Ahad, 5 September 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pemilihan PKR : Zaid Ibrahim diugut

Posted: 05 Sep 2010 07:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Datuk Zaid Ibrahim, yang minggu lalu mengubah fikiran untuk bertanding pada pemilihan kali ini, mendedahkan beliau kemungkinan akan berhadapan dengan nasib Allahyarham Tun Ghafar Baba yang tidak mendapat pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatan nombor dua dalam Umno.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) itu berkata beliau diberi amaran akan berhadapan dengan situasi 'diaibkan' dialami Ghafar pada pemilihan 1993 ketika menyandang jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba," kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini yang dijangka akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR kali ini.

"Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.

"Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun Umno tidak sanggup semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu iaitu Anwar Ibrahim (kini Penasihat PKR)," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya di bawah tajuk "Saya akan menerima nasib seperti Pak Ghafar Baba?" hari ini.

Oleh itu bekas menteri Kabinet ini yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu, beliau rela berhadapan dengan nasib yang pernah dialami oleh Ghafar.

Zaid mengeluarkan pandangan ini ketika sekumpulan ahli Parlimen PKR dijadual mengadakan sidang media pagi ini untuk menyatakan pendirian mereka berhubung pemilihan kali ini.

"Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah," katanya.

Pada Rabu lalu, Zaid menulis dalam blognya bahawa beliau akan bertanding mana-mana jawatan parti jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak turun gelanggang.

Bagaimanapun Zaid tidak menamakan jawatan yang hendak ditanding tetapi difahamkan jawatan nombor dua.

Kata Zaid beliau membuat keputusan itu selepas terus diasak oleh sesetengah pihak dalam PKR.

"Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini.

"Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," kata beliau lagi.

Kata Zaid, kesetiaan beliau juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan.

"Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah.

"Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini (hari ini) dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali," kata Zaid lagi.

Zaid juga mendakwa beliau ada mendengar bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga akan diminta berundur daripada jawatan Presiden PKR.

"Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan.

"Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada Umno," kata Zaid sambil menambah tuduhan terhadap peribadinya juga ditingkatkan.

"Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu Umno yang membelasah saya.

"Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata.

"Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat," katanya.

Tegas beliau, itu sebab beliau ingin menawarkan diri untuk bertanding dan kemungkinan ahli-ahli PKR "terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim."

Zaid berhujah bahawa rakyat tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang dilaungkan ini.

"Saya akan huraikan semasa berkempen nanti," katanya lagi. - TMI

Janda Nash - Pengasas Nouvelle Visages Dilaporkan Hilang Sejak Seminggu Lepas

Posted: 05 Sep 2010 11:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengasas produk kosmetik Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang oleh anggota keluarganya selepas dikatakan keluar dari rumahnya di Gombak, sejak seminggu yang lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis yang menerima mendapat laporan Sosilawati tidak pulang ke rumah akan menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes kehilangan jutawan itu, yang juga merupakan bekas isteri kepada penyanyi, Nash.

"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang hilang," katanya ketika dihubungi Bernama Ahad.

Difahamkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas memberitahu salah seorang anak perempuannya yang beliau mahu ke Banting atas urusan kerja selama tiga hari, namun selepas tiga hari, beliau tidak pulang ke rumahnya sehingga ke hari ini (Ahad). - BERNAMA

Khatib Zakaria saman dua akhbar, seorang pemimpin Umno selepas Aifilfitri

Posted: 05 Sep 2010 06:19 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah Pulau Pinang bulan lalu berkata, beliau sudah mengambil keputusan muktamad untuk memfailkan saman fitnah terhadap dua akhbar harian dan seorang pemimpin Umno negeri itu selepas sambutan Aidilfitri.

"Saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman fitnah selepas pihak-pihak terbabit enggan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang khatib," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Mula-mula saya memberi mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang diri saya selama dua hari untuk mohon maaf, tetapi meskipun saya menanti sehingga kira-kira seminggu, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon maaf... jadi saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.

"Peguam saya sedang menguruskan perkara ini, dia sedang meneliti segala kandungan kenyataan mereka," kata beliau lagi.

Kata Zakaria, sekurang-kurangnya jika mereka meminta maaf beliau bersedia untuk memaafkan lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan sekarang.

"Saya seorang ahli PAS dan seorang yang beragama Islam saya sanggup untuk memaafkan mereka... Islam mengatakan kita harus memaafkan orang lain jika mereka memohon maaf, tetapi malangnya walaupun mereka telah memfitnah saya tetapi enggan memohon maaf," kata beliau lagi.

Zakaria tidak menolak untuk memaafkan mereka jika tampil memohon maaf secara terbuka sebelum 1 Syawal.

Sebelum ini, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan, ia tidak salah di sisi agama.

"Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

"Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya.

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya.

Isu membaca doa didakwa menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Pada 21 Ogos lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan dari Umno, Shabudin Yahaya berkata doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.

Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.

Shabudin menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.

Menurut Shabudin, biasanya doa dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.

Shabudin mendakwa Zakaria tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. - TMI

Anak Bapa

Anak Bapa


Bilik Gerakan UMNO di Sekolah KAFA Kelana Jaya

Posted: 05 Sep 2010 03:10 AM PDT



Anak Bapa dah cakap sebelum ini bahawa Pengarah JAIS sememangnya balaci UMNO. Apa taknya. Apa saja yang menyentuh kepentingan UMNO dia akan tangkas bertindak umpama hero filem Tamil. Hujah dan kenyataannya tidak langsung mengambarkan kedudukan beliau sebagai ketua pentadbir Islam di Selangor. Entah apa nasihat yang diberi kepada Sultan kita pun tak tahu sehingga Sultan pun melatah.

YB Khalid dah pun cerita bagaimana dia sibuk yakinkan nazir di sebuah masjid di PJ Selatan supaya menerima kunjungan Najib baru-baru ini atas platform UMNO (lihat di sini). Lepas tu Ustaz Wan Ji pula dah keluarkan salinan surat daripada Mufti Selangor kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS berhubung keharusan orang-orang bukan Islam masuk ke dalam masjid dan surau (lihat di sini).

Kalau kerja tak senonoh tu UMNO yang buat, Khusrin buat-buat tak nampak aje. Sebagai contoh aduan penduduk di SS5D Kelana Jaya berhubung UMNO menyalahgunakan sekolah KAFA (yang duduk di sebelah Surau Ittifaqiah) untuk dijadikan Bilik Gerakan UMNO SS5D. Dah bermacam aduan dibuat, dah berbuih mulut minta JAIS ambil tindakan, tetapi sampai hari ini JAIS tak buat apa.

Anak Bapa: Masih ingat lagi bagaimana penguatkuasa JAIS di bawah arahan Khusrin rampas (tendang pintu sampai pecah) Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya ketika di bawah Khir Toyo.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Laporan akhir isu iklan Aidilfitri TV3 2010..(video permohonan maaf dari TV3)

Posted: 05 Sep 2010 09:52 PM PDT



1. Berikut adalah sedutan rakaman video permohonan maaf dari pihak TV3 melalui slot Buletin Utama 5 Semtember 2010..

"BU 6 Sept 2010- Tv3 Mohon Maaf berkenaan Iklan Raya Santa Clause"



2. Dikhabarkan website official TV3 telah di hack oleh pihak tertentu gara-gara melulusterbitkan iklan yang mengguris perasaan dan akidah umat Islam..

http://www.google.com.my/interstitial?url=http://www.tv3.com.my/



3. Setakat ini, page rasmi Facebook 'TV3MALAYSIA' masih belum diaktifkan akibat asakan bertali arus rakyat Malaysia terhadap TV swasta berkenaan...

4. Selepas menyusuri perlbagai laman sesawang, blog, laman web, facebook dan lain2, ternyata TV3 kini sudah menjadi bahan/modal rakyat Malaysia untuk melepaskan geram sehingga pelbagai gambar/foto anti/boikot TV3 terhasil..






Kecaman demi kecaman diterima walaupun TV3 dikhabarkan telah menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri 2010..yang pastinya, kecaman ini datangnya juga dari ahli/peminat TV3 itu sendiri..

5. Walaupun permohonan maaf telah dibuat, namun masih ramai yg tidak puas hati cara pihak TV membuat permohonan maaf yang bagi mereka seolah2 'melepaskan batuk di tangga'..Antarnya ialah blogger "mahaguru58.blogspot.com" iaitu antara blogger terawal yang dikesan membangkitkan isu ini...

Mereka mendesak orang tertinggi TV3 ke hadapan mengemukakan permohanan maaf, termasuk menjelaskan motif sebenar penyiaran iklan khurafat ini..bukan hanya menyuruh orang bawahan (pemberita) yang memohon maaf kerana ia adalah melibatkan isu besar berkaitan akidah ummat..

Ini termasuklah mengenakan tindakan terhadap Datuk Farid Ridzuan, dan Pengarah Kreatif TV3, Douglas Kho Hong Seng...



6. Dibawah adalah iklan Aidilfitri 2010 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mendapat pujian ramai pihak..bagi penulis sendiri, video ini berjaya menyentuh hati dan perasaan penulis...tahniah diucapkan kpd PKNS..

"Iklan Raya PKNS 2010."



7. Mungkin isu ini adalah satu bentuk 'khifarah' dosa kepada TV3 termasuk juga pihak yang memperkudakan TV swasta ini demi kepntingan tertentu..yang pasti fenomena anti/boikot TV3 semakin membuak-buak tanpa mengira latar belakang, pengaruh politik dan lain2...semoga menjadi pengajaran dan pengiktibaran...sekian dimaklumkan...wallahua'lam

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Posted: 05 Sep 2012 12:35 AM PDT

RADIO DALAM PERCUBAAN

http://ijoks2009.listen2myradio.com

Akan di isi dengan kuliah,Kata-kata nasihat dari Ulamak,ceramah dan hiburan Islamik.
Akan keudara setiap jam 3 petang dan 10.30 malam jika saya ada kelapangan insyaallah..
Sebarang cadangan boleh dinyatakan dlm ruangan komen..

p/s: sila buka dengan Internet Explorer jika line tersekat.

Iran Buat Google Versi Islam

Posted: 05 Sep 2010 06:55 PM PDT

TEHERAN - Kerajaan Iran membangunkan enjin carian Internet sendiri bagi menggantikan enjin carian antarabangsa seperti Google, Yahoo atau Alta Vista.

Enjin carian terbaru yang dinamakan 'Ya Haq', yang bermaksud 'Ya Tuhan' dalam bahasa Farsi itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan pencarian yang lebih laju dan keselamatan maklumat yang lebih tinggi untuk komunikasi atas talian di negara itu.

Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Syarikat Teknologi Maklumat Iran, Hadi Malek-Parast berkata, Ya Haq akan sedia dilancarkan pada tahun 2012.

Menurutnya, projek tersebut adalah projek Intranet domestik yang berbeza dengan perkhidmatan Internet antarabangsa.:

Pegawai Teknologi Maklumat, Pujan Ziaie berkata, kerajaan Iran bukan sahaja membangunkan enjin carian, tetapi jua program Intranet, iaitu program seperti Internet dalaman bagi negara itu di mana pengguna akan mendapat akses kepada laman sesawang yang dibenarkan oleh kerajaan.

"Perbincangan mengenai pembangunan Intranet ini telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan dilakukan atas pendirian bahawa Internet merupakan senjata Barat.

