Ahad, 25 Julai 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Blogger Jefry(Umno) Turun Berkempen? kah kah kah

Posted: 25 Jul 2010 11:08 PM PDT

-Santai-

MCA Dan Gerakan Cuma Penumpang Kereta Umno Kata Zahid Hamidi.

Posted: 25 Jul 2010 07:39 PM PDT

-Auto post-

Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.

Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.

Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid (gambar kiri) dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.

"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."
Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.

"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian."

"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."

"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."

"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?"
*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina./MerdekaReview

Si Jefry Hina Ulamak Lagi

Posted: 25 Jul 2010 03:41 AM PDT

Assalamualaikum,salam blogger,
Ingat lagi tak pasal blogger upahan umno yang pernah masuk lokap sebab edit gambar menghina tokguru dulu.

Kali ini dia lagi sekali menempah dosa dan dengan bangganya menempah tiket ke neraka kerana menghina lagi sekali Tokguru Nik aziz yang bukan sahaja tokoh politik tapi juga seorang bertaraf ulamak yang dihormati ramai.
Anda boleh lihat sendiri gambar dibawah yang saya copy dari blog si bangang ni.

http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/07/pasca-world-cup-2010-adegan-yg-camera.html


-ijoks2009-
Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu kearah jalan yang benar wahai blogger pengampu.Ingatlah bila kita mati bukan wang atau harta yang di bawa tapi pahala dan dosa yang akan di timbang.
Di akhirat nanti bukan menteri atau PM yang akan dapat menolong kita hanya Rasulullah dan doa para ulamak sahaja yang dapat membantu kita.

Wanita Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun (Santai)

Posted: 24 Jul 2010 11:37 PM PDT



LONDON: Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. – Agensi

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU PASIR SELANGOR - MEREKA SANGKA MEREKA SAHAJA YANG MELAYU?

Posted: 25 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini TV3 suku menyiarkan beberapa `orang Melayu' yang `kebulur' pasir di Selangor. Mereka memekik, menjerit dan terlolong umpama Hatu Raya kelaparan kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan isu pasir. Kununnya mereka `orang-orang Melayu Bumiputera' diketepikan oleh Kerajaan PR Selangor untuk mencari rezeki dengan pasir yang dikorek di Selangor.

Bukan kita tidak tahu, muka-muka inilah yang kaya raya di zaman Khir Toyo dan ada di antara mereka kroni kepada pemimpin Umno Selangor ketika itu. Kini, mereka lupa bahawa kerajaan telah bertukar tangan bukan lagi Anak Toyo selaku MB yang mereka boleh berbuat sesuka hati. Kini zaman PR memerintah dan istilah kroni tiada dalam kamus pemerintahan PR. Mereka mendakwa Melayu dan Bumiputera Selangor tertindas di bawah Kerajaan PR sekarang. Siapa Melayu dan Bumiputera itu? Adakah di Selangor hanya gerombolan yang terpekik terlolong di depan kaca TV itu sahaja yang Melayu dan Bumiputera?

Kekayaan dan hasil sumber bumi di Selangor adalah hak rakyat. Rakyat bukan bererti kesemuanya Melayu atau Bumiputera. Mengapa kita sebagai Melayu berugama Islam pula begitu tamak sekali? Jika di zaman Khir Toyo dahulu berpuluh tahun kamu mengaut untung hasil pasir ini, kamu tidak pernah menoleh ke arah Melayu atau Bumiputera yang lain untuk berkongsi nikmat itu. Jika boleh, kamu sahaja yang ingin terus mengaut hasil keuntungan pasir di Selangor sampai kiamat.

Oleh sebab itulah, hampir setiap hari puak-puak ini mengadu di TV3 suku betapa hidup mereka kini teramat susah. Seolah-olah merekalah orang paling papa kedana di Selangor. Yang menghairankan kita, mengaku hidup susah tetapi masih berlagak ego, sombong dengan mendakwa Kerajaan Selangor yang menganiayai mereka. Itulah yang dikatakan bodoh dan miskin tapi sombong.

Kepada Kerajaan PR Selangor, persetankan puak-puak yang terjerit siang malam itu. Usah dilayan mereka sepertimana Khir Toyo melayan mereka sehingga lupa diri. Ketelusan dan keadilan hendaklah diteruskan. Kekayaan Selangor mestilah dikongsi sama rata. Jangan jadikan Selangor sebuah kerajaan yang diperintah oleh `Toyol' penghisap darah walaupun zaman Anak Toyo sudah pun berlalu./wfauzdin.blogspot.com

HARUSSANI - ADAKAH INI YANG DIKATAKAN `TIPU SUNAT' ?

Posted: 25 Jul 2010 05:00 PM PDT


Saya sebenarnya tidak tergamak untuk menggunakan tajuk ini. Tetapi saya tercari-cari apakah tajuk yang lebih sesuai selain daripada tajuk ini.Tidak ada tajuk dan istilah yang lebih sesuai.Sebelum ini akhbar pengampu dan penipu milik Umno menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa beliau mengadakan perjumpaan dengan seorang pemimpin Pas untuk membincangkan kerajaan perpaduan Pas-Umno.Begitu bermati-matian sekali beliau mempertahankan kenyataan tentang wujudnya perbincangan dengan pemimpin Pas itu isu kerjasama dan kerajaan Perpaduan Pas-Umno.

Apabila terdapat banyak blog dan portal mempertikaikan kenyataan beliau, Harussani berkata " Saya ni mufti tak kan nak menipu..."

Hari ini segala dakwaan blog dan portal terbukti benar apabila Harussani yang cukup tertekan dan terdesak akhirnya mengaku bahawa perjumpaan dengan pemimpin Pas ( Dato Hassan Ali) tidak menyentuh langsung isu kerajaan perpaduan Pas- Umno. Tidak ada perbincangan politik, hanya isu perpaduan orang Melayu.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

"Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

"Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,".

Ternyata Harussani telah merendahkan martabat dan jawatan mufti yang disandangnya. Kenyataanya amat malang dan memalukan khasnya kepada rakyat Perak dan umat Islam di Malaysia ini amnya.

