Isnin, 26 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MUFTI PERAK KANTOI LAGI

Posted: 26 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: Mandor

MUFTI Perak jelas kantoi kali ini. Tiada perjumpaan di antara beliau dengan pemimpin PAS berkaitan perpaduan atau penyatuan Umno - PAS. Sekadar pertemuan berkenaan penyatuan Melayu dan tidak lebih dari itu. Penyatuan Melayu bermakna meliputi semua orang Melayu samada dari PAS, Umno, PKR mahu pun dari yang tidak berparti termasuk berbagai pertubuhan (NGO) Melayu. Ini hakikat dan faktanya seperti yang dijelaskan oleh Dr Hassan Ali dan Mufti Perak juga turut mengakuinya. Boleh baca selanjutnya di sini.

Oleh yang demikian, siapa yang berbohong? Mufti ? Masakan Mufti berbohong? Dr Hassan Ali secara berterus terang menafikan pertemuan itu untuk membincangkan penyatuan Umno - PAS. Dr Hassan Ali juga tidak berbohong kerana Mufti Perak tersebut akhirnya mengakui apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan Ali.

Seandainya Mufti Perak didapati berbohong, amat malang sekali kita mempunyai Mufti sedemikian rupa. Adakah demi kerana Umno, maka perlunya `bohong sunat'? Apakah selepas ini kita akan berfikir seribu kali sebelum menerima percakapan dari Mufti berkenaan?

Syabasm Dr Hassan Ali kerana berani dedahkan semua ini. Kesilapan Dr Hassan cuma kecil sahaja iaitu datang untuk belajar dari Mufti berkenaan semata-mata Mufti terbabit telah berpengalaman 30 tahun. Tetapi, Dr Hassan tidak mengkaji selama 30 tahun itu, apakah kejayaan Mufti berkenaan yang boleh kita banggakan? Adakah kejayaan rampasan kuasa di Perak itu boleh kita letakkan kredit ke atas Mufti Perak tersebut? Adakah kejayaan menukar nama `Sure Heboh' kepada `Jom Heboh' itu satu kejayaan buat Mufti Perak? Ilmu apa yang mahu Dr Hassan Ali pelajari dari Mufti Perak? Ilmu penyatuan Melayu? Melayu di Perak tempat Mufti tersebut bertugas itu pun belum tentu bersatu.

Tiadakah Ulamak lain yang boleh Dr Hassan Ali jadikan `guru'? Mengapa Mufti Perak yang diketahui giat berkempen di kalangan pelajar luar negara untuk menyokong Umno itu dipilih oleh Dr Hassan sebagai `mentor'nya?

Sehubungan itu, diharapkan Dr Hassan Ali mulai sedar siapakah yang mengkhianati beliau dengan mengada-adakan cerita lain dari yang sebenar. Mufti ? Masakan Mufti berbohong.

MASIH ADA YANG SAYANG KAMU, HARUSSANI

Posted: 26 Jul 2010 11:37 AM PDT

PAS S'gor: Tak perlu saman Harussani
Jimadie Shah Othman
Jul 26, 10


PAS Selangor berpendapat pihaknya tidak perlu menyaman mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu kerjasama PAS-Umno, kata ketua penerangannya.

Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kontroversi pertemuan pesuruhjayanya Datuk Hasan Ali dengan Harussani tidak pernah menjadi isu bagi PAS dan gabungan pembangkang di negeri itu.

"Penjelasan Datuk Hassan itu dengan sendirinya membersihkan namanya. Saya rasa isu saman ini tidak relevan," katanya.

Semalam Hasan (gambar, kanan) diminta mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani ekoran dakwaannya bahawa pemimpin PAS itu telah menemuinya untuk membincangkan kerjasama politik PAS-Umno.

Perkara itu timbul dalam majlis munaqasah (perbincangan) PAS negeri itu di dewan auditorium MBSA di Shah Alam semalam, demikian menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ahli parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud dilapor mengemukakan cadangan tersebut ekoran implikasi serius dakwaan tersebut terhadap perpaduan parti.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Roslan mengesahkan isu pertemuan itu dibangkitkan dalam munaqashah parti itu semalam.

Bagaimanapun, tambahnya, program itu tidak dikhususnya bagi membincangkan perkara itu, sebaliknya membahaskan ucapan dasar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu.

Harussani terus dituduh berbohong

"(Cadangan saman) itu (hanya) pendapat Dr Mariahlah," katanya yang juga bekas setiausaha politik kepada Abdul Hadi itu.

Setelah pelbagai spekulasi dibuat, Hasan kelmarin mengakui bertemu dengan Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu, tetapi tanpa agenda sulit.

Katanya, pertemuan yang diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat.

Beliau juga dilaporkan menegaskan tidak ada agenda khusus membincangkan soal politik perpaduan kerana tidak pernah diberi mandat PAS untuk tujuan itu.

