Isnin, 30 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HIKMAH DI SEBALIK ISU MASJID DAN SURAU - KITA DIDEDAHKAN DENGAN KEJAHILAN UMNO TENTANG ISLAM

Posted: 30 Aug 2010 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA hikmahnya bila timbul isu Wakil Rakyat dari DAP berucap di dalam surau baru-baru ini. Begitu juga dengan isu mendoakan pemimpin Non Muslim di dalam Khutbah Jumaat yang dikatakan berlaku di P.Pinang yang begitu hangat dimainkan oleh media pencacai dan murahan di negara ini.

Apa yang membanggakan kita, pemimpin DAP tidak terus melatah dengan propaganda puak-puak yang sengaja ingin mencetuskan isu agama dan perkauman ini. Mereka sebaliknya terus merujuk kepada yang mengetahui tentang tindakan mereka itu salah atau tidak atau pun boleh dianggap menghina agama Islam. Seperti MP Serdang, beliau terus berjumpa dengan Mursyidul Am Pas untuk meminta nasihat. Tanpa prejudis, Tuan Guru Nik Aziz memberikan nasihat dan pandangannya berkaitan hukum seseorang bukan Islam memasuki surau atau masjid. Maka, jelas kepada mereka betapa jahilnya puak-puak itu.

Apa hikmahnya? Hikmahnya apabila isu ini timbul maka rakyat didedahkan betapa cetek dan jahilnya pemimpin Umno tentang hukum hakam agama. Jika di dalam perkara remeh dan mudah seperti ini pun pemimpin Umno jahil, apa kah kita boleh mengharapkan Umno untuk menegakkan Islam termasuk hukum hakam yang lebih mendalam seperti hukum Hudud? Patut pun selama ini Umno tidak menyokong sebuah Negara Islam yang berpandukan Al-Quran dan Hadith.

Syabas kita ucapkan kepada seluruh pimpinan PR yang pantas menjawab propaganda Umno dalam isu ini. Tahniah juga buat semua Blogger Pro PR yang berjaya dedahkan betapa pemimpin Umno lebih teruk dan dahsyat lagi dari pemimpin DAP di dalam isu memelihara kesucian rumah ibadat kita. Isteri-isteri mereka `bertelanjang' ketika berada di dalam masjid tanpa menutup aurat. Apatah lagi di luar masjid, mereka langsung tidak menghiraukan tuntutan menutup aurat ini. Memalukan apabila mereka menuntut pemimpin DAP pula untuk menutup aurat.

Kita yakin dan percaya, apabila semua pimpinan DAP telah belajar tentang Islam maka tidak mustahil satu hari nanti DAP adalah parti yang lebih awal menerima Perundangan Islam daripada Umno. Cuma, satu yang kita pelik dan hairan iaitu di manakah suara `Ulamak Muda' di dalam isu ini? Adakah terlalu awal mereka `dibisukan'?/wfauzdin.blogspot.com

SYABAS YB TEO, BERANI KERANA BENAR

Posted: 30 Aug 2010 06:00 PM PDT

Teo hadiri satu lagi majlis di surau
Ogos 30, 10

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan
besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh./Malaysiakini

RAJA KATAK BERLAGAK PAKAR DALAM AGAMA

Posted: 30 Aug 2010 12:56 PM PDT

Nurshakira Buang

SHAH ALAM 31 Ogos: Pengerusi Seketariat Himpunan Ulama Asia (Shura), Ustaz Ghani Shamsudin meminta Perkasa tidak sesekali mencabar kewibawaan dan kepakaran alim ulama dalam mentafsir kandungan al-Quran.

Cadangan Datuk Ibrahim Ali sebelum ini dianggap boleh menimbulkan kacau bilau dalam institusi keagamaan lantaran Presiden Perkasa itu bukan mahir dalam hal ehwal agama.

Perkasa semalam mencadangkan supaya menggubal undang-undang menghalang golongan bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan Fatwa Majlis Kebangsaan.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Kebangsan Malaysia atau Jakim pada Mac lalu, orang bukan Islam boleh memasuki ruang solat dengan beberapa syarat tertentu.

"Kita umat Islam mesti menghargai pandangan pakar dan alim. Ayat al-Quran - kalau kita tidak tahu tanyalah kepada mereka yang pakar. Berdasarkan ayat-ayat tersebut, kita orang islam mesti menurut serta menghargai pandangan pakar.

"Jika majlis fatwa dan ulama di dunia ini tidak pula membuat ketetapan mengharamkan bukan Islam masuk masjid, malah Rasulullah juga menjemput wakil-wakil luar negara datang ketika baginda dalam masjid, adakah Perkasa hendak mendahului dan menganggap diri mereka lebih pakar dari alim ulama?" katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Ghani berkata Ibrahim Ali seharusnya memberi tumpuan kepada isu politik dan bukannya memandai-mandai membuat tafsiran agama sedangkan beliau tidak ada kelayakan.

"Itu yang lebih penting untuk kita tanggapi kerana ia mencabar kepakaran alim ulama dan memasuki bidang kepakaran orang lain dengan mencadangkan perkara yang sangat aneh pada pandangan pakar," katanya.

Bagi beliau, kenyataan terburu-buru Presiden Perkasa itu boleh mengacau-bilau institusi keagamaan di negara ini.

"Jika Perkasa melakukan sedemikian bermakna dia meruntuhkan kaedah yang diasaskan pakar sedangkan orang yang bijak pandai harus dihormati dan dihargai.

"Kalau Perkasa sudah berasa dia lebih perkasa dari segi kepakaran agama bermakna ia melampaui peranannya sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Ini akan mengacaubilaukan agama itu sendiri. Jadi eloklah Perkasa membuat tuntutan berlandaskan kepakaran dan tidak memandai-mandai," katanya lagi./TVSelangor

DAP MASUK SURAU, KINI PAS MASUK KUIL PULA, UMNO MAHU CAKAP APA LAGI ?

