mana-mana," katanya ringkas ketika ditanya pemberita siapa calon yang disokong beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco semalam.

Menurut Khalid, proses berkempen dijalankan kedua-dua calon adalah perkara biasa dan sesuatu yang menyihatkan.

Beliau menolak dakwaan persaingan merebut jawatan nombor dua itu bakal membawa perpecahan dalam PKR.

"Kempen ini sesuatu yang biasa. Jika tiada kempen orang tidak kenal satu sama yang lain. Itu keadaan yang sihat..inilah demokrasi yang bergerak dalam PKR.

Ketua Cabang Kuala Selangor

"Jika nak berkempen semua boleh berkempen," katanya yang turut bertanding dalam mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor.

Jawatan nombor dua parti mendapat saingan hebat daripada pemimpin tertinggi parti walaupun penyandang jawatan itu Syed Husin Ali masih belum mengumumkan pendiriannya.

Azmin yang belum membuat sebarang pengumuman bertanding, mengorak langkah awal dengan menerima sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Negeri Sembilan.

Manakala Zaid pula, menerima nasib sebaliknya berkata nasib politiknya mungkin akan terkubur seperti apa yang dialami oleh Tun Ghafar Baba pada pemilihan Umno pada 1993 yang terpaksa menarik diri mempertahankan jawatannya akibat taktik kotor pihak lawan.

Zaid juga mendakwa seorang 'blogger upahan' telah dibayar RM20,000 untuk memburuk-burukkannya

"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan jumlah pencalonannya tidak cukup dan terpaksa menarik diri," kata Zaid. - FMT

Bakar al Quran - Susilo hantar surat pada Obama - Najib bila lagi?

Posted: 09 Sep 2010 07:48 AM PDT

JAKARTA, 9 SEPTEMBER, 2010: President Susilo Bambang Yudhoyono has sent a letter to US President Barack Obama to prevent and stop the plans by a small church in Florida, the United States, to burn the Muslim holy book to commemorate the Sept 11, 2001, terror attacks, Antara news agency reported Thursday.

According to Heru Lelono, a presidential special staff person on information and public relations, Thursday, Yudhoyono said that the plan was a threat to world peace.

Susilo stressed that Indonesia would condemn the act too.

The Dove World Outreach Center from Gainesville, Florida – led by Pastor Terry and Sylvia Jones – announced the controversial plan to commemorate the Sept 11, 2001 terrorist attacks.

Meanwhile, US State Department spokesman P.J. Crowley, in an effort to dissociate the US government from pastor Jones' plan said the intended action was "un-American."

"We are conscious that a number of voices have come out and rejected what this pastor and this community have proposed," Crowley told a news briefing in Washington DC recently.

"We would like to see more Americans stand up and say 'this is inconsistent with our American values.' In fact these actions themselves are un-American," he said.

He repeated warnings from officials that the proposed burning could undermine President Barack Obama's efforts to reach out to the world's 1.5 billion Muslims as well as trigger reprisals against US soldiers in Afghanistan.

"People around the world need to also understand that America is not represented by one pastor or 50 followers. We are a nation of 300 million people and the vast majority of Americans are standing up this week and saying that these contemplated actions are inappropriate, they're abhorrent, and they should not happen," he said. - Bernama


Amaran Obama, bakar al-Quran akan 'rangsang' Al-Qaeda

Blog DSAI, Free Malaysia Today dan Malaysia-Today digodam

Posted: 09 Sep 2010 04:29 AM PDT

SHAH ALAM, Sept 9 — Cyber attacks are blame or suspected of making inaccessible news portal freemalaysiatoday.com (FMT), Raja Petra Kamarudin's malaysia-today.net and Datuk Seri Anwar Ibrahim's blog today.

Mohd Eekmal Ahmad, who is the Opposition leader's media coordinator, confirmed that anwaribrahimblog.com was inaccessible.