Ekoran pengakuan itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar terus menuduh Harussani berbohong dan memintanya memohon maaf secara terbuka pada PAS dan seluruh orang Melayu-Islam

"Datuk Harussani sepatutnya meletakan jawatan mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan sebagai mufti beliau tidak berbohong, sedangkan pendedahan Hassan Ali menjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan mufti tersebut setakat ini belum berhasil./Malaysiakini

MELAYU P.PINANG ATAU MELAYU TERENGGANU TERMISKIN ?

Posted: 26 Jul 2010 10:37 AM PDT

IPOH 25 Julai - Melayu Perak akan mengalami nasib yang sama seperti Melayu di Pulau Pinang jika membenarkan DAP memerintah.

BERITA LAMA YANG SERING DI MAINKAN UNTUK MENGABUI MATA MASYARAKAT.SEDANGKAN MELAYU DI TERENGANU ADALAH ANTARA MELAYU TEMRISKIN DI MALAYSIA SELEPAS SABAH.

MANA SATU YANG BETUL? ADAKAH MELAYU PULAU PINANG TERPINGIR SEMASA PEMERINTAHAN DAP?? BILA DAP MEMERINTAH SELAMA 50 TAHUN?? RASANYA PENULIS INI KETINGGALAN 50 TAHUN KEBELAKANG.

DULU MCA DAN GERAKAN BERSEKONGKOL DENGAN UMNO MENYEBABKAN SEMUA ORANG MELAYU BUKAN SAHAJA DI PULAU PINANG BAHKAN SELURH MALAYSIA MELAYU ADALAH BANGSA KELAS KE 3.....

BUKAN DS ANWAR YANG PATUT DINYAHKAN DARI SELANGOR, TETAPI MANUSIA BANGSAT INI

Posted: 26 Jul 2010 12:00 AM PDT

"Hehehe...akhirnya kau melutut jugak kat aku ye, Sesumpah?" Mungkin ini yang dinyatakan oleh Muhyiddin

Oleh: WFAUZDIN NS

SESUMPAH Ezam terus merayap di sekitar Selangor. Modalnya, tidak lain tidak bukan iaitu DS Anwar kerana jika tidak menyebut nama DS Anwar Sesumpah mungkin termakan sumpah. Raja sesumpah mengaku beliau bukan `pelacur politik' dan beliau keluar dari PKR adalah kerana prinsip. Apa prinsipnya? Iaitu serang DS Anwar dan nyahkan bekas bosnya itu dari Selangor.

Sebab apa? Sebab satu dunia tahu DS Anwar berkebolehan dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan akhbar Washington Post yang kuat Yahudinya itu terpaksa buat cerita DS Anwar memohon maaf kepada Yahudi. Mungkin ramai yang telah membaca akhbar Washington Post tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Sesiapa yang berjumpa perkataan atau berupa permohonan maaf dari DS Anwar kepada Yahudi, sila buktikan. Hanya raja sesumpah yang memahami sedemikian rupa kerana semenjak beliau berlutut dengan Umno, kewarasannya semakin hilang dan kredibilitinya jatuh teruk setaraf dengan Zahid Md Arip yang sering membuat cerita bodoh di dalam ceramahnya.

Secara tiba-tiba raja sesumpah boleh percaya kepada akhbar Washington Post yang beliau sendiri tahu begitu kuat Yahudinya. Satu dunia tahu DS Anwar amat menentang Zionis Israel, maka pelik apanya akhbar Yahudi tersebut memainkan peranan memburukkan DS Anwar? Mengapa raja sesumpah boleh menjadi bodoh dan bengap sedemikian?

Satu lagi kebodohan raja sesumpah ialah apabila dia mengajak rakyat Selangor mengusir DS Anwar dari Selangor. Apakah beliau ingat bumi selangor itu bapak dia yang punya? Berapa juta atau Billion duit rakyat Selangor yang ditelan oleh DS Anwar? Dan, berapa juta pula yang dicekik oleh Anak Toyo sewaktu menjadi MB Selangor? Raja sesumpah sudah buta mata dan hatinya akibat termakan sumpah yang sering beliau main-mainkan itu.

Rakyat Selangor tidak sebodoh yang raja sesumpah fikirkan. Jika ada yang masih bodoh atau bengap di selangor, cuma raja sesumpah dan beberapa pemimpin Umno Selangor sahaja. Sebab itu kita dapat lihat, di mana-mana jua raja sesumpah pergi, isu yang sama akan beliau bawa. Bukan isu rasuah Ali Rustam, KJ atau rasuah pembelian jet Scorpene atau isu kenaikan harga barang, tetapi raja sesumpah akan jaja kisah DS Anwar. DS Anwar pengkhianat Melayu, ejen Cina, ejen komunis, penyokong Hindraf, ejen Amerika, CIA, Yahudi dan kesemuanya yang buruk-buruk adalah untuk DS Anwar. Begitulah busuknya hati raja sesumpah yang kita semua pernah bantu dan simpati terhadap anak bini beliau sewaktu beliau dimasukkan ke penjara dahulu.

