Ahad, 29 Ogos 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


[Kemaskini] GEMPAR: Umno Kuala Langat anjur program 'maksiat' di rumah Allah!..(video inside)

Posted: 29 Aug 2010 02:28 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Harap video ini dilaporkan pada pihak berkuasa..mengotorkan kesucian rumah Allah!! merendahkan martabat tempat ibadat!..tidak kira siapa pihak penganjurnya, yang jelas ianya adalah dari golongan bangsa Melayu Muslim...sudahlah bercampur lelaki dan perempuan, pakaian tidak menutup aurat, perwatakan pula tidak menggambarkan Islam..

Orang bukan Islam masuk surau digertaknya sebagai haram, disergah dan dijauhkan...orang Melayu yg masuk surau dengan cara sebegini apa cerita pula??..mana MAIS? mana PERKOSA? mana penyokong tegar Umno?...korang fikirlah sendiri....wallahua'lam..

KARNIVAL JUARA RAKYAT DI SURAU AL-FALAH- UMNO K. LANGAT DAN MAYC

'Kemeriahan' pertandingan rias pengantin dalam surau. sempena Karnival 'Juara' Rakyat anjuran MAYC & UMNO Kuala Langat 9 Mei 2010. Macam-macam ada...Melayu yang Berpakaian Separuh Bogel pun ada dalam Surau tu..- FB Mamat Ramli


"Karnival juara rakyat at surau al-falah SKS.3gp"



Sumber Video: videos.apnicommunity.com

TERBARU (30 OGOS 2010): Video terbaru berkaitan isu non muslim masuk surau yang diharamkan oleh penyokong rasis Umno...

Jawapan kepada isu Teo masuk surau



Artikel berkaitan:
- [Kemaskini] Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utama solat..(video inside)
- Umno: Berpolitik dalam masjid tak boleh, konsert depan masjid boleh..(video inside)
- Wajah munafik: Koleksi Umno berpolitik dalam surau/masjid! (bukti bergambar)

dollah yankee

dollah yankee


Tukar Tiub keracunan??

Posted: 29 Aug 2010 05:24 PM PDT

Gurkah-gurkah politik di'port' ketawa berdekah-dekah...Kah..Kah..Kah..
ini kerana setelah membaca puisi Tukar Tiub di-bawah, mereka telah mengandaikan yang dia telah keracunan makanan??

PETANG KELMARIN
aku berhenti di pasar ramadan ijok
dalam perjalanan ke tanjung karang

beli kueh kacang yang keras macam batu
beli pecal dua ringgit dengan tiga helai taugeh

beli tahu sumbat yang tahunya sudah masam
memang betul meniaga setahun sekali

juallah barang yang baik
juallah barang yang bersih

haram itu bukan hanya kerana tidak ada notis jakim
haram itu bukan kerana tak tayang logo halal

halal itu ertinya kesucian
haram itu ertinya kekotoran

membawa mudarat tahu masam sakit perut ini haram dijual
walau pun mak cik ini pakai kain tudung

halal itu tanda bersih

http://tukartiub.blogspot.com/ -5.07 pm 29 August 2009

Mungkin Tukar Tiub tak perasan lagi kot yang setengah daripada kes-kes keracunan makanan yang telah dilapurkan sejak bermulanya puasa adalah kerana memakan makanan-makanan yang telah dibeli di Bazaar-Bazaar Ramadan.

Kesemua kes-kes keracunan makanan itu adalah disebabkan telah memakan makanan yang telah pun basi.

Gurkah-gurkah politik di'port' walau pun tak pernah sekali pun beli makanan di Bazaar Ramadan dan tak juga keracunan seperti Tukar Tiub, bukan saja begitu kecewa tetapi juga amat marah dengan pengendali-pengendali makanan di Bazaar-Bazaar Ramadan ini yang hanya muncul setahun sekali ini, yang telah menjual makanan-makanan yang sudah basi, ini kerana mereka hanya mementingkan keuntungan dan fulus al'mahfuz. Kesihatan pelanggan?? To hell with them!! Hospital dan Klinik 1Malaysia banyak..boleh ambil ubat disana...
Kah..Kah..Kah..

