Jumaat, 13 Ogos 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Rasulullah Di Hina Di Negara Islam Malaysia

Posted: 13 Aug 2010 08:04 AM PDT

Posted by piewahid

Lihatlah betapa Islam dihina dengan sehina-hina penghinaan!
Kali ini kita alih perhatian kepada isu berbeza. Isu MURTAD dan penghinaan terhadap Islam yang semakin berleluasa. Isu yang tidak pernah selesai dan sangat menyentuh perasaan.

Ingin rasanya menjerit dan berteriak tetapi keluar air mata darah sekalipun kejahilan tidak boleh dilawan dengan kejahilan. Nanti jadi dua kali ganda jahilnya.

Sebagai insan marhaen yang tidak punya apa2, biarlah blog ini yang bersuara sebagai wadah perjuangan diri. Perjuangan mesti diteruskan selagi menumpang di bumi Ilahi. Ianya perlu diteruskan dengan apa saja cara yang termampu.

Sekalipun video ini sudah lama dan mungkin pernah kengkawan tonton, saya percaya ramai lagi yang belum pernah menontonnya. Justeru itu, sempena Ramadhan Al Mubarak ini sekali lagi saya paparkan dengan harapan dapat meningkatkan kesedaran kita betapa musuh2 Islam tidak pernah leka untuk memusnahkan kita. Hidup bukan sekadar memikirkan kepentingan peribadi dan fardhu ain.

Apa yang bakal dipaparkan mungkin tidak dipersetujui sesetengah pihak tetapi saya rayu, tolonglah tonton kerana ini tanggungjawab bersama. TOLONG SEBAR-SEBARKAN kepada kengkawan lain yang belum tahu.

Ingatlah bahawa, kita mungkin mempunyai saham yang menjadi punca isu ini semakin berleluasa. Selain itu marilah kita jauhi perkara2 bida'ah yang akhirnya dimanipulasi oleh orang2 kafir untuk menentang kita.

Sila tegur saya jika cara saya ini tidak betul di fikiran kengkawan. Ana asif!


Piewahid:

Firman Allah, ertinya:

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". Al Baqarah: 120

Barangkali apa sangatlah yahudi dan nasrani menghina Islam jika umat islam sendiripun turut menghina dan tidak peka. Nau'zubillah....

Berhati-Hati Bila Hantar PC Anda Untuk Repair

Posted: 13 Aug 2010 04:39 AM PDT

Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.
Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat muda untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.

Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-
1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.
2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.
3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.
4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.
5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. 

Dalam kes ini, dua pihak telah membayar 'refund' kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.
Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.
Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. 

Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.
Beringat-ingatlah..
http://bereh.org
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

-ijoks2009-
Patutlah Rasulullah s.a.w bersabda>
Peniaga yang jujur akan ditempatkan di syurga bersama Rasulullah s.a.w di akhirat nanti.
Amat sukar mencari peniaga yang jujur di zaman ini.


-Ketawa pun macam setan-

Agenda Tersembunyi Yahudi Dlm Twiter

Posted: 13 Aug 2010 02:53 AM PDT

Temuramah antara stesen TV Fox News (Amerika) dengan Dr. Keith Ablow membuktikan bahawa Illuminati mempunyai agenda tersembunyi yang tidak disedari oleh masyarakat dalam teknologi Twitter.

Agenda tersembunyi Illuminati ialah mereka cuba menjadikan Twitter sebagai alat perantara untuk mengenal pasti dan menganalisis keadaan 'mood' masyarakat Amerika mengikut waktu.

Mereka juga cuba melihat 'mood' manakah yang mengambil tempoh masa yang paling panjang dalam 24 jam.
Keadaan ini walaupun masih dalam bentuk persoalan, tetapi ia seolah-olah sudah mendedahkan rangka-rangka perancangan level mikro para pasukan Illuminati. Ianya jelas menunjukkan rakyat Amerika tidak lebih kepada suatu bahan ujian untuk para jurutera Illuminati menguji pelbagai aplikasi.
Rujuk link ini.

Ia tidak lebih seperti Facebook yang mana pengasasnya sendiri iaitu Zuckerberg menyindir ahli-ahli Facebook dalam satu chatting pada awal 2004 dahulu. Ketika itu beliau baru berumur 19 tahun. Di bawah adalah perbualan Zuckerberg dengan salah seorang kenalan yang tidak dikenali berkaitan Facebook awal ciptaannya.

