Khamis, 19 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Raja Azmi ditahan polis

Posted: 19 Aug 2010 07:33 AM PDT

Isteri Jailani Raja Azmi ditahan polis selepas buat laporan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.

Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki.

"Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini dua kali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya.

"Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.

Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.

Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas. — Bernama

HARUSSANI PERNAH BERBOHONG

Posted: 19 Aug 2010 05:00 AM PDT

MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG

Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat.

Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina.

Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan.

Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu.

Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan.

Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong.

Shamsul cabar Ezam bersumpah

Posted: 19 Aug 2010 02:43 AM PDT

Qazaf: Ketua Pemuda PKR cabar Ezam sumpah, bawa empat saksi

Oleh Syed Mu'az Syed PutraAugust 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar Senator Ezam Mohd Nor bersumpah di Mahkamah Syariah dan membawa empat saksi berhubung kenyataan-kenyataannya menyentuh kes liwat kedua dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian selepas membuat aduan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap Ezam atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap Anwar.

"Saya cabar Ezam untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah sekiranya dipanggil selain membawa empat saksi lelaki bagi membuktikan segala tuduhan itu adalah benar.

"Saya pasti tuduhan yang dibuat Ezam itu adalah fitnah dan sudah pasti beliau juga tidak mempunyai empat orang saksi itu," kata beliau selepas membuat aduan di pejabat Jawi kira-kira 2.45 petang tadi.

Beliau percaya Jawi akan membuka kertas siasatan dan akan memanggil Ezam untuk beri keterangan.

"Dalam aduan tadi kita telah kemukakan bukti-bukti mengenai tuduhan-tuduhan yang dibuat Ezam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya difahamkan Jawi akan siasatan dan akan panggil Ezam untuk memberi kenyataan," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, laporan ke atas Ezam yang juga bekas AMK dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Shamsul membuat aduan itu berdasarkan beberapa tulisan Ezam menerusi perkhidmatan blog-mikro Twitter.

Salah satu mesej Twitter Ezam yang dikeluarkan pada 11 Ogos lalu, berbunyi, "Azizah lindungi Anwar sebagai isteri, OK, tidak boleh subahat biar Anwar fitnah yang lain untuk tutup kesalahan sendiri sebab Azizah tahu hal yang sebenar."

Dalam kenyataan pada 12 Ogos lalu, Ezam mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Dr Wan Azizah agar membantu menghalang seorang lelaki daripada mendekati suaminya sekitar 2006.

Ezam menambah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang Dr Wan Azizah jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada Jawi.

"Jadi Ezam wajar disebat 80 kali kerana membuat tuduhan fitnah," kata Shamsul Iskandar lagi - TMI

bumiperak

bumiperak


harap maaf blog ini sedang dibaiki

Posted: 19 Aug 2010 09:25 PM PDT

HARAP MAAF BLOG INI SEDANG DIPERBAIKI

Genap 2 tahun Ceramah Nik Aziz di Stadium Perak

Posted: 19 Aug 2010 08:16 PM PDT

Terkenang dengan himpunan lebih 10,000 orang sebelum Ramadhan pada 16 Ogos 2008 di Staium Perak, Ipoh.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MEMALUKAN APABILA GUAN ENG MINTA ZAHID BERTAUBAT

Posted: 19 Aug 2010 11:00 PM PDT


Guan Eng tak tahu nama disebut dalam doa khutbah

Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 19 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan," ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.

Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.

"Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian," soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau mengarahkan Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri untuk menyiasat isu yang ditiupkan oleh Ahmad Zahid dan Umno itu.

"Saya pun baru tahu, saya sudah menghubungi YB Abdul Malik dan saya diberitahu bahawa memang tidak tahu perkara seperti yang didakwa Datuk Zahid Hamidi," ujarnya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Sehubungan itu, beliau mencabar Ahmad Zahid mengemukakan bukti ekoran dakwaan berunsur provokasi itu.

Beliau turut menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.

Terdahulu, Bernama melaporkan Umno negeri memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada bacaan doa dan khutbah Jumaat bagi menggantikan penggunaan nama Tuanku Mizan.

Ahmad Zahid sendiri menuduh, penggunaan nama Guan Eng itu dikesan di beberapa masjid tertentu sejak beberapa minggu lepas.

Dijangkakan Guan Eng bakal menghadapi pelbagai cabaran lagi ekoran komitmennya mahu melihat rakyat tanpa berbilang kaum menikmati hidup yang lebih baik berbanding era Umno BN memerintah Pulau Pinang./Harakahdaily

SUARA KEADILAN PALING DITAKUTI

Posted: 19 Aug 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI SEBALIK kita berbangga apabila permit akhbar Roket kepunyaan DAP telah diluluskan oleh KDN, kita meragui mengapa permit akhbar Suara Keadilan amat liat untuk diluluskan. Sebelum ini akhbar Harakah juga telah diberi kelulusan permit dan ini kununnya menunjukkan betapa KDN mengamalkan sikap `adil'.

Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu. Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka. Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional. Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian. Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa?

Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum. Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali./wfauzdin.blogspot.com

Siapa penderhaka sebenar? Nurul persoal Zahid Hamidi

Posted: 19 Aug 2010 03:14 PM PDT

Aug 19, 2010

Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal.

Justeru, saya (Nurul Izzah Anwar, gambar kanan) sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama.

Menyebut tentang imej dan keselamatan Negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan Negara?

Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan Negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan.

Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh Negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi.

Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan.

Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar Negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan.

Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar, selaku ahli parlimen Lembah Pantai sebagai respon terhadap Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi.

-MerdekaReview

SAYA TIDAK MAHU GANGGU AZIZAH - ANWAR

Posted: 19 Aug 2010 01:34 PM PDT


Presiden PKR: Anwar main teka teki
Ogos 19, 10

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih bermain teka-teki dengan wartawan berhubung sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan November ini.

Pada sidang media di ibupejabat parti itu, hari ini, Anwar cuba mengalihkan tumpuan media dengan berkata beliau tidak pasti sama ada dicalonkan bagi jawatan berkenaan. "Saya tidak memikirkannya dan tidak ada rakan-rakan di PKR yang memberitahu saya, 'Anwar, awak mesti bertanding'. Hanya mereka di luar parti yang sibuk," katanya.

Jawatan presiden PKR kini disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang Anwar secara bergurau berkata mendapat lebih banyak sokongan daripada dirinya. "Azizah telah banyak menyokong saya...beliau telah menjalankan tugas dengan baik, jadi mengapa saya harus ganggunya?" soal Anwar sambil melemparkan senyuman./Malaysiakini

TERKEDU UMNO DENGAN `SMASH' DARI NIK AZIZ

Posted: 19 Aug 2010 05:00 AM PDT

Nik Aziz berang


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap pemimpin UMNO yang dilihat memberi bangkangan terhadap apa sahaja cadangan baik yang datang dari negeri itu.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, apa saja yang datang dari Kelantan ramai pemimpin UMNO cuba 'menunjuk cerdik' dengan pelbagai komen.

"Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka. Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan Pas di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi.

"Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas'. Akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan sama turut diambil Kerajaan Pusat terhadap pemerkasaan perbankan Islam yang turut bermula dengan langkah Kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam.

"Itu belum termasuk program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

"Sekarang apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah dinar (emas) dan dirham (perak) pada 12 Ogos lalu, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam Kerajaan Kelantan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan pimpinan Barisan Nasional enggan memulakan sesuatu, jangan pula menidakkan usaha pihak lain.

"Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem 'barter trade'.

"Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.

"Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti," katanya.

Beliau tertarik apabila seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, heboh meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa 'Dinar Emas dan Perak Dirham' ini boleh menyebabkan kerugian./Sinar

RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ?

Posted: 19 Aug 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan dari Ridhuan Tee seorang Muallaf yang menggelar PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang, hati saya merasa sakit. Selama ini saya amat menghormati orang yang saya panggil Ustaz itu, tetapi sekarang baru saya tahu Ridhuan Tee bukan seorang Ustaz jauh sekali orang politik, tetapi beliau masih mahu mencari publisiti di tepi-tepi jalan.

Saya bersetuju dengan kenyataan PAS, yang mahukan Ridhuan Tee memohon maaf kepada PAS terhadap kejahilan beliau itu. Selama ini saya tidak pernah memandang rendah terhadap pendakwah bebas kerana mereka mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing asalkan tidak lari dari hukum Islam yang ditetapkan. Kini, Ridhuan Tee telah mencemarkan imej beliau selaku pendakwah bebas sebelum ini kerana bercakap dengan tidak menggunakan ilmu di dadanya.

Beliau boleh sahaja menegur atau mengkritik PAS mahu pun Umno atau sesiapa sahaja, tetapi hendaklah dengan fakta di samping nas dari Al-Quran dan Hadith sebagai pelengkap kebenaran tegurannya. Ridhuan Tee gagal berbuat demikian dan ini meletakkan beliau setaraf dengan pencacai Umno yang lain. Samada beliau mahu atau tidak memohon maaf kepada PAS, ianya sedikit pun tidak merugikan PAS tetapi sebaliknya Ridhuan Tee semakin dijauhi masyarakat akibat keceluparannya itu.