"We are still investigation the cause of the disruption but the incidences are too much of a coincidence," he said.

FMT Editor K.Kabilan said the news portal has been under intermittent Distributed Denial of Service (DDOS) attack for the last two or three weeks before it became inaccessible at 3am.

A DDOS attack is a concerted efforts to prevent an Internet site or service from functioning efficiently by saturating the website with external communications requests.

"We are trying our best to restore connection by today," said Kabilan to The Malaysian Insider.

He pointed out that malaysia-today.net has also been hit by disruption for the last three or four days.

Meanwhile FMT's chief technical officer Thirun Nadason, in a statement, said the they believe the DDOS is the work of professionals.

"Our tech team is working on ensuring that service can be provided uninterrupted," he said.

FMTs' managing editor Phllip Rodrigues condemned the attacks.

"This is the second time such an incident has happened but FMT will not be discouraged by such unscrupulous actions and will continue to report without fear or favour.

"FMT wishes to apologise to our readers for any inconvenience caused," he said.

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) yesterday said they detected a 50 per cent increase in hacking on Malaysian websites in the first week of this month.

They warned that unmonitored websites during festive seasons may lead to more attempts of cyber mischief.

A total of 262 web defacement activities in the first week of September compared to 168 cases recorded last month.

They also observed a similar high number of cases during Hari Raya last year.

The types of mischief includes the creation of false websites to deceive users and the deliberate altering of website content.

DSAI Presiden, DSWA Timbalan - Majlis Maufakat

Posted: 09 Sep 2010 01:12 AM PDT

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat merupakan Penasihat PKR.

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Di sebalik "kehangatan" menjelang pemilihan bahagian dan pusat PKR, Majlis Muafakat Kepemimpinan Selangor mengesyorkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyandang jawatan nombor dua.

Majlis itu mengesyorkan tindakan tersebut jika usaha berkompromi mengelakan pertandingan sengit — yang dikhuatiri mencetuskan "politicking" melampau — dengan mengekalkan status-quo gagal.

"Dengan ini, calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri," kata Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Negeri Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan di Petaling Jaya hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Syed Shahir Syed Mahamud selaku Pengerusi majlis itu dan Abd Kudus Omar sebagai timbalannya.

Syed Shahir merupakan Ketua PKR Kelana Jaya dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor manakala Abd Kudus pula Ketua PKR Tanjung Karang.

Kata kenyataan itu, majlis itu telah memutuskan bahawa usaha-usaha strategis perlu dilakukan untuk mempastikan supaya proses pemilihan kepimpinan PKR dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis seterusnya benar-benar dapat memperkasa perpaduan serta kejituan kepemimpinan parti pada masa depan.-THE MALAYSIAN INSIDER

Dia cari duit raya tu ... Raya sakan la dia ... hahaha

Posted: 09 Sep 2010 12:52 AM PDT

Bank CIMB Cawangan Bandar Baru Nilai Dirompak RM80,000

NILAI: Seorang perompak berjaya melarikan wang tunai berjumlah kira-kira hampir RM80,000 dalam satu kejadian rompakan di sebuah bank CIMB cawangan Bandar Baru Nilai, dekat sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, suspek terbabit yang dipercayai seorang lelaki memasuki bank berkenaan dengan memakai topeng mulut, cermin mata gelap dan bertopi sebelum melakukan rompakan itu.

"Difahamkan, sebaik memasuki premis tersebut, lelaki itu yang dipercayai membawa satu objek berbentuk pistol telah bertindak melompat ke belakang kaunter bank sebelum menakutkan kakitangan bank berkenaan dan melarikan diri dengan wang tersebut," katanya ketika dihubungi Khamis.

Katanya ketika kejadian, terdapat empat pekerja bersama seorang pengurus termasuk dua pengawal keselamatan turut berada dalam bank tersebut, namun tiada pelanggan berada di dalamnya.

