Selasa, 17 Ogos 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Cara Pantas buka Blog /Web Page (Santai)

Posted: 17 Aug 2010 02:25 AM PDT

Saya pernah buat posting pasal benda ni dulu,tapi mungkin ada yang belum mengetahuai.

pernah kah anda mengalami line tenet yang lambat.Anda nak buka sesuatu blog kegemaran anda tapi terpaksa menunggu hingga 5 minit untuk membuka page tersebut.Ada cara shotCut sebenarnya untuk mempercepatkan proses itu.
cuma ada beberapa kelemahan cara ini ialah anda tidak dapat melihat sebarang video atau audio dari blog tersebut.
Caranya senang saja.anda cuma perlu tambahkan perkataan ini ( /feeds/posts/default ) kat depan url blog atau web tersebut.
Contohnya alamat url blog ini ialah ( http://ijoks2009.blogspot.com ) akan jadi ( http://ijoks2009.blogspot.com/feeds/posts/default )
Pastikan lambang (/)selepas "blogspot.com" tidak dimasukkan 2 kali,jika tidak trik ini tidak berfungsi.
iklan-
-Widget percuma,senang pasang tanpa popup -

Download e Kitab(percuma)-UPDATE-

Posted: 17 Aug 2010 12:50 AM PDT

http://www.ziddu.com/download/2810489/Detik-DetikHidupku-HasanAl-Banna.pdf.html   
- Detik2 Hidupku hasan al-Banna

http://www.ziddu.com/download/2820888/PetunjuksepanjangJalan.pdf.html
Petunjuk Sepanjang jalan Syed Qutub

http://www.ziddu.com/download/2810046/MazaYakni-FathiYakan.pdf.html
Apa ertinya Saya menganut Islam Fatti Yakan

http://www.mediafire.com/?gvnwhzm590u                                          
Sejarah Rasulullah

http://www.mediafire.com/?x0nofyx0mm7                                             
asas2 Akhlak harakah Islam

http://www.mediafire.com/?0mn2jsy3yjg                                             
Asas2 Islam

http://www.mediafire.com/?leoxcin1yy4                                             
Fiqhi Dahwah

http://www.mediafire.com/?yeudixhimd2                                         
Pandangan Jakim Terhadap Wahabi

http://www.mediafire.com/?5yeel43dfxw                                          
Soal Jawab aqidah



-ijoks2009-
Bukan saya yang upload e kitab tersebut,saya cuma tolong menghebahkan .
Semoga bermanfaat.
terimakasih pada org yang upload..

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Selepas Felda, kini Felcra pula diseleweng

Posted: 17 Aug 2010 08:00 PM PDT

Pas mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, kedudukan Felcra sebagai institusi pemulihan tanah di negara ini semakin kritikal apabila berlaku 'ketidakadilan' kepada peserta Felcra.

"Kerajaan memberikan tanah kepada Felcra untuk dimajukan tetapi pemilik tanah hanya mendapat pulangan yang sedikit, sebagai contoh kes yang berlaku di Bagan Serai, Perak.

"Peserta Felcra menye:rahkan lima ekar tanah untuk diusahakan oleh Felcra tetapi mereka hanya mendapat tiga ekar setengah dan selebihnya adalah hak milik Felcra," katanya pada sidang media membongkar kepincangan Felcra di ibu pejabat Pas di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Peserta-Peserta Felcra, Akmalluddin Mohd Noor dan Pengarah Perhimpunan Warga Felcra Kebangsaan, Razman Zakaria.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.
Katanya, setakat ini, pihaknya mendakwa mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.

Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Dakwaan itu, antaranya melibatkan pembelian 20,000 ekar estet di Sabah, pelaburan RM17 juta dalam pembelian bon yang didakwa tidak diluluskan serta salah urus tadbir dalam unit perniagaan khas Felcra Berhad dan koperasi pesertanya.

"Perhimpunan Warga Felcra kebangsaan diadakan pada 31 dan 1 Ogos lalu, pihak kami menerima banyak rungutan dan luahan daripada peserta," katanya.

Isu gambar Sultan Johor : DSAI jumpa polis esok

Posted: 17 Aug 2010 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim pada kain rentang satu ceramah parti itu di Batu Pahat bulan lepas.

Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat akan diambil keterangan pada pukul 11 pagi di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya.

"Ini berkaitan penyiasatan penggunaan foto Sultan Johor kononnya oleh penganjur ceramah di Batu Pahat," kata satu kenyataan dikeluarkan di sini petang ini.

Semalam, Ketua Polis Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris berkata keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.

Polis setakat ini telah merekodkan keterangan daripada 52 orang individu termasuk penduduk tempatan dan ahli politik antaranya Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

Ibrahim berkata polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit.

Ketika bertitah pada majlis penutupan Kembara Mahkota Johor Bermotosikal di Kota Tinggi minggu lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu kerana perbuatan itu boleh memecahbelahkan masyarakat. - TMI

Peniaga saman Polis RM2 juta

Posted: 17 Aug 2010 02:51 AM PDT


Peniaga cedera ketika demo Bersih saman polis RM2 juta


KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Seorang peniaga hari ini menfailkan saman RM2 juta terhadap tiga ketua polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan terhadapnya semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Jalan Tun Perak, tiga tahun lepas.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Alyesak Hamid @Hassan, 34, menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi sebagai defendan kedua, Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga manakala Kerajaan Malaysia selaku defendan keempat.

Dalam penyataan tuntutan itu, bapa kepada tiga anak itu menuntut gantirugi am sebanyak RM1 juta, gantirugi teruk dan gantirugi teladan sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas, faedah atas jumlah ganti rugi yang dituntut sebanyak lapan peratus dari tarikh writ saman difailkan hingga penghakiman.

Selain itu, beliau yang diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri, turut menuntut faedah lapan peratus setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian, kos dan relif selanjutnya dan yang lain sebagaimana difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam penyataan tuntutannya, Alyesak mendakwa pada masa kejadian iaitu pada 4 petang, 10 Nov 2007, beliau yang berada di Jalan Tun Perak di sini bagi tujuan menyertai perhimpunan BERSIH berubah menjadi kelam-kabut selepas diarah beredar dari tempat kejadian.

Ketika diarah beredar oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), beliau selaku plaintif mendakwa terjatuh akibat diserang dari belakang oleh pihak FRU semasa ingin beredar dari tempat kejadian.

Alyesak mendakwa semasa beliau cuba mengambil langkah ke belakang untuk beredar dan mengelak daripada dirempuh oleh anggota-anggota FRU, beliau terjatuh berhampiran pasu-pasu pokok Bunga di Jalan Tun Perak akibat diserang dan ditolak dari belakang.

Akibat daripada itu, plaintif mendakwa beliau dipijak oleh anggota FRU dari belakang badan dan kaki kirinya dan turut disepak berkali-kali di bahagian lutut dan rusuk kanan dengan kuat yang menyebabkan kaki kirinya patah. — Bernama

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Gempar-Tim Menteri Terlibat dgn Pelacuran ...???

Posted: 17 Aug 2010 06:33 AM PDT


Berita dari Harian Metro (baca di
myMetro) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ''Timbalan Menteri Bakal di Siasat'. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

"Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. sila baca di Free Malaysia Today dan SINI

Gempar-Tim Menteri terlibat kegiatan pelacuran...???

Posted: 17 Aug 2010 06:28 AM PDT


Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ''Timbalan Menteri Bakal di Siasat'. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

"Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. sila baca di SINI

Gempar-Tim Menteri terlibat kegiatan pelacuran...???

Posted: 17 Aug 2010 06:28 AM PDT


Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ''Timbalan Menteri Bakal di Siasat'. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

"Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. sila baca di SINI

Gempar-Tim Menteri terlibat kegiatan pelacuran...???

Posted: 17 Aug 2010 06:28 AM PDT


Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ''Timbalan Menteri Bakal di Siasat'. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

"Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. sila baca di SINI

Gempar-Tim Menteri terlibat kegiatan pelacuran...???

Posted: 17 Aug 2010 06:28 AM PDT


Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ''Timbalan Menteri Bakal di Siasat'. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

"Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. sila baca di SINI

Gempar-Tim Menteri terlibat kegiatan pelacuran...???

