Ahad, 8 Ogos 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Saman ekor: Apa yang rakyat pertikai & Siapa yang makin tersepit ?

Posted: 08 Aug 2010 08:02 AM PDT



Mula mula aku tulis entry pasal saman ekor pada february 2010 dengan tajuk 'Tolong semak, anda ada saman atau tidak?'. Tak sangka pulak isu ini menjadi besar dan berlanjutan. Kalau kerajaan silap percaturan, isu saman ekor ini boleh menjadi satu dari elemen-elemen yang akan menyebab kan BN tersungkur pada PRU13.

Sebelum PR/PAS masuk campur dan bersungguh dalam isu saman ekor ini, pihak polis dan JPJ buat 'pekak badak' aje. Tindakan saman ekor akan diteruskan kata polis (ulasan aku baca sini).

Entry kali ini aku nak ucap syabas dan tahniah kepada PR/PAS serta Jawatankuasa Bertindak kempen anti saman ekor (KASE) dan tak lupa juga kepada pemuda UMNO, walau pun lembab dan lewat tetapi 'better late then never'. Kalau mereka-mereka ini tidak 'highlight' kan isu ini bersungguh sungguh, rasa rasa nya pihak kerajaan, polis dan JPJ sudah tentu tidak akan memperdulikan suara suara rakyat yang memprotes.

Mari kita imbas kembali apa kata-kata dan kenyataan orang-orang besar dan pihak yang terlibat mengenai isu saman ekor ini.

1. DS Mohammad Nizar Jamaluddin (13/7/10) - Anggota parlimen Bukit Gantang berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.(baca sini)

2. Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin (27/7/10) - Tindakan Pakatan Rakyat Perak memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah, mendapat sokongan dari PAS Parit Buntar.

3. DS Najib (10/7/10) - Orang yang memperkenalkan slogan 'rakyat didahulukan...bla...bla...' meminta orang ramai tidak mempertikaikan tindakan saman ekor kerana ia dikuatkuasakan untuk memastikan supaya mereka lebih bertanggungjawab di jalan raya. Cakap macam kita ini semua tak pergi sekolah dan kenyataan nya banyak menyakitkan hati yang memang dah sakit dengan kenaikan harga minyak & gula baru baru ini. (baca sini)

4. DS Hisammuddin (10/7/10) - Hari yang sama juga DS Hisammuddin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertimbangkan alasan orang ramai yang tidak menerima notis saman ekor daripada disenaraihitamkan. Kenyataan yang agak lunak. (baca sini)

5. Khairy Jamaluddin (4/8/10) - Beliau berkata konsep saman ekor yang dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep keadilan sosial kerana mereka tidak mengetahui mengenai saman ekor yang dikenakan dan seterusnya tidak mendapat peluang untuk membuat pembelaan. Kata nya lagi Pemuda UMNO menggesa kerajaan memansuhkan saman ekor serta merta. (baca sini)

6. Datuk Mahfuz Omar (6/8/10) - Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar mendakwa Ketua Polis Negara, cuba mengalihkan isu sebenar apabila mencadangkan kepada kerajaan agar mengurangkan kadar bayaran saman ekor. (baca sini)

7. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (7/8/10) - PAS berpandangan tindakan saman ekor menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat. (baca sini)

Di bawah ini pula ialah apa yang rakyat pertikaikan(pada pendapat aku):

1. Telus ke tak telus saman ekor ini. Adakah pemandu yang dikenakan saman tersebut adalah pemilik sebenar kenderaan ?

2. Kalau notis saman tidak sampai kepada pemilik kenderaan kenapa tidak dibuat rangkaian dengan JPJ, JPN, Bank dan sebagainya untuk mempastikan notis saman sampai kepada pemilik kenderaan ?

3. Kenapa perlu senarai hitam untuk perbaharui cukai jalan ? Saman kerja Polis dan cukai jalan kerja JPJ. Kalau macam itu, satu hari nanti tak mustahil kalau tak bayar bil telefon ke, bil letrik ke, bil air ke, cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagai nya semua nya akan di 'link' kepada JPJ dan selagi tak bayar bil-bil dan cukai maka tak boleh lah nak perbaharui cukai jalan.

