Khamis, 29 Julai 2010

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


FELCRA DI GEMPUR TILAWAH DAN CERAMAH

Posted: 29 Jul 2010 07:42 AM PDT

KINI UJUD KEMENTERIAN PELAJARAN " IBU TERMENGANDUNG "

Posted: 28 Jul 2010 09:11 PM PDT

SELANGOR - ADA RTS SENDIRI.

Posted: 27 Jul 2010 09:01 AM PDT

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Melayu Mana Yang Mampu Beli Rumah RM1-2 juta?

Posted: 29 Jul 2010 06:00 AM PDT



Sebuk betul UMNO memainkan isu kenyataan Tony Pua yang mahu diskaun bumiputra untuk rumah berharga RM1-2 juta ke atas ditarik balik. Berapa ramai Melayu yang mampu beli rumah RM1-2 juta. Di kalangan Melayu, yang kaya hanya UMNOPUTRA dan kroni2. Kalau diskaun diizinkan, maka diskaun itu hanya dinikmati oleh krnoi2 UMNO dan UMNOPUTRA.

Hakikatnya, UMNO telah berjaya mengkayakan hanya segelintir orang MElayu dan 98% orang Melayu yang lain hidup dalam kehidupan yang semakin sempit. YAng boleh kaya hanya kroni2 UMNO, UMNOPUTRA dan anak beranak mereka. Selagi UMNO terus memerintah, jangan haraplah orang2 biasa macam kita nak jadi kaya dan mampu beli rumah RM1-2 juta.

Saya pun tak heran Khir Toyo marah dengan cadangan Tony Pua. Beliau adalah antara yang akan menanggung kerugian sekiranya diskaun ini ditarik. Bayangkan bagaimana beliau handeak menambah bilangan banglo RM24 juta seperti yang beliau punyai sekarang.

SYABAS TROJAN UMNO - BN....KERAJAN SELANGOR PATUT RAMPAS ATAU ROMBAK SEMULA STRUKTURNYA

Posted: 29 Jul 2010 05:58 AM PDT

Syabas mahu saman Selangor berhubung isu air


Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

"Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.

Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

"Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot," katanya.

Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.

Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

"Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.

"Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna," katanya.

Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.

"Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

"Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air," katanya.


SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.

Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.

Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.

UMNO GUNAKAN PERPADUAN UNTUK HANCURKAN PAS

Posted: 29 Jul 2010 05:50 AM PDT

"Sampai tahun 77, mereka [UMNO] menggunakan kesempatan krisis PAS di kelantan untuk membunuh dan menghancurkan PAS di kelantan. Menyingkir PAS dari Barisan nasional. Pada jangkaan mereka, PAS akan mati apabila keluar dari barisan nasional".

"Dr Mahathir [UMNO] tidak pentingkan perpaduan. Kalau dia pentingkan perpaduan, dalam krisis kelantan, kenapa dia tidak berunding dengan Dato' Asri pada waktu itu. Kenapa dia tidak mahu adakan perundingan dengan pimpinan PAS. tetapi dia pergi berunding dengan kumpulan haram di kota bharu. Dia bukan orang yang membela perpaduan. Tetapi dia gunakan kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO dan kedudukan UMNO semata-mata" – Ucapan Allahyarham Ustaz Fadzhil Noor dalam tragedy Sauk.

Pulakdah!

Pulakdah!


1 Negara, 2 Sistem Berbeza

Posted: 29 Jul 2010 09:44 AM PDT










Mahkamah Persekutuan berkata percubaan Anwar dalam memperolehi dokumen-dokumen merupakan satu tindakan "untuk cuba memancing maklumat/bukti", sambil menambah bahawa Anwar hanya boleh mengakses dokumen-dokumen itu pada awal perbicaraan jika dokumen-dokumen tersebut releven untuk kes pendakwaan.




Pihak Pendakwaan Kes Bunuh Kanak-kanak Serah Dokumen

SHAH ALAM, 29 Julai (Bernama) -- Pihak pendakwaan di dalam kes pembunuhan kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan, K. Haresvarra menyerahkan dokumen yang diperlukan oleh pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, M. Rajamorgan, seorang kelindan lori.

