Khamis, 26 Ogos 2010

bumiperak

bumiperak


Sorotan Fakta SeMinggu

Posted: 26 Aug 2010 09:16 AM PDT

23 8 10 Sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban telah disimbah cat merah dan dibaling botol arak. Kejadian disedari jemaah ketika solat subuh awal pagi. Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu. Perbuatan yang boleh menyemarakan sensitiviti kaum ini dikutuk oleh DAP dan MCA.

24 8 10 Polis kenal-pasti dan ditahan reman selama empat hari empat remaja bangsa Cina berusia 16 dan 18 tahun membantu siasatan. Keempat-empat mereka bermain mercun berhampiran surau itu tetapi ditegur dan diarahkan supaya meninggalkan kawasan itu. Akibat tidak berpuas hati, mereka memutuskan untuk bertindak balas dengan menyimbah cat ke atas surau.

25 8 10 Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di Seremban, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka. Bapa remaja mereka iaitu Cheng Kok Foo, 38; Wong Seow Wai, 43; Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, memohon maaf dengan pengerusi jawatankuasa surau itu dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan.

Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. MCA juga akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


"Kami bukanya bodoh ..." kata peneroka Felda kepada Najib ...

Posted: 26 Aug 2010 04:41 PM PDT

Oleh Zefry Dahalan

BANDAR BARU SERTING: Perdana Menteri Najib Tun Razak seolah-olah mempunyai sesuatu misi – beliau akan melawat para peneroka di Felda Serting dan Felda Raja Alias malam ini dan menghadiri majlis berbuka puasa di masjid bandar ini.

Menurut Ketua PKR Jempol Karip Mohd Salleh, lawatan beliau nampak panik untuk meredakan kemarahan di kalangan peneroka yang memfailkan saman terhadap pengurusan Felda pada 9 Ogos lalu.

"Saya mendapat tahu daripada para peneroka bahawa Najib akan menyerahkan sekeping cek contoh kepada wakil mereka sebagai bonus Hari Raya. Sehingga sekarang, beliau tidak mempunyai masa untuk mendengar rintihan para peneroka. Secara tiba-tiba beliau menunjukkan sikap seolah-olah mengambil berat tentang nasib mereka.

"Tapi kami, para peneroka Felda, bukannya bodoh untuk terperangkap dengan lakonan seperti ini. Kami tidak akan menarik balik saman tersebut," tambah Karip, yang mengetuai 766 peneroka memfailkan saman itu.

Beliau mewakili para peneroka dari Felda Serting Hilir Kompleks 1, 2, 4, 5, 6 dan 7 dari Air Hitam, Jempol dan juga dari Felda Raja Alias 1, 2, 3 dan 4 dari Serting, Jempol.

Karip berkata beliau menjangka Najib akan meluahkan kata-kata manis dalam ucapannya untuk memujuk para peneroka tetapi menambah, beliau tidak akan berjaya terutama dengan berita terbaru dari Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengarah Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka dari Felda Kemahang 3 di Kelantan - FMT

Jamil Khir ...Macamana yang ini? Berdosa ker tak?

Posted: 26 Aug 2010 05:35 AM PDT


Jamil Khir, ulama baru umNO kata YB Nurul Izzah BERDOSA kerana membuat kenyataan kepada akhbar Kompas di Indonesia bahawa kapal selam Malaysia tak dapat menyelam. Kenyataan yang benar.... memang kapal selam Malaysia tak dapat menyelam. Pengakuan yang diberikan oleh menterinya sendiri baru-baru ini ..


Tapi aku nak tanya ulama baru umNO ni ... macamana yang ini ... BERDOSA KER TAK?







Jamil, ada berani keluar 'fatwa' pada bini Big Bos hang ni? Jangan asik nak cari salah orang lain tapi 'rumah tangga' sendiri pun tak boleh (tak berani sebenarnya) nak jaga.


Tindakan yang terang-terang HARAM - BERDOSA ...

Ketua Bahagian PKR Bukit Bintang sertai umNO

Posted: 26 Aug 2010 05:18 AM PDT

Ketua bahagian PKR cabang Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan (WP) Mahmood Abdullah bersama 15 anggota yang sebahagiannya adalah anggota jawatankuasa cabang berkenaan hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Umno, berkuatkuasa serta-merta.
Kau orang baca seterusnya DI SINI, aku malas nak teruskan lagi, sekadar pegetahuan jer lah

Najib ada ulama baru ...kah kah kah

Posted: 26 Aug 2010 12:02 AM PDT

MSenja: Hahahahaha ulama najib yang terbaru ... Jamil Khir ...
Kenapa dia tak kata bini najib yang teramat sihat tu juga BERDOSA kerana tak menutup aurat ??? ... Berani cakap bini najib Berdosa? Hahaha menteri cari makan beb ...
Sekarang ni kalau Najib/ menteri UmNO/orang UmNO buat apa semua boleh .. semua betul .....semua tak berdosa. ....kalau pakatan yang buat SEMUA TAK BETUL .... SEMUA BERDOSA ..
Mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

"Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada pesakit di hospital-hospital di Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen Lembah Pantai daripada Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar, yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temubual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan sumbangan Aidilfitri daripada MAIWP berjumlah RM1.4 juta kepada Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Putrajaya, dan sumbangan RM20,000 kepada Hospital Nukleus di Labuan.

Katanya sumbangan itu selain bagi membantu pihak hospital membeli peralatan perubatan juga diagihkan kepada tabung kebajikan perubatan hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri. Tahun ini MAIWP membelanjakan RM1.32 juta mbagi membantu 519 orang daripada golongan asnaf yang menghidapi penyakit kronik. — Bernama

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno hina titah Sultan: Lagi kes Umno salahguna masjid demi tujuan politik kepartian!

Posted: 26 Aug 2010 07:15 PM PDT









Oleh: Pria Malaya

Umno Bahagian Taiping melalui ketua bahagiannya, Dato Shalimin Ahmad Shafie boleh didakwa telah menyalahgunakan masjid demi keuntungan politik apabila terang-terangan membuat program anjuran parti di dalam sebuah masjid di Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping semalam (Khamis, 26 Ogos 2010)..

Ini sekali gus telah melanggar dan menghina titah tuanku sultan yang melarang sebarang aktiviti politik di dalam masjid...(siap banner berlambangkan Umno/BN diangkut ke dalam masjid)...

Persoalan sekarang, kalaulah yang anjurkan program ini adalah dari PAS atau PR, kemudian ada plak banner/kain rentang memaparkan ketiga2 logo/bendera parti ini dan banner ini kemudiannya diletakkan di dalam masjid, rasa2nya apa komen penyokong gerombolan? apa tajuk berita Utusan Malaysia muka depan?...

Korang pun dah dapat agak jawapannya..bahawa hipokritnya parti yang bernama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini...sendiri buat undang2, sendiri langgar..fikir2kan..wallahua'lam..


Artikel berkaitan (mesti baca dan sebarkan):
- Koleksi isu/berita Umno salahguna masjid dan surau utk tujuan politik mereka

Bukan Islam masuk masjid: Penyokong Umno bodohkan diri sendiri..

Posted: 26 Aug 2010 05:30 PM PDT



Oleh: Pria Malaya

Bagi sebahagian penyokong tegar parti Melayu Umno, adalah haram secara mutlak org bukan Islam memasuki rumah Allah, apatah lagi jika mereka itu terdiri dari wanita bukan muslim..

Terbaru, isu ADUN dari DAP masuk surau al-Huda Kajang Sentral..dikatanya wanita ini telah menghina Islam, dan PAS secara langsung dipersalahkan kerana kelakuan ADUN ini...

Alasan mereka, sebab tak tutup aurat..tak pakai tudung...dan alasan yang famousnya, sebab tak mandi junub (hadas besar)..so, dorang tak boleh masuk rumah Allah...boleh tengok antara alasan lawak oleh blogger Umno kat sini, dan banyak lg...

So, kita nk tanya la totok Melayu Umno ni, kalau wanita bukan Islam dilarang masuk masjid atas alasan tak mandi junub atau sedang datang haid, apakah lelaki bukan Islam yang dikatakan boleh masuk masjid telah mandi junub? dorang tau ke apa tu mandi junub? sah ke mandi junub dorang?..ada ke dlm syarat2 bukan Islam yg ingin memasuki masjid/surau hendaklah mandi junub dahulu?




Gambar atas ni antara contoh (pelancong) bukan Islam yg melawat masjid di negeri bawah takluk Umno...siap berselur pendek lagi..mungkin bg penyokong Umno, wanita dan lelaki ini telah suci dari hadas besar, sudah mandi junub, dan wanita itu tidak datang bulan (haid)..so, ianya tidak salah dipandangan Umno..tapi jika ia datangnya dari musuh politik mereka..korang faham2 lah sendiri....

Inilah realiti mentaliti pemikiran Umno...begitu hasadnya pada lawannya sehingga sanggup menjaja fitnah dan tohmah, ditambah2 cerita dan reka..dengan bantuan media yg telah disalahguna, maka berita ini disebar2kan..kerana itulah tidak pelik jika kita kerap melihatblogger Umno terlompat gembira berterima kasih kpd Utusan Malaysia kerana menjadi agen penyiar rasmi berita/isu fitnah yg dibangkitkan...contoh di sini..sungguh senang kerja mereka..

Pada penyokong tegar Umno, boleh baca 'fatwa' JAKIM berkenaan org bukan Islam memasuki masjid di sini, "MASJID SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN", dan pernah disiarkan dlm Berita Harian Mac 2008...jangan jahilkan diri sendiri...WALLAHUA'LAM...



Antara fitnah yang direka2 ialah:
- ADUN DAP tersebut sedang memberikan ceramah/tazkirah selepas Terawih atau antara dua Terawih (contoh di sini)

Antara berita yang cuba disembunyikan ialah:
-ADUN tersebut telah memperuntukkan sumbangan/bantuan untuk surau berkenaan yang tidak pernah terfikir dibenak penyokong Umno sebelum ini..(Blog MP Serdang)


Sumber gambar: Al-Banjari Online

p/s: Penulis tidak mengatakan setuju atau tidak dgn tindakan ADUN tersebut..seperti kenyataan yg dikeluarkan JAKIM, ia terserah atas budi bicara tuan atau AJK surau/masjid berkenaan dan niatnya mestilah baik serta tidak memusuhi Islam...

