Isnin, 23 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


IMEJ NEGARA SUDAH LAMA TERCALAR BUKAN KERANA NURUL IZZAH

Posted: 23 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BETAPA Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin begitu gusar apabila negara luar semakin memandang serong negara ini. Bagi menyembunyikan kegusarannya, menteri tersebut menuding jari ke arah Pembangkang yang kununnya banya mendedahkan keburukan negara ini ke pihak luar. Tuduhan ke atas YB Nurul Izzah jelas menampakkan kegusaran pemimpin Umno. Artikel ini merujuk kepada laporan Bernama di sini.

Persoalannya, apakah sebelum YB Nurul Izzah mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini imej negara kita berada di tahap yang terbaik? Sebenarnya sudah berpuluh tahun khususnya selepas berlaku konspirasi terhadap DS Anwar, imej negara ini begitu merudum sekali. Bukan sedikit negara luar yang melahirkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas DS Anwar tokoh ternama Asia dan dunia itu. Keganjilan yang berlaku di dalam sistem kehakiman negara benar-benar menarik perhatian mereka.

Kes pembunuhan Altantuya juga menarik minat negara luar kerana korbannya adalah rakyat asing yang dibunuh `tanpa ada sebab atau motif''. Mereka mengetahui kisah ini bukan dari mulut YB Nurul Izzah kerana pemimpin dunia luar lebih cerdik dari pemimpin negara kita.

Pemimpin negara kita tidak kurang hebatnya bercerita tentang keburukan Pembangkang di luar negara. DS Anwar sering diperkatakan sebagai `peliwat' oleh pemimpin negara dan kisahnya dijaja ke merata negara. Namun, negara luar bukannya mudah untuk diperbodohkan. Oleh itu, pemimpin Umno mulai merasa tertekan dengan segala bentuk persoalan yang dikemukakan oleh pihak luar.

Imej negara kita kini sememangnya terjejas akibat salah pemimpin kita sendiri. Di dalam dunia tanpa sempadan sekarang, kita tidak lagi boleh menyembunyikan apa jua dari diketahui pihak luar. Apakah kita mahu negara luar memandang tinggi pemimpin negara kita sedangkan rakyat sendiri semakin menolak mereka? /wfauzdin.blogspot.com

Isu Khutbah Jumaat: Bagaimana kalau doakan KM/MB bukan PR?

Posted: 23 Aug 2010 06:00 PM PDT

Nazar Hashim

Aug 23, 2010

Sejak seminggu yang lalu isu doa khutbah Jumaat telah menjadi satu perkara hangat yang diperkatakan setelah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kekecewaan beliau selepas mempegerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor pada 19 Ogos.

Pendedahan beliau yang menyatakan terdapat khatib di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong telah mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar kanan) menggantikan doa yang sepatutnya dibacakan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang Terutama,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Namun begitu isu ini dengan spontan mendapat reaksi positif dari UMNO dan Barisan Nasional setelah Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat penafian atas apa yang didakwa berlaku dalam bacaan doa khutbah tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam kenyataan beliau pada 20 Ogos di pejabatnya telah menafikan dakwaan yang dibuat berdasarkan kepada teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) memang tidak meletakkan nama Ketua Menteri sebagai doa dalam khutbah tersebut.

Manakala dalam sidang media pada 21 Ogos pula, sekali lagi Abdul Malik (gambar kiri) bersama-sama dengan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof Rawa telah memberi amaran kepada UMNO supaya tidak menjadikan isu agama sebagai meraih sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.

Mujahid: Masalahnya istilah "ganti"

Mujahid dalam kenyataannya juga meminta UMNO supaya mengenal pasti dengan bukti ada khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan media tersebut beliau juga berkata, jika doa untuk meminta kesejahteraan adalah "standard" dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain.

"Namun jika doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, saya rasa itu tidak ada masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri."

"Apa yang menjadi isu iaitu satu fitnah UMNO terhadap Kerajaan Negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan UMNO untuk menimbulkan kemarahan rakyat di Pulau Pinang," katanya lagi.

MAZA: Tidak salah untuk doakan sesiapa, tapi...

Sementara itu bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kanan, lelaki bersongkok) dalam kenyataan beliau turut menyatakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda turut mendoakan supaya Allah s.w.t.menurunkan hidayah kepada Sayyidina Umar Al Khattab supaya menerima agama Islam.

"Sebenarnya tidak salah untuk mendoakan kepada sesiapa, tetapi kita perlu melihat konteks doa itu sendiri, apakah tujuan dan matlamat doa ini. Pada asalnya di dalam mana-mana khutbah, tidak semestinya perlu menyebut nama sesiapa kerana ia bukan menjadi rukun bagi khutbah."

Beliau menyambung, "Bagaimana pun sekiranya ingin menyebut nama seseorang di dalam khutbah tidak menjadi satu kesalahan."

Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor dan Masjid Jamek Kubang Buaya (gambar kiri), Butterworth adalah antara masjid yang telah dikenal pasti berlakunya bacaan doa khutbah oleh ustaz Zakaria Ahmad selaku khatib jemputan.

Turut didakwa berlakunya bacaan doa khutbah yang melibatkan nama Ketua Menteri ialah masjid dalam kawasan Jelutong dan Permatang Pauh. Namun begitu sehingga ini belum ada nama masjid yang tepat dinyatakan.

Rentetan daripada itu dalam sidang media semalam yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman, Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Abul Kassim, Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Halim Hussain, Exco Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain kesepakatan yang dicapai ialah menyarankan supaya tindakan diambil terhadap khatib yang terlibat sekiranya terbukti kebenarannya.

Mansor (gambar kanan) juga mendakwa tuduhan yang dibuat oleh UMNO terhadap Kerajaan Negeri dalam isu doa khutbah Jumaat ini adalah fitnah jahat seolah-olah arahan dari Kerajaan Negeri untuk menggunakan nama Lim Guan Eng.

Beliau juga berkata, Lim tidak pernah menerima atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama beliau dalam teks khutbah Jumaat seperti yang didakwa oleh UMNO.

Bagaimana kalau KM/MB bukan dari PR?

Dalam pada itu sepatutnya semua pihak tidak menjadikan isu agama sebegini sebagai satu modal politik walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.

Ulama dan para ilmuan agama harus bangun dan menyatakan hakikat kebenaran isu doa dalam khutbah kedua solat Jumaat ini. Apakah ianya menggugat khutbah Jumaat tersebut dari segi sah atau sebaliknya?

Sudah pasti masyarakat yang kurang mahir dalam ilmu agama dan syarat sah serta rukun khutbah yang tidak mewajibkan doa untuk dibaca kepada mana-mana pemimpin ini akan tertanya-tanya kedudukan sebenarnya.