Manusia bangsat inilah yang sebenarnya patut keluar dari Selangor. Beliau tidak pernah menang di dalam Pilihanraya tetapi masuk ikut pintu belakang menjadi Senatak (Senator Katak). Apa jasanya kepada rakyat sehingga mendapat habuan itu? Basmi rasuah? Mana kes rasuah besar yang beliau berjaya bongkarkan dan diambil tindakan? Masih di dalam kotakkah lagi? Sekarang mana suara beliau tentang rasuah? Terkunci mulut mamat yang berperwatakan lembut ini. Benarlah seperti katanya dulu, " Tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno itu ikhlas?". Nah, sekarang kita tunjukkan pada raja sesumpah, kamulah orangnya yang kamu maksudkan dulu. /wfauzdin.blogspot.com

kalam Perantau

kalam Perantau


PAS Parti Islam Terbesar Di Malaysia

Posted: 26 Jul 2010 05:46 AM PDT

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.

Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.

PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.

PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.

Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.

Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.

Idris Ahmad ialah Ketua Penerangan PAS Pusat


Kenyataan Hassan: Harussani wajar mohon maaf

Posted: 26 Jul 2010 02:31 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa   

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu mwngeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

“Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan penyelewengan fakta seorang mufti seperti Harussani. Kekeliruan yang ditimbulkan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para mufti yang ada di Malaysia.

“Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak membuat kenyataan yang mengelirukan itu, sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan apa yang dikatakan Harussani adalah tidak benar,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

“Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno,” kata Mahfuz.


:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Selepas Dr Asri, Ust Zaharuddin pula luahkan perasan terhadap tindakan kerajaan Umno naikkan harga barang

Posted: 26 Jul 2010 05:57 PM PDT



Zaharuddin.net: "Kasihan rakyat Malaysia yang bakal menghadapi kesan kenaikan harga. Sebuah kenaikan yang pedih dan pasti berangkai. Teringat kisah Khalifah Umar Al-Khattab r.a yang menahan dirinya dari makan daging selagimana rakyatnya masih belum mampu. Memakai pakaian yang dimampui oleh rakyatnya. Berita di bawah, kerajaan melarang menggunakan perkataan biasa 'Barang Naik' dan diarah gunakan perkataan yang sukar difahami oleh orang kebanyakan."

Sumber: FB Zaharuddin.net

Artikel berkaitan:
- Puisi: "Ke Mana Pergi Subsidi Kami" - Dr Mohd Ari Zainul Abidin (DrMaza)

Mohon rakan-rakan blogger meletakkan banner ini disetiap laman blog/web kalian..

Posted: 26 Jul 2010 05:52 PM PDT



Biadap: Angkara benci PAS, penyokong Umno sanggup sebar fitnah kejam dan hina poligami!

Posted: 26 Jul 2010 05:05 PM PDT



Berikut adalah komen/kenyataan seorang penyokong fanatik Umno (Dato' Azaran Umno) yg sanggup menghina poligami dan menyebarkan fitnah jahat semata2 bencikan pemimpin PAS...
GUNAKAN PROFILE KEWARAKAN UNTUK BERISTERI MELEBIH..

Berikut adalah senarai pemimpin2 Pas yang beristeri melebihi daripada satu:

1. Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang. Beliau ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga adalah anak dara (18 tahun) yang terpedaya dengan `kewarakannya'.

2. Mohamad Sabu ada dua isteri. Isteri keduanya dirampas daripada rakan karib sendiri melalui kaedah berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu.

3. Hassan Abdullah ada empat isteri. Isteri pertama yang tinggal di Kampung Dangar Pasir Mas telah diceraikan kerana berusia lebih 50 tahun. Untuk mencukupkan kuota, beliau mencari ganti di kalangan anak dara, kini beliau sedang dalam proses untuk menceraikan isteri keduanya yang sudah mencecah usia lewat 40-an untuk digantikan dengan anak dara juga.

4. Takiyuddin Hassan ada dua isteri. Bakal isteri ketiga dalam proses. Khabarnya dari Negeri Sembilan dan bekerja di Kelantan.

5. Buniyamin Yaakob ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga dikahwininya selepas membuntingkannya terlebih dahulu. Seorang anaknya adalah anak luar nikah.

6. Wakil Rakyat Pas DUN Selising, Pasir Puteh ada dua isteri. Isteri kedua bakal dikahwininya selepas keputusan Mahkamah Syariah Pasir Puteh nanti. Beliau kini dalam perbicaraan kerana berzina dengan isteri sahabatnya dalam gerabak keretapi.

7. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat ada seorang. Memang ada beberapa wanita tergila-gilakan dia tetapi sempat dihidu isterinya. Maka beliau terpaksa tahan nafsunya walaupun membuak-buak sampai ke kepala. (Nik Aziz kena Queen Control ke?)

8. Affandi Mohammad ada dua isteri. Isteri keduanya disimpan di Kuala Lumpur. Beliau masih bernasib baik kerana isteri pertamanya belum mengetahuinya.

9. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman ada seorang isteri. Tetapi beliau ada seorang perempuan simpanan yang ditinggalkan di sebuah kondominium mewah yang dikawal ketat pengawal keselamatan di Kuala Lumpur. Cukup setakat ini.................

Video: Lokman Nor Adam perjelas kenapa Najib gagal mentarbiah isterinya utk menutup aurat

Posted: 26 Jul 2010 04:51 PM PDT



Kenapa Rosmah Tak Pakai Tudung

"Mungkin Najib tidak mampu meyakinkan isterinya yg mempunyai nafsu utk kelihatan cantik"

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Adakah air mani boleh diminum?

Posted: 26 Jul 2010 04:38 PM PDT

Para ulama berselisih pendapat berkenaan dgn hukum najisnya air mani atau pun tidak. Dua pendapat yg masyhur seperti berikut:-

Pendapat pertama: Bersihnya air mani manusia atau binatang melainkan anjing, babi dan yg lahir dr salah satu keduanya. Inilah adalah pendapat mazhab Syafie.

Dalilnya

1. 'Aisyah berkata: .... DI SINI

Gagal merasa kemuncak seks suami

Posted: 26 Jul 2010 09:11 AM PDT

Masalah saya ialah tidak pernah merasai pancutan mani suami dalam faraj saya selama kami bersetubuh.

Begitu juga dari segi kenikmatan ejakulasi.

Ini membuatkan saya kerap bertanya pada suami sama ada dia sudah 'memancutkan' air maninya atau belum sebelum saya menyuruhnya menarik zakar keluar apabila mengetahui suami sudah klimaks.

Saya selalu menipunya menyatakan saya sudah klimaks kerana tidak sampai hati melihat dia kepenatan. Adakah ini petanda saya kurang subur?

Apakah makanan tambahan yang boleh diambil jika perlu selain asid folik untuk merangsang kesuburan, potensi hamil dan keghairahan?

Apakah cara atau teknik terbaik untuk memastikan sperma terus mengalir ke faraj dan dapat disenyawakan selepas bersetubuh selain menghitung waktu kesuburan? .... seterusnya DI SINI

10 khasiat utama melakukan seks

Posted: 25 Jul 2010 11:27 PM PDT

Diantara anda mungkin masih banyak yang memandang aktiviti seks hanyalah sebagai salah satu bentuk untuk memuaskan nafsu semata-mata. Padahal di luar itu, seks ternyata memiliki pelbagai manfaat yang dapat meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan, baik dari segi fizik mahupun psikologi.

Menurut kajian, setidaknya ada 10 keuntungan yang dapat diperoleh dari aktiviti seks yang teratur dan terancang. ... DI SINI

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Kenapa tak rogol saya ???

Posted: 26 Jul 2010 06:15 PM PDT

Gambar diatas hanyalah sekadar hiasan..usinwafer

artikel ini diambil dari "Koleksi 4uFrenz FB " facebook usinwafer"...

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to me on that
night even though you know that I'm alone?"
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim."
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Justice For All

Justice For All


Wong Fei Hung Adalah Beragama Islam

Posted: 26 Jul 2010 07:34 PM PDT

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China.
Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China. Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.
Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu).
Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung.
Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung. Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.
Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya.
Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi.
Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek.
Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya. Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka.
Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Penjelasan Isu Pergaduhan Antara ISA dan Panglima 7

