Rabu, 11 Ogos 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Islamic Fashion Festival: Siapa Penasihat nya?

Posted: 10 Aug 2010 09:18 PM PDT


Muka depan laman web Islamic Fashion Festival. Ayat & model Cantik kan!, tak ada cacat cela.

Kalau budak budak yang berorientasi kan sekolah agama yang selalu nya jual kaset, CD, kalendar dan buku buku agama cepat saja orang ramai kutuk, kata mengguna kan agama lah, menjatuhkan maruah agama lah, mengeksploitasi budak budak lah dan macam macam tuduhan. Mungkin juga sesetengah tuduhan itu betul.

Yang ini semua nya bukan budak budak. Mereka adalah orang dewasa/tua/veteran. Mereka adalah penasihat yang 'carefully selected' di panggil 'Islamic Fashion Festival Style Council'. Tolak yang lelaki, kesemua penasihat perempuan nya sama ada tak tutup aurat langsung atau tutup tapi nampak jambul. Akupun hairan lah juga macam mana mereka mereka ini semua boleh jadi penasihat kepada festival ini.

Nanti ada pulak yang bising. "Apa hal yang kau Sebok sebok ni".


Penasihat di panggil 'Islamic Fashion Festival Style Council' (klik untuk besarkan)

Bagi aku penganjuran 'Islamic Fashion Festival' itu bagus. Yang cacat nya ialah dari kalangan penasihat festival. Kalau festival tersebut tidak menggunakan nama Islam, lantak lah sebab setahu aku Islam tidak membenarkan pemakaian tudung yang dikatakan menutup aurat tetapi nampak jambul. Jangan guna 'Islamic Fashion Festival', guna lah 'KL, Jakarta & Dubai Fashion Festival' ke, tak de lah orang bising.

Benda benda macam ini kalau dibiarkan tanpa ada yang menegur, lama kelamaan nanti orang beranggapan Islam ini serba boleh. Keadaan sebegini juga lah yang membuatkan generasi muda keliru dalam menunai kewajipan beragama.

Aku cuma menunaikan kewajipan aku setakat yang aku mampu.

Sekian, selamat berpuasa & sendiri mau ingat la.....

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

kalam Perantau

kalam Perantau


Presiden PAS tegaskan tiada Kerjasama PAS dan UMNO

Posted: 11 Aug 2010 09:00 PM PDT

Oleh SyababPaka

PAKA : Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hari ini sekali menegaskan tiada kerjasama PAS & UMNO dalam ceramah Isu Persidangan DUN Terengganu di Paka pada hari ini. Coretan sejarah antara PAS & UMNO sejak dulu sehingga hari ini telah menunjukkan pengkhianatan UMNO terhadap PAS. Jika isu perpaduan Melayu yang dilaungkan, mengapa ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999 dinafikan hak royalti minyak? Adakah pemerintahan PAS ketika itu bukan dari orang Melayu? Dan hari ini pula orang Melayu di Kelantan dinafikan hak yang sama.

Tahalul Siasi antara PAS dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) semakin mantap dimana dalam Konvensyen PR yang lalu, semua anggota PR bersetuju untuk menerima Islam sebagai agama persekutuan dan Hak Keistimewaan Melayu. Langkahan perjuangan PAS semakin ke depan apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam telah ditubuhkan. jesteru itu, ahli dan penyokong PAS digesa supaya melipat ganda usaha dakwah dan penerangan kepada pengundi terutamanya kepada kaum Melayu di pedalaman yang masih kurang mendapat pendedahan semasa.

Ceramah ini juga turut disertai oleh YB Abdul Wahid Endut (Ahli Parlimen K.Terengganu & ADUN Wakaf Mempelam). Beliau banyak menceritakan perkara berkaitan dengan isu-isu di DUN Terengganu. Antaranya tayangan sidang secara online telah dihentikan oleh kerajaan UMNO bagi menyekat maklumat dapat di akses oleh rakyat. Selain itu, banyak soalan DUN yang dikemukan ditolak untuk dijawab. Berkenaan perbelanjaaan Terengganu sebanyak RM1.78 billion menjadikan perbelanjaan terbesar bagi negeri Di Malaysia apabila dibandingkan dengan negeri-negeri lain namun rakyat Terengganu tetap miskin.

Dalam ceramahnya juga, beliau mendedahkan survival politik UMNO hanya pada 3 perkara iaitu FELDA, undi POS, Sabah & Sarawak. Selain itu, mereka cuba melemahkan PR dengan 4 perkara iaitu Melaga-lagakan Parti dalam PR, menyerang negeri-negeri PR, menyerang peribadi pemimpin PR dan melaungkan Perpaduan Melayu UMNO PAS. Oleh itu, setiap ahli dan penyokong digesa supaya tidak terpengaruh dengan dakyah mereka terutama melalui media massa.

Sebelum pada ceramah tersebut, Tuan Guru Presiden merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Paka di Kg Pinang Merah. Dengan kewujudan pusat tersebut, kerja-kerja kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan sistematik.


Apakah benar Ahmad Said anti Idris Jusoh?

Posted: 11 Aug 2010 05:00 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Sekalung tahniah buat Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Dalam seminggu dua ini, beliau ditakdirkan melalui beberapa detik membanggakan sebagai peneraju negeri yang tidak sunyi dari gugatan dan gigitan para pendukung partinya sendiri.

Mendahului senarai pencapaian positif itu tentunya anugerah Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang diterimanya sempena ulang tahun ke-48 Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Julai lalu. Istiadat penganugerahan disempurnakan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah, Kuala Terengganu, Khamis (5 Ogos).

Dengan darjah diterimanya itu, beliau kini bergelar "Datuk Seri". Beliau adalah satu-satunya pemimpin politik yang diberikan gelaran "datuk". Lebih bermakna lagi, majlis penganugerahan darjah kebesaran ini adalah yang pertama dalam masa tiga tahun, juga yang pertama sejak Ahmad menjadi Menteri Besar.

Kebetulannya anugerah itu tiba ketika beliau mengorak langkah positif memperbaiki imejnya, terutama di kalangan anak-anak buahnya sendiri. Dalam tempoh beberapa minggu lalu, satu demi satu penyelesaian dicapai kerajaannya dalam menangani beberapa projek bermasalah tinggalan menteri besar digantinya.

Contohnya, kerja membersihkan sisa runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dijadualkan bermula 26 Julai lepas, setelah ia terbiar sejak runtuh pada 2 Jun 2009.

Membiarkan sisa runtuhan dalam keadaan begitu sebegitu lama telah memberikan imej negatif kepada negeri. Ia sesuatu yang memalukan, apatah lagi stadium itu terletak hanya sepadang dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Setiap pesawat yang turun-naik di situ, termasuk yang membawa pelancong dan pemimpin luar seakan menyediakan perkhidmatan percuma meneliti runtuhan itu dari udara

Hal itu turut menjadi isu politik. Cakap-cakap yang laris kedengaran mendakwa Ahmad sengaja melengah-lengahkan kerja pembersihan sisa runtuhan dan pembaikian bumbung itu. Kononnya beliau berhasrat memalukan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga seteru utamanya dalam politik negeri.

Projek menelan belanja hampir RM300 juta itu memang perancangan Idris. Beliau malah sering menobatkan kemunculan stadium itu sebagai salah satu "Impian Menjadi Realiti" oleh kerajaan pimpinannya dulu.

Justeru, ada yang mendakwa, bertolak daripada sentimen anti-Idris, Ahmad sengaja membiarkan sisa runtuhan itu disaksikan sepuasnya oleh semua pihak. Ahmad dikatakan sengaja melambatkan usaha membaikpulihnya agar ia diingati sebagai bukti kegagalan projek dirancang Idris.

Bagaimana pun persepsi negatif itu sedikit terpadam baru-baru ini apabila kerajaan negeri akhirnya memberi kontrak kepada sebuah syarikat pembinaan dari Setiu, Syarikat Azimat Berkat Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja pembersihan sisa runtuhan itu secara percuma.

Kerajaan hanya memberi sisa runtuhan itu sebagai kos gantian tanpa melibatkan sebarang bayaran.
Kehadiran Ahmad ke Besut minggu lalu juga menambah nilaian positif kepada usahanya mengikis imej anti-Idris. Selaku pangkalan kekuatan bekas menteri besar itu, tidak semua pendukung Umno di Besut dapat menerima kepemimpinan Ahmad, sama ada dalam parti mahu pun kerajaan, hingga kini.

