The Afghan war from behind enemy lines: Documentary-maker follows Taliban as they attack U.S. soldiers
A documentary made by a Norwegian journalist embedded with Taliban fighters has provided a rare glimpse of the other side of the Afghanistan conflict.
The raw footage - captured by Paul Refsdal - shows the Afghan militants attacking U.S. convoys on a road below their mountainous hide-out and celebrating hits with a high-five.
The men also show their softer side to the Norwegian journalist by singing, reciting verses from the Koran and even brushing their long hair as he quietly records their day-to-day activities.
Concern: Taliban fighters refuse to show their faces to documentary-maker Paul Refsdal as he films Behind Enemy Lines while embedded with a group fighting U.S. soldiers in east Afghanistan
But the venture is far from risk-free as Refsdal reveals during his narration of the 20-minute film entitled Behind Enemy Lines.
At one stage, the small band of mujahaideen come under fire from a fearsome U.S. AC130 gunship - a converted transport plane equipped with powerful machine gun and rockets.
And at the end of the documentary, the journalist explains how in a bid to capture further footage he is kidnapped by a separate group, but is released unharmed six days later.
Discussion: The men spend much of their time talking and even joking, much like soldiers they are fighting against, the documentary shows
The film begins with Refsdal saying how he spent seven weeks waiting in Kabul for permission to join Dawran, a commander in the east of the country.
There are tense scenes as he first comes into contact with the group, when fighters cover their faces from the cameraman.
He describes it as the 'point of no return' and says: 'At that point I had to greet them and trust they were not fanatics.
'The Taliban are fighting tall white men and I am a tall white man with a camera.
'If the Taliban suspect me of being a spy they will execute me.'
Heavily-armed men are then seen scowling at the camera in tense scenes, but by day two they have settled into their normal routines.
The commander of the group, bearded and long-haired Dawran, is then introduced and shown living in a hand-built clay house with his wife and three young children.
He is seen leading his men in ideological discussions, a prayer session and a talk on tactics before gun fire is heard in the valley below.
A lighter moment is provided by a fighter declaring 'I put it in the wrong way' as they load their weapons in preparation for an attack on U.S. vehicles.
The attack itself involves a radio discussion with another unit closer to the Tarmac road which American army men are forced to use everyday.
Over the radio, a commander says: 'Allah make our enemies perish. I seek refuge in you. Alllah make the mujahaideen victorious.'
Then the man's voice can be heard saying: 'Use the rocket launcher Rafiq, fire the launcher.'
Meanwhile, Dawran's men are using a heavy-calibre machine gun to fire on the Humvee armoured vehicles, apparently destroying one.
They celebrate with a high-five and moments later singing can be heard over the radio.
Celebration: Taliban fighters perform a high five after the man in the centre who is operating a heavy machine gun claims he has hit an American vehicle
Family man: Dawran sits with his daughter who lives with him in the mountains. It is believed she was later killed by U.S. jets during a raid
Dawran claims 80 fighters were involved in the attack, before showing his young son and daughter to the camera as he gently plays with them.
Next, a bizarre sequence in which one Taliban fighter, clad in eye make-up, brushes his long hair whihc has been died with henna as a comrade sings.
Refsdal informs viewers that a price of $400,000 has been placed on Dawran's head, and the commander himself tells the story of how he was almost killed by a traitor.
Later their perilous position is exposed when the men become concerned by the sight of the U.S. gunship flying nearby.
The narrator says: 'One aircraft that scared them is a transport plane transformed into a gunship.
'When this was in the air Dawran was very concerned.'
During the night, the fighters flee into the mountains when it becomes apparent their hide-out is to be attacked.
Devout: The deeply-religious fighters pray before an attack and speak throughout the piece of their Islamic faith
And the next day U.S. special forces achieve a successful raid on the house of Dawran's deputy, killing him and a dozen fighters and relatives.
This action ends Refsdal's filming of the unit, and he is told to go back to Kabul.
But at the end of the film, the documentary-maker reveals he was tempted back to the hills by another fighter called Omar, and kidnapped, but released six days later.- www.dailymail.co.uk
KUALA TERENGGANU – Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44.
Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008.
Defisit lebih setengah bilion ringgit tersebut telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan-soalan bertulis Mesyuarat Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Kedua Belas pada 8 dan 9 Ogos lalu.
Fakta tersebut diumumkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjawab soalan yang dikemuka oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Beliau turut meminta Kerajaan Negeri Terengganu menjelaskan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah belanja berlebihan itu.
Kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu telah mengemukakan beberapa langkah antaranya mengamalkan perbelanjaan berhemat dan memberi tumpuan kepada perbelanjaan sebenar kerajaan negeri,
Sebaliknya, jawapan yang dikemukakan itu jelas bertentangan dengan tindakan pemimpin Umno/BN negeri yang mengusulkan supaya DUN meluluskan peruntukan tambahan pula sebanyak RM220 juta
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun Taib mendakwa ada di kalangan pemimpin Umno memperolehi komesyen dari projek-projek di negeri ini.
Ini kerana, katanya peruntukan tambahan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melebihi bajet asalnya.
"Saya dapati tambahannya lebih banyak dari peruntukan asal. Peruntukan asal (pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan) RM106 juta dan peruntukan tambahan yang dikehendaki RM127 juta.
"Saya dapati dalam setengah kawasan saya (Manir) ada (projek) rumah mampu milik di Batu Hampar. Peruntukan dalam anggaran dulu RM3 juta dan tambahannya RM10 juta.
"Apa yang saya khuatir dan bimbang ialah pungutan 'tol' (komesyen) daripada jumlah projek ini. Ada orang yang dapat kutipan 'tol' dari projek ini. Projek RM10 juta, 'tol' RM2 juta dan yang RM2 juta itu 'hilang' sahaja," tegasnya.
Beliau yang juga ADUN Manir berkata demikian ketika perbahasan peruntukan tambahan sebanyak RM157 juta di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 9 Ogos.
Menurutnya, adakah peruntukan asal itu tidak dikaji dengan teliti atau berlaku sesuatu di dalam perjalanan projek tersebut.
Katanya, pemberian 'tol' atau komesyen tertentu boleh merugikan rakyat serta menjejaskan kualiti pembinaan sesuatu projek.
Ustaz Harun menjelaskan kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh kemungkinan berlaku pembinaan secara tidak sempurna.
"Sebagaimana berlaku (runtuh) kepada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kompleks sukan itu belanja banyak (mahal) tapi kompleks tidak kompleks.
"Jadi runtuh mungkin kerana tidak cukup duit untuk buat sempurna kerana duit sudah bagi 'tol' (komesyen).
"Saya hendak mengingatkan 'tol' (komesyen) itu membahaya, merugikan rakyat dan kualiti rumah yang kita (kerajaan) bina adalah rendah (tiada kualiti)," ujarnya.
Beliau menasihatkan kerajaan negeri agar memantau serta mengkaji pembayaran 'tol' yang melibatkan pihak tertentu.
