Ahad, 15 Ogos 2010

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Raja Petra Mencarut lagi ?? huhuhuhu..

Posted: 15 Aug 2010 06:11 PM PDT

Dulu dr "mulut busuk" ni Farah Azlina digugurkan dari Team Power Rangers Guni Pak Tongko..lepas ni apa pula nk gugur..huhuhu..jangan gugur kepala dubur dh la huhuhu..(buasir)..


RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib


Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.
Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.
RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.
Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.
"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar.
"Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.
"Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki.
Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.
"Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi.
Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu.
"Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.
"Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK.
Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri.
"Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan.
Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya.
Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan.
Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang.
"Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan.
"Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau.

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Janji Pakatan Rakyat jika berjaya ke Putrajaya

Posted: 14 Aug 2010 07:46 AM PDT

DAP mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa imbuhan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.

1. Bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. (Tiap tiap tahun atau sekali seumur hidup, tidak dapat di pastikan.)



2. Akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka.


3. Akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia


Dengan secara tak langsung, DAP yang mewakili Pakatan Rakyat telah pun memukul gendang mengajak UMNO/BN menari mengikut lagu Pakatan Rakyat. Apa kah UMNO/BN berani menyambut nya?.

Dalam pada itu aku nak juga dengar komen komen dari pihak UMNO/BN tentang janji janji DAP tersebut sebab dulu masa Kerajaan Negeri Selangor yang dibawah Pakatan Rakyat nak bagi air percuma, macam macam mereka tohmah. Setelah MB Tan Sri Khalid Ibrahim kata siapa yang tak mahu air percuma boleh isi borang dan hantar pada beliau dan mereka akan dikecualikan dari mendapat air percuma, baru lah senyap sikit puak puak tersebut. Sebenar nya bukan apa, puak puak tu geram duit nilai air percuma itu dapat kepada rakyat Selangor dan bukan dapat kepada puak puak mereka. Itu sebab mereka jaki.

Rasa aku dalam keadaan sekarang UMNO/BN tidak akan berani mengulas sebarangan. Takut nanti silap ulas jatuh tertumus di PRU13. Mengapa aku kata begitu?. Sebab ketiga tiga janji yang dibuat DAP itu tidak pernah pun disuara atau dicadang oleh kerajaan UMNO/BN. Rakyat sudah tentu boleh membuat percaturan untuk sama ada kekal dengan BN atau bertukar kepada Pakatan Rakyat. Mungkin dengan janji DAP ini, kerajaan BN terpaksa melaksana kan paling tidak pun satu dari janji tersebut itu. Ini adalah untuk mengekalkan sokongan tipis rakyat kepada BN. Janji DAP yang paling relevan untuk di laksana kan oleh kerajaan BN buat masa ini ialah memansuh kan saman ekor. That's it...BINGO!

Kesimpulan nya, janji DAP ini memeningkan pemimpin BN yang sudah sedia pening. Aku harap pemimpin kerajaan BN jangan sesekali memperlekeh kan janji janji tersebut. Aku amat yakin Pakatan Rakyat mampu mengotakan janji tersebut. Kalau tak sekali gus pun, dengan cara berperingkat peringkat.

Sekian

---------------------------------------------------------------------------------------------

DAP hari ini mengumumkan bahawa parti itu akan memberikan beberapa habuan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru pada pilihan raya umum akan datang.
Pada sidang media yang pasti menimbulkan kontroversi, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata mereka akan membuat bayaran RM1,000 dalam bentuk tunai kepada semua warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Katanya, jika menguasai Putrajaya, kerajaan Pakatan Rakyat juga akan menghapuskan amalan saman ekor yang menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan mereka. "Kami juga akan membekalkan wifi percuma di seluruh Malaysia," kata Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, Pakatan menjangkakan keputusan itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa membelanjakan RM2.1 juta setiap tahun tetapi ia bagi membuktikan "penghargaan dan pengiktirafan sumbangan warga emas kepada negara".

Ditanya, bagaimana Pakatan akan mendapatkan wang itu, Lim berkata jumlah itu kecil jika dibandingkan dengan wang negara yang hilang akibat rasuah. "Diramalkan Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM28 bilion akibat rasuah setiap tahun. Kita bukan bercakap mengenai kemampuan menghapuskan rasuah sepenuhnya tetapi cuba mengurangkan sebahagian daripadanya," katanya pada sidang akbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP di Kuala Lumpur.