Disarankan Ridhuan Tee memasuki gelanggang politik selepas ini. Jangan hanya mengharapkan tuah datang menggolek dengan cara mengampu Umno tanpa perlu berjuang dalam politik. Mungkin teringin sangat untuk dilantik sebagai Senator dari pintu belakang. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com

KEMATIAN BENG HOCK - NOTA TIBA-TIBA MUNCUL MENCURIGAKAN, KATA PEGUAM

Posted: 19 Aug 2010 01:00 AM PDT

Dr Pornthip: Beng Hock Tidak Bunuh Diri

Teoh Beng Hock tidak membunuh diri tetapi besar kemungkinan menjadi mangsa kekerasan sebelum beliau dijumpai mati di perkarangan bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam pada tahun lalu.
Remove Formatting from selection
Rumusan itu dibuat oleh peguam Malek Imitiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan Selangor, berasaskan ketegasan keterangan pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasonand pada inkues untuk menyiasat punca kematian mendiang.

Pornthip mengekalkan keterangan awal bahawa tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan Beng Hock membunuh diri.

Malah kesan luka pada leher Beng Hock adalah akibat kekerasan yang digunakan ke atas dirinya dan tidak konsisten dengan kecederaan mangsa jatuh dari paras tinggi.

Seperti yang dijangka, inkues terhadap punca kematian Beng Hock bertumpu kepada keterangan Pornthip yang terpaksa diberi kawalan keselamatan.

Ini kerana beliau menerima ancaman keselamatan selepas memberi keterangan pada Oktober tahun lalu.

Pakar patologi yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini memberitahu sidang inkues bahawa beliau yakin Beng Hock tidak membunuh diri setelah hadir pada bedah siasat mayatnya untuk kali kedua hujung tahun lalu.

Ketika itu beliau mengesan tanda- tanda luka pada leher mendiang yang menyokong hujah bahawa Beng Hock besar kemungkinan telah dikasari.

Tanda- tanda luka itu juga dikesan oleh pakar patologi kerajaan Dr Shahidan Mohamad Noor.

"DR Pornthip telah beri keterangan. Beliau tegaskan memang terdapat kecederaan- kecederaan sebelum jatuh. Beliau sahkan perkara itu. Kedua beliau pasti kes ini bukan kes bunuh diri. Kita akan menunggu keputusan daripada majistret," kata peguam mewakili keluarga mandiang, Gobind Singh Deo.

Dalam pada itu Pornthip juga ditanya mengenai nota bunuh diri yang kononnya ditulis oleh Beng Hock.

Nota itu hanya didedahkan oleh pejabat peguam negara 10 bulan selepas Beng Hock dijumpai mati pada Julai tahun lalu.

Beng Hock dijumpai mati setelah disoal siasat sepanjang malam oleh pegawai SPRM berhubung penggunaan wang lebih RM2000 oleh pejabat majikannya iaitu ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Peguam keluarga Beng Hock, Gobind berkata Pornthip menegaskan sebarang nota yang berkaitan dengan kes kematian mencurigakan harus diserahkan untuk pelbagai ujian seperti DNA bagi mengesahkan kesahihannya.

Namun pejabat peguam hanya bertindak untuk mengeluarkan dokumen itu apabila sidang inkues memasuki babak- babak terakhir.

"Tiba- tiba ia muncul. Ini tidak adil dan ia sungguh mencurigakan. Kita sudah jalankan inkues ini setahun, tiba- tiba kamu datang dan bawa nota baru. Bagi saya ia langsung tidak adil," kata Gobind./TVSelangor

kalam Perantau

kalam Perantau


Pakatan Rakyat tiada pilihan melainkan perlu menang besar di Kedah

Posted: 19 Aug 2010 07:03 PM PDT

Oleh : Mohd Ali Hashim   

ALOR SETAR, 18 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) perlu menang besar di negeri Kedah bagi mengukuhkan pemerintahan negeri yang sedia ada dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata, antara langkah yang akan diambil ialah kemungkinan meletakkan calon bukan Islam bagi bertanding mewakili PAS di beberapa kawasan yang mempunyai majoriti pengundi bukan Melayu.

Namun begitu, kata putus adalah terletak kepada keputusan oleh PAS Pusat selepas diadakan perbincangan dengan komponen PR melalui Jawatankuasa Pembahagian Kerusi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan negeri berkata, faktor sokongan dan penerimaan pengundi serta keputusan perbincangan yang dibuat dalam PR adalah satu perkara yang diberi prioriti.

“Inilah peluang bagi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) untuk terpilih mewakili PAS. Walau bagaimana pun ia akan bergantung kepada keperluan parti dan PR.

“Tidak juga dinafikan kemungkinan peluang bagi calon bukan Islam dari PAS untuk diletakkan sebagai calon memang ada. Tiada juga kuota yang ditetapkan bagi calon bukan Islam bertanding di negeri Kedah,” katanya.