Perbuataan menipu dan bercakap bohong amat ditegah dalam Islam, lebih-lebih lagi seorang yang bergelar mufti. Maka amat wajar Harussani memohon maaf secara terbuka serta secara lebih terhormat meletak jawatan sebagai mufti daripada berterusan memburukkan imej Islam di mata umum.

Sumber: Angkasanuri.blogspot

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Batang Ai Sarawak: Satu catatan pengalaman II

Posted: 25 Jul 2010 06:54 AM PDT

Semalam hari sabtu aku dan yusof pergi ke Bandar Sri Aman yang jarak nya lebih kurang 80 km. Bandar nya besar lah juga. Kami jumpa kedai mamak (disini dipanggil tamby tapi kalau oder tetap mee mamak bukan mee tamby). Kami pekena roti canai dengan teh tarik. Dah seminggu aku tak kena teh tarik. Oleh kerana bandar nya tak berapa besar, kami bertemu/berselisih dengan ramai staff power station. Yang berkeluarga membawa anak dan isteri dan yang bujang akan berkumpulan dan memang mereka akan ke Sri Aman seminggu sekali sebab itu lah bandar terdekat.


Pasar Lubok Antu



Oleh kerana pagi ahad ini tak ada banyak benda yang aku nak 'shoot', Mano (Kesumariano bin Hussaini) dan geng dia ajak kami pergi 'ngirup' di Lubok Antu. Sampai disana lebih kurang jam 10.00 pagi.

Tidak seperti hari hari biasa, hari ahad ada pasar pagi dan ramai orang disini. Oleh kerana dekat dengan sempadan, orang dari seberang pun ada berniaga dan beli barang disini.

Kami semua 'ngirup' di 'food court' yang bercampur baur gerai orang Islam dan bukan Islam. Aku mintak teh tarik tapi diaorang tak reti nak buat. Yang ada, teh + susu dan kacau sendiri.


Aku dan Mano


Mano tengah tawar menawar harga

Lepas minum, yang lain lain buat hal masing masing. Mano bawa aku dan Yusof jalan jalan sekeliling pekan kecil tersebut untuk cari cenderahati untuk dibawa pulang. Lagi pun kalau ada orang tempatan boleh dapat murah sikit. Kalau beli di Kuching, harga nya mahal. Akhir nya rabak lah juga 2,3 ratus.

Sekian


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com/

Photobucket

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Sekotak sudah di "Hai-Hai'....Khir Toyo bakal di "bye-bye"..

Posted: 25 Jul 2010 06:54 PM PDT


Ezam dibawa masuk ke pentadbiran perhubungan Umno negeri pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Noh melalui penubuhan badan baru, dinamakan Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) -Malaysiakini


artikel ini diambil dari "Koleksi Altantunya di Facebook usinwafer

usinkata;..dlm dok riuh pasal penyamun pasir dinegeri paling kaya diMalaysia..dan apatahlagi dengan lagak dua hero dr UMNO yg mengimpikan kembali jawatan MB Selangor..muncul kini sang kotak...
Nah...sekali sang kotak dh sebumbung dgn Noh Hujan ..ehh silap..Noh Omar...
Ingat xdulu ..Satim Diman..sekali bising satu selangor yg beliau nk letak jawatan dlm parti dan sehingga bergegar kerusi Dun nya juga nk digadaikannya..

Hati ini berasa hairan juga dengan gegaran yg dibuat oleh Satim itu..xda angi xda bunyi kentut tetiba saja bau busuk tersebar merata Selangor...dan hari ini..ketika ini..baru kutahu....sudah ada gerakan utk kembalikan Khir Toyo ke kerusi doktor gigi...dan tinggalkan UMNO negeri setelah hilang jawatan MB gara-gara Istananya..
Tgklah ceramahpertama sang kotak yg direncanakan oleh SSDE..sang kotak diiringi Noh Hujan..ehh silap lagi..Noh Omar Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan juga Satim Diman Timbalan Ketuan Pembangkan DUN Selangor..

Sang Kotak diapit dengan Timbalan Khir Toyo..dan jelas dah...Najib dah xmau mu la Khir...ada baiknya..cari tapak baru buka klinik gigi..daaaa..
Nak lawan..huhuhu Istana mu tue xmampu nk lawan punya...berani ka..hahhah Khairy yg terpelajar sehingga oxfot pon xmampu nk lawan Najib..apatah lagi mu oiii Khir oiii..sekali mu kena sumpah ngan Tok Moh nanti..terus masuk duduk dlm botol kicap..xnaya ka..

So..lupikirla sendiri nasib lu nanti..xda masa aku nk pikir tuk lu...

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ALEEYA ... tewas dalam dakapan suami orang

Posted: 25 Jul 2010 04:45 PM PDT

Didikan agama diberi secukupnya manakala batas pergaulan sentiasa dipantau keluarga, namun angkara cinta buta, seorang gadis rela menggadai maruah sehingga melahirkan anak luar nikah.

"Saya bukan jenis liar sebab ayah dan ibu menjaga saya dengan sempurna. Saya diberi didikan agama manakala batas pergaulan saya sentiasa dipantau keluarga.

"Entah bagaimana, perkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an membuatkan saya hanyut. Saya lupa keluarga... lupa dosa dan pahala," kata Aleeya ketika ditemui baru-baru ini. - seterusnya DI SINI

Petua meransang suami yang dingin seks

Posted: 25 Jul 2010 09:22 AM PDT

Sebagai isteri, tahukah anda apa yang diharapkan oleh suami dalam menjalin hubungan yang penuh kemesraan lagi hangat? Bagaimana pula sentuhan yang digemari si suami. Sebenarnya di sebalik sifat kelelakiannya, lelaki amat menyenangi sentuhan dan belaian wanita. Bagaimana dapat anda, seorang isteri penyayang, memancing ghairah suami tersayang? Dipersilakan membaca panduan-panduan di bawah. ......seterusnyanya DI SINI

Kenapa saya curang?