4. Bagaimana pula kalau kereta yang di saman menggunakan plet kenderaan palsu ?. Jenis kenderaan dan warna yang sama. Ini selalu dilaku kan oleh pelumba haram di lebuhraya. Mereka tahu sebab tidak ada sekatan polis dihadapan dan yang jadi mangsa saman ekor adalah pemilik kenderaan yang dipalsukan. Aku sendiri pernah kena dan bila berurusan dengan pihak polis, memang menyakit kan hati. Yang disaman memang no. plet nya sama dengan kereta aku, tetapi bila di semak di jabatan trafik Klang didapati motosikal sedang kan aku tak ada motosikal. Oleh kerana saman dikeluarkan di K.Lumpur, maka aku terpaksa 'settle' di K.L. Aku tanya polis Klang tu kalau kena saman di Pahang dan polis yang buat silap, kalau nak selesai dan betul kan kena pergi Pahang ke?. Dia jawab 'ye'. Pelik, bila nak bayar, semua cawangan trafik boleh pulak terima duit.(ini cerita 5,6 tahun dulu. Sekarang aku tak pasti macam mana)

5. Kenapa gambar kenderaan yang kena saman ekor tidak dihantar bersama notis saman?. Apa kah ini menunjuk kan bahawa memang pihak polis nak penaya pengguna.

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Bukan Mahathir, bukan Najib: Tuan Guru Nik Aziz adalah "Guru Aku"- Amy Search (video inside)

Posted: 08 Aug 2010 06:01 AM PDT

Anak Bapa

Anak Bapa


Impian Rakyat Impian Keramat

Posted: 08 Aug 2010 04:34 AM PDT

Anak Bapa bukanlah berminat sangat nak baca atau komen tulisan Utusan Malaysia (baca Utusan Meloya) berhubung Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM). Selama ini pun tak pernah dibeli atau dibaca tulisan dalam akhbar ini. Menyampah dan naik darah dibuatnya dengan pembohongan yang mencapai status sasau dan sawan.

Tetapi apabila sahabat sms suruh baca komen UM berhubung TIRAM, maka suka tak suka kena belek juga, alahai …….

"Justeru bagi menggambarkan kononnya impian menuju Putrajaya adalah cita-cita rakyat maka pada Sabtu ini bertempat di Shah Alam, pembangkang akan melancarkan apa yang dipanggil Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM). Program itu bertujuan mengutip sumbangan daripada rakyat dengan sasaran mencecah berjuta-juta ringgit…….Sama ada fakta ini yang banyak didedahkan dalam blog-blog benar atau tidak, ia persoalan kedua tetapi apa yang pasti pembangkang sekali lagi cuba mengheret rakyat dalam permainan politik mereka…"

Pertama biar kita ingatkan UM bahawa Pakatan Rakyat (PR) adalah kerajaan di Selangor dan bukan pembangkang dan TIRAM bukan ditadbir oleh PR tetapi oleh kalangan yang berkongsi aspirasi dengan PR kearah melihat negara Malaysia yang adil, bersih, berkebajikan dan demokratik. Banyak mana wang yang TIRAM kutip tidak ada kena mengena dengan UMNO/BN kerana kita tak songlap duit rakyat atau memperolehinya dengan cara rasuah sebagaimana yang menjadi amalan biasa pimpinan UMNO.

Rakyat memberikan sumbangan kepada PR kerana mereka yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PR dan percaya duit mereka dibelanjakan dengan penuh telus dan amanah. Penyelewengan derma orang ramai kepada mangsa JE dan Tsunami oleh Kerajaan BN dahulu menjadikan rakyat serik untuk menderma melalui mereka. Dan sememangnya kita ingin mengheret rakyat dalam usaha kita menuju ke Putrajaya kerana PR adalah kerajaan rakyat, dan rakyatlah yang berhak mengetahui dan menentukan halatuju negara.

Berlainan dengan BN yang hanya merujuk kepada rakyat apabila dah dekat dengan pilihanraya sambil membawa bersama kain-kain pelikat dan batik serta duit dua tiga puluh ringgit untuk "merasuah" mereka bagi meneruskan legasi pemerintahan jijik UMNO/BN.

" …. Jika PKR, DAP dan PAS benar-benar berjuang untuk rakyat dan ingin memenuhi hasrat mereka, maka selesaikan dahulu kemelut di Selangor yang menyaksikan pelbagai penyelewengan dan kepincangan berlaku……."