Apa yang pasti lima rukun khutbah wajib ada. Pertamanya ialah dimulai dengan pujian bagi Allah seperti Alhamdulillah. Keduanya diikuti dengan salawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Yang ketiganya ialah mengandungi pesanan kepada jemaah agar bertaqwa kepada Allah. Yang keempatnya pula ialah membaca satu ayat Al-Quran samada pada khutbah pertama atau kedua. Yang akhirnya ialah mendoakan setiap muslim pada khutbah kedua.

Apabila polemik ini timbul maka kemungkinan besar masyarakat akan bertanya bagaimana pula sekiranya doa dibacakan untuk pemimpin seperti Menteri Besar atau Ketua Menteri yang datangnya dari parti lain selain dari Pakatan Rakyat? Persoalan juga kemungkinan timbul apakah akan wujud juga bantahan sedemikian terhadap khatib tersebut sepertimana yang berlaku kini?

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

TOLONGLAH AJAR KAMI BAB DOA WAHAI ULAMAK KU...

Posted: 23 Aug 2010 03:09 PM PDT

ULAMA TUA DAN ULAMA MUDA UMNO KENA AJAR PEMIMPIN MEREKA BAB DOA


Riuh rendah dan gegak gempita betul canang pemimpin Umno isu doa di Pulau Pinang. Al kisahnya ada beberapa khatib yang membaca khutbah mendoakan Lim Guan Eng agar diberi hidayah memeluk Islam. Isunya telah dipusingkan 360 darjah, bukan lagi isu mendoakan bukan Islam agar diberi hidayah tetapi puak-puak Umno main isu seolah-olah ada arahan dari kerajaan negeri yang diterajui DAP agar buang nama DYMM Agonng digantikan dengan nama pemimpin DAP.

PM dan TPM juga tumpang semangkuk meminta satu siasatan dijalankan kerana katanya perbuatan tersebut serius, melampau dan tidak boleh diterima. Kata suruh siasat tapi awal-awal lagi dah jatuh hukuman...

Tak payah nak sembunyi 1Malaysia tahu isu ini sengaja diperbesarkan dan dimanipulasi Umno dengan menambah perisa dan perencah dengan tujuan mewujudkan sentimen kaum dan agama di negara ini. Perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima oleh mana-mana rakyat Malaysia yang sihat dan waras.

Walhal menurut salah seorang khatib yang mendoakan Lim Guan Eng iaitu Ustaz Zakaria Ahmad dari masjid Jelutong tujuannya ialah supaya Allah memberi hidayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya memeluk Islam. Malah perkara itu sudah dua tahun dilakukannya. Mengapa sekarang baru jadi isu? Itu pun salah ke? Ulama tua dan ulama muda dalam Umno tolong ajar dan nasihat sikit pemimpin mereka supaya tidak menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka tentang Islam.

Ulama tua dan ulama muda dalam Umno kena juga beri nasihat kepada pemimpin mereka bahawa buat solat hajat, baca surah Yassin untuk P Kalamathan di Hulu Selangor dulu mereka guna ayat Quran dan hadis mana untuk menghalalkan tindakan dan fatwa mereka?

Sumber: angkasanuri

MEREKA BUAT FITNAH, SURUH ORANG LAIN LETAK JAWATAN

Posted: 23 Aug 2010 09:56 AM PDT

Taubatlah, kata Malik

Exco Pulau Pinang Abul Malik Kassim tidak akan tunduk kepada gesaan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk meletak jawatan, sebaliknya meminta mereka segera bertaubat. Ini kerana beliau tidak melakukan sebarang kesilapan , sebaliknya Pemuda Umno yang membawa fakta salah dalam isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah.

Gesaan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan meminta Malik meletak jawatan kerana gagal menangani isu penggunaan nama Guan Eng dalam khutbah disifatkan oleh beliau sebagai pendekatan untuk mengalihkan perhatian rakyat ekoran dari kesilapan mereka membuat fitnah adal isu penyebutan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat itu. Beliau yang turut menasihatkan pihak terbabit untuk bertaubat turut menjelaskan khutbah oleh salah seorang khatib, Zakaria Ahmad yang dikatakan mendoakan keselamatan Guan Eng adalah sebaliknya cuma memohon supaya Ketua Menteri Pulau Pinang menerima hidayah-Nya.

Malah menurut beliau lagi, sejak zaman Rasullah SAW lagi, sudah wujud doa supaya pemimpin bukan Islam diberikan petunjuk dan hidayah. Bagi Malik, serangan berterusan ke atas Guan Eng dibuat sebagai tindak balas berikutan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengharam judi bola. Guan Eng dianggap antara pemimpin bukan Islam yang mesra dan akrab dengan umat Islam, malah membawa dasar yang menguntungkan institusi Islam di Pulau Pinang. – FARDILLA DIN/TVSelangor

SURAU DISIMBAH CAT DI SEREMBAN, KERJA SIAPA ?

Posted: 23 Aug 2010 06:00 AM PDT

DAP kutuk simbah cat merah pada surau
Ogos 23, 10

DAP mengutuk sekeras-kerasnya kejadian sebuah surau di Taman Pulai Impian, Temiang, Seremban disimbah cat merah pagi tadi

"Kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat, tetapi juga perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam masyarakat demokrasi berperlembagaan, bertamadun dan madani," kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

"Pihak yang bertanggungjawab (melakukannya) mungkin merasakan provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini," kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, DAP berharap pihak polis bertindak cepat menangkap mereka yang bertanggungjawab melakukannya dan segera dihadapkan ke muka pengadilan.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindari budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara," katanya.

Dalam kejadian tersebut, cat merah disimbah pada bahagian belakang surau tersebut yang baru beberapa minggu mula digunakan.

Kejadian itu disedari oleh jawatankuasa surau tersebut pagi ini dan kemudiannya membuat laporan polis.

S
urau tersebut baru sebulan siap dibina tetapi belum berpagar.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang juga ADUN Lobak, Anthony Loke (kanan) pergi ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenainya.

Beliau ke situ bersama ADUN Temiang Ng Chin Tsai dan dan ADUN PKR Sikamat, Aminuddin Harun (kiri).

Mereka menemui serpihan botol arak yang dipercayai mengandungi cat merah di situ.

Menurut Anthony lagi, polis telah pergi ke tempat kejadian untuk menyiasat dan mengambil kenyataan daripada jawatankuasa surau berkenaan./Malaysiakini

TAHI LEKAT KAT BONTOT, TUDUH ORANG LAIN BERAK

Posted: 23 Aug 2010 02:00 AM PDT


Tak habis-habis juak Umno sorang ni cakap pasal isu agama. Sebelum ini dengan lantang mencabar PAS menutup pusat maksiat di bulan Ramadhan. Namun sikap hipokrit Noh Omar tu telah ditempelak kembali oleh pemimpin PAS.

Mungkin tiada perancangan, Noh main hentam aje. Apa tidaknya, cabarannya terhadap PAS Selangor menampakkan kebodohan dan tembelangnya selama ini yang tidak mengerti agama.