Posted: 26 Jul 2010 05:40 PM PDT

Maaf..itulah ungkapan yang saya boleh katakan. Walaupun sibuk dengan urusan pejabat dan kerja. Saya terpaksa menaip entri ini.
Merujuk kepada isu perbalahan antara Panglima 7 (sini) dan Ikut Suka Aku (sini), berkaitan dengan isu hassan Ali, saya mohon maaf kerana mungkin saya jadi punca pergaduhan mereka. Apapun demi Allah, kenyataan di bawah ini yang saya ambil..
"Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.
Adalah saya rujuk pada satu blog yang saya tak ingat..mungkin tajuk dia al*****. Mungkin yang lain. Memang saya tak ingat. Tapi sebelum saya tulis entry itu, memang saya lakukan blogwalking. Memang sebelum saya buat sesuatu posting, saya akan cari fakta dahulu. Memang penulisan fakta yang sahih, adalah ciri penulisan saya.
Untuk pengetahuan semua, saya merupakan lepasan graduan undang-undang, dan juga bekas aktivis pro mahasiswa. Selalu menulis di Siasah, Harakah, Malaysiakini, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Majalah i islam, Majalah Solusi dll..Ini bukannya riak, tapi untuk tunjukkan bahawa saya tahu undang-undang dan berpegang pada prinsip fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh. Justeru itu, saya yakin bahawa saya tak akan tulis entri itu jika saya tahu ia fitnah.
Dan bila ISA email pada saya, saya terus check dan buang entri itu. Memang saya akui saya tulis posting itu, tapi itu dirujuk pada blog yang lain. Lagipun berita tu keluar petang. Dan saya tulis posting tu malam. Apapun saya akui kesilapan saya. Dan terus memadamkan entri itu. Dalam undang-undang sendiri, sifat seseorang untuk menarik perakuan salah fitnah yang dilakukannya, memang terjumlah kepada permohonan maaf. Yang boleh diselesaikan di luar mahkamah.
Buat panglima 7, jangan salahkan ISA. Memang ISA tak suka buat fitnah dan ada menegur saya. Saya terima teguran ISA dan terus padamkan posting itu. InsyaAllah ada ruang, saya akan berjumpa Hassan Ali untuk memohon maaf. Dan akan turut menegurnya dalam beberapa isu melibatkan isu umno dan pas bergabung ini.
Apapun semua buat blogger pr, janganlah bergaduh sesama sendiri. Bukan semua orang sempurna di dunia ini kecuali Nabi kita. Muhasabahlah diri semua. Pesanan untuk diri saya juga..

Perbandingan Rumah Tok Guru Hj Hadi Dengan Pemimpin UMNO Terengganu

Posted: 26 Jul 2010 08:25 AM PDT

Pas kata nak tawan Terengganu. Dan akan dedahkan kebobrokan umno hingga ke lubang cacing. Mungkin ini menjadi senjata ampuh buat PAS

1. Datuk Seri Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang's seorang yang dihormati. Hadi, Presiden PAS dan Menteri Besar Terengganu pada 1999 to 2004, beliau tetap tinggal di rumah lama keluarganya walaupun belaiau layak untuk menduduki rumah rasmi Menteri Besar. Dia juga menolak RM4000 sebulan bagi elaun perumahan. Ini juga sama dengn Tok Guru Nik Aziz, seorang Menteri Besar hampir 20tahun.

Ini umno punya pula...

3. Rumah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. Wan Mokhtar berusaha keras meneruskan legasinya dalam pemerintahan Terengganu dan bekas menteri besar paling lama memerintah seperti juga Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

4. Wan Mokhtar mungkin wajib menerangkan apa yang terjadi kepada RM12 billion royalti dari Tahun 1974 hingga 1999 — sebelum ianya ditukar kepada Wang Ehsan dari tahun 2000 hingga sekarang (menyebabkan tambahan Rm8bilion atau lebih 'missing money')..Ini bermakna jumlah besar rm20bilion mengalir kepada Terengganu dan tidak akan dilihat lagi..

5. Rumah WAn Farid Wan Salleh, seorang yang telah kalah untuk jadi Ahli Parlimen baru bagi K. terengganu.

6. Dan ini pula rumah Abang kepada Wan Farid, Wan Hashim, seorang lelaki "di belakang" nilai RM300juta setahun bagi perbelajaan "TERENGGANU MONSOON CUP"…Setakat ini, Rm 1bilion atau lebih sudah dibelanjakan.. Tepuk dada tanya selera, berapa banyak pula keuntungan yang diraih dari modal sebanyak itu???

7. Rumah rasmi Menteri Besar Terengganu, tidak seperti Menteri BEsar UMNO, Hadi Awang menolak untuk tinggal di rumah ini dan menolak RM4000 sebulan untuk elaun perumahan.

8. Terpegun dengan kereta mewah itu?? Usah berangan!!! Kebanyakan dari kita tidak mampu untuk memilikinya jika berkerja keras dan menyimpan duit selama 30tahun sekalipun.

9. Sekarang lihat bagaimana Kroni Terengganu lain yang berjalan di "the corridors of power"…..satu nasihat saya usah berangan, kita tidak mampu memilikinya

Dan akhir sekali kita ada ini:

10. Ini adalah bagaimana kehidupan masyarakat kebanyakan di Terengganu.

11. Contoh rumah Melayu di K. Terengganu, Ibu Kota sebuah Negeri kedua terkaya hasil buminya di Malaysia.

Ali Rustam..Macamana Kalau Tengah Belajar, Tiba-tiba Bayi Nak Keluar

Posted: 26 Jul 2010 07:28 AM PDT

Ali Rustam..kenapa tak cadangkan buat sekolah untuk pembunuh, pencuri, perompak, pengintai, pondan??? Ini semua nak populariti, kononnya bela nasib 'mereka yang tertindas'..

