Sabtu, 21 Ogos 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Mari belajar mengeja! - bah. 2

Posted: 21 Aug 2010 06:35 AM PDT



Pada siri mari belajar mengeja bah.1, kesilapan yang jelas ialah sabutan yang sepatut nya di eja sambutan dan Al Murabak yang sepatut nya di eja Al Mubarak

Pada siri kali ini, gambar yang aku cilok dari http://biaqpila.blogspot.com, nampak nya lagi teruk kesalahan ejaan nya atau memang mereka yang di pertanggungjawabkan untuk menempah kain rentang ini tak reti mengeja. Bila dah siap main terima dan terus gantung saja.

Macam mana AHLAN WASAHLAN boleh menjadi AHLAN WASAHLAM dan yang paling lucu sekali ialah RAMADHAN @ RAMADAN boleh menjadi RAMADAHAN.

Kesian & Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

kalam Perantau

kalam Perantau


Mahasiswa: Shabery, kan molek kalau terbuka macam Saifuddin

Posted: 21 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh Mohd Nasir Awang   

Setakat ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah masih istiqomah dengan sikap dan komitmennya memperjuangkan peraturan lebih terbuka untuk aktivisme mahasiswa. Selaku bekas aktivis pelajar di zaman kampus dulu, beliau sendiri tentu lebih maklum dengan kekangan dan kongkongan yang sekian lama dihadapi warga kampus, terutama dalam menyatakan pendirian politik masing-masing.

Kebetulan pula beliau kini berada di tapak yang amat bersesuaian dengan kecenderungan pemikirannya. Kementerian dijaganya membolehkan beliau merealisasikan hasrat mewujudkan suasana lebih liberal dan adil untuk pembinaan insan lebih kreatif dan cemerlang di kampus-kampus institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Perkembangan semasa yang memungkinkan pemimpin mahasiswa IPT menyatakan sikap secara terbuka turut membantu mempercepatkan pencapaian hasrat itu. Sebab itu apabila  ada kumpulan mahasiswa menyatakan persetujuan membenarkan mereka terbabit dalam parti politik, ia bagaikan 'pucuk dicita ulam mendatang' buat Saifuddin.

"Saya menyambut baik resolusi ini. Jadi, kita akan mempertimbangkan cadangan berkenaan berikutan ia dipersetujui dan mewakili suara mahasiswa IPTA itu sendiri," media pada Selasa (10 Ogos) memetik katanya.

Beliau mengulas penyerahan resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar dua hari sebelumnya. Menerusi resolusi itu, mahasiswa mengambil kata sepakat bersetuju mereka dibenarkan terbabit dalam parti politik.

"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan. Selain itu, ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," ulasnya lagi.

Tidak syak lagi, secara idealnya pandangan dan pendirian sebegitulah yang amat kita harapkan. Kehidupan kampus sering dianggap platform terbaik menggilap bakat kepemimpinan yang diharapkan menjadi pelapis teraju masyarakat dan negara.

Untuk itu sudah sepatutnya sebarang kongkongan terhadap aktivisme dan idealisme siswa ditiadakan. Mereka perlu didedahkan dengan perkembangan "dunia luar". Selaku juru bicara ummah dan ejen perubahan masyarakat, mahasiswa perlu diberi ruang menyelami keluh-kesah rakyat.

Tidak dapat tidak, secara adilnya mereka perlu diberi kebebasan memilih dan menzahirkan kecenderungan politik masing-masing. Malangnya, keterbukaan dan sikap lapang dada ditunjukkan Saifuddin itu gagal dikongsi pemimpin lain.

Biar pun secara zahir para pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, menampakkan kesediaan mewujudkan kelonggaran dituntut mahasiswa, ia bukan kebebasan sepenuhnya. Kebebasan dibayangkan itu tidak akan menyebabkan mahasiswa terlalu berani menzahirkan sikap anti-establishment, yang merugikan parti pemerintah.
Sebab itu di saat gelombang kebangkitan rakyat menuntut keizinan lebih luas kepada penjawat awam dan warga kampus melibatkan diri dalam politik kepartian semakin memuncak mutakhir ini, sikap sebilangan pemimpin negara tidak sealiran dengan kecenderungan rakyat itu.

Bahkan, ada menteri tergamak membangkitkan isu kononnya parti pembangkang membelanjakan puluhan juta ringgit bagi menjayakan program merekrut mahasiswa. Umpamanya, PAS didakwa menjadikan pelajar Malaysia di Mesir sebagai 'kilang' untuk melahirkan pemimpin dan pendokong parti itu.

"Ini kerana mereka melihat Mesir tempat paling subur untuk meraih sokongan dalam kalangan pelajar Malaysia, dan juga sedikit di England," media pada Ahad (8 Ogos) memetik kebimbangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Dakwaan itu disangkal Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, partinya tidak pernah mengeluarkan duit untuk mengadakan program dengan pelajar di luar negara.

"(Perjuangan di atas dasar) kebenaran tidak memerlukan wang. Sebaliknya, jika memang benar terdapat pelajar di luar negara yang memilih perjuangan PAS, itu menunjukkan golongan cerdik pandai sentiasa bersama parti ini," ulasnya sinis.

Namun isu lebih utama di sini ialah kegagalan Shabery berfikir secara terbuka dan bersikap adil, terutama berhubung peluang sama rata antara parti-parti politik dalam mendekati warga kampus, dalam mahu pun luar negara.