Posted: 17 Aug 2010 06:28 AM PDT


Berita dari Harian Metro (baca di SINI) hari ini telah melaporkan sebuah berita yang bertajuk ''Timbalan Menteri Bakal di Siasat'. Berita tersebut mengenai seorang Timbalan Menteri yang bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.

Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

"Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

"Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP.

Berita dari Harian Metro tersebut tidak menyiarkan nama pengadu dan nama Timbalan Menteri yang didakwa itu..

Dan jika anda ingin tahu siapa yang melaporkan kepada polis dan siapa juga Timbalan Menteri yang didakwa itu.. sila baca di SINI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TEOH CEKIK DIRI SENDIRI ? ADUHAIIII.....

Posted: 17 Aug 2010 10:25 PM PDT

Cekik diri sendiri

Razak kemudiannya mencadangkan kepada Pornthip bahawa Teoh mencekik dirinya sendirinya. Katanya, ini kerana empat daripada doktor telah mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan Teoh dicekik.

Gobind bangkit dan mengarahkan Razak menunjukkan bagaimana seseorang mencekik diri sendiri. Razak menyahut cabaran itu dan cuba mencekik diri sendiri sambil digelakan daripada mereka di mahkamah itu.

"Saya cadangkan bahawa anda datang ke mari untuk serang SPRM," katanya.

Beliau memberi beberapa kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Pornthip tetapi dinafikan oleh pakar patologi Thailand itu. Menurut Pornthip, laporan yang dikemukakannya disokong dengan bukti saintifik.

Razak: Awak kata 80 peratus pembunuhan.

Pornthip: Saya telah terangkan. Awak mesti terima...

Razak:
Apabila awak beri keterangan 80 peratus adalah kes pembunuhan, ia dilaporkan di semua media negara ini.

Pornthip berulang-kali menggesa Razak supaya membaca laporannya, tetapi ketua pendakwa SPRM itu berkata: "Saya habiskan masa tiga hari membacanya."

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan kemudian mula berbisik yang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dengan cara soalan Razak.

Razak kemudiannya bertanya sama ada objek tumpul yang dirujuk oleh Porthip pada awal inkues pagi ini merujuk kepada kerusi atau benda lain.

Pornthip: Saya ingin tanya sama ada awak seorang peguam?

Razak: Mungkin, saya lebih muda daripada awak tetapi saya telah berkhidmat sebagai peguam untuk 24 tahun.

Ini disambutan dengan cemuhan 'wah' daripada mereka yang hadir. /Seterusnya di Malaysiakini


KIBAR BENDERA ATAU......................

Posted: 17 Aug 2010 10:00 PM PDT

Enggan Kibar Tanda Protes

FARDILLA DIN

17 Ogos - Tindakan Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, mengibar Jalur Gemilang memang tindakan yang patriotik tetapi ia bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.

Memetik portal The Star Online, Roshidi yang menyebut peniaga diberi kata dua untuk mengibar Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan atau lesen mereka tidak diperbaharui tetapi menarik balik kenyataan tersebut selepas itu, dianggap sebagai memperlihatkan kegusaran Umno-BN dalam situasi tersebut.

Kata Nizar, sepatutnya penduduk termasuk peniaga diberi galakan bukannya dikenakan paksaan dan jika itu yang dilakukan mereka tidak akan marah dan seterusnya memprotes.

"Sebab Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam"

Nizar juga berkata protes masyarakat untuk tidak mengibar Jalur Gemilang juga ada hubung kait dengan suasana politik di Perak yang kini diterajui Barisan Nasional melalui proses rampasan kuasa.

"Semua ketidak puasan dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes" Kata Nizar./TVSelangor

Radio Rakyat Malaysia Online: Radio Rakyat Live Streaming.., ...

Posted: 17 Aug 2010 09:35 PM PDT

Radio Rakyat Malaysia Online: Radio Rakyat Live Streaming..,




...
: "Radio Rakyat Live Streaming.., Minicaster Radio PlayheadTo listen you must install Flash Player."

TIMBALAN PRESIDEN UMNO DIBERI TUNJUK AJAR OLEH PRESIDEN MCA ?

Posted: 17 Aug 2010 08:00 PM PDT

Chua kepada TPM: Sila ikuti peredaran zaman
Ogos 17, 10

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keadaan sosio-ekonomi Malaysia telah berubah dan sehubungan itu, tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpah berdarah 13 Mei 1969.

Dalam kenyataan hari ini, Chua melahirkan rasa kecewa dengan amaran Muhyiddin semalam yang mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

"Keadaan sosio-ekonomi Malaysia hari ini adalah jauh berbeza daripada 1969 di mana rakyat Malaysia kini mampu mengadakan perbincangan rasional tanpa perlu memalu gendang perang perkauman.

Diheret perang mulut

"Apa yang kami tuntut adalah setakat pembahagian yang adil. Usah gusar, kerana MCA tidak mempunyai rancangan dan kepentingan menidakkan komuniti lain berhubung apa yang telah menjadi hak mereka, " kata Chua.

Chua dan pemimpin Umno sejak Kongres Ekonomi Cina, sabtu lalu diheret dalam perang mulut apabila kopngres anjuran MCA itu membuat resolusi yang mendesak ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.
Chua yang mempertahankan 13 resolusi yang diluluskan, berkata kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

Sebaliknya, menurut beliau, MCA mencadangkan dalam usaha Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - seperti sasaran Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Baru Ekonomi, ia mesti berdaya saing menarik pelaburan asing berjumlah RM115 bilion setiap tahun.

Chua berhujah ia hanya boleh dicapai melalui liberalisasi sektor minyak, gas dan telekomunikasi serta pemotongan subsidi. Selain itu, sistem tender yang sebelum ini memihak kepada bumiputera perlu digantikan dengan sistem terbuka.

"Bahagian ekonomi yang berkembang adalah umpama air pasang yang akan menaikkan semua bot, jadi semua rakyat Malaysia akan mendapat agihan kekayaan yang adil," katanya.

"Kita tidak pernah sama sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Malah, kita memperakui bahawa dasar afirmatif perlu berdasarkan keperluan, merit dan mesra pasaran.

"Kami juga menyokong bumiputera diberikan keistimewaan dalam beberapa sektor ekonomi apabila ekonomi di liberalisasi bagi tender terbuka.

Jangan persoal kesetiaan MCA

"Bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan wajar dan pantas, maka kami mencadangkan pengurangan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat dan memperkenalkan harga preferensi," katanya.

Chua juga mengketepikan dakwaan Muhyiddin dan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang MCA mula memperlihatkan ketida-setiaan kepada BN.

Katanya, kesetiaan MCA tidak patut dipersoalkan kerana ia telah berjuang dengan Umno dan gabungan itu sejak sekian lama dan melalui pelbagai krisis bersama-sama.

"MCA amat sensitif dengan peranannya dalam rangka Barisan Nasional tetapi kita juga mempunyai peranan untuk dimainkan sebagai parti Cina supaya kita boleh terus menjadi relevan," katanya./Malaysiakini

SEMUA KENAL WATAK EZAM KINI - BEKAS PRESIDEN ABIM

Posted: 17 Aug 2010 06:00 PM PDT

Budaya Fitnah Dalam Umno Sampai Tahap Maksima

Oleh Rusnizam Mahat

Budaya fitnah yang menjadi senjata politik dalam Umno telah sampai ke tahap paling maksima yang menyaksikan parti itu akan menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, beliau menyifatkan budaya politik dalam Umno menggunapakai prinsip politik Machiaveli meskipun terpaksa menggunakan pendekatan tidak beretika dan bermoral.

"Umno memang sebagai sebuah parti yang tak menghayati prinsip syariah dan akhlak. Mereka betul-betul mewakili prinsip Machiaveli. Itu memang merupakan permainan mereka dan telah sebati dalam perjuangan Umno.

"Itulah sebabnya kita sendiri merasa terkejut, setelah rakyat dengan tegas menolak pusingan pertama dalam tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang pusingan kedua pula dibuat.

