Khamis, 12 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


EZAM CABAR SAIFUL BERSUMPAH LAKNAT ?

Posted: 12 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

CUBA anda semua kira, berapa ramaikah yang telah dicabar oleh raja sesumpah Ezam untuk bersumpah? Kesemua mereka yang pernah dicabar oleh raja sesumpah itu kesemuanya dari parti pembangkang. Pemimpin Umno? Usah harap.

Selain dari DS Anwar sasaran utamanya, Husam Musa dari PAS juga pernah dicabar oleh raja sesumpah untuk menjadi sesumpah sepertinya. DS Wan Azizah juga menjadi mangsa baru-baru ini. Apabila DS Wan Azizah menafikan fitnah beliau, maka sepantas kilat raja sesumpah menyuruh DS Wan Azizah bersumpah dan beliau pun akan turut bersumpah, katanya.

Main-main sumpah ini memang kerja Ezam sejak dulu, dan melanggar sumpah juga mainan saja buat Ezam. Ezam sanggup melanggar aturan Islam berkaitan sumpah ini. Peliknya tidak dengar pula oleh kita Ezam mencabar Saiful yang memang minat bersumpah itu untuk bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan salah seorang pasukan Pendakwaraya di dalam kes Liwat II DS Anwar. Mengapa, sedangkan kita tahu Saiful memang berminat dengan sumpah menyumpah ini.

Maka, fikir-fikirkanlah stail raja sesumpah ini untuk mencari sesuap nasi.

UMNO P.PINANG BANKRAP IDEA

Posted: 12 Aug 2010 08:00 PM PDT

Pemuda PAS Pinang selar politik murahan UMNO-BN

| Aug 12, 2010

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.

Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.

DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.

Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak".

*Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Sumber: MerdekaReview

Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh

Posted: 12 Aug 2010 06:00 PM PDT


Ogos 12, 10

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan "rasa tidak puas hati, marah dan kecewa" berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.

Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan," petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?"

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.

"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah)," kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'./Malaysiakini

Perang info: BN 'ludah' sesama sendiri, kata MB

Posted: 12 Aug 2010 11:03 AM PDT


Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 12, 10

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang./Malaysiakini

KAK WAN, JANGAN LAYAN MAMAT GILA ITU

Posted: 12 Aug 2010 03:00 AM PDT

Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah


Oleh Mohd Sayuti Omar

ASSAMUALAIKUM ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya dan keluarga terlebih dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang membahagiakan.

Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh).

Ketika itu Ezam berada di rumah lama Kak Wan di Bukit Damansara. Begitulah dakwa Ezam seperti mana dilaporkan oleh portal berkenaan.

Cerita ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk papanya (Anwar) menyertai Umno.

"Dia gagal pujuk papa menyertai Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan menyerang bapanya.

Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini. Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya dari sisi Kak Wan.

Malahan makin didedah dan makin di tayang "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh. Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek kerakusan itu.

Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu. Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menceritakan segala-galanya.

Pada saya mudah saja. Dalam kontkes perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang dilakukan Zahid terikut oleh Ezam.

Takdir yang telah memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut anai-anai.

Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan kerana huminsime dan materialis.

Dalam menjejaki liku-liku hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat. Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang. Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset.

Percayalah, seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik!

Orang macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu, adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati.

Tetapi saya faham dan maklum cerita itu.

Hari ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan senator boy?

Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk juga jambangan bunga dan perfume.

Kebencian Ezam kepada Pak Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati, bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam merasa masih ada harapan. Begitukan...?

Munafik besarlah kalau seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak Sheikh.

Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan. Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah pun tidak melayan Ezam.

Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih.

http://msomelayu.blogspot.com

KESILAPAN DS WAN AZIZAH APABILA MELAYANI RAJA SESUMPAH

Posted: 12 Aug 2010 12:01 AM PDT

Dua tokoh yang sentiasa menjadi mangsa fitnah raja sesumpah Ezam

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kesilapan walaupun tidak besar apabila Presiden PKR, DS Wan Azizah menjawab tuduhan sampah dan fitnah dari raja sesumpah Ezam yang kini mungkin sedang `bermimpi' untuk menjadi MB Selangor itu. Apabila membaca kenyataan akhbar oleh DS Wan Azizah berkenaan fitnah besar oleh raja sesumpah itu di sini, maka tertunailah hajat raja sesumpah untuk mendapat publisiti murahan.

