Rabu, 8 September 2010

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Posted: 08 Sep 2010 04:04 PM PDT

Di kesempatan ini..saya usinwafer ingin MEMOHON MAAF diatas keterlanjuran dan kesalahan yg telah
saya lakukan selama berblog ini kepada VVIP Apadianie penjenguk dn pembaca blog Siulan Apadianie..
Semoga Allah akan memanjangkan usia kita utk bertemu lagi dengan RAMADHAN ditahun depan..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN..dari saya usiwafer buat semua..

kerangeleber

kerangeleber


Nik Aziz cadang takbir raya di merata tempat

Posted: 08 Sep 2010 07:50 AM PDT

Justice For All

Justice For All


Banner PR Dibuang, Banner UMNO Dijaga

Posted: 08 Sep 2010 08:41 PM PDT

Bila banner PR, dibuangnya..ta[i bila banner UMNO..dibiarkan. Tuh, dari gombak hingga ke tol gombak nak masuk LPT, penuh banner BN ucap selamat hari raya sepanjang tiang. Tak kena cabut pun. Tapi bila PR pasang banner di negeri UMNgOk..langsung dicabutnya..

Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !

8hb Sept 2010 - Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat . Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .

Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .

Macam2 Zaman Najib..Berbuka Puasa Dengan Arak

Posted: 08 Sep 2010 07:57 PM PDT

Ramuan arak dalam makanan

Jailani Ngah (kanan)menunjukkan gelas dan botol arak yang dijumpai di bahagian dapur sebuahrestoran yang mempamerkan logo halal dipercayai digunakan untuk memasakdi Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Beberapa restoran di Jalan Pudu Ulu di sini dikesan menggunakan ramuan tidak halal seperti cuka campuran arak pada makanan walaupun mempamerkan logo halal.

Tindakan itu dikesan dalam satu serbuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim,Mohd. Amri Abdullah berkata, pihaknya memperoleh maklumat itu hasil aduan orang ramai yang mencurigai status halal restoran-restoran tersebut.

"Hasil pemeriksaan, kami dapati restoran-restoran terbabit turut menggunakan ramuan berunsur arak pada juadah mereka," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut hari ini.

Tambahnya, malah restoran-restoran berkenaan turut menawarkan bufet Ramadan untuk umat Islam berbuka puasa walaupun tanpa sijil halal.

Sehubungan itu, beliau meminta restoran berkenaan tidak menggunakan logo halal dan istilah bufet Ramadan jika belum mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim.

"Kami akan meneruskan pemantauan dan pemeriksaan ini sehingga Aidilfitri. Pemantauan akan dijalankan bagi mengesan premis makanan yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menawarkan bufet Aidilfitri pula selepas ini," katanya.

Seramai 15 anggota Jakim dan PPDNKK Kuala Lumpur terlibat dalam operasi itu.

Mereka turut menurunkan iklan yang mempamerkan logo halal dan tawaran bufet Ramadan restoran tersebut untuk mengelakkan orang ramai keliru dan tertipu.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang turut serta memeriksa restoran terbabit, meminta orang ramai terutamanya kakitangan kerajaan yang mahu mengadakan apa-apa majlis melibatkan restoran atau hotel supaya lebih berhati-hati.

"Untuk memeriksa status halal sesebuah restoran atau hotel, orangramai boleh memeriksa senarai hotel yang diiktiraf halal oleh Jakim pada www.halal.gov.my atau menghubungi talian 03-83150200," ujarnya.

Petanda Terbaru Kehilangan Jutawan Wanita??

Posted: 08 Sep 2010 07:05 PM PDT

'Nak duit minta, jangan curi'

BATU PAHAT: "Aku dah kena tipu. Kau bayangkan, setiap bulan kebelakangan ini untung meniaga tak nampak...lepas bayar duit elektrik dan air, sudah tidak ada duit simpanan.

 

TENANG...Rosnani menatap akhbar yang melaporkan kehilangan Sosilawati. Hilang

"Aku tidak suka orang tipu aku. Kalau nak duit minta, jangan curi. Jangan buat aku macam ini," itu sebahagian daripada kata-kata jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ketika pertemuan akhir bersama adiknya sebelum dilaporkan hilang, 30 Ogos lalu.

Menurut adiknya, Rosnani Lawiya, 45, kakaknya bersungguh-sungguh mengadu kesal kerana dia ditipu orang kepercayaan yang membantu menguruskan syarikatnya.

Rosnani berkata, masalah itu didedahkan Sosilawati dalam pertemuan terakhir mereka di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini akhir bulan lalu, selepas kenduri kesyukuran menyambut Ramadan.

"Sebelum ini, saya kerap berpesan pada kakak tidak terlalu mempercayai orang lain dan mengambil tahu hal ehwal kewangan syarikatnya bagi mengelak ditipu.

"Namun Kak Wati selalu mengatakan dia amat mempercayai orang di sekelilingnya dan pernah mengatakan tidak mungkin mereka sanggup mengkhianati kepercayaan yang diberi dengan menipunya.

"Bagaimanapun, pada pertemuan terakhir kami sebelum Kak Wati tiba-tiba hilang, dia mengadu kepada saya apa yang pernah saya pesan kepadanya kini benar-benar menimpanya dan dia begitu sedih dan terkejut apabila mengetahuinya," katanya.

Katanya, dia sekeluarga resah apabila kata kakaknya itu menjadi kenyataan selepas dia dilaporkan hilang bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

 

Rosnani berkata, sebelum kejadian penuh tanda tanya itu berlaku, kakaknya tidak pernah berkelakuan sedemikian atau mengadu sebarang perkara hingga membuatkannya runsing.

"Kak Wati seorang yang ceria, penyayang apa lagi mempunyai prasangka buruk atau bukan-bukan terhadap mereka yang rapat dengannya terutama membabitkan soal kerja.

"Sebelum ini Kak Wati jarang bercerita tentang perniagaannya, malah setiap kali berjumpa dia lebih gemar bersembang mengenai hal keluarga dan bertanya khabar.

"Perkara paling penting hal ibu kami (Yatemah Abdul Rahman, 80), kehidupan kami adik-beradik selain memberikan dorongan dan tunjuk ajar kepada kami mengenai selok- belok dunia perniagaan," katanya.

Rosnani meluahkan kerisauannya apabila Sosilawati mengadu ditipu menyebabkan dia turut sedih dengan nasib kakaknya itu.

Lebih menyedihkan, ketika menceritakan masalahnya itu Sosilawati kelihatan kesal, sedih, kecewa dan teraniaya diperlakukan sedemikian.

Selepas mengetahui perkara itu, dia sekeluarga dan suami, Misjam Jamikun, 48, mendoakan kakaknya mampu mengatasi halangan dan cabaran dihadapinya.

"Kali terakhir Kak Wati menghubungi saya menggunakan telefon bimbitnya pada 29 Ogos lalu, kira-kira jam 2.30 petang, sehari sebelum dia dilaporkan hilang.