Zuck: Yeah so if you ever need info about anyone at Harvard
Zuck: Just ask.
Zuck: I have over 4,000 emails, pictures, addresses, SNS
[Redacted Friend's Name]: What? How'd you manage that one?
Zuck: People just submitted it.
Zuck: I don't know why.
Zuck: They "trust me"
Zuck: Dumb f**ks

Perbualan ini telah didedahkan oleh akhbar Business Insider pada 13 Mei 2010.
Wallahu'alam…

-ijoks2009-
Bagi Dajjal dan koncu-koncunya,manusia hanyakah tikus makmal  untuk mencapai tujuan mereka.
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Apa Yang Kita Patut Tahu Tentang Solat

Posted: 13 Aug 2010 01:01 AM PDT





KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya
Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak

kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat jugamemberi kesan positif untuk merawat  "Mati Pucuk"di samping penyakit-penyakit lain.pesakit-pesakit yang tidak meninggalkan solat didapati lebih cepat sembuh dari pesakit yang tidak bersolat(bukan Islam)

Sebelum ini ,seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah. Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang. 

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA `MUJTAHID' UMNO ?

Posted: 13 Aug 2010 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tertarik dengan tulisan MSO di sini, yang mendedahkan SMS raja sesumpah Ezam kepadanya berkaitan dakwaan Ezam terhadap DS Wan Azizah. Di antara lain di dalam SMS raja sesumpah Ezam kepada MSO beliau menyebut bahawa beliau melakukan semuanya terhadap DS Anwar dan DS Wan Azizah adalah kerana agama bukannya kerana politik. Anda jangan tertawa.

Anggaplah kita percaya kepada mamat sesumpah ini bahawa;

- Ezam masuk Umno kerana agama bukan politik.
- Ezam menentang PAS dan pemimpin PAS juga kerana agama bukan politik.
- Ezam sokong Najib dan Rosmah adalah kerana agama bukan politik.
- Ezam berceramah di atas pentas politik Umno juga kerana agama bukan politik.
- Ezam menerima lantikan Senator tanpa bertanding apa-apa pun kerana agama bukan politik.
- Ezam bersubahat dengan Umno yang bersekutu dengan APCO, Umno yang menghalalkan
Akta ISA juga kerana agama bukan politik.
- Bersekutu dengan Khir Toyo dan Noh Omar untuk meruntuhkan Kerajaan PR Selangor juga
demi agama.
- Mempercayai Saiful Bukhari juga kerana agama.
- Melibatkan bondanya di dalam tuduhan ke atas DS Wan Azizah juga kerana agama.
- Menuduh YB Azmin dayus juga kerana agama.
- Dan....dan....bersumpah dan langgar sumpah juga kerana agama.

Itulah dia wajah Ezam, Mujtahid Umno. /wfauzdin.blogspot.com

GEMPAR - PENDEDAHAN KISAH EZAM SESUMPAH

Posted: 13 Aug 2010 06:00 PM PDT

Ezam jangan menyorok bawah ketiak mak

Alahai senatak raja sesumpah, jadilah politikus anak jantan. Jangan seret ibubapa serta keluarga dalam kancah politik untuk raih simpati apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Seorang anak muda bernama Hamzah yang merupakan anak muda yang paling rapat dengan Ezam dan keluarga Ezam di Penang telah sms :-

"Kepada pemimpin politik kalau tak dapat menerima serangan dari pihak lawan lebih baik undur diam. Jangan heret ibubapa untuk raih sokongan. Kalau takut dengan mulut musuh politik jangan jadi ahli politik, jadi anak mak.."

Alahai senatak Ezam raja sesumpah... Lebih baik duduk dibawah ketiak busuk mak...(gambar hiasan)

Sementara itu Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang juga merupakan orang paling kanan Ezam di P.Pinang berkata..." Apalah bacul sangat Ezam ni...nak politik pun politik la...jadilah anak jantan...jangan sampai dok pi heret mak pula..awat cek sorang ada mak ka..orang lain tak dak mak ka...."

Untuk makluman semua, Ezam hadir semasa kenduri perkahwinan Zulkifli di Tg Berembang, begitulah intim dan mesranya Zul dan Ezam bagai irama dan lagu...umpama isi dan kuku.