Tambahnya lagi, pertambahan penyertaan bukan Islam dalam DHPP adalah kerana keyakinan mereka terhadap perjuangan yang dibawa oleh PAS yang berteraskan Islam serta bebas dari korup dan penyelewengan.

Sebelum ini, katanya kerajaan negeri yang diterajui PAS sering dipersalahkan dalam banyak isu yang sengaja dibangkitkan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Isu sampah, pembalakan, bekalan air, pembuangan pekerja di kawasan perindustrian Taman Teknologi Tinggi Kulim dan kini yang terbarunya ialah banjir yang melanda beberapa daerah di Sik dan Baling turut dituding jari kepada kerajaan Negeri oleh Umno BN.

Walau bagaimana pun, ujarnya dengan tindakan bijak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, semua dakwaan Umno dan BN itu telah berjaya disangkal


Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Solat Jemaah Ibarat Sekolah Politik

Posted: 19 Aug 2010 09:25 PM PDT

Assalamualaikum dan salam blogger,
Jika 10 tahun lalu,bila di sebut politik adalah sebahagian daripada Islam,ramai dikalangan orang Islam sendiri ,bahkan ada juga dikalangan ahli akedemik dan cendikiawan muslim yang marah .Mereka mengatakan  slogan politik adalah sebahagian daripada Islam adalah slogan yang sesat lagi menyesatkan.Marah sungguh mereka seolah-olah sesiapa yang mengucapkan perkataan itu boleh jatuh murtad.

Mereka kata politik yang kotor tidak boleh dicampur adukkan dengan Islam yang suci.Tapi itu kata mereka ,dari hasil pemikiran mereka yang tidak mendapat didikan cara Islam,mereka ini adalah hasil didikan  penjajah Ingeris yang memang pada agama mereka (Kristian) memisahkan antara politik dan Agama.Pada mereka biarlah Raja(pemerintah) memerintah dunia dan Tuhan memerintah Akhirat.

Tapi agama Islam bukan macam itu,islam adalah agama syumul,Islam adalah bukan semata-mata agama ibadah,bukan semata-mata agama solat,puasa ,zakat,haji dan nikah kawin.Islam datang membawa rahmat keseluruh alam.Dengan sistem Islam manusia seluruhnya bahkan seluruh isi bumi boleh hidup dengan harmoni kerana sistem islam merangkumi keadilan utuk semua makhluk.

Sayangnya walaupun ilmu Islam sudah berkembang di Malaysia sekarang masih ada lagi yang berpegang dengan pendapat songsang itu.Baru-baru ini saya terbaca satu komen golongan ini dalam youtube ,Dia mempersoalkan mengapa tidak boleh dipisahkan politik dengan Islam.Saya percaya masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berfahaman sebegitu.Disebabkan itu  saya rasa bertangungjawab untuk menulis N3 ini.

Golongan ini seakan tidak peduli dengan politik ,mungkin pada mereka dunia politik tidak ada sangkut paut dengan dosa pahala.maka biarlah siapapun yang nak memerintah negara asalkan kita dapat hidup tanpa peperangan dan boleh kerja dan tak mati kelaparan .Mereka lupa tangungjawab memilih pemimpin yang adil juga adalah fardhu ain bagi yang mampu.Al Imam Dr. Yusuf Qaradawi pernah menyebut dalam bukunya "Fiqhi Daulah"Atau Fekah Bernegara,bahawa hukum mengundi adalah seperti memberikan kesaksian jika diminta,sesiapa yang mengundi parti atau pemimpin yang diketahui akan memerintah negara dengan peraturan selain peraturan Islam sama seperti memberi kesaksian palsu .dijelaskan juga sesiapa yang tidak mengundi sehingga menyebabkan kalahnya orang yang amanah maka dia akan berdosa.

Sebagaimana kata Tuan guru Nik Aziz,Islam adalah satu sistem dan disiplin hidup yang direka khas oleh Allah sebagai panduan untuk manusia mentadbir alam ini.Hanya dengan islam sajalah manusia dan seluruh alam akan dapat hidup harmoni.Umpama buku panduan yang disediakan oleh sebuah syarikat pengeluar kereta yang memberikan panduan kepada pengguna tentang cara penggunaan kereta .Semua tentang kereta disebut disitu dari A sampai Z,tidak ada yang tertinggal.Jika tidak mengikut panduan yang disediakan maka akan cepat rosaklah kenderaan itu.Begitu juga dengan Islam semua panduan lengkap tentang hidup manusia termasuk cara berpolitik telah di nyatakan oleh Allah dlm manual book untuk produknya yang bernama manusia ini.manual Book itu ialah Al-Qur'an.

Jika Islam dipisahkan dari politik akan lahirlah kerajaan yang zalim tanpa ada badan penegur.Islam ibarat brake dalam sistem politik.memisahkan politik dan Islam ibarat membuang brake pada sebuah bas yang sedang bergerak laju.Akibatnya pemandu dan semua penumpang bakal terhumban kedalalam gaung neraka .