Maksudnya, di saat parti kerajaan menikmati ruang dan peluang seluasnya mengadakan berbagai program mendekati mahasiswa, apakah masih wajar untuk BN-Umno berdengki dengan sokongan diterima parti lawan?

"Yang rekrut (mahasiswa) sebelum ini adalah Umno dan bukannya kita (PAS). Umno yang rekrut untuk tubuhkan Kelab Umno," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Baginya, penubuhan Kelab Umno Luar Negara, terutama di Amerika Syarikat, Britain dan Mesir adalah bukti jelas bahawa mahasiswa sudah lama dibolehkan aktif politik, tetapi hanya untuk Umno.

Ketidakadilan ini antara perkara yang mengganggu Saifuddin sejak dulu. Sebilangan tulisannya sarat dengan pandangan meliberalisasikan peraturan, terutama berkaitan perjalanan pilihan raya kampus.

Sebab itu apabila ada dakwaan kononnya kumpulan mahasiswa tertentu dalam pilihan raya kampus dibantu pihak luar dalam kempen mereka, beliau mendesak ia dinilai secara lebih adil.

"Siapa pihak luar dimaksudkan itu? Bagi yang memahami politik kampus, lazimnya pihak luar itu ditujukan kepada pembangkang. Bagaimana jika pihak luar itu turut membabitkan orang kerajaan?", soalnya menerusi kolum beliau dalam sebuah akhbar arus perdana, 23 September 2006.

Kita percaya Saifuddin sendiri sedia maklum betapa Umno jauh lebih ke depan dalam mempengaruhi politik kampus berbanding pembangkang. Justeru, di mana adilnya jika kecenderungan politik di kalangan warga kampus dibataskan hanya untuk kepentingan BN-Umno.

Tidak syak lagi pemikiran terbuka sebegitu tidak dikongsi rakannya dalam Umno. Justeru, ada baiknya beliau memperturunkan sedikit pemikiran sebegitu kepada yang lain, terutamanya Shabery


Najib dan Hishamudin tolong jangan kembali ke era Tun Razak dan Hussein

Posted: 21 Aug 2010 07:34 PM PDT

Oleh Subky Latif   

DUNIA media cetak di Malaysia selepas merdeka sememangnya dirundung suasana seperti gerhana matahari.
Jika sebelum era Dr. Mahathir, di era Tun Razak dan Tun Hussein Onn, siangnya seperti gerhana matahari penuh dan malamnya seperti tidak berbulan. Itulah yang dinamakan gelap. Zaman mereka adalah  zaman gelap bagi media cetak.
Tetapi di zaman Dr. Mahathir ada sedikit cahaya. Cahaya itu seperti dunia menghadapi tiga suku gerhana matahari. Ia tidak gelap  gulita, tetapi lebih teruk dari mendung.

Ketika UMNO mula berkuasa di zaman Tunku, cahaya media belum tercemar. Bukan saja UMNO ada lidah rasminya, Malaya Merdeka, Parti Negara dan Partai Rakyat bebas memiliki akhbar.

Dato Onn menerbitkan mingguan untuk Parti Negara bernama Kritik. Dato Onn tidak disyaratkan oleh kerajaan meletakkan di muka depan akhbarnya penjelasan seperti Untuk Ahli Parti Negara Saja. Mingguan Partai Rakyat yang dikelolakan oleh Ahmad Boestamam tidak disyaratkan meletakkan Untuk Ahli Partai Rakyat Saja.

Malah sebelum merdeka kerajaan penjajah Inggeris tidak menyaratkan kepada Malaya Merdeka mencetak Untuk Ahli UMNO Saja.

British tidak mensyaratkan kepada Tunku supaya Malaya Merdeka dijual di pejabat UMNO saja  dan Dato Onn tidak diperintah menjual Kritik di pejabat Parti Negara saja. Ia boleh dijual di mana-mana di pasaran terbuka.

Malaya Merdeka terkubur kerana tidak laku. Kritik terkubur kerana Dato Onn dan Parti Negara mati. Lidah Rasmi Partai Rakyat jadi mendiang kerana parti itu tidak cukup dana.

Di hujung era Tunku dan sepanjang era Tun Razak dan Hussein dunia media cetak bukan saja malap tetapi gelap. Parti pembangkang tidak diberi permit penerbitan. Apa yang dibuat oleh pembangkang ialah penerbitan haram. Berkeliaran polis memburunya.

Datang ke era Dr. Mahathir dengan dia sendiri menjadi Menteri Dalam Negeri yang menjaga permit penerbitan  dibenarkannya PAS menerbitkan Harakah tetapi disyaratkan sebagai penerbitan dalaman, tidak boleh dijual kepada orang ramai – untuk ahli saja.

PAS tidak pernah minta permit terhad tetapi yang Mahathir beri permit terhad.

Harakah diedarkan oleh ahli-ahlinya. Tetapi kerana ia mendatangkan rezeki kepada pengedar, ramailah pengedar akhbar mengambil terus dari pejabat Harakah.

Tetapi polis yang dulunya dipanggil mata-mata gelap betul-betul menjadi mata-mata  gelap mengacau pengedar-pengedar akhbar. Mata-mata gelap itu tidak pula terus menerus mengacau. Ikut angin dan mood UMNO.

Apa yang berlaku itu adalah gambar demokrasi Mahathir. Dia buli Harakah seperti kucing tangkap tikus. Kucing tidak terus makan tikus yang ditangkapnya. Tetapi dikepungnya hingga tikus itu tidak bertenaga.

