Selasa, 24 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CHEGU BARD BAKAL KETUA AMK YANG BARU ?

Posted: 24 Aug 2010 01:12 PM PDT

Oleh: Mandor


PEMILIHAN jawatan tertinggi di dalam PKR akan berlangsung tidak lama lagi. Persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden sudah pasti sengit. Calon popular yang dikatakan akan bertanding adalah seperti YB Azmin Ali, Dato Zaid Ibrahim dan juga Mustafa Kamil Ayub. Pertandingan mungkin diadakan sekiranya Timbalan Presiden sekarang Dr Syed Hussin tidak bertanding.

Pemilihan jawatan Ketua AMK juga menjadi topik hangat waktu ini. Mungkinkah penyandang sekarang Shamsul Iskandar melepaskan jawatannya? Jika ini terjadi, mungkin pertandingan bakal menyaksikan tidak banyak calon, dijangka satu sama satu. Atau, ada calon yang menang tanpa bertanding.

Calon Ketua AMK yang popular diwaktu ini adalah Chegu Bard, seorang tokoh muda yang berani dan telah lali dengan berbagai ujian. Anak muda berasal dari Rembau ini amat popular bahkan ada yang menyebut beliau lebih menonjol dari Sdr Shamsul Iskandar. Sekiranya Chegu Bard dipilih sebagai Ketua AMK, pastinya PKR akan disuntik dengan tenaga baru yang lebih berani.

Jika ada calon lain yang berminat untuk bertanding sebagai Ketua AMK, mereka mestilah dilihat berwibawa dan berani ke hadapan. Samada calon tersebut pernah lahir di zaman reformasi atau tidak, itu tidak penting. Yang penting, beliau mestilah berwibawa, berani dan ikhlas dalam perjuangan. Semua ahli di dalam PKR akan menilai siapakah yang layak untuk menerajui Ketua AMK yang akan berada di saf hadapan apabila bertemu dengan musuh.

Paling menggembirakan, sehingga kini tiada budaya melobi dan mengampu di kalangan calon yang disebutkan di atas. Rasuah atau politik wang seperti amalan Umno jauh sekali. Sesiapa pun yang dipilih, bahu mereka akan dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab yang amat berat. /mandor.blogspot.com

SAIFUL BERSUMPAH, NAJIB PUN BERSUMPAH, JIKA EZAM MAHU BERSUMPAH ITU DIA PUNYA PASAL - WAN AZIZAH

Posted: 24 Aug 2010 05:00 AM PDT

Berikut ialah transkirp penuh komen Wan Azizah:

Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?

Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.

Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.

Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah." Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."

Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?

Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.

Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?

Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa./AgendaDaily

KETUA AMK - CHEGU BARD VS RAFIZI ?

Posted: 24 Aug 2010 02:00 AM PDT

Kehangatan pemilihan baru barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian terasa. Proses pencalonan peringkat cabang (bahagian) dijangka bermula seawal hujung bulan ini, sementara itu pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti pula dijadualkan pada 17 September hingga 3 Oktober depan. Selain jawatan Timbalan Presiden yang dijangka sengit antara penyandang Azmin Ali dengan Zaid Ibrahim, banyak lagi jawatan lain juga yang dijangka panas. Antara yang paling mendapat perhatian ialah sayap kanan parti itu iaitu untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK). Terdapat ursa-ura Ketua AMK sekarang iaitu Saudara Shamsul Iskandar Md Akin tidak akan mengekalkan jawatannya. Beliau dikatakan akan diberi porfolio baru sebagai Ketua Penerangan PKR Pusat. Makanya, kerusi yang dikosongkan itu sudah pastinya bakal menjadi rebutan. Soalnya, siapakah yang bakal bertanding untuk jawatan itu agaknya?. Jika benar Shamsul akan memberi laluan kepada muka baru, sudah pasti pertembungan yang bakal berlaku pasti sengit. Soalnya siapakah calon yang akan bertanding?

Chegubard Antara Calon Pilihan Ketua AMK PKR

Terdapat angin mengatakan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Badrul Hisham Shaharin (foto) tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan tersebut. Beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Rembau yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Ramai yang menganggap bahawa Chegubard adalah calon yang paling sesuai untuk mengambil alih kepimpinan anak muda PKR selepas Shamsul. Beliau nampak lebih berani, berkarisma dan lahir pada zaman reformasi. Malah Chegubard dikatakan mendapat sokongan padu daripada kebanyakkan pimpinan AMK Negeri terutamanya Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Kekuatan Chegubard memang sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Darah perjuangan kentalnya memang amat menggerunkan mana-mana pemimpin UMNO BN sejak sekian lama. Malah, beliau antara pemimpin PKR yang banyak ditangkap akibat terlalu berani berhadapan secara "anak jantan" dengan pihak polis. Malah, kekalahan tipisnya kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ketika PRU-12 bagi kerusi Parlimen Rembau buktikan pengaruhnya amat berbisa.


Chegubard antara pemimpin muda yang berani dan kental tatkala membela
nasib rakyat biarpun terpaksa berhadapan dengan tindakan kasar polis

Soalnya sekarang, jika Chegubard bertanding maka siapakah yang akan menentangnya?. Sedangkan kita difahamkan Shamsul Iskandar akan mengosongkan kerusi tersebut. Ini bermakna beliau bakal berhadapan dengan muka baru. Siapakah yang layak untuk berhadapan secara "gentleman" dengan Chegubard agaknya?. Inilah yang dinantikan.