Namun, dek kerana isu ini diwujudkan dgn niat jahat dan disertakan dengan fitnah dan ditambah2, dikaitkan pula dgn 'hasil didikan PAS', maka penulis cuba 'menjawab' sepertimana di atas..semoga menjadi pengiktibaran..wallahua'lam..

Artikel berkaitan (mesti baca):
- Wajah munafik: Bukti bergambar Umno berpolitik dalam surau/masjid!

GEMPAR: MCA 'hina' kesucian Islam!..apa komen penyokong Umno?

Posted: 26 Aug 2010 10:43 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Jika dahulu, penyokong tegar (totok) Umno begitu sensitif bila mendengar atau terbaca berita parti/wakil rakyat bukan Islam (dari kalangan Parti PR) telah membuat/menganjurkan majlis/program utk orang Islam..

Mereka semahunya membantah wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR yg menganjurkan majlis khatan, majlis tilawah al-Quran, majlis berbuka puasa, dan sewaktu dengannnya dgn alasan ia adalah satu perbuatan menghina Islam...

Ia seolah2 satu perkara yang harus ditentang kerana menyalahi adat dan budaya orang Melayu di Malaysia...ia seolah2 meletakkan Islam di tahap yg tidak sepatunya dan lain2 lagi...

Tambah mereka lagi, ia adalah satu propaganda dan helah bukan Islam utk menarik sokong orang Islam utk menyokong gerakan mereka..mereka (wakil rakyat bukan Islam dari DAP dan PKR) tidak ikhlas, hanya tujuan politik, pancing undi dan sebagainya..

Maka, berbondong2lah makin, hinaan dan cercaan dilemparkan kepada wakil rakyat terbabit...PAS turut menerima tempiasnya..dituduhnya PAS bersekongkol dgn bukan Islam menghina Islam, dan lain2 lagi...

Hari ni, diberitakan sekutu rapat Umno yang pernah menghina kesucian agama Islam sebagai terkebalakang, mundur dan sebagainya, iaitu MCA, akan menganjurkan majlis berbuka puasa pada hari Jumaat (hari ini) utk umat Islam..

Timbul persoalan, apakah reaksi penyokong totok Umno dlm isu ini? apakah tindakan puak2 gerombolan dlm kes ini?..apakah MCA juga telah menghina Islam, sekaligus Umno turut bersekongkol menghina Islam?...apakah MCA ikhlas dlm menganjurkan majlis berbuka ini tidak seperti DAP?..apakah orang Islam dlm Umno gagal menyediakan majlis berbuka ini sehingga org bukan Islam, MCA terpaksa menyediakannya?..

Sama2 kita saksikan jawapan 'walharamu, walhalalku' dari penyokong gerombolan...wallahua'lam...


P/s: Dipetik dari sumber berita di sini...

"Yeow berkata, MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir."

Artikel berkaitan:
- Hina Islam: Kenapa penyokong Umno takut meng'kafir harbi'kan MCA sepertimana yg dilakukan terhadap DAP?
- MCA terus terkehadapan perlekeh Islam: Kali ini hasut DAP supaya pertikai dasar Islam Kelantan!

Edisi Mesti Baca: "Kalau PAS tak tutup kilang arak sbb takutkan DAP, Umno buka kilang arak dahulu sebab melutut pada siapa?" - Khalid Samad

Posted: 26 Aug 2010 09:04 AM PDT

Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor, lapor HarakahDaily.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga menteri pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanyalah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Noh dalam wawancara itu secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak berkenaan.
'Berenang dalam arak'

Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian.

Khalid bagaimanapun menjelaskan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.

Jelasnya, lawatannya ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang berkenaan mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang turut dibangkitkan oleh Noh ketika diwawancara Malaysiakini, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, katanya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya.

Isu Khutbah Jumaat: Kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang satu tamparan hebat buat Umno PP

Posted: 26 Aug 2010 08:38 AM PDT

Kenyataan (artikel) asal oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob boleh baca di sini..

Khutbah: Polis lunak, hanya Umno serang hebat

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob berhubung isu khutbah di negeri itu sebagai pelik.

"Seingat saya, polis hampir tidak pernah gagal bersikap keras kepada pembangkang.

"Tetapi apabila Ayub bersikap begitu lunak, adakah ia bermakna tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Ustaz Zakaria Ahmad (khatib) yang diserang hebat oleh Umno itu?" kata beliau.

Polis Pulau Pinang, kata Mohamad, telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat "jerit-pekik" Umno kononnya Zakaria menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

"Ketika kita pun ingin tahu apakah kesalahan yang kononnya dilakukan, tiba-tiba Ayub menasihatkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Umno menggunakan semangat Ramadan untuk mengetepikan perselisihan masing-masing berhubung isu khutbah itu.

"Kenapa polis lunak sangat? Polis tidak takutkah Umno akan histeria lagi dengan sikap lunaknya itu. Mustahil polis tidak takut kepada Umno," kata Mohamad.

Ketua Polis Pulau Pinang itu berkata, berkata dua minggu pertama Ramadan merupakan ujian kepada setiap orang dan kesemua pihak terbabit perlu menggunakan tempoh menjelang 1 Syawal ini untuk mencapai jalan damai.

"Letakkan di tepi salah faham dan ketegangan dan uruskan (dengan baik) separuh kedua bulan Ramadan," kata Ayub kepada pemberita selepas menerima sumbangan kerajaan negeri sempena Aidilfitri.

Mohamad tidak menolak kemungkinan Umno sangat tidak berpuas hati dengan kenyataan Ayub itu.

"Walau dengan apa cara pun, yang paling penting bagi Umno ialah ia mahu melihat kerajaan negeri Pulau Pinang dipersalahkan atas isu khutbah itu.

"Bila Ketua Polis suruh letak di tepi salah faham dan ketegangan, itu sangat bertentangan dengan keinginan Umno yang belum dapat lagi merawat kekecewaanya kerana kehilangan kuasa di Pulau Pinang," katanya.

Isu membaca doa untuk Lim kononnya bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim memberitahu siasatan awal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menunjukkan tindakan menukarkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim tidak pernah berlaku. - Harakahdaily

Fitnah isu khutbah: Tempoh dua hari mohon maaf atau berdepan dengan tindakan saman - Khatib masjid

Posted: 26 Aug 2010 08:11 AM PDT



Isu khutbah: Khatib Zakaria mahu saman

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Khatib Zakaria Ahmad memberi tempoh dua hari kepada beberapa individu, akhbar arus perdana dan sebuah stesen televisyen membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan tindakan saman berhubung kontroversi doa khutbah nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Zakaria, beliau dan peguamnya sudah mengenal pasti dua akhbar arus perdana, sebuah stesen televisyen dan beberapa individu yang mungkin dikenakan tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

"Kalau dalam sehari dua ini mereka tidak meminta maaf, saya akan bertindak," kata beliau.

Zakaria mendakwa pihak-pihak berkenaan telah memutarbelitkan fakta berkaitan doa khutbah ke dua solat Jumaat yang dibacakannya di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang.

"Terdapat sebilangan pihak cuba menjatuhkan reputasi saya seolah-olah saya jahil dalam agama Islam. Ini soal maruah.

"Mereka mengeluarkan kenyataan dan berita yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai," kata Zakaria.

Zakaria berkata beliau mengambil keputusan mahu saman demi menyedarkan pihak terlibat supaya tidak mengulangi kejadian sama membabitkan orang lain.

"Lebih-lebih lagi sekarang kita berada dalam bulan Ramadan," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Ketika ditemui wartawan kelmarin, Zakaria mempertahankan tindakannya berdoa untuk Ketua Menteri dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang sambil menegaskan ia tidak salah di sisi agama.

"Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan.

"Insya-Allah lepas ini saya tidak akan mendoakan lagi (khutbah Jumaat) kalau hendak mendoakan pun di tempat lain," katanya.

Beliau juga telah memberi keterangan kepada Jawatankuasa Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Zakaria menyifatkan isu berdoa itu adalah kecil tetapi telah diperbesarkan oleh orang politik dan beliau berterima kasih kepada MAIPP kerana memberi bimbingan kepadanya.

Polis Pulau Pinang juga telah mengambil keterangan Zakaria kelmarin,

Khamis lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memprotes penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Protes disokong Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang menyatakan kesediaan untuk menampilkan saksi khatib yang membacakan doa tersebut. - TMI

Doa Untuk Bukan Muslim: Dari kaca mata Dr. MAZA

Posted: 26 Aug 2010 07:32 AM PDT



Doa Untuk Bukan Muslim: Bicara Harmoni Buat S.S Mufti Perak
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya 'malu') dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: "apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam.

Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?". Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan 'sejahtera' itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;

1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh –bukan lemah seperti saya- dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia 'Islam adalah agama yang rahmat', pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan 'assalamualaikum' sahaja. Perkataan 'assalamualaikum' itu memang bermaksud 'kesejahteraan ke atas kamu'. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan 'salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam'.

Tidakkah 'salam sejahtera kepada bukan beragama Islam' itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru 'salam 1 Malaysia' juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

5. Kata Abdullah bin Mas'ud:

"Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar". Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.

7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:

"Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:

"Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya. - Blog Dr. MAZA

Versi dan ulasan ThemalaysianInsider...

Isu khutbah: Apakah 'Salam 1 Malaysia' juga haram, soal Dr Asri

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Di sebalik kontroversi doa dan isu khutbah, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan mengapa salam baru — "Salam 1 Malaysia" yang turut didakwa mendoakan kesejahteraan rakyat termasuk masyarakat berbilang kaum tidak diharamkan jika ia bertentangan dengan hukum Islam.

Sehubungan itu, kata Asri (gambar), ahli-ahli politik tidak kira fahaman politik seharusnya mengelakkan fatwa-fatwa yang tidak konsisten yang beliau sifatkan sebagai "fatwa ala Taliban."

Beliau percaya bahawa ekoran isu khutbah sekarang kemungkinan ada fatwa-fatwa baru akan dikeluarkan dan ia seharusnya tidak mencetuskan suasana "porak-peranda dan prejudis."

"Demikian salam ciptaan baru 'salam 1 Malaysia' juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim.

"Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa," katanya.

"Salam 1 Malaysia" menjadi ucapan yang diamalkan sejak konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.