Tiba Ramadhan baru sibuk nak suruh tutup pusat maksiat, padahal maksiat bukan sahaja diharamkan di bulan Ramadhan sahaja.

Pulak tu, pusat maksiat yang diminta tutup tu pun adalah 'tahi-tahi' Umno ketika memerintah sebelum ini.

Selepas dicabar balik oleh PAS supaya tutup dulu pusat maksiat di negeri Umno-BN termasuk Genting yang menjadi pusat judi terbesar di Asia Tenggara. Waktu tu barulah Noh merasa bodoh sebab tersilap cabar PAS sehingga terdiam seribu bahasa (tak berani nak tegur negeri Umno yang lain).

Konon nak tunjuk hero sebab beliau adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor. Jadi kena ada satu planning nak bagi bos atasnya nampak dia buat kerja. Walaupun sejak akhir-akhir ini namanya terperosok ke bawah kerana cubaan seorang lagi pesaingnya, Khir Toyo untuk jadi glamour.

Riuh kedengaran pula, kehadiran pembelot PKR, Ezam dalam program 'selamatkan selangor' telah menenggelamkan nama Noh Omar.

Noh merasa kedudukannya dicabar, maka mulalah musuh politiknya, PAS dinista habisan.

Namun Noh dilihat tidak serik dan tidak mahu belajar dari pengalaman lepas.

Semalam beliau telah menuduh PAS pengecut dengan DAP berkaitan pelaksanaan hukum Hudud.

Dalam Sinar Harian, Noh Omar cuba memperbodohkan dirinya lagi apabila mendakwa Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersandiwara berhubung isu hukum hudud dan meminta menghentikannya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia kerana Pas hanya berani bersuara mengenai isu tersebut tetapi tidak berani melaksanakannya kerana takutkan sekutunya, DAP.

"Dulu, semasa Pas sendirian tanpa PKR dan DAP pun tidak mampu melaksanakan hukum hudud apatah lagi apabila bergabung dengan DAP dan PKR. Sebenarnya Pas takut dengan DAP, tidak berani hendak bercakap," katanya.

Sah!, memang Noh Omar bodoh.

Hang tak ingat ke buat-buat tak ingat yang menyekat pelaksanaan Hudud di Kelantan tu sape? DAP ke Umno?

Hang yang mengaku beragama Islam tapi bersekongkol dengan parti yang menyekat pelaksanaan hukum Allah (Hudud). Bermakna hangpa lebih jahat daripada DAP.

PAS Kelantan sudah membentang pelaksanaan enakmen hukum Hudud dan sudah pun diluluskan oleh Sultan, tetapi disekat pelaksanaannya oleh kerajaan pusat. Sape kerajaan pusat tu Noh!. Umno yang hang duk cari makan tulah yang halangnya.

Sekarang pandai pulak hang kata PAS tak berani laksana Hudud sebab takut dengan DAP.

Padahal Umnolah yang takut dengan MCA. Terpaksa ikut cakap MCA dan biarkan MCA bermaharajalela sesuka hati.

Umno terpaksa beri lesen baru kepada pengusaha kelab-kelab malam hasil tekanan MCA. Baca kat sini.

Pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagai cendawan selepas hujan, pusat judi terbesar di Gentang semakin gah. Sape yang bagi lesen tu hah? PAS ke?

Oi Noh!, hang tak berani ke tegur kerajaan BN agar tutup pusat maksiat dan judi tu semua? Ke hang takut dengan MCA?

Sementara itu, seorang lagi yang turut jejak langkah Noh Omar iaitu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata hasrat Pas melaksanakan hudud tidak akan berlaku.

Katanya, hukum hudud hanyalah sandiwara Nik Abdul Aziz untuk meraih sokongan rakyat.

"Lihat sahaja di negeri ini (Selangor), Pas terpaksa bersekongkol dengan DAP untuk menghalalkan penjualan arak, rumah urut, pusat judi dan sebagainya," kata Shukur.

Woi!, arak, rumah urut, pusat judi kat Selangor tu sape yang dirikan? Hang baru tersedar dari tidur ke ape. Penjualan arak, pusat judi, rumah urut tu semua bukan ada ketika PR memerintahlah. Asal bodoh sangat hangpa?

Bahkan siapa yang benarkan kilang arak (Carlsberg) tu beroperasi di Selangor kalau tak Umno-BN. Dah berapa lama dah kerajaan BN makan hasil cukai arak.

Hang berak tepi jalan pastu tuduh orang lain berak. Tapi silapnya hangpa sebab tak sempat nak basuh berak. Jadi busuk tahi masih lagi lagi melekat kat hangpa. Macamana hang nak tuduh orang lain berak padahal tahi ada kat punggung hang. Bodoh tahap cipan.

kalam Perantau

kalam Perantau


Mahasiswa berpolitik : Takut Mahsiswa Tidak Sokong Umno ?

Posted: 23 Aug 2010 09:25 PM PDT

Oleh Idris Haji Ahmad
 
Benarkanlah mahasiswa berpolitik, apa yang hendak ditakutkan mahasiswa berpolitik. Adakah kerana  takut mahasiswa tidak menyokong umno. Itu hanya andaian sahaja. Bukankah mahasiswa seorang yang cerdik, kalau bodoh mereka tidak masuk ke universiti. Mereka adalah manusia terpilih dari kalangan 26 juta rakyat di Malaysia. Biarkanlah  mereka berpolitik. Alasan Tan Sri Ibrahim Abu Shah (mantan Naib Canselor UITM) seorang pengampu tegar umno , takut ganggu pelajaran. Ini alasan yang tidak berpijak kepada kebenaran.

Berapa ramai pelajar yang tidak terlibat dalam persatuan dan tidak memperdulikan sekeliling mereka, tetapi kecundang dalam pelajaran. Malahan ramai di kalangan mereka yang hidup berpoya-poya  dan gila dengan budaya hidonisme, akhirnya gagal dalam pelajaran. Tidak dengar pula rungutan daripada pihak universiti bising dalam hal ini. 
 
Kalau ada larangan pelajar  jangan terlibat dengan politik, ini hanya arahan untuk pelajar yang menyokong pembangkang, tidak kepada penyokong umno. Begitulah juga amaran hanya diberi kepada pensyarah yang membantu pembangkang. Pihak university redha dengan pensyarah yang menjadi tali barut umno di universiti. Sebenarnya Akta Universiti Kolej (AUKU) hanya untuk mereka yang menentang BN, bukan untuk pengampu umno.

Sekarang universiti sudah hilang daya intelektual, sepatutnya kampus bukan tempat untuk mencari pengaruh politik kepartian sempit. Biarkan mahasiswa berpolitik, biarkan mereka tegakkan idealisma mereka. Usah bimbang kepada kelantangan mahasiswa kerana itulah mahasiswa, tidak perlu takut kepada mereka. 
  
Universti ialah sebagai proses pembelajaran, ia mesti berlaku bukan sahaja di dalam kelas. Sepatutnya pendedahan politik kepada mahasiswa adalah perlu kerana ia sebagai medan mengasah bakat kepimpinan pada masa akan datang. Banyak kepimpinan mahasiswa  telah melahirkan tokoh-tokoh politik di pihak pembangkang, kerajaan dan ahli akademik. Perkara ini tidak boleh di nafikan, kerana sejarah telah membuktikan  terserlahnya mereka dalam kepimpinan politik adalah hasil; perjuangan mereka di universiti melalui gelanggang  Majlis Perwakilan Pelajar dan juga kegiatan persatuan di universiti. 
  
Tokoh-tokoh politik yang berada di persada politik tanah air kini samada berada di gelanggang kerajaan atau pembangkang seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim (Universiti Malaya), Ibrahim Ali (ITM), Ustaz Halim Arshad bekas Setiausaha Agung Pas (UKM), Dato' Fuad Hassan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor (UKM), Dr Fuad Zarkasyi (UM), Sabri Cik (UM), Dato' Tajudin Abdul Rahman Ahli Parlimen Umno Pasir Salak (UM), Kamarul Zaman Yaakob (UM), Mohd Sabu (ITM), Dr Sanusi Osman (UM), Sdr. Lutfi Osman (UTM), Saifudin Nasution (UPM), Ustaz Fadhlullah Syuaib (UKM), Ustaz Abu Bakar Cik (UKM). Inilah rekod sejarah kepimpinan mahasiswa yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan politik dan intelktual di negara ini.
 
Pimpinan universiti jangan jadikan mahasiswa  pelajar sekolah yang masih beruniform tadika Kemas. Jangan lacurkan intelektual, sehingga  hilang wibawa dan daya kreatviti. Budaya mengampu inilah menyebabkan kita melihat gred universiti sudah turun  macam kelas dewasa tahun 60 an. Mereka hendak membudakkkan pelajar universiti supaya otak yang sama dengan mereka. Sedangkan pemimpin Umno selalu menyebut untuk menjadi universiti Wold Class tetapi realitinya seperti Universiti  Jawatankuasa Kampung (UJKK).
 
Saya pernah menyebut dalam Forum di Konvensyen Kepimpinan  Mahasiswa yang terdiri daripada  Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh negara pada 16 Mei 2005 di Melaka yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.  Majlis yang dipengerusikan oleh Dr Junaidi Abu Bakar yang dulunya penah bertanding atas tiket Islam Penyelamat Ummah (IPU)  di UKM, sekarang telah menjadi orang kuat umno. Saya memberi tahu kepada majlis, kerana waktu itu  ada Timbalan Naib Canselor HEP. Jangan bimbanglah dengan pergerakan pelajar. Kerana ramai di kalangan pimpinan pelajar yang kecundang dalam dakapan pangkat dan wang.

Sekadar saya menyebut beberapa nama dahulu merupakan golongan yang anti Umno seperti Dr Fuad Zarkasyi daripada PMUM sekarang Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Shabri Cik Presiden PMUM sekarang Menteri Belia Dan Sukan,  Datuk Zaidi Mohd Zin bekas Timbalan Presiden PMUM, sekarang  Umno bahagian Serdang, Johan Che Pa Timbalan Presiden PMUM sekarang Naib Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Abdul Rahman Shaik Timbalan Presiden PMUPM sekarang AJK Bahagian Teluk Intan, Ismail Said Ahli Parlimen Kuala Krau Pahang bekas speaker PMUKM sesi 87/88 zaman saya menjadi presiden PMUKM. Oleh itu pihak universiti biarkan mereka berpolitik secara sihat di atas padang yang rata. Jangan ganggu mereka.

Pilihan politik mereka adalah hak mereka, mahasiswa adalah orang cerdik, mereka tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak. Saya ucap tahniah kepada Datuk Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memperjuangkan supaya mahasiwa dibenarkan berpolitik. Walaupun cadangan ini ditolak oleh kabinet pada 10/8/2010, sekurang-kurangnya beliau telah membawa aspirasi beliau sebagai bekas pimpinan pelajar di university Malaya satu ketika dahulu. 
  
Kabinet tolak kerana mereka bimbang ia akan memberi kesan yang buruk kepada perjuangan umno pada masa akan datang. Pemimpin BN dengan penuh tawaduk tahu, sekarang zaman rakyat tidak mahu kepada umno. Mereka yang menyokong umno hanya terdiri dari kalangan mereka yang buta maklumat dan yang ada kepentingan projek, itu pun hanya umno projek, bukan umno ideologi. Kabinet tahu ketika pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam politik sekarang, umno ditolak di universti apabila calon proksi umno ditolak setiap kali pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar. 

Umno terpaksa bertungkus lumus dengan membuat macam-macam cara supaya proksi mereka menang melalui orang suruhan yang menjadi abdi mereka di universiti. 
  
Walaupun tindakan jahat mereka lakukan, namun mereka tetap gagal dalam setiap kali pilihanraya kampus. Maka sekarang mereka mengubah sistem dan peraturan rimba untuk menang dalam pilihanraya seperti dikenakan deposit, ada temuduga, tidak dibenarkan berkempen dan mencetak poster. Mereka melawan bukan sebagai  anak jantan . Mungkin mereka belajar daripada bapa mereka UMNO di luar kampus.


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ditawar RM300ribu tutup mulut bekas mentari pindah wang RM25juta

Posted: 23 Aug 2010 09:47 PM PDT

Oleh Rahmah Ghazali

KAPAR: Beliau ditawarkan sebanyak RM300,000 untuk menutup mulut dalam skandal pemindahan wang secara haram melibatkan bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Mohamed tetapi apabila janji itu tidak ditunaikan maka beliau bertindak membuka rahsia.

Menurutnya, Mohd Zin yang dilantik ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi didakwa terlibat dengan aktiviti memindah wang haram daripada seorang agen jualan am di Bangladesh bernilai RM25 juta.

Mohamad Tahir Fazal Mohd, yang juga rakan kongsi bekas menteri itu memberitahu para pemberita di sini bahawa beliau telah membuat laporan terhadap bekas menteri itu dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2004.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal bertindak ke atas laporan itu kerana Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri Abdullah, yang lebih mesra dipanggil Pak Lah itu.

"Pegawai-pegawai BPR berkata mereka perlu mendapat kebenaran daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan ke atas kes ini. Bekas menteri itu kemudian digugurkan dari kabinet sebaik sahaja (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) mengambil alih pentadbiran," terang beliau.

Walaupun terpaksa menunggu selama enam tahun untuk mendedahkan perkara ini, Tahir berkata sekarang ini adalah masa yang sesuai kerana beliau mendapat semua bukti dan kini bersedia untuk diserahkan kepada SPRM.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, bekas menteri itu buat pertama kali terlibat dalam pemindahan wang haram dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Silkways Cargo Services Limited dan wakil Malaysia Airlines System (MAS) untuk tiket penerbangan dan kargo di Bangladesh.

Dan beliau tidak berhak ke atas wang tersebut, kata Tahir, kerana beliau tidak pernah didaftar sebagai pengerusi dan pemegang saham syarikat itu, sepertimana yang dikehendaki di bawah Pendaftar Syarikat-Syarikat Usahasama Saham Bangladesh.

Tahir berkata, hubungan bekas menteri itu dengan syarikat hanya berdasarkan persetujuan rahsia yang ditandatangani pada 18 September 2000 di Kuala Lumpur dan tidak pernah diiktiraf oleh Bank Pusat Bangladesh yang membolehkan beliau menerima keuntungan secara sah.

"Beliau juga tidak mendaftar namanya dalam Lembaga Pelaburan Bangladesh, satu keperluan untuk rakyat asing yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat," katanya. Pengarah Urusan ditahan, pengerusi bebas ?

Tahir seterusnya mendedahkan bahawa Pengarah Urusan Silkways Cargo di Bangladesh, SK Farid Ahmed Manik, yang didakwa memindahkan wang kepada bekas menteri, pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh pada 2007.

Beliau juga memberi akuan bersumpah kepada pihak berkuasa dan media pada tahun yang sama mengenai hubungannya dengan bekas menteri itu dan bagaimana beliau memindahkan wang secara haram kepadanya," katanya.

Tahir turut menuduh bekas menteri itu "menipu" MAS dengan menyediakan Jaminan Peribadi Pengarah-Pengarah pada 2001 walaupun "beliau tahu beliau bukan pengarah berdaftar syarikat itu.

"Dan bagaimana MAS tidak tahu tentang perkara ini?," soal beliau, menambah bahawa "orang-orang" bekas menteri itu cuba "menyogok"nya supaya menutup mulut.

"Apabila beliau (bekas menteri) bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi Umno pada 2005, saya mengugut untuk mengedarkan semua bukti kepada para perwakilan.

"Saya ditawarkan wang ringgit supaya berdiam diri tapi saya tidak dibayar walau satu sen. Saya bersedia untuk disaman dan saya mempunyai kesemua bukti untuk melibatkan beliau dalam kes ini," katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mengiringi Tahir dalam satu sidang media hari ini, juga mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera tentang perkara ini.

"Tapi kami bukan hendak menjatuhkan sesiapa kerana beliau adalah seorang ahli parlimen tapi kami mahu penyiasatan tentang kes ini kerana terdapat kes untuk mendakwa beliau," katanya.

Ahli Parlimen itu berkata mereka akan memberi semua bukti dokumen kepada SPRM hari Khamis ini.

Percubaan untuk menghubungi bekas menteri itu untuk mendapatkan komen gagal kerana panggilan telefon tidak dijawab. Sebelum ini, beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan. - Free Malaysia Today

STONE: Setiap kesalahan-kesalahan yang melibatkan jerung-jerung politik/kabinet, pihak berkuasa perlu mendapatkan kebenaran Tok Ketua dulu sebelum boleh melakukan siasatan. Kes ini terjadi di zaman pak lah ... Sebenarnya amalan tersebut berterusan sehingga kini. Samada polis atau SPRM perlu mendapat kebenaran PM terlebih dulu sebelum boleh menyiasat sebarang salahlaku menteri-menteri kabinet atau orang-orang kuat politik umNO/BN khususnya.
Apakah ini menunjukkan kerajaan kita benar-benar telus?
Telus kepala bapak depa .... cakap tak serupa bikin ...

PELIK : Isteri ditunangkan dengan lelaki lain

Posted: 23 Aug 2010 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia 'menyerah diri' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), apabila meminta pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadap pernikahannya dengan seorang wanita.

Najim Alden Mohammad Saide, 39, yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan berusia 26 tahun di Singapura pada 23 April tahun lalu, mahu Jais melakukan siasatan terhadap dia dan pasangannya.

"Saya membuat aduan di pejabat agama di Shah Alam supaya ada siasatan. Berikutan itu, kami akan dipanggil pada 25 Ogos ini," katanya.

Pada 5 November tahun lalu dia memfailkan permohonan pengesahan nikah mengikut Seksyen 12 (2), Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Penghujahan kes terbabit difailkan pada 16 Ogos lalu dan akan diputuskan pada 14 Oktober depan.

Dalam satu lagi permohonan iaitu perintah injunksi yang dibuat mengikut Seksyen 199 dan 200 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini, dia mendapat perintah bagi menegah isterinya berkahwin lain.

Mahkamah mengekalkan perintah tegahan berkahwin terhadap isterinya itu sehingga kes permohonan pengesahan nikah mereka berdua selesai.

Sementara itu, Najim berkata, dia terkilan dan kesal selepas mengetahui isterinya ditunangkan dengan seorang pemuda baru-baru ini, sedangkan kes pengesahan pernikahan mereka masih berjalan. - myMetro

HUDUD : DAP perlu fahami dasar perjuangan PAS

Posted: 23 Aug 2010 07:16 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Parti itu juga menegaskan, ia tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pelaksanaan hukum hudud hanya melibatkan orang Islam, bukannya masyarakat bukan Islam.

"DAP tolak hukum hudud mungkin kerana salah faham kerana tidak memahami secara jelas mengenai pelaksanaannya.

"Sebenarnya hukum hudud ini sudah menjadi kewajiban untuk dilaksanakan dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata DAP perlu memahami dasar perjuangan PAS yang selama ini memperjuangkan Islam.

"Kita harap DAP memahami dasar perjuangan PAS kerana kita selama ini tidak pernah menyentuh dasar DAP ataupun dasar Parti Keadilan Rakyat (PKR). --- SETERUSNYA

Kapal selam tak boleh selam : Lapuran polis terhadap Nurul

Posted: 23 Aug 2010 04:47 AM PDT

STONE: umNO akan terus mempergunakan polis untuk survival mereka. Lapuran demi lapuran akan dibuat untuk terus bernafas. Dan polis, sepertimana diketahui akan segera bertindak terhadap sebarang lapuran polis dari juak-juak umNO ni, tetapi bersikap amat lembap seandai lapuran datang dari pihak Pakatan.
Sebelum ini polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas semata-mata untuk menyiasat tentang apa yang dikatakan nama KM PP YAB LGE telah dimasukan dalam doa khutbah Jumaat dibeberapa buah masjid di PP, walaupun polis sendiri tidak tahu di bawah seksyen mana sepatutnya kejadian itu hendak di kategorikan. Itu lah sikap polis 1Malaysia Najib.
Terbaru, Nurul pula diheret ke kancah mainan politik kotor umNO. Katanya Nurul telah membocorkan rahsia keselamatan negara dengan mengatakan kapal selam Malaysia tidak dapat menyelam (kenyataan) ketika diwawancara oleh akhbar Kompas Indonesia ......
KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Nurul Izzah (30), putri tokoh oposisi Anwar Ibrahim, dituduh berkhianat akibat wawancara yang dimuat di harian Kompas (5/8). Komentar Nurul tentang kapal selam bermasalah yang dibeli Malaysia dari Perancis jadi dasar dakwaan membahayakan keselamatan negara.