"Ini menunjukkan Umno itu adalah Machiaveli, mereka tidak sama sekali memperhitungkan persoalan moral yang bukan sahaja dalam Islam tetapi disebut agama-agama yang lain yang memperjuangkan demokrasi," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Menurut Dr Muhammad Nur, selepas tsunami politik pada Mac 2008 yang menyaksikan beberapa buah negeri di Semenanjung jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Umno kini semakin tertekan.

Berikutan itu, katanya, Umno-BN terpaksa menggunakan apa sahaja taktik termasuk memperalatkan agensi kerajaan bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan fenomena 'tsunami 8 Mac' menular ke negeri-negeri lain pada pilihan raya umum akan datang.

"Ini amat merunsingkan pimpinan Umno-BN pada saat ini. Strategi pembantaian, untuk 'discredit' apa sahaja yang dilakukan kerajaan negeri, walaupun agensi kerajaan yang dinaungi oleh Umno seperti SPRM sudah menarik balik tuduhan (rasuah) terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jelas, ini membuktikan bahawa mereka akan pergi kepada maksimum untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Selangor dari segi pengurusan, termasuklah dalam isu pasir sedangkan isu pasir telah lama berlaku sejak Menteri Besar yang lalu," ujar beliau.

Ditanya mengenai tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang cuba mengulangi tuduhan jahat memburukkan imej Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, beliau berkata umum mengenali watak sebenar Ezam yang meninggalkan perjuangan kerana soal peribadi dan kini cuba menimbulkan keraguan dengan dakwaan yang tidak berasas.

"Sudah lama kita dengar percakapan untuk menggugat integriti Datuk Seri Anwar. Watak Ezam itu, orang tertentu memang mengenali sangatlah watak ini, dia (hanya) cuba untuk timbulkan keraguan (bagi memburukkan KEADILAN)," kata Dr Muhammad Nur.

Beliau yang mengenali Anwar sejak 1968 yakin dengan keperibadian Ketua Pembangkang dan menganggap tuduhan bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu hanya merupakan persepsi liar semata-mata.

"Saya yakin keutuhan moraliti Datuk Seri Anwar dan juga isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah," tegas bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

(Suara Keadilan)

REDHUAN TEE PUN SUDAH PANDAI TUDUH PAS, AMPU UMNO

Posted: 17 Aug 2010 10:10 AM PDT

'Ridhuan Tee, isyhtiharkan saja masuk Umno'

Ogos 17, 10


Ekoran tulisan yang menimbulkan kemarahan PAS, pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu "suka mengkafir" atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno.

Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan 'Cina mualaf' itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak."

"Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azmah Shapawi.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri."

Menulis dalam kolumnnya di Mingguan Malaysia awal minggu ini, Ridhwan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Sehubungan itu, tulisnya, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi - seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata -difokuskan.

"Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.

"Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain," coretnya dalam artikel berjudul 'Jangan terlalu berani mencabar'.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

"Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi," katanya.

Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

"Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama," kata Azman Shapawi lagi./Malaysiakini

TIMBALAN PRESIDEN PKR - AZMIN, MUSTAFA KAMIL ATAU ZAID ?

Posted: 17 Aug 2010 03:00 AM PDT

Kongres tahunan PKR bakal menyaksikan persaingan sengit bagi kerusi timbalan presiden yang akan dikosongkan oleh penyandang sekarang, Dr Syed Husin ali. Bagi jawatan presiden pula akan terus mengekalkan Dr Wan Azizah Ismail.

Melalui sumber dalaman PKR, syed husin dikatakan tidak berhasrat untuk terus menyandang jawatan tersebut walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini. SIASAH difahamkan tiga tokoh daripada pimpunan itu akan dicalonkan untuk menduduki jawatan tersebut iaitu dua calon daripada naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta ketua pkr WP Datuk Zaid Ibrahim.

Kata sumber parti itu, apa yang lebih menarik ialah calon-calon tersebut bukan bersaing secara individu sebaliknya mewakili kumpulan maisng-masing dalam PKR selaki gus dilihat sebagai usaha kumpulan tersebut menjadi lebih dominan dalam parti melalui kedudukan pemimpin nombor dua.

Azmin dikatakan mewakili kumpulan bekas-bekas ahli UMNO dan BN dalam PKR, Zaid berada dalam kumpulan liberal dan Mustafa dari kumpulan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM). Dalam perkembangan terbaru ini, ketiga-tiga calon tersebut mempunyai kekuatan dan penyokong masing-masing melalui negeri-negeri tertentu yang dikuasai sekaligus akan menjadi pihak yang mengetengahkan nama calon untuk jawatan kedua tertinggi parti itu.

Malah kumpulan masing-masing dikatakan sudah menggerakkan kempen untuk calon mereka ketika ini ke kawasan-kawasan (cabang). Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Selangor tan Sri Khalid Ibrahim turut menjadi perhatian dalam persaingan bagi jawatan kedua tertinggi parti itu. Walaupun Khalid tidak dicadangkan untuk jawtan tersebut tetapi ramai yang percaya calon yang mendapat sokongan Khalid akan mempunyai kelebihan untuk menang. SIASAH BILANGAN 0213 TERBITAN 15-21 OGOS 2010. /Tranungkite

SUSAH-SUSAH BUBAR SAJA UMNO P.PINANG...

Posted: 17 Aug 2010 01:00 AM PDT

UMNO Pulau Pinang:
Rumah siap, pahat masih berbunyi

Nazar Hashim

| Aug 16, 2010

Dilema dua bahagian UMNO dalam Negeri Pulau Pinang belum selesai sehingga ke hari ini. Walaupun persidangan perwakilan UMNO bahagian seluruh Pulau Pinang telah berjaya disempurnakan namun begitu bak kata pepatah rumah sudah siap, pahat masih berbunyi.

Dalam lain ertikata, walaupun kedua-dua kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera dan UMNO Jelutong telah selesai mengadakan persidangan masing-masing, masih ada suara dari perwakilan UMNO dalam bahagian masing-masing yang saling mempertikaikan kedudukan antara satu sama lain.

Bagi UMNO Bukit Bendera yang menyaksikan kemunculan semula mantan Ketua Bahagian, Ahmad Ismail untuk menerajui kepimpinan bahagian tidak kesampaian, apabila dalam sidang media beliau pada 5 Ogos yang lalu menzahirkan bahawa keputusan beliau adalah untuk tidak bertanding - semata-mata bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti komponen untuk mendapatkan semula sokongan rakyat di Pulau Pinang.

Kontroversi yang dicungkil Ahmad Ismail

Sebelum itu, 36 Ahli Jawatankuasa UMNO Bukit Bendera telah meletakkan jawatan secara sukarela bagi membolehkan mesyuarat agung luar biasa diadakan. Ia juga bertujuan untuk membawa semula Ahmad yang telah digantung oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada September 2008 yang lalu menerajui semula bahagian tersebut.

Keahlian Ahmad digantung kerana didakwa telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Cina, apabila Ahmad dituduh menyifatkan mereka sebagai "penumpang" dalam negara ini ketika berceramah pada 25 Ogos 2008, semasa berkempen di PRK Permatang Pauh.

Keadaan bertambah buruk apabila Ahmad mendesak Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) supaya keluar dari BN. Keadaan bertambah runcing apabila salah seorang penyokongn beliau mengoyak gambar Pengerusi Gerakan Negeri ketika itu, Koh Tsu Koon.

Namun begitu, pada Disember 2009 yang lalu, MT telah menarik balik keputusan penggantungan terhadap Ahmad. Beliau dibenarkan untuk aktif semula dan sekaligus mendapat sokongan dari bahagian lamanya.

UMNO bahagian Bukit Bendera yang diterajui oleh Abdul Jalil Ariffin yang sepatutnya mengadakan persidangan perwakilan mereka telah tertunda persidangan perwakilan mereka sebanyak dua kali, iaitu pada 11 dan 31 Julai yang lalu.

Persidangan perwakilan hanya dapat dijalankan pada 8 Ogos baru-baru ini ,bertempat di Eastin Hotel, Pulau Pinang dengan kehadiran wakil Perhubungan UMNO Negeri, Musa Sheikh Fadzir yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Negeri.

