Khamis, 2 September 2010

Justice For All

Justice For All


Khir Toyo Duduk Diam Dapat Duit, Bising Dapat Sakit,

Posted: 02 Sep 2010 08:22 PM PDT

Kah..kah lawak..kalaulah Khir toyo diam..takkan adanya pendedahan memalukan beliau sepeti di bawah ini..

MB Khalid Tak Ingin Duit Saguhati PKNS

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi

Kah..kah..suka sangat balun duit rakyat. Sampaikan duduk diam pun dapat duit. Padan muka anak Toyo..kan dah terdedah siapa pelahap sebenar.

Saban tahun ngko kebs duit rakyat senang-senang. Sekarang baru terdedah yang ngko ni buaya..bedal je walaupun ngko tak buat kerja. Patutlah kaya raya dengan duit haram. Duduk diam dapat duit. Duduk bising, dapat sakit...

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

 

Satu Lagi Surau Nak Dirobohkan Oleh UMNO Laknatullah

Posted: 02 Sep 2010 07:39 PM PDT

Pertahan surau An Nur

ABDUL Salim Nawawi (kiri) bersama ahli jawatankuasa surau An Nur menunjukkan surat-surat yang dihantar untuk meminta surau tersebut dipertahankan walaupun tapaknya bakal dibangunkan dengan kemudahan padang untuk kegunaan pelajar di kawasan itu di Setiawangsa, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Surau An Nur di Jalan 4A, Taman Setiawangsa di sini sudah berusia lebih 20 tahun.

Pada 10 tahun pertama kewujudannya, semua urusan fardu ain dan fardu kifayah masyarakat Islam di kawasan itu dilakukan di surau itu dari solat lima waktu, solat Jumaat sehinggalah ke pengurusan jenazah.

Hanya selepas Masjid Muaz bin Jabal yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ siap dibina kira-kira 10 tahun lalu, barulah 'beban' surau An Nur berkurangan.

Kehadiran para jemaah yang terdiri daripada penghuni kawasan perumahan berhampiran, selain orang luar yang singgah sekali sekala berjaya mengimarahkan surau berkenaan sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, jemaah di situ mula bimbang apabila timbul ura-ura yang surau itu akan dirobohkan kerana tapak surau itu adalah milik Kementerian Pelajaran.

Tapak itu juga merupakan bekas tapak beberapa blok rumah panjang tetapi sudah dirobohkan sejak lebih setahun lalu dan surau itu dikatakan bakal menerima nasib yang sama.

Malah, telah ada notis daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta makluman daripada pegawai DBKL sendiri bahawa surau berkenaan akan dirobohkan bila-bila masa sahaja.

Namun, bagi ahli jawatankuasa surau tersebut, usaha merobohkan surau itu didakwa disebabkan hasil desakan pihak-pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan dari tanah itu.

Pihak terbabit mendakwa kewujudan Masjid Muaz bin Jabal tidak jauh dari surau itu sudah memadai bagi kegunaan penduduk Islam di kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi surau berkenaan mendapati, rumah ibadat itu memang menjadi tumpuan ramai para jemaah untuk menunaikan solat.

Sepanjang pemerhatian, jemaah yang hadir bukan sahaja penduduk sekitar tetapi juga orang ramai yang mempunyai urusan di kawasan berhampiran.

Surau yang boleh memuatkan jemaah kira-kira 400 jemaah pada satu-satu masa itu walaupun kelihatan agak usang, tetapi dilengkapi ruang solat yang selesa, bilik air dan sebagainya.

Difahamkan, surau berkenaan juga menjadi landmark terutama kepada orang luar yang jarang berkunjung ke Taman Setiawangsa.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan, beberapa alasan telah diberikan oleh pihak yang mahu surau berkenaan dirobohkan.

Antaranya ialah di kawasan itu akan diwujudkan pembangunan baru yang merangkumi pembinaan padang dan stadium mini untuk pelajar-pelajar sekolah berhampiran.

Selain itu, Masjid Muaz bin Jabal juga dikatakan mampu memberi keselesaan kepada jemaah untuk beribadat dan akan merapatkan hubungan sesama penduduk.

Ahli Jawatankuasa Surau An Nur, Abdul Salim Nawawi, 46, berkata, usaha mempertahankan surau berkenaan adalah bagi memudahkan penduduk sekitar terutama warga emas untuk beribadat.

Katanya, selain penduduk di taman berkenaan terutama di Jalan 2A, 3A, 4A dan 5A, surau berkenaan turut menjadi tumpuan beberapa penghuni perumahan bertingkat seperti Apartmen Tiara, Apartmen Andika, Apartmen Putri dan Apartmen Mahsuri.

Beliau berkata, penduduk tidak pernah menghalang sebarang pembangunan dilakukan di tapak berkenaan lebih-lebih lagi untuk kepentingan pelajar-pelajar sekolah yang merupakan generasi pelapis masa depan.

"Tetapi apa yang diharapkan ialah agar pihak yang bertanggungjawab dapat memberi mereka ruang kepada mereka untuk terus mempertahankan surau berkenaan.

"Kami tidak mungkin mampu menghalang mereka daripada merobohkan surau ini tetapi kami merayu agar dipertimbangkan permohonan kami agar surau ini dapat terus dikekalkan," katanya.