Nurul menjawab tuduhan serius itu dalam situs www.freemalaysiatoday.com (FMT). Sementara pihak Angkatan Laut Diraja Malaysia melaporkan Nurul ke Balai Polis Hulu Kelang tanggal 17 Agustus lalu.

Hasil wawancara dengan harian Kompas yang dijadikan dasar tuntutan militer terhadap Nurul adalah keterangan "...kapal selam itu tidak bisa menyelam dan persenjataan yang dibeli ternyata sudah kedaluwarsa."

Oleh sebagian media pro-pemerintah, Nurul pun dicap sebagai pengkhianat nomor satu karena menceritakan kondisi kapal selam Kapal Diraja Tunku Abdurahman yang tak dapat menyelam dan persenjataannya sudah kedaluwarsa.

Dalam jawaban di situs FMT, Nurul menjelaskan, keterangan kepada harian Kompas berdasarkan jawaban yang disampaikan Menteri Pertahanan Malaysia di Dewan Rakyat (parlemen Malaysia) pada 17 Maret 2010 tentang kapal selam tak bisa menyelam.

Sebelum Angkatan Laut Diraja Malaysia mengadukan Nurul ke Polisi Diraja Malaysia, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi menilai komentar Nurul sudah mencederai citra Malaysia dan membahayakan negara.

Dituduh demikian, Nurul menjawab tudingan pengkhianat bangsa lebih tepat diarahkan kepada pihak yang membiarkan korupsi merajalela di sektor pertahanan. "Jika Menteri Ahmad Zahid adalah patriot, kenapa tak mendukung Komisi Anti-Korupsi Malaysia untuk menyelidiki pemberian komisi kepada perusahaan Perimekar Sdn Bhd dari perusahaan Perancis dalam pembelian kapal selam itu yang ditanyakan parlemen tanggal 2 Juli 2010," kata Nurul.

Kasus korupsi sebesar 114 juta euro (Rp 1,2 triliun lebih) itu tengah disidangkan di Perancis. Perimekar Sdn Bhd adalah perusahaan milik Abdul Razak Baginda, seorang rekan dekat Perdana Menteri Najib Razak.

Nurul menambahkan, seperti diberitakan Bernama (6/8), latihan Angkatan Laut yang dilakukan setahun sekali di Malaysia demi penghematan dari semestinya tiga kali justru lebih membahayakan keselamatan dan keamanan negara.

Ahmad Zahid Hamidi dalam thestaronline.com (19/8) meminta politisi tak memolitisasi isu pertahanan nasional.(FMT/TheStar/Bernama/ONG) - Yahoo News Indonesia/Kompas.com
- Another police report against Nurul - malaysiakini

DAP kutuk kejadian simbah cat di surau

Posted: 23 Aug 2010 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — DAP mengutuk dengan sekeras-kerasnya kejadian sebuah surau di Taman Pulai Impian, Seremban disimbah cat merah pagi ini ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kejadian tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan jahat tetapi juga adalah suatu perbuatan khianat yang tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat demokrasi berpelembagaan, bertamadun dan madani.

"Mengikut Pengerusi DAP Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, yang melawat surau tersebut, terdapat beberapa cebisan botol arak yang mengandungi cat merah di kawasan tersebut.

"Pihak yang bertanggungjawab mungkin rasa provokasi ini akan lebih berkesan dalam bulan Ramadan yang mulia ini," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim memberitahu, DAP berharap polis boleh bertindak cepat menangkap mereka yang terbabit agar boleh dibawa ke muka pengadilan dengan segara.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia berdoa untuk keamanan dan menghindar daripada budaya kebencian dan keganasan yang tentunya akan menggugat harmoni dan perpaduan negara," katanya.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya telah membuat laporan polis secara rasmi," katanya kepada Bernama.

Hasbi berkata selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lepas.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya. - TMI.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Simbah Cat Di Surau.(Cubaan Provokasi )

Posted: 23 Aug 2010 09:08 PM PDT



-Malaysiakini-
Empat orang ditahan polis berhubung siasatan sebuah surau baru di Taman Impian Pulai Impian, Temiang, Seremban yang disimbah dengan cat merah awal pagi semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, dijangka akan memberikan butiran perkembangan terbaru kes itu pada sidang akbarnya yang dijadualkan pada jam 12 tengahari ini.

Pada kejadian awal pagi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Negeri Sembilan, ACP Zaki Masroh berkata, polis menemui satu tin cat dan dua penutup tin cat.

Oleh itu, beliau berkata, polis percaya dua tin cat telah digunakan.

Menurutnya lagi, di satu bahagian surau tersebut, polis menemui pecahan kaca yang dipercayai pecahan botol arak, atas tanah dekat tingkap surau tersebut.

Berdasarkan bekas di kaca tingkap, katanya, polis percaya botol arak itu dibaling ke arah tingkap tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kaca tingkap itu tidak pecah tetapi sebaliknya botol yang dibaling itu yang pecah.

Bahaya Arak,Bahaya Mercun.(18SG)

Posted: 23 Aug 2010 06:32 PM PDT

Seorang pemuda yang dah terlampau mabuk akibat minum arak berlebihan telah membuat keputusan untuk menyalakan mercun dan memakannya. Lepas tu mercun berkuasa kuda tu meletup dalam mulut dia, sampai jadi camni. Moralnya, jangan minum arak berlebihan sampai hilang akal.. heheh...

http://www.gempak.org/forum/gambar-ganas/23314-makan-mercun-mmm-sedap-nyam2.html


Kisah Kuda(2)

Posted: 23 Aug 2010 04:27 PM PDT

-Santai Pagi-
Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata,tiada kaitan dengan mana-mana manusia kat muka bumi ini.

Ini adalah kisah sekumpulam kuda yang menetap disebuah negeri bernama Negeri Atas Angin.
Mengikut cerita orang dulukala,semua binatang zaman dahulu boleh bercakap termasuklah kuda di negeri ini.

Adapun sekumpulan kuda yang menetap di negeri Atas Angin ini diketuai oleh seekor kuda yang di gelar PM.
PM ini ada mempunyai seekor kuda betina dari spesis kuda serama yang dijadikan bini.Kuda itu bernama RM.