Timbalan Pendakwa Raya Alfred Agin mengesahkan dokumen seperti laporan kimia dan bedah siasat telah diserahkan semasa kes itu disebut di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Agin berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohd Fadhly Yaacob menetapkan 1 September ini sebagai tarikh sebutan semula memandangkan pihak pembelaan memerlukan masa bagi meneliti dokumen tersebut sebelum memutuskan sama ada mereka akan membuat representasi bagi pihak anak guam mereka.

Sekiranya pihak pembelaan yang diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad dan N. Surendran ingin membuat representasi, mereka perlu mengemukakan representasi itu pada tarikh berkenaan.

Rajamorgan, 33, didakwa membunuh Haresvarra antara 9.40 malam hingga 10.10 malam 3 Mac lepas di taman permainan kanak-kanak Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kg Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya.

Tertuduh kali pertama didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori ika sabit kesalahan.

-- BERNAMA


*************************************************



Anwar gagal dapat dokumen perubatan

KUALA LUMPUR 18 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi gagal memperoleh semua dokumen perubatan dan sampel spesimen yang disediakan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bagi tujuan pembelaan dalam kes liwatnya.

Permohonan ketua pembangkang itu ditolak selepas Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada peruntukan atau asas undang-undang yang membolehkan dokumen-dokumen itu dibekalkan kepadanya.

Hakim tersebut memutuskan demikian selepas beliau selesai mendengar hujahan peguam bela Karpal Singh yang mewakili Anwar dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memohon dokumen-dokumen dalam kes itu selepas permohonan pertamanya supaya dibekalkan dokumen perubatan dan sampel spesimen sebelum perbicaraan ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan permohonan keduanya pada 4 Jun lalu melalui notis usul dan dua afidavit yang diikrarkan olehnya dan pakar forensik yang dilantik bagi membantu pasukan pembelaan, Dr. David Wells.

Ia dikemukakan sebelum pasukan pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua iaitu pakar bedah am HKL, Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

Anwar memohon supaya dibekalkan semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan serta pemerhatian Mohd. Razali yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 bersama dua doktor pakar lain.

Mohd. Razali menjalankan pemeriksaan perubatan tersebut bersama pakar rawatan kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng.

Turut dimohon adalah sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd. Saiful Bukhari di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual selain kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.

Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa, keterangan Mohd. Razali di mahkamah bahawa ada kemasukan dalam dubur pengadu bercanggah dengan laporan klinikal dan makmal yang disediakan oleh saksi itu yang menyimpulkan tiada penemuan klinikal menunjukkan berlaku kemasukan.

Wells dalam afidavitnya pula mendakwa, adalah penting bagi beliau meneliti semua dokumen dan maklumat yang dimohon sebelum dapat menasihati peguam bela berhubung keterangan saksi pakar tersebut.

Terdahulu, Karpal dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak sewajarnya terlepas pandang keperluan untuk memastikan Anwar menerima perbicaraan yang adil sejajar dengan perintah Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, permohonan itu wajar dibenarkan kerana Wells dalam afidavitnya mengesahkan bahawa tanpa dokumen-dokumen tersebut adalah sukar baginya menjalankan tugas menasihati pasukan pembelaan.

Sementara itu, Mohd. Yusof menghujahkan bahawa tiada alasan dikemukakan dalam notis usul tersebut bagi menyokong permohonan itu selain kegagalan pemohon memperincikan peruntukan undang-undang bagi mewajarkan permohonannya.

''Dengan bergantung kepada Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, ia adalah sangat kabur dan terlalu umum bagi menyokong permohonan tersebut,'' ujarnya.

Berhubung afidavit Anwar, beliau berkata, adalah jelas tidak wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan laporan perubatan yang dikemukakan.

''Sekiranya pemohon berpendapat wujud percanggahan, maka pasukan pembelaan bebas menyoal balas saksi tersebut memandangkan laporan perubatan telah dikemukakan di mahkamah dan ditanda sebagai bahan bukti,'' katanya.

