Sabtu, 28 Ogos 2010

Anak Bapa

Anak Bapa


Apabila Pengarah JAIS Tak Ada Kelulusan Agama .....

Posted: 28 Aug 2010 03:29 AM PDT



Bukan main hebat lagi Pak Khusrin, Pengarah JAIS memencak silat di gelanggang apabila diberitakan ada seorang ahli parlimen bukan Islam dari DAP masuk ke surau untuk beri ucapan dan sumbangan. Tak lama lepas tu Dato' Azib, Pengerusi MAIS pula tumpang sama dengan silat pulut 'berduet' dengan Khusrin.

Amboi amboi, kalau melibatkan pimpinan PR cepat sungguh JAIS dan MAIS melatah dan menghukum. Islam mana dia orang pakai buat hukuman kita pun tak tau. Ooi betul juga, dua-dua bukan ada mengaji agama setakat tukang angguk aje bolehlah. Sementelah tu kedua-duanya karat UMNO lagi, jadi apa ruang yang ada untuk bodek Sultan, pastikan 'capitalize' betul-betul.

Dia orang bukan minat dengan apa Islam cakap, yang penting boleh terus burukkan PR. Khusrin dan Azib tau tak bahawa orang-orang bukan Islam dibenarkan memasuki masjid dan surau! Syaratnya mereka dapat kebenaran AJK dan menjaga adab ketika di dalammya. Apa yang Teoh buat yang tak kena? Jikalau salah tak tutup aurat tegurlah AJK surau berkenaan kerana mereka bertanggungjawab menasihati Teoh.

Ini tak terus ambik alih surau. Tengkorak punya hukuman. Buat malu kepada Islam. Sebelum ini pun dalam isu kalimah Allah pun sama, tetap berdegil mengharamkan penggunaannya di kalangan bukan Islam walaupun Islam membenarkannya.

Memang sah macam cakap YB Khalid bahawa Pengarah JAIS ini perlu diganti sebab sememangnya tak layak!

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."


Anak Bapa: Urut dada lihat gelagat UMNO yang akan guna apa saja nak dapatkan balik sokongan Melayu walaupun terpaksa memain-mainkan agama Islam.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Berjiwa Rakyat: KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng santuni masyarakat Islam di bulan Ramadhan

Posted: 28 Aug 2010 12:07 PM PDT

[Iklan] Pesanan Dari Tuan Blog: Tahniah kerana anda terpilih untuk membaca/melihat artikel sebegini di dalam blog ini...ketahuilah, berita/artikel seperti ini tidak sesekali akan terjumpa atau dihebahkan di ruang media perdana kepunyaan rakyat..berita seumpama ini seupayanya cuba dilenyapkan dari pengetahuan rakyat..

Maka beruntunglah anda dengan penyaksian ini..sekurang2nya anda tergolong dikalangan orang yang bermaklumat, kritis dan terbuka...

Namun, agak malang bagi mereka yang tidak senasib seperti anda, corak pemikiran mereka masih terjajah dengan media arus perdana yang nyata berat sebelah..maklumat dan minda mereka disaring mengikut selera sang pemerintah, ini seterusnya melahirkan masyarakat yang sempit, jahil, rigid, dan tidak bermaklumat...

Oleh itu, adalah digalakkan pada pembaca2 sekalian, agar memanjangkan berita2 seumpama ini kepada rakan-rakan kita yang lain, ahli keluarga kita, sanak saudara, para guru dan pensyarah kita, para anak murid dan pelajar kita, para pemimpin, tokoh dan idola kita, pada rakyat Malaysia seluruhnya...beri mereka ruang dan peluang untuk berfikir, menganalisa dan membuat keputusan sendiri..bantulah mereka menjadi seperti kita...- Pria Malaya


1. KM Lim Guan Eng di majlis berbuka puasa di Masjid Tmn Tun Sardon, Gelugor, Penang, bersama YB Rayer,Ustz,Shobri Arshad,Tn Hj Ali.



















2. Ketua Menteri bersama rakyat di halaman surau di Permatang Tok Jaya dan markas di Penaga dalam program "Bantuan fakir miskin dan majlis berbuka puasa".































3. Majlis berbuka puasa dan penyampaian hamper Raya kepada penduduk di halaman Surau Kampong Jawa, Butterworth.





















4. Ketua Menteri bersama MP Yusmadi, Datuk Speaker, pegawai penyelaras Halil dan lain-lain pegawai di masjid di Permatang Pasir. KM Lim sempat mengedarkan hamper Hari Raya untuk keluarga fakir miskin.





