Jangan sentuh langsung tentang buruk Ezam.." langkah mayat aku dulu...amboi hebatnya Zul....tapi yang tu dulu punya cerita la..bukan sekarang...." katanya yang kini merupakan kempen manager Chegu Bard. Gambar pun macam calon Dun Sg Acheh saja..tapi warna pink yang tak tahan tu....:-)

Sementara itu, Chegu Bard yang merupakan sahabat yang paling taat pada Ezam berkata pada sharpshooter..

Chegu Bard : "Abang Din..Abang Din tahu tak..saya serah nyawa pada Ezam dalam perjuangan ini ?

Sharpshooter : "Oh ya ka...awat la Cikgu pi serah nyawa pada senatak tu..mujur tak serah yang lain..he..he..he.."

Chegu Bard : "
Abang Din ni apa la..orang cakap serius ni....Kalau saya tahu ni barua Ezam tergamak heret Kak Wan, tobat saya tak ngaku kawan dah...Ezam ni dah terlalu melampau sangat...jangan sampai saya dedah kisah Ezam di Indonesia pula..."

Sharpshooter : "Eh...Chegu..apahal..apa kes Ezam di Indonesia....dia buat apa Chegu?

Chegu Bard : " Ezam.. tolong hentikan fitnah pada Kak Wan..jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia..saya tahu di hotel mana? waktu bila? tarikh bila? jam berapa? dengan siapa?....saya tahu semuanya..jangan sampai saya dedah semua tu...saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam..."

Sharpshooter :" oh ya ka cikgu...awat tak mau dedah..."

Chegu Bard : "Tengoklah macamana..sampai masa mungkin saya terpaksa dedah..."

Anda ingat tak Zahid Mat Arip bekas cucu Ghafar Baba dalam ceramah yang paling biadap pernah mencerca dan mengutuk Tuan Guru Nik Aziz...Katanya..Nik Aziz ni bukan ulamak tapi P***mak..."

Begitulah biadap sekali Zahid Mat Arip. Zahid dan Ghani Haron merupakan dua orang sahabat setia ezam yang turut melompat bersama senatak ezam.

Sewaktu Ezam 2 tahun dalam penjara, Zahid Mat Arip pernah berkata pada Ghani dalam mesyuarat Pemuda Keadilan...katanya... Ghani ni kot depan nampak baik pakai baju gambar Ezam..sokong ezam....di belakang kita bini Ezam pun dia pakai.
.."

Begitulah celuparnya mulut Zahid pada Ghani. Terpinga-pinga Ghani Haron. Semua kawan-kawan tahu perangai mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata Zahid pada Ghani..entahlah...hanya Ghani yang tahu...(Ghani - berdiri kanan sebelah Ezam)

Mulut cari makan..dulu maki Maharthir babi..mahathir babi..mahathir babi.... sekarang maki Anwar pula...itulah cara mereka cari makan.

Ezam ketika letak jawatan Ketua AMK Pusat dan kononnya beliau mahu tumpukan pada GERAK, pernah satu ketika Ezam mahu buat roadshow GERAK di Penang.

Ketika itu sharpshooter Ketua AMK P.Pinang. Ghani Haron balaci Ezam telefon sharpshooter dan arah buat beberapa program di Penang dan mahu melantik Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang.

Ketika itu Anuar Shaari baru sahaja meletak jawatan di Permatang Pauh di hadapan Kak Wan. Begitulah biadapnya Anuar Shaari mahu mamalukan Kak Wan.

Masih segar dalam ingatan peristiwa yang berlaku di Kedai Nan Food Court, Kepala Batas di mana Ezam, Ghani Haron, Anuar Shaari (gambar duduk kiri), Kak Minah dan suaminya Abang Rofi turut hadir.

Ketika itu niat Ezam mahu melantik Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang. Mengapa P.Pinang negeri pertama Ezam pilih? Tak lain tak bukan kerana mahu hancurkan pemuda P.Pinang.

Ezam tersalah orang, dia ingat sharpshooter tak boleh baca apa yang tersirat. Kita bukan baru berpolitik sejak umur 20 tahun sudah terjebak dalam politik.

Ketika itu, Ghani Haron berang dengan Sharpshooter bila sharpshooter hempas fail depan Ezam. Ezam hanya diam tertunduk.

Hasrat Ezam mahu adakan sidang media untuk mengumumkan Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang terpaksa dibatalkan. Ketika itu kalau Ezam berjaya hasut sharpshooter dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain masuk GERAK maka akan lumpuhlah AMK P.Pinang.

