Ahad, 1 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pak Karim dan Liza

Posted: 01 Aug 2010 09:04 AM PDT

Pagi itu Liza seperti biasa ke perigi di belakang rumah untuk mandi sambil berkemban. Kak Timah telah pun pergi menoreh. Tuboh dara Liza yang putih melepak itu cuba seksi bila di baluti kain batik lepas. Liza baru berumor 18 thn.

Liza memulakan mandian beliau. Dari celah semak sepasang mata asyik memerhatikan pergerakkan Liza. Pak Karim merasa beruntung benar pagi itu. Rezeki dapat mengendap anak dara sunti mandi takkan di lepaskan begitu sahaja. ... seterusnya DI SINI

Isteri kurung suami 1 tahun

Posted: 01 Aug 2010 06:35 AM PDT

Seorang isteri bersama kekasihnya mengambil tindakan kejam dengan mengurung suaminya dalam sebuah bilik cuci selama 1 tahun, menurut sumber polis ... seterusnya DI SINI

Salahkah bercinta dengan suami orang?

Posted: 01 Aug 2010 01:28 AM PDT

Saya gadis berusia 25 dan empat tahun menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Dia baik, bertanggungjawab dan penyayang. Mengenalinya adalah anugerah terindah daripada Tuhan untuk saya.

Dia berusia 38 dan ini bermakna perbezaan usia kami 13 tahun. Namun itu bukan penghalang kami bercinta. Selama setahun, percintaan kami penuh rahsia tanpa pengetahuan isterinya dan keluarga saya, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hubungan kami dihidu isterinya.
seterusnya DI SINI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DS ANWAR BERJAYA `JAM' KAN JALAN SEJAUH 10 KM DI JOHOR

Posted: 01 Aug 2010 09:00 PM PDT

Kalau di Johor boleh jam 10 km, Di Terengganu kita akan jamkan seluruh negeri..

Oleh: notan

"Assalamulaikum,,.
Menarik untuk memperkatakan tindakan primitif UMNO melalui polisnya menyekat dan menghalang kelancaran ceramah PR di Johor.Malam semalam, ceramah DSAI dihalang di Johor dengan road block yang luarbiasa sehingga menyebabkan jalan jam sejauh 10 km.

Itu di Johor, negeri yang mempunyai ahli UMNO teramai dan negeri yang sudah lebih 50 tahun memberi kemenangan yang selesa kepada UMNO/BN. Yang keluar ke ceramah itu ialah orang Johor, bukan orang Serawak dan yang semakin ghairah untuk mendengar fakta dan angka mengenai isu isu utama negara itu ialah orang Johor, bukan orang Sabah.

Itu hakikatnya yang boleh dibaca dari peristiwa jalan jam tersebut dan ini bukan kali pertama berlaku di Johor. Ianya sudah menjadi fenomena sejak selepas PRU 12 lalu dan fenomena ini sudah lama berlaku di Terengganu. Menyekat ceramah dengan road block sudah tidak berlaku lagi di Terengganu tetapi orang Terengganu faham benar atas apa yang sedang berlaku di Johor sepertimana kisah bakar pos pilihanraya BN di Penang ketika PRU 12 lalu.

Rengkasnya, peristiwa yang pernah berlaku di Terengganu kini berjangkit di negeri negeri kubu kuat UMNO/BN. Tetapi yang menarik ialah ketika jalan jam di Johor, Dr.Badrul Amin sedang bercakap pada majlis ceramah yang diadakan di dataran Hj.Muda, Geliga Kemaman. Kerana itu orang orang Terengganu mendapat maklumat segera atas apa yang berlaku di Johor hasil dari hebahan Dr.Badrul Amin. Ketika inilah Dr.Badrul yang pernah ada pengalaman disekat di Terengganu dulu bertanya hadirin, kalau di Johor sekarang boleh jam 10 km, bagaimana kalau ceramah PR di Terengganu di sekat dengan cara yang sama?

Orang orang Terengganu sudah lali dengan sekatan sebegini dan polis juga sudah tidak segarang dulu lagi di Terengganu. Polis sudah tidak lagi menyembur gas pemedih mata, sudah tidak lagi menembak orang seperti menembak kambing dan polis juga sudah tidak lagi menyekat ceramah PR baik dengan cara tidak meluluskan permit atau mengadakan road block. Kenapa? Sebabnya seperti kata Dr.Badrul Amin, kalau di Johor boleh jam 10 km, di Terengganu kita akan jamkan seluruh negeri sekiranya ceramah PR diganggu seperti gangguan di Johor.

Kepada orang orang yang pernah memperlekehkan kekalahan PR di Terengganu sewajarnya menilai fakta ini sebelum begitu cepat memperlekehkan kekalahan ini dan kepada orang orang yang suka memperkecilkan ceramah PR, tolong ambil perhatian dengan semua peristiwa ini kerana ini adalah fakta bukannya rekaan semata mata./Tranungkite

UMUM HARTA - MENGAPA HISHAMUDDIN HARUS TAKUT?

Posted: 01 Aug 2010 07:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SAYA tertarik dengan cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim yang mahukan anggota Kabinet mengistiharkan harta mereka kepada umum. Beliau merujuk kepada saranan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiaga sebelum ini. Baca di sini.

Seperti yang dijangka, tentunya cadangan seperti ini tidak menyenangkan sesetengah pemimpin Umno dan salah seorangnya adalah Naib Presiden Umno sendiri iaitu Datuk Seri Hishamuddin. Beliau berkata cukup sekadar diumumkan senarai harta anggota Kabinet kepada bos mereka iaitu Najib. Apa ertinya jika diserahkan kepada Najib? Sedangkan semua tahu dan kenal Najib yang penuh diragui kredibilitinya itu. Harta Najib pula mahu diumumkan kepada siapa ?

Sekiranya mereka tahu harta yang mereka miliki itu datangnya dari punca yang bersih dan halal, mengapa perlu takut? Sampai bila pemimpin Umno mahu berani untuk menunjukkan ketelusan mereka? Apakah dengan hanya menuduh pemimpin pembangkang yang tidak telus maka mereka boleh dikatakan telus?

Datuk Hishamuddin nampaknya sentiasa bimbang kepada bayang-bayang sendiri. Sepatutnya beliau menyokong penuh cadangan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut. Beliau juga menentang cadangan Karpal Singh yang mahu hukuman mati dikenakan kepada pesalah rogol kanak-kanak. Alasannya, seberat mana pun hukuman diberikan tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, apa cara penyelesaiannya yang beliau boleh cadangkan? Tiada apa pun. Maka, haruskah dibiarkan sahaja jenayah ini berleluasa? Atau, perlukah diadakan lagi Sekolah Rendah Mangsa Rogol pula sebagaimana impian Kerajaan Melaka yang mahu dirikan Sekolah Mengandung itu?

Jika Perundangan Islam pun pemimpin Umno tidak mahu laksanakan, cadangan dari Karpal Singh ini pun dipandang remeh oleh mereka, apa lagi yang kita boleh harapkan dari Umno untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa ini? Nampaknya murid-murid awal persekolahan sehingga ke peringkat tinggi pun menjadi mangsa jenayah seperti ini termasuk masalah sosial yang semakin serius. Apa Kementerian lakukan untuk mengatasi masalah ini? Muhyiddin tidak mampu untuk menjaga pelajar-pelajar ini dan kebanyakannya adalah Melayu berugama Islam. Kerja Muhyiddin adalah menghentam Pembangkang setiap hari, hinggakan tanggungjawabnya di Kementerian langsung diabaikan.

Inikah wajah pemimpin Melayu yang boleh kita harapkan lagi untuk membela nasib orang Melayu? /wfauzdin.blogspot.com

DIALOG - IBRAHIM ALI DIASAK, CABUT AWAL

Posted: 01 Aug 2010 05:00 PM PDT

Ibrahim Ali pertahan PERKASA tidak rasis
Salhan K Ahmad

Ogos 1, 10

Datuk Ibrahim Ali tampil ke satu sesi dialog di satu persidangan pemimpin pelajar hari ini bagi mempertahankan bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang diterajuinya bukanlah satu kumpulan rasis.

Bagaimanapun, penjelasannya itu nampaknya tidak begitu meyakinkan kira-kira 600 orang pelajar yang hadir apabila soalan demi soalan diajukan bertalu-talu kepadanya.

Program dialog tersebut merupakan antara tarikan utama dalam persidangan selama dua hari, berakhir hari ini, anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).

Antara soalan yang diajukan daripada seorang pelajar jurusan kewartawanan yang mahu Ibrahim menjelaskan mengapa pemimpin PERKASA tidak diheret ke penjara bawah undang-undang ISA, atas kenyataan didakwa rasis yang dikeluarkan mereka.

Tidak cukup dengan itu, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas juga terpaksa menadah serangan daripada dua lagi anggota Dewan Rakyat -- Khalid Samad dan Khairy Jamaluddin yang berkongsi pentas dengannya.

Beliau juga mengumumkan bahawa Khairy bukan lagi "anaknya", biarpun beberapa minit sebelum itu Ibrahim menganggap Khairy demikian.

Dengan nada berjenaka, Ibrahim sebelum itu berkata, beliau menganggap Khairy sebagainya anaknya disebabkan ketua pemuda Umno itu kini baru berusia 34 tahun, namun beliau sudahpun mencecah usia 59 tahun.

Katanya lagi, beliau juga telah dua kali ditahan bawah ISA malah merupakan seorang pemimpin pelajar yang lantang memperjuangkan nasib rakyat ketika Khairy belum lahir lagi.

Katanya lagi, setakat ini belum ada apa-apa laporan polis dibuat ke atas pertubuhan itu dan PERKASA hanya memperjuangkan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan.

"Tapi adakah kenyataan yang kami keluarkan supaya (kerajaan) mengabaikan hak orang lain?," soalnya.

Malah, beliau juga berkata faktor keselamatan negara perlu diutamakan supaya peristiwa berdarah 13 Mei tidak lagi berulang.

Perkara tersebut diulangnya beberapa kali, yang mengundang cemuhan daripada Khairy.

Khairy berkata, para pelajar kini tidak lagi boleh dimomokkan dengan undang-undang ISA dan peristiwa 13 Mei dan mereka telah berani bercakap soal melibatkan isu kaum dengan berkeyakinan.

Khairy ketika menjawab soalan berkenaan juga berkata beliau tidak ingin memanjangkan lagi isu di antara beliau dengan PERKASA.

Katanya, dalam kedudukannya sebagai ketua pemuda Umno, beliau membuat percaturan politik yang berisiko besar apabila mengambil pendekatan inklusif dalam menghadapi soal isu kaum.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan Ibrahim sebelum ini bahawa beliau tidak dapat mempertahankan seorang setiusaha politik perdana menteri, Datuk Nasir Safar.

Nasir didakwa telah mengeluarkan kenyataan perkauman apabila menyifatkan kaum bukan Bumiputera sebagai pendatang.

Namun, jelas Khairy, tindakan itu sememangnya tidak dapat dipertahankan dan beliau telah membaca transkrip ucapan tersebut yang "sememangnya rasis."

Istilah "pendatang" tidak lagi boleh digunakan ke atas golongan bukan Melayu dan bumiputera kerana mereka sememangnya telah dibesarkan dan dibesarkan di negara ini, kata Khairy lagi.

Bagaimanapun, Ibrahim kemudiannya bingkas mempertahankan dirinya dan berkata, dakwaan bahawa Umno lemah tidak ada kena mengena dengan kegagalannya mempertahankan Nasir Safar.

Namun, ini disebabkan kelesuan pemuda Umno dalam mendepani isu-isu semasa melibatkan negara.

"Pemuda Umno bukan lemah disebabkan tidak defend (pertahan Nasir Safar), tapi disebabkan Pemuda Umno memang lemah," katanya.

Tanpa diduga, Ibrahim juga sempat mengambil peluang untuk menyindir Khairy berhubung dakwaan hubungannya dengan aktres jelita Maya Karin.

Perkara tersebut tidak diendahkan oleh Khairy yang sekadar tersenyum dan memulangkan semula paku buah keras kepada "bekas ayahandanya" itu.

Katanya, beliau lebih suka mempertahankan idea yang dipegangnya pada usianya sekarang, berbanding pandangan yang dipegang Ibrahim pada usia 59 tahun.

"Anda kata sebab tak ada laporan polis (bermakna PERKASA tidak melakukan kesalahan). Tapi hanya sebab tidak ada laporan polis, tidak bermakna anda tidak rasis," kata Khairy lagi.

Ibrahim kemudiannya turun dari pentas, dengan alasan untuk memulakan perjalanan ke Seremban bagi satu program PERKASA, sementara Khairy menyambung dialog bersama seorang lagi ahli panel Khalid Samad./Malaysiakini

KEPUTUSAN POLL - MAJORITI ANGGAP NAJIB PENIPU RAKYAT

Posted: 01 Aug 2010 01:09 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

Blog ini telah mengadakan Poll berkaitan kenaikan harga Petrol, Diesel, Gula dan Gas yang telah diumumkan oleh Najib. Adakah pengumuman itu disenangi oleh kita khususnya pengunjung blog ini? Setakat 01 Ogos 2010, seramai 1, 207 pengunjung telah mengundi, dengan tajuknya, "NAJIB MENYEBUT DENGAN KENAIKAN HARGA PETROL, DIESEL, GULA DAN GAS ADALAH UNTUK KEBAIKAN RAKYAT. PENDAPAT ANDA ?"

Keputusan Poll yang diperolehi adalah seperti berikut:

Najib Menipu Rakyat - 85 %
Sangsi Dengan Najib - 9 %
Najib Bercakap Benar - 5 %
Berkecuali - 1 %

Oleh yang demikian, 85 % pengunjung blog ini menganggap Najib telah menipu rakyat. Hanya 5 % yang percaya kepada Najib dan 9 % lagi merasa ragu-ragu dengan alasan Najib. /wfauzdin.blogspot.com

GANAS..GANAS...DAN GANAS !!!

Posted: 01 Aug 2010 10:08 AM PDT

Upacara anti-ISA dihalang polis, 29 ditangkap
Ogos 1, 10


Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!" manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut

Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.

Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.

Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee.

Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah.

Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.

Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.

"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.

Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.

Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.

"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.

Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.

Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.

Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.

Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.

Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram./Malaysiakini

LING LIONG SIK BOLEH TIDOR LENA - ZAID IBRAHIM

Posted: 01 Aug 2010 07:00 AM PDT

Zaid Ibrahim: Tun Ling Boleh Tidur Dengan Selesa

Bila saya baca pertuduhan terhadap Tun Dr Ling Liong Sik bahawa dia telah menipu Kabinet mengenai harga tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk projek PKFZ, saya tidak tahu sama ada patut menangis atau ketawa.

Ini mungkin kali pertama di dunia di mana seorang bekas menteri — seorang individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan — telah dikenakan tuduhan sedemikian. Tetapi di Malaysia, semua boleh.

Mengikut pertuduhan, tanah seluas 1,000 ekar itu bernilai RM25 satu kaki persegi. Tetapi pendakwa akan membuktikan yang Tun Ling tidak memberitahu Kabinet Malaysia bahawa harga itu termasuklah kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setiap tahun untuk tempoh pembayaran ansuran selama 15 tahun berdasarkan kaedah deferred payment (bayaran tertangguh).

Kononnya, Tun Ling telah menipu Kabinet, kerana perjanjian yang telah difahamkan adalah bahawa RM25 skp itu termasuklah faedah yang dikenakan. Namun, Ling telah meminta kelulusan Kabinet untuk membeli tanah itu pada kadar RM25 skp DAN juga membayar faedah 7.5 peratus yang dipersetujui.

Sebenarnya, Tun Ling tahu bagaimana mengatasi pertuduhan ini dengan mudah sekali. Sebab itulah dia nampak tersenyum dan relaks sahaja.

Saya berasa sedih kerana skandal melibatkan wang rakyat ribu juta ini dimain-mainkan oleh kerajaan.

Saya ingin menujukan beberapa soalan mudah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka menteri yang senior, dan malah, Najib berpangkat timbalan menteri pada masa itu.

Jadi, jawab lah.

Pertama: Projek ini diluluskan di bawah pentadbiran Tun Mahathir pada tahun 2002 atas kepercayaan yang ianya boleh untung besar tanpa duit kerajaan (self financing) dan tidak memerlukan perbelanjaan Kerajaan. Senario yang kini wujud adalah satu bebanan kepada rakyat yang dianggarkan mencecah RM12 ribu juta - bagaimanakah situasi sebegini berlaku?

Kedua: Kabinet pada awalnya meminta tanah 1,000 ekar itu diambil alih melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 pada kos RM10.16 skp. Adakah patut tanah itu dibeli dengan harga RM25 skp jauh dari harga pasaran, termasuklah caveat dan cagaran?

Ketiga: Surat Sokongan (letters of support) oleh Tun Ling dan bekas timbalan presiden MCA Chan Kong Choy untuk kontraktor KDSB yang dikeluarkan tanpa kebenaran ataupun kelulusan Kementerian Kewangan. Bahkan Peguam Negara juga tidak terlepas butiran ini. Mengapakah Kabinet telah memberi kelulusan secara retrospektif terhadap perkara ini dan meluluskan kos dan perbelanjaan projek tersebut yang kini melambung kepada RM4.6 ribu juta?

Kalaulah sudah dihalalkan segala kepincangan, legal violations, cost overruns dan memberikan kelulusan untuk projek tersebut, mengapakah harga sebenar tanah tersebut masih tidak diketahui?

Mustahil Kabinet tidak tahu yang pembayaran tanah itu adalah secara beransur (deferred payment) selama 15 tahun. Takkan menteri-menteri yang pintar tak sedar bahawa bila ada deferred payment, faedah tentu akan dikenakan?

Mustahil harga tanah sebenar tidak boleh dinilai, dan mustahil laporan Valuation Department tidak dikembarkan dalam Kertas Kabinet PKFZ!

Pada pendapat saya, Tun Ling boleh tidur selesa dan tidak perlu kecewa walaupun Chan Kong Choy tidak dituduh.

Tun Ling pun tidak sihat, jadi mesti banyak berehat; tetapi peguam peguam beliau sudah tentu bersedia.

Agaknya, ini akan jadi seperti kes Perwaja lagi wahai rakyat!

(zaiduntukrakyat.com)

UMNO TELAH LAMA LAKUKAN, DAP BARU MAHU CADANG

Posted: 01 Aug 2010 05:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMENJAK bila Umno bersungguh pertahan hak orang-orang Melayu? Sudah berapa banyak hak orang-orang Melayu terhakis oleh tangan Umno. Jadi, usahlah Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno mahu beri amaran pada seorang pemimpin DAP yang baru buat cadangan tentang diskaun pemilikan tanah orang Melayu di Selangor. Jika DAP baru buat cadangan, Umno lebih awal melaksanakan banyak penghapusan hak orang-orang Melayu.

Cuba sebutkan satu usaha DAP yang telah pun menghakis hak orang-orang Melayu. Penghapusan tulisan Jawi suatu ketika usaha DAP kah? Pengurangan semakin banyak tanah rezab orang-orang Melayu, usaha DAP juga kah? Menarik kembali bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan banyak SAR bungkus tikar, usaha DAP kah? Satu kumpulan yang menaikkan sepanduk menghina Raja Melayu seperti di Terengganu dengan kata-kata `Kami Mahu Deris, Natang', dan berhimpun depan Istana, adakah itu anjuran DAP?

Sekarang ini, kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang tentunya menaikkan sekaligus barang keperluan amat menyusahkan rakyat yang miskin. Rakyat yang miskin ini majoritinya kaum mana? Tidakkah Melayu ramai yang miskin? Di mana hak Melayu yang dibela itu? DAP kah yang berkuasa berbuat demikian? Sebenarnya tidak terlarat untuk menyenaraikan pengkhianatan Umno kepada bangsa Melayu, apatah lagi kepada agama Islam. Jika DAP hanya bersuara, belum tentu dilaksanakan, Umno lebih dahsyat lagi kerana mereka telah pun melaksanakan pengkhianatan tersebut.

Oleh yang demikian, Ahmad Maslan perlu buka sejarah perjuangan Umno semula. Lihat, banyak mana Umno telah khianat kepada orang Melayu. Lihat banyak mana pemimpin Umno mengaut keuntungan dari dasar Umno untuk diri masing-masing. Lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang kerajaan, lihat sejauh mana kedudukan orang-orang Melayu sekarang. Justeru itu, sudah sampai masanya PAS mengambil alih peranan Umno bukan untuk perjuangkan nasib Melayu sahaja, bahkan memperjuangkan Islam yang menjamin hak semua kaum dan agama./wfauzdin.blogspot.com

PERANGAI MENGALAHKAN PENJAJAH - CHUA JUI MING

Posted: 01 Aug 2010 01:36 AM PDT

Kekerasan FRU, Chua Anggap Langkaui Polis Zaman British

Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Chua Jui Ming menyifatkan tindakan Polis menyerbu ceramah Pakatan Rakyat di Rengit, Batu Pahat mengesahkan betapa negara ini sudah menjadi negara polis.

Ia berikutan sekurang-kurangnya 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas ceramah dan menghalau ribuan rakyat daripada mendengar ceramah itu.

Serbuan pula dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di pentas itu.

Bercakap kepada TV Selangor, Chua Jui Meng kecewa dengan tindakan zalim pimpinan UMNO-BN yang memperalat politik demi menafikan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.

Beliau menganggap perkembangan ini membuktikan UMNO di Johor semakin kalut dan panik dengan kemaraan deras Pakatan Rakyat di Johor.

Katanya, tindakan polis pula melampaui batas dan melangkaui gelagat penjajah Britih pada masa lalu.

"Saya kesal sama sekali. Negeri ini dulu ada demokrasi di Johor. Pada zaman penjajah British, (Datuk) Onn Jaafar mengumpulkan orang-orang Melayu di Johor di Batu Pahat pada 1946. Polis di bawah penjajah British tidak menghalang, tidak memerintah mereka bersurai, tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka.

"Akan tetapi, bawah UMNO sekarang yang korup dan angkuh, mereka tidak benarkan walhal Brirish sebagai penjajah memberikan laluan kepada orang Melayu berhimpun di Batu Pahat.

"Kali ini, di Batu Pahat juga kumpul beribu-ribu orang tidak dibenarkan dan diancam dengan FRU yang begitu ramai," katanya ketika dihubungi.

Beliau menganggap kekerasan polis, ditambah pula cengkaman terhadap institusi mahkamah menyukarkan mereka mengambil tindakan balas tetapi pimpinan parti tidak patah semangat dalam membela rakyat.

"Panel peguam kita akan ambil tindakan mahkamah, mengapa di markas PAS juga perhimpunan aman dilarang sama sekali? Malah diancam dengan kekerasan FRU. Kita akan bawa perkara ini ke muka keadilan.

"Kita tahu mungkin susah tetapi kita mahu tunjuk kepada rakyat, ini bukan negara demokrasi lagi. Tidak ada kedaulatan undang-undang, polis tidak dibenarkan bertugas secara profesional, secara berkecuali dalam hal politik," katanya.

Sungguhpun begitu, Chua Jui Ming percaya kekerasan polis hanya membakar semangat untuk menumbangkan UMNO pada pilihan raya umum akan datang, sekalipun parti pemerintah itu masih taksub dengan mitos bahwa Johor adalah kubu kuat yang tidak mungkin tumbang.

"Bagi Pakatan Rakyat dan PKR di Johor, ini akan menambahkan keinginan kita untuk menjatuhkan kerajaan yang sudah terdesak ini di Johor," katanya lagi./TVSelangor

`FIRAUN BESAR' YB ZUL CIPTA SLOGAN BARU ?

Posted: 01 Aug 2010 12:00 AM PDT


Satu Islam Aqidah Di Daulatkan , Syariat Di Martabatkan

Sapa -sapa yang bukan blog zul nordin sudah tentu tertanya-tanya tentang slogan ini. memandangan penulisan beliau dalam blog berkenaan penuh dengan prejudis dan subjudis terhadap DAP.

Jika Akidah nak didaulatkan ...adakah melalui seorang diri sahaja...bolehkah terlaksana. Jika nak martabatkan syariaat bolehkah UMNO dijadikan rujukan ..walaupun YB Zul BEBAS tapi perwatakan YB Zool tetap mesra UMNO yang jelas menolak syariaat dan perundangan Islam.

Ucapan-ucapan dan kata-kata YB Zool jelas menunjukkan YB Zool seorang yang berfahaman kebangsaan bukannya pejuang Islam yang tulin. Jika benar nak bela Islam sepatutnya apa yang ditulis dalam blog saudara perlulah menulis dan menegur apa yang kerajaan buat sekarang tak betul.

Kenaikan harga barang , isu akhlak budak sekolah yang tak terbendung, masalah remaja hamil awal, isu remaja islam yang lebih pentingkan dunia hiburan, artis-artis kita yang tak ada sapa yang nak tegur dari segi pakaian, isteri menteri yang tak bertudung, ...kalau nak tegakkan syariaat inilah masanya..wahai YB Zool...jangan asyik nampak kuman disebelah sahaja..tapi gajah depan mata buat tak nampak.

Jangan tonjolkan kebodohan anda dikacamata masyarakat bukan melayu. Sebenarnya apa yang saudara nak. Adakah saudara dah bertanya pada alim ulamak soal perkauman diharuskan atau tidak . Adakah sauadara rasa hanya melayu UMNO sahaja yang layak perintah Malaysia. Melayu PAS, PKR,DA bodoh2 belaka.

Seperti kata Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dalam satu wawancara...PAS lebih pandai jaga melayu dari UMNO. PAS akan jaga melayu dunia dan akhirat...UMNO hanya dekat pintu kubur sahaja.

Pikir-pikirkanlah ya. Slogan sudara akan lebih tepat jika ditulis...Satu Melayu Didaulatkan ....Bukan Melayu dikesampingkan...jika pendirian saudara terhadap DAP begitu kesumat.

Kenapa saudara tak tegur UMNO yang berpakat dengan MCA yang dipimpin oleh seorang Presiden yang ada skandal seks. Pikir-pikirkanlah wahai saudara zul nordin...MP Kuli Baru.

Sumber: Detikdaily

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Paderi Amarika Rancang Bakar Al-Qur'an Besar-Besaran

Posted: 01 Aug 2010 11:16 PM PDT

"We believe that Islam is of the devil, that it's causing billions of people to go to hell, it is a deceptive religion, it is a violent religion and that is proven many, many times,"

Paderi Terry Jones, penulis buku 'Islam is of the evil' berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.

Kumpulan 'Dove World Outreach Center of Gainesville' di Florida, dalam laman Facebooknya berkata ia akan mengadakan satu 'Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa' pada setiap 11 September, lapor AFP semalam.

Tindakan itu dijangka mengundang ancaman daripada kumpulan-kumpulan Islam dan amaran bahawa ia boleh meningkatkan kes berlandaskan kebencian.

Ia meminta kumpulan-kumpulan agama lain untuk menyertai rancangannya itu, dalam usaha bersatu dalam perjuangannya untuk 'menentang amalan jahat Islam,' katanya menurut laporan agensi berita itu lagi.

'Islam dan undang-undang syariah bertanggungjawab atas 9/11,' kata paderi kumpulan itu, Dr Terry Jones, kepada AFP.

Paderi sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu.

Gereja sama turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa 'Islam is of the evil'.
LIHAT KENYATAAN PADERI TU KAT SINI

Berita Terbaru(29 Di tangkap)

Posted: 01 Aug 2010 09:07 AM PDT

Upacara anti-ISA dihalang polis, 29 ditangkap

Kerja keras, 1 Ogos Pasukan FRU menggempur Himpunan Warga Felcra di Perak dan Himpunan Mansuhkan Isa di seluruh negara, tahniah kepada BN yang tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa polis untuk menghalang program Pakatan Rakyat .

21 Syaaban 1431H.

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!" manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut

Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.

Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.

Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee.

Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah.

Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.

Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.

"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.

Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.

Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.

"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.

Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.

Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.

Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.

Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.

Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram.

Malaysiakini/-

iklan
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

Untuk Peringatan Bersama

Posted: 01 Aug 2010 08:08 AM PDT

Sempena bulan ramadhan tidak lama lagi sebagai blogger muslim,saya percaya ramai antara kita yang mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal dan menambahkan pahala.
 Antara salah satu cabang pahala ialah memperbanyakkan artikel agama dan nasihat.Dalam masa yang sama hendaklah kita berhati-hati sebelum menyiarkan atau menyebarkan sebarang tafsir dan hadis Rasulullah sebelum dapat dipastikan hadis itu bukan hadis palsu.
maklum sajalah zaman ini banyak juga buku-buku bercorak agama yang ditulis oleh penulis-penulis yang tidak berautoriti yang mengandungi maklumat-maklumat yang tidak tepat.


Jangan sampai kita menjadi agen penyebar hadis-hadis palsu,wallahua'lam

Sabda Rasulullah s.a.w

Sesiapa yang berbohong keatasku dengan senghaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka.
(Hr Bukhari dan Muslim)

90% Kes Rogol Babitkan Melayu Islam(Ni ke berat Ni)

Posted: 01 Aug 2010 12:14 AM PDT



-Merenung Sejenak-

KOTA BARU, 31 Julai – Scara purata setiap tahun sejak lima tahun kebelakangan ini, sebanyak 1,800 kes rogol dilaporkan di negara ini dengan 90 peratus daripadanya membabitkan golongan Melayu, kata penganalisis jenayah kebangsaan, Kamal Affandi Hashim.

Bagaimanapun, beliau berkata meskipun 90 peratus daripadanya merupakan golongan Melayu tetapi ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan golongan itu yang berani tampil melaporkan kes rogol yang berlaku terhadap diri mereka.

"Ada yang memandang negatif apabila kes rogol yang melibatkan golongan Melayu mencatatkan peratusan paling tinggi."Sedangkan masyarakat perlu mengetahui bahawa jumlah peratusan yang tinggi itu adalah kerana keberanian golongan Melayu yang bersedia melaporkan sebarang kes rogol yang berlaku tidak kira membabitkan ahli keluarga atau diri sendiri yang secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan kes rogol yang dicatatkan adalah membabitkan golongan itu," katanya kepada pemberita selepas Program Bengkel Keselamatan Diri di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Baca lagi disini

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Hishammuddin: Isytihar harta kepada umum tak sesuai

Posted: 01 Aug 2010 10:33 AM PDT



KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan untuk meminta semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Beliau berkata apa yang dilakukan pada masa ini di mana semua anggota Kabinet mengisytiharan harta mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memadai.

"Saya isytihar harta saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan saya berpendapat ianya sudah memadai.

"Bagaimanapun, sebarang gesaan seperti itu yang membabitkan dasar kerajaan perlu dibincangkan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita selepas menutup Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohammed yang berhasrat untuk meminta semua anggota kabinet mengisytiharkan harta kepada umum.

Pada Sabtu, Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. - bernama

Aku cuma nak kata:

Datuk Seri Hishammuddin kata cadangan supaya semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan. Mengapa tidak sesuai ?, tidak pulak diberi tahu. Ada kah tidak sesuai itu sama dengan tidak relevan. Macam pernah dengar aja......

Mungkin takut rakyat tahu mereka banyak harta. Takut rakyat tadah tangan mintak sikit harta mereka sebab subsidi untuk rakyat pun mereka dah tarik sedikit demi sedikit.


Entah macam mana dalam mencari bahan, pakcik google bagi aku artikel seperti dibawah. Walau pun cerita dah lama, tapi jangan lupa pulak, kalau tak ada yang lama tentu tiada yang baru. Kan!...kan!....kan!.


Rasuah & penyelewengan Hishamudin Tun Hussein tak dapat disorokkan lagi
Thursday, September 08, 2005.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamudin Tun Hussein telah membolot saham bernilai RM25 juta yang diperuntukan khas untuk Bumiputera. Hishamudin juga didakwa memiliki saham syarikat pembinaan bernilai lebih RM30 juta, sementara kaum keluarganya turut mendapat tender kerajaan bernilai RM1 bilion.

Azmin mendedahkan, Haris Tun Hussein, adik Hishamudin telah mendapat kontrak pembinaan lebuhraya Duke yang menghubungkan antara Hulu Kelang dan Jalan Duta bernilai RM1 bilion.

Selain itu, kata Azmin, Hishamudin juga memiliki sebuah kereta pacuan empat roda berjenama Hummer keluaran General Motor (GM) dengan nombor pendafataran JEN 8, berharga hampir sejuta ringgit. Kenderaan itu sahaja berharga RM960,000 dan hanya terdapat tiga buah sahaja di Malaysia ketika ini, kata Azmin.

Menurutnya, inilah orang yang bercakap tentang semangat DEB dan menuntut 30 peratus saham untuk bumiputera.

Azmin mencabar Ketua Pemuda Umno itu untuk menafikan tuduhan beliau dalam masa 30 hari atau meletak jawatan.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Skandal PKFZ: Tangkapan hanya Sandiwara PRU13?

Posted: 29 Jul 2010 09:20 AM PDT


Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya, semalam bagi menghadapi tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – utusan / hanafi khamis

Apabila Tun Dr. Ling liong Sik didakwa di mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, aku langsung tidak merasa terkejut. Hanya media pro kerajaan saja yang melebih lebih terkejut nya dengan tangkapan yang juga dianggap seorang yang berprofil tinggi. Tinggi apa benda nya?. Beliau cuma bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden MCA. Kalau masa beliau masih dalam jawatan tersebut, baru lah betul berprofil tinggi.

Dari persepsi aku, mengapa tangkapan ini berlaku ?

1. Sudah pasti untuk membuktikan bahawa kerajaan telus dan tidak memilih bulu. Inilah peluru kepada BN untuk menyerang balas sebarang tuduhan bahawa DS Najib tidak komited untuk memerangi rasuah.

2. Sudah terlalu banyak skandal yang tidak boleh ditutup bau busuk nya. Mau tidak mau tindakan perlu diambil untuk mengurangkan 'damage' dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir.

3. Kerajaan pimpinan DS Najib sebenar nya semakin tidak popular dan dibenci. Kenaikan harga minyak dan gula semakin membuat rakyat benci kerana bukan saja harga naik tapi juga rasa ditipu dengan istilah yang ramai rakyat tidak faham. Oleh itu penangkapan dan dakwaan terhadap 'jerung yang dah tak ada gigi' ini diharap dapat lah sedikit sebanyak mengalih perhatian rakyat.

4. Tun Dr. Ling dituduh menipu Kerajaan Malaysia. Siapa ketua kerajaan masa itu?. Mengapa orang boleh kena tipu?. Sama ada penipu itu orang pandai dan yang kena tipu itu bodoh? atau bersetongkol?. Mungkin ada orang sudah bosan dengan bekas ketua yang masih lagi nak bercakap walaupun sudah tidak jadi ketua. Sendiri fikir lah.

5. Kemelut PKFZ akan hilang dari pantauan dan diperkatakan umum, seperti kes-kes yang lepas, bahawa sebarang perbincangan kes sebelum dan semasa mahkamah bersidang adalah dianggap bersalahan, kerana perbincangan rakyat akan menjejaskan sebarang penghakiman mahkamah. Itu lah nanti alasan yang digunakan.



.....dan agak agak apa kesudahan nya ?

1. Perbicaraan akan berlarutan sehingga lepas PRU13. Kalau BN masih menang, Tun Dr.Ling akan bebas. Alasan boleh bagi macam macam sebab tak ada sesiapa boleh mempertikaikan hakim, nanti akan di tuduh menghina mahkamah. Ada sesiapa masih ingat kepada kes Perwaja yang melibat kan mendiang Eric Chia. Akhir nya Eric Chia lepas dan duit yang hilang tak tahu siapa yang ambil. Begitu juga dengan kes Perlantikan hakim (Video V.K Linggam @ Correct, correct, correct). Bila saksi dipanggil beri keterangan, senang saja jawab "saya lupa".

2. DS Anwar Ibrahim meminta supaya jemaah menteri masa itu juga disiasat. Beliau menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian. Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Buat lah andaian sendiri. Aku tak nak kata apa apa.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

kalam Perantau

kalam Perantau


RM400 ribu jokong emas pertama Kelantan

Posted: 01 Aug 2010 11:00 PM PDT

TANAH MERAH, 23.Julai, Biarpun Kelantan ditekan dari mendapat sumber dari kerajaan pusat dalam pelbagai bentuk dan terbaru tuntutan royalti minyak yang dinafikan haknya tidak mematahkan semangat kerajaan negeri dalam usaha mencari sumber pendapatan lain seperti hasil balak dan terbaru hasil dari sumber galian emas.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kelantan dianugerahkan dengan pelbagai sumber termasuklah perlombongan emas yang diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan Syarikat dari China CNMC Goldmine Limited.

Turut hadir dimajlis perasmian jokong emas pertama tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Gual Ipoh Wan Yusuf Wan Mustapha dan Pengerusi Eksekutif PKINK Sabri Abdullah.

Nik Abdul Aziz juga berkata biarpun Kelantan dinafikan hak untk mendapatkan hak sebanyak 5 peratus dari hasil royalti minyak yang dkeluarkan dari perairan milik negeri ini, namun ia tidak mematahkan usaha untuk menuntut hak tersebut termasuklah melalui tindakan Mahkamah.

" Kini Alhamdulillah, Kelantan telah dianugerahkan sumber galian dari perut bumi dan dengan sedikit hasil ini ia boleh digunakan untuk menafaat rakyat negeri, semoga Allah meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri Kelantan"ujar beliau.

Buat Kali pertama jokong emas di Kelantan dapat dihasilkan dengan berat 2.975 kg yang dianggarkan bernilai RM400 ribu dihasilkan di dalam tanah seluas 975 hektar bermula enam tahun lalu.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Lin Xian Xiong berkata jokong emas tersebut diproses terus di kilang yang dibina di kawasan tersebut.

Pihaknya telah memulakan usaha hampir enam tahun dan Kelantan telah dapat mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama ia diproses dalam bentuk jokong dan memudahkan pemasarannya.
"Kawasan ini telah dipajak dari kerajaan Kelantan dan kita perlu membayar sejumlah 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri dan 3 peratus kepada PKINK"ujar beliau.

Syarikat pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun.

Bagi Pengerusi Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah ketika ditemui berkata PKNIK telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut dan PKINK hanya terlibat dalam memantau penggunaan kawasan yang diperuntukkan tersebut dan dari segi sumber kewangan ia tidak terlibat" kata beliau.

" Dalam memastikan syarikat ini mengikut kehendak kerajaanm, PKINK telah menempatkan beberapa pegawai agar dapar memantau operasi perlombongan disampin ia juga dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar agar hutan di sekeliling kawasan perlombongan tidak dicerobohi


Ku Li: General election date depends on Sarawak polls results

Posted: 01 Aug 2010 07:48 PM PDT

By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, July 18 — All eyes are on the upcoming Sarawak state elections as its outcome will determine when the next general elections will be held, according to Tengku Razaleigh Hamzah.

The veteran politician believes that a convincing Barisan Nasional (BN) victory in the Sarawak state elections, slated to be held before July 2011, will hasten the 13th general elections to within the first few months of 2012. But if the Sarawak BN state government fails to retain its two-thirds majority, or loses, the general elections will only be held in late 2012.

"If Sarawak BN does well, the next general elections will be held early in 2012. But if the results are unfavourable to BN, whereby it fails to regain a confident two-thirds majority in the state assembly or loses the state, then I think elections will be held late 2012," Tengku Razaleigh told The Malaysian Insider in an exclusive interview.

The Kelantan prince popularly known as Ku Li said that retaining Sarawak is crucial for BN because it would be the tipping point for the federal coalition's hold on federal power.

"It really depends on the outcome of Sarawak. If the results goes against Barisan, we are done for. If the win is not in favour of BN, like retaining control in Sarawak (with a simple majority) then this will affect Sabah," said the Gua Musang MP.

It is understood that Sarawak Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud himself will be leading the charge come the state elections, despite repeated calls for the veteran politician to step down as head of the state government.

"Taib is going to stand again. He is going to lead Sarawak BN into the elections," claimed the former Umno vice-president.

He said that the mood or sentiments on the ground was a signal that would determine the date of elections.

"You have to determine the date of elections based on the feelings of the people on the ground, or the economic climate of our country.

"Public reaction is the best yardstick, look at the results of the last few by-elections. Going by Hulu Selangor, BN was happy. They were shocked when the Sibu results came out," said Tengku Razaleigh.

The former finance minister told The Malaysian Insider that DAP's win in Sibu had forced BN to abandon their plans of having an early nationwide elections and Sarawak state elections simultaneously.

"I think they were planning to have the general elections simultaneously with Sarawak state elections if they had won Sibu. BN had indicated that having general elections together with Sarawak would be a better move.

"That was their game plan, when they lost Sibu, they decided not to proceed with the plan," added Tengku Razaleigh.
DAP won the Sibu parliamentary seat recently in a surprise upset despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak himself going through extreme measures to ensure a BN victory.