Dr. Mahathir dari semasa ke semasa mengeluarkan amaran tetapi dibenarkannya pula Harakah diterbitkan dua kali seminggu. Walaupun Harakah mengamalkan demokrasi, mengkritik politik Dr. Mahathir, UMNO dan kerajaan BN, dia sekadar beri amaran tetapi pula menghalang KDN mengeluarkan permit baru apabila lama tamat.

Apabila Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Dalam Negeri, kerja pertama yang dibuatnya ialah menyekat permit dua kali seminggu yang dibenarkan oleh Dr. Mahathir kepada dua kali sebulan,

Dari tak ada langsung seperti di zaman Tun Razak dan Tun Hussein, dua kali sebelum adalah lebih baik dari zaman sebelum Dr. Mahathir. Walau pun  tak dapat semua, jangan tak dapat semua.

Tetapi di pertengahan era Pak Lah yang singkat itu dibenarkannya pula Harakah terbit semula dua kali seminggu dan dikeluarkannya pula permit untuk Roket untuk DAP dan Keadilan untuk PKR.

Seminggu sebelum Pak Lah 'dipaksa' bersara dia cuba bawa balik alam media cetak era Tun Razak dan Tun Hussein yang gelap dulu. Disekatnya permit Harakah. Tetapi apabila Najib mengambil alih kuasa dibatalkannya perintah Pak Lah itu.

Cuma selepas KDN diserahkan kepada Dato Seri Hishamuddin, dilambatkannya pengeluaran permit baru Harakah hingga ia tidak dapat diterbitkan seminggu dan Roket serta Keadilan digantung permitnya.

Perdana Menteri Najib adalah anak Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Dato Hishamuddin adalah anak Tun Hussein. Keduanya seolah-olah sepakat mahu kembali ke era gelap ayah mereka dulu.

Dengan perubahan masa, anak Felda saja sudah 200 ada PhD, dunia media bertambah maju, zaman ini bukan seperti 30 tahun, orang sudah tidak sekuno dulu, biarlah keduanya tidak jadi sekolot ayah mereka.

Datuk Seri Hisham patut ingat apa yang datoknya, Dato Onn bebas menerbitkan akhbar partinya, tidak pernah disekat oleh kerajaan masa itu. Yang Dato Onn buat dulu kira-kira sama dengan PAS, PKR dan DAP buat sekarang. Dato Onn tidak dihalang mengapa cucu Dato Onn dan anak Tun Razak cuba buat apa yang orang dulu tidak buat terhadap Dato Onn.

Najib dan Hisham jangan ulang kelemahan ayah masing-masing!


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ahmad Said MB T'ganu dan kroninya - Mek Hawa dapat kontrak RM8 juta

Posted: 21 Aug 2010 09:45 PM PDT


(Kemaskini - Mek Hawa Dapat Projek Bekal baju Sekolah)

KUALA TERENGGANU - Siapakah seorang perempuan yang bernama Mek Hawa di sisi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, yang cukup istimewa nasibnya?

Ahli dan penyokong PAS mungkin tidak mengetahui dan mengenali tentang Mek Hawa yang istimewa ini kerana semakan dibuat sehingga kini, Mek Hawa bukan ahli mahupun penyokong PAS.

Walaupun begitu, bukan semua ahli dan penyokong Umno yang mungkin mengenali Mek Hawa ini, kerana Mek Hawa bukanlah dikalangan pemimpin Wanita Umno ataupun pemimpin Puteri Umno.

Oleh yang demikian, mestilah Mek Hawa ini seorang yang benar-benar istimewa di sisi Ahmad Said.

Kalau Mek Hawa tidak istimewa takkan Ahmad selaku Menteri Besar Terengganu menganugerahkan Mek Hawa projek bernilai hampir RM8 juta.

Mek Hawa Dapat Projek Membekalkan Baju Sekolah

Sekitar bulan November 2008, sebuah syarikat bernama Hamie Enterprise telah menghantar surat secara terus kepada Menteri Besar Terengganu, menyatakan ia adalah sebuah syarikat yang membekalkan pakaian sekolah dengan jenama 'Ganu Kita'.

Dalam surat tersebut, tidak pula dinyatakan bahawa Hamie Enterprise memohon untuk membekalkan pakaian sekolah kepada pihak kerajaan negeri.

Namun surat Hamie Enterprise yang ditandatangani oleh penama Hamie Azreen bin Ami Nordin telah diperkenankan oleh Menteri Besar untuk menjadi syarikat yang membekalkan pakaian sekolah.

Bahkan, walaupun waktu itu sudah bulan November (hujung tahun), Ahmad dilaporkan memilih Hamie Enterprise secara rundingan untuk membekalkan pakaian sekolah bagi tahun 2008 juga.
SETERUSNYA

Tidak salah mendoakan kesejahteraan pemimpim - Dr Asri

Posted: 21 Aug 2010 08:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

"Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan," kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat "negarawan" tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

"Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun," kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

"Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

"Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam," katanya.

PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR.

"Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan," katanya.

Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya.

Katanya, jika doa kemenangan dibolehkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat.

"Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan," katanya.

Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional.

Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara.

"Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara," kata beliau.

Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.

"Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.

"Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

"Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai," kata mereka.

Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.

Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada "Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng" dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu - The Malaysian Insider

Jom pi "Majlis Sabutan Ramadzan Al Murabak" umNO Bahagian Jelutong

Posted: 21 Aug 2010 07:29 PM PDT

Majlis Sabutan Ramadzan Al Murabak
aku tak mau cakap apa2 ... korang tengoklah sendiri ejaan ni dari
UMNO Bahagian Jelutong
kahkahkahkah
1UMNO 1Malaysia konon ... langsung tak boleh pakai
tapi yang pasti umNO memang dalam keadaan
al koyak Rabak sekarang nie.

Isu Khutbah .. Polis tak tahu, seksyen mana nak siasat

Posted: 21 Aug 2010 07:06 PM PDT

Khatib terus doakan Guan Eng
Oleh Amin Ridzuan Ishak

BUTTERWORTH: Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat terus berlaku walaupun pelbagai pihak sudah menyatakan bantahan.

Kelmarin, insiden berlaku di Masjid Kubang Buaya, Bagan, di sini, dan lebih mengejutkan adalah khatibnya ialah Zakaria Ahmad, iaitu individu yang turut membacakan doa tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya menggantikan nama Guan Eng dalam beberapa kes sebelum ini.

Beberapa saksi yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad membacakan doa seperti berikut:

"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang."

Bagaimanapun, Zakaria tidak ada mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.

Berang dan marah dengan tindakan khatib itu, tiga saksi yang mendengar doa berkenaan, Mohd Shahril Harun, Mohd Radzi Hussain serta Muhammad Fahmie Omar, membuat laporan di Balai Polis Butterworth sambil ditemani pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, kira-kira jam 11.30 pagi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Satu lagi laporan dibuat oleh Kariah Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, kira-kira jam 2.30 petang semalam oleh Suid Saad. Laporan itu merujuk kepada khutbah Jumaat di masjid berkenaan pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan sudah memulakan siasatan.
"Tetapi kami belum mengklasifikasikan kes terbabit untuk disiasat mengikut seksyen mana kerana memerlukan kajian mendalam terlebih dulu," katanya - BH

Isu Khutbah : Kenyataan Media Bersama TKM1 dan Exco Hal Ehwal Agama Islam P. Pinang

Posted: 21 Aug 2010 08:58 AM PDT

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
YB DATO MANSOR OTHMAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1
PULAU PINANG &
YB ABDUL MALIK KASSIM, PENGERUSI HAL EHWAL AGAMA
ISLAM NEGERI PULAU PINANG, PERDAGANGAN DALAM NEGERI
DAN HAL EHWAL PENGGUNA
21 OGOS 2010


UMNO HARUS BUAT LAPORAN RASMI TERHADAP MANA-MANA KHATIB/IMAN MASJID PULAU PINANG YANG DIDAKWA GANTIKAN NAMA DYMM YDP AGUNG DENGAN NAMA KETUA MENTERI PULAU PINANG LIM GUAN ENG DALAM DOA KHUTBAH KEDUA SOLAT JUMAAT.

UMNO harus membuat laporan rasmi kepada polis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang(JHEAIPP) terhadap mana-mana khatib/imam mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. UMNO tidak patut terus bermainkan politik dalam perkara penting ini. Sebaliknya UMNO patut membuat laporan rasmi dengan segera bersama dengan semua butir-butir lanjut supaya tindakan dapat diambil.

Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib/imam yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di- Pertuan Agong. Kerajaan negeri dan JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut.

Permainan politik UMNO ini berniat jahat dan telah mencemarkan nama baik golongan khatib/imam di Pulau Pinang, yang bukan sahaja mendokong syair Islam yang syumul dan menyeluruh tetapi juga setia kepada raja dan Negara.

Beberapa ahli kariah masjid yang berikan keterangan menyokong dakwaan UMNO berkata nama Ketua Menteri ada disebut. Tetapi ia disebut oleh khatib/imam dalam konteks memohon kepada Allah supaya Ketua Menteri diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam. Ini adalah perkara lain daripada menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan Ketua Menteri. Adalah difahamkan ahli kariah tersebut adalah orang UMNO.

Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib/imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil. Hanya khatib/imam yang tak siuman berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak- agak mengambil tindakan tegas.

Dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri, adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini. Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai.

Usaha UMNO menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam tidak akan berjaya kerana hakikatnya adalah penghormatan diberikan oleh kerajaan PR kepada Islam yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu. Contohnya ialah peruntukan untuk pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam telah ditambah sebanyak 100 peratus daripada RM 12.3 juta pada 2008 kepada EM24.3 juta pada 2010, sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), sambutan bulan Al-Quran, anugerah huffaz dan istimak hufaz.
Adakah BN dan UMNO marah kerana kesudian Ketua Menteri untuk hadir di majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan, sambutan Maulidur Rasul, menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid- masjid di Pulau Pinang yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.

Sumbangan Ihya Ramadan, yang diluluskan oleh YAB Ketua Menteri, diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Dewan Serbaguna Jawi kepada semua masjid. Ketua Menteri hanya hadir bersama. Ini boleh disahkan oleh semua masjid yang hadir.

Lagipun Lim Guan Eng merupakan di antara Ketua Menteri yang paling awal sekali mengharamkan judi bola yang diluluskan oleh UMNO. Adakah UMNO simpan dendam dalam hati kerana Lim Guan Eng, sungguhpun bukan Islam, telah memalukan UMNO dengan mengharamkan judi bola yang dihalalkan oleh UMNO?