Maka berjayalah Ezam memalukan Anwar sebab P.Pinang adalah negerinya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ezam tersalah orang. Niat Ezam hancur lebur.

Pada sebelah malamnya pula Ezam ceramah di Dun Sg Acheh, Zulkifli Ibrahim aturkan program di sana. Malam itu orang tak ramai, sekitar 50 orang sahaja yang hadir.

Keesokkan harinya terdengar suara sumbang Zamil Ibrahim broker terkaya berkata.."Program Ezam semalam diboikot oleh dua orang Exco AMK Pusat...mereka mahu malukan Ezam...sebab itu orang tak ramai..." pulak dah..

Begitulah serba ringkas kisah senatak sesumpah. Cuba anda tonton video ini, apa kata Ezam, Isteri, Mak dan Ayah Ezam pada suatu ketika dulu..
lu fikir lah sendiri...



Sumber: SharpShooter

RAJA SESUMPAH `JUAL' NAMA IBU ?

Posted: 13 Aug 2010 10:12 AM PDT

Oleh: Mandor

EZAM sesumpah nampaknya benar-benar hilang arah dan panduan di dalam perjuangannya. Serba serbi yang beliau lakukan untuk memburukkan DS Anwar serta keluarga, menemui jalan buntu apabila rakyat tidak lagi mempercayai mamat sesumpah ini. Ezam lebih senang dengan cara bermain sumpah apabila setiap kali membuat fitnah ke atas musuh-musuhnya.

Kali ini, Ezam sesumpah amat terdesak setelah DS Wan Azizah tampil menafikan tuduhan jahat yang dibuat oleh raja sesumpah ini ke atas dirinya. Seperti biasa, raja sesumpah mencabar DS Wan Azizah bersumpah apabila DS Wan Azizah mahu menyamannya. Paling yang membuat kita rasa kesihan dan simpati, apabila raja sesumpah ini mula `menjual' nama ibunya. Kununnya ibunya juga turut simpati dengan mamat Ezam apabila majoriti rakyat menghina anak kesayangannya. Baca di sini.

Rupa-rupanya bonda Ezam ada hati dan perasaan juga terhadap anaknya. Selama ini kita boleh gambarkan betapa hati dan perasaan bonda dan ayahanda DS Anwar selama mana DS Anwar diaibkan. Perasaan itu dibawa oleh bondanya hingga ke liang lahad. Begitulah agaknya yang dirasakan oleh bonda pencacai Umno itu. Itulah keadilan Tuhan buat raja sesumpah. Perasaan itu kini dirasakan oleh bonda raja sesumpah. /mandor.blogspot.com

MB SELANGOR DEDAHKAN `BLOGGER BODOH'

Posted: 13 Aug 2010 08:00 AM PDT

Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 13, 10

Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

"Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo," kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

"Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

"Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri."

Dalam
wawancara dengan Malaysiakini Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh.

"Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun," kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya.

"Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air," katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya sebagai pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

"Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi," jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, kata beliau, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

"Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini," kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: "Ini jawatan lama."/Malaysiakini

MB SELANGOR, JANGAN BERI `KADUK NAIK JUNJUNG'

Posted: 13 Aug 2010 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SESUATU yang amat memalukan apabila Pejabat MB Selangor dapat diceroboh oleh pengkhianat. Terjumpanya sebuah kamera tersembunyi di Pejabat MB berkenaan menunjukkan kurangnya sensitif kakitangan terutamanya pihak keselamatan Pejabat MB Selangor. Baca di sini. Bayangkan jika ini berlaku kepada Pejabat MB negeri yang dikuasai oleh Umno, tentunya menjadi satu berita gempar dan sudah tentu tidak senang duduk pegawai dan kakitangan keselamatan yang bertanggungjawab.

Saya khuatir, di atas kelembutan dan sifat bertimbangrasa Tan Sri Khalid selaku MB Selangor membuatkan `kaduk naik junjung'. Ini baru satu permulaan kerja-kerja khianat yang berlaku di dalam pejabat Kerajaan Selangor setelah kerja-kerja khianat dan sabotaj mereka banyak berlaku di luar sana. Kita tidak tahu bagaimana pula keadaan di pejabat-pejabat penting yang lain termasuk pejabat Exco. Kerajaan Selangor jangan memandang remeh perkara ini dan siasatan perlulah dibuat sehingga tertangkapnya `musuh di dalam selimut'./wfauzdin.blogspot.com

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Bulan Ramadhan merupakan antara masa untuk menjernihkan tanggapan kita mengenai agama Islam.

Posted: 13 Aug 2010 03:35 AM PDT


Oleh Mohd Yusof Hassim

Teras berpuasa ialah meraih matlamat - agar lebih bertakwa (Al-Baqarah: 183).

Mengapa sering terdapat segolongan orang yang begitu berani mendedahkan sesuatu perkara yang jelas bertentangan dengan syariat Islam? Boleh dikatakan bahawa hal ini berbalik kepada kefahaman seseorang terhadap hukum-hukum agama dan pegangan akidahnya.

Jika memahami Islam dengan betul maka setiap amalannya akan menjadi baik dan takut untuk melakukan perkara-perkara yang ditegah. Begitu juga sebaliknya. Mereka tahu akan larangan Islam, tetapi mereka lakukan juga. Mengapa ini berlaku? Ini kerana perasaan takut telah hilang di dalam diri mereka. Tidak ada perasaan takwa kepada Allah swt.

Sebenarnya yang mengawal kelakuan seseorang Muslim adalah akidah dan ketakwaannya. Jika perkara ini difikirkan, ia boleh menghalang seseorang daripada melakukan kejahatan.

Makhluk tidak akan kekal. Setiap yang bernyawa akan mati. Itu pun ada orang berani mengatakan bahawa usia masih muda, jauh daripada mati. Hidup hanya sekali, remaja hanya sekali. Justeru, janganlah sesiakan usia muda. Mereka mendakwa bahawa waktu untuk melakukan kebaikan, solat dan ibadah-ibadah lain masih panjang.

Anehnya, mereka juga tahu bahawa maut tidak mengenal usia dan tidak dapat dijangka. Mereka tahu ada orang meninggal dunia walaupun usianya masih muda sedangkan orang tua yang sakit nazak bertahun-tahun tidak mati. Allah swt boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya. Untuk mematikan makhluk-Nya tidak ada tempoh tertentu, tua atau muda, malah anak kecil pun boleh diambil nyawanya.

Setiap orang yang mengaku dirinya menganuti Islam harus mengetahui akan batas-batas agama. Jika mereka faham dan sedar bahawa dalam Islam ada batasnya, ada tegahannya, mereka harus menjaga batas tersebut dan mematuhi setiap larangan yang diperintah Islam. Mereka boleh menghindari diri daripada terjebak ke dalam gejala sosial jika mereka memahami batasan dan larangan Islam.

Jika golongan dewasa membawa satu cara atau bentuk yang tidak baik, mungkin golongan remaja akan melihatnya sebagai satu perkara yang baik dan menjadi ikutan. Golongan remaja, terutama yang masih di bangku sekolah, memang suka mengikut-ikut apa yang dilakukan idola mereka. Mereka sebenarnya tidak faham apa yang mereka lakukan. Apabila menonton gelagat seseorang artis di layar televisyen atau di media massa yang lain, timbul keinginan untuk mencuba.

Kita tidak boleh meniru sana sini kerana Islam sudah mempunyai adab dan syaratnya. Jika yang baik dari Barat sesuai dengan Islam, maka kita terima. Begitu juga dari yang Timur. Justeru, semua pihak termasuk individu, anggota masyarakat dan pihak bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan seiring dalam membela imej Islam.

Inilah pesan Rasulullah saw kepada kita agar senantiasa berpegang dengan tali Allah swt dan tidak membiarkan urusan sesama manusia terabai.

Anak Bapa

Anak Bapa


Rakyat Lebih Serik Dengan PR?

Posted: 13 Aug 2010 03:54 AM PDT



Tergelak besar membaca kenyataan mantan MB Selangor, Khir Toyo dalam Sinar Harian hari ini. "Rakyat Selangor lebih serik berada hampir 3 tahun di bawah pentadbiran PR berbanding 52 tahun di bawah BN ……"

Alahai Khir, apa gila meraban di bulan puasa ni? Tak sedar lagi yang engkau dah tak jadi MB Selangor lagi. Kajian mana mu pakai untuk sokong hujah ini. Kalau setakat kedatangan orang ramai dalam ceramah, maaf cakap, ceramah "Selamatkan Rakyat Selangor" yang dipelopori oleh Ezam Sesumpah boleh dikira dengan jari aje.