"Jadi apa yang Iran sedang cuba lakukan bagi mengelakkan ancaman ini adalah dengan melakukan apa yang telah dilakukan oleh China," katanya.

 Sumber: Chananglahnie 

Ramadhan Sudah Ke Penghujung.

Posted: 05 Sep 2010 02:56 AM PDT

Sedar tak sedar,hari ini sudah 26 Ramadhan,rasa sekejab sahaja.
Sayu rasanya nak meninggalkan satu taman syurga.RBerada di bulan ramadhan ibarat kita berada dalam taman-taman syurga di bawah kasih sayang Allah.

Semoga sisa-sisa ramadhan yang ada ini kita manfaatkan untuk kebaikan bersama.
Selamat menunggu malam seribu bulan,selamat beramal.dan selamat hari raya saya ucapkan pada teman-teman blogger

Ustaz Al- Jauhary -http://aljauhary.blogspot.com/,

My sifu dalam dunia blogger Bujang Susah - http://rubbertapperz.blogspot.com/-,

Fazrin - http://diysteps.blogspot.com/

Muamar sungai Tong - http://keraspedal.blogspot.com

Naim Nikmat - http://naimnikmat.blogspot.com

Abang Ayid - http://ayid-manjaddawajada.blogspot.com

Kak Leha - http://anakmuaallaf.blogspot.com

My sifu dlm Ilmu Komputer Blogger Cuping Merah - http://cupingmerah.blogspot.com

My Sifu dlm Ilmu-ilmu Islam Ust.Saifun - http://saifunnizam.blogspot.com

Teman blogger satu negeri,blogger Kijang Merah - http://redkijang.blogspot.com

Blogger Jebat - http://jebatberani.blogspot.com

Yang saya hormati Ayahnda Mountdweller - http://mountdweller.blogspot.com

Teman blogger yang setia Mohamad Azhan - http://mohamadazhan.blogspot.com

Dan juga semua follower dan pembaca blog ini.
harap maaf jika ada nama-nama yang tercicir disini..Walau dimana jua anda berada kita adalah satu keluarga,kita semua adalah ibarat adik- beradik dalam satu keluarga Islam yang besar.
You are my friend. ;D

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BEZA KHIR TOYO DENGAN TAN SRI KHALID UMPAMA LANGIT DAN BUMI

Posted: 05 Sep 2010 09:00 PM PDT

Menteri Besar Perlu Kelulusan Mesyuarat Exco Sebelum
Terima Bonus Dari Syarikat Kerajaan Negeri

Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo sekali lagi membuktikan ketidakupayaan dan ceteknya ilmu pengetahuan beliau.

Kenyataannya berhubung bonus dan insentif yang ditolak Menteri Besar menunjukkan beliau tidak mampu membezakan antara organisasi korporat dan kerajaan.

Ini tidak menghairankan memandangkan pentadbiran yang baik tidak diamalkan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Ketika Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim berkhidmat di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.

Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan.

Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat.

Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri. Dalam keadaan seumpama itu, MB tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.

Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Sebagai Menteri Besar ketika itu, Dr Khir Toyo tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kedudukannya dan menerima faedah istimewa seperti bonus serta insentif.

Walaupun Tan Sri Khalid tiada alasan politik untuk menolak faedah istimewa yang ditawarkan kepadanya sebagai pengerusi di dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajan negeri tetapi sebagai Menteri Besar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, beliau enggan untuk meneruskan amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu.

Sebagai kerajaan yang menegakkan ketelusan serta kebertanggungjawaban, kerajaan Pakatan Rakyat percaya bahawa rakyat mesti dimaklumkan mengenai faedah istimewa dan bonus yang diberikan kepada wakil mereka yang memegang jawatan bukan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

UMNO boleh terus mewajarkan keputusan serta polisi tidak jujur yang telah mereka amalkan sejak 53 tahun lalu, tetapi saya ingin mengingatkan mereka bahawa rakyat kini lebih berpengetahuan dan tidak akan teragak-agak menghukum pemimpin yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan peribadi.

Dalam Islam bukan saja niat perlu betul, tetapi jalan yang digunakan, matlamat dan cara juga mesti mesti./TVSelangor

TUNKU SEBUT ORANG MELAYU TIDAK TAHU BERNIAGA - ZAINUDIN MAIDIN

Posted: 05 Sep 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ANAK Maidin (Zam) tetap mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini bahawa pemimpin PAS mahu Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama) merampas harta orang-orang Cina selepas peristiwa 13 Mei 1969. Baru-baru ini PAS meminta anak Maidin ini memohon maaf di atas kenyataan beliau itu atau pun menghadapi tindakan saman oleh Parti Islam tersebut.

Kita tidak kisah samada anak Maidin yang pernah ditertawakan kerana Bahasa Inggerisnya yang tunggang langgang itu mahu memohon maaf atau tidak kerana sudah tentu beliau mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Kenyataan terbaru beliau menyebut bahawa Almarhum Tunku sendiri memberitahunya betapa pemimpin PAS mahu Tunku merampas harta orang-orang Cina. Mengapa anak Maidin ini mahu melibatkan tokoh yang sudah mati ini di dalam kenyataannya? Betul atau tidak, Tunku telah pun tiada di dunia ini untuk menyokong dakwaan anak Maidin tersebut. Saya juga tidak pasti samada Osman Abadi yang dikatakan ada bersamanya sewaktu Tunku menyebut hal berkenaan masih hidup atau tidak.

Peristiwa 40 tahun lampau kini muncul disaat Umno kehilangan sokongan masyarakat Cina. Anak Maidin juga tidak menjelaskan secara tepat siapa pemimpin PAS yang mendesak Tunku agar merampas harta orang-orang Cina ketika itu. Beliau juga menjadikan sebuah buku yang diterbitkan sempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun sebagai dalil tuduhannya itu. Masalahnya bukan isu tersebut dibukukan atau di ulang cetak beribu kali, tetapi adakah benar peristiwa itu berlaku? Apatah lagi ia ada kaitan dengan akhbar Utusan. Sekarang ini semua kenal akhbar Utusan yang semakin meloyakan itu.

Saya menyokong penuh tindakan PAS menyaman anak Maidin berikutan kenyataan beliau tersebut. Mungkin anak Maidin akan berusaha memanggil saksi yang telah mati untuk menyokong dakwaannya itu dan juga sebiji buku yang menjadi dalil kenyataan beliau. Walaupun rakyat kenal benar dengan sistem kehakiman di negara ini, tetapi PAS tidak harus melepaskan anak Maidin ini di atas kenyataan yang merbahaya itu. Anak Maidin juga turut menyebut Tunku melabelkan orang-orang Melayu tidak tahu berniaga. Benarkah Tunku tergamak merendahkan martabat orang-orang Melayu sedemikian rupa? Seandainya benar, Tunku bukanlah pemimpin Melayu yang yakin dengan bangsanya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Serah Dokumen Sulit, Peguam Negara Berat Sebelah

Posted: 05 Sep 2010 01:08 PM PDT

Dokumen Akta Rahsia Rasmi sekalipun akan didedahkan sekiranya ia boleh membantu pembelaan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional di mahkamah.

Sebaliknya pelbagai kekangan dikenakan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan yang sama.

Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua, membidas sikap berat-sebelah Pejabat Peguam Negara yang beria-ria membantu pembelaan tertuduh dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang, Dr Ling Liong Sik.

Pasukan pendakwaraya bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan yang sama, bahkan begitu liat mahu menyerahkan dokumen perubatan dan sampel spesimen yang diminta Anwar Ibrahim bagi tujuan pembelaan dalam kes konspirasi dua.

" Saya nampak macam ada berat sebelah, kalau pembangkang minta walaupun dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,atau dalam kes PKFZ".

" Ini akan menjadi persoalan besar kenapa tindakan hanya dikenakan ke atas Ling Leong Sik tetapi tidak mengheret ahli-ahli politik yang lain ke mahkamah kerana mereka membuat keputusan bersama" ujar Tian kepada Tv Selangor.

3 September lalu, salah seorang peguam Ling, Wong Kan Kheong berhujah, dokumen-dokumen sulit berkenaan Zon Bebas Pelabuhan Klang diperlukan bagi membantu pembelaan anak guamnya.

" Pihak peguam bela memerlukan dokumen-dokumen seperti minit mesyuarat, pertemuan jawatankuasa kabinet dan kertas pasca kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972".

" Kita memerlukannya untuk mempersiapkan hujah bagi pihak pembelaan" katanya kepada mahkamah.

Pasukan pendakwaraya yang diwakili oleh Dzulkifli Ahmad pula berkata pihaknya boleh membantu mendapatkan dokumen yang diminta tertuduh, tetapi memerlukan sedikit masa dari mahkamah.

"Kami tidak keberatan ke awal lagi tetapi kami rasakan itu tidak mungkin kerana kita perlu waktu untuk bertindak pada beberapa permintaan dari pihak peguam bela," ujar Dzulkifli.

Mengulas lanjut, Tian tidak yakin kerajaan akan membekalkan dokumen-dokumen PKFZ yang boleh mengugat kedudukan pemerintah.

Ujarnya, sekiranya dokumen kabinet ini didedahkan, bukan hanya tembelang Ling Liong Sik sahaja yang terbongkar, sebaliknya keseluruhan kabinet akan diheret ke muka pengadilan.

" Saya nampak mungkin ini satu permulaan yang Ling Liong Sik mahu buktikan bukan dia seorang sahaja yang terlibat. Kalau dia minta supaya kertas kabinet ini didedahkan,akhirnya kalau kabinet rasa terugut, terancam, mereka mungkin tidak akan menjatuh hukuman yang berat kepada Ling Liong Sik supaya semua boleh selesai dengan cara dalam keluarga"./TVSelangor

PEMILIHAN PIMPINAN PKR - TAN SRI KHALID DICABAR

Posted: 05 Sep 2010 11:35 AM PDT

KUALA SELANGOR 5 Sept - Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor 2010 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akan dicabar oleh tiga lagi calon. Tiga calon yang telah mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua AMK Selangor, Mazli Saring,42; bekas Ketua Wanita Bahagian Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44. Pemilihan yang akan berlangsung pada 3 Oktober pada Mesyuarat Agong Tahunan Kuala Selangor 2010 itu turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain./PahangDaily

kalam Perantau

kalam Perantau


Kedudukan Supp dalam BN: Presiden jumpa PM

Posted: 05 Sep 2010 09:00 PM PDT

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) Tan Sri Dr George Chan setakat ini enggan mendedahkan hasil pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berhubung kedudukan parti tersebut dalam BN Sarawak.
Beliau berkata butiran pertemuan itu hanya akan didedahkan selepas berbincang dengan pemimpin utama Supp yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Tidak boleh beritahu anda (apa yang berlaku pada pertemuan tersebut) sekarang, tetapi jangan bimbang, anda akan tahu juga tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-45 Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak di Miri.

Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri Sarawak, bagaimanapun menyifatkan pertemuannya dengan Perdana Menteri sebagai “sangat baik dan berhasil”.

Supp, parti politik tertua Sarawak, menjadi perhatian beberapa minggu kebelakangan ini berikutan khabar angin yang menyatakan ia mahu meninggalkan BN Sarawak namun kekal sebagai parti komponen BN di peringkat persekutuan.
Ura-ura itu timbul selepas sesetengah anggota akar umbinya berpendirian tiada gunanya Supp berada dalam BN Sarawak jika isu yang dihadapi masyarakat Cina di negeri itu masih tidak dapat diselesaikan.