"Siasatan awal mendapati, kami mempercayai objek yang dibawa oleh suspek itu bukannya senjata api atau pistol, sebaliknya lelaki terbabit telah menggunakan objek tersebut untuk menakutkan kakitangan bank sebelum mengambil wang tunai dari tiga kaunter bank berkenaan," katanya.

Katanya ini kerana salah seorang pengawal keselamatan cuba mengejar suspek yang melarikan diri ke arah lorong di bangunan berhampiran, namun perompak itu tidak melepaskan tembakan.

"Kalau suspek itu mempunyai pistol sudah pasti dia sudah melepaskan tembakan ke arah pengawal itu ketika dia dikejar," katanya.Katanya polis kini sedang meneliti rakaman kamera Litar Tertutup (CCTV) selain menahan salah seorang pengawal tersebut bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Justice For All

Justice For All


Zaid Tak Gentar Untuk Cabar Azmin

Posted: 09 Sep 2010 04:09 AM PDT

Tidak gentar cabar orang kuat Anwar

Zaid terus hasrat tanding Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau tidak gentar dan akan meneruskan hasrat untuk bertanding Timbalan Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November depan walaupun berdepan dengan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Naib Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Beliau menegaskan, keputusannya untuk bertanding jawatan kepemimpinan tertinggi itu bukan kerana Mohamed Azmin atau Anwar, sebaliknya bagi membantu memperkukuh PKR dan memberi sumbangan kepada parti berkenaan.

Malah, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu menyifatkan sokongan terbuka sebilangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan kepada Mohamed Azmin melalui sidang media, sebagai tindakan orang terdesak `membuat wayang' untuk menunjukkan kekuatan yang sebenarnya tiada.

"Saya tidak bimbang kerana yang mengundi adalah ahli parti, bukan mereka saja. Bagaimanapun, pemilihan ini sepatutnya berkisar kepada sumbangan serta pemikiran (calon bertanding) untuk mengukuhkan parti, dan bukan menggunakan taktik serangan. Ahli boleh fikir semua ini.

"Ini tidak melemahkan tetapi menguatkan semangat saya (untuk bertanding). Saya tidak ambil kira sangat siapa sokong siapa.

"Saya relaks saja kerana pemilihan adalah peluang untuk ahli parti membuat keputusan. Sambutan dan sokongan yang saya terima setakat ini memberi keyakinan kepada saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, pensyarah sains politik dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, berpendapat Mohamed Azmin mempunyai sokongan peringkat akar umbi yang lebih kukuh berbanding Zaid berikutan pembabitannya sejak awal perjuangan PKR dalam arena politik negara.

"Beliau (Mohamed Azmin) bermula dari bawah, malah sudah melalui bersama pelbagai fasa susah dan senang parti itu, sedangkan seperti yang ramai sedia maklum, Zaid dulu adalah penyokong kuat UMNO sebelum beralih arah kepada PKR.

"Faktor itu menjadi antara sebab sokongan peringkat akar umbi terhadap Zaid masih belum begitu menyerlah berbanding Mohamed Azmin," katanya.

"Ada juga andaian bahawa Mohamed Azmin mendapat sokongan kerana beliau dikatakan adalah `protege' Anwar tetapi harus diingat kemasukan Zaid dalam PKR juga dengan sokongan Anwar.

"Bagaimanapun dalam politik, apa saja boleh berlaku pada saat-saat akhir. Pemilihan itu boleh dianggap sebagai medan terbaik untuk mengukur sokongan ahli terhadap perjuangan Zaid dalam PKR," katanya.