Kemunculan semula Ahmad itu bukan sahaja diberi sambutan meriah seorang wira bangsa dengan diserikan oleh pencak silat dan bunga manggar, tetapi juga dinobatkan sebagai seorang wira yang memperjuangkan masyarakat Melayu di bahagian Bukit Bendera oleh penyokong-penyokongnya.

Kemelut berlanjutan

Tidak lama selepas dinobatkan sebagai wira, kemelut yang melanda UMNO bahagian Bukit Bendera tidak terhenti di situ sahaja. Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian, Rose Akmar Ahmed telah membuat laporan polis terhadap persidangan perwakilan yang dianggapnya sebagai melanggar peraturan mesyuarat.

Rose Akmar (gambar kiri) juga mendakwa bahawa ini bukan kali pertama beliau dinafikan hak sebagai perwakilan, malah pada tarikh asal iaitu 11 dan 31 Julai juga beliau bersama enam lagi perwakilan dalam cawangan Kampung Mutiara tidak menerima notis jemputan.

Beliau yang turut membuat laporan polis di balai polis Butterworth pada hari yang sama persidangan perwakilan bahagian diadakan turut melahirkan rasa kesal kerana sikap bahagian yang meminggirkan cawangannya yang sememangnya sah dari segi peraturan dan persidangan agung parti.

Manakala Musa semasa sidang media selepas persidangan pada 8 Ogos di Hotel Eastin turut menyatakan, bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan perjalanan persidangan boleh membuat bantahan dengan mengemukakan surat kepada perhubungan UMNO negeri.

Dilema merebak ke Jelutong

Dilema dalaman UMNO ini bukan saja terhenti setakat UMNO bahagian Bukit Bendera. Ia juga merebak kepada UMNO bahagian Jelutong yang diterajui oleh Abdul Razak Abdul Rahman sebagai ketua bahagiannya.

UMNO Bahagian Jelutong yang mempunyai 25 cawangan kini ternyata berpecah kepada dua apabila 17 cawangan yang turut didakwa hak mereka dinafikan apabila cawangan yang ada telah ditutup tanpa persetujuan mereka.

Abdul Wahab Abdullah yang mewakili 17 cawangan yang didakwa ditutup oleh Perhubungan UMNO Negeri turut mempertikaikan keputusan yang telah dibuat sebagai tidak menghormati seramai lebih dari 4,000 ahli UMNO yang masih setia kepada 17 cawangan-cawangan tersebut.

Namun begitu Setiausaha UMNO Negeri, Azhar Ibrahim (gambar kiri) turut menyatakan keputusan yang telah diambil oleh Perhubungan UMNO Negeri bukanlah untuk menganiayai mana-mana ahli UMNO dalam bahagian Jelutong, sebaliknya adalah bagi kebaikan dan masa depan UMNO.

Mereka telah diserapkan untuk menjadi ahli kepada 25 cawangan UMNO yang sedia ada. Walaupun begitu, persoalan yang timbul di sini oleh 17 cawangan yang didakwa masih wujud - atas alasan apa mereka tidak dibenarkan untuk aktif dan mewujudkan semula cawangan-cawangan yang ada?

Mereka juga mendakwa berlakunya ketidakadilan apabila hak mereka dinafikan dengan membiarkan hanya 25 cawangan yang sedia ada diaktifkan sedangkan ketakutan sudah jelas terbayang pada kepimpinan bahagian kerana dengan aktifnya 17 cawangan tersebut akan menggugat kepimpinan bahagian yang ada.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

bumiperak

bumiperak


Isteri kepada Pesuruhjaya Pas Perak kembali kerahmatullah

Posted: 17 Aug 2010 07:46 AM PDT

IPOH 17 Ogos 10 Isteri kepada Pesuruhjaya Pas Perak,Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussein telah kembali kerahmatullah pada jam 2.20 petang tadi di Hospital Permaisuri Bainun akibat sakit kanser yang telah lama dihidapinya.

Solat jenazah Allahyarhamah Ustazah Rafeah telah sempurnakan selepas solat Isyak malam ini di Masjid Raja Nazrin Shah, Kg Rapat Jaya Tambahan, Ipoh. Lebih dari 500 saudara-mara, sahabat-handai, rakan-taulan dari jauh dan dekat telah mengiringi jenazah ke tanah perkuburan Islam Rapat Jaya, Ipoh dan selamat dikebumikan.

Al-fatihah...Takziah diucapkan kepada Pesuruhjaya sekeluarga.

~penarik beca

~penarik beca


Satu lagi Operasi Lalang?

Posted: 17 Aug 2010 06:01 AM PDT

Justice For All

Justice For All


Mat Said Mengigau??

Posted: 17 Aug 2010 08:12 PM PDT

Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'mengigau' kerana membatalkan projek jambatan yang menyambungkan Losong dengan Pulau Sekati dan Teluk Pasu.

Menurutnya, projek jambatan tersebut adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sejak lama dahulu.

Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak munasabah kerajaan Terengganu dan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said membatalkan projek tersebut.

"Apa rasional kerajaan (Terengganu) atau apa sebab kerajaan membatalkan (projek) jambatan Losong ke Pulau Sekati ke Teluk Pasu dan terus disambungkan ke Jalan Banggol Tuan Muda ke Jeram Tokong,

"sedangkan projek itu adalah projek kerajaan pusat yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat dengan peruntukan kerajaan pusat. Apa kena mengena kerajaan negeri nak batalkan hak orang yang telah diluluskan dengan peruntukan pusat,"soal Dr. Alias.

Beliau berkata, justifikasi pembinaan jalan tersebut telah dipersetujui kerana dengan pembinaan tersebut ia boleh menambah satu lagi laluan alternatif untuk keluar dari Lebuhraya Pantai Timur apabila ia siap kelak.

Ia juga, menurutnya, boleh memudahkan laluan dan mengurangkan kesesakan lalulintas apabila jalan tersebut dapat mengelakkan Pekan Batu Enam.

"Ia (menjadi) jalan yang ketiga yang boleh memudahkan laluan tidak payah lalu di Batu Enam, mengurangkan kesesakan jalan yang sedia ada, ia satu justifikasi yang baik,"tegasnya.

Katanya, beliau telah mengemukakan soalan tersebut dalam sidang DUN baru-baru ini dan telah dijawab oleh Exco Infrastruktur yang baru, Dato' Zaabar.

Namun begitu, beliau tidak berpuas hati kerana menurutnya dato' Zaabar menjkawab dalam keadaan tidak ada maklumat.

"(soalan saya) telah dijawab oleh Exco Infrastruktur Dato' Zaabar, (tetapi) Dato' Zaabar jawab pun (dengan keadaan) tidak yakin dan tidak pasti, samada perkara ini telah dirunding dengan Kementerian kerjaraya ataupun belum,"jelasnya. -BO

Jadi terkenal selepas marah perogol

Posted: 17 Aug 2010 07:12 PM PDT

LINCOLN, Amerika Syarikat - Seorang abang mangsa rogol di Alabama, Antoine Dodson tidak menyangka apabila barisan ayat yang diucapkan ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen menjadi sensasi dan popular di laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Baris-baris ayat yang diucapkan Dodson, 24, itu diubah menjadi lagu berjudul Bed Intruder oleh sebuah band muzik, The Gregory Brothers dari New York, yang mengisahkan amaran lelaki itu kepada penjenayah yang merogol adiknya.

Lagu itu telah dimuat turun 30 juta kali menyebabkan kumpulan muzik tersebut membahagikan separuh daripada hasil jualan menerusi talian kepada Dodson yang dirujuk sebagai penulis bersama untuk lagu berkenaan.

Populariti klip video lagu itu menyebabkan Dodson menerima tawaran pengiklanan daripada gergasi komputer ternama Apple selain firma-firma pengiklanan lain di samping dia sendiri popular di Facebook dan Twitter.

Namun, suspek yang merogol adiknya masih lagi bebas. - Agensi

Zahrain Menipu Ke Ni??

Posted: 17 Aug 2010 06:14 PM PDT

'Perlembagaan baru' memang wujud

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mengesahkan bahawa beliau mengetahui tentang kewujudan 'perlembagaan baru' yang dibuat oleh pihak tertentu.

