Khamis, 22 Julai 2010

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Bahagian 2 : Kerja Untuk Survival

Posted: 22 Jul 2010 11:38 AM PDT

Satu masa dulu,waktu aku tak dapat gaji dekat 3 bulan,sampai satu tahap aku dah give up dan aku apply kerja kat Giant jadi Display Artist.Aku dapat kerja tu.Jadi aku borak la pasal gaji dan elaun.Kakak yang interview aku tu pun cerita panjang lebar pasal skim gaji kat situ.

"Sini ni dik,Display Artist ni dibayar lebih sket.Kalau jadi staff2 biasa macam cashier ke,jaga stock ke,kitorang bayar RM600 campur elaun RM100.Kalau adik ni,kita akan bayar RM700 campur elaun Rm100.Minggu depan mula kerja ya!" kata kakak tu gembira sebab dapat seorang mamat yang dah la talented,hensem pulak tu kerja situ. Aku perasan ada beberapa orang gadis melambai2 tangan ke arah aku dan ada jugak sorang dua pekerja lelaki Bangladesh mengenyit mata ke arah aku.

Jadi,bila balik,aku pun berfikir...gila.Sewa rumah aku aje dah RM275 sebulan (aku kongsi ngan member aku,RM275 tu bahagian aku).Motor aku 2 bulan kena servis.Terbang RM40.Minyak?Makan?Bil letrik?Bil air?Tak tolak lagi duit rolling government iaitu duit EPF.

Kerja dari 8:00 pagi sampai 7:00 malam.Itupun kalau takde display atau board kena buat.
Untuk RM800.

Aku sure benda dilema camni paling dirasai oleh mereka2 yang bergaji RM1000 dan ke bawah.Bekerja punyalah panjang masanya,dapat pun ciput aje,tolak2 hutang dan bil,lepas la beli maggi untuk buat bekal makanan (Cuba tengok berapa besar rak2 mee segera kat shopping kompleks menunjukkan betapa lakunya mee segera ni kat Malaysia.Penduduk Jepun juga menggunakan kaedah menijau harga mee segera untuk meramal keutuhan ekonomi rakyat Jepun yang dipanggil Ramen Index.Makin mahal mee segera,makin mahal kos makanan secara keseluruhannya)

Takpelah,daripada takde gaji langsung at least lepas la untuk survive.Aku nekad la nak ambik kerja tu tapi dengan tiba-tiba kompeni aku buat magik bayar gaji sebulan daripada 3 bulan yang dia hutang tu.Lepas la hidup untuk dua bulan sementara aku gi interview merata-rata lagi.

Cuba fikirkan,dalam ramai-ramai menteri,menteri mana yang ambik peduli pasal orang-orang yang kerja kat bawah-bawah ni?Kita boleh cerita pasal kadar ekonomi naik,pasal kadar KDNK yang pesat atau tahap pelaburan yang meningkat....but those thing do not matter at all to those who work for a pittance.Takkan ada orang2 politik yang peduli.But the biggest problem of all is that...kita semua pun tak peduli pasal diorang ni.

Mesti ada yang pernah maki cashier kat shopping kompleks kalau minah tu kira barang slow2 masa kau nak cepat.Mesti ada antara kita yang bengang dengan mamat tukang potong ayam kalau ada queue panjang masa kita nak timbang dan potong ayam.Mesti anda akan rasa annoyed kalau tengah2 shopping,isle barang tu diblok oleh seorang mamat yang tengah susun stok barang. Aku pernah nampak seorang cashier di maki "stupid idiot" sebab harga kat cashier dengan display lain dan bila cashier tu ditanya dia tak tau nak jawab apa.Diorang tu hanya dibayar RM700 untuk mengadap muka korang dan layan perangai korang yang kadang2 tak serupa manusia.

Gaji ribu-ribu tapi troli pun tak reti nak letak balik kat tempat kumpul troli!Apa kau ingat pekerja2 kat situ yang dibayar RM700 juga bertugas untuk mencarik troli kat merata-rata tempat yang kau sepahkan?Bila troli takde reti pulak mengamuk...

