Selasa, 10 Ogos 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Selamat menyambut Ramadhan 1431H & Selamat berpuasa

Posted: 10 Aug 2010 07:57 AM PDT


Poster ehsan Islamic Artworks by IPIJ Teknologi

Umat Islam akan mula berpuasa pada 11/8/2010 (rabu). Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunai kan ibadah puasa. Kepada yang mempunyai penyakit yang hanya datang di bulan puasa, sudah sudah lah tu...., takut nanti tak sempat untuk menempuh bulan Ramadhan tahun hadapan.

Disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat yang singgah di blog aku atau tidak, yang mengenali aku atau tidak, yang ada parti atau tidak semoga ibadah puasa tahun ini lebih baik dari bulan Ramadhan tahun lepas.

Maaf zahir dan batin. Sekian.

Wassalam!


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TAIB MAHMUD, RM 80 JUTA ? WOW !!

Posted: 10 Aug 2010 08:00 PM PDT

Firma RM80 juta: Saham dipegang bagi pihak Taib
Ogos 10, 10

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

"Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen," kata Sarawak Report semalam.

"Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco."

Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

"Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham," petik artikel itu.

"Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya."

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Ked
ua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

"Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?" akhiri artikel itu./Malaysiakini

SEPANDUK GAMBAR SULTAN JOHOR DIGANTUNG OLEH UMNO ?

Posted: 10 Aug 2010 06:00 PM PDT

Digantung oleh Umno?

....Di Segamat, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, menyifatkan perbuatan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim, di dalam kempen parti itu sebagai perbuatan yang keterlaluan dan melampau.

Beliau berkata, perbuatan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.

Adalah tidak wajar untuk membawa pihak istana dalam kempen parti politik, katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Parlimen Sekijang hari ini.

Mengenai dakwaan kononnya kain rentang itu dipasang oleh ahli Umno, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana perbuatan seperti itu bukan amalan mereka.

"Kita (Umno) tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pakatan pembangkang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," katanya./Malaysiakini

Ulasan Blogger:

Agaknya yang pasang sepanduk `Kami Mahu Deris, Natang" di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu pun dilakukan oleh DAP, PAS atau PKR kot....

JANGAN PERBODOHKAN PENEROKA FELDA

Posted: 10 Aug 2010 11:30 AM PDT

Felda: Peneroka patut tuntut lebih RM200 juta
Ogos 10, 10

Peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya, kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

"Kita lihat, (tanah Felda) dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya," kata Datuk Kamarul Baharin Abbas.

"Justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai."

Semalam, seramai 766 peneroka memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul berkata tindakan peneroka terbabit menyaman Felda adalah tindakan yang wajar kerana "Felda mengaut keuntungan tanpa keihklasan dari peneroka bagi memenuhi kantung mereka".

"Kita tahu pentadbiran yang pincang berlaku di dalam Felda. Kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal," kata Kamarul yang juga ahli parlimen Telok Kemang.

"Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang boleh diandaikan jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa."

Beliau menjangkakan, kemungkinan wujudnya ugutan dan desakan daripada pihak tertentu ekoran tindakan mengejut mereka semalam.

"Pesanan saya kepada setiap peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar.

"Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka," katanya./Malaysiakini

AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA TERUK KENA BELASAH

Posted: 10 Aug 2010 10:37 AM PDT

Idris Ahmad: Awang tak selamat lagi, tapi bacul

Ogos 10, 10

PAS menolak tuduhan bahawa ia parti dayus sebaliknya mendakwa Awang Selamat adalah seorang dayus dan bacul sehingga tidak berani menzahirkan identitinya yang sebenar.

"Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan," kata ketua penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam HarakahDaily hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemarahan Awang seperti yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, Ahad lalu kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi menolak Umno.

Kata Idris, PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan parti Islam itu.

"Beliau memang istiqamah melawan PAS sejak daripada PAS bersendirian sehingga PAS bersama Pakatan," katanya.

Perut, tembolok tertutup

Menurutnya, Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan temboloknya semakin kurus.

"Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak memfaqirkan rakyat sama ada harta atau agama," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Idris juga berkata Awang begitu marah kerana lamaran partinya tidak berbalas, cintanya dengan PAS cinta empat segi.

PAS, tegasnya tidak berminat menerima pinangan Umno kerana PAS sudah ada teman yang lebih baik, kebetulan Umno pula sedang mengidap penyakit berjangkit seperti rasuah, moral mengkhianati harta rakyat dan sebagainya.