ISU KHUTBAH GUAN ENG : PENGAKUAN DARIPADA SAKSI YG BERADA DITEMPAT KEJADIAN !!
Salam Sahabat semua,Puasa kini dah masuk ke fasa ke 2… Mari lah kita tingkatkan amalan supaya menjadi Muslim yang beriman… Minggu lalu kita semua di gempar dengan... "cerita meloya dari Utusan Meloya " yang di tulis oleh pengarang "jahil " dan di ulas oleh pemimpin UMNO yang sewaktu dengan akhbar tersebut…
Kononnya KHATIB baca khutbah bubuh nama "Ketua Menteri LIM GUAN ENG " ganti nama AGONG sebagai ketua Agama.. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut yang mempunyai "tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir " dan boleh mengajar di mana-mana dan mempunyai kelulusan AL AZHAR..beliau Ustaz Zakaria Hj Ahmad…
Beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS… dan seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Timb. Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM)…hebat tu semua ulamak besar belaka.
Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham.. dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan "hidayah" kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukannya ``menggantikan`` nama Agong… Saya dengar sendiri dengan mata kepala… tapi yang sedih POLIS pun dijadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar Kedah (lagi2 bodoh) Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni…
Jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus "hasad"… Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum bala Allah turunkan sama seperti PAKISTAN…Selamat berpuasa !
Sumber: facebook
PENGAKUAN 2
Khatib Zakaria Hj. Ahmad @ Ustaz Zakaria Haji Mat Petai
Nama Zakaria Haji Ahmad semakin disebut-sebut orang.Seminggu dua ini akhbar arus perdana dan sebahagian akhbar tabloid dan para penulis blog juga tidak ketinggalan melaporkan polemik atau isu mendoakan pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Orang yang mencetuskan kontroversi tersebut ialah seorang manusia yang bernama Zakaria Hj. Ahmad atau Khatib(pembaca khutbah) Zakaria .
Bagi sesetengah orang nama itu mungkin asing, tetapi bagi saya dan rakan-rakan, nama tersebut sangat sinonim dengan kehidupan kami. Ustaz Zakaria bukan hanya seorang pembaca khutbah seperti yang di laporkan malah lebih dari itu. Beliau merupakan seorang Da'i yang telah sekian lama berdakwah dan mewarisi ilmu dan jejak langkah ayahandanya iaitu Hj Ahmad Sungai Petai (Ustaz Mat Petai).
Bapa beliau ialah pengasas Madrasah Ahmadiah di Sg Petai Bukit Gantang dan sering dikunjungi ramai warga tua dan muda untuk menimba ilmu agama pada setiap awal bulan satu ketika dulu. Ustaz Zakaria juga telah menjadi pendakwah di Pantai Barat Semenanjung sejak sekian lama. Sekitar penghujung tahun 80-an nama beliau tidak asing lagi di kalangan pendengar Radio 3 Kawasan Utara sebaris dengan nama beberapa pendakwah lain seperti Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad dan lainnya.
Saya masih teringat satu peristiwa yang berlaku berbelas tahun dahulu. Satu malam di musim menuai, saya dan aruah adik serta Din SG (pemancing tegar) sedang melakukan aktiviti "menekut" (panggil burung) burung wak-wak dan ayam-ayam.
Oleh kerana tidak terdaya menggunakan serunai yang diperbuat daripada buluh kami menggunakan kaset yang dirakam dengan bunyi burung-burung tersebut. Sedang kami leka memerhatikan jaring sambil menanti burung melanggar jaring tiba-tiba terdengar suara.... "Buah durian tuan-tuan, bukannya elok semua....macam tulah jugak anak-anak kita....yang sulung elok...yang kedua elok...mai yang tengah...perangainya lain sangat....sambil memetik sepotong ayat...
أحسب الناس ان يترکوا ان يقولوا امنا وھم لايفتنون
bermaksud :Apakah manusia menyangka cukup dengan mereka mengatakan Aku Beriman...sedangkan mereka tidak di fitnah atau diuji..." Pecah derai ketawa kami. Rupa-rupanya tape tersebut mengandungi rakaman ceramah agama oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakaria yang telah dirakam lapis oleh arwah adik saya.Tape itu kepunyaan saya dan saya rakam melalui siaran radio 3 kawasan Utara memandangkan saya dan keluarga amat meminati ceramah yang disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz.
Sehingga kini jika saya bertemu dengan Din SG pastinya saya akan sebut semula kisah itu...butir bicara ustaz tersebut menjadi "uman" di mulut adik saya hinggalah ke akhir hayatnya.Saya tidaklah ingin memanjangkan polimik yang berlaku antara ustaz Zakaria dan sebilangan orang seperti yang dilaporkan oleh akhbar.
Pada saya apa yang jelas, Ustaz Zakaria telah menjalankan tanggung jawab beliau sebagai seorang pendakwah dan orang-orang yang tersebutpun (Orang politik) melaksanakan tanggungjawab mereka juga.Jalankanlah tanggungjawab anda sekiranya masing-masing berpendirian dan mempunyai asas yang kukuh terhadap apa yang dibangkitkan.
Masyarakat juga tidak membuat penilaian semata-mata dengan apa yang surat khabar laporkan kerana sebahagian besar masyarakat boleh berfikir dan menilai apa yang berlaku dengan pendapat dan pemikiran yang lebih rasional daripada apa yang orang politik dan surat khabar sangkakan. Usaha dakwah Ustaz Zakaria bukan hari ini sahaja mendapat ujian, tentangan dan dugaan malah sejak sekian lama.
Sumber: puakajoran.blogspot.com
p/s: Gambar Atas: Sohibus Somahah, Mufti Pulau Pinang, Abang kepada Ust Zakaria Ahmad.
YB DAP tu bukan Islam(gambar kecil)...Puteri UMNO tu Islam...Kalau nak kira tuduhan menghina...siapa yg sebenarnya hina Islam(berpandukan gambar ini)?...
Ingat, murka Allah lebih dahysat dai murka manusia, tidak kira pemimpin mahupun sultan...
BICARA GAMBAR 2
Sejuk mata memandang iklan billboard seperti ini...dan ia pertamakali ditemui di Kota Bharu, Bandaraya Islam... Semoga menjadi contoh di tempat2 lain..perkasakan al-Quran dan hadith dlm setiap kehidupan dan amalan...
BICARA GAMBAR 3
Lagi gambar pasal puteri Umno..apa yang istimewa gambar ni? sama2 fikirkan..ada positif, ada negatifnya...apa pun, yg baik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan..hak dan batil tidak sesekali boleh bercampur...wallahua'lam...
Nampaknya bergilir-gilir parti kompenan BN menimbulkan isu sensitif melibatkan kaum dan agama..belum reda isu MCA hina dan pertikai kesucian agama Islam, timbul pula isu parti Gerakan bantah tulisan jawi di Kedah, dan pemilikan koata 50% bumiputra dalam pemilikan rumah di Kedah...