"Dalam perbualan singkat itu kami berkongsi persediaan Aidilfitri dan saya langsung tidak menduga perkara buruk bakal menimpanya kerana nada suaranya ceria," katanya.

Bagaimanapun, katanya, persediaan tahun ini agak pelik kerana kebiasaannya Sosilawati akan membelikan kuih raya untuk semua adik- beradiknya, sebaliknya tahun ini berjanji memberikan wang tunai RM500 dan meminta membeli sendiri persiapan hari raya.

"Dia juga sempat bergurau jika dia yang belikan kuih semua pasti sama dan mungkin tidak kena selera adik beradik, jadi lebih baik dia beri wang dan kami beli sendiri.

"Hanya ibu akan mendapat kuih raya dibelikan, dia berjanji memberikan duit raya pada kami seperti tahun sebelumnya sebagai persediaan menyambut Aidilfitri kelak," katanya.

Beribu Beratur Semata-Mata Nak Dapat 3 Ringgit Lebih

Posted: 08 Sep 2010 06:09 PM PDT

20,000 berhimpun untuk dapatkan RM3.45

PULUHAN ribu berhimpun untuk mendapatkan duit zakat di luar kilang Gudang Garam di Kediri, Indonesia semalam.

KEDIRI - Kira-kira 20,000 penduduk dari pelbagai daerah di Jawa Timur berhimpun untuk mendapatkan duit zakat yang diedarkan oleh pihak pengurusan syarikat rokok Gudang Garam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Puluhan ribu penduduk itu berhimpun di luar kilang rokok itu sejak awal pagi lagi.

Menurut seorang pegawai bahagian perhubungan masyarakat polis di sini, bilangan penduduk yang datang untuk mendapatkan wang zakat itu lebih ramai daripada tahun lalu.

"Mereka (penduduk yang datang) berasal dari berbagai daerah di Jawa Timur seperti Nganjuk, Jombang, Trenggalek, dan daerah lain," katanya.

Dia menyatakan pihak polis menempatkan kira-kira 700 anggota keselamatan untuk mengawasi ketenteraman.

Kebanyakan penduduk yang mahu mendapatkan duit zakat itu termasuk kanak-kanak dan orang tua.

Mereka berhimpun untuk mendapatkan wang antara 10,000 rupiah (RM3.45) hingga 20,000 rupiah (RM6.90).

Anggota-anggota keselamatan terpaksa membahagikan-bahagikan penduduk itu menjadi sejumlah kumpulan kecil.

Seorang penduduk, Suprih berkata, dia mahu menggunakan wang zakat itu untuk membeli barang keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dia sanggup membawa seorang anaknya berusia satu setengah tahun ke lokasi pengedaran duit zakat kerana tidak ada orang yang menjaganya jika dia ditinggalkan di rumah. - Agensi

Foto-Foto Bendera Malaysia Dihina, Gambar YDPA Dibakar Rakyat Indonesia

Posted: 08 Sep 2010 04:50 PM PDT

Dibawah ni macam-macam foto menunjukkan kemarahan dan kebiadapan rakyat Indonesia ke atas Malaysia. Bendera Malaysia dipijak, diletak najis, dibakar, dikoyak, diterbalik dan sebagai jelas menunjukkan kemarahan rakyat Indonesia kepada kita. Bahkan mereka sanggup bakar gambar Tunku Mizan. Kalau gambar Najib takpe lah..apapun, krisis Indonesia-Malaysia makin teruk. Cuma pemimpin BN dan Media UMNO sahaja yang kata ia masih terkawal. Buat rakyat Malaysia ..fikirkanlah sendiri..
Ini gambar kat malaysia..sampai sekarang pemuda bakar bendera di Batu Buruk Terengganu ini masih terlepas..dengar kata pemuda ini adalah polis, untuk halalkan tindakan mereka menembak dua orang pemuda semasa tragedi di Batu Buruk..kononnya demonstran bertindak keterlaluan..

Kalaulah Lelaki Sudan Ni Buat Jenayah Kat Negara Sudan...

Posted: 08 Sep 2010 03:52 PM PDT

Geram dan jijik. Mereka dahla berkhalwat duduk berdua dalam rumah, pastu sanggup pula lelaki Sudan ini rogol dan bunuh anak mak budak ini. Kalaulah di Sudan, tentu lelaki ini kena hukuman rejam dan qisas di khalayak ramai. Tapi nak buat macamana, bila buat jenayah kat negara kafir Malaysia ini, silap haribulan boleh lepas. Macam Hanif Basree. Apapun, jo kita menyumpah kat lelaki dan perempuan hina ini kata bawah..

SHAH ALAM 6 Sept. - ''Anak saya mengadu baba pukul dan tumbuk dia.''

Itu merupakan keterangan seorang ibu muda ketika menceritakan penderitaan yang terpaksa ditanggung anak perempuannya akibat sering dipukul oleh teman lelakinya, warga Sudan.

Bekas setiausaha sebuah syarikat pembinaan, Ellina Maulad Mahather, 25, memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan hari pertama Mohannad Taha Ismail, 25, yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Aaliyah merupakan anak hasil perkahwinan Ellina dengan bekas suaminya, Ayman Hussin Mahmud sebelum bercerai pada 2008.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober tahun lalu di No. 9/D3/9 Palazzo Tower, Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

Menurut saksi itu, tertuduh mula memarahi dan memukul Aaliyah yang ketika itu berusia hampir tiga tahun menggunakan penyangkuk baju, pembaris dan tangan, selepas berselisih faham dengan bapanya berhubung masalah kewangan.

''Kadang-kadang saya berjaya menghalang tertuduh daripada pukul anak saya tetapi ada kalanya tidak berjaya dan turut dimarahi apabila cuba menghalang,'' katanya.

Menceritakan kejadian itu, Ellina berkata tertuduh menelefonnya di tempat kerja pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan marah menyatakan, Aaliyah telah kencing merata-rata.

''Dia juga ada beritahu akan ajar Aaliyah tetapi saya pujuk tertuduh agar tidak buat apa-apa dan akan membersihkan segala kotoran apabila pulang dari kerja," ujarnya Ellina yang turut mengatakan seminggu sebelum kejadian, anaknya berubah menjadi pendiam dan sering terkencing.

Bagaimanapun lebih kurang pukul 4.30 petang, tertuduh sekali lagi menghubunginya dan memberitahu Aaliyah telah koma.

Mohannad Taha telah menjemputnya di tempat kerja dan sebelum pulang ke rumah, pasangan itu telah singgah di sebuah pasar raya untuk membeli lampin pakai buang dan ubat.

''Tiba di rumah kira-kira pukul 7.30 malam, saya lihat anak sedang terbaring di atas lantai ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas. Melihat keadaan itu, saya dan tertuduh menangis hampir 15 ke 20 minit.

''Ketika ini, tertuduh cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) tetapi darah telah mulai keluar dari dalam telinga kiri, selepas itu Aaliyah tidak lagi bernafas.

