Sabtu, 14 Ogos 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Doa Hadapi Stress(TG.Nik Abd Aziz)

Posted: 14 Aug 2010 07:06 AM PDT

Kisah Imam Nawawi Dan Kenaikan Harga Minyak

Posted: 13 Aug 2010 11:38 PM PDT

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?

Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. 

Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. 

Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

-ijoks2009-
Cerita ini persis seperti apa yang berlaku dalam negara dengan subsidi minyak.
Sepatutnya sebelum membebankan rakyat,kerajaan perlu buat potongan pada elaun dan gaji PM ,TPM dan menteri-menteri kabinet dulu baru boleh menyuruh rakyat berjimat dan potong subsidi untuk rakyat.

Jika Imam Nawawi masih hidup dan tinggal di Malaysia,tidak mustahil,beliau akan dituduh ulamak politik oleh puak-puak umno.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SETELAH MENYERANG DS WAN AZIZAH, SIMPATI TERHADAP EZAM SESUMPAH BERTAMBAH ?

Posted: 14 Aug 2010 09:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

APABILA anda membaca tulisan seorang sahabat di sini, anda pasti dapat merasakan betapa Ezam raja sesumpah kini semakin mendapat perhatian di mana semakin ramai yang bersimpati dengan anak muda yang kecewa ini. Kebanyakan yang bersimpati dengan raja sesumpah ini adalah datangnya dari teman-teman rapat beliau sendiri dan perasaan simpati itu bertambah mendalam semenjak raja sesumpah telah `mengadu nasib' bondanya. Anak emak tersayang lah katakan.

Keberanian dan sikap juang yang dikatakan ada pada raja sesumpah akhirnya teruji apabila raja sesumpah terpaksa mengheret nama orang tuanya yang tidak tahu apa-apa itu. Kalau di zaman kita kanak-kanak dulu, sesiapa yag bergaduh sesama kita kemudiannya balik rumah mengadu dengan mak ayah, sudah pasti kena pulau oleh rakan-rakan. Tetapi, raja sesumpah bukan budak-budak lagi. Kesihan kita dengan nasib mak ayah beliau yang tidak semena-mena dikaitkan untuk membela anaknya yang semua tahu `pencacai' nombor wahid Najib sekarang ini.

Kita tidak boleh salahkan Ezam sesumpah kerana beliau kini benar-benar kecewa akibat mainan politiknya sering tidak menjadi. Semenjak beliau melangkah dan melutut depan Umno, beliau masih gagal menunjukkan kehebatannya seperti sewaktu beliau berada di dalam saf perjuangan rakyat. Jika ada yang terliur dengan kata-kata Ezam sesumpah hanyalah beberapa pemimpin dari PKR yang `lapar' dan kemaruk untuk melompat keluar parti. Berapa ratus atau ribu orang dari PKR yang berjaya dibawa oleh raja sesumpah untuk mengkhianati DS Anwar?

Semakin raja sesumpah mencaci dan memburukkan DS Anwar dan keluarganya, semakin terserlah keaiban Saiful Bukhari pemuda lembut yang dipercayai sangat oleh Ezam sesumpah itu. Adakah Ezam sesumpah akan sedar? Tidak, beliau tidak akan sedar kerana "terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan dan kata, buruk padahnya". Kesihan bonda Ezam. /wfauzdin.blogspot.com

RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib

Posted: 14 Aug 2010 06:00 PM PDT


Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Pendedahan yang menggemparkan ini dibuat dalam artikel bertajuk "Just When You Thought It Is Safe To Go Into the Water" bertarikh 10 Ogos lalu yang ditulis oleh penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin aka RPK dan disiarkan dalam portal berita MalaysiaToday.

RPK mendakwa rumahtangga Khairil yang baru berkahwin dengan Sharifah Nabila Sara, anak kepada bekas Konsul Kehormnat Mongolia pada 30 Jun lalu kini dilanda badai.

Beliau mendakwa Sharifah Nabila telah 'pulang' ke rumah ayahnya hanya setelah sebulan bernikah dengan Khairil dan tidak menolak kemungkinan ikatan perkahwinan pasangan tersebut mungkin akan terlerai.

"Mereka belum benar-benar bercerai tetapi kemungkinan akan bercerai sangat besar. "Mengapa Syarifah Nabila meninggalkan rumah tangganya untuk pulang ke rumah bapanya sambil mendengu? Simple. Dia tidak gembira yang suaminya ialah 'AC-DC', seperti Saiful. Untuk makluman pembaca yang kurang faham ini bermakna biseksual.