Tegasnya lagi, dalam sesebuah perbicaraan, keterangan terbaik adalah keterangan yang dibuat secara lisan.

Karpal ketika ditemui pemberita selepas prosiding tamat menyatakan, pihaknya akan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin ini.

Anwar, 63, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Perbicaraan kes liwat itu dijadualkan bersambung pada 14 Julai ini.


Jika anda minat artikel ini :
thanks1

Muslimeen United

Muslimeen United


Kempen Antisaman Ekor Bermula Isnin

Posted: 29 Jul 2010 10:11 AM PDT

PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin ini

PAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.

Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah.

"Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti," katanya.

Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.

"Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.

"Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.

"Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan," katanya.

Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.

"Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan," kata Mahfuz. -TMI

Bila cikgu dan cikgi dah boleh berpolitik

Posted: 29 Jul 2010 10:09 AM PDT


Pagi sampai pukol 2pm cikgu Cikgi main dengan anak Murid !.
Petang Cikgu Cikgi main direct selling !.
Malam Cikgu Cikgi main ceramah !.
Tengah malam Cikgu main dengan Cikgi, Cikgi main dengan Cikgu !.
Setengah2 malam Cikgu Cikgi main mesyuarat !.
Kadang2 Cikgu Cikgi ponteng mengajar main sambut VIP !.
Kadang2 juga Cikgu Cikgi main gaduh sama Cikgu Cikgi berlainan Parti !.
Kadang2 Cikgu Cikgi tak cukup main tidor !.
Cikgu Cikgi juga selalu main tidor dalam kelas !.
Tidak mustahil juga Cikgu Cikgi akan main gaduh dengan PIBG !.
Kalau hari2 Cikgu Cikgi main politik, anak murid main k**** c**** Cikgu Cikgi !.
Sebab semua anak murid sudah main sawan babi !.
Cikgu Cikgi kena hari2 main politik !.
Kalau Cikgu Cikgi ada main jawatan dalam parti, sekolah akan jadi gila babi !.
Esok hari anak murid pun main ponteng kelas juga !.
Supaya senang gerombolan main tipu melayu !.
Hari2 gerombolan main langgar tembok !.
Kerana ramai melayu main lari dari gerombolan !.
Gerombolan nampak hanya bolih main dengan Cikgu Cikgi dan main dengan melayu Felda jah !.
Kalau main2 gerombolan kong pada PRU13 nanti !.

Aku tambah :
Talian hayat Parti Yahudi Melayu :-
1.Babi
2.Arak
3.Racist
4.Perkosa - Brahim Ali & Mamak kutty.
5.Kuasa Istana
6.Lembu-lembu di Felda/Felcra
7.Cikgu-Cikgi Kemaruk DG
8.Staff gomen Kemaruk Pangkat/Fulus

Cikgu-Cikgi sibuk main pulitik sampai anak murid darjah 6 syok berdating jam 3 pagi di sebuah sekolah kebangsaan berasrama dekat kampung awang adek.1Malaysia

Cikgu-Cikgi sibuk main pulitik sampai seks bebas dan amalan mengandong adalah perkara biasa di sekolah-sekolah rendah/menengah dekat kampung awang adek.1Malaysia

Cikgu-Cikgi cepat naik pangkat, jadi pencacai/penjilat parti yahudi :-umno-barisan nasional-apco

LAKONAN ATAU BETUL-BETUL??

Posted: 29 Jul 2010 09:46 AM PDT

Skandal PKFZ : Ling tokoh berprofil tinggi didakwa




Kuasa Melayu Tidak Hilang, Malah Bertambah Kuat

Posted: 29 Jul 2010 09:30 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/umnotipu.gif- Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
KUALA TERENGGANU
- Umno dan Barisan Nasional mendakwa, sekiranya Pakatan Rakyat yang terdiri dari muafakat parti PAS, PKR dan DAP memerintah negara, orang Melayu akan hilang kuasa terutamanya kuasa politik di parlimen.