Lim menolak persepsi tindakannya itu sebagai percubaan membeli undi. "Se
karang ini bukan pilihan raya, macam mana nak beli undi? Lagipun tak salah beri wang kepada rakyat," katanya.

Beliau juga menafikan tindakan itu bersifat 'populist' kerana ia juga sudah dilaksanakan di kebanyakan negara, seperti Thailand, katanya sambil menunjukkan majalah mingguan perniagaan The Economist.

"Kita juga tidak mahu fokus terlalu banyak terhadap kesilapan Barisan Nasional, tetapi kita mahu ketengahkan apa yang mampu kita tawarkan," kata Lim.

Menurut beliau lagi, persetujuan juga sudah didapatkan dari parti Pakatan yang lain seperti PKR dan PAS berhubung tindakan berkenaan dan mereka tudak mempunyai sebarang bantahan. "Saya bercakap kepadanya (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan beliau berkata OK lah," kata Lim.

"Kita mahu membuktikan bahawa DAP bukan anti-Melayu ataupun anti-Islam atau juga bukan sebuah parti komunis. Kita tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti komunis di dunia, tidak seperti Umno yang baru menadatangani perjanjian dengan parti komunis China," katanya.

Umno baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman dengan Parti Komunis China bagi pertukaran pemimpin belia agar "kedua-dua negara lebih memahami pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia dan China".- http://www.malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Umno konon nak bela Melayu?: Majoriti orang Melayu tak percaya media Umno - Kaji Selidik

Posted: 15 Aug 2010 03:16 AM PDT



57 peratus orang Melayu tak percaya media arus perdana

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita "online", demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat.

Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu.

Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana.

Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus.

Beberapa eksekutif akhbar mengakui liputan politik yang berpihak telah memberi kesan ke atas paras jualan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa akses kepada alterntif media kekal rendah dengan sekitar 80 peratus responden mengatakan bahwa surat akhbar bercetak masih masih menjadi sumber maklumat utama.

Hanya 21 peratus yang ditemui mengatakan mereka ada membaca berita internet sepanjang sebulan lalu tetapi kebanyakan membaca media arus perdana versi online.

Majoriti responden berkata mereka tiada kepercayaan tinggi ke atas media alternatif meskipun ramai bersetuju bahawa ia sebenarnya lebih boleh dipercayai.

Ulasan-ulasan daripada perbincangan kumpulan fokus juga menunjukkan ramai merasakan kebebasan media masih terhad di negara ini disebabkan amalan tapisan yang kuat.

Beberapa peserta kumpulan fokus juga menekankan bahawa akhbar bahasa Malaysia sangat bias.

Dua penganalisis politik berkata kajian itu bukan sesuatu yang di luar dugaan sama sekali.

"Ini mungkin kerana kumpulan ini belum mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak kisah apa yang berlaku di negara ini," kata Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia ketika ditanya mengenai hasil kajian itu.

"Ataupun mungkin kerana harapan yang tinggi selepas 2008, mereka mungkin jadi kumpulan atas pagar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Dan, ia juga kemungkinan kerana terlalu banyak 'politiking', di mana rakyat sudah penat dengan keadaan itu," katanya.

Sivamurugan menjelaskan, kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menjelaskan agenda politik mereka juga kemungkinan telah menyumbangkan penemuan itu.

Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju bahawa pemilikan media sahaja belum tentu menjamin kejayaan sesebuah parti politik.

"Dalam menguruskan maklumat, menguruskan media, mesej, kedua-dua pihak kena bekerja kuat mulai sekarang," kata Agus ketika dihubungi.

"Jika mereka terus memintal, mensensasikan isu, mereka akan tenggelam," kata penganalisis politik itu.