Sememangnya raja sesumpah mahu DS Wan Azizah melayaninya kerana ini akan menampakkan beliau hebat. Saya telah menjangka, apabila DS Wan Azizah menjawab tuduhan fitnah yang dilemparkannya maka akhir sekali raja sesumpah akan melakukan stail lamanya iaitu mencabar DS Wan Azizah `bersumpah laknat'. Aktiviti sumpah ini memang menjadi `trademark' raja sesumpah sejak dahulu lagi walaupun beliau sendiri telah melanggar `sumpah keramat'nya. Jika boleh beliau mahu semua orang bertukar menjadi `sesumpah' sepertinya.

Kadangkala kita pelik memikirkan bagaimana Umno boleh mengharapkan raja sesumpah ini untuk memusnahkan personaliti DS Anwar dan isterinya seterusnya untuk memusnahkan PKR parti yang menjulang namanya dahulu? Apa hebatnya raja sesumpah setelah melutut dengan Umno? Sehingga kini tiada satu pun bukti yang dibawa oleh raja sesumpah atas apa jua tuduhan yang telah beliau hadapkan ke atas DS Anwar dan juga DS Wan Azizah. Yang ada, cuma tuduhan demi tuduhan dan sumpah demi sumpah. Sewaktu raja sesumpah berada di dalam PKR, setiap kali beliau menghentam Umno dan Najib, pasti disebutkan fakta dan bukti bahkan sanggup ke setiap Balai Polis untuk membawa bukti yang disebutkannya. Itu dulu, sewaktu beliau berada di dalam saf perjuangan rakyat.

Tetapi kini, berapa banyak raja sesumpah membawa bukti dan fakta terhadap setiap tuduhannya? Bukti rasuah pemimpin Umno usah diharaplah kerana untuk menyebutnya saja raja sesumpah tidak berani. Beliau hanya berani menuduh, kemudiannya minta orang yang dituduhnya itu bersumpah untuk menafikan tuduhannya. Ini cara kuno dan tidak bertamaddun oleh raja sesumpah. Kita tuduh seseorang itu mencuri, kita tidak buktikan atau lapor Polis sebaliknya minta orang yang kita tuduh itu bersumpah. Inilah stail raja sesumpah untuk cari makan sehingga dapat Senatak.

Saya berharap selepas ini DS Anwar, DS Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang menjadi mangsa fitnah orang kemaruk ini agar tidak lagi memperdulikan raja sesumpah. Biarkan dia perasan sendiri kerana rakyat kini sudah kenal siapa beliau. Tidak hairan lah jika di mana jua raja sesumpah menyalak, berapa kerat sahaja yang bodoh-bodoh datang mendengar./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Nizar sampaikan Tazkirah Ramadhan

Posted: 12 Aug 2010 08:10 AM PDT

Malam ke-2 Ramadhan saya berkesempatan menunaikan solat Tarawikh dan mendengar tazkirah dari YAB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Surau Taman Soon Choon, Ipoh. DS Nizar ahli Parlimen Bukit Gantang serta ADUN Pasir Panjang dan ketua Pakatan Rakyat Negeri Perak. Berketepatan seorang pemimpin yang berkaliber hingga kedatangan jemaah dari jauh hingga melimpah ke tangga untuk bersamanya.

Mengimbau kembali 2 tahun lalu sebelum rampasan kuasa Negeri Perak, sepanjang ramadhan DS Nizar membuat pengisian menjadi iman tarawih, tazkirah dan kuliah subuh dari kunjungan ke Masjid-masjid serta Surau-surau di Jabatan Kerajaan. Sementara di Dataran Bandaraya Ipoh diadakan khemah berbuka puasa dan solat fardhu berjemaah dan sunat tarawih di sepanjang Ramadhan.

Malam ini selesai solat sunat tarawih DS Nizar menyampaikan tazkirah:

"Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." Al Baqarah 183.

Inilah satunya ayat al-Quran yang menyeru umat Islam beriman agar berpuasa rukun Islam ketiga. Perintah Allah dari satu ayat ini masyarakat Islam Malaysia sangat menitik-beratkan dan amat bersungguhan menunaikan puasa.

Ada kalangan mereka yang cuma sembahyang seminggu sekali atau berpakai singkat-ketat sanggup berpuasa penuh. Ibu-bapa turut menggalakan anak-anak yang belum lagi aqil baligh berpuasa. Berduyun-duyun memenuhi masjid-masjid dan surau-surau untuk solat sunat tarawih. Suasana program di Radio dan TV yang padat dengan pengisian ceramah dan rancangan berunsur Islam. Pesta makanan di segenap kota dan pakej berbuka di hotel-hotel. Pihak berkuasa mengenakan peraturan kepada penjual makanan dan tindakan kepada yang tidak berpuasa. Masyarakat Islam Malaysia begitu dikenali hebat dengan amalan puasa jika dibandingkan Negara-negara Islam yang lain.

Tetapi umat Islam Malaysia, amat sedikit umat Islam yang menjaga solatnya dimana mengikut bancian cuma 15% menunaikan solat 5 waktu. Sedangkan terdapat lebih 60 ayat Al-Quran yang memerintahkan umat Islam mendirikan solat,. Suasana dan keadaan menyebabkan ramai umat Islam ambil ringan dan sering mengabaikan sembahyang.

Kebanyakan beranggapan puasa adalah ukuran keimanan dan ketakwaan. Tetapi sedarlah solat keutamaan ibadat tiang ugama dan rukun Islam ke-2. Solat wajib didirikan di mana-mana dan keadaan samada sakit, tua, musafir dan kanak-kanak berumur 10 tahun boleh dipukul jika enggan bersolat.

Sedang puasa tidak mengapa ditinggalkan untuk orang kurang upaya, sakit, kanak-kanak dan musafir. Yang meninggalkan puasa boleh diganti dan dibayar fidyah.

Bimbang apa kemungkaran di kalangan umat Islam dan kepincangan masyarakat adalah kerana mengabaikan solat. Pihak berkuasa adalah bertanggungjawap memberi kesedaran dan berusaha mencegah program-program yang melalaikan. Umpamanya ketika waktu solat terutamanya Maghrib dan Isya' terlalu banyak program TV disiarkan yang sengaja melalaikan umat Islam menjauhi masjid-masjid dan surau.

DS Nizar menyentuh sedikit apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak 3 Ogos lalu terpaksa menempuh kawalan ketat polis. Tidak dibenarkan membawa laptop, camera dan telefon serta menghadkan wakil media masuk. Mengbenarkan perbahasan dari Pakatan Rakyat hanya beberapa minit dan menutup pembesar suara.

Suara lantang DS Nisar boleh kedengaran jelas tanpa pembesar suara hingga mengarahkannya keluar Dewan. Dato' Ganesan speaker kontroversi tidak memahami peraturan mesyuarat hingga menunggu arahan bertulis dari S/U Dewan. Perolehan 'ExtraOrdinary' berjumlah RM117juta yang tidak diperjelaskan sumbernya. Rang Undang-undang Perbekalan berjumlah RM80juta diluluskan pada persidangan kurang 1 hari.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Subahanallah..

Posted: 12 Aug 2010 08:00 PM PDT
















ijoks2009,
Apakah hukumnya kalau orang lelaki kawin dengan orang perempuan kembar  macam ni, ( 2 kepala satu badan)adakah di bolehkan atau tidak.yg menjadi persoalan .adakah dua kepala itu di kira  2 individu yg berlainan dan perlu akad nikah yang berasingan.Tapi dlm Islam haram kahwin dengan 2 adik beradik serentak.Pening jugak tu.Mungkin ulamak moden perlu buat penelitian dlm hal ini.
Iklan
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Kempen Berhenti Merokok(santai Pagi)

Posted: 12 Aug 2010 06:05 PM PDT

Apakah bendanya yang senang nak belajar buat senang,tapi nak berhenti susah.jawabnya ialah R.O.K.O.K


Sempena bulan ramadhan ni ,bolehlah belajar berhenti...maaf kalau ada yang terasa.

Surat Saidina Ummar Al -Khattab Kepada Sungai Nil.

Posted: 12 Aug 2010 03:44 PM PDT

Salam ramadhan.. mungkin ada yang dah tahu ,mungkin ramai juga yang belum tahu kisah ini.Saidina Umar,semasa menjadi khalifah bukan sahaja terkenal dengan keadilannya dan kebijaksanaannya memerintah negara sehinggakan segala arahannya dan permintaannya di ikuti oleh rakyat jelata,bahkan sungai nil pun taat kepadanya atas kehendak Allah s.w.t.

"Surat ini dikirimkan oleh Umar, Amirul Mukminin kepada Sungai Nil,
kalaulah air yang mengalir pada tubuhmu itu bukan dari kuasa Allah
maka kami tidak sekali memerlukan engkau! Tetapi kami percaya Allah
itu Maha Kuasa dan kepadaNyalah kami bermohon supaya engkau mengalir
seperti sediakala".


Kisahnya,

Kisah ini merupakan suatu perkara yang benar-benar berlaku di zaman
pemerintahan Saiyidina Umar al-Khattab r.a. Beliau adalah seorang
mukmin yang sejati, teguh iman dan amat taqwa kepada Allah SWT.
Justeru kerana kekuatan imannya kepada Allah SWT, maka doanya sentiasa
diperkenankan oleh Allah SWT.

Semasa pemirintahan Khalifah ke-2 ini, empayar Islam telah berkembang
bukan setakat Semenanjung Arab sahaja malah Rom dan Parsi juga telah
dapat dibebaskan dari kezaliman pemerintah mereka kepada keadilan dan
keamanan yang dibawa oleh pemerintahan Islam.

Kisah ini berlaku di Mesir, ketika itu Umar al-Khattab r.a. telah
melantik seorang pahlawan Islam yang gagah perkasa iaitu Amru al-As
r.a. sebagai Gabenor di Mesir. Penduduk Mesir ketika itu baru sahaja
menganut agama Islam, penduduk asalnya berbangsa Qibti. Sesetengah
mereka menganut agama Islam dan sesetengah dari mereka masih dengan
agama asal nenek-moyang mereka, ini kerana tiada paksaan dalam Islam,
mereka bebas sama ada mahu menerima Islam atau tidak.

Suatu peristiwa ganjil dan aneh berlaku semasa Amru al-As r.a. menjadi
Gabenor Mesir. Sungai Nil kelihatan mulai surut airnya, airnya tidak
melimpah-limpah seperti biasa. Sungai Nil amat penting kepada penduduk
kerana ia adalah nadi kehidupan di sana, sungai Nil digunkan untuk
menyiram kawasan pertanian dan sebagai sumber air untuk kehidupan
mereka. Peristiwa ini amat mencemaskan penduduk Mesir.

Sebelum memeluk Islam, sebahagian besar orang Mesir adalah penyembah
matahari. Di antara adat mereka semasa jahiliyyah ialah mengorbankan
seorang anak dara pada waktu-waktu tertentu sebagai persembahan kepada
Dewa Sungai Nil supaya air sungai Nil sentiasa mengalir.

Dalam keadaan cemas, penduduk berjumpa dengan Gabenor Mesir dan
mendesak Amru al-As r.a. supaya melakukan adat jahiliyyah tersebut
bagi mengatasi masalah sungai Nil ini, walaupun mereka telah memeluk
Islam tetapi masih tertanam kepercayaan jahiliyyah yang telah
diamalkan turun-temurun. Amru al-As r.a. keberatan menunaikan
permintaan mereka kerana adat ini khurafat dan syirik kerana menyembah
selain dari Allah SWT. Gabenor meminta tangguh dahulu kerana ingin
bertanyakan kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. bagi menyelesaikan
masalah ini bagi memuaskan hati penduduk Mesir.

Amru al-As menulis sepucuk surat kepada Khalifah menceritakan dengan
jelas masalah yang dihadapinya, semoga khalifah dapat memberikan
pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut demi kepentingan
raklyat.

Khalifah Umar al-Khattab r.a. menerima surat tersebut, apabila dibaca,
air muka Umar al-Khattab r.a. berubah kerana marah dengan sikap
penduduk Mesir. Katanya " adat ini terang sekali syirik hukumnya.
Terang sekali bertentangan dengan ajaran agama kita yang suci.
Bukankah Allah SWT yang sebenarnya patut disembah kerana Dialah Yang
Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Demi Allah, aku tidak
sekali akan membenarkan penduduk Mesir melakuakan adat yang kejam dan
bodoh ini".

Setelah itu, Umar al-Khattab r.a. mengambil sehelai kertas dan menulis
sepucuk surat sebagai balasan kepada Gabenor Mesir.Beberapa hari
kemudian surat tersebut pun sampai. Ketika itu sungai Nil semakin
surut dan mulai kering, penduduk bertambah gelisah dan cemas.

Amru al-As r.a. sangat gembira lalu membuka surat dari khalifah,
alangkah terkejutnya beliau kerana surat itu bukan ditujukan kepadanya
sebaliknya Umar al-Khattab menujukan surat itu kepada sungai Nil.
Setelah membacanya Amru al-As r.a. terus mencampakkan surat itu ke
dalam sungai Nil. Dengan kuasa Allah SWT setelah surat itu jatuh ke
dalam sungai Nil dalam sekejap masa air Sungai Nil mulai naik dan
akhirnya melimpah-ruah ke kawasan tanah disekelilingnya. Kejadian yang
anih ini disaksikan sendiri oleh penduduk Mesir. Semenjak hari itu
iman mereka mula teguh dan mereka tidak mengamalkan adat jahiliyyah
tersebut.

Terimakasih kpd kak Zai yg buat N3 ni

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Bermulanya kekayaan Tun Daim...

Posted: 12 Aug 2010 08:07 AM PDT

Datuk Harun Menteri Besar Selangor memungut Daim dari keruntuhan perniagaan garam. Isteri Daim Mahani adalah sahabat baik Salmah, isteri Datuk Harun. Datuk Harun telah memberi Daim 160 ekar tanah nilai tinggi di kawasan Kampung Pandan dan dari situ terlahirlah syarikat Daim ia itu Maluri Holding.

Daim juga mendapat tanah seluas 12000 ekar dari kerajaan negeri Kedah di zaman Osman Arof. Untuk menambahkan kekayaan mereka Daim bersama Mahathir dalam menswastakan projek kerajaan tanpa tender telah menyalurkan banyak projek ka United Engineers Company, yang di beli dengan harga RM2, untuk menjadi multi billion ringgit corporation.

Dari sini Daim mendapat modal untuk membuka International Bank yang berdaftar di Swiss. Kini memilikki lebih 50 bank2 di Eropah dan Afrika dan Indonesia


INVESTOR RELATIONS:
Share Capital


The number of shares in issue as at 12th July 2010 is 180,000,000 shares of CHF1.00 each.

To the best of the knowledge of the Directors:

i)
74.4% of the share capital is not in public hands;
ii)
Shareholders that have significant interest, directly or indirectly, jointly or severally, in 3% or more of the share capital are as follows:

Shareholders
No of Shares
Interest (%)
Tun Daim Zainuddin
110,310,000
61.3%
Josephine Sivaretnam
(through holding in Panhelligan Investments Limited)
23,500,000
(indirect)
13.1%
(indirect)
Oberlae Limited
17,999,999
9.9%
Raikleigh Capital Advisors Limited
17,999,000
9.9%

kalam Perantau

kalam Perantau


Jangan perbodohkan mahasiswa

Posted: 12 Aug 2010 11:00 PM PDT

Oleh Mohd Shafie Hashim

Mahasiswa sekali lagi cuba diperbodohkan. Maruah mahasiswa ibarat di letak bawah tapak kasut. Langsung tidak diiktiraf dan dihormati.

Paling dikesali mereka terdiri daripada yang berjawatan tinggi, berkelulusan pendidikan tinggi namun kenyataan dan pandangan mereka terhadap entiti mahasiswa ini tidak melambangkan ciri-ciri kelimuan yang sebenar.

Pro M berpandangan Program Soal Jawab di TV3 sminggu lalu yang dibarisi oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan bekas Naib Canselor Universiti Tan Sri Ibrahim Abu Shah sangat wajar diteruskan. Ia mengambarkan keterbukaan media untuk membincangkan persoalan hak di media arus utama.

Namun Pro M kesal dengan beberapa kenyataan Tan Sri Ibrahim yang ternyata penuh dengan prasangka negatif terhadap mahasiswa. Sesi soal jawab yang membincangkan “Wajarkah mahasiswa menyertai parti politik” itu mendedahkan kedangkalan Ibrahim dalam mebincangkan isu berkenaan.

Beliau memilih untuk menafikan hak mahasiswa untuk berpolitik. Katanya, biar habis dahulu belajar, kemudian baru boleh terlibat dalam politik.