Bagaimana pun persepsi itu dikatakan semakin berubah. Dalam kunjungannya ke bandar Jertih, pusat ekonomi daerah Besut pada Selasa (3 Ogos), Ahmad merasmikan Medan Selera Jertih yang baru dinaiktaraf dengan kos RM3 juta.
Di kesempatan itu juga beliau membuat lawatan ringkas ke Jertih Souq, projek bazaar moden di tengah bandar itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu. Media mendedahkan bahawa kerja-kerja pembinaannya telah pun dimulakan semula.

Isu utama di sini ialah projek disantuni Ahmad hari itu merupakan tinggalan Idris. Sepertimana kes runtuhan stadium tadi, terbengkalainya pembinaan Jertih Souq juga dibauri dakwaan kononnya ia disengajakan Ahmad, di atas sentimen anti-Idris. Lebih setahun ia terbiar menjadi bahan tutur warga setempat, selama itu jugalah sentimen anti-Ahmad di kalangan penyokong kuat Idris disemarakkan.

Kunjungan Ahmad minggu lalu boleh dianggap perkembangan positif baginya mengikis imej anti-Idris, terutama yang bersarang di fikiran pendukung Umno Besut. Bagaimana pun, ia masih jauh dari mendamaikan kekecewaan anak-anak buahnya di daerah itu.

Idris sendiri secara terbuka pernah mendakwa Ahmad sengaja meminggirkan projek dicetuskannya. Selain Jerteh Souq, beliau turut menyebut ura-ura kerajaan negeri membatalkan hasrat membina kampus Universiti Darul Iman Malaysia (UDM – kini UniSZA) yang dirancangnya di Taman Ilmu Besut.

Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Besut pada 11 Julai 2010 pula menyentuh satu lagi projek yang menjadi bahan pertembungan hasrat antara Ahmad dan Idris, iaitu isu Kompleks Imtiaz di Bukit Keluang, Besut. Umno Besut mendesak kerajaan negeri mengekalkan kompleks tersebut sebagai premis baru Sekolah Menengah Imtiaz Besut, sedangkan Ahmad dikatakan berhasrat menjadikannya kolej Yayasan Terengganu.

Tidak syak lagi, dua pertembungan itu adalah antara puluhan lagi sebab yang menyukarkan Ahmad mengikis imej anti-Idris pada dirinya, sepertimana dipercayai sebahagian ahli Umno. Bukan sahaja di Besut, tetapi di seluruh Terengganu.


Gagal bela melayu dan Islam Tok Guru Haji Hadi seru tinggalkan Umno-BN

Posted: 11 Aug 2010 05:00 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara.

Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri.

Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.

Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri.

Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini  di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah Umno BN dan marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihan raya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS.


JANGAN PILIH KASIH : HADI AWANG

Posted: 11 Aug 2010 01:44 AM PDT

Oleh Hazayani Zakaria   

SHAH ALAM, 8 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan anak-anak muda PAS tidak memilih bulu dalam mendidik masyarakat kepada Islam.

Abdul Hadi berkata, pada zaman Rasulullah S.A.W., baginda menyampaikan Islam kepada semua kaum tanpa mengira latar belakang, dan menasihatkan umatnya berbuat perkara sama.

“Kita nak tarbiyah ini bukan orang terpelajar sahaja tapi termasuk yang buta huruf, yang berjudi, yang tak pernah sembahyang kita kena tarbiyah.

“Jangan nak terbiyah yang baik-baik sahaja. Yang tak baik kita tinggalkan. Ini bukan ajaran nabi. Nabi mentarbiyah semua golongan dan mengajar sahabat-sahabat buat perkara sama,” katanya ketika berucap pada sesi dialog di majlis ramah mesra anak-anak muda Terengganu di perantauan, dekat sini, semalam.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, PAS telah mencipta kejayaan apabila berjaya menyatukan semua badan politik di negara ini walaupun terdapat pelbagai jemaah Islam ketika ini.