Dan ini pula kegilaan lelaki itu kat budak yang tak berdosa..

SHAH ALAM: Kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah mempunyai 34 kesan kecederaan pada sekitar tubuh badannya termasuk kesan cubit atau dipulas pada bahagian kemaluan.

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini, Dr Abdul Karim Tajudin, 61, berkata, kesan lebam yang diakibatkan oleh pukulan didapati pada bahagian punggung manakala kesan seperti tumbukkan di bahagian belakang badan.

Selain itu, Aaliyah yang hanya seberat 10.58 kilogram juga patah dua tulang rusuk sebelah kiri, ditumbuk di mulut, digigit pada bahagian tangan, ditampar dengan kuat di telinga dan tangannya digenggam atau dicengkam dengan kuat.

Mangsa juga cedera di bahagian dahi dan terdapat darah beku di bawah kulit kepala serta keadaan kuku yang kebiruan menunjukkan kekurangan oksigen dalam darah.

Abdul Karim yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketiga dalam perbicaraan seorang warga Sudan, Mohannad Taha Ismail adalah doktor yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat terhadap jasab Aaliyah. Beliau yang berpengalaman sejak 1984 dan pernah melakukan lebih 25,000 bedah siasat menjalankan bedah siasat terhadap mangsa pada pukul 10 pagi, 14 Oktober 2009.

Hasil bedah siasat, beliau merumuskan sebab kematian mangsa ialah pendarahan subdural yang teruk akibat goncangan yang kuat. "Goncangan pada badan mangsa secara kuat telah menyebabkan otak bergerak dalam tempurung kepala dan mengakibatkan saluran darah vein putus sehingga berlakunya darah keluar di bawah selaput otak yang keras.

"Pendarahan berlaku secara perlahan dan berkumpul di bawah selaput otak sehingga mencapai satu tahap yang mencukupi untuk menyebabkan tekanan dalam tempurung kepala sangat tinggi dan menekan batang otak. "Itu akan menyebabkan kematian batang otak di mana pusat pernafasan dan jantung terletak di situ," ujar Abdul Karim.

Beliau berpendapat, kejadian digoncang berlaku lebih daripada sekali atau berulang-ulang dalam tempoh masa seminggu daripada masa kematian, iaitu pada pukul 10.10 malam, 12 Oktober 2009.

Abdul Karim juga memberitahu, kecederaan di otak boleh dirawat jika mendapat rawatan segera selepas berlakunya simptom seperti tidak sedarkan diri dan muntah yang memancut daripada mulut.

"Kecederaan seperti ini boleh menganggu sistem perkumuhan seperti tidak boleh mengawal kencing. Kadang-kadang akan menahan kencing dan ada kala terlepas kencing," katanya. Beliau yang disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin menambah, warna lebam yang berlainan pada badan mangsa menunjukkan umur kecederaan yang berbeza.

Abdul Karim juga menolak bahawa kecederaan seperti itu boleh terjadi kerana terlanggar benda keras. Malah, jika ia disebabkan oleh jatuh, ia mestilah lebih tinggi daripada katil.

''Tertuduh jadi panik, takut dan tidak mahu melepaskan saya membawa Aaliyah ke hospital kerana bimbang ditangkap polis dan didakwa memukul anak saya. Dia juga kata kehidupan kami akan berakhir sekiranya perkara itu terjadi,'' kata Ellina.

Justeru itu saksi berkata, dia telah memujuk dan mencadangkan supaya tertuduh memberitahu kecederaan Aaliyah akibat perbuatan pembantu rumah.

Mendengar cadangan itu, lelaki tersebut terus membalut Aaliyah dengan kain sebelum mereka bergegas ke hospital.

Disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egim, mengapakah saksi memberikan cadangan tersebut, Ellina berkata, dia keliru antara rasa sayangnya terhadap tertuduh selain disebabkan lelaki itu tidak membenarkan dia keluar membawa anaknya ke hospital.

Perbicaraan yang didengar oleh Hakim Datuk Alim Abdullah bersambung esok.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, kanak-kanak malang itu mati akibat didera di samping didakwa turut menjadi mangsa perlakuan seks teman lelaki ibunya.

Berjuta-Juta Penduduk London Kena Tempias Mogok Pemandu Tren

Posted: 08 Sep 2010 01:38 PM PDT

Commuters gather outside an entrance to Victoria tube station, London, as millions of passengers on London Underground face travel misery

 A woman holds her head in her hands while travelling on a bus down Oxford Street

Pekerja tren bawah tanah lancar mogok

LONDON - Berjuta-juta warga London terpaksa bersusah payah menaiki kereta, kereta api, bot dan basikal semalam untuk pergi ke tempat kerja ekoran mogok para pekerja tren bawah tanah di sini.

Beribu-ribu pekerja penyelenggaraan, pemandu dan kakitangan stesen tren tidak bekerja untuk tempoh 24 jam mulai malam kelmarin.

Mogok itu dilancarkan kerana terdapat cadangan untuk memberhentikan 800 orang pekerja, kebanyakannya kakitangan stesen tren yang memberi kesan ke atas perkhidmatan dan keselamatan pengangkutan awam.

Pihak Pengangkutan Untuk London yang mengendalikan sistem tren bawah tanah yang juga dikenali sebagai Tube menyatakan pemberhentian pekerja secara wajib tidak akan dilakukan.

Lebih 3.5 juta warga London menggunakan sistem tren bawah tanah pada setiap hari.

Kesatuan Pekerja Tren, Maritim dan Pengangkutan mengakui terdapat sokongan kuat terhadap mogok itu.

Ekoran mogok itu, bas-bas dipenuhi penumpang manakala ribuan orang dijangka menggunakan perkhidmatan bot tambahan di Sungai Thames.

Datuk Bandar London, Boris Johnson yang mengayuh basikal untuk menghadiri mesyuarat semalam berkata: "Warga London akan berdepan beberapa gangguan tetapi bandar ini tidak lumpuh. Orang ramai masih boleh bergerak." - AP

Scooter commuter beats Tube strike

Scooter commuter beats Tube strike

Scooter commuter beats Tube strike

Scooter commuter beats Tube strike

Scooter commuter beats Tube strike

Ops Sikap ke 22 (2-17 Sept) update: 19 mati hari kelima; Total: 67!!

Posted: 08 Sep 2010 10:21 AM PDT

JPJ perkenal pendekatan baru Ops Sikap ke-22

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan beberapa strategi baru dalam Ops Sikap Ke-22 menjelang musim perayaan kali ini sebagai usaha melahirkan pemandu yang lebih berhemah selain mengelak berlaku lebih banyak kemalangan maut.

Antara strategi itu adalah tiada lagi sekatan jalan raya yang boleh menyebabkan kesesakan, namun rondaan pasukan penguatkuasa JPJ di lokasi-lokasi tertentu akan diadakan lebih kerap.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, rondaan kerap itu akan dilakukan di 202 jalan maut yang berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara.