'Aurat isteri terdedah'

"PAS ingin mengigatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara munkar. Contohnya suami membiarkan isteri mendedahkan aurat," ujarnya.

Tambahnya, Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan Umno yang reda dengan Yahudi Apco.


Katanya, Awang juga dayus kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis difaraid oleh pemimpin negara, ketika tanah negara seluas 217 hektar difaraid kepada Singapura.

Awang menikus ketika Selangor di bawah Umno menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana, katanya.

"Kenapa Awang marah sangat, PAS berkawan dengan DAP? Kalau alasan DAP bukan parti Melayu, apakah MCA, Gerakan sebuah parti Melayu?" soalnya.

Beliau berkata, apa makna Umno parti Melayu tetapi dayus membela agama dan bangsa di mana sejarah dayus Umno yang gagal bela Melayu dan Islam sudah banyak terbukti.

Katanya lagi, jika hendak bercakap soal siapa yang membela Islam dan bangsa di negara ini, maka PAS boleh mendabik dada kerana parti itu lebih bertanggungjawab kepada Islam dan bangsa.

Justeru, ujarnya PAS berpandangan Awang Selamat ialah seorang tali barut kepada Umno yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam.

"Orang seperti Awang Selamatlah menyebabkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat. Sahlah Awang tidak selamat lagi," ujarnya./Malaysiakini

Gambar : Ribuan Hadir di Ceramah Selamatkan Malaysia di Bukit Mertajam.

Posted: 10 Aug 2010 01:00 AM PDT



Meskipun kita berada diluar dari mood pilihanraya, namun sambutan yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah yang dianjurkan amat jarang hasilnya mengecewakan.

Seperti yang ditunjukkan oleh kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam satu ceramah "Memerdekakan Rakyat,Selamatkan Malaysia"

Antara pemidatonya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,YAB Lim Guan Eng,YB Dr Dzulkefly Ahmad,Siti Aishah Sheikh Ismail,YB Saifuddin Nasution,YB Law Choo Kiang,YB Dr Mansur Othman,Dato Dr Tan Kee Wong di Stadium Mini Jalan Betek Bukit Mertajam(brhadapan Mahkamah Majistret Bkt Mertajam

Ribuan penyokong hadir bagi mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat





DSAI.. dari belakang saja..




















Mereka lebih bahagia berdiri di sini..

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


PRU 13 semakin hampir...Umno semakin galak dgn fitnah

Posted: 10 Aug 2010 08:07 AM PDT



Sesungguhnya ini adalah fitnah DAHSYAT yang DITIMPAKAN UMNO kepada PAS! Permulaan Ramadhan UMNO menyebarkan berita begini melalui laman web rasminya? Astaghfirullah.
http://umno-online.com/?p=17533 (klik)

Ramadhan Nikmat & Ujian

Posted: 10 Aug 2010 07:29 AM PDT

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Potong Stimm Betulllahh....

Posted: 10 Aug 2010 09:05 PM PDT



usinkata;...Tengoklah..drama..wayang..opera..kuda kepang..menora yg dimainkan oleh AG..Peguam Negara..mcm ni ka Peguam Negara..oiitt..gaji dia dibayar melalui cukai yg dibayar oleh setiap rakyat Malaysia....adakah gajinya xcukup.??
Senang cakap la..ini bukan lagi Peguam Negara..ini dh terang-terang Peguam Kerajaan UBN...
Kerana pacai ni..sistem kehakiman dimain-mainkan sehina-hinanya..dn sistem mahkamah Malaysia sedang bergerak ke lembah hitam yg penuh jijik..angkara sapa ni..lu org xnak pikir aku pon xkisah..tapi aku kisahkan nasib generasi akan datang ..jangan kita pula disalahkan
oleh generasi yg akan datang kerana tidak mempertahankan sistem kehakiman yg senang2 diperbodohkan dan dihina oleh golongan yg menjaga kepentingan diri sendiri..arghhh merepek dh aku...hampa baca sendiri la kat bawah ni..xpuas hati baca pulak Malaysiakini..kt Utusan Meloya sampai kiamat pon xda benda2 ni..

"Gobind berkata adalah lebih tidak boleh dimaafkan untuk melenggah-lenggahkan pengemukakan dokumen itu setelah AG mengaku nota itu dimiliki pihaknya sejak Oktober tahun lalu."

Petikan Malaysiakini..