Pada pilihan raya negeri lalu pada 2006, Supp kalah lapan daripada 19 kerusi yang ditandinginya.

Parti tersebut turut gagal mempertahankan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil baru-baru ini di kawasan yang dianggap kubu kuat Supp sebelum ini.

- Bernama


Keluar BN: Keputusan di tangan presiden Supp

Posted: 05 Sep 2010 04:00 PM PDT

Persoalan sama ada masyarakat Cina di Sarawak tanpa wakil dalam kerajaan BN jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) memutuskan untuk menarik diri daripada BN, hendaklah ditujukan kepada presiden parti, kata naib presiden Supp Datuk Yong Khoon Seng.

Yong, yang juga timbalan menteri kerja raya berkata beliau tidak wajar untuk memberikan pandangannya mengenai isu itu pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan keseimbangan parti majoriti Cina itu, antara empat anggota parti campuran di Sarawak.

“Tidak ada arahan agar jangan bercakap tetapi apa sahaja yang melibatkan keputusan besar parti itu mestilah datangnya daripada presiden (Tan Sri Dr George Chan),” kata Yong kepada pemberita selepas melancarkan program “Mempopularkan Kibaran Jalur Gemilang” anjuran jabatan hal ehwal khas Sarawak, (Jasa) di India Street Pedestrian Mall di Kuching hari ini.

Bagaimanapun, Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu kerana beliau kini sedang bercuti di luar negara.

Semalam, timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Supp hendaklah memikirkan dengan serius mengenai masa hadapan masyarakat Cina di negeri ini sebelum membuat sebarang keputusan.
Abang Johari, yang juga menteri perumahan dan pembangunan bandar, dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang pemimpin bumiputera, beliau pasti mahukan masyarakat Cina diwakili dalam kerajaan kecuali Supp ingin melepaskan peluang itu.

Dalam menasihati Supp untuk bekerja keras bagi menawan semula kepercayaan masyarakat Cina, beliau berkata PBB tidak akan campur tangan dalam masalah itu kerana Supp mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berkemampuan untuk mengatasinya.

Supp gagal mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya negeri baru-baru ini sementara ia tewas dalam lapan daripada 19 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri 2006.

Terdahulu Yong berkata beliau yakin bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat pelbagai bangsa boleh diperkuatkan menerusi kibaran Jalur Gemilang, khasnya semasa sambutan Merdeka sebulan itu.

Sebanyak 1,200 bendera diedarkan kepada premis perniagaan di sepanjang India Street sebagai sebahagian kempen seluruh negara untuk menanamkan semangat patriotisme di kalangan penduduk bandar.


Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Balada Rempit : Mat Rempit Pun Ada Hati,Perasaan,Emosi,Sedih dan Patriotik

Posted: 05 Sep 2010 05:00 PM PDT

Tolong!Tolong!Api Itu Terbakar!Tolong!Tolong!Air Itu Telah Cair!

Posted: 05 Sep 2010 12:45 PM PDT

Justice For All

Justice For All


Najib : Rosmah Takpe, Teo Nie Ching Tak Boleh

Posted: 05 Sep 2010 09:00 PM PDT

Teo dalam Surau pakain kurang sopan langgar FATWA, salah, rosmah buka kepala luar Surau dan Mesjid langgar perintah ALLAH, tak salah ?, sorang Kafir sorang lagi Muslim tapi mempersenda Hukum dan langgar perintah ALLAH………Pppperghh !.

imageimage image Muslim tak tutup Aurat luar Surau dan Mesjid tak langgar Fatwa, tapi langgar Hukum Allah (first lady ada imunity ka ?), pemimpin Islam bini cam gini kita nak ikut ?.

Perempuan Muslim tak menutup aurat atau kurang sopan tak payah tunggu FATWA, Hukum nya sudah jelas Haram di sisi Islam. (bandingkan gambar atas dengan bawah dan bawah sekali apa beza ?).

imageteo nie berpakain korang sopan di ruang Solat Surau

imageini wanita pertama negara Islam 1Mesia dalam Surau

Bukan Muslim mati berkek alan dengan Kafir masuk Neraka, Muslim langgar perintah ALLAH mati nya sebelum Taubat, ALLAH janji neraka juga.

Najib menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu. (sumber)

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ada Berani Ke Najib Nak Jadi Seperti Ahmadinejad

Posted: 05 Sep 2010 08:21 PM PDT

Ahmadinejad ulangi amaran akan musnahkan Israel

DOHA 6 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mengulangi amarannya akan memusnahkan Israel sekiranya rejim Zionis Israel itu menyerang negaranya.

Beliau mengulangi amarannya ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini dalam rangka lawatannya ke negara ini.

"Jika mereka (Israel) bertindak menyerang Iran, ini bermakna bangsa Zionis juga akan hancur dan musnah di muka bumi ini.

"Namun, saya yakin Israel dan Amerika Syarikat (AS) tidak akan berani mengisytiharkan perang terhadap Iran kerana mereka sedar akan kekuatan kami," tambah beliau. - AFP

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Satu Lagi Kes Pembunuhan Berprofail Tinggi??

Posted: 05 Sep 2010 07:45 PM PDT

Kita doakan beliau selamat dan insaf. Tapi macam-macam boleh berlaku kat Malaysia yang tak selamat ini. Perompak pun nak raya juga, mereka tentu akan aktif merompak. Dan yang jadi mangsa adalah rakyat Malaysia. Kerana dipimpin BN yang membakul samphakan hukum Allah, hukum yang dapat mencegah jenayah daripada berleluasa.

Kehilangan Sosilawati timbul misteri

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.

Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank.

Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu.

Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

"Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini.

"Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.

Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.

"Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

"Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek," katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.

Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.

Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.

Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.

Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar difahami.

Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal.

Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.

Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu.

Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.

"Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,'' katanya menerusi SMS di sini hari ini.

Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain.

"Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,'' jelasnya lagi.

Ini beritanya lagi

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang bersama Sosilawati yang merupakan pengarah urusan dan pengasas syarikat produk kecantikan Nouvelles Visage itu ialah seorang peguam, pegawai bank dan pemandu wanita itu.

Mereka hilang bersama kereta BMW X7 milik Sosilawati.

Satu sumber berkata, sebelum hilang, Sosilawati yang merupakan bekas isteri penyanyi terkenal kumpulan Lefthanded, Jamaludin Elias atau lebih dikenali Nash dikatakan telah meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa.

Namun, selepas meninggalkan pejabat itu, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak.

Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Sosilawati dan Nash, 50, telah berkahwin pada 16 November 2006 sebelum bercerai secara sah dengan talak satu raji'e di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada 26 Mei 2009.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

SUPP Berkira-Kira Nak Keluar BN Bagi Menarik Sokongan Pengundi Cina

Posted: 05 Sep 2010 07:00 PM PDT

Keluar BN: Keputusan di tangan presiden Supp

Persoalan sama ada masyarakat Cina di Sarawak tanpa wakil dalam kerajaan BN jika Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) memutuskan untuk menarik diri daripada BN, hendaklah ditujukan kepada presiden parti, kata naib presiden Supp Datuk Yong Khoon Seng.

Yong, yang juga timbalan menteri kerja raya berkata beliau tidak wajar untuk memberikan pandangannya mengenai isu itu pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan keseimbangan parti majoriti Cina itu, antara empat anggota parti campuran di Sarawak.

"Tidak ada arahan agar jangan bercakap tetapi apa sahaja yang melibatkan keputusan besar parti itu mestilah datangnya daripada presiden (Tan Sri Dr George Chan)," kata Yong kepada pemberita selepas melancarkan program "Mempopularkan Kibaran Jalur Gemilang" anjuran jabatan hal ehwal khas Sarawak, (Jasa) di India Street Pedestrian Mall di Kuching hari ini.

Bagaimanapun, Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu kerana beliau kini sedang bercuti di luar negara.

Semalam, timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata Supp hendaklah memikirkan dengan serius mengenai masa hadapan masyarakat Cina di negeri ini sebelum membuat sebarang keputusan.

Abang Johari, yang juga menteri perumahan dan pembangunan bandar, dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang pemimpin bumiputera, beliau pasti mahukan masyarakat Cina diwakili dalam kerajaan kecuali Supp ingin melepaskan peluang itu.

Dalam menasihati Supp untuk bekerja keras bagi menawan semula kepercayaan masyarakat Cina, beliau berkata PBB tidak akan campur tangan dalam masalah itu kerana Supp mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berkemampuan untuk mengatasinya.

Supp gagal mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya negeri baru-baru ini sementara ia tewas dalam lapan daripada 19 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri 2006.

Terdahulu Yong berkata beliau yakin bahawa semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan masyarakat pelbagai bangsa boleh diperkuatkan menerusi kibaran Jalur Gemilang, khasnya semasa sambutan Merdeka sebulan itu.

Sebanyak 1,200 bendera diedarkan kepada premis perniagaan di sepanjang India Street sebagai sebahagian kempen seluruh negara untuk menanamkan semangat patriotisme di kalangan penduduk bandar.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Jahil - Ang Wann Sen

Posted: 05 Sep 2010 06:25 PM PDT

Malam semalam sempat dengar tazkirah daripada Ann Wan Seng di Masjid Al -Falah , seksyen 25 Shah Alam. Ann Wan Seng seorang aktivis sosial, pendakwah dan juga seorang penulis yang aktif menulis buku . Hampir 30 buku sudah dihasilkannya.

Beliau seorang Cina Muslim yang memeluk Islam hampir 14 tahun yang lalu. Beliau berkata ,"Nak panggil saya muallaf pun tak pa, tapi di Selangor lebih daripada 5 tahun dah tak layak dipanggil muallaf, jangan panggil saya Cina kafir sudahlah."

Antara lain dalam kuliah beliau berkata Islam bukan kepunyaan mutlak orang Melayu, Cina , India atau lain-lain bangsa atas muka bumi ini tapi Islam diturunkan diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia yang berada atas muka bumi ini.

Ketika mengulas isu ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke dalam surau yang timbulkan kontroversi, Ann Wan Seng berkata , bukan senang orang Cina yang bukan Islam nak hampiri masjid, sekarang bila Teo masuk surau menandakan orang bukan Islam sudah boleh terima Islam. Teo juga sudah minta maaf atas isu yang timbul dan beliau jahil dalam hal ehwal Islam . Yang peliknya kenapa orang Islam terus 'bantai' Teo yang jahil sepatutnya bukan kita dakwa beliau kita berdakwah kepada beliau.

Kata Ann Wan Seng lagi kalau orang bukan Islam tak boleh masuk surau dan masjid bagaimana pula dengan masjid-masjid lain yang boleh dilawati dan dibenarkan masuk kedalam masjid?Nabi Muhammad SAW yang dikasihi buka kota Madinah perkara pertama yang dilakukan Nabi ialah bina masjid supaya jadi tempat untuk semua urusan kehidupan. Ann Wan Seng juga mendakwa orang Cina paling ramai memeluk Islam berbanding kaum lain di Malaysia. Beliau juga berkata pernah memasuki perkampungan orang Asli dan ada orang asli yang berkata, " Saya 5 kali masuk Islam 6 kali masuk Kristian!"