Katanya, strategi tersebut telah diuji di laluan antara Gua Musang dan Kuala Krai, Kelantan dan ia terbukti berkesan mengurangkan kadar kemalangan.

Tambah beliau, dalam rondaan itu, anggota penguat kuasa JPJ akan menyamar sebagai orang awam untuk mengenal pasti pemandu yang berbahaya dan melanggar peraturan.

"Orang ramai juga boleh mengambil gambar pemandu berbahaya dan membuat aduan terus kepada JPJ.

"Kerjasama orang ramai amat penting kerana menjelang musim perayaan pergerakan kenderaan di atas jalan raya meningkat lima kali ganda daripada hari biasa," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Solah memberitahu, strategi seterusnya adalah mengadakan pemeriksaan yang lebih agresif terhadap sistem pengangkutan awam seperti bas ekspres dan teksi.

Katanya, JPJ akan menempatkan anggota penguatkuasa di 36 terminal bas di seluruh negara bagi memeriksa tayar, brek, buku log kenderaan, ujian air kencing dan ulat tiket.

" Pihak JPJ menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan risiko kemalangan. Sehubungan itu, bas ekspres dan pemandu bas mesti dalam keadaan selamat.

"JPJ turut membuka bilik gerakan dan kawalan negeri yang beroperasi 24 jam bagi memastikan semua maklumat dan aduan orang ramai dapat disalurkan.

" Pada hari raya pertama dan kedua bilik gerakan dan kawalan terbabit ditutup bagaimanapun bilik kawalan ibu pejabat tetap beroperasi seperti biasa," jelasnya.

Dalam pada itu, Solah berkata, orang ramai boleh menghubungi 03-88866412 untuk membuat aduan terus ke JPJ sekiranya pengangkutan awam yang mereka naiki melebihi had laju atau dipandu dalam keadaan berbahaya.

lorrrrrrrr tiap tahun pung ada pendekatan baru.... tiap tahun gak... jumlah kemalangan dan kemalangan MAUT

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

45 Korban Tanah Runtuh Di Guatemala

Posted: 08 Sep 2010 09:24 AM PDT

Lebih 45 korban tanah runtuh

GUATEMALA CITY - Sekurang-kurangnya 45 orang disahkan terbunuh di Guatemala akibat lebih sepuluh kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat, sejak Sabtu lalu.

Di Nahuala, bahagian barat Guatemala, sebuah bas dan beberapa kenderaan tertimbus akibat tanah runtuh di lebuh raya, Sabtu lalu.

Tanah runtuh kedua berlaku di tempat sama semasa pasukan penyelamat dan orang ramai sedang melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat.

Akibatnya, 25 orang disahkan terkorban manakala sekurang-kurangnya 15 dikhuatiri masih tertimbus di bawah runtuhan.

Operasi mencari dihentikan pada Ahad kerana bimbang kemungkinan berlaku runtuhan susulan.

Kerja-kerja itu diteruskan kelmarin menggunakan jentera berat dan unit penyelamat terlatih.

Satu lagi kejadian tanah runtuh di lebuh raya di bahagian utara Guatemala pada Ahad meragut satu nyawa manakala 26 dilaporkan cedera.

Santa Ana Mixtan pula ditenggelami air melepasi paras bahu.

 

Click to play

9 Ditahan Sambut Raya Pagi Tadi

Posted: 08 Sep 2010 08:56 AM PDT

Ada juga yang bawa ajaran sesat ni kat Malaysia. Kan dah kena tangkap. Pastu sepetang je kena hukum penjara dan denda.

Sembilan ditahan kerana sambut Aidilfitri hari ini

KANGAR, 8 Sept — Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada pukul 8.30 pagi ini.

Semasa ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.

Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.

Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.

Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.

Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.

Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.

"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang dah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir. — Bernama

Anwar Bakal Presiden PKR, Wan Azizah Timbalan Presiden??

Posted: 08 Sep 2010 08:24 AM PDT

Anwar Presiden, wan Azizah Timbalan Presiden..bagus juga cadangan tu..

Pemilihan 2010 Mahu Anwar Jadi Presiden

Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat yang menggelar diri mereka sebagai Permuafakatan Pemilihan 2010 akan mengadakan sidang akhbar esok bagi mencadangkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti.

Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima Suara Keadilan manyatakan sidang media itu akan diadakan di pejabat KEADILAN Cabang PJS di Taman Petaling Utama PJ pada pukul 10.00 pagi.

Suara Keadilan juga difahamkan selain Anwar, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicadangkan sebagai Timbalan Presiden sementara tiga calon bagi jawatan Naib Presiden adalah Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub dan Datuk Zaid Ibrahim.

Isnin lalu seramai 20 Ahli Parlimen KEADILAN mengadakan sidang media di ibu pejabat parti bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap Azmin dan mencadangkan beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Semalam pula 13 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Selangor dan Negeri Sembilan juga menyuarakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.

Bagaimanapun setakat ini penyandang jawatan tersebut, Senator Dr Syed Husin Ali belum lagi menyatakan pendirian rasmi beliau samada mahu mempertahankan kedudukannya atau berundur tetapi isu ini dikatakan akan dijelaskan pada sidang media khas pada 14 September depan.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid juga telah mengumumkan hasrat beliau untuk merebut Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan dua hari lalu.

Sah Ke Ni..Ada Tarikat Sambut Raya Pagi Tadi

Posted: 08 Sep 2010 07:45 AM PDT

Ini sah ke tak ni??? Apapun serahkannya pada yang pakar. Kan bagus kalau Harusani jawab isu ini, daripada jadi pencuci najis UMNO yang selalu berak di tengah-tengah jalan..

Jamaah Tarekat Naqsabandiyah Padang Idul Fitri Hari Ini

PadangKini.com Rabu, 08/09/2010, 12:49 WIB

PADANG--Lebih 1.000 jamaah Tarekat Naqsabandiyah Kota Padang merayakan hari raya Idul Fitri 1431 Hijriah hari ini, Rabu (8/9/2010). Tarekat Naqsabandiyah Padang selalu lebih cepat dua hari menetapkan Ramadan dan Idul Fitri dari versi pemerintah.

Di dua mesjid Tarekat Naqsabandiyah di Kecamatan Pauh, Kota Padang, para jamaah yang sebagian besar orang tua sudah hadir ke mesjid pukul 07.00 WIB.

Di mesjid Surau Baru salat Idul Fitri dua rakaat dengan kotbah doa berbahasa Arab salat dimulai pukul 07.30 WIB dan sudah selesai 07.45 WIB. Sedangkan di mesjid Baitul Makmur salah Ied selesai pukul 08.15 WIB.

Di mesjid Baitul Makmur yang merupakan mesjid pusat Tarekat Naqsabandiyah di Sumatera Barat hanya sekitar 200 jamaah yang ikut salat. Salat dipimpin Imam Edison Revindo dan Khatib Safri Malin Mudo.