Dokumen dalam bentuk 'nota terakhir' yang bakal dikemukakan pada inkues Teoh Beng Hock kemungkinan besar menyaksikan keperluan perbicaraan semula, kata peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Namun, ia tidak pratikal untuk dilakukan kerana inkues tersebung telah berlangsung hampir setahun dan kini pada peringkat akhir, bidas Gobind.

"Kenapa tidak sahaja mulakan semula inkues berkenaan. Kenapa kita berbuat demikian?" soal Gobind yang berang apabila ditanya oleh wartawan sama ada pengemukaan dokumen itu akan menyaksikan beberapa saksi sebelum ini dipanggil semula.

"Jangan tanya bagaimana perasaan seseorang peguam. Tanya wartawan yang membuat liputan (inkues) untuk setahun. Tanya keluarga berkenaan bagaimana perasaan mereka," katanya.


Kebimbangan utama Gobind sekarang ini adalah keluarga Teoh dan bukti baru yang dikemukakan itu mungkin melenggahkan lagi inkues berkenaan dan menambahkan lagi perit penderitaan mereka.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Bung Mokhtar : Dah agak dah ....

Posted: 10 Aug 2010 07:23 PM PDT

STONE : Hahahaha ... mana saja Mahkamah di Malaysia ni , termasuk lah yang ni dah boleh di baca akan keputusannya bila melibatkan orang-orang BN neh ... ni bukan la menghina mahkamah tau ... hahaha tak kan lah diaorang nak penjarakan si Bung tu ... hehehehe seribu bagi si Bung tu tak kisah pun ...

Hukuman penjara 1 bulan diganti dengan denda RM1,000.00

SHAH ALAM, 11 Ogos — Hukuman penjara sebulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan BN Datuk Bung Moktar Radin kerana berpoligami tanpa kebenaran dibatalkan dan digantikan dengan denda RM1,000.

Wakil rakyat itu akan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengumumkan keputusan itu pagi ini selepas mendengar rayuan Bung yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Bung Moktar, 51, yang bernikah dengan pelakon Zizie Izette A. Samad, 31, sebagai isteri kedua, memfailkan rayuan itu 25 Mei lepas bagi memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas anggota Parlimen Kinabatangan itu mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

Rayuan didengar oleh Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim.

MENYUSUL LAGI

Najib - Muhyiddin ada masalah?

Posted: 10 Aug 2010 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kesetiaannya kepada Datuk Seri Najib Razak sambil mengetepikan spekulasi hubungannya dengan Perdana Menteri menemui bibit perpecahan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan spekulasi sedemikian hanya kerja pihak dalam Pakatan Rakyat.

Muhyiddin (gambar) juga menegaskan beliau sepanjang masa menyokong kepimpinan Najib yang menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

"Tiada pihak yang harus mempersoalkan sokongan kuat yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal hingga sekarang.

"Jika anda melihat pada sejarah, saya telah memberi sokongan dan membantu beliau sebelum menjadi Perdana Menteri.

"Lebih-lebih apabila beliau meletakkan keyakinan ke atas saya sebagai Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri," kata beliau ketika berucap melancarkan buku berjudul "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" di Kompleks Kraftangan di sini petang ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Najib akan sentiasa berperanan sebagai bosnya.

"Bos saya ialah perdana menteri dan persoalan kesetiaan kepada beliau tidak harus dipertikaikan.

"Dalam konteks ini, mungkin mereka dari sebelah lain akan mengambil kesempatan untuk membuat spekulasi bahawa hubungan kami tidak kuat," katanya.

Minggu lalu, Muhyiddin bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia masih belum memahami konsep 1 Malaysia.

Bagaimanapun Muhyiddin menyalahkan PR sebagai sebab mengapa rakyat belum bersedia untuk memahami konsep itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata penerbitan buku yang memaparkan liku-liku perjalanan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam bagi tempoh setahun pemerintahannya dilihat mampu menangkis pelbagai tohmahan yang dibuat pihak tertentu terhadap kerajaan dan kepimpinan negara.
Sambil menyifatkan pelancaran buku tersebut tepat pada masanya, Muhyiddin berkata buku bertajuk "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" itu mampu mengubah minda dan tanggapan serong sesetengah pihak yang selama ini meragui keikhlasan Perdana Menteri dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Muhyiddin berkata buku yang dihasilkan tersebut mengupas secara jelas topik-topik berkaitan gagasan 1 Malaysia, Model Baru Ekonomi (MBE), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang sebelum ini kurang difahami oleh rakyat.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Muhyiddin menegaskan bahawa buku tersebut menjelaskan secara terperinci dan tepat fakta berkenaan dasar-dasar dan program kerajaan yang dipelopori oleh Perdana Menteri dan sekaligus dapat menangkis salah faham ataupun tafsiran yang berbeza yang boleh menimbulkan polemik dan kesan yang tidak baik kepada negara.