Sebenarnya, ia adalah tidak benar sama sekali, bahkan kuasa Melayu terbukti lebih kuat dengan kawasan-kawasan parlimen yang dulunya milik MIC dan MCA telah doimenanangi oleh calon-calon Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

Dalam mengemukakan hujah berdasarkan fakta, Buletinonline telah menemuramah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian membentangkan fakta kerusi di parlimen.

Berikut kenyataan penuh YB Salahuddin;

Perlu saya jelaskan, dalam parlimen kita ada 222 kerusi. Ini yang saya letak dalam simpanan. Jelas setakat ini. Asas hujah bahawa dakwaan melayu akan hilang atau melayu akan lemah ataupun kuasa melayu akan terhakis kalau PAS terus bersama DAP. Ini suatu dawaan yang mereka lancarkan.

Saya ingin menyatakan secara fakta. Dalam parlimen ada 222 kerusi dan kalau mengikut tahun 2008, DAP hanya bertanding 35 kerusi daripada 222 kerusi dan hari ini dia menang, pada waktu itu dia menang 28 kerusi. Sekarang dia ada 29 kerusi kerana dia menang bru-baru ini di Sibu.

Jadi oleh itu, di sinilah saya ingin menyatakan kalaulah dap, andainya DAP dalam tahun 2008, bertanding 35 kerusi, andailah dia menang semua, dia masih tidak boleh perntah negara ini dengan hanya 35 kerusi.

Ini bermakna bahawa hujah Umno yang mengatakan bahawa DAP ni menjadi ancaman besar kepada melayu tidak benar. Sebab DAP pun faham teras negara ini, bahawa teras kepelbagaian mestilah dipegang oleh orang melayu. Ini DAP faham.

Dan dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding pun, tidak memungkinkan mereka akan menjadi ancaman kepada melayu dalam parlimen.

Dan saya ingin melanjutkan lagi pas mempunyai 23 kerusi. PKR, 31 kerusi. Ada 5 kerusi yang melompat sekarang dia tinggal 26 kerusi. Tetapi kerusi melayu dalam PKR masih ada 17 dan kerusi pas kita ada 23 kerusi, maknanya sekarang kita ada 40 kerusi melayu dalam parlimen. Umno Cuma ada 78 kerusi dalam parlimen pada hari ini.


Oleh itu, kalau PAS dan PKR, kita bertanding di atas premis yang sama, dan kalau sekarang ini pun kita mendapat 40 kerusi, jadi kalau umno 78, kita hanya lebih kurang, majoriti lebih kurang 30 saja lagi. Jadi kalau 30 kerusi, kalau kita dapat esok, kalau kita rayu besok kerusi-kerusi melayu yang lain dalam parlimen di negara kita ini, beri kepada pas, bermakna kuasa Melayu itu akan terjamin dalam parlimen.

Terengganu menang, Hulu Terengganu menang esok (nanti), Dungun menang, Besut menang, Setiu menang, Johor boleh beri sikit, kita menang di Pahang kerusi-kerusi Melayu ini, kita mengalahkan Umno, bermakna bila bertambahnya kerusi Melayu ini, maka akan menjadi kukuh kerusi-kerusi melayu dalam parlimen.

Maka tidak benar sekali bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan terhakisnya kuasa melayu dalam parlimen, sedangkan dap hanya bertanding tidak lebih daripada 35 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang. Kalau dia menang pun semua 35 kerusi ini, maka dia tidak akan menyebabkan berlakunya sebarang penghakisan kuasa melayu dalam parlimen.

Oleh itu, orang Melayu, kalau hendakkan Pakatan Rakyat kuasa Melayunya terjamin, maka saya rayu undilah kepada calon-calon PAS dan PKR besok (PRU-13) dan bila kita dapat menambahkan kerusi Melayu ini yang hanya setakat ini saya rasa kita hanya perlukan 30 kerusi sahaja lagi maka takde masalah untuk kita memperkukuhkan kuasa melayu dalam parlimen.