Mengarut betullah orang UMNO Melaka ni..buat cadangan ntah apa-apa. Kalau nak bela sangat nasib perempuan mengandung anak haram, atau untuk insafkan mereka..nah, buatlah sekolah untuk perompak dan sebagainya yang saya sebut tadi..ini semua buah fikiran tak skool dari Ali Rustam..ini semua nak popularkan diri..bukanya apa pun. Satu lagi nak tutup isu pelacur kanak-kanak di melaka yang telah menggemparkan negara dulu.

Satu lagi nak dapat projek. Boleh dapat duit. Perempuan yang mengandung pun nanti kena bayar fulus juga..bayar yuran..

Rustom..rustom..dulu beri gelaran Datuk pada Shah Rukh Khan..sampaikan Shah Rukh Khan nak sebut datuk pun tak pandai. Pastu bina monarel tak siap-siap. Pastu buat sukma time orang sedang syok tengok Piala Dunia...sampaikan stadium banyak lengang daripada penuh (lagi penuh kedai mamak yang tayangkan bola)...lepas ni apalah pula cadangannya..nak bina jambatan emas ke pula..atau nak buat patung besar Ali Rustam??

Apapun, jika cadangan Ali Rustam ini dilaksanakan. Sudah pasti guru akan jadi mangsanya. Ye lah, buatnya perempuan mengandung tu tiba-tiba nak bersalin, tak ke haru biru kelas dan cikgu. Pastu bila dah bersalin, nak kena orang jaga. Upah pula jururawat untuk jaga pelajar tu waktu pantang. Pastu bila dah ada anak, kena pula kendong dan menyusu anak dalam kelas..pastu anak menangis dan berak dalam kelas??..ini semua kerja Pak Pandir..

Kalau nak selesai masalah buang bayi...kenalah cari puncanya. Dan atasi dengan formula yang telah digariskan oleh Allah yang Maha Mengetahui. Itulah UMNO, tolak islam. Langsung tak peduli apa perintah Allah. Pastu keluarlah cadangan tak masuk akal. Wahai UMNO, insaflah..Janganlah kita tolak Allah di dunia ini. Kelak nanti, Allah menolak di akhirat macamana pula.

Di bulan Sya'ban yang ada malam nisfu Sya'ban ini, UMNO perlu berubah. Kembalilah pada islam. Masa tu, ajaklah PAS bergabung, bukannya ajak waktu sekarang

Ustaz Hassan Tantawi Memang Selari Dengan Slogan Orang Muda..Tunggang Mini Bike

Posted: 26 Jul 2010 06:08 AM PDT

Ustaz Hassan memang hebat. Memang sesuai dengan slogan " Orang Muda Geng Kita'. Memang betul-betul selari dengan kemahuan orang muda. Tahniah ustaz..

Ini video dan gambar Ketua Pemuda PAS menunggang motor racing mini ketikamerasmikan Jambori ARC(Alternative Riding Club) yang diadakan di Pantai Merang Setiu Terengganu pada 22-24 julai 2010. Jambori Kelab Motor naungan Pas itu telah berjaya menarik 500 penyertaan dari seluruh Terengganu.

Ini pula Timbalan Beliau, Ustaz Azman Shapawi yang tendang bola air..

Ooppss..ini Ustaz Hassan dan Ustaz Azman tak buat. Kalau mereka buat, jatuh thiqah kat orang muda sokong PAS..

Kesian Kat Askar Kita..Selalu Je Terkorban

Posted: 26 Jul 2010 05:19 AM PDT

Kesian kat parajurit kita ni..tak tahu kerana kecuaian sendiri, atau kegagalan teknikal berfungsi..tapi kalau kat barat, kapal terbang terhempas masih hidup (sini)..apapun siasatan yang adil dan telus perlu dilakukan..

Seorang anggota TUDM maut apabila payung terjun gagal berfungsi.

JERTIH: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM) dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, terbunuh manakala rakannya cedera parah selepas payung terjun yang digunakan ketika menjalani latihan di pangkalan itu tidak berfungsi, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengahari itu, anggota yang terbunuh, Hasnizam Abd Wahid, 23, bersama rakannya Mohd Eddy Effendy, 22, sedang menjalani latihan terjunan di padang lapangan terbang pangkalan udara berkenaan.

Sumber memberitahu, Hasnizam yang berasal dari Batu Pahat, Johor dan bertugas di Kem Jugra, Banting, Selangor cedera parah selepas terjatuh ke kawasan lapang sebuah padang golf kira-kira 50 meter daripada kuarters anggota TUDM pangkalan itu, sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, Hasnizam meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu pada jam 4 petang tadi.

Sementara itu, rakannya, Mohd Effendy yang jatuh ke atas bumbung kediaman pegawai hanya cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar serta dibenarkan keluar pada jam 3.30 petang dan dibawa dengan ambulans TUDM pulang ke pangkalan itu.