"Kini maklumat di hujung jari, sama ada media arus perdana atau internet, mereka tidak percaya setiap perkara yang mereka baca. Merek tahu bagaimana hendak menilai," katanya lagi. - TMI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERKASA MESTI SOKONG PAS JIKA IKHLAS MAHU BELA NASIB MELAYU

Posted: 15 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, raja katak Pasir Mas mengetuai Perkosa memberi amaran kepada Najib. Ini adalah berlanjutan kepada resolusi Kongres Ekonomi MCA yang menuntut agar ekuiti Bumiputera dikurangkan. Kongres tersebut sebelum itu telah dirasmikan oleh Najib.

Raja katak memberi kata dua kepada Najib agar Najib berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan Bumiputera. Jika tidak, Umno akan kehilangan sokongan orang-orang Melayu, katanya. Baca di sini. Apakah selama ini sokongan orang-orang Melayu sudah begitu kuat kepada Umno?

Sebenarnya orang-orang Melayu mahu apa hidup di dunia ini? Mereka hanya perlukan ekuiti 30 peratus itu sajakah? Jika benar, selama 50 tahun lebih Umno berkuasa adakah tercapai 30 peratus itu? Jika tidak, apa yang orang-orang Melayu perlukan di dalam hidup mereka? Raja katak jangan berfikir serendah itu untuk menggambarkan orang-orang Melayu hanya menuntut ekuiti yang tidak pernah membantu mereka selama ini. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada ugama Islam, mereka mahukan lebih dari itu terutamanya keadilan dan kesejahteraan. Keadilan dan kesejahteraan hanya boleh dicapai jika Islam yang memerintah.

Berilah selama mana Umno memerintah, selagi mereka menolak Islam sebagai asas perjuangannya nescaya selagi itulah orang-orang Melayu akan gagal. Sekiranya Islam yang memerintah, bukan sahaja Melayu yang selamat bahkan kaum lain juga akan merasa nikmat berada di bawah payung Islam. Di negara kita, hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan Islam. Justeru itu, marilah bersama PAS untuk kita buktikan bahawa Islam mampu membela semua bangsa dan kaum./wfauzdin.blogspot.com

KHIR TOYO - SIAPA `ORANG GILA' YANG HADIAH ENYAPU KEPADA PEGAWAI KERAJAAN ?

Posted: 15 Aug 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MANTAN MB Selangor yang pernah `melancung' bersama keluarga ke Disneyland dengan duit rakyat, menganggap MB Selangor sekarang `nyanyuk'. Jika anda baca di sini, anda akan dapat melihat betapa Khir Toyo sudah tidak mampu berhadapan dengan Tan Sri Khalid. Jika Tan Sri Khalid yang `nyanyuk' itu boleh mentadbir Selangor jauh lebih baik dari Khir Toyo, apakah ini bermakna Khir Toyo boleh dianggap `gila' kalau pun tidak `gila babi'?.

`Se nyanyuk' Tan Sri Khalid pun beliau berani mencadangkan SPRM berada di Pejabat MB mahupun di Pejabat anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KKSB. Tan Sri Khalid tidak membawa keluarga dan kroni ke Disneyland untuk melihat Mickey Mouse kununnya atas alasan mahu bina kawasan hiburan seumpama itu. Zaman Khir Toyo dulu, di mana kertas kerja atau hasil lawatan ke Disneyland yang telah beliau lakukan?

Sekiranya mahu hadiri `SELCAT' sahaja Khir Toyo sudah kecut, usahlah mahu memperlekehkan orang lain. Hanya `orang gila' sahaja yang menghadiahkan penyapu kepada pegawai kerajaan. Itu semua kerja Anak Toyo dahulu. Pegawai Kerajaan dapat hadiah penyapu, dia dapat hadiah jam ratusan ribu ringgit. Bukan gilakah namanya?/wfauzdin.blogspot.com

ULAMAK MUDA YANG BIKIN KITA TERMUNTAH

Posted: 15 Aug 2010 11:34 AM PDT

Ulama muda Umno - naifnya kamu!

Hafizal Iskandari
Ogos 14, 10

Kita tidak marah. Masuklah ke dalam Umno. Ini Malaysia, negara demokrasi. Semua parti yang sah didaftarkan, maka semua orang boleh menyertainya. Maka, jika ulamak mana sekali pun mahu masuk Umno, masuklah. Mahu masuk parti sosialis pun, masuklah.

Cuma, gunakan akal. Jangan jadi bodoh dan naif. Rugi mengaji tinggi jika membezakan angsa dan gajah pun tak reti!

Bila terbaca atau lebih tepat, terpaksa membaca tulisan Fathul Bari Mat Jahya - pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat (Ulama Muda Umno) – eee…geli…maka perut saya mulai melugai.

Nasib baik ini bulan Ramadan. Jika sengaja memuntahkan diri, nanti membawa kepada batalnya puasa. Saya tahanlah!

Manalah tidaknya. Hujah ustaz muda ini dangkal. Tak patut bagi seorang ilmuwan sepertinya begitu naif tentang parti yang sedang membusuk bernama Umno ini.

Saya tak tahu dia duduk di planet mana selama ini, sehingga tidak mampu mencium segala kebusukan Umno. Mungkin dia tak pernah dengar, Tun Dr M sendiri pernah berkata: "Umno busuk sehingga ke usus-ususnya!"

Tun Dr M dahulu pernah dinafikan haknya sebagai ahli Umno untuk menjadi perwakilan dan Tun Dr M meracau bahkan macam gila meroyan hingga keluar Umno. Semuanya kerana Umno sudah busuk - dengan budaya rasuah dan lain-lainnya.

Takkanlah bakal doktor PhD dalam bidang hadis, ulamak muda ini tidak tahu semua ini? Takkanlah dalam hadis nabi yang dia pelajari, dia tak jumpa bahawa nabi bergelut siang malam menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.

Zaman jahiliyah adalah penuh kezaliman, lalu nabi membawa Islam yang penuh keadilan. Adilnya Islam termasuklah untuk seluruh alam - termasuklah kepada bukan Islam.

Saya tak payah bagi tahu hadis mana dan nombor berapa dan dari kitab hadis mana. Saya yakin ulamak hadis Umno ini boleh mencari, apakah pesan nabi kepada kita dalam mendepani orang zalim. Memberi nasihat secara berani atau bersekongkol dengan mereka?

Jika nabi menggunakan wasilah yang dipakai olah team ulamak muda Umno ini, maka nabi boleh sahaja menerima tawaran daripada pemuka Quraisy - harta, wanita dan takhta – untuk berkerjasama dengan mereka.

Hai ustaz Umno…nabi pernah ditawarkan jadi raja…tapi nabi tolak. Nabi tahu, 'raja' itu peranannya tak lebih hanyalah boneka…syariat Allah tak dapat tertegak dengannya. Maka, nabi pilih jalan susah…hijrah, perang dan meraih kemenangan!

Mana ada jalan mudah dalam berjuang. Ustaz muda Umno mungkin menganggap, ujian terbesar bagi mereka adalah 'cemuhan' dan kritikan daripada orang ramai…ya, tentang mengubah imej Umno daripada parti hampeh kepada parti yang cun. Mengubah puteri dan wanita Umno yang bertelanjang bulat rambutnya kepada bertudung – misalnya.

Itu bukannya ujian besar. Memanglah, dalam PAS dan PKR hatta PSM – semuanya tidaklah sempurna. Tetapi, dengan memberikan alasan bahawa ulamak kena menyertai Umno agar dapat memberi nasihat ke atas kesilapan Umno – ceh!!! Kononnya selama ini tiada orang yang menasihatinya - maka inilah hujah paling bodoh saya rasakan.

Bukankah presiden Umno a.k.a PM mempunyai penasihat agama. Dulu, Hamid Othman menjadi penasihatnya. Apa nasihatnya? Bukankah dalam Umno ramai ustaz? Datuk Firdaus yang menjadi bengkeng tiba-tiba di Permatang Pauh itu apa? Bukan ustaz, al-hafiz lagi! Jamil Khir itu apa? Mashitah Ibrahim itu apa? Yusuf Nor itu apa? Ramai lagi…bahkan tahap professor gaban pun ada!

Masalahnya, suara mereka atau lebih tepat – suara ulamak Umno – tiada tempat dalam Umno. Maka, mari kita lihat selepas ini, apakah nasihat pertama yang akan diberikan oleh ulamak muda Umno ini kepada PM dan presiden mereka! Dan saya lebih menantikan, nasihat pertama mereka kepada isteri PM yang tercinta!/Malaysiakini

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Sanggupkah Anda Berkongsi Dosa Di Facebook?

Posted: 15 Aug 2010 10:45 PM PDT

-Merenung Sejenak-

Lihat video dibawah,dan fikir-fikirkan..
jika ada gambar anda yang perlu dibuang,lakukan segera!!


-Penghargaan kpd salafussoleh yang upload video ni
http://www.youtube.com/user/salafussoleh

Budak Perempuan darjah 6 Ketagih Selepas Dirogol Bapa

Posted: 15 Aug 2010 08:21 PM PDT

TAMPIN: Mengejutkan apabila seorang murid perempuan tahun enam di sebuah sekolah daerah ini dipercayai kemaruk seks apabila sanggup merelakan diri menjadi pemuas nafsu bapa sejak hujung tahun lalu, selain mengajak beberapa teman rapat lelakinya melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

Disebabkan tiada tentangan daripada anaknya, bapa durjana berkenaan merogol mangsa sambil berjanji tidak memecahkan rahsia kepada sesiapa, termasuk ibu.

"Ketika kejadian, ibu dan beberapa adik mangsa nyenyak tidur, manakala mangsa tidur di bilik lain," katanya.

Menurutnya, kejadian terakhir berlaku pada 11 Ogos lalu, iaitu malam pertama Ramadan sebelum isterinya bangun untuk menyiapkan juadah bersahur.

Tidak puas dengan itu, katanya, mangsa dikatakan mengajak teman rapatnya melakukan aksi perbuatan keji itu, termasuk seorang abang angkatnya.

"Rahsia perbuatan mangsa bagaimanapun terbongkar apabila perubahan sikap murid berkenaan disedari seorang guru sekolah selepas dia dikatakan turut menceritakan perbuatan terkutuk yang dilakukannya tanpa berselindung.

"Atas rasa tanggungjawab dan demi menjaga nama baik sekolah supaya murid lain tidak terjebak dalam perkara maksiat, mangsa dan guru berkenaan membuat laporan di Balai Polis Gemas pada Khamis lalu," katanya.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui, semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sudah menahan lelaki terbabit ketika menemani mangsa untuk diambil keterangan, kelmarin.

"Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum selama 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.

Katanya, polis memburu seorang remaja yang dikatakan sebagai abang angkat mangsa bagi membantu siasatan.


-ijoks2009- 
 
Tak sangka,bulan puasa pun ada jugak orang buat kerja terkutuk ni,
ingatkan syaitan dah kena ikat.rupanya dia yang jadi syaitan.

Ingat:Di bulan puasa ni bukan sahaja kebajikan saja yang di beri pahala berganda,dosa pun berganda.

p/s:maaf saya x dapat update blog macam selalu sekarang sedang menjaga bonda yang demam.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Dah boleh agak - Mahkamah tolak permohonan DSAI gugur kes liwat

Posted: 15 Aug 2010 07:06 PM PDT

Hubungan romantis: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar gugur kes liwat

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Mahkamah Tinggi pagi ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta agar digugurkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran hubungan romantis antara saksi utama Mohd Saiful

Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagin ini.

Anwar membuat permohonan itu pada 2 Ogos lalu.

Ini merupakan kali kedua Anwar berusaha untuk membatalkan tuduhan itu, dan kini beliau mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Saiful dan Farah Azlina - TMI

Kerajaan kuat kuasa penapis kandungan Internet?

Posted: 15 Aug 2010 06:34 PM PDT

Kerajaan mungkin kuat kuasa penapis kandungan Internet?

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Pentadbiran Najib telah memulakan kajian untuk meletakkan penapis Internet bagi menghalang laman-laman yang tidak diingini sejak dua minggu lalu meskipun kerajaan sebelum ini pernah membatalkan usaha yang sedemikian setahun lalu ekoran bantahan orang ramai.

The Malaysian Insider difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah meminta firma KPMG agar menjalankan "Kajian Mengenai Penggunaan Internet Dengan Positif dan Selamat" awal bulan ini untuk menilai antara lain pelaksanaan penapis Internet dan kesan pelbagai kaedah kepada pengguna Internet Malaysia dan ekonomi Malaysia.

Pengkritik berpendapat bahawa penapis Internet bertentangan dengan undang-undang jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) selain dilihat tidak efektif.