Macammana nak mengatakan bahawa tidak ada politik dalam Islam sedangkan jika diperhatikan .sistem solat berjemaah adalah ibarat sekolah politik.
Sistem solat berjamaah betul-betul seperti sistem negara atau sistem politik.Imam diibaratkan seperti ketua negara dan makmum seperti rakyat.Orang yang nak jadi imam mestilah orang yang terbaik dikalangan mereka ,dari segi bacaannya,waraknya dan akhlaknya.kalau kaki nombor ,kaki botol,atau isteri dia tak pakai tudung orang tak pilih jadi imam.

Setiap pergerakan imam mesti diikuti oleh makmum selagimana imam tersebut tidak menyalahi cara solat seperti yang di ajar oleh Rasulullah,kalau imam buat salah makmum kena tegur.kalau tak tegur bukan saja solat imam itu batal ,salat makmumpun turut batal.Imam pula bila di tegur mesti memperbetulkan kesilapan tak boleh buat keras kepala.nak menegur imam pun ada tertibnya.Mula-mula ucapkan subahanallah  perlahan2,jika imam masih degil(mungkin x dengar) kuatkan sikit suara tu.dan jika 3 kali ditegur imam itu masih degil .bolehlah makmum berpisah dari imam.Nak menegur imam pula mestilah ada adat-adatnya jika silap tegur solat orang menegur boleh batal.Mesti seorang saja yang menegur bukan beramai2 kalau tidak makin pening imam tu,hehehe.
Itulah dia indahnya sistem Islam,wallahua'lam..
-ijoks2009-

Kisah Suami Isteri yang Mesti Di Contohi..

Posted: 19 Aug 2010 08:37 AM PDT

-Merenung Sejenak-

Assalamualaikum,salam blogger
kali ini posting saya ingin menceritakan kisah suami- isteri yang patut di contohi oleh semua pasangan yang mahukan rumahtangga mereka aman damai dan dirahmati Allah.tanpa berlengah mari kita sama-sama baca kisah menarik ini..

Tidak seperti biasanya, hari itu si suami pulang lebih awal menjelang asar.
Isterinya menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita.Dia mengharapkan suaminya itu membawa wang lebih banyak karena keperluan di rumah makin besar.

Sesudah melepas lelah,berkatalah si suami. "Maaf sayangku, kali ini abang tidak membawa wang sesenpun." Isteri yang solehah itu menyahut sambil tersenyum,(bukan macam kebanyakan isteri zaman sekarang) "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala."
Jawapan ikhlas dari isterinya membuatkan suami bertuah itu merasa sayu ,dia merasa sungguh kasihan pada isterinya itu,Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu isterinya tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.

Suami itu lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau si fulan anak sifulan?". "Ya betul. Ada apa, Tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya."

Dia mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar dengan sukahati. Tentu saja Isterinya sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka fikirnya.Dengan wang itu nanti akan dapat digumnakan untuk membeli keperluan dapur.

Dengan wang itu ,si suami tadi terus ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya karena Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang,dia memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Sekembalinya kerumah, Suami tadi menceritakan apa yang berlaku kpd isterinya,,Sambil tersenyum isterinya berkata, "Saya juga akan buat keputusan seperti abang seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta karena Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."

-Pasangan suami isteri itu ialah ,Saidina Ali ibni Abi Thalib dan Siti Fatimah Binti rasulullah s.a.w.
-semoga dapat di jadikan renungan bersama di bulan Rahmat ini.-
wasalam..

Dari Ibnu Abbas radhiAllahu 'anhu katanya: "Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup." (HR Bukhari)

Tangkap Khalwat Di BulanRramadhan

Posted: 19 Aug 2010 12:38 AM PDT

GEORGETOWN – Baru sahaja selesai solat Terawih kemudiannya sepasang kekasih dicekup pula Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAINPP) dalam satu serbuan pagi semalam.
Lelaki yang berusia 39 tahun dan bekerja sebagai operator itu bagaimanapun sudah berkahwin dan ditangkap bersama pasangannya berusia 33 tahun yang masih bujang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang.

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, lelaki berkenaan bertindak licik ketika diserbu Pegawai Penguat kuasa Agama (PPA) Unit Operasi JAINPP ke dalam rumah.

Menurutnya, lelaki berkenaan menyorok di bahagian balkoni luar rumah dengan ditutupi ampaian kain.

Menceritakan kejadian ketika serbuan, pasangan berkenaan cuba bertindak untuk mengelirukan pihak penguat kuasa dengan melarikan diri secara merangkak ke bilik berasingan.