Jadi tidak benar sama sekali dakyah Umno ini yang mengatakan bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan hilangnya kuasa Melayu di dalam parlimen.

Kerajaan Selangor Perlu Rampas SYABAS

Posted: 29 Jul 2010 02:35 AM PDT

Syabas mahu saman Selangor berhubung isu air

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.

Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.

"Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang," katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.

Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

"Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot," katanya.

Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.

Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.

"Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.

"Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna," katanya.

Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.

"Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.

"Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air," katanya.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi.

"Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana (minyak ini) tiada subsidi," katanya. — Bernama

Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.

Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.

Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.

Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya. -GB

PANAS MEMBARA ! TUN LING LIONG SIK DI DAKWA

Posted: 29 Jul 2010 02:32 AM PDT


PEGUAM Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersama pegawai Pejabat Peguam Negara tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Kajang di Putrajaya , dipercayai bagi mengendalikan kes pendakwaan Tun Ling Liong Sik.

Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang di Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ling adalah bekas Presiden MCA juga adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Agak-agaknya boleh ke Mahkamah di Malaysia ni mendakwa Tun Ling..tak mungkin, mustahil..Kasitah Gadam pun lepas, ni kan pulak Tun Ling...
"kepala ikan kalau sudah busuk, semua akan busuk"..ada betoi ka Tun Ling..?
-Perakkume

Prof Aziz: Benar guru aktif berpolitik langkah silap Umno-BN

Posted: 28 Jul 2010 10:30 PM PDT

Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah "terdesak Umno-BN" yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik.

"Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat," kata Aziz (gambar) ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini.

"Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa," katanya Aziz lagi.

Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam.

Mengulas lanjut mengenai aspek keberkecualian, Aziz tidak menolak kemungkinan elemen salah guna kuasa dengan memihak kepada parti-parti politik tertentu akan wujud dalam jangka panjang jika langkah baru ini dilaksanakan.

"Kini pun masalah ini sudah wujud, misalnya di universiti-universiti awam yang mengguna pakai AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), sangat jelas kewujudan salah guna kuasa di mana naib-naib canselor boleh menentukan siapa yang boleh mengambil bahagian dalam politik atau tidak.

"Jangan beritahu saya yang naib canselor tidak boleh menentukan sama ada permohonan seseorang untuk menyertai aktif dalam PKR, PAS diluluskan atau tidak, sudah pasti Umno," kata beliau dengan menambah, persekitaran politik semasa jauh berbeza ketika negara merdeka.
Links to this post

Ali Rustam Dah Lantik Pengerusi Nak Tubuh Sekolah Mengandung

Posted: 28 Jul 2010 10:27 PM PDT

Ali Rustam memang keras kepala. Taksub pada fahaman sekular. Kan bagus kalau ketegasan nak buat sekolah mengandung ni..setegas nak buat hukum islam di Melaka. Kembalikan balik Hukum Kanun Melaka..ini tak, masih je nak buat sekolah mengandung. Sampaikan dah lantik Pengerusi untuk tubuhkannya. Nanti sapa-sapa nak beli anak, pergilah ke sekolah tu. Untung-untung dapat free..

Sekolah pelajar hamil diteruskan

MELAKA 28 Julai - Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya.

''Saya mencadangkan perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini.

''Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah kerajaan negeri mencadangkan perkara ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban) pada sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga kali ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Cadangan penubuhan sekolah untuk gadis mengandung yang diumumkan oleh Mohd. Ali baru-baru ini tidak mendapat sokongan pelbagai pihak kerana menyifatkannya sebagai tiada keperluan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula menyifatkan ia suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.

Tambah Mohd. Ali, sekiranya sekolah pelajar hamil itu berjaya ditubuhkan, ia diharap mampu membantu golongan terbabit mengharungi kehidupan sepanjang tempoh mengandung.

''Tiada salahnya jika sekolah ini diwujudkan kerana ia bertujuan baik dan digalakkan oleh semua agama termasuk Islam, apatah lagi cadangan itu turut dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),'' katanya,

Presiden PAS: ‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’

Posted: 28 Jul 2010 10:27 PM PDT




KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "orang kecil" yang mahu "mengusik" parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

"Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

"Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau," kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

"PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

"Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

"Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

"Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

"Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti," tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

The Malaysian Insider

Anggap BN melampau: Rakyat teraniaya dengan kenaikan harga barang!