YB Dato Mansor Othman
YB Abdul Malik Kassim

Isu Khutbah LGE : Tak kan 3 laporan polis saja ... buat lah lagi

Posted: 21 Aug 2010 08:17 AM PDT

STONE : Menurut lapuran Bernama ni yang memetik menteri auuww berkata dah 3 lapuran dah diterima polis bersabit dengan khutbah di PP yang menyebut nama KM LGE menggantikan Yang di Pertuan Agong ....

La awat 3 saja ka? Buat la banyak-banyak lagi ... hehehe. Rajin sungguh depa ni kan ...
Yang boleh aku kata - Polis MESTI cepat bertindak ... kahkahkah

KLUANG: Polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan. "Ada pihak yang kata khutbah itu disalahertikan... disalah lapor. Jadi, kita hendak tahu fakta sebenar," kata Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong selepas majlis rahmat Ramadan dan berbuka puasa Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong di sini, hari ini. Hishammuddin berkata, sebarang isu berkenaan kaum dan agama perlu disiasat dan dikaji dengan teliti supaya tidak menimbulkan kemarahan yang mendalam.

"Kalau dulu, isu yang digembar-gemburkan adalah erkisar kepada perkauman. Sekarang ini sudah menular kepada keagamaan pulak.

"Kalau khutbah Jumaat pun boleh jadi polemik agama, saya memang cukup tidak puas hati tetapi sebelum tuduh mana-mana pihak, biarlah kita kaji baik-baik. Kalau tak boleh dikawal, ralat kemudian sudah terlewat," katanya. - Bernama

Pemuda umNO BODOH ... memang dah BODOH pun ... Hahaha

Posted: 21 Aug 2010 06:48 AM PDT



hahahahaha ... tapi tetap nak tunjuk pandai ... korang tengok lah sendiri ...
nasib baik la lagi Ramadahan ... dekat-dekat juga la lagi dengan Ramadan ..walaupun aku sendiri tak faham makna RAMADAHAN ... kalau jadi RAMARANTING macamana ? hahahaha .. aduhai umNO .. pembela Melayu ...
Nota : Gambar ni aku cilok dari blog Perisik Rakyat ..

Karpal tolak Hudud pendapat peribadi - TGNA

Posted: 21 Aug 2010 02:50 AM PDT

Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi, kata Nik Aziz

KOTA BARU, 21 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz (gambar) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

"Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.

Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.

"Nak mengelak tu memang tak boleh... tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya. — Bernama

Hahahaha Pemuda umNO Bagan lapor polis - Sebut nama LGE dalam Khutbah

Posted: 21 Aug 2010 01:04 AM PDT


Klik gambar untuk besarkan dan untuk dibaca, aku malas nak "copy n paste" ...
dah semakin haru biru dah jadinya umNO ni ...

Tapi aku percaya polis akan cepat bertindak kalau yang tukang lapornya umNO ..

Kalau orang Pakatan yang lapor atas kes2 umNo atau BN ... mampuih ... sat lagi hang kena balik la ... hahaha.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SERAGAM HARGA AIR DAN CUKAI TANAH - TOLAK CADANGAN MEREKA

Posted: 21 Aug 2010 11:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kerajaan Pusat bercadang untuk menyeragamkan kenaikan air dan cukai tanah pada semua negeri, seharusnya negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membuat kajian yang mendalam sebeum menerima pakai cadangan tersebut. Ini bukan soal politik tetapi ini soal dasar sesebuah negeri yang dipilih oleh rakyat. Apatah lagi negeri-negeri di bawah PR yang manifestonya sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu ingin mewujudkan Negara/Negeri berkebajikan.

Pengajaran yang berlaku di Selangor seharusnya dijadikan panduan sebelum Negeri di bawah PR membuat keputusan. Kerajaan Negeri Selangor yang ingin merakyatkan Selangor dengan menunaikan janji air percuma, awal-awal lagi diganggu dengan berbagai cara untuk menggagalkan usaha tersebut. Begitu juga dengan cukai-cukai tanah yang nampaknya Kerajaan Negeri di bawah PR lebih telus dan baik menguruskan hal tersebut daripada negeri-negeri lain. Ini yang menimbulkan rasa resah gelisah mereka kerana mereka bimbang rakyat lebih yakin dengan pentadbiran di bawah PR.

Secara peribadinya, saya tidak bersetuju jika negeri-negeri di bawah PR terpengaruh dengan cadangan Kerajaan Pusat itu. Implikasinya amat besar kerana rakyat kini yakin bahawa hanya PR sahaja yang boleh mengurus dan mentadbir semua itu dengan baik tanpa membebankan rakyat. Justeru itu, jangan mudah terpedaya dengan strategi mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat terhadap PR.

Apabila kesemuanya itu dikawal oleh Kerajaan Pusat, maka Kerajaan Negeri tiada hak lagi dan jika berlaku sesuatu yang membebankan rakyat, maka nama baik Kerajaan Negeri akan terjejas. Sudah terlalu banyak dasar Kerajaan Pusat yang menyusahkan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan kebajikan kepada rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh ? Ini Buktinya

Posted: 21 Aug 2010 06:00 PM PDT

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh

Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka.

Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?. Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?.

Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?


Bukti, kain rentang solat hajat dan yassin yang dihalalkan oleh UMNO itu

Inilah dia bukti, betapa kucar-kacirnya Islam Hadhari ciptaaan UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Maka itu, kini sedarlah kita sikap sebenar pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka hanya Islam ketika waktu-waktu tertentu sahaja, sebaliknya menjadi munafik di waktu lain pula. Apakah pemimpin sebegini boleh diterima oleh umat Islam di negara kita agaknya?. Marilah sama-sama kita buat perubahan dalam Pilihanraya Umum akan datang, agar mereka tahu bahawa politik tidak seharusnya dipolitikkan setiap masa. Biar mereka tahu kuasa rakyat itu penentunya.

[Oleh itu, rakyat perlu bijak melihat segala yang disajikan depan mata kita sekarang ini. Usahlah terpedaya dengan hasutan "Utusan Malaysia Penyebar Fikiran Rakyat" itu. Malah Umat Islam itu sendiri perlu lebih tenang dalam menilai setiap provokasi agama yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini. Mereka sebenarnya sudah mula terdesak untuk menarik balik sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti itu. Lantaran itulah, apa saja kaedah terpaksa digunakan bagi tujuan tersebut. Malahan, mereka sanggup memalukan diri sendiri dek kerana mahu membuktikan merekalah pejuang Islam sebenarnya. Walhal kakikatnya Islam UMNO hanya ada pada nama sahaja, pengisiannya jauh panggang dari api. Umat Islam terutamanya generasi muda terus dirosakkan akhlak dan akidah mereka. Itu semua bagi memudahkan agenda supaya mereka melihat Islam itu zalim dan sebagainya. Akhirnya golongan muda inilah yang akan dijadikan aset untuk mempercayai bahawa UMNO itu membela Islam dan Melayu itu sendiri. Inilah agenda sulit mereka sejak dulu, kini dan selamanya].

Sumber: Pahang Daily

SYABAS ATAS KEBERANIAN TAN SRI KHALID

Posted: 21 Aug 2010 12:30 PM PDT

SPRM, KSSB tubuh pasukan khas antirasuah pasir
Ogos 21, 10

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berkata, persetujuan itu dicapai pada pertemuannya dengan SPRM di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Katanya, pertemuan itu diadakan susulan pelawaan kerajaan Selangor kepada SPRM untuk menempatkan kakitangan dan pegawai di KSSB bagi tujuan itu.

"Pasukan petugas khas ini dicadang dianggotai pegawai KSSB dan SPRM," kata Khalid yang juga ADUN Ijok.

Menurutnya, dalam pertemuan tersebut, pihaknya turut disertai oleh Ketua Pengarah Eksekutif KSSB Wan Ab Halim Wan Ismail.

Manakala SPRM, antaranya disertai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Sutinah Sultan, dan Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata KSSB akan mengadakan taklimat mengenai operasi KSSB kepada SPRM termasuk prosedur dan kaedah-kaedah yang dipratikkan dalam perlombongan pasir.

"Selain itu, SPRM juga akan didedahkan dengan sistem-sistem yang diguna pakai oleh KSSB dan diajar untuk memahami urus niaga pasir yang dipratikkan oleh anak syarikat kerajaan Selangor ini," katanya.

Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata, apabila pasukan itu ditubuhkan, SPRM lebih bebas untuk memantau perjalanan operasi KSSB dan mengesan sekiranya ada prosedur yang boleh membuka ruang kepada rasuah.

Menteri besar berharap, SPRM boleh mencadangkan prosedur yang boleh mengurangkan berlakunya rasuah menerusi pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan terhadap KSSB.

Pada awal pertemuan, menteri besar memberitahu, pihaknya menerangkan bahawa kecurian pasir gagal diatasi oleh kerajaan terdahulu kerana hanya menumpukan kepada tindakan penguatkuasaan tanpa melihat masalah tersebut dari aspek bekalan pasir kepada industri pembinaan.

KSSB akan memastikan perlombongan pasir mengikuti semua peraturan alam sekitar dan geologi yang ditetapkan, tambah Khalid./Malaysiakini

Masa Ezam Disiasat SB Dulu Kenapa Hal Liwat Tidak Disebutkan?

Posted: 21 Aug 2010 11:23 AM PDT

Jika Ezam Bercakap Benar, Dialah Yang Pertama Diliwat

Seluruh negara tahu pada masa itu tidak ada satu pendedahan pun yang dibuat oleh Ezam tentang keburukan Anwar Ibrahim. Jika diperhatikan dengan situasi sekarang, hati tertanya tanya kenapa pada masa itu tidak ada satu patah pun keluar perkataan dari mulut Ezam yang menggambarkan Anwar seorang peliwat" Pada 1999 Ezam telah ditahan di bawah ISA dan dibebaskan pada tahun 2003.

Mungkin inilah saat paling klimaks dalam rencah reformasi Ezam. Pada saat Ezam berada di penjara tentu sekali segala maklumat sulit tentang Anwar dan segala perjuangannya akan cuba dikorek digali oleh SB pada masa itu. Tentu sahaja dia tidak ditahan semata mata tanpa ada soal balas di dalam penjara.

Kini satu dekad telah berlaku, apa yang meniti di bibir Ezam adalah Anwar seorang yang suka sesuatu yang diluar tabii. Kemana sahaja dia dijemput, semua ucapannya terarah kepada 'anwarlah orang yang paling jijik di dunia'.

Terbaru ezam mendedahkan tentang perbualan telefon saat Wan Azizah berada di Amerika sementara Anwar dan Ezam pula berada di malaysia. Ceritanya digambarkan pada saat itu Azizah merasa resah kerana ada lelaki lain di rumah bersama sama dengan Anwar. Cerita ini seolah olah menggambarkan bahawa Azizah, Anwar dan Ezam sendiri telah sekian lama mengetahui tentang perangai Anwar.