Posted: 25 Jul 2010 05:57 AM PDT

BERBEZA dengan Nor, Yuhanis (bukan nama sebenar), 28, mengakui beliau berlaku curang kerana sering dikhianati teman lelaki dalam hidup menyebabkan beliau mengambil keputusan membalas dendam kepada mana-mana lelaki yang muncul dalam hidupnya.

"Saya mempunyai hubungan dengan suami orang. Dia menyediakan saya satu unit kediaman di kondominium mewah di kawasan elit untuk memudahkan dia melawat saya. ... SETERUSNYA DI SINI

Sengsara orang berzina

Posted: 25 Jul 2010 03:58 AM PDT

KEBEBASAN sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya. ... seterusnya DI SINI

dollah yankee

dollah yankee


7 juta..siapa punya?

Posted: 25 Jul 2010 06:06 PM PDT


Woww..7 juta pengundi baru? Itu lah angka yang di-anggar dan di-jangka akan menjadi pengundi yang pertama kali tengok peti undi untuk mengundi buat pertama kalinya pada PRU-13 nanti, yang orang putih kata "13th GE, just around the coners".

7 juta pengundi baru ini yang terdiri dari orang-orang golongan muda yang mana sokongan mereka ini pada PRU-13 itu akan menentukan siapa dan parti mana yang akan duduk di Putra Jaya.

85 peratus dari 7 juta pengundi baru dan muda ini didalam golongan dan kategori berkecuali, tidak duduk dalam mana-mana parti sama ada BN atau PR.

Kalau ikut kepada penganalisis-penganalisis politik yang terdiri dari mereka yang profesional dan juga yang terdiri dari penganalisis-penganalisis yang dari kaki-kaki lima jalan dan kedai-kedai kopi di-bandar bandar besar dan di-kampong kampong, 60 peratus daripada 7 juta pengundi ini masih bertenggek di-atas pagar dan masih belum memutuskan kepada siapa undi mereka akan diberikan.

Kalau ikut kepada masalah-masalah perkauman, rasuah, pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos sara hidup, pendatang-pendatang yang haram dan yang halal, kualiti kehidupan dan juga sistem pengangkutan awam yang sedang jadi dalca dan caca merba di-bawah pentadbiran BN, maka dah sah-sah dan gurkah-gurkah politik di'port' berani bertaruh potong jari yang undi golongan mereka yang pertama kali ini akan memihak kepada PR.

Kalau di-lihat kepada penglibatan dan sambutan-sambutan yang diberikan oleh orang-orang muda ini kepada apa-apa juga program-program politik anjuran-anjuran BN dan PR, jelas sekali yang PR sudah ada "Fixed Deposit" di semua kawasan masyarakat.

Akibat sikap tamak dan tak pernah rasa cukup yang ada pada PR, telah membuatkan mereka menjadikan perinsip "timba kena cari telaga" sebagai panduan dimana PR masih lagi sedang keluar untuk mencari beberapa lagi akaun "Fixed Deposit" dengan mengadakan road-show mendaftar sebagai pengundi-pengundi baru.



dollah yankee -
PR dah start daftar pengundi dan ahli baru untuk PRU-13, BN pula baru dok buat survey, dok buat research yang habis-habis.

Gila jersi bola sepak

Posted: 25 Jul 2010 12:29 AM PDT
















KUALA LUMPUR (AFP) – Muslims must not wear the famous Manchester United red jersey because of the "devil" emblem on its team crest, Malaysian clerics said Wednesday.
Manchester United and the rest of the English Premier League are massively popular in Muslim-majority Malaysia and the rest of the Asian region, but conservative religious scholars said the jersey is un-Islamic.

Also off limits are the shirts of teams including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway, all of which carry images of the cross on their team emblems.

Kegilaan memakai jersi di Malaysia jelas terserlah. Sebagai orang islam mereka sepatutnya tahu dan faham jersi yang bagaimana yang sesuai dan tidak sesuai dipakai.

Biarpun gurkah-gurkah politik di'port' memegang prinsip 'sendiri buat,sendiri tanggung' dan 'kubur masing-masing' namun gurkah-gurkah politik ini tetap bependapat yang sebagai orang-orang islam, sebagai orang islam kita patut tegur menegur dan mereka tidak sepatutnya memakai baju atau jersi yang mempunyai imej-imej seperti imej setan, imej arak, imej tengkorak atau alkohol dan imej-imej yang mempunyai lambang-lambang salib.

Kontroversi kini menyelubungi ramai peminat-peminat yang fanatik dengan pasukan Manchester United yang kita semua tahu lambang kelab mereka jelas memaparkan imej setan. Dan jersi-jersi ini jelas sekali ianya dipakai oleh ramai orang-orang islam yang merupakan peminat-peminat MU.

Tak kan lah nak pakai benda-benda merepet macam ni pun kita perlukan fatwa dari ulamak kot? Sendiri mau ingat lahh...

Sehubungan dengan itu, gurkah-gurkah politik di'port' yang semuanya merupakan kaki bola (tahun 70an dan 80an laa...), telah menasihatkan orang-orang islam agar gunakan cara lain kalau nak sokong kelab-kelab pujaan mereka daripada memakai jersi-jersi yang jelas ada imej-imej setan,arak dan salib.

Biarpun jersi-jersi yang ada lambang-lambang yang dinyatakan tadi berlambak-berlambak dipasaran dan tidak sesuai untuk orang-orang islam memakainya, namun gurkah-gurkah politik di'port' kata ia tidak semestinya diharamkan penjualannya.



dollah yankee -
Kalau di-Arab Saudi, peminat bola tak gaduh pun nak pakai jersi masa tengok bola.Semua pakai jubah.

Justice For All

Justice For All


BN Terengganu Akan Terus Main Kotor

Posted: 25 Jul 2010 09:48 PM PDT

 

KUALA TERENGGANU - Parti Umno dan Barisan nasional yang berada dalam keadaan cukup lemah sekarang, dijangka meneruskan strategi 'kotor'nya pada pilihanraya umum akan datang sebagaimana amalannya sebelum ini.

"Dia orang duduk sini dah berapa tahun, mereka sebagai pemastautin tetap meminta kad pengenalan biru, dapat kad pengemalan baru dia boleh mengundi, jadi sekarang proses untuk mendapatkan kad pengenalan biru ini dipemudahkan,"kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

Menurutnya, sehingga kini telah dikesan sebanyak 160,000 permohonan mendapatkan kad pengenalan dipercepatkan sebagai strategi Umno dan Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum ke-13.

"Jumlah yang memohon (untuk mendapatkan kad pengenalan) 500,000, tapi yang dalam proses yang dia (kerajaan) nak buat cepat ni adalah 160,000, belum lulus semua, tetapi sedang dilaksanakan sekarang,"ujarnya ktika ditemui selepas Majlis Penerangan Isu-isu Semasa di Kampng Panji, disini, Sabtu, 24 Julai.

Beliau berkata demikian ketika mndedahkan antara strategi kotor Umno/BN menghadapi PRU-13 adalah memberikan kad pengenalan kepada pemastautin tetap untuk didaftarkan sebagai pengundi.

Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengingatkan jentera pilihanraya PAS supaya mengambil tindakan segera sekiranya mengesan kemasukkan pengundi yang tinggi secara mndadak dalam satu-satu kawasan.

Katanya, perkara tersebut pernah berlaku dalam senarai pengundi dinegeri Terengganu sekitar tahun 2002 hingga 2003 sebelum pilihanraya umum ke-11.

Ketika itu, menurutnya, terdapat peningkatan jumlah pengundi sebanyak 17%.

"Kita peringatkan jentera kita, sekiranya berlaku kes sedemikian, dalam daftar pemilih terdapat kemasukkan (tinggi) mendadak, kita akan (minta) siasat, benda ini telah berlaku di Terengganu, meningkat 17%, kita mengadu kepada SPR, SPR kata orang dah daftar nak buat macamana,"jelasnya.

Katanya, dibelakang kerja-kerja memasukkan pengundi tersebut adalah bekas Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh.

BN Yang Mencuri Pasir

Posted: 25 Jul 2010 09:00 PM PDT

Saari : Kerajaan Pusat Petualang Sebenar Kes Curi Pasir

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan gesaan kepada Kerajaan Pusat untuk tidak mensabotaj usaha Kerajaan Negeri Selangor membasmi kegiatan mencuri pasir.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata Kerajaan Pusat menyuburkan kegiatan mencuri pasir dengan memansuhkan kuasa Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Galian Tanah, seraya menjadikan agensi terbabit tidak berupaya untuk memberkas petualang pasir terbabit.

Saari dalam nada berseloroh pada awalnya menyoal siapa gerangan yang bertanggungjawab dalam isu kecurian pasir di Selangor, diikuti dengan penjelasan bagaimana isu kecurian pasir di negeri ini dikatakan sebagai satu usaha terancang oleh Kerajaan Persekutuan.

" Tuan-tuan, siapa yang curi pasir ini? Pencuri. Yang curi pasir ini ialah pencuri. Isu pencuri ini bidang kuasa pihak polis" seloroh Saari.

Berucap dalam ceramah umum "Siapa Curi Pasir", Saari menjelaskan, amalan kerajaan UMNO-BN ketika memerintah Selangor menjadikan masalah pasir di Selangor semakin rumit untuk diselesaikan.

Ianya menjadi semakin teruk apabila berlakunya amalan pendakwaan terpilih serta wujud usaha untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

" Isu pencuri pasir ini ialah masalah penguatkuasaan di peringkat persekutuan. Saya hendak bawa satu isu besar, di dewan pun tidak terbawa sebab tidak dapat maklumat yang sepenuhnya" tambahnya lagi.

Tambahnya, amalan menyelamatkan kroni ini dikukuhkan oleh kerajaan pusat dengan meluluskan akta baru di peringkat Persekutuan pada November 2008 apabila kuasa menahan orang yang mencuri atau pun disyaki mencuri pasir tidak lagi di bawah bidang pegawai penguatkuasa PTD dan PTG.

Penahanan hanya boleh dibuat ketika operasi bersepadu yang melibatkan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilakukan.

Bahkan sekiranya ada kes kecurian yang terbongkar, ianya pantas dibersihkan melalui agensi yang tertakluk dibawah telunjuk kerajaan pusat.

" Ada pendakwaan pun suruh ditarik balik. Ini realitinya yang saya hendak tuan-tuan paham. Bagaimanakah kuasa pendakwaan di peringkat negeri tidak ada. Kalau Timbalan Perdana Menteri, kalau Noh Omar mengatakan bahawa kita ada mencuri pasir".

"Ini kerana kelemahan kepada mereka, kerana pendakwaan lemah, penguatkuasaan memang kita boleh buat tetapi oleh kerana pendakwaan terpilih, kalau dia tengok, kalau ada pencuri itu dari kelompok mereka, maka tidak ada pendakwaan" tambahnya lagi.

Disebabkan itulah ujar Saari, walaupun pihak kerajaan negeri menjalankan penguatkuasaan, namun ia tetap tidak berhasil untuk membanteras kecurian pasir di Selangor secara menyeluruh.

Baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama yang akan membawa dan membahaskan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dalam Dewan Negeri.

Rang undang-undang ini bertujuan untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat berkepentingan awam supaya setiap individu punyai peluang akses kepada maklumat setiap jabatan negeri.

Selain untuk merakyatkan informasi, ia juga akan menjadi perantara usaha yang dijalankan kerajaan negeri agar rakyat tidak mudah tertipu sekiranya timbulnya isu yang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan pusat.

" Telus, kontraktor baik, developer baik, pemaju, peniaga, usahawan, korporat yang ada urusan dengan dana rakyat dari jabatan-jabatan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan tempatan, tuan-tuan boleh minta maklumat".