"Semua parti politik utama bagi orang Melayu dan Islam di negara ini iaitu Umno dan PAS hendaklah mengelakkan fatwa yang tidak serasi dengan keharmonian dan kehidupan negra ini, dalam konteks Malaysia... kerana Islam itu mengutamakan keamanan dan kedamaian," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Asri menjelaskan, di Malaysia secara praktiknya, orang ramai sudah biasa dengan amalan memberi ucapan — terutama di media-media kerajaan — "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".

"Walaupun Nabi s.a.w — seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim baginda hanya memberikan 'assalamualaikum' sahaja.

"Perkataan 'assalamualaikum' itu memang bermaksud 'kesejahteraan ke atas kamu'. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan 'salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam'," katanya.

Justeru soal Asri, tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka.

"Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini?" kata tokoh agama ini yang lazimnya melontarkan pandangan-pandangan dilihat 'progresif'.

Dalam tulisannya itu di bawah tajuk "Doa untuk bukan bukan Muslim: Bicara harmoni buat Mufti Perak", tambah Asri, para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup.

"Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan," katanya lagi.

Asri menambah, pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara ini khususnya dalam dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

"Kita memberitahu dunia 'Islam adalah agama yang rahmat', pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya.

"Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu," katanya.

Asri berkata beliau akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian.

Katanya, doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik dan juga mungkin tujuan kempen politik.

"Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana," katanya lagi.

Sehubungan itu Asri menjelaskan, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredahan sesuatu pihak semata.

Jelas beliau, hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian.

"Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak-peranda.

"Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

"Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?" ujar beliau lagi.

Asri juga berkata, "perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini."

"Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.
- TheMalaysianInsider

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Taib Mahmud dapat Hadiah Rumah RM21 Juta?

Posted: 26 Aug 2010 09:24 PM PDT

Adakah syarikat pembalakan Samling menghadiahkan rumah agam berusia 100 tahun di Seattle bernilai sekurang-kurangnya US$6.8 juta (RM21 juta) kepada keluarga ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud?

Baca lagi disini

Merenung Sejenak

Posted: 26 Aug 2010 05:06 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


KAMBING HITAM DARI KEDAH

Posted: 26 Aug 2010 08:51 PM PDT

HITAM BIN LEGAM BUKAN CIRI ORANG REMBAU



KHAIRY JADIKAN PEKASA ALASAN TAGIH SIMPATI -malayau

Tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengugut untuk meninggalkan parti dianggap sebagai cubaan mencipta helah dramatik bagi memancing simpati ahli-ahli UMNO dengan menjadikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai 'kambing hitam'.

Ibrahim Ali membidas kenyataan Khairy dengan menyifatkan, tindakan itu menonjolkan sisi 'tidak cerdik' Ahli Parlimen Rembau tersebut bagi menutup kekecewaannya kerana tidak dilantik dalam Kabinet.

"Kenyataan itu jelas memperlihatkan kekecewaan Khairy yang sudah sampai ke kemuncak kerana tidak diberi perhatian pucuk pimpinan UMNO.

"Jadi sekarang beliau cuba jadikan Perkasa sebagai alasan dan alat untuk menagih simpati," katanya.

Mengulas lanjut, Ibrahim memberitahu, Ahli Parlimen Rembau itu bebas membuat keputusan untuk keluar dari UMNO kerana ia adalah hak individu yang tidak boleh dihalang oleh sesiap

Sementara itu, Ketua Wira Perkasa Malaysia, Muhammad Zahid Md. Arip turut membidas kenyataan tersebut dan menyifatkan Khairy sebagai seorang manusia yang gagal dan kecewa dalam politik.

Menurutnya, UMNO adalah wadah perjuangan bangsa Melayu, bukannya tempat untuk mengadu domba dan mengugut mahukan jawatan.

"Ini merupakan kali kedua beliau cuba menarik perhatian ramai termasuk pucuk pimpinan kerana sedar cara kepimpinannya semakin ditolak oleh UMNO.

KAH KAH KAH

nota:
jangan lupa tahun lalu sebelum adanya pekasam
menantu dolah ini pernah mebuat kenyataan " kerana kita lemah
maka orang lain ambil kesempatan" - kenyataan ini merujuk kepada
tuntutan mca . sesudah kenyatan ini di buat menantu dolah ini telah
ditibai oleh mca. hanya dua bulan ini saja menanti dolah ini mula
'rebranding' ini bila cukongh mca di tibai oleh pekasam maka menantu
dolah ni nak jadi hero cukong pulak.

pakatan rakyat secara senyap senyap telah beterima kaseh
kepada menantu dolah ini kerana dipilihanraya yang lalu calon calon
telah di pilih oleh menantu dolah – semua calon ini bungkus kah kah kah

nota:
dalam budaya adat perpatih menantu dolah
bukan orang rembau – ibunya bukan orang rembau
ayahnya orang rembau. adat pepatih condong ke sebelah ibu
menantu dolah ni orang kedah dia menyamar orang remaau
dia tak berani jadi calon kedah - jamin bungkus
dia bukan asli rembau - dan bukan asli nogori

menantu dolah ini orang kedah kerana itu dia hitam
itu pasal beraheng panggil dia kambing hitam kah kah kah

TT.

Pakatan Rakyat Desak Siasat Kehilangan RM52 Bilion Saham Untuk Bumiputera

Posted: 26 Aug 2010 08:49 PM PDT

Oleh Sidiqin Omar
PETALING JAYA 27 Ogos - Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.
Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.
Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.
"Kalau benar kita ambil berat untuk menjamin hak mereka, orang Melayu yang miskin dan terpinggir itu harus dibantu. Kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang tinggal bagi pegangan ekuiti Melayu," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di inu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini semalam.
Ketika ditanya mengenai isu undang-undang hudud di negara ini, Anwar berkata sistem perundangan di negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tetapi agama Islam mendapat tempat yang istimewa sebagai agama Persekutuan, selain jaminan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka.
"Kita memperkukuh institusi yang ada melalui dialog peradaban dan sebagainya. Kita turut menekankan muafakat dan kerjasama antara budaya, agama dan memperbaiki hubungan kaum.
"Oleh yang demikian, berkenaan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah, kita menuntut untuk ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji perkara tersebut."Kita mesti berikan ruang untuk setiap parti mengungkap pandangan mereka mengikut prinsip parti. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, kita terikat dengan konsensus atau persefahaman yang kita meterai bersama, perkara ini telah dijelaskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu," tegas Ketua Pembangkang lagi.
Beliau juga menyelar tindakan Umno-BN yang mengapikan sentimen perkauman sempitdan agama dengan tujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.
"Politik usang yang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pemimpin Umno-BN, kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak untuk teruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti Biro Tatanegara dan media seperti Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat," kata Anwar.
Turut sama pada sidang media itu termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pemilihan AMK: Badrul anggap persaingan 'adik beradik'

Posted: 26 Aug 2010 08:37 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Pertembungan tiga penjuru pada pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) November depan seharusnya mengajak setiap ahli parti itu mengangkat semangat baru dalam PKR.

Demikian harapan salah seorang calon Ketua AMK, Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

"Saya tidak akan umum bertanding, biarlah 'adik beradik' dalam AMK yang menentukan pemimpin mereka dengan ruang demokrasi ini.

"Ini pertandingan dalam keluarga, pertandingan adik beradik takkan perlu abang memburukkan adik atau sebaliknya," ujarnya.

Padanya, Shamsul Iskandar Md Akin telah memberi sumbangan yang termampu sejak mengetuai AMK selama ini.

Rekod kepemimpinan Shamsul menurutnya sudah tentu memberi kelebihan pada Ketua AMK itu berbanding dirinya dan seorang lagi calon Ketua AMK, Rafizi Ramli.

"Kita perlu menyuntik budaya politik baru, bukan atas atas arahan atau sentimen atau retorik semata-mata.

"Cara berkempen harus seiring dengan semangat demokrasi yang melebar dalam AMK yang memberi kuasa pada ahli.

Menurutnya inisiatif akar umbi AMK Perak mengadakan dialog calon ketua AMK menjelang pemilihan kelak adalah baru dalam parti itu dan seharusnya disambut secara sihat oleh semua.

"Seharusnya dipertemukan semua, diberi ruang yang sama, bentangkan apakah tawaran (manifesto) yang nak dibawa serta ke mana AMK ini nak dihalakan," ujarnya.

Selain itu, pemilihan AMK kali ini juga jelasnya penting dalam suasana menjelang pilihanraya Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.

Sehingga kini menurutnya, AMK tidak mempunyai satu cabang pun di Sarawak dan tindakan segera perlu diambil.

"Sarawak tidak lama lagi akan hadapi pilihan raya tetapi tidak ada satu pun cabang rasmi AMK sedangkan AMK mesti bina jentera dan kekuatan di sana...sebab potensi kita ada di sana," tambahnya.

Berdosakah Gua...???

Posted: 26 Aug 2010 08:36 PM PDT

Gua cukup menyampah dengan malaun2 yang hipokrit, terutama sekali kalau datangnya dari puak2 umnoApco yahudi laknatullah macam mamat ni... Jamil Khir, bikin malu orang Kedah jer... macam dialog filem P.Ramlee... "hang tunggu noooo... nanti hang pi... Aloq Setaq kepala hang aku putaq..." ha..ha..ha....

Dah minah tu cerita benda yang betul..., dan di akui oleh Ketua Angkatan Tentera (TLDM), kapal selam yang di beli tak boleh menyelam... kat mana pulak dosanya...??? Kalau minah tu tak cerita pun... satu dunia dah tau la... mangkak punya menteri agama....

Kalau nak jadi pencacai sekalipun... jangan jual agama ooiii.... awat jadi bodoh sampai melantun2 sangat nih...???? Lu kalau nak cerita bab Dosa ni...baik lu bercerita dengan pemimpin umnGok Apco terlebih dahulu, tapi sebelum tu gua nak bagitau bab hotel sana sinun, raba-meraba sini sinun, peluk cium jantan betina bukan muhrim, yang malabu malami... kita letak tepi dulu.. kita ambik yang basic jer... rasanya yang ni pun lu ketaq kepala lutut nak jawap depan "Ketuanan"  lu..., bukannya depan Allah.

Jom cerita bab tanggungjawap seorang suami membimbing isterinnya, contoh nasihat terbaik, baik lu bercerita dengan semua pemimpin umnGok Apco tu... yang bini masing2 pun depa tak tau nak nasihat suruh ikut hukum Islam... lu ada teloq tak nak sound depa2 tu... kalau lu takut nak sound sorang2... lu boleh angkut semua ulama muda dan tua dalam umnoApco tu... Amal Makruf Nahi Mungkar beb.... hahahahaaa.....