Apa point aku?

Ada ramai orang susah dalam Malaysia yang kerja dekat shopping kompleks.Hidup diorang dah memang susah,apa kata kita,jangan susahkan hidup diorang lagi.Tak kira lah situ ramai pekerja Bangladesh ke,local ke..Kalau orang senang tak mau tolong kita...kita orang yang susah mesti tolong orang susah.Mereka bekerja dengan gaji yang sangat minima. RM700 beb!

PS - Kalau ada sapa2 nak kata,"bersyukurlah dengan apa yang diorang ada" ataupun "mungkin gaji diorang tu cukup untuk diorang" aku akan tulis awal2 kat sini "Fuck off...jangan amal mentaliti Kerajaan Barisan Nasional"

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


ANAS MASUK HOSPITAL....

Posted: 22 Jul 2010 03:51 PM PDT

Sahabat kita, Anas yang juga Wakil Pemuda Masjid Bukit Indah malam tadi dimasukkan ke Wad 601 (Wad Kanak2) Hospital Pakar Ampang Puteri untuk menjalani procedure angiogram pagi ini.

Disyakki samada mengalami 'block' di bahagian arteri atau gastrik.

Walaupun gementar beliau masih kelihatan ceria ketika teman dok menghantarya semalam.

Maka misslah dia kenduri kambing Lawyer Md. Noh di SUA malam tadi.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau cepat pulih dari apa jua penyakit yang dihidapinya. Amin...

Wassalam.

Nooh Gadut..Harussani sokong Liverpool..??

Posted: 21 Jul 2010 09:20 PM PDT

Bising pasal lambang setan...macam mana dengan lambang arak??

Macam mana dengan rasuah, salahguna kuasa dan kedurjanaan Umno???

Don't wear 'devilish' Man Utd jersey, Muslims warned
Wednesday, 21 July 2010 Super Admin

(AFP) - Muslims must not wear the famous Manchester United red jersey because of the "devil" emblem on its team crest, Malaysian clerics said today.

Manchester United and the rest of the English Premier League are massively popular in Muslim-majority Malaysia and the rest of the Asian region, but conservative religious scholars said the jersey is un-Islamic.

Also off limits are the shirts of teams including Brazil, Portugal, Barcelona, Serbia and Norway, all of which carry images of the cross on their team emblems.

"This is very dangerous. As a Muslim, we should not worship the symbols of other religions or the devils," Nooh Gadot, a top Islamic cleric from Johor, said.


"It will erode our belief in Islam. There is no reason why we as Muslims should wear such jerseys, either for sports or fashion reasons," said Nooh, an adviser to the Johor religious council.

"Even if it (the jersey) is a gift, we should decline it. It is even more sinful when people realise this is wrong and still buy these jerseys to wear," he added.

Nooh said there was no "fatwa", or religious edict, against the shirts but that one was not needed when it was clearly wrong for Muslims to don such a garment.

"These Muslims should repent, repent immediately," he said.

Another leading cleric, Harussani Zakaria, a cleric from Perak, agreed that devils should be shunned, not celebrated.

"Yes of course in Islam we don't allow people to wear this sort of thing," he said. "Devils are our enemies, why would you put their picture on you and wear it? You are only promoting the devil."

Malaysia is a generally moderate Islamic country, but conservative clerics have issued controversial edicts in the past including a ban on the ancient practice of yoga, which is criticised for including Hindu religious elements.

kerangeleber

kerangeleber


Pilihan raya Sarawak, peluang PR?

Posted: 22 Jul 2010 12:15 AM PDT

Justice For All

Justice For All


Apalagi Penduduk Kg Baru..Jom Kita Berdemontrasi..

Posted: 22 Jul 2010 08:36 PM PDT

STATUS TANAH KG. BARU DITUKAR

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mengatakan hampir kesemua tanah di Kampung Baru sudah dikeluarkan hak milik dari senarai Enakmen Penempatan Pertanian Melayu (MAS) 1950 ke bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

DPPWP mempersoalkan tatacara penukarkan atau pengeluaran status hak milik tanah di Kampung Baru kerana selama ini semua penduduk di situ dan satu negara tahu bahawa tanah di kampung Baru adalah tertakluk kepada Enakmen MAS 1950.