Tidak cukup dengan itu, mereka telah menggelarkan PAS sebagai "ekstrimis agama" kerana terlampau menumpukan kepada aspek keagamaan dalam memerintah negeri Kedah...
Begitu hebat sekali percaturan Umno/BN dlm memainkan isu agama dan perkauman...Umno di depan orang Melayu, menuduh PAS semakin melupakan dasar Islamnya, parti Cina dlm BN pula dakwa di depan penyokong bukan Islam, PAS terlalu lebihkan persoalan agama dlm pemerintahan...
Nah, korang lihatlah betapa jijiknya kerja politik mereka, bermuka2, hipokrit dan bersandiwara..ternyata mereka terdesak sehingga terpaksa menimbulkan isu sensitif yg melibatkan agama dan kaum...korang fikirlah sendiri...wallahua'lam..
PKR Kedah bidas Pengerusi Gerakan negeri
ALOR SETAR: Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim membidas Pengerusi Gerakan negeri, Dr Cheah Soon Hai kerana masih menimbulkan isu-isu yang sudah selesai.
Sehubungan itu, Ahmad menganggap Adun Derga itu sebagai wakil rakyat ketinggalan zaman.
Tiga isu yang dibangkitkan oleh Dr Cheah ialah kuota 50 peratus Bumiputera dalam pemilikan rumah, penggunaan tulisan jawi pada papan iklan dan pemusnahan rumah sembelihan babi.
Ahmad Kassim berkata, apa yang disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Derga itu kelmarin, hanya berniat untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri memandangkan isu yang dibangkitkan sudah selesai.
"Saya rasa beliau tidak faham dan kurang jelas dengan isu yang dibangkitkannya sendiri. Ketiga-tiga isu, kuota 50 peratus Bumiputera, penggunaan tulisan jawi pada papan iklan dan pemusnahan rumah sembelihan babi tiada kaitan dengan isu agama," katanya.
Dr Cheah sebelum ini medakwa membidas PKR dan DAP yang disifatkan gagal menyekat 'ekstremis agama' PAS dalam mentadbir Kedah.
Ahmad berkata, tulisan jawi bukan isu agama, ia adalah tulisan orang Melayu. Banyak juga papan iklan di kawasan pekan Cina dalam bahasa Cina, tetapi kita tidak pula menuduh mereka ekstremis, sedangkan tiada langsung bahasa kebangsaan," katanya.
Katanya, Dr Cheah mungkin tersilap percaturan apabila mengaitkan isu itu dengan konsep Islam yang cuba diterapkan oleh PAS Kedah.
"Itu adalah urusan pentadbiran, bukannya isu agama. Contohnya, pusat sembelihan babi baru dibina semula di Kampung Sungai Tok Pawang, bermakna Kerajaan negeri bukan menghalang. Sebaliknya isu itu sengaja dipolitikkan, mungkin sebab mereka sudah tiada idea," katanya.
Berikutan itu, Dr Cheah diminta supaya mengkaji terlebih dahulu fakta sebelum membuat kenyataan.
"Eloklah kaji perkara itu dengan mendalam sebelum buat kenyataan, Mungkin ia bertujuan memburuk-burukkan imej kerajaan negeri atau melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat yang kini dilihat semakin erat," katanya. - FMT
15 Ogos: KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.
27 Ogos:MCA akan mengutarakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang merupakan warga Malaysia, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Berita sepenuhnya...
BERITA 1
Peniaga Cina mahu ekuiti Bumi dimansuh
KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.
Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.
Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata.
Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara.
Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah.
Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan.
Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera.
Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia.
"Kongres mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC.
"Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti," kata bekas menteri kesihatan itu.
Titik perseimbangan
Tuntutan-tuntutan ini meletak Najib dalam keadaan serba salah dalam menghadapi proses membuat keputusan.
Beliau perlu mencari titik perseimbangan di antara mengekalkan sokongan orang-orang Melayu yang radikal atau menghadapi risiko hilang undi Cina. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar para pengundi.
Chua, dalam ucapan penutupnya, secara berseloroh berkata, pertemuannya dengan Najib di kongres pagi semalam membuat Najib keluh, di mana perdana menteri berharap rumusan forum tidak membawa "lebih banyak masalah kepadanya."
"Saya telah bertemu beliau dan memberitahu beliau tentang tuntutan itu dan beliau menasihati supaya saya perlu faham bahawa dengan ekonomi, terdapat isu-isu yang rumit yang perlu kepada titik perseimbangan," kata Chua.
Bagaimanapun, kongres telah berikrar sokongan penuh dan taat setia terhadap pentadbiran Najib dan program-program reformasinya.
Banyak perkara yang ditimbulkan mempunyai persamaan dari segi kelemahan yang dikenalpasti oleh kerajaan, yang memerlukan perhatian segera seperti dasar gaji minima yang komprehensif dan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan yang sangat luas.
Kongres menggesa kerajaan menambah bantuan tunai kepada enterprais kecil dan sederhana (SME), yang disifatkan oleh kongres sebagai kritikal untuk mencapai status negara maju dalam tempuh 10 tahun sepertimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.
Satu lagi perkara yang ditimbulkan ialah keperluan kepada langkah pro-aktif oleh pentadbiran Najib untuk mengukuhkan usahasama perniagaan Bumiputera-Cina yang tulen dengan mengambil peluang dari kekuatan dan pelbagaian etnik. - FMT
BERITA 2
Beri Taraf Kewarnegaraan Kepada Rakyat Berumur 60 Tahun, Cadang MCA
KUALA LUMPUR: MCA akan mengutarakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengiktiraf taraf kewarganegaraan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan anak-anak mereka yang merupakan warga Malaysia, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Beliau berkata MCA telah melantik Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong untuk mempengerusikan satu pasukan petugas khas, bagi membantu pemohon mendapat kewarganegaraan Malaysia.
"Didapati 25,751 orang Cina di negara ini masih memegang kad pengenalan Merah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu di Wisma MCA pada Khamis.
Dr Chua berkata MCA memberi tempoh enam bulan bagi Lee untuk memperhalusi semua permohonan dan mengemukakan laporan kepada Majlis Presiden kelak. - mStar Online
APA yang berlaku di sebuah madrasah di Kajang nampaknya menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor. Kehadiran MP Serdang Teo Nie Ching di madrasah berkenaan serta memberikan ucapan di dalam ruang ibadat madrasah tersebut menjadi punca kemurkaan Sultan. Berlanjutan peristiwa itu MAIS telah diarahkan untuk mengambil alih madrasah berkenaan. Baca sini.
Saya juga menjadi pelik dan hairan mengapa peristiwa ini boleh berlaku. Mengapa pihak pengurusan madrasah tersebut tidak sensitif dengan hal-hal sebegini. Memang tidak salah jika mana-mana Non Muslim mengunjungi tempat ibadah kita apatah lagi berniat untuk memberikan bantuan, tetapi mereka juga mempunyai batas-batas tertentu dengan adab-adab yang perlu mereka hormati.