Ni bukan saya yang cakap, tetapi cakap kawan-kawan yang terdiri sebahagiannya daripada orang UMNO sendiri yang hadir dalam program-program berkenaan. Malah ada sepasang suami isteri orang kuat UMNO terus belah lepas 5 minit kerana tak tahan dengar sumpah seranah Ezam yang sampai ke peringkat sasau dan sawan.

Lagi pun rakyat Selangor ini nak diselamatkan daripada siapa? Jikalau daripada PR ternyata kerajaan PR berjiwa rakyat dengan pimpinannya sentiasa mengambil berat kebajikan dan keperluan rakyat. Air percuma, bantuan masuk Universiti, Tabung Warisan untuk anak-anak Selangor, hasil jualan pasir untuk kesejahteraan rakyat, skim kifalah untuk bantuan warga emas yang meninggal dan tidak lama lagi skim pinjaman mikro kredit untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat bawahan. Dan banyak lagi agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang akan dikecapi oleh semua lapisan rakyat akan diketengahkan dari masa ke semasa.

Disebabkan ini adalah kerajaan rakyat dan untuk rakyat maka tidak ada sebab kenapa PR tidak bersama rakyat masa susah dan senang. Dan ini PR telah buktikan menyebabkan UMNO keluh kesah sebab rakyat semakin hari semakin yakin dengan kerajaan PR.

UMNO dan BN tidak pun berubah selepas kalah teruk dan Anak Bapa yakin tidak akan berubah sampai bila-bila. Kalau ada pun, lebih bersifat kosmetik, muka hodoh tetapi beli alat "make-up" mahal-mahal untuk ditampal agar muka kelihatan cantik. Malangnya rakyat dah nampak wajah sebenar UMNO dan BN. Begitu menjejekkan!

Apa yang mereka buat untuk mengurangkan kesengsaraan rakyat sekarang hasil kenaikan harga barang yang dicipta oleh kerajaan BN? Bagaimana dengan mangsa kezaliman ISA yang masih ramai di dalam tahanan? Bagaimana pula dengan saman ekor? Kes Altantunya, Amirulrashid, Kugan dan Teoh Beng Hock apa cerita? Berhentilah Khir bermimpi, lebih elok pergi ke kampung-kampung tolong rakyat ……..

Anak Bapa: PRU ke 13 ini adalah sakratul maut bagi UMNO/BN. Anak Bapa akan tolong talkinkan ……

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Taraf Bumiputera Macam Koc Wanita KTMB

Posted: 13 Aug 2010 05:53 AM PDT

Ahahahahaha hari ini aku mncubakan diri balik ke rumah..sbb ada hal nak mintak sign mak ayah aku..sign autograf untuk PTPTN.. ehehehehehe...dah tu aku nk gi mintak cop..aku rasa nk mintak cop dari MP Permatang Pauh la..tak pun MP Pekan..leh tak??? ahahahahahahahaha

KK rilek2...apa aku nk cerita ni bukan pasal Perlembagaan Persekutuan yg berkutu2an...tetapi pasal KTMB..

Skang dah ada koc wanita..aku hari ni buat slamba masuk koc wanita.. ahaha ada aku kisah?? dari Stesen KTMB sampai Stesen KL lama..dah tu transit naik komuter ke Seremban untuk ke Nilai..rilek je aku naik koc wanita..aku sorang je jantan last2..ahahaha ada aku kisah..apa cerita...aku pun bayar..tapi kuota untuk pompuan dah lebih dalam gerabak..bayangkan la..pompuan ada spesial koc..koc yg tak da label untuk wanita pun pompuan boleh masuk..dah tu ??yg laki2..kena lak halau...hantu betul.. ahahaha

Nasib baik aku tk kena halau..sbb tak dak spot check...cantekkkkkk

Skang baru aku tau apa rasanya kalau tidak mnjadi ahli dalam kuota..sbb tadi aku kena sound lak ngn minah indon pendatang haram mana ngn anak dia..tak pasal2 mintak aku alih beg sbb dia nak duduk..padahal banyak lg tempat duduk..mengada2 tol..ni mesti janda la ni...pundek gaban la..dah tu nk sound2 aku..yg lain2 tak dak hal de..dah tu ada plak lagi beberapa orng jantan kat dalam koc tu..tak nk lak dia sound..pundek punya indon..pi mampuh mu..