Malangnya di dalam facebook atau twitter Ezam, ada seseorang bertanya sejak bila, saat mana, bila tarikhnya, Ezam menyedari Anwar suka sesuatu yang di luar tabii? Sampai ke hari ini Ezam tidak dapat menjawab.

Namun tiap masa yang terluang bagi Ezam sekarang digarap ayat sebaik mungkin digambarkan bahawa Anwar memang sah berperangai suka kepada sesuatu yang di luar tabii. Bila Wan azizah membuat kenyataan supaya Ezam menghentikan fitnah tersebut, Ezam mencabar pula wan azizah bersumpah. Serta dengan beraninya berkata sanggup berjumpa di mahkamah.

Kita tentu sedia maklum bahawa Ezam bukan seorang yang bodoh dan tentu Ezam sendiri menyedari bila menyatakan sesuatu isu yang agak panas, maka beban untuk membuktikannya bukan terletak kepada orang yang dimainkan isu. Tetapi bebannya adalah terletak di bahu Ezam. Ezam mendakwa maka dialah patut membuktikannya.

Umum juga sedia maklum bahawa semenjak orang kenal Anwar dan reformasi, sejak itulah orang kenal Ezam. Itulah gambaran betapa rapatnya Ezam dan Anwar. Ezam juga tampan bergaya. Cun melecun. Dia orang kepercayaan. Dia ayam tambatan. Dia juga ayam laga. Dia juga perisai. Jika sebatang panah dilepaskan ke dada Anwar ibrahim maka jantung Ezam yang akan tembus. Itulah ikatan Anwar dan Ezam. Hinggakan gaya dan lenggok ucapan Anwarpun Ezam telan segalanya.

Jadi adalah agak meragukan jika benar Anwar suka kepada sesuatu yang di luar tabii, Ezam boleh terselamat. Ezam menepati ciri ciri yang diminati oleh orang orang yang suka kepada luar tabii. Wajahnya, percakapannya dan tubuh badannya menawan. Alangkah hairannya ia dapat menyelamatkan dirinya sedangkan dialah orang yang paling hampir. Jika betul Ezam bercakap benar tentang Anwar, Ezamlah orang yang pertama layak menjadi mangsa.

Melainkan Ezam hanya menabur fitnah. Dan ingatlah Ezam, menuduh orang berzina jika tidak di bawa empat orang saksi maka hukuman layak ke atasmu sama juga dengan penzina.

Ingatlah cerita seorang sahabat yang mengadu kepada saidina Omar bahawa dia melihat ada orang berzina, dengan segera saidina Omar meletakkan pedang di lehernya lantas berkata, lebih baik kamu diam jika tidak ingin tengkukmu dipancung, melainkan kamu dapat mendatangkan empat orang saksi.

Sumber: Ar Risalah

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Sejarah Hidup Mencari Tuhan(Bekas Penganut Hindu)

Posted: 21 Aug 2010 11:05 PM PDT

Bila Kerajaan Lupakan Akhirat,Mufti Pula Main Politik,Maka Rakyat Jadi Sesat

Posted: 21 Aug 2010 09:01 PM PDT

Sambutan Malam Tahun Baru .

  • Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang - undang Syariah jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Badarudin Ahmad Bustami berkata pihaknya kesal kerana gadis pada usia 16 sanggup menggadaikan maruah dengan mengadakan hubungan seks bersama 5 remaja lelaki lepasan SPM ketika menyambut malam Tahun Baru di sebuah hotel bajet di Jalan Besar Kuantan Pahang .


    Laporan Harian Metro [ 2 January 2009 ]


    • Seorang penyampai berita swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan Tahun Baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara . Operasi tersebut diketuai oleh Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat , judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur .
    Laporan Berita Harian [1 January 2009]
    • Lebih 300 remaja yang melakukan kegiatan tidak senonoh dengan pasangan masing - masing di tahan dan dibawa ke masjid Asy Syakirin berhampiran Menara Berkembar KLCC untuk menjalani sessi kaunseling dan motiasi dalam Ops Hijrah 2008 pada malam sambutan Tahun Baru .
    Laporan Sinar Harian [ 2 January 2008 ]
    • Pesta seks besar - besaran di tepi pantai di Johor Bharu bagi menyambut Tahun Baru . Syarat dikenakan ialah lelaki tidak dibenarkan memakai seluar dalam manakala wanita perlu memakai G-String dan sedia membukanya selepas tengah malam bagi meraikan sambutan Tahun Baru.
    Laporan Harian Metro [ 1 January 2009 ]
    • Bagai menjadi satu trend remaja sekarang ! demikianlah kata Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang [JAIP] Ghazali Abdul Aziz selepas berjaya menangkap 56 remaja berkhalwat di bilik - bilik hotel sekitar bandar Kuantan sempena sambutan tahun Baru .
    Laporan Kosmo [ 2 January 2009 ]