Lu yang arif cerdik pandai dan segalanya dalam hukum hakam ni.... kalau ada orang tanya sehelai rambut pompuan tu macamana dia punya dosa...??? Tapi kalau dah berhelai2 mengerbang macam langsuir anak menakan pontianak puaka tu... macamana pulak...??? Apa jawapan lu agaknya...???


Halal kot... tak berdosa kan...??? Sapa kata berdosa... selagi Najib laki bini tak kata berdosa hang jangan nak memandai kata berdosa... hang paham tak...??? gua puasa ni bro.. cukuplah setakat tu.. dulu.

Yang sekoq kata berdosa pasal cerita kapal selam, yang sekoq lagi ni kata bakar bendera malaysia cemari bulan Ramadhan... yang pasti dua-dua ekoq dari parti sekular yang buat hukum sendiri ni, jenis yang mengaku cerdik yang tak boleh di ikut... penjahanam dan pelingkup agama dan bangsa.

Kalau lu orang dah bodoh dan bangang... janganlah nak perbodohkan orang lain dan mengajak orang jadi bodoh macam lu orang jugak, ehhh... baru gua perasan.. ada ka pompuan melayu berambut warna perang macam bini menteri jolobu tu.... nanti jap.. gua nak kira dosa bini montori jolobu ada berapa pulak..???

Dosa pertama: mendedahkan rambut. Dosa kedua: mewarnakan rambut (tapi tidak di kira berdosa jika itu hanyalah inai) dah kalau standard mak datin mana nak main inai-inai nih.... no class beb... Dosa ketiga: oopppsss... gua nampak leher dia beb... dosa tu tak tutup aurat.... mungkin bakal menimbulkan syahwat gua dan mencemar puasa Ramadhan gua ni... (bersyahwatkah gua dengan mak datin ni... ohhh.. tidak sama sekali...kah..kah..kah...)

Ha..ha..ha... Jamil Khir... lu tak nak sambung ke...??? Senarai dosa2 puak2 lu semua tu... hahaha... bangang...!!!!


Paling lawak sekali yang sekoq ni kata bulan Islam ada 28 hari saja.... Jamil Khir... hang kena tegoq hat sekoq ni... letih aarrrr... gua nak melayan lawak2 sarkas lu orang semua.

Lu dan kawan2 menteri lu... pun berdosa jugak kerana disebabkan lawak sarkas bodoh lu orang semua, gua merasa menyampah dan meloya hingga terpaksa meluahkan ketidakpuasan hati gua serta mengeluarkan perkataan yang tak elok pada lu orang, dan juga telah mencemari Ramadhan gua.

Jamil Khir tolong jawap sat.... adakah gua berdosa jugak...??? tapi bagi gua istighfar banyak2 dulu... Astahfirullahalazim...

Dinar, dirham boleh runtuhkan ekonomi Yahudi

Posted: 26 Aug 2010 08:35 PM PDT

KOTA BHARU, 26 Ogos: Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.
"Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit," ujarnya.
Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Kelantan itu berkata, sekiranya umat Islam akan bersatu menggunakan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli, golongan tersebut akan mengalami kerugian yang tenat.
Beliau berkata demikian ketika meraikan rombongan Persatuan Maahad Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata), yang diketuai pengerusinya, Ustaz Nazaruddin Jalaludin.
Permata dalam rangka pertemuannya dengan Husam untuk menyatakan sokongan pihak berkenaan terhadap penggunaan Dinar dan Dirham.
Pada masa yang sama, Permata bercadang untuk membayar gaji menggunakan kaedah itu kepada kakitangannya di seluruh negara.
Beliau seterusnya memberitahu, Dinar dan Dirham bukan mata wang, sebaliknya seumpama penukaran barang belian seperti kupon dan cek sebagai alat kewangan.
"Kalau kita boleh membeli barangan di majlis-majlis tertentu menggunakan kupon, kenapa Dinar dan Dirham tidak boleh, sedangkan ianya disebut sendiri oleh Allah dalam al-Quran," ujarnya.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan memberi penerangan secara hikmah kepada mereka yang tidak memahami perkara itu.
Nazaruddin ketika berucap pada pertemuan itu memberitahu pihaknya akan menggunakan Dinar dan Dirham sebagai bayaran gaji kepada kakitangannya.
Jelasnya, walaupun ianya tidak dibayar sebanyak seratus peratus menggunakan sistem tersebut, namun sekurang-kurang ia akan dilaksanakan sebagai menyatakan sokongan pihak mereka terhadap usaha kerajaan negeri.
Pada masa yang sama, pihaknya juga akan turun ke bawah untuk mengadakan 'road show' bagi memberi penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu.
"Ramai yang masih kabur berhubung perkara ini," ujarnya.
Sehingga kini, sebanyak 58 buah sekolah tahfiz di seluruh negara bergabung di bawah Permata.
Dianggarkan sebanyak RM30,000 hingga RM70,000 dibelanjakan setiap bulan untuk pengurusan dan pembayaran gaji kakitangan guru di bawah Permata.

DHPP: Usaha PAS pecah tembok perkauman

Posted: 26 Aug 2010 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Penubuhan Kelab penyokong PAS (KPP), dan kemudiaannya dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bukan sekadar meraih sokongan politik semata-mata, kata Dr. Mujahid Yusof.

Menurut beliau yang juga pengerusi lembaga penasihat DHPP, penubuhan itu bagi membuktikan PAS benar-benar mengamalkan perinsip Islam iaitu menolak perkauman.

"Kita tubuhkan ini bukan untuk meraih sokongan politik, ianya sesuai dengan ideologi PAS itu sendiri sebagai sebuah parti Islam, bukan parti perkauman, melangkaui rasis.

"Kita juga mahu tunjukkan PAS bukan hanya retorik dan bercakap sahaja, tapi kita buat," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh sebuah tv web, Popteevee dalam rancangan "The Fairly Current Show".

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia sudah lebih 50 tahun ditanam dengan pemikiran perkauman.

Maka menurutnya, sudah sampai masanya untuk PAS mengambil tanggungjawab melakukan perubahan memecahkan kubu perkauman tersebut.

"Pada tahun 2007, saya pergi ke setiap negeri setiap malam untuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS," katanya menceritakan kembali sejarah awal penubuhan KPP.

Temubual penuh beliau dalam rancangan itu boleh dilihat melalui pautan http://popteevee.popfolio.my/default.aspx?c=1

Penyertaan bukan Melayu dalam PAS sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008 lalu dilihat banyak memberi perubahan kepada landskap politik parti itu dan juga landskap politik negara.

Tsunami politik pada PRU-12 lalu juga dilihat disumbang faktor sokongan bukan Melayu kepada PAS.

Mei lalu, PAS terus memperkukuhkan kedudukannya apabila mengiktiraf kelab penyokong menjadi DHPP yang kini setaraf dengan Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.

Sehingga kini mereka mempunyai lebih 20,000 penyokong bukan Melayu dan bukan Islam dalam parti itu.

Khairy keluar jika majoriti Umno sokong Perkasa

Posted: 26 Aug 2010 08:33 PM PDT



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran beliau akan meninggalkan parti itu jika majoriti ahlinya menyokong pertubuhan bukan kerajaan Melayu, Perkasa yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum 2008.
Menyangkal tanggapan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad bahawa Umno kini "tenggelam" di sebalik aktiviti Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali, Khairy berkata, bukan setiap ahli parti dominan Barisan Nasional itu menyokong pertubuhan tersebut.
"Jika wujud situasi di mana mereka (ahli Umno) memilih Perkasa berbanding saya, saya akan keluar," kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau di sini semalam.
Kedua-dua wakil rakyat itu mengambil bahagian dalam Forum Ramadan 2010 anjuran majalah The Leaders di sini malam tadi.
Dipetik New Straits Times, Khairy sekali lagi melahirkan pendirian menentang isu-isu yang dibawa oleh Perkasa sejak kebelakangan ini.
Jun lalu kedua-dua Khairy dan Ibrahim terlibat dalam perang kenyataan dengan ketua Perkasa itu mempertikaikan kepimpinan Khairy sambil menegaskan beliau sebenarnya "bangga dengan label jaguh politik kampung" yang diberikan oleh Ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.
"Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung... sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang 'asli'.
"Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang... apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis," kata Ibrahim.
Ketika itu Khairy menyifatkan Ibrahim sebagai "ahli politik jaguh kampung" yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Datuk Dr Wee Ka Siong.
Khairy mengetuai Pergerakan Pemuda Umno sejak Mac 2009.
Dalam kenyataan terbaru awal minggu ini, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas menyertai senarai pihak yang menggesa agar mereka yang menyentuh soal kepentingan Bumiputera dan kontrak sosial supaya balik ke negara asal mereka.
Ibrahim berkata "siapa yang tidak menghormati kontrak sosial iaitu Perkara 153 boleh keluar Malaysia, balik negara asal nenek moyang."
"Jangan hipokrit," kata Ibrahim yang lazimnnya lantang dalam kenyataan dikirim menerusi khidmat pesanan ringkas.
Dalam pada itu laporan Bernama memetik Khairy berkata, kerajaan mesti bersikap adil dan telus dalam pemberian projek pembangunan bagi menarik minat pelabur swasta.
"Kerajaan perlu membuktikan bahawa peluang mendapatkan projek pembangunan akan diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga serta nilai terbaik kepada kerajaan dan ia perlu dibuat secara terbuka dan telus.
"Sama ada penswastaan pangkalan udara (Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi) atau penswastaan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, kesemua pemberian projek tersebut mesti dibuat secara terbuka dan telus," katanya.
Sementara itu, Khalid berkata kerajaan perlu melaksanakan sistem ekonomi yang lebih liberal dan telus, bebas daripada campur tangan politik dan amalan kronisme.
"Jika kita masih mengharapkan pelabur asing membelanjakan wang mereka di sini, bagaimana ia boleh dilakukan jika kita tidak tahu siapa yang membangunkan tanah pangkalan udara Sungai Besi atau tapak di mana Penjara Pudu pernah ditempatkan?" katanya.