Sekiranya MP Serdang yang berniat baik untuk hadir memberikan bantuan atau nasihat, adalah lebih baik dan sesuai acara itu diadakan di perkarangan madrasah dan bukannya di dalam madrasah. Apatah lagi di dalam situasi sekarang, di mana terdapat pihak-pihak yang sentiasa ingin mencari isu perkauman untuk kepentingan politik mereka. Oleh yang demikian, tindakan kita menimbulkan fitnah ini tentulah satu tindakan yang tidak bijak samasekali.
Kita tidak boleh menyalahkan MP Serdang yang tidak tahu batas-batas dan adab rumah ibadah kita. Menjadi tanggungjawab kita terutamanya pihak pengurusan rumah ibadah untuk memaklumkan kepadanya. Saya percaya MP berkenaan akan akur dengan nasihat yang kita berikan kepadanya.
Adalah diharapkan peristiwa ini akan menjadi pengajaran kepada semua. Sesiapa pun samada perseorangan atau pemimpin yang Non Muslim boleh berkunjung ke rumah ibadah kita dengan tujuan yang baik tetapi tentukan adab kesucian rumah ibadah ini dipelihara. /wfauzdin.blogspot.com
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini menerima Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai ahli bersekutu Umno.
Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno, Kimma akan mendapat beberapa keistimewaan seperti dijemput sebagai pemerhati pada mesyuarat agung Umno dan mesyuarat perwakilan bahagian jika mereka mempunyai wakil di bahagian tersebut.
"Tetapi mereka tidak boleh terlibat dalam urusan Umno.
"Mereka juga bersetuju dan menyokong segala dasar (yang dibuat) oleh kerajaan dan MT," katanya.
Menurut Najib lagi, Kimma juga berperanan untuk membantu menguatkan Umno dan BN./Malaysiakini
Bangkit Perkauman Untuk Tutup Kehilangan RM52 Bilion
GEORGETOWN, 27 Ogos - Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.
"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.
"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."
Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.
"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.
"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.
Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.
"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.
Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.
Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.
29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.
Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.
Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.-HARAKAH DAILY
Ketua pemuda PKR Bukit Bintang, Rahman Hakeem membidas bekas pengerusinya, Mahmood Abdullah yang meninggalkan parti itu semalam untuk menyertai Umno sebagai pemimpin tidak cekap.
Mahmood bersama 15 ahli dari cabang yang menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada timbalan pengerusi Umno WP Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam dan mendakwa PKR "tidak mempunyai fokus".
Bagaimanapun kata Rahman, Mahmood meninggalkan parti itu sendiri dan jawatankuasa cabang Bukit Bintang tetap utuh.
Malah jelasnya, Mahmood telah memilih untuk meninggalkan cabang itu dan telah dipindahkan ke PKR cabang Subang pada Jun lalu. Justeru, beliau bukan lagi ketua cabang Bukit Bintang.
"Siapa yang 15 itu? Timbalan pengerusi, tiga naib pengerusi, setiausaha, ketua pemuda (merujuk kepada dirinya sendiri) masih bersama parti," kata Rahman sambil menambah bahawa Mahmood telah dua tahun tidak menjalankan tugasnya sebagai pengerusi.
"Kami tolaknya kerana dia tidak cekap dan dia rasa dirinya terancam. Mahmood juga gagal memanggil mesyuarat bulanan sejak dua tahun lalu dan tidak menganjurkan sebarang aktiviti untuk cabang ini."
Rahman mendakwa Mahmood juga mensabotaj cabang Bukit Bintang daripada menghalangnya daripada menghadiri kongres kebangsaan parti 2009 yang diadakan di Kelantan pada Mei tahun lalu.
"Kami mengadakan mesyuarat tahunan cabang pada Mac tetapi dia tidak hantar minit mesyuarat kepada majlis tertinggi," dakwanya Mahmood sebagai punca cabang itu tifdak dapat menghantar perwakilan menghadiri kongres itu./Malaysiakini
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Akibat ingin memperoleh kesenangan secara mudah, 17 individu dari seluruh negara mendakwa mereka ditipu beberapa bomoh nombor ekor palsu membabitkan kerugian berjumlah RM630,000 sepanjang tahun ini.
Kebanyakan daripada mangsa adalah wanita.
Malah, salah seorang daripadanya mengalami tekanan jiwa selepas kerugian hampir RM10,000 baru-baru ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Tan, 44, kerugian RM9,468 setelah diperdaya oleh seorang lelaki bergelar 'Guru Ta-Yik' kerana terpengaruh dengan sekeping iklan yang mengatakan mampu mengubah nasib mereka selepas diberikan nombor ramalan empat digit.
Anggaran nilai kerugian itu termasuk bayaran upacara sembahyang dan pembelian barangan keagamaan untuk mengelak bala.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, beliau tidak faham kenapa masih ramai masyarakat yang terpedaya meskipun berita kegiatan bomoh palsu seperti itu sering disiarkan oleh media.
"Bomoh palsu bijak mengeksploitasi mangsa secara psikologi kerana mereka tahu siapa yang disasarkan," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.
Tambah beliau, pelbagai usaha telah dilakukan pihaknya untuk membantu orang ramai agar tidak terpedaya dengan bomoh palsu itu.
"Dulu, modus operandi bomoh palsu ini adalah menyiarkan iklan dalam surat akhbar. Setelah kegiatan ini berjaya dihalang, mereka mengedarkan pula risalah iklan yang diselitkan dalam akhbar," jelasnya.
Menurutnya, ada di antara mangsa yang terpaksa meminjam daripada ah long kerana terpengaruh untuk melabur dalam jumlah yang banyak bagi membeli nombor-nombor ramalan tersebut.
"Saya nasihatkan orang ramai agar jangan terpedaya dengan sindiket ini. Sudah banyak pendedahan dilaporkan dalam media," katanya.
Kah..kah lawak..ustazah al UMNO sesati kata Teo nie Ching biadap, tak tutup aurat semasa memasuki surau...lawak antarabangsa pagi-pagi ini..boleh jadi juara raja lawak si Shahrizat nih
Tindakan biadab DAP terhadap umat Islam
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berucap di ruang solat di sebuah surau dekat Kajang Sentral pada majlis penyampaian bantuan kepada ahli Pas baru-baru ini sebagai manifestasi kebiadaban pemimpin pembangkang itu terhadap umat Islam.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.
''Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara,'' ujarnya.
Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.
Kah..kah..Shahrizat tutup aurat. Cukuplah bahan bukti ni jadi keterangan kat mahkamah, jika Teo Nie Ching nak dakwa Shahrizat atas saman malu
Berahim nak jadi hakim mahkamah ke?? Pandai-pandai minta jangan dakwa pengetua rasis. Ini hujah berahim, pengerusi Perkose
"Pengetua berkenaan pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang Gred 52, malah beliau juga mempunyai darah Cina kerana ibunya berketurunan Cina. Jadi bagi saya tidak timbul isu perkauman di sini.