Menurut Saari, dengan tertubuhnya jawatankuasa berkenaan, maka rakyat berpeluang untuk mengetahui perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

" Inilah yang menyebabkan UMNO panic. Maknanya lepas ini, selepas jawatankuasa yang dipengerusikan oleh saya ini di bawa ke dalam dewan, sekurang-kurangnya pada bulan Mac tahun depan rakyat berhak tahu siapa yang dapat kontrak pasir selama ini dengan Selangor".

"Siapa yang bekalkan lori, siapa yang bekalkan kren, siapa bekalkan pasir, siapa jadi gengstar, siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Bahagian yang dapat saham".

13 Lukisan Lain Leonardo Da Vinci

Posted: 25 Jul 2010 07:30 PM PDT

Laptop Hanya Berharga RM 111

Posted: 25 Jul 2010 06:37 PM PDT

Komputer riba pada harga RM111

NEW DELHI - India berjaya menghasilkan komputer riba dengan teknologi skrin sentuh yang bakal dijual pada harga sekitar AS$35 (RM111) seunit.

Komputer riba itu dihasilkan melalui kerjasama Institut Teknologi India dan Institut Sains India untuk kegunaan mahasiswa bermula tahun hadapan, sebelum dijual kepada golongan murid dan pelajar.

Jurucakap Kementerian Pelajaran, Mamta Verma berkata, kerajaan juga bercadang memasang kemudahan jalur lebar di kesemua 22,000 kolej seluruh negara untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa dunia pendidikan.

Antara aplikasi yang tersedia dalam komputer riba edisi khas ini adalah pelayar Internet dan kemudahan sidang video.

Kos menghasilkan komputer riba berkenaan akan disubsidikan kerajaan supaya mampu dibeli pelajar dan mahasiswa.

"Usaha juga sedang diambil untuk mengurangkan kos pembuatan dengan cara menggunakan teknologi tempatan supaya komputer riba ini boleh dijual pada harga serendah AS$10 (RM32)," kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal semasa melancarkan komputer riba berkenaan di New Delhi pada 22 Julai lalu.

Kan Dah Kata..Mesti Ada NGO UMNO Akong Sokong Pas Masuk UMNO

Posted: 25 Jul 2010 05:31 PM PDT

Kan dah kata, mesti ada ngo pro umno yang sokong UG ini..

Majlis Belia Malaysia sokong perpaduan Melayu

KUALA LUMPUR 25 Julai - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik usaha badan atau persatuan di bawahnya seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ke arah menyatukan orang Melayu.

Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, perpaduan Melayu seperti dicanangkan sebelum ini membabitkan UMNO dan Pas adalah perlu dan sebarang usaha ke arah itu harus diberi sokongan padu semua pihak.

Bagaimanapun, menurut beliau, MBM tidak hanya memfokus kepada perpaduan Melayu semata-mata dengan semua kaum harus bersatu bagi mengurangkan konflik dalaman negara.

"Kita amat menggalakkan perpaduan. Bagi MBM, kita memandang serius terhadap segala usaha penyatuan Melayu termasuk kaum lain.

"Perpecahan jika dibiarkan akan mengundang konflik," katanya ketika ditemui semasa berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini baru-baru ini.

Rombongan beliau disambut Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Timbalannya, Othman Mohamad.

Selain itu ialah Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor; Pengarang Kosmo!; Baharom Mahusin; Pengurus Jabatan Pengarang, Zaharuddin Mohd. Ali; dan Pengarang Berita Utusan Malaysia, Marhaini Kamaruddin.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Mohamed Maliki dan barisan Exco MBM bertukar-tukar pandangan mengenai perjalanan dan hala tuju MBM.

Mengulas lanjut, Mohamed Maliki berkata, Malaysia tidak sepatutnya dibelenggu masalah dan konflik dalam isu perpaduan.

"Konflik yang mengganggu proses sosialisasi, itu sangat buruk kepada masa depan negara," tegas beliau.

Ali Rustam Tetap Berkeras Nak Bina Sekolah Mengandung Anak Haram

Posted: 25 Jul 2010 04:30 PM PDT

Ali rustam tetap berkeras nak laksanakan pemikiran sekularnya..

Sekolah pelajar hamil tetap ditubuh

MELAKA 25 Julai - Kerajaan negeri tetap akan menubuhkan sebuah sekolah khas bagi pelajar mengandung jika wujud keperluan, walaupun tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, langkah yang bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa itu bukan sebagai galakan kepada remaja untuk terjebak dengan perbuatan hamil luar nikah.

Sebaliknya, menurut beliau, ia lebih kepada tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat yang menemui jalan buntu apabila tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Soalnya, bukan kita galakkan, tapi bila semua orang lepas tangan, tak cuba bantu remaja terbabit selesaikan masalah mereka, ini yang jadi hal seperti kes buang bayi.

"Saya tak perlu sokong-menyokong. Sekarang saya ada masalah budak mengandung, tapi tak ada suami, jadi kerja kita yang pertama adalah mengahwinkan dia dengan lelaki yang menyebabkannya mengandung, lepas itu, remaja perempuan itu boleh sekolah. Jadi apa salahnya?," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian selepas merasmikan Majlis Ulang Tahun Ke-3 Kampung Buku Malaysia Melaka di Cafe Botanikal, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menyifatkan cadangan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung akibat terlanjur atau berkahwin pada usia muda sebagai suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.

Cadangan itu juga katanya, tidak akan menyelesaikan masalah gejala pembuangan bayi malah, dikhuatiri akan menggalakkan lebih ramai pelajar terlibat dalam perbuatan yang tidak bermoral itu.

Mohd. Puad berpendapat ia adalah suatu idea yang agak pelik dan menyamakan apakah selepas ini perlu ditubuhkan pula sekolah khas untuk penagih dadah atau pelajar yang mencuri dan merompak.

Mengulas perkara itu, Mohd. Ali dengan tegas berkata, tidak timbul soal menggalakkan atau menubuhkan sekolah menagih dadah, sebaliknya, cadangan itu bertujuan menyelesaikan gejala yang sudah menjadi bencana dalam masyarakat.