“Apa yang penting bagi PAS, kita telah berjaya menyatukan badan politik walaupun kita berbilang jemaah. Ada di negara Islam yang lain, di Indonesia sebagai contoh, terdapat 20 parti Islam, dan semua bertanding dalam pilihanraya.

“Apabila 20 parti Islam bertanding, sudah tentu suara Islam 60 hinga 70 peratus. Tetapi apabila 20 ini berpecah, hanya dapat lima peratus suara Islam.

Ini sangat merugikan. Alhamdulillah di Malaysia cuma ada satu parti Islam,” katanya yang juga Adun Rhu Rendang.

Tambahnya lagi, PAS bukan sahaja parti politik yang terlibat dalam pilihan raya tetapi sebuah gerakan yang merangumi semua aspek.

Program yang dihadiri seramai 150 anak muda kelahiran Terengganu itu memberi peluang kepada mereka untuk mendengar penerangan mengenai isu semasa yang berlaku di Terengganu.

Turut hadir, Setiausaha Aung PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Pemuda Terengganu, Mohd Nor Hamzah.


Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Sejarah Perpaduan PAS + UMNO yg perlu anda tahu....

Posted: 11 Aug 2010 04:45 PM PDT


Petikan dari artikel Bapa Subky didlm Siasah 8-14 Ogos 2010/27 Syaaban-4 Ramadhan



Pendapat umum perpaduan PAS-UMNO

PAS dari mula menganjurkan jalan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah,sepatutnya tiada org melayu dan Islam menentangnya,tetapi UMNO yg terdiri dari Melayu dan Islam it kata PAS sesat.Sehingga anjuran supaya UMNO dan PAS bersatu sekarang,UMNO masih belum menarik tuduhan mengatakan PAS itu sesat.
Selepas PAS menghadapi ancaman Pemuda UMNO tahan lasak menjelang pilihanraya umum 1969 Perikatan kalah di Pulau Pinang,tidak dapat menubuhkan kerajaan di Perak dan Selangor.Tun Razak menjemput Datuk Asri mewujudkan perpaduan,mengadaka kerajaan campuran Perikatan PAS tahun 1973 dan pembentukan BN setahun kemudian.Bila BN dan UMNO kukuh ,PAS disingkirkan dari BN dan Kelantan ditawanya.

Apabila UMNO berpecah antara Team A dan Team B tahun 1983,UMNO mengirim polis merisik supaya baik PAS berpakat dengan Team A dari bekerjasama dengan Team B.Mengapa UMNO,Dr Mahathir cuba berbaik dengan PAS? Bagi mengelakan Kelantan dan Pusat jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah.

Apabila Anwar Ibrahim dipecat hujung 90an,timbul semula tohmah kononya PAS mahu bekerjasama dengan DAP yg menentang Melayu dan Islam tetapi tidak mahu berdamai dengan UMNO yg sesama Melayu dan Islam.Mengapa UMNO menimbukan isu itu?Bimbang kuasanya terlucut.Betul .Tahun 1999 BN kalah di Terengganu dan tahun 2008 BN kalah di Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.

Dengan pembentukan Pakatan Rakyat yg bertambah padu,dengan negara dramal bankrap sebelum 2020,duit negara pun bertambah tidak ada,minyak,gas dan gula naik,maka tiada jaminan UMNO menang senang,bahkan lebih senang dikalahkan.Maka ditakut-takutkan org Melayu dan Islam.

Kata Tunku Abdul Rahman ketika dia menyokong Parti Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dlm kempen pilihanraya kecil Pantai Merdeka yg ditandingi oleh Datuk Muslim dari PAS,adanya org Melayu dlm beberapa parti politik tidak boleh dikatakan org Melayu berpecah,kerana amalan demokrasi menggalakan kita berada dlm parti politik yg berbeza.
Tunku menolak pendapat UMNO pimpinan Mahathir ,wujudnya PAS dan S46 adalah memecahkan org Melayu .Parti politik tidak memecahkan umat tetapi yg memecahkanya ialah diskriminasi,penindasan dan kezaliman.