Chegubard Mungkin Di Cabar Oleh Rafizi Ramli

Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, kemungkinan besar Chegubard akan dicabar oleh Exco AMK, Saudara Rafizi Ramli (foto) . Beliau yang merupakan "team profesional" dalam PKR dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dikatakan mendapat lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding ke jawatan panas itu. Soalnya sekarang, jika benar Saudara Rafizi mendapat "mandat" untuk bertanding jawatan Ketua AMK maka apakah ia boleh diterima oleh anak-anak muda yang lahir pada zaman reformasi dulu?. Rafizi adalah muka baru yang wujud selepas gelombang tersebut. Malah, ketika zaman Anwar mula-mula dipecat serta ditangkap (1998) dulu Rafizi masih lagi menuntut di Leeds University UK dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Beliau merupakan Pengurus Termuda yang dilantik sebagai Pengurus Propane Dehydrogenation Plan di MTBE Malaysia Sdn Bhd (Petronas) mulai 2003 hingga 2005. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengurus Kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd pada tahun 2007 hingga 2009. Beliau mula terlibat dengan PKR secara sepenuh masa selepas berhenti daripada Pharmaniaga Berhad pada Disember 2009 dan jawatan terakhirnya ialah Pengurus Besar. Mulai penghujung tahun 2009 itulah beliau telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

[Apapun, segalanya masih belum dapat disahkan sepenuhnya lagi. Apapun jika benar pertembungan akan berlaku antara Rafizi dan Chegubard, maka sudah pastilah ia agak sengit. Tambahan pula, Rafizi masih terlalu baru dalam arus perjuangan reformasi berbanding Chegubard. Cuma, apa yang tidak sedap didengar sekarang ini bila mana terdapat ura-ura yang ada campurtangan pimpinan tertinggi PKR yang mahu Chegubard "berkompromi" dengan Rafizi. Jika ini berlaku, bermakna beliau hanya akan bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua AMK Pusat sahaja. Soalnya, apakah ahli-ahli AMK di seluruh negara dapat menerima kenyataan itu agaknya?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokrasi, maka biarlah dua anak muda ini bertanding secara "anak jantan". Jika kekuatan ada pada Rafizi maka pasti dia akan menang, begitulah sebaliknya. Kita tidak mahu ada "tangan-tangan ghaib" pula yang tergamak membuat percaturan tertentu untuk memastikan Rafizi yang lebih dianggap "profeisonal" menjadi Ketua AMK. Jika percaturan ini dibuat, maka apalah guna diadakan pemilihan?. Lebih baik pucuk pimpinan tertinggi memutuskan sahaja siapakah yang paling layak untuk mereka angkat. Namun, semua ini hanyalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan lagi. Kepada Chegubard dan Rafizi atau siapa sahaja yang bertanding teruskan perjuangan dan kempenlah secara berhemah].

Sumber: Pahang Daily

kalam Perantau

kalam Perantau


Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno…

Posted: 24 Aug 2010 06:47 PM PDT

Oleh : Ahmad Lutfi Othman   

SELALUNYA hari Rabu agak lapang buat saya dan rakan-rakan editorial Harakah. Tiada deadline pada hari itu. Kesempatan untuk melepaskan lelah seketika. Juga memanfatkan waktu luang untuk mencari informasi secara lebih santai. Walaupun masih bercuti sehingga akhir Ramadan nanti, saya cuba hadir ke pejabat, agar tidak terputus denganperkembangan semasa, juga mengatur perencanaan lobi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bagi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Kaki saya masih lemah. Terpaksa mengajak sahabat baik menemani. Agak lama tidak menjengah kedai buku. Di waktu ilmu dan maklumat “bertebaran” di alam maya, atau semudah di hujung jari, saya masih selesa dengan buku.
Dan buku bagi saya tidak dapat menggantikan internet. Ia lebih asyik dan mengesankan.

KURANG MESRA
Membaca di hadapan komputer mungkin baik untuk menangkap info terkini, lintasan berita tetapi saya masih kurang mesra untuk mengunyah dan menghadam ilmu melalui cara itu. Banyak bahan internet agak tohor nilai ilmunya; penggarapannya seperti tergesa-gesa.

Antara lokasi popular saya adalah Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya. Tengah hari Rabu lalu saya berhasrat untuk singgah di situ. Kampus tertua di Lembah Pantai itu rupanya sesak. Patutlah, ada pesta konvokesyen (bukan pesta ilmu!).

Parkir berdekatan kedai buku penuh dengan gerai-gerai jualan. Saya tidak boleh berjalan jauh, walaupun dibantu tongkat hadiah teman lama sekampus dulu, sama-sama aktif gerakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak. Hasrat untuk “menggelidah”kedai buku UM terbantut. Tak terlarat nak mengheret kaki di celah-celah keriuhan.

Semasa melewati Dewan Tunku Canselor (DTC) yang sesak dengan siswazah dan keluarga yang mahu bergambar kenangan, teringat peristiwa lebih 20 tahun lalu.

Malam itu, DTC menjadi saksi himpunan tunjuk perasaan mahasiswa membantah konsert Sheila Majid, juga sewaktu pesta konvo. September 1989, saya hadir selepas solat Isya sebagai wartawan yang baru berkhidmat dengan Harakah. Saya memang diamanahkan untuk mengendalikan kolum siswa.

Mungkin kepada editor Harakah, Zin Mahmud, pengalaman saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PMUTM) 1985-86 boleh membantu.

BUKAN TENTANG KONSERT
Zahirnya isu penentangan pelajar adalah konsert. Namun asas bantahan bukan sangat kepada persembahan Sheila Majid tetapi lebih kepada sikap hipokrasi universiti dalam menangani penganjuran aktiviti kampus.

Kegiatan yang menyuburkan daya intelektualisme dan budaya ilmu, seperti seminar, konvensyen dan forum-forum isu semasa dilarang atau sekurang-kurangnya menghadapi laluan sukar untuk diluluskan urusetia Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Penceramah atau penalis parti pembangkang seperti diharamkan terus. Sebaliknya, aktiviti hiburan seperti konsert begitu mudah dilepaskan. Tidak banyak soal jawab.