Sebenarnya kemelut yang berlaku adalah di kalangan UMNO/BN dan digembar-gemburkan oleh media milik UMNO seperti UM. Apa penyelewengannya? PR sentiasa membuka pintu 24 jam kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas mana-mana pimpinan PR. Kita tak ada dengar seorang pun yang dijatuhi hukuman kerana rasuah. Tuduhan banyak tetapi ternyata tersasar.

Isu pasir dan air adalah isu yang bukan isu. Jika pasir dicuri orang maka polis tangkap aje, habis cerita. Pada masa UMNO memerintah dulu kecurian pasir lagi teruk. Dah pasir kena curi, pendapatan negeri pun tak seberapa. Kini pendapatan negeri hasil daripada jualan pasir meningkat 5 kali ganda, dan pihak yang bertanggungjawab terhadap kesan alam sekitar sentiasa memantau dan mendapati kerajaan negeri mematuhi segala peraturan.

UMNO dok sibuk pasir kat Selangor, yang pasir kat Johor diseludup ke Singapura tu apa ke he?

Isu air ini yang kecoh sangat bukan apa sebab kroni UMNO yang dapat projek bekalan air dari Pahang dah "jam" sebab Selangor tak mahu beli air yang sangat mahal tu! Terbantutlah fulus mereka. Anak Bapa minta UMNO pi tanya kroni mereka Tan Sri Rozali berapa peratus dia bercadang nak naikkan harga air di Selangor setiap 3 tahun? Semak dulu fakta sebelum bercakap sebab kita tahu segala rahsia UMNO dan kroni mereka.

Pendek kata UMNO ni risau dengan penubuhan TIRAM sebab tu dia jadi sasau tak tentu arah. Seruan Anak Bapa kepada pimpinan dan penyokong PR supaya terus mengukuhkan perpaduan kita dan sentiasa mendekati rakyat kerana kerajaan Malaysia baru yang bakal kita tegakkan selepas PRU-13 nanti adalah sememangnya kerajaan rakyat!

Anak Bapa: Panduan kita tentang cakap-cakap UMNO dan balaci mereka (termasuk UM) adalah semuanya karut dan tidak boleh dipercayai dan apa yang bertentangan dengan cakap-cakap ini sebenarnya perkara yang benar….. Cuba kalau tak percaya!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JAWAPAN KEPADA AWANG SELAMAT - DAP LEBIH BAIK DARIPADA UMNO

Posted: 08 Aug 2010 11:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA sudah terlalu banyak penulis yang buat ulasan terhadap komentar Awang Selamat di Utusan Malaysia seperti yang dipetik oleh Malaysiakini. Setelah membaca banyak penulisan sahabat-sahabat tentang Awang Selamat, maka bolehlah saya anggap bahawa Awang Selamat tidaklah secerdik mana walaupun begitu lama bertugas di akhbar pencacai ternama itu. Memadai tulisan para sahabat, walaupun ramai di kalangannya tidak pernah memegang jawatan di mana-mana akhbar sudah cukup untuk menjadikan Awang Selamat kelihatan amat dungu.

Masalah yang menghantui Awang Selamat iaitu mengapa PAS lebih selesa memilih DAP jika dibandingkan dengan Umno, pesoalan itu sebenarnya ahli-ahli Umno biasa pun tahu jawapannya. Ini adalah kerana ahli-ahli Umno bawahan kebanyakannya orang-orang Melayu yang ingin sekali melihat bangsa Melayu terbela di bawah Umno nampaknya gagal. Orang-orang Melayu Islam yang ingin sekali melihat Islam didaulatkan di negara ini di bawah Umno juga gagal. Malahan terlalu banyak bukti betapa Umno lah sebenarnya perosak Melayu dan perosak kepada Islam sepanjang Umno berkuasa.

Mengapa PAS pilih DAP ? Memang benar DAP adalah parti yang tidak akan faham Islam kerana DAP bukan parti yang majoriti dikuasai oleh orang-orang Islam. Mereka yang bukan Islam tidak berhak dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Islam apatah lagi mereka tidak punyai kuasa seperti Umno. Sejauh mana mereka mengkritik Islam, tidak akan memberi kesan kepada kita yang diwajibkan untuk memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Segala kritikan mereka terhadap Islam mesti kita jawab dengan hujah kita sepertimana yang sering dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz di dalam menjawab isu Negara Islam yang dibangkitkan oleh Karpal Singh. Adakah PAS mengikut telunjuk DAP? Tidak, malahan PAS mahu menunjukkan kepada DAP keindahan Islam itu.