Posted: 28 Jul 2010 06:09 PM PDT

KOTA BHARU: Kenaikan harga barang keperluan utama rakyat baru-baru ini sudah pasti membebankan rakyat pelbagai peringkat khususnya yang berpendapatan rendah. Akibat harga gas dan petrol meningkat disamping harga gula yang pada asalnya RM1.65 kepada RM1.85, ianya telah menjadi satu bebanan buat mereka.

Seorang pemandu teksi, Mamat Dollah, 55, ketika ditemui memberitahu dakwaan kerajaan berhubung kenaikan harga barangan keperluan terbabit hanya untuk penyelarasan harga merupakan sesuatu yang melucukan.

Beliau juga turut mendakwa Perdana Menteri, bukan sahaja menipu rakyat dengan kenyataan tersebut, sebaliknya melindungi kegagalannya sebagai pentadbir negara.

"Pemimpin negara sekarang semakin teruk, tidak pandai mengurus ekonomi negara hingga barang keperluan semakin naik. Penyelarasan harga hanya helah kerajaan untuk menutupi kelemahannya yang gagal mentadbir ekonomi negara," ujarnya.

Samsiah Taharin, 49, berkata kerajaan tidak seharusnya menghalang peniaga kedai minuman menaikkan harga jualan mereka. Katanya, kos yang bertambah akibat kenaikan harga barang terpaksa ditanggung sendiri oleh peniaga dan bukannya kerajaan.

"Jika sebelum ini harga susu manis sekotak berharga RM100, kini meningkat kepada RM120, jadi yang lebih RM20 tu kerajaan nak tambah ke?," soalnya.

Beliau yang menjual minuman di kedai Berek 12, dekat sini memberitahu, mahu atau tidak harga air terpaksa dinaikkan. Tambahnya, apa lagi gula yang dibeli bukan berharga RM1.85 sekilogram, sebaliknya RM2.00, malah ada sampai RM2.10 sekilogram.

Katanya lagi, walaupun hanya harga gula, gas dan minyak diumumkan kerajaan, namun harga minuman lain seperti nescafe, milo dan sebagainya turut meningkat berbanding biasa. Samsiah yang tinggal di Kampung Khatib Ali, di sini bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana pelanggannya memahami kenapa harga air meningkat berbanding biasa.

Ramlah Sulaiman, 43, turut mendakwa kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini amat membebankan beliau serta masyarakat kampung.

Katanya, beliau semakin tertekan kini apa lagi sumber kewangan untuk keluarga terpaksa dicarinya seorang diri bagi menyara keluarga, memandangkan suaminya perlu berehat kerana baru menjalani pembedahan mata.

"Kenaikan harga barang kali ini begitu teruk sekali sehinggakan ada suri rumah dekat rumah saya terpaksa bekerja semula untuk menambah rezeki. Jika tidak sumber kewangan yang diperolehi tidak mampu menampung keperluan keluarga dengan harga yang semakin meningkat ini," ujarnya lagi.

Setiausaha Yayasan Amal Kelantan, Abdul Hamid Seman, ketika ditemui memberitahu kerajaan kurang cermat dalam menangani isu harga barangan sehingga mengambil keputusan menaikkan harganya.

Sambungnya, bersesuaian dengan konsep Satu Malaysia, kerajaan seharusnya lebih mengutamakan rakyat berbanding desakan pihak tertentu berhubung isu terbabit.

Jelasnya, mungkin kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen begitu kecil bagi kerajaan, namun pada rakyat ianya sudah membebankan kerana semua barangan keperluan harian turut meningkat.

"Tidak keterlaluan saya katakan mungkin kerajaan menaikkan harga barang sekarang sebagai taktik terbaru. Bila nak dekat pilihan raya nanti, dia akan turunkan mana-mana harga yang dikira boleh mencairkan hati rakyat, siapa tahu?" ujarnya.