Ada gurkah-gurkah politik di'port' yang pernah menjadi katerer dan pernah menjadi tokey-tokey kantin memberi pendapat, antara penyebab makanan ini ter-racun ialah kerana mereka telah menyediakan makanan-makanan ini terlalu awal, dan cara-cara makanan ini disimpan juga tidak betul.

S.O.P (standard operating procedure) yang sering diguna untuk menghalang dari terjadinya keracunan makanan ini ialah, mereka mestilah munggunakan bahan-bahan yang segar untuk dimasak dan bahan-bahan yang akan dibuat makanan ini hendaklah di-stor kan dibawah suhu 4 darjah.

Manakala makanan-makanan yang telah siap dimasak yang hendak disimpan, hendaklah disimpan dengan suhu melebihi 60 darjah dan jika tidak mahu di-stor kan makanan yang telah siap dimasak ini, ianya hendaklah dihidangkan tidak kurang dari empat jam selepas dimasak.


dollah yankee -
Buka puasa jam 7.30, tapi ada juga orang yang start jual bermula jam 11 pagi.
Pukul 11 pagi, guna beg plastik hitam. Petang, guna beg palstik warna hijau.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Anggota Kimma menabur fitnah lagi....

Posted: 29 Aug 2010 08:39 PM PDT

PAS tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf
Ogos 30, 10 11:26am

Kongsi 0PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya.

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS yakin Zainuddin dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

"Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya.

Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

"Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris.

Pesan Tok Guru lagi...

Posted: 29 Aug 2010 08:11 PM PDT

"Kita semua ni kuli Allah, kalau tak boleh buat bumi sendiri, buat udara sendiri, buat hujan sendiri, buat matahari sendiri...sendiri mau ingatlah, jangan sombong megah diri'.

Ini pula Mutiara Kata Tok Guru yang dilafazkan di dalam kuliah di Medan Ilmu 19 Februari, 2010...

"Kita kena didik rakyat sehingga apa yang dipraktikkan dalam hidup sama dengan apa yang kita sebut dalam masjid. Jika dalam masjid kita tunduk sujud kepada Allah SWT, maka di luarpun kita tunduk sujud kepada Allah SWT. Kita turun ke lautpun sama dengan kita ke masjid. Kita berniagapun sama dengan kita di masjid, kita berekonomipun sama dengan kita di masjid. Ini kerana tuhan kita di masjid itulah tuhan kita semasa kita mencari makan, di pejabat, di rumah dan sebagainya. Inilah benda yang tidak diajar oleh sekular!!"

Bila Ulamak Mengunjungi Masjid....

Posted: 29 Aug 2010 08:18 AM PDT


Sebaik saja diberitau oleh Tuan Nazir bahawa Tok Guru akan berbuka puasa di MBI beberapa hari yang lalu, aku dan AJK yang lainnya berasa cukup seronok. Apa idaknya yob, inilah kali pertama sejak masjid ini siap (tahun 2003), Tok Guru dapat menjejakkan kakinya di sini.

Kerap bebeno kawan2 seperti Loyar Md. Noh, YB WIWA, Dato' Shukri, Major, Mee Panjang, Hj. Wan, Hamzah, Kamal dan lain2 asyik menanyakan benda yang sama sejak setahun lalu. Naik lemas juga aku dibuatnya walaupun ini kerja Nazir dan Hj. Ghani sebebenonye...he he..

Persiapan dibuat dengan segera. Kebetulan pulak ada 40 warga Turki di KL ni nak berbuka pada hari yang sama. Makanya Nasi Arab + Briayani Faris menjadi menu utama.

"Tambah jadi 500!!" Tuan Nazir sms teman lewat malam Nuzul Quran yang lalu. Terpaksalah aku kowtim dengan Dato' hal2 macam ni...

"Beres!" Mudah aje Dato' buat keputusan. Orang kalu kaya dan berhati mulia memang tak banyak soal. Kerja akupun lebih mudah.

Pagi tadi Tuan Nazir sms lagi...

"Tok Guru cuma makan ikan singgang dengan ikan bakar...kesihatan beliau tak mengizinkan Tok Guru makan kambing!!" Allhuakbar...modest sekali selera Tok Guru. Tak da lah aku nak pening2 kepala. Zuhudnya pemimpin aku ni....