"Ya, Khairil, seperti Saiful, suka dengan kedua-dua cara. Dan Syarifah Nabila sangat kecewa suaminya sedang menggunakan katil mereka untuk membuat temu janji dengan lelaki. Mengadakan hubungan seks dengan lelaki adalah satu perkara. Membawa balik mereka ke atas katil perkahwinan anda adalah satu perkara lagi - isteri Khairil tidak boleh menerima perkara itu.

"Jadi apa yang kita ada di sini? Pembantu Najib yang berkahwin dengan anak perempuam Konsul kehormat Mongolia. Anak perempuannya mahu menamatkan perkahwinan itu selepas sebulan berkahwin kerana suaminya sukakan budak lelaki dan membawa pulang ke rumah di atas katil mereka. Pembantu gay yang mempunyai kaitan dengan lelaki gay yang telah menuduh Anwar meliwatnya. Dan 'mangsa liwat' yang sama ini juga mempunyai hubungan seks dengan penolong pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar," dakwa RPK lagi.

Tambah beliau laporan media yang menyatakan Saiful pernah berjumpa Khairil di pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu bukan sekadar untuk memohon biasiswa tetapi lebih daripada itu. "Apakah hubungan antara Saiful dan Khairil? Khairil menyatakan Saiful pergi ke pejabat Najib untuk memohon biasiswa dan dia mengatakan mereka bertemu hanya sekali. MalaysiaToday berkata ia tidak benar dan terdapat sesuatu yang lebih di antara Khairil dan Saiful dan ia tiada kaitannya dengan biasiswa.

"Khairil ialah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan semua yang mengenalinya di UIA tahu tentang kecenderungan ke arah homoseksual. Sejumlah rakan universitinya mengesahkan perkara ini, termasuklah rakan sekolah menengahnya daripada Sekolah Menengah Alam Shah," dakwa RPK.

Mengulas pendedahan terbaru RPK, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa berkata ini merupakan satu lagi dakwaan yang dibuat terhadap Saiful tetapi kali ini berkaitan hubungan sejenis Saiful dengan pembantu peribadi Perdana Menteri.

"Secara jelas, kita lihat kes terhadap Ketua Umum KEADILAN bertujuan untuk menjatuhkan beliau dan konspirasi oleh pemimpin Umno-BN khususnya Perdana Menteri untuk mematikan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saiful sebagai saksi utama yang diragui dan kredibilitinya juga musnah, hakim sepatutnya sudah boleh membuang kes dan mengenakan tindakan terhadapnya kerana cuba menjatuhkan maruah dan integriti Anwar sebagai pemimpin," kata Fariz ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurut Fariz, pertuduhan terhadap Anwar tidak mempunyai nilai dan erti disebabkan barisan pendakwa raya tidak mempunyai bukti sama ada dakwaan hubungan Saiful dan Farah betul atau sebaliknya. Tambahnya, dakwaan terbaru yang dibuat RPK di dalam blognya mengguatkan lagi desakan agar kes tersebut harus dibuang daripada terus dibicarakan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf pula menyifatkan pendedahan yang dibuat itu mempunyai kaitan langsung dengan perbicaraan yang sedang berjalan. Ini kerana kata Yusmadi, Khairil juga adalah salah seorang nama yang dikaitkan dalam perbicaraan terhadap Ketua Pembangkang. "Saya rasa perkara ini perlu diperjelaskan kerana ia membawa akibat langsung ke atas kertas pendakwaan atau pun bukti-bukti yang digunakan oleh pihak pendakwaan.

"Mereka seharusnya menilai semula sama ada kes itu patut diteruskan atau tidak berdasar bukti-bukti yang telah tercemar," tegas beliau./Sumber: Era Pasca

KONGRESS YANG DIRASMIKAN NAJIB TUNTUT EKUITI BUMIPUTERA DIKURANGKAN

Posted: 14 Aug 2010 10:43 AM PDT

Kogres Cina tuntut ekuiti bumiputera dikurangkan
Ogos 14, 10

Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak./Malaysiakini


KAJIAN - MELAYU, CINA RAMAI TIDAK PERCAYA PADA MEDIA PERDANA

Posted: 14 Aug 2010 09:30 AM PDT

Kajian Media Arus Perdana, Enam Dari 10 Tidak Percaya

Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita "online", demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat.

Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu.

Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana.

Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus.

Beberapa eksekutif akhbar mengakui liputan politik yang berpihak telah memberi kesan ke atas paras jualan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa akses kepada alterntif media kekal rendah dengan sekitar 80 peratus responden mengatakan bahwa surat akhbar bercetak masih masih menjadi sumber maklumat utama.