Kemudiannya, wanita berkenaan yang ditemui dalam sebuah bilik pada mulanya mengaku hanya tinggal bersendirian, dan ketika JAINPP meminta kunci bilik kedua, dia mengatakan tidak mempunyai kunci berkenaan.

Anggota PPA kemudiannya berjaya menjumpai kunci berkenaan di atas meja dalam rumah dan kemudiannya menemui seorang lelaki duduk dalam keadaan diam di bawah ampaian kain yang penuh.

"Setelah dibuat pemeriksaan, lelaki dan wanita itu disahkan tidak mempunyai ikatan perkahwinan dan mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat.

Baca lagi disini

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Mari belajar mengeja!

Posted: 19 Aug 2010 03:41 AM PDT



Dapat dari forum Tranungkite. Terdapat 2 kesalahan ejaan yang tak boleh dimaafkan. Syarikat yang buat papan tanda ini hentam keromo saja. Sah!, silap silap tak dapat bayaran...

Kepada anda yang rajin, cari lah 2 kesalahan besar tersebut. Yang kecil kecil tak payah cari.

Sekian.

Kredit untuk scazi

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Kerajaan Negeri P.Pinang bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan awam nya.

Posted: 18 Aug 2010 08:05 AM PDT



Syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng diatas keprihatinan membayar bonus RM400 kepada kakitangan awam kerajaan negeri sempena menyambut hariraya Aidilfitri yang akan menjelang tak lama lagi.

Walau pun tak sebanyak mana tetapi cukup bererti dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban untuk persediaan menyambut Aidilfitri.

Bagaimana pula dengan kerajaan di lain lain negeri terutama nya negeri negeri yang dikuasai oleh BN ?. Aku tanya sebab mereka ini, sikit sikit tak main la....kurang kurang pun RM1000, baru lah mereka nak bagi bonus. Kalau tak, baik tak payah bagi.

Teringat macam mana DS Shahrizat Jalil pelekeh pemberian RM100 (lump sum) kepada warga emas (baca sini). Nak dengar juga apa kata beliau tentang pemberian bonus ini, nak pelekeh juga ke....

Sekian



Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

"Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

"Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.- malaysiakini.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 19 Aug 2010 05:24 AM PDT


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Full story here

ANAK BEKAS PEJUANG SAMSIAH FAKEH :DJ popular 98.8 FM diarah bercuti

Posted: 19 Aug 2010 12:35 AM PDT

DJ popular 98.8 FM diarah bercuti

Posted by admin on August 19th, 2010

DJ popular Melayu di saluran radio Cina di 98.8 FM, Jamaluddin Ibrahim telah diarahkan bercuti selepas menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dikenali sebagai Jamal kepada para pendengarnya semasa menguruskan program pagi sebagai hos 'Say Hi to Malaysia' di dalam bahasa Cina itu ke udara pada setiap Isnin sehingga Jumaat.

Jamal memaklumkan bahawa pihak pengurusannya menerima arahan tersebut dan mengarahkannya mengambil cuti sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Pihak pengurusan radio berkenaan menerima surat dari SKMM yang mendakwa menerima laporan daripada pendengarnya mengenai program tersebut. Beliau yang fasih berbahasa Cina itu memberi komen-komen sepanjang di udara didakwa SKMM sebagai masalah kepada masalah keselamatan negara terutamanya berkaitan perhubungan kaum yang tidak boleh diterima.

Namun begitu, pihak SKMM tidak memberitahu dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan keselamatan negara itu dan gagal menerangkan dengan baik pertuduhan mereka terhadap dirinya.

Jamal disuruh hadir ke pejabat SKMM di Siberjaya esok pagi.

Ramai peminatnya naik marah dan kesal dengan tindakan kerajaan melalui SKMM dengan memaksa beliau berundur. Mereka geram kerana SKMM yang terletak di bawah Menteri Penerangan dan Komunikasi, Tan Sri Rais Yatim gagal menjelaskan dengan baik perkara ini. Bagi mereka jika benar, Jamal perlu dihadapkan ke mahkamah bagi mempertahankan dirinya di dalam negara demokrasi ini.

Saluran 98.8 FM ini adalah salah satu daripada tiga stesen radio yang dimiliki oleh Star Publications (M) Bhd yang dikuasai oleh MCA.

Jamal yang dilahirkan di Beijing, China merupakan anak kepada dua pemimpin kanan Melayu Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh dan Ibrahim Mohamad telah tinggal di China untuk sekian lamanya sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia pada pertengahan tahun 1990an.