Abdul Salim berkata, jika tidak dapat dikekalkan di tapak sedia ada, penduduk merayu mereka diberikan tanah yang paling hujung seluas 5,000 kaki persegi untuk didirikan surau yang baru.

Utusan Malaysia difahamkan, pelbagai cara telah dilakukan oleh mereka bagi menghalang surau berkenaan daripada dirobohkan.

Selain DBKL, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Zulhasnan Rafique, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Kementerian Pelajaran, mereka turut menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar mempertimbangkan permohonan mereka untuk terus mengekalkan surau berkenaan di situ.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang reaksi diterima daripada semua pihak berkenaan, sekali gus menimbulkan persoalan, adakah rayuan mereka tidak sampai ke pengetahuan pihak berkenaan.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

 

Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu Konfim Pakatan Ambilalih

Posted: 02 Sep 2010 06:42 PM PDT

Ikut kajian simple sampling yang dilakukan kepada golongan ramaja dan belia yang berumur dari 21 hingga 40, jelas menunjukkan mereka 95% menyokong Pakatan Rakyat dengan konsep keadilan untuk semua. hanya 5% yang menyokong BN, itu pun golongan yang tercicir dan lemah IQ serta buta IT.

Buat BN, Innalillah

Oleh itu, peringatan buat Pakatan....bekerja keras dari sekarang. Fahami perasaan anak-anak muda Malaysia yang inginkan keadilan sejagat.

Tahniah Pakatan Rakyat. Selamat Berhijrah ke Putrajaya.

Goodbye BN yang tidak relevan, tidak perihatin, tidak sedar diri. (sumber)

* Memang ini situasinya..kalau di Univeristi, 80 peratus tolak UMNO yang mereka kata tak relevan dan terlalu perkauman. Golongan muda yang suka agama pula akan kata UMNO ni sesat dan kafir. Buat golongan muda bukan melayu, mereka sudah lama menolak BN..Bagi golongan muda yang suka hiburan dan tidak berpendidikan tinggi, mereka lihat UMNO sukar didekati dan hanya orang tua layak masuk parti sesat itu..

Nah PR, ini situasinya. Jangan musnahkan situasi ini dengan perpecahan dalaman dan tindakan bodoh kita sendiri. Teruskan mara, insyaAllah kemenangan akan berpihak pada kita dalam PRU akan datang..

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

 

Pemimpin UMNO Stupid & Kaki Fitnah Walaupun Di Bulan Ramadhan

Posted: 02 Sep 2010 05:50 PM PDT

Cuba teliti gambar di atas ini..ini di dalam masjid atau dalam dewan?? Jawapannya adalah di dalam masjid..sebab ada tikar dan lelaki diasingkan dengan wanita. Ini gambar menunjukkan ADUN UMNO Don,Datuk Shahiruddin Ab. Moin sedang berpolitik dalam masjid

Apa bermasalahnya? Biarlah adun sesat tu berpolitik. Ya memang takde masalah. Tapi cuba baca kenyataan mangkuk ni..ada ke dia kata tak boleh berpolitik di masjid, sedangkan dia buat ucapan tu dalam masjid.,maknanya dia 2 kali 5 je..Pastu fitnah tuduh Teo Nie Ching beri tazkirah. Dan pada masa sama Utusan haram bersekongkol tak siarkan tempat majlis politik ini berlangsung..tak percaya?? Baca berita Utusan hari ini (sini)

Jangan biarkan masjid dicemari

RAUB 2 Sept. – Pengurusan masjid dan surau di sini diingatkan supaya tidak membiarkan institusi itu dicemari dan disalahgunakan oleh pemimpin parti politik bukan Islam untuk meraih sokongan pengundi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin menegaskan, perbuatan sesetengah pengurusan masjid dan surau membenarkan pemimpin bukan Islam mengadakan ceramah sehingga ke kawasan mimbar masjid tidak sepatutnya berlaku.

Tegasnya, pengurusan masjid perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam kerana perbuatan sedemikian boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan umat Islam.

"Hari ini umat Islam negara ini sudah mula berpecah-belah ekoran perbezaan dan fahaman politik sehingga menyebabkan orang bukan Islam semakin berani memperlekehkan agama Islam.

"Bagi menghadapi situasi seperti itu sepatutnya umat Islam kembali bersatu bagi mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu daripada dipertikaikan oleh rakyat bukan Islam," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Dividen Tanaman Semula Kelompok (TSK) RISDA kepada 70 peserta peringkat mukim Dong dekat sini, semalam.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Lelaki Mengamuk Di Discovery Channel Mati Ditembak

Posted: 02 Sep 2010 05:10 PM PDT

Lelaki bersenjata ke Discovery Channel ditumpas

SILVER SPRING, Maryland 2 Sept. - Seorang lelaki yang mengutuk program alam sekitar Discovery Channel selama bertahun-tahun, memecah masuk ke dalam ibu pejabat syarikat itu dengan sekurang-kurangnya satu alat letupan diikat pada badannya semalam dan mengacukan senjata kepada tiga tebusan, sebelum polis membunuhnya.

Tebusan berkenaan, dua pekerja Discovery Communications dan seorang pengawal keselamatan tidak cedera setelah ditahan selama empat jam.