Berahim lepas ni bolehlah jadi hakim kat Mahkamah Perkauman. Ada ke orang buat hasutan atas nama UMNO, tak boleh didakwa. Kalau cina dan india buat hasutan, kena dakwa. Mana dia keadilan??
Ini dia kenyataan si YB Katak ini..
Kekalkan pengetua Aishah – Perkose
Ibrahim Ali berbual dengan Siti Aishah Mansor (kiri) ketika berkunjung ke rumah pengetua tersebut di Kampung Melayu, Kulaijaya, semalam.
KULAIJAYA 27 Ogos – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa agar Kementerian Pelajaran bertindak profesional berhubung isu perkauman yang dikatakan cuba ditimbulkan Pengetua Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Siti Aishah Mansor, 53, baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihak kementerian diminta tidak bertindak berdasarkan kepentingan politik dan pada masa yang sama perlu terus mengekalkan kedudukan pengetua berkenaan di sekolah itu.
"Pengetua berkenaan pernah menerima Anugerah Guru Cemerlang Gred 52, malah beliau juga mempunyai darah Cina kerana ibunya berketurunan Cina. Jadi bagi saya tidak timbul isu perkauman di sini.
"Sehubungan itu, saya berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan sewajarnya secara profesional dan tidak mengutamakan kepentingan politik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu dan menyatakan sokongannya terhadap pengetua berkenaan di rumahnya yang terletak di Kampung Melayu, di sini hari ini.
Pada 12 Ogos lalu, Siti Aishah dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada perhimpunan pagi menyentuh sensitiviti kaum.
Dipercayai kenyataan yang dibuat sempena pelancaran Hari Kemerdekaan di sekolah itu telah diputarbelitkan oleh pihak luar yang mempunyai kepentingan politik sehingga wujudnya isu perkauman berkenaan.
Ibrahim turut mempersoalkan sama ada kenyataan pelajar yang membuat laporan polis terhadap pengetua berkenaan boleh diambil kira tanpa mengetahui sejauh mana kebenaran laporan itu.
Beliau berkata, mungkin pelajar berkenaan tidak memahami maksud sebenar yang cuba disampaikan pengetua mereka dan sekadar membuat laporan berdasarkan pemahaman mereka semata-mata.
"Sebagai pelajar adakah mereka cukup matang untuk menilai dan menterjemah ucapan pengetua sebagai mengandungi unsur-unsur perkauman.
"Daripada apa yang diberitahu, pelajar yang terawal membuat laporan polis berhubung isu tersebut merupakan antara pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Adakah kenyataan orang seperti ini boleh digunakan?" katanya.
Beliau juga menyifatkan tindakan pengetua berkenaan adalah bertujuan memulihkan masalah disiplin di sekolah tanpa sebarang niat perkauman dan lebih menjurus kepada tindakan seorang ibu dalam mendidik anak-anak ketika di rumah.
"Apabila berlaku masalah disiplin dan gejala sosial pelajar, semua menyalahkan pihak sekolah, namun apabila pelajar-pelajar ditegur dan tindakan diambil, masyarakat turut menyalahkan pihak sekolah," katanya
Ini gambar pemimpin UMNO buat rakaman takbir raya di Surau PWTC sebelum majlis berbuka puasa semalam. Dan mungkin ia dimuatkan dalam utusan pencacai UMNO hari ini.
Tak boleh ke nak takbir raya?? Boleh sangat, amat dituntut. Tapi mestilah sesuai dengan waktunya. Ia selari dengan hadis yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari daripada Ummu `Athiyah, beliau berkata : " Kami sekalian diperintahkan keluar pada solat dua hari raya sehingga wanita yang haid pun keluar, kemudian menempatkan diri di belakang kaum muslimin, mereka turut bertakbir mengiringi takbir kaum muslimin ".
Ibn Abi Syaibah pula meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada al-Zuhriy katanya : "Adalah manusia bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar daripada rumah-rumah mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat menunaikan solat dan sehingga Imam keluar, apabila imam keluar (untuk menunaikan solat), mereka semua senyap, Apabila Imam bertakbir, mereka juga bertakbir." (Lihat Irwa' al-Ghalil : 2/121)
Jadi?? UMNO hina islamlah ya. Ya..memang hina islam. Kalau sebelum UMNO jaguh dalam isu khutbah dan bukan islam masuk masjid, dan sekarang nampaknya UMNO yang hina islam.
Wooi UMNO, tahu tak waktu untuk takbir raya?? Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya. Dan Waktu akhir takbir hari raya korban pula ialah masuknya waktu subuh hari ke 13 Zulhijjah bagi orang yang mengerjakan haji dan bagi yang tidak mengerjakan haji ialah waktu asar hari ke 13 Zulhijjah iaitu hari tasyrik yang terakhir.Bukannya pada waktu ramadhan.
Yang korang buat awal-awal sapa suruh. Sedangkan kalau orang takbir raya lepas sehari hari raya aidilfitri, orang akan kata sesat. Ni tak habis puasa lagi, dah takbir raya. Apa kemaruk sangat ke nak masuk tv, nak tunjuk kat rakyat yang mereka suka islam. Ini memang projek nak tipu rakyat.
Kenapa tak buat siaran lansung pada lepas magrib malam raya. Takut tak boleh tonjolkan semua pemimpin UMNO ke?? Nak masuk tv atau niat ikhlas kerana Allah. Ini semua kesesatan UMNO yang nyata.
Mereka sebenarnya lebih sesat. Dahla tak malu. Nak raya tapi hukum Allah, yang hari raya merupakan milikNya, UMNO telah bakul sampahkan. Memang UMNgOk muka tak tahu malu. Hanya orang stupid dan tak boleh berfikir je terus sokong UMNO laknatullah ini..sedarlah wahai UMNO, lakonan anda dalam siri pembohongan rakyat, sudah nak sampai ke penghujungnya. Insaflah sebelum terlambat.
* Seronok juga tengok kaki lawan hukum Allah, kaki zina dan roswah duduk sekali ramai-ramai. Pembunuh pun ada. Lengkap pakej 6 jahanam. Alangkah bersyukurnya jika mereka semua ini diberikan hidayah. Kalau dah dapat hidayah tapi tak insaf-insaf, kita doakan mereka-mereka ini diberi atau dibacakan tahlil arwah. InsyaAllah umat islam di negara ini akan selamat
Kah..kah UMNgOk ni..diorang yang timbulkan isu perkauman, orang lain pula nak ditangkapnya.
Tiada pihak kebal undang-undang - Najib
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tiada satu pihak pun di negara ini yang kebal daripada tindakan undang-undang berhubung isu membangkitkan sensitiviti perkauman.
Perdana Menteri berkata, tindakan tegas tanpa sebarang pengecualian akan tetap diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melafazkan ungkapan berbaur perkauman termasuk tindakan merosakkan harta benda seperti gereja dan surau.