Nasib aku juga baik... isteriku yang setia itu mudah sahaja aku arahkan untuk menyediakan ikan singgang kegemaran Tok Guru. Dengan sedikit tunjuk ajar dari seorang Chef...segala2nya beres.

Kebetulan juga petang ini berlangsung mesyuarat AJK MBI bagi membincangkan sambutan Aidil Fitri di MBI. Makanya segala persiapan mengenai upacara sambutan kehadiran Tok Guru juga turut dibincangkan segera. Semuanya beres. Itulah kelebihan Syura...

Tepat jam 6.45 petang Tok Guru dan pengiring2nya sampai. Disambut oleh YB Khasim, Tuan Nazir dan Timbalan Nazir serta semua AJK MBI. Aku terkapai2 di tengah2 orang ramai yang berebut nak bersalaman dengan Tok Guru. Kamal, juru kamera yang aku jemput khaspun hilang dari pandangan.

Lebih membengangkan..he he, aku dihalang oleh Anas untuk bersalaman dengan Tok Guru. Aku akhirnya mengambil jalan pintas lalu berada di dalam masjid dan seolah2 berlagak macam tuan rumah yang menyambut Tok Guru dari dalam. Hmmm...Alhamdulillah. Bukan mudah tetapi itulah keberkatan agaknya menjadi salah seorang AJK masjid...dapat aku (bukan sahaja berjabat tangan) malah mencium tangan Tok Guru.

Kalau Khir Toyo nescaya aku biarkan budak bangla dan wak saja yag menyambut dia. He he..

Aku orang yang last Tok Guru salam sebelum beliau menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid. Kemudian Tok Guru sudi bergambar dengan AJK masjid dan seterusnya mendoakan kesejahteraan anak2 kecil yang dibawa oleh bapa-bapa mereka. Keliling Tok Guru dipenuhi oleh jemaah yang rindu kepada pemimpin yang disegani ini. Hebat...

"Ustaz...lepas ni kita pecat Anas!!" Aku saja mengusik di depan Anas...

"Kenapa?" Ustaz tertanya2.

"Ada ke patut sayapun dihalang untuk salam Tok Guru?" Sambil tersenyum aku mengadu.

"Betullah SU...sayapun tak dapat salam. Kasi tulis surat...sekarang juga saya sign!" Timbalan Nazir mencelah...

"Oh ya ka...sorry2...!!" Anas cuma tersengih. Dia menjalankan tugasnya dengan cemerlang.

Semuanya beres. Tok Guru makan di bahagian depan dan aku, jemputan Turki dan jemaah yang lain di bahagian belakang. Alhamdulillah hal2 makan semua beres.

Maghrib diimami Tok Guru. Selepas berbuka puasa berat sedikit, Tok Guru menyampaikan tazkirah ringkas sekitar 30 minit.

Tak ada cerita politik tetapi lebih kepada mengingatkan semua akan tanggungjawab manusia sebagai hamba. Tak kiralah apa jawatan mereka di dunia ini. MB ke, PM ke, SUK ke, doktor ke, loyar ke, biz ke...apa sajalah...status kita di sisi tuhan ialah hamba. Namun kalu kita kuli sekalipun, sekiranya kita bertaqwa, kita adalah mulia di sisi Allah.

Ingatan juga dari Tok Guru agar kita berhati2 dalam segala tindakan kita di mukabumi ini kerana segala2nya dicatitkan oleh malaikat. Kita tidak akan terlepas sedikitpun apabila segala amal perbuatan kita akan diadili di mahkamah Allah nanti.

Begitu juga Islam ini bukan milik melayu atau bangsa-bangsa. Selagi individu itu melapazkan dua kalimah syahadah, dia adalah islam...tak kiralah apa latar belakang mereka.

Sesuai dengan apa yang dikumpulkan oleh Ahmad Fadhli Shaari di dalam buku terbaru terbitan Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPNK) 2010 berjodol, "110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010"...