Sehingga kini, pihak berkuasa SKMM dan pihak pengurusan radio berkenaan masih belum dapat dihubungi pihak media untuk laporan lanjut.-KLToday.com

Persoalan untuk dijawab oleh Felda

Posted: 19 Aug 2010 12:27 AM PDT

Persoalan untuk dijawab oleh Felda

1. Bagaimana kedudukan pelaburan Felda didalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta?

2. Bagaimana pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta?

3. Mana perginya wang tabung tanam semula sejak 1970 hingga kini yang berjumlah hampir RM768 juta?

4. Berapakah keuntungan sebenar Felda Plantation dan kemanakah ia disalurkan?

5. Benarkah Felda Global Ventures Sdn Bhd ada meminjam dari KWSP untuk pelaburan yang mencecah bilion ringgit termasuk di Cincinnati dan Boston?

6. Kenapa Skim Pinjaman Perumahan Felda/Generasi Kedua tidak disubsidikan seperti Rumah Mesra Rakyat dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)?

Felda kaya raya atas keringat peneroka. Pemimpin berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni. Nasib malang kepada peneroka yang "hutang berantai" tidak pernah langsai. Harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang!


(Dipetik dari risalah FELDA BANKRAP? terbitan ANAK)
===
PINTA PENGERUSI FELDA JAWAP:


BENARKAH PENDAPATAN TAN SRI DARI ELAUN, GAJI, DIVIDEN DARI FELDA DAN ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA MENCECAH RM2 JUTA SATU TAHUN?



RPK DAKWA LAGI????

Posted: 19 Aug 2010 12:24 AM PDT

GEMPAR: Gani Patail Ada Hubungan Sulit Dengan Azailiza


RPK Kini Dakwa Peguam Negara Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa

Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan suklit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.


"Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama? Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau (Abdul Gani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya mengakui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak. Mahkamah hanya mahu menentukan sama ada hubungan itu akan menjejaskan kes yang sedang dibicarakan.

"Dalam erti kata lain, adalah berlaku 'pillow talk' semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," kata RPK membuat kesimpulan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes. -SK


Okay, what about this affair then?

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Today, the Associated Press reported, "A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case."

Okay, the issue here is that the court has no doubt that the allegation that deputy public prosecutor Farah Azlina Latif is having an affair with the prosecution's key witness in the Anwar Ibrahim Sodomy II trial is true. The court is not concerned with whether an affair is going on or not. It is only concerned with whether the affair would compromise the trial.

In other words, is their any 'pillow talk' going on in between the bonking? And the court is convinced there is no pillow talk, just hardcore bonking. So there is no miscarriage of justice and therefore the charge against Anwar need not be dropped.

Why does the Attorney General not want to confirm or deny the allegation that a member of his team is bonking the prosecution's key witness? Would it not be easy if he just denied it and solve the entire problem?

He is not prepared to risk his neck, first of all, because he knows it is true and he knows that if he tries to deny it more shit is going to hit the fan. But more importantly, he is worried that if he denies it then we would bring out another allegation of an affair, this time involving him and Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, the Head of the International Affairs Division of the Attorney General's Chambers.

Yes, everyone knows about this affair. It is no secret. The AG and Azailiza make frequent trips overseas together and, to save the taxpayers' some money, they share a hotel room rather than book separate rooms.

Aiyah! Prosecution star witness Saiful Bukhari Azlan bonking DPP Farah Azlina Latif. Then Prime Minister Najib Tun Razak aide Khairil Annas Jusoh bonking Saiful Bukhari Azlan. And now the AG himself bonking Head of International Affairs Division Azailiza Mohd Ahad.

There appears to be a hell of a lot of bonking going on in the Palace of Justice. And with the Chief Justice illegally marrying a second wife in Thailand and then destroying the evidence to escape prosecution, like our Member of Parliament from Sabah, it makes one wonder how they even have enough time to prepare for the court cases.

***************************************************

Affair claim in Malaysia's Anwar trial deemed true

(Associated Press) - A Malaysian judge said Monday he considered allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the man who accused opposition leader Anwar Ibrahim of sodomy to be true but the relationship did not compromise the case.

Anwar insists the sodomy charge against him should be dropped after an opposition-linked activist claimed last month that a young female prosecution attorney in the trial had a recent affair with Anwar's accuser, a 25-year-old male former aide. Neither of them has directly responded to the allegation.

Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing his ex-aide, Saiful Bukhari Azlan. He insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar.

High Court Judge Mohamad Zabidin Diah ruled Monday that the prosecution team in the trial had accepted the allegations of an affair to be true because it did not directly confirm or deny them.

"The court must accept what is stated as true," he said.

However, Mohamad Zabidin rejected Anwar's request for the charge to be dropped, saying the affair claim did not compromise the prosecution's integrity. Prosecution lawyers have argued that Farah Azlina Latif had been a junior member of the team and never had important documents in her possession.

Malaysia's attorney general ordered Farah removed from the case last month. He said although there was no proof to support the claim of an affair, the move would protect the prosecution's credibility.