Macam2 Zaman Najib..Lembu Dicuri Pada Bulan Puasa Untuk Kegunaan Raya

Posted: 09 Sep 2010 03:37 AM PDT

Lembu dicuri dijual untuk buat rendang raya..sau je ayat...padan muka...padan muka buat rakyat Malaysia terutama melayu yang sokong UMNO. Sebab kerana UMNO laknatullah ini, maka pencuri tak takut untuk mencuri..hatta di bulan puasa. Sebab UMNO terang-terangan tolak hukum Allah..nah rasakan..kalau ada hukuman hudud bagi mencuri iaitu potong tangan di khalayak ramai, ada berani ke orang nak mencuri..tentu jawapannya tak berani..habistu lembu ni hilang...padan mukalah sebab sokong UMNO lagi..

Lembu dicuri dijual sempena hari raya

KUANTAN 8 Sept. - Kedatangan 1 Syawal ini seharusnya disambut dengan rasa keinsafan oleh umat Islam, namun sekumpulan pencuri di sini, tergamak melakukan dosa pula dengan mencuri lembu untuk dijual sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Kejadian berlaku di Ladang Felcra Kampung Ubai di sini antara pukul 8 malam kelmarin sehingga awal pagi semalam, apabila tiga ekor lembu ditemui mati akibat ditembak dengan ubat pelali manakala dua lagi dalam keadaan mabuk.

Tindakan itu dilakukan oleh pencuri sebelum mereka melarikan haiwan-haiwan berkenaan.

Difahamkan, terdapat lebih 100 ekor lembu yang diternak lima penduduk di kawasan berkenaan.

Seorang penternak, Harun Kadri, 34, berkata, dia menyedari kejadian menimpa haiwan ternakannya itu apabila dimaklumkan abangnya yang pergi ke ladang tersebut, kira-kira pukul 10 pagi semalam.

"Apabila sampai, abang saya menemui tiga ekor lembu yang sudah mati dalam keadaan lidahnya terjelir manakala dua lagi pening dan mabuk.

"Kami mengesyaki ada pencuri yang menembak ubat pelali untuk mencuri lembu-lembu di sini.

"Pencuri itu mungkin tak sempat mencari lembu yang melarikan diri selepas ditembak sebelum mati," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Harun, dia dan abangnya turut menemui kesan tembakan dipercayai ubat pelali pada leher lembu yang mati selain kesan tompokan darah di tanah.

"Kita percaya pencuri menyembelih lembu di situ berdasarkan penemuan kesan darah sebelum dibawa keluar," ujar beliau.

Harun berkata, dia kehilangan seekor lembu jantan dan dua betina berusia dua tahun dan jumlah kerugian dianggarkan RM4,000.

"Saya tak berani sembelih dan jual lembu yang masih mabuk itu kerana dikhuatiri memudaratkan kesihatan pengguna," ujar beliau yang turut menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk menyiasat.

Ketua Kampung Ubai, Kadri Ahmad memberitahu, pihaknya telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Malaysian Insider Bakal Diharamkan

Posted: 09 Sep 2010 02:48 AM PDT

UMNgOk bila kalah lawan hujah, maka mereka akan guna sikap doiktator. Kalau The Malaysian Insider buat fitnah dan hasutan, dakwalah di Mahkamah. Bukannya guna kuasa SKMM yang stupid itu..mana dia kebebasan untuk bersuara..UMNgOk betullah mamat nih..

Tutup operasi The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta menutup operasi portal berita The Malaysian Insider kerana berita-berita yang disiarkan selama ini didakwa dilakukan secara semberono, tidak beretika dan berasaskan fakta.

Pada masa sama SKMM serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga diminta menyiasat dan seterusnya mendedahkan pihak yang menjadi pembiaya portal berita itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, tindakan itu perlu bagi menghalang The Malaysian Insider daripada terus mempengaruhi rakyat dengan berita-berita yang tidak berasas.

"Apatah lagi timbul dakwaan mengenai hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jahabar Sadiq dengan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang pasti boleh memberi kesan buruk kepada negara.