Salat juga diikuti puluhan perempuan dan laki-laki lanjut usia yang mengikuti kegiatan Suluk di mesjid itu, yaitu kegiatan agama total selama 40 hari. Mereka dating dari berbagai daerah kabupaten dan kota lain seperti Solok dan Payakumbuh.

Imam mesjid Edison Revindo yang juga Sekretaris Tarekat Naqsabandiyah Sumatera Barat, 48 tahun, mengatakan, pengikut dan mesjid Tarekat Naqsabandiyah di Sumatera Barat ada di setiap kota dan kabupaten dengan pengikut sekitar 8.000 orang. Sedangkan di Kota Padang terdapat lebih 10 mesjid dengan pengikut sekitar 3.000 orang.

"Namun yang Idul Fitri Rabu ini tidak semua mesjid, sebagian ada yang Idul Fitri sesuai jadwal pemerintah, meski kami para imam selalu mengadakan pertemuan sebelum Ramadan menentukan waktu puasa dan Idul Fitri tapi keputusan tetap di imam mesjid masing-masing," ujarnya.

Tarekat Naqsabandiyah selalu cepat dua hari menentukan waktu Ramadan dan Idul Fitri dengan didasarkan pada kalender Hisab Munjid.

"Wah, panjang penjelasannya mengenai hisab ini, tapi semuanya memakai dasar Al-Quran dan Hadist, serta buku Hisab Munjib yang dikarang ulama besar Naqsabandiyah masa Rasulullah dahulu, kalendernya sudah tetap, setiap tahun ada bulan 30 hari ada juga yang 29, setiap tahun para imam mesjid rapat hanya untuk mengingatkan jadwal masuk puasa dan Idul Fitri saja," ujarnya.

Kesederhanaan terlihat dalam perayaan Idul Fitri Tarekat Naqsabandiyah. Para perempuan dating ke mesjid dengan membawa minuman, kue dan pengananan lain. Para jamaah menikmati penganan di dalam mesjid usai salat.

"Kami juga tidak mengumandangkan takbir dengan suara yang keras dari mesjid, tapi cukup untuk dalam mesjid agar masyarakat yang mengikuti jadwal Idul Fitri sesuai anjuran pemerintah tidak terganggu," katanya.

Meski begitu, kata Edison, ada juga mesjid Naqsabandiyah di Lubuk Kilangan, Kota Padang melakukan takbir berkeliling Kelurahan Selasa malam menyambut Idul Fitri. (syof)

Sebelum itu, tarikat sama telah laksanakan puasa lebih awal..

Tarekat Naqsabandiyah Kota Padang Mulai Jalankan Puasa

Senin, 09 Agustus 2010 18:12

Padang, Meskipun Pemerintah belum menetapkan jatuhnya 1 Ramadhan 1431 hijriyah, namun Aliran Tarekat Naqsabandiyah di Kota Padang telah mulai melaksanakan ibadah puasa pertama, Senin (9/8).

Penetapan tersebut, berdasarkan perhitungan bulan yang dilakukan Tarekat Naqsabandiyah sesuai dengan aturan turun temurun yang dilakukan para guru mereka terdahulu selama ratusan tahun lalu.

Menurut salah seoarang anggota aliran Tarekat Naqsabandiyah, Datuak Rajo Mansur, untuk melakukan hisab jatuhnya Ramadhan, biasanya mereka lakukan dengan memulai penghitungan satu hari sejak tanggal satu syawal - Idul Fitri pada tahun lalu.

Aliran Tarekat naqsabandiyah yang memiliki pengikut ribuan orang yang tersebar di 11 Kecamatan di Kota Padang telah melaksanakan ibadah sholat tarwih, Minggu (8.8) malam.

Dari 21 titik penyebaran tarekat tersebut, salah satunya yang melaksanakan sholat tarwih yakni di Mushalla Baitul Makmur Kelurahan Binuang, Kampung Dalam, Kecamatan Pauh, Kota Padang.

Sementara itu, Kepala Kantor Wilayah Kementrian Agama Provinsi Sumatera Barat, Haji Darwas mengatakan, penentuan jatuhnya 1 Ramadhan baru akan dilakukan Selasa sore tanggal 10 Agustus besok dengan cara hisab dan ruqyat.

Berdasarkan pengalaman pada Ramadhan sebelumnya, tarekat Naqsabandiyah biasanya melaksanakan ibadah puasa 2 hari lebih awal dari hari yang telah ditetapkan Pemerintah. (Diah Utami/DS)

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Takkan Bagi Kerusi Pasir Mas Kat Ibrahim Ali - S/U UMNgOk

Posted: 08 Sep 2010 07:16 AM PDT

Kah..kah Ibrahim Katak..nampaknya 'kegilaan' ngko sia-sia sahaja. Rupanya UMNO tak iktiraf perjuangan giler ngko tu. Sampaikan menurut Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO akan letak calon lawan Ibrahim Katak di Pasir Mas..NAH NGKO..Pas konfirm takkan bagi lagi kerusi tu kat ngko..kalau ko nak hidup, pergilah guna lambang Perkose tuhh..

Umno tidak sokong Ibrahim di PRU-13, letak calon di Pasir Mas

 

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan partinya tidak akan menyokong Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan pertubuhan bukan kerajaan pimpinan Ibrahim - Perkasa.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya semalam.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

Kemudian beliau mengekalkan statusnya sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005 tetapi hanya memperoleh 415 undi dan hilang wang deposit.

Pengkalan Pasir adalah kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Pasir Mas.

Selepas memutuskan hubungan dengan PAS, Ibrahim menubuhkan Perkasa atas matlamat mahu mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pertubuhan itu yang kini mempunyai lebih 50,000 ahli di seluruh negara menggesa pentadbiran Najib mempertahankan dasar ekonomi pro-Melayu dan Bumiputera meskipun kerajaan mahu meliberalisasikan ekonomi negara.

Dua minggu lalu Ibrahim mencabar agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia dan mengemukakan satu resolusi berkaitan Perkara 153 Perlembagaan kerana gagasan itu bukan bererti kesamarataan hak.

"Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

"Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi.

Tengku Adnan mengingatkan pemimpin-pemimpin Perkasa bahawa BN perlu memenuhi keperluan dan kehendak semua kaum dan tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana kaum jika mahu terus mentadbir negara ini.

Ketika ditanya nasihat kepada Ibrahim dan Perkasa, Tengku Adnan dengan nada penuh harapan berkata:

"Tolong perlahan sikit."

"Apa saja yang anda lakukan, tolong fikir dengan baik. Apakah hasilnya? Apa yang anda mahukan untuk Malaysia? Anda mahukan perang saudara?" tanya Tengku Adnan yang sudah menjangkakan reaksi balas ahli Perkasa.

"Saya tahu bahawa apabila saya mengatakan begini, ahli Perkasa akan serang saya," katanya lagi.

Ya memang Perkose akan serang..dan ini serangan Ibrahim Ali

Ibrahim bidas Setiausaha Agung Umno hanya mahukan undi Cina

KUALA LUMPUR, 8 Sept – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.

"Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (gambar) ini kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup."

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.

Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.

Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.

"Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.

Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.

"Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.

"Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi.

Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

Hari Raya Jatuh Pada Lusa, Jumaat

Posted: 08 Sep 2010 05:19 AM PDT

Sekadar makluman untuk mereka yang tak tengok tv..esok tak jadi raya..hari jumaat adalah hari raya..

Umat Islam Sambut Aidilfitri Jumaat

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Pemimpin PKR Ada Berperangai UMNO..Surat Azmin Ali Sabotaj Zaid Mula Tersebar

Posted: 08 Sep 2010 03:28 AM PDT

PKR dah jadi parti bodoh pula. Bukannya kerana parti tu bodoh..tapi kerana dek permainan bodoh pemimpin-pemimpin dalamnya yang merebut jawatan. Azmin Ali, nama yang gah, tapi berperangai seperti UMNO sudah menular dalam PKR..Buktinya..baca sendiri berita ini dibawah. Patutlah Zaid Ibrahim kalah, rupanya ada ular dalam semak..

KUALA LUMPUR: As the battle for the PKR deputy presidency heats up, a litany of allegations have surfaced. The latest being a letter purportedly penned by Azmin Ali about Zaid Ibrahim.

Both Azmin, the current vice-president, and Zaid, a supreme council member, are the top contenders for the number two slot.

The letter, dated April 5 and addressed to Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim, was regarding Zaid's candidacy for the Hulu Selangor by-election. Khalid was the campaign chief for the by-election.

It was published by the news portal Malaysia Today, which received it from an anonymous reader.

In the letter, whose subject matter read: 'Issues that can be raised by BN against Zaid Ibrahim', Azmin had cast aspersions on Zaid's elegibility to be fielded as a candidate.

In total, 32 reasons were cited ranging from moral grounds to being found guilty of money politics when he was still in Umno.

After Zaid was defeated in the Hulu Selangor election, allegations were rife that his campaign was sabotaged, with fingers pointed at Azmin. But this charge was denied.

Azmin, who is a close associate of PKR supremo Anwar Ibrahim, is rumoured to be uncomfortable with Zaid's presence and meteoric rise in the party.

On the issue of morality, the letter had branded the former Umno MP and law minister as a "kaki minum" (alcoholic) and "gambler".

He was also accused of not having any religious foundation and the letter noted that he was once sued by PAS over the hudud law issue.

Apart from this, the letter also called him a "liar" and described him as a "vengeful" person. He was also said to be liberal in his views and lacked the Malay spirit.

"He wants an existing system to be replaced with his views even if it comes at the expense of the party. This is what caused him to be expelled from Umno.

"His priority are the rich while the poor are left aside. This can be seen from those around him, they are mostly rich people. Zaid hardly mixes around with normal people," read the letter.

Should he be picked, the letter warned, it would be a personal victory for Zaid and not a victory for the people.

"Due to the above reasons, any attempts to field Zaid as a candidate should be be examined in depth in terms of impact," read the letter, which was sent before nomination day on April 17.

'Why accept him in the first place?'

In the April 25 by-election, Zaid was defeated by Barisan Nasional's P Kamalanathan by a majority of 1,725 votes, in a contest which the PKR candidate claimed was rife with corruption.

Zaid had joined PKR in 2009 after he was sacked from Umno for not toeing the party line and for attending opposition functions.

He quit as law minister in September 2008 after disagreeing with the government's decision to arrest opposition leader Teresa Kok, blogger Raja Petra Raja Kamaruddin and a Chinese daily journalist under the Internal Security Act.

Meanwhile, a PKR insider told FMT that the letter, if penned by Azmin, would confirm the latter's disgruntlement towards Zaid.

"The issues raised in the letter were from the time of Zaid's days in Umno. So why did they accept him into PKR amidst such fanfare and heaped praises on him in the first place?

"Why did Anwar welcome Zaid with open arms if there were such serious misgivings about him? Is this a case of 'use and discard'?" he asked.

Previously, Anwar, a former Umno deputy president himself, had described Zaid's entry into PKR as a positive development which would provide a boost for the party.

"Zaid has a reputation for fighting for human rights and for the independence of the judiciary," he had said - FMT

SYABAS & Pemaju Disaman 1.73 Juta Kerana Cuai

Posted: 08 Sep 2010 02:10 AM PDT

Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

KUALA LUMPUR - Keluarga seorang veterinar yang terbunuh semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Ampang, dua tahun lalu, memfailkan satu saman kecuaian berjumlah RM1.73 juta terhadap pemaju kawasan perumahan dan sebuah syarikat bekalan air.

Dua lagi penduduk kawasan perumahan itu, ahli perniagaan Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, dan pemilik rumah Harveen Kaur Balbhir Singh juga memfailkan saman yang sama dengan menamakan Superview Development Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Mereka menuntut kerugian terhadap harta benda mereka berikutan kegagalan defendan pertama mengambil langkah-langkah secukupnya bagi menghalang tanah runtuh manakala defendan kedua pula atas kegagalan menyelenggara paip air yang aktif di dalam dan di sekitar lereng bukit.

Kuala Lumpur, 6 Disember 2008, 4 pagi: 14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Empat orang di percayai maut dan 93 orang telah diselamatkan. Manakala terdapat ramai lagi masih terperangkap dalam kejadian tersebut. Misi menyelamat dan pencarian masih sedang dijalankan. Lihat foto-foto dibawah.

Universiti Malaysia Jatuh Lagi

Posted: 08 Sep 2010 01:00 AM PDT

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) has dropped from the top 200 of the prestigious 2010 QS World University Rankings – slipping to 207 this year compared to 180 in 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) and Universiti Putra Malaysia (UPM) all improved on their 2009 positions.

UKM is ranked 263 this year compared to 291 in 2009; USM at 309 (314) and UPM is 319 (345).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dropped to 365 this year compared to 320 in 2009.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed told The Star it was normal to see fluctuation in the rankings.

"We do not want to be obsessive about world rankings," he said.

The ministry, he added, had its own strategic plan which was benchmarked against world's best practices, and would take note of the rankings.

"We also cannot be 'ranked' against other universities whose 'conditions' and 'environments' are different from ours. It is like comparing apples with oranges," he said.

QS Quacquarelli Symonds Ltd managing director Nunzio Quacquarelli said the QS which conducts and compiles the annual World University Rankings measures university research quality, graduate employability, teaching commitment and international commitment.

"QS rankings use a combination of global surveys and audited data, including citation counts from Scopus, the world's largest database of academic publishing," he said in a statement to The Star.

UKM vice-chancellor Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin said the university would continue with its change agenda.

"We will not be distracted by rankings although those who want to celebrate can do so," she said.

UTM vice-chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang said the university has improved in all aspects of the ranking parameters such as doubling the publication in ISI indexed journals as well as international staff and students.

"However, others have improved in terms of percentage," he said.

QS World University Rankings Academic Advisory Board convenor Martin Ince said there was an overall mixed set of results for Malaysian universities.