Siti Mastura Mohd Latif, 22, memberitahu harga keperluan harian naik dua hingga tiga kali setahun, sedangkan gaji bulanan belum tentu naik dalam tempoh setahun. Beliau yang bekerja disebuah syarikat swasta di Kota Bharu berkata, bagi golongan remaja serta tinggal bersama keluarga, ianya tidak menjadi masaalah.

"Bagaimana pula pasangan yang baru berumah tangga, tinggal pula di rumah sewa, apa lagi dengan pendapatan yang kecil?" soalnya. Jelasnya, golongan berpendapatan rendah perlu diutamakan kerana mereka tidak mendapat kenaikan gaji setiap tahun, hanya berdasarkan hasil yang dikeluarkan semata-mata.

Azizan dan Saiful...sama saja....

Posted: 28 Jul 2010 05:53 PM PDT

Cuba kita imbau tatapan video di bawah ketika wartawan asing cuba menemuramah Azizan yang mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau tidak berani berdepan dengan media.

Rakyat juga tidak pernah lupa semasa kes liwat Anwar dijalankan,tiba-tiba kita terima maklumat dari Alor Gajah, Melaka memberitahu bahawa saksi utama kes tuduhan liwat ke atas Anwar, Azizan Abu Bakar, ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999.

Azizan Abu Bakar telah ditangkap di rumahnya kerana bersekedudukan dengan seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Kangar oleh oleh Imam II Alor Gajah.




Kini Saiful yang juga saksi utama kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim juga gempar dengan skandal bersama tunang dan pendakwarayanya. Baca di sini.

"..Mereka merancang..Allah juga merancang...tetapi Allah juga sebaik-baik perancang...."


Tetapi umno akan terus memfitnah Anwar termasuk raja sesumpah haram jadah senatak Ezam yang dalam siri ceramah terbaru "Selamatkan Selangor" menuduh Anwar bukan sahaja peliwat politik tetapi adalah seorang PELIWAT.

Mungkin Ezam pernah kena liwat dengan Anwar agaknya..he..he..sebab itu dia tahu Anwar memang seorang peliwat..

Anwar yang kini berusia 62 tahun, maknanya beliau seorang warga emas, jika dilihat liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhi demi untuk menegakkan keadilan, ternyata beliau seorang yang cukup tabah dan sememangnya Anwar harus dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru..InsyaAllah...Takbir..

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Nazir lebih tahu mengapa FDI penting untuk Najib.

Posted: 28 Jul 2010 05:50 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/drdzul.gifSaya ditanya oleh pihak media mengapalah Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment, FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bajet 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81% kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malaysia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini. Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?

Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362 bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta.

Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.

Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadi lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor Ekspot dalam KDNK.

Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan lansung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua "target-makro" dalam RMK-10 tersasar.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan eksport maka menghasilkan barangan eksport yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.

Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.

Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar (FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD ini jelas merosot.

Itulah sebabnya pimpinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, Nazir Razak (gambar kanan), boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.

Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan "quality investment" dan "timing"-nya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam "radar utama pelabur" asing dan juga tempatan.

Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan "Portfolio" dalam Bursa Malaysia. Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadang kali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan.

Namun portfolio atau "hot-money" juga penting dalam Pasaran Saham. Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh pengurus-pengurus dana. Malangnya aliran masuk dana ke dalam Pasaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.

Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak tampak tak kena atau misplaced, dengan izin.

Dr. Dzulkefly Ahmad

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


PATUTKAH NAJIB BERCUTI KE LUAR NEGARA!...

Posted: 28 Jul 2010 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai hari ini hingga 10 Ogos, menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. - Bernama

-----------------------------------------------

Dalam rakyat sedang menghadapi krisis ekonomi, PM pula bersenang lenang bercuti ke luar negara. Rakyat sedang menderita akibat semua barangan keperluan naik, tidakkah PM perasaan!... Benarlah kata-kata Najib 'Rakyat didahulukan'.