Mengapa tidak Umno? Adakah PAS perlu mengajar Umno tentang kehendak Islam sama seperti PAS mengajar DAP? Umno adalah parti yang mengaku Islam, mengapakah Umno tidak pernah ingin membantu PAS untuk menegakkan Negara Islam di negara ini sedangkan Umno adalah parti yang berkuasa sekarang di peringkat Pusat? Mengapa perlu Umno menuding jari kepada DAP agar DAP sokong sebuah Negara Islam yang dicita-citakan oleh PAS itu?

Manakah lebih besar kesannya, parti yang menentang Islam tetapi tidak berkuasa dengan parti yang menentang Islam tetapi mempunyai segala kuasa? DAP parti yang Non Muslim, tidak punyai kuasa tertinggi di Pusat. Umno parti Melayu Islam dan mempunyai kuasa tertinggi di Pusat. Kedua-duanya, siapakah yang paing bahaya jika menentang perlaksanaan Hukum Islam? DAP atau Umno?

Sejarah juga telah membuktikan bahawa penentangan seorang dua pemimpin DAP terhadap Islam tidak menghalang mereka untuk terus menyokong PAS di dalam setiap pilihanraya, meskipun mereka tahu PAS komited dengan dasar Islamnya. Manakala Umno pula, mulut berkata mahu kepada Islam tetapi Umno lah yang banyak melakukan sekatan dan penganiayaan terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bukan sedikit pemimpin PAS yang telah ditangkap bahkan ada yang mati dalam perjuangan Islam kerana hasil kerja tangan-tangan Umno, bukan tangan-tangan DAP.

Penentangan DAP hanyalah penentangan dari mulut seorang dua pimpinan mereka yang jahil terhadap Islam. Ini tidak merisaukan PAS jauh sekali untuk melemahkan PAS. Tetapi, penentangan Umno bukan sahaja datangnya dari mulut bahkan mereka gunakan kuasa eksekutif mereka untuk menentukan PAS gagal melaksanakan amanah Allah ini. Apakah ini kerana Umno juga jahil seperti DAP?

Justeru itu, jawapan kepada persoalan mengapa PAS lebih selesa bekerjasama dengan DAP daripada Umno sudah terjawab. Awang Selamat tentu tahu sejarah penentangan Umno terhadap PAS dan beliau juga tahu betapa DAP di dalam tidak `Islam'nya masih membantu PAS. Adakah PAS tidak perlukan kawan yang sentiasa membantu perjuangannya semata-mata untuk bersama Umno yang sudah terang-terang banyak menganiayai perjuangannya?/wfauzdin.blogspot.com

HELAH `SB' KANTOI - SYABAS SKUAD KOMUNIKASI SELANGOR

Posted: 08 Aug 2010 08:00 PM PDT

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 8 Ogos - Identiti seorang anggota polis dipercayai daripada Cawangan Khas (SB) yang menyamar sebagai orang awam terdedah apabila cuba menyusup masuk bagi mengikuti serta mengumpul maklumat pada majlis taklimat anjuran Sekretariat Latihan dan Perkaderan (Selkad) di sini minggu lalu.

Anggota SB itu 'kantoi' apabila gagal menunjukkan bukti pengenalan diri apabila didesak petugas KEADILAN pada majlis taklimat yang disampaikan oleh pegawai Skuad Komunikasi Selangor (SKS) pada pukul 9 malam Khamis lalu.

Menyedari perkara tersebut, pegawai SKS bertindak menghalaunya daripada terus berada di premis Selkad dalam sesi taklimat yang diadakan pukul 9 malam Khamis lalu.

Sehubungan itu Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas tindakan pihak polis yang dilihat menjadi alat politik Umno-Barisan Nasional untuk mengintip aktiviti KEADILAN di Selangor.

"Kita minta pihak polis supaya tidak menjadi alat atau orang suruhan Umno-BN, mereka hendaklah bertindak profesional dalam menjalankan tugas.

"Mereka sepatutnya tidak menjadi seperti orang suruhan atau anjing politik bagi menjaga kepentingan politik pemimpin jahat," tegas beliau kepada Suara Keadilan.

Tambah Dr Badrulamin, sejak insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sehingga membawa kepada era reformasi, pihak polis secara berterusan masih lagi bertindak secara tidak profesional dan hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno-BN.

Sepatutnya tugas asasi pihak polis kata beliau adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam bukan campur tangan dalam urusan parti politik.

Mengenai program penerangan diseluruh negeri Selangor, Dr Badrulamin berkata langkah penerangan balas kerajaan Pakatan Rakyat melalui SKS akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa yang dijangka pada 11 Ogos.

Beliau berkata pihaknya memilih untuk membuat penerangan di semua masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi mengerjakan ibadat.

Tambah beliau, selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan sistem penyaluran maklumat, pihaknya akan meningkatkan edaran akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan dan tohmahan pembangkang.

Bilangan akhbar Selangorkini dijangka ditingkatkan daripada 60,000 kepada 300,000 dan bakal diedarkan selepas Hari Raya Adil Fitri nanti./Pro Reform

UMNO GAGAL - US NASHA SEDIA TERANGKAN ISLAM PADA CHUA SOI LEK

Posted: 08 Aug 2010 06:00 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Kegagalan Umno BN mengimplementasi Islam sebenar punca Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek salah faham tentang Islam.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) berkata, amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa Umno telah menyebabkan Islam disalah tafsir oleh bukan Islam termasuk Soi Lek.

"Fakta-fakta yang dikemukakan oleh beliau bukan kerana kecacatan dan ketempangan Islam.

"Bahkan ia adalah kesilapan pemerintah yang mengamalkan korupsi dan penyelewengan kuasa kerana gagal mengimplementasikan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbiran negara," katanya.

Soi Lek sebelum ini mendakwa bahawa PAS dan Umno telah menggunakan Islam sebagai alat untuk meraih sokongan dikalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

PAS, kata Nasharudin begitu terkilan dengan pandangan Soi Lek terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak dari penubuhannya sehingga ke hari ini dan seterusnya.

"Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah Islam yang tulen dan diambil daripada sumber-sumber yang benar dan ia adalah agama yang menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat," katanya.

Umat Islam jelasnya diwajibkan untuk berdakwah samada kepada bangsa Melayu, Cina, India dan seluruh manusia agar Islam terus dimartabatkan dan disanjung tinggi.

Manakala dakwah kepada orang Melayu adalah yang paling utama memandangkan mereka telah beragama Islam dan ia merupakan sasaran dakwah yang perlu diberikan perhatian serius pada hari ini.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS terpanggil untuk bertemu dan menerangkan intipati Islam yang sebenar kepada Datuk Chua Soi Lek.

"Saya percaya Islam mempunyai solusi-solusi terhadap pemasalahan yang berlaku. Malah, PAS sendiri telah menggagaskan agenda 'Islam Untuk Semua', 'Islam Memimpin Perubahan' dan 'Islam Adil Untuk Semua' kerana berkeyakinan bahawa hanya Islam yang mampu menyelamat manusia di dunia dan di akhirat," katanya./Harakahdaily

TIADA PILIHANRAYA, MB SELANGOR SAMPAIKAN GERAN TANAH

Posted: 08 Aug 2010 01:55 PM PDT

Khalid Sampai Geran Tanah Kepada 118 Penduduk

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan geran tanah kepada 118 penduduk yang mengemukakan permohonan mereka sejak tahun 1998.

Ini sekaligus mengiktiraf hak mereka untuk mendapatkan hak milik tanah di Kampung Jaya Setia,Mukim Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini.

Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor bersetuju meluluskan permohonan pemberi milikan tanah seluas 60.5 ekar di Kampung Jaya Setia kepada 118 pemohon dengan tempoh pajakan selama 99 tahun.

Tan Sri Khalid berkata sebahagian besar tenaga, masa dan idea Kerajaan Negeri hari ini dicurah untuk memperbetulkan kesilapan 51 tahun yang dilakukan pentadbiran lepas.

Beliau menggesa penerima geran untuk mengusahakan tanah hak milik mereka dengan bersungguh-sungguh dan bijaksana, demi kepentingan generasi anak-anak Selangor 20 tahun dari sekarang.

"saya juga berharap kita akan dapat selesaikan banyak lagi program-program ini. saya juga akan melihat bagaimana pembangunan kampung yg hampir 800 ekar di kawasan ini di bawah PKNS, kita kena lihat semula. saya dah beritahu PNKS jika tanah terbiar, dan jika PKNS tak betulkan tanah itu, kita akan bagi orang lain betulkan. saya beritahu pegawai-pegawai, kalau beberapa kali terjadi, saya minta orang lain nyang jaga" kata Khalid./TVSelangor

HARUSSANI - HASSAN ALI, SIAPA BELIT SIAPA ?

Posted: 08 Aug 2010 12:39 PM PDT

Oleh: Mandor

MULA-MULA elok kita baca di sini. Mufti Perak sudah tidak mahu mengulas tentang pertemuannya dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali. Alasannya, Dr Hassan Ali sudah tidak mahu mengaku bahawa pertemuan yang berlaku antara beliau dengan Dr Hassan adalah membincangkan perpaduam Umno - PAS. Ini bermaksud, Harussani menuduh Dr Hassan Ali menipu apabila Dr Hassan bertegas menyatakan tiada pertemuan yang membincangkan perpaduan Umno - PAS bersama Mufti Perak itu.

Kedua-duanya tokoh agama dan masing-masing punyai jawatan penting. Di dalam isu ini, mestilah salah seorang kedua tokoh ini penipu. Penipu itu salah satu sifat orang Munafik. Masakan Mufti Perak bersikap Munafik, dan mustahil juga Pesuruhjaya PAS pun Munafik. Pening juga kan?

Apa pun, yang untung adalah Umno juga. Terhasilnya pertemuan itu memang menguntungkan Umno samada pertemuan itu untuk membincangkan perpaduan Umno - PAS atau sekadar pertemuan minta nasihat mahu pun ingin belajar dari Mufti Perak yang popular itu. Soalnya, mengapa perlu kita memberi keuntungan kepada Umno?

Saya berharap agar segala yang dikatakan oleh Mufti Perak itu tidak benar, kerana saya beranggapan sebagai seorang Pesuruhjaya PAS apatah lagi sebagai seorang Pakar Motivasi, Dr Hassan Ali tentu lebih arif dengan tipu helah dan fitnah dari pihak lawan. Paling berkesan untuk membersihkan namanya, Dr Hassan Ali wajar menyaman Harussani kerana menuduhnya menipu. /mandor.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Hukum Perniagaan MLM ( Siri 6)

Posted: 08 Aug 2010 10:19 AM PDT

Permasaalahan Hukum Perniagaan MLM Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Baca dulu
siri 1 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hkum-perniagaan-mlm-siri-1.html
Siri 2 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-2.html
Siri 3 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-3.html
Siri 4 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-4.html
Siri 5 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-5.html

-Siri 6--

Mana MLM alternatif??
"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda  tanpa kesabaran melalui sebuah web.

Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.

Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.

Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.

Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.

Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu 'alam.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/

Hukum Perniagaan MLM ( Siri 5)

Posted: 08 Aug 2010 08:42 AM PDT

Sambungan dari siri 1 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hkum-perniagaan-mlm-siri-1.html

Siri 2 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-2.html

Siri 3 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-3.html

Siri 4 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-4.html

      5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )

Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.

Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.

Pun begitu, point ini boleh diealakkan jika aqad tersebut boleh dipisahkan dan berdiri dengan sendirinya. Pemantauan penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan hal ini mampu dibuat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah 'brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:

Ø      Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.

Ø      Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

Ø      Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan 'kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap 'upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan 'syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Mana MLM alternatif??

Siri ke 6 Akan menyusul...

P/s:saya juga sedang mengikuti perbincangan Ustaz Zaharudin tentang MLM ni dlm blognya www.zaharuddin.net
Sambil membaca,sambil berkongsi.Semoga ada manfaatnya untuk kita semua.Siri setrusnya akan di ceritakan bagaimana bentuk MLM yang di benarkan ..

Hukum Perniagaan MLM ( Siri 4)

Posted: 08 Aug 2010 07:55 AM PDT

Baca dulu siri yang sebelumnya.
siri 1 :http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hkum-perniagaan-mlm-siri-1.html
Siri 3 :http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-2.html
Siri 3 :http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-3.html

-Sanbungan siri 3-(Soal Jawab Agama)

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.

Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.

Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?

Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.

Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-

    *
      1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; 'Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).

Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.

    *
      2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( 'Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.

    *
      3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; 'Aridatul Ahwazi, 5/239 )

Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"
Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?

a-      Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim

b-     Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.

c-       Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah

d-     Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.

e-      Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.

Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim.  Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"

  4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .

Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh 'concluded'.

-Bersambung-

Hukum Perniagaan MLM ( Siri 3 )

Posted: 08 Aug 2010 06:46 AM PDT

Sambungan dari siri 1 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hkum-perniagaan-mlm-siri-1.html

Siri 2 http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hukum-perniagaan-mlm-siri-2.html

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan 'broker' atau 'agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal 'broker' atau 'agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.

5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.

terima kasih Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

-Siri 4 akan menyusul-

Hukum PerNiagaan MLM (Siri 2 )

Posted: 08 Aug 2010 04:45 AM PDT

-Soal jawab Agama-

Baca dulu siri 1
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/08/hkum-perniagaan-mlm-siri-1.html

-sambungan siri 1-


Pengertian MLM

Secara umum 'Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah 'Upline' (tingkat atas) dan 'Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut 'Upline' jika mempunyai 'Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat 'vertikal' atas bawah mahupun 'horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya. (Lihat All About MLM oleh Benny Santoso hal: 28, Hukum Syara MLM oleh Hafidz Abd Rahman, MA)
Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar 'Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara 'Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)

Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.

Apa yang ingin saya nyatakan 'Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah 'terpaksa' membeli  sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.

Inilah maksud saya mempunyai unsur 'Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.

Sebagai Makluman :

Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )

Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)

Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )

Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )

Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan
Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya.  Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.

2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai 'harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".
Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti 'brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, 'Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-

* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.

* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.

-Bersambung

Hukum Perniagaan MLM ( Siri 1 )

Posted: 08 Aug 2010 03:36 AM PDT

 -Soal Jawab agama-

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jualan Pelbagai Peringkat atau lebih dikenali sebagai 'Multi Level Marketing' atau MLM adalah amat popular di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, sistem yang sama juga digunakan oleh industri penjualan Saham Amanah Islam dan beberapa produk Takaful. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM 4 bilion dan lebih dari 3 juta orang Malaysia terlibat dalam urusniaga MLM. 

Akibat dari kebanjiran produk dan syarikat yang menggunakan sistem ini dalam mempromosi dan penjualan produk mereka. MLM kini boleh dianggap sebagai sebuah sistem pemasaran yang diterima ramai. Bagaimanapun, amat jarang dijumpai ilmuan Shariah samada dalam atau luar negara yang ingin atau berminat untuk menghuraikan sistem ini dari aspek Shariah dengan terperinci dan konkrit. Ini mungkin disebabkan kerumitan atau kurangnya minat ilmuan Shariah untuk mendalami proses sistem ini.

Para 'Ustaz' dan Multi Level Marketing

Saya juga tidak dapat lari dari dibanjiri soalan demi soalan berkenaan hal ini. Pada awalnya, saya cuba untuk mengelak disebabkan terlampau banyak bentuk dan jenis MLM ini hingga menyukarkan sesiapa juga untuk memandu dan menerangkan hukumnya secara jelas. Di tambah pula mengenagkan pengikut dan pengamalnya yang terlalu ramai dan kebanyakkannya pula kelihatan 'taksub' dan amat yakin akan halalnya kaedah MLM ini.

Tidak kurang juga terdapat para graduan Shariah atau pengajian Islam yang digelar 'Ustaz' dan Ustazah' yang juga kuat berkempen produk-produk syarikat dengan skim MLM. Lebih hangat dan meriah lagi, kumpulan ini kerap mendakwa ianya halal lalu diselitkan dengan pelbagai dalil Al-Quran dan Hadith yang menggalakkan umat Islam berniaga, kuat ekonomi dan lain-lain. Hakikatnya, dalil-dalil ini bukanlah khusus untuk menyokong MLM dan perniagaan piramid mereka.