"Although our academic reputation survey shows that many of Malaysia's top universities are increasingly well-regarded around the world, the country's leading institution UM has dropped in this measure, as well as in the employer review," he added.

He said continued investment in the coming years would be the key to Malaysian universities consolidating their positions

Sadis..Gadis Dikurung Selama 8 Tahun Oleh Penculik

Posted: 08 Sep 2010 12:14 AM PDT

Gadis dedah kisah diculik lapan tahun

NATASCHA KAMPUSCH duduk di dalam sebuah studio televisyen ARD sebelum dia diwawancara di Hamburg, Jerman pada Sabtu lalu.

VIENNA - Seorang wanita, Natascha Kampusch menyatakan dia ibarat berada di dalam neraka ketika menjadi mangsa culik seorang lelaki selama lebih lapan tahun di sebuah bilik bawah tanah di Austria.

Menceritakan pengalaman pahitnya menerusi siri autobiografi yang disiarkan semalam oleh akhbar Daily Mail, Natascha memberitahu, dia diculik oleh seorang lelaki semasa dalam perjalanan ke sekolah ketika berusia 10 tahun pada Mac 1998.

Dia kemudian dikurung oleh lelaki tersebut, Wolfgang Priklopil, di sebuah bilik konkrit bawah tanah di rumahnya dan digelar 'hamba saya' oleh penculiknya.

Selama lebih lapan tahun dia tinggal di bilik berkenaan yang tidak bertingkap dan cuma mempunyai sebuah katil dan tandas.

Semasa ditawan, wanita itu yang kini berusia 22 tahun memberitahu, dia mengalami pelbagai bentuk penyeksaan yang antara lain melibatkan:

Dipukul hingga 200 kali seminggu sehingga dia dapat mendengar bunyi tulang belakangnya 'retak'.

Dirantai ketika dipaksa tidur bersama bersama lelaki tersebut di katilnya.

Kepalanya dicukur botak dan dipaksa bekerja seperti seorang pembantu rumah dalam keadaan separuh bogel oleh penculiknya.

"Pada waktu petang, dia memandikan saya dalam sinki. Tidak biasa berbogel di hadapan lelaki asing, saya tidak memandangnya. Namun, dia menggosok saya seperti saya ini sebuah kereta," jelas.

Ekoran tidak tahan diseksa dan hidup dalam kurungan, dia pernah beberapa kali cuba membunuh diri tetapi gagal.

Sepanjang menjadi tawanan dia cuma beberapa kali dibenarkan naik ke dalam dan halaman rumah penculiknya.

Semakin lama, penculik itu kian menguasai Natascha. Dia tidak dibenarkan melihatnya secara bertentangan.

"Saya perlu meminta izin jika mahu berdiri, duduk, memusingkan kepala atau bercakap. Malah dia mengikut saya pergi ke tandas.

"Dia kemudian memasang Interkom, selain melihat saya menanggalkan baju dan mandi. Saya akhirnya sudah biasa dilihat dalam keadaan bogel," ceritanya lagi.

Tragedi yang menimpa Natascha mengejutkan dunia selepas dia berjaya melarikan diri dari penculiknya pada Ogos 2006 semasa berusia 18 tahun.

Wanita itu melarikan diri ketika Priklopil menjadi leka semasa dia mencuci kereta lelaki tersebut.

Penculiknya yang berumur 44 tahun membunuh diri sejurus selepas itu.

"Dia tidak memberi makanan sehingga saya kebuluran, dia memukul saya, menjerit ke telinga saya dan kemudian dia mahu memeluk saya," kata Natascha.

Priklopil menderanya secara fizikal dan mental selama bertahun-tahun sehingga dia trauma dan hampir kehilangan identitinya.

"Anda bukan lagi Natascha. Anda kini milik saya. Panggil saya Tuan," kata lelaki itu.

Trauma akibat bertahun-tahun didera menyebabkan wanita itu keberatan untuk bercerita tentang hubungannya dengan penculik itu.

Namun kini, dia memberanikan diri untuk menceritakan hubungan tuan-hamba yang ganjil itu dalam autobiografi bertajuk 3,096 Days, tempoh dia dikurung sebagai tahanan oleh lelaki gila itu. - Agensi

p/s Ibarat berat mata melihat, berat lagi bahu memikul !

Sifat Yang Ada Pada Bangla Perlu Kita Ikuti

Posted: 07 Sep 2010 11:32 PM PDT

Bangladeshis sent RM3b back home last month

DHAKA, Sept 7 — Bangladesh received US$957.9 million (RM2.99 billion) in remittances from workers overseas in August, up 2.4 percent from a year earlier, central bank data shows.

The income from more than 6 million workers overseas, a key source of foreign exchange for the cash-starved economy, hit US$10.97 billion in the 2009/10 fiscal year that ended in June, 13 per cent above the previous year.

The central bank expects remittances to reach US$14 billion this fiscal year as the global economy recovers from the downturn, although the number of Bangladeshis leaving for overseas jobs has decreased.

Bangladesh sent 202,000 workers abroad during the first half of 2010, the lowest in four years, government figures show.

Millions of Bangladeshis depend on money sent by relatives working overseas, mainly in the Middle East, Europe and the United States.

At the end of August the country's foreign exchange reserves rose to US$10.99 billion from US$10.75 billion in July.

Expatriate incomes are the second-biggest source of foreign income after ready-made garments. — Reuters

* sifat bangla yg suka berjimat cermat dan tolong keluarga

Pelangi Muncul Tiba-Tiba Dari Jet Pejuang

Posted: 07 Sep 2010 10:52 PM PDT

GAMBAR yang dirakamkan Bernardo Malfitano menunjukkan pelangi di ekor jet F-22.

Pelangi muncul dari jet tentera

SEATTLE - Sekeping gambar yang dirakamkan seorang jurugambar, Bernardo Malfitano memaparkan pelangi muncul dari sebuah jet tentera F-22 yang sedang terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang sering melawat 20 pameran udara di seluruh dunia berkata, gambar unik itu dirakamkan pada Pesta Udara Miramar di San Diego, California pada 2008 hasil proses biasan semula jadi sinaran matahari.

Gambar aksi dramatik itu mula dipertontonkan kepada orang ramai yang mengunjungi Muzium Semangat Penerbangan di sini dan ia berjaya memenangi tempat kedua untuk pertandingan fotografi tahunan penerbangan. - Agensi

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Iklan Kristian : TV3 Bakal Diheret Ke Mahkamah

Posted: 07 Sep 2010 09:52 PM PDT

KUANTAN, 8 Sept - Laporan polis terhadap kebiadapan pihak yang bertanggungjawab di TV3 menyiarkan iklan Raya Aidil Fitri yang beunsur penghinaan terhadap agama Islam telah berjaya dibuat di IPD Kuantan jam 3.15 petang semalam.