Mengapa umat Islam besarkan perkara yang remeh temeh sedangkan isu murtad yang berlaku di kalangan umat Islam amat membimbangkan yang dah mencecah suku juta . Tidak ada agenda besar pihak berkuasa untuk menangani gejala murtad secara bersungguh-sungguh walaupun Malaysia ada 14 mufti satu jumlah yang paling banyak dalam dunia sedangkan negara lain satu negara satu mufti saja.

Umat Islam juga menjadi penentang kepada pelaksanaan hukum hudud sedangkan hukum hudud adalah hukum Allah. Umat Islam juga pertikai hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah tapi tidak pertikai pesalah syariah yang melakukan maksiat dengan menganggap hukuman mahkamah syariah sebagai zalim dan langgar hak-hak asasi manusia!

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Pemilihan PKR : Zaid ibrahim Difitnah, Senasib Dengan Ghafar Baba

Posted: 05 Sep 2010 05:31 PM PDT

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata ketika diterima masuk PKR setahun lalu, beliau digelar tetapi tetapi setahun kemudiannya "saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno".

Dalam satu kenyataannya hari ini, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata sejak beliau mengumumkan hasrat hendak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, "sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini".

"Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan (bekas menteri kewangan) Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat," katanya.

Zaid yang mengumumkan semalam hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden, bimbang selepas pemilihan parti nanti, beliau akan ditimpa nasib seperti yang dialami Tun Ghafar Baba pada 1993.

"Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh Umno sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri.

Katanya, jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk Umno dilupakan begitu saja semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi timbalan perdana menteri waktu itu.

"Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk," tegas Zaid dalam satu kenyataa.

Berikutan adalah kenyataan penuh Zaid:

Sejak saya umumkan hasrat nak bertanding jawatan dalam PKR minggu lepas, sibuk sekali mereka yang tidak selesa dengan keputusan ini. Ada yang cuba memberi upah kapada seorang blogger Melayu yang popular untuk memburukkan nama saya. Blogger itu diminta menulis yang saya akan membayar RM20 ribu kepada cabang yang mencalonkan saya, dan menulis bahawa saya kononnya orang suruhan Tun Daim Zainuddin untuk menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

Kesetiaan saya juga dipersoalkan oleh sesetengah ahli-ahli Parlimen PKR, tapi kesetiaan terhadap siapa itu tidak dijelaskan. Mungkin saya ini tidak setia kepada perjuangan parti, atau kepada pemimpin tertinggi parti. Entahlah. Mungkin ahli-ahli Parlimen ini akan menjelaskan mengapa saya tidak boleh disokong hari Isnin ini dalam sidang akhbar mereka untuk mengumumkan sokongan mereka kepada gandingan hebat Anwar Ibrahim-Azmin Ali. Saya dengar Presiden Wan Azizah juga akan diminta berundur.

Pelik sungguh tabiat dan tindakan mereka ini. Semasa saya diterima masuk setahun dahulu saya digelar wira, seorang orang yang berani dan berprinsip, pejuang politik yang tidak mementingkan jawatan dan kedudukan. Dua belas bulan kemudian saya sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan akan menjual parti kepada UMNO. Tuduhan terhadap peribadi saya juga ditingkatkan. Teringat saya semasa di Hulu Selangor dulu, cuma masa itu UMNO yang membelasah saya.

Jawapan saya begini: Saya masuk Keadilan kerana saya mahukan parti ini berganding dengan Pakatan untuk mengubah budaya dan kuasa politik di negara ini supaya rakyat Malaysia mempunyai Kerajaan yang berlaku lebih adil dan saksama kepada rakyat jelata. Dalam perjuangan ini, kesetiaan saya tidak berganjak seinci pun. Malah semangat saya lebih kuat. Sebab itu saya ingin menawarkan diri untuk bertanding; manalah tahu kalau ahli-ahli Keadilan terpanggil untuk melihat perubahan dalam parti ini dan menyokong gandingan Anwar Ibrahim-Zaid Ibrahim. Kita tidak boleh mengubah budaya politik dan meningkatkan tahap pentadbiran negara kalau parti kita sendiri tidak mempraktikkan prinsip-prinsip yang kita laungkan itu. Saya akan huraikan semasa berkempen nanti.

Memang saya tidak setia membuta tuli. Saya menganggotai sebuah organsasi politik yang demokratik, sebuah parti yang terbuka untuk dikritik; bukan sebuah "cult organsation" yang sentiasa mendewakan pemimpin agung mereka. Saya sokong pemimpin yang benar dan bijak, dan saya sanggah pemimpin yang berpura-pura. Kalaulah ini bererti saya tidak setia saya rela dihukum oleh ahli-ahli nanti.

Ada yang memberi amaran bahawa saya akan dikuburkan seperti Ghafar Baba. Saya teringat lagi peristiwa 1993 di mana Tun Ghafar dibelasah oleh UMNO sehinggakan pencalonannya tidak mencukupi dan terpaksa menarik diri. Jasa seorang ketua yang berkhidmat setia untuk UMNO dilupakan begitu saja. Sedikit penghormatan dengan memberi pencalonan kepada dia pun UMNO tidak sanggup. Semata-mata kerana ada wira baru yang handal masa itu, iaitu Anwar Ibrahim. Saya tidak lupa melihat wajah muram dan lesu Pak Ghafar di Masjid Telipot Kota Bharu, keseorangan di tangga masjid walaupun masih lagi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Saya bersalam dan beritahu beliau saya tewas di Kota Bharu masa itu dalam pemilihan Bahagian dan tidak dapat menolongnya. Dia mengangguk.

Kalau nasib saya seperti Pak Ghafar pun saya rela. Dalam perjuangan politik saya, sifirnya mudah. Kalau benar saya sokong, kalau palsu saya bantah.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

TV3 Tarik Balik Iklan Kristian.Apapun TV3 Perlu Diseret Ke Mahkamah Syariah Untuk Elak Perkara Sama Berulang

Posted: 05 Sep 2010 04:43 PM PDT

TV3 Suku tarik balik iklan kristian mereka. Nampaknya kuasa rakyat mengatasi segala-galanya (sini). Tak perlu Perkose & Ibrahim Katak bertindak pun, TV3 dah takut. Apapun untuk elak perkara ini berulang, TV3 patut didakwa di Mahkamah Syariah atas kesalahan menghina islam di bawah Akta Enakmen Kesalahan Jenayah Wilayah Persekutuan. Jangan biarkan si pelampau kristian ini bersarang kat dalam TV3

TV3 tarik balik iklan Aidilfitri

KUALA LUMPUR: TV3 menarik balik penyiaran iklan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen berkenaan selepas menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.

Sehubungan itu, pihak TV3 memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan.

Tindakan ini diambil selepas mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami menghargai maklum balas yang diterima itu.

Dalam hal yang sama, beberapa langkah sedang dan akan diambil untuk mengelak perkara yang sama berulang, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan berkenaan yang pertama kali di siarkan pada 3 September lalu ditarik balik serta-merta selepas menerima pelbagai reaksi melalui emel dan SMS daripada penonton.

Pihaknya turut berterima kasih kepada penonton yang sudi memberi maklum balas mengenai perkara berkenaan.

Pemilihan PKR : Khalid Ibrahim Bakal Dicabar

Posted: 05 Sep 2010 01:50 PM PDT

Baguslah..biarkan demokrasi bertunas dengan baik dalam PKR

Pemilihan Bagi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, Tan Sri Khalid Di Cabar Tiga Calon Lain

KUALA SELANGOR 5 Sept - Pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor 2010 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akan dicabar oleh tiga lagi calon.

Tiga calon yang telah mengesahkan pencalonan mereka ialah bekas Ketua AMK Selangor, Mazli Saring,42; bekas Ketua Wanita Bahagian Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman, 51, dan pesara guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah, 44.

Pemilihan yang akan berlangsung pada 3 Oktober pada Mesyuarat Agong Tahunan Kuala Selangor 2010 itu turut menyaksikan lebih 100 pencalonan untuk jawatan-jawatan lain.-pdo

Kesesakan Lalu Lintas Paling Teruk Di Dunia

Posted: 05 Sep 2010 11:45 AM PDT

Lebuh raya Beijing sesak lagi lebih teruk

BEIJING - Selepas bergerak lancar sejak awal bulan ini, pemandu kenderaan berat di Beijing sekali lagi menempuh kesesakan untuk kali ketiga dalam tempoh dua bulan dan kali ini lebih teruk sehingga menjangkau sejauh 130 kilometer.

Pihak berkuasa China menganggarkan lebih 10,000 buah trak, sebahagian besarnya ialah lori pengangkut arang batu dari wilayah Inner Mongolia dekat sini, langsung tidak dapat bergerak di lebuh raya Beijing-Tibet sejak kelmarin.

Ia sekali lagi dikesan berpunca akibat daripada kerja penyelenggaraan di lebuh raya baru yang dibina selari dengan laluan sedia ada dan memaksa pihak polis segera membina lorong lencongan alternatif untuk menyuraikan kesesakan itu.

Kali pertama kesesakan terburuk berlaku pada 14 Ogos lalu melibatkan jarak 100 kilometer yang berakhir 10 hari kemudian dan disusuli kesesakan kedua pada 27 Ogos sejauh 30 kilometer yang berakhir awal September lalu. - Agensi

China traffic jam

Please turn on JavaScript. Media requires JavaScript to play.

 

Click to play

Click to play

Pemilihan PKR Kecoh

Posted: 05 Sep 2010 10:21 AM PDT

PKR jangan jadi macam UMNO dah la..