Difahamkan, kedua-dua anggota terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan anggota TUDM seluruh negara yang menyertai latihan terjunan yang dibawa dengan pesawat Caribou dan dilepaskan untuk mendarat di pangkalan itu.

Sumber itu berkata, sebaik mendapati payung terjun kedua-dua mangsa tidak berfungsi, anggota tentera udara bergegas memberi bantuan kecemasan dan menghantar mereka dengan ambulans TUDM ke Hospital Besut.

PAS Letakkan 2 Syarat Untuk Bersatu Dengan UMNO

Posted: 26 Jul 2010 02:47 AM PDT

Dah lama dah nak bersatu..dua syarat je..apa syaratnya???

Pas kekalkan dua syarat perbincangan penyatuan Melayu

KUALA LUMPUR 2 April - Pas tetap dengan keputusannya untuk mengekalkan dua syarat dalam usaha merealisasikan perbincangan penyatuan Melayu dengan UMNO.

Dua syarat Pas yang masih kekal ialah mengenai pemberian semula royalti minyak kepada kerajaan Terengganu dan mengembalikan semula hak penerbitan dua kali seminggu kepada organ Pas, Harakah.

Setiausaha Agungnya, Nasharudin Md. Isa berkata, pengekalan dua syarat itu dikemukakan kepada UMNO untuk dibincangkan di peringkat tertinggi parti itu.

``Dua status quo ini perlu dikembalikan semula kepada Pas dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal seterusnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat peringkat jawatankuasa teknikal ketiga di Carcosa Seri Negara di sini, hari ini.

Dalam pertemuan itu nanti, UMNO mengemukakan empat agenda iaitu mengenai bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam.

Nasharudin seterusnya berkata, pihaknya akan membawa empat agenda yang dikemukakan oleh UMNO kepada peringkat tertinggi parti tersebut.

Menurut beliau, antara perkara yang diberi penekanan dalam mesyuarat hari ini termasuk untuk melahirkan suasana kondusif bagi merealisasikan pertemuan penyatuan berkenaan.

``Tiada syarat lain selain daripada dua syarat Pas dan empat agenda UMNO,'' tambahnya.

Beliau memberitahu, isu Amanat Haji Hadi tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin memberitahu, tarikh dan tempat pertemuan jawatankuasa berikutnya belum ditetapkan.

Maut Kerana Tersedak Petai

Posted: 26 Jul 2010 02:11 AM PDT

Ajal tersedak petai

KANGAR: Seorang pengawal keselamatan tidak sempat menikmati hidangan malam berulam petai selepas meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di bangunan Arked Mara di sini, semalam. Mohamad Noor Long, 51, dari Abi Kubang Badak, Bintong, dekat sini, tersedak ketika menikmati ulam petai bersama nasi sebelum menghembuskan nafasnya.

Mayatnya dijumpai seorang kakitangan Mara yang gagal memasuki bangunan kerana berkunci dan melihat mangsa terlentang atas lantai bilik dengan nasi berlumuran di mulut, kira-kira jam 7.15 pagi.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Mohamad Noor yang juga bekas peneroka, bertugas di sebuah syarikat keselamatan di sini, sejak beberapa tahun lalu dan bekerja syif malam pada hari kejadian.

"Arwah dipercayai tersedak dan mengalami sesak nafas.

"Malam tadi, seorang rakan selesai tugas jam 8 malam sebelum diganti mangsa, sempat berbual dengannya sehingga jam 11 malam dan selepas itu, mangsa menikmati makanan.

"Cebisan petai bersama nasi masih di mulutnya ketika mayat ditemui pagi ini," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang dalam perjalanan menghadiri satu majlis, sempat menziarahi jenazah Mohamad Noor dan mengucapkan takziah kepada keluarganya di bilik mayat berkenaan.

Rakan Mohamad Noor berkata, kakitangan Mara berkenaan yang terkejut melihat mayat mangsa terlentang di atas lantai, memaklumkan polis sebelum mayatnya dihantar ke HTF untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan dan menolak sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihaknya mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa, manakala telefon bimbit dan beg duitnya masih di sisi mayat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Melayu Bukan Beerti Islam