"Segala apa yang terkandung dalam buku ini, apa yang saya lihat seolah macam satu kronologi perjalanan pimpinan kita ini dan idea-idea yang diketengahkan dapat dibukukan dan saya kira dibantu dengan gambar boleh memberi satu penjelasan yang lebih tepat," katanya.

Buku setebal 293 muka surat itu dijual pada harga RM98 senaskhah. - The Malaysian Insider

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Video Tazkirah Ramadhan

Posted: 10 Aug 2010 10:10 PM PDT

Jangan Syirik Ketika Berubat(Utaz Ismail Kamus)

Posted: 10 Aug 2010 08:53 PM PDT

Benarkah Napoleon Bonaparte ,Memeluk Islam Sebelum Mati?

Posted: 10 Aug 2010 06:23 PM PDT

Cerita yang bakal anda baca dibawah masih merupakan khabar angin dlm dunia internet,masih belum ada kepastian  samaada cerita ini benar atau tidak,cuma sebagai seorang Islam saya mengharapkan cerita ini benar.
Sesiapa yang ada maklumat lanjut mengenai Napoleon tolong kngsikan bersama.
------------------------------------------------------------------
Siapa yang tidak mengenal Napoleon Bonaparte, seorang Jendral dan Kaisar
Prancis yang tenar kelahiran Ajaccio , Corsica 1769. Namanya terdapat dalam
urutan ke-34 dari Seratus Tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang
ditulis oleh Michael H. Hart.

Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Prancis
sejak Agustus 1793, seharusnya ia merasa puas dengan segala apa yang telah
diperolehnya itu.

Tapi rupanya kemegahan dunia belum bisa memuaskan batinnya, agama yang
dianutnya waktu itu ternyata tidak bisa membuat Napoleon Bonaparte merasa
tenang dan damai.

Akhirnya pada tanggal 02 Juli 1798, 23 tahun sebelum kematiannya ditahun
1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya dihadapan dunia
Internasional.

Apa yang membuat Napoleon ini lebih memilih Islam daripada agama lamanya,
Kristen ?

Berikut penuturannya sendiri yang pernah dimuat dimajalah Genuine Islam,
edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

*"I read the Bible; Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly
and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his
daughters ?"

"The science which proves to us that the earth is not the centre of the
celestial movements has struck a great blow at religion. Joshua stops the
sun ! One shall see the stars falling into the sea... I say that of all the
suns and planets,..." *

"Saya membaca Bible; Musa adalah orang yang cakap, sedang orang Yahudi
adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat
daripada kisah Lut beserta kedua puterinya ?" (Lihat Kejadian 19:30-38)

"Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahwa bumi bukanlah pusat tata
surya, dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristen. Yosua
menghentikan matahari (Yosua 10: 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang
berjatuhan kedalam laut.... saya katakan, semua matahari dan planet-planet
...."

Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata :
*"Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens
to like Trinity. Yesus called himself the son of God and he was a descendant
of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things
than ours; the turks also call us idolaters." *

"Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya
Trinitas yang sulit dipahami. Yesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan,
padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh
Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang
terdapat didalam agama kita (Kristen); Bangsa Turki juga menyebut kita
sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa."

Selanjutnya :
*"Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you
by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the
prophet Muhammad and that I love the Musselmans." *

"Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada
kesempatan yang berbeda, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda
disetiap ceramah, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi
Muhammad serta mencintai orang-orang Islam."

Akhirnya ia berkata :
*"In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but
God, He has no son and He reigns without a partner." *

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain
Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping."
Napoleon Bonaparte mengagumi AlQuran setelah membandingkan dengan kitab
sucinya, Alkitab (Injil). Akhirnya ia menemukan keunggulan-keunggul an
Al-Quran daripada Alkitab (Injil), juga semua cerita yang melatar
belakanginya.

Referensi :
*1. Memoirs of Napoleon Bonaparte by Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne
edited by R.W. Phipps. Vol. 1 (New York: Charles Scribner's Sons, 1889) p.
168-169.**

Dipetik dari sini

Perutusan Khas Ramadhan 1431H - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Posted: 10 Aug 2010 04:36 PM PDT


Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. 
 
Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya' khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).
- Surah al-Baqarah, ayat 185

Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Yang bermaksud : "Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam.." – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.



TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA
DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431