Posted: 30 Aug 2010 11:18 AM PDT

Harakahdaily

KLANG, 30 Ogos: Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.

Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.

Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.

"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu./Harakahdaily

PEMIMPIN DAP PUN MAHU RUJUK PADA MURSYIDUL AM PAS

Posted: 30 Aug 2010 09:56 AM PDT

Teo dapatkan pandangan mursyidul am PAS
Ogos 30, 10

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari bagi mendapatkan pandangan mursyidul am PAS itu berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

NONEPertemuan itu berlangsung di Rumah Kelantan di ibunegara selepas menteri besar dan delegasi kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur, di Jalan Duta.

Menurut Harakahdaily, selepas pertemuan itu, Nie Ching berkata, beliau gembira dapat bertemu dan mendapat pandangan mursyidul am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Teo mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang Sentral untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan dijemput jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut dan akan memberi surat amaran kepada Teoh./Malaysiakini

kerangeleber

kerangeleber


Masuk Surau : Nie Ching temui Nik Aziz

Posted: 30 Aug 2010 12:07 AM PDT

Royalti : Kelantan fail saman tuntut Petronas bayar RM800 juta setahun

Posted: 30 Aug 2010 12:07 AM PDT

Justice For All

Justice For All


Jom Kita Pakat Cari Suspek Rogol Ni

Posted: 30 Aug 2010 08:25 PM PDT

Inilah menyusahkan orang ramai..kan ke senang ada hukum Allah..penjenayah takla bermaharajalela buat jenayah

Polis cari suspek kes rogol, cubaan culik

TELUK INTAN - Polis sedang mengesan seorang suspek dipercayai boleh membantu siasatan kes rogol seorang pelajar sekolah dan cubaan culik dua kanak-kanak perempuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek dipercayai orang yang sama terlibat dalam kedua-dua kes berkenaan.

Menurutnya, selain melakukan dua kes itu, kereta yang digunakan suspek juga dipercayai disamun dalam satu kes di Batu Gajah sehari sebelum kedua-dua kes itu berlaku di sini.

"Berdasarkan foto fit yang kita peroleh bagi kedua-dua kes itu, wajah kedua-dua suspek seakan-akan sama.

"Kita sedang mencari lelaki ini untuk membantu siasatan dan kita minta kerjasama orang ramai bagi menjejaki suspek," katanya kepada media di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai yang mengetahui identiti lelaki ini diminta menghubungi Deputi Superintendan Chan Kuang Yu di talian 019-2300999 atau melaporkan di balai polis yang berhampiran.

Pada 20 Ogos lalu, seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun cedera dilanggar oleh sebuah kereta.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu kemudian menawarkan diri untuk membawa mangsa ke hospital.

Mangsa yang terpedaya menaiki kereta mangsa sebelum dirogol sebelum ditinggalkan di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran.

Pada hari yang sama, dua pelajat nyaris diculik seorang lelaki dipercayai suspek yang sama.

Bagaimanapun, mangsa yang curiga dengan suspek kemudiannya melarikan diri ke pejabat sekolah berkenaan dan memaklumkan kejadian kepada guru mereka.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Perkose Bakal Jadi Parti Politik??

Posted: 30 Aug 2010 07:43 PM PDT

Perkose nak jadi Parti perkose..makin ramailah melayu jadi gila perkauman..dan makin banyaklah surau-surau disimbah cat dan dibaling botol arak

Belum masa jadi parti

SHAH ALAM – Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) bercadang mahu menjadi satu suara yang kuat mewakili orang Melayu dan Bumiputera dalam arena politik negara supaya menjadi pengimbang kepada pertubuhan-pertubuhan kaum lain.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun terdapat banyak pihak menyarankan Perkasa menjadi sebuah parti politik, beliau lebih senang jika Perkasa kekal sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana mereka masih boleh bergerak dengan aktif dan berkesan.

Menurutnya, keputusan Perkasa untuk terus menjadi sebuah NGO adalah kerana beliau tidak mahu undi Melayu terus berpecah kepada banyak bahagian walaupun Perkasa berkembang dan mendapat sokongan yang kuat.

"Saya belum terfikir mahu jadikan Perkasa sebuah parti politik, tetapi apa yang penting kita akan perkukuhkan sokongan dan lebih meramaikan lagi ahli seluruh negara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas menegaskan Perkasa akan terus mendekati generasi muda supaya mereka menyedari kepentingan menjaga hak-hak Melayu yang sering dipertikaikan sekarang.

"Perkara tersebut adalah asas perjuangan kita, menjaga dan mempertahankan hak Melayu selain bersama-sama generasi muda," katanya.

Perkasa ditubuhkan atas nama memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu selain didakwa mempunyai lebih dari 200,000 ahli.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Merdeka..Bebaskan Dari Perkauman Sempit

Posted: 30 Aug 2010 06:51 PM PDT

Merdeka: Anwar selar 'pelampau peralat sentimen'

Sempena ulang tahun kemerdekaan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno yang disifatkannya tanpa segan silu menuduh orang lain pengkhianat dan pembelot demi kepentingan politik sendiri.

Sedangkan, menurut ketua umum PKR itu, pihak itulah sebenarnya yang memperalat sentimen perkauman sempit dan agama.

"Makanya siapa di antara kita yang mahu menafikan perbuatan golongan tadi itulah yang sebenarnya mengkhianati makna kemerdekaan?" katanya.

Dalam perutusan kemerdekaan hari ini, Anwar juga menegaskan keperluan mempertahankan perlembagaan dan menjaga hak dan kepentingan Melayu-Islam seperti termaktub dalam Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau antaranya menyeru:

- Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri negeri Sabah-Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.

- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

- Memartabatkan pengunaan bahasa Melayu dan memperluaskannya sebagai lingua franca serta melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh turut mengulangi gesaan supaya akta kontroversi ISA dimansuhkan serta mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan darurat yang masih berkuatkuasa.

Atas semangat persekutuan, Anwar juga berharap wujudnya hubungan yang adil antara kerajaan pusat dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Zul Kulim Buat Hal Lagi..

Posted: 30 Aug 2010 06:10 PM PDT

Jangan layan Zul Kulim ni..saje nak pecahkan Pakatan. Sape kata PAS tak istiqamah nak laksana hudud. Tengok macam di Terengganu 2001, PAS sanggup hilang DAP daripada hilang hukum Allah. Yang jadi penghalang bukan DAP, tapi UMNO laknatullah.

Buat Zul, anda kan penceramah UMNO sekarang ni..desaklah UMNO buat hukum islam. Janganlah nak harapkan PAS je..Kalau UMNO mengaku islam dan suka beraya, buatlah hukum Allah..bukannya berkokok isu yang remeh-temeh

Pakatan pembangkang tiada niat laksana hudud

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

"Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama pakatan pembangkang.

"Itu hanya mimpi Pas, kata pemimpin pembangkang (yang lain)! Mimpi yang Pas tidak akan dapat capai selagi bersama pakatan pembangkang.

"Saya percaya ramai ahli akar umbi Pas tidak tahu yang undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, negara Islam tidak akan ditubuhkan serta Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika pembangkang memerintah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri bertajuk Mufaraqahlah (berpisahlah) dalam blognya,

www.zul4kulim.blogspot.com

.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan negara.

Jelas beliau, untuk melaksanakan hukum hudud, Pas perlu mendapatkan kerusi paling banyak di Parlimen dan ia juga perlu mendapat sokongan daripada ahli Parlimen yang lain.

Kenyataan Zaid itu dikeluarkan ekoran pertelingkahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini.

Sementara itu, Zulkifli yakin dan percaya kebanyakan ahli-ahli akar umbi Pas memang ikhlas bersama dengan parti itu kerana percaya pada perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Dalam pada itu, Zulkifli memuji tindakan Nik Abdul Aziz baru-baru ini yang mendesak supaya pakatan pembangkang menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang syariah apabila memerintah negara kelak.

Tetapi malangnya, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu ditentang dan disangkal oleh pimpinan pembangkang termasuk daripada kalangan Pas sendiri.

"Klimaksnya apabila satu Kenyataan Bersama dikeluarkan minggu lepas memperkukuhkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli menyeru agar ahli-ahli Pas kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan negara Islam dan seterusnya menolak kerjasama dengan parti-parti yang tidak sehaluan seperti DAP dan PKR.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

D

apatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Lagi Kes Bayi Dibuang Walaupun Di Bulan Puasa

Posted: 30 Aug 2010 05:38 PM PDT

Bayi dalam beg kertas

SHAH ALAM: Lagi bayi dibuang, kali ini seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui orang ramai dalam sebuah beg kertas yang digantung pada tiang papan tanda berhampiran persimpangan lampu isyarat Pangsapuri Brunsfield, Seksyen 13, di sini, petang semalam.

 

MALANG...anggota polis memeriksa seorang bayi lelaki yang cukup sifat yang ditemui dibuang dalam sebuah beg, petang semalam.

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui dibungkus dengan sehelai kain sebelum diletakkan dalam sebuah beg kertas.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar tangisan bayi sebelum menemui bayi berkenaan dalam sebuah beg kertas yang digantung pada satu papan tanda berhampiran pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, berkata bayi dipercayai berbangsa Melayu atau Indonesia itu masih bertali pusat dan uri belum tanggal ketika ditemui.

Katanya, polis yang menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Kami percaya bayi ini baru dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam lalu," katanya di sini, semalam.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Lelaki Tembak Mati 6 Orang, Sebelum Tembak Diri Sendiri

Posted: 30 Aug 2010 04:54 PM PDT

Macam kisah kat malaysia jer..yang berlaku dalam toyota caldina hujung bulan lepas..

Lelaki mengamuk turut bunuh diri sendiri

BRATISLAVA, 31 Ogos - Seorang lelaki bersenjata api dalam lingkungan 50 tahun menembak mati dirinya selepas membunuh

enam orang serta mencederakan 14 yang lain ketika mengamuk di sebatang jalan di Bratislava, ibu kota Slovakia pagi semalam, kata komander polis Slovakia, Jaroslav Spisiak kepada pemberita.

"Ketika pegawai polis pertama tiba di tempat kejadian, lelaki bersenjata api automatik itu telah meninggalkan pangsapuri di taman perumahan Devinska Nova Ves, di mana empat orang wanita dan seorang lelaki telah dibunuh sebelum menembak saudara mara yang lain di luar rumah.

"Ketika melarikan diri dalam beberapa meter, dia menembak apa sahaja yang bergerak... menyebabkan lebih ramai pegawai polis tiba untuk mengepungnya dan dia yang tidak mempunyai pilihan kemudian bertindak menembak mati dirinya sendiri," kata Spisiak. - AF

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

UMNO Beriya Nak Dakwa Namewee, Tapi Biarkan Yang Lain Terlepas

Posted: 30 Aug 2010 04:00 PM PDT

Nampaknya Namewee akan didakwa. Mungkin kena ISA. Kalau memang Namewee bersalah, hukumlah. Jangan biarkan terlepas. Tapi hukuman sama perlu dikenakan ke atas orang lain yang turut tiupkan api perkauman. Perkose, Ibrahim Katak, Muhyiddin yassin, GPMS, Utusan, Nasir Sarfa, Datuk Ahmad Ismail, Chua soi Lek dan lain-lain, perlu didakwa juga. Termasuk 2 orang pengetua yang rasis. Katakan tidak pada racism. Dakwalah mereka semua. Jangan biarkan mereka terlepas. Salah tetap salah. Janganlah pilih bulu. Bulu UMNO tak nak didakwa, yang rakyat bawahan sahaja yang didakwa. Kalau betul-betul nak dakwa, dakwalah mereka yang timbulkan hasutan perkauman. Sama ada dari BN atau Pakatan..

Tengok video kat bawah ni..

Dan ini pula kisah TNB

* Tapi bila tengok video, macam takde pun hasutan. Cuma ayat-ayat lucah jer dan kutuk BN. Takpe, dakwalah..biarlah namewee jawab kat mahkamah

Dan ini pula si UMNgOk yang cepat je nak dakwa rakyat biasa yang kutuk BN, dan biarkan geng sendiri terlepas daripada didakwa

Tindakan terhadap Meng Chee

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee jika dia terbukti melakukan kesalahan ekoran penerbitan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) menegaskan, perkara sensitif sebegini tidak boleh dibiarkan dan merupakan satu langkah yang silap serta tidak boleh dimaafkan

"Saya telah mendapat taklimat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkara tersebut dan sehubungan itu mengarahkan siasatan menyeluruh dibuat dengan mengambil kira segala aspek.

"Perbuatan seumpama itu tidak boleh dimaafkan jika terbukti dia mempersendakan isu berkaitan kaum sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat,'' tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia melalui e-mel ketika diminta mengulas mengenai tindakan Meng Chee yang menerbitkan klip video berunsur perkauman.

Hishammuddin ketika ini dalam rangka lawatan tugas rasmi di Bandar Seri Begawan, Brunei bagi membincangkan soal-soal berkaitan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Lawatan kerja dua hari bermula semalam itu melibatkan pertemuannya dengan Tengku Mahkota Brunei, Al-Muhtadee Billah; Menteri Luar, Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan turut menghadap Sultan Hassanal Bolkiah.

Beliau memberitahu, seni persembahan tidak boleh dijadikan alasan kononnya Meng Chee memperjuangkan kebebasan bersuara, hak atau kesaksamaan.

"Jika Meng Chee sengaja mencetus kontroversi dan mempermainkan agenda kaum, ini menunjukkan sikap angkuh dan memualkan.

"Rakyat tanpa kira kaum sama ada Melayu, Cina atau India dan sebagainya di negara ini menolak sikap ekstrem yang tidak berkesudahan seperti ini,'' ujar beliau.

Sementara itu, di PUTRAJAYA, mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memasuki Surau Al-Huda, beliau berkata, umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tak beradab.

Di JOHOR BAHRU, empat laporan polis telah dibuat di negeri ini ekoran penerbitan klip video Namewee.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar berkata, laporan polis pertama dibuat pada pukul 3.20 petang, Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya manakala tiga lagi di Balai Polis Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai semalam.

Beliau berkata, satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Amer Awal telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Mewah..Hotel Dalam Laut

Posted: 30 Aug 2010 03:10 PM PDT

Bilik hotel dikelilingi ikan

Waktu malam

Waktu Siang

MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.

Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.

Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.

Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan. - Agensi

Artis Pun Kena Tumbuk

Posted: 30 Aug 2010 11:12 AM PDT

AGM Karyawan kecoh, Freddie ditampar

Freddie Fernandez (kiri) dan Ahmad Abdullah menunjukkan salinan laporan polis mengenai insiden dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tak dikenali di pekarangan Finas, Ulu Klang, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang diharap dapat menyelesaikan kemelut dalaman persatuan seni itu sebaliknya berakhir dengan adegan pergaduhan umpama dalam filem.

AGM yang sepatutnya berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan berikutan pergaduhan yang berpunca daripada bantahan sekumpulan 50 orang yang didakwa Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez sebagai orang luar.

Seorang kakitangan Karyawan, Ahmad Abdullah berkata, dia ditumbuk oleh seorang daripada kumpulan terbabit sehingga jatuh terduduk.

Menurut Ahmad, pada mulanya dia hanya ingin menghalang kumpulan itu daripada menyerang Freddie namun tindakannya itu membuatkan kumpulan terbabit naik angin sehingga berlaku pergaduhan.

"Tumbukan itu membuatkan saya jatuh terduduk. Kumpulan seramai 50 orang berbadan sasa itu bertindak di luar kawalan sehingga berlaku kekecohan sebelum mesyuarat itu berlangsung," katanya ketika ditemui di pekarangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di Hulu Klang dekat sini hari ini.

Freddie turut menjadi mangsa apabila dia ditampar oleh salah seorang daripada kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Freddie enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu sebaliknya hanya menyifatkan tindakan kumpulan itu sebagai samseng.

Sebelum bermulanya mesyuarat tahunan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang itu, Karyawan terlebih dahulu membuat laporan polis kerana mendapat maklumat awal mengatakan akan berlaku kekecohan.

Menurut Freddie, laporan itu akan dijadikan sebagai rujukan dan kemungkinan membuat laporan susulan berkaitan insiden itu.

"Ketika mesyuarat ingin dimulakan, kami meminta agar kumpulan tersebut keluar dari dewan kerana mereka bukannya ahli Karyawan tetapi mereka enggan sebaliknya menimbulkan kekecohan," ujarnya.

Freddie kemudian terus meninggalkan tempat kejadian sebelum datang semula dua jam selepas itu untuk memberi kenyataan kepada wartawan yang hadir.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima satu laporan tentang berlaku tolak-menolak antara ahli Karyawan yang dibuat petang tadi.

"Kita masih menunggu laporan daripada pihak lain termasuk Datuk Freddie yang difahamkan akan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati secepat mungkin.

"Selepas menerima laporan berkenaan baru kita akan mula melakukan siasatan," katanya ketika dihubungi malam ini.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Geng Perkose Untung Atas Angin

Posted: 30 Aug 2010 09:38 AM PDT

Ini mesti geng Perkose nih..senang-senang je dapat duit sambil goyang kaki

Untung atas angin jual 1,000 tapak bazar Ramadan

KUALA LUMPUR: Bukan 10, malah lebih 1,000 tapak bazar Ramadan di sekitar ibu kota didakwa dijadikan sumber pendapatan bagi individu tertentu yang dipercayai mampu memperoleh keuntungan hingga RM15,000 bagi satu tapak.

Malah, perkara itu didakwa turut didalangi ahli majlis tertinggi sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga kebajikan peniaga dan penjaja di sini, selain turut menggunakan pengaruhnya dalam pertubuhan terbabit bagi meraih kepercayaan beberapa tokoh politik terkemuka.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia dalam sidang media di sini, semalam.

 

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Norashikin Abd Ghani, berkata pihaknya sebelum ini sudah mengadakan pertemuan bersama beberapa orang kanan pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung isu itu.

 

"Kegiatan seumpama ini dipercayai berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun seakan dipandang sepi pihak tertentu.

 

"Malah, kami (Pekida) difahamkan lelaki yang didakwa memiliki pengaruh yang cukup besar itu juga menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan tapak bazar Ramadan dalam kuantiti besar," katanya.

 

Beliau berkata, beberapa penjaja kecil mengadu gagal mendapatkan ruang bagi menjalankan perniagaan di bazar Ramadan berikutan harga sewa tapak yang melambung mendadak.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Merdeka? Merdeka? Merdeka????

Posted: 30 Aug 2010 08:42 AM PDT

Esok, tanggal 31 Ogos 2010 negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-53. Biar pun sambutan tidak sehebat tahun-tahun yang lalu berikutan sambutan kali ini bertembung dengan puasa di bulan Ramadhan. Namun kerajaan 1Malaysia tetap mengadakan raptai secara tertutup yang khabarnya akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan temanya kali ini "1Malaysia Menaja Transformasi", apakah sambutan kali ini dapat diterima oleh rakyat.

Jika dulu, tatkala menjelangnya kemerdekaan maka dilancarkan bulan kemerdekaan bermula pertengahan bulan Ogos hingga bulan September. Maka, rata-rata rakyat pelbagai kaum mengadakan aktiviti masing-masing termasuk bersama-sama mengibarkan bendera "Jalur Gemilang".

Semua ini dek kerana mahu menunjukkan perasaan sayang dan cinta kepada negara tercinta. Malah, bendera bukan sahaja di pasangkan pada dinding-dinding bangunan atau rumah, malah turut dilekatkan bendera kecil pada kenderaan masing-masing.

Rakyat seolah-olah bersemangat dan berbangga untuk merayakan hari kemerdekaan negara. Namun, kini suasana itu nampak jauh berbeza sama sekali di zaman Najib 1Malaysia. Rakyat seolah-olah tidak menerima corak kepimpinan beliau yang bertemakan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" itu.

Buktinya, cuba lihat dibangunan-bangunan sekeliling kita! Atau di kenderaan-kenderaan yang lalu didepan mata kita! Berapa kerat sangat mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang?. Daripada 100 kenderaan satu pun mungkin sukar untuk kita temui. Kenapakah ini berlaku?. Apakah rakyat tidak gembira hidup di zaman pentadbiran Najib Razak?.

Mungkin juga ada kebenarannya, tambahan pula Najib dilihat gagal membawa perubahan besar terhadap kehidupan rakyat itu sendiri. Apa yang berlaku, ia tetap sama seperti zaman Mahathir dan Pak Lah dahulu. Tradisi mendera rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

Merdeka Apa Jika Amalan Demokrasi Itu Dicemari

Rakyat juga melihat kerajaan yang ada sekarang ini masih mengamalkan dasar-dasar "kuku besi" untuk menekan rakyat. Undang-undang dan pelbagai akta digunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu isu.

Tambah parah lagi, amalan demokrasi yang diwar-warkan selama ini turut dicemari dengan berbagai insiden yang tidak diingini. Kebebasan bersuara sama ada menerusi media atau perhimpunan terus disekat. Rakyat ditekan, diperkotak-katikkan oleh pihak berkuasa yang kononnya menjaga keamanan. Mereka diperlakukan sewenang-wenangnya hanya dek kerana mahu menuntuk satu keadilan dan kebebasan.

Pemimpin dan golongan atasan terus berkuasa memunggah segala khazanah kekayaan negara. Beberapa kerat individu yang berwang, "mencucuk hidung" kerajaan agar menuruti kehendak mereka. Lantaran itulah kita tidak hairan, kerajaan lebih berselera menaikkan harga barangan atas nama "subsidi" daripada terus membela rakyat itu sendiri. Rakyat dibiarkan berada dalam keadaan miskin dan tidak kaya, supaya mereka bebas menggunakan kuasa untuk "membeli maruah" mereka menjelangnya pilihanraya.

Malah, agama dan perkauman terus dipermainkan dengan sewenang-wenangnya. Apa yang penting ialah kuasa itu terus dipertahankan oleh mereka. Maka itulah, kita tidak hairan kini kerajaan 1Malaysia lebih seronok memainkan isu agama dan perkauman itu untuk mengekalkan kuasa.

Mereka lebih berminat untuk memburuk-burukkan parti lawan demi menyakinkan rakyat kononnya hanya UMNO dan Barisan Nasional sahaja pandai memerintah negara ini. Justeru itulah, rakyat yang bijak dan menggunakan akal fikiran yang waras melihat kerajaan 1Malaysia yang ada hari ini langsung tiada makna bagi mereka. Atas faktor itu juga, rakyat tidak merasa berbangga untuk mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap kemerdekaaan itu. Inilah hakikat yang telah berlaku itu sebenarnya.

Jalur Gemilang Kini Akhirnya Di Hina Indonesia

Apa yang lebih memalukan sekarang ini, di saat kerajaan 1Malaysia mahukan rakyat supaya mengibarkan bendera kebanggaan negara "Jalur Gemilang", tiba-tiba kita melihat pula jalur gemilang dihina di negara jiran Indonesia. Malah, bukan sahaja dihina mereka juga membakar dan memijak-mijak jalur gemilang. Bukankah ini boleh menjatuhkan maruah negara sebenarnya.

Namun, anehnya PM Najib Razak berbangga mengatakan kerajaan tidak pernah berlembut dalam isu kedaulatan negara. Soalnya kenapa tatkala alur gemilang dihina sedemikian rupa kita masih mampu berdiam diri di saat kita mahu menyambung hari kemerdekaan esok.

Tambah menyakitkan hati kita, bila ada pula rakyat Malaysia yang ditahan dan ditangkap oleh pihak polis gara-gara cuba melakukan perkara yang sama terhadap bendera Indonesia di kedutaan mereka. Inilah masalahnya, bila orang lain buat dibiarkan tetapi bila kita mahu bertindak mereka pula yang menghalang.

Samalah dengan apa yang berlaku dalam politik negara, hanya kerajaan dan penyokong mereka sahaja yang menikmati kemerdekaan itu sebenarnya.

Bagi penyokong pembangkang (Pakatan Rakyat), apalah erti kemerdekaan jika jiwa-jiwa mereka terus "dijajah" oleh bangsa sendiri?. Buktinya, hanya penyokong kerajaan sahaja bebas untuk melakukan apa sahaja termasuk berhimpun secara haram.

Sedangkan jika ia dilakukan oleh penyokong pembangkang sudah pasti mereka akan dikenakan berbagai tindakan. Ini semua tidak bermakna jika benar negara sudah merdeka. Negara hanya merdeka dimata kerajaan sahaja, sebaliknya bagi rakyat selagi diri mereka terbelenggu maka itulah mereka tidak akan menghargai erti sebuah kemerdekaan itu akhirnya.

Merdeka Apa Jika Jenayah Kini Terus Berleluasa

Apalah erti kemerdekaaan sebenarnya jika gejala maksiat dan jenayah terus meningkat di negara kita. Malah, paling membimbangka di ketika umat Islam sibuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan gejala "buang bayi" terus melanda. Itu belum lagi kes jenayah lain yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Apakah ini ertinya kemerdekaan, apabila akidah dan akhlak rakyat terutamanya golongan muda punah ranah dibuatnya.

Dasar apakah ini, yang merelakan semua ini terus berlaku malah disokong pula oleh kerajaan itu sendiri. Misalnya, gejala penagihan dadah yang kian parah terus disuburkan lagi dengan pembinaan banyak pusat-pusat untuk menempatkan penagih terbabit.

Walhal mereka sendiri tahu 80% penagih yang keluar itu akhirnya terlibat semula dengan gejala tersebut. Begitu juga kini, susulan kes buang bayi yang meningkat tiba-tiba pula ada kerajaan negeri yang beriya-iya mahu membina sekolah uintuk pelajar hamil.

Kononnya untuk menyelamatkan mereka dari terus terjerumus ke kancah jenayah lain termasuk jenayah akibat membuang bayi tersebut. Semua ini jelas menunjukkan yang kerajaan 1Malaysia ternyata gagal membentuk akidah dan keimanan rakyat seperti yang terkandung dalam agenda konsep 1Malaysia yang diperkenalkan mereka itu sebenarnya. Maka, apakah ini maknanya kemerdekaan yang dibanggakan itu agaknya?

[Sebenarnya, banyak lagi faktor yang mendorong ke arah itu sebenarnya. Rakyat Malaysia sudah muak dan jelek dengan kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Najib Razak yang hanya "indah khabar dari rupa". Retorik politik "rakyat didahulukan" hanyalah satu usaha untuk mengalih pandangan rakyat itu sendiri.

Sebaliknya, mereka terus dihenyak dengan virus "subdisi" yang kian membiak dijiwa-jiwa pemimpin kerajaan itu. Inilah yang menyebabkan mereka langsung tidak bersemangat waja untuk menyambut hari kemerdekaan, apatah lagi untuk mengibarkan bendera negara "jalur gemilang" itu sebenarnya.

Rakyat yang bijak tidak mahu terus tertipu dengan semangat nasionalisme laungan puak-puak UMNO BN itu lagi. Penolakan ini membukti betapa sokongan rakyat terhadap kerajaan 1Malaysia pimpinan Najib Razak semakin terhakis dari sehari ke sehari. Soalnya sekarang, apakah Najib berani membubarkan parlimen dan membuat pilihanraya lebih awal atas senario yang berlaku ini. Ia jelas menunjukkan bahawa arus perubahan itu juga kini semakin hampir untuk dinikmati oleh kita semua].

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Lagi UMNO Hina Islam..Anjur Ratu Cantik Di Bulan Puasa

Posted: 30 Aug 2010 08:10 AM PDT

Bila isu bukan islam masuk masjid diperbesarkan bagai nak gila oleh UMNO. tapi bila isu ratu cantik, UMNO buat bodoh je. Dahla dibuat dalam bulan ramadhan. Dihoskan oleh kafir bollywod pula. Artis kegemaran Roswah.

Nak dengar juga komen Haramsani tentang pertandingan Mrs Beauty Malaysia. Ye lah walaupun pertandingan itu terbuka kepada wanita yang telah berkahwin, berusia 21 tahun ke atas dan tidak memakai bikini, tapi pakaian mereka tetap aurat. Dahla ada melayu islam yang tak pakai tudung. Daripada 14 peserta, hanya 3 wanita bertudung. bertudung pun pakai pakaian ketat.

Pastu satu lagi, pertandingan ni dibuat pada magrib tadi. start pukul 7. Memang mereka hina islam. Langsung tak hormati bulan puasa. UMNO dan Perkose jomlah nyatakan kekesalan dengan program maksiat ini. Janganlah kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata, buat-buat tak nampak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Harusani Kata Tok Guru Nik Aziz Tak Betul

Posted: 30 Aug 2010 07:47 AM PDT

Harusani kata Nik Aziz halalkan perkara yang jelas salah?? Apa? Harussani duduk ke zaman Nabi. Yang Arab Badwi pergi kencing dalam masjid tak tutup aurat, ada Nabi S.A.W marah ke?? Bukan islam memang tak pakai tudung. Jadi memang nampak kurang manis dari sudut adat, bukannya agama. Harusani memang balaci UMNO. Bila UMNO tak buat hudud, haramsani tak nak komen. Bila roswah tak pakai tudung dalam masjid..Haram sani diam membisu..apa jenis mufti macam ni..

Apakata kita sediakan pentas debat Haramsani dan tok guru. Ada berani ke wahai harusani??

Bukan Islam perlu hormati adab masuk surau: Harussani

SHAH ALAM – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan orang bukan Islam boleh memasuki surau atau masjid asalkan mengikut syarat yang ditetapkan.

"Sesiapa sahaja termasuk orang bukan Islam boleh melawat atau memasuki ruang solat di dalam masjid dan surau sekiranya lengkap menutup aurat.

"Mereka juga perlu menjaga adab selain tidak didatangi haid bagi wanita, manakala bagi lelaki pula tidak berada dalam keadaan junub," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mengenai kenyataan Musyridul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempertahankan tindakan Nie Ching, Harussani berkata: "Pada zaman baginda, orang bukan Islam yang memasuki masjid berpakaian menutup aurat, berbeza dengan Nie Ching yang tidak memakai tudung dan hanya berbaju kebaya.

"Saya berharap pihak tertentu tidak terlalu taksub dan menggunakan alasan politik untuk menghalalkan perkara yang jelas salah," katanya.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Negeri UMNO Tak Minat Sambut Meredeka

Posted: 30 Aug 2010 07:17 AM PDT

Tiada kibaran Jalur Gemilang

Premis kurang pasang bendera, sambutan merdeka hambar

KUANTAN: Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan esok tidak begitu dirasai penduduk dan warga bandar ini berikutan tidak banyak aktiviti berkaitan kemerdekaan diadakan di negeri ini.

Selain pelancaran kempen mengibar Jalur Gemilang di Stadium Darul Makmur, 6 Ogos lalu dan penyerahan bendera kepada wakil jabatan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan, tiada lagi acara sambutan diatur.

Tinjauan Edisi Timur ke beberapa jalan utama di bandar ini mendapati sambutan di kalangan peniaga agak dingin dengan hanya beberapa premis mengambil inisiatif memasang Jalur Gemilang tetapi kebanyakannya tidak mengendahkannya.

Bukan hanya premis swasta yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang, malah bangunan agensi dan jabatan kerajaan juga hanya dihias 'ala-kadar' berbanding sambutan tahun sebelumnya.

Mungkin ada yang mengaitkan dengan ketibaan Ramadan yang menyebabkan sambutan tidak begitu dirasai sebaliknya orang ramai lebih tertumpu kepada persiapan menyambut Aidilfitri.

Tinjauan di pusat bandar ini juga yang menjadi tumpuan orang ramai juga tidak semeriah sambutan pada masa lalu kerana bilangan Jalur Gemilang yang dipasang boleh dikira dengan jari.

Seorang ahli perniagaan, Muzamel Mohd Idris, 32, berkata beliau turut merasakan sambutan pada tahun ini tidak begitu meriah kerana tidak banyak Jalur Gemilang dipasang di lokasi strategik.

"Sepatutnya lebih banyak bendera dipasang kerana ia bukan saja mencantikkan pemandangan dan menimbulkan suasana perayaan tetapi dapat menaikkan semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Perayaan ulang tahun kemerdekaan hanya disambut setahun sekali dan seharusnya ia menjadi acara yang meriah. Jika nak dikaitkan dengan Ramadan ia sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan," katanya.

Seorang kakitangan swasta, Nurul Asyikin Jusoh, 21, dari Kampung Peramu Tanjung Lumpur turut mengakui sambutan kali ini agak dingin dan muram kerana tiada banyak aktiviti berkaitan hari kemerdekaan diadakan.

"Mungkin ada persediaan di sana sini tetapi tidak begitu ketara kerana tumpuan orang ramai ialah berbuka puasa dan berkunjung ke Bazar Ramadan," katanya.

Rakannya, Nor Farahi Ahmad, 19, dari Perumahan Sungai Isap juga bersetuju dengan rakannya berkata, persediaan sambutan kemerdekaan tahun ini tidak begitu ketara.

"Paling jelas ialah tidak banyak bendera dipasang di jalan raya utama, apalagi pada bangunan di sekitar bandar," katanya.

Beliau berpendapat sambutan Bulan Kemerdekaan perlu dimeriahkan dengan pelbagai acara yang dapat mengingatkan orang ramai mengenai sambutan tahunan itu.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Isu Bukan Masuk Masjid : UMNO Mungkin Masuk ICU Lepas Ni

Posted: 30 Aug 2010 05:23 AM PDT

Nampaknya UMNO meroyan lagi..Perkose pula dah kena sawan khinzir. Mufti Perak cuba masuk geng ayah pin..jamil khir pula pergi sebat kucing betina di rumahnya..gara-gara YB DAP & PKR berpakaian sopan masuk masjid. Ini semua bukan cobaan wahai pemimpin UMNgOk..ini betul-betul..

Gambar 1 : YB Hannah Yeoh menyertai muslimat Masjid al-Falah dalam majlis Iftar Ramadhan. Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya turut menyampaikan sumbangan derma untuk satu majlis berbuka puasa di Masjid berkenaan.

GAMBAR 2: YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini dalam isu hadir di surau, sekali lagi menerima jemputan dari masyarakat muslim di kawasannya. Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga sempat menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Kes Tian Chua : Mahkamah Perlu Ikut Prinsip Keadilan, Bukannya Ke'UMNO'an

Posted: 30 Aug 2010 04:02 AM PDT

Baguslah boleh buat rayuan. Biar persoalan undang-undang yang diselesaikan. Kalau polis cabuli undang-undang dan majistret serta hakim mahkamah tinggi buat silap, maka ia perlu diperbetulkan oleh mahkamah rayuan. Bukannya menolak keputusan Mahkamah Tinggi, semata-mata nak elak pilihanraya kecil diadakan. Biar keadilan yang tentukan, bukannya UMNO dan hakim kangaroo yang aturkan...

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Tian Chua

PUTRAJAYA 30 Ogos - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Jun lepas yang menyabitkannya kerana mencederakan seorang anggota polis.

Beliau dibenarkan berbuat demikian setelah tiga panel hakim terdiri daripada Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara bersetuju bahawa rakaman video yang tidak diterima oleh Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi sebagai bahan bukti adalah penting kepada keseluruhan isu yang dibangkitkan.

Tian Chua diberi masa selama 14 hari untuk memfailkan dan mengemukakan notis rayuan dan rayuan yang dikemukakan adalah berkaitan sabitan sahaja, bukannya hukuman yang telah dijatuhkan.

Pada 29 Jun lalu, Tian Chua atau nama penuhnya Chua Tian Chang, 47, memfailkan permohonan itu kerana kesnya berasal dari Mahkamah Majistret.

Dalam afidavitnya, Tian Chua berkata, beliau wajar diberi kebenaran membuat rayuan kerana terdapat 13 persoalan undang-undang yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.

Antara persoalan itu ialah sama ada majistret berkenaan perlu memastikan wujudnya kes prima facie mens rea (niat untuk menyebabkan kecederaan) di pihak Tian Chua apabila membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujudnya kes prima facie.

Tian Chua juga meminta Mahkamah Rayuan memutuskan sama ada majistret berkenaan boleh bergantung pada rakaman video yang belum diterima sebagai bukti dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan membuktikan wujudnya kes prima facie.

Beliau juga memohon mendapatkan keputusan daripada mahkamah itu sama ada seseorang itu boleh menolak daripada ditangkap polis jika tangkapan itu salah di sisi undang-undang.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenakan denda RM2,000 terhadap wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selepas mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua sebelum itu kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada pukul 10.45 pagi 11 Disember 2007. - Bernama

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Berahim Ali Dah La Tak Berterawikh Kat Kawasan Kariahnya, Pastu Nak Lawan Nabi Pula

Posted: 30 Aug 2010 03:34 AM PDT

Ibrahim kataki, pergilah sembahyang terawih kat taman melawati sebelum kata Nik Aziz tak bertaqwa. Ni tak, sembahyang jamaah dahla tak nampak muka spesis mulut busuk ini..terawih pun takda. Pastu ada hati nak lawan Nabi, nak buat undang-undang larang bukan islam masuk masjid..

Ini dia masjid hidayah yang hanya jarak 300 meter dari rumah mamat perkauman ni di Taman Melawati, Kuala Lumpur..

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Cadangan Perkasa yang mendesak agar undang-undang khusus digubal bagi melarang bukan Islam daripada memasuki kawasan masjid dan surau bertentangan dengan perintah Islam, kata dua komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini.

"Apa hak Perkasa mahu undang-undang digubal bagi melarang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau?

"Dalam Islam sendiri tidak melarang. Adakah Perkasa mahu mencabar perintah agama?" kata Ketua Dewan Ulama PAS pusat Datuk Harun Taib kepada The Malaysian Insider.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan Melayu, pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali semalam menggesa agar undang-undang digubal melarang bukan Islam memasuki masjid dan surau.

Ibrahim turut menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya dengan mempertahankan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi Surau Al-Huda di Kajang, Ahad lalu.

Bagi Nik Aziz, tindakan Teo tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Mengulas lanjut, kata Harun, tindakan melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid dan surau akan menyekat mereka untuk mendekati dan memahami Islam.

"Bagi saya orang bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid dan surau, Islam tidak melarang. Yang penting mesti berpakaian sopan.

"Ibrahim hanya pandai cakap sahaja... beliau sendiri pun tidak tahu apa yang dicakapkan," katanya.

Beliau turut membidas Ibrahim kerana mengatakan Nik Aziz kurang bertakwa kerana mempertahankan Teo yang menyampaikan sumbangan dan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

"Saya rasa beliau (Ibrahim) sendiri tidak tahu apa makna takwa, kalau beliau tahu sudah pasti beliau tidak akan cakap.

"Lagipun siapa beliau untuk menilai seseorang itu bertakwa atau tidak, beliau bukan Tuhan nak tentukannya," katanya.

Harun menjelaskan takwa bermaksud seorang umat Islam itu mengikut perintah agama dan meninggalkan larangannya tetapi yang boleh menilainya hanya Allah.

"Sebagai orang Islam kita perlu ikut perintah Allah dan segala larangan perlu ditinggalkan.

"Kalau Allah suruh kita solat kita kena buat dan kalau Allah larang kita minum arak jangan buat.

"Malah hanya Allah sahaja yang menentukan seseorang itu bertakwa atau tidak, bukan orang lain termasuk Ibrahim," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty juga berpendapat cadangan sedemikian bertentangan dengan suruhan Rasulullah yang membenarkan bukan Islam memasuki masjid dan surau.

"Tidak salah bagi bukan Islam untuk memasuki masjid, Nabi Muhammad pun membenarkan perkara ini. Yang penting, mereka yang memasuki masjid atau surat berpakaian sopan dengan menutup sedikit aurat mereka... tiada masalah, mengapa perlu menghalang," kata beliau ketika dihubungi.

Sambil menolak cadangan sedemikian, kata beliau, sikap terbuka di kalangan rakyat berbilang kaum boleh menyelesaikan masalah sedemikian.

"Kalau kita bersikap terbuka, kita boleh menyelesaikan masalah ini... bukan Islam boleh datang ke masjid, malah program boleh diadakan di bawah khemah di luar dewan solat dan sebagainya.

"Mengapa isu ini hendak digembar-gemburkan sehingga mencetuskan konflik antara kaum negara ini?" kata beliau.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Teo Nie Ching Ikut Majlis Fatwa

Posted: 30 Aug 2010 02:45 AM PDT

Hadirlah beratus kali pun, yang penting jangan berdoa atau bertafakur dalam masjid. Memang Teo Nie Ching Ikut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Amacam perkose dan UMNGoK..nak lawan fatwa ke??

Meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo hadiri satu lagi majlis di surau

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA. Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau. Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka. Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi. Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya. Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya. Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal. Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu. Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam. Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.