5. Majlis buka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Halaman Masjid Kampung Bahru, Jalan Air Itam.

















Artikel Berkaitan:
- GAMBAR: MP Serdang dari DAP santuni masyarakat Islam di kawasannya.
- Koleksi wakil rakyat non-muslim dari PR menyantuhi masyarakat Melayu/Islam

GAMBAR: MP Serdang dari DAP santuni masyarakat Islam di kawasannya.

Posted: 28 Aug 2010 10:34 AM PDT

1. Program gotong-royong membuat bubur lambuk bersama masyarakat Islam di Taman Impian Putra, Bangi..















2. Program penyampaian bantuan untuk Surau AL-Huda dan beramah mesra bersama masyarakat muslim...





3. Membantu menyelsaikan masalah yang di hadapi oleh rakyatnya tidak kira kaum dan agama...lokasi: Rumah Pangsa Minang Ria 2



4. Membantu penduduk Melayu Islam (gambar: Haji Abd Aziz Razak dan keluarga) yang rumahnya rosak akibat kebakaran..



Sumber, Blog MP Serdang

Artikel berkaitan:
- Koleksi wakil rakyat non-muslim dari PR menyantuhi masyarakat Islam

Bicara Gambar @ Pria Malaya

Posted: 28 Aug 2010 09:22 AM PDT



Politik di masjid, siap bendera parti digantung di tingkap2 masjid..orang lain tak boleh, hanya Umno/BN sahaja yg boleh...walharamu, walhalalku.....sendiri cipta undang2, sendiri langgar undang2...nak harap masuk paper? nak harap sultan murka?..tidak, ini negara Umno yg punya...

Artikel berkaitan:
- Koleksi Umno berpolitik dalam masjid/surau!!

[Kemaskini] Pendapat Ulamak dan Fatwa JAKIM berkaitan isu non muslim masuk ruang utama solat..(video inside)

Posted: 27 Aug 2010 11:49 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Umno desperedo!..itu rasanya ayat yang sesuai dilontarkan pada puak2 gerombolan yang jahil agama dan cuba memanipulasi kes/isu demi politik sempit mereka..demi menghalalkan matlamat perjuangan asobiyah mereka...

Penulis tidak mahu mengulas panjang..korang baca dan analisa sendiri fatwa yang telah dikluarkan oleh JAKIM dan pendapat tokoh agama tentang isu non muslim memasuki rumah Allah..

Antara cerita/fitnah dlm isu ini yang berjaya dipatahkan ialah:

1. Orang Bukan islam tidak boleh masuk masjid/surau - sesetengah dr penyokong Umno telah menyalahguna maksud hadis nabi yang melarang bukan Islam memasuki rumah Allah..sedangkan hadis itu khusus kpd masjid haram sahaja...adapun bagi masjid lain menurut Islam, hukumnya adalah harus (Rujuk fatwa JAKIM)..

2. Wanita non muslim tidak boleh masuk masjid/surau dibimbangi kedatangan haid dan tidak mandi junub, dan mengotorkan kesucian masjid dll- hujah yg jahil lg dangkal..apakah lelaki non muslim yang dibolehkan memasuki masjid telah dan sah mandi junub mereka? Apakah garis panduan berkaitan 'Masjid sbg Destinasi Perlancongan' yg mereka sendiri gubal telah menyatakan kwajipan bagi pelancong utk mandi junub dahulu sebelum memasuki masjid?..

3. YB tersebut telah memberi ceramah atau tazkirah agama ketika/selepas solat sunat Terawih - fitnah yang mula2 disebarkan oleh penyokong tegar, namun akhirnya berjaya dipatahkan..bukannya ceramah/tazkirah, tetapi ucapan ringkas selepas Tarawih sempena program penyampaian peruntukan kewangan ADUN tersebut kpd surau berkenaan yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran rasis para penyokong Umno..

4. Non muslim tidak boleh memasuki ruang UTAMA solat - ini antara hujah2 terakhir mereka selepas beberapa hujah yg awal dahulu telah berjaya dipatahkan...utk menjawab isu ini, rujuk fatwa JAKIM dibagaimana dilampirkan dibawah..hukumnya harus..