"Jahabar juga didakwa mempunyai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Kalimullah Hassan, Lim Guan Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Metro TV di Indonesia, Surya Paloh dan penulis The Straits Times di Singapura, Riongkali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang membuat laporan polis berhubung dakwaan hubungan istimewa portal berita propembangkang tersebut dengan tiga pemimpin Bendera di Indonesia.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya percaya dua bukti itu mampu membantu polis dalam penyiasatan kes tersebut.

Seperti mana kenyataan JMM semalam, Anuar juga mahu Jahabar memperjelaskan hubungannya dengan kesemua individu terbabit

Dalam perkembangan sama Anuar berkata, pihaknya percaya melalui hubungan itu Jahabar telah menjadikan The Malaysian Insider sebagai portal berita yang memperjuangkan kepentingan individu tertentu termasuk Anwar dan bukannya rakyat secara keseluruhan.

"Kita semua tahu Anwar sekarang amat terdesak dalam usahanya mengalihkan perhatian orang ramai bagi melengah-lengahkan kes liwatnya. Orang seperti Anwar ini sanggup melakukan apa sahaja," katanya.

Selain itu beliau tidak menolak kemungkinan The Malaysian Insider terpengaruh dengan kecenderungan Metro TV yang kini begitu hebat membakar sentimen anti-Malaysia di kalangan rakyat negara itu.

Akibat permainan Metro TV itu, beliau berkata, gerakan anti-Malaysia masih berlaku di republik berkenaan walaupun pada asasnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia selama ini cukup terpelihara.

"Inilah yang berlaku sekarang. Atas sebab itu saya terpanggil untuk membangkitkan isu ini kerana kita tidak mahu The Malaysian Insider terus menerus mempengaruhi rakyat dengan menyiarkan berita yang langsung tidak berasaskan fakta.

"Kita khuatir kewujudan portal berita seperti The Malaysian Insider hanya akan memberi kesan negatif kepada rakyat dan negara," katanya

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menyatakan bahawa Kalimullah merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan The Malaysian Insider.

"Penafian yang dibuatnya sebelum ini tidak cukup kukuh untuk tidak mengaitkannya dengan kewujudan The Malaysian Insider kerana banyak persoalan yang ditimbulkan tidak terjawab," katanya.

Bulan Ini Sahaja, 262 Web/Blog Digodam

Posted: 09 Sep 2010 02:14 AM PDT

Banyak betul website di'hacking' atau digodam. Blog PR antara laman web yang selalu digodam

Jumlah laman web digodam naik mendadak

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan peningkatan dalam kes penggodaman laman-laman web di Malaysia yang meningkat kepada 262 kes pada minggu pertama bulan ini.

Menurut SKMM dalam satu kenyataan akhbar, jumlah itu naik secara mendadak berbanding dengan bulan Ogos yang hanya mencatatkan 168 kes penggodaman laman web.

"Semua pemilik laman web diminta meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengemaskini pelayan dan aplikasi yang berkaitan pada laman web mereka,'' kata kenyataan itu di sini hari ini.

SKMM berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko penggodaman jika terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselamatan laman web.

Para pemilik laman web juga disaran mengambil langkah sewajarnya dalam melindungi laman web mereka.

"Pastikan keselamatan web terjamin dan diberi perhatian khususnya ketika musim perayaan seperti hari raya kerana kebanyakan laman web tidak dipantau,'' katanya.

SKMM berkata, serangan ke atas laman-laman web juga meningkat ketika musim cuti hari raya pada tahun lepas.

Bagaimanapun SKMM akan terus memantau situasi itu melalui Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM.

"Pusat ini merupakan pusat pemantauan keselamatan siber yang diwujudkan selaras dengan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan dan 10 Objektif Dasar Kebangsaan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998),'' katanya.

Katanya, pusat itu juga akan bertindak memberikan amaran pencegahan awal kepada semua pihak yang berkaitan di Malaysia.

Ia berkhidmat sebagai termometer rangkaian Internet kebangsaan untuk memberikan pemahaman menyeluruh berkaitan ancaman siber pada tahap makro dengan penglibatan dan kerjasama daripada sektor awam dan swasta.