Dalam masa yang sama beliau terlalu serkap jarang dengan mengatakan mahasiswa yang aktif di kampus adalah mereka yang anti -kerajaan (anti-establishment dan pro-pembangkang).

Pro M mencadangkan Ibrahim perlu kembali masuk belajar ke menara gading dalam bidang politik sehingga habis dan terjun dalam aktiviti kemahasiswa semula. Baru beliau akan faham dengan baik.

Ingin ditegaskan, universiti adalah medan ilmu dan medan untuk mempraktik, dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam mengurus tadbir aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri.

Tidak cukup jika mereka hanya sekadar berhempas dalam bilik kuliah, berserabut dengan tugasan yang bertimbun-timbun, berseronok dikolej dan hanya menunggu keputusan di akhir pengajian.

Mahasiswa adalah pelaburan rakyat utnuk mereka ini pulang dan berbakti kepada rakyat dan negara satu hari nanti. Jika di alam kampus mereka sudah disekat untuk bebas berfikir atas kapasiti ilmu dan idelisma mereka sendiri, ini akan memandulkan nilai dan kehebatan mahasiswa itu sendiri.

Ibrahim perlu kembali memahami sejarah mahasiswa yang penuh dengan idealisma tersendiri. Sejarah dunia ini kebanyakannya di lakarkan oleh anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, idea, cita-cita, keazaman untuk melakukan perubahan.

Tidak timbul mahasiswa pro-kerajaan ataupun anti-kerajaan. Ini kerana perjuangan mahasiswa adalah untuk menutut keadilan dan hak itu ditegakkan.
Mahasiswa adalah agen ketiga yang menjadi suara ketiga dalam mengemukan pandangan dan idea tidak kira kepada mana-mana pihak sekalipun.

Pro-M setuju dengan Saifuddin yang mengatakan bahawa bukan persoalan mahasiswa mahu pilih parti politik mana, apa baik dan buruknya, apa kesannya terlibat dalam politik. Namun perkara asas yang perlu difikirkan bersama politik itu adalah hak mahasiswa, jadi mahasiswa berhak untuk terlibat dengan politik.


MAHASISWA AKUR KEPUTUSAN LARANGAN BERPOLITIK KERAJAAN UMNO-BN

Posted: 12 Aug 2010 07:15 PM PDT

PUTRAJAYA 11 Ogos – Jemaah Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam menghormati dan menyambut baik keputusan kerajaan yang melarang mahasiswa menyertai parti politik.
Presidennya, Ahmad Wafi Sahedan berkata, beliau yakin kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan menyeluruh sebelum membuat keputusan tersebut.

Bagaimanapun beliau meminta kerajaan memperkasakan saluran sedia ada supaya suara mahasiswa boleh diambil kira dalam pembangunan negara.

”Kami memohon kerajaan untuk memperkasakan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kerana ia merupakan pentas yang amat penting untuk mahasiswa bersuara.

”Diharapkan juga kerajaan lebih terbuka dalam menerima pandangan atau kritikan daripada pemimpin mahasiswa kerana kita juga ingin terlibat sama dalam memajukan negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ahmad Wafi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa larangan mahasiswa melibatkan diri dalam kancah politik kepartian adalah kekal.

Muhyiddin bagaimanapun menjelaskan, larangan itu tidak bermakna mahasiswa dilarang terus daripada membicarakan hal ehwal politik semasa yang berlaku di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Wafi berkata, mahasiswa perlu mempunyai idealisme, pendirian dan identiti tersendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

”Mahasiswa perlu bebas untuk berdiskusi secara ilmiah mengenai pelbagai isu termasuk isu politik.
”Mahasiswa harus melontarkan pandangan atau mengkritik secara membina kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang,” katanya.

Beliau menjelaskan, isu untuk membenarkan mahasiswa menyertai parti politik sebenarnya masih dalam peringkat perbincangan di kalangan Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.

”Perkara ini perlu dilihat dan dikaji secara serius kerana ia melibatkan pelbagai implikasi jangka pendek dan jangka panjang.

”Kami yakin dan percaya pandangan pelbagai pihak termasuk mahasiswa, pensyarah dan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi perlu diambil kira kerana mereka juga mempunyai hak untuk melontarkan pandangan dan cadangan tentang perkara ini,” katanya.