"Ia satu langkah membazir wang pembayar cukai. Bagi setiap kaedah untuk mengawal Internet, akan ada cara lain untuk akses," kata Dhillon Andrew Kannabhiran, ketua pegawai eksekutif firma keselamatan Internet Hack in the Box kepada The Malaysian Insider dalam komennya tahun lalu.

Pada 6 Ogos 2009, The Malaysian Insider menyiarkan berita bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Datu Seri Utama Dr Rais Yatim sedang mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman web, sebagaimana dilakukan oleh China dengan menghasilkan perisian khas "Green Dam".

Polis belasah remaja

Posted: 15 Aug 2010 07:42 AM PDT

Remaja dakwa dipukul polis sebelum disaman

ALOR SETAR, 15 Ogos — Seorang remaja lelaki mendakwa patah pergelangan tangan kanan dan jari kelingking selepas dibelasah empat anggota polis, sebelum disaman atas kesalahan lalu lintas, di sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Kedah dekat sini, lewat malam Rabu lepas.

Mohd Asri Ismail, 18, berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 malam itu, dia sedang mengisi minyak sebelum dihampiri empat lelaki berkenaan yang tiba-tiba bertindak memukul kepalanya.

"Saya tidak sempat bertanya kesalahan yang saya lakukan kerana mereka terus memukul saya di kepala menggunakan topi keledar. Saya cuba mengelak dengan menahan tangan kanan di kepala supaya kepala tidak cedera.

"Saya langsung tidak menyedari dari mana mereka mengekori saya," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Beliau berkata selepas dibelasah, barulah tiga saman dikeluarkan kepadanya kerana melanggar lampu merah, tiada lesen memandu dan peralatan motosikal yang ditunggangnya tidak lengkap.

Berikutan kejadian itu, Mohd Asri telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Bapanya, Ismail Ali, 52, berkata dia tidak kisah jika anaknya disaman kerana Mohd Asri mungkin melakukan kesalahan, namun apa yang dikesalkan ialah tindakan anggota polis memukul mangsa sehingga cedera.

"Tindakan yang mereka lakukan terhadap anak saya ini terlalu kejam. Saya sangat kesal dengan tindakan mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata beliau akan meneliti semula laporan kes tersebut dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika anggota terbabit didapati bersalah.

"Sekiranya siasatan yang dijalankan mendapati anggota itu bersalah, kita akan mengambil tindakan kerana kita tidak akan berkompromi dengan anggota yang bertindak sedemikian," katanya. — Bernama

Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditahan polis

Posted: 15 Aug 2010 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Seorang lelaki tempatan hampir putus telinga kanannya selepas diserang 10 lelaki di hadapan restoran miliknya di Kuala Ampang dekat sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa yang berumur 30-an dipercayai diserang 10 lelaki yang berumur antara 27 hingga 36 tahun pada pukul 5 pagi ini.

Tiga suspek berjaya ditahan polis di tempat kejadian termasuk seorang Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), katanya pada sidang media di sini hari ini.

Amiruddin berkata polis turut menemui parang pendek di atas tempat duduk kereta milik kepunyaan anggota majlis MPAJ itu.

"Motif pergaduhan belum dapat dikenalpasti dan polis masih mencari tujuh atau lapan orang lagi suspek yang berjaya melarikan diri," katanya.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Ampang dan ketiga-tiga suspek ditahan reman mulai hari ini hingga khamis.

Sementara itu dalam kes lain, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata tiga hari lepas, kediaman ibu anggota majlis MPAJ itu dipecah masuk tiga lelaki.

Dalam kejadian tengah hari Khamis lepas, ketiga-tiga lelaki itu melarikan barangan kemas bernilai RM10,000.

"Ketika kejadian, mangsa bersama pembantunya berada di dalam rumah itu," katanya.

Abdul Jalil berkata kedua-dua kes itu tidak mempunyai kaitan. — Bernama

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Macamana kalau Hong Kong guna Dinar Emas??

Posted: 15 Aug 2010 08:38 PM PDT

Pada 2 Ramadhan yang lalu, YAB TGNA telah melancarkan Matawang Syariah Dinar, Dirham Kelantan..