TKPM 1 Mansor Osman Tercabar di Permatang Pauh

Pemilihan Cabang Permatang Pauh tiba-tiba gempar bila TKM 1 Mansor Othman yang baru menjadi ahli Keadilan Cabang Permatang Pauh (sebelum ini Balik Pulau) menawarkan diri menjadi calon Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh telah dicabar oleh Timbalan P.Pauh sedia ada (Pak Tam) yang kini sakit dan Setiausaha P.Pauh (Roslai). Ini bermakna akan ada pertandingan 3 penjuru. Persoalannya mampukah TKM 1 menang dalam pertandingan ini atau mungkin juga ada kompromi. Yang lebih memeranjatkan borang pencalonan Roslai di sokong oleh Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh merangkap Ketua AMK P.Pinang. Apa sudah jadi, adakah AMK Permatang Pauh sedang bergolak dengan TKM 1 yang juga adalah ADUN Penanti. Mengapa Amir Ghazali menyokong percalonan Roslai menjadi persoalan besar. Apakah ini satu isyarat jelas kepada TKM 1 P.Pinang bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedangkan hasrat TKM 1 P.Pinang untuk menjadi calon Timbalan Ketua Permatang Pauh bukan perkara baru tetapi sudah lama perkara ini diketahui. Hanya Amir Ghazali yang boleh menjawab persoalan ini. Mengapa, kenapa, pasai apa, awatnya, apa hal, apa kes...semua ini kena tanyalah Amir Ghazali. Biar beliau yang jawab. Amir Ghazali berada dalam keadaan selesa sebab beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua AMK Permatang Pauh, syabas dan tahniah sharpshooter ucapkan. Begitu juga dengan penyokong tegar Pak Tam yang bermati-matian mahukan Pak Tam dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Hingga ada yang berkata.."kalau Pak Tam berada di Hospital pun kami akan mengundi Pak Tam dan akan pastikan Pak Tam menang"...hai pelik benar bunyi ni... Namun begitu dari awal lagi sharpshooter meramalkan sudah pasti tidak akan ada pertandingan untuk jawatan tersebut kerana Anwar Ibrahim sudah pasti akan mengambil tindakan sesuatu untuk selesaikan kemelut ini. Anwar Ibrahim sudah pasti tidak mahu TKM 1 P.Pinang mungkin tersungkur di Permatang Pauh. Hari ini ternyata ramalan sharpshooter benar, kompromi telah berlaku dan kemungkinan besar Mansor Othman akan menang tanpa bertanding. Tetapi yang peliknya tiba-tiba nama sharpshooter pula naik sebab kononnya ini semua perancangan sharpshooter. Pulak dah..ini satu fitnah yang jahat..sejak bila, di mana, dengan siapa sharpshooter merancang dan mengatur strategi untuk menjatuhkan Mansor Othman di Permatang Pauh. Prinsip sharpshooter mudah..kalau ya katakan ya..kalau tidak mana mungkin saya nak mengaku. Mengapa nama sharpshooter pula dikaitkan dalam pemilihan di Permatang Pauh? Sharpshooter kini adalah ahli di Cabang Batu Kawan setelah YB Law Choo Kiang dan YB Ong Chin Wen meminta sharpshooter berpindah dari Kepala Batas ke Batu Kawan kerana menjadi Pembantu Khas/Pegawai Seranta Adun Bukit Tengah. Sharpshooter juga tidak bertanding mana-mana jawatan pun dalam Cabang Batu Kawan cuma berhasrat bertanding sebagai Pengerusi Tetap AMK Pusat sahaja. Semasa di sekolah politik sesi pertama, sharpshooter memang menjadi speaker Dewan Sekolah Politik di Pantai Morib kendalian IKD di bawah Pengetua Khalid Jaafar. Rasa terkilan juga sebab mengapa nama sharpshooter dikaitkan dengan pemilihan jawatan Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh. Benar sebelum ini dalam artikal sharpshooter ada mencuit sikit TKM 1, tetapi itu berkenaan tentang isu-isu yang panas yang timbul di P.Pinang seperti Peniaga Bazar Ramadhan, isu Melayu di Kg Asam, isu roboh gerai Melayu dan berbagai lagi isu yang berbangkit tentang isu Melayu di P.Pinang tetapi suara dan tindakan TKM 1 agak tenggelam dan rakyat berharap mendapat pembelaan TKM 1 P.Pinang. Benar sebelum ini ada aduan dan bahan bukti sharpshooter adukan kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah tetapi hingga sekarang tidak ada apa-apa tindakan. Adakah sharpshooter akan dedahkan dalam blog ini?...jawapannya tidak.... Adakah sharpshooter akan muncul di TV3 seperti kes Fairus dahalu?...jawapannya tidak.. Adakah shapshooter berharap saluran dalaman dapat selesaikan?..jawapannya ya... Adakah sharpshooter masuk campur dalam pemilihan jawatan Timbalan di Permatang Pauh?...jawapannya tidak.. Adakah sharpshooter bermusuh dengan TKM 1?...jawapannya tidak... Siapakah calon ketua AMK Pusat pilihan sharshooter? jawapannya mudah..Chegu Bard... Apa pandangan Sharpshooter tentang Shamsul Iskandar?..jawapannya beliau adalah calon terbaik Bakal Ketua Menteri Melaka termuda dan sudah pasti jawatan yang paling sesuai untuk Shamsul Iskandar bertanding adalah Naib Presiden. Sharpshooter akan berkempen dan pastikan semua AMK menyokong penuh dan akan pastikan Shamsul Iskandar menang. Jadi jelas dan terang lagi bersuluh sharpshooter katakan dan sharpshooter bukan jenis talam dua muka atau "main selamat" atau jenis baling batu sembunyi tangan seperti "Senator Raja Silat Pulut Terbaik P.Pinang" - dari din binjai aka sharpshooter

12 Bukti Kebiadapan Iklan TV3 Menghina Islam

Posted: 05 Sep 2010 09:12 AM PDT

Macam-macam zaman Najib ni..ajaran murtad berleluasa, sampaikan boleh masuk TV lagi. Mufti perlu bertindak, bukannya membabi buta dalam isu bukan islam masuk ke masjid sahaja. Sultan sebagai ketua agama jangan jadi malas. Perlu keluarkan titah minta individu yang bertanggungjawab ke Mahkamah Syariah kerana menghina islam. Buktinya jelas ada di bawah ini...

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

ca) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian 

Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

 

Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4- Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

a) Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

a) Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

a) Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

b) Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

a) Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Seolah-olah Perlakuan Biadab

 

Scene 12 - Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).

Si Pemfitnah Khutbah Doa Lim Guang Eng Bakal Diheret Ke Mahkamah

Posted: 05 Sep 2010 08:50 AM PDT

Saman..jangan tak saman. Fitnah ni bererti mencemarkan reputasi seseorang. Jika reputasi kita terjejas, jelas wujudnya fitnah. Dan di Mahkamah nanti, Khatib Zakaria tak perlu bawa beban bukti. Yang perlu bawa beban bukti adalah orang yang menfitnahnya..

Khatib Zakaria saman dua akhbar, seorang pemimpin Umno selepas Aifilfitri

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Zakaria Ahmad, khatib yang dikaitkan dengan isu khutbah Pulau Pinang bulan lalu berkata, beliau sudah mengambil keputusan muktamad untuk memfailkan saman fitnah terhadap dua akhbar harian dan seorang pemimpin Umno negeri itu selepas sambutan Aidilfitri.

"Saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman fitnah selepas pihak-pihak terbabit enggan memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan reputasi saya sebagai seorang khatib," kata Zakaria ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Mula-mula saya memberi mereka yang mengeluarkan kenyataan tidak betul tentang diri saya selama dua hari untuk mohon maaf, tetapi meskipun saya menanti sehingga kira-kira seminggu, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon maaf... jadi saya memutuskan untuk mengambil tindakan saman.

"Peguam saya sedang menguruskan perkara ini, dia sedang meneliti segala kandungan kenyataan mereka," kata beliau lagi.

Kata Zakaria, sekurang-kurangnya jika mereka meminta maaf beliau bersedia untuk memaafkan lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan sekarang.

"Saya seorang ahli PAS dan seorang yang beragama Islam saya sanggup untuk memaafkan mereka... Islam mengatakan kita harus memaafkan orang lain jika mereka memohon maaf, tetapi malangnya walaupun mereka telah memfitnah saya tetapi enggan memohon maaf," kata beliau lagi.

Zakaria tidak menolak untuk memaafkan mereka jika tampil memohon maaf secara terbuka sebelum 1 Syawal.

Sebelum ini, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan, ia tidak salah di sisi agama.

"Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

"Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya.

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana memberi bimbingan kepadanya.

Isu membaca doa didakwa menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Pada 21 Ogos lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan dari Umno, Shabudin Yahaya berkata doa yang dibacakan oleh khatib pada khutbah kedua solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora 25 Jun lalu dibuat dalam bahasa Melayu.

Kandungan doa itu adalah meminta Ketua Menteri terus kekal dan berjaya mentadbir negeri Pulau Pinang selain tidak menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abas.

Shabudin menafikan dakwaan kononnya berlaku salah faham dalam kalangan jemaah yang tidak memahami doa kerana ia dibacakan dalam bahasa Arab.

Menurut Shabudin, biasanya doa dalam khutbah dibaca untuk ketua agama negeri seperti Yang di-Pertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri dan tidak melibatkan unsur-unsur lain.

Shabudin mendakwa Zakaria tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. - TMI

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Peguam Negara Kangaroo, Si Ghani Patail Berperangai Macam Yahudi Laknatullah

Posted: 05 Sep 2010 08:04 AM PDT

Serah Dokumen Sulit, Peguam Negara Berat Sebelah

Dokumen Akta Rahsia Rasmi sekalipun akan didedahkan sekiranya ia boleh membantu pembelaan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional di mahkamah.

Sebaliknya pelbagai kekangan dikenakan sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan yang sama.

Sikap berat-sebelah Pejabat Peguam Negara di bidas kerana ia beria-ria nak membantu pembelaan tertuduh dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang, Dr Ling Liong Sik.

Pasukan pendakwaraya bagaimanapun tidak menunjukkan kesungguhan yang sama, bahkan begitu liat mahu menyerahkan dokumen perubatan dan sampel spesimen yang diminta Anwar Ibrahim bagi tujuan pembelaan dalam kes konspirasi dua.

Kita nampak macam ada berat sebelah, kalau pembangkang minta walaupun dari Datuk Seri Anwar Ibrahim,atau dalam kes PKFZ

Ini akan menjadi persoalan besar kenapa tindakan hanya dikenakan ke atas Ling Leong Sik tetapi tidak mengheret ahli-ahli politik yang lain ke mahkamah kerana mereka membuat keputusan bersama.

3 September lalu, salah seorang peguam Ling, Wong Kan Kheong berhujah, dokumen-dokumen sulit berkenaan Zon Bebas Pelabuhan Klang diperlukan bagi membantu pembelaan anak guamnya.

Pihak peguam bela memerlukan dokumen-dokumen seperti minit mesyuarat, pertemuan jawatankuasa kabinet dan kertas pasca kabinet di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972".

"Kita memerlukannya untuk mempersiapkan hujah bagi pihak pembelaan" katanya kepada mahkamah.

Pasukan pendakwaraya yang diwakili oleh Dzulkifli Ahmad pula berkata pihaknya boleh membantu mendapatkan dokumen yang diminta tertuduh, tetapi memerlukan sedikit masa dari mahkamah.

"Kami tidak keberatan ke awal lagi tetapi kami rasakan itu tidak mungkin kerana kita perlu waktu untuk bertindak pada beberapa permintaan dari pihak peguam bela," ujar Dzulkifli.

Kita juga tidak yakin kerajaan akan membekalkan dokumen-dokumen PKFZ yang boleh mengugat kedudukan pemerintah.

Sekiranya dokumen kabinet ini didedahkan, bukan hanya tembelang Ling Liong Sik sahaja yang terbongkar, sebaliknya keseluruhan kabinet akan diheret ke muka pengadilan.

Kita nampak mungkin ini satu permulaan yang Ling Liong Sik mahu buktikan bukan dia seorang sahaja yang terlibat. Kalau dia minta supaya kertas kabinet ini didedahkan,akhirnya kalau kabinet rasa terugut, terancam, mereka mungkin tidak akan menjatuh hukuman yang berat kepada Ling Liong Sik supaya semua boleh selesai dengan cara dalam keluarga.

Rakyat secara umumnya memang tidak suka dengan Peguam Negara ini. Tetapi UMNO BN memandang beliau sebagai satu aset bernilai untuk selamatkannya.

Oleh itu Najib belum lagi rela melepaskan Gani Patail, selagi kes liwat 2 tidak selesai. Kerana nama "Anwar" amat menghambatnya.

Nama dan rekod Gani Patail semakin hari semakin hanyir. Kita yakin apabila Pakatan Rakyat memerintah, salah seorang yang TETAP masuk penjara ialah Gani Patail.

Banyak hal yang kalau diselongkar, begitu busuk manusia yang bernama Gani Patail ini.