"Kalau bukan begini, apa cara lagi kita nak atasinya?. Murid sekolah sudah mengandung, nak gugurkan tak boleh, jadi kita kahwinkan mereka dan kerajaan negeri akan berikan mereka RM500 untuk urusan kahwin.

"Memanglah kahwin itu terpaksa, tapi apa pilihan yang kita ada? Saya Ketua Menteri dan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), tak kan nak kata ini bukan kerja saya?" katanya.

Tambahnya, sama ada cadangan menubuhkan sekolah murid hamil itu mendapat persetujuan daripada kementerian atau tidak, ia bukanlah satu masalah kepada kerajaan negeri.

"Kalau Kementerian Pelajaran tak setuju saya buka sekolah baru. Saya boleh buat dalam sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau sekolah swasta.

"Saya pun sudah bincang dalam mesyuarat MAIM. Mufti kata lepas akil baligh, ikut hukum Islam sudah boleh kahwin dan apa yang kita nak buat ini ikut hukum Islam.

"Lagi elok daripada kita larang anak-anak muda ini kahwin muda, lepas itu mereka berzina dan buang bayi," katanya.

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong - Nik Aziz

Posted: 25 Jul 2010 03:37 PM PDT

KUALA TERENGGANU 25 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan sesiapa sahaja yang cuba menjadi orang tengah untuk parti itu mengadakan perbincangan dengan UMNO sebagai 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.

Tegas beliau, Pas tidak memerlukan peranan sesiapa untuk menjadi orang tengah sekiranya parti itu mahu berbuat demikian.

"Ada orang hendak menjadi orang tengah, (usah) mimpi.., kalau saya mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri sendiri, tak perlu orang tengah," katanya.

Namun katanya, tiada sebab untuk Pas berunding dan cadangan seumpama itu tidak pernah digerakkan oleh Pas tetapi oleh pihak lain.

Ketika menyampaikan ceramah dalam program anjuran Pas Kuala Terengganu di sini malam tadi beliau membayangkan usaha ke arah 'penyatuan Melayu' melalui kerjasama dengan UMNO tidak akan menjadi kenyataan kerana Pas tidak akan terus diperbodohkan lagi.

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak tidak menyenanginya.

Namun Harussani yang dikecam oleh pelbagai pihak dalam Pas dan penyokong parti itu berkata, beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini.

Harussani dilaporkan berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Susulan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali hari ini mengakui ada menemui Harussani tetapi menafikan pertemuan mereka ada menyentuh soal kerjasama politik antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, apa yang digembar-gemburkan semula kini lebih kepada menjaga kepentingan UMNO dan bukan menjaga kepentingan masa depan Melayu.

Bagi menjaga kepentingan Melayu, katanya, Pas lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan di dunia dan akhirat.

Beliau terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa Pas tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO.

Malah Nik Aziz tetap menolak sebarang perbincangan ke arah kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Katanya, UMNO terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan Pas selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dua tahun lalu.

"Bila dah kalah baru cari kawan, selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak panggil Datuk Asri (Presiden Pas) berunding, kami ingat ikhlas dan saya adalah orang yang paling kuat menyokong Pas masuk Barisan Nasional.

"Rupa-rupanya bila kenyang, bila sudah gemuk, dia gigit, tendang kita, dia orang (menulis) Pas keluar (BN). Tak betul, mengarutlah, bukan keluar tetapi ditendang," katanya.

Pas menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Iran Hantar Kapal & Angkasawan Ke Bulan 2019..Malaysia???

Posted: 25 Jul 2010 08:48 AM PDT

Iran hantar roket, angkasawan 2019

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.

Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.

"Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa," kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.

Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman. - AP

Bangganya kita sebagai umat islam. Dengan pencapaian Iran ini. Malaysia?? Hampeh. Dahla tumpang kapal angkasa Rusia, pastu pergi sana sekadar nak main gasing. Tu pun bukan pergi bulan, tapi pergi ISS sahaja. Membazir je projek Pak Lah ni..

Kopitiam Papa Rich Yang Hidang Ayam Tak Halal??

Posted: 25 Jul 2010 08:18 AM PDT

Kopitiam beli ayam meragukan

INILAH kedai kopitiam yang diserbu pihak berkuasa Jakim kerana disyaki membeli ayam meragukan di Kepong semalam.

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini.

Penolong Pengarah Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di kopitiam itu semalam, bukti pembelian di pusat sembelihan tersebut tidak ditemui.

"Dipercayai pemilik kopitiam ini telah menghilangkan bukti berkaitan pembelian daripada pusat sembelihan tidak halal itu.

"Kita hairan macam mana resit boleh hilang, sedangkan pihak kami ada salinan resit pembelian ayam kedai kopitiam ini," katanya.

Nampak kedai macam Papa Rich..memang 'rich' betul, hidang ayam tak halal..ni satu lagi logo halal yang mengelirukan. Siapakah "Halal Food Council International" tu?

Najib 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika

Posted: 25 Jul 2010 07:24 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk 'yuran kejayaan' kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan - juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood.

'Yuran tak dikembalikan'

Pada surat perjanjian bertarikh 14 April antara dua firma perunding itu – QGA dan Laurus – dinyatakan QGA 'akan membekalkan perkhidmatan perhubungan awam dan media bagi pihak kerajaan Malaysia berhubung penyiaran rencana pendapat pengarang yang dihasilkan oleh perdana menteri Malaysia'.

Menurut perjanjian itu lagi, Laurus akan membayar QGA 'yuran US$15,000 yang tidak boleh dikembalikan sepanjang tempoh bermula 14 April, 2010 dan berakhir pada 20 April 2010'.

'Sekiranya QGA berjaya menempatkan rencana itu di penerbitan media utama, Laurus akan membayar QGA yuran kejayaan US$15,000. Yuran itu mesti dijelaskan dalam tempoh 30 hari selepas artikel berkenaan disiarkan'.

Perjanjian itu bagaimanapun tidak menyebut akhbar-akhbar utama yang mana tulisan pendapat Najib itu sepatutnya disiarkan.