Ahahahahahahaha..apa2 pun..aku rasa bersyukur sangat..sbb stesen Batu Cave yg baru ni dekat je ngn UIA Gombak..naik teksi bermeter dapat la RM9.50..aku bayar je RM10.00..biar la..rezeki pak cik tu bulan Ramadhan ni..bagi la pendapatan tambahan kepada umat2 kita..tolong la diorang..

Kira aku puas hati la gak ngn pengangkutan awam..cuma aku harap mansuhkan lah koc wanita tu..tak dak guna..selamba je yg pompuan dok dalam koc bukan wanita..tak da hal pun....ramai lg amoi2 boleh siap angkut bf masing2 dalam koc wanita..pedehal..nk mengelak masalah cabul ke???apa kata letak je pegawai polis dalam setiap keretapi..ahahaha amacam??bagus tk idea aku???polis kita kan ramai..kan hebat2...kan sharpshooter..tembak dari belakang pun leh kena kepala anak orang..kan???pedehal???

K lah...aku guna streamyx id abang aku..1Mega...bestnye aku mendownload cite SlamDunk..woooohooooo yeeeeeha

Sekian

Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera...

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


6 dari 10 orang Melayu tak percaya media arus perdana

Posted: 13 Aug 2010 08:42 PM PDT


oleh Adib Zalkapli
August 14, 2010

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Enam daripada 10 rakyat Malaysia tidak percaya media arus perdana manakala hanya satu dalam lima mempunyai akses kepada berita "online", demikian menurut satu kajian yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kajian Merdeka Center dijalankan antara 27 Jun dan 25 Julai lalu menunjukkan 57 peratus orang Melayu tidak percaya pada laporan media arus perdana berbanding 33 peratus yakin manakala 10 peratus lagi mengatakan mereka tiada maklumat.

Di kalangan masyarakat Cina pula, 58 peratus responden berpandangan bahawa mereka tidak percaya pada media arus perdana, 30 peratus percaya dan 12 peratus lagi pula tidak tahu.

Hasil kajian itu dilihat mempunyai kaitan dengan arah aliran jualan suram bagi kebanyakan organisasi media arus perdana.

Perangkaan edaran menunjukkan akhbar bahasa Inggeris dan Malaysia seperti New Straits Times, The Star, Berita Harian dan Utusan Malaysia berhadapan dengan kemerosotan jualan pada tahun ini berbanding 2009 iaitu dalam lingkungan 20 peratus ... seterusnya

MPSJ : Boleh ker macam ni - bhg 2

Posted: 13 Aug 2010 01:42 AM PDT

STONE : Aku harap kes ni sampai ke pengetahuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md. Ikhsan - mungkin dia tidak tahu. Kerja saman menyaman ni kerja anak buah nya di bahagian Penguatkuasa.
Datuk Adnan, tengok-tengok lah anak-anak buah kat bawah tu, samada diorang tu betul-betul menjalankan tugas atau sekadar bekerja untuk dapat gaji.

Seperti yang aku cakap semalam, aku akan tunjukan pula bagaimana sebuah kedai eletrik menggunakan lot-lot parking di hadapan kedainya untuk meletak barangan promosi tanpa mengendahkan kesesakan jalan raya yang berlaku akibat dari tindakan nya.

Boleh pula pekedai ini meletakan khemah (merah dan biru) betul-betul di atas lot parking

Yang aku musykil, kenapa pihak-pihak berkuasa samada pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran Subang Jaya) atau polis boleh membiarkan perkara ini berlaku.

Khemah berwarna merah dan biru ditempatkan di lot-lot parking untuk meletak barangan promosi

Telah diketahui umum bandar kecil ini, setiap hari, tambahan pada waktu puncak, akan mengalami kesesakan jalanraya yang teruk. Sebabnya peniaga-peniaga di sini menggunakan lot-lot parking di tepi-tepi jalan untuk menjalankan perniagaan mereka sesuka hati tanpa ada sedikit pun perasaan takut untuk di ambil tindakan oleh pihak berwajib.

Gerai-gerai buah-buahan menggunakan lot-lot parking

Kejadian ini berlaku setiap hari ... kerana apa? Kerana mereka tahu tindakan mereka tidak akan diambil tindakan. Sebabanya ... wakil-wakil rakyat mereka akan membela andai tindakan diambil. Sebab itu peniaga ini terus berada di situ walau pun ianya menyalahi undang-undang - mengganggu lalulintas

Sebuah kereta berhenti, pemandunya turun untuk mendapatkan sesuatu. Akibatnya jalan hanya tinggal satu "lane" mengakibatkan jalan menjadi sesak.