Lebih mengejutkan, beliau juga mendakwa bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

"Perkara ini memang benar-benar wujud dan ia merupakan idea PKR. Semuanya kerana PKR sedar bahawa sokongan bukan Melayu terhadap pembangkang semakin bertambah dan demi menjamin kelangsungan sokongan itu, Perkara 153 dan Perkara 11 perlu digugurkan.

"Perkara inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya meninggalkan perjuangan PKR dan memilih untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Inilah permainan bahaya PKR yang sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau mengetahui atau tidak tentang kewujudan 'perlembagaan baru', seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Ahad lalu.

Harussani ketika membuat pendedahan mengejutkan itu berkata, 'perlembagaan baru' itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sekarang.

Mufti Perak itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang bertanggungjawab mewujudkan 'perlembagaan baru' berkenaan demi menjaga keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Zahrain memberitahu, perancangan untuk mewujudkan 'perlembagaan baru' itu sudah dimulakan selepas pembangkang berjaya mencatat kemenangan besar dalam PRU Ke-12 lalu.

"Mereka sudah mula berangan bahawa langkah untuk menawan Putrajaya semakin hampir dan selepas cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) untuk membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) gagal, maka perkara ini mula dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Zahrain menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya segera mengambil tindakan tegas kerana perbuatan pembangkang mewujudkan 'perlembagaan baru' adalah satu perbuatan menghasut.

Katanya, jika pihak berkuasa lambat bertindak, beliau khuatir tragedi 13 Mei 1969 akan berulang kembali kerana orang Melayu sudah tentu tidak akan membiarkan hak mereka dicabuli.

"Orang Putih dahulu pun sedar tentang bahaya jika Perkara 153 dan Perkara 11 disingkirkan tetapi PKR tidak pernah belajar daripada perkara itu.

''Pada mereka matlamat mengejar kuasa adalah lebih penting berbanding kestabilan negara," katanya.

70 peratus bufet Ramadan campur arak - Jakim

Posted: 17 Aug 2010 05:12 PM PDT

Najib Tun Razak menyumbang duit raya kepada sebahagian penduduk Taman Sri Manja Petaling Jaya Selatan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Masjid As-Salam, Petaling Jaya, malam tadi. Pada majlis dihadiri 2,000 hadirin itu, Najib turut menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih.

PUTRAJAYA 17 Ogos - Hampir 70 peratus daripada pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas hotel-hotel dan premis makanan di sekitar Lembah Klang yang berselindung di sebalik terma bufet Ramadan diragui status halalnya.

Hotel terbabit yang tidak memiliki sijil halal telah mencampurkan alkohol dalam masakan untuk penyediaan bufet Ramadan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan oleh 20 penguat kuasa pasukan jabatan itu.

Menurutnya, berikutan itu pihaknya mengarahkan hotel terbabit dengan serta-merta tidak menggunakan alkohol agar tidak mengelirukan pengguna Islam yang menikmati juadah berbuka puasa di situ.

"Kita melakukan pemeriksaan setiap hari dan meningkatkan pemantauan mulai 1 Ramadan lalu di semua hotel di sekitar Lembah Klang dan didapati kebanyakan hotel gemar mencampurkan arak dalam masakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jakim baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dilaporkan berkata, bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Pihak kami juga menasihati mereka supaya segera memohon sijil halal daripada Jakim memandangkan mereka memberi alasan tidak tahu bagaimana untuk membuat permohonan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Amri menggalakkan umat Islam berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri.

"Saya harap masyarakat Islam negara ini tidak memilih hotel yang tidak memiliki sijil halal kerana mencari yang halal adalah wajib dan jauhilah perkara yang meragukan," katanya sambil memberi amaran akan terus memantau hotel-hotel yang mencurigakan

Ek Eleh Roswah, Kena Tinggal Najib 2 Jam Pun Nak Kecoh

Posted: 17 Aug 2010 03:53 PM PDT

Ek ele Roswah, 2 jam pun nak kecoh..anak isteri mangsa ISA, 7 tahun tak beraya dengan keluarga

Saya faham perasaan beraya tanpa suami - Roswah

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Isteri anggota keselamatan yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran suami kerana bertugas di perbatasan dinasihatkan supaya bersabar menerima dugaan itu.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau sendiri pernah merasai pengalaman sedemikian apabila suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu berjawatan Menteri Pertahanan terikat dengan komitmen kerja pada hari raya.

"Suami saya mengambil keputusan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di Bosnia Herzegovina pada satu tahun sekitar 1990-an dan saya ditinggalkan di Rome, Itali pada pagi raya.

"Ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Rome, helikopter yang membawanya terlewat dua jam kerana ada wakil media dari Malaysia yang mengikuti rombongan itu tersesat, jadi beliau terpaksa tunggu mereka. Itu baru dua jam, saya rasa macam 20 hari," katanya.

Beliau berucap selepas menyampaikan sumbangan 15,000 bungkusan kuih raya daripada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Indonesia Bakal Ganyang Malaysia Sekali Lagi

Posted: 17 Aug 2010 10:00 AM PDT

Indonesia digesa bertindak terhadap Malaysia

JAKARTA: Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Priyo Budi Santoso mendesak kerajaan Indonesia bertindak terhadap Malaysia kerana menangkap tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan negara itu.

"Saya bimbang kewibawaan pemerintah Indonesia dipandang rendah sehingga polis Malaysia bertindak begitu berani.

"Sesekali kita perlu mengajar Malaysia. Saya begitu marah melihat tindakan mereka," kata Priyo.

Beliau menganggap tindakan polis Malaysia menangkap pegawai kerajaan Indonesia sebagai provokasi.

"Jika mereka mengesyaki rakyat biasa, ia memang wajar.

"Tetapi jika petugas pakaian seragam, ia sama dengan tindakan provokasi terhadap kerajaan Indonesia.

"Kita perlu bertindak balas. Kita perlu menangkap petugas Malaysia. Kita perlu menahan mereka seperti mereka menahan pegawai kita," katanya.

Menurut Priyo, tindakan diplomasi terhadap kerajaan Malaysia perlu dilakukan dengan tegas.

"Ia tidak boleh diatasi dengan berbincang saja. Lebih-lebih lagi peristiwa ini sudah berlaku berulang kali," kata Priyo. - Agensi

Dulu 12 Hari, Kini 30 Hari Pula Sebelum Bercerai

Posted: 17 Aug 2010 08:50 AM PDT

Cerai dah macam makanan ruji pula..asyik..asyik cerai. Mereka tak tahu ke bila lafaz cerai dilafazkan, bergegar arasy Allah..kenapa mudah sangat nak cerai ya?? Heran betul di zaman pemerintahan Najib ini..

Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Roslin Hashim,35, (gambar) akan memfailkan penceraian dengan isterinya Norhayati Othman,38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Rabu, selepas sebulan mendirikan rumah tangga.

Mstar Online dimaklumkan, permohonan itu dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga yang dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu.

Kedua-dua pasangan tersebut bernikah pada 9 Julai lalu selepas berkenalan tidak sampai lima bulan.

Bagaimanapun sebelum ini Roslin mengejutkan banyak pihak apabila perkahwinannya dengan Faizah Mohamad,32, pada 30 Januari 2009 tidak bertahan lama apabila mereka bercerai selepas 12 hari menjadi suami isteri

Pengetua Geng Muhyiddin Main Isu Perkauman

Posted: 17 Aug 2010 07:46 AM PDT

Ini wajah tokoh perkauman terbaru. Semangat melayu betul, sampaikan boleh buat ucapan hasutan di perhimpunan sekolah. Ini mesti geng Muhyiddin yassin, atau ahli Perkose. Kita nak tengok, kementrian pelajaran di bawah Muhyiddin buat tindakan tak pada pengetua ini. Tindakan pengetua UMNgOk ini lebih bahaya dari guru yang join PR. Kerana jika selepas ucapan perkauman ini dibuat, tak mustahil asda pelajar gangster melayu pergi serang pelajar bukan melayu, untuk jadikan bukan melayu 30 % dalam negara ini. Seperti yang pengetua UMNgOk tu sebut.

Dan ini berita tentang isu ini (sini), (sini)..Serta laporan polis yang dibuat ke atas pengetua UMNgOk ini..(ini ada sedikit ringkasan laporan polis)..