" Perjanjian Setan " Gadai kesucian tunang langsai hutang

Posted: 26 Aug 2010 08:32 PM PDT


Oleh Alias Abd Rani


BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Difahamkan, sepanjang kejadian, mangsa merintih meminta tolong daripada nenek tunangnya, namun wanita berusia 60-an itu tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu bilik dikunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek melarikan diri sejurus selesai melampiaskan nafsunya, namun polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejakinya. "Dengan bantuan orang kampung, polis menahan suspek kira-kira jam 2.30 petang keesokan hari. Mengikut keterangan awal daripada suspek, dia melakukan perbuatan itu selepas membuat perjanjian dengan tunang mangsa.

"Suspek turut mendedahkan, tunang mangsa berusia 19 tahun ketika itu kehabisan wang berjanji akan menyerahkan gadis berkenaan jika dia gagal membayar hutang akibat kalah judi," katanya. Susulan kejadian itu, polis menahan reman suspek selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan dan tunang mangsa bakal dipanggil memberi keterangan berikutan pengakuan suspek itu.

Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, manakala gadis berkenaan dihantar ke Hospital Betong untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Foto & Berita Bendera Malaysia Dibakar & Diludah Lagi

Posted: 26 Aug 2010 08:06 PM PDT


Bendera Malaysia dibakar, diludah dalam demonstrasi di Jakarta
JAKARTA — Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.
Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.
Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.
Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.
Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.
Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos.
Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.
Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan tersebut.
Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.
Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.
Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas. — Bernama



Petronas Akan Tumbang Jika Terus Nafikan Royalti Kelantan

Posted: 26 Aug 2010 08:05 PM PDT


Sila klik banner di atas
Royalti: Sah, Kelantan saman Petronas

KOTA BHARU, 25 Ogos: Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas pada 30 Ogos ini.

"Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi," ujarnya.

Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Husam turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu hadir pada hari tersebut.

Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.

Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan menyerahkan kepada mahkamah.

"Kita tak bincang pasal jumlah tututan kita, itu terpulang pada mahkamah lah nanti," ujarnya.

Sementara itu, turut dimaklumkan satu majlis solat hajat dan sidang media akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.


Nik Aziz iringi peguam kemuka writ saman Petronas Isnin ini

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan semalam, mengesahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi minyak negara, Petronas berhubung dengan tuntutan royalti minyak yang didakwa sepatutnya diberikan kepada Kerajaan Negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, writ saman tersebut akan dikemukakan di bahagian Perdagangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Isnin ini.

"Hari ini (semalam) kita membincangkan writ saman kepada Petronas dan mengambil keputusan untuk memfailkan di Mahkamah Tinggi (Dagang) Jalan Duta Isnin ini, hadir menyokong tuntutan itu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob," katanya kepada media selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, semalam.

Terdahulu, kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk Nik Abdul Aziz mendengar taklimat lebih sejam dari peguam yang mewakili Kerajaan Negeri yang diketuai Tommy Thomas.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mac lalu sebulat suara meluluskan usul memberi mandat kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut royalti minyak seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1975.

Kerajaan Pas Kelantan tidak mengiktiraf pemberian wang ihsan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan menuntut lebih RM 1 bilion royalti yang dikatakan hak mutlak milik Kerajaan Negeri.

Husam berkata, selepas dari memfailkan writ tersebut, Menteri Besar akan mengadakan solat hajat di Masjid wilayah supaya Kerajaan Pusat membuka jalan mengembalikan hak kerajaan Kelantan.

Dalam perkembangan yang sama, seramai 40 ulama di negeri ini akan mengetuai Munajat Royalti bagi memohon tuntutan hak royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan dikembalikan Kerajaan Pusat.

Ketua kumpulan, Md Zulaimi Kazin berkata, ulama dari beberapa buah pondok, terutama dari Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh akan bermunajat di dalam negara serta di Makkah bagi menyokong tuntutan itu.

"Pemilihan ulama tersebut dibuat dari kalangan ulama di pondok, ulama kawasan dari Dewan Ulama Pas dan ulama dalam kalangan ahli akademik. Paling penting misi ini akan menyampaikan mesej yang jelas kepada Kerajaan Pusat dan Petronas bahawa rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak mereka," katanya. -SH


Ulasan GB

Dengan doa rakyat Kelantan dan seluruh pencita kebenaran dan keadilan, seandainya PETRONAS gagal untuk menyempurnakan kewajipannya membayar wang royalti kepada kerajaan Kelantan, PETRONAS sebagai syarikat gergasi minyak negara akan tumbang menyembah bumi.

Sampaikan amaran ini kepada PETRONAS.

Kenapa Zaid tak tegur Karpal's heinous attempt to police our right?

Posted: 26 Aug 2010 08:04 PM PDT

Malaysiakini semalam melaporkan berita bertajuk "Pakatan leadership still non-committal over hudud". Memang, siapa suruh Pakatan Rakyat (PR) bagi komitmen kepada perlaksanaan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"? Bukan sahaja orang-orang bukan Islam di dalam PR dan Barisan Nasional (BN) tak nak, orang-orang yang beragama Islam di dalam PR dan BN pun lebih ramai yang tak nak dari yang nak.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim pula berkata, hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan (lihat Malaysian Insider semalam "Hudud: Impian PAS perlu sokongan besar Parlimen, kata Zaid"). Memanglah. Dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, PAS bertanding dalam 60 kerusi ja. Kalau menang semua pun, PAS tak ada kemampuan nak pinda Perlembagaan bagi melaksanakan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya".

Yang tu semua saya sebagai orang Islam tahu. Walaupun saya nak sangat-sangat "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya" dilaksanakan, tetapi ia hampir mustahil dalam keadaan sekarang.

Tetapi, walaupun menyeringai halangan-halangan itu semua, adakah itu bermakna orang-orang Islam dinafikan hak mereka untuk berkempen serta memberi penerangan dan penjelasan mengenai "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya"?

Yang saya radang ialah apabila menerkam ayat-ayat seperti yang diucapkan oleh Karpal Singh:
"Nik Aziz should realise we do not live in primitive times. In the present time and age, the punishment of stoning to death, which is a cruel and unjust punishment, does not, and cannot have a place" (lihat Malaysiakini 14/8/10 "Karpal locks horns with Nik Aziz over baby dumping").
Itu kata-kata kurang ajar. Nak aku carut-carut. Walaupun banyak perkara dalam Sikhisme yang saya tak boleh terima (kalau Karpal ada agama la), saya tak pernah kata apa-apa. Itu soal kepercayaan orang. Ia sangat sensitif dan saya tak boleh dan, insya Allah, tak akan celupar tak tentu hala.

Saya harap "itu binatang" (meminjam istilah yang selalu saya dengar digunakan oleh Karpal dalam Dewan Rakyat) tidak kurang ajar apabila menyentuh kepercayaan agama orang lain. Kita tak suruh dia terima atau percaya, tetapi jangan kurang ajar.

Sebelum ini saya dah petik Berita Bernama bertajuk "Hukum hudud dilihat jalan penyelesaian untuk jenayah, buang bayi" yang melaporkan:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.
Saya tadi tulis fasal hak kami orang Islam untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya". Katakanlah kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz itu tidak berbentuk penjelasan atau penerangan. Tetapi sekurang-kurangnya itu pernyataan tentang keinginan beliau sebagai orang Islam.

Lihat kenyataan Tok Guru. Dia dilaporkan menyebut "berusaha". Dia belum dapat buat pun. Dia baru berusaha. Usaha macam-macam tahap. Kenapa dia tak boleh cakap tentang usahanya untuk melaksanakan "nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya"? Dia tak ada hak ka nak cakap tentang keinginannya?

Adakah Karpal hendak menguatkuasakan "gag order" terhadap apa-apa sahaja mengenai Islam yang dia tak suka sebagaimana beliau dan beberapa pemimpin DAP yang dilaporkan menguatkuasakan "gag order" kepada sesama mereka tentang isu Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor, Ronnie Liu?

Hello, dont try to police our right on our religion! Itu hak yang Allah s.w.t. kurniakan kepada kami. Jangan nak try samun! Saya ulangi, kami tak suruh kamu terima atau percaya, tetapi jangan kurang ajar. Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami.

Zaid juga bercakap tentang Perlembagaan Persekutuan. Bagi saya, yang tersirat di sebalik kenyataan Zaid itu ialah hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan telah merompak hak orang-orang Islam untuk melaksanakan hukum-hukum Islam. Orang-orang Islam menjadi mustadh'afin atau orang-orang tertindas di bawah perlembagaan itu. Lantak pi lah ultra vires ka, unconstitutional ka, apa menatang ka. Pokoknya perlembagaan itu menindas hak orang-orang Islam sehingga tidak boleh melaksanakan hukum-hukum Islam.

Kenyataan Zaid juga memberi kefahaman bahawa kalau nak keluar dari penindasan itu, perlembagaan tersebut mestilah dipinda.

Persoalannya bila nak boleh pinda kalau hak untuk bercakap, memberi penjelasan dan penerangan tentang undang-undang Islam pun hendak dirompak by those who try to police our right on our religion? Siap guna perkataan seperti primitive, cruel and unjust. Kurang ajaq sungguh!

Saya pernah berkerja di Kementerian Dalam Negeri, masa tu di bahagian yang dipanggil Bahagian Penerbitan. Antara lain, kami diarahkan merampas apa sahaja bahan yang difikirkan cuba menyebarkan ajaran komunis dan Marxisme. Tidak ada ruang untuk bahan-bahan seperti itu.

Saya mula dok rasa apa sahaja percubaan untuk menerang dan menjelaskan hukum-hukum Islam seperti yang cuba dilakukan oleh Tok Guru itu kini menghadapi nasib yang sama seperti bahan yang difikirkan cuba menyebarkan ajaran komunis dan Marxisme itu.

Umno, DAP dan parti-parti lain dah lama dah buat kerja tu. La ni dalam PR pun makin ramai yang menjadi salinan fotostat buruk kelaku macam tu (saya tak boleh lupa apa yang saya bangkitkan dan istilahkan sebagai "Perjanjian Pangkor II" di Perak. DAP memang dah buat kerja jahat tu. Walaupun bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mendakwa bahawa botched undertaking itu sudah terbatal, tetapi saya hilang kepercayaan sama sekali kepada Haji Mohamad Nizar Jamaluddin).

Selain dari Dr Dzulkefly Ahmad, Zaid juga membangkitkan perjanjian atau rangka kerja polisi umum (CPF) PR. Ada seorang tukang komen dalam blog ini yang membangkitkan bahawa bila kita berjanji, kita tak boleh cabul perjanjian.