Kerana kebusukan itulah, Gani Patail perlu letak jawatan segera. Jika tak mahu, Najib perlu pecatnya. Jika tak pecat, rakyat yang akan melakukannya. Jika rakyat belum berkemampuan, Tuhan tetap akan membalasnya. Balasan Tuhan terhadap perkara yang buruk lebih dasyat. Sedasyat Rahim Nor dan Musa Hassan yang dipaksa turun dari kerusi KPN.-(sumber)

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Khir Toyo Sebijk Macam Pak Pandir

Posted: 05 Sep 2010 06:56 AM PDT

Nak kata Khir toyo ni bodoh..tak baik pula..apapun nilailah sendiri kenyataan Khir Toyo ini..kalau ada orang nak kata Khir Toyo bodoh..katalah..itu kebebasan bersuara anda. Apapun Khir toyo memang sesuai masuk raja lawak. Ganti sayfool Apek pun boleh. Tapi janganlah main dadah pula. Makan tempe, ok. Lawaklah betulah bekas MB Selangor ni. Nak ke rakyat Selangor bermenteri besarkan seorang pak pandir macam Khir Toyo..hanya orang Felda yang dah nazak je jawab..nak..

Laki bini memang suka rembat duit haram..Ini yang Khir toyo kata..seperti dilaporkan oleh Sinar Harian

Khalid sengaja tunjuk baik"

Kata Mohamad Khir lagi, Abdul khalid yang pernah menjadi pengerusi kepada GLC sebelum dilantik menjadi Menteri Besar pernah menerima insentif berkenaan.

"Dia pernah menerima pemberian insentif serupa semasa menjadi pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie Berhad.

"Tetapi kenapa bila menjadi Menteri Besar dia berpura-pura terkejut dan enggan menerima pemberian insentif daripada PKNS itu," katanya. -SH

Dan ini pula jawapan dari Khalid Ibrahim

"Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (berkhidmat) di PNB dan Guthrie beliau merupakan eksekutif sepenuh masa, seterusnya berhak menerima bonus dan faedah istimewa oleh pemegang saham dua syarikat berkenaan.

"Bagaimanapun, sebagai Menteri Besar, kedudukannya di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan negeri merupakan jawatan bukan eksekutif, bererti tiada hak untuk mendapat faedah istimewa berbentuk kewangan seumpama itu.

"Mungkin Dr Khir Toyo tidak sedar bahawa jika seseorang memegang jawatan bukan eksekutif, tidak bermakna beliau bekerja untuk syarikat berkenaan. Jika beliau tidak mengetahui perkara itu, saya ingin memaklumkannya bahawa seseorang yang memegang jawatan bukan eksekutif sekadar mewakili pemegang saham untuk memantau kebajikan syarikat," jelas beliau.

Kata Faekah lagi, Menteri Besar tidak diwajibkan memegang kedudukan bukan eksekutif dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, jelas beliau, faedah istimewa hanya boleh diberikan jika diluluskan Exco Negeri.

Dalam keadaan seumpama itu, Menteri Besar tidak akan menghadiri mesyuarat berkenaan disebabkan oleh konflik kepentingan.

"Menteri Besar bercadang untuk merujuk isu ini kepada Dewan Negeri Selangor bagi membolehkan semua wakil kerajaan negeri berdebat sama ada bukan eksekutif berhak menerima faedah istimewa dan bonus serupa dengan eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri.

Lawak kan..Khir Toyo kalau daj kaki 4D (sini), tak boleh nak samakan orang yang bukan kaki 4D. Khalid Ibrahim bukan macam Khir toyo, yang hanya duduk diam dapat duit. Khalid Ibrahim bekerja siang malam, memang layaklah dia dapat bonus dari Guthrie dan PNB. Khir Toyo??? Goyang kaki dapat duit..Memang dasar toyol betul..

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Buat Bilik Gerakan Di Sekolah Agama..Bukti Jelas JAIS Balaci UMNO

Posted: 05 Sep 2010 05:18 AM PDT

Ini berita gembar..lebih gempar dari bukan islam masuk masjid. Gempar kerana apa. Ada parti lawan Allah,. buat bilik gerakan kat kawasan masjid. Ini pendedahannya..

Dari blog Anak Bapa

Bilik Gerakan UMNO di sekolah KAFA Kelana Jaya

Anak Bapa dah cakap sebelum ini bahawa Pengarah JAIS sememangnya balaci UMNO. Apa taknya. Apa saja yang menyentuh kepentingan UMNO dia akan tangkas bertindak umpama hero filem Tamil. Hujah dan kenyataannya tidak langsung mengambarkan kedudukan beliau sebagai ketua pentadbir Islam di Selangor. Entah apa nasihat yang diberi kepada Sultan kita pun tak tahu sehingga Sultan pun melatah.
YB Khalid dah pun cerita bagaimana dia sibuk yakinkan nazir di sebuah masjid di PJ Selatan supaya menerima kunjungan Najib baru-baru ini atas platform UMNO (lihat di
sini). Lepas tu Ustaz Wan Ji pula dah keluarkan salinan surat daripada Mufti Selangor kepada Ketua Penolong Pengarah JAIS berhubung keharusan orang-orang bukan Islam masuk ke dalam masjid dan surau (lihat di sini).

Kalau kerja tak senonoh tu UMNO yang buat, Khusrin buat-buat tak nampak aje. Sebagai contoh aduan penduduk di SS5D Kelana Jaya berhubung UMNO menyalahgunakan sekolah KAFA (yang duduk di sebelah Surau Ittifaqiah) untuk dijadikan Bilik Gerakan UMNO SS5D. Dah bermacam aduan dibuat, dah berbuih mulut minta JAIS ambil tindakan, tetapi sampai hari ini JAIS tak buat apa.
Anak Bapa: Masih ingat lagi bagaimana penguatkuasa JAIS di bawah arahan Khusrin rampas (tendang pintu sampai pecah) Masjid Al-Hidayah SS3 Kelana Jaya ketika di bawah Khir Toyo. (sumber)

Sebab itulah Pemuda PAS desak si pengerus JAIS yang jahil ni letak jawatan..

Pemuda Pas desak Pengerusi Mais, Pengarah Jais undur

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor, semalam menyerahkan memorandum menuntut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi meletakkan jawatan.

Timbalan Ketuanya, Zaidy Abdul Talib berkata, tuntutan dibuat selepas pihaknya kecewa kerana Mohamad Adzib dan Mohammed Khusrin gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa berdepan isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang, baru-baru ini.

"Kedua-dua mereka gagal menasihati dan memberikan penerangan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hukum Islam yang sebenar terutama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan golongan bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid.

"Akibatnya, Sultan Selangor seolah-olah telah terlibat dan berpihak dalam politik kepartian dan tindakan mereka menjejaskan nama baik Tuanku dan istana," katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar.

Dakwa Penerbit Iklan Khurafat Raya TV3 Ke Mahkamah Syariah

Posted: 05 Sep 2010 04:07 AM PDT

Memalukan!!. Sekali lihat sahaja sudah nampak unsur Santa Claus yang cuba ditimbulkan. Harap Menteri Penerangan gantung lesen TV3 selama setahun kerana menghina Umat Islam di Malaysia. Kalau Rais Yatim bacul, kita pakat boikot TV3 selama setahun. Kalau ada orang bakar stesen tv3 ni pun bagus juga..

Jelas bahawa iklan yang disiarkan oleh tv3 ini mempunyai unsur-unsur agama kristian dan hindu. Ini bukan sahaja diakui oleh PAS, tapi oleh orang biasa (mungkin remaja yang sukakan hiburan). Dilaporkan dalam group facebook 'TV3MALAYSA', terdapat banyak kecaman daripada rakyat Malaysia hinggakan facebook itu ditutup.

Bahkan pada hari esok (Isnin, 6 Sept), jam 12 tengah hari, Satu memorandom bantahan akan diserahkan oleh admin/creator facebook 'KAMI MEMBANTAH PROMO IKLAN RAYA AIDILFITRI TV3 2010' di Sri Pentas..ini bukan Pas yang anjur, tapi remaja yang prihatin akan islam.

Dan diberitakan bahawa iklan khurafat itu telah ditarik balik oleh TV3. Setakat tarik balik tanpa minta maaf buat apa? Kita nak TV3 digantung macam Sarawak Tribune yang hina islam dengan siarkan karikatur hina Nabi. Kita desak Tv3 digantung selama sebulan dan produser yang terlibat bina iklan kafir itu didakwa di Mahkamah Syariah.

Ini pula berita Dewan Pemuda PAS akn tampil ke hadapan untuk membela islam yang dilacurkan oleh TV3 dan UMNO ini..nak tanya juga, mana perginya Perkose, GPMS dan UMNO yang lantang sebelum ni halang bukan islam masuk masjid??

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita.Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula diges memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat uamat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam.

Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3.Hrkh

Dan ini pula senarai scene yang jelas menghina islam

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 4 dan 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab

taken from Yusrizan Usop

(sumber diangkat dari facebook)

Gempar!! Blog Indonesia Kata Malaysia & UMNO Suka Menciplak

Posted: 05 Sep 2010 03:34 AM PDT

Malaysia dituduh suka menciplak. Kali ini tengoklah sendiri sebuah blog Indonesia yang menyatakan bahawa Malaysia suka menciplak bangunan dan juga bendera...UMNO pun kena tuduh menciplak bendera Indonesia..(betul jugak tu)

Tahukah anda tentang bangunan yang diagung agungkan Malingsia, yaitu Petronas ??? Ya, menara kembar itu memang terlihat Indah dan Megah, Tapi tahukah anda Petronas adalah Pembesaran dari Seni Arsitektur Indonesia di zaman Majapahit yaitu Candi Prambanan ???

Coba kita bandingkan ... Mirip sekali ... ternyata dia tak cuma jago Mencuri, tapi juga Plagiat !!!

Tak hanya Petronas, kenalkah anda dengan monumen Nasional Malingsia ??? Lihatlah, mirip sekali dengan Monumen Iwo Jima untuk mengenang korban perang dunia II, mugkin perbedaannya terletak pada arah memegang benderanya.

Tak hanya itu, tahukah anda dengan menara KL ??? bangunan itu diadaptasi dari menara CN tower yang ada di Kanada.

Dasar maling ... bangun bangunan saja tak bisa ... Apa Kata Dunia ??? Sudah Maling, Plagiat Pula ...weleh weleh ... (sumber)

Ada juga sesi tutorial membina imej ganyang malaysia kat blog itu..

Pertama, Sediakanlah sebuah bendera Amerika Serikat dan bendera Turki.
Kedua, hapuslah 50 bintang di Star Spangled banner, tambahkan satu garis putih dibawahnya dan buatlah Bintang di bendera Turki menjadi 14 sisi serta warnai bulan dan bintang dengan warna kuning
Ketiga, pindahkanlah bulan dan bintang ke kotak biru, dan jadi seperti ini (gambar 3) Jalur Bergelimangan selesai, Untuk mempercantik, berikanlah hiasan api dibawahnya

* UMNO ni memang ramai yang tak suka. Kat dalam negara orang dah benci, di negara luar pun orang turut benci

Tok Guru Lawat Suami Mangsa Pembunuhan Kejam

Posted: 05 Sep 2010 02:42 AM PDT

Tok Guru melawat suami mangsa pembunuhan kejam, Norliza Ishak, 35, yang mati dibunuh bersama anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10. Memang kejam penyamun sekarang. Ini semua salah UMNO Laknatullah..Tong sampahkan hukum Allah, menyebabkan penjenayah bebas membuat jenayah tanpa segan silu. Kita doakan pembunuh dan UMNO Laknatullah mendapat balasan yang setimpal. Amin

Ustazah, anak dibunuh dalam bilik air

 

POLIS memeriksa flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson (anak panah) tempat Norliza dan anaknya Amirul Ayman ditemui mati dibunuh semalam.