Ketua Polis, Thomas Manger berkata, pegawai taktikal bertindak masuk selepas polis yang memantau lelaki itu melalui kamera keselamatan melihatnya mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya pada tebusan.

Alat letupan yang berada pada badan lelaki tersebut meletup apabila polis menembaknya, kata Manger.

Polis sedang cuba menentukan sama ada dua kotak dan dua beg galas milik penjenayah berkenaan mengandungi bahan letupan.

Seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang berkata, pihak berkuasa mengenal pasti suspek sebagai James J. Lee.

Polis County dan anggota bomba malam semalam melihat skrin komputer riba yang menunjukkan imej sekujur tubuh tertiarap berlumuran darah.

Pihak berkuasa juga menghantar sebuah robot untuk melucutkan bahan letupan yang berada pada tubuh penjenayah bersenjata itu.

Kapten Polis, Paul Starks berkata, suspek telah melepaskan sekurang-kurangnya satu das tembakan dan polis percaya dia bertindak bersendirian, namun sedang menyiasat semua kemungkinan.

NBC News melaporkan, selepas penerbitnya menghubungi talian umum Discovery, seorang lelaki mengangkat telefon lalu memperkenalkan dirinya sebagai James J. Lee dan berkata mempunyai senjata api dan beberapa buah bom. - AP

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Isu Bukan Islam Masuk Masjid : Hassan Ali Sebagai Timbalan Pengerusi MAIS, Jangan Duduk Diam Je

Posted: 02 Sep 2010 04:04 PM PDT

Mais: Larangan bukan Islam masuk ruang solat liputi semua

Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

"Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

"Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Selain itu, beliau berkata larangan daripada memasuki ruang solat itu juga turut melibatkan semua orang bukan Islam termasuk wakil rakyat sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN).

"Semua orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat masjid dan surau. Mereka hanya boleh memasuki kawasan lain tetapi dengan syarat mesti ikut peraturan yang ditetapkan.

"Kalau ada pihak pengurusan masjid dan surau yang membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat kita akan ambil tindakan terhadap mereka kerana melanggar arahan yang dikeluarkan," katanya.

Mohammed Khusrin juga menegaskan jika masih ada wakil rakyat bukan Islam memasuki ruang solat tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

"Kita tidak ada undang-undang untuk dikenakan kepada orang bukan Islam yang memasuki masjid dan surau tetapi jika secara berterusan ia dilakukan kita akan ambil tindakan lain termasuk membuat laporan polis," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat amaran yang dihantar kepada Teo kerana dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Dalam surat amaran itu, Mais meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Mais juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kah...kah MAIS..tak tahu undang-undang ke?? Ini arahan atau fatwa (sini)...kalau fatwa, hanya mufti Selangor yang layak keluarkan arahan. Kalau nak jadi enakmen, kenalah DUN Selangor yang luluskan dan warta...minta sape-sape yang ada dalam PR, cabar keputusan Mais ini di mahkamah..

Satu lagi, Khusrin ni nak lawan Allah ke ha? Ko tak puasa ke. Sultan Selangor dah gah rasa macam tuhan ke ha?? Tunggulah azab Allah kat ngko semua. Bukankah sunnah nabi tak larang orang bukan islam masuk masjid?? Cuba selak sirah Nabi..dulu ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak mereka dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

Jadi sekarang MAIS? Diorang ni nak jadi Nabi ke ha?? Sultan nak jadi malaikat ke ha..

Kalau ngko, wahai Khusrin dan Sultan tak nak bukan islam masuk masjid..koranglah yang imarahkan masjid..duduk saf depan dan jadi imam. Ini tak, muka kat masjid setahun sekali. Tu pun time raya je..

Saya tahulah psikologi orang bukan islam. Kalau mereka nak buat jahat, mereka takkan beraninya masuk masjid..tapi UMNO yang jahil dan bodoh ini, senang-senang je mereka letak larangan bukan islam tak boleh masuk masjid.

Buat Hassan Ali pula, memang berbulu den tengok ngko..maaflah, pemimpin PAS bukannya maksum macam Nabi. Sedangkan sahabat Nabi dihunus pedang kerana ditegus, inikan pula pemimpin PAS yang tarafnya lebih rendah. Hassan Ali kan Timbalan Pengerusi MAIS merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam. Tegurlah jika MAIS buat salah. Janganlah membisu je..kononnya nak kekalkan kuasa untuk buat perkara lain. Ini teori yang salah. Lawanlah jika ada kuasa. Bukannya meniskus tak tentu hala.

Apapun isunya sekarang bukan isu halang bukan islam masuk masjid..isunya sekarang ialah MAIS yang kebanyakkannya dipelopori oleh orang UMNO, cuba lawan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul. Kalau benar pemimpin PAS dalam Mais perjuangkan islam, tegurlah dan bertindak sebagaimana apa yang anda tuturkan. Jika tidak, baik masuk UMNO dan hunus keris lawan sapa-sapa yang cabar ketuanan melayu persis asabiyah ini..