"Majlis Tertinggi (MT) UMNO memandang serius penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tertentu yang tidak tepat bertujuan membakar sentimen seolah-olah tindakan yang diambil kerajaan berdasarkan kepada pertimbangan kaum.
"Jangan sesiapa putar belit ini mengikut sudut perkauman seolah-olah kita melakukan pendakwaan berpilih dalam hal ini," katanya.
Beliau yang juga Presiden UMNO bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib-Naib Presiden dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Perdana Menteri merujuk kepada isu keluarga tiga remaja Cina yang ditahan kerana menyimbah cat dan melempar botol arak di Surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan yang tampil semalam memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan yang dilakukan anak-anak mereka itu.
Hari ini, tiga remaja itu yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak Seremban mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka.
Majistret M. Mageshwary membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 22 September sebagai tarikh sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan akhlak ketiga-tiga remaja itu.
Ok UMNgOk..tolong jawab ni..
Kenapa masih tak dakwa lagi si Nasir Safar dan Bekas Ketua UMNO Bukit Bendera yang terang-terangan tiupkan api perkauman?
Kenapa Ibrahim Kataki bebas berkokok isu perkauman sedangkan Perlembagaan jelas dah kekal hak melayu?
Kenapa dua ekor pengetua tang rasis, masih tidak dikenakan tindakan?
Dan kenapa Utusan meloya yang saban hari panaskan isu perkauman, tidak digantung permit merek?.
Yang kena dakwa hanyalah budak-budak yang lempar cat kat surau. Tapi orang tua yang ajar budak-budak tu tiup perkauman, langsung tidak ditangkap. Budak-budak kecik manalah tahu akan akibatnya apa yang mereka buat. Kalau kena hukum pun, di bawah mahkamah kanak-kanak. Tapi orang dewasa?? Hukumnya lebih berat. Ntah-ntah pengetua UMNO kat sekolah mereka yang timbulkan isu perkauman, menyebabkan budak tu lepaskan geram kat surau.
Ini semua undang-undang rimba. Tak payah sms pun, saya akan sebarkan yang UMNgOk buat pendakwaan terpilih. Orang UMNO lepas, rakyat biasa dan pembangkang ditangkap. Hatta budak-budak pun. Apa? Nak tangkap saya, tangkaplah. saya berkata benar. Macam yang selalu Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan kata. Yang negara ni ada dua sistem hukuman. Satu untuk BN dan satu untuk rakyat. Untuk BN, semuanya lepas. Untuk rakyat, sampai lubang cacing mahkamah kangaroo kerjakannya.
Siapa Ahli Parlimen Serdang Nie Ching? Adakah beliau tidak hormati ugama Islam?
Ahli Parlimen Serdang menjelaskan kepada Malaysiakini, beliau bukan sengaja tidak memakai tudung semasa memasuki ruang isolat surau. Semasa lawatan ke surau, beliau tidak pernah memikir untuk masuk ke bangunan surau, oleh itu beliau tidak membawa tudung pada hari tersebut.
Semasa dijemput masuk ke surau, beliau telah beberapa kali bertanya sama ada beliau dibenarkan masuk ke surau. Selepas menerima jemputan beberapa kali, untuk menghormati ahli-ahli jawatankuasa surau, beliau dan pihak surau telah mengadakan upacara penyampaian cek derma untuk membaiki pagar surau serta menyampaikan ucapan pendek berkenaan tawaran pinjaman yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk anak-anak negeri Selangor di dalam bangunan surau.
Untuk makluman saudara-saudari, Saudari Teo telah memakai tudung semasa menghadiri ceramah di surau pada tiga bulan yang lalu. Pengecualian kali ini bukannya dilakukan dengan sengaja tetapi untuk menghormati jemputan jawatankuasa surau.
============
Nie Ching: Kezaliman adalah sesuatu yang dibenci oleh mana-mana bangsa di dunia
Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah yang dapat digambarkan ketika Ahli parlimen Serdang YB Teo Nie Ching hadir ke program catatan saksi Marmara yang disampaikan oleh Tuan Haji Jamaluddin Alias, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia dan Tuan Haji Mustapha Mansor dari Majlis Pertubuhan Perundangan Islam Malaysia (MAPPIM).
Majlis yang diadakan pada 25hb Jun 2010 turut dihadiri oleh YB Dr Shafie Abu Bakar ADUN Bangi,Tuan Haji Arshad Pengerusi Surau Kajang Utama, En. Khairil Anwar Timbalan Presiden Sekretariat Pemuda Prihatin, Imam, Bilal dan penduduk sekitar.
YB Teo Nie Ching dalam ucapannya menyatakan kezaliman adalah sesuatu yang dibenci dan di mana-mana saja tidak disukai. Kekejaman Israel terhadap penduduk Ghazzah dan Palestin adalah tidak dapat diterima dan dikecam oleh masyarakat antarabangsa. Israel juga menurutnya keras kepala dan tidak tunduk kepada undang-undang antara bangsa.
Mereka menyerang kapal Mavi Marmara ketika kapal itu masih berada di perairan antarabangsa dan tiada langsung senjata yang dibawa bersama. Ini menunjukkan Israel bersifat keras dan degil. Pembunuhan Israel terhadap anggota misi kemanusiaan seramai sembilan orang itu menzahirkan sifat tidak berperikemanusiaan mereka.
Tindakan seharusnya diambil dan menghukum mereka oleh mahkamah antarabangsa. Israel mesti ditunduk dari keangkuhan dan menghormati hak dan kemanusiaan. Kita seharusnya jangan membiarkan Israel bersikap keras, zalim dan melanggar aturan antarabangsa dengan membuat sekatan di kawasan antarabangsa di kawasan 72 nautika jauhnya dan membunuh mereka yang membawa misi kemanusiaan.
Gadis 15 tahun diperkosa tepi tangga flat Bandar Tasik Selatan.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bukan saja dipukul, malah turut dirogol lelaki tidak dikenali di kawasan tangga sebuah flat di Bandar Tasik Selatan, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang sedang menunggu lif untuk naik ke rumahnya selepas pergi ke kedai berhampiran, tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an dari arah belakang.
Menurut sumber, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan menutup mulutnya sebelum mengheretnya ke tangga kawasan perumahan itu.
"Suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum berbaring. Namun, mangsa enggan menyebabkan lelaki terbabit berang.
"Lelaki terbabit kemudian menampar mangsa beberapa kali sebelum mengarahkannya mendiamkan diri," katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian menanggalkan seluar mangsa sebelum merogolnya.
"Belumpun puas melepaskan nafsunya, suspek bergegas melarikan diri selepas terdengar suara penduduk flet berhampiran," katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian pulang ke rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.
"Ibu mangsa membawa pelajar terbabit ke Balai Polis Salak Selatan sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
NEW YORK – Lebih daripada 40 organisasi menyertai perhimpunan berdekatan Dewan Bandar untuk mengumumkan pembentukan pakatan baru yang menyokong pembinaan masjid berhampiran tapak menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang musnah dalam serangan pengganas pada 11 September 2001.