Kenyataan beliau bahawa enakmen berkenaan juga sudah tidak releven juga amat meragukan kerana tidak ada sebarang rekod pemansuhan Enakmen ini di Parlimen atau di sidang Dun Selangor. Apa hak beliau untuk mengistiharkan ketidakrelevenan enakmen berkenaan. Beliau hanya seorang Menteri senator, dan kuasa Parlimenlah untuk menentukan kedudukan enakmen ini masih releven atau tidak.

Tanah Kampung Baru adalah anugerah Sultan Selangor kepada masyarakat Melayu di Kuala Lumpur dan statusnya berbeza dengan tanah-tanah rizab Melayu yang lain. Bagi sebarang pemansuhan Enakmen dan akta, ianya perlu dibawa ke parlimen atau dewan yang mula-mula mewujudkannya sebelum diistiharkan sebagai tidak releven atau dimansuhkan.

Apabila Menteri Umno ini menyatakan hampir kesemuanya sudah diletakan dibawah KTN, itu bermakna masih ada lagi yang kekal dibawah Enakmen MAS sekaligus membuktikan bahawa enakmen MAS masih releven.

DPPWP mengingatkan Menteri ini, supaya membuat penafsiran undang-undang dengan betul dan menyatakan fakta sebenarnya kepada penduduk. Penduduk patut tahu bagaimana tanah mereka boleh bertukar status dan apakah jaminan undang-undang bahawa tanah mereka setaraf dengan tanah Rizab Melayu dibawah akta KTN.

Hanya kerana ingin mendesak penduduk mengadaikan tanah mereka untuk projek mega berbilion ringgit, Menteri menghamburkan fakta-fakta yang kucar-kacir. Malah beliau juga baru sahaja menarik balik cadangan 60:40 untuk pembangunan Kampung Baru yang ternyata ditentang hebat ramai pihak.

Dasar yang longgar, persedian dan perancangan yang tidak jelas membuktikan bahawa Menteri ini sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahu buat kepada Kampung Baru. Beliau tidak tahu bentuk pembangunan apa yang sesuai, melainkan mahu membeli tanah penduduk dengan harga yang murah dan kemudiannya membina rumah-rumah kondo dan lot-lot perniagaan yang berharga ratusan ribu untuk dijual kepada bukan Melayu dan Pelabur asing.

Tawaran pembangunan oleh Menteri ini sebenarnya belum begitu memuaskan hati penduduk dan DPPWP menasihatkan agar beliau tampil dengan satu perancangan dan penjelasan yang lebih konkrit lagi di masa depan agar hak penduduk Kampung Baru tidak tergadai begitu sahaja.

Herman Samsudeen

Pemangku Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Roswah Menyebabkan Negara Rugi 10 Bilion

Posted: 22 Jul 2010 07:43 PM PDT

Rasuah rugikan negara RM10b

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.

Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.

"Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia," katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

Nik Aziz Bidas Hassan Tantawi??

Posted: 22 Jul 2010 06:30 PM PDT

Nik Aziz tolak hasrat Pemuda Pas

TANAH MERAH 22 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasaan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, kedua-dua parti itu tidak akan berunding atau bekerjasama kerana perbezaan dasar yang ketara dan ia telah diputuskan pada muktamar Pas dua tahun lalu.

Beliau turut menyifatkan ia hanya kenyataan peribadi Nasrudin dan bukannya keputusan rasmi yang dibuat oleh kepimpinan parti.

"Itu dia (Nasrudin) punya pandangan, tidak boleh UMNO dan Pas (bersatu) kerana lain dasar masing-masing, macam saya sebut kelmarin pasukan bola walaupun patah betis, tercabut lutut, pasukan A tak pernah berunding dengan pasukan B, lawan-lawanlah itu dia punya pasal.