'Dah beli tiket balik raya'

PORT DICKSON: "Norliza sepatutnya naik bas malam ini (Jumaat) untuk pulang menyambut Aidilfitri di Kelantan. Dia menunjukkan tiket bas kepada saya dan saya berjanji menghantarnya ke stesen bas," kata Norhayati Zainuddin, 25, rakan Norliza Ishak, 35, yang mati dibunuh bersama anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, semalam.

ANGKAT...polis mengangkat mayat dua beranak yang ditemui mati dalam apartment, semalam.

Dua beranak itu ditemui mati dalam keadaan tangan serta kaki diikat manakala mulut mereka ditutup menggunakan kain sarung dalam bilik air apartmen mereka di Jalan Sutera Lama, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Norhayati berkata, dia berjanji menghantar Norliza, guru agama dan Amirul Ayman ke stesen bas Terminal One, Seremban kerana dua beranak itu dijadual menaiki bas jam 10 malam.

"Arwah nampak seronok ketika beritahu mahu pulang ke kampungnya di Pulau Kerbau, Palekbang, Tumpat, kerana dia dapat cuti agak lama tahun ini," kata Norhayati.

Menurutnya, dia sempat keluar bersama Norliza di sekitar Port Dickson membeli-belah sebelum menghantarnya pulang ke rumah, petang kelmarin.

"Pagi ini (semalam) saya tak nampak anaknya di kelas menyebabkan saya tak sedap hati, lalu saya cari Norliza yang mengajar di sekolah sama. Tetapi rakan beritahu mereka juga tidak melihatnya. Saya menelefon Norliza dan anaknya, namun kedua-duanya tiada jawapan," katanya.

Norhayati berkata, dia mengambil keputusan pergi ke rumah mangsa, namun mendapati ia berkunci menyebabkannya pulang semula sebelum memberitahu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD), Maimunah Samek.

ANGKAT...polis mengangkat mayat dua beranak yang ditemui mati dalam apartment, semalam.

"Saya dan beberapa guru pergi semula ke rumah mereka sebelum menemui dua beranak itu dalam keadaan menyayat hati di dalam bilik air," katanya.

Norliza tinggal di apartmen itu bersama anak lelakinya kerana suaminya menjalankan perniagaan di Mesir.

Sementara itu, adik ipar mangsa, Mohd Nazmi Awang Besar, 35, yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, berkata, kali terakhir dia berjumpa arwah kira-kira dua minggu lalu.

"Saya terkejut dengan kejadian ini dan menghubungi suami mangsa (Mohd Yusuf Awang Besar, 37,) yang menjalankan perniagaan di Mesir.

"Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, saya menganggapnya sebagai takdir dan reda dengan pemergiannya," katanya.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Awaluddin Hasan berkata, pihaknya terkejut dengan kejadian menimpa kakitangannya dan meminta semua guru mendoakan yang terbaik kepada arwah dan anaknya.

Menurutnya, pihaknya memaklumkan kepada semua guru besar sekolah memastikan tempat kediaman guru masing-masing berada dalam keadaan selamat atau boleh menginap di kuarters sekolah yang berhampiran.

Ustazah, anak lelaki 10 tahun mati selepas disamun

TELUK KEMANG 3 Sept. – Seorang ustazah dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun ditemui mati selepas disamun dan dibunuh di kediamannya di Flat Shahbandar, Port Dickson dekat sini awal pagi ini.

Ustazah berkenaan difahamkan mengajar di sebuah sekolah di Port Dickson dan tinggal berdua di rumah tersebut kerana suaminya bekerja di Kaherah, Mesir.

Ketika ini, mayat kedua-dua beranak itu masih di lokasi kejadian dan pihak polis termasuk unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan. – Utusan

Pemilihan PKR : Perpecahan Perlu Dielakkan. Calon Terbaik, Perlu Diangkat Sebagai Pemenang

Posted: 05 Sep 2010 01:40 AM PDT

Bila blogger Anak Sungai Derhaka menaikkkan poster undi Chegu Bard, maka sebagai tanda sayangkan PR, saya turut ingin menaikkan sepanduk menyokong penuh Che gu Bard sebagai ketua AMK baru. Bukan kerana taksub, tapi melihat kepada kepimpinan dan juga idealisme beliau. Saya secara peribadi melihat beliau sebagai tokoh yang perlu menduduki kerusi panas itu. Bagi mengembalikan sokongan anak muda kepada PKR dan pada masa yang sama, mengerunkan UMNO untuk menghadapi PRU 13 nanti. Apapun demokrasi perlu dihormati dalam PKR, pemilihan mestilah berlandaskan kebenaran, bukannya kepalsuan. Memang senang nak cari pemimpin yang pandai bercakap, tapi berapa ramai yang pandai memimpin dan membuat kerja. Jadi Che;gu Bard memang ada kedua-dua ciri itu.

Dikatakan Che gu Bard tidak mempunyai idealisme dan wawasan. Saya pernah menghadiri wacana mahasiswa melibatkan tokoh muda ini. Memang amat berpandangan jauh. Che gu Bard menasihati mahasiswa supaya tidak bertindak agresif tanpa ilmu. Pencerahan ilmu dan tindakan perlu diselarikan. Memang benar, itulah halatuju perjuangan mahasiswa sekarang. Mereka bukan membuta tuli menunjukkan suatu kemarahan.

Memang sah Che Gu bard layak memegang jawatan Ketua AMK baru. Semoga pemilihan PKR yang akan berlangsung November ini, tidak akan mengakibatkan perpecahan yang besar dalam parti baru itu. Buat yang kalah, terimalah seadanya. Mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan anda. Bergaduhlah masa pemilihan, bukannya selepas pemilihan. Apapun, carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantung juga. Begitulah yang kita harapkan dalam pemilihan PKR kali ini..

PERPECAHAN YANG PERLU DI ELAKKAN

KedahLanie

Di dalam kerancakkan pemilihan PARTI KEADILAN RAKYAT ini saya merasa terpanggil untuk mengulas serba sedikit apa yg berlaku di sekeliling saya.Walaupun saya tidak terlibat dengan pemilihan PKR namun ia sedikit sebanyak menarik perhatian saya,tambahan pula perdebatan memasuki FACEBOOK.

Semua orang sedia maklum platform FACEBOOK di gunakan sebagai medan berpolitik dan berhujah secara efektif.Mahu tidak mahu FACEBOOK membuka lembaran dan lapangan yang baru untk berdebat mahupun berkongsi pendapat dengan kawan-kawan di seluruh MALAYSIA secara amnya.

Ingin menyentuh isu pemilihan CALON KETUA AMK PUSAT yang semakin di perkatakan,satu kumpulan telah menawarkan diri secara rasmi untuk bertanding merebut beberapa jawatan dalam AMK PUSAT dan juga KETUA AMK PUSAT.

Terbit beberapa nama yang popular dengan AMK seperti SHAMASUL ISKANDAR MAT AKIN,FARIZ MUSA,CHEGU BARD,AMIR SHAARI,NIK NAZMI dan lain-lain lagi.Tetapi inilah nama-nama yang meniti di bibir ahli di bawah membicarakan tentang ketokohan mereka ,keberanian mereka dan pengorbanan mereka. Yang membezakan mereka ini mungkin gelaran SEPERTI YANG BERHORMAT yang memisahkan mereka ,ada yang menjadi ADUN dan ada yang menjadi BEKAS CALON.

Namun mereka yang di sebutkan tadi tetap mempunyai daya penarik masing-masing.Ini yang di katakn ILMU POLITIK,siapa yang pandai mengambil kesempatan dan ruang yang ada mereka akan dilihat menonjol.

Menyentuh mengenai isu CALON PASSWORD,iaitu calon yang kononnya mendapat restu pimpinan atasan.

Ini fenomena biasa yang berlaku di dalam pemilihan sesebuah parti politik yang berdaftar di MALAYSIA INI,Cuma keterlaluan atau tidak itu belum pasti kerana acara kempen sedang berlaku. Pada pendapat peribadi saya calon yang menggunakan nama-nama pimpinan atasan untuk meraih sokongan dalah satu langkah tidak bijak,di dalam dunia politik jika tersilap langkah kesannya mengambil masa yang lama untuk di pulihkan.

Isu calon BIDAN TERJUN semestinya timbul dan tidak dapat di elakkan.

Ini semua adalah rencah untuk mematangkan PARTI KEADILAN RAKYAT di dalam menghadapi dunia politik yang baru. Ada pihak yang bimbang sekiranya pemilihan kali ini akan berlaku pepecahan. Bagi saya ia tetap akan berlaku,Cuma perpecahan yang minimum atau maksimum itu saja!yang kalah semestinya akan menjauhkan diri dan itu lumrah pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Namun ini semua dapat di atasi jika masing-masing faham niat asal iaitu MENYELAMATKAN MALAYSIA dan TUMBANGKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Jika ini ada di dalam diri setiap pimpinana yang KALAH nescaya perpecahan dapat di minimunkan,tetapi ia tetap akan berlaku.

PARTI KEADILAN RAKYAT harus berbangga kerana merka merupakan pelopor dengan merintis jalan ke arah penyuburan DEMOKRASI di MALAYSIA,dengan cara memberi peluang kepada seluruh ahli parti untuk memIlih calon yang mereka rasakan boleh memantapkan PARTI KEADILAN RAKYAT. PARTI KEADILAN RAKYAT telah mendahului di dalam proses penyuburan demokrasi,dengan menghapuskan sIstem PERWAKILAN sebagai pemilih untuk menentukan pimpinan sesebuah PARTI POLITIK di MALAYSIA..

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Zahrain Antara Penyebab Kempen BENDERA Terus Agresif

Posted: 05 Sep 2010 12:57 AM PDT

Mungkinkah si Ahli Parlimen katak, Zahrain semarakkan kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia..kerana menuduh tanpa usul periksa dan buat fitnah..Ini kenyataan balas daripada wakil BENDERA. Lepas ni kalau ada warga Malaysia yang kena sweeping, kena rogol dan dibunuh, sudah tentu si Zahrain ni ada sahamnya. Gara-gara mulut busuknya menfitnah, menyebabkan geng-geng BENDERA bertambah marah kat Malaysia..

Bos Media Malaysia Hubungi Bendera sebagai Jurnalis

JAKARTA - Aktivis Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Adian Napitupulu tidak membantah bahwa organisasinya pernah berkomunikasi dengan Jahabar Sadiq, seorang bos media di Malaysia.

Namun Adian menegaskan bahwa komunikasi itu terjalin dalam kapasitas Jahabar sebagai seorang jurnalis. "Iya pernah beberapa kali. Itu dia sebagai jurnalis di sana," ungkap Adian kepada okezone, Jumat (3/9/2010).