Makanya banyaklah reaksi positif dan negatif dari berbagai pihak.

Najib dengan segera meminta Bank Negara Malaysia untuk mengkaji dari sudut perundangan. Hanya BNM yang berhak tentang currency nak guna yang mana...

Wah bukan main lagi dia ya..he he!! Tapi cuba baca laporan berita di bawah ini....masa tu dia jadi TPM..

Urus Niaga Guna Emas Cegah Susut Nilai Mata Wang



KUALA LUMPUR 14 Feb 2007. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.

"Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,'' ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu, di sini hari ini.

Berita selanjutnya...http://emaskini.com/2010/07/urus-niaga-guna-emas-cegah-susut-nilai-mata-wang/

Hmmm...hang lembab Najib oiii...

Che Detpun sejak 2002 lagi dok cerita pasal dinar emas ini untuk sekat monopoli guna US Dollar. La ni sejak Kelantan dok lancarkan Dinar Kelantan ni...tak taulah pulak stand dia...Mai kita sama-sama tunggu na!!

Agaknya Najib dan gerombolan beruknya akan terkejut beruk bila Hong Kong dan Singapura mula terima Dinar Emas macam semua bank komersial mula terima Islamic Financial la ni...

Lim Guan Eng macam mana???

Ikut manapun teman nak ucapkan tahniah kepada Husam Musa dan Kerajaan Negeri Kelantan yang berani dan bijak memperkenalkan matawang syariah ini. Doa teman semoga tuan berjaya...

dollah yankee

dollah yankee


Bukan salah ibu mengandong,salah bapa tak pakai kondom

Posted: 15 Aug 2010 12:45 AM PDT


Gurkah-gurkah politik di'port' sangat-sangat sedih dengan kes-kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, seolah-olah satu trend pula. Minggu lepas dekat-dekat sini, seorang bayi baru lahir dengan masih bertali pusat, telah dilontar dari tingkat dua dari atas sebuah rumah pangsa terus masuk kedalam tong sampah.

(anda boleh bayangkan bagaimana buat lontaran dalam permainan basket-ball,macam tu lah dibuatnya kepada bayi malang ini...masuk terus dalam tong...Bulls Eye..!!!, anak haram betoiii..)

Dengan lambakan vcd lucah yang senang dipasaran (walau pun di pekan-pekan kecil pendalaman), laman-laman bogel dan 'kongkek' dalam internet yang begitu mudah di akses, tak ada iman, kurang didikan ugama, pergaulan bebas, kita tak boleh nak halang remaja-remaja perempuan ini ber'kongkek', tetapi kalau boleh kita terapkan dalam kepala otak mereka yang sempit tu cara dan bagaimana untuk melindungi diri mereka dari 'buncit'.

(Ada gurkah politik di'port' yang bekerja sebagai pembantu hospital bersalin cerita, ada kes seorang gadis 16 tahun, dua kali bunting dengan dua orang lelaki yang berbeza dalam masa satu setengah tahun... Subhanallah
!!)

Kenapa tak mahu pakai kondom masa nak 'kongkek'? Kerana kondom sudah ada dipasaran dan diguna secara meluas semenjak dari tahun 1960 lagi.

Kondom memang popular, ada dijual dimana-mana kedai, macam nak beli coklat hacks,senang!, tapi kondom tak popular dikalangan remaja-remaja lelaki ini untuk memakainya semasa nak mengongkek. Sebabnya? Sebab mereka kata rasanya macam bila kita mandi,kita rasa macam sedang pakai baju hujan. Mana best!!!

Kondom itu baik dan penting kerana ia boleh memberi kesan kepada perempuan sama ada boleh mengandong atau tidak. Tapi macam yang dikata...rasa macam mandi pakai baju hujan...!

Kenapa tidak mahu cuba pil-pil? Pil-pil pencegah kehamilan atau terkenal dengan nama pil perancang keluarga boleh menghalang kehamilan yang tidak dirancang. Kalau nak aktif 'kongkek' macam mana sekali pun, kehamilan masih boleh dikawal.