Sesudah lebih 50 tahun BN berkuasa,kerajaan pimpinan UMNO itu tidak dapat meletakan org Melayu di tempat yg sepatutnya,bahkan dasar diskriminasinya yg zalim itu menjadi semua rakyat tidak terbela.Tetapi kewujudan PAS bersama Anwar Ibrahim dlm Pakatan Rakyat ,mulai dilihat sebagai satu kuasa yg dpt menjadi alternatif bagi membela Melayu dan rakyat seluruhnya melalui dasar keadilan yg dipeloporinya.
Tawaran bersatu dengan UMNO kepada PAS adalah helah menariknya dari Pakatan Rakyat .Ia helah bagi membinasakan Pakatan Rakyat.
Dalam tawaranya itu UMNO tidak pula menyatakan kegagalan dan kezalimanya .Ia mahu PAS berkongsi dengan kezaliman dan penindasanya.Jika PAS setuju,PAS akan pikul biawak hidup dan segala kebusukan UMNO sambil mengekalkan kezalimanya dan kebusukan itu.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ZAMAN KHIR TOYO DULU ADA BERANI KE BUAT MACAM SEKARANG ?

Posted: 11 Aug 2010 10:00 PM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM, 11 Ogos: Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tawaran ini dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus serta bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB secara lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku, kata kenyataan itu.

Bagi melengkapkan lagi prinsip pentadbiran telus dan terbuka, katanya, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir.

Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan KSSB melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya makumat kewangan KSSB dapat diketahui orang awam.

"Kerajaan Selangor percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan KSSB. Selangor yakin KSSB menjadi syarikat pasir pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka," katanya.

Sehubungan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencabar negeri-negeri di bawah BN supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan perlantikan Wan Ab. Halim Wan Ismail, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuatkuasa 26 Julai lalu.

Wan Ab. Halim, 62, berkelulusan bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas.

USAHA SABOTAJ DI PEJABAT MB SELANGOR KANTOI

Posted: 11 Aug 2010 08:00 PM PDT

Kamera dijumpai di pejabat MB S'gor

Regina Lee
Ogos 11, 10

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau. "Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

"Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis," katanya.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.


Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya./Malaysiakini

RAJA SESUMPAH EZAM MAHU WAN AZIZAH MENJADI SESUMPAH SEPERTINYA

Posted: 11 Aug 2010 06:00 PM PDT

Perbualan telefon: Wan Azizah selar Ezam
Ogos 11, 10

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya "sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…"

"Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua," kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

"Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

"Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

"Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah." katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan azizah membuat sumpah laknat.

Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah 'Selamatkan Selangor'./Malaysiakini

HARTA `ISMET ULAM RAJA' DI LUAR NEGERI ?

Posted: 11 Aug 2010 11:18 AM PDT

Harta Taib Mahmud Di Luar Negara, Mana SPRM?

Pendedahan dua dokumen yang membuktikan hubungan langsung antara Ketua Menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Sakti International Corporation, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Hakikatnya, Tan Sri Taib Mahmud dan harta kekayaan di luar negara sudah sinonim di kalangan rakyat banyak. Hanya pihak berwajib seperti suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia atau SPRM sahaja masih membatukan diri.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata rakyat Sarawak sudah lali dengan penyelewengan Taib Mahmud dan pada masa sama hilang kepercayaan terhadap SPRM untuk mengheret ketua menteri itu ke muka pengadilan.

Malaysiakini mendedahkan perjanjian bertulis lembaga pengarah Sakti International Corporation dengan adik beradik Taib Mahmud dan anak-anaknya memegang kepentingan 50 peratus bersamaan RM250 juta, bagi pihaknya.

Antara lain, Taib Mahmud menamakan adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya Jamilah dan anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

"Ini adalah perkara yang diketahui ramai. Dan sudah dijangka dan disyaki dari dulu bahawa Taib Mahmud ada harta dan duit luar negera. Ini satu bukti yang kukuh," katanya kepada TV Selangor.

Sakti International dilapor memiliki beberapa hartanah di bahagian pantai barat Amerika Syarikat, antaranya bangunan Abraham Lincoln di Seattle, bangunan yang juga menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Unit Anti Pengganas Washington Fusion Centre.