Disamping itu, PM juga mempunyai beberapa ekor juak-juak dan pembodek yang akan membantu nya dalam kerja kerja nya.Sebut saja apa kerjanya pasti akan di laksanakan dengan patuh.Sebagai balasan dari kesetiaan pembantu-pembantunya itu PM telah memberikan beberapa hektar ladang ragut untuk kuda-kuda tersebut meragut rumput tanpa boleh di kongsi oleh kuda-kuda lain.


ketua kuda tadi yang di gelar PM juga mempunyai pengawal keselamatannya yang terdiri daripada beratus-ratus ekor anjing serigala.
Apabila ada ancaman dari pihak musuhnya maka anjing-anjing ini akan di lepaskan untuk menggigit kuda-kuda yang dehaka kepada perintahnya.

Sepatutnya tugas anjing-anjing ini hanyalah untuk mengawal padang ragut negara atas angin daripada di cerobohi oleh kuda-kuda lain.Adapun anjing serigala ini hobinya suka makan bangkai,walaupun sudah ada daging panggang yang di sediakan tapi anjing-anjing ini masih lagi suka mencari bangkai untuk dijadikan santapan tambahan ketika bertugas.

Tetapi PM telah mempergunakan anjing-anjing pengawal ini untuk kepentingan sendiri dan kroni-kroni nya.Bahkan segala pembahagian padang ragut pun telah di selewengkan oleh PM dengan membahagi bahagikan kepada keluarga dan kroni-kroni nya sahaja.Adapun kuda-kuda yang tidak sependapat dengannya hanya di berikan padang ragut yang kecik yang hanya ada dua tiga helai rumput sahaja.Sedangkan kepada kroni-kroninya PM telah memberikan padang ragut yang subur dan luas.

Inilahyang membuatkan kuda-kuda lain yang tidak sependapat dengannya merasa terkilan dan sakit hati.Lagipun cara pemerintahan PM adalah seperti diktator dengan tidak boleh ada sebarang bantahan dari kuda-kuda bawahan.

Sedangkan Tuan punya kuda telah memerintahkan supaya sesiapa saja yang menjadi ketua mestilah memimpin kuda-kuda dengan adil dan saksama mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkannya.Namun sejak memegang jawatan sebagai ketua PM tidak pernah melaksanakan segala peraturan dan undang-undang yang telah di amanahkan oleh Tuannya.Kalau adapun hanya sedikit sahaja yang di amalkannya ,yang selebihnya PM hanya memerintah kuda-kuda lain mengikut suka dia sahaja.

Pelbagai peraturan yang zalim telah diadakan oleh PM sejak menjadi ketua kuda-kuda.Antaranya yang paling zalim ialah akta yang menyekat kebebasan kuda-kuda lain untuk menyatakan pandangan dan pendapat.Sebarang pandangan dan pendapat yang bercanggah dengan dasar pemerintahannya pasti akan di tangkap dan dikurung dalam kandang yang gelab dan sempit tanpa di beri makan kecuali sedikit.

Pernah seekor kuda kacak yang mengetuai kuda-kuda bawahan telah di tangkap oleh anjing-anjing suruhan PM dan dikurung serta ditendang sehingga hampir lumpuh.

Olehkerana tidak tahan lagi dengan undang-undang zalim yang dibuat oleh PM,akhirnya kuda-kuda bawahan telah sepakat ingin menyerahkan memorandum kepada Raja Singa berkenaan dengan kezaliman PM.

Maka setelah ditetapkan tarikh dan masanya kuda-kuda bawahan mula mengatur langkah berkumpul beramai-ramai untuk tujuan tersebut.Tetapi perhimpunan secara aman itu telah diganggu oleh anjing-anjing pengawal PM.Atas arahan PM banyaklah kuda-kuda bawahan yang di gigit oleh anjing-anjing tersebut.Ada juga yang ditangkap tak kurang juga yang cedera teruk di belasah hebat oleh anjing-anjing upahan PM.

Namun peristiwa ini tidak pernah mematahkan semangat kuda-kuda bawahan,mereka bertekad tidak akan memberikan undi lagi kepada PM menjelang pemilihan ketua kuda nanti.
 

-ijoks2009-
Semoga dapat di ambil pengajaran dari kisah ini.
Sekali lagi di tegaskan kisah ini adalah kisah kuda,tak ada kena mengena dengan mana-mana manusia di muka bumi ini.hehehe.

-Artikel ini boleh dicopy untuk bersukaria-

Penghinaan Terhadap Islam

Posted: 23 Aug 2010 08:57 AM PDT

Minta perhatian,ada seorang yang menggelarkan dirinya "Melayu otak ringkas's" dlm youtube yang menghina Rasulullah dan menghina Allah dengan perkataan dan cemuhan yang sangat keji yang tidak sanggup saya baca.
lihatlah apa komen dia kat youtube.

http://www.youtube.com/watch?v=bk3mo91VebM
#
MelayuOtakRingkas
46 minutes ago

@nazdianaladyana92

fxxx allah

xxxx muhammad

bomb masjid

xxxx ka'aba

xxss al-quran

Fxxx ramadan

destroy islam anjing

channel dia kat sini
http://www.youtube.com/user/MelayuOtakRingkas



sesiapa yang ada channel youtube mari sama-sama kita flag channel dia.
Allahuakbar!!

Mereka Itu Tetap Hidup Dan Di Beri Rezeki

Posted: 23 Aug 2010 01:29 AM PDT

Bismillahirohmannirahim..
"Jangan kamu mengira orang yang dibunuh dijalan Allah itu sebagai orang-orang mati. Bahkan mereka orang-orang hidup, diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka gembira dengan apa yang beri Allah dari kurniaanNya dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum menyertai mereka (syahid dengan kata-kata) `Jangan kamu takut kepada mereka (musuh-musuh) dan mereka tidak bersedih hati". (Ali Imran:168-169)

Demikianlah beberapa karamah dan keajaiban yang berlaku di bumi Gaza dan begitu juga di bumi-bumi lain seperti Afghanistan, Chechnya, Kashmir selagi masih ada mereka-mereka yang ikhlas dan tetap setia melaksanakan janji-janji mereka kepada Allah. Mereka tidak sedikitpun merasa gusar dan takut dalam menghadapi musuh-musuh mereka kerana mereka yakin bahwa mereka akan dikurniakan antara dua kebaikan iaitu samada kemenangan zahir terhadap musuh ataupun syahid dan mendapat nikmat dan rezeki yang tidak terhingga dari Allah Jalla Jallaluh.

Berikut adalah sebahagian darinya:

1. Dr. Muawiyah Hassanein, Pengarah Ambulan Kecemasan dan Jabatan Kesihatan di Gaza menceritakan: "Para syuhada yang meninggal berhari-hari dan berminggu-minggu masih mengalirkan darah segar dari tubuhnya. Kami dan semua orang di sini sangat terkejut."

2. Syahid `Iyan berkata: "Saya menyaksikan orang yang gugur syahid tersenyum, meskipun keadaan tubuhnya hancur, lagi pula darahnya masih segar."