"Tidak mungkin (Pas dan UMNO bersatu) ini keputusan parti bukan keputusan saya... (Pas) tidak akan berunding atau kerjasama dan negeri kita negeri federal tak ada sebab kita perintah negeri, Pusat buat masalah pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan lombong dan kilang memproses emas CNMC Goldmine Limited di Sokor dekat sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin mencadangkan supaya UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai supaya persengketaan kedua-dua pihak berjaya ditamatkan demi kepentingan umat Islam.

UMNO Parti Melayu Sekular Terbesar..PAS Parti Islam Terbesar..Mana Nak Pilih???

Posted: 22 Jul 2010 05:49 PM PDT

PAS parti Islam terbesar

KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS menyeru kepada rakyat negara ini agar menyertai mereka sebagai parti Islam terbesar di negara ini yang memperjuangkan Islam dan membawa mesej Islam sejak ditubuhkan sebelum merdeka pada tahun 1951 lagi.

Di samping tidak menafikan sumbangan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah di negara ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata, PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.

Mengulas lanjut beliau berkata, PAS adalah parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua kaum dan agama lain di dunia ini.

"PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau secara tidak langsung dilihat sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Umno parti terbesar orang Melayu di negara ini seperti dilapor media hari ini.

Jelas Idris lagi, PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga aspek sosial yang lain.

Malah PAS juga perihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja.

"Banyak lagi hak istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah parti Melayu terbesar," katanya lagi.

PAS ujarnya lagi, sedar akan kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati.

Perpaduan umat Melayu atas nama Islam, tegasnya adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana Islam secara tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal. Rakyat boleh menilai keterbukaan dan wibawa kepimpinan PAS dengan melihat beberapa contoh paling dekat pada hari ini.

"Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, di mana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.

"Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama.

Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya," tambahnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai PAS, menyokong dan memberikan kepercayaan untuk PAS menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Macam2 Zaman Najib..Buang Bayi Kat Stesen Bas

Posted: 22 Jul 2010 04:48 PM PDT

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas

JOHOR BAHRU 22 Julai - Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai, gejala buang bayi terus berlaku.

Terbaru pagi ini, seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini.

Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya.

Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu, dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya.

Bayi malang yang ditemui pukul 6.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan.

"Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan.

Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

 

 

Berahim Ali Menyibuk Tak Tentu Pasal

Posted: 22 Jul 2010 03:46 PM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.

woiii!! brahim lu sapa nak suruh umno dan pas bubar?

lu dari parti mana brahim?

lu sendiri pun tak ada parti apasal sebuk dengan parti orang..

lu bikin la sendiri parti baru untuk satukan melayu

klau lu nak bikin parti baru wa cadangkan lu taruk nama PAYA,TEPI PARIT,LONGKANG,TEMPURUNG,KASUT BURUK ni semua sesuai untuk lu..-cuping

Datuk Seri Nizar..Memang Lain Dari Yang Lain

Posted: 22 Jul 2010 04:58 AM PDT

YB Nizar Panjat Bumbung..walaupun kisah lama, tapi kita perlu berbangga memilik pemimpin berjiwa besar ini di dalam PR..nak tanya, Zambry roti canai mamak satu..ada berani ke nak buat macam MB sah ni??

Sabtu Minggu lepas (Mei 2009), Dun Pasir Panjang dilanda Ribut. Lebih 50 Buah rumah telah rosak teruk akibat dilanda ribut, ada yang dihempap pokok kelapa dan ada yang bumbung berterbangan ikut angin ribut malam sabtu lepas. Paginya terus Pemuda PAS lumut turun memberikan bantuan serta gotong royong membaiki rumah yang rosak. Pujian harus diberikan kepada Pemuda yang begitu cepat mengambil tindakan membantu penduduk yang di landa ribut.

petangnya jam 2ptg Nizar telah sampai melihat keadaan rumah yang rosak.Beliau bukan sahaja tengok dari jauh tetapi turut melihat dari dekat sehinggakan beliau memberanikan diri memanjat bumbung rumah telah rosak,

Ek eleh..berzina pun kena penjara je..Jawablah Dengan Allah Kelak..