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Kakitangan Awam Ditangkap Kerana Ponteng Puasa

Posted: 02 Sep 2010 01:48 PM PDT

Enam pegawai kerajaan antara ditangkap tidak puasa

KUCHING 1 Sept. - Enam pegawai kanan termasuk pegawai rendah kerajaan merupakan antara mereka yang ditahan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana tidak berpuasa sehingga 19 Ramadan lalu.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, jumlah itu menjadikan umat Islam yang dicekup kerana makan, minum atau merokok di khalayak ramai meningkat kepada 61 orang.

Menurutnya, ia merupakan satu perkembangan yang tidak sihat kerana hanya 51 orang yang ditahan tidak berpuasa pada tahun lalu.

''Tangkapan semakin hari semakin banyak dan ini yang menyedihkan kita. Biarpun Ramadan belum berakhir, namun bilangan tangkapan semakin meningkat berbanding tahun lepas," katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 130 penghuni Kompleks Anak Yatim Laila Taib (Peryatim) di kediamannya di sini.

Pada majlis yang dihadiri Pengurus Peryatim, Mohd. Salleh Hamden itu, setiap anak yatim menerima duit raya daripada Daud di samping hadiah galakan untuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam pada itu, Daud yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian memberitahu, mereka yang didapati tidak berpuasa itu akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak 2001.

''Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali," tegas beliau,

Sementara itu, Daud menasihatkan umat Islam di negeri itu supaya menyambut Hari Raya Aidilfitri secara sederhana tanpa meminjam wang daripada ah long.

''Kita sepatutnya menyambut Aidilfitri dengan meriah kerana ia merupakan hari kemenangan untuk umat Islam dan bukannya dibebani hutang," katanya.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ntah Apa-Apa..Pelajar IPT Agresif Bila Kena Tangkap Khalwat

Posted: 02 Sep 2010 10:46 AM PDT

6 pelajar IPTA ditangkap bersekududukan haram.

SUNGAI ULAR - Seramai enam pelajar lelaki yang menuntut di tahun dua di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia antara 18 hingga 21 tahun dan dua remaja perempuan berusia 18 tahun bekerja di sebuah stesen minyak di Sungai Petani ditangkap kerana bersekedudukan di sebuah rumah teres satu tingkat di Bandar Seri Mahkota sekitar jam 4.30 pagi, kelmarin.

Jurucakap Pejabat Agama daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, maklumat diterima daripada orang awam sekitar jam 4 pagi, berikutan itu dua pegawai PADK dibantu anggota polis dari Balai Polis Kulim membuat pemantauan terhadap rumah berkenaan sebelum membuat serbuan.

"Ketika pemantauan PADK mendapati terdapat sebuah motosikal di luar rumah manakala tiga motosikal berada di dalam. Curiga dengan keadaan itu, PADK dan polis meminta kerjasama penghuni di rumah itu membuka pintu.

"PADK terpaksa menunggu kira-kira 5 minit sebelum salah seorang penghuni rumah itu membuka pintu dan membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan PADK menemui dua remaja perempuan di bilik tengah dan enam lelaki berada dalam rumah itu. Setelah membuat soal siasat, mereka didapati tidak mempunyai sebarang hubungan mahram," katanya.

Menurutnya, salah seorang lelaki yang berada dalam rumah itu bertindak agresif dan membantah serbuan yang dibuat dengan mengatakan dia tidak bersalah. Selain itu, lelaki berkenaan tidak mengaku perempuan yang ada dalam rumah itu adalah teman wanita mereka. Sementara hasil pemeriksaan pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit mereka mendapati ada beberapa SMS berunsur lucah.

Berikutan itu, PADK dan polis meminta kerjasama perempuan terbabit menyebut nama pasangan masing-masing. Walaupun perempuan itu menyebut nama pasangan mereka tetapi lelaki berkenaan masih tidak mengaku dan memberitahu perempuan berkenaan datang ke rumah itu untuk menumpang tidur.

"Memandangkan ada lelaki bertindak agresif, PADK dan polis terpaksa menggari mereka untuk mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Sekitar jam 5.35 pagi kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kulim menaiki Van PADK untuk membuat laporan.

"Hasil keterangan daripada kedua-dua remaja perempuan berkenaan, mereka mengaku pernah melakukan hubungan seks sebelum ini dengan bekas teman lelaki mereka.

"Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 (3) (4) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda RM1,000 setiap seorang. Kesemua terlibat kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Syariah Rendah Kulim pada tarikh yang akan ditetapkan. Sekiranya mereka ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan," katanya.

Hasil pemeriksaan, PADK turut menjumpai VCD lucah di dalam bilik remaja perempuan berkenaan.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Graduan Kejuruteraan Hancur Tangan Main Mercun

Posted: 02 Sep 2010 09:45 AM PDT

Lelaki sumbat bahan letupan dalam batang besi katil

KOTA BHARU: Cubaan seorang graduan kejuruteraan menghasilkan mercun paip menggunakan besi katil, sekadar mengundang penyesalan sepanjang hayat, apabila tangan kirinya kudung akibat hancur terkena serpihan bahan itu yang meletup ketika sedang dimampatkan. Pada kejadian kira-kira jam 6 petang Sabtu lalu dekat Bachok itu, pemuda berusia 23 tahun terbabit hancur tangan kiri sehingga paras pergelangan, cedera pada ibu jari kanan serta melecur pada badan terkena letupan. Adiknya berusia 17 tahun yang turut berada bersama melihat usaha pemuda terbabit turut cedera apabila terkoyak bahagian betis kaki kanannya.