5. Tidak boleh berpolitik di dalam masjid, sultan marah - bagi meneruskan kempen buruk mereka, maka alasan ini terpaksa ditimbulkan..sedangkan jelas ia bukanlah program atau ceramah politik, tetapi hanya program ringkas penyampaian bantuan sempena bulan Ramadhan oleh wakil rakyat kawasan berkenaan...kalau ini dikatakan poltitik, ini apa? (baca di sini)

6. Tak tutup aurat - Maka akhirnya, setelah kantoi satu-persatu, satu-satunya kesalahan yang tinggal dlm kes ini ialah YB non Muslim itu ialah kerana tidak menutup aurat @ tidak memakai tudung..habis sekalian penyokong gerombolan terloncat gembira menarik nafas lega kerana masiih mempunyai hujah/dalil mengharamkan ADUN itu memasuki rumah Allah..sekurang2nya mereka boleh membela tindakan yang diputuskan oleh JAIS dan pihak sultan...

So, bagi menjawab persoalan 'tidak tutup aurat' ini, penulis cuba tampilkan beberapa gambar sebagaimana disertakan dibawah...apakah cara tutup aurat sebegini yang dimahukan oleh penyokong Umno atau bagaimana....kalian fikir2kan sendiri..

Akhir kalam, korang rujuk sendiri fatwa yang telah diputuskn oleh JAKIM dlm Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu berkenaan isu ini dibawah...wallahua'lam...

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.


Sumber: e-fatwa JAKIM

VIDEO: Pandangan Dr. Danial dan Dr. Asri berkaitan isu bukan Islam memasuki masjid/surau...





Tengok pula gambar di bawah...orang Islam sendiri yang jahil hukum Islam dan melanggar syariat yang ditetapkan oleh Islam..jadi salah siapa bukan Islam tidak menutup aurat?..fikir2kan...








p/s:Yang memberi Khutbah tak ikut Islam (tutup aurat), yang mendengar juga tak menutup aurat (bukan semua)..yang bukan Islam pun ada yg masuk (kat hujung)..mungkin mereka sudah di'mandi junub'kan oleh puteri Umno..tapi tudung tak pakai, cmna tu...rasa2, surau/masjid ni kena ban tak?..





Artikel berkaitan:
- Bukan Islam masuk masjid: Penyokong Umno bodohkan diri sendiri..
- Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!

Makan nasi berlauk garam di Melaka: Hebat sangatkah Umno perintah?

Posted: 27 Aug 2010 11:28 PM PDT



Berlauk garam - Metro

MELAKA: Kepayahan hidup seorang ibu tunggal demi menjaga empat anak lelakinya yang bersekolah akhirnya mendapat perhatian apabila menerima sumbangan Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Bukit Katil, di sini, Sabtu lalu.

Siti Hasnita Buang, 39, antara 20 ibu tunggal terpilih menerima barangan bagi membolehkan mereka menyambut kedatangan Aidilfitri dengan lebih meriah. Siti Hasnita dari Taman Bukit Katil Permai berkata, dia tidak pernah menerima sumbangan seumpama itu dan bersyukur kerana dilimpahi rezeki bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

"Sebelum ini, insan kurang bernasib baik seperti kami sering disisihkan, malah payah untuk mendapat perhatian daripada pihak lain terutama agensi berkaitan.

"Kesempitan kami pernah mencapai tahap saya dan anak berusia antara 13 hingga 17 tahun terpaksa menjamah nasi dan garam saja.

"Mujur, anak memahami kepayahan hidup yang kami tanggung dan tidak pernah merungut," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bantuan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, sempena Titipan Kasih Harian Metro 2010 di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Bayan, Kampung Bukit Katil. Program tahun ketiga ini turut mendapat sokongan Kerajaan Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Sani Ekspres Sdn Bhd, Tesco, Kumpulan Am Bank, Giant, Orang Kampung Corpora tion, Takaful Ikhlas, Federal Malay Holdings, Tenaga Na sional Ber had, Shell, Yusof Taiyoob Sdn Bhd, Padi Beras Nasional Berhad, Puspakom Sdn Bhd, Iltizam Perkasa, Kentucky Fried Chicken, Fel la Designs, Firefly, Milo, Fol low Me, Islamic Relief Ma laysia, Nurbeautyline dan Maggi. - MyMetro

Gambar: Sekadar gambar hiasan...