"Bangsa, baka dan tempat langsung tidak ada tempat di sisi Allah SWT. Depan Allah SWT nanti tidak akan ditanya kamu bangsa apa, tidak akan berlaku orang boleh jawab depan Allah SWT, aku orang Mekah lalu masuk syurga kerana orang Mekah, sama sekali tidak. Demikian juga orang Melayu, bangsanya langsung tidak boleh menolong di depan Allah SWT nanti. Yang boleh menolong ialah taqwa. Baka siapapun dia, tanpa taqwa neraka jugalah tempatnya...."
- Kuliah di Medan Ilmu 5 Januari 2010.

Selepas menunaikan solat Isya' dan berterawikh sebanyak 4 rekaat, Tok Guru berangkat pergi ke Rumah Kelantan. Esok pagi2 Tok Guru ada urusan lain di Mahkamah Jalan Duta. Saman Petronas. Allahuakbar.

Begitulah Tok Guru ku, pemimpin, ulamak dan guru yang hebat. Bukan sekadar beretorik tetapi membuktikan segalanya dengan aksi dan amalan. Di mana kita?

Lu fikir sendirilah bro....

Posted: 28 Aug 2010 11:29 PM PDT

Ehsan Umnodokpakka Gawa

Parti X De Masa Depan...

Posted: 28 Aug 2010 07:38 PM PDT

Semalam teman cuba mencari buku "Shafee Yahaya Story Estate Boy to ACA Chief ..." di Kedai Buku Popular. Tak ada...

Jadi teman beli buku tulisan Zaid Ibrahim bertajuk "Saya Juga Melayu." Menarik....

Dari 'humble beginning' sehinggalah mempunyai firma guaman terbesar di Malaysia dan mempunyai pejabat di Singapura, Bangkok, Jakarta, Vietnam dan Dubai.

Banyak kisah2 yang tersembunyi telah dicungkil oleh Zaid.

Salah satunya ada persamaan antara Zaid dan teman. Beliau meminjam di Bank Bumiputera untuk menikahi isterinya, Suliana. Teman juga meminjam dari bank yang sama untuk macam2 tujuan. Kami telah sama2 melangsaikan hutang kami tetapi malangnya bank tersebut telah lenyap dari mukabumi ini. Angkara siapa?

Dari pembacaan teman setakat ini, dapat teman rasakan betapa seksanya menjadi seorang reformis di dalam kabinet Malaysia. Zaid hanya dapat bertahan selama 5 bulan 27 hari sebagai menteri. Kabinet ini akan mengekalkan status quonya sebagai kabinet orang ulu yang jumud dan tidak akan berubah dengan perkembangan semasa.

Kalau kita ada anak yang bercita2 politik, menjadi menteri di dalam kabinet BN akan menjadikan anak kita seorang Pak Turut, ketinggalan zaman dan syok sendiri. Mentaliti ini telah ditanam oleh Mahathir selama 22 tahun dan tambah teruk dalam era Pak Lah dan Najib.

Teman akan sesekali memasukkan tulisan Zaid di dalam entri akan datang, Insya'Allah.

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Menentang Kapitalisme : Apa Sebab Anda Nak Jadi Perempuan Paling Seksi di Dunia?

Posted: 29 Aug 2010 10:37 AM PDT

~penarik beca

~penarik beca


45 peratus Melayu tak puas hati dengan Umno

Posted: 29 Aug 2010 04:58 PM PDT

"Najib Kerja, Rosmah Arah" kini seantero dunia

Posted: 29 Aug 2010 01:00 PM PDT

Aziz Bari kata Karpal merapu gilerr

Posted: 29 Aug 2010 12:30 PM PDT

It's Umno sensitivity, stupid!

Posted: 29 Aug 2010 08:59 AM PDT

Kalaulah Umno ada di zaman Nabi

Posted: 29 Aug 2010 12:26 AM PDT

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Fitnah: Umno seolah rela kutip dosa di Ramadhan

Posted: 29 Aug 2010 03:13 AM PDT

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, ujarnya mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

"Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak," tegasnya ketika berucap di majlis Ihya Ramadhan Perdana anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Ujar beliau lagi, pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Katanya, segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, kata beliau tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Umno supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

"Persilakan jika Umno 'anak jantan' berada dalam gelanggang sebenar, jangan pula kerana terlalu terdesak mereka gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut berceramah pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik.

Halang bukan Islam masuk masjid canggah fatwa

Posted: 29 Aug 2010 03:11 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.
Fatwa itu memutuskan pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat telah ditentukan.

PKR mengeluarkan kenyataan ini ketika pemimpin mereka, Bendahari William Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang pula menjadi serangan atas alasan memasuki Masjid At-Taqwa di Selayang Baru.

Pertengahan minggu lalu, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching menjadi tumpuan kontroversi selepas berucap di Surau Al-Huda, Kajang.

"Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain.

"Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam," kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan PKR, Dr Muhd Nur Manuty hari ini.

Hakikatnya, menurut beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

"Oleh yang demikian, kami berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya.

"Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini," katanya.

Menurut beliau, sewajarnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini.

"Apatah lagi ia memang telah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil kerajaan negeri Selangor.

"Kekecohan yang digembar-gemburkan hakikatnya akan memakan tuan," kata beliau sambil menambah, ia juga satu gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam.

"Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu.

"Lebih menghinakan apabila berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan," katanya.

Muhd Nur menambah, pihaknya sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno.

"Ini akan menjadikan kita semakin lesu dan masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

"Yakinlah bahawa, kerja mereka ini akan menjadi sia-sia seperti mencari umbut dalam batu.

"Hakikatnya, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan," katanya.

Jelas beliau, itulah menjadi keyakinan PR kerana Islam itu tinggi dan merupakan agama yang membawa rahmat untuk seluruh alam.

Kata beliau, bagaikan menahan lukah di pergentingan, Umno dan para kuncunya tidak habis-habis menerkam apa jua kesempatan dan isu sebagai modal mempertahan survival politik perkauman mereka.

"Seperti biasanya, bagaikan jerat sudah mengena, Umno dan para pendokongnya mengambil kesempatan ke atas tindakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang telah memasuki masjid dan surau baru-baru ini," katanya lagi.

Dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya.

Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Tiada Ambang Merdeka, hormati kemuliaan Ramadhan

Posted: 29 Aug 2010 03:07 AM PDT

Buat kali kedua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan program 'Ambang Merdeka' sebagai menghormati bulan Ramadhan yang sedang dihayati oleh umat Islam seluruh dunia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik.

Beliau yang lazimnya diamanahkan merancang program sedemikian menegaskan, keengganan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bererti tidak menghayati saat-saat kemerdekaan tetapi kerana bulan Ramadhan bulan mulia, ia hanya disambut pada keesokan hari seperti pembarisan.

"Tahun ini merupakan tahun kedua kita tidak mengadakan sambutan ambang merdeka untuk menghormati bulan Ramadhan yang mulia. Jangan ada pihak pula mencetuskan isu kerajaan negeri tidak hormati kemerdekaan kerana di siang hari pembarisan tetap dilaksanakan," jelasnya ketika berucap pada majlis Ihya Ramadhan anjuran Lajnah Penerangan PAS di Tapak Ekspo, Seberang Jaya malam tadi.

Namun bagi sektor swasta ia disambut seperti biasa bagi mengenang kembali sejarah silam perjuangan Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan keramat merdeka sebanyak tiga kali menandakan bendera Malayan Union diturunkan.

Lagipun, katanya kerajaan negeri dapat menjimatkan perbelanjaan sekiranya sambutan sebegitu tidak dibuat.

Apa yang penting sekarang, ujarnya rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran wajar mengukur tema hari kemerdekaan tahun ini iaitu '1Malaysia Menjana Tranformasi' .

Katanya, jika mahukan tranformasi berlaku, rakyat Malaysia usah lagi berpeluk tubuh tetapi bersama menjulang usaha memenangkan Pakatan Rakyat pada piliharaya umum ke 13 kelak untuk membuktikan tranformasi benar-benar menjadi kenyataan.

Tambahnya, bukan sekadar slogan rakyat disuruh melakukan perubahan sedangkan jiwa rakyat dibelenggu dengan hutang negara yang maskin bertambah.

"Akibat pembaziran Kerajaan Malaysia, setiap rakyat termasuk bayi yang baru dilahirkan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM14,700. Apakah dosa bayi yang baru lahir walhal semuanya perbuatan kerajaan yang boros, " tegasnya.

Bagi mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 nanti, katanya tidak mustahil Malaysia akan dikenali sebagai negara maju yang bankrap apabila banyak pelabur asing keluar dari negara ke Indonesia dan Thailand.

Ini kerana, katanya pelabur yakin dengan ketetapan dasar atau polisi negara berkenaan walaupun sesiapa yang memerintah berbanding dasar di Malaysia yang senantiasa berubah mengikut gaya masing-masing.

"Di mana hilangnya Islam Hadhari ciptaan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila dia bersara dan tidak mustahil slogan 1Malaysia pun akan hilang dari sebutan rakyat ketika mana individu lain pula memerintah menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Mana Ada Orang Macam Lim Guan Eng Dalam MCA Dan Gerakan!

Posted: 29 Aug 2010 12:35 AM PDT

Pemimpin MCA, Gerakan, PCM..ada ke ikut perangai Lim Guang eng yang mesra rakyat ini. Semestinya jawapannya tidak. Memang pemimpin BN lebih bermatlamatkan duit, daripada tolong rakyat..Semoga Allah beri hidayah kepada Lim Guang Eng ini... Amimm...


1. KM Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Masjid Tmn Tun Sardon, Gelugor, Penang, bersama YB Rayer,Ustz,Shobri Arshad,Tn Hj Ali.






2. Ketua Menteri bersama rakyat di halaman surau di Permatang Tok Jaya dan markas di Penaga dalam program "Bantuan fakir miskin dan majlis berbuka puasa"






3. Majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper Raya kepada penduduk di halaman Surau Kampong Jawa,Butterworth.






4. Ketua Menteri bersama MP Yusmadi, Datuk Speaker, pegawai penyelaras Halil dan lain-lain pegawai di masjid di Permatang Pasir. KM Lim sempat mengedarkan hamper Hari Raya untuk keluarga fakir miskin.






5. Majlis buka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Halaman Masjid Kampung Bahru, Jalan Air Itam.








-Dperbatasan

" Sumber Klip Di Sini"

Tak Ada Laporan Kavita Kaur Masuk Masjid

Posted: 28 Aug 2010 11:45 PM PDT



Selepas ini, giliran Masjid at-Taqwa, Selayang Baru pula akan diambil alih pentadbiranya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Wow! sultan Selangor tentu marah! (lihat Mingguan Malaysia hari ini "Kesucian masjid terus dinodaI"). Sambil itu, lihat sama tapi tak serupa di sini.

Ah, kalau siapa-siapa ada kesempatan berjumpa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar di Kuala Terengganu, Datuk Tok Teng Sai, ca tanya Adun BN tu, pernah tak dia masuk masjid atau surau?



Apa pun, seingat saya, tak pernah saya jumpa laporan Kavita Kaur masuk masjid.

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Posted: 28 Aug 2010 11:31 PM PDT

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.

Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.

Sapa Nak Tegur Kak Rosmah Masuk Masjid Tak Menutup "AURAT"

Posted: 28 Aug 2010 09:37 PM PDT


Alhamdulillah Ramadhan tahun ini isu agama ditimbulkan oleh UMNO..jika dikata jahil..tentulah marah pula...

Tetapi jika kita melihat isu ini dari sudut positif atau hikmahnya adalah :-

1) Hari ini semua orang faham bahawa berdoa untuk bukan Islam diberi taufik dan hidayah dibenarkan oleh Islam.

2) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan hadir ke majlis berbuka puasa.

3) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan masuk ke dalam Masjid atau surau tetapi biarlah menutup aurat.

4) Hari ini semua orang faham bahawa orang bukan Islam juga dibenarkan membaca ayat Al-Quran atau Hadith dengan syarat bukan untk mempersendakan.

Inilah sebenarnya hikmah terbesar wujudnya Pakatan Rakyat yang menggabungkan Keadilan, PAS dan DAP. Islam makin tersebar........

Cuma agak terkilan dengan 40 ulamak muda...apa dah jadi dengan mereka..mengapa diam membisu... sudah jadi ulam muda ka...

Mengapa isu YB DAP tidak tutup aurat dan memberi ucapan di surau ditimbulkan tetapi mengapa bila bik mama Rosmah berucap di masjid tidak menutup aurat, tidak ada siapa yang berani menegur?


Gambar ini menjelaskan segalanya....