Letupan kuat menyebabkan kesan gelombang sekitar kira-kira 30 meter di tempat kejadian itu berlaku ketika pemuda terbabit memampat batang besi katil dengan habuk kayu yang digaul campuran bahan letupan.

Pemuda itu berkata, ketika kejadian beliau sedang memampatkan batang besi kelima, selepas menyiapkan empat mercun sama tanpa sebarang masalah.

"Usaha menghasilkan mercun ini dibuat menggunakan habuk kayu yang dikering- kan sebelum dicampurkan dengan bahan letupan tertentu.

"Saya dan adik merancang menyediakan lima batang mercun untuk dimainkan pada malam berkenaan. Sebelum ini, kami pernah menghasilkan mercun sama tanpa sebarang masalah.

"Bagaimanapun, ketika menyiapkan mercun yang kelima secara tiba-tiba batang besi yang saya pegang sambil memampatkan habuk kayu di dalamnya, terasa panas dan meletup," katanya.

Ketika ditemui dalam rawatan di sebuah hospital di sini, semalam, pemuda terbabit memohon identiti dirahsiakan dan enggan gambarnya dirakam.

Beliau baru menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan automotif di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur pada April lalu.

Katanya, sejurus letupan berlaku, dia melihat tangan kirinya hancur hingga paras pergelangan tangan sebelum mengangkatnya dengan tangan kanan yang turut berlumuran darah.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Lagi Kes Bas Kemalangan

Posted: 02 Sep 2010 08:44 AM PDT

18 cedera bas terbalik di Km35.1 Lebuhraya Karak

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-KualaLumpur hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.

Bas itu yang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Batu Pahat dan membawa 25 penumpang terbabas akibat jalan licin ketika menuruni jalan di laluan tersebut, katanya kepada Bernama di sini.

Che Hussin berkata mangsa yang cedera dirawat di Hospital Selayang manakala yang tidak mengalami kecederaan meneruskan perjalanan ke destinasi dengan menaiki bas lain.

Tujuh yang cedera mengalami patah dan retak tulang manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar, katanya.

Beliau berkata antara yang mengalami cedera agak teruk itu ialah seorang wanita warga China dan seorang lelaki rakyat Indonesia.

Bas tersebut katanya, membawa tujuh rakyat tempatan manakala bakinya adalah warga asing.

Sementara itu, pemandu bas Atan Mohamad, 44, berkata dia tidak memandu laju kerana keadaan hujan lebat serta jalan yang licin.

"Semasa saya memandu tiba-tiba air melimpah di atas jalan menyebabkan saya tidak dapat mengawal bas lalu melanggar penghadang jalan dan terbalik," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Atan, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Seorang penumpang, Manja Kasim, 28, yang mengalami cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila menyedari bas tersebut sudah terbalik. — Bernama

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Turun Bas, Kena Tembak

Posted: 02 Sep 2010 08:11 AM PDT

Murid 9 tahun mangsa pelajar samseng

BANGKOK: Sekumpulan samseng terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang melepaskan tembakan terhadap sebuah bas awam, menyebabkan seorang murid berusia sembilan tahun mati.

Keganasan antara pelajar sekolah vokasional sudah sekian lama menjadi masalah di Thailand dan sengketa antara mereka sering merebak di dalam bas dan pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pelajar.

Pelajar darjah tiga, Jatuporn Ponpaka dilapor menaiki bas untuk ke sekolah bersendirian di timur Bangkok dengan berpakaian senaman.

Dia turun dari bas itu berhampiran sekolahnya apabila kira-kira 20 pelajar Sekolah Teknologi Bangkapi muncul dari sebuah lorong dan melepaskan tiga das tembakan, kata jurucakap polis, Lt Kol Prasit Taprasitjit.

Jatuporn ditembak di kepala dan dada, Dia dikejarkan ke hospital tetapi mati sejam selepas itu. - Agensi

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Bini Rais Yatim Buka Aurat..Berhadas Besar???

Posted: 02 Sep 2010 07:38 AM PDT

Perempuan ni namanya Datin Seri Masnah Rais, Bini Rais yatim..Lebih teruk pakaian dia daripada Teo Nie Ching..dahla tak tutup aurat, rambuat daie lagi..boleh buat sembahyang ke wooi..tua-tua pun tak sedar kubur kata mari..

Nak dengar juga sama ada Ibrahim Kataki melenting isu ini..yang penting, Sultan Selangor perlu bersikap adil..berilah amaran pada bini Rais ni..memang isteri pemimpin UMNO takde contoh yang baik. Sebab itulah kes rogol makin banyak di bulan puasa ni..

Ini Ke Akibat Sumpah Ibrahim Katak Yang Kata Tok Guru Nik Aziz Kurang Taqwa??

Posted: 02 Sep 2010 06:58 AM PDT

Nampaknya lepas satu persatu keajaiban Allah di Kelantan..benarlah firmanNya :

Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur...

Maksudnya:"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)

Ini kisahnya...

Sumber air mineral ditemui di Kelantan

JELI, 2 Sept: Biar pun kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, namun kekayaan hasil buminya masih mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.