Saya nak tanya lagi, CPF tu ada larang ka kempen, penerangan dan penjelasan atau sebarang kenyataan mengenai keinginan dan cita-cita untuk melaksanakan hukum-hukum Allah? Dalam CPF tu, PAS ada janji ka nak hentikan sama sekali sebarang kempen, penerangan dan penjelasan atau sebarang kenyataan mengenai keinginan dan tujuannya untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah"?

Kalau tak ada, membangkitkan soal perjanjian adalah tidak relevan.

Saya juga tertanya-tanya, kenapa sama ada Zaid atau Dr Dzulkefly langsung tidak tegur Karpal's heinous attempt to police our right on our religion?

Takat tu dulu bab Karpal tu. Dalam blog ini di bawah posting bertajuk "Adakah CPF Pakatan Rakyat tu kurang ajaq?", ada tukang komen yang bagi komen berikut:
Pak Bakaq, walaupun dalam CPF takdak halangan untuk kempen, tapi ini soal strategi dan awlawiyat. Timing tu kena tengok....kita tau niat TGNA betul, konteks dia cakap pun betul tapi dalam keadaan jebon2 media yang kebuloq nak manipulate kita hati2.....
Semenjak dua menjak ni, saya dah menyampah sangat dengan perkataan strategi dan awlawiyat. Bagi saya, those words have been severely abused.

Saya masih ingat dalam tahun lapan puluhan dulu. Sikit-sikit kawan-kawan dalam PAS cakap "Islamlah penyelesaiannya". Sampai naik lunyai perkataan-perkataan itu dikerjakan oleh mulut mereka. Man Kadir dan saya selalu grill kawan-kawan yang cakap macam tu. "Macam mana penyelesaiannya?" kami soal balik. Kebanyakannya terkulat-kulat nak jawab.

Sekarang pun sama. Sikit-sikit strategi, sikit-sikit awlawiyat. Apa menatang tu? Tak payah jawablah. Aku pun reti baca fasal Fiqh Awaliyyat atau Fiqh Prioriti.

Bila masanya timing yang tepat nak bagi penjelasan dan penerangan? Strategi lagu mana? Kalau asyik dok ratib perkataan strategi dan awlawiyat, akhirnya sampai bila pun tak jumpa ruang dan kesempatan untuk memberi penerangan, penjelasan atau berkempen tentang cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Jenis-jenis old school macam aku lebih tertarik apa yang saya dengar dalam ceramah Haji Mohamad Sabu:
Dulu, Umno takutkan orang bukan Islam kononnya kalau kasi itu PAS perintah nanti awak punya .... kena potong. Kita bagi penerangan, walaupun ceramah kita selalu kena ganggu. Kita suruh mereka pergi Kelantan, ada ka kena potong? Akhirnya kempen Umno itu tak laku lagi.

Lepas itu, Umno gunakan pula hudud untuk takutkan orang-orang bukan Islam. Kita ceramah, buat majlis penerangan untuk orang-orang bukan Islam. Ramai dah yang tak takut. Hudud tak ada kena-mengena dengan mereka.
Bagi saya, tu la strategi. Kena gunakan ruang dan peluang yang ada untuk kempen, memberi penerangan dan penjelasan. Tu pasai aku marah bila ada percubaan nak menyekat hak untuk berkempen, memberi penerangan dan penjelasan tentang cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

(Nota: Saya tulis ni atas sifat seorang Islam yang menyokong cita-cita "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah". Setakat itu sahaja sebab saya bukan ahli PAS).

PECAH DAN PERINTAH

Posted: 26 Aug 2010 08:02 PM PDT




KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

26 OGOS 2010


Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-BN untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecahbelahkan keharmonian masyarakat. Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:
"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

Kita akui sememangnya terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, walaupun begitu kita tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-Barisan Nasional terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini. Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM 52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut.

YB Anwar Ibrahim
Ketua Umum
PKR

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

YB Ust Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
PAS

Keuntungan Sime Darby jatuh 43 peratus

Posted: 26 Aug 2010 08:00 PM PDT

Keuntungan sebelum cukai syarikat kaitan kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad, jatuh 43 peratus kepada RM1.7 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2010.

Keuntungan tersebut dicatat ekoran 6 peratus peningkatan perolehan syarikat kepada RM33 bilion.
Ini sekaligus menolak laporan media yang membuat spekulasi bahawa kerugian Sime Darby mencecah lebih RM2.5 bilion.

Walaupun masih mencatatkan keuntungan, tetapi bahagian Tenaga dan Utiliti (E&U) melaporkan kerugian besar RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010, selepas membuat peruntukan penuh sebanyak RM2.085 bilion.
Ini termasuk satu peruntukan tambahan sebanyak RM777.3 juta bagi suku keempat tahun ini, berdasarkan kepada anggaran bagi tiga projek minyak dan gas - Qatar Petroleum (QP), Maersk Oil Qatar (MOQ) dan Marine serta susun nilai aset-aset lain.
Menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan yang baru, Datuk Mohd Bakke Salleh, tiada peruntukan baru dibuat bagi projek Empangan Hidroelektrik Bakun dalam suku tahun keempat.
Mengenai Bakun, beliau berkata, berdasarkan kepada anggaran terbaru projek berkenaan, pihaknya tidak menjangka peruntukan tambahan diperlukan kemudiannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan membuat peruntukan tambahan bagi projek-projek lain.

Bakke berkata pihaknya telah mengenepikan jumlah peruntukan tertentu dan akan memantau kemajuannya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang ada, pihaknya yakin yang mereka tidak perlu menyediakan lebih daripada apa yang telah diperuntukkan. Baca berita penuh

Sementara itu, Bernama melaporkan keuntungan sebelum cukai Sime Darby bagi suku keempat menjunam sebanyak 98 peratus kepada RM25.04 juta berbanding RM1.107 bilion pada suku yang sama 2009.

Menurut satu kenyataan syarikat berkenaan, kumpulan itu mencatatkan kerugian selepas cukai RM53.3 juta dalam suku keempat berbanding keuntungan RM1.009 bilion sebelumnya.

Pendapatan tahun penuh meningkat kepada RM32.95 bilion daripada RM31.013 bilion manakala pendapatan bagi suku keempat naik kepada RM9.21 bilion daripada RM7.53 bilion.

Bahagian tenaga dan utiliti di mana minyak dan gas dan kejuruteraan merupakan perniagaan utama, mencatatkan kerugian operasi RM1.752 bilion bagi tahun kewangan 2010 selepas membuat peruntukan tambahan RM777.3 juta bagi suku keempat.

Termasuk peruntukan RM1,308.4 juta sehingga suku ketiga, jumlah peruntukan bagi kerugian dan susut nilai dapat dijangka bagi tahun penuh berjumlah RM2,085.7 juta.

Peruntukan tambahan berjumlah RM777.3 juta berkait dengan tiga projek minyak dan gas iaitu Qatar Petroleum, Maersk Oil Qatar dan Marine dan termasuk peruntukan dan susut nilai aset-aset lain.

Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad

Posted: 26 Aug 2010 07:58 PM PDT

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bagai meludah ke langit, apabila mendakwa PAS takutkan DAP berhubung penutupan kilang arak di Selangor, lapor HarakahDaily.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Noh yang juga menteri pertanian tidak sedar bahawa perkara dibangkitkan tersebut seperti meludah ke muka sendiri.

"Saya nak tanyalah, kalau kilang Carlsberg itu tak tutup sebab PAS takutkan DAP, maka Umno waktu buka kilang tu diorang melutut pada siapa?" soalnya.

Beliau menyoal demikian ketika diminta mengulas kenyataan Noh dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Noh dalam wawancara itu secara khusus mengaitkan nama Khalid dalam isu penutupan kilang arak berkenaan.
'Berenang dalam arak'
Khalid katanya ada berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian.

Khalid bagaimanapun menjelaskan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor masih baru dan dalam fasa memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu dan tidak boleh bertindak melulu.
Jelasnya, lawatannya ke kilang Carlsberg baru-baru ini kerana mahu bertanya sama ada pengusaha kilang berkenaan mempunyai perancangan untuk berpindah tapak atau tidak.

"Berbanding Umno, mereka bangga letak kilang Carlsberg di pintu masuk Shah Alam.

"Seperti didedahkan bekas ahli Umno, Saifudin Nasution di parlimen, pemuda Umno ni 'berenang' dalam arak, sebab itu diorang tak peduli," katanya lagi.

Mengulas isu 'berbeza kitab' antara Selangor dan Kelantan yang turut dibangkitkan oleh Noh ketika diwawancara Malaysiakini, Khalid berkata bukan kitab yang berbeza tetapi suasana.

"Saya rasa Noh Omar tak mengaji siasah Syar'iyyah, ini bukan masalah kitab berbeza, tetapi suasana dan realiti itu berbeza," katanya.

PAS Selangor, katanya sedang berusaha memberi kefahaman berhubung syariat Islam termasuk kepada bukan Islam negeri itu.

"Bukan orang bukan Islam je menolak syariat lslam sebab tidak faham, tetapi orang Islam sendiri yang menyokong Umno pun menolak.

"DAP tak halang kita memberi kefahaman Islam tetapi yang banyak halang kita dulu dan sekarang adalah Umno," katanya lagi.

Mengulas kesan kempen 'Selamatkan Selangor' yang dibuat Umno negeri itu, Khalid berkata beliau yakin rakyat Selangor adalah bijak, bermaklumat dan mampu menilai.

"Kita tak nampak akan menjejaskan kedudukan kita dan kita tidak akan halang kerja mereka," katanya.

Video DPP 'cekik diri sendiri' dimuat-naik

Posted: 26 Aug 2010 07:55 PM PDT


Pejabat peguam negara akhirnya memuat-naik klip video terbaru inkues pada 18 Ogos lalu yang diadakan bagi menentukan punca kematian pegawai politik DAP, Teoh Beng Hock.

Klip video itu dimuat-naikkan pada jam 3.41 petang itu, iaitu selepas lebih seminggu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tampil menyambung keterangan.

Memakan masa lebih tiga jam, fail video ini berukuran 805 MB dan boleh dimuat-turun dari laman sesawang pejabat peguam negara.

Pada inkues itu Pornthip terus mempertahankan pendapatnya bahawa Teoh kemungkinan besar tidak membunuh diri tetapi sebaliknya diasak oleh ketua pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa yang sejak awal mempersoalkan kelayakan Pornthip sebagai saksi.