Dalam konteks ini, Baru bian mempersoal sumber dana Taib Mahmud berkaitan hartanahnya di luar negara.

"Perkara sebegini yang besar berkaitan rasuah yang melibatkan berjuta- juta duit rakyat tidak dapat disiasat SPRM

Sebab itu, kita tidak yakin dengan SPRM kerana tidak membukti bahawa mereka efektif. Tiada siasatan. Sikit sahaja mereka laksanakan tugas untuk siasat," katanya.

Bagi Baru Bian, harta rakyat mesti dijaga bukan diperlaku sesuka hati.

"Harta rakyat mesti dipulangkan. Saya percaya harta rakyat yang dicuri perlu dipulangkan kepada rakyat," katanya./TVSelangor

AZMIN TIDAK LOBI JAWATAN MB SELANGOR - TAN SRI KHALID

Posted: 11 Aug 2010 10:12 AM PDT

Azmin perlu belajar lagi, kata MB S'gor

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 11, 10

Ketika Azmin Ali dilihat menyinar di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula melihat naib presiden PKR itu masih perlu belajar banyak perkara dalam politik.

"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu.

"Saya rasa beliau boleh menjadi pelajar yang baik dan patut diberi peluang (untuk itu).

"(Ini kerana) menjadi politikal dan menjadi pengurus merupakan dua perkara yang berbeza," kata Khalid (kanan) ketika ditanya penilaiannya terhadap kepimpinan Azmin sebagai seorang negarawan.

Sebelum itu, Khalid menyebut, PKR memerlukan "imaginasi seorang negarawan" dan lebih daripada kemampuan politik untuk membangunkan parti dan negara.

"Saya rasa parti ada kebijaksanaan itu pada masa ini dan pada masa depan.

Menjelang pemilihan parti

"Kita mesti jadikan PKR ada kemampuan ini kerana kejayaan parti melampaui kejayaan dalam politik semata-mata," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam.

Sementara itu, mengulas sama ada terdapat lobi daripada Azmin untuk menggantikannya sebagai menteri besar di negeri itu, Khalid berkata beliau tidak melihatnya.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak nampak ada lobi," katanya yang sebelum ini dilihat ditekan pelbagai pihak dalam parti yang mahukan Azmin diberi peranan lebih besar di Selangor.

'Persaingan' antara kedua-dua 'gergasi' PKR itu boleh ditafsirkan dalam beberapa tindakan parti itu, antaranya apabila Azmin dilantik sebagai pengerusi PKR Selangor yang baru menggantikan Khalid pada 27 Jun lalu.

Rombakan itu dibuat selepas desas-desas berlaku 'pergeseran' antara mereka, terutamanya apabila Azmin secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri - yang dispekulasikan sebagai protes terhadap Khalid.

Desas-desus itu disemarakkan lagi apabila kedua-dua Khalid dan Azmin dilihat sedang mengintai kerusi nombor dua - paling dekat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam PKR menjelang pemilihan parti itu pada November ini.

Masih lelap tidur

Bagaimanapun, ketika ditanya soalan itu, Khalid menjelaskan beliau sedikit pun tidak terganggu dengan kedudukan kerusi timbalan presiden yang kini disandang oleh Syed Husin Ali itu.

"Tak tahulah. (Ketawa) Saya tidak melobi untuk dapatkannya. Saya tidak pergi jumpa orang dan minta, tolong pertimbangkang saya (sebagai timbalan presiden)," katanya apabila ditanya tentang suara di akar umbi PKR yang mahukannya bertanding merebut jawatan itu.

"Saya telah cecah satu peringkat karier di mana saya tidak cenderung lagi dapatkannya (kedudukan itu)."

Bukan itu sahaja, Khalid - bekas ahli korporat yang pernah memimpin konglomerat besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Berhad - berkata beliau juga tidak kisah dengan jawatan menteri besar yang disandangnya semalam.

"Saya selalu kata, saya masih lelap tidur kalau tak dapatkannya. Tetapi bila dapat tugas, saya akan ambil tanggungjawab penuh," katanya lagi.

"Bagi saya bukan persoalan sama ada saya mahu menjadi menteri besar atau tidak, jika diberikan tugas, saya lakukannya."/Malaysiakini