Pada 12/08/2010 Jam Lebih Kurang 7.45 Pagi Semasa Perhimpunan Pagi Sempena Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Di Sekolah Men Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai..

.. " Pelajar-pelajar Cina tidak diperlukan dan boleh balik ke China ataupun Sekolah Foon Yew. Bagi pelajar India, tali sembahyang yang diikat di pergelangan tangan dan leher pelajar nampak seakan anjing dan hanya anjing akan mengikat seperti itu.

baca lagi di bawah ini..

image

Riduan Tea Dicabar Masuk UMNO

Posted: 17 Aug 2010 06:50 AM PDT

Ridhuan Tee ni memang kiasu UMNO. Dulu masa forum di UKM, terang-terangan sokong UMNO. Satu lagi fakta tentang Ridhua Tea ini, dia ni wakil Majlis Perwakilan Pelajar dari Aspirasi, kaki UMNO di IPTA. Masuk je UMNO wahai Riduan Tea, nanti boleh jadi pejuang melayu totok, macam Rezal Naina Merican yang bukan orang melayu..

PAS cabar Ridhuan Tee masuk Umno, dalami Islam

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyertai Umno jika terus-menerus mahu menuduh parti-parti politik selain komponen Barisan Nasional (BN) tanpa asas dan tidak tentu arah.

"Sekiranya begini kenyataan beliau, Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar beliau menyertai Umno dan istiharkan dengan cara terbuka," kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani dengan merujuk kepada tulisan terbaru dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Kata Azman, pihaknya menyifatkan kenyataan Ridhuan tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi.

"Beliau yang merupakan seorang yang berkelulusan doktor falsafah dan diploma dalam pengajian Islam sepatutnya agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan," katanya.

Dewan Pemuda PAS merujuk kepada artikel yang ditulis Ridhuan yang bertajuk 'jangan terlalu berani mencabar' terbitan Mingguan Malaysia Ahad lalu, yang antara isi kandungannya berbunyi 'walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam'.

Tulisan itu juga menggesa mereka yang mempersoalkan hak orang Melayu dan Islam balik ke negara asal masing-masing.

"Ini merupakan satu pertuduhan yang serius yang boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Jelas beliau, PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam, malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijma' ulama.

"Dalam kuliah-kuliah agama dan ceramah-ceramah, PAS hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur sebagai panduan kepada umat Islam agar tidak tergelincir daripada hukum syarak walaupun dalam berpolitik kerana Islam itu syumul dan tidak boleh dipisahkan dari kehidupan dunia.

"Dewan Pemuda PAS mencabar agar dibuktikan individu mana yang pernah PAS kafirkan?" katanya lagi.

Kata beliau, Ridhuan juga seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa.

"Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan sendiri.

"Dewan Pemuda PAS mendesak beliau agar menarik balik kenyataan tersebut yang dilihat lebih cenderung memburukkan PAS.

"Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya lagi.

Macam2 Zaman Najib..Mabuk Minum Arak Di Bulan Puasa

Posted: 17 Aug 2010 05:29 AM PDT

Mabuk sakan di bulan puasa

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ada wanita Islam mabuk ketika berparti di sebuah pusat hiburan di ibu kota seolah-olah tidak menghormati bulan Ramadan.

Perbuatan biadab wanita terbabit terbongkar dalam serbuan polis di pusat hiburan berkenaan, Sabtu lalu.

Ketika diserbu, lima wanita itu berpelukan dengan teman lelaki masing-masing sambil berjoget, malah tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Mereka yang berada di pusat hiburan terbabit sejak 10 malam dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan sering berpindah dari satu kelab ke kelab lain.

Dalam operasi kira-kira jam 1.50 pagi itu, premis tingkat bawah di kawasan perniagaan Cheras di sini, diserbu polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) dan diketuai Asisten Superintendan Sharil Mohd Johar.

Seramai 73 pelanggan diperiksa dalam operasi membanteras penggunaan dadah di kelab malam di sekitar ibu kota.

Daripada jumlah itu, enam pelanggan ditahan kerana positif dadah jenis ketamin dan metaphetamin.

Menurut jurucakap polis, lima remaja terbabit negatif mengambil dadah, namun hanya didapati mabuk.

"Pusat hiburan itu mempunyai lesen hiburan dan tidak beroperasi lebih waktu ditetapkan," katanya. Semua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tok Kadi Ala Tok Kadi Bung Mokhtar Ditangkap Kerana Menyamar

Posted: 17 Aug 2010 04:14 AM PDT

Pak Sheikh, 'tok kadi' kena cekup

PAK SHEIKH (kiri) mendengar penjelasan yang diberikan oleh seorang pegawai JAIS ketika diserbu di Subang Perdana, Shah Alam Jumaat lalu.

SHAH ALAM – Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.

Dia bersama seorang 'tok kadi', seorang 'saksi' dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada 'tok kadi' ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.

Serbuan yang dilakukan oleh 10 anggota penguat kuasa itu pada hari ketiga umat Islam berpuasa mengejutkan 'ahli sindiket' berkenaan sehingga ada di antara mereka tergamam dan menuding jari sesama sendiri.

Ketika diserbu, Pak Sheikh pada mulanya cuba 'bermain wayang' dengan menipu penguat kuasa namun dia mula menggigil dan percakapannya menjadi merapu setelah menyedari perbuatan haramnya terbongkar.Setelah diasak, barulah Pak Sheikh mengaku akan perbuatannya

Budak Kurang Ajar Hina Solat

Posted: 17 Aug 2010 03:31 AM PDT

Ini anak sape ni..kurang ajar betul..memang kurang ajar..sila semua, lihat video di bawah ini yang saya ambil dari Bro Din Binjai..

Memang kurang ajar..sanggup persendakan ibadah solat dan azan. Si perempuan murahan ini pula sanggup ambil kain telekung dan buat main-main. Dahla bercampur gaul laki dan perempuan. Memang kurang ajar dan tak senonoh.

Kita minta pihak polis siasat kes ini. Umat islam yang bayar gaji korang nak tahu siapa dalang video ini. Kalau video lingam boleh dikenalpasti, takkanlah video ini tak boleh. Gunakan duit gaji yang rakyat bayar, untuk siasat video yang hina islam ini.

Kepada umat islam, marilah kita berdoa agar makhluk kurang ajar insaf dan ditangkap. Ajar cukup-cukup biar mereka serik. Semoga bulan ramadhan yang berkat ini, doa kita diperkenankan oleh Allah, untuk menyedarkan mereka-mereka yang hina islam termasuk UMNO dan Chua Soi Lek. Amin

Dari Hakim Hingga Peguam Negara Kangaroo, Penuh Dengan Skandal Maksiat

Posted: 17 Aug 2010 02:47 AM PDT

Apa nak jadi sistem kehakiman Malaysia..Ketua Hakim kahwin di Siam dan tak kena dakwa. Pendakwaraya wanita dibawah Peguam Negara pula ada skandal dengan Saksi utama,Sayfooool. Dan Sayfooooool ini pula, ada hubungan dengan pembantu Perdana Menteri Najib,Khairil Annas Jusoh. Dan terbaru, Peguam Negara, Ghani Patail pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad. Dan ini pendedahan sedikit RPK tentang skandal memalukan ini..

Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan.

Nah??? Duduk dalam hotel berdua?? Patutlah kes Pulau Batu Putih kalah dengan Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, sebab takde berkat. Inilah dia sepenuhnya pendedahan RPK tentang skandal luar tabiee dalam sistem kehakiman kangaroooo negara ini..

Oleh : RPK, Malaysia Today

Hari ini, Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes."

Okey, isu di sini adalah mahkamah tanpa ragu-ragu bahawa dakwaan bahawa penolong pendakwa raya Farah Azlina Latif mempunyai hubungan dengan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Anwar Ibrahim Sodomy II adalah benar. Mahkamah tidak peduli sama ada hubungan ini akan berterusan atau tidak. Ia hanya peduli bahawa hubungan ini akan menganggu kes perbicaraan.