Sebaliknya Abdul Razak mendakwa keterangan Pornthip adalah berdasarkan imaginasinya.

Selain mempertikaikan kelayakan Pornthip, Abdul Razak juga menyoal sama ada ahli patologi Thailand itu pernah melompat dari bangunan dan kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya.
Beliau juga membuat demonstrasi menunjukkan bagaimana seseorang boleh mencekik diri sendiri sambil digelakkan oleh mereka yang menghadiri perbicaraan itu.
Semalam, ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mendakwa kegagalan pihak pendakwaan memuat-naikkan video berkenaan membuktikan bahawa suruhanjaya berkenaan tidak berkecuali.
Ketika dihubungi, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pejabatnya menghadapi masalah teknikal dalam memuat-naikkan video berkenaan.

Katanya, mahkamah Shah Alam telah menyerahkan sesalinan video yang tidak boleh dimainkan dan mereka terpaksa mendapatkan salinan yang baru hari ini.

"Tidak adil bagi kamu (media) menyalahkan pejabat saya kerana memihak. Semua ini tidak benar," katanya.
Selepas didedahkan oleh Lim, Abdul Gani (kanan) berkata beliau terus menghubungi pegawai yang bertanggungjawab dan langkah-langkah telah diambil bagi memastikan klip video itu dimuat-naikkan secepat mungkin.

Katanya di sebalik masalah teknikal itu, pejabat peguam negara bertekad untuk mengheret lebih ramai penjenayah ke muka pengadilan seperti dalam kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan beberapa kes lain.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Izinkan saya jalankan tugas saya," katanya.

Berikutan bantahan orang ramai yang mempersoalkan integriti inkues yang dijalankan, Abdul Gani berjanji pada permulaan perbicaraan pada Julai tahun lalu bahawa semua yang berlaku akan dirakamkan untuk tontonan umum.

Ketika berita ini ditulis, beberapa pembaca telah memaklumkan bahawa mereka mengalami kesukaran menonton klip video melalui laman sesawang pejabat peguam negara. Malaysiakini.tv akan memuat-naikkan video berkenaan tidak lama lagi.

Rumah RM21 juta: Hadiah untuk keluarga Taib?

Posted: 26 Aug 2010 07:54 PM PDT


Adakah syarikat pembalakan Samling menghadiahkan rumah agam berusia 100 tahun di Seattle bernilai sekurang-kurangnya US$6.8 juta (RM21 juta) kepada keluarga ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud?

Soalan itu diajukan di sebuah laman sesawang anti-Abdul Taib - Sarawak Report dalam siri terbarunya yang mendedahkan kepincangan di negeri itu.

Rumah agam itu dibeli oleh firma Pelaburan CSY yang berpangkalan di California pada 1991 melalui anak syarikatnya, WA Boylston Inc, dan pemilikan hartanah itu didakwa dipindahkan kepada keluarga Taib beberapa tahun kemudian dengan harga nominal US$1 (RM3.1).

Menurut Sarawak Report, CSY adalah huruf pertama nama presiden Pelaburan CSY, - Chee Siew Yaw - anak lelaki Yaw Teck Seng yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai rakyat Malaysia yang ke-13 terkaya di Malaysia bersama anak sulungnya, Yaw Chee Ming.

Teck Seng, 72, adalah pengasas konglomerate Samling Global, yang menjalankan operasi pembalakan di hutan di Sarawak sebelum berpindah ke luar negara seperti Guyana, Russia dan China.

Awal minggu ini, dana pencen Norway mengumumkan keputusan kerajaan untuk melupuskan 16 juta sahamnya di Samling berikutan operasi 'tidak beretika' yang dijalankan di syarikat itu di Sarawak dan Guyana. Ia termasuk dakwaan menjalankan kegiatan pembalakan haram dan memusnahkan alam sekitar.

Bagaimanapun semalam, Abdul Taib mempertahankan Samling, sambil menyifatkannya sebagai syarikat yang 'bertanggung-jawab'.

"Abdul Taib dalam kapasitinya sebagai ketua menteri, menteri kewangan, menteri perancangan negeri dan sumber - telah menguasai pengeluaran lesen pembalakan Sarawak untuk lebih 30 tahun, - ini menimbulkan persoalan berhubung tindakannya yang memihak syarikat tidak beretika," kata Sarawak Report.

Rumah agam dua tingkat ini, pada pada asalanya dibina pada 1910. Ia terletak di kawasan kejiranan eksklusif di Boylston Avenue East yang mempunyai pandangan bandar Seattle.

Bangunan ini mempunyai enam bilik mandi, lima bilik tidur dan bilik bawah tanh, patio yang luas, garaj, gazebo, kolam renang dan gelanggang tennis.

Menurut Sarawak Report, rumah agam milik keluarga ini mempunyai kawasan yang boleh memuatkan enam padang bola.

Attack!! Attack!! Attaaacckk!!!

Posted: 26 Aug 2010 07:52 PM PDT


Alhamdulillah... Hooraayyy!!! Serangan sulung ke atas Felda telah membuahkan hasil. Ini merupakan kejayaan yang akan menjadi pendorong kepada serangan-serangan yang telah dan akan dilancarkan. Semoga kejayaan ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan-kejayaan seterusnya. Hidup para peneroka!!

Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada para peneroka Felda Kemahang Tiga di Kelantan.

Mengapa Felda kena bayar??

Sebab.... FELDA MENIPU PARA PENEROKA!!!

Tahniah kepada 354 para peneroka Felda Kemahang Tiga kerana mendapat mendapat semula hak mereka yang telah dicuri. Tak sia-sialah penantian selama sepuluh tahun. Penantian yang sungguh berbaloi. Kisah selanjutnya di sini.

Felda seperti yang telah dikhabarkan akan berhadapan dengan banyak lagi saman. Dan... penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, telah memberi persepsi negatif kepada Felda. Apakah para peneroka masih boleh menaruh harapan dan kepercayaan kepada Felda setelah terbukti ia menipu?? Hmmmm.... Syusyah... syusyah...

Alooo.... Yusuf yang tak lagi ber-NUR', what say you?? Tak nak pikul tanggung jawab ke, sebagai Pengerusi Felda yang gasak hampir RM2 juta duit peneroka?? Kalau kamu ada maruah.... pikul tanggung jawab dan letak jawatan!!!

Dan... hari ini si Najib kononnya telah pergi ke Felda Serting dan Felda Raja Alias di Negeri Sembilan. Tujuan dia ke sana ialah untuk berbuka puasa sambil cuba memperdaya para peneroka dengan' sweet talk'nya. Beri jaminan itu... Beri jaminan ini. Weh... jangan ngkorang percaya. Itu orang... tarak boleh percaya punya??

Fuiyo..... dia lancarkan serangan phycology 'serampang dua mata'. Mengapa dia bertandang ke sana, agaknya?? Ada kena mengena dengan saman ke atas Felda, ke??

Isy.... pasti punyer ler!! Dia bukan ke pandai berlakon?? Berlakon sebagai Juara Rakyat. Kononnyer.... nak tunjuk ler yang dia tu prihatin akan nasib para peneroka. Cuba berlagak baik tapi.... bontot berselemoih taik!! Baca sini dan sini.

Para peneroka... ngkorang jangan cepat dan mudah lupa. Serangan sudah dilancarkan. Jangan pulak nanti belum bertarung sudah.... lemah dan mengaku kalah!! Felda mesti di ajar!!

So.... Attack!! Attack!! Attaaaaacckkk!!! Serang jangan curang!! Serang sampai berjaya!!

Peguam gagal hadir punca Felda tewas..ha..ha..alasan bangang

Posted: 26 Aug 2010 07:51 PM PDT

Kegagalan peguam Felda untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisai itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka Felda Kemahang 3 hari ini, kata Pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.

"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh Felda gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Oleh yang demikian, Felda tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil.

Felda sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini, katanya.

Beliau berkata, berikutan keputusan itu, Felda telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.

Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan.

- Bernama

Pakatan Rakyat Tolak Politik Perkauman Sempit Dijuarai Umno-BN

Posted: 26 Aug 2010 07:51 PM PDT


Hudud law takes a back seat in Pakatan

Pakatan calls for a Royal Commission of Inquiry to probe the RM52bil scandal

Pakatan Rakyat sedar wujudnya satu muslihat politik oleh pimpinan Umno-Barisan Nasional untuk mengapikan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat.

Politik usang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pimpinan Umno-BN kerana mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mereka berkata demi mencapai cita-cita politik tersebut pelbagai jentera kerajaan seperti BTN dan media seumpama Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat.

"Berhadapan serangan bertali arus itu, Pakatan Rakyat tetap beriltizam untuk melaksanakan Perubahan demi kemaslahatan rakyat keseluruhannya. Kita beriltizam untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh serta politik perkauman sempit akan sirna dari negara ini.

"Pakatan Rakyat menghormati perjuangan parti masing-masing dalam Permuafakatan Pakatan Rakyat. Permuafakatan ini sememangnya berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang telahpun disepakati," kata kenyataaan itu.

Dasar Pakatan Rakyat menyatakan:

"Pakatan Rakyat bertekad untuk menyemai persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama."

Pimpinan Pakatan Rakyat menegaskan walaupun terdapat perbezaan di antara komponen Pakatan Rakyat, namum pimpinan tuntas menggalakkan perbincangan dan bersikap terbuka.

Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai keraguan untuk tetap bersatu melawan kemungkaran dan penganiayaan Umno-BN terhadap rakyat. Kami beriltizam untuk menentukan hala tuju baru buat rakyat dan negara ini.

"Menjelang 53 tahun kemerdekaan, sudah tiba masanya negara ini meninggalkan politik perkauman sempit yang seumpama barah merosak masyarakat. Pakatan Rakyat merasa bertanggungjawab untuk memaknai kembali Kemerdekaan yang berlandaskan Politik Baru yang lebih matang dan mengutamakan kemaslahatan rakyat serta negara ini.

"Kita percaya antara lainnya serangan ini adalah untuk menutup kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan khazanah negara seumpama skandal rompakan saham untuk rakyat termiskin bernilai RM52 billion. Kita menggesa satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat tersebut," tegas kenyataan itu lagi.