Buktinya, penemuan emas di perut bumi Kelantan di Sokor, Tanah Merah kini sedang dimajukan syarikat dari China, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Dan baru-baru ini pula sumber air air semula jadi (mineral) ditemui di Batu Melintang, Jeli.

Ekoran penemuan tersebut syarikat Sihhat–Afiat Sdn Bhd (Sihhat) dengan usahasama Tabb Global Sdn Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd akan membina kilang bagi mengeluarkan minuman tersebut.

Kilang terbabit akan mencatat satu lagi sejarah kerana ia merupakan industri pertama mengeluar, membotol dan membungkus air mineral semula jadi di Kelantan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat, Datuk Husam Musa berkata, pemilihan tapak kilang air mineral semulajadi itu dibuat setelah mendapat nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan pakar geologi dari Sihhat.

"Kilang yang akan dibina terletak di pinggir jalan utama menghubung Kelantan - Perak dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Pada peringkat awal dua telaga tiub telah dibina kedalaman tidak kurang 120 meter. Standard air mineral menepati kehendak jabatan berkaitan," katanya di majlis perasmian pecah tanah pembinaan kilang air mineral di sini, semalam.

Perasmiannya dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh dan Adun Ayer Lanas, Abdullah Yakob.

Husam berkata, kerajaan melulus kawasan seluas 10 ekar bagi pembangunan industri pengeluaran air mineral terbabit.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Video Gambar Bendera Malaysia Dipijak Sehari Selepas Merdeka

Posted: 02 Sep 2010 04:08 AM PDT

Pelampau Indonesia bakar bendera kita lagi

PATUNG watak kartun Upin, Ipin turut dijadikan alat demonstrasi oleh pelampau Indonesia yang menunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia, kelmarin dengan memasukkan bangkai tikus di dalam plastik. - AFP

JAKARTA 1 Sept. - Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) hari ini bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Dalam demonstrasi membantah insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis diplomasi mati suri, 'ganyang Malaysia', 'bela harga diri bangsa' serta 'malingsia serumpun yang durhaka'.

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.

Dalam insiden di sempadan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.

Sungguhpun kesemua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.

Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu. - BERNAMA

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ketua UMNO Digantung Selama 3 Tahun

Posted: 02 Sep 2010 03:35 AM PDT

Tiga anggota Umno Bahagian Tanah Merah termasuk bekas Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Shaari Hassan digantung keanggotaan parti selama tiga tahun, kata Setiausaha Umno bahagian Ahmad Ismail.

Beliau berkata dua lagi ialah Pemangku Ketua Umno bahagian Nik Kamarulzaman Sulong dan bekas anggota jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Bahari Mohd Nor.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad berkata penggantungan Shaari berkuat kuasa pada 10 Ogos lepas, manakala penggantungan Nik Kamarulzaman dan Bahari pula bermula 12 Ogos.

"Bagaimanapun tribunal Lembaga Disiplin tidak menyebut sebab-sebab mereka digantung dan surat yang saya terima bertajuk 'tindakan tatatertib ke atas ahli Umno'," katanya.

Beliau berkata surat pengantungan kesemua mereka ditandatangani oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 30 Ogos, setelah mesyuarat Lembaga Disiplin pada 27 Ogos lepas mendapati ketiga-tiga anggota terbabit bersalah.

Beliau berkata Shaari disabitkan mengikut fasal 20.9 (c) Perlembagaan Umno dan dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti atau dipilih sebagai calon pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum akan datang.

Manakala Nik Kamarulzaman dan Bahari pula, katanya dihukum mengikut fasal 20.9(b) dan dibaca bersama fasal 6.2.2 Perlembagaan Umno, iaitu mereka digantung hak-hak keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal yang mana terkemudian, iaitu hak untuk memilih, dipilih atau dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti.

"Penggantungan terhadap ketiga-tiga mereka ini harus menjadi pengajaran kepada anggota agar menggunakan saluran parti dalam menyelesaikan sebarang permasalahan," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad menyeru semua anggota merapatkan barisan dan tumpuan kepada gerak kerja memperkasakan parti dan berkhidmat untuk masyarakat sebagaimana disarankan oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Jun lepas, bekas Setiausaha Umno bahagian itu Amran Abdul Rahman dipecat setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno bahagian Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalannya Baharuddin Yusof.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Pemilihan PKR Jangan Jadi Macam PAU (Pemilihan Agung UMNO)

Posted: 02 Sep 2010 02:35 AM PDT

Apani PKR..janganlah jadi macam UMNgOk pula..kalau nak bertanding, bertandinglah secara anak jantan. Janganlah bergayut pada nama-nama tertentu. Malulah sikit. Nanti kalau menang pun, takda guna satu sen pun. Tengok macam KJ yang bergantung pada ketiak Pak Lah..sampai sekarang dia tak mampu stabilkan pemuda UMNO

Buat pemimpin PKR, laksanakan reformasi dalam diri anda dahulu..sebelum canagkan akan buat reformasi seluruh negara. Ingatlah kata-kata keramat Anwar, Jika takut pada risiko usah bicara soal perjuangan perjuangan.

BERITA:

Pemantau penjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.

"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata penyelaras badan sukarela itu Yusmadi Yusoff (kanan).

Beliau yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata, ia antara empat aduan yang diterima bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.

"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya.

