Rabu, 4 Ogos 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERANIKAH ZAMBRY MENYAHUT CABARAN PR PERAK UNTUK BERDEBAT ?

Posted: 04 Aug 2010 11:00 PM PDT

Harakahdaily

IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

"Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan.

"Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat," ujar Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan.


Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka.

"Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) 'anak jantan' sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu," ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.

Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja.

Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta.

"Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal," ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal.

Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan 'Debat Rakyat, Siapa Pembohong?'./Harakahdaily

UNDANG-UNDANG `HARAMJADAH' ?

Posted: 04 Aug 2010 09:00 PM PDT

Perwakilan Pakatan tak dibenar di sekolah S'gor

Christine Chan
Ogos 4, 10

Satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'talam dua muka' kerajaan persekutuan.

Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, menteri pelajaran telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari Umno, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha sulit menteri dan pekeliling itu dihantar kepada pengarah jabatan pelajaran Selangor.

Ia juga menyatakan bahawa wakil BN berkenaan turut dibekalkan dengan surat pelantikkan dengan salinannya dikepil bersama pekeliling tersebut dengan nama penuh serta jawatan mereka yang disenaraikan itu.

Ketika dihubungi, Hannah Yeoh, ADUN DAP bagi kerusi Subang Jaya berkata surat itu memberi implikasi bahawa pihak berkuasa sekolah mesti memndapatkan kebenaran menteri sebelum menjemput perwakilan Pakatan Rakyat.

"(Apabil
a sekolah memohon kebenaran), ia tidak pernah diberikan," dakwanya.

Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu.

"Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul erana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri," katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.

"Dalam kes saya, kerana PIBG mendesak, maka saya boleh hadiri. Jadi ini menujukkan bahawa PIBG mempunyai peranan besar," katanya.

Perkara berkenaan disahkan oleh ADUN Teratai, Jenice Lee.

"Sesetengah sekolah memohon bantuan kewangan daripada saya tetapi saya tidak dibenarkan ke sekolah itu ataupun boleh berucap," katanya.

"Ada satu ketika, saya terpaksa menyampaikan cek di luar perkarangan sekolah.

"Perkara ini berlaku kepada kebanyakan pemimpin Pakatan dan bukan ke atas saya dan hannah sahaja. Ini jelas tidak adil," katanya./Malaysiakini

`SELAMATKAN SELANGOR' - GILIRAN PAKATAN SERANG BALAS UMNO

Posted: 04 Aug 2010 07:00 PM PDT

Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor'

Jimadie Shah Othman
Ogos 4, 10

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir

Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR./Seterusnya di Malaysiakini

SIAPA KATA MASJID TIDAK BOLEH BERPOLITIK ? LIHAT UMNO LAKUKAN

Posted: 04 Aug 2010 05:00 PM PDT

PAS dakwa Umno terus salahguna masjid

Abdul Rahim Sabri
Ogos 4, 10

Umno didakwa terus menyalahgunakan masjid-masjid di negara ini untuk kepentingan politik mereka.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang kesal dengan tindakan itu berkata pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut diperkudakan dan mereka mengamalkan sikap berat sebelah.

"Saya dimaklumkan oleh ahli kariah, dan terus ke sana. Saya bertanya kepada Pengarah Jawi, kenapa Umno dilibatkan secara langsung.

"Beliau berkata, tidak mengapa, saya ada bersama... Ini double standard yang wujud," katanya yang merujuk kepada program "Bicara Pemimpin Bersama Rakyat" pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid yang terletak di sempadan antara Cheras dan Titiwangsa.

Anjuran Umno

Pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabsyi dan pemangku ketua Umno Titiwangsa Johari Ghani telah menyampaikan ucapan.

Menurut Dr Lo'Lo' yang juga ahli parlimen Titiwangsa, berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, program tersebut adalah anjuran JAWI bersama dengan Umno Cheras dan Titiwangsa.


Selain itu, slot tazkirah Maghrib pada majlis itu juga disampaikan oleh seorang pemimpin pemuda Umno bahagian Cheras.

"Sebagai wakil rakyat, saya kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN yang telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur," katanya kecewa.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS di ibunegara yang turut dihadiri pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Ditanya mengenai kandungan ucapan pemimpin Umno dalam majlis tersebut, Dr Lo' Lo' berkata seingatnya, Syed Ali mengulas mengenai perpaduan dan menunjukkan keprihatinan Umno terhadap perpaduan Melayu dan Islam.

Tolak perpaduan

"Beliau tidak sedar sebahagian ahli kariah (di masjid itu) adalah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Bagaimana hendak kepada perpaduan, sedangkan mereka mengetepikan saya sebagai ahli parlimen dan menjemput ahli parlimen dari Umno dan BN.

"Sewajarnya PAS menolak perpaduan (daripada Umno) kerana mereka langsung tidak ikhlas," katanya.


Selepas itu, beliau juga turut mencadangkan kepada Che Mat bahawa PAS juga akan mengadakan program bersama ahli karyah di masjid di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa pengarah JAWI itu mengarahkan agar ahli jawatankuasa PAS pusat itu membuat permohonan dan kemudiannya menukar fikirannya selepas memikirkan implikasi cadangannya itu.

"Dia tidak sedar bahawa parlimen Titiwangsa diterajui oleh PAS dan di Cheras oleh DAP... 'Double Standard' wujud," katanya.

Sementara itu, Mohd Noor turut kesal dengan Jamil Khir yang menyampaikan cek berjumlah RM223,000 kepada ahli parlimen Setiawangsa, Datuk Zulhasnan Rafique yang diwakili oleh Umno untuk diagihkan kepada masjid dalam kawasan tersebut./Malaysiakini

ULAMAK MUDA MASUK UMNO ITU SEKULAR RUPANYA

Posted: 04 Aug 2010 11:48 AM PDT

Oleh: Mandor

BARU kita tahu kemasukan `Ulamak Muda' ke dalam Umno hanya untuk berdakwah bukan berpolitik. Jelaslah kepada kita `Ulamak' tersebut adalah Ulamak sekular kerana mengasingkan politik dan ugama. Sewajarnya lah mereka memasuki Umno kerana sememangnya Umno berjiwa sekular. Nasib baik mereka tidak menyertai PAS kerana jika tidak pastinya mereka ini akan menghancurkan PAS dari dalam dengan ajaran sekularnya itu, Baca sini.

Itulah nikmat Allah kepada PAS di mana golongan cerdik pandai agama yang berfikiran sekular tidak akan berselera bersama PAS. Allah mungkin telah membutakan mata mereka untuk memilih PAS kerana jiwa mereka tertarik dengan sekular. Biarkan saja mereka berdakwah dengan Umno, dan pemimpin Umno pula teruskan mencari kekayaan.

Yakinkah kita dengan usaha `Ulamak' yang mengasingkan politik dengan ugama itu untuk memperbetulkan Umno? Kita lihat nanti di mana kesudahannya.

CERAMAH `CAP AYAM' EZAM RAJA SESUMPAH

Posted: 04 Aug 2010 05:00 AM PDT

Oleh Hishamuddin Rais

Pada awalnya saya langsung tidak kenal siapa dia Ezam Mohd Nor ini. Malah saya tidak ambil peduli sangat apa kerja dan tugas dia. Untuk saya sesiapa yang bekerja untuk United Malays National Organisation ini pastilah orang sesat, kurang membaca, kurang berilmu dan kaki bodek. Pandangan saya ini tidak pernah berubah hingga ke hari ini.



Tapi apa yang hendak saya kisahkan di sini bukan hal United Malays National Organisation tapi hal Ezam. Secara jujur saya katakan di sini, saya tidak pernah ambil tahu siapa setiausaha politik, setiausaha akhbar atau siapa setiausaha sulit Anwar Ibrahim. Untuk saya semua mereka ini hanyalah apparatchik kalau pun bukan tukang bodek. Pandangan saya ini berasakan budaya politik yang wujud hari ini.

Pada awalnya - saya terdengar - apabila Anwar ditangkap pada 20 September 1998, ramai juak-juak Anwar termasuk Ezam (kiri sekali) telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia, tidak Remove Formatting from selectionpula ingin saya ketahui.

Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalan raya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil peduli tentang juak-juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil peduli terhadap 'polong-polong' peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan 'darah saham' dan 'pink form'.

Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.

Saya pun kurang ingat bila Ezam muncul kembali - mungkin sesudah tertubuhnya Parti Keadilan Nasional. Fakta sejarah ini tidak penting. Apa yang penting ialah Ezam terpaksa menerima wadah jalan raya yang telah kami teroka. Kami sedar ada beberapa benggolan juak Anwar yang tidak berapa setuju dengan wadah politik jalan raya.Tetapi kerana ombak jalan raya begitu besar maka mereka terpaksa membuat 'teater' berlakon bersama kami.

Reformasi tak peduli Anwar jadi PM

Juak-juak Anwar ini sedar dan faham bahawa politik jalan raya inilah sahaja jalannya untuk menumpaskan United Malays National Organistion. Tetapi perjuangan juak-juak ini bukan hendak menumpaskan United Malays National Organistion. Justeru mereka selalu 'memberatkan' gerakan Reformasi. Sebenarnya mereka berjuang agar Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai perdana menteri (PM) Malaysia. Dalam congak politik mereka, apabila Anwar menjadi PM maka mereka akan sekali lagi berkenduri-kendara dan mengumpul 'pink form' dan memungut harta kekayaan.

Harus dinyatakan jelas di sini - gerakan Reformasi tidak peduli sama ada Anwar Ibrahim jadi PM atau sesiapa pun yang menjadi PM. Yang penting Mahathir Mohamad didobrak dan United Malays National Organistion dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.

Akhirnya setelah sepuluh tahun - sebahagian panennya Reformasi telah kita tuai pada 8 Mac 2008 dahulu. Inilah contoh yang dinamakan perjuangan jangka panjang. Menabur benih kesedaran selama sepuluh tahun. Ini kerja politik yang sulit dan bertahan lama. Turun ke jalan raya itu ialah untuk membajak dan menyemai benih kebencian terhadap kuasa politik United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Ezam telah mudik kembali ke sarang lamanya. Saya sifatkan Ezam ini terkena penyakit KKS - kurang kasih sayang. KKS ini adalah satu penyakit tidak berkuman yang selalu menyerang orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Hasil dari serangan KKS ini Ezam telah mundar-mandir ke hulu ke hilir berceramah membantai dan menelan kembali semua air liur basinya yang diludahkannya dahulu.

Nasib saya agak baik, beberapa hari yang lalu ada kawan menghantar klip video salah satu dari ceramah Ezam. Menurut kawan saya ini klip ini daripada siri ceramah perdana 'Selamatkan Selangor Dari Khir Toyo'.

Saya kurang faham apakah Khir Toyo sudah bertukar menjadi Jepun dan menyerang Selangor. Lalu saya menelefon dan bertanya apakah Khir Toyo telah ada bala tentera? Kawan saya ini ketawa berdekah-dekah dan meminta saya kembali ke sekolah untuk belajar ilmu politik. Cis... bongek punya kawan. Maka tidak dapat tidak saya pun terpaksalah melihat klip ceramah Ezam.

Tiru Anwar

Ezam telah meniru gaya berceramah Anwar Ibrahim. Saya tahu tentang hal ini kerana saya pernah satu masa yang lama dahulu berkongsi pentas dengan Ezam. Ezam telah cuba meniru lenggok dan dengung idgham ma'al 'unnah termasuk tajwid dan sengau si Anwar Ibrahim. Untuk saya gaya ini agak 'geli' tetapi menarik perhatian setengah orang yang mendengar ketika Anwar dalam penjara. Tetapi sekarang ini apabila yang asli telah ada maka Mak Cik Felda tidak akan terpaut untuk datang ke ceramah cap ayam Mat Ezam.

Saya pernah meminta kawan-kawan untuk pergi mendengar ceramah Mat Ezam ini. Sekurang-kurangnya meramaikan orang yang nampaknya semakin susut. Malu melihat kawan lama 'bertandak atas tong' seorang diri. Saya sendiri tak berani pergi kerana umum tahu saya bukan orang Selangor. Kalau tidak, dalam dalam gelap itu boleh juga saya menebeng untuk meramaikan pendengar ceramah.

Seperti di zaman Reformasi, Ezam akan ke hulu ke hilir melaung sambil mencabar dari atas pentas ceramah. Ezam mencabar sesiapa sahaja yang berani mempertikai apa yang dicakapkannya. Hebat. Gugat.

Tetapi sayang sekali, semuanya telah menyakitkan hati Ezam. Bukan kerana yang mendengar tak ramai - ini pun satu hal - tapi tidak ada sesiapa pun yang ambil peduli dan menyambut cabarannya itu. Semua orang buat tidak peduli sahaja. Malah Lokman Adam, seorang pemikir dalam gerakan Pemuda gerombolan yang lebih kurang sama hebatnya dengan Mat Ezam pun terus memperlekehkan Ezam yang tidak sudah-sudah mencabar.

Sesiapa yang ada pergi mendengar ceramah akan tahu bagaimana di pembukaannya, si penceramah akan melafaz berdoa berjela-jela dan selawat dimasukkan ke sana sini untuk menunjukkan betapa alim dan waraknya si penceramah. Pada anggapan si penceramah lagi panjang selawatnya maka lagi sucilah apa yang diperkatakan. Mat Ezam juga tergulung dalam kumpulan ini.

Tetapi ada sesuatu yang paling menakjubkan dalam ceramah Ezam yang saya tonton. Saya tidak berbohong. Saya takjub apabila saya terdengar apa yang dikatakan oleh Ezam ini.
Mat Ezam berkata yang dia bersyukur kerana dengan pertolongan Allah dia telah mendapat tahu bahawa Anwar ini bermaruah rendah. Bagaimana Allah memberi ilham kepada Ezam tidak pula jelas. Tidak ada pula Ezam menyebut beliau bersuluk atau dia pergi bertapa.

'Ilham' dari Muhyiddin

Mengikut ceramah Ezam semenjak mendapat ilham dari Allah, maka dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan bos lamanya Anwar Ibrahim. Kini Anwar yang menjadi idolanya dahulu bukan sahaja seorang yang bermoral rendah malah seorang pengkhianat bangsa. Betul. Anwar dikatakan oleh Ezam sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

Di bahagian ini saya minta maaf. Saya agak kurang jelas. Tentang pengkhianat bangsa Melayu, saya agak kabur, apakah ilham ini datang dari Muhyiddin Yassin? Kalau ingatan saya betul, si Muhyiddin inilah orang yang pertama mengatakan si Anwar ini pengkhianati Melayu. Kalau saya silap saya minta maaf.

Sebenarnya, mengaitkan Tuhan dalam politik ini bukan sesuatu yang baru. Kalau kita rajin membaca sejarah kuno Eropah, maka kita akan bertemu dengan para paderi yang mengakui diri mereka mewakili Tuhan di bumi ini. Bayangkan betapa kecutnya petani apabila si paderi datang melawat kampung mereka. Bukan sahaja panen petani ini akan diambil sang paderi malah silap-silap hari bulan anak dan isteri juga akan dibungkus sama. Ini semua dilakukan kononnya atas permintaan Tuhan.

Apabila Ezam cuba mengaitkan Allah maka saya angkat tangan menyerah. Saya mengaku kalah. Saya angkat tangan dan angkat topi. Bandingkan, maklumat yang saya terima hanya melalui laporan hospital Pusrawi dan maklumat daripada laporan tuan doktor dari Hospital Kuala Lumpur. Kemudian saya mengikuti laporan akhbar tentang perbicaraan ini. Inilah sumber maklumat saya. Dari maklumat ini saya membuat rumusan berhubung kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bandingkan pula maklumat saya dengan maklumat Ezam. Apabila Ezam mendakwa mendapat ilham dari Allah - saya tak terkata apa-apa. Siapa yang boleh mempertikaikan hal ini. Saya tidak memiliki kudrat dan iradat untuk mempertikai ilham Ezam ini.

Tetapi saya ada sedikit kekalutan dan merasa resah. Sebenarnya saya ingin bertanya dengan Ezam apakah beliau tidak diilhamkan tentang siapa sebenarnya membunuh Altantuya. Atau tentang adik Sharlinie Mohd Nasyar yang selama ini masih hilang.

Semua ini pelik. Untuk saat ini saya hanya berani berkata seperti dalam kitab Sulalatus Salatin - wallahhu 'alam bissawab - hanya Allah yang Maha Mengetahui.M/Kini

PAS SELANGOR JAWAB CABARAN BODOH DARI NOH OMAR

Posted: 04 Aug 2010 03:00 AM PDT

PAS Selangor komited "amar makruf nahi mungkar"

| Aug 03, 2010

Sebagai sebuah parti Islam PAS Selangor komited dalam kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" khasnya yang melibatkan umat Islam di negeri ini.

Di negeri Selangor di bawah peraturan yang sedia ada pusat-pusat hiburan memang melarang umat Islam dari tercebur dalam aktiviti mungkar termasuklah meminum arak di premis yang seumpama ini. Begitu juga rumah-rumah urut uniseks pula memang dilarang menerima pelanggan yang beragama Islam di premis masing-masing

Premis maksiat seumpama ini sewajarnya dijauhi oleh umat Islam bukan hanya di bulan Ramadhan malah sepanjang tahun. PAS Selangor memang peka dan sentiasa memantau dan memberi perhatian agar agensi penguatkuasaan negeri terutama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak PBT meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dari masa ke semasa bagi mencegah umat Islam mengunjungi premis sedemikian.

Selain itu wakil-wakil PAS di dalam PBT seluruh Selangor telah pun memperkenalkan penambah-baikan agar premis seumpama ini tidak lagi melibatkan umat Islam samada selaku pengunjung atau pelanggan mahupun pekerja. Malahan dalam tempoh singkat pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat ini telah ada PBT di Selangor yang mengharamkan pemilik-pemilik lesen premis seumpama ini dari menggaji atau mengambil sebagai pekerja dari kalangan penganut beragama Islam.

Ternyata kerja-kerja "amar makruf nahi mungkar" yang diusahakan oleh PAS melalui kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terbukti berkesan dan lebih membawa makna berbanding dengan pentadbiran yang terdahulu yang tidak mementingkan aspek seumpama ini.

Sehubungan itu PAS Selangor ingin menasihati Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Noh Omar (gambar kanan), agar tidak perlulah membuang masa melontarkan cabaran agar ditutup premis pusat hiburan dan rumah urut di Selangor sepanjang Ramadhan, kerana sesungguhnya pusat-pusat maksiat ini sememangnya tidak wajar dikunjungi oleh umat Islam sepanjang masa. Yang anehnya tiada pula usaha yang sama dibuat semasa BN diterajui UMNO memerintah negeri Selangor sebelum ini. (Merujuk kenyataan Noh Omar dalam akhbar Sinar harian hari ini)

Sesungguhnya apa yang penting adalah seluruh umat Islam di negeri ini dididik dan faham bahawa sebagai seorang Muslim mereka wajib menjauhkan diri dari sebarang aktiviti dan kerja-kerja mungkar. PAS melalui kerajaan negeri akan memastikan yang aktiviti penguatkuasaan terus dilaksanakan sehingga maksiat dapat dibendung di negeri ini.

Sebaliknya PAS Selangor mahu mengesyorkan agar Noh melontarkan cabarannya kepada kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional termasuklah Kerajaan Persekutuan yang mentadbir Wilayah Persekutuan agar dikawal dan jika berupaya ditutup terus premis maksiat seumpama ini jika benar UMNO adalah parti umat Islam.

Rakyat telah memberi peluang lebih 50 tahun kepada UMNO dan BN khasnya di Selangor tetapi ternyata tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan dalam aspek ini. PAS Selangor melalui Pakatan Rakyat komited untuk membebaskan negeri ini dari sebarang gejala maksiat secara berperingkat-peringkat supaya perubahan yang diperkenalkan dapat diterima dan dipraktikkan secara menyeluruh oleh rakyat di negeri ini.

*Kenyataan media oleh Roslan Shahir bin Mohd Shahir selaku Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

-MerdekaReview

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Saiful Wajib Dihukum Bunuh(Rejam Sehingga Mati)

Posted: 04 Aug 2010 07:59 AM PDT

Assalamualaikum warahmatullah..dah 3 minggu aku tak blog...sampai ada orang tu terus lupa pasal aku..ahahahha..sibuk wei...mana ada masa nak main internet..1 hari pergi kelas....sabtu dan ahad aku membuta sampai pukul 3 petang..kenapa tak percaya ke???ehehe..sapa yang tau UIA..budak direct intake..maknanya bukan matrik kena masuk CELPAD kalau tak lepas EPT.. aahahaha aku pun satu..masa EPT...test Bahasa Inggeris aku main2 jawab..nasib baik dapat masuk Level 6..paling tinggi..tak da la orng tengok au remeh kat dalam kelas tu...ahahahha.Selagi aku tak lepas EPT Band 6 dan ke atas..selagi tu aku tak leh belajar law...skang aku band 5..one more step on the ladder.

Lama aku tak follow hal ehwal politik ni...latest pasal Tony Phua..pakcik2 polis sama kelas ngn aku masa kelas Bahasa Arab cerita...aku denga Tony Phua cadang rumah RM500K ke atas untuk Bumiputera tak yah di diskaunkan kan..betul ke???Bagi aku bagus cadangan tu....RM500K wei..apa cerita nak diskaun gak..macam la orng2 miskin dan pertengahan boleh beli walau didiskaunkan pun???Alahai...rilek la...nak cerita pasal Melayu duduk kat rumah2 biasa tapi Cina dok rumah mewah???Melayu dah lama hidup camtu..ada yang duduk dalam hutan lagi..tak dak sapa kisah pun..ahahaha

Yang terbaru...aku dengar Saiful penah beromen ngn DPP dia.. ahahahahhaa gila Saiful..aku ingat ko layan sorang blogger pop and ngetop UMNO tu.. rupanya lu layan dua jenis ye..bisex lu bro..gua caya sama lu.. ahahahhahahahaha...

Kalau benar lah ini berlaku..mengikut Islam(ceh wah...)Saiful patut direjam sehingga mampus..

1.Dia dah beromen ngn Anwar..kalau betul la pun..ye la..dakwaan cam gampang..paksaan ke secara rela..lu biar betul Saiful..jangn sampai sorang blogger tu naik jeles ngn lu.. ahahahhaa
2.Mungkin dia dah beromen ngn TUNANG dia..ahahaha nak saman aku saman la Saiful...apa kes seluar kat mesin basuh tunang..???Abang aku bertunang pun spender dia mak aku basuh lagi tau..tak dak nak hantar ke mesin basuh tunang...bodoh..ini la anak Melayu Merdeka kita..bab memalukan bangsa..memang NO 1...Cina ngn India dah lama kutuk Melayu..yang sedih..Cina ngn India kutuk Melayu lain..kutuk depan aku..sikit sebanyak takkan aku tak terasa..betul tak?? bodoh...Apa2 pun itu cuma spekulasi
3.Donga eh dah ponah beromen ngn DPP...Maklumlah..Saiful ni jambu aku tengok..awek mesti cair la...kalau tak..takkan sorang blogger UMNO tu boleh bela dia habis2..siap buat banner lagi U..tak kuasa aku.. ahahahahahahahahah

So...

Dalam Islam,,,

Satu kali romen..sobat 100 kali..

Lobih dari itu..

Rojam Sampai mati..

eh eh...kat Malaysia mana ada hukuman cam tu wei..

Ahahahahahahahaha

So Najib pernah kata nak memerintah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..

Soalannya bila???

K lah..itu sahaja..nak sambung tido..letiih wei...aku ni dah la mat lembik(tak selembik sepol)..copek bona den ni ponek..koleh sohari ponuh...nasib baik ustaz bahasa Arab tu sempoi..tak la tension..BI la tension sikit..spiking 24 jam....tobat aku nk carik bini cikgu bahasa Inggeris kalau cam tu,, ahahahhaa

Wallahu'alam

Jumpo laie yo!!!!!!!!!!(sini Gombak..kono la spiking minang sikik)

kalam Perantau

kalam Perantau


Kerajaan Pusat terdesak raih sokongan: Nik Aziz

Posted: 04 Aug 2010 05:00 PM PDT

JERANTUT – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan kerajaan memberi kebenaran kepada guru Gred DG41 sehingga DG48 berpolitik, dilihat sebagai tindakan terdesak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak faham mengapa baru sekarang Kerajaan BN memberi kebenaran itu sedangkan keperluan kepada pembabitan guru untuk berpolitik amat tinggi. Mungkin mereka (BN) sudah terdesak untuk meraih undi selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan sebab itu mereka benarkan guru main politik untuk dapatkan sokongan daripada kakitangan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas Pahang, di Kompleks Imam Al Shafie (KIAS) Temin, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, selain guru, pensyarah juga seharusnya diberi peluang berpolitik kerana pemikiran mereka diperlukan untuk membangunkan ummah.

"Jangan apabila diberikan kebenaran, kumpulan guru akan dijadikan sasaran UMNO dan BN untuk memastikan mereka mengundi, patuh dan taat kepada parti itu sahaja," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, ketelusan itu perlu supaya guru boleh memilih parti yang disukai dan tidak disusuli dengan tindakan kerajaan seperti menahan kenaikan pangkat mereka, menghantar bertukar atau juga apa sahaja yang berkaitan dengan guru.


Umno bertahan dengan tentera upahan

Posted: 04 Aug 2010 03:48 AM PDT

Oleh Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan keberadaan Umno sehingga kini adalah kerana ‘tentera upahan’ yang dibayar untuk mempertahankan parti itu agar kekal berkuasa.
Kenyataan Abdul Hadi ini dibuat dalam sessi sembang dengan beliau di pejabat Harakah semalam ketika negara sedang menyaksikan tindakan keras diambil oleh polis terhadap pelbagai program anjuran pelbagai pihak khasnya Pakatan Rakyat.

Ia dikatakan dibuat berdasarkan arahan agar menyekat semua program Pakatan Rakyat termasuklah majlis memperingati 50 tahun ISA di seluruh negara dan Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak, Changkat Lada, Pasir Salak.

36 telah ditangkap polis di majlis memperingati ISA di seluruh negara termasuk di Kota Bharu manakala 16 di perhimpunan Felcra di Pasir Salak.

“Umno sekarang hidup dengan tentera upahan. Mungkin kenyataan saya ini kasar sedikit tetapi itulah realitinya. Bukan aqidah atau ideologinya yang memenangkan Umno tetapi jentera kerajaan,” kata Abdul Hadi.

Bagaimanapun, beliau yakin, masyarakat tidak akan boleh ditipu Umno untuk selama-lamanya.

“Apa yang perlu adalah kita sabar dalam perjuangan disertakan  dengan kerja kuat. Sejarah pilihan raya khasnya pilihan raya kecil di negara ini membuktikan PAS akan menang di kawasan yang kita kuat dan banyak cawangan,” katanya lagi.

Beliau memberikan contoh kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Bukit Gantang kerana kerja kuat dan cawangan PAS yang banyak di situ.

“Oleh itu, sebagai persiapan saya menyeru supaya PAS memperbanyakkan cawangan di seluruh negara. Kenapa Kelantan dan Kedah kita menang? Kerana di sana banyak cawangan PAS,” kata beliau dalam pertemuan itu.

Abdul Hadi menolak teori yang mengatakan pencapaian PAS akan merosot dalam pilihanraya umum ke 13 selepas berjaya besar dalam pilihan raya umum ke 12 lalu.

“Saya tidak percaya kepada teori sebegini termasuk ramalan sotong. Saya yakin kalau kita kerja keras dan betul strateginya kita akan menang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Mengikut sejarahnya, kejayaan PAS akan turun naik dalam pilihanraya umum di mana pencapaian PAS akan jatuh dalam pilihan raya yang melibatkan persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana BN sentiasa menggunakannya untuk kepentingan parti yang memerintah itu.

Dalam pertemuan itu juga Abdul Hadi menyeru umat Islam di negara ini memberikan peluang kepada PAS pula untuk mentadbir negara bagi menggantikan Umno yang sudah diberi peluang lebih 50 tahun.

“Melayu dan Islam tetap menjadi teras politik di negara ini. Sudah lebih 50 tahun Umno diberi peluang untuk mentadbir dengan konsep ketuanan Melayu berlandaskan sekularisme barat dan Islam hanya hadir tanpa kuasa.

“Saya rasa sudah tiba masanya Melayu kembali kepada Islam dan memilih PAS untuk menggantikan Umno bagi mentadbir negara ini,” kata Abdul Hadi.

Beliau juga berkata, kerajaan BN sekarang sengaja memberikan subsidi kepada rakyat dalam keadaan yang sangat sedikit.

“Subsidi ini sekadar untuk membolehkan rakyat hidup tetapi rakyat tidak boleh berlari. Ia sengaja dibuat untuk mengawal rakyat,” kata beliau dalam pertemuan itu.


Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Klip Video Buletin Utama: Kes Bekas ADUN BN & pembantu mati ditembak

Posted: 03 Aug 2010 08:35 PM PDT



Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kerajaan Melaka Benar Pelajar Sekolah Berkahwin

Posted: 04 Aug 2010 09:16 PM PDT


KUALA LUMPUR 3 Ogos - Langkah kerajaan negeri Melaka menggalakkan ibu bapa membenarkan anak yang masih bersekolah untuk berkahwin bagi membendung gejala hamil luar nikah dilihat sebagai satu bentuk jalan penyelesaian singkat terhadap masalah berkenaan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri Melaka itu meskipun bermatlamat mencegah gejala hamil luar nikah. Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menggalakkan ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan tersebut, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

-ijoks2009-
Ini satu persoalan yang menarik ,ada pro N kontra.
Dari segi agama,untuk mengelakkan penzinaan ini bagus tapi macammana dari segi tangungjawab ,maklumlah budak masih muda dan masih bersekolah dan fikiran belum matang.mampukah mereka mengharungi pelbagai kerenah dlm rumahtangga nanti.
Bimbang juga kalau2 nanti menambahkan lagi kes penceraian dikalangan orang Islam.

Apa pula pandangan anda,sila nyatakan dlm ruangan coment.

Himpunan Warga Felcra(DS Nizar) 1Ogos 2010

Posted: 04 Aug 2010 12:01 AM PDT



MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


FELDA : Najib dan Ahmad Maslan PENIPU BESAR

Posted: 04 Aug 2010 10:30 PM PDT


Pertamanya, terima kasih di atas kajian yang dibuat Malaysianinsider. Kajian ini menunjukkan dakwaan kononnya RM2.4 billion dibelanjakan untuk penanaman semula adalah bohongg semata-mata. Minta Najib dan Ahmad Maslan jawab:

Mengapa Sime Darby cuma perlu berbelanja RM497 juta sahaja (untuk 530k hektar) sedangkan Felda berbelanja RM2.4 billion (untuk 767k hektar)?
Dengan kata lain, bagi satu hektar, FELDA berbelanja RM3,151 sedangkan Sime Darby:RM936 dan IOI:RM596.

JELAS, Najib dan Ahmad Maslan telah menipu rakyat Malaysia dan orang Melayu. Malahan, percubaan Malaysianinsider untuk mendapat penjelasan dari FELDA pun tidak berjaya. Jelas ada udang di sebalik batu. Patutlah Ahmad Maslan bachul tak berani berdebat dengan Mazlan Aliman.

Saya cabar Najib Tun Razak dan Ahmad Maslan untuk MEMBENARKAN pihak ketiga yang bebas untuk mengaudit akaun FELDA. Saya mencadangkan pihak Commonwealth atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijemput untuk membuat audit tersebut.

Dasar UMNO, kalau tak menipu tak sah.

Tulang Besi
STONE: Kita tengok apa Najib nak kata nanti ... Kenapa IOI dan Sime boleh buat dengan harga murah ... Kenapa kos FELDA teramat tinggi ... Tapi aku pasti Najib akan ada jawapan BODOHnya ... hahaha. jawapan nak menipu rakyat ... ianya akan berterusan selagi dia berkuasa

UMNO Eksyen ...!

Posted: 04 Aug 2010 03:53 AM PDT

Alif Ba Ta atau ABC perjuangan UMNO ialah Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya rasa tidak ada parti politik yang merumuskan cita cita dan kehendak orang Melayu lebih baik daripada yang telah di lakukan oleh UMNO. Kerana itulah, sokongan orang Melayu kepada UMNO semenjak 1946 sentiasa lebih kurang kekal. Pada saya ini bermakna UMNO tidak akan fana dan hilang daripada fikiran orang Melayu.

Hanya, sejak kebelakangan ini, sokongan tersebut tidak lagi mutlak dan di beri tanpa persoalan. UMNO sepatutnya di sedarkan mengenai perkara ini terutama setelah mala petaka politik PRU 2008. Masaalah nya, UMNO tidak banyak sedar.

Pimpinan dan ahli nya berterusan memikirkan bahawa sokongan Melayu kepada UMNO adalah mutlak dan di beri tanpa syarat. Ini lah kesilapan asas UMNO yang menyebabkan parti UMNO eksyen. Pemimpin atasan eksyen, ketua bahagian eksyen, AJK bahagian angkuh, ketua cawangan sombong, ahli bongkak. Hanya kerana kita UMNO, kita nak buli orang lain. Lama sangat kena buli dan kena tekan, orang sudah ajar kita dalam PRU 2008. Nasib baik tidak kalah semua. Kalah teruk pun, seperti sudah kalah semua.

Masaalah kedua, ialah orang UMNO masih tidak sedar. UMNO semacam ada fikiran bahawa- tak mengapa, Melayu ni akan kembali kepada kita semua. Tengok lah.

Dua masaalah inilah yang menyebabkan UMNO eksyen. Eksyen sebab mereka berfikiran tidak perlu buat apa apa selain mengistiharkan mereka UMNO dan memikirkan sokongan Melayu datang secara otomotik. Maaf, TPM Muhyidin, jika dua kesilapan ini masih ada, UMNO itu di pandang orang ramai sebagai eksyen. Muhyidin macam pekak dari mendengar bahawa, sekarang ialah musim orang tidak sukakan UMNO lagi. Cakap pemimpin UMNO tidak di percayai, parti UMNO di perlekehkan, ahli UMNO di lihat tidak lebih daripada mamat penagih kontrak dan penerima imbuhan dan habuan. Kamu ingat kamu UMNO, maka kita ini semua berhutangkan kehidupan ini dengan kamu?

Tapi inilah sikap yang di pamirkan oleh UMNO keseluruhan nya yang menyebabkan orang kata parti UMNO eksyen. Mereka ingat kita ini berhutangkan hidup ini kepada mereka. Pada PRU 2008, majoriti orang Melayu telah berkata- pegi dah!.

Maka saya berharap apabila TPM Muhyidin berkata parti UMNO kita tidak esyen lagi, ianya bererti bahawa pimpinan dan ahli UMNO jangan take for granted yang orang Melayu akan sokong mereka secara otomatik.

Ianya tidak lagi otomotik. Sokongan tidak lagi datang bergolek dan secara mutlak dan tanpa syarat lagi. Tidak esyen, saya harap bererti pimpinan UMNO dan ahli UMNO sedar bahawa lebih banyak mesti di buat daripada hanya melaungkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, atau Melayu itu dan Melayu ini. Bagaimana kita mengurus dan menterjemahkan ABC perjuangan UMNO itulah sekarang ini yang menjadi pertimbangan dan di adili oleh orang Melayu.

UMNO eksyen jika ingat orang Melayu ini bapak mereka punya dan orang Melayu akan mesti dan wajib sokong UMNO kerana jenama UMNO itu sendiri. Realitinya, hari ini, orang akan sokong UMNO bila mereka mengadili perbuatan dan kemampuan UMNO berbakti kepada masyarakat.

Dulu, keadaan nya lain. Prinsip perjuangan Alif Ba Ta mampu meyakinkan bahawa UMNO adalah wadah yang terbaik untuk mencapai matlamat matlamat tersebut. Semenjak UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, saya tidak fikir ABC ini bertukar. Jadi saya tidak fikir pula, sokongan orang Melayu yang berkurangan kepada UMNO disebabkan orang Melayu sudah kurang atau tidak percaya kepada prinsip perjuangan asal UMNO. Prinsip2 terebut bersifat kekal.

Bahkan boleh pula kita katakan ABC tersebut ada bersifat sejagat yang di fikirkan oleh setiap orang Melayu dalam negara ini. Jika ia bersifat universal atau sejagat, ini bermakna, tidak ada mana mana parti politik pun yang bolehmendapat hak milik kekal keatas nya. Apa yang mereka ada, pada mana mana ketika dan masa, ialah hak milik sementara keatas prinsip tersebut. Tempoh pemilikan keatas nya bergantung keatas kecekapan dan kehandalan mana mana parti mengurus prinsip prinsip tersebut.

Kesilapan terbesar UMNO ialah berfikiran bahawa meraka ada hak milik kekal keatas prinsip perjuangan ini.

Jadi, di mana kita cari punca atau sumber penyebab penurunan sokongan Melayu kepada UMNO? Saya harap tidak ada orang UMNO bodoh sombong menidakkan atau enggan mengaku bahawa UMNO tidak lagi menjadi pilihan pertama orang Melayu sebagai wadah perjungan. Cuba kaji angka2 undian Melayu kepada UMNO dalam PRU ke 12 tahun 2008.

Setelah PRU 2008, UMNO nak kata mereka mewakili orang Melayu pun susah. Izinkan saya beri sedikit fakta.

Calun2 UMNO dalam PRU 08 telah mendapat 2.38 juta undi dari pengundi. Calun UMNO semesti nya semua Melayu. Namun undi kepada mereka bukan semua datang dari pengundi Melayu. Dari jumlah tersebut, kita tolak lebih kurang 380 ribu penggundi bukan Melayu sebab. Ini bermakna, calun2 UMNO yang semesti nya Melayu itu hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. Ahli kita sahaja sudah lebih dari 3 juta. Bererti calum UMNO pun di tolak oleh ahli UMNO dengan cara sama ada mereka tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi Melayu dalam PRU 2008 pula ialah 5.7 juta. Ini bererti 3.7 juta orang Melayu menolak calun UMNO dan menolak UMNO.

Bagaimana UMNO tanpa malu muka nak mengaku, mereka pejuang orang Melayu nombor satu? UMNO tidak berjaya meyakinkan ahli mereka pun.

Punca yang kita kena cari ialah bukan label orang itu liberal atau tidak liberal, tapi cari kenapa keyakinan orang Melayu termasuk ahli UMNO merosot?

Kes liwat DSAI : Amerika diminta campurtangan

Posted: 04 Aug 2010 01:21 AM PDT


Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi "semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas" dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

"Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir," kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal ... seterusnya