Semakan dengan beberapa akhbar utama Amerika - Washington Post, New York Times dan Wall Street Journal – menunjukkan tiada rencana pendapat seumpama itu disiarkan.

Namun, Washington Times– sebuah akhbar yang dibiayai oleh pemimpin Gereja Unification, Sun Myung Moon – ada menerbitkan lampiran mengenai Malaysia, sehari sebelum Najib melawat ibu negara Amerika itu.

Yang menarik, pejabat kedua-dua Laurus dan QGA terletak di tingkat yang sama di sebuah bangunan di Connecticut Avenue. Washington, DC.

Kumpulan The Laurus juga dipercayai terbabit dengan iklan dua halaman kontroversial di New York Times yang mengucapkan tahniah kepada Rosmah kerana menerima anugerah keamanan tersebut.

=== rakyat derita, pemimpin bersuka ria, balaci plak dok kata, rakyat bangsa subsidi, tapi dimana duit rakyat ditaburkan....

"RAKYAT DIDUNGUKAN"

"RASUAH DIUTAMAKAN"

1ROSMAH

Banjir Besar Di China..Peringatan Allah Kepada Manusia

Posted: 25 Jul 2010 06:36 AM PDT

Ini kuasa Allah..untuk sedarkan manusia tak alpa dan berlagak seolah-olah mereka manusia, boleh mencaturkan segala-galanya..

701 orang maut banjir di China

BEIJING 21 Julai - Hujan lebat di China dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Ogos ini, kata Timbalan Menteri Sumber Air, Liu Ning.

Katanya, ahli meteorologi menjangkakan hujan lebat akan berlanjutan hingga ke utara China dan kemungkinan besar mengakibatkan banjir di sepanjang sungai utama seperti Sungai Huai, Yellow dan Songhua.

"Sungai-sungai ini belum pernah mengalami banjir tetapi besar kemungkinan ia akan berlaku, jadi kita harus menjangkakan akan berlaku satu mala petaka serius," katanya.

Menurut Liu, lebih daripada 230 sungai di China telah menyaksikan amaran peningkatan paras air dengan beberapa sungai mencapai paras ketinggian yang pernah direkodkan sebelum ini.

Setakat ini, katanya, banjir di China telah mengakibatkan 701 orang terbunuh dan 347 lagi dilaporkan masih hilang sejak Januari lalu dan ia dijangka bertambah buruk apabila dilanda musim taufan.

Kebimbangan terhadap peningkatan bilangan maut bertambah dengan musim hujan di China dijangka berterusan sekurang-kurangnya sehingga Ogos ini, kata Liu.

Beliau yang juga Ketua Kawalan Banjir Negara berkata, hujan lebat dijangka lebih kerap berlaku, sekali gus memerlukan projek kawalan air dan tadahan hujan diperkukuhkan, terutamanya ketika musim taufan Asia Timur baru sahaja bermula.

"Pada ketika ini, hujan lebat yang tidak henti-henti boleh menyebabkan berlaku banjir serius," katanya.

Bencana banjir yang pernah berlaku di Sungai Yangtze pada 1998 besar kemungkinan dapat diatasi berikutan siapnya Empangan Three Gorges pada 2006. - AFP

Blogger Jeffri UMNO Hina Tok Guru Lagi..Jom Kita Heret Mamat Ni Ke Mahkamah

Posted: 25 Jul 2010 04:03 AM PDT

Jom kita buat report polis kat mamak ni..biar dia diheret ke mahkamah. Saman malu je wahai tok guru..

Apapun tak boleh salahkan blogger umno tak school ni. Mungkin terpengaruh dengan pemimpin PAS pro umno yang lawan tok guru. Jelas bahawa ini semua gara-gara pemimpin PAS yang pro umno, menyebabkan Tok Guru Nik Aziz dihina sehinanya oleh UMNO..Katakan tak nak pada blogger umno dan pemimpin PAS pro umno..

Si Jefry Hina Ulama' Lagi

Assalamualaikum,salam blogger,

Ingat lagi tak pasal blogger upahan umno yang pernah masuk lokap sebab edit gambar menghina tokguru dulu.

Kali ini dia lagi sekali menempah dosa dan dengan bangganya menempah tiket ke neraka kerana menghina lagi sekali Tokguru Nik aziz yang bukan sahaja tokoh politik tapi juga seorang bertaraf ulamak yang dihormati ramai.

Anda boleh lihat sendiri gambar dibawah yang saya copy dari blog si bangang ni.

http://jeffrydamien09.blogspot.com/2010/07/pasca-world-cup-2010-adegan-yg-camera.html

-ijoks2009-
Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu kearah jalan yang benar wahai blogger pengampu.Ingatlah bila kita mati bukan wang atau harta yang di bawa tapi pahala dan dosa yang akan di timbang.

Di akhirat nanti bukan menteri atau PM yang akan dapat menolong kita hanya Rasulullah dan doa para ulamak sahaja yang dapat membantu kita.

2 Berita Yang Menunjukkan Mahasiswa Kita Semakin Hancur

Posted: 25 Jul 2010 01:34 AM PDT

Betapa teruknya budak-budak universiti sekarang. Ini semua mereka tidak dididik menjadi pemimpin, tapi jadi pak turut. Dahla pak turut, pastu disemai dengan jiwa hedonisme pembawaan aspirasi pro umno..ini 2 berita yang mengesahkan nilai moral mahasiswa semakin runtuh..

Penuntut liar

KUALA LUMPUR: Umpama penari bogel yang sinonim dengan 'joget tiang', segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Dengan alasan melepaskan tekanan belajar, aktiviti itu popular di kalangan penuntut IPT yang menjadikan pusat hiburan, terutama disko, sebagai rumah kedua.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan 'santapan mata' lelaki hidung belang.

Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

"Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.

"Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya. Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa 'glamor' juga sebab jadi perhatian," katanya.

Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.

"Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa," katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang 'satu kepala' dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.

"Apabila habis wang, saya sanggup meminta 'perkhidmatan' yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

"Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah 'sesak' saja," katanya.

Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.

Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.

"Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

"Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai 'sugar daddy' yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar," katanya.

Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.

"Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.

"Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, "katanya.

Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk.

Kesan tapak kaki

KULIM: Cubaan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk melarikan diri daripada ditangkap penguat kuasa agama gagal apabila kesan tapak kaki di dinding rumah teman wanitanya menjadi petunjuk.

 

GAGAL... cubaan menyorok di atas siling rumah gagal kerana meninggalkan kesan di dinding.

TAHAN... penuntut berusia 21 tahun ini ditahan khalwat bersama pasangannya. Dalam kejadian jam 1.30 pagi Khamis lalu di sebuah taman perumahan di sini, penuntut berusia 21 tahun itu ditemui di siling rumah teman wanitanya selepas penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) menemui kesan tapak kakinya di dinding.

Jurucakap PADK berkata, sejurus membuka siling, mereka menemui seorang lelaki lengkap berpakaian menyorok di belakang tangki air di atas siling rumah.

"Pemeriksaan di atas siling dilakukan kerana kami meragui kenyataan teman wanita suspek yang mendakwa kesan tapak kaki itu sudah lama di dinding, sebaliknya itu kesan baru," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.

Katanya, penguat kuasa PADK menjalankan operasi hasil maklumat awam.

"Selepas pemantauan, kami membuat pemeriksaan dan mendapati seorang perempuan berusia 20 tahun berpakaian baju tidur membuka pintu dan mendakwa tinggal seorang diri kerana rakan serumah bekerja," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan.

Kerajaan PR Selangor Takkan Bubar DUN Seandainya Najib Bubar Parlimen...

Posted: 25 Jul 2010 12:35 AM PDT

Ini pukulan paling keras..ini flying kick paling hebat. Padan muka UMNO..membazir je bubar Parlimen. PR takkan ikutnya. Baguslah. Saya pun ada berikan pro untuk adakan pilihanraya negeri berasingan dari pilihanraya pusat (sini)..cuma jaga-jaga skit, mungkin UMNO akan menggila untuk cari 6 orang lagi ahli parlimen PR, untuk menjadi 149 ahli parlimen (Sekarang ni BN ada 137 + 6 Katak, Dan PR ada 77 serta SAPP, 2. 1 Majoriti adalah 222/3 : 74 kerusi)

Pakatan Selangor tak akan bubar DUN jika BN panggil PRU tergempar

DUN Selangor tidak akan menurut sekiranya Perdana Menteri membubarkan Parlimen lebih awal. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.

PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.

Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.

"Ya, memang kami sudah memutuskan perkara ini pada mesyuarat yang terbaru awal minggu ini... cuma Menteri Besar belum mengumumkannya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dalam entri blognya semalam di bawah tajuk "Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor", Roslan antara lain menulis, PR mempunyai banyak kerja yang perlu dibereskan selain memperkasakan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

"Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihan raya awal langsung tidak menarik minat kita.

"Bubarlah Parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal," kata beliau merujuk kepada kempen Umno-BN sejak kebelakangan ini bahawa PR Selangor telah gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut Roslan berkata, memandangkan baru dua tahun PR memerintah Selangor, pihaknya memang memerlukan masa untuk melaksanakan program ekonomi dan sosial yang telah pun diatur.

"Kami tidak mahu terperangkap dengan langkah BN, yang didakwa akan memanggil pilihan raya lebih awal... kami akan meneruskan mandat semasa sekurang-kurangnya sehingga selesainya empat tahun pemerintahan.

"Kami memutuskan pilihan raya negeri hanya akan dipanggil selepas tahun keempat jika perlu, jika tidak kami akan melengkapkan tempoh lima tahun," kata Roslan lagi.

Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS yang mengadakan sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini telah mengambil pendirian untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akhir tahun ini.

"Kami punya kiraan ialah pilihan raya umum (kemungkinan) diadakan hujung tahun ini," kata beliau.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau berharap kesemua negeri sama ada yang dipimpin BN ataupun PR akan mengadakan pilihan raya umum serentak.

Tanda dan bayangan pilihan raya umum tergempar mula muncul dengan Umno-BN memulakan serangan terhadap kerajaan negeri dengan memfokus isu pasir.

Semalam, Umno Selangor telah memulakan penganjuran 19 program ceramah sempena jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), yang akan berlangsung hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu, bermula dengan Shah Alam.

Noh berkata, program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan PR.

Tiada Ketua Menteri Semengarut Ali Rostum - Zuad Parkashi

Posted: 24 Jul 2010 11:28 PM PDT

Ali Rustam yang ingin menubuhkan sebuah sekolah khas untuk pelajar perempuan yang mengandung akibat terlanjur disifatkan sebagai cadangan mengarut dan pelik.

Timbalan Menteri Pelajaran II, Mohd Puad Zarkashi berkata, cadangan tersebut sebenarnya amat tidak praktikal untuk dilaksanakan kerana ia seolah-olah menggalakkan lagi pelajar perempuan untuk mengandung pada usia muda.

Sementara itu, seorang lagi Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Wee Ka Siong menyifatkan cadangan Mohd Ali sebagai tidak relevan kerana jumlah pelajar perempuan yang mengandung adalah tidak cukup besar sehingga mewujudkan sekolah khas bagi mereka.

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Posted: 24 Jul 2010 09:24 PM PDT

TURUTAN gambar menunjukkan nahas udara di Lapangan Terbang Lethbridge County di Alberta, Kanada, semalam. – AP

BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL

ITULAH yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib juruterbang, Kapten Brian Bews dalam nahas jet pejuang CF-18 Hornet yang terhempas sebelum berkecai dalam letupan bebola api.

Kemalangan udara ini berlaku semalam ketika Bews menjalani latihan penerbangan menjelang pertunjukan udara di Lapangan Terbang Lethbridge County, Alberta di Kanada esok.

Seramai lapan juruterbang tentera udara Kanada maut dalam beberapa insiden melibatkan 17 pesawat tempur ini, namun Bews terselamat daripada menjadi korban kesembilan.