Posted: 22 Jul 2010 04:15 AM PDT

Ek eleh mahkamah kafir kat Malaysia...berzina hanya kena 7 tahun penjara. Sepatutnya kena rejam 100 kali di khalayak ramai.

Kesian kat mamat nih..dahla kena penjara 7 tahun, tapi hukuman dengan Allah masih tak lepas. Tetap kena azab juga. Tanggunglah wahai pengundi umno, kerana pilih kerajaan kafir yang tak nak islam. Dan pada masa sama nafikan umat islam untuk berhukumkan hukum Allah..

Pemandu rogol pelajar dalam bas sekolah

MELAKA - Akibat merogol pelajar Tingkatan Satu di dalam bas sekolah, tiga tahun lalu, seorang lelaki yang juga pemandu bas berkenaan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, semalam.

Ibrahim Sali @ Ali, 25, dari Taman Harmoni, Merlimau pada hari akhir pembelaan kes didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa merogol seorang pelajar sekolah berumur 13 tahun 9 bulan di dalam sebuah bas sekolah di hadapan Taman Muhibbah, Merlimau, kira-kira 3 petang, pada April 2007.

Tertuduh yang diwakili peguambelanya, Shaari Nor memohon mahkamah memberi hukuman ringan terhadap tertuduh berikutan kesalahan itu adalah pertama kali serta hubungan seks yang dilakukan atas dasar suka sama suka.

Timbalan Pendawa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin dalam pendakwaannya pula berkata, tertuduh perlu dikenakan hukuman berat atas faktor kepentingan awam dan istilah 'suka sama suka' tidak boleh dijadikan alasan kerana mangsa di bawah umur haruslah dilindungi.

Elesabet yang mendengar hujah dan meneliti fakta kes menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan tiga sebatan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

MCA Dah Tak Nak Naik Kereta Dipandu UMNO??

Posted: 22 Jul 2010 02:56 AM PDT

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan. Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.

Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.

Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.

Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.

Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.

"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku. Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO. Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."

Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.

"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian."

"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum. MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu. Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."

"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."

"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?" -MR

*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina.

Di India, YB Mengamuk Macam Orang Gila..Di Malaysia, Polis Mengamuk Macam Orang Gila Kat YB

Posted: 22 Jul 2010 01:51 AM PDT

Ini gambar-gambar dan berita ahli Parlimen india berkung fu macam Jackie Chan

Ahli Parlimen India mengamuk

PATNA, India 21 Julai – Lebih daripada 60 orang ahli Parlimen digantung daripada menghadiri mesyuarat dewan undangan negeri Bihar hari ini, yang menyaksikan Speaker dibaling kasut, kerusi dilontar dan ahli politik wanita menghayun pasu bunga sehingga terpaksa ditahan polis.

67 legislators suspended after Bihar assembly bedlam

Patna, July 21 (IANS) A legislator hurled a slipper at the speaker and a woman legislator broke flowerpots in the Bihar assembly complex Wednesday as opposition members vociferously demanded Chief Minister Nitish Kumar's resignation for alleged financial irregularities. At least 67 members were suspended after day two of the bedlam in the house.

Speaker Uday Narain Choudhary suspended the 67, mostly from the Rashtriya Janata Dal (RJD), the Lok Janshakti Party (LJP) and the Left, as the house was stalled with the opposition asking the chief minister to resign over alleged financial irregularities of over Rs.11,000 crore.

The suspended legislators, forcibly removed by the marshals from the assembly, said Nitish Kumar was neckdeep in corruption and had swindled crores of rupees from the treasury.

The suspension will remain effective during the ongoing monsoon session till July 24.

Nitish Kumar is among 47 people named in a complaint alleging misuse of Rs.11,412 crore. Petitioner Arvind Kumar pointed to the irregularities in the use of development funds during 2002-08 in Bihar.

The Patna High Court has ordered a Central Bureau of Investigation (CBI) probe into the matter, a decision the government has appealed against.

The assembly met at 11 a.m. after being adjourned Tuesday afternoon following clashes between the ruling National Democratic Alliance (NDA) and the opposition.