Dengan kata lain, adakah ada berlakunya 'perbincangan' berlaku sepanjang hubungan sulit itu? Dan mahkamah meyakini tiada pujuk rayu sebelum tidur, hanya hubungan sulit semata-mata. Jadi tiada kesilapan dalam melaksanakan keadilan dan oleh itu tuduhan terhadap Anwar tidak perlu digugurkan.

Mengapa Peguam Negara tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan seorang ahli pasukannya mempunyai hubungan dengan saksi utama? Bukankah mudah jika dia hanya menafikannya dan menyelesaikan keseluruhan masalah itu?

Dia tidak bersedia untuk menjerut lehernya, terutamanya, kerana beliau mengetahui ianya benar dan jika dia cuba untuk menidakkannya, lebih banyak najis akan dilemparkan padanya. Tetapi apa yang lebih penting, dia bimbangkan bahawa jika dia menafikannya, kemudian kami akan mengeluarkan satu lagi dakwaan hubungan, kali ini membabitkannya dan Datuk Azailiza binti Mohd Ahad, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara.

Ya, semua orang tahu tentang hubungan ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza kerap melakukan perjalanan ke luar negeri bersama dan, untuk menyelamatkan sedikit wang cukai, mereka berkongsi sebuah bilik hotel daripada menempah bilik-bilik berasingan.

Aiyah! Saksi utama pendakwaan Saiful Bukhari Azlan ada hubungan dengan DPP Farah Azlina Latif. Kemudian pembantu Perdana Menteri Najib Tun Razak Khairil Annas Jusoh ada hubungan dengan Saiful Bukhari Azlan. Dan sekarang Peguam Negara pula ada hubungan dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Azailiza Mohd Ahad.

Kelihatannya banyak hubungan haram yang berlaku dalam Istana Keadilan (Palace of Justice). Dengan Ketua Hakim Negara secara haram mengahwini isteri kedua di Thailand dan kemudian merosakkan bukti untuk lepas daripada pendakwaan, seperti mana seorang ahli Parlimen dari Sabah, ia membuatkan kita merasa takjub bagaimana mereka mempunyai masa yang cukup untuk bersedia menghadapi kes-kes di mahkamah. - Raja Petra Kamarudin

Peserta Demontrasi BERSIH Saman Musa Hassan 2 Juta

Posted: 17 Aug 2010 02:21 AM PDT

Peniaga fail saman RM2 juta terhadap polis

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga hari ini, menfailkan saman RM2 juta terhadap tiga ketua polis dan kerajaan Malaysia kerana didakwa bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan terhadapnya semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di Jalan Tun Perak, tiga tahun lepas.

Saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Alyesak Hamid @Hassan, 34, menamakan Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi sebagai defendan kedua, Ketua Polis Negara sebagai defendan ketiga manakala Kerajaan Malaysia selaku defendan keempat.

Dalam penyataan tuntutan itu, bapa kepada tiga anak itu menuntut gantirugi am sebanyak RM1 juta, gantirugi teruk dan gantirugi teladan sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas, faedah atas jumlah ganti rugi yang dituntut sebanyak lapan peratus dari tarikh writ saman difailkan hingga penghakiman.

Selain itu, beliau yang diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri, turut menuntut faedah lapan peratus setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian, kos dan relif selanjutnya dan yang lain sebagaimana difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam penyataan tuntutannya, Alyesak mendakwa pada masa kejadian iaitu pada 4 petang, 10 Nov 2007, beliau yang berada di Jalan Tun Perak di sini bagi tujuan menyertai perhimpunan BERSIH berubah menjadi kelam-kabut selepas diarah beredar dari tempat kejadian.

Ketika diarah beredar oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), beliau selaku plaintif mendakwa terjatuh akibat diserang dari belakang oleh pihak FRU semasa ingin beredar dari tempat kejadian.

Alyesak mendakwa semasa beliau cuba mengambil langkah ke belakang untuk beredar dan mengelak daripada dirempuh oleh anggota-anggota FRU, beliau terjatuh berhampiran pasu-pasu pokok Bunga di Jalan Tun Perak akibat diserang dan ditolak dari belakang.

Akibat daripada itu, plaintif mendakwa beliau dipijak oleh anggota FRU dari belakang badan dan kaki kirinya dan turut disepak berkali-kali di bahagian lutut dan rusuk kanan dengan kuat yang menyebabkan kaki kirinya patah.-Bernama

Suami Gila??

Posted: 17 Aug 2010 12:08 AM PDT

Toreh muka, mulut isteri

KUANTAN: Cemburu melihat isterinya berbual dengan sepupu lelaki, seorang buruh bertindak kejam apabila menoreh muka, bahu dan mulut pasangannya itu sehingga mengakibatkan mangsa berlumuran darah di Kampung Jeram Batu, dekat Kuala Lipis.

Dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari Khamis lalu, mangsa berusia 25 tahun terpaksa merangkak keluar dari rumah meminta bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut.

Turut cedera, sepupu lelaki mangsa berusia 25 tahun yang luka di tubuh akibat ditoreh ketika cuba menyelamatkan mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha berkata, ketika kejadian, mangsa bersama sepupu lelaki di rumahnya manakala suaminya keluar bekerja.

Menurutnya, mangsa berbual-bual dengan sepupunya di ruang tamu sementara menanti kepulangan suaminya untuk makan tengah hari bersama-sama.

"Suami mangsa yang pulang ke rumah secara mengejut melihat mangsa berbual mesra dengan sepupunya. Dia menengking mangsa menyebabkan dua bersaudara itu tergamam sebelum ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong ikan.

"Sejurus keluar semula ke ruang tamu, suspek menoreh muka, tangan, mulut dan bahu isterinya. Melihat mangsa cuba diselamatkan sepupunya, lelaki terbabit seperti singa kelaparan apabila melibas pisau ke arah sepupu mangsa mengakibatkan lelaki itu cedera di tubuh," katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun melarikan diri selepas melihat mangsa dan sepupunya tidak bermaya serta bermandikan darah.

Katanya, mangsa bersama sepupunya mendapat bantuan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HKL untuk menerima rawatan akibat cedera di mulut, muka dan bahu.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan mangsa dan sepupunya berhubung kejadian terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Nordin berkata, polis masih menjalankan gerakan memburu suami mangsa dipercayai masih berada di daerah Kuala Lipis selain meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian itu tampil membantu siasatan.

Macam2 Zaman Najib..Jual Tubuh Di Bulan Ramadhan

Posted: 16 Aug 2010 11:30 PM PDT

30 wanita tempatan dan asing ditahan dalam Ops Noda

IPOH - Polis menahan 30 wanita tempatan dan asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran dan menyalahguna pas lawatan dalam Ops Noda di Teluk Intan dan Kerian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam serbuan Jumaat lepas, polis menahan 15 wanita tempatan di sebuah hotel di Teluk Intan, yang menjalankan kegiatan pelacuran.

Polis turut menahan tiga pelanggan lelaki berusia 30-an untuk siasatan, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzuraidi berkata, dalam serbuan kedua di pusat hiburan karaoke di Kerian Ahad lepas, polis menahan 15 wanita rakyat China yang bekerja sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) kerana menyalahguna pas lawatan sosial.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an kerana membenarkan rakyat asing itu bekerja tanpa permit kerja yang sah, katanya.

Rakyat Perlu Bangkit Lawan Hakim Kangaroooooo

Posted: 16 Aug 2010 10:37 PM PDT

Pentingkan kedudukan: Hakim Malaysia penakut dalam kes-kes kritikal!

Adalah tidak mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah.

Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang kes Abdul Malek Hussin yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana kes-kes kritikal yang lain, keputusan kes ini - di mana Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan sebanyak RM2.5 juta kerana beliau ditahan secara tidak sah - berubah di peringkat rayuan.

Sehingga ini, katanya fenomena itulah yang berlaku. Apa yang diputuskan dalam kes saman Abdul Malek itu memperlihatkan aliran yang sama dengan krisis politik di Perak, membabitkan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin yang menang di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun di peringkat rayuan - yakni di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan - kedudukan Dato Dr Zambry dipulihkan kembali.

"Sebenarnya kes-kes yang disebutkan itu boleh diputuskan dengan lebih dari satu cara. Khususnya apabila is bergantung kepada kuasa budi bicara. Sebagai mana dalam hukum; ada dua atau tiga qaul yang boleh dipakai," katanya. Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, ada pandangan tertentu yang lebih adil dan lebih sesuai dengan sesuatu keadaan.