3. Seorang doktor yang bertugas di Gaza sedang menerima mangsa dari Briged Al Qassam, ia terkena peluru di dadanya. Mujahid ini tidak lupa meletakkan mushhaf Al Qur'an dan buku wirid harian di dalam poketnya. Ia terselamat kerana peluru terpecah dan Al Qur'an pun masih dalam keadaan baik. Sekarang ia sudah sembuh, wal hamdulillah.

4. Abu Qudamah, salah seorang komander Hamas di wilayah Timur Az Zaitun, Kota Gaza bercerita: "Saya dan beberapa pejuang sedang menunggu kesempatan untuk menyerang kereta-kereta kebal Israel.

Kami berdoa agar Allah menurunkan tentera-Nya dari langit untuk membantu kami. Dengan tiba- tiba tanpa disedari turunlah awan tebal menyelimuti wilayah kami. Kami masuk di antara puluhan kereta-kereta kebal itu tanpa diketahui oleh pihak musuh dan tidak dapat dikesan oleh pesawat-pesawat pengintai yang mundar mandir di udara. Kami mampu meletupkan kereta- kereta kebal itu, 5 ekor tentera zionis terbunuh dan puluhan lagi tercedera."

5. Ketika pesawat-pesawat Israel mengebom salah satu wilayah di Gaza, turunlah hujan lebat di wilayah itu sahaja dan tidak di wilayah lainnya yang menyebabkan pesawat-pesawat itu mengalami masalah penerbangan berjam-jam dan tidak dapat meneruskan pengeboman mereka.

6. Dua orang doktor warganegara Jordan bertugas di Gaza sedang bercakap dengan sekelompok mujahidin: "Kami sedang mengawasi gerak-geri tentera Israel dari tingkat dua, mereka ingin masuk ke dalam bangunan itu. Oleh kerana salah seorang mujahidin dari kami telah memasang perangkap di pintu masuk, maka meletuplah perangkap itu yang mengorbankan tentera Israel itu. Mendengar letupan itu, tentera Israel yang lain mengepung bangunan kami, maka terjadilah pertempuran sengit sehingga jam dua pagi. Kami keletihan lalu tertidur dari jam dua pagi hingga jam lima pagi. Kami kemudiannya terjaga dan bangun untuk melihat situasi di sekeliling ,namun ternyata tentera Israel telah melarikan diri."

7. Syaikh Abu Bilal yang tinggal di perkemahan Rafah berkata: "Kamu jangan mengira bahwa orang yang gugur di jalan Allah itu mati, mereka bahkan hidup, tapi kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:154)

Mereka para syuhada diletakkan selepas darjat orang-orang yang benar imannya (Shiddiqin) dan sebelum orang-orang soleh (Shalihin) di dalam Al Qur'an. Allah swt. berfirman:
"Barangsiapa menta'ati Allah, dan Rasul, mereka bersama orang-orang yang Allah beri nikmat kepada mereka, di antara mereka para nabi- nabi, shiddiqin, syuhada, dan shalihin. Merekalah sebaik-baik teman." (An Nisa':69-70) .

Beliau menambah lagi bahwa "Jasad para syuhada masih segar, kerana ruh mereka sebenarnya memakan buah di syurga, ini juga yang menyebabkan semerbaknya bau wangian kasturi. Darah masih segar, janggut tumbuh. Sebahagian syuhada yang dua tahun lamanya, atau berpuluh tahun bahkan berabad-abad tidak rosak jasadnya dan tidak dimakan oleh ulat dan cacing tanah."

8. Wangian semerbak minyak kasturi juga keluar dari jasad mujahid Al Qassam, Muhammad Abu Sya'r. Dia termasuk sebahagian dari mangsa serangan bom pesawat Israel. Bau harum itu tercium oleh orang yang menemui jasadnya dan berita kesyahidannya tersebar ke seluruh pelusuk masjid. Para pengunjung masjid beramai-ramai ingin melihatnya. Mereka bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir mengagungkan Asma Allah di atas keajaiban para syuhada tersebut.

9. Pekerja media menceritakan; kami berangkat untuk menolong orang yang tercedera di sebelah Utara Gaza, ketika itu tentera Israel menembak ke sekeliling kaki kami. Kami katakan kepada mereka: "Kenapa kamu melakukan ini, kami bukan tentera, kami tidak bawa senjata apalagi bom." Salah seorang tentera Israel berteriak: "Kamu orang Arab, kamu memakai pakaian putih, kamu malaikat, kamu berperang bersama Hamas."

10. Salah seorang tentera Israel sedang ditemuramah oleh media Israel, ia mengatakan bahwa ia kehilangan penglihatannya gara-gara melihat seorang pemuda yang memakai baju putih, melemparkan kepadanya segenggam pasir, pada waktu itu juga saya menjadi buta.

11. Tentera Israel yang lain pula menceritakan bahwa pejuang Hamas memerangkap mereka dalam banyak pertempuran umpama memerangkap ayam dan itik.

12. Salah seorang tentera Israel yang lain pula mengaku ia melihat ramai tentera Israel tercedera dan ditembak dari arah kanan dan kiri, namun tidak dapat dipastikan dan tidak diketahui dari mana tembakan itu berasal.

13. Sejumlah wartawan yang membuat liputan perang di Gaza menceritakan; kami bersembunyi dari serangan bom. Ketika situasi agak reda, kami dikejutkan oleh seorang yang keluar dari puing-puing runtuhan bangunan sambil membawa roket, ia salah seorang mujahidin pelancar roket yang menghalang kemasukan tentera penjajah Israel. Ia hadir dan hilang sekejap, umpama ditelan bumi.

14. Apabila jenazah Hasan Bin Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Israel ke atas Gaza, hendak dikebumikan di liang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, salah seorang pengasas dan pemimpin Hamas yang syahid pada tahun 2003, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih dan tiada tanda perubahan walaupun telah 5 tahun berlalu. Darah di kain kafannya seperti seolah-olah baru keluar pada masa itu juga manakala bendera yang digunakan untuk membalut tubuh Asy-Syahid Ismail semasa jenazahnya diarak 5 tahun lalu masih berbau wangian kasturi yang keluar dari tubuh beliau semasa kesyahidannya.
http://sahabatpalestin.blogspot.com/"Kemenangan semakin hampir,walaupun tekanan semakin keras,dan fajar pasti terbit walaupun kegelapan berpanjangan"
-Hassan Al-Bana-

-Widget Islamik,senang pasang tanpa popup -

~penarik beca

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Menentang Kapitalisme : Bagaimana Sistem Kapitalisme Mampu Menelanjangkan Anda?

Posted: 23 Aug 2010 05:00 PM PDT

BA ALIF BA YA BA ALIF CHA WAU LAM !

Posted: 23 Aug 2010 09:02 AM PDT