Permuafakatan Pakatan Rakyat menyatakan:

1. Demokrasi Telus dan Tulen

A - Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-UndangPerlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Pakatan Rakyat akan:

Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153

Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan.

iii. Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v. Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi. Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil di antara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Media Tentang Pemimpin PKR Sabah

Posted: 26 Aug 2010 07:50 PM PDT

KENYATAAN MEDIA PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT 26hb Ogos 2010

Pejabat Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah
Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti mengikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan dua belas (12 )penama yang diadu. (Rujuk lampiran)
Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos 2010 yang akan datang.
Pada masa yang bersama dua belas (12 )penama tersebut mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh empat belas (14) hari bermula dari 29 Ogos 2010 nanti.
Lampiran
DUA BELAS PENAMA KES SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN PARTI KEADILAN RAKYAT
1. Daniel John Jambun
2. Awang Ahmad Sah
3. Moses @ Mozes Michael Iking
4. Nicholas James Guntobon
5. Paul Kerangkas
6. Slyvester @ Balon Mujim
7. Innocent Makajil
8. Nasir Samie
9. Harry Kujukok Manisit
10. Rubbin bin Guribah
11. Gosibin Yosundang
12. Guandee Kohoi

Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
Tarikh 26 Ogos 2010

Jangan Aniaya Pekerja Asing

Posted: 26 Aug 2010 07:47 PM PDT

Sistem Biometrik
Ada berita baru dari Kementerian Dalam Negeri dibawah jagaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa pekerja asing  akan dicap jari dan dikesan melalui proses biometrik. Kononnya dengan sistem baru ini, pemantauan yang lebih efektif boleh terhadap pelawat  yang melewati masa tinggal sesuai visa kerja mereka. Menteri Kanan itu juga berkata majikan mesti bertanggungjawab terhadap kakitangan asing yang berkerja dengan mereka, dan mereka boleh diambil tindakan jika pekerja asing dibawah jagaan mereka melanggar undang-undang  immegresen.
Apa yang Menteri tidak jelaskan ialah: sistem biometrik ini kontraknya diberi kepada siapa? Saya difahamkan sebuah syarikat dari German dapat konsesi untuk sistem biometrik ini selama 12 tahun. Wah, kita ada 2 juta pekerja asing dan jika seorang pekerja kena bayar RM 50 maka setahun maka syarikat bertuah ni dapat kutip RM100 juta. Dan kalau konsesi ini selama 12 tahun projek bertuah ini bernilai melebehi 1 billion ringgit.
Saya mungkin tidak ada maklumat tepat tetapi bukannya wajar Menteri Kanan kita jelaskan angka sebenar. Jangan tuduh kita fitnah kerajaan kalau kerajaan tidak telus dalam pengurusan mereka.  Kita tidak mahu wang perkerja  dibelanjakan bagitu sahaja. Mereka mungkin orang asing tetapi kita mesti menjaga kebajaikan mereka.  Jangan sampai kita anyai mereka kerana  kita mahu kaya. Kalau rakyat Indonesia marah kapada kita itu juga berpunca dari cara kita melayani dan mengambil kesempatan terhadap mereka. Jangan sampai satu hari nanti, Myanmar, Bangladesh, Fillipina  akan marah dan bakar bendera kita kerana kita tak tahu jaga rakyat mereka.
Ini soalan-soalan saya dalam isu sistem biometrik tersebut: Mengapa syarikat ini diberi kontrak itu, dan adakah syarikat itu ada hubungan dengan orang UMNO? Kalau tidak, mengapa tidak beri kapada syarikat tempatan? Adakah tender dibuka untuk syarikat lain untuk mengambil bahagian mendapat kontrak bertuah ini?
Saya harap Menteri memberi penjelasan supaya kita yakin bukan sahaja sistem ini benar-benar diperlukan, dan bukan satu skim mencari untung, dan kerana juga beban kepada perkerja asing ini wajar dan berpatutan memandangkan banyak lagi tanggungan dan bayaran yang terpaksa dibayar oleh perkerja asing ini.

FOTO BILA ISLAM ITU MUDAH..........

Posted: 25 Aug 2010 11:06 PM PDT

Adakah akan ada majoriti akan terima usul untuk tukar perlembagaan negara ke perlembagaan baru? 

- Pantang nenek moyang Harussinisana bab perlembagaan nih...  (ngeeee! camne nak usul hukum hudud/tukar perlembagaan kalau MUFTI pantang bab nih!?)

-bagaimana pulak jika orang anggap ISLAM itu mudah dan amik mudah!?

-Ini foto kalau orang amik mudah pasal Islam...


NICE 2 SEE!! NICE 2 HOLD!! ONCE BROKEN CONSIDER Buang ANAK!

Telahan 'pandir' Mahathir bukti Umno dalam ketakutan kehilangan kuasa

Posted: 25 Aug 2010 11:05 PM PDT

WarkahDaily - Mahathir hanya bermain dengan teori pandirnya apabila lebih suka melihat Melayu berasa takut kononnya bila Umno kalah dalam pilihanraya akan datang.

Mahathir mendakwa, jika Umno kalah, Melayu akan hilang kuasa dan tempat pergantungan.

Usah berfikiran sempitlah. Zaman sekarang ni, ugut-mengugut bukan lagi menjadi taruhan rakyat. Kalau zaman batu bolehlah. Itulah sebabnya Umno lebih suka rakyat negara ini berfikiran ketika zaman batu.

Apa nak takut sangat jika Umno kalah. Yang kalah adalah Umno, tetapi Melayu tetap kuat dan boleh jadi lebih kuat daripada sekarang kerana orang Melayu lebih terbela berada di bawah PAS. PAS lebih teruji dan terbukti lebih membela kaum itu berbanding Umno yang hanya mengambil kesempatan atas nama Melayu demi survival politiknya.

Kayanya Melayu ialah kroni keliling pinggang pemimpin Umno, segala 'tongkat' yang menjadi hak bumiputera hanya dapat dirasai oleh golongan tertentu sahaja yang ada kaitan dengan pemimpin Umno.

Yang kaya lagi kaya, yang miskin lagi miskin. Mereka ingin mengajar rakyat hidup hanya bergantung dengannya supaya senang diumpan ketika pilihanraya.

Tetapi mereka masih lagi menaruh perasaan takut itu kepada orang Melayu konon Melayu akan hilang jika Umno kalah. Itulah hanyalah ayat bagi orang yang dalam ketakutan berada di ambang kekalahan di samping tiada hujah lagi untuk berhadapan parti lawan mereka dari Pakatan Rakyat.



Politik Melayu: Mahathir sengaja buat tidak faham

PAS berpandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja membuat tidak faham dengan senario politik di negara ini.

"Berkali-kali PAS tegaskan kepada rakyat, kalau Umno kalah yang menangnya ialah PAS," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Peneroka Felda Pengkhianat Melayu!!!

Posted: 25 Aug 2010 11:03 PM PDT


Cheisss!!
Pantang Melayu dikhianati bangsanya sendiri!!!

Panglima Melayu bernama Ahmad Maslan dah bagitau..
Felda ni baik..
Ketua Kegelapan UMNO Malaysia Ahmad Maslan dah cakap...
PKR tu kerjanya menipu!
Felda saman!! Saman PKR RM200 juta!!!

YB Khusairi ADUN Slim Perak kata dalam blognya..
NGO haram ANAK ni menipu..
FELDA ni banyak jasanya pada melayu!!!
Kenanglah jasa kerajaan katanya...

Tergamak 354 peneroka Felda Kemahang 3 ni menyanggah kata-kata Panglima UMNO!
Ini khianat bangsa namanya!
Ini khianat negara namanya!
Ini khianat agama namanya!

Memang kurang ajar dan puk*mak peneroka felda nih!
Satu level dengan DAP!
Siap la korang!

Sat lagi sampai la Armand PERKASA dan lembu-lembunya..
duk berdemo depan simpang Felde Kemahang 3 nih!
Abis la korang!
Ibrahim Ali tak yah susah-susah sebab dia memang orang Kelantan..
Dia kejap je dah sampai simpang tuh!

Woit!
Sampai bila nak menipu melayu!
Sampai bila nak kencing atas kepala melayu!
Sampai bila nak sepak-sepak maruah melayu?

Yang pelik..
Sampai bila orang-orang Felda di negeri lain nak maintain sengal?
Sampai bila orang-orang Felda di negeri lain nak maintain kena sepak kepala dengan UMNO?
Sampai bila nak duduk bawah tempurung?
aduyaiii!!

sunsnake 26082010

Muktamad: Felda diarah bayar peneroka RM11 juta

Trend Malaysia - Dah Pencen Baru Ada 'teloq'

Posted: 25 Aug 2010 11:02 PM PDT


Hmmm.. itulah lumrah kan?
Dulu masa ada kuasa.. masa ada pangkat..
Masa bawah kita ada beribu pegawai yang boleh kita arah..
yang boleh kita tunjal dahi.. kita jadi penakut!

La ni.. bila dah pencen..
Dah takde kuasa.. dah takde pangkat..
Dah takde hatta seorang pegawai pun untuk kita tunjal dahi..
Jadi berani pulak!
Pelik!

Sebab tu selalu kita dengar bekas polis.. bekas askar.. bekas UMNO..
bekas menteri... bekas kadhi.. bekas mufti.. bekas penyamun pun!
bila dah bekas baru la mahu joint ataupun secara terbuka menyokong kita!
Selagi belum jadi bekas.. sorry!
Hentam kita lagi adalah!!

Hmmm.. agaknya mau tak Musa Hassan joint PR bila pencen nanti?
wakakakaka!
sunsnake 25082010
'Kabel' dengan k'tangan awam yang rasuah

Ogos 25, 10
4:47pm

EKSKLUSIF
Memang sukar untuk mengikis persepsi yang mengaitkan budaya rasuah dengan kakitangan awam di Malaysia. Malah, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengakui 41 peratus daripada mereka yang didakwa atas tuduhan rasuah adalah kakitangan awam. Sama ada ia membabitkan penipuan sijil sakit atau meminta wang tambahan untuk 'menutup sebelah mata' bagi kesalahan lalulintas, begitulah ceritanya yang sering kita dengar. Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Datuk Shafee Yahaya (kanan) - yang 33 tahun bersama perkhidmatan awam - berkata ia lebih daripada dakwaan tersebut. "Anda harus melihat semua senario. Ini bergantung pada kementerian atau jabatan tertentu. Sudah tentulah ia diterajui ketua pengarah. Tetapi pada akhirnya, ia tidak akan berlaku jika tidak ada kaitan atau phak yang berkepentingan.