Saya kira aktivis pelajar Islam juga mendambakan aktiviti santai yang menghiburkan jika dilaksanakan dalam batas akhlak luhur.

Dalam kes protes konsert itu, mesej yang mahu diluahkan kepada dunia luar adalah mengapa pentadbiran HEP tiba-tiba menjadi begitu tertutup apabila diajukan permohonan program yang dikira dapat menyegarkan idealisme universiti itu sendiri.

Sebaliknya, minda masyarakat diasak dengan tohmahan oleh tukang canang pihak penguasa  bahawa Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) hanya sibuk-ghairah bantah konsert hiburan – lalu dilabelkan mereka jumud, fanatik, berfikiran tertutup dan antihiburan.

DEMONSTRASI YANG MENGEJUTKAN
Protes yang didahului solat hajat di perkarangan DTC itu memang mengejutkan. Dikepung puluhan anggota Unit Tindakan Ringan polis sambil diperhatikan pasukan keselamatan universiti, demonstran — majoritinya mahasiswi — tidak berganjak walaupun diberi amaran awal bahawa mereka akan digempur jika tidak bersurai.

Saya sendiri agak kaget dengan keberanian mereka. Pelajar hanya bersedia berkompromi jika konsert yang sedang berlangsung dalam DTC ditamatkan. Satu syarat yang cukup mencabar keegoan pentadbiran universiti.
Polis selamanya memang sukar memahami bahasa diplomasi. Mereka diajar untuk menurut perintah dan kehendak elit penguasa, tidak kira apa implikasinya.

Akhirnya rempuhan secara kasar (dan itulah pendekatan tradisi polis, lihat saja tangkapan ke atas himpunan vigil anti-ISA di seluruh negara, halangan ceramah Pakatan Rakyat di Johor dan program berkaitan Felcra di Perak, baru-baru ini) dibuat.

Ramai yang ditangkap, termasuk pengunjung awam pesta konvo. Memang ia satu berita besar buat saya sebagai pemberita yang mengendalikan kolum siswa. Apa pun saya tidak dapat pulang awal ke pejabat di Jalan Pahang kerana “terpaksa” menjadi penjamin salah seorang pelajar yang ditahan di balai polis Jalan Pantai Baru.

Saya bukan saja tidak kenal pelajar berkenaan malah tidak perasaan pun namanya. Yang penting, pelajar itu tidak wajar dibiarkan bermalam dalam lokap.

PENCEROBOHAN POLIS
Harakah memberi liputan besar penangkapan dan pencerobohan polis itu. Banyak foto-foto menarik kami petik dari akhbar Cina. Satu muka penuh disiarkan.

Jurugambar amatur bersama saya tidak dapat merakam sudut-sudut menarik, apatah lagi kameranya pun begitu “ketinggalan zaman”.

Jelas, universiti sudah lama hilang autonominya. Lebih teruk perbezaan pandangan jarang disanggah dengan pendapat lebih bernas. Hujah pelajar yang konkrit dihadapi dengan tekanan, ugutan dan intimidasi.

Malam itu, tragedi lebih dahsyat lagi apabila polis diperkakaskan, walaupun pendekatan berhikmah lain masih boleh digunakan.

Kisah tidak berakhir pada malam bersejarah itu sahaja. Saya langsung tidak menduga nama saya tersenarai dalam operasi borong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama empat lagi pemimpin kanan PMIUM (hanya dua daripadanya dapat ditahan).

Sewaktu mahu memperbaharui jaminan terhadap seorang pelajar yang ditahan seminggu sebelum itu, di Balai Polis Brickfield, saya diminta masuk ke sebuah bilik, lantas seorang pegawai polis membacakan perisytiharan kuasa mutlak akta rimba itu.

Ya, siapa yang tidak terkejut …  tapi saya lebih tidak menduga polis mencari jalan mudah memberkas saya ketika berkunjung ke kubu sendiri. Senangnya kerja!

II.
Yang dapat Rabu itu hanya penat, apatah lagi sudah lama tidak meredah kesesakan lalulintas, walaupun hanya duduk di sebelah pemandu.

Memang Kuala Lumpur menagih perencanaan sebelum kita bergerak menuju ke sesuatu destinasi. Jika tidak, seperti yang saya perolehi hari itu, sekadar lenguh anggota badan sahaja.

Malam itu saya mahu tidur awal tetapi diganggu SMS seorang kawan jam 11.15: “Saifuddin Abdullah dan Ibrahim Abu Shah, program Soal Jawab TV3″.

SAIFUDDIN YANG MENGUJAKAN
Walaupun agak lewat kerana program bermula jam 11 malam, tapi saya bingkas bangun, kerana teruja dengan nama Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, seorang tokoh yang sinonim dengan tuntutan agar belenggu kampus ditamatkan.

Saya sudah merasakan bahawa mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, Ibrahim,  akan bertindak tidak lebih daripada “kehebatan” seorang ketua Umno cawangan diceruk kampung, manakala Saifuddin, walaupun seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, tapi dijangka mempertahankan hak dan kepentingan mahasiswa, selain terpaksa menjadi pemimpin “pembangkang” kepada menterinya sendiri, Mohamed Khaled Noordin!

Andaian saya agak menepati sasaran. Saifuddin  nampak cukup tenang, mengatur bicara secara tersusun, mengemukakan hujah bagai cendekiawan, manakala Ibrahim sekadar memomokkan pandangan dangkal dan mencerminkan kebebalan yang tinggi menggunung.

Saya hairan bagaimana beliau dianugerahkan darjat profesor (pastinya pangkat naib canselor tidak lebih daripada jawatan politik),  yang sepatutnya dimiliki para sarjana ulung yang disaring daripada kelompok the best minds.