Pemilik laman web boleh menghubungi SKMM menerusi talian 03-8688-8303 jika mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web mereka.

Ibarat Lembu Sama Lembu Bergaduh, Mat Rempit Tersepit Di Tengah-Tengah

Posted: 09 Sep 2010 01:21 AM PDT

Bak Kata Pepatah.. Lembu Sama Lembu Bergaduh.. Mat Rempit Tersepit Di Tengah-Tengah

Tapi ini memang betul-betul lembu yang gaduh..mat rempit pula yang terkena..tengok video kat bawah nih..

Yang geramnya tukang ambik video ini, kenapalah tak halang lembu tu bergaduh kat tengaha jalan. Lembu malaysia bukannya macam lembu matador kat Sepanyol. Lembu Malaysia, baling selipar jepun pun dah lari.

Kesian budak tu. Berdarah mulut budak tu. Kalau orang yang patut dipersalahkan dalam kes ni..mestilah tukang ambik video ni..memang dasar UMNgOk betul. Biarkan orang lain dalam bahaya..

Yang geramnya tukang ambik video ini, kenapalah tak halang lembu tu bergaduh kat tengaha jalan. Lembu malaysia bukannya macam lembu matador kat Sepanyol. Lembu Malaysia, baling selipar jepun pun dah lari.

Kesian budak tu. Berdarah mulut budak tu. Kalau orang yang patut dipersalahkan dalam kes ni..mestilah tukang ambik video ni..memang dasar UMNgOk betul. Biarkan orang lain dalam bahaya..

BN & UMNgOk Dengki Kat PAS

Posted: 09 Sep 2010 12:55 AM PDT

UMNO bukannya apa ..dengki PAS dapat sokongan bukan melayu. Tu yang Zam dok melalut fitnah PAS tuh

Bukan Melayu Dah Tolak BN

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sokongan orang bukan Melayu kepada Umno Barisan Nasional (BN) sekarang berada pada tahap paling kritikal.

Ini, katanya menyebabkan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) mengeluarkan kenyataan kononnya PAS adalah parti ekstrem.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri menegaskan kenyataan itu dikeluarkan apabila dilihat sokongan rakyat bukan Melayu kini lebih memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Statement itu dibuat oleh pihak pemimpin yang tidak lagi berada di dalam kepimpinan Umno seperti Zam itu.

"Tujuan dia memang jelas di mana sekarang ini sokongan orang bukan Melayu kepada Umno BN sudah di peringkat yang paling kritikal. Itu sajalah puncanya," katanya kepada media selepas mempengerusikan satu sidang media khas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sini, pagi tadi.

Zainuddin mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merampas harta-harta orang Cina semasa tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pula, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

Ekoran itu laporan polis dibuat Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib (2 September), Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di Balai Polis Sungai Senam (2 September), Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yakub Abu Seman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar (2 September) dan Naib Ketua Pemuda PAS Johor, Jamid Jamah di Balai Polis Batu Pahat (5 September).

"Sekarang ini sokongan rakyat bukan Melayu lebih memihak kepada Pakatan Rakyat yang mengandungi parti campuran Melayu iaitu PAS dan juga parti campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga DAP iaitu parti yang didominasi orang-orang Cina.

"Jadi statement-statement seumpama itu, pada pandangan saya ialah statement yang cuba untuk memecahkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat, itu saja, dengan harapan apabila orang Melayu marah kepada PAS maka PAS akan berpecah dan mengharap PAS sendiri akan menimbulkan pertelingkahan terhadap PKR dan DAP. Saya fikir, itu sajalah sebabnya," kata Takiyuddin.

kerangeleber

kerangeleber


Salam Idulfitri : Kekalkan Hidup Beragama

Posted: 09 Sep 2010 12:14 AM PDT