Pengerusi NGO Suara Rakyat Pahang (SUAP), Mohd Shukri Mohd Ramli (foto), yang mengetuai laporan itu telah memberi keterangan hampir tiga jam kepada pihak polis. Antara lain Shukri menegaskan, laporan itu dibuat bagi memberi pengajaran kepada semua pihak yang cuba untuk memainkan sentimen agama bagi merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

"Memang kita tahu, TV3 sudah pun meminta maaf atas iklan tersebut. Namun pernah kita terfikir bahawa mereka yang bersalah itu perlu dibawa ke muka pengadilan?", kata Shukri.

Menurutnya, kebiadapan itu tidak boleh dimaafkan dengan hanya menarik balik iklan tersebut. Malah kesemua mereka yang bersalah perlulah didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. Pihak berkenaan seperti Pengarah Kreatif TV3 iaitu Douglas Khoo Hong Seng yang menghasilkan iklan tersebut perlulah disiasat. Beliau secara jelas dengan sengaja mempunyai agenda terancang untuk menghina agama Islam dengan mengikut arahan pihak tertentu bagi menyebarkan dakyah-dakyah agama lain kepada umat Islam di negara ini.

Siasatan perlu dibuat terhadap siapakah yang mengarahkan beliau menyediakan iklan menghina agama berharga RM200,000 itu. Malah, saya juga mahu pihak-pihak di TV3 yang meluluskan penyiaran iklan tersebut juga diambil tindakan atas kecuaian berkenaan.

Wajarkah sebuah iklan diterbitkan untuk siaran tanpa ada sebarang penapisan oleh pihak berkenaan, hingga menimbulkan kemarahan dan suasana tidak tenteram terhadap umat Islam di negara ini. Inilah yang perlu diberi perhatian !! Tindakan Saman Terhadap TV3 Akan Menyusul Beliau turut menambah bahawa semua mereka yang terlibat termasuk pihak pengurusan TV3 sendiri iaitu CEO Datuk Farid Ridzuan disiasat atas perkara yang amat memalukan ini.

Ternyata usaha yang dilakukan adalah bertujuan bagi menyebarkan dakyah secara halus untuk memesongkan akidah umat Islam di negara ini. Biar pun kemaafan telah dibuat oleh pihak TV3, namun begitu kes yang cukup biadap ini perlulah diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian agama Islam di negara ini.

Jika pihak polis boleh bertegas dalam isu perkauman, maka isu agama Islam seperti ini perlu diberi keutamaan untuk mengelakkan ia berulang lagi pada masa depan. Beliau juga mahu supaya pihak polis menjalankan siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan demi kepentingan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Laporan ini dibuat untuk membolehkan kami menfailkan tindakan saman terhadap Pengarah Kreatif TV3 , Pengarah Urusan TV3, Media Prima Berhad dan Kementerian Penerangan. "Kes ini bukan satu isu yang main-main kerana ia jelas menunjukkan mereka sengaja berbuat demikian sebenarnya. Kenapa perlu tiga hari baru ambil tindakan untuk tarik balik iklan ?

. Apakah tiada badan penapisan atau pihak yang bertanggung jawab di TV3 yang memantau perkara ini sebelum ia disiarkan?. Sepatutnya kecuaian ini tidak berlaku melainkan mereka memang mempunyai agenda terancang untuk memesongkan akidah umat Islam", tambah Shukri lagi.-pdo

Gillard, Sah PM Wanita Pertama Australia Selepas 2 Ahli Parlimen Bebas Menyokongnya

Posted: 07 Sep 2010 09:17 PM PDT

Gillard kekal PM Australia

CANBERRA 7 Sept. - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard hari ini mengekalkan kuasa dengan majoriti satu kerusi setelah memperoleh sokongan dua anggota Parlimen bebas berikutan pilihan raya yang berkesudahan tanpa pemenang mutlak.

Gillard mendapat majoriti tipis tersebut bagi menubuhkan sebuah kerajaan minoriti yang goyah dengan sokongan dua 'pencatur kuasa' berkenaan, selepas rundingan sengit selama 17 hari.

"Parti Buruh sudah bersedia untuk memerintah. Saya percaya rakyat Australia mahu kita mencari lebih banyak titik persamaan demi kepentingan negara," kata Gillard mengenai parti pemerintah pimpinannya.

Beliau yang merupakan pemimpin wanita pertama Australia mengambil alih teraju kerajaan 10 minggu lalu dengan menyingkirkan Kevin Rudd sebagai Perdana Menteri dalam pemberontakan Parti Buruh.

"Saya akan memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan dan ini bermakna kepercayaan dan sokongan kepada Julia Gillard.

"Melainkan timbul situasi luar biasa yang menuntut perkara sebaliknya," kata anggota Parlimen bebas, Rob Oakeshott.

Oakeshott memberi amaran, beliau masih boleh mengundi untuk menolak sebarang usul daripada Parti Buruh jika berlaku rasuah atau penyelewengan pentadbiran.

Pada hari penuh drama, Oakeshott dan Tony Windsor memberikan sokongan kepada Gillard manakala 'pencatur kuasa' ketiga, Bob Katter berpecah daripada kelompok tidak formal mereka untuk menyokong pemimpin pembangkang, Tony Abbott.

Kemuncak penuh debaran itu mengakhiri rundingan sengit selama lebih dua minggu selepas pilihan raya 21 Ogos lalu menghasilkan Parlimen tergantung pertama dalam tempoh 70 tahun, dan memanjangkan lagi tempoh pergolakan politik luar biasa.

Dengan sokongan dua anggota bebas itu, Parti Buruh pimpinan Gillard menguasai 76 daripada 150 kerusi di dewan rendah Parlimen manakala perikatan Liberal/Nasional yang diketuai Abbott memperoleh 74 kerusi.

"Keputusan itu umpama memenangi perlawanan bola sepak dengan satu gol. Saya berpendapat pihak yang tewas tidak bernasib baik sementara pemenang pula sangat bernasib baik," kata ahli sains politik Universiti Kebangsaan Australia, John Warhurst. - AFP

Dan ini pula ucapan Tahniah dari Obama

Obama phones congratulations to Gillard

Warm wishes ... US President Barack Obama, speaking in Milwaukee yesterday, has phoned Julia Gillard to offer his support.

US President Barack Obama has telephoned Julia Gillard to congratulate the Labor leader on finally clinching government.

The call was confirmed by the White House early today.

The Obama Administration had studiously avoided comment since the August 21 election with no statement issued by either the White House or the State Department.

But the White House press office issued a brief just after 9am (AEST), saying Mr Obama had reaffirmed his commitment to the Australia-US alliance during his call to Ms Gillard.

The President had "conveyed his personal commitment, and the commitment of the United States, to the enduring alliance between our two nations, which advances our shared interests and values", the statement read.

"The President and Prime Minister agreed to work closely to ensure our common security and prosperity, in the Asia Pacific and around the world."

It added that Mr Obama was looking forward to working closely with Ms Gillard at the Group of 20 and Asia-Pacific Economic Co-operation summits in November.