"Keadaan yang kritikal ini memerlukan hakim-hakim yang berani dan mempunyai ilmu yang mantap. Hakim yang penakut dan tidak dalam ilmunya - walaupun secara rasmi bergelar Yang Arif atau Yang Amat Arif - akan berasa ketakutan. Ada juga hakim yang berani tetapi mereka mungkin condong kepada faham politik

tertentu," tegasnya lagi.

Pakar perlembagaan itu berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang pernah berlaku di negara lain termasuk di Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke 19.

"Ketika itulah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan amalan hamba abdi selaras dengan peruntukan perlembagaan negara itu dan keputusan itu membawa kepada perang saudara," jelasnya.

Aziz berkata pengalaman itu menunjukkan bahawa rakyat perlu tampil ke depan untuk membetulkan keadaan yang sudah tidak mampu ditangani oleh mahkamah. Beliau mengingatkan dengan beberapa kes tertentu, yang melibatkan kerajaan kalah, tetapi ini tidak bermakna bahawa kebebasan telah pun pulih.

"Kerajaan bersedia untuk kalah dan membayar wang hanya untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu wujud. Tapi dalam kes-kes tertentu di mana maruah kerajaan amat penting, hakim tidak berani untuk mengambil keputusan yang betul meskipun ia berlandaskan perlembagaan selaku undang-undang tertinggi negara", tambahnya.

Aziz merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi baru-baru ini di mana seorang pegawai tentera menang dalam samannya terhadap kerajaan. Bagaimanapun mahkamah yang sama tidak bersedia untuk

mengharamkan PPSMI meskipun ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Berbalik kepada kes Abdul Malek, Profesor Undang-undang itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi oleh Dato Hishammuddin Yunus adalah keputusan yang baik dan kreatif.

"Saya fikir hakim tersebut bukan sahaja melaksanakan apa yang disebut dalam peruntukan tetapi juga melaksanakan semangat dan ruhnya sama. Malangnya ini dibatalkan di peringkat rayuan," kata Aziz. Apa yang berlaku ini, termasuk kes-kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, perlu dikaji secara terperinci dan mendalam.

"Kajian akademik ini bukan sahaja menumpukan aspek perundangan yang terpapar dalam penghakiman tetapi juga latar belakang dan peribadi hakim-hakim yang terlibat. Selain itu, senario politik semasa juga perlu diambil kira," ujarnya.

Aziz berkata, di negara-negara maju kajian sedemikian amat popular dan dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu kes itu. Tegasnya, antara kajian yang terkenal ialah Politics of the Judiciary yang ditulis oleh Profesor John Griffith dari Universiti London.

-detikdaily-

Kes Buang Bayi & Zina Parah Di Zaman Najib

Posted: 16 Aug 2010 09:16 PM PDT

Kes buang bayi meningkat

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kes buang bayi di negara ini semakin serius apabila ia meningkat mendadak lebih 54 peratus sejak Januari sehingga hari ini berbanding lapan bulan pertama tahun lalu.

Statistik terbaru dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, terdapat 65 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara sejak awal tahun ini berbanding hanya 42 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya bimbang dengan trend peningkatan kes pembuangan bayi itu.

Sehubungan itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertimbangkan untuk menyiasat kes pembuangan bayi di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.

"Jika kita lihat ada trend peningkatan (kes pembuangan bayi). Saya nampak dalam akhbar-akhbar banyak kes yang dilaporkan, malah Peguam Negara sudah membuat kenyataan berkaitan isu ini.

"Ketua Polis Negara telah kata laksanakan (Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan) kalau itu boleh selesaikan kes-kes pembuangan bayi," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Pada 12 Ogos lalu, Kabinet mengarahkan mana-mana individu yang terlibat dalam kes buang bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan membunuh.

Mohd. Bakri menjelaskan, sejak tahun 2005 sehingga kini, terdapat 472 kes buang bayi dilaporkan di seluruh negara.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 214 bayi yang ditemui masih hidup manakala 258 lagi sudah meninggal dunia.

"Sepanjang tahun lalu, 79 kes pembuangan bayi dilaporkan iaitu 25 kes membabitkan bayi lelaki, 29 bayi perempuan dan 25 kes lagi tidak dapat dipastikan jantinanya kerana dibuang masih janin.

"Jumlah kes meningkat mendadak sejak Januari sehingga hari ini, apabila sudah ada 65 kes dilaporkan iaitu 26 kes membabitkan bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 kes janin," katanya.

Dalam tempoh sama, kata Mohd. Bakri, 21 individu terdiri daripada remaja berusia di bawah 18 tahun ditangkap kerana terbabit dalam kes pembuangan bayi.

Beliau berkata, enam daripada mereka sudah didakwa di mahkamah manakala dua lagi dijatuhi hukuman.

Mohd. Bakri berkata, polis menghadapi masalah mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi terbabit kerana masyarakat kurang bekerjasama memberikan maklumat.

"Kita minta orang ramai kalau mengetahui individu tertentu melakukan perbuatan demikian (buang bayi) supaya maklumkan kepada polis," ujarnya.

Ditanya punca peningkatan kes terbabit, Mohd. Bakri berkata, ia mempunyai kaitan dengan teknologi maklumat yang semakin canggih iaitu apabila bahan-bahan lucah di Internet semakin mudah disebar dan diakses oleh orang ramai termasuk golongan remaja.

Selain itu, katanya, kerapuhan institusi keluarga akibat kesibukan ibu bapa bekerja untuk mencari sumber kewangan juga menyumbang kepada masalah tersebut.

Remaja hamil luar nikah meningkat

SEREMBAN 16 Ogos – Percaya atau tidak, sebuah hospital kerajaan di sini menerima dua hingga tiga kes remaja hamil luar nikah setiap hari.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir, perkara tersebut membimbangkan pihaknya.

"Ini adalah laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri. Kes-kes membabitkan remaja hamil luar nikah seperti ini dilihat semakin meningkat dan membimbangkan kita," katanya di sini hari ini.

Zainab tidak menafikan terdapat kes membabitkan remaja dalam kalangan pelajar termasuk penuntut institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui jabatan berkaitan melaksanakan pelbagai program di bawah Jawatankuasa Gadis/Wanita Hamil Luar Nikah dalam usaha menangani permasalahan seperti itu sejak 2008.

"Pelbagai program dilaksanakan seperti seminar dan bengkel untuk remaja khususnya agar mereka menjauhi perkara-perkara seperti ini," kata beliau.

Bagaimanapun, katanya, usaha tersebut bagaimana pun tidak akan berkesan tanpa pembabitan daripada akar umbi iaitu semua anggota keluarga.

"Dalam perkara seperti ini saya ingin menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak gadis mereka. Tidak salah kita sedikit mengongkong dalam hal-hal seperti ini.

"Ibu bapa yang mempunyai anak gadis di kolej atau universiti selalulah jenguk mereka, jangan kita tinggalkan mereka pada hari pendaftaran kemudian biarkan begitu saja tanpa bertanya khabar.

"Elok juga jika kita selalu lakukan 'pemeriksaan mengejut' di tempat mereka belajar," jelasnya.

Katanya, remaja yang hidup jauh daripada keluarga dan tanpa bimbingan ibu bapa akan mudah terpengaruh dengan anasir tidak baik akibat pengaruh rakan-rakan.

"Di sinilah institusi keluarga memainkan peranan, walau sebaik manapun program yang kerajaan buat, akhirnya anggota keluarga jugalah yang utama dalam memberi didikan," katanya.

Mengenai kes buang bayi di negeri ini, katanya, sebanyak 24 kes dilaporkan sejak 2007 termasuk empat kes pada tahun lepas dan dua kes sehingga Ogos tahun ini.

"Kerajaan negeri sangat menyokong cadangan kerajaan agar mereka yang terbabit dengan kes pembuangan bayi disabitkan dengan hukuman mati.

"Sekurang-kurangnya hukuman ini akan menggerunkan mereka daripada melakukan perbuatan terkutuk itu," tegasnya.