Menurut gurkah-gurkah politik di'port', dalam undang-undang kita, pil-pil tersebut di kategorikan sebagai bahan kawalan Grade C, bermaksud tak boleh dijual macam jual kondom. Tak terdapat dikaunter-kaunter tetapi hanya melalui preskrepsi oleh pegawai perubatan.

Walaupun tak ada akta atau undang-undang kata orang belum kawin tak boleh ambil pil ini, namun gurkah politik yang berkerja sebagai pembantu hospital tadi kata, dia ada dengar yang doktor-doktor ada berkata demikian... "hanya untuk perempuan yang dah kahwin saja".

Jadi siapa kita nak salah???

Para pemikir dan tink-tank PR (Pakatan Rakyat) yang diterajui Anwar Ibrahim sangat sedar dan begitu perihatin dengan isu remaja mengandong dan pembuangan bayi yang menjadi-jadi ini dan sedang merangka satu pelan dan polisi untuk membantu dengan bekerjasama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung perkara ini dan dikabarkan sudah pun dalam peringkat akhir.

Sama-sama lah kita tunggu tengok apa perkembangannya nanti.



dollah yankee -

Teringat satu teka-teki...Kenapa Ubi jadi kayu? Kenapa gigi sakit? dan Kenapa perempuan mengandong? Jawapan nya ialah .... SEBAB LAMBAT CABUT !Kah..Kah..Kah..

~penarik beca

~penarik beca


Kerja tetap Umno: Mengabdikan diri kepada tauke-tauke

Posted: 15 Aug 2010 05:49 AM PDT

Adakah Karpal dan kurang ajar berpisah tiada?

Posted: 14 Aug 2010 06:09 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SENTIASA BERINGAT

Posted: 15 Aug 2010 03:34 AM PDT


sentiasa beringat...

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):
Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.




Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.



Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)


Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.



Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara' atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh', sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).


Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan


Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.
Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh' contoh ayam yang tak putus habis ini:



Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate;


Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).



Dilanggani oleh Restoran Pappa Rich
pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Quote:

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.




Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsug, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.



Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses


Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)



ADA YANG TAK BERSYUKUR-KATA RIDHUAN TEE

Posted: 15 Aug 2010 01:18 AM PDT

Ridhuan Tee: Balik negara asal!

Posted by admin on August 15th, 2010

Kolumnis Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (gambar) dalam tulisan terbaru hari ini memberi amaran kepada pihak yang mempersoalkan hak Melayu dan Bumiputera supaya balik ke negara asal masing-masing.

Dalam satu lagi tulisan yang dilihat boleh mencetuskan rasa tidak senang, Ridhuan berkata ada orang yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghina kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya cadangkan mereka berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya.

"Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke Barat kerana di sana lebih banyak 'kebebasan' untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas," kata beliau dalam tulisan disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Katanya, ternyata orang ini amat jahil dalam memahami Perlembagaan Persekutuan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu.

"Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya," katanya yang menganggotai Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Beliau seterusnya mempersoalkan apakah orang ini tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau.

Pun begitu katanya, mereka masih tidak berpuas hati.


"Mereka mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia," katanya.

Oleh itu kata Ridhuan, beliau mencadangkan mereka membawa idea seumpa itu ke negara Barat, mungkin negara asal usulnya di China.

"Cadangkan apa yang dimahukan terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan orang ini akan 'dibakulsampahkan' sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya.

"Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali.

"Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah orang ini tidak bersyukur?" katanya.

Katanya, beliau seringkali menimbulkan sebab memerlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar sedangkan keperluan penganutnya tidak berapa ramai?

"Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai.

"Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi," katanya lagi.

Katanya lagi walaupun PAS menuduh Perlembagaan Persekutuan hasil syor Suruhanjaya Reid adalah perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam.

Tambah beliau, kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.

"Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan.

"Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat.

"Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang Jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jemaah. Itupun masih dipertikaikan," katanya.

Selain itu kata beliau, "satu sahaja yang saya pinta agar orang ini dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain."

"Barulah aman negara ini," katanya lagi.

Katanya, jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia.

"Pelik sungguh spesies sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi," kata Ridhuan.

Selain itu katanya, mereka yang sering mencabar ini tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan jika tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan.

"Kehadiran 'anak' orang ini tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja 'anak'nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut.

"Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular?

"Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan," katanya.

- Malaysian Insider