The defense claims Farah might have leaked confidential information to Saiful, who should not have access to prosecution strategies.

Mohamad Zabidin postponed trial hearings until Sept. 20 after Anwar's lawyers said they would appeal his decision.

This is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned.


Labels:

BENARKAH ‘Y.B’ BANTU PATI DAPATKAN IC?

Posted: 19 Aug 2010 12:21 AM PDT


Posted by admin | Thursday, August 19

SAYA berminat untuk memberi komen satu isu terbaru bertajuk 'Milik siapakah MyKad 810925-12-5209?' kerana sesiapa sahaja terbaca artikel ini jelas memeranjatkan kerana individu yang terlibat melakukannya bukanlah calang-calang orangnya kerana bergelar 'Yang Berhormat'.

Tergamak sekali 'Yang Berhormat' melakukan perbuatan seperti itu yang boleh disifatkan sebagai ibarat menyimpan sebutir bom jangka di rumah rakyat tempatan yang sedang tidur nyenyak. Lagi pun perbuatan 'Yang Berhormat' itu amat bertentangan dengan usaha kerajaan membersihkan PATI dan penggunaan Kad Pengenalan Palsu di negeri Sabah.

Mungkin juga 'Yang Berhormat' tidak berminat menyelesaikan masalah PATI dan Kad Pengenalan Palsu di Sabah, kerana terfikir bahawa tanpa PATI gelaran 'Yang Berhormat' akan jatuh terburai pada PRU13 kelak. Mungkin juga isu ini sebahagian daripada punca utama mengapa PATI dan Kad Pengenalan Palsu tidak dapat diselesaikan di Sabah?

Peliknya lagi, mengapakah pihak berkuasa mengambil sikap remeh terhadap isu ini yang melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara? Kenapa tidak lucutkan sahaja gelaran 'Yang Berhormat' yang diberikan rakyat setelah diundi dan diangkat menaiki takhta Wakil Rakyat pada PRU12 atau secara gentlemen 'Yang Berhormat' menyerahkan sahaja takhta Wakil Rakyat itu kembali kepada rakyat yang mengundinya pada PRU12 lalu.

Sudah tentu 'Yang Berhormat' telah sedar bahawa menyokong atau menyimpan (harbouring) PATI apatah lagi bersekongkol memalsukan kerakyatan orang asing adalah menjadi suatu kesalahan berat dan boleh dilabelkan sebagai pengkhianat negara dan sepatutnya KDN menyumbatkan sahaja spesis ini ke Penjara Kajang atau diasingkan seperti mengasingkan banduan ke Pulau Jerejak suatu ketika dahulu.

Inilah bentuk penjajahan UMNO sejak bertapak di Sabah kira-kira hampir 20 tahun lalu telah banyak menimbulkan karenah yang amat menyakitkan hati rakyat Sabah dari aspek keselamatan, kerakyatan, ekonomi dan mewujudkan pelbagai penyakit sosial.

Rakyat harus sedar dan berfikirlah dari sekarang sama ada mahu meneruskan talian hayat UMNO dan BN di Sabah atau sebaliknya. Rakyat buatlah penentuan pada PRU13!

Salam hormat,

RAKYAT SABAH YANG PRIHATIN

-SABAHKINI


Labels:

DUIT RAYA DARI KERAJAAN YANG "TAK TAHU MENTADBIR"

Posted: 19 Aug 2010 12:06 AM PDT

Pulau Pinang sedia RM1.5 juta untuk kakitangan
Mohd Ali Hashim

GEORGETOWN, 19 Ogos: Seramai 3,577 kakitangan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menikmati pemberian wang khas berjumlah RM400 seorang menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa sidang media semalam, pemberian keseluruhan wang tersebut berjumlah RM1.5 juta akan dibuat pada 3 September ini.

"Pemberian ini juga adalah sebagai satu sumbangan kepada kakitangan awam negeri Pulau Pinang yang banyak membantu kerajaan negeri ke arah pembangunan dan kejayaan negeri.

"Tanpa usaha dari penjawat awam yang memberi khidmat secara profesional maka sudah pasti lonjakan status negeri ini ke persada bandaraya antarabangsa tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) adalah julung-julung kali diadakan.

Katanya, ia juga membuktikan kerajaan negeri menghargai khidmat mereka dengan harapan akan terus bekerja dengan lebih gigih bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian dan perkhidmatan yang baik.

Lim juga berkata pembayaran yang dibuat seminggu sebelum hari raya itu adalah bagi mencorakkan penjawat awam profesional yang bertaraf dunia kepada semua kakitangan awam negeri yang diterajui oleh Kerajaan PR di Pulau Pinang.

SETIAP ISI RUMAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM 4000

Posted: 19 Aug 2010 12:02 AM PDT

Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.