    • Mat Zahari Ali pengunjung di Bukit Bintang memberitahu Harakah ketika ditemui pada malam sambutan Tahun Baru bahawa sambutan pada malam itu sangat menjijikkan apabila beribu - ribu pengunjung yang datang ke situ dapat menyaksikan satu tarian wanita separuh bogel di Yegas Club berhampiran Times Square pada jam 11 malam . Mereka menari dan melalak seperti hilang aqal setelah meminum arak dan berhibur secara keterlaluan . Jijik dan lucah . Sementara itu Ketua Pemuda DAP [2004] Teng Chan Kim berkata : "Malaysia sepatutnya sudah meninggalkan budaya menyambut hari besar dengan hiburan semata - mata" .
    Laporan Harakah [ 2 January 2004 ]

    b] Sambutan Hari Kekasih

    • Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja [KEWAJA] Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu lupa diri ketika menyambut Hari memperingati Kekasih. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam kemudian mengambil pil khayal sehingga mereka berzina lalu hamil .
    Utusan Malaysia [ 10 februari 2007 ]
    • Pengarah Kem Modal Insan KEWAJA Yahaya Mohamed Yusof yang telah mengendalikan 3000 kes mengandung luar nikah sejak 1998 berkata : Kira - kira 50 peratus daripada mereka adalah pelajar sekolah menengah atas dan IPT dan diakui bahawa setiap kali tiba musim perayaan [sambutan], kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu .
    Utusan Malaysia [ 10 Februari 2007 ]


    • Baru - baru ini satu lagi kecelakaan sempena sambutan hari kekasih , apabila satu kempen "No Panties" sempena sambutan Hari kekasih dilancarkan dalam negara kita . Untuk apa sambut Hari Kekasih tanpa seluar dalam ni ? kalau tidak merancang untuk melakukan maksiat !
    Laporan Harian Metro [ 14 Feb 2010 ]
    Artikel Asal:  http://episodeperjuangan.blogspot.com/
  • Sehari Dalam Kehidupan Tok Guru

    Posted: 21 Aug 2010 05:16 PM PDT

    -Biodata ulama-

    Bila Mufti Berpolitik

    Posted: 21 Aug 2010 09:10 AM PDT

    SAYA tercari-cari kalau-kalau Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria sewaktu memegang jawatan dalam kerajaan, atas sifatnya sebagai ulamak, pernah mengkritik kerajaan BN atau mana-mana tokoh politik dari parti komponen BN atas apa-apa isu yang bersangkut paut dengan Islam.

    Sewaktu BN dengan rakus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Memali pada tahun 1985 kita tidak mendengar barang sepatahpun kata-kata kecaman dari Harussani terhadap tindakan zalim golongan yang berhati binatang itu.

    Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu meluluskan kanun jenayah syariah yang di dalamnya terkandung hukum hudud, PAS telah diserang di segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk pemimpin Umno. Bukan setakat PAS dibelasah, tetapi Islam diperlekehkan. Apa yang Dr. Mahathir tidak kata mengenai hukum hudud di perhimpunan agung Umno. Perwakilan Umno bertepuk mengejek setiap kali hudud dipersenda. Apa yang Harussani buat masa itu?

    Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom antara ulamak yang berani bersama dengan kebenaran, menyatakan bantahan terhadap golongan penentang hukum Allah sehingga dia dipecat. Mengapa Mufti Perak tidak bersama Mufti Selangor masa itu?


    Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan dihadapkan dengan konspirasi tuduhan liwat dan zina sehingga menimbulkan kegawatan politik dan 'perpecahan besar' (mengikut persepsi Umno yang Harussani mungkin berkongsi tafsiran mengenainya) Harussani hanya membisu. Mengapa dia tidak lantang menyatakan tentangan terhadap perbuatan khazaf yang dilakukan oleh penguasa? Anwar dibelasah dalam penjara hingga hampir maut, mengapa Harussani tidak mengeluarkan ayat-ayat Quran mahupun Hadis kepada pemerintah bahawa haram melakukan kezaliman?

    Apabila kerajaan BN menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara sambil menuduh institusi pengajian tersebut hanya melahirkan golongan pelampau yang menyelewengkan ajaran Islam, mengapa Harussani tidak berkata apa-apa?

    Baca lagi disini

    Kongsi Dosa Di Face book(Versi 2)

    Posted: 21 Aug 2010 07:38 AM PDT

    Lawak Pokok Mangga

    Posted: 21 Aug 2010 03:05 AM PDT

    -Santai-

    Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

    Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki..

    Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"
    Idea asal :
    http://jomss.blogspot.com

    -Widget Islamik,senang pasang tanpa popup -

    Bini Ustaz Akhil Kini Berpurdah

    Posted: 21 Aug 2010 12:00 AM PDT

    -Santai-
    PENAMPILAN istimewa pasangan Akhil Hayy dan Waheeda menjadi tumpuan ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa dan pelancaran program Hari Raya anjuran Astro di Bora Asmara, Kampung Sungai Penchala, Khamis.
    Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah.

    Jelasnya, selepas setahun berpurdah, hatinya semakin tenang dan bahagia.

    Alhamdulillah, dia berjaya menunaikan hajat untuk berpurdah yang tertanam sebelum berkahwin lagi.

    Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi.

    "Saya suka berfesyen dan sekarang telah mempunyai lebih 10 koleksi abaya yang dibeli secara dalam talian. Ikutkan dari dulu lagi saya suka mengumpul koleksi jeans. Sekarang saya kumpul abaya pula," katanya sambil tertawa.

    Baru-baru ini, dia dikhabarkan tidak berapa sihat. Ditanya tentang kesihatannya sekarang, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini itu mengakui keadaan dirinya baik sambil berkata dia selalu menghidap penyakit gastrik yang datang tidak menentu.

    -chananglani-


    -ijoks2009-
    Tahniah,harap berkekalan.

    -Widget percuma,senang pasang tanpa popup -