Jumaat, 6 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KESIHAN TPM KITA SERING DITERTAWAKAN

Posted: 06 Aug 2010 09:00 PM PDT

Mahyudin buat lawak lagi.........
Oleh: notan

"Nak tergelak bila membaca lapuran yang menyebut Mahyudin mahu rakyat menilai Ir.Nizar kerana membuat kecoh di DUN Perak.Menurut Mahyudin Ir.patut mematuhi arahan speaker dan perlu mematuhi peraturan dewan.Sekali pandang betul kata kata Mahyudin itu tetapi dua kali pandang ianya menjadi bahan lawak.

Ir Nizar sebagai ketua pembangkang memang perlu menghormati peraturan dewan tetapi yang tidak disebut oleh Mahyudin ialah peraturan dewan tidak sepatutnya diubah sesuka hati mengikut kehendak kerajaan.Peraturan dewan sepatutnya konsistant dengan speaker menjadi orang yang bertanggungjawab ke atas keadilan kepada semua ADUN.Tetapi dalam kes Ir Nizar, speaker semacam bertindak dengan arahan pihak tertentu sambil menafikan keadilan kepada Ir. Nizar.Rasanya itupun sudah cukup untuk rakyat menilai Ir. Nizar.

Mahyudin sejak menjadi TPM ini sudah banyak kali membuat lawak dan banyak kali juga bercakap kosong, tidak menggambarkan kualiti seorang TPM.Lawak kali ini nampaknya tidak terlepas dari usaha Mahyudin menyembunyikan kebenaran yang sudah dapat dilihat oleh rakyat jelata yang waras.Mana mungkin seorang ketua pembangkang yang mewakili rakyat boleh duduk diam apabila hak dan keadilan kepadanya dinafikan oleh sepaker.

Malang sungguh kerajaan UMNO/BN yang cuba melakukan sesuatu dengan proses yang licik sambil mengelak pihak pembangkang.Dan untuk menunjukkan mereka melakukan perkara itu mengikut prosedur yang betul, alasan menghormati peraturan dewan sering digunakan walhal peraturan dewan itulah yang dimanupulasikan mereka untuk mencapai matlamat mereka.

Mahyudin kemudiannya melalak sambil membuat lawak sebagai TPM.Ditunjukkan kepada umum, seolah olah ketua pembangkang seorang yang tidak menghormati undang undang dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.Tetapi sebenarnya yang tidak layak jadi kerajaan ialah UMNO yang sanggup melakukan apa saja untuk menyamun harta rakyat termasuk memanupulasi peraturan dewan dengan speaker suruhan mereka.

Rakyat sudah menilai Ir. Nizar sejak kuasa MBnya dirampas oleh UMNO dan rakyat sudah melihat kualiti ketua pembangkang untuk mentertawakan lawak yang dibuat oleh Mahyudin kali ini.Malah yang tidak layak menjawat jawatan TPM ialah Mahyudin kerana gagal menjaga kebajikan rakyat dan gagal menghentikan aktiviti samun pemimpin pemimpin UMNO.

Secara tidak langsung juga, menyerlahkan kualiti DSAI kerana semasa beliau menjadi TPM, banyak usahanya untuk membela rakyat sehingga beliau ditendang keluar dengan cara yang paling jijik dalam sejarah politik negara walaupun ada setengah pihak tidak mahu mengiktiraf sumbangan DSAI ini dengan mengaitkan beliau dengan yahudi dan pluralism.Tetapi Alhamdullillah, semakin ramai rakyat sudah membuka mata dan menerima usaha DSAI./Tranungkite

TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG'

Posted: 06 Aug 2010 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMPENA bulan Ramadhan ini nanti, apa kata kita cadangkan kepada semua isteri pemimpin Umno agar menutup aurat mereka masing-masing? Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti.

Lojiknya, sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu. Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'. Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana. Itu cadangan sahaja.

Sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini eloklah bermula di Bulan Ramadhan. Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya ye?/wfauzdin.blogspot.com

TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ?

Posted: 06 Aug 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KENYATAAN Presiden MCA yang pernah terlibat di dalam skandal seks, Chua Soi Lek di dalam Malaysiakini hari ini yang menuduh Umno dan PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang-orang Melayu memperlihatkan Presiden MCA itu seperti tidak percaya kepada agama. Mungkin sebab itu, beliau memandang remeh perbuatan seks tanpa nikah yang pernah beliau lakukan.

Jika beliau menuding jari kepada Umno, mungkin ada lojiknya kerana Umno sebuah parti sekular yang bukan sahaja tidak berjuang untuk mendaulatkan Islam, bahkan gagal membela nasib Melayu. Tetapi PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam bukan parti yang ekstrim terhadap Melayu, telah menunjukkan rekod bahawa dengan Islam maka keadilan semua kaum dapat ditegakkan. Chua Soi Lek boleh bertanya kepada kaum Cina di Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama 20 tahun. Mengapa majoriti kaum Cina di Kelantan masih kekal menyokong PAS tidak MCA jauh sekali Umno?

Presiden MCA itu patut menilai mengapa MCA gagal memberi keadilan kepada kaum Cina selama beliau bersekutu dengan Umno. Mengapa kaum Cina tidak lagi percaya kepada MCA mahu pun gerakan, sebaliknya mereka lebih yakin kepada PR termasuk PAS? Adakah kerana PAS menggunakan agama maka sekarang ini kaum Cina mulai yakin dengan PAS?

Sewajarnya MCA dan Gerakan mendekati PAS dan memahami tujuan perjuangannya. Chua Soi Lek jangan cuba untuk melindungi kelemahan MCA dengan menuding jari kepada PAS. Beliau juga jangan mengajar rakyat melupakan agama sekiranya beliau tidak berugama. Chua Soi Lek patut berasa beruntung kerana MCA masih mahukan pemimpin yang `berzina' untuk memimpin parti terbesar kaum Cina itu. /wfauzdin.blogspot.com

KES MAHKAMAH - KITA KENA SENARAIKAN BERJUTA NAMA PENERIMA RASUAH - ZAID IBRAHIM

Posted: 06 Aug 2010 07:00 AM PDT


Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuat rayuan ekoran mahkamah menolak petisyen pilihan raya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Dalam blognya, Zaid berkata, "Saya tidak akan berbuat demikian kerana kita akan mendapat keputusan yang sama. Saya tidak mahu membuang masa kawan kawan saya Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman secara percuma dalam mengejar keadilan."

Mahkamah Pilihan Raya semalam membenarkan permohonan ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bagi membatalkan petisyen yang difailkan oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azahar Mohamed, yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya berkata petisyen yang difailkan itu adalah cacat kerana tidak mematuhi keperluan mandatori.

Beliau sehubungan itu mengisytiharkan Kamalanathan sebagai ahli parlimen Hulu Selangor yang sah.

Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri memfailkan petisyen berkenaan pada 24 Mei lalu supaya keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, 25 April lalu dibatalkan atas alasan ia dicemari rasuah.

Ini dalam bentuk sogokan dan janji kepada pengundi oleh pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengundi sekiranya mereka menyokong Kamalanathan.

Petisyen terhadap Kamalanathan difailkan di bawah Seksyen 10(a), 10(c) dan 10(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1958.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Wilayah Persekutuan, kalah kepada Kamalanathan dari MIC dengan majoriti 1,725 undi.

Zaid yang tidak pergi ke mahkamah semalam "kerana saya telah pun menjangka bahawa permohonan saya tidak akan dilayani."

"Bila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya (3 hari) kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak di atas alasan "teknikal" (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaran sepenohnya, di mana segala butiran dan keterangan yang kita ada dan saksi saksinya akan dibentang), maknanya saya tidak akan berjaya," tulis Zaid dalam blognya mengulas keputusan itu.

Menurut Zaid, alasan yang diberi hakim ialah dia tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun "bribe" tersebut. Bagi Zaid, nama-nama mereka ada, dan akan ketengahkan saksi-saksi yang ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak. Apa perlu tolak awal awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi 'The Great PM' dari disoal oleh peguam kami. Mana boleh PM datang ke Mahkamah?" tulis Zaid lagi.

Bagi beliau, ada banyak jenis kes "rasuah pilihan raya."

"Bila kita membuat aduan spesifik bahawa calon A menawarkan duit untuk B dan C mengundinya, memanglah kita patut senarai dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes "general bribery" yang mustahil dapat kita senarai semua nama-nama mereka yang ditawarkan wang tersebut," katanya.

Mengikut keputusan ini, tulis Zaid, katakanlah kalau PM memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihanraya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa-siapa yang mahu membawa kes itu ke Mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!

Mahkamah juga berkata kita yang membawa permohonan mesti membuktikan bahawa mereka yang menerima rasuah ini: rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka membuat undian untuk BN.

"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini," katanya.

"Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti "Kamu undi siapa semasa piliharaya? " tidak dapat disoal semasa perbicaran kerana undi itu sulit. Akta Kesalahan Pilihanraya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu. Tetapi Hakim terus menetapkan syarat sedemikian," katanya.

Zaid berkata, dia juga disalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," katanya.

Bagaimanapun, Zaid dengan penuh yakin berkata, "satu hari nanti, kita akan berjaya."/Harakahdaily

KES LIWAT II - MOHON DAPATKAN NOTA PERUBATAN PUN TIDAK BOLEH ?

Posted: 06 Aug 2010 07:00 AM PDT

Rayuan Anwar untuk nota perubatan ditolak

Ogos 6, 10

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada mendapatkan nota-nota perubatan dari tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan panjang berhubung takat bidang kuasa.

"Ia tidak menolak hak tertuduh. Untuk menjawap soalan oleh perayu, sama ada ia menolak hak tertuduh, jawapan kami adalah negatif. "Justeru, kami menolak rayuan itu," katanya Zaleha berkata mahkamah juga bersetuju dengan penghujahan yang dibuat oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Hakim-hakim lain yang bersidang hari ini adalah Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Clement Allan Skinner.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai lalu menolak permohonan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor yang terlibat. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan. Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu.

Beliau meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, emel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, dua hari selepas mendakwa dia diliwat oleh Anwar. Selain itu, peguam Anwar juga mahu pihak pendakwa menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pihak pembela juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful - Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng. Dr Mohd Razali adalah pakar bedah di HKL yang telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam dan pakar patologi forensik Dr Siew.

Semasa pemeriksaan utama, Dr Mohd Razali mengesahkan berlaku penetrasi zakar berdasarkan laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani pada empat kapas kesat yang diambil daripada Mohd Saiful. Anwar juga gagal bagi mendapatkan dokumen utama termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bagi semakan keputusan Mahkamah itu yang tidak menyebelahinya pada 2 Februari tahun ini.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Anwar boleh dipenjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembela, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembela akan terjejas tanpa dokumen berkenaan. Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwa membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembela sebelum permulaan perbicaraan./Malaysiakini

LAWATAN MP PAS KE KILANG ARAK ?

Posted: 06 Aug 2010 05:00 AM PDT

MP PAS buat kejutan ke kilang arak

Jimadie Shah Othman
Ogos 6, 10

Seorang ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kontroversinya tersendiri, Khalid Samad kini mengambil langkah berani dan mengejutkan dengan melawat sebuah kilang arak di kawasannya.

Lawatan kerja wakil rakyat Shah Alam itu ke kilang Carlsberg di Seksyen 15 petang semalam mungkin yang pertama seumpanya dilakukan seorang pemimpin parti Islam itu.

"Mungkinlah (yang pertama), saya pun tidak tahu," katanya sambil ketawa ketika ditanya sama ada beliau orang pertama yang memecahkan kepantangan (tabu) itu.

Khalid (kanan) yang juga anggota biro politik PAS menulis dalam blognya, beliau dan beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melawat kilang itu bagi membincangkan cadangan pemindahan stesen bas Shah Alam daripada Sekyen 16 ke tapak itu.

Bagaimanapun, kunjungan itu mungkin mengundang syak dan fitnah ekoran arak merupakan minuman haram dalam Islam dan dianggap sebagai "ibu segala maksiat".

Dalam lawatan itu, rombongannya disambut oleh timbalan pengarah urusan syarikat itu Datuk Chin Voon Loong, yang kemudiannya memberikan taklimat berhubung latar belakang dan prestasi kilang itu sejak dibangunkan 38 tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Khalid menegaskan beliau mengambil inisiatif melawat kilang tersebut hanya bagi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.

"Tentulah saya kena pergi. Kilang tersebut terletak dalam kawasan (parlimen) saya," jelas Khalid.

Tidak mungkin digunakan

Bagaimanapun, beliau dilihat telah bersedia dengan kemungkinan itu apabila menulis ayat pertama dalam artikel berjudul 'Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg dengan' dengan:

"Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak."

Malah, Khalid mengakui merasa bimbang gambar yang diambil di kilang tersebut akan disalahgunakan oleh penyokong parti lawan bagi menyerangnya.

"Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalahgunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan.

"Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ," katanya.

Bagaimanapun, di sebalik 'kejutan' itu, rundingan dengan pihak kilang dilihat mungkin mengalami laluan sukar apabila Khalid menulis "kemungkinan mereka (Carlsberg) berpindah adalah amat tipis sekali"

"Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.

"Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ia tidak mungkin digunakan untuk terminal bas Shah Alam," tambah Khalid.

"Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti."/Malaysiakini

VIDEO - KENALI UMNO YANG SEBENAR

Posted: 06 Aug 2010 03:00 AM PDT



Renungilah ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu tentang perangai buruk Umno......Masihkah ada yang sayang dan cinta pada Umno?

TAHNIAH PR SELANGOR, KEMPEN UMNO FASA PERTAMA DAPAT DIGAGALKAN

Posted: 06 Aug 2010 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Umno Selangor semakin tidak tentu arah apabila Kerajaan Selangor berupaya menangkis serangan demi serangan dari mereka di dalam Kempen Selamatkan Selangor. Ternyata `Pendekar Sesumpah' beserta Noh Omar dibantu pula oleh Anak Toyo (bukan Toyol) gagal mempengaruhi rakyat Selangor. Sehingga kini, tiada satu pun mereka dapat buktikan secara jelas tentang keburukan Kerajaan PR Selangor.

Bukti mereka tidak dapat menunjukkan secara jelas dan berfakta penyelewengan Kerajaan PR Selangor adalah pada setiap ceramah mereka, isu peribadi DS Anwar dimainkan. Isu lapok yang membosankan masih didendangkan oleh raja sesumpah yang sentiasa gagal bila berdepan dengan bekas bosnya DS Anwar. Tiada jalan lain, raja sesumpah pun memuji dirinya sendiri kununnya beliaulah pejuang paling berani di era reformasi dahulu. Beliau ingat rakyat lupa siapa yang kecut telor lari ke luar negara awal-awal lagi tatkala DS Anwar ditangkap?

Raja sesumpah `naik bakul, angkat sendiri' apabila menyebut beliau sanggup masuk penjara demi DS Anwar. Beliau merasakan hanya beliau seorang sahaja yang masuk penjara kerana DS Anwar? YB Tian Chua jauh lebih berani dari raja sesumpah, beliau dipukul dan ke hadapan di era reformasi sehingga beliau berbaring di bawah trak FRU ketika itu. Raja sesumpah tidak pernah ada setitik darah pun yang mengalir ditubuhnya ketika era reformasi. Pejuang hebat?

Ustaz Dr Badrul Amin tidak pernah masuk penjarakah? Raja sesumpah jangan cuba perasan merasakan beliau paling hebat. Beliau masuk penjara dahulu kerana mendedahkan kes rasuah terhadap Rafidah Aziz di bawah Akta OSA, sehingga raja sesumpah melutut depan parti Rafidah Aziz iaitu Umno, kes tersebut diam. Raja sesumpah pun turut diam. Hebat sangatkah?

Saya bersyukur masih ada ramai lagi pejuang-pejuang di era reformasi yang tidak lapar untuk disuapkan oleh Umno. Walaupun mereka ramai yang tidak memegang jawatan penting setelah PR berjaya memerintah beberapa buah negeri, namun mereka tidak melutut dan menyembah depan Umno demi memberi makan anak bini mereka.

Percayalah, usaha kumpulan raja sesumpah dibantu oleh `orang kaya' Anak Toyo (Pesara Penyamun Pasir, bak kata Tan Sri Khalid) pasti gagal kerana mereka tiada modal yang kuat untuk membuktikan bahawa Kerajaan PR Selangor lebih teruk dari Umno di zaman Khir Toyo. Tambahan pula, serangan balas dari kumpulan yang dipimpin oleh Us Dr Badrul Amin akan membuat Umno `Check Mate' di Selangor.

Setelah mereka gagal menyerang PAS dan PKR, kini mereka menumpukan pula kepada DAP. Begitulah cara Umno yang sudah hilang arah dan tuju. Segala keburukan yang mereka sebut di Selangor, umpama meludah ke langit. Tidak hairan nanti apabila mereka semakin meroyan, akhirnya mereka akan guna kuasa yang ada pada mereka seperti pihak Polis.

Pedulikan apa jua yang mereka gunakan. Usaha untuk mentalkinkan Umno wajib diteruskan kerana orang-orang Melayu mesti diselamatkan dari Umno yang telah banyak mencipta sejarah khianat kepada bangsa Melayu. PAS, PKR dan DAP harus terus menyerang Umno sehebat-hebatnya kerana Umno kini bersendirian. Parti di dalam komponen Bn yang lain pun sudah tidak ingin membantu Umno yang sering mempermainkan mereka.

Selamat berjuang, selamat mengkebumikan Umno. /wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Bongkar Rahsia PR

Posted: 06 Aug 2010 06:20 PM PDT










Ramainya ...he he he

perisik-rakyat kena Serang.

Posted: 06 Aug 2010 04:00 PM PDT

Malam tadi lebih kurang jam 12.30 saya cuba buka laman politik popular Malaysia
http://perisik-rakyat.com/ tapi apa yang keluar bukan laman biasa tapi ini
(Lihat gambar kat bawah)

Walaupun dah cuba beberapa kali tapi tetap page ni yang keluar.
Mungkin perisik-rakyat.com dah kena kacau dengan hantu-hantu upahan "Master Jib".
Sesiapa tahu  cerita lebih lanjut,tolong kongsi..

perisik-rakyat.com kena Serang

Posted: 06 Aug 2010 10:32 AM PDT

Tadi lebih kurang jam 12.30 AM saya cuba buka laman politik popular Malaysia
http://perisik-rakyat.com/ tapi apa yang keluar bukan laman biasa tapi ini
(Lihat gambar kat bawah)

Walaupun dah cuba beberapa kali ,sampai sekarang(1.30 AM)tapi tetap page ni yang keluar.
Mungkinkah perisik-rakyat.com dah kena kacau dengan hantu-hantu upahan "Master Jib".
Sesiapa tahu  cerita lebih lanjut,tolong kongsi..

Gambar Muslimah Bertudung Di Edit Jadi Bogel(Bahaya Face Book)

Posted: 06 Aug 2010 08:57 AM PDT

Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-gambar di dalam Facebook yang datanya berpengkalan di Israel, telah discan dan diedit bagi jadi gambar bogel. Mesej tersebut tersebar minggu lepas.

Agak-agak, ada ke orang nak percaya? Di sini, saya ingin kemukakan BUKTINYA!. Seorang sahabat kepada mangsa telah diedit gambarnya sehingga jadi gambar bogel. Nama mangsa dirahsiakan. Beliau tersedar gambar beliau terpapar dengan gaya lucah 2 hari selepas mesej tersebut tersebar.

Satu lagi aduan, kes yang sama, tentang gambar seorang perempuan bertudung, dan diedit sedang melakukan aksi lucah, dan gambar asal diambil di dalam Facebook. Sila lihat gambar yang telah di"blur"kan di bawah..



ASAL FOTO INI ADALAH BERTUDUNG SEMPURNA, NAMUN TELAH DIEKSPLOITASI MELALUI TEKNIK SUPER IMPOSE DAN SINAR X-RAY UNTUK MENAMPAKKAN BAHAGIAN DALAMAN. MAKA KEPADA PARA MUSLIMAH DIKASIHI ALLAH SEKALIAN ,TOLONG DELETE FOTO-FOTO ANDA DALAM MANA-MANA LAMAN PERIBADI ANDA SEPERTI fACEBOOK ,BLOG @ fRIENDSTER SEBELUM MENJADI MANGSA DAN FOTO-FOTO ANDA TERSEBAR DI INTERNET OLEH MUSUH2 ISLAM DAN KAKI PORNOGRAFI
 
Adakah satu hari nanti, gambar anak isteri kita pula yang diedit menjadi gambar lucah? Sekarang ini, beberapa web bangang telah dibuat khas untuk adengan bertudung. Hampir semua gambar di dalamnya diedit. Mana dapat gambar tu?
Ulasan~

Berdasarkan pandangan saya, mungkin proses eksploitasi ini tidak dapat dilakukan jika mana gambar ini sudah tetap..namun sebagai langkah berjaga-jaga, seelok-eloknya tidak wajarlah bagi seorang muslimah mempamerkan gambarnya kepada bukan mahramnya. Jika difikir-fikirkan, kenapa sibuk mempamerkan wajah pada orang tatapan ramai ?..nak tunjuk cantik?Hmmm..cukuplah pamerkan pada suami kalian nanti..renung-renungkanlah. Wallahua'lam.
Sumber : http://ibnuirfadzil.blogspot.com
 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Petisyen Zaid : Sistem Kehakiman semakin reput

Posted: 06 Aug 2010 09:45 AM PDT

Oleh Kim Quek

Keputusan Hakim Azahar Mohamed untuk menolak permohonan Zaid Ibrahim membuka lembaran sejarah paling kotor dalam pilihan raya kecil (kawasan parlimen Hulu Selangor). Keputusan ini memang dijangka.

Malahan, sebaik sahaja saya mendapat tahu Ketua Hakim Zaki Azmi – bekas pemimpin Umno – melantik Azahar untuk mengendali kes ini, saya tahu bahawa prospek Zaid menuju kehancuran.


Bukankah Azahar merupakan hakim yang mengendalikan penghakiman bersifat "double standard" dalam kes Speaker melawan Speaker di Perak pada 8 September 2009?

Dalam penghakiman itu, berhubung isu kekecuhan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei 2009, beliau menolak aduan V Sivakumar, speaker dari Pakatan Rakyat terhadap Speaker Barisan Nasional Ganesan atas alasan beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan DUN.

Tetapi beliau gagal untuk menyedari hakikat bahawa dengan mengisytiharkan pelantikan Ganesan sebagai speaker ketika dalam sidang DUN yang sama adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang. Malahan beliau telah campur tangan di mana beliau berkata beliau cuba mengelak dari campur tangan.

Tindakan Azahar yang bercanggah ini begitu ketara, ibarat menampar muka sendiri. Sila baca rencana bertajuk "Speaker melawan Speaker: Hakim Azahar Menampar Mukanya Sendiri" dalam buku saya, "The March to Putrajaya."

Reputasi Azahar dicurigai

Dan bukankah Azahar sebagai pendakwa yang dituduh memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim ketika perbicaraan rasuah 10 tahun lalu, yang mendapat kutukan dari seluruh dunia sebagai pencabulan terhadap keadilan dan pendakwaan bermotifkan politik semata-
mata? (Ini merupakan suatu pertuduhan di mana Azahar tidak menafikannya, lihat nota 1 di bawah).

Apa lagi keputusan yang boleh kita harapkan daripada seorang bekas pemimpin Umno yang melantik seorang hakim yang mempunyai reputasi buruk untuk mendengar kes politik berprofil tinggi ini?

Sekarang, mari kita melihat penghakiman Azahar secara teliti dan terperinci DI SINI

Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan

Posted: 06 Aug 2010 08:41 AM PDT

Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan.

Justeru itu, ahli parlimen Parit Buntar-PAS, Mujahid Yusof Rawa tampil bersuara untuk menggesa agar kerajaan memberi layanan yang sewajarnya kepada bekas tentera, "Adalah menjadi satu perkara yang amat dikesalkan sekiranya layanan yang diberikan kepada seorang pesara tentera yang telah begitu lama berkhidmat dinafikan haknya untuk mendapat keistimewaan dan layanan yang sepatutnya."

Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan."

Air dan elektrik diputuskan

"Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi.

Mujahid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar bersama-sama dengan bekas TUDM, Faizzal Jinong Abdullah yang mendakwa telah ditindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas persaraan beliau pada bulan Oktober 2008 yang lalu. ... seterusnya

Pakatan Rakyat lancar TIRAM

Posted: 06 Aug 2010 01:49 AM PDT



SHAH ALAM, 6 Ogos — Tabung Impian Rakyat Malaysia (TIRAM), inisiatif yang digerakkan oleh sekumpulan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), akan dilancarkan di sini malam esok sebagai platform terbaru memperkasakan sistem demokrasi di negara ini menjelang pilihan raya umum ke-13.

Buat peringkat awal TIRAM meletakkakn sasaran untuk mengumpul sekitar RM20 juta bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti yang disasarkan untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam jangka panjang khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Pengarah Majlis Makan Malam Perdana Sempena Pelancaran TIRAM, Izham Hashim berkata sebahagian daripada usaha ini melibatkan gerakan kesedaran dan mendidik masyarakat tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat sama ada dari aspek perlembagaan, sistem pilihan raya dan pemerintahan negara.

"Program malam esok adalah majlis pelancaran mengisi tabung ini dengan disusuli ceramah oleh pemimpin-pemimpin kanan Pakatan," katanya.

Katanya, idea mewujudkan dilontarkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Husam juga bertindak sebagai pengerusi tabung itu. ... seterusnya

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Azmil Mustapha di ceramah khas Ramadhan Masjid Al-Ansar, Kapar

Posted: 05 Aug 2010 10:27 AM PDT







Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak AJK Masjid Al-Ansar dan JKKK Kapar telah menganjurkan majlis yang julung kali diadakan iaitu Tahlil Perdana dan Ceramah Khas Ramadhan. Majlis berlangsung malam tadi (5/8/10) di Masjid Al-Ansar, Kapar. Kedatangan para muslimin dan muslimat agak ramai lah juga kalau nak dibandingkan dengan program program sebelum ini. Mungkin hebahan program tidak begitu meluas.

Ceramah Khas Ramadhan menampilkan bekas pelakon yang dikenali sebagai 'Ali Setan' iaitu Azmil Mustapha. Beliau sekarang sudah di panggil Ustaz Azmil dan penampilan yang amat jauh berbeza. Beliau memberitahu bahawa beliau dalam proses untuk menubuhkan sebuah madrasah. Semoga beliau berjaya, Insyaallah!!!.



Ceramah beliau berkisar tentang penghayatan bulan Ramadhan kerana kata beliau ramai orang Islam kebanyakan nya telah mula terpesong dan menyalah ertikan dalam melaksanakan ibadat di bulan Ramadhan. Beliau beri contoh seperti berbuka puasa di hotel-hotel mewah, membeli berjenis juadah di pasar Ramadhan sehingga membazir. Perokok pula, oleh kerana nak 'cover' balik rokok yang tak hisap disiang hari, sanggup hisap bersambung puntung dari lepas Solat Terawikh sampai sahur.

Beliau juga menyentuh tentang hukum Islam, perlembagaan negara dan peranan kita sebagai umat Islam. Kata beliau, kita hanya merdeka pada nama sahaja sedangkan rujukan kita masih kepada British. Kita tak berani nak buat keputusan sendiri untuk mengubah perlembagaan negara yang ditulis oleh Suruhanjaya Reid yang pengerusi nya bernama Lord William Reid. Tidak seperti Amerika. Amerika juga merdeka dari British pada 4 July 1776, tetapi Amerika tak ikut pun penjajah nya. Mereka benar benar merdeka dan kini menjadi 'polis dunia' pulak.

Ceramah tamat sekitar 10.45 malam. Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

~penarik beca

~penarik beca


Kalau jahil melantu-lantun, Dr Chua jangan cakap fasal Islam

Posted: 06 Aug 2010 09:08 AM PDT

Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Posted: 06 Aug 2010 03:58 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KHAS DI UTARA-CERAMAH PERDANA

Posted: 06 Aug 2010 01:56 AM PDT

Program Lawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang dan Kedah

7 Ogos 2010 (Sabtu)

I) Pulau Pinang

1) 9.00 Pagi – Perasmian Khalifah Umar Abd Aziz

International Integrity Conference 2010

Lokasi – Eastin Hotel, Bayan Bay, Pulau Pinang

2) 12.00 Tghari – Merai Majlis Sukan Rakyat Seberang Perai

Lokasi – Padang Homestay Mengkuang Titi, Permatang Pauh

II) Kedah

1) 1.00 – 2.30 Ptg – Perjumpaan tertutup dengan Ahli Majlis, Ketua Kampong

/Komuniti dan GLC Kedah lantikan Keadilan Kedah

Lokasi : Sungai Petani Inn @ Kelab Cinta Sayang

2) 3.00 – 4.00 Ptg – Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra bersama REFORMIS Kedah

Lokasi : Dewan Orang Ramai Jeniang

3) 4.30 – 6.00 Ptg – Perjumpaan Tertutup Dengan EXCO AMK, WANITA dan

MPN Kedah.

Lokasi : Sungai Petani Inn @ Kelab Cinta Sayang

4) 7.00 – 8.30 Malam – Solat dan Tazkirah Maghrib di Masjid Kuala Ketil

5) 8.30 – 10.00 Malam – Majlis Makan Malam

Lokasi : Dewan Lip Seng Kor, Sungai Petani.

Tetamu Kehormat :

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Fakhrol Radzi Zawawi

iv) YB Sivarasa Rasiah

v) YB Tuan Haji Ahmad Kassim

6) 9.00 – 12.00 Malam - Ceramah Perdana – Perkuat Kerajaan PR Kedah

Lokasi : Dewan Orang Ramai Hock Teik Soo, Sungai Lalang, Merbok.

Penceramah:

i) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii) YAB Lim Guan Eng

iii) YB Fakhrol Radzi Zawawi

iv) YB Tuan Haji Ahmad kassim

v) YBhg Sdr Saiful Izham Ramli


Program 08.08.2010 Ahad:

1. Majlis Makan Malam & Ceramah Cabang Bayan Baru

Tarikh: 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 8 mlm TEPAT
Tempat: Tapak Pesta, Sg Nibong
Ceramah Percuma! Beli Tiket Makan RM15 contact Sabri 013-4320207
Semua Dijemput!

Penceramah:
8.00pm YB Raveen Tharan (ADUN Batu Uban)
8.15pm YB Sim Tze Tzin (ADUN Pantai Jerejak)
8.30pm YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parliament Malaysia)
9.15pm Dato Dr. Tan Kee Kwong (Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Korporasi - Isu Felda)
9.45pm YB Dato Mansor bin Othman (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
10.15pm Shamsul Iskandar (Ketua Angkatan Muda Keadilan)
11.00pm Dato Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Undang-undang)

2. Ceramah Perdana Cabang Balik Pulau

Tarikh: 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 8 mlm TEPAT
Tempat: Kompleks Sukan MPPP Balik Pulau
Semua Dijemput! Datang Ramai-ramai! Sebarkan!

Penceramah:
8.00pm YB Dato Halim (Speaker DUNPP)
8.30pm YB Yusmadi Yusoff
9.15pm Dato Zaid Ibrahim (Bekas Menteri Undang-undang)
9.45pm YB Dato Mansor bin Othman (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
10.00pm YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parliament Malaysia)
10.45pm YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
11.15pm YB Mujahid (Ahli Parlimen Parit Buntar)


3. Ceramah Perdana Cabang Batu Kawan

Tarikh: 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa: 9 mlm TEPAT
Tempat: Stadium Mini Jalan Betek (Berhadapan Mahkamah Majistret Bkt Mertajam)
Semua Dijemput! Datang Ramai-ramai! Sebarkan!

Penceramah:
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parliament Malaysia)
YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Dato Mansor bin Othman (Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Dr Dzulkifli Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
YB Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang)
Dato Dr. Tan Kee Kwong (Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Korporasi - Isu Felda)
YB Law Choo Kiang (Exco Pertanian & Tebatan Banjir Pulau Pinang)
Siti Aishah Sheik Ismail (Ketua Sri Kandi Parti KeADILan Rakyat)


--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin



BANNER DINNER TAPAK PESTA.bmpBANNER DINNER TAPAK PESTA.bmp
1628K View Download
39326_113243002060909_100001256298480_86927_2999719_n.jpg39326_113243002060909_100001256298480_86927_2999719_n.jpg
77K View Download
38213_140322232654943_100000315006032_289363_2960064_n.jpg38213_140322232654943_100000315006032_289363_2960064_n.jpg
74K View

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sekolah HIV... Amacam...????

Posted: 06 Aug 2010 09:06 PM PDT

Aduhaiiii.... Nampaknya MELAYU masih mengekalkan kedudukan teratas dalam carta bangsa yang Jelik dan Hina dengan menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif...

Well done, Malays!!! Selamat Maju Jaya Melayu!!!

Inilah yang dibanggakan oleh pejuang2 melayu umnoApco dan Perkasa... ha..ha..ha..., nak martabatkan bangsa konon... lihatlah apa yang sudah terjadi...???? Sebelum nak melalak memekik terlolong berbicara soal perjuangkan martabat bangsa... adalah lebih elok puak2 laknat nih.. mencari penyelesaian dan cara hendak menyelesaikan permasalahan ini terlebih dahulu. Bengong wal unta betullah... puak2 yang selalu bercakap soal melayu ni..., baca kat bawah ni....


KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu

Lebih menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6 daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap hari. Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009.

Sebanyak: 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu Melayu diikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa serius gejala itu di kalangan masyarakat Melayu negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami "Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang membawa maut.

Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah menjadi yatim piatu. Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut merugikan negara," katanya.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

"Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar sehingga mencecah ribuan ringgit setahun," ujarnya.
Nak tuduh gua kelentong dengan berita jahanamnya bangsa melayu ni... tak boleh.. tak boleh... ha..ha..ha..., sebab berita ini di siarkan oleh akhbar perdana yang paling di sukai oleh puak2 parti umnoApco yahudi laknatullah dan juga Ibrahim Al-Kataki iaitu Utusan Meloya 06/08/2010. Jadi berita ini adalah benar dan sahih belaka... kerana akhbar itu tidak pernah menipu kepada orang2 yang berotak Lembu... kah..kah..kah..

Bagaimana hendak mencegah gejala ini??? Perlukah kita tiru ide Ali Rostam..??? Tubuhkan Sekolah untuk pesakit HIV... amacam..???

Elakkan SEKS BEBAS atau lu orang boleh menjadi seperti ini (MAAF 18sx);




Ada lagi gambar2 yang lebih teruk daripada 3 di atas tu... lu orang tanyalah dengan pakcik google... tak sampai hati gua nak upload kat sini.... eeeeee....

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk".(QS. Al-Isra : 32)

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akherat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman".(QS. An-Nur : 2)

Renung-renungkan lah.... 
 
IkutSukaAku

Zaid: Petisyen ditolak untuk elak PM diheret

Posted: 06 Aug 2010 09:03 PM PDT

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim tidak hadir di mahkamah tinggi Rabu lalu untuk mendengar keputusan petisyennya mencabar keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana telah menjangka permohonannya itu akan ditolak.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata apabila seorang hakim membenarkan masa yang secukupnya iaitu tiga hari kepada pihak yang mahu petisyen itu ditolak atas alasan teknikal (supaya kes itu tidak dapat peluang ke peringkat perbicaraan sepenuhnya, di mana segala butiran dan keterangan yang ada dan saksi akan dikemukakan), ini bermakna permohonan itu tidak akan berjaya.

"Alasan yang diberi ialah saya tidak menyenaraikan nama mereka yang telah menerima rasuah ataupun "bribe" tersebut. Nama mereka ada, dan kita akan ketengahkan saksi yang kita ada semasa perbicaraan.

"Tetapi mulakanlah perbicaraan itu. Mengapa takut sangat didengar keterangan pihak kami? Kalau pihak kami tak berjaya membuktikan selepas perbicaraan barulah sepatutnya permohonan ditolak.

"Apa perlu tolak awal-awal lagi? Alasan sebenar ialah mereka perlu melindungi 'The Great PM' daripada disoal oleh peguam kami. Pada mereka mana boleh PM datang ke mahkamah," kata Zaid.

Kata beliau lagi, terdapat pelbagai macam rasuah pilihan raya umpamanya apabila aduan dibuat secara spesifik bahawa calon A menawarkan wang kepada B dan C untuk mengundinya, memang akan disenaraikan dalam petisyen nama B dan C.

"Tetapi inilah kali pertama kita ada PM yang membuat tawaran rasuah secara terbuka kepada orang ramai. Inilah kes 'general bribery' yang mustahil dapat kita senarai semua nama mereka yang ditawarkan wang tersebut.

"Mengikut keputusan ini, katakanlah kalau Perdana Menteri memberi ucapan melalui RTM1 pada kempen pilihan raya Sarawak nanti, dua hari sebelum mengundi, beliau berucap kepada semua rakyat Sarawak bahawa mereka akan diberi Amanah Saham percuma sebanyak 1000 unit kalau BN menang, siapa yang mahu membawa kes itu ke mahkamah mestilah menyenaraikan nama 2 juta penduduk Sarawak!" kata Zaid.

Menurut beliau mahkamah mahu pihak yang membawa permohonan mesti membuktikan mereka yang menerima rasuah ini, dalam kes ini rasuah yang ditawarkan meyakinkan mereka mengundi BN.

"Ini satu lagi syarat yang paling luar biasa dalam dunia ini. Bagaimanakah kami akan buktikan niat pengundi sebelum perbicaraan bermula? Lagipun soalan seperti 'Kamu undi siapa semasa pilihan raya?' tidak dapat disoal semasa perbicaraan kerana undi itu sulit.

"Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak membenarkan kita bertanya soalan itu tetapi hakim terus menetapkan syarat sedemikian," ujar beliau.

Tambahnya, pihak beliau juga telah dipersalahkan kerana tidak mengeluarkan ucapan Najib sepenuhnya dalam petisyen.

"Kami bercadang untuk membentang rakaman ucapan itu semasa perbicaraan tetapi peluang tidak diberi. Inilah cara BN menang dalam segala hal," kata Zaid.

Pihaknya juga tidak bercadang untuk membuat rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan memandangkan keputusan sama akan diberikan.

Beliau juga tidak berniat meneruskan tindakan susulan kerana tidak tidak mahu membuang masa peguam-peguamnya - Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan Harun dan Ang Hean Leng yang menawarkan khidmat guaman mereka secara percuma.

Mahkamah Tinggi menolak petisyen pilihan raya Zaid dan mengesahkan bahawa, P Kamalanathan dipilih secara sah sebagai ahli parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil April lalu.

Keputusan dibuat oleh hakim Datuk Azhar Mohamed selepas membenarkan bantahan awal Kamalanathan bagi membatalkan petisyen Zaid.

Ketua Pembangkang Kedah yang Sengal...

Posted: 06 Aug 2010 08:23 PM PDT

oleh AnakKedah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEguvF6gz0lMz-IVPDdip_5KI9sATx3a-jc3cfD01ImutQA9xEtdSEqIewmWhrVLZvVqfaa1ao84W5YUyMOOVSyFuZ7XHK3U_Cx9BOaeZnhkoKe2rmMU5FMsBCM1gOGkrJJIvFwlsHDF2Jlg/s1600/2010-08-07_013237.jpg
Awat la sengal sangat Ketua Pembangkang Kedah nie...memang la zaman ko dulu boleh renew dan daftar kereta tu kerana Kerajaan BN yang bangang tu belum laksanakan lagi peraturan Bangang seperti sekarang ini dimana kena jelaskan dulu saman-saman ekoq nie jika tidak owner akan kena black list dengan JPJ...

Itu la org pesang kurang bercakap kalau tak reti..namun nak buka mulut jugak last orang nampak kebangangang tersebut.....

Pembentangan pelan alternatif Kampung Baru, esok

Posted: 06 Aug 2010 08:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan membentangkan pelan alternatif Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, esok (8 Ogos).
Majlis anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa itu bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Tujuan utama majlis itu adalah untuk memberi peluang kepada penduduk atau pewaris tanah yang terlibat mendengar sendiri pembentangan pelan alternatif daripada khalid.
Khalid akan menjelaskan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri dan PKNS berhubung pembangunan di Kampung Baru.
Mereka yang terbabit dapat membuat perbandingan tawaran tersebut dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Pusat berhubung pelan pembangunan Kampung Baru.
Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan para penduduk dan pewaris yang terlibat untuk hadir ke majlis itu bagi mendengar sendiri penjelasan daripada Menteri Besar Selangor.
Walaupun pemilik tanah atau pewaris terlibat yang menjadi fokus pihak penganjur, namun majlis itu juga terbuka kepada umum bagi mendapat penjelasan lanjut tawaran Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelan alternatif pembangunan Kampung Baru yang kian diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali juga akan hadir pada majlis tersebut.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung majlis itu, boleh menghubungi Mohd Yusuf Yahya di talian 0133915656 atau 0326980025 (PKWR Titiwangsa).

Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA

Posted: 06 Aug 2010 08:04 PM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapa negatif kononnya negara-negara Islam itu "tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang".

Katanya, Chua sepatutnya mendidik dirinya sendiri dalam sejarah tamadun Islam yang bukan hanya mengenai empayar global tetapi kaya dengan pelbagai khazanah seperti seni, ilmu hisab, perubatan, algebra dan astronomi.

"Negara-negara Islam juga dilanda masalah yang sama seperti India dan China sebelum ini. Hanya apabila India dan China menjadi bebas dan dimerdekakan oleh penjajah, barulah mereka menyedari potensi masing-masing dan mengambil tempat sewajar mereka di pentas dunia," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

"Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China," katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

"Pilihannya adalah sama ada kita ikuti jejak atau model Umar Abdul Aziz berhubung mentadbir dengan integriti dan melasanakan urus tadbir yang baik ataupun memilih cara pentadbiran secara kukus besi dan mengamalkan rasuah," tambahnya.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men
urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 ntahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Langkah ke Putrajaya (5)

Posted: 06 Aug 2010 07:36 PM PDT

Oleh : MSK.

Siapa pemimpin…siapa yang dipimpin?
Siapa pemerintah … siapa yang diperintah?
Siapa bos…siapa kuli?
Semasa kempen pilihanraya, kita boleh dengar macam-macam janji-janji manis dan kata-kata hikmat yang dilontarkan oleh calon-calon yang bertanding.
"Suara rakyat suara keramat!!"
"Ketuanan Rakyat!!'
'Ingatlah Saudara-Saudara…bahawa perjuangan ini adalah perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat. Kuasa ditangan rakyat."
"Dalam demokrasi, rakyat adalah Tuan..manakala kami hanyalah wakil untuk menyuarakan suara Tuan-Tuan."
Macam-macam lagi lah.
Tapi bila dah menang…kita tegur sikit dah dikatakan SB. Dah dikatakan pengkhianat.
Datang kemajlis dah mau kerusi dan meja yang berasingan…untuk pemimpin konon!
Silap sebut title pun ada yang naik angin! whoa!!
Lama-lama….Ketuanan rakyat pun mati. sebab rakyat bukan lagi dianggap Tuan.
Mereka bukan lagi dipanggil Wakil Rakyat…tapi Yang Berhormat. Sapa yang bagi depa title "pemimpin"…aku tak tau la.
Lebih teruk lagi, ada yang menuntut ketaatan ataupun wala'. Pirrrrahh!!
Come on, Brader!! Tolong bagi tau kat aku…apakah makna demokrasi? Apakah hari mengundi itu bermakna hari menyerahkan kuasa dari rakyat kepada 'pemimpin'?
Sebelum mengundi, kuasa ditangan rakyat…selepas mengundi, kuasa ditangan 'pemimpin'?
Demokrasi memerlukan satu pendefinasian semula. ahli-ahli politik tidak boleh diharapkan sangat. mereka hanya boleh menutarakan slogan dan retorik yang hanya digunakan untuk memancing undi. Lepas dapat kuasa, semua terbalik kot.
Sebelum depa menterbalikkan kot…elok kita terbalikkan dulu. Tak perlu "Kerajaan Reformasi'. Tak perlu "Negara Kebajikan". Apa yang perlu ialah "Kerajaan Wiki" atau Wiki Government."
Wiki Government ialah "Kerajaan Terbuka". Sesuatu cadangan itu dibentangkan secara terbuka dan setiap rakyat boleh mengambil bahagian dalam membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh, poll tentang siapa yang paling layak memimpin Pakatan Rakyat Perak. Aku cuma bubuh enam nama. Tapi tak bererti hanya enam nama saja yang layak. Mungkin ada orang lain yang lebih layak, tapi aku tak tau. Seseorang itu cuma perlu menambah lagi nama yang dirasakan perlu. Tentukan jangka masa ..kemudian buat keputusan.
Begitu juga dengan sesuatu dasar yang hendak dibuat. Wakil rakyat yang dipilih cuma perlu menyediakan topik atau kerangka. Yang lain menambahbaikkan idea tersebut. Sesiapa ada idea yang lebih baik, dia kemukakan. Sesiapa yang nak bangkang, perlu menyediakan cadangan yang lebih baik. Bukan tau kutuk saja.
Nak buka tender, buat juga secara terbuka. Jangan cakap saja terbuka, tapi lepas tu ada wakil rakyat yang tulis surat rekomen, bagi surat sokongan kepada syarikat yang dia ada kepentingan. Tok sah kata Umno, Pakatan pun serupa.
Cukuplah. aku pun dah malas nak tulis panjang-panjang.
Data dah ada. Strategi? Kalau tak paham apa yang aku cakap…tak payah atur stratgei la. Kalau hangpa buat apa yang cakap…hangpa dapat undi aku.
I'm telling you what I want. Don't give me what I don't want.  Aku bukan nak subsidi. Aku bukan nak jersi bola. Aku bukan nak  bantuan warga emas. Aku bukan nak bantuan anak sekolah.
Aku cuma mahu menjadi sebahagian daripada ejen perubahan.
Kempen pemilihan kepimpinan PKR sudah bermula. Mustafa Kamil Ayub sudah memulakan gendang perang. Aku nak menyediakan pentas untuk memulakan gerakkerja.

Pemilihan PKR jadi penentu nasib..UMNO..!!

Posted: 06 Aug 2010 07:10 PM PDT

SHAH ALAM – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hujung tahun ini dijangka menjadi penentu penghujung perjuangan parti tersebut dalam arena politik negara.

Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pertembungan dan perebutan kuasa serta jawatan dalam parti dalam kalangan pimpinan PKR dilihat semakin luas dan tidak dapat dibendung lagi.

"Dalam PKR sekarang, mereka bukannya pejuang asal kerana masuk disebabkan peluang dan hari ini hanya mahu tambah jawatan lebih dalam parti.

"Pemilihan PKR ini sudah banyak kali ditangguhkan kerana mereka sudah tidak dapat membendung pertembungan dan perbezaan yang berlaku," katanya semasa sesi dialog bersama Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Beliau, yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan berkata, selain kebobrokan yang berlaku dalam PKR, terutamanya dalam kalangan pemimpin, kes liwat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isu dominasi bangsa lain serta perjuangan asal yang tersasar juga adalah penentu suhu atau orientasi politik parti itu pada masa depan.

Ezam turut menyentuh mengenai tindakan lima Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti. Ini adalah suatu keadaan yang tidak pernah berlaku dalam politik semasa.

"Pemilihan parti PKR yang akan dibuat tidak lama lagi pastinya akan menjadi saksi kepada kemampuan parti itu sebagai sebuah parti yang berwibawa atau sebaliknya.

"Kita tahu PKR bukanlah sebuah parti yang kuat. Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu juga bukan disebabkan kekuatan parti itu, tetapi kerana protes rakyat terhadap kelemahan BN yang perlu diselesaikan dari sekarang sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya.

Menurutnya oleh itu BN, khususnya UMNO, perlu membuat perubahan secara serius bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dalam PRU-13 itu.

"Saya sering mengingatkan UMNO supaya jangan terlalu leka dengan ramai pemimpin PKR yang lompat parti kerana lemahnya PKR tidak menjamin kuatnya Barisan Nasional.

"Perkara yang paling promising (menjanjikan) ialah pindaan Perlembagaan parti oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melebarkan pemilihan parti kepada seluruh cawangan yang menjadi titik tolak untuk tindakan reform (perubahan) dalam UMNO selepas ini," katanya.

"Kami telah melalui pengalaman dalam PKR apabila pemimpinnya tidak mampu berbuat apa-apa tentang bangsa Melayu kerana mereka cauvinis yang tidak kompromi tentang kepentingan sendiri," katanya.

Menurutnya, PKR kini telah menyimpang daripada perjuangan sebenar, berbanding penubuhan parti tersebut pada 1999.

Ezam memasuki PKR yang ditubuhkan pada 4 April 1999 dan meninggalkan parti itu pada Oktober 2006. Beliau menyertai UMNO pada 28 Mei, 2008 dan dilantik Senator pada 3 Mei 2010.SH

Pendidikan seks bantu elak jadi mangsa cabul

Posted: 06 Aug 2010 07:08 PM PDT

IPOH – Kekerapan kes seperti cabul, rogol dan culik pada masa kini, seharusnya dijadikan iktibar kepada ibu bapa supaya mendalami pendidikan seks yang lebih cenderung mendidik kanak-kanan mengenai hak dan saluran yang betul untuk membuat aduan apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie berkata, kerajaan sudah mengkaji inisiatif serta keberkesanan pendidikan seks di sekolah sama ada ia sesuai untuk murid-murid sekolah rendah khususnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, semua pihak bersetuju untuk menjadikan pendidikan seks mata pelajaran di sekolah dan ia dijangka akan dilaksanakan segera.

"Sejak kebelakangan ini banyak kes culik dan rogol membabitkan kanak-kanak bawah 12 tahun berlaku dan mangsa tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika berada dalam situasi itu.

"Justeru, mereka boleh mempelajari pendidikan seks yang merangkumi biologi serta berkaitan dengan kesihatan reproduktif tubuh badan," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Kebangsaan Kali Kedua Special Olympics Malaysia 2010 di Stadium Perak, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia, Datuk Meme Zainal Rashid, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU, Norani Mohd Hashim, Presiden Special Olympics Malaysia, Joseph Lau Tee Sun, Pengarah Kebajikan Masyarakat Perak, Chong Phaik Kee.

Seai Kee berkata, melalui pendidikan seks kanak-kanak terbabit tahu hak dan kepentingan untuk membuat aduan sama ada kepada ahli keluarga, guru dan penjaga.

"Sehubungan itu, diharap ibu bapa perlu serius dalam menentukan masa depan anak-anak mereka agar sentiasa berada dalam keadaan selamat," katanya.

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diculik di Jelapang dan ditemui di Gopeng kira-kira 45 kilometer dari kawasan rumahnya di sini, kelmarin. SH.

Noh: Kerajaan S'gor biadap tak peduli Permaisuri

Posted: 06 Aug 2010 07:06 PM PDT

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke satu majlis di negeri itu pada bulan lepas sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.

Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga dianggap tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.

"Saya percaya perkara ini timbul bukannya salah kerajaan negeri, tetapi budaya yang dibawa oleh DAP, budaya yang tak hormati orang Melayu, institusi Diraja, kalau budaya orang Melayu, bila pemimpin datang kita akan hormat ada wakil kita.

"Kalau faham Perlembagaan negara, mesti hormatinya," katanya ketika mengulas insiden itu yang menyaksikan kerajaan negeri tidak membuat persediaan sewajarnya semasa menyambut keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada 4 Julai lalu.

N
oh yang ditemui pemberita selepas ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan di Kuala Lumpur malam semalam juga berpendapat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan.
Bagaimanapun apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" atau "first lady", tiada pemimpin Umno, termasuk Noh yang membuat sebarang teguran.
Malah, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong.
Menu
rut pembangkang rujukan Rosmah sebagai 'wanita pertama' dilihat tidak wajar kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.
Isu berkenaan timbul berikutan iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, April lalu yang mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Perpaduan PAS-Umno, mufti tak mahu ulas

Posted: 06 Aug 2010 07:05 PM PDT

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu melibatkan pertemuannya dengan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Katanya, beliau bertindak demikian memandangkan, Hasan tidak mahu mengakui bahawa pertemuan yang diadakan pada Mei lalu itu sememangnya bertujuan membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Hasan sebelum ini berkeras bahawa pertemuan lebih dua bulan lalu itu tidak dilakukan bagi membincangkan kemungkinan kerjasama berkenaan.

"Dah dia tidak mahu mengaku buat apa saya ulas lagi. Sudahlah," kata Harussani ketika ditanya pendiriannya berhubung pertemuan tersebut.

Tambahnya, beliau berpegang dengan kenyataannya sebelum ini, bahawa pertemuan itu sememangnya dilakukan bagi tujuan perpaduan Umno-PAS.

Harussani juga sebelum ini dilaporkan berkata, beliau dalam kedudukannya sebagai seorang mufti tidak akan mengemukakan kenyataan yang bercanggah.

Malah, pemimpin PAS sendiri, dalam satu mesyuarat telah mencabar Hasan supaya mengenakan tindakan saman ke atas Harussani berhubung kenyataannya itu.

Cabaran tersebut dikeluarkan pemimpin PAS memandangkan dakwaan seperti itu dianggap akan memberi implikasi yang serius terhadap perpaduan dalam parti.

Sebelum nama Hasan disebut sebagai individu yang terlibat dalam pertemuan itu, timbul gesaan supaya pemimpin yang mengadakan pertemuan dengan Harussani dipecat.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai desakan dari kalangan pemimpin partinya, Hasan bagaimanapun setakat ini dillihat masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menjelaskan pendiriannya.

Kontrak Musa Hassan Wajar Disambung.

Posted: 06 Aug 2010 06:46 PM PDT



Bagi menghargai jasa Musa Hassan kepada Negara sewajarnyalah kontraknya itu disambung lagi kalau boleh biarlah dia menjadi Ketua Polis Negara sehingga akhir hayatnya, kerana didalam Negara Malaysia ini tiada anggota polis yang layak untuk menjadi Ketua Polis Negara selain Musa Hassan.

Musa Hassan ini umpama UMNO yang memerintah Malaysia, kerana hanya UMNO yang boleh memerintah Malaysia.

Musa Hassan juga telah berjasa kepada Negara kerana beliau telah membuktikan kepada kita bahawa beliau tidak kekok dalam menjalankan tugas yang kebiasaannya dijalankan oleh anggota bawahan, buktinya lihat dalam kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim.

Dalam kes tersebut Musa Hassan telah menjalankan tugas anggota bawahannya dengan memikul tilam berulang kali naik ke Mahkamah.

Siapa lagi pegawai kanan polis yang sanggup melakukan tugas berat tersebut menggantikan orang bawahannya?

Nak harapkan Dato Ramli? Memang tak boleh harap kerana ada sumber mengatakan Dato Ramli ini umpama Anwar Ibrahim dengan Reformasinya. Anwar Ibrahim menjalankan agenda reformasi didalam politik Malaysia tapi Dato Ramli reformasinya didalam pasukan Polis.

Siapa Dato Ramli? sedikit maklumat ada di SINI.

Terbaru, Musa Hassan menyumbangkan jasa yang terbesar buat Negara dengan berusaha untuk memenuhkan kembali kantung Negara yang kian kering angkara pemimpin-pemimpin UMNO.

Melalui saman ekor yang dikuat kuasakan perlaksanaannya oleh PDRM yang dikepalai oleh Musa Hassan, Najib boleh bernafas lega buat seketika.

PDRM mengesahkan telah mengeluarkan sebanyak kira-kira 10 juta saman ekor setakat ini manakala dari 2.5 juta saman yang dikeluarkan, 1.7 juta pemandu telah disenaraihitamkan.

Bayangkan jika separuh dari Saman Ekor yang dikeluarkan itu adalah kerana kesalahan memandu melebihi had laju yang dibenarkanyang dendanya ialah RM300.00

Secara tidak langsung Musa Hassan telah membantu Najib mendapatkan RM1.5 Billion (sila betulkan jika saya salah) dari kocek rakyat.

Nampak tak betapa besarnya jasa Musa Hassan kepada kerajaan, tanpa perlu menyelaraskan lagi harga gula, gas memasak dan juga petrol dan diesel kerajaan telah berjaya mengutip RM1.5Billion dari kocek rakyat melalui tugas yang dijalankan oleh Musa Hassan.

Najib berjaya diselamatkan oleh Musa Hassan dari menjadi mangsa sumpah seranah rakyat kerana menyelaraskan lagi harga barangan keperluan asas.

Musa Hassan juga telah membuktikan kepada kita semua betapa proffesionalnya beliau dalam menjalankan tugas dengan mengingkari arahan Menteri di Kementerian Dalam Negeri agar Saman ekor ini dikaji semula biarpun arahan yang dikeluarkan oleh Hishamuddin itu hanyalah retrotik semata-mata.

Retrotik bagi menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan UMNO/BN amat prihatin, walhal segala tindakan yang dilakukan oleh Polis tertakluk dibawah penguasaan KDN yang dikuasai Hishamuddin.

Musa Hassan telah melakukan pengorbanan yang besar terhadap Negara kerana telah menjadikan dirinya sebagai perisai bagi melindungi Najib dari sumpah seranah rakyat.

Jadi sebagai menghargai jasa-jasa Musa Hassan Kerajaan Malaysia perlu menyambung kontrak Musa Hassan kalau boleh biarlah sehingga akhir hayatnya.. lagipun lain-lain pegawai polis mana layak nak jadi Ketua Polis Negara kannnn..

**********************************************

IGP tidak pasti kontraknya akan disambung

Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga.

Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya," kata Musa yang kemudiannya beredar.

Kontrak Musa, 59, sebelum ini dilanjutkan selama dua tahun pada 2007 dan disambung lagi untuk setahun pada 2009.

Ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mahmood Adam berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan bagi melanjutkan kontark Musa.

"Kalau ada apa-apa, kita yang pertama akan mengetahui tetapi setakat ini kita tiada maklumat (berhubung sambungan kontrak itu)," katanya ketika dihubungi.

Khabar angin kontrak Musa akan dilanjutkan timbul baru-baru ini kerana ada pihak yang mendakwa ketiadaan calon yang sesuai untuk dilantik sebagai ketua polis negara yang baru.

Menurut khabar angin itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya berpuas hati dengan prestasi Musa.

Pihak pembangkang, bagaimanapun membantah tempoh Musa sebagai ketua polis negara dilanjutkan. Ini khususnya kerana pembabitannya dengan perbicaraan liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Terbaru, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.

Saman ekor: Nak kurangkan kemalangan atau nak kutip jutaan ringgit daripada pesalah trafik?

Posted: 06 Aug 2010 06:45 PM PDT

Oleh YUSOF HARUN

KISAH ini saya petik dari pengalaman seorang kawan yang juga seorang usahawan dan aktivis sosial, Dr Adib Vincent Tung Abdullah. Beberapa tahun yang lalu Dr Adib telah diminta oleh seorang kawan untuk membantu menyelesaikan satu saman kompaun kesalahan meletak kenderaan bernilai RM20 yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Secara kebetulan Dr Adib mengenali Datuk Bandar ketika itu iaitu Datuk Ismail Shah Bodin.

"Saya membawa tiket kompuan menemui Datuk Bandar di pejabatnya. Melihat saya masuk ke biliknya, Datuk Ismail bangun sambil menghulurkan tangan. Kami berjabat salam," cerita Dr Adib sambil menyambung "saya memaklumkan kepadanya hajat kedatangan tetapi belum sempat saya memulakan tugas merayu dan sebagainya, Datuk Ismail mencelah dengan menceritakan pengalaman yang telah beliau lalui.

Katanya, sewaktu sedang bercuti, beliau meletakkan kenderaan peribadinya, sebuah Volkswagen Beetle di Jalan Sultan Yussuf untuk mengunting rambut. Hampir sejam kemudian sebaik mengambil semula kenderaan di tempat pakir kereta, beliau dapati kenderaannya telah disaman. Keesokan harinya beliau beratur macam orang lain untuk membayar kompaun. Resit bayaran itu kemudian diletakkan dalam bingkai kaca dan digantung di dinding di belakang tempat duduknya.

Selesai bercerita, Datuk Bandar itu lantas bangun dan mencapai bingkai mengandungi resit sambil berkata, "Walaupun saya adalah Datuk Bandar, saya patuhi arahan dan membayar saman kerana telah melanggari undang-undang meletakkan kenderaan tanpa bayaran yang mencukupi!"

Berbekalkan cerita tersebut, Dr Adib pun tak jadi hendak menyatakan niatnya lalu pulang meninggalkan pejabat Datuk Bandar dengan penuh iktibar. Mukadimah ini mungkin tiada kaitan dengan persoalan keseluruhan tulisan ini. Tetapi, bercakap tentang perihal saman lalulintas yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa, ia agak menyentuh hati. Memang tidak dapat dinafikan soal saman trafik atau apa-apa saja kesalahan yang dilakukan, kita tidak terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Bagi penulis, yang sering menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan untuk berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur, penulis sering terlihat pelbagai kenderaan, dari sekecil sebuah Perodua Kelisa, sehinggalah kepada kereta mewah seperti Mercedes Benz , BMW, Porsche, Cheyenne serta bas dan juga lori dikenakan tindakan saman yang berpunca daripada kesalahan trafik yang mereka lakukan sepanjang mereka menggunakan lebuh raya berkenaan.

Tetapi apa yang menarik ialah, bagi pengguna lebuh raya mereka tidak terlepas dari terkena saman atau apa yang dikenali dengan nama 'saman ekor'. Polis Cawangan Trafik lazimnya menyorok di suatu kawasan lalu menghala lensa kamera ke arah kenderaan yang dipandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. Saman itu kemudian dihantar ke alamat pemilik kenderaan.

Jika anda merasakan saman ekor ini ada kaitan dengan kesalahan membeli nombor-nombor ekor ataupun saman kesalahan membuang sampah di tepi jalan, maka lebih baik berwaspada bila anda memandu di lebuh raya selepas ini. Malahan sejak diperkenalkan, kerajaan berjaya mengutip jutaan ringgit dan kerana cara kompaun ini dikenakan, isu saman ekor ini telah menjadi isu kontroversi yang sering mencuri perhatian media.

Malahan secara sinis sudah ada pihak yang mengatakan bahawa statistik menunjukkan betapa mereka yang kena saman kerana membeli nombor ekor di kedai-kedai judi ini lebih rendah jumlahnya berbanding dengan mereka yang dikenakan saman ekor. Apakah ini sebabnya saman ini dikenali sebagai saman ekor dan bukannya saman trafik?

PDRM mengesahkan telah mengeluarkan sebanyak kira-kira 10 juta saman ekor setakat ini manakala dari 2.5 juta saman yang dikeluarkan, 1.7 juta pemandu telah disenaraihitamkan. Besar kemungkinan ada pembaca mungkin tergolong dalam kumpulan ini dan akan menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan kelak. Oleh kerana bayaran kesalahan trafik bukanlah murah maka pesalah trafik ini menggunakan jalan pintas untuk "kow tim" dengan pihak berwajib. Namun usaha itu tidaklah selalunya berhasil.

Walaubagaimanapun pesalah ini terdedah kepada tindakan mahkamah kerana cuba merasuah pihak berkuasa jika perbuatan mereka itu dilaporkan. Namun walau dalam apa jua keadaan dan ruang lingkup sekalipun, pesalah trafik telah menampilkan keberanian untuk menyelesaikan saman tanpa perlu ke balai polis untuk menjelaskan denda yang telah dikenakan.

Telah beberapa kali Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tampil di kaca tv menjelaskan tentang kontroversi isu saman ekor serta juga sikap pengguna jalanraya yang tidak berdisiplin sewaktu memegang stereng kereta. Jangan marah tetapi kebanyakkan daripada kita sewaktu berada di jalan raya terutama di lebuh raya, ibarat manusia yang kena rasuk dan seolah-olah berada di Litar Lumba Sepang. Sikap pemandu begini bukan saja membahayakan diri sendiri malah mereka membahayakan pengguna lain yang kebetulan turut sama menggunakan kemudahan awam tersebut. Sikap pemandu di negara ini adalah punca kadar kemalangan jiwa meningkat saban tahun. Tetapi saman ekor yang diperkenalkan selama ini nampaknya tidak membantu mencegah atau mengurangkan kadar kemalangan maut.

Kebanyakan pemandu tidak berdisiplin malah sikap mementingkan diri sendiri sebagai faktor berlakunya kemalangan. Mereka bukan sahaja memandu melampaui had pemanduan di lebuh-lebuh raya tetapi bercakap di telefon bimbit, atau lebih merbahayakan lagi membaca dan membalas SMS ketika memandu. Kita seolah-olah berada di bawah sedar ketika melakukan ini semua.

Saman ekor mungkin berkesan dalam memberkas mereka yang dengan sengaja melanggar undang-undang trafik. Namun demikian impaknya secara keseluruhan dalam mendidik dan mengubah budaya penggunaan jalan raya di negara kita dilihat sebagai masih lagi di tahap paling minima. Ini mungkin kerana pelaksanaannya yang masih meninggalkan ruang untuk pesalah terlepas dari membayar denda maksimum atau terlepas sama sekali.

Undang-undang harus dilaksanakan secara adil kepada semua. Jika rayuan diperbolehkan untuk kesalahan yang jelas telah dilakukan, maka kaedah itu tidak bermakna lagi dan satu formula lain perlu difikirkan bagi memikirkan cara mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Justeru timbul persoalan: Bukankah matlamat kerajaan membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat untuk mengurangkan kadar kemalangan maut dan bukannya mengutip jutaan ringgit daripada pesalah-pesalah trafik?

Sah! PERKASA lah Pengkhianat Melayu Sebenar!

Posted: 06 Aug 2010 06:38 PM PDT

Kome baca le sendiri artikel nih!
Si Penaung PERKASA dengan Ketua PERKASA yang cakap sendiri...

Takde siapa nak beli bangunan?? wakakakakaka!

Bodoh punya katak! mengapa la ko jadi manusia!

sunsnake 07082010

Dr M: Usaha bangunkan Kg Baru perlu libatkan bukan Melayu

July 09, 2010
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha pembangunan semula Kampung Baru — penempatan orang Melayu di ibu Negara — akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.
Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.
"Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.
"Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah," kata Dr Mahathir pada Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM yang disiarkan dari Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir itu kerana keadaan semasa hari ini memerlukan Kampung Baru dibangunkan dengan turut melibatkan orang bukan Melayu.
"Beliau bercakap dengan realiti tapi ada pihak cakap dengan ideologi. Beliau bercakap dalam konteks realiti hari ini dan kita perlu menerimanya malah ia juga merupakan strategi untuk pembangunan Kampung Baru berjalan lancar.

Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg

Posted: 06 Aug 2010 06:34 PM PDT

Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak.  Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam tiga petang.  Kami disambut oleh Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan.  Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi.  Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu.  Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam.  Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu "Malt" diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot.  Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.
Setelah selesai penerangan beliau, saya mula menceritakan hajat kunjungan kami ke kilang tersebut.  Saya menjelaskan kepada Chin Voon Loong bahawa kedudukan kilangnya amat strategik dan walaupun dahulunya ianya dikelilingi hutan, sekarang ianya bagaikan mercu tanda pintu masuk ke Bandar Raya Shah Alam.  Saya bertanya samada pihak kilang mempunyai apa-apa rancangan "extension" atau pembesaran dan samada rancangan itu mungkin terlaksana di tapak itu atau memerlukan tapak yang lebih luas.  Saya menyebut bahawa sekiranya tapak yang lebih luas diperlukan, maka kemungkinan satu tapak di pelabuhan Klang, memandangkan 100% bahan keperluan Malt diimpot dan 50% bahan keluaran diekspot, boleh diusahakan.  Sekiranya itu merupakan satu kemungkinan, maka tapak kilang itu hendaklah kita "ear mark" atau cadangkan sebagai tapak Terminal Bas Shah Alam.
Chin Voon Loong menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan "low profile".  Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan.  Sambil itu, menurut beliau lagi, mereka telah menanamkan pelaburan yang tinggi di situ dan telahpun membeli tanah di tepi kilang mereka pada tahun 2000 atau 2001 yang seluas 6 ekar untuk menampung keperluan pembesaran. Kawasan berlebihan ini masih kosong dan mencukupi untuk apa-apa perancangan pembesaran mereka.
Kos pengangkutan pula tidak merupakan satu faktor kos yang besar dan oleh itu, walaupun ianya mungkin satu penjimatan, ianya tidak merupakan sebab yang kukuh, dari sudut kommersil, untuk mereka berpindah.
Setelah mendengar penjelasan beliau, maka amatlah jelas bahawa kemungkinan mereka berpindah adalah amat tipis sekali.  Sekiranya diminta berpindah sekalipun, ianya memerlukan perbelanjaan yang terlalu besar yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan Negeri.  Oleh itu, walaupun tapak itu kelihatan yang paling strategik, ianya tidak mungkin digunakan untuk Terminal Bas Shah Alam.  Satu tapak yang lain, yang berhampiran landasan keretapi komuter dan juga lebuh raya perlu dikenalpasti.
Oleh yang demikian, saya (Khalid Samad, gambar kanan) beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya.  Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu.  Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka.  Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.
Saya difahamkan bahawa adanya surau di kilang tersebut dan dalam masa yang sama terdapat juga Persatuan Kebajikan Islam.  Ketua persatuan pekerja, menurut belia ialah seorang Melayu.  Saya meminta Chin Voon Loong memberi saya nombor talefonnya supaya dapat saya hubunginya dan terus berurusan dengannya.
Sejurus dengan itu pertemuan berakhir dan Chin Voon Loong meminta agar kami semua bergambar sebagai kenang-kenangan.  Maklumlah kata Chin Voon Loong, selama hampir 30 tahun dia bekerja di situ, tidak pernah kilangnya dilawati "rombongan yang seperti kami"!  Terdetik juga rasa khuatir bahawa gambar itu akan disalah gunakan oleh pihak penyokong UMNO sepertimana yang terjadi dengan isu kuil Seksyen 19 dahulu di mana ianya diputar-belitkan.  Namun, saya berserah kepada Allah dan saya rasa tiada yang perlu saya takutkan kerana saya tahu mengapa saya ke situ.  Kerana, sekali lagi, seperti biasa, PR perlu berusaha keras bagi merongkaikan ikatan dan simpulan akibat bercelaru hasil peninggalan UMNO/BN.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saman ekor: Kerajaan kemaruk duit rakyat

Posted: 06 Aug 2010 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS berpandangan tindakan saman ekor menampakkan kerajaan begitu kemaruk duit rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ianya bertentangan dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, realiti yang berlaku adalah saman diutamakan, rakyat dibebankan.
Katanya, PAS bimbang rakyat yang menjadi mangsa saman ekor yang dilonggokkan sejak sekian lama akan tertekan untuk membayar saman.
Justeru, ujarnya jalan mudah untuk membayar saman ialah dengan meminjam daripada along.
"Kalau ini berlaku maka akan bertambah masalah sosial di negara ini," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, tegasnya, PAS mendesak supaya saman ekor dibatalkan, dan mencadangkan supaya dihadapkan mereka ke muka pengadilan, bukan memakai undang-undang rimba.
"Cukuplah rakyat terlalu menderita dengan kenaikan harga barang dan kos hidup melambung dan dibebani pula dengan saman ekor," katanya lagi.
PAS juga, katanya tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara yang mengatakan bahawa pihak polis akan mengurangkan bayaran saman bagi setengah kesalahan jalanraya supaya meringan bebanan kesalahan jalan raya.
Beliau berkata, apa yang dituntut oleh PAS dan rakyat yang menjadi mangsa, saman ekor mesti dihapuskan kerana ia menyalahi prosedur undang-undang.
PAS, tambahnya mempersoalkan kenapa begitu mudah kerajaan menyiksa rakyat dengan menyaman mereka yang belum tentu bersalah.
Beliau mempersoalkan kaedah manakah yang mereka ambil untuk mendenda rakyat tanpa dibawa ke pengadilan.
"Kenapa pihak polis dan JPJ menunggu begitu lama untuk disenarai hitam mereka yang bersalah sejak tahun 2000?
"Apakah ini bukan satu kezaliman terhadap rakyat di negara ini?" soalnya.
Sekarang, katanya sudah ada 1.07 juta orang yang menjadi mangsa.
Apa yang paling malang sekali, tambahnya semua kereta akan disenarai hitam selagi atas nama tertuduh.
"Semua kenderaan tidak dapat cukai jalan. Tindakan ini merugikan negara kerana cukai jalan dan insuran tidak boleh diperbaharui," ujarnya. -Hrkh

Hantu Baham Zakat & Hantu PRU

Posted: 06 Aug 2010 06:30 PM PDT

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Setiap kali pilihanraya akan timbulnya pengundi hantu. Tidak pernah ada peyelesaian. Walaupun ada penyelarasan antara SPR dan JPN tetapi sentiasa wujud pengundi hantu ini. Ia dirujuk sebagai mereka yang telah mati tetapi masih ada lagi nama di dalam senarai pengundi dan bahkan ada seseorang yang telah mengundi bagi pihak si mati.

Apabila pihak MAIDAM menyebut tentang JKKK yang menyeleweng dalam pengagihan zakat.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh JKKK, AJK Masjid dan Amil.
"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu hari ini.
Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta. Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lalu. Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).

Apabila sebut saja JKKK, kalau di Terengganu semua tahu bahawa mereka adalah OKU (Orang Kuat Umno) di kampong-kampung yang melakukan pelbagai diskriminasi terhadap rakyat melayu sendiri. Pembahagian yang tidak adil dan berlakunya kezaliman adalah atas cadangan dan nasihat JKKK samada kepada wakil rakyat, Majlis Perbandaran ataupun Pejabat Daerah dalam pelbagai urusan.

Semua ruang dan kesempatan akan digunakan sepenuhnya bagi mendapatkan kepentingan demi tembolok mereka. Sebelum ini penulis telah menulis tentang artikel JKKK dapat duit raya daripada bazaar Ramadhan. Itu belum kira bagaimana mereka nak songlap duit ehsan. Ada yang senaraikan isteri mereka sebagai ibu tunggal untuk melayakkan isteri mereka mendapat wang ehsan. Dahlah mereka dah sapu, anak-anak dapat dana remaja lagi.

Mereka tak peduli duit itu hak fakir miskin ke tidak. Yang penting duit. Kerana itu senarai fakir miskin sentiasa bertambah. Bayangkan 30,846 orang penerima zakat? Sebelum ini penulis telah menulis artikel ttg kerajaan Terengganu menyebut sudah tiada orang miskin di Terengganu. Habis yang perabih duit zakat ni puak mana pulok? Setiap kali timbul pembahagian wang ehsan, timbul pulok fakir miskin. Sebab itu banyak hantu yang berkeliaran mencari makan ketika pembahagian zakat dan pembahagian wang ehsan. Kenapa berlaku demikian? JKKK tahu jawannya. Sebab itu orang Terengganu gelar JKKK sebagai Jin Kaki Kucar Kampung! Ishh.. Dahsyat… Kalau wakil rakyat sendiri bedal.. JKKK pun sapu. Jangan lupa Tan Sri Serigala yang jaga FELDA hari ini itulah yang bedal duit zakat Wilayah Persekutuan itu. Mungkin melayu mudah lupa...

TIDAK IDUP dan TIDAK KUAT ISAP...

Posted: 06 Aug 2010 06:20 PM PDT

Tajuk aku belajar dari blogger LAWAKTUBE... dia yang ajar aku untuk menaikan SEO sesuatu blog.. Sebab tu tajuk macam best jerk bunyiknye,.... tapi ada gak cerita sebalik tajuk tu... heheh

Ape mende SEO nih aku tak tau sangat ler.. cuma ia berkaitan ngan SEARCH ENGINE....  OK la tu... Off Tajuk sat.. korang tengok kat bawah nih... kahkahkah

 Adeh, hurup G dia tersalah arrange daa...ke orang Ganu nih? hehe..
Alhamdulillah, ni yang kita cari.. berdakwah pada penceroboh..moga dia insaf la pastu...ekekee..


 
 Ni macam sebutan budak 3 tahun..taboli..taboli...(tak boleh)

Yang ni aku no komen..maybe kena masuk kelas Bahasa Melayu semula...hahahaha..
 
Tidak kuat isap..please la tokey.. ayat tak boleh 
blah..hahaha

KEPALA PENYAMUN MCA DAN PORN STAR SALAHKAN ISLAM PUNCA KORUPSI !!!

Posted: 06 Aug 2010 06:18 PM PDT

Ini satu lagi mulut celupar Kepala Penyamun MCA.

Punca korupsi sebab Agama Islam !

Siapa anti-Islam ?

DAP ka MCA ?

SILA JAWAB GUNA AKAL BUKAN KEPALA LUTOT !!!!


Pemimpin DAP menghormati nilai luhur dan agama rakyat Malaysia.

YB Teng dan YB Sekinchan ziarah arwah Dato Aziz.

Penyamun MCA Soi Lek mulut celupar anti Islam dan korup !!!

MELAYU HARAM SOKONG BN MCA-MIC-UMNO !!!

INI PARTI PENYAMUN !!!

MCA ANTI ISLAM !!!!

MELAYU WAJIB SOKONG DAP !!!!

Kepala Penyamun MCA cakap apa di Kedah ?

DIA CAKAP ISLAM PUNCA KORUPSI !!!!!!!!!!

INI LA PENYAMUN MCA ANTI ISLAM !!!!!!!!!!!!!

MCA ANTI ISLAM !!!!

BARUA PUNYA PENYAMUN MCA !!!!!!!!!!!

MELAYU UMNO BUTA TULI KATA APA ????

YA MCA !!!!

KAMI BUTA DAN TULI !!

PENYAMUN MCA BAGUS !!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


MCA ANTI ISLAM !!!!

MCA ANTI ISLAM !!!!

MCA ANTI ISLAM !!!!


MELAYU HARAM SOKONG UMNO !!!!

SOKONG UMNO BERARTI SOKONG MCA ANTI ISLAM !!!!


MELAYU WAJIB SOKONG DAP !!!!

SOKONG PAKATAN RAKYAT !!!!

PEMIMPIN DAP PEMIMPIN YANG BERHEMAH !!!

BERJIWA RAKYAT !!!!

TIDAK KORUP !!!!

AKTIVIS RAKYAT !!!!



MELAYU HARAM SOKONG BN !!!

SOKONG BN BERARTI SOKONG MCA !!!!



WAJIB SOKONG PAKATAN RAKYAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!


PEMIMPIN DAP BERIBU RIBU LAGI BAGUS DARI PEMIMPIN MCA !!!!

PENYAMUN MCA NI HARAM JADAH !!!

CAKAP TAK GUNA OTAK !!!

PTUUIIIIHHHHHHHHH !!!!!!

CELAKA HARAM JADAH PUNYA SOI LEK MCA !!!!!!



WAJIB WAJIB WAJIB !!!!

SOKONG DAP !!!!!!!!

MELAYU WAJIB SOKONG DAP !!!!

KAMU JANGAN JADI BAHALOL SOKONG BN !!!

PANGKAH DACING BERSAMAAN DENGAN PANGKAH MCA HARAMJADAH !!!

LUDAH KAN PENYAMUN MCA !!!


KAU SAMUN DUIT RAKYAT BERIBU JUTA !!!!

KAU PUNYA MASALAH MORAL TAK SELESAI !!!

LEPAS TU HARI NI KAU ANTI ISLAM ????

CELAKA PUNYA PENYAMUN MCA !!!!!!!!!!!!!!!


MELAYU WAJIB PANGKAH DAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MELAYU WAJIB PANGKAH DAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MELAYU WAJIB PANGKAH DAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
 
by MB Warrior

Dah aaiihh.... Tak kata pun

Posted: 06 Aug 2010 06:07 PM PDT


Siapa kata saya merajuk...?? Itulah kata-kata Datuk Ahmad Ismail, bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, ekoran keputusannya untuk menarik diri daripada bertanding semula bagi merebut jawatan tersebut. Dia kata.... dia ingin berehat daripada politik untuk sekurang-kurang setahun. Baca sini.
Tak aaiihh.... tak kata pun Datuk merajuk. Dan.... betul ka Datuk tak dipujuk?? Whatever la Datuk.... Apa-apa pun syabas Datuk kerana bertindak bijak. Walau pun tak dipujuk tapi Datuk paham kehendak depa. Paham.... yang Datuk akan menjadi liabaliti kepada UBN jika, Datuk buat keras hati. So... all the best kepada Datuk dalam mengharungi tugas untuk memperbaiki mutu sukan sepak takraw negara. Majulah Sukan Untuk Negara!!!

Mengapa kehadiran Datuk Ahmad Ismail dalam politik Pulau Pinang merupakan liabaliti kepada UBN??

Kacang..... Kalau Ahmad Ismail ada, bermakna..... UBN akan kehilangan sokongan bukan-Melayu Pulau Pinang. Kita pun tahu mengapa, kan?? Oleh itu....UBN pasti akan gigit jari lagi dalam PRU13 nanti. Weh..... lepaslah peluang Gerakan atau MCA untuk merampas Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Hello.... hello..... Dengar sini, with or without Ahmad Ismail, Pulau Pinang akan kekal dalam tangan Pakatan Rakyat, isyaAllah. Ini kerana..... bukan saja bukan -Melayu akan menolak UBN tetapi kaun Melayu pun dah mula jatuh hati pada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.

Pepatah Melayu kata.... Tak kenal maka tak cinta. Sekarang... setelah dua tahun bersama Pakatan Rakyat.... baru rakyat Pulau Pinang kenal, yang mana kaca dan yang mana permata. Kita berterus-terang jer lah.... Kaca itu, UBN dan pertama itu, Pakatan Rakyat.

Kalau anda... siapakah yang akan menjadi pilihan hati anda?? Kaca yang berlemoih dengan taik atau permata yang bersinar.... yang memberikan cahaya harapan kepada kita??

What say you people?? Fikirkan lah....

Sivagi The Boss...Ayuh ke Putrajaya...

Posted: 06 Aug 2010 06:04 PM PDT

Berjayakah Anwar bersama Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen menawan Putrajaya pada PRU 13?

Mampukah rejim Najib bersama suaminya Rosmah puaka kekalkan kuasa mereka di Putrajaya?

Laungan Reformasi 98 masih segar dalam ingatan...


Perjuangan bukan suatu yang menyeronokkan, perjuangan juga perlukan pengorbanan yang besar.

Kalau takut pada risiko..usaha bicara soal perjuangan...


Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Chua Soi Lek terlampau

Posted: 06 Aug 2010 06:00 PM PDT

1. Merujuk kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dalam Konvesyen Tahunannya ke 33 di Alor Star Kedah, jelas menunjukkan beliau masih mengalami tekanan dan gangguan mental "Islamophobia" yang parah .
2. Tambah malang beliau membuat rujukan yang lemah dan mentah mengenai Islam dan penganutnya apabila hanya menjadikan tulisan Syed Akbar Ali [ Malaysia and the club of Doom ] sebagai asas "study case"nya tetapi tidak pula merujuk kepada para alim ulamak atau cendikiawan Islam yang muktabar .
3. Malang berganda malah agak keterlaluan apabila Chua Soi Lek sekali lagi membuat kesimpulan bahawa negara - negara yang majoriti ummat Islam lah banyak mengamalkan rasuah . Saya lihat ini adalah kesan Chua Soi Lek berada lama di dalam BN bersama dengan UMNO yang melihat dari dekat bagaimana rasuah itu berlaku secara berleluasa sehingga rasuah itu hanya melintas dari celah paha mereka .
4. Chua Soi Lek gagal membezakan Islam yang diperjuangkan oleh PAS berbanding UMNO yang hanya mengaku Islam tetapi tidak mengaplikasi Islam dalam sistem pemerintahan mereka . Sehingga satu ketika dulu UMNO kelihatan begitu parah dijangkiti virus rasuah . Sedang negeri yang ditadbir oleh PAS seperti di Kelantan hampir tiada tuduhan atau dakwaan rasuah malah belum ada satu kes pun kepimpinannya disabitkan kesalahan rasuah .

5. Chua Soi Lek juga dilaporkan bahawa beliau berkata " di bawah pemerintahan PAS, generasi muda tidak akan mempeduli untuk mempelajari impak ke atas negara yang mungkin menjejaskan keadaan sosial dan pembangunan ekonomi negara" .
6. Kenyataan ini sangat tidak adil dan sekali lagi menunjukkan beliau tidak cermat membuat kenyataan sedang negara yang dipimpin oleh BN di mana UMNO dan MCA sebagai anggotanya sejak 50 tahun yang lalu , menyaksikan runtuhnya institusi sosial malah Datuk Chua sendiri pernah menggemparkan negara apabila turut tergelincir dalam kancah keruntuhan sosial yang beliau bimbangi .
7. Pembangunan ekonomi negara juga mengalami tahap surut yang agak mencemaskan negara dan rakyat . Fenomena ini turut menghakis keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara kita . Tidak hairanlah FDI negara kita merudum teruk separas lebih rendah dari Indonesia . Realitinya , negara ini masih diperintah oleh BN dan MCA adalah anggotanya . Kenapa pula beliau cuba mengheret PAS dalam keruntuhan nilai ini .
8. Saya yakin kenyataan Chua Soi Lek ini adalah satu kenyataan murahan yang cuba meraih publisiti baru dan tumpuan rakyat kepada MCA dan kepimpinan beliau setelah MCA mengalami ribut tsunami yang memecah belahkan kesatuan parti mereka .
9. Saya nasihatkan Chua Soi Lek terlebih dahulu mengurus MCA dengan baik serta gilap kembali nilai integriti diri agar dirinya benar - benar diterima oleh MCA dan rakyat . Langkah beliau mempertikai atau mempersoal perjuangan PAS adalah dilihat sebagai satu tindakan escapism .
10. Sewajarnya beliau merujuk terus kepada dasar perjuangan dan Kepimpinan PAS dalam membuat nilaian terhadap agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini . Janganlah beliau membaca atau menilai Islam melalui kamus UMNO walau mereka juga mengakui sebagai parti orang Islam , tetapi hendaklah melihat kepada realiti perjuangan Islam yang tulen sebagaimana yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw. dan kini ianya disambung oleh Parti Islam Se Malaysia [ PAS ].
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Malaysia kena ada 2 gagasan parti politik?

Posted: 06 Aug 2010 05:57 PM PDT

Tulisan Profesor Undang-undang UIAM, Dr. Abdul Aziz Bari dalam akhbar Sinar, Isnin 2 Ogos, 2010 bertajuk Umno-PAS dalam konteks perlemabagaan menarik minat saya dalam membentuk sistem dua parti yang kukuh dan dominan di negara ini.
Beliau menyebut, "Sistem dua parti ini penting kerana ketiadaan struktur inilah yang menyebabkan perlembagaan kita wujud hanya pada nama sahaja. Seperti yang kita maklum perlembagaan hanyalah sekadar sebuah dokumen yang tidak bermakna jika kita gagal melaksanakannya. Dan pelaksanaan ini tidak akan berlaku di dalam sebuah sistem di mana kerajaan yang memerintah tidak rasa takut dihumban keluar oleh rakyat. Rasa tidak takut ini wujud apabila kerajaan berkenaan berasa ia boleh melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa".
Dalam konteks perlembagaan, saya nampak beliau begitu arif mengenainya. Tetapi bila menyentuh soal politik, beliau menjadi sedikit emosi, kalau pun tidak berdendam dengan PAS.
Sebagai contoh, kenyataan beliau, "PAS akan terus jadi parti Melayu yang sempit dan kampungan sekiranya ia termakan pujukan UMNO yang penuh dengan muslihat itu. Dan seperti mana yang disebut tadi PAS akan tersungkur dalam pilihan raya kerana rakyat berasa ragu siapa dan apakah sebenarnya wawasan politiknya".
Sudah lama saya tidak mendengar komen beliau tentang PAS secara terbuka di media massa. Jika tidak silap ingatan saya, semasa beliau hadir dan menjadi selebriti dan diaju  dengan berbagai pertanyaan bertubi-tubi dari ahli PAS dalam 'Seminar Pemerasaan Parti PAS' pada tahun lepas, beliau ada menyebut tidak akan mengulas lagi tentang PAS.
Tanpa memihak kepada pro dan kontra terhadap Pakatan Rakyat, PAS kena berpolitik di atas realiti politik semasa dan juga kehendak perjuangan Islam dan keadilan sejagat yang didukungnya.
Realitinya, PAS bertanding di kawasan yang majoritinya orang Melayu. Bagi saya, PAS perlu mengadakan satu Seminar Khas bagi membincangkan secara terperinci, kemampuan PAS dalam menjaga hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.
Orang Melayu begitu takut untuk menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat kerana bimbangkan kemampuan mereka untuk terus menikmati apa yang mereka ada pada hari ini. Kenyataan pemimpin DAP  seperti Tony Pua, untuk menghapuskan diskaun 7% untuk bumiputera membeli rumah mewah amat mencurigakan orang Melayu.
Di sini PAS perlu bijak memainkan peranannya. Jika PAS gagal menyakinkan orang Melayu bahawa PAS mampu menggantikan UMNO dalam mempertahankan apa yang orang melayu ada pada hari ini, tidak mustahil PAS tidak diterima oleh orang-orang Melayu selain dari bumi Kelantan.
Mahu tidak mahu, orang Melayu akan terus bergantung kepada UMNO. Bila bukan Melayu berpindah kepada Pakatan Rakyat dan orang Melayu terus bersama UMNO, maka pada masa itu berlaku kerajaan camporan UMNO  (Melayu) dan DAP+PKR (bukan Melayu).
Perhitungan seperti ini perlu diambil kira, dalam menentukan halatuju PAS dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti. Disebabkan PAS sekarang ini sudah menjadi parti multi-racial seperti juga DAP dan PKR setelah adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), maka sudah tentu PAS berhak untuk bertanding dikawasan-kawasan camporan secara sama rata ataupun berdasarkan kepada merit tertentu. 
Lebih banyak kerusi-kerusi seperti Kota Raja yang majorinya bukan Melayu perlu diserahkan kepada PAS untuk ditandingi oleh parti tersebut supaya tidak dilihat menjadi parti Melayu yang sempit dan kekampungan seperti yang dinukilkan oleh Professor Dr. Aziz Bari dan lain-lain pihak yang sependapat dengan beliau.
1Malaysia 1Pilihanraya?
Perkara kedua yang menarik minta saya juga adalah bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan? Perkara ini terus menjadi teka teki dalam persekitaran politik negara hari ini. Kuasa membubarkan Parlimen dan DUN ada di tangan Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri.  Malah kuasa Sultan dan Yang Dipertua Negeri tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja.
Pengalaman sebelum ini telah berlaku. Yang terbaru adalah keengganan Sultan Perak membubarkan DUN selepas pilihanraya umum ke-12 lalu, bila Menteri Besar Perak ketika  itu, Ir Nizar Jamaluddin memohon perkenan membubarkan DUN bila 3 ADUN Pakatan Rakyat mengistiharkan diri menjadi ADUN bebas.
Begitu juga dengan kemelut politik Sabah pada tahun 1994, apabila Pairin Kitingan memohon membubarkan DUN sekali lagi setelah beberapa ADUN Parti Bersatu Sabah (PBS) melompat menyebabkan kerajaannya yang baru dibentuk menjadi minoriti di DUN Sabah. 
Begitu juga ketika krisis politik kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1977 dahulu, Sultan Kelantan juga tidak bersetuju membubarkan DUN bila undi tidak percaya kepada Datuk Muhammad Nasir, Menteri Besar ketika itu diluluskan  Krisis politik ini menyebabkan MAGERAN dan Pilihanraya DUN Negeri Kelantan diadakan berasingan dengan pilihanraya  parlimen.
Tetapi selepas kemelut politik Sabah 1994 yang menyebabkan PBS tumbang dan UMNO mula berkuasa di Sabah menyebabkan pilihanraya DUN sabah selepas itu diadakan serentak dengan pilihanraya parlimen.
Sekarang ini adalah peluang Datuk Seri Najib Tun Razak dan tan Sri Taib Mahmud menjadi arkitek menyelaraskan pilihanraya DUN Sarawak  diadakan serentak dengan pilihanraya parlimen. Cabarannya pilihanraya DUN Sarawak mesti dibubarkan sebelum bulan Julai, 2011.
Tetapi jika diadakan lebih awal dari April 2011, kemungkinan negeri-negeri yang diatadbirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini seperti Selangor, Pulalu Pinang, kedah dan Kelantan tidak akan membubarkan DUN mereka. 
Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yakin, pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum ke-13 diadakan secara berasingan.  Baginya, keputusan pilihanraya Negeri Sarawak dijadikan penentu kepada pilihanraya umum ke-13 nanti. Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

'Let Jeyakumar handle Tamil school funds'

Posted: 06 Aug 2010 05:54 PM PDT

By G Vinod
PETALING JAYA: A Tamil Parent-Teacher Association is up in arms against state executive councillor Halimah Ali taking charge of funding for Tamil schools. Watson Tamil School Parent-Teacher Association feels that the matter should be handled by Dr A Xavier Jeyakumar instead.

Its chairman, S Sugumaran, said Jeyakumar (the exco in charge of Indian affairs) should be allowed to continue managing the funding for Tamil schools as he had been doing a good job.

On Aug 2, Halimah, the state exco for education, told a meeting of parents of Tamil school students that allocations for Tamil schools will not be managed by Jeyakumar but herself.

Said Sugumaran: "As far as I know, Jeyakumar had distributed allocations to Tamil schools dutifully. All the schools need to do is to submit a working paper on whatever projects they plan to do and he will approve the allocation if it is beneficial to the school."

On allegations that Jeyakumar had not distributed funds to all 97 Tamil schools in the state, Sugumaran dismissed the claims, saying that perhaps the schools had been ill-advised on the proper procedures for applying for such funds.

"As long as the schools provide proper documents, they will receive the money. Perhaps these schools did not receive the funds due to some glitches in their application."

He also queried Halimah's credentials, saying she does not know much about issues plaguing Tamil schools.

"She has been the exco for education for the last two years, but I never seen her visiting any Tamil schools," Sugumaran claimed.

He also alleged that Halimah never did anything not only for Tamil schools, but also all schools in Selangor.

"She received about RM15 million in allocation to handle all schools in the state, but I don't see anything forthcoming. What has she been doing with the funds?" Sugumaran asked.

His views are also supported by a Hindu Youth Organisation official, who wanted to remain anonymous.

"Jeyakumar has a wider reach with the Indian community as he is in charge of plantation workers in the state and most Tamil schools are located in these estates," the official said.

"His previous experience with non-governmental organisations had made him knowledgeable on issues dogging Tamil schools, something that Halimah lacks."

On claims that some schools did not receive any funds, the official said all schools were given funds but some of them refused to take the money for fear of a backlash from the federal government.

"They are worried that the federal government might come after them if they receive money from the Pakatan-led state government." he said.

'I look after all communities'

When contacted, Halimah dismissed claims that she had done nothing for Tamil schools.

"My education unit has conducted a lot of programmes for Indians... we provide motivational courses for the Indian community targeting the youths and parents. We didn't touch the RM4 million allocated for Tamil schools to conduct these courses."

She added that as the state exco for education, she strives to look after the educational needs of not only the Indian community but also all the communties in Selangor.

"The state government allocated RM16 million for all schools in Selangor, not RM15 million. Of this amount, RM6 million is for religious schools, RM4 million for public Chinese schools, RM2 million for private Chinese schools and RM4 million for Tamil schools," Halimah said.

"Though I am in charge of education in Selangor, Jeyakumar himself voluntered to handle fundings for Tamil schools and I had no problem with it. Upon getting the consent of Menteri Besar Khalid Ibrahim, I left it to him (Jeyakumar) to handle it as I did not want to interfere with his job. It is not that I left out the Indians altogether."

Halimah said now that she is back in charge of Tamil school fundings, she plans to hold a meeting with all 97 PTA representatives of Tamil schools to discuss the funding issue.

"I want to hear their grouses. I am trying to get the menteri besar to sit in this meeting," Halimah said.

Atas nama pembangunan,kita gadai maruah bangsa

Posted: 06 Aug 2010 05:53 PM PDT

Ketika kecil dulu, dari Seremban, setiap kali arwah ayah melewati Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk pergi dan balik rumah mertuanya, merangkap rumah opah saya di 'cheras flat' Seri Melaka, maka setiap kali itulah saya melonjak keriangan melihat kapal terbang dan helicopter secara live.
Daripada ketika ayah memandu Mitsubishi Gallent, hingga ketika beliau memandu Toyota Corolla, seterusnya Alfa Romeo yang tidak saya ingat modelnya, melewati beberapa kilometer bersebelahan Lapangan Terbang Kuala Lumpur adalah satu kepuasan sekumpulan adik-beradik melihat kapal terbang pejuang dan heli yang bernama Nuri.
Untuk sampai ke cheras flat seri melaka, arwah ayah juga akan melalui sebuah penjara yang mempunyai lukisan mural terpanjang. Ketika itu sekitar tahun lapan puluhan, lukisan tersebut masih baru dan saya diberitahu bahawa di sebalik lukisan itu terdapat orang-orang jahat yang dipenjarakan di atas pelbagai kesalahan. Saya percaya ketika artikel ini ditulis, separuh daripada tembok-tembok sejarah ini telah dirobohkan di atas nama pembangunan. Apalah nasibnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur di atas nama pembangunan ?
Masih saya ingat, ketika melewati airport lama tersebut, walau terdapat banyak kapalterbang dah heli yang kelihatan, saya paling meminati 2-3 kapalterbang yang berada di penghujung lapangan terbang tersebut. Tetapi hari ini ketika sudah meningkat dewasa, barulah diketahui kapal terbang tersebut hanyalah replika yang dibina dari rangka kapalterbang asal. Sepertimana lukisan mural yang punya kenangan itu dirobohkan, seperti itu jugalah replika ini bakal dimusnahkan.
Itu adalah antara kenangan yang terpahat dalam jiwa ini, apakah juga di atas nama pembangunan Lapangan Terbang Kuala Lumpur akan hilang dari pandangan?
Mari kita imbas kembali sebuah lapangan terbang yang dulunya dikenali sebagai airport lama. Lapangan Terbang Kuala Lumpur pernah diishtiharkan sebagai lapangan terbang bertaraf antarabangsa pada 1 Ogos 1956 oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000.
Lapangan Terbang Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang pertama di Malaysia, mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan terbang ini tidak lagi digunakan sebagai lapangan terbang komersil sejak tahun 1965, sebaliknya telah menjadi pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia yang strategik untuk mempertahankan ibu negara.
Pada mata rakyat, sepatutnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur diiktiraf sebagai satu warisan yang tidak harus dilupuskan dari bumi tanah melayu, walaupun atas nama pembangunan. Sebuah pangkalan udara yang menempatkan pelbagai keperluan keselamatan tidak harus menjadi satu pertaruhan memperjudikan keselamatan negara di atas dasar pembangunan.
Mari kita renungkan nasib negara ini, apakah atas nama pembangunan, kita wajar membiarkan Tanjung Pagar tergadai? Apakah atas nama kemajuan, kita membenarkan 40 peratus tanah melayu kampung baru beralih tangan? Apakah atas dasar pembangunan, kita melihat dan melopong apabila penjara warisan dirobohkan ? Apakah atas dasar kemajuan, kita menutup mata apabila rumah setinggan rakyat dimusnahkan? Apakah atas nama pembangunan dan kemajuan juga, kita beramai-ramai berdekah ketawa apabila lapangan terbang pertama negara yang kini diiktiraf sebagai pertahanan udara paling strategik untuk menjaga ibu negara bakal dikambus?
Isu keselamatan adalah perkara pokok. Isu pengambilan tanah juga satu perkara yang wajar diambil perhatian. Begitu juga dengan isu pembinaan semula pangkalan udara yang baru.
Berita hari ini memberi petunjuk bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi. Timbalan Panglima TUDM, Lt. Jen Shahron Ibrahim berkata, TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.
Sedarkah kita bahawa berapa jumlah yang bakal diperolehi oleh cukong dan menteri bertanggungjawab, dengan menggadai sebuah pangkalan udara.
Tanah di Pangkalan Udara Kuala Lumpur akan dipajak kepada cukong untuk dimajukan pembangunan multi-billion. Dengan urusniaga yang mencecah bilion, maka puluhan malah ratusan juta dapat dibahagikan sama tidak rata kepada mereka-meraka yang terlibat dalam memberi laluan terhadap tergadainya lapangan terbang pertama negara.
Dalam masa yang sama, sebuah pangkalan udara baru akan dimajukan. Maka tanah siapakah yang bakal dibeli oleh kerajaan dengan harga yang berlipat kali ganda daripada harga asal? Ini kerana, kerugian di pihak kerajaan adalah keuntungan di pihak perompak dan penggadai khazanah negara. Setelah pembelian tanah yang bertransaksi rompakkan selesai, maka tender tanpa bicara akan diusulkan kepada mereka yang berminat terhadap rasuah berskala juta. Akhirnya pembinaan pangkalan udara yang baru untuk TUDM tidak tumpah seperti pembinaan sebuah 'state of the art' PKFZ.
Siapakah yang membenarkan perkara ini berlaku di atas nama pembangunan jika bukan kita semua sekiranya kita tidak bangkit menentang ketirisan terancang!!
Pembangunan inilah yang membunuh rakyat secara perlahan apabila kerajaan dikerah menghabiskan duit ke atas projek mega, subsidi untuk rakyat dikurangkan dan ingin dilupuskan, biasiswa pelajar bertukar menjadi pinjaman bayaran balik berkeuntungan 4 peratus bagi pemberi pinjaman! Tidakkah pembangunan ini kejam ?
Di dalam konteks yang dikatakan pembangunan dan kemajuan itu adalah dituntut, mengapa kerajaan memilih Pangkalan Udara Kuala Lumpur untuk dibangunkan sedang penduduk di kampung ulu tembeling masih belum dibekalkan bekalan air bersih dari kepala paip. Mengapa kerajaan memilih untuk memajukan tapak penjara Pudu sedangkan banyak lagi kawasan pendalaman di Perak masih mempunyai masalah perhubungan jalan dan komunikasi. Mengapa kerajaan memilih untuk memajukan Kampung Baru sedangkan banyak lagi kampung baru yang penduduknya sengsara dengan keperitan hidup. Mengapa memilih hanya untuk memajukan kawasan yang mendatangkan keuntungan maksima sedang ia mendatangkan kesengsaraan terhadap rakyat kebanyakkan ?
Jika kerajaan yang memerintah hari ini diiktiraf sebagai kerajaan yang hanya mengejar keuntungan semata-mata, iaitu disamakan dengan kerajaan kapitalis, apakah kita tergamak membiarkan diri kita menyokong kerajaan seperti ini? Di atas nama pembangunan dan kemajuan, kita telah menggadai negara ini kerana hanya berduduk diam apabila 'mereka' merompak satu demi satu khazanah negara. Kita tidak harus bergoyang kaki di atas segala kepincangan yang berlaku di hadapan mata.
Saya ingin mengingatkan semua, bersama kita pastikan Perdana Menteri yang ada hari ini adalah yang terakhir dari Barisan Nasional !! Atau kita akan melihat sepupu mereka, dan anak-anak mereka menjadi PM yang seterusnya pada masa akan datang, membawa legasi bapak-bapak dan datuk-datuk mereka.
Ramai antara kita yang sependapat bahawa, penggal terakhir Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan negara, menjadi punca segala kedangkalan penggadaian maruah yang berlaku dalam sekelip mata, iaitu dalam penggal yang sama sebelum penggal 2008-2013 melabuhkan tirainya.
Ayuh pimpinan Pakatan Rakyat, ayuh para penyokong, para pendokong, para blogger dan para pencondong Pakatan Rakyat, pastikan kemenangan PRU-13 adalah milik Rakyat !! Dan buktikanlah bezanya sebuah kerajaan yang berorientasikan kebajikan berbanding kerajaan berorientasi kapitalis, bahawa Kerajaan Pusat Pakatan Rakyat adalah jauh lebih hebat dan pastikan rakyat itu adalah keutamaan sebuah kerajaan.
Rakyat bangkit membentuk pakatan bagi menumbangkan kerajaan yang menolak rakyat, kebangkitan itulah yang membentuk Pakatan Rakyat !! Jangan lupa kebangkitan rakyatlah yang membawa kemenangan kepada Pakatan Rakyat!! Maka oleh sebab itu, rakyat tidak harus dilupakan !

Bajet: DUN Terengganu mohon tambah RM220 juta, cecah RM2.1 bilion..rakyat miskin...Kerajaan bermewah...???

Posted: 06 Aug 2010 05:49 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Terengganu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung minggu ini, antara lain akan meluluskan peruntukan tambahan RM220 juta — melonjakkan saiz bajet 2010 kepada RM2.1 bilion — dipercayai bakal mencecah belanjawan tertinggi negeri itu setakat ini.
Negeri itu menggunakan sekitar RM1.8 bilion bagi tujuan belanjawan 2009 dan meningkat kepada anggaran RM1.88 bilion tahun ini.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN pada Ahad dan Isnin ini akan mencadangkan usul membuat ketetapan meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung perbelanjaan pentadbiran negeri.
Usul tersebut dijangka dibawa oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman yang mencadangkan peruntukan tambahan  perbelanjaan pembangunan sebanyak RM157 juta manakala Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dijadual membentangkan Enakmen Perbekalan Tambahan Pelbagai Perkhidmatan yang bakal menambah bajet mengurus negeri RM63.2 juta.
Kedua-dua tambahan kewangan itu melibatkan RM220.3 juta.
DUN yang bersidang akhir tahun telah meluluskan Bajet 2010 melibatkan RM1.88 bilion.
Peruntukan tambahan itu dikatakan menjadikan Terengganu satu-satunya negeri di Semenanjung meluluskan bajet terbesar bagi 2010 iaitu sebanyak RM2.2 bilion.
Mengulas perkembangan tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata, bajet Terengganu adalah yang tertinggi di Semenanjung.
Wakil-wakil rakyat dijangka akan membangkitkan peningkatan bajet melepasi RM2 bilion ketika wujud spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun depan.
"Isunya bukan kami (Pakatan Rakyat) setuju atau tidak (perbekalan tambahan), tetapi dari mana sumber wang tambahan ini diperoleh dan bagaimana ia  hendak dibelanjakan... duit minyak tiada, wang royalti memang tidak, mungkin wang ihsan.
"Ini satu jumlah yang tinggi bagi negeri seperti Terengganu, saya belum ada butiran, tetapi walaupun peruntukan meningkat tetapi rakyat masih miskin, tidak menikmati hasil projek" kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terenggu dan ADUN Wakaf
Mempelam dengan merujuk kepada kejadian beberapa projek awam rosak termasuk stadium runtuh.
Stadium Mizan Zainal Abidin berharga kira-kira RM292 juta runtuh setahun selepas ia siap dibina untuk Sukma Ke-12 pada Jun  2008.
Dalam pada itu, ADUN Ladang Datuk Tengku Hassan Tengku Omar berkata, "dengan tambahan peruntukan ini, saya merasakan ini kali  pertama Terengganu merekodkan bajet paling tinggi dalam sejarah negeri."
"Tambahan peruntukan bajet bermakna perbelanjaan kerajaan negeri juga semakin meningkat... ini cara kerajaan negeri menguruskan duit rakyat," kata beliau yang juga bekas pegawai kerajaan negeri iaitu pada 2004.
"Permohonan perbekalan tambahan ini juga menunjukkan kerajaan negeri membuat perbelanjaan tanpa merancang, dengan harapan  akan memperoleh peruntukan daripada pusat," kata beliau.
"Sudah pasti kami akan mengemukakan soalan mengenai isu ini, yang menunjukkan kerajaan tiada perancangan rapi dalam soal  perbelanjaan," kata Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu ini.
Ketika menyertai perbahasan mengenai belanjawan negeri tahun lalu, ADUN Batu Burok dari PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata Bajet 2010 berjumlah RM1.881 bilion dilihat terlalu tinggi dan tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri ini.
Dr Syed Azman berpendapat Bajet 2010 'cukup menakjubkan' dan kemungkinan besar menjadi bajet tertinggi di negara ini mengalahkan Selangor, Johor serta beberapa negeri lain.
Menurutnya, peruntukan bajet itu yang terlalu tinggi tidak seimbang dengan taraf kedudukan rakyat negeri ini selain dikhuatiri akan menyebabkan berlakunya ketirisan.
"Saya melihat peruntukan hampir RM1.9 bilion ini tidak sesuai dengan taraf hidup rakyat di negeri ini kerana belum lagi termasuk peruntukan tambahan lain dan ia perlu diperjelaskan.
"Peruntukan ini juga tidak seiring dengan tema 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' kerana seperti tahun lalu ia gagal menyelesaikan masalah rakyat," katanya.