Posted: 25 Jul 2010 11:18 PM PDT

Orang Melayu Belum Tentu Islam Dan Orang Islam Tak Semestinya Melayu

Hairan aku sekarang ni dah sibuk balik dijaja hal "perpaduan antara UMNO – PAS". Tapi yang sibuk sangat nak berpadu atau bergabung ni UMNO. Bagi pihak PAS tak ada apa-apa reaksi nampaknya, kerana PAS mengikut keputusan muktamar-muktamar yang telah lepas iaitu TIADA penggabungan atau perpaduan denganUMNO akan diwujudkan. Ini telah dipersetujui dari peringkat pemimpin atasan hinggalah kepada ahli bawahan PAS. Sibuknya UMNO nak bergabung dengan PAS ini sehingga keluar dalam Berita Harian artikel bertajuk "Roh Perpaduan Melayu" oleh Saudara Mior Kamarul Shahid. Rupa-rupanya ada roh benda yang bernama perpaduan ni ye! Yang jadi tandatanya sekarang ini sejak bila pula perpaduan ni ada roh. Ada ke jasadnya yang tiba-tiba wujudnya roh ini. Dalam betul pengajiannya, sampai nampak akan dia roh benda yang bernama perpaduan ini. Tok Guru Nik Aziz dah banyak kali bercakap menegaskan bahawa UMNO ni kalau nak bergabung dengan PAS maka WAJIB UMNO tukar dasar partinya daripada sekular kepada Islam. Kalau dasar parti UMNO itu Islam maka baru boleh bergabung dengan PAS. Kalau selagi dasar UMNO sekular dan perjuangan hanya untuk bangsa Melayu maka TAK BOLEH BERGABUNG. Bukan kah orang UMNO tu Melayu dan PAS juga Melayu? Habis kalau dah sebangsa tak kan tak boleh bergabung??? Memang betul, rata-rata orang UMNO adalah orang Melayu dan orang PAS juga Melayu, walaupun ramai juga orang Cina Islam dan India Islam menjadi ahli PAS. Di Malaysia ni apabila disebut sahaja orang Melayu maka ia adalah Islam! Betul ke? Betul ke orang Melayu ini Islam? Kalau orang Melayu yang dikatakan Islam tidak solat 5 waktu sehari semalam, minum arak, berjudi, berzina, jadi bapa ayam dan macam-macam lagi perkara maksiat yang dilakukan sebagai rutin harian maka inikah orang ISLAM? Kalau orang Melayu yang dikatakan Islam mengamalkan rasuah, kronisma serta menzalimi dan menindas bangsa sendiri dan bangsa-bangsa yang lain, maka inikah orang Islam? Orang Islam ciri-cirinya adalah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,menjauhkan diri dari perbuatan maksiat serta tidak mengamalkan cara hidup maksiat, rasuah dan sebagainya. Orang Islam juga perwatakannya lemah lembut, merendah diri dan jika menjadi pemimpin adil kepada semua kaum. Cuba lihat pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Sudah 20 tahun kerajaan PAS di Kelantan di perintah menurut cara Islam dengan temanya "Membangun Bersama Islam". Kita lihat tiada setitik rasuah pun yang berlaku malah kerajaan PAS Kelantan berlaku adil lagi kepada semua kaum, bangsa dan agama. Berapa kali SPRM cuba nak menyiasat kononnya ada berlaku rasuah dalam Kerajaan PAS di Kelantan tetapi tidak berjaya. Ini barulah "Islam Adil Untuk Semua". Balik kepada orang Melayu yang dikatakan Islam tadi maka jika benar orang Melayu ini Islam dimana akad mereka masuk Islam. Jika jual beli ada akad, nikah kahwin ada akad, bayar zakat ada akad, maka di mana akad orang Melayu masuk Islam. Orang Cina atau India masuk Islam ada kadi atau Tok Imam yang mengislamkannya dan mendengar pengucapan 2 kalimah syahadah mereka beserta dengan saksi. Habis orang Melayu beranak je atau terberanak (tak sengaja mendapat anak / zina) terus dikira Islam. Maka benarlah orang Melayu ni islam baka atau keturunan. Bila disebut baka ni ada banyak jenis baka jugak, iaitu jenis baka yang baik, baka yang tidak baik, baka yang rosak dan baka yang elok. Cuba lihat berapa ramai orang Melayu, muka Melayu bercakap Bahasa Melayu tapi ugama Kristian atau Hindu dan ada sebahagiannya pula tak berugama atau tak percaya pada wujudnya tuhan (Atheis). Di Pulau Bali orang Melayu rata-ratanya beragama Hindu. Jual mee ayam, sate atau bakso pakai songkok dan berkain pelikat lagi tapi ugamanya Hindu. Maka di mana nak diletakkan kedudukan ayat yang mengatakan orang Melayu itu mesti beragama Islam dan orang Islam itu Melayu. Itu lah sebabnya bila sahaja dikatakan UMNO nak bergabung dengan PAS maka Tok Guru dan kepimpinan PAS peringkat atasan dan bawahan serta ahli-ahli PAS sebulat suara mengatakan tidak boleh selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada Islam. Ini jika dikaji dalam maksudnya, sebab kita tidak mahu orang Islam terpalit dengan tohmahan dan fitnah oleh bangsa Melayu sendiri serta bangsa-bangsa yang lain atau oleh penganut-penganut agama yang lain. Kerana seperti tajuk diatas "Orang Melayu Belum Tentu Islam, Dan Orang Islam Tak Semestinya Melayu". ADA FAHAM??? - orang klawang