Menjelang pemilihan PKR, cakap-cakap terdapat calon yang 'direstui' Anwar mula menular dalam parti itu, terutamanya dalam persaingan merebut jawatan nombor satu dalam sayap kanannya.

Pemilihan dalam Pemuda PKR (AMK) dijangka melibatkan pertembungan empat penjuru antara anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin dan Mohd Rafizi Ramli, penyandang ketua Shamsul Iskandar Md Akin serta pemimpin cabang Hasmi Hashim.

Pendekatan proaktif, reaktif

Dalam kehangatan itu, Mohd Rafizi yang juga ketua eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor disebut-sebut mendapat 'restu' Anwar.

Manakala calon underdog Hasmi - salah seorang penulis ucapan Wan Azizah - pula dikatakan sedang cuba mendapatkan persetujuan presiden PKR itu sebelum mengumumkan kesediannya bertanding.

Kedua-kedua mereka bagaimapun ketika dihubungi Malaysiakini menafikan perkara itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Yusmadi menjelaskan walaupun bakal-bakal calon ke jawatan tertentu masih mengumumkan kesediaan mereka bertanding, Mydemocracy Watch tetap mengambil pendekatan proaktif dan reaktif bagi menangani kebimbangan dalam parti.

"Walaupun ia masih di peringkat cakap-cakap di kedai kopi, implikasinya tetap sama. (Ia) menyebabkan imej parti tercemar," katanya yang juga exco AMK.

Baling kerusi

Sementara itu, Yusmadi juga memberitahu, pihaknya juga menerima beberapa lagi aduan menjelang pemilihan PKR, antaranya:

Terdapat sebuah program latihan kerajaan Selangor digunakan bagi tujuan berkempen terhadap pemimpin tertentu.

Terdapat anggota MPP menaja calon-calon dalam pemilihan peringkat cabang di Pahang. Berlaku insiden baling kerusi semasa proses pencalonan di sebuah cabang di Perlis.

Sehubungan itu, Yusmadi berkata, aduan-aduan itu akan diteliti dan disalurkan kepada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa disiplin PKR.

"Kita tak perlu turut baling kerusi macam di Taiwan, tak perlu pihak autokratik taja orang tertentu, tak perlu pelobi tidak beretika wujud macam di Amerika Syarikat.

"Kita patut beri ruang kepada demokrasi," katanya.

Mydemocracy Watch merupakan badan pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.

Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Perompak Indonesia Zalim Sezalim UMNO

Posted: 02 Sep 2010 01:15 AM PDT

Empat Perompak Indonesia Merogol selepas merompak mangsa di depan anak/suami

LEDANG: Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu.

Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.

Difahamkan, empat penjenayah 'iblis' itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit.

Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.

"Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan ***** yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000.

Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa.

Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.

"Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah," katanya.

Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.

Lebih menyayat hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa melihat ibunya diperkosa perompak terbabit.

Katanya, si suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.

Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu.

Selang beberapa minit kemudian, mangsa melepaskan diri dengan bantuan dua anak lain sebelum melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.

Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara berpindah-randah.

"Namun itu tidak membataskan tindakan kami untuk mengesan mereka.

"Kami akan bekerjasama dengan pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum atas kekejaman dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Katanya, setakat ini, polis sudah menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Tentu Buat PRU Lepas 2012

Posted: 02 Sep 2010 12:40 AM PDT

PRU ke-13 tidak mungkin sebelum 2012

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.

EIU berpendapat meskipun prestasi yang lebih baik akan memperkukuhkan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini menunjukkan pengundi menjadi semakin "mudah berubah hati" khususnya di kalangan pengundi bukan Melayu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal bulan lalu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menjangkakan pilihan raya umum lebih awal.

Mandat semasa BN yang diperoleh pada Mac 2008 akan berakhir Mei 2013.

Spekulasi menyebut Umno dan komponen BN kini bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum Parlimen tahun depan.

Laporan tersebut menambah, Najib berhadapan dengan bangkangan daripada kumpulan-kumpulan konservatif berhubung rancangannya mahu melakukan pembaharuan ke atas tindakan afirmatif.

Jelas laporan itu, Najib yang juga Pengerusi BN kelihatan mengharapkan yang beliau masih mempunyai latitud secukupnya untuk melakukan pembaharuan susulan ke atas dasar-dasar ini, sementara pengundi pula diharap akan menerima beberapa dasar yang tidak popular, antaranya cukai barangan dan perkhidmatan.

Malah ia juga menambah, perdana menteri juga sedar usaha menggalakkan keharmonian kaum adalah sangat penting bagi pelannya untuk memikat undi daripada kaum minoriti, yang mengetepikan BN dalam pilihan raya umum lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Laporan itu berkata, Najib yang turut menerajui Umno iaitu komponen dominan BN, ingin melihat ikatan pembangkang bertambah "bercelaru" sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13.

Sementara Umn0-BN mempertingkatkan serangan ke atas PR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan kemungkinan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan dalam tuduhan liwat kedua yang beliau hadapi sekarang.