Jurucakap Keluarga 11 September, Donna O'Conner berkata, pembinaan Park51 di bandar New York disokong 100 peratus oleh seluruh keluarga mangsa serangan itu.
Pengarah Kesatuan Kebebasan Awam New York (NYCLU), Donna Lieberman menekankan bahawa rakyat berlainan agama di Amerika Syarikat (AS) tidak harus dikecualikan daripada menikmati hak-hak tersebut.
Pengarah Pusat Shalom, Arthur Waskow menegaskan jika pembinaan Park51 itu dihalang, ia akan menimb:ulkan diskriminasi dan prejudis terhadap rakyat AS.
Selain itu, Waskow juga percaya dengan pembinaan Park51 itu dapat membuktikan komitmen terhadap masyarakat menentang keganasan dengan kebebasan.
Pengarah Majlis Kepimpinan Islam, Abdul Baqi percaya bahawa pembinaan Park51 ini juga dapat mendorong pertumbuhan ekonomi negara itu.
Tiga remaja mengaku salah simbah surau dengan cat merah
SEREMBAN, 27 Ogos — Tiga daripada empat remaja yang ditahan berhubung kejadian surau disimbah cat merah dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat Isnin lepas, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Mereka mengaku bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak di sini petang ini.
Seorang lagi remaja, berusia 18 tahun, telah dibebaskan.
Majistret M. Mageshwary membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dan menetapkan 22 September sebagai tarikh sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan akhlak ketiga-tiga remaja itu.
Tertuduh pertama berumur 17 tahun, tertuduh kedua berumur 15 tahun dan tertuduh ketiga berumur 16 tahun, yang berasal dari sekitar Ulu Temiang dan Sikamat di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi, 23 Ogos lepas.
Dalam pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja didakwa melakukan khianat dengan membaling botol di surau tersebut.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.
Bagi setiap pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh pertama turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit mengikut Seksyen 109 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Lee Kong Fei manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.
Semalam, ibu bapa remaja berkenaan memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan di surau itu.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu.
Inilah kenyataan bela daripada PAS..tertanya-tanya juga, mana dia kenyataan PKR, pari kononnya dominan dalam PKR..si Zaid dengan Nik Nazmi tak buat kenyataan ke isu ini..kata arif sangat bab hukum
Naib Presiden PAS: Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau
August 27, 2010KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.
"Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, "ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid."
"Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap," kata beliau.
Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.
"Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.
"Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?" kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.
"Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan," kata beliau lagi.
Teo dipetik sebagai berkata beliau tidak faham sebab kunjungannya ke surau itu menjadi kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana hanya berniat ikhlas.
"Kunjungan ke surau Al-Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya," kata wakil rakyat penggal pertama ini.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.
Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.
Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.
"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk," katanya.
Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan:
"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.
"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.
Dalam laman webnya Teo berkata:
"Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat tarawih dikerjakan."
Teo berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum.
"Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di universiti adalah cemerlang.
"Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan," kata laman web itu.
Dan ini pula tulisan penarik beca...memang saya setuju 100 peratus..sepatutnya ahli politik kena bijak, bukannya bagi bola tanggung pada UMNgOk
Umno akan terus berkuasa kerana PR bodoh melantun-lantun
Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau" dan "'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah".
Saya tidak berminat untuk membincangkannya dari sudut hukum atau konteks dakwah. Umno tak pernah ambil peduli itu semua. Minat Umno hanyalah mengapi-apikan perkauman dan kebencian orang-orang Melayu terhadap parti-parti yang mengacau kesedapan mereka membuat duit sakan dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Ah, tiba-tiba pulak saya teringat ayat yang pernah saya dengar sebelum ini "jiwa tamak sang perasuah yang sentiasa celaka dulu, kini dan selamanya".
Saya juga tak berminat dengan jawapan bodoh macam innocent sangat (lihat Malaysiakini hari "'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?")
Tetapi, saya nak bincang dari sudut sikap hati-hati seorang ahli politik. Atau lebih jelas lagi, saya nak bagi tau ahli politik janganlah bodoh.
Sebelum melakukan sesuatu perkara, ahli-ahli politik pembangkang mestilah berfikir adakah perkara itu akan dijadikan isu perkauman oleh Umno atau tidak. Benda tu memang tak diajar di universiti atau kursus-kursus parti. Tetapi bak kata orang, sendiri mau ingat la dan jangan bodoh sangat.
Ahli-ahli politik hari ini jangan lupa satu perkataan - "sensitiviti". Walaupun apa yang menjadi pantang larang di sisi sensitiviti masyarakat tak semestinya haram di sisi hukum agama, ahli-ahli politik dan para penyokong parti-parti politik jangan bodoh dan gatal sangat melanggar pantang larang itu.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 lalu, Umno telah mencipta kejayaan gilang gemilang dalam memainkan isu-isu perkauman. Ramai orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan oleh parti pengkhianat Melayu itu.
Masalahnya, parti-parti pembangkang jauh lebih bodoh lagi berbanding orang-orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan oleh Umno itu. Mereka ketagih sangat membuat kerja-kerja yang yang dengan mudah sungguh dapat dieksploitasikan oleh Umno untuk menyalakan api perkauman Melayu.
Agaknya bodoh melantun-lantun itulah yang menyebabkan munculnya berita FMT hari ini bertajuk "Pakatan staring at massive loss in next election". Dalam pada itu, muncul pula berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Jeffrey tells Anwar to stay away from Sabah" dan berita FMT bertajuk "PKR crisis deepens, Jeffrey advises Anwar to scrap visit".
Umno nampaknya akan terus berkuasa. Tetapi, ia bukan disebabkan Umno tu bijak sangat berpolitik. Umno bodoh dan hanya cekap mengapi-apikan perkauman sahaja. Tetapi pembangkang lagi bodoh - bodoh terlampau.(sini)
Ek ele Sultan ni..marah sangat ke?? ntah-ntah UMNO yang cucuk. Kalau marah UMNO tak laksana hukum islam takpelah jugak, ini marah benda yang tidak ada asas hukum. Zaman Nabi pun dulu ada ajak bukan islam masuk masjid. Siap ada badwi kencing lagi dalam masjid. Nabi tak marah, tapi didik orang badwi tu..Sultan?? Ramai yang kata ianya spesis rubber stamp..
Masjid kat Putrajaya tu bagaimana pula? Warga asing wanita hanya pakai jubah sementara sahaja untuk membuat "lawatan" tanpa dikira didatangi haid? Macam-macam bangsa ada. Tak pakai tudung pun.
Bagaimana isteri-isteri pemimpin UMNO yang katanya Melayu Islam tu, berbogel rambut sana sini. Bagaimana hukumnya? Ukurlah baju badan sendiri, sebelum marah tak tentu pasal..
'Tazkirah' Teo: Sultan murka, Mais ambil alih surau
Sultan Selangor amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang yang membenarkan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching memberikan 'tazkirah' di situ Ahad lalu, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Teo di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang berlaku seperti dilaporkan.