Padahal kawan aku yang berniaga "burger" di hadapan 7E, yang langsung tidak mengganggu lalulintas, selalu saja mendapat "tiket" dari pihak berkuasa tempatan - MPSJ.

Kawasan bertanda merah telah digunakan oleh kawan aku untuk berniaga Burger

Bukan itu saja, kedai-kedai makan yang meletakkan kerusi meja di luar kedai - di lot-lot parking - juga menerima nasib yang sama.
Tapi bagaimana yang ini, jam baru menunjukkan pukul 3.15, tapi kerusi-kerusi telah mengambil tempatnya di lot-lot parking dihadapan kedai makan tersebut ..
.

Gambar diambil jam 3.15 tadi - Jumaat 13 Aug 2010

MPSJ - berlaku adil lah kepada semua, tak kira Melayu. Cina atau India ...
Aku bukan bercakap atas dasar perkauman, tapi atas dasar keadilan.
Tak mungkin Melayu saja yang pandai buat salah ...... atau Melayu tak pandai nak "suap"

FELDA bakal disaman lagi

Posted: 12 Aug 2010 11:16 PM PDT

Selepas disaman lebih 700 peneroka pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Katanya, jumlah peneroka yang akan tampil kali ini dijangka mencecah angka ribuan, terutamanya daripada rancangan Felda daripada Johor dan Pahang.

"Mereka (peneroka) sudah lama sedar (berlaku penipuan). Tetapi mereka tak ada punca hendak bawa kes. Ada yang sudah buat laporan polis sejak 10 tahun lepas lagi," kata Suhaimi.

"Tetapi waktu itu mereka tak tahu siapa boleh bantu. Lepas ini, banyak lagi akan tampil menyaman Felda. Di Pahang saja kita jangkakan sekurang-kurangnya 4,000 peneroka akan terlibat.

Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut peguam Sivarasa Rasuah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus. - malaysiakini

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Peranan PR/PAS & KASE, Senarai hitam saman ekor ditarik balik

Posted: 12 Aug 2010 03:23 AM PDT



Atas desakan dan kesalahan/kesilapan yang makin terserlah oleh pihak kerajaan, polis dan JPJ, akhir nya kabinet hari ini memutuskan untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya, buat sementara waktu bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan, bermula hari ini hingga 28 Feb tahun depan. (baca sini)

Syabas dan tahniah kepada PR/PAS serta Jawatankuasa Bertindak kempen anti saman ekor (KASE) dan kepada semua yang terlibat dalam usaha mengetengah kan isu ini bersungguh sungguh. Kalau tidak dengan peranan mereka mereka ini, rasa rasa nya pihak kerajaan, polis dan JPJ sudah tentu tidak akan memperdulikan suara suara rakyat yang memprotes.

Nampak gaya nya apa yang cuba diperjuangkan oleh PR/PAS dalam isu saman ekor semakin membuah kan hasil. Walau pun hanya menarik balik senarai hitam secara sementara, itu sudah cukup membuktikan bahawa pihak kerajaan, polis dan JPJ memang melakukan kesalahan. Kalau rakyat diam, mereka buat tak tau saja.

Satu lagi, selalu kita dengar orang kata, menteri pun ada kata, orang UMNO/BN apa tah lagi. Mereka kata "apa yang PAS buat selain dari asyik membangkang saja". Ini nak bagi tau bahawa penarikan tersebut adalah hasil sumbangan PAS. Mana orang nak tahu, dalam TV nak pernah cerita, dalam surat kabar pun tak cerita, dalam radio haram tak de tapi bila PAS buat kecoh...., haaaa..yang ini berbulan bulan diaorang putaq ligat dalam semua media.

Lepas ini apa yang PR/PAS & Jawatankuasa Bertindak kempen anti saman ekor (KASE) perlu buat ialah memberikan tekanan kepada kerajaan supaya memansuhkan terus saman ekor yang terang terang mengainaya pengguna jalanraya. Nanti ada orang bodoh dan bahlol cakap dah buat salah mesti lah kena saman. Aku kata memang lah kena saman tetapi bukan saman ekor tapi saman berdepan. Tembak kamera laser had laju dan lepas itu tahan pemandu yang melanggar hadlaju itu dihadapan. Dulu boleh buat, apasal sekarang tak boleh atau memang malas nak buat kerja.

Sekian

Artikel berkaitan:


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket