Sabtu, 31 Julai 2010

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Orang UMNGOK tolong jawab

Posted: 31 Jul 2010 12:11 AM PDT

Salam Semua, dah lama IR Pening tidak berwawancara, maaf di pinta kerana IR Pening berkelana jauh ke hujung dunia. Kini IR Pening kembali di Juaseh/Jemapoh untuk bersama-sama meriahkan suasana bersama-sama sahabat-sahabat yang setia:

Minta juak-juak UMNOGOK tolong jawab soalan-soalan dibawah:

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Sekian. Media Juaseh/Jemaph

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Luahan isteri - suami curang

Posted: 31 Jul 2010 11:09 PM PDT

Pengalaman aku sebagai isteri yang teramat kecewa dengan kecurangan suami sudah hampir 25 tahun. Suami kegemaranya adalah PEREMPUAN. DAH LAMA DAH............ Terasa tertipu.Dari anak dara sampai ke isteri orang suaminya jadi kekasih hatinya. Dari zaman tulis surat sampai kezaman sms suami saya masih tak berubah.Kalau dulu selalu terjumpa surat-surat cintanya tapi sekarang selalu terbaca sms cinta berahi dia. Sebagai seorang isteri kecewa teramat sangat.Yang peliknya anak dara atau isteri orang dah tahu status nya yang dah bersuami dan dah mempunyai anak-anak besar tapi masih lagi suka melayan. --- seterusnya DI SINI

Isteri curang kerana suami tak mampu

Posted: 31 Jul 2010 09:19 PM PDT

Tidak dapat dinafikan dalam zaman cyber sekarang wanita lebih 'demanding' dalam soal seksual disebabkan pengetahuan seks bukanlah rahsia lagi (atau rahsia dalam kelambu kata orang tua dulu-dulu). Ramai wanita mengambil sikap lebih terbuka dalam mempelajari bab-bab ini dan lebih berpengetahuan.

Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan mengetahui hak-hak mereka di dalam hubungan seks. Mereka juga ingin menikmati kenikmatan seks sama seperti lelaki.

Tetapi malangnya hajat mereka tidak kesampaian! Suami syok sendiri manakala si isteri terkulat-kulat makan hati! ... seterusnya DI SINI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LEBIH 20 BUAH BAS AKAN DITAZKIRAH OLEH NIK AZIZ ?

Posted: 31 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: Mandor

MAKA diberitakan bahawa berpuluh-puluh bas akan dibawa untuk menemui Tuan Guru Nik Aziz. Tujuannya apa? Tidak lain adalah untuk memujuk Tuan Guru agar PAS menerima penyatuan Melayu. Melayu mana? Melayu Umno yang pasti. Maksudnya, Umno sahaja yang ada mempunyai keahlian orang Melayu.

Datanglah berpuluh-pulus bas atau keretapi sekali pun, ia suatu yang amat baik sekali. Mungkin perjumpaan itu nanti, Tuan Guru boleh beri sedikit tazkirah kepada rombongan yang gila kepada penyatuan Umno-PAS itu. InsyaAllah, kalau hati mereka belum ditutup rapat untuk menerima kebenaran, kesemua rombongan yang menemui Tuan Guru akan mendapat hidayah. Mereka akan kembali dan bersatu atas dasar Islam. Sudah tentunya mereka akan bersatu di bawah PAS, bukannya Umno yang sekular itu.

Sebab itu, kita patut alu-alukan rombongan tersebut dan kita minta dibenarkan lebih dari 20 buah bas yang akan menemui Tuan Guru Nik Aziz. Di sana nanti, Tuan Guru boleh beri penjelasan apakah bentuk penyatuan yang wajib di sisi Islam. Mungkin berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Mufti Harussani./mandor.blogspot.com

Ceramah PR di Rengit Ditawan Polis&FRU

Posted: 31 Jul 2010 05:00 PM PDT




LAPORAN DARI WARTAWAN SELATAN


12.05 malam
Enam lagi ditahan
kini jumlah 9 orang – awal tadi 3 orang

12.00 malam
Ada 2 buah kereta penyembur beracun
dan 6 buah trak FRU

12.00 malam
Fru telah mula memukul pak cik dan mak cik yang enggan
meninggalkan tempat ceramah.
Orang ramai tidak mahu beredar. Kini mereka berkumpul
depan bali polis rengit dan melaungkan : HIDUP RAKYAT
dan HANCUR UMNO !

11.41 malam
Ceramah Anwar Ibrahim telah dibatalkan.
4000 warga johor telah datang berkumpul. semua menunggu.
PA sistem telah dirampas.
Di balai polis rengit adea Syed Husin Ali dan Latifah Koya
mereka ingin membuat jaminan mulut terhadap yang ditangkap.

TANGKAPAN :

Shukri bin Yusoff – 32 tahun
Khairul Nurrashid - 26 tahun
Syed Hussin bin Syed Abdullah - 43 tahun

mereka ada penyokong dan petugas Pakatan Rakyat untuk ceramah malam ini.

10.18 malam
ceramah munkin dibatalkan
polis berkawal ketal. ceramah belum bermula.

10.09 malam
seorang ditangkap kerana lipat tikar –
ceramah tidak bermula

10.00 malam
bendera dan kain rentang semua direntap.

9.57 malam
banner kena koyak

9.57 malam
Kecoh. Fru masuk. seorang kena tahan.
Ada pergelutan

8.29 malam
seluruh kawasan ceramah anwar ibrahim telah dipenuhi
oleh polis, sb dan fru.
ada jalan dirintang – ada lori polis, ada jip polis,
ada meriam kimia.

Fru ditempatkan dihadapan masjid.
di simpang masuk ke kawasan ceramah dipasang
penghadang bertulis no parking – halangan ini lebih dari
satu kilometer.


Sumber: dari blog tukartiub/Tranungkite

HANYA KERANA RAJA PETRA, GUGUR SEORANG TIM PENDAKWA ?

Posted: 31 Jul 2010 11:27 AM PDT

Saiful Juga Diliwat Oleh Ketua Pendakwa !!

http://edyesdotcom.blogspot.com

Tajuk di atas ditulis untuk mengajak kita semua berfikir - Adakah ketua pendakwa raya kes perbicaraan sodomi DSAI iaitu Datuk Yusof Zainal Abiden akan digugurkan dari pasukan pendakwaan oleh Peguam Negara sekiranya Raja Petra melalui laman Malaysian Today, mendakwa bahawa pasukan pendakwaan hilang integriti dan tahap profesionalnya apabila Saiful juga telah diliwat oleh ketua pendakwa raya?

Adakah Abdul Gani juga akan membuat kenyataan bahawa ketua pendakwa, Datuk Yusof terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa?

Juga difahamkan Datuk Yusof sebagai ketua pendakwa, hanya mempunyai peranan sebagai pemerhati dan memantau hasil kerja pengambil nota prosiding mahkamah yang ditugaskan kepada timbalan pendakwa raya bagi perbicaraan kes tersebut.

Kesimpulan

Rakyat yang telah melalui revolusi 308 merupakan rakyat yang celik berita, celik persepsi dan celik mahkamah. Rakyat menilai setiap berita, setiap persepsi yang dilelong dan tidak kurang juga yang mengamati perjalanan sebuah perbicaraan mahkamah. Penilaian rakyat akan ditafsirkan apabila mereka sekali lagi diberi peluang untuk memilih masa depan mereka melalui sekeping kertas membuang undi.

Adalah diberitakan, Peguam Negara mengesahkan timbalan pendakwa raya yang digugurkan bukan kerana didapati bersalah, tetapi hanya demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan. Dalam masa yang sama, Peguam Negara melalui ketua pendakwa raya mengeluarkan kenyataan yang solid dengan mengatakan dakwaan yang dilempar oleh Raja Petra tidak dapat disahkan.

Justeru, mungkinkah ketua pendakwa raya juga boleh digugurkan dari pasukan pendakwaan sekiranya dituduh mempunyai hubungan sejenis dengan saksi utama perbicaraan, walaupun dakwaan itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan?

Sekonyong-konyong dapat dirumuskan, sekiranya Raja Petra membuat dakwaan bahawa pertuduhan sodomi oleh Saiful Bukhari terhadap Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi jahat bertujuan membunuh karier politik Anwar Ibrahim, sekonyong-konyong itulah rakyat Malaysia harus mendesak supaya perbicaraan kes Anwar Ibrahim digugurkan, walaupun dakwaan Raja Petra itu tidak mendapat kepastian atau tidak dapat disahkan.

Kekusutan seumpama ini sebenarnya amat mudah ditafsir dengan menimbulkan serangkap persoalan - Mengapa digugurkan seorang timbalan pendakwa raya sekiranya dakwaan seorang pengendali web tidak dapat disahkan? noktah.

Sumber: Detikdaily


HIMPUNAN WARGA FELDA - FRU, POLIS TANDA KETAKUTAN MEREKA

Posted: 31 Jul 2010 10:23 AM PDT

Harakahdaily

PASIR SALAK, 31 Julai: Anggota pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan anggota polis berpakaian biasa mulai mengawal jalan masuk ke tapak Himpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan di Changkat Lada, sejak kira-kira jam 8.30 malam ini.

Tiga trak FRU dengan 15 anggota di samping sekitar 20 anggota polis berpakaian biasa berada di kawasan berkenaan yang menyulitkan penduduk setempat dan pengunjung ke tapak himpunan itu.

Pada malam ini, beberapa pemimpin PAS, antaranya AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mazlan Aliman (gambar kiri) dijangka akan menyampaikan ceramah di situ.

Sementara itu Mazlan ketika ditemui berkata, penempatan anggota polis dan FRU tersebut sebagai usaha menakut-nakutkan orang ramai ke program tersebut.

"Saya tak nampak program kita ini mengganggu, kita buat jauh dari kediaman orang dan atas tanah persendirian.

"Pada saya ini kesan ketakutan Umno BN," katanya.

Bagaimanapun beliau masih menaruh harapan kepada pihak keselamatan untuk tidak mengganggu ceramah malam ini.

Pada malam ini juga pengurusan Felcra menganjurkan majlis Tilawah al-Quran di Dewan Besar Felcra kira-kira 500 meter dari himpunan warga Felcra yang dianjur Pakatan Rakyat.

Majlis Tilawah itu bagaimanapun menurut Mazlan, usaha Felcra bagi mengganggu himpunan yang diadakan./Harakahdaily

APA MASALAHNYA JIKA PAS JADI PM ?

Posted: 31 Jul 2010 07:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MCA kini sudah mula merasakan bahawa akan tiba masanya PR menduduki Putrajaya. Kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek jelas memperlihatkan betapa PR mempunyai harapan besar untuk mentadbir negara ini. Cuma yang membimbangi beliau adalah sekiranya pemimpin PAS yang akan ditabalkan menjadi PM kelak. Baca di sini.
Justify Full
Kita tidak tahu mengapa takut benar Chua Soi Lek sekiranya PAS dilantik sebagai PM jika PR memerintah? Adakah beliau bimbang dengan dasar PAS yang akan menubuhkan Kerajaan Islam jika memerintah, dan Hukum Hudud dilaksanakan maka beliau akan `direjam' akibat perbuatan `zina'nya sebelum ini? Jika itulah yang dibimbanginya, maknanya Chua Soi Lek takut pada bayang-bayang sendiri. Beliau telah dibutakan matanya oleh Umno dari melihat keadilan Islam itu.

Sebenarnya beliau amat takut melihat sokongan kaum Cina terhadap PR sekarang ini. Beliau cuba untuk menakutkan kaum Cina dengan membuat andaian bahawa PAS akan menjadi PM sekiranya PR memenangi Pilihanraya Umum nanti. Beliau tidak sedar bahawa Mursyidul Am PAS sendiri pernah membuat pengakuan bahawa jika PR memerintah, DS Anwar adalah PM pilihan PAS. Begitu juga dengan DAP yang turut mahukan DS Anwar sebagai PM. Mengapa Chua Soi Lek membuat perkiraan sedemikian? Tidak lain dan tidak bukan untuk menakutkan kaum Cina dari menyokong PR.

Hakikatnya, kaum Cina sudah tidak takut lagi untuk menyokong PAS. Tidak menjadi masalah sekiranya PAS dilantik menerajui kerajaan nanti. Bahkan, PAS telah menunjukkan rekod terbaik mereka di Kelantan selama 20 tahun. PKR juga telah menunjukkan rekod mereka di Selangor, dan DAP di P.Pinang. Di mana rekod Umno dan MCA ? Inilah yang menjadi penilaian rakyat.

Rakyat telah melihat betapa bekas Presiden MCA sendiri menjadi kaya raya dan sekarang dihadapkan dengan tuduhan di mahkamah akibat skandal PKFZ. Begitu juga dengan Presiden MIC, Umno apatah lagi. Lihat kepada pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz, dan buat penilaian sendiri. Jadi, apa masalahnya jika benar terjadi PAS memimpin negara ini?/wfauzdin.blogspot.com

SIAPA SEKARANG YANG BERBOHONG ? - ANWAR

Posted: 31 Jul 2010 05:00 AM PDT

Isu PKFZ, Anwar Mahu Jemaah Menteri Disiasat

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim menggesa Kerajaan Pusat untuk tidak melindungi mana-mana Dato, Dato Seri atau Tun yang terbabit dan bersubahat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Anwar berkata pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bagaimanapun mengundang syak adanya usaha terancang untuk memperdaya dan menyelinap berbilion ringgit wang pembayar cukai.

Hujan lebat di kubu kuat bekas Menteri Datuk Seri Rafidah Aziz malam tadi tidak sedikit pun menghalang penduduk untuk bersama mendengar ceramah pemimpin reformasi ini. Kira-kira 1000 warga Kuala Kangsar membanjiri Markas Pas Bukit Chandan untuk mendengar perkembangan skandal PKFZ.

Tun Dr Ling mengaku tidak bersalah diatas dua pendakwaan dibawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu.

Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran.

Bekas Presiden MCA ini juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

Anwar menjelaskan bagaimana mungkin jemaah menteri mengizinkan Tun Dr Ling Liong Sik mengeluarkan surat jaminan untuk projek PKFZ, walhal undang-undang menetapkan bahawa hanya menteri kewangan yang boleh berbuat demikian.

Menteri Kewangan pada masa itu, adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Berapa lama kita bangkitkan PKFZ ini? Tiga tahun setengah, kita ada bukti mantan Menteri Kewangan pada waktu itu. Saya keluarkan bukti pada waktu itu mustahil dia tidak tahu menteri tidak boleh jadi penjamin ketika itu bagi pihak kerajaan yang boleh hanya menteri kewangan sahaja tetapi Ling Liong Sik tandatangan.

"Umno menafikan selama ini, dia kata Anwar bohong! Anwar tidak betul kerana dia sengaja mahu timbulkan keraguan rakyat, sekarang kita lihat siapa yang bohong? Siapa yang rasuah? Ini apa yang kita sebutkan ini adalah semuanya berdasarkan fakta dan tidak boleh lari," katanya.

Anwar menekan Kerajaan untuk tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit atau bersubahat dengan skandal ini.

Jika benar jemaah menteri menyedari adanya usaha untuk menipu berbilion ringgit wang pembayar cukai, maka kerajaan perlu menjustifikasikan penganugerahan gelaran Tun kepada Ling Liong Sik.

"Kita tengok apa yang berlaku di bawah pimpinan Tun Dr. Ling Liong Sik, daripada Datuk Seri kini jadi Tun sebab apa? Sebab hendak rompak tanah PKFZ. Pada masa itu semua orang sudah tahu tetapi masih mahu memberi gelaran Tun kepada beliau."

Anwar meminta rakyat Malaysia supaya memperhebatkan tekanan kepada kerajaan supaya tidak melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam skandal ini.

"Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan kepada kita semua. Kita mesti istiqamah dalam perjuangan, insyaallah kita akan dapat hasilnya.

"Saya malam ini hedak masuk ke Johor malam ini tidak dapat mungkin, mereka bila sahaja nampak Anwar, semuanya tidak boleh, mereka menggeletar tetapi dalam Utusan Malaysia tiap-tiap hari kutuk Anwar," katanya./TVSelangor

PEMUDA UMNO JANGAN `BERKOKOK' - MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Posted: 31 Jul 2010 02:58 AM PDT

Menteri: Pemuda Umno usah berkokok
Jul 31, 10

Cadangan Pergerakan Pemuda Umno supaya kerajaan turut membenarkan pensyarah dan mahasiswa melibatkan diri dalam politik seperti yang diberikan kepada guru perlu dipertimbangkan secara mendalam.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata universiti dijadikan sebagai gelanggang politik dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa akan datang.

"Proses mempengaruh akan berlaku sekiranya universiti itu dijadikan gelanggang politik. Walaupun cadangan itu disertakan dengan syarat iaitu pensyarah perlu beri perhatian mengajar dan pelajar beri perhatian untuk belajar, namun, tetap akan menimbulkan masalah," katanya pada majlis penyampaian
hadiah golf amal anjuran Majlis Kebajikan dan Pembangunan Penyayang (Mayang) Parlimen Pasir Gudang, di Johor Bharu, hari ini.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa untuk aktif berpolitik.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata pertandingan golf amal kali kelima yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM285,000 hari ini, akan diteruskan untuk mengisi dana Mayang bagi membantu golongan miskin di kawasan Pasir Gudang.

Beliau berkata empat buah kelas tuisyen percuma juga akan dibuka dalam masa terdekat di kawasan Pasir Gudang sebagai usaha menyediakan pendidikan sempurna kepada anak-anak golongan miskin.

--Bernama

Kenyataan MCA selar PERKASA: Editor MerdekaReview dipanggil polis

Posted: 31 Jul 2010 02:00 AM PDT

Chan Kim Ming | Jul 30, 2010

Editor MerdekaReview (edisi bahasa Melayu) dipanggil polis untuk membantu dalam siasatan berhubung tuduhan PERKASA (Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia) bahawa Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen telah mengeluarkan satu kenyataan yang berbaur hasutan pada 1 Julai 2010.

Editor MerdekaReview, Lim Hong Siang dihubungi oleh seorang pengawai penyiasat (IO) dari Balai Polis Dang Wangi pada tengah hari tadi, untuk diaturkan masa temujanji (2 Ogos, jam 11 pagi) agar Lim tampil memberi keterangan selaku saksi. Lim Hong Siang dimaklumkan bahawa siasatan dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut laporan Utusan Malaysia pada 8 Julai, Timbalan Presiden PERKASA, Abdul Rahman Abu Bakar menuduh bahawa Chua Kim Sen telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, malah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan ahli PERKASA dan orang Melayu yang menyokong PERKASA.

Malah, Perkasa menyifatkan bahawa kenyataan Chua Kim Sen (gambar kiri) sebagai kenyataan paling biadap dan kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh ahli parti komponen Barisan Nasional kepada orang Melayu.

Kemudian, Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya, Chua Kim Sen dipanggil polis untuk diambil keterangan, berikutan aduan yang dilaporkan oleh pemimpin PERKASA, menurut laporan Sin Chew Daily pada 9 Julai 2010.

Selar Suara PERKASA

Sebelum ini, Chua Kim Sen dan beberapa orang pemimpin Pemuda MCA telah mengeluarkan kenyataan media, menyelar terbitan Suara PERKASA yang menyiarkan artikel berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA" di muka depan akhbar tersebut. Bukan sahaja Chua, malah beberapa orang pemimpin Pemuda MCA yang lain juga mengeluarkan kenyataan pada 1 Julai untuk membela Ketuanya, iaitu Wee Ka Siong.

Selain menyiarkan kenyataan-kenyataan Pemuda MCA di laman edisi bahasa Cina, MerdekaReview juga menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, untuk disiarkan dalam laman edisi bahasa Melayu. 【Pemuda MCA selar PERKASA: Ektremis celaka ini patut ditahan ISA!】

MerdekaReview memetik kenyataan Chua Kim Sen yang dilampirkan (attachment) pada email-nya (yang juga dihantar kepada media-media lain), dengan kritikannya berbunyi "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

Bagaimanapun, setelah pemimpin PERKASA meluahkan ketidakpuasan terhadap istilah "celaka" yang digunakan, MerdekaReview mendapati bahawa kenyataan Chua Kim Sen berbeza antara versi yang terpapar pada email-nya dengan kenyataan yang dilampirkan dalam email yang sama itu sendiri.

Dalam kenyataan yang dipapar terus pada email tersebut, frasa "Memang celaka betul!" (yang terdapat dalam lampiran) telah digantikan dengan "ia berbahaya untuk keselamatan negara seandainya pertubuhan ini (PERKASA) tidak diambil tindakan." MerdekaReview tidak menyedari perbezaan antara dua versi tersebut semasa menyiarkan kenyataan Chua Kim Sen.

Ketika dihubungi MerdekaReview pada hari ini, Chua Kim Sen mendakwa dirinya sedang sibuk dan tidak lapang untuk ditemuramah. Bagaimanapun, Chua gagal dihubungi apabila MerdekaReview membuat cubaan kedua kemudiannya.

*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Toreh Lengan Ukir Nama Kekasih Jadi Trend Remaja Sekarang

Posted: 31 Jul 2010 06:34 PM PDT

-Isu Semasa-

TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.
TOREH...trend remaja perempuan mengukir nama kekasih pada lengan.


KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.
Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi 'trend' terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

"Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

"Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya," katanya.
Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

"Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.

"Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama," katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

"Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

"Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi 'trend' baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing," katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

"Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta," katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

"Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya," katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.-Mymetro-

-ijoks2009-
Astaghfirullah'alAzim,remaja sekarang makin hanyut dibuai nafsu dan emosi.
Tidak cukup dengan masaalah gengstar,gaduh berebut kekasih,berzina,kini toreh lengan pulak.
Ya Allah ,bimbinglah kami ke jalan mu yang benar,jangan biarkan anak-anak kami hanyut dibuai nafsu.
Berikanlah hidayahmu kepada kami,anak-anak kami dan pembesar-pembesar kami untuk menjauhi segala laranganMu dan melaksanakan segala perintahMu..

Binatang Aneh Islamkan Manusia

Posted: 31 Jul 2010 03:56 PM PDT

Ketika Imam asy-Syafi'e Radhiallahu anhu berada di Masjidil Haram, beliau terlihat seorang pemuda yang bernama Usquf yang dulunya beragama Nasrani sedang tawaf di Ka'abah.

Imam asy-Syafie menghampirinya dan ingin tahu mengapa dia meninggalkan agama yang dianutinya daripada nenek moyangnya itu.

Pemuda itupun menceritakan peristiwa aneh yang dilaluinya sehingga menyebabkan dia memeluk Islam.

Saat saya sedang belayar menumpang sebuah kapal, tiba-tiba di tengah lautan yang luas datang angin ribut yang sangat kencang dengan gelombang tinggi menggunung memukul kapal itu sehingga tenggelam. Semua penumpang kapal tersebut turut tenggelam bersama harta benda dan barang dagangan yang dibawa, kecuali saya seorang sahaja yang dapat menyelamatkan diri dengan berpegang kepada sekeping papan serpihan daripada kapal itu.

Saya terdampar di tepi pantai sebuah pulau di tengah-tengah lautan setelah mengharungi ombak badai beberapa hari. Saya gagahi diri berjalan mencari-cari kalau ada orang yang tinggal di pulau itu. Namun ternyata pulau itu sepi sekali, tidak berpenghuni, walaupun tanahnya sangat subur, penuh dengan tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan.

Apabila malam saya merasa takut kalau-kalau ada binatang buas yang berkeliaran mungkin akan mengganggu saya. Akhirnya saya mengambil keputusan memanjat sebatang pokok yang sangat tinggi dan mengikatkan diri di sebuah cabang yang kuat sehingga saya tidur di situ."

Cerita Pemuda itu lagi: "Di tengah malam, saya terkejut daripada tidur apabila mendengar suara tasbih dari arah lautan. Saya melihat ke kiri dan ke kanan mencari suara itu. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati suara itu datangnya daripada seekor binatang ganjil yang kelihatan di bawah sinaran bulan. Binatang itu dengan jelas mengucap:



Ertinya: 'Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun. Muhammad itu adalah Pesuruh Allah dan menjadi Nabi yang terpilih. Abu Bakar itu temannya di gua. Umar adalah kunci penaklukan negeri dan kota. Usman pula orang yang terbunuh di dalam rumahnya. Ali adalah pedang Allah untuk menumpas kaum kafir, maka siapa yang membenci mereka nerakalah tempatnya."

Kalimat-kalimat yang di atas itu diulanginya beratus kali hingga tidak terkira, sehinggalah masuk waktu fajar. Tatkala binatang itu bergerak meninggalkan permukaan laut menuju ke darat diucapkannya tasbih yang lain pula:


Ertinya: "Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Memiliki Lagi Maha Mulia. Muhammad itu adalah utusanNya yang membawa petunjuk yang benar. Abu Bakar adalah sahabatnya yang menyandang pangkat kebenaran. Umar adalah benteng dan besi yang kukuh. Usman adalah sahabatnya yang terbunuh dan yang menjadi syahid. Ali bin Abu Thalib adalah pemilik kekuatan yang keras, bagi pembenci mereka adalah laknat Allah, Tuhan Yang Maha Mulia."

"Selama saya hidup inilah pertama kali kata-kata ini saya dengar. Saya sangat terpegun dengan zikir dan tasbih yang diucapkan oleh makhluk itu sehingga membuat saya berfikir sejenak agama yang saya anuti selama ini."

Bila binatang itu naik ke darat ternyata ia memiliki mulut seperti burung Na'amah (bangau berkepala panjang), tetapi kepalanya manusia, berkaki binatang dan berekor ikan.

"Melihat sifatnya yang sungguh pelik itu, saya ketakutan dan gementarlah seluruh tubuh saya. Rupa-rupanya binatang ini tahu saya sedang memerhatikannya lalu dia melihat kepada saya, lalu dia menyuruh saya turun."

"Turun!" Kata makhluk itu dengan suara yang agak kasar.

"Rupanya dia boleh berkata-kata seperti manusia." Bentak hati saya. Saya takut dan enggan turun.

"Turun! Jangan takut!' Perintahnya sekali lagi. Kali ini suara itu agak perlahan.

Saya pun turun dengan hati yang penuh takut dan bimbang. Badan saya gementar, lalu dia bertanya kepada saya:

"Wahai manusia! Apakah agamamu?"

"Nasrani," jawab saya yang masih dalam ketakutan.

"Sebenarnya agama itu sudah ditolak dan tidak berguna lagi," ujarnya.

"Kembalilah engkau kepada agama yang benar!" Dia menasihatiku.

"Agama yang benar itu apa?" Tanya saya memberanikan diri.

"Agama Islam," jawabnya.

Dia kemudian menoleh kepada saya lagi, seraya berkata:

"Tahukah engkau di mana engkau berada sekarang?"

"Tidak," jawab saya ringkas.

"Kau berada di negeri jin mukmin, tiada yang selamat daripada gangguan mereka, kecuali orang-orang Islam saja," dia memberitahu.

"Mendengar kata-kata makhluk itu, saya menjadi ketakutan yang amat sangat kerana saya bukan orang Islam. Mungkin dia akan mengapa-apakan diri saya. Oleh sebab sebelum ini pun saya sudah tertarik dengan kata-kata makhluk itu, maka saya tidak ragu-ragu lagi ingin memeluk agama Islam."

"Kalau begitu saya mahu memeluk agama Islam, tapi bagaimana caranya?" Tanya saya kepadanya.

Kata makhluk itu: "Ucaplah


Ertinya: "Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Alah"

Makhluk itu menasihati saya lagi: "Wahai orang muda, bertakwalah kepada Allah, jagalah aqidahmu baik-baik supaya jangan terpesong. Sempurnakanlah keimananmu dengan mengakui sahabat Nabi yang empat iaitu: Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali Radhiallahu anhum."

"Terima kasih," kata saya kepada makhluk itu.

"Adakah engkau ingin tinggal di sini atau pulang saja ke negerimu?" Tanya lembaga itu pula.

"Ingin pulang ke negeri saya," jawab saya gembira.

"Baiklah, sebentar lagi ada kapal yang akan lalu di sini, tunggulah," kata makhluk itu.

Saya menjadi hairan bagaimana lembaga itu tahu, ada kapal yang akan lalu di situ.

Setelah segalanya selesai, binatang itu pun masuk semula ke dalam laut dengan cepat seperti kilat sehingga tidak kelihatan lagi. Tinggallah saya keseorangan duduk termangu-mangu sendirian dengan hati yang penuh harapan.

Tidak berapa lama selepas itu nampaklah dari jauh sebuah kapal melalui pulau tempat saya menunggu itu. Setelah melihat lambaian saya, dengan izin Allah kapal itu datang menyelamatkan saya.

Rupa-rupanya di dalam kapal tersebut ada seramai dua belas orang penumpang yang beragama Nasrani. Sebaik saja saya selesai menceritakan kepada mereka peristiwa yang menimpa saya, tiba-tiba mereka juga redha ingin memeluk agama Islam. Maha Suci Allah.

Saya merasa binatang itu telah membawa berkat yang sangat besar kepada diri saya, sebab keislaman saya berlaku dengan perantaraannya. Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya jua apabila dua belas orang pemuda Nasrani di dalam kapal tersebut memeluk agama Islam dengan perantaraan saya.

Demikianlah cerita bekas orang Nasrani itu kepada Imam asy-Syafi'e mengenai keislamannya.

"Alhamdulillah, engkau telah menyaksikan sendiri akan kebenaran Islam itu, semoga engkau mendapat petunjuk dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wata'ala," kata Imam asy-Syafi'e kepada Usquf.

"Terima kasih, semoga Allah berkenan mematikan diri saya dengan iman dan takwa serta tetap berpijak pada agamaNya yang mulia ini," jawab Usquf pula.


والله اعلم

*Dipetik daripada kitab Mukhtashar Raudhur-Raiyahin karangan al'Allamah al-Yafi'iy.

http://saifunnizam.blogspot.com

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Helikopter dan Jet dah wujud di zaman Mesir Purba ?

Posted: 31 Jul 2010 05:58 PM PDT



artikel ini dari Koleksi 4u Frenz FB dari facebook usinwafer

usinkata; Lukisan/ukiran helikopter,kapal terbang/jet terukir disalah sebuah kuil purba mesir yg dikatakan wujud ketika 1290-1306 SM..
adakah benar dakwaan bahawa ketika di zaman Nabi Nuh..manusia sudah maju seperti skrg ini yg memiliki kapal terbang,heli dan teknologi yg canggih..namun selepas banjir besar apa gunanya segala teknologi canggih..dikatakan juga..piramid itu dibina lebih lama dari apa yg didakwa oleh saintis...dan firaun sezaman Nabi Musa hanya membaik pulihnya sahaja utk kegunaan mereka..

keterangan asal..

Lokasi; Abydos,Mesir.

-Gambar-gambar di atas ditemukan pada balok atas penyangga langit-langit sebuah ruangan kuil kerajaan Mesir Kuno, yang lokasinya berada di Abydos, beberapa ratus mil sebelah selatan Kairo dan plato Giza. Objek-objek pada gambar tersebut, dilihat dari perlengkapan fisiknya adalah pesawat yang dioperasikan di dalam lapisan berudara seperti di permukaan bumi, bukan untuk ruang angkasa yang hampa udara. Karena itu digunakan sayap samping dan ekor serta baling-baling. Kuil Abydos ini dibangun untuk Dewa Osiris oleh firaun Mesir kuno, Seti I (1306-1290 SM) dan diselesaikan oleh penerusnya, Ramses II. (Pesawat terbangkah itu atau..?)

sumber; http://blognyajose.blogspot.com/2010/07/tempat-tempat-aneh-yang-perlu-anda.html

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


PRU13: JOHOR BAKAL TUMBANG...

Posted: 31 Jul 2010 04:00 PM PDT


Ceramah DS Anwar Ibrahim diserang oleh FRU malam tadi.

Diberitakan 8 orang penyokong telah ditangkap termasuk 2 orang wanita.

Diberitakan lebih 4,000 orang penduduk Rengit telah datang untuk mendengar ucapan DSAI dan sebahagiannya dipukul kerana enggan bersurai.

Bukankah ini tanda-tanda kejatuhan BN sudah semakin jelas di Johor, negeri asal Umno? Warga KL dan Selangor sudah membuktikannya.

Sumber: Tukar Tiub dan http://twitter.com/anwaribrahim..

KEGIATAN HUJUNG MINGGU DI SEKITAR TAMAN BUKIT INDAH DAN TAMAN KOSAS....

Posted: 31 Jul 2010 04:25 AM PDT

Sempena kehadiran Ramadhan Al-Mubarak yang dijangkakan jatuh pada 11hb. Ogos akan datang, masijid-masjid dan surau di sekitar Taman Bukit Indah dan Taman Kosas akan menganjurkan berbagai program.

Pada hari esok (1hb. Ogos, 2010) @ Ahad aktiviti2 berikut Insya'Allah akan dijalankan:

1. MASJID BUKIT INDAH

Program gotong royong untuk membersihkan masjid dan sekitarnya akan dimulakan seawal 8.00 pagi. Semua kariah masjid dialu-alukan untuk turut serta.

Koordinator program ini ialah Tuan Hj. Ghazali Mohd. Nor yang juga Pengerusi Lajnah Kemasyarakatan MBI.

Pihak JKP Zon 11 (MPAJ) telah bersetuju untuk menyediakan RORO dan pekerja untuk sama-sama melaksanakan program tersebut.

Ahli kariah diminta untuk membawa peralatan masing-masing.

Jamuan ringan akan disediakan.

2. MASJID TAMAN KOSAS (MASJID BARU)

Masjid ini akan menganjurkan Forum Perdana yang bertajuk DI AMBANG RAMADAN.
Majlis dijadualkan berlangsung selepas solat maghrib dan ahli panelnya ialah:

1. Ust. Dr. Roslan Mohamad

2. Ust. Haryanto Rizal

3. Ust. Raihan Aziz (Moderator)

JAMUAN RAKYAT akan diadakan selepas program forum tersebut di mana khabarnya seekor lembu bakal tumbang esok.

Nazir Masjid, Tuan Hj. Ahmad Bin Disa menjemput muslimin dan muslimat semua untuk hadir.
3. SURAU AT-TARBIYYAH (FASA 1)

Tuan Syed Salim Syed Abu Bakar, pengerusi surau ini menjemput semua anak kariah surau untuk sama-sama datang membersihkan Surau At-Tarbiyyah.

Selepas membersihkan Masjid Bukit Indah, ada baiknya ramai-ramai kita ke At-Tarbiyyah untuk membantu Tuan Syed dan pasukannya.

(Gambar di sebelah ni hanyalah sekodor hiasan - seronok sembahyang di At-Tarbiyyah...lena dalam aircon)

Yang mana satu?????

Posted: 31 Jul 2010 03:39 AM PDT

Blog ini melancarkan 2 pollnya yang terbaru. Kedua2nya ada kaitan dengan kepimpinan. 1 di peringkat negeri dan satu lagi di peringkat nasional.

Di peringkat negeri, ia lebih kepada kepimpinan PAS. PAS mempunyai expectation yang tinggi dalam PRU13 akan datang. Cita2 parti adalah untuk memenangi kesemua kerusi yang ditandingi. Sekiranya ini tercapai, kemungkinan besar PAS akan menjadi parti majoriti di kalangan komponen Pakatan Rakyat.

Namun di peringkat bawah masih tidak jelas siapakah yang ahli parti atau pengundi mahukan untuk menerajui Kerajaan Selangor dari kalangan pemimpin PAS negeri. Sama-samalah kita lihat siapakah dari nama-nama yang dibariskan menjadi pilihan anda?

Sementara itu di peringkat nasional pula, CSL (Chua Soi Lek) cuba mengugut rakyat (kaum cina terutamanya) bahawa sekiranya PR mendapat kerusi majoriti di parlimen, tidak tentu DSAI yang bakal menjadi PM. "Mungkin PM di kalangan pemimpin PAS!" Katanya....

Jika benar sekalipun cakap2 CSL tu (bagi sedikit benefit of doubt) ... siapa agaknya di antara pemimpin Pakatan Rakyat yang benar2 menjadi pilihan anda?

Marilah kita mengundi...

~penarik beca

~penarik beca


Tengah hari ni, ada apa di Hotel Nikko

Posted: 31 Jul 2010 06:39 PM PDT

Modal lari ketakutan dari negara ni

Posted: 31 Jul 2010 07:11 AM PDT

Khir Toyo tentu tergelak sampai terguling-guling

Posted: 31 Jul 2010 06:26 AM PDT

MCA pula rasa ditipu kerajaan

Posted: 30 Jul 2010 09:19 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SETAHUN PEMERGIAN ALLAHYARHAM YB DATO HAMDAN

Posted: 31 Jul 2010 07:51 PM PDT

Sudah 1 tahun Allahyarham Dato Hj Hamdan Abdul Rahman meninggalkan kita.
Tarikh July 31 2009 - Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Allahyarham Dato Hj.Hamdan Abd. Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) .
Kenangan 2009 yang saya tidak dapat lupa.
Al-Fatihah.....
Saiful

KEMPEN SAMAN EKOR

Posted: 31 Jul 2010 05:16 PM PDT

Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh negaraa akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan masyarakat.

"DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman ekor," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

"Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit," katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

"Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat mengambil perhatian untuk tugas besar ini," katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai 'ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

MALAM ISA

Posted: 31 Jul 2010 02:46 AM PDT

Aturcara

9.00 pm Berkumpul / ucapan aluan (pengacara – Eng Kiat)

9.05 pm Ucapan wakil Aliran

9.10 pm Ucapan wakil DEMA – Khaw Seng Hean

9.15 pm Ucapanwakil JIM – Isahak

9.20 pm Deklamasi sajak – Ahmad Fadli

9.25 pm Ucapan wakil PAS

9.30 pm Ucapan wakil PKR – Law Choo Kiang

9.35 pm Ucapan wakil DAP – Chow Kon Yew

9.40 pm Ucapan wakil PRM – Gary Nair

9.45 pm Ucapan PSM – Choo Chon Kai

9.50 pm Lagu – Min

9.55 pm Ucapan bekas tahanan – Cecilia Ng

10.00 pm Ucapan wakil LLG – Dr Toh Kin Woon

10.05 pm Ucapan wakil pelajar – Hanif

10.10 pm Ucapan Suaram

10.15 pm Gimik / penutup

10.20 pm Lagu suara rakyat

10.30 pm Bersurai secara aman dan teratur