EIU juga meramalkan KDNK Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan 4.2 peratus tahun depan, lebih rendah daripada enam peratus disasarkan pentadbiran Najib bagi Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.(sumber(

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Macam2 Zaman Najib..Suami Dajal Jual Isteri

Posted: 02 Sep 2010 12:13 AM PDT

Dijual kenalan suami

LEDANG: Padah minyak dagu wanita mati dibunuh, seorang wanita dilarikan kenalan suaminya dan dilacurkan kepada pemandu lori selama hampir sebulan sebelum ditemui dalam keadaan kebingungan di Stesen Bas Maharani di Muar.

 

LEMAH...Nori hanya mampu terbaring ketika menerima rawatan di HPSF.

Mangsa yang bekerja sebagai pembantu klinik berusia 26 tahun itu ditemui dalam keadaan serba tidak terurus dan terdapat kesan kecederaan pada badan wanita terbabit pada Sabtu lalu.

Kejadian bermula 7 Ogos lalu itu apabila mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nori, 26, keluar dari rumah dekat Sungai Mati di sini, untuk ke Melaka kononnya ditugaskan mengikuti kursus di sebuah hospital swasta di Melaka sebelum menghilangkan diri.

Namun, suaminya, Shamsul, (bukan nama sebenar), 30, mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku ke atas isterinya apabila panggilan telefonnya tidak dijawab.

Malah, isterinya itu seakan hilang pertimbangan selepas seminggu menghilangkan diri sebelum mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon diceraikan serta-merta.

Shamsul dan ibu mentuanya Zainab, 58, percaya perilaku anaknya itu berubah sejak dia mengenali seorang pemandu lori 'buaya darat' terbabit yang sering berkunjung ke gerai makan milik keluarga berhampiran tempat tinggal mereka.

Berdasarkan perubatan tradisional, keluarga Shamsul percaya mangsa terkena ilmu hitam paling kuat iaitu minyak dagu wanita mati dibunuh menyebabkan Nori seakan hilang pertimbangan serta berubah sikap.

Ketika menceritakan semula kejadian itu, Nori yang ditemui di Hospital Pakar Sulatanah Fatimah (HPSF) berkata, sepanjang beberapa minggu bersama lelaki terbabit dia diperlakukan seperti hamba abdi dan diarahkan melakukan pelbagai kerja termasuk melayan lelaki.

"Saya diserahkan di bawah jagaan seorang wanita berasal dari Sabah yang menjaga keperluan dan sepanjang tempoh itu saya dipaksa melakukan pelbagai kerja termasuk bekerja di kilang selama beberapa hari," katanya ketika ditemui.

Nori dimasukkan ke sebuah wad di HPSF kerana muntah darah secara tiba-tiba, malah sering meracau ketika dibawa pulang ke rumah.

Sementara itu, Shamsul berkata, isterinya juga pernah dipukul lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori terbabit ketika cuba melarikan diri.

"Nori sempat menceritakan dia pernah ditumbuk, ditampar, malah disepak di perut kerana cuba melarikan diri dan sejak itu lelaki terbabit merancang menjualnya kepada orang lain.

"Saya percaya lelaki setan itu memaksa isteri melakukan pelbagai kerja sampingan termasuk kerja di kilang beberapa hari selain dipaksa melayan nafsu pemandu lori lain," katanya.

Katanya, dia pernah membuat laporan polis dan beberapa anggota polis juga pernah hadir ke HPSF untuk mengambil keterangan daripadanya.

Bagaimanapun, katanya, usaha itu sia-sia kerana Nori berubah sikap secara tiba-tiba dan berkelakuan aneh termasuk enggan bercakap dengan sesiapa selain berbisik pada suaminya selain mengugut menikam dirinya.

"Perkara itu membuktikan Nori tertekan dan saya percaya dia mungkin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan kami sekeluarga.

"Kami akan cuba merawat sakit misteri Nori dan jika dia beransur pulih, perkara ini akan diajukan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Shamsul berkata dia juga berbelah bagi kerana sekiranya bertindak bersendirian melaporkan kejadian itu kepada polis mungkin akan mengakibatkan rumah tangganya hancur.

Nori juga mendakwa lelaki setan itu akan membalas dendam sekiranya kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Difahamkan, lelaki terbabit juga mempunyai beberapa rekod jenayah membabitkan kes pecah rumah dan jenayah ragut di sekitar Melaka.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Hina Mahkamah Takpe, Rakyat Tak Boleh

Posted: 01 Sep 2010 11:32 PM PDT

Laporan polis dakwa PM hina mahkamah

Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.

Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.

Beliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan empat peneroka Felda jempol.Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol.

Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit.

 

 

Azalina Othman Masuk Masjid Tak Pakai Tudung, Duduk Sebelah Laki Lagi..Mufti Haramsani Perlu Jawab

Posted: 01 Sep 2010 10:45 PM PDT

Tolong mufti Perak..jawab isu ini..UMNO, perkose, jomlah hebohkan isu ini. Untung-untung Azlina Othman merajuk dan tak jadi puteri lagi

Pengerusi SYABAS Memang Syabas..Syabas Kerana Jadi Balaci UMNO

Posted: 01 Sep 2010 09:22 PM PDT

ada berani ker wahai Rozali??Kalau anak jantan dan boleh beranak, masuklah gelanggang politik jika benar-benar minat jadi YB UMNO

Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor. Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad. Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan. "Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini. Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing. "(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.

Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan. Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air.

Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air. Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.

Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali. "Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor. "Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya. Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor. "Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya./Malaysiakini