Hanya 21 peratus yang ditemui mengatakan mereka ada membaca berita internet sepanjang sebulan lalu tetapi kebanyakan membaca media arus perdana versi online.

Majoriti responden berkata mereka tiada kepercayaan tinggi ke atas media alternatif meskipun ramai bersetuju bahawa ia sebenarnya lebih boleh dipercayai.

Ulasan-ulasan daripada perbincangan kumpulan fokus juga menunjukkan ramai merasakan kebebasan media masih terhad di negara ini disebabkan amalan tapisan yang kuat.

Beberapa peserta kumpulan fokus juga menekankan bahawa akhbar bahasa Malaysia sangat bias.

Dua penganalisis politik berkata kajian itu bukan sesuatu yang di luar dugaan sama sekali.

"Ini mungkin kerana kumpulan ini belum mendaftar sebagai pengundi ataupun tidak kisah apa yang berlaku di negara ini," kata Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia ketika ditanya mengenai hasil kajian itu.

"Ataupun mungkin kerana harapan yang tinggi selepas 2008, mereka mungkin jadi kumpulan atas pagar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Dan, ia juga kemungkinan kerana terlalu banyak 'politiking', di mana rakyat sudah penat dengan keadaan itu," katanya.

Sivamurugan menjelaskan, kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menjelaskan agenda politik mereka juga kemungkinan telah menyumbangkan penemuan itu.

Dr Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia bersetuju bahawa pemilikan media sahaja belum tentu menjamin kejayaan sesebuah parti politik.

"Dalam menguruskan maklumat, menguruskan media, mesej, kedua-dua pihak kena bekerja kuat mulai sekarang," kata Agus ketika dihubungi.

"Jika mereka terus memintal, mensensasikan isu, mereka akan tenggelam," kata penganalisis politik itu.

"Kini maklumat di hujung jari, sama ada media arus perdana atau internet, mereka tidak percaya setiap perkara yang mereka baca. Merek tahu bagaimana hendak menilai," katanya lagi./TVSelangor

TAN SRI KHALID DENGAN 20 EKOR KUCING

Posted: 14 Aug 2010 08:00 AM PDT

Menteri besar dan kucing-kucingnya

Jimadie Shah Othman
Ogos 14, 10

Aneh tetapi benar.

Tokoh yang begitu kental sekali berdepan dengan pelbagai rintangan dalam dunia korporat dan politik, rupa-rupanya takut kepada seekor kucing.

Itulah hakikat yang dihadapi oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila 20 ekor kucing peliharaan keluarga di rumahnya terasa begitu mengganggu hidupnya.

Sambil ketawa, Khalid juga bercerita beliau hanya mengingati nama beberapa ekor sahaja daripadanya - satu daripadanya 'si putih besar' Giant.

"Dia (Giant) selalu mengekor. Kadang-kadang dia duduk dekat dengan saya... Pergi, patah balik dan duduk. OK, saya kata, aku biar kau tidur 10 minit sudah," kata tokoh korporat yang terjun ke dunia politik itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini, Khalid juga memberitahu keluarganya amat menggemari kucing.

Malah, tambahnya, seorang anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane, Australia.

"Dia urus kucing sahaja. Kecualilah ada harimau yang perlu dibedah," katanya berjenaka.

Ikan bilis lawan nasi lemak

Dalam wawancara kira-kira 1 jam 30 minit yang menyentuh pelbagai isu semasa dan politik, Khalid yang juga wakil rakyat Ijok dan Bandar Tun Razak itu nampak senang sekali berbicara soal binatang manja itu.

Malah setiausahanya yang menguruskan wawancara itu juga tidak kering gusi melihat gelagat Khalid yang antaranya menceritakan tentang pelbagai selera kucing-kucingnya.

"Ad
a seokor itu hanya makan ikan bilis sahaja. Dan ikan bilis mahal. Ini macam hendak melawan dengan nasi lemak saya," kata Khalid sambil berulang-ulang kali ketawa lagi.

Bapa kepada empat anak – tiga perempuan dan seorang lelaki itu – mendedahkan, kadang-kadang beliau tidak dapat berkompromi dengan ahli keluarganya dalam hal kucing.

"Bapa (saya) tak akan terlibat dalam perkara ini. Kalau saya diminta hantar kucing ke klinik, saya kata tidak, ini bukan kerja saya," katanya yang mempunyai masalah resdung.

Malah, fobia Khalid juga dilihat jelas apabila beliau memberitahu kucing boleh membawa penyakit kepada jantung dan buah pinggang.

Bagaimanapun, kecuali beliau, semua anggota keluarganya menyayangi kucing. Ia buat hubungan mereka bertambah erat.

"Anak perempuan yang tinggal dengan saya selalu berhubung dengan kakaknya di Australia tentang masalah kucing," jelas Khalid./Malaysiakini

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar sekitar kejadian ribut yang meragut 3 nyawa di negeri Ali Rustam..(video inside)

Posted: 14 Aug 2010 03:34 AM PDT

Apakah ia mempunyai perkaitan dengan sikap peniaga Melayu/Islam yang berniaga sehingga melupakan tanggungjawab seorang Islam seperti tidak menghormati waktu solat, tidak menutup aurat, terlalu mengejarkan kenuntungan sehingga berniaga bukan kerana Allah, menaikkan harga sesuka hati dan sebagainya?

Atau...

Ia ada kena mengena dengan isu sekolah pelajar hamil anak luar nikah yang bakal di bina di Melaka yg diilhamkan oleh ketua menterinya, Ali Rustam?..boleh baca di sini atau di sini...wallahua'lam..

Apapun bagi kita, setiap perkara yg berlaku parti mempunyai hikmah yg tersendiri..ia tidak berlaku sebarang asbab dan hikmah..wajar bagi bagi kita menjadikannya sebagai panduan dan pengajaran....akhir kalam, takziah utk keluarga mangsa...al-fatihah...






































Bok Lokman hadir majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Aug 2010 02:29 AM PDT

Bob Lokman hadir mendengar kuliah maghrib yg disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Subang Perdana semoga Allah buka pintu hatinya dan diberi hidayah untuk menerima perjuangan Islam....Amiinn



Bergambar kenang-kenangan bersama petugas Unit Amal













Artikel berkaitan:
- Bukan Mahathir, bukan Najib: Tuan Guru Nik Aziz adalah "Guru Aku"- Amy Search (video inside)

Gambar sekitar perlancaran matawang Syariah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Bharu

Posted: 14 Aug 2010 01:36 AM PDT





























KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas 4 tahun Dinar Emas Kelantan dilancarkan, Kelantan di bawah kepemimpinan ulama hari ini sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis pelancaran bersejarah itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Bentara Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Majlis pelancaran sempena bulan Ramadhan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.

Dalam majlis pelancaran berkenaan juga, Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan Dinar dan Dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri telah melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76 dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM1,000,000 Dinar & Dirham telah dibeli orang ramai.

MCA terus terkehadapan perlekeh Islam: Kali ini hasut DAP supaya pertikai dasar Islam Kelantan!

Posted: 14 Aug 2010 01:02 AM PDT



Wang syariah: MCA cabar DAP nyatakan pendirian

MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu.

Beliau berkata, DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya.

"Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini.

"Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan sistem yang bergantung kepada "wang syiling emas". Jadi, kita nak tanya apa pendirian DAP dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, lewat petang semalam.

Khams lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata menjadi hasratnya melihat Kelantan sebagai negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Beliau berkata, adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urus niaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Chua berkata, sistem ini mungkin diterima kakitangan kerajaan negeri dan peniaga di Kelantan tetapi soalnya bagaimana pula penerimaan pihak luar, khususnya pelabur yang ingin melabur di negara ini.

"Persoalan di sini ialah, jika kerajaan negeri Kelantan benar-benar ingin melaksanakan sistem tersebut, apakah Malaysia masih akan dilihat sebagai negara perdagangan," katanya.

Mengenai kontroversi yang melanda kerajaan negeri Selangor, khasnya dalam isu surat sokongan, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, ia merupakan satu sandiwara yang dilakukan DAP untuk meyakinkan rakyat.

Katanya, soal pokok dalam isu ini ialah Pakatan Rakyat telah gagal melaksanakan janji-janji kempen pilihan raya umum lalu di mana sekiranya berjaya memerintah mereka akan mentadbir secara telus, tanpa rasuah serta mengamalkan sistem terbuka dalam pemberian tander. - Bernama

Artikel bekaitan:
- Hina Islam: Kenapa penyokong Umno takut meng'kafir harbi'kan MCA sepertimana yg dilakukan terhadap DAP?
- "Negara Islam perlu ditolak kerana hukuman zalim..DAP perlu ditolak kerana bersama PAS" - BN Serawak
- MCA bantah hukum Islam (Hudud)

Hina Islam: Kenapa penyokong Umno takut meng'kafir harbi'kan MCA sepertimana yg dilakukan terhadap DAP?

