Khamis, 5 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Apakah Melaka nak iktiraf mengandung tanpa nikah - Pak Awang

Posted: 05 Aug 2010 09:40 AM PDT

Salam untuk semua
Lama dah pak awang tak merepek kat sini. Tak sihat sikit. Tuan empunya blog ni pun dah lama tak menghubungi pak awang bercerita tentang situasi politik semasa tanah air kita yang tercinta ni. Kita sayang kat negara kita Malaysia – Tanah Airku – tapi silap sikit pasai ianya tengah diterajui oleh seorang hamba Allah yang kononnya hebat … tapi hebat untuk depa adalah.

pak awang dan orang kampong duk macam tu juga. Buat lah 1Malaysia ka, 2malaysia ka atau 10Malaysia pun, pak awang tetap pak awang … tak cari tak makan lah … hahaha nak tergelak pak awang … rakyat di dahulukan kepala bapak depa ….. dahulukan depa dulu ada lah … mampuih depa nak dahulukan rakyat … tulis besar-besar segenap simpang, pacak papan berderet tepi jalan, depa gah dengan 1Malaysia … gah dengan tema … tapi tu semua hanya di atas kertas, di papan-papan tanda saja, realitinya habok pon tak dak … rakyat macam pak aang dok macam tu juga.

Sebenarnya pak awang bukan nak cerita pasai 1Malaysia ni, pak awang nak cerita pasai cerita di negeri Hang Tuah tu … Ketua Menteri dia, Ali Rustam baru-baru ni buat gempak seluruh Malaysia – dia nak buat sekolah untuk pelajar mengandong … alasan nya nak bagi penjagaan yang baik untuk ibu dan "anak-anak haram" dan untuk mengurangkan gejala pelajar mengandung. Tak mau jadi macam negeri Mad Said, yang baru-baru ni pak awang ada terbaca sebanyak 27 pelajar sekolah di Terengganu disahkan mengandung. Yang menariknya sekolah yang bakal di adakan di Jasin itu akan dikendalilkan oleh Majlis Agama Islam Melaka.
Nampak nya Majlis Agama pun bersetuju dengan alasan cetek Ali ni ... Tapi Majlis Agama pun nak kata apa dah KM nya nakkan macam tu .... kerja bodoh.

Pak Awang yang tak berapa cerdik ni, tak nampak pun dengan mendirikan sekolah tersebut akan dapat mengurangkan gejala pelajar mengandung. Yang pak awang nampak ianya akan secara tak langsung menggalakkan lebih ramai pelajar sekolah di Melaka ni nak mengandung. Apa nak susah, "buat" saja dengan "boyfriend", mengandung, pi saja sekolah tu, sekolah khas yang telah siap tersedia.
Bagi pak awang cadangan Ali ni memang mengarut. Cari lah idea lain wahai Ali kalau nak jadi popular, bukan bermain dengan 'dosa'.

Jangan lah kerana bekas KMnya, Rahim Tamby Chik di dakwa telah "memengandongkan" budak bawah umur sehinngga menyebabkan Ketua Menteri P.Pinang sekarang masuk penjara, maka tradisi "mengandung" ini hendak diteruskan lagi oleh Ali. Cukup lah dengan kes Rahim Tamby Chik tu wahai Ali.
Apakah Melaka nak mengiktirafkan kejadian mengandung tanpa nikah?

Mungkin lepas ni Ali juga nak buat sekolah untuk peragut , ajar bagaimana nak jadi perompak bank pula … kahkah kah kah … macam-macam hang buat Ali ai … nak dapat nama la katakan … Tapi jangan terkejut … itu lah sikap pemimpin-pemimpin UMNO sekarang.

Maaf lah, setakat tu saja yang pak awang boleh pikiaq, nak tulis secara ilmiah, tulisan lebih baik pak awang tak reti, pasai pak awang tak sekolah tinggi …

Ok lah kot setakat tu, ....
Selamat Malam semua … pak awang nak tidoq … kalau ada cerita lagi timbul dalam kepala otak ni, esok pak awang tulis lagi ..
Assalamualaikum

Ceramah pertama di Kg Kerinchi, PROTES tak akan mohon permit

Posted: 05 Aug 2010 03:59 AM PDT

Penganjur kempen Bantah: Selamatkan Rakyat yang akan bermula 9 Ogos ini berharap pihak polis tidak mengganggu program ceramah pertamanya di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam.

Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) Dr Hatta Ramli (kiri) berkata, program ceramah itu akan dijalankan di sebuah tapak pasar malam di kawasan tersebut.

Tambahnya, penganjur juga tidak perlu memohon permit bagi menjalankan program berkenaan.
"Kita menganggap tidak perlu mohon permit sebab sememangnya ada aktiviti orang ramai yang berhimpun di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau yang juga bendahari PAS berkata, parti itu dijangka menurunkan naib presidennya Salahuddin Ayub sebagai penceramah.

"Buat masa ini kita masih tunggu nama daripada PKR dan DAP serta anggota PROTES yang lain," katanya.

Selain parti politik, PROTES juga dianggotai kesatuan sekerja dan NGO termasuk Suara Rakyat Malaysua (Suaram), dan Jemaah Islah Malaysia dan Kumpulan Budayawan Bertindak.

Tambahnya, persatuan pelajar seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia, Kumpulan Mahasiswa Independent, Budayawan Bertindak and Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia juga akan menyertai program berkenaan. ... SETERUSNYA

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


AWAS: Kempen Umno/BN semakin jahat dan merbahaya.....

Posted: 05 Aug 2010 09:01 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sejak mutakhir ini, gambar diatas yg memaparkan keratan akhbar Harakah (kononnnya) telah dijaja oleh penyokong Umno ke merata2 tempat khususnya diruang maya..ianya kemudiannya dipercayai bulat2 pengikut taksub dan fanatik parti Melayu itu, tidak kurang orang awam yg terpengaruh dengan tektik jahat penyokong gerombolan ini...

Namun, selepas diselidik, ia sebenarnya hanyalah gambar superimpose atau makna lain telah diedit dgn niat jahat utk menimbulkan persepsi kebencian terhadap saudara Anwar Ibrahim, Harakah, Mat Sabu dan PAS itu sendiri...

Mohon rakan-rakan sebarkan pembongkaran fitnah jahat yg dilakukan oleh mereka ini..kononnya iangin bersatu atas nama Melayu dan Islam, tetapi berperlakuan hina dan menjijikkan...wallahua'lam...

Dari blog "amenotipusitusanasini.blogspot.com"...


Dengan menggunakan software ini akhirnya saya telah berjaya membuktikan bahawa gambar keratanakhbar HARAKAH di atas adalah super impose semata-mata.

Selepas neh akan menyusul dengan lebih banyak pembongkaran gambar-gambar super impose.Nampak nya geng-geng UMNO akan terduduk sebab bukan hanya dowang je yang pandai gunakan medium INTERNET untuk menipu khayalak, kami pejuang-pejuang PAS/PR pon nak pandai gunakan medium INTERNET untuk sebarkan DAKWAH dan memerangi FITNAH!




**baca pendedahan seterusnya di sini..

Artikel berkaitan:
- BONGKAR: Blogger Umno pendusta dan munafiq - Gambar Zaid telah dipalsukan!
- Gambar palsu: "Gerakan Anti PKR (GAP) gila, berlagak pandai, bodoh serupa lembu, hampeh, cibai" - Forumer Umno
- Biadap dan kurang ajar: Himpunan lakaran aib blogger fanatik Umno, jeffrydamien09..

Cakap tak serupa bikin: Lagi bukti Umno salahguna masjid untuk tujuan politik sempit mereka

Posted: 05 Aug 2010 08:37 AM PDT



PAS dakwa Umno salah guna masjid di ibu negara

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Pemimpin PAS Dr Lo'Lo' Ghazali mendakwa pemimpin-pemimpin Umno salah gunakan masjid di ibu negara awal minggu ini untuk tujuan kempen politik mereka.

Ahli Parlimen Titiwangsa ini berkata, dengan pemimpin-pemimpin Umno memberi ucapan politik di Masjid Alam Shah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melanggar arahan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Selepas Isyak, solat diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, majlis diisi dengan ucapan Ketua Umno Cheras, pemangku ketua Umno Titiwangsa Umno dan juga menteri," kata Dr Lo'lo' pada sidang media di sini hari ini.

Isu PAS menggunakan majlis untuk tujuan politik pernah muncul ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sasaran serangan.

Kata Dr Lo'Lo', sesi "bertemu rakyat" yang dianjurkan oleh jabatan dan Ketua Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali telah mengaku ada menjemput pemimpin-pemimpun Umno setempat ke majlis tersebut.

"Pengacara majlis, pemimpin-pemimpin Umno dan menteri tidak maklum tentang kehadiran Ahli Parlimen Titiwangsa meskipun mereka diberitahu oleh ketua pengarah," kata Dr Lo'lo' lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat itu menambah, sebelum majlis kelmarin Jamil Khir telah menghadiri sekurang-kurangnya lima program seumpama itu yang disokong oleh Umno di kesemua bahagian Parlimen di ibu negara.

Katanya pemimpin-pemimpin Umno sewajarnya menggunakan masjid sebagai platform untuk menyatukan umat Islam.

"Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata 'kami mengambil berat tentang orang Melayu dan Muslim, dan itu sebab kita ada di sini' tetapi pada masa yang sama mereka mengabaikan kami," tambah Dr Lo'Lo'.

"Menteri yang dilantik untuk mengawal selia agama Islam seharusnya menggunakan majlis itu sebagai peluang untuk membuktikan bahawa kita bersatu dan tiada perbezaan politik mengambil tempat di masjid," katanya lagi.

Dr Lo'Lo' juga mendakwa jabatan itu enggan bekerjasama dengan PAS dalam menganjurkan program-program Islam dengan kerjasama parti itu.

"Apabila kami mengesyorkan bahawa PAS ingin bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah selepas program itu, ketua pengarah berkata kami boleh membuat permohonan, tetapi menyedari implikasi politik dengan respons beliau, beliau berkata beiau kena kaji dengan mendalam sebab PAS bukan menguasai kerajaan," katanya.

Oleh itu kata beliau, jabatan tersebut seharusnya konsisten jika agensi persekutuan serius dalam melarang aktiviti berunsur politik di masjid. - TheMalaysianInsider

Dari blog Dr Lo' Lo'.....
- Menteri Hal Ehwal Agama Islam bersekongkol dengan UMNO mencemar institusi masjid dengan politik sempit mereka

Artikel berkaitan (mesti tengok):
- Tidak boleh berpolitik di dalam masjid?...ini apa?
- Bukti bergambar Umno berpolitik dalam surau/masjid!

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KES LIWAT II - MENGAPA MUHYIDDIN GELABAH SANGAT ?

Posted: 05 Aug 2010 06:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA Muhyiddin begitu gelabah apabila mendengar bantahan dari negara luar terhadap perbicaraan kes Liwat II DS Anwar? Negara luar sememangnya ada hak untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka berkaitan apa jua dasar atau ketidak adilan yang berlaku di dalam negara ini. Begitu juga negara kita sering memberikan pendapat dan respon terhadap apa yang berlaku di negara lain, contohnya seperti yang pernah berlaku terhadap pemimpin Myanmar dan Apartheid di Afrika.

Semua maklum bahawa negara luar tiada hak untuk campor tangan atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh negara ini, tetapi mereka punyai hak untuk bersuara kerana mereka bukan seperti `katak di bawah tempurung'. Kenyataan Muhyiddin di sini, yang kelihatannya amat gelisah apabila mengetahui negara luar telah tahu `tembelang' pemimpin negara ini amat menghairankan.

Apa yang penting, DS Anwar tidak merayu meminta tolong negara luar untuk membebaskannya dari tuduhan Liwat II yang rakyat negara ini sendiri pun tahu betapa songsangnya kes tersebut. Apa yang DS Anwar lakukan adalah memberi penerangan kepada dunia luar bagi membersihkan namanya dari fitnah kali kedua ini. Penerangan ini penting kerana DS Anwar adalah tokoh dunia yang terkenal dan pernah dinobatkan di antara 100 pemimpin dunia yang berpengaruh. Sekiranya Saiful Bukhari juga ingin membersihkan namanya, beliau juga boleh berbuat demikian ataupun beliau boleh bersumpah laknat di semua masjid di dalam dunia ini. Itu hak beliau.

DS Anwar pun tahu, negara luar tidak boleh mempengaruhi undang-undang di dalam negara ini walau sekuno mana sekalipun undang-undang di negara kita ini. Samada DS Anwar bersalah atau tidak nanti, yang paling penting adakah rakyat di dalam dan di luar negara percaya atau tidak dengan sistem kehakiman dan undang-undang yang diamalkan di negara kita. Di dalam kes Altantuya, dunia luar sendiri pun tertanya-tanya apa motif pembunuhan wanita Mongolia itu. Mereka juga pening bagaimana rekod kemasukan Altantuya boleh hilang secara `tiba-tiba'. Salahkah mereka meraguinya? Kita tidak boleh memperbodohkan dunia luar semata-mata kita sudah menjadi bodoh.

Justeru itu, Muhyiddin harus melihat kembali mengapa dunia luar sekarang semakin memandang serong ke atas sistem kehakiman di negara kita. Jika dikatakan DS Anwar adalah kesayangan Amerika, apakah DS Anwar juga kesayangan Ulamak terkemuka As Syeikh Yusoff Justify FullQardhawi yang turut membantah fitnah ke atas DS Anwar? /wfauzdin.blogspot.com

Debat: Dalam dewan pun tak berani, inikan pula di luar

Posted: 05 Aug 2010 04:00 PM PDT


Ustaz Misbahul Munir

DUN Perak bersidang sehari sahaja semalam hanya untuk luluskan peruntukan tambahan sebanyak RM 80 juta. Ini menimbulkan kekecohan dalam dewan sehingga YB Hj Nizar dihalau keluar oleh Ganesan.

Persoalannya mengapa sidang yang diadakan begitu singkat. Adakah dengan sehari bersidang ia mampu mengutarakan semua permasalahan rakyat di Perak ?

Sedangkan sidang DUN adalah tempat yang terbaik untuk mengutarakan permasalahan rakyat melalui soal jawab dan perdebatan. Inilah yang menjadi punca mengapa berlaku kekecohan semalam.

Semua ADUN PR sudah menyatakan untuk hadir dan menggunakan dewan sebagai tempat terbaik bagi menyuarakan masalah rakyat, manakala perbahasan dalam dewan juga merupakan peluang ADUN PR membuat teguran kepada kerajaan BN, mempersoalkan apa sahaja perkara yang dilihat tidak betul dan membetulkannya, menjawab tohmahan dan fitnah ke atas kerajaan PR dulu dan sebagainya.

Namun masa yang diberi untuk berbahas begitu singkat, 15 minit yang diperuntukan untuk Hj Nizar sebagai Ketua Pembangkang adalah tidak wajar. Paling kurangpun 1 jam. PR pula mencadangkan sidang diadakan dua tiga hari.

Itu yang dituntut oleh Hj Nizar sewaktu bangun membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan yang dibentangkan oleh Zambry. Kalau Hj Nizar diberi peluang berucap 1 jam, sekalipun BN tidak bersetuju dengan isi ucapannya, saya percaya sidang akan berjalan dengan lancar semalam.

Dalam sidang dewan semalam, Zambry menyatakan kesediaan untuk berdebat isu Perak, kenyataan diulang-ulang dalam dewan. Saya tidak fikir Zambry bersedia berdebat isu Perak di luar dewan yang disaksian oleh rakyat Perak.

Berdebat dalam dewan yang tertutup pun tidak berani, inikan pula berdebat di pentas yang terbuka. Kalau memang ia suka berdebat, mengapa sidang dewan semalam cuma sehari, masa untuk berdebat pula terlalu pendek.

Sepatutnya Zambry bagi peluang wakil PR berbahas dengan memberi masa yang panjang, wakil BN boleh jawab selepas itu. Dan peluang untuk wakil BN menjawab adalah lebih baik berbanding dengan wakil PR.

Speaker sudah tentu menyebelahi mereka, pegawai kerajaan pula sudah tentu akan memberi jawaban-jawaban terhadap persoalan yang dibangkitkan, media pula pasti melaporkan sebelah BN sahaja. Itupun dia tidak berani, ini nak berdebat di luar dewan.

Saya mengesyorkan kepada mana-mana stesyen tv nasional dan swasta segera menganjurkan debat antara Zambry VS Nizar, rakyat pasti menunggu peluang ini./Harakahdaily

KONSPIRASI MELANDA DI DALAM ATM ?

Posted: 05 Aug 2010 12:08 PM PDT

Bekas TUDM dakwa dipenjara kerana adu kesalahan pegawai atasan

Nazar Hashim
Aug 05, 2010

Nasib bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Faizzal Jinong Abdullah masih tidak terbela, meskipun lebih daripada 20 laporan polis, malah aduan dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Faizzal mendakwa bahawa dirinya pernah dihumban ke penjara, malah keluarganya diberi layanan yang buruk kerana cubaannya untuk mengadu kesalahan pegawai atasan.

Justeru itu, ahli parlimen Parit Buntar-PAS, Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) tampil bersuara untuk menggesa agar kerajaan memberi layanan yang sewajarnya kepada bekas tentera, "Adalah menjadi satu perkara yang amat dikesalkan sekiranya layanan yang diberikan kepada seorang pesara tentera yang telah begitu lama berkhidmat dinafikan haknya untuk mendapat keistimewaan dan layanan yang sepatutnya."

Pemimpin PAS ini berkata, "Pihak berkuasa khususnya Kementerian Pertahanan haruslah mengambil insiatif dengan menjalankan siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak yang bersalah. Buktikan ketelusan yang ada dalam perkhidmatan tentera dengan membawa mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan."

Air dan elektrik diputuskan

"Persoalannya kenapakah penderaan dan penindasan perlu dilakukan sekiranya tiada perkara yang hendak disembunyikan oleh mana-mana pihak? Oleh kerana itu sekiranya pihak berkuasa telus dan jujur untuk melaksanakan undang-undang yang ada maka bawa mereka yang bersalah itu ke hadapan tanpa melindungi mereka dalam apa jua cara," katanya lagi.

Mujahid berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Ahli Parlimen Parit Buntar bersama-sama dengan bekas TUDM, Faizzal Jinong Abdullah yang mendakwa telah ditindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya selepas persaraan beliau pada bulan Oktober 2008 yang lalu.

Faizzal yang telah berkhidmat selama 23 tahun mulai merasakan beliau dan keluarga ditindas dan diberi layanan yang buruk ketika bersama pasukan tersebut semasa mereka tinggal di kuarters tentera di Blok F4(0-2) di Kuching, Sarawak.

"Saya sekeluarga bukan saja dianiayai dengan bekalan elektrik diputuskan selama tiga bulan dalam keadaan gelap bersama enam orang anak yang berusia antara 5 hingga 17 tahun, tetapi juga dihumban ke dalam penjara apabila cuba untuk mengadu kesalahan pegawai atasan kepada pihak yang berkuasa," kata Faizzal.

Faizzal (gambar kiri) menceritakan kronologi peristiwa ini, "Sehingga ini lebih dari 20 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan dan juga Sarawak, tetapi tiada satu pun yang diambil tindakan. Pihak berkuasa membuat spekulasi dan menuduh saya tidak bekerjasama dengan mereka dalam program persaraaan tetapi sebaliknya mereka cuba menghalang saya dari membongkar penyelewengan yang berlaku sehinggalah pelbagai kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan bukan saja terhadap saya tetapi juga keluarga."

Puluhan laporan polis

Isterinya Che Murni Dara Mat Zain turut menunjukkan bukti puluhan laporan polis yang telah dibuat bagi menuntut supaya mereka diberi pembelaan yang sepatutnya tetapi segalanya tidak berlaku.

"Aduan kepada Komander di Pengkalan Tentera Udara di Kuching dan juga di ibu pejabat TUDM di Kuala Lumpur pernah kita lakukan. Begitu juga kepada Kementerian Pertahanan tetapi tiada apa-apa tindakan yang mereka ambil bagi membawa mereka yang menganiayai kami."

"Sebaliknya pelbagai cara dan bentuk penderaan mereka lakukan. Ini termasuklah menghumban suami saya yang telah begitu lama berkhidmat dalam tentera ke dalam penjara sebelum ini. Saya dan anak-anak diterbangkan secara spontan ke Semenanjung tanpa pengetahuan suami yang ditahan tanpa pembelaan," kata Che Murni Dara Mat Zain (gambar kanan).

"Kemudian kami ditempatkan di sebuah rumah di Negeri Sembilan tanpa mempunyai bekalan air dan elektrik sedangkan anak-anak saya masih kecil dan bersekolah. Penindasan ini bukan saja setakat ini, sebaliknya ia berterusan apabila kad pengenalan awam suami saya yang sepatutnya mencatatkan juga nombor tentera beliau sebelum ini tidak dicatatkan walaupun kami menghadapi kesukaran yang begitu payah bagi mendapatkan kad pengenalan tersebut sebelum ini," katanya lagi.

Masih diancam dan diugut

Faizzal yang kini menetap di Jawi, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan masih lagi menerima ancaman dan ugutan dari pihak tertentu yang membuat panggilan bagi mengancam keselamatan beliau dan keluarga.

"Sekiranya mereka yang bersalah masih tidak dibawa ke muka pengadilan di atas segala penyelewengan dan skandal yang mereka lakukan, maka selagi itulah ancaman dan ugutan akan terus kami sekeluarga terima."

"Oleh kerana itu adalah menjadi harapan saya dan keluarga bagi mendapat pembelaan yang sepatutnya dari pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan kami supaya dapat hidup aman dan damai dalam sebuah negara yang merdeka dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan," tambahnya lagi.

*Nazar Hashim ialah penulis khas untuk MerdekaReview.

KES CURI ENJIN JET - SAKSI MISTERI BAKAL MUNCUL ?

Posted: 05 Aug 2010 11:00 AM PDT

Kes curi enjin jet: Saksi misteri 25 Ogos ini

Joseph Sipalan
Ogos 5, 10

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Ogos ini semasa perbicaraan bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang cuba membatalkan pertuduhan mencuri dua enjin jet F5 terhadapnya pada Disember 2007.

Pesuruhjaya kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 25 Ogos bagi mendengar permohonan N Tharmendran bagi membatlakn pertuduhan itu. Tindakan itu bagi memberi masa kepada kedua-dua pasukan pendakwaan dan pembelaan untuk memfailkan dokumen berhubung penemuan saksi baru itu.


Menurut peguamnya, N Surendran, saksi itu sendiri menyaksikan bagaimana tahanan tentera didera secara fizikal pada masa yang hampir sama dengan Tharmendran.

"Saksi itu akan beri keterangan bahawa penderaan fizikal memang dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak tentera," kata Surendran.

Katanya, pihak pendakwaan akan mendedahkan identiti saksi berkenaan apabila mahkamah mendengar permohonan Tharmendran pada hujung bulan ini.

Pihak pembelaan juga memohon mahkamah untuk 'campurtangan' dalam kes ini kerana Surendran mendakwa pihak pendakwaan menyalah-gunakan kedudukan mereka bagi mendapatkan keputusan bersalah dengan segera.

"Jangan beritahu saya apa-apa...failkan afidavit terlebih dahulu," kata Asmabi.

Katanya, Surendran perlu memfailkan afidavit tambahan berhubung penemuan saksi baru itu secepat mungkin kerana beliau perlu membacanya terlebih dahulu manakala pihak pendakwaan memerlukan masa untuk membalas.

Di luar mahkamah, Surendran memberitahu wartawan, kali terakhir 'campurtangan' itu berlaku pada 21 Jun, apabila seorang timbalan penguasa polis yang ditemani seorang lagi pegawai menyoal siasat Tharmendran, yang sekarang ini ditahan reman di penjara Sungai Buloh.

"Ini membuktikan pihak berkuasa mengunakan taktik kotor untuk mendapatkan pengakuan bersalah. Mereka paksa Tharmendran untuk membuat kenyataan berhubung seksaan dan menyoalnya berhubung kecurian enjin jet," katanya.

"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini - di mana seseorang disoal-siasat selepas dia didakwa. Kami mohon mahkamah untuk campurtangan kerana Tharmendran tidak akan mendapat perbicaraan yang adil."

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di Kuala Lumpur.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Manakala pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama atas tuduhan dengan sengaja melupuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008./Malaysiakini

FOTO WAJAH `IBU TUNGGAL' YANG MAUT BERSAMA BEKAS ADUN SELANGOR

Posted: 05 Aug 2010 01:00 AM PDT

Pelbagai Teori Muncul, Kes Bekas ADUN Ditembak Terus Misteri

Misteri kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama Naib Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat dengan kesan tembakan pagi semalam terus menjadi perbualan dengan pelbagai teori dilontarkan.

Pelbagai andaian dibangkitkan bagaimana kedua-dua pemimpin Umno Tanjong Karang ini boleh terbunuh sebelum kereta mereka merempuh pembahagi lebuh raya dengan kesan tembakan di bahagian kepala.

Teori-teori yang dibangkitkan dalam pelbagai portal dan blog mendakwa kemungkinan ada pihak ketiga dalam kejadian itu.

Ia mempertikaikan 'kemahiran' melepaskan tembakan ngeri dari jarak dekat.

Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar telah menolak andaian sedemikian dengan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tidak berasas.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kematian Abdul Aziz, bekas setiausaha politik Tan Sri Abu Hassan Omar bersama Siti Rohana adalah akibat tembakan daripada salah seorang mangsa itu sendiri.

Kata Khalid, berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Polis menemui pistol jenis revolver .38 dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul

Aziz, yang juga ahli jawatankuasa Umno Tanjong Karang.

Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Bekas ADUN itu ditemui mati bersama Siti Rohana, 43, kedua-duanya dengan kesan tembakan, dalam kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini kira-kira 11 pagi./Seterusnya di TVSelangor

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Biskut Mengandungi Bakteria Merbahaya

Posted: 05 Aug 2010 05:45 AM PDT

Kementerian Kesihatan kini meletakkan biskut beras 'Wang Wang' keluaran negara China pada tahap 5 keselamatan makanan berikutan laporan kehadiran bakteria koliform dan E coli dalam biskut itu di Wilayah Shandong, China semalam.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan agar mengambil sampel daripada biskut yang berada di pasaran sekarang untuk diuji.

Sebanyak 334,460 kotak produk itu dibawa masuk ke Malaysia tahun ini tetapi tidak dapat dipastikan berapa banyak yang masih berada dalam pasaran, katanya pada sidang media selepas melawat Biro Pengawal Farmaseutikal Kebangsaan, di Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan standard maklumat keselamatan makanan Malaysia atau FoSIM, tahap 5 adalah tahap berjaga-jaga, manakala tahap 6 akan mengakibatkan produk terbabit dikeluarkan daripada pasaran.

Liow berkata, pihaknya juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa China bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu selain mengesan sumber pencemaran.

Ditanya sama ada produk itu selamat untuk dimakan, Liow berkata, keputusan akan dibuat selepas menerima hasil analisis.

- Bernama

Sunnah Rasulullah s.a.w VS Petua Yahudi

Posted: 05 Aug 2010 05:17 AM PDT

" berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil "

1- kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan ( kajian saintis yahudi) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan.

Nak ikut Yahudi ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2- kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegembaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok yahudi, mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi ditangan mereka.

3- kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4- kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5- para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6- untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya ( sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar ), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan.

Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

-Wallahua'lam-

N3 santai

Posted: 05 Aug 2010 03:26 AM PDT

Tak sempat nak berbloging

Video Kemalangan Kena karen

Posted: 04 Aug 2010 11:31 PM PDT

dollah yankee

dollah yankee


Selamat Datang

Posted: 05 Aug 2010 08:49 PM PDT


Program lawatan Anwar Ibrahim di bandaraya Pulau Pinang.

7 Ogos 2010 (Sabtu)

I) Pulau Pinang

1) 9.00 Pagi – Perasmian Khalifah Umar Abd Aziz
International Integrity Conference 2010

Lokasi – Eastin Hotel, Bayan Bay, Pulau Pinang



dollah yankee -

Cerita yang telah di-spin...

Posted: 05 Aug 2010 12:27 AM PDT

Gurkah-gurkah politik di'port' ingin counter dengan apa yang telah dilapurkan oleh blogger http://novandri.blogspot.com (blog anti kerajaan PR Pulau Pinang/Guan Eng) berhubung dengan cerita tentang Lim Guan Eng dan Pak Ali ditingkat 2 parking komtar.

Untuk pengetahuan, bila blogger novandri kata dia ada jumpa dengan mamu Ali, orang yang telah mencetusan huru-hara ditempat parking Lim Guan Eng itu, sebenarnya Pak Ali ini sedang dok buat boria. Tau lah cara orang-orang penang ni bercakap, kalau pasal cerita,akan cerita dengan penuh semangat dan penuh perasaan...gempak yang lebih, isi cerita bukan lah apa sangat pun.

Kebetulan ketika kejadian, seorang gurkah politik di'port' yang merupakan seorang pemandu kepada seorang exco negeri juga berada disana, baru selesai menurunkan bossnya.

Pak Ali ini sebenarnya terlalu emosi kerana terlalu memikirkan hal tentang pembanggunan di-Kampong Tanjong Tokong yang dirancang dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan (Kerajaan BN) yang juga telah melibatkan rumah Pak Ali. Tapi macam yang selalu yang kita uar-uarkan, Pak Ali ini lebih kurang macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik di-felda-felda, yang kurang maklumak dan input, yang tak tau apa-apa, yang senang dan boleh di-perbodoh oleh orang-orang umno.

Jadi, oleh kerana Pak Ali telah tidak mendapat apa-apa maklumat dan penerangan dari Ketua Penerangan umno Bukit Bendera (kawasan projek terletak diBahagian Bukit Bendera) berhubung dengan rancangan projek pembanggunan itu, Pak Ali dengan inisiatif ingin bertanya sendiri dengan Lim Guan Eng. (Manusia bila sudah terdesak,sanggup lakukan apa saja, begitulah juga dengan Pak Ali).

Pak Ali ini macam juga gurkah-gurkah politik di'port', tau dimana nak cari ahli-ahli politik,menteri, exco tanpa perlu kepejabat dan tanpa perlu appointment, tanpa protokol.

Sebaik saja Pak Ali nampak kereta Guan Eng masuk parking, dia terus menuju kepada Guan Eng dan ketika Guan Eng keluar dari kereta Pak Ali telah memegang bahu Guan Eng sambil menggoncang (bukan lah telah ditampar seperti yang telah di-spin), sambil melahirkan rasa sedihnya kerana pembanggunan Kampong Tanjong Tokong itu akan menyebabkan Pak Ali kehilangan rumah (yang bukan miliknya), dan Guan Eng tidak melakukan apa-apa untuk membantu mereka.

Bodyguard Guan Eng pula telah sempat menenangkan Pak Ali..."Sabaq Mamu..sabaq..! mai..mai..kita pi sembang didalam". Kemudian Guan Eng telah mengarahkan bodyguardnya membawa Pak Ali ke dalam sebuah bilik tempat pemandu-pemandu exco-exco berehat.

Sebaik saja masuk kedalam bilik itu Guan Eng telah bertanya apa masalah Pak Ali, dan dia telah menangis macam budak kecil yang marah bila kehendak mereka tidak dituruti smabil menepuk-nepuk kusyen yang sedang diduduknya. Pak Ali telah mengatakan yang Guan Eng tidak ambil peduli tentang masalah mereka tentang pembanggunan di Tanjong Tokong itu. Setelah Guan Eng menerangkan duduk pekara yang sebenar yang projek itu bukan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat tetapi di bawah kerajaan persekutuan BN, jadi Guan Eng dan kerajaan PR Pulau Pinang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan jika kerajaan Pakatan Rakyat dapat memerintah Putra Jaya, perkara itu mungkin boleh ditangguhkan.Akhirnya setelah paham barulah Pak Ali reda sikit rasa marahnya.

Guan Eng bagaimana telah mengarahkan bodyguardnya mengambil maklumat Pak Ali sebab Guan Eng kata akan melakukan sesuatu untuk membantu Pak Ali dan keluarganya.

Yang tidak dilapurkan ialah Pak Ali akhirnya meminta maaf kepada Guan Eng kerana tidak tahu langsung keadaan dan maklumat pekara yang sebenar tentang projek pembanggunan itu dan juga kerana telah menyebabkan masa Guan Eng terbazir untuk ke satu mesyuarat penting. Akhirnya Pak Ali pula telah memeluk Guang Eng.


dollah yankee -
Pernah sekali Pahamin Rejab masa jadi Ketua Pengarah Kem Pengangkutan pun lari sebab terkejut tengok cara driver-driver teksi (orang-orang penang) cakap dengan dia semasa satu perjumpaan tentang penggunaan meter teksi suatu waktu dulu.

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Sekitar Kuliah Ustaz Hasrizal Di MBI...

Posted: 05 Aug 2010 07:29 PM PDT

Rabu (malam Khamis) yang lalu, Ustaz Hasrizal berkuliah di MBI. Tajuk yang dipilih untuk kuliah kali ini ialah "Buah Tangan Menjelangnya Ramadhan."

Seperti biasa, ustaz tidak menghampakan. Kuliahnya padat dengan isi dan contoh2 yang membuka minda. Banyak benda2 baru yang dicungkil dan dikupas serta dirumus untuk menjadi panduan menjelang Ramadhan.

Teman secara peribadi belum lagi miss kuliah beliau di MBI sejak ustaz memulakan kuliahnya di Ambang Ramadhan tahun lalu. Bukan taksub dengan beliau tetapi ilmunya tinggi dan kupasannya lain dari yang lain seperti menjadi magnet bagi mereka yang cintakan ilmu.

Salah satu intipati kuliah beliau ialah ustaz mengupas tentang kesibukan manusia hingga tidak berupaya melaksanakan amanah yang dipikulkan ke bahu masing-masing. Bak kata beliau," Sibuk sehingga diari google sudah penuh."

Sibuk buat itu tetapi mengabaikan yang ini. Sibuk yang ini dan mengabaikan yang itu. Sibuk beribadat sehingga tidak ada masa untuk masyarakat. Sibuk mengaji sehingga tiada masa untuk mengajar....dan macam2 lagi jenis kesibukan.

Sedangkan menurut ustaz, Rasulullah juga sibuk tetapi baginda ada masa untuk semua perkara. Untuk keluarga, untuk sahabat, untuk mentadbir, untuk beriadah dan untuk apa jua yang sewajarnya manusia ada masa untuk itu semua.

Bukankah Rasulullah adalah contoh terbaik seorang manusia, seorang pemimpin, seorang sahabat, seorang suami, seorang anak, seorang bapa, seorang jiran, seorang guru dan sebagainya?

Persoalannya, adakah boleh kita mendakwa bahawa kita lebih sibuk dari Rasulullah sehingga kita secara "conveniently" mengabaikan tugasan kita? Mengabaikan parti kita? Mengabaikan keluarga kita, negara kita dan jiran tetangga kita?

Ustaz memberi contoh. Semasa beliau baru kembali ke tanahair, beliau telah menghadiri satu temuduga untuk satu kerja. Yang menemuduga beliau ialah salah seorang bekas pengikut Al-Arqam.

"Ustaz. Kalau ustaz berkerja dengan syarikat ini, sekurang2nya dalam sebulan, ustaz kena keluar dari KL 12 hari. Macam mana? Boleh tak?" Tanya potential employer dia.

Sambil berkira2 ustaz memberikan jawapan, "Hmmm...tak boleh rasanya. Saya... isteri doktor, kerja tak menentu dan anak kecil lagi...2 orang...!"

Pantas penemuduga itu mencelah..."Ustaz. Saya ni isteri 4. Anak 26....tapi masih boleh ke sana ke mari!!"

"Hmmm...ok..boleh boleh!!" Cepat ustaz mengubah fikiran.

Begitulah. Bolehkan brother yang ada 4 isteri dan 26 anak itu mengatakan dia lebih sibuk dari Rasulullah????

Satu lagi yang menarik dalam kuliah ustaz ini ialah keupayaannya mem'blend'kan teori Stephan R. Covey, The Seven Habits of Highly Effective People di dalam kuliah2nya.

The First Three Habits surround moving from dependence to independence (self mastery)

Habit 1: Be Proactive
Habit 2: Begin with the End in Mind
Habit 3: Put First Things First

The Next Three are to do with Interdependence

Habit 4: Think Win/Win
Habit 5: Seek First to Understand, then to be Understood
Habit 6: Synergize

The Last habit relates to self-rejuvenation;

Habit 7: Sharpening the Saw

It is about priority dan memahami isu dan mempelbagaikan cara penyelesaiannya.

Beliau juga banyak memberikan contoh peristiwa2 yang berlaku di zaman sahabat dan kegemilangan islam di dalam perspektif pengurusan diri, manusia dan masyarakat yang boleh dijadikan panduan oleh kita semua.

Namun semuanya itu memerlukan keikhlasan dan kejujuran di dalam diri kita sendiri. Jika kita cuma mengharapkan orang lain untuk jadi perfect sedangkan kita cincai macai, slip shot. flip flop, haphazard ,slapdash ,sloppy dan seumpamanya ...nothing much can be done.

Kesimpulannya, Ramadhan Al-Mubarak yang akan datang ini perlu kita uruskan diri kita dengan baik. Jangan jadikan alasan berpuasa di bulan Ramadhan akan mengurangkan produktiviti sebagaimana mantra yang cuba ditanamkan oleh Habib Bourgiba kepada rakyat Tunisia.

Terima kasih Ustaz Hasrizal.

Hang jual nasik kandar lagi baiklah...

Posted: 05 Aug 2010 01:06 AM PDT

Malam tadi sukar untuk teman nak melelapkan mata.

Walaupun satu kajian di Amerika Syarikat ada merumuskan bahawa setiap orang dewasa perlu tidur cukup2 7 jam sehari, nampak gayanya ini merupakan satu nikmat yang telah Allah tarik dari sebahagian dari kita.

Menurut kajian itu lagi, mana2 individu yang tidur lebih atau kurang dari 7 jam sehari semalam, risiko diserang sakit yang ada kena mengena dengan masalah jantung adalah lebih tinggi. Sebab itu lah agaknya Major dengan Pak Wan nampak lebih sihat dari rakan2 yang lebih muda kerana mereka berdua ni memang tak boleh kurang tidor...he he!!

Tapi bukan itulah cerita teman kali ni.

Ceritanya bila tak boleh tidor tu temanpun menonton program Soal Jawab TV3 yang disiarkan antara jam 11.00 malam hingga 12.00 tgh malam. Panelnya ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi) dan Prof. Ibrahim Abu Shah (Bekas VC UiTM), Tajuk diskusi ialah "Kebenaran Kepada Mahasiswa Untuk Berpolitik."

Menarik rancangan ini ialah ahli panelnya datang dari 2 school of thought yang berbeza.

Saifuddin nampak articulate dan polish dalam menyampaikan hujah sementara Ibramsha (macam nama kedai nasik kandar Jalan TAR pulak ye) nampak out dated dan emosional.

Saifuddin bukan sahaja mahu AUKU dimansuhkan malah mahu mahasiswa diberi kebebasan untuk menyertai mana-mana parti politik. Beliau juga mahu Sudut Pidato di universiti2 diadakan semula dan memulangkan kepada pihak universiti untuk kawal selia dan sebagainya.

Malah kalau ikut beliau, Saifuddin mahu pelajar diberikan peluang untuk bercakap atas apa2 isu sekalipun dan percaya bahawa mahasiswa perlu melalui proses pendidikan dan kematangannya secara semulajadi (naturally) tanpa disekat2.

Beliau juga mahu pensyarah diberi kebebasan untuk berpolitik asalkan sahaja mutu pendidikan dapat dipertingkatkan.

Jarang seorang yang berjawatan tinggi di dalam kerajaan dan dari Umno yang boleh dipakai ideanya. Tapi Saifuddin nampaknya berbeza dan kredit wajar diberikan kepada beliau. Credit given where credit is due....

Ibramsha pulak menampilkan dirinya sebagai badut dan balaci Umno. Masih dengan mantra 'politik dan mahasiswa mesti dipisahkan'. Samalah macam Khusrin, 'dalam masjid tidak boleh berpolitik'. Politik lain islam lain. Mangkok...

Antara yang diulang2 ialah rasa fobia masyarakat majmuk yang akhirnya akan menjadi ketegangan antara kaum di universiti dan akhirnya merebak ke seluruh negara jika kebebasan yang tidak terkawal diberikan kepada mahasiswa.

Pelajar tugasnya adalah belajar bukan berpolitik. Mahasiswa tiada beza dengan budak sekolah menengah. Pensyarah pula mestilah mengajar dan tidak membawa fahaman politik masing2 (pembangkanglah tu) dalam kelas (kalau Umno tak pa kot). Ini merupakan fahaman Ibramsha nasi kandar ni.

Ini akhirnya akan menjejaskan mutu atau ranking universiti2 tempatan.

Kepala hotak hanglah...selama ni tak ada sudut pidato dan AUKU berleluasapun ranking universiti kita kat mana?

Nak tergelak bila Saifuddin dengan nada selamba menyatakan bahawa selama ini Oxford, Cambridge, Yale dan banyak universiti2 ternama di seluruh dunia tidak jatuh rankingnya kerana wujudnya sudut pidato di universiti2 masing2. He he...terkangkang mamak nasi kandar.

Lepas program tu makin susah teman nak tidur...macam mana mamak tongkang ni boleh jadi VC?? Kesian mahasiswa....Teringat Allahyarham Pak Nik Rashid di zaman teman belajor di UiTM. Class..

Apa Barang Saman Ekor?? Kita Jangan Renew Road Tax..

Posted: 04 Aug 2010 11:11 PM PDT

Kita 'up the ante'...kata orang Tepen....

Kelau bebeno kita nak pressure gomen pasal saman ekor ni.....(memandangkan kita tak boleh nak renew road tax kerana ada saman ekor), kita tak payah renew road tax. Itu aje.

Tapi kita wajib renew insuran kereta....kalau boleh dapatkan surat (atau apa2 dokumen) dari RTD mengatakan kita tak boleh renew road tax sebab kita tak bayar saman ekor. Itu lagi bagus...

Sekiranya apa2 terjadi dan kita ditahan kerana kereta kita tak ada road tax, kita katakan bahawa kita nak renew tapi RTD kata tak boleh renew sebab kita tak settle saman ekor.

Kalau kita didakwa kerana kesalahan itu, pembelaan kita adalah berdasarkan kepada fakta berikut:

1. Kita dah renew insurance. Ini adalah syarat wajib untuk renew road tax.

2. Kita ada intention nak renew road tax tapi tak diterima oleh RTD (tunjukkan bukti kita tak boleh renew).

3. Saman ekor tidak sah dan tidak boleh dijadikan alasan untuk kita tidak boleh renew road tax. Ia adalah isu yang berbeza.

Bagusnya tindakan ini ialah kita hit the gomen ditempat yang paling sakit bagi mereka. Bayangkan kalau semua orang mengambil tindakan ini....gomen tak dapat revenue dari road tax. Padan muka.

Hari ini Pemuda Umno juga mendesak agar gomen memansuhkan saman ekor kerana mereka tahu jika gomen meneruskan tindakan bodoh ini, mereka akan kalah dalam PRU13 akan datang.

Mana gomen hendak? Dapat kutip sebahagian dari RM2.7b atau kehilangan kerajaan dalam masa tidak sampai dari 2 tahun dari sekarang.

Lu fikir sendirilah bro....


Saman ekor: Mahfuz kecewa temu janji dibatal, tapi serah memorandum

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
PUTRAJAYA, 5 Ogos — Datuk Mahfuz Omar kecewa dengan pembatalan temu janji dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membincangkan isu saman ekor pagi ini, tetapi beliau menyerahkan memorandum meminta agar dasar menyenarai hitam kenderaan digugurkan.

"Saya kecewa kerana gagal untuk mengadakan pertemuan dengan menteri bagi membincangkan perkara ini.

"Sepatutnya hari ini, saya menyerahkan memorandum bantahan kepada menteri tapi nampaknya beliau tiada di pejabat walaupun sebelum ini temu janji telah dibuat," kata Naib Presiden PAS itu pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini.

Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor berkata pihaknya hanya mengetahui temu janji tersebut dibatalkan lewat petang semalam.

"Saya diberitahu setiausaha akhbar menteri bahawa temu janji dibatalkan kerana menteri ada mesyuarat lain.

"Tapi saya beritahu kepadanya bahawa saya tetap akan datang hari ini untuk serahkan memorandum kerana saya sudah ada di Kuala Lumpur.

"Saya juga ada minta supaya timbalan menteri pengangkutan untuk adakah perbincangan tapi setiausaha akhbar itu beritahu semua tiada dan minta dibatalkan," katanya.

Jawatankuasa kempen itu ditubuhkan dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

"Apa yang saya nak bawa hari ini adalah suara rakyat tapi seolah-olah ia tidak penting kepada kerajaan.

"Musim perayaan tidak lama lagi dan kita tahu masih ramai di luar sana yang masih gagal untuk memperbaharui lesen kenderaan mereka dek kerana saman yang dikenakan," katanya.

Justeru, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap supaya satu lagi pertemuan dapat diaturkan dengan Kong bagi membincangkan perkara itu.

"Saya minta minggu depan 9 atau 10 Ogos dapat diadakan pertemuan dengan beliau (Kong).

"Selain itu, saya juga minta kepada mereka yang teraniaya dapat hadir ke Dewan Auditorium Majis Perbandarang Ampang Jaya (MPAJ) pada 9 Ogos ini pada pukul 9 malam bagi memberikan penerangan tentang hak mereka sebagai rakyat," katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Mahfuz berkata tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan akibat saman ekor seolah-olah menolak rezeki.

"Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan.

"Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat?" katanya.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan agar sistem saman yang lebih adil diperkenalkan bagi menggantikan saman ekor yang didakwa membebankan pengguna jalan raya.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata saman ekor sedia ada memberi kesan negatif bukan sahaja terhadap pemilik kenderaan persendirian, malah pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan agar kerajaan menyemak semula saman ekor dan mengkaji semula keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman terhadap pesalah trafik.

~penarik beca

~penarik beca


PAS Terengganu jangan perasan

Posted: 05 Aug 2010 02:11 AM PDT

Wow! Main paksa ka mengaku curi enjin F-5E?

Posted: 05 Aug 2010 12:38 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


UBAT KUAT??KALAU KUAT LAWAN KERAJAAN TAK APA JUGA....

Posted: 05 Aug 2010 06:16 PM PDT

Ubat 'kuat' lelaki mengandungi racun

Posted by admin | Friday, August 6, 2010


Print
ShareThis

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan ubat-ubatan tidak berdaftar khasnya ubat untuk meningkatkan tenaga batin lelaki kerana ia mengandungi bahan racun.

Menurut beliau, rata-rata ubat kuat lelaki yang semakin berleluasa dijual di pasaran bercampur dengan bahan-bahan racun seperti sildenafil, tadalafil dan verddanafil yang merupakan bahan aktif perangsang seks lelaki.

Sildenafil, tadalafil dan verdanafil adalah ubat yang digunakan untuk rawatan erectile dysfunction yang hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh doktor atau ahli farmasi berlesen dengan preskripsi daripada seorang doktor.

"Kesan sampingan ubat itu sangat berbahaya kepada pesakit jika diambil tanpa pengawasan doktor.

"Adalah tidak berbaloi kepada mereka yang mengambil ubat kuat lelaki kerana ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan merosakkan badan," katanya kepada pemberita selepas melawat Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di sini semalam.

Antara kemudaratan ubat itu ialah serangan jantung, strok, pendarahan otak, peningkatan tekanan darah, kehilangan pendengaran dan kehilangan penglihatan yang kadangkalanya adalah kekal.

Beliau berkata, produk-produk mengandungi bahan-bahan aktif perangsang seks lelaki itu juga semakin dipelbagaikan dan mudah didapati dalam bentuk minuman seperti kopi dan teh lemon ais. -Metro


Labels:

PAS DAKWA PEMUDA UMNO LEMBAB

Posted: 05 Aug 2010 12:25 AM PDT


Ekoran kempen bagi memastikan hak pengguna jalanraya mendapat pembelaan, PAS dan PR Perak misalnya telah melaksanakan bantuan memberikan bantuan guman kepada pengguna jalanraya yang di saman "ekor" dalam operasi yang dianggap sebagai untuk mencari wang dengan menekan penguna jalanraya khasnya rakyat.

Ekoran dari kempen tersebut, kerajaan telah mula mengendur dengan cuba menilai semula kes saman ekor. Dalam untuk mencari satu publisiti murahan, pemuda umno cuba menjadi juara dengan turut menyertai kempen dan hanya kedengaran selepas Pakatan mula mempersoalkan tindakan kerajaan. Ini seperti cuba menangguk di air keruh dari apa yang di jelaskan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Beliau seterusnya mendakwa bahawa pemuda Umno berkempen hanya setelah PAS dan PR menyuarakan isu tersebut sejak sebulan lalu dan menyatakan bahawa tindakan pemuda Umno begitu lembab dan berkepentingan politik hanya untuk meraih simpati rakyat, padahal PAS telah memulakannya sebulan lalu lagi.Mungkin menyedari bahawa kempen ini berkesan , maka pemuda umno yang kekurangan idea mula melihat ianya sebagai satu isu yang harus diketengahkan walau pun meniru idea Pakatan Rakyat yang kehadapan dalam membantu rakyat.

Ramai yang terkejut dengan kes saman ekor, ekoran ada mangsa yang dikenakan saman ekor sehingga rm3000 ke rm 5000 walau didapati bahawa had kelajuan yang di lepasi ketika memandu boleh dimaafkan dan di pertimbangkan.

Ekoran isu tersebut, Datuk Mahfuz menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat khasnya PAS akan meneruskan kempen dan tidak akan bekerjasama dengan kempen dari pemuda Umno.Ekoran pengguna jalanraya yang tidak mampu untuk menghidupkan cukai jalanraya kerana terlalu banyak beban kewangan yang perlu di bayar, ramai penguna jalanraya tidak memperbahrui cukai jalan dan menurut beliau lagi tindakan ini memberikan kesan yang nyata kepada pendapatan kerajaan sendiri.


GAMBAR DAN PETIKAN DI BAWAH DARI MALAYSIAKINI

"Saya difahamkan oleh peguam, insurans masih boleh diperbaharui walaupun tanpa cukai jalan," kata beliau yang juga pengerusi Kempen anti-Saman Ekor (KASE).

"Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat," soalnya.

Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan memorandum membantah saman jenis itu kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya pagi ini.