Ikhlas saya ingin nyatakan di sini, agak ramai juga orang ramai yang terpengaruh dengan kempenan dari kumpulan ilmuan agama seperti ini, menyebabkan orang ramai menyertainya tanpa berfikir lagi berkenaan halal atau haramnya sesuatu produk itu kerana ia telah diiktiraf oleh seorang 'ustaz'. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakan-rakan lulusan Shariah dan Pengajian Islam agar lebih berhati-hati memberikan sebarang hukum dan merujuk dengan lebih mendalam sebelum berkempen dan mendakwa halalnya sesuatu produk hanya semata-mata kerana ia mendapat keuntungan besar di dalamnya. Ini kerana agak ramai juga saya dapati orang ramai yang berkiblatkan ustaz tertentu dalam kempen MLM mereka. Berkatalah Al-Laith bin Sa'ad : « Seandainya orang-orang yang memiliki pemahaman halal dan haram meneliti masalah ini, pastilah mereka tidak akan membolehkannya kerana terdapat di dalamnya unsur perjudian » ( Riwayat Al-Bukhari, no 2346 ). Sayyidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : "Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya" ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Bagi membantu masyarakat yang semakin 'hangus' dalam industri ini, saya merasakan adalah elok untuk saya berkongsi panduan umum Shariah dalam hal penggunaan MLM ini. Bagaimanapun, saya tidaklah mampu untuk menujukan tulisan ringkas ini kepada mana-mana jenama MLM yang wujud di Malaysia mahupun luar negara. Tulisan ini hanya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan yang diletakkan oleh undang-undang Islam dalam hal MLM ini.
-Bersambung Mlm ini Insyaallah -

~penarik beca

~penarik beca


Kalau PAS kawan dengan Umno, PAS paling jantan dan menyedapkan!

Posted: 08 Aug 2010 02:19 AM PDT

fcamel 雜記

fcamel 雜記


夜深人靜, 適合 coding

Posted: 08 Aug 2010 09:53 AM PDT

不知為啥, 回家後就一直混啊混, 拖到晚上十一二點時才會忽然有幹勁想趕一下 coding 進度。學生時代的壞習慣, 上班個一年半仍改不過來。或許, 這就是我的天性, 沒什麼好改的, 順其自然吧。

一時興起, 翻了一下過去寫在這的文章, 滿有意思的。偶而還是要這樣隨手記一下, 供日後回味。看著前面幾篇文章, 才又想起我的初衷、嚮往的生活。最近的工作很有挑戰性, 產品若能即時上線的話會很有成就感。但為了趕進度平時都在想各種相關的事, 像是專案管理、風險管理、程式架構、使用需求等, 有種莫明的倦怠感。這樣下去還沒做完一半, 我就會先喪失工作的熱情。

看著前面寫的文章《嚮往的生活》《隨意迎風行》《心境轉變》等, 才又重抓回那個 just for fun、享受一切的自己。寫 Blog 真是意外有益的嗜好啊。

鋼琴與狗

Posted: 07 Aug 2010 09:45 PM PDT

前陣子老哥養了隻狗, 取名叫亮亮, 週末都會帶他回家, 一開始老爸不太喜歡牠, 老媽比較熱情, 後來漸漸的變成全家的話題。和老哥賢伉儷一起聚餐時, 大概有一半以上的話題繞著亮亮。

亮亮也滿妙的, 實在不太像狗, 像是幾乎不會叫, 明明是米格魯卻胖嘟嘟的, 有 14 公斤重。散步也懶懶的, 走不動時還要抱牠回家。吃東西時手伸到牠的飯碗也不會生氣, 要牠握手, 牠會特意把手藏起來。今早我在房間彈琴, 彈到 Tifa's Theme 時亮亮竟然從客廳沙發上下來, 跑到房間裡。平時牠都愛理不理的, 只有在剛回家時會意思意思一下熱情招待, 過一會兒就自己窩在角落睡覺。看來牠應該喜歡 Tifa's Theme。

一開始由於意識到亮亮在旁邊, 分心變得彈不順。沒想到有個觀眾就會令我分心, 這樣實在太遜了。後來專心彈個一陣子, 又回頭彈其它首, 結果亮亮開始打呼。不好意思彈太大聲打擾牠睡覺, 想說這種情境應該來彈西村的曲子, 但是都沒練...., 轉念一想, 乾脆隨便彈些類似調調安靜放鬆的曲風。彈著彈著, 還不錯聽, 合著風聲、蟲鳴, 自己都想睡了。這首可以取名為「亮亮搖籃曲」, 不過大概明天就忘了要怎麼彈吧。而且也不會搭伴奏, 不知何時才有閒練伴奏。

應觀眾要求, 附上照片, 不過不是小狗, 是隻大狗。

From Pics for Blog

上面這張較接近平時的表情, 一臉無奈像。平時亂玩牠, 弄牠肚子下巴之類的, 都沒有反應, 只有一臉無奈。

From Pics for Blog

這張太活潑了點, 不太像牠。