Posted: 14 Aug 2010 12:09 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Jika dahulu, para pengikut jumud Umno sering melemparkan tuduhan bahawa parti DAP adalah parti yang anti Melayu, anti Islam, menghina kesucian Islam, DAP parti kafir harbi dan PAS telah bersekongkol dgn parti kafir harbi, PAS subahat hina Islam dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan..

Namun kini mereka seolah2 terkedu dan tergamam apabila rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN) sanggup menghina dan memperlekeh Islam dgn menyatakan negara yg ditabdir oleh umat Islam mundur, lemah, terkebelakang, malah membidas PAS yang konsisten memperjuangkan dasar Islam sebagai terlalu melebihkan persoalan agama, dan pelbagai lagi serangan dan fitnah jahat terhadap kesucian agama Islam...

Nah, nampaknya kata2 nista yang dilontarkannya kepada PAS dan Pakatan Rakyat kini kembali kepada mereka..seruan kononnya PAS perlu keluar dari PR sbg bukti menunjukkan 'keislaman PAS' telah kembali terbeban kepada mereka...

Apakah Umno sanggup keluar dari BN akibat tindakan dan kenyataan biadap MCA (presiden MCA) terhadap Islam sbgai bukti umno benar2 sensitif isu agama? apakah Umno sanggup menghalau parti dan pemimpin2 dalam kompenan BN yg menghina Islam dari perikatan BN? apakah Umno yg kononnya berjuang Islam sanggup mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin MCA itu termasuk mengISAkan beliau? apakah Umno sanggup menggelarkan rakannya parti MCA sebagai parti 'kafir harbi' sebagaimana yg rutin mereka lakukan terhadap parti DAP?

Sudah tentu tidak...mereka tidak berani seperti beraninya mereka berhadapan dengan DAP..maklumlah, MCA adalah parti dibawah naungan BN, rakan lama Umno...sudah pasti Umno akan memperlihatkan kerjasama yg erat antara kompenan BN di depan rakyat..selain utk tujuan politik masa depan mereka...

Kalau adapun, hanyalah suara2 kecil yg melalak kononnya menghentam presiden MCA, mengkritik MCA, mengsyorkan agar MCA keluar dari BN dan lain2..hakikatnya suara mereka terlalu kecil, dan sepastinya tidak akan dihiraukan oleh pemimpin atasan Umno..buktinya, TPM Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak mahu mencampuri urusan ini, dan Presiden MCA ini masih belum lagi memohon maaf secara terbuka...

Nampaknya pertalian persabahabatan lebih 50 tahuan antara Umno dan MCA di dalam BN tidak memberi kebaikan dan manfaat kpd Islam, langsung tidak menpositifkan pandangan orang2 bukan Islam terhadap Islam, malah melahirkan pemimpin2 bukan Islam yang anti dan memandang jelek akan kesucian agama Islam...

Berbeza dgn hubungan antara PAS dan DAP..walaupun hubungan persahabatan ini hanyalah pada peringkat 'setahun jagung' (tak sampai sepenggal dibawah PR), namun parti yg terkenal dikalangan penyokong Umno sebagai parti yg paling alergik dgn Islam akhirnya mampu melahirkan kesan yg baik..ini sebenarnya satu yg sudah baik, satu permulaan...dan di dalam kes ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng terkehadapan membidas kenyataan MCA yg menghina Islam sebagai keterlaluan dan tidak berdasarkan fakta yg tepat....manpakya MCA lebih 'kafir harbi' dari DAP....

Namun malang, isu ini seolah2 terus membutakan mata hati penyokong Umno...mereka sebolehnya mengelakkan diri dari menghentam rakannnya MCA, berita ini cuba didinginkan dari media arus perdana, tidak digembar-gemburkan sepertimana jika ianya berlaku pada Pakatan Rakyat...tetapi mereka terus ligat menuduh DAP dan Lim Guan Eng sbg tidak ikhlas, hanya umpan politik dan sebagainya..akhirnya MCA terus tersenyum...inilah wajah sebenar pejuang kebangsaan melayu di dalam Umno...perjuangan yag jelas hipokrit dan bermuka-muka...

Akhir kalam, tujuan penulis mengarang artikel ini bukanlah mahu mempertahankan DAP atau mendakwa DAP adalah terbaik dan lain2..tetapi tujuan penulis adalah supaya penyokong tegar umno berfikir, kalau mereka mengatakan PAS mesti keluar dari PR akibat isu2 seperti ini, apakah Umno bersedia keluar dari BN?? fikir2kan...wallahua'lam..


Berita terdahulu:
1. Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
2. Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'
3. Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA
4. Hina Islam: SAMM ancam bertindak ke atas Chua
5. Chua yang 'Islamophobia' dibidas lagi