Bukan Islam Boleh Masuk Ke Masjid - Surau

Posted: 28 Aug 2010 09:27 PM PDT

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengulangi pendiriannya bahawa bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid atau surau atas tujuan yang betul dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan rumah ibadat.
Sehubungan itu kata beliau, pendekatan sesetengah golongan politik menggunakan isu agama untuk membangkitkan permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam, "sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam."

"Bukan Muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya.

"Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Asri, ada media yang melaporkan beliau mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi berucap di Surau Al-Huda, Kajang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Asri, beliau tidak campur dalam urusan politik wakil rakyat itu dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di surau tersebut.

Ketika pelbagai pihak menyerang tindakan Teo itu, dalam kenyataannya malam tadi, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan wakil rakyat tersebut menyampaikan sumbangan dan berucap di ruang solat surau itu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Dalam kenyataannyaa hari ini, Asri menegaskan, orang bukan Islam boleh memasuki masjid atau surau dengan niat yang baik, bukannya untuk tujuan berpolitik.

"Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi," katanya.

Asri juga berkata isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah.

"Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini.

"Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis," katanya.

Oleh itu kata beliau, pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar.

Dalam kenyataan dua hari lalu, Asri menyifatkan perbuatan Teo memasuki bahagian dalam surau tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Selain diperkuat dengan fatwa yang dikeluarkan beliau berpendapat, amalan orang bukan Islam mendekati masjid atau surau adalah tanda positif terhadap penerimaan agama, selagi tidak bercemar kesucian agama.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Keputusan itu dicapai pada muzakarah 1 Mac 2010.

Bekas mufti itu menegaskan, bukan menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk memasuki surau dan masjid asalkan niatnya baik dan betul.

Dalam kenyataan itu, Asri berharap kepada umat Islam di negara ini tidak terikat dengan stigma tertentu hingga mendorong mereka membuat kesimpulan mudah tapi salah.

Teo dilaporkan akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya.

Kata beliau, kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

"Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik," kata beliau.

Busuknya Perangai Melayu (Perkasa)

Posted: 28 Aug 2010 09:08 PM PDT

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang untuk panaskan lagi keadaan ?

Wakil PERKASA Selangor cuba memberi rasuah RM 1000.00 kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda Kajang Sentral agar mengembalikan semula bayaran yang telah mereka terima dari MP Serdang Cik Teo Nie Ching tempoh hari.

Jawatankuasa enggan menerima kerana tidak mahu isu ini disensasikan sebagai modal politik pihak tertentu. Jawatankuasa bagaimana pun sentiasa berlapang dada untuk menerima sebarang bentuk bantuan memandangkan surau yang baru sahaja dibina hasil dari derma orang ramai masih lagi berterusan menerima derma dari orang ramai.

"Kepada sesiapa yang ingin menghulur derma kami sentiasa alu-alukan. Namun kami tidak mahu isu ini dipolitikkan." demikian dijelaskan oleh salah seorang jawatankuasa surau tersebut.

Mengenai tindakan MAIS mengambil alih surau tersebut, beliau berkata belum menerima sebarang surat hitam putih untuk diambil tindakan. Jawatankuasa tidak mempunyai masalah sekiranya pihak MAIS ingin mengambil alih surau tersebut memandangkan jawatankuasa yang dilantik bersifat sukarela disamping bersikap bertanggungjawab menerima amanah menguruskan surau tersebut. Namun pihak jawatankuasa berharap pihak MAIS tidak terburu-buru mengambil tindakan takut terpengaruh dengan asakkan sesetengah pihak yang cuba mensensasikan isu ini. Pihak MAIS juga disarankan mendengar penjelasan dari semua pihak yang terlibat ... DUN26 BANGI

Note: Celaka ... itu lah ungkapan yang aku dapat keluarkan pada wakil PERKASA yang cuba meRASUAH AJK Surau Al Huda Kajang seperti yang dilapurkan. Mereka cuba memperbesarkan lagi isu ini. Apa yang PERKASA cari? Membenci bukan Melayu?

Bro Berahim katak, tengok-tengok sikit anak buah kat bawah ni, jangan buat kerja kurang -ajar macam tu ...




OLEH WFAUZDIN N