Sehubungan itu, tambahnya, Mais diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.
"MAIS memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.
Sementara itu, Mohamad Adzib berkata, Mais juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.
"Mais juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.
"Pihak Mais juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor."
UMNO memang UMNgOk..dahtakde isu ken k dimainkan?? Isu PR roswah takde ker?? Kenplah isu remeh temeh nk dipermainkan. Buat DAP, nah rasakan orang jahil islam menyerang islam. Lihat bagaimana UMNO Laknatullah mnipulsi isu untuk timbulkan orang islam pada anda. Rasakan Karpal Singh, penangan ko hina islam selama ini. Puak sesame hina islam bertempur lagi.
Dan akhirnya PAS akan jernihkan keadaan. PAS akan keluarkan kenyataan rasmi yang zaman Nabi dulu, bukan islam pun masuk masjid. Bahkan siap kencing lagi. Jadi soal aurat bukan islam masuk masjid, adalah isu remeh temeh sahaja.
Sepatutnya DAP kenang jasa PAS. Sebab kawasan DAP, ada juga pengundi Islam. Jadi pengajaran buat DAP, layanilah PAS dengan baik dan santun. Janganlah timbul isu dasar parti masing-masing lagi. Dan PKR?? Saya pun harap parti tu berkubur lepas ketiadaan Anwar.
'Tazkirah' di surau: Saya ikhlas, kenapa dipermain?
Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu dianggap kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.
"Lawatan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.
"Saya tidak faham mengapa lawatan kecil ini dipermain-mainkan," katanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.
Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.
"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.
Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.
"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.
"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.
Ibrahim Ali: Ahli Umno akan gembira jika Khairy keluar
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata ramai ahli Umno akan gembira jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu atas alasan 'tidak gembira' dengan Perkasa.
"Saya rasa ramai ahli Umno gembira kalau dia letak jawatan atau tinggalkan Umno kerana semasa bapa mertuanya jadi perdana menteri, menyebabkan antara punca BN dan Umno kalah teruk pilihan raya umum ke-12," kata beliau.
Kata Ibrahim, sekiranya majoriti ahli Umno menyokong Perkasa ia adalah satu tanggapan melucukan.
"Apa penyakit KJ?... mungkin tidak dilantik sebagai timbalan menteri, maka kecewanya sudah klimaks dan jadi Perkasa sebagai alasan," katanya.
"Pada saya, tanpanya mungkin rakyat lagi senang hati pada Umno... apa pun kesian dia.
"Dulu besar kepala... sekarang bila bapa mertua tak jadi PM, maka taring dah hilang, merapu tak tentu pasal," kata Ibrahim mengulas kenyataan terbaru Khairy terhadap Perkasa kelmarin.
Dalam kenyataan yang dilihat menyindir pendirian Perkasa dalam isu-isu tertentu, Khairy memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini 'tenggelam' di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Ibrahim, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.
"Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.
Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.
Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
Jenayah dah pelbagai kat Negara ni. Sanggup si lelaki pakai telekung, semata-mata untuk merompak. Kesia kat mhasiswi yang dahla takde duit, pastu kena rompak lagi. Itulah balanya jika kita terus diperintah oleh UMNO lakntullah…kerana hukuman pencegahan, hukuman islm dibakulsampahkan oleh pemimpin UMNO yang rosak akidah ini..
Pakai telekung samun pelajar
IPOH: Seorang lelaki sanggup memakai telekung semata-mata mahu menyamun sekumpulan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menetap di sebuah rumah sewa di sini, sebelum menculik seorang daripada mereka dengan sebuah kereta dalam kejadian pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi di Taman Cempaka itu, mangsa berusia 20 tahun itu dilarikan seorang lelaki tidak dikenali dengan sebuah Perodua MyVi kelabu sebelum mangsa ditinggalkan sendirian kira-kira sejam kemudian di satu kawasan di Kampung Melayu Tambahan, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.
Penjenayah turut melarikan empat komputer riba dan empat telefon bimbit milik sekumpulan pelajar berkenaan selain beberapa dompet berisi wang tunai.
Rakan serumah mangsa ketika ditemui berkata, penjenayah terbabit menceroboh masuk ke rumah sewa dua tingkat mereka menerusi pintu pagar dan pintu rumah yang tidak berkunci.
"Ketika kejadian, saya bersama dua rakan serumah berada di tingkat bawah menyiapkan tugasan. "Saya terdengar pintu pagar rumah dibuka sebelum seorang individu tidak dikenali yang memakai telekung putih serta menutup muka meluru masuk ke rumah.
"Lelaki berbadan tegap itu mengeluarkan pisau yang diambil dari dapur rumah kami sebelum mengarahkan kami mengumpulkan semua komputer riba serta telefon bimbit masing-masing di satu tempat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, lelaki itu turut mengugut akan menyimbah asid ke muka seorang rakannya jika enggan menuruti kehendaknya.
Menurutnya, sebaik mengumpulkan barang yang dikehendaki, lelaki itu mengarahkannya bersama rakan serumah lain masuk ke dalam tandas sebelum naik ke tingkat atas dan mengejutkan lima lagi rakan serumah yang berehat di bilik masing-masing.
"Kejadian begitu pantas, kira-kira 15 minit kemudian, saya dapati lelaki itu sudah tiada dalam rumah. "Kami perasan seorang daripada rakan kami sudah dilarikan lelaki terbabit," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar, mengesahkan menerima laporan terhadap kejadian pecah masuk itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan polis masih mengesan seorang suspek berusia lingkungan 30-an dan menaiki kereta Perodua MyVi itu bagi membantu siasatan.
Ini bukan tawaran kerajaan BN pro yahudi, tapi kerajaan Kuwait…
Peluang kahwin 2
KUWAIT : Seorang anggotta Parlimen semalam mencadangkan supaya kerajaan menghulurkan bantuan kepada warga lelaki negara ini untuk berkahwin isteri kedua dalam usaha mengurangkan jumlah wanitanya yang tidak berkahwin.
"Cadangan itu bertujuan menyelesaikan masa
lah wanita tidak berkahwin yang dihadapi masyarakat kita dan menggalakkan janda dan duda membentuk keluarga baru," kata Ahli Parlimen Syiah, Faisal Al Duwaisan.
Buat masa ini, lelaki Kuwait yang berkahwin kali pertama diberikan bantuan berjumlah 4,000 dinar (RM43,600). sebahagian daripadanya adalah pemberian percuma dan sebahagian lagi pinjaman tanpa faedah dengan bayaran secara ansuran yang mudah.
Faisal mencadangkan kerajaan memberi pakej bantuan tambahan kepada lelaki yang ingin berkahwin kali kedua, dengan beberapa syarat yang mesti dipenuhi.
Antaranya, lelaki itu mesti mendapat kebenaran bertulis daripada isterinya yang masih ada atau mereka mesti duda, - Agensi