Adian menyesalkan sikap politisi Malaysia yang melarang wartawan untuk berbincang dengan organisasinya. "Itulah Malaysia, melarang orang untuk berkomunikasi dalam kapasitas profesinya," tambah Adian.

Lebih lanjut dia menambahkan banyak pihak di Malaysia yang bersimpati dengan aksi Bendera. "Kami tidak bisa sebutkan tapi dari berbagai kalangan ada, termasuk dari pemerintahan," ujarnya.

Karena itu dia meminta agar Pemerintah Malaysia tidak melarang orang-orang yang bersimpati untuk berkomunikasi dengan Bendera.

Sebelumnya, seorang anggota parlemen Malaysia menuding Jahabar memiliki hubungan dan memberikan masukan untuk beberapa tokoh Bendera. Tudingan itu disampaikan melalui sebuah harian di Malaysia. Namun Jahabar membantah bahwa dirinya punya hubungan dengan Bendera.(jakartanews)

Memang ada Ketua Pengarang MalaysianInsider call wakil BENDERA, tapi kerana untuk mendapat berita, bukannya menaja pertubuhan ekstrem BENDERA itu. Dan ini fitnah Zahrain itu

Zahrain cabar Jahabar Sadiq

syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq diminta menjelaskan hubungannya dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, 'hubungan' di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.

"Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

"Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dan ini pula kenyataan Jahabar..Tunggulah ko Zahrain dan Utusan, akan saman berjuta-juta dari Ketua Pengarang Malaysian insider ini..

Jahabar nafi ada hubungan dengan Bendera

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) portal berita "The Malaysian Insider", Jahabar Sadiq menafikan sebarang hubungan dengan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) mahupun pemimpin-pemimpin kanan kumpulan tersebut seperti didakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Berikutan itu, Jahabar berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut mahupun Zahrain kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya itu.

Malah beliau sendiri tidak pernah bertemu dengan Zahrain dan cukup terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan ke atasnya.

Beliau berkata, "saya tidak tahu mengapa Zahrain membuat kenyataan sedemikian dan saya menafikan wujudnya sebarang hubungan antara saya dengan pemimpin-pemimpin kanan Bendera itu.

"Saya dah berkecimpung dalam media selama 33 tahun dan saya mengenali ramai orang sepanjang saya terbabit dalam bidang tersebut. Saya juga pernah berkhidmat di Indonesia sebagai penerbit kanan untuk Reuters pada 2008-2009.

"Malah saya pernah bertemu dengan beberapa ahli Bendera. Mereka mungkin mempunyai kad saya," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Jelas beliau, jika perkara tersebut cuba dikaitkan dengan 'hubungan' itu maka ia boleh dikaitkan dengan mana-mana parti di Malaysia juga termasuklah Perkasa.

"Saya tidak lihat isu ini sepatutnya ditimbulkan. Jika mereka mengaitkan saya dengan hubungan dengan Bendera, maka saya juga mempunyai kaitan dengan Umno, MCA, MIC, DAP, PAS, PKR malah Perkasa juga ada kad nama saya, jika ingin mengaitkan saya dengan mereka itu.

"Saya akan menyerahkan isu ini kepada peguam saya untuk tindakan selanjutnya," katanya. Media arus perdana boleh dipercayai?

Menurut Jahabar, dakwaan yang dimainkan oleh Utusan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa media arus perdana 'boleh dipercayai'.

"Artikel Utusan bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri, dan perkara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada profesionalisma kewartawanan di mana setidak-tidaknya mereka menyemak fakta atau menghubungi saya untuk mendapatkan maklum balas.

"Ini masalah media arus perdana di Malaysia. Mereka hanya tahu menuduh, bukan untuk berbincang dengan sesiapa yang mempunyai pandangan alternatif. Sedangkan mereka bebas untuk bekerjasama dengan ahli-ahli politik yang mempunyai pandangan yang sama.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Zahrain mengaitkan Jahabar dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

Zahrain turut mendakwa beliau mempunyai kaitan dengan siri provokasi dan penghinaan yang berlaku ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia baru-baru ini.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

ZAM Teruskan Fitnah Pada PAS. Tunjuk Gambar Pertemuannya Dengan Tunku

Posted: 05 Sep 2010 12:23 AM PDT

Ek eleh Zam ni..buat sidang media pula nak jawab laporan polis PAS.. Kalau berani sangat, jumpalah kat mahkamah nanti. Jangan main fitnah je..

Zam pertahan kenyataan mengenai pemimpin PAS

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, 1969, bukan sesuatu yang baru.

"Ini bukanlah suatu kenyataan baru tetapi telah diberitahu oleh Tunku dalam pertemuan eksklusif saya dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi, dengannya lebih 40 tahun dahulu," katanya ketika mengulas laporan polis terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Zainuddin yang juga dikenali dengan panggilan "Zam" turut menunjukkan gambar temu bual beliau dengan Tunku kepada pemberita di kediamannya di sini.

Ketika itu, Zainuddin adalah wartawan di Utusan Melayu.

Mengimbau pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman ketika itu, beliau berkata: "Apabila kami masuk menemui Tunku di pejabatnya di Jalan Dato Onn beberapa bulan selepas kejadian 13 Mei, Tunku memberitahu bahawa seorang pemimpin PAS baru sahaja keluar dari menemuinya dan dia telah menyatakan kepada Tunku, "Inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina."

Beliau kemudian telah bertanya kepada Tunku: "Apa kata Tunku, dan jawab Tunku...gila, orang susah payah mencari harta tiba-tiba kita hendak rampas dan lagipun orang Melayu bukan tahu berniaga."

Zainuddin berkata kenyataan Tunku Abdul Rahman itu telahpun tersiar dalam akhbar itu dan juga tercatat dalam buku "Di Sebalik Jendela Utusan" yang diterbitkan bersempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun pada Mei 1989 dan diulangi di dalam beberapa tulisan beliau berikutnya. - BERNAMA

Upin & Ipin Jadi Duta Penyelamat..Najib Pula Jadi Boneka Kena Bakar

Posted: 04 Sep 2010 09:50 PM PDT

Mungkinkah Upin & Ipin jadi duta penyelamat hubungan tegang antara Indonesia dan Malaysia. Mungkin ia benar-benar berlaku..ini beritanya

Upin, Ipin 'duta' terbaik pulih hubungan serumpun

Rancangan terbitan Malaysia diminati rakyat Indonesia

JAKARTA: Rancangan kanak-kanak Upin dan Ipin dilihat sebagai duta terbaik Malaysia di Indonesia ketika hubungan dua negara jiran itu tegang, lapor akhbar di sini semalam.

Upin & Ipin disiarkan Televisi Pendidikan Indonesia (TPI) pada sebelah pagi dan petang, tujuh hari seminggu dan pada saluran Disney Channel Asia.

Ia mengisahkan kembar Melayu berusia lima tahun perihal kawan, sikap toleransi dan gelagat mereka di tadika.

Rancangan itu menjuarai senarai program paling popular di Indonesia Januari lalu apabila menarik hampir 25 peratus penonton, menurut data agensi penarafan, Nielsen, kata Viny Felasiani, pegawai TPI.

Pada masa ini, ia di kedudukan kedua program TPI paling digemari tetapi nombor satu bagi rancangan pendidikan kanak-kanak.

Rancangan itu mula ditayangkan di Indonesia pada 2009 dan ia bukan hanya popular di kalangan kanak-kanak, malah dewasa.

Hanny Kamarga tidak pernah terlepas satu episod. Profesor berusia 54 tahun dari Universiti Pendidikan Indonesia Bandung itu berkata:

Saya fikir rancangan itu ada nilai moral yang tinggi. Kanak-kanak mudah belajar daripada cerita tanpa merasa mereka dileteri, katanya.

Beliau membandingkan rancangan itu dengan siri boneka kanak-kanak Indonesia, Unyil yang disiarkan pada 1981 hingga 1993 dan disiarkan di stesen tempatan

TVRI, rancangan itu berkisar kepada seorang pelajar tahun lima.

Saya juga suka Unyil, namun dia terlalu sempurna, terlalu baik. Upin dan Ipin sedikit nakal dan kelihatan lebih realistik kerana semua kanak-kanak memiliki kenakalan itu, kata Hanny.

Nuniek Sabriani, seorang lagi penonton dewasa menghargai asas moral cerita Upin dan Ipin selain tertarik dengan loghat Malaysia dibawa watak itu. Malah, kakak dan teman lelakinya, yang pada mulanya skeptikal, kini menjadi peminat.

Nuniek membandingkan kartun manga Jepun, Doraemon yang popular di Indonesia, dan berkata beliau tertarik bagaimana kembar itu dan teman mereka mengikut imaginasi mereka.

Upin dan Ipin tinggal bersama kakak mereka, Ros dan nenek, Opah di sebuah rumah kayu di Kampung Durian Runtuh, di pinggir Malaysia.

Setiap episod kaya dengan pengajaran moral mensasarkan untuk mendidik kanak-kanak mengenai tanggungjawab, jujur dan setia, lapor Jakarta Globe.

Siri itu dicetuskan pada 2007 oleh Les Copaque Productions dan kali pertama disiarkan di saluran TV9 sebagai enam episod khas sempena Ramadan untuk mengajar golongan kanak-kanak pentingnya bulan Islam. Agensi

    Ahli PAS Diminta Bawa Ole-Ole Pulang Ke Kampung

    Posted: 04 Sep 2010 09:20 PM PDT

    Bawa ole-ole balik kampung..buat pekerja, mahasiswa yang berada di lembah kelang, bawalah ole-ole ini balik kg. Beri penerangan pada ahli keluarga kita. Pada masa yang sama, ajak mereka kembali ke pangkal jalan. Ini pesanan untuk mereka yang keluarganya masih sokong BN.

    PAS lancar "Kempen Balik Kampung"

    Lajnah Penerangan PAS Pusat semalam melancarkan "Kempen Balik Kampung" dalam usaha membekalkan maklumat kepada ahli PAS di Lembah Klang untuk dibawa pulang ke kampung. Kempen tersebut dilancarkan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut di sini.

    "Kempen ini bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada ahli dan penyokong PAS yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk di bawah pulang ke Kampung sempena cuti Hari Raya," kata Idris.

    Menurut beliau, ahli dan penyokong PAS yang mendapat risalah ini diharap akan menyebarkan maklumat yang betul kepada masyarakat luar bandar yang banyak bergantung kepada media konvesional seperti radio dan televisyen.

    Selain ucapan selamat hari raya, risalah ini turut fakta-fakta tentang pembangunan dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas 2 tahun pemerintahan dan penerangan sebenar mengenai hala tuju perjuangan PAS.

    Idris turut membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta media melaporkan berita berasaskan fakta, sedangkan laporan media arus perdana banyak yang menyimpang dari fakta sebenar.

    "Media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan televisyen banyak memutar belit kenyataan dan maklumat sebenar.

    "Oleh itu, dengan risalah yang kita edar ini dapat menyampaikan maklumat sebenar dan tepat kepada rakyat, terutamanya masyarakat diluar bandar" tambah beliau.

    Risalah tersebut juga diletakkan di laman rasmi PAS, http://www.pas.org.my bagi memudahkan ahli-ahli PAS diperingkat cawangan, kawasan, dan negeri mengakses dan menyebarkannya di kawasan masing-masing.

    * try juga cari kat website PAS, tapi masih tiada lagi 'ole-ole' kat website tu