The opposition members trooped towards the speaker, shouted slogans against their suspension and demanded that Nitish Kumar quit.

The NDA said that an opposition member threw a sandal at the speaker to protest against the suspensions. Protests continued outside the house too.

On Tuesday, 14 opposition members of the Bihar Legislative Council were suspended for their unruly behaviour in the house.

RJD and LJP workers Wednesday morning burnt an effigy of Nitish Kumar near the main gate of the assembly. Seventy-six legislators continued their overnight sit-in inside the assembly while another three protested outside the main gate.

Memalukan betul ahli Parlimen India ini..samapai siap heret dan angkat lagi..pecah pasu pun ada..di Malaysia pun ada jenis macam ni. Tapi bukan ahli Parlimen yang buat kecoh..tapi polis yang mengganas..macam sama je situasi dun Malaysia dan Parlimen India ini..

 

Ameno..Ameno..Hanya Perompak & Peroswah Yang Berkawan Dengan Anda

Posted: 22 Jul 2010 12:52 AM PDT

UMNO..UMNO..hanya peroswah dan perompak sahaja yang berkawan dengan UMNO..sama ada peroswah atau perompak yang ingin berkawan dengan UMNO..atau umno yang ingin berkawan dengan peroswah atau perompak...itu semua dalam pengetahuan Allah..kita doakan agar perasuah ni disumbat dalam jel Australia. Sumbat sekali pemimpin UMNO kalau boleh..

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah," kata laporan itu.

"Orang tengah (rakyat Malaysia, kroni rapat Umno) dibayar wang komisyen RM134 juta bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...".

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Murugiah Sah Lompat Dari PPP Ke MIC

Posted: 21 Jul 2010 11:52 PM PDT

Masuk je lah MIC tu..biar bergaduh sesama BN..

MIC sahkan terima Murugiah dipecat PPP

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah, yang dipecat dari Parti Progresif Penduduk (PPP) pada 16 Mei tahun lalu, kini sudah menyertai MIC.

Ia disahkan oleh Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

MIC mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya pagi ini.

Minggu lalu, Murugiah (gambar) berkata sedang menimbang kemungkinan menyertai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) — sama ada MIC atau Gerakan.

Keputusan itu bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi, kata Murugiah.

Murugiah dipecat selepas beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri untuk mengadakan sidang akhbar yang mencemarkan imej dan nama baik parti serta mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadap parti, majlis tertinggi dan pucuk pimpinannya.

Turut dipecat ialah Ketua PPP Selayang K. Tanggaraju, Exco Pemuda S. Kanesan, S. Saravanan, Jeyaratnam Manium dan bekas anggota MT R. Rajandran dan N. Shanmuganathan.

Pemecatan mereka diputuskan oleh majlis tertinggi PPP yang juga bertindak sebagai jawatankuasa disiplin parti itu.

Murugiah berkata walaupun secara dasar parti komponen BN mempunyai "persefahaman" bahawa sesebuah parti itu tidak boleh menarik atau menerima ahli dari parti komponen lain, namun dalam situasi kini, beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti.

Isu Gabung UMNO - PAS : Ular Semak UMNO Dah Bersuara

Posted: 21 Jul 2010 11:16 PM PDT

Ulama Muda Umno yang baru-baru ini telah masuk kedalam umno sedang bersuara dan cuba untuk membetulkan keadaan dalam isu perpaduan Pas-Umno. Apa yang mereka fikirkan jauh berbeza dengan apa yang hendak diungkapkan dengan kata-kata, sedangkan mereka tahu bahawa perjuangan antara Pas dan Umno bagaikan langgit dan bumi. Pas yang sedia maklum yang dasar perjuangannya adalah Islam dan Umno pula berjuang atas dasar Melayu yang selama ini telah banyak mengorbankan melayu itu sendiri demi untuk memerintah negara ini.

Apa yang ulama umno ini tahu tentang perjuagan jika mereka belum lagi memasuki alam perjuangan , kalau sekadar hanya membelek buku dan kitab di universiti, masih belum dapat