Anda pastinya terkejut jika sempat mengikuti pengalaman buruk pelajar-pelajar UiTM yang dilihat mempunyai idea berbeda dengan elit pemerintah.

UiTM TERKENAL KERANA MENDERA PELAJARNYA
Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan bila pertama kali didedahkan dengan taktik licik-kotor pentadbir UiTM bagi mengekang gerakan pelajar di zaman Ibrahim.

Pengganti beliau cukup padan apabila mewarisi “bebalisme” dan terus menghina keupayaan mahasiswa untuk terlibat dalam perkembangan semasa di luar kampus. Rujuk wawancara Mingguan Malaysia dengan Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Malam itu Saifuddin memang bintang dan wira bagi gerakan pelajar. Beliau mencadangkan, selain guru, pensyarah patut diberi peluang bergiat aktif dalam parti, manakala mahasiswa dipertimbangkan untuk terbabit menjadi ahli parti politik.

“Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita memberipeluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian,” katanya.

Kerajaan, tambah beliau, wajar menerima mahasiswa sebagai rakan kepemimpinan, selain menghargai peranan pelajar sebagai sebahagian masyarakat sivil yang mempunyai tugas penting dalam sistem demokrasi.

Apabila Ibrahim cuba mencari daleh di sebalik artikel seorang pemimpin pelajar, yang mahukan “mahasiswa tidak diganggu pemimpin politik”, Saifuddin tangkas memintas.

Bagi timbalan menteri yang mula memperkenalkan kembali Sudut Pidato (yang juga diakuinya penuh kekangan mengarut) itu, pandangan aktivis pelajar yang menjadi sandaran Ibrahim merupakan aliran lama yang ketinggalan zaman.

Agak kerap Saifuddin menyindir Ibrahim, yang kata beliau, sepatutnya lebih bersikap terbuka, berjiwa besar dan berlapang dada. Apa pun saya tak pasti sama ada Ibrahim terasa dengan kilasan itu, atau sudah “tebal telinga”.

SYUKUR KONTRAK IBRAHIM TIDAK DISAMBUNG
Malah, Saifuddin seperti melahirkan “kesyukuran” di awal program apabila merujuk Ibrahim yang tidak disambung kontrak sebagai Naib Canselor UiTM selepas memegang posisi strategik itu selama sembilan tahun! (Apa pun saya kira masih ramai pentadbir utama di universiti-universiti awam yang mempunyai mentaliti hampir sama dengan Ibrahim).
Ibrahim mendakwa kebanyakan mahasiswa yang aktif di kampus dari kumpulan anti-establishment, yang bersikap rebellious. Justeru, kecenderungan itu mesti disekat.

Sedangkan bagi Saifuddin, soal itu bukan isu besar. Yang penting  kita mesti menghargai hak mahasiswa dan apa jua pilihan mereka. Tambahnya, tidak ada statistik yang menunjukkan bahawa mahasiswa yang terlibat dengan politik di universiti terkemuka, seperti di Yale, Harvard, Oxford dan Cambridge, menyebabkan rankingnya jatuh.

“Saya yakin, walaupun mahasiswa dibenarkan berpolitik, mereka nantinya lebih suka bersikap non-partisan. Mereka akan lebih tertarik dengan politik ilmu, dan bukannya politik ampu,” tegas Saifuddin.

Beliau turut tidak bersetuju dengan pendekatan legalistik yang sering diamalkan pentadbir universiti ketika mengendalikan konflik kampus. Baginya, jika pelajar dibenarkan menjadi ahli pertubuhan politik, tiada syarat perlu dikenakan kerana  peraturan sedia ada sudah mencukupi.

Malah Saifuddin sebelum itu secara terbuka mahu peruntukan mengongkong dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

III.
Kempunan kerana tidak sempat memborong buku Rabu itu, saya membelek-belek koleksi lama. Saya kira ramai seperti saya juga; banyak buku yang dibeli tidak sempat dijamah dan terperuk dalam timbunan.

TIADA LAGI DEBAT ILMIAH DI KAMPUS
Menunggu masa lapang untuk menghadamnya hanya impian semata. Tersua buku “Mengangkasa Pengajian Tinggi” oleh teman lama, Zaini Ujang, kini Naib Canselor UTM.

Kebetulan, ketika mengulas syarahan perdana Zaini sebagai VC bertajuk “Universiti, Kreativiti, Inovasi” pada 11 Ogos 2009, saya dalam kolum ini juga, turut mengaitkan Saifuddin selaku perasmi majlis.

Dalam buku itu, Zaini mengungkapkan fenomena yang menyedihkan di universiti hari ini: “Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.

“Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus, malah semakin pupus melawan arus masa.

“Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains atau teknologi.

“Kalaupun ada jarang-jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan dengan segala perkiraannya supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. …

“Keadaan ini mewujudkan persekitaran akademik yang agak pudar dan mengurangkan aktiviti serta kemeriarahan dalam konteks percambahan daya fikir dalam komuniti akademik.”

Akhirnya, pesanan untuk semua, termasuk dan terutamanya, untuk saya sendiri, marilah bersama-sama kita menghidupkan Ramadhan - lutfi_detik@yahoo.com


LGE ganti Agong: Tindakan UMNO karut

Posted: 24 Aug 2010 02:00 AM PDT

By Harakahdaily   

GEORGE TOWN, 22 Ogos: Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu "Guan Eng gantikan Agong" dalam doa khutbah Jumaat.

Tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kami menafikan dengan keras dakwaan Umno kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri”, kata mereka dalam satu kenyataan bersama.  

Permainan politik oleh Umno itu juga karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat sahaja berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.

Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato Mansor Othman, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Hussain.

Turut serta pada mesyuarat yang dipengerusikan Lim Guan Eng itu, Ahli Exco Negeri Pulau Pinang yang memegang portfolio agama Islam, Abdul Malik Kassim.

Mereka turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib atau imam masjid yang dapat dibuktikan telah mengubah doa tersebut.

“Kita mendesak BN dan Umno hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam dan khatib.

Mereka juga melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Selain itu mereka juga melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Mereka turut menyatakan komitmen menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Tindakan umno itu juga jelas mereka bagi mengalihkan pandangan rakyat dari kebaikan yang dibuat kerajaan negeri.

Antaranya meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas.

Selain itu menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isu Khutbah : Khatib akan ambil tindakan undang-undang

Posted: 24 Aug 2010 05:42 PM PDT

GEORGE TOWN: The khatib in the centre of controversy for mentioning Chief Minister Lim Guan Eng's name during Friday sermons at mosques here yesterday hit out at his critics.
Zakaria Ahmad expressed regret over how politicians had blown up the issue for their own gains.
He said he planned to sue those who had created all the brouhaha.

"I will sue those who have tarnished my image and reputation.

"I have spoken to my lawyers to initiate legal action against the politicians and media," he said after a meeting with officials from the state Islamic religious council (MAIPP) and state Islamic Religious Affairs Department (JAIPP) here.

Zakaria said religious officials had also mentioned other people's names during prayers in the past but nobody had made any issue out of it.

"I am not the one who started all this.

"I think the critics have been attacking me because I am the only one who has been up front about it" he added.

Zakaria also maintained that what he did was not wrong in Islam but acknowledged that he could have used the wrong delivery method.

"As such, the issue for me to apologise does not arise.

"Whatever it is, I will not repeat it to prevent any more controversy in the future," he said, adding a team from the Butterworth police had gone to his house in Taiping to record his statement yesterday.

Yesterday, Zakaria also gave his statement to JAIPP and MAIPP officials.

MAIPP president Elias Zakaria said since it was Zakaria who had started the controversy, religious authorities had advised him to explain to the people to ensure they understood what really happened.

"Zakaria has agreed that he will not repeat what he did.

"We will also raise whatever was discussed today at the next MAIPP meeting," he said, adding that MAIPP would not take action against Zakaria.

Meanwhile, state police chief Datuk Ayub Yaakob said police had wrapped up their investigations and would submit the investigation papers to the Deputy Public Prosecutors' office later today ... NST

Bicara Harmoni buat Mufti Perak - Dr Maza

Posted: 24 Aug 2010 10:18 AM PDT

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan

Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya 'malu') dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.
SMS beliau kepada saya: "apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?". Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan 'sejahtera' itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut; ... seterusnya DI SINI

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Adakah Anda Masih Ingat Peristiwa Ini?

Posted: 24 Aug 2010 11:02 PM PDT

Pada Tahun 1987,saya masih ingat peristiwa tersebut yang menggemparkan seluruh negara.Ada laporan meluas dari media masa seluruh negara pada masa itu.Peristiwa yang mengemparkan seluruh ummat Islam ,cetakan Ayat-ayat suci Al-Qur'an tiba-tiba hilang dari mashafnya.Apa yang lebih menggemparkan ialah ada tulisan yang hilang itu sewaktu orang membacanya.

Incident happened in 1987 in Ipoh Perak Malaysia where few verses from Al Quran were found missing before 51 yo grandmother in Central Mosque in Perak approx 2am in Ramadhan while a group among Hjh Azizah Abdul Karim was having a recitation of Al Quran in a minor group.Pages that went missing were from verse Al Mu'meenoon 45-80,116-end. Verse Nur 1-20,32-47, 61- end. Verse Al Furqaan 1-11. A year later this incident happened for the second time where Hjh Azizah was teaching tafseer Al Quran from book of tafseer from Sheikh Dato Hj Mohamed Nur hj Ibrahim Kitaab 'Pimpinan Ar Rahmaan'. in her classroom in Ipoh. Pages that went missing were from Verse Hud 62-70,77-85, 92-105 and 113-123.


http://www.youtube.com/watch?v=nWDt2AhThVc

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah.

Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali)"- Hadith Riwayat Ibnu Majah. 

-ijoks2009-
Tapi apa yang di jawab oleh Kerajaan UMNO-BN pada masa itu ialah,
Rakyat diminta bertenang,itu hanya perkara biasa.itu hanya kesilapan teknik.itu SILAP CETAK.

Sedangkan mengikut pengakuan beberapa orang guru Qur'an.ada antara mereka yang melihat kejadian itu di depan mata,sewaktu mereka sedang membaca Al-Qur'an.
wallahua'lam.

Hayati Liriknya(santai Sebelum Tidur)

Posted: 24 Aug 2010 09:31 AM PDT

Benarkah Husyam Ada RM 30 Juta?

Posted: 24 Aug 2010 03:12 AM PDT


KOTA BHARU, 24 Ogos: Bekas anggota parlimen (MP) Tanah Merah, Datuk Ir Shaari Hassan hari ini diarah mahkamah membayar ganti rugi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ekoran kes saman fitnah.
Penyelesaian kes saman fitnah tersebut dicapai di luar mahkamah dan telah direkod Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Ahmad Zaidi Ibrahim.
Kes saman tersebut difail Husam pada 23 Febuari 2008 ekoran Shaari mengeluarkan kenyataan yang dianggap memfitnahnya pada satu ceramah.
Pada ceramah yang diadakan di Masjid Padang Lalang, Tanah Merah pada 25 Disember 2007 Shaari menyebut Husam seorang yang hanya bertopengkan PAS.
Selain itu disebut juga anggota Exco terbabit adalah manusia yang terkaya di Kelantan kerana mempunyai wang sebanyak RM30 juta yang mana wang tersebut diberi oleh tauke-tauke balak.
Berikutan fitnah tersebut Husam telah memohon defendan memohon maaf dan menuntut sejumlah ganti rugi dibayar terhadapnya.
Husam ketika bercakap kepada pemberita bagaimana pun enggan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar bekas anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) terbabit.
"Cukup sekadar saya katakan jumlah gantinya puas hati bagi pihak saya. Saya berharap kes ini menjadi sebagai satu pengajaran.
"Kita perlu juga menjaga air muka orang lain jangan mengaibkan seseorang di hadapan orang ramai," katanya di pejabatnya di Kota Darulnaim.
Pada kes tersebut Husam diwakili peguam Hisyam Fauzi, manakala Shaari Azmi Abdullah.
Husam juga memberitahu terdapat lapan lagi kes saman yang dikemukanya terhadap beberapa pihak termasuk dua kes terhadap Utusan Malaysia dan dua (The New Strait Times).
Menurutnya saman terhadap Utusan Malaysia dibuat ekoran penerbitan berita mendakwa beliau meletak jawatan seperti disiar akhbar terbabit pada 21 November 2009.

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Sistem Pendaftaran Pemilih Secara Automatik Lebih Menguntungkan Rakyat

Posted: 24 Aug 2010 10:51 PM PDT



Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof bercadang untuk memohon kepada pihak kerajaan bagi menambah peruntukan daripada RM1 kepada RM3 seorang bagi pendaftaran pemilih baru. Peruntukan ini adalah sebagai upah kepada penolong pendaftar pilihanraya yang dilantik daripada kalangan anggota parti politik, NGO, pemimpin masyarakat dan lain-lain lagi untuk mencari pemilih baru. Terdapat lebih 4.38 juta atau 28.3 peratus daripada kira-kira 15.4 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih. Bilangan ini akan bertambah secara puratanya hampir 500,000 orang setiap tahun. Sebelum ini SPR membelanjakan RM200,000 setiap tahun untuk membiayai pendaftaran pemilih baru ini.

Peruntukan yang akan dipohon ini adalah tiga kali ganda daripada peruntukan sebelum ini. Jika diluluskan oleh pihak kerajaan maka peruntukan meningkat kepada RM600,000 setahun. Dalam tempoh 4 tahun akan menjadi RM2.4 juta . Pendaftaran pemilih baru ini memerlukan promosi dan pemantauan daripada pihak SPR. Petugasnya perlu menjaga kaunter-kaunter daftar pemilih di tempat orang ramai seperti di pasar raya, program-program kemasyarakatan dan seumpamanya. Taklimat, mesyuarat, pengendalian kaunter daftar pemilih, pengesahan daftar pemilih dan pelbagai lagi aktiviti perlu dilaksanakan oleh SPR. Semua ini melibatkan kos tambahan kepada SPR. Jika SPR di peringkat negeri-negari termasuk Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM20 ribu setahun untuk tujuan ini maka dalam tempoh 4 tahun, wang rakyat yang akan dibelanjakan adalah sebanyak RM1.12 juta. Jika dijumlahkan, perbelanjaan yang diperlukan keseluruhannya akan mencecah RM3.52 juta. Kos yang tinggi ini dapat dikurangkan sekiranya pihak kerajaan bersetuju untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik. Pelaksanaan secara automatik merupakan kaedah yang lebih efisyen dan efektif dalam proses pendaftaran pemilih baru selain dapat menjimatkan penggunaan duit rakyat dan tenaga kerja.

Antara contoh negara-negara yang mengamalkan pendaftaran pemilih secara automatik adalah Indonesia dan Autralia. Rakyat tidak perlu beratur panjang dan penolong pendaftar pilihanraya tidak perlu dilantik. Pihak SPR hanya perlu mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan senarai warganegara yang sudah mencapai umur 21 tahun. Kemudian data ini akan diproses menjadi senarai daftar pemilih baru. Tugas ini sangat mudah dan dapat mengelakkan daripada manipulasi data oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Walaubagaimana pun Perkara 119(c) Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa warganegara yang layak mengundi perlu mendaftar. Berikutan pindaan ini maka akan berlakulah beberapa pindaan terhadap Akta Pilihanraya 1958(Akta 19). Pindaan ini boleh dibuat oleh pihak kerajaan di Parlimen. Ahli Parlimen Batu Pahat YB Dr. Mohd Puad Zarkashi telah menyatakan bahawa peruntukan yang dipohon oleh SPR adalah membazir dan beliau sendiri mencadangkan dilakukan pendaftaran secara automatik. Maka terpulanglah kepada pihak kerajaan sama ada mahu membuat pindaan terhadap perlembagaan negara atau mahu membiarkan pembaziran tenaga dan wang rakyat bagi mendaftarkan pemilih baru. Tepuk dada tanyalah kehendak kerajaan.

Selepas pindaan dibuat terdapat satu lagi proses yang perlu dilakukan oleh SPR iaitu persempadanan semula kawasan pilihanraya. Ini perlu kerana dikhuatiri terdapat Parlimen tertentu yang terlalu ramai pengundinya, mungkin sehingga melebihi 100 ribu orang pengundi. Maka wajarlah dibuat persempadanan semula. SPR perlu menyediakan garis panduan yang adil dalam menentukan persempadanan semula kawasan pilihanraya. Persempadanan selepas pilihanraya 1999 adalah satu contoh di mana ketidakwajaran telah berlaku apabila tiada garis panduan yang jelas digunakan, sebaliknya lebih cenderung kepada formula yang menguntungkan pihak parti pemerintah. Kawasan yang dimenangi pembangkang dipecah-pecahkan manakala kawasan pengundi tegar Barisan Nasional(BN) dimasukkan ke dalam kawasan yang dimenangi pembangkang dengan tipis. Di negeri Johor yang menjadi kubu kuat BN terdapat 6 kerusi Parlimen tambahan. Malangnya di negeri-negeri bawah pemerintahan kerajaan Barisan Altenatif(BA) iaitu Kelantan dan Terengganu tiada langsung tambahan kerusi Parlimen. Seolah-olahnya SPR mendapatkan cadangan daripada BN terlebih dahulu bagi membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya. Jika SPR mahu dihormati oleh rakyat, janganlah menjadikan dirinya ibarat parti komponen Barisan Nasional. Janganlah ulangi kesilapan persempadanan semula sebelum ini.

Pengerusi SPR telah menyatakan bahawa punca SPR tidak boleh melakukan pendaftaran pemilih secara automatik adalah kerana tiga perkara. Pertamanya kebanyakan pengundi tidak tinggal di alamat seperti dalam kad pengenalan. Ini boleh mendatangkan masalah semasa hari mengundi. Keduanya, kerajaan tidak boleh memaksa pengundi kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Ketiganya peratus pengundian akan merosot lebih daripada 50% jika sistem baru dilaksanakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga memberi alasan yang sama terhadap cadangan Jawatankuasa Bersih 2 yang telah menyerahkan memorandum kepada SPR baru-baru ini.

Alasan bahawa kebanyakan pengundi tidak tinggal seperti alamat dalam kad pengenalan boleh di atasi dengan memberi peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mengemaskini alamat terkini bagi memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab semasa hari mengundi. Setelah peringatan ini dibuat dalam tempoh yang munasabah barulah sistem baru ini dilaksanakan. Ini juga memberi kebaikan kepada semua agensi kerajaan untuk berurusan dengan rakyat selepas ini kerana mereka tinggal seperti alamat di kad pengenalan mereka. Sebarang urusan kerajaan selepas ini akan menjadi lebih mudah. Inilah merupakan tugas dua dalam satu. Jika ada pengundi yang masih tidak menukar alamat mereka maka bukanlah menjadi alasan yang besar bagi mereka tidak mengundi semasa pilihanraya diadakan. Masa perjalanan antara satu tempat dengan tempat yang lain sudah semakin singkat. Banyak perubahan infrastruktur yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan rakyat bergerak. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur hanya memakan masa 3 jam sahaja bukannya 8 jam seperti 20 tahun dahulu. Oleh itu alasan sukar untuk balik mengundi kerana jaraknya yang jauh ini sudah tidak boleh diterima lagi pada masa kini. Jika ada juga alasan ini, bukanlah kerana jarak yang menjadi masalah tetapi kesedaran diri terhadap tanggungjawab kepada negara itu yang harus dipersoalkan. Itu memerlukan kempen kesedaran lain untuk mengatasinya.

Alasan kedua di mana pihak kerajaan menyatakan bahawa sistem baru ini melanggar hak asasi manusia adalah suatu alasan yang dangkal. Kerajaan bukannya memaksa rakyat mengundi. Hak untuk mengundi atau tidak masih diberikan kepada rakyat. Kita bukan mahu mengubah akta memaksa rakyat mengundi. Kita sedang membicarakan pendaftaran pengundi secara automatik. Mereka yang cukup umur secara automatik layak mengundi tidak melibatkan pemaksaan ke atas pengundi. Sama juga dengan kaedahnya jika ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia maka secara automatik anaknya adalah warganegara. Peraturan tersebut ada dalam perlembagaan negara dan tidak melanggar hak asasi manusia.

Alasan ketiga iaitu pendaftaran secara automatik akan mengurangkan peratus keluar mengundi. Tidak dinafikan bahawa apabila pemilih didaftar secara automatik maka peratus mengundi akan merosot kerana kesedaran rakyat terhadap pengundian masih terlalu rendah. Persoalannya apakah SPR perlu berbangga dengan jumlah keluar mengundi 80% jika terdapat 4.3 juta rakyat layak mengundi tetapi tidak mengundi? SPR perlu lebih memahami yang penting adalah ramainya rakyat Malaysia yang mengundi bukannya berbangga dengan peratus pengundian yang tinggi sedangkan hakikatnya masih ramai rakyat tidak mengundi. Peratusan pengundian hanyalah angka sahaja. Belum tentu menggambarkan kesedaran rakyat terhadap hak dan kepentingan mengundi. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya dikelirukan seperti mana kekeliruan yang ditimbulkan daripada laporan keadaan ekonomi negara. Angka-angka yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan berkaitan perkembangan ekonomi negara selalunya membanggakan namun hakikatnya rakyat masih juga hidup merana. Jika SPR memahami bahawa peratus keluar mengundi akan merosot maka seharusnya menjadi cabaran kepada SPR untuk membuat kempen kesedaran berkenaan tanggungjawab mengundi di kalangan rakyat. Peruntukan yang dipohon oleh SPR untuk tujuan pendaftaran pemilih sekarang lebih munasabah disalurkan kepada program sebegini.

Masalah utama kepada cadangan pendaftaran pemilih secara automatik bukannya terletak kepada SPR tetapi lebih kepada kehendak pihak kerajaan sendiri. Sistem baru ini sedikit sebanyak menyusahkan parti-parti politik khususnya parti pemerintah. Mengikut pemerhatian, pengundi-pengundi baru di kalangan anak muda yang terdedah kepada pelbagai sumber maklumat khususnya melalui media baru adalah mereka yang sangat kritikal terhadap setiap dasar dan tindakan pihak kerajaan. Jika mereka diberi peluang mengundi maka besar kemungkinan mereka tidak mengundi parti pemerintah berdasarkan prestasi kerajaan yang sedia ada. Inilah yang sangat menakutkan UMNO BN yang banyak bergantung kepada pengundi veteran yang setia namun semakin kurang bilangannya.

Peruntukan sebanyak RM3 bagi seorang pemilih baru sebenarnya menghina rakyat itu sendiri. Bagaimana lemahnya tanggungjawab sivik rakyat negara ini sehingga perlukan RM3 untuk meminta mereka mendaftar mengundi. Mengundi adalah tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Rakyat yang bertanggungjawab dan berkualiti menjadi faktor utama kemajuan dan kesejahteraan sesebuah negara. Tidak mengambil berat terhadap proses pengundian melambangkan ketidaksetiaan rakyat kepada negara ini. Persoalannya apakah kesetiaan kepada negara ini boleh selesai dengan harga RM3? Negara kita sudah dimalukan dengan kejatuhan 81% FDI, kehilangan enjin jet pejuang dan kebolosan pendatang Afganistan daripada tahanan, janganlah SPR menambah malu kepada negara. Jika slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' itu dilaksanakan sepenuhnya maka tidak ada sebab sistem baru ini tidak diluluskan. Sistem baru ini lebih sistematik, jimat, mudah dan kurang manipulasi. Tetapi kalau slogan itu hanya retorik sahaja maka SPR akan terus membazirkan duit rakyat yang sepatutnya boleh digunakan untuk aktiviti yang lebih berfaedah.

Bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Pindah Wang Haram ??

Posted: 24 Aug 2010 08:58 AM PDT

1 tahir dan mohd zain_250_220 Oleh Rahmah Ghazali

KAPAR: Beliau ditawarkan sebanyak RM300,000 untuk menutup mulut dalam skandal pemindahan wang secara haram melibatkan bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Mohamed tetapi apabila janji itu tidak ditunaikan maka beliau bertindak membuka rahsia.

Menurutnya, Mohd Zin yang dilantik ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi didakwa terlibat dengan aktiviti memindah wang haram daripada seorang agen jualan am di Bangladesh bernilai RM25 juta.

Mohamad Tahir Fazal Mohd, yang juga rakan kongsi bekas menteri itu memberitahu para pemberita di sini bahawa beliau telah membuat laporan terhadap bekas menteri itu dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) pada 2004.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal bertindak ke atas laporan itu kerana Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri Abdullah, yang lebih mesra dipanggil Pak Lah itu.

"Pegawai-pegawai BPR berkata mereka perlu mendapat kebenaran daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan ke atas kes ini. Bekas menteri itu kemudian digugurkan dari kabinet sebaik sahaja (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) mengambil alih pentadbiran," terang beliau.

Walaupun terpaksa menunggu selama enam tahun untuk mendedahkan perkara ini, Tahir berkata sekarang ini adalah masa yang sesuai kerana beliau mendapat semua bukti dan kini bersedia untuk diserahkan kepada SPRM.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, bekas menteri itu buat pertama kali terlibat dalam pemindahan wang haram dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Silkways Cargo Services Limited dan wakil Malaysia Airlines System (MAS) untuk tiket penerbangan dan kargo di Bangladesh.

Dan beliau tidak berhak ke atas wang tersebut, kata Tahir, kerana beliau tidak pernah didaftar sebagai pengerusi dan pemegang saham syarikat itu, sepertimana yang dikehendaki di bawah Pendaftar Syarikat-Syarikat Usahasama Saham Bangladesh.

Tahir berkata, hubungan bekas menteri itu dengan syarikat hanya berdasarkan persetujuan rahsia yang ditandatangani pada 18 September 2000 di Kuala Lumpur dan tidak pernah diiktiraf oleh Bank Pusat Bangladesh yang membolehkan beliau menerima keuntungan secara sah.

"Beliau juga tidak mendaftar namanya dalam Lembaga Pelaburan Bangladesh, satu keperluan untuk rakyat asing yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat," katanya. Pengarah Urusan ditahan, pengerusi bebas ?

Tahir seterusnya mendedahkan bahawa Pengarah Urusan Silkways Cargo di Bangladesh, SK Farid Ahmed Manik, yang didakwa memindahkan wang kepada bekas menteri, pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh pada 2007.

Beliau juga memberi akuan bersumpah kepada pihak berkuasa dan media pada tahun yang sama mengenai hubungannya dengan bekas menteri itu dan bagaimana beliau memindahkan wang secara haram kepadanya," katanya.

Tahir turut menuduh bekas menteri itu "menipu" MAS dengan menyediakan Jaminan Peribadi Pengarah-Pengarah pada 2001 walaupun "beliau tahu beliau bukan pengarah berdaftar syarikat itu.

"Dan bagaimana MAS tidak tahu tentang perkara ini?," soal beliau, menambah bahawa "orang-orang" bekas menteri itu cuba "menyogok"nya supaya menutup mulut.

"Apabila beliau (bekas menteri) bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi Umno pada 2005, saya mengugut untuk mengedarkan semua bukti kepada para perwakilan.

"Saya ditawarkan wang ringgit supaya berdiam diri tapi saya tidak dibayar walau satu sen. Saya bersedia untuk disaman dan saya mempunyai kesemua bukti untuk melibatkan beliau dalam kes ini," katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mengiringi Tahir dalam satu sidang media hari ini, juga mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera tentang perkara ini.

"Tapi kami bukan hendak menjatuhkan sesiapa kerana beliau adalah seorang ahli parlimen tapi kami mahu penyiasatan tentang kes ini kerana terdapat kes untuk mendakwa beliau," katanya.

Ahli Parlimen itu berkata mereka akan memberi semua bukti dokumen kepada SPRM hari Khamis ini.

Percubaan untuk menghubungi bekas menteri itu untuk mendapatkan komen gagal kerana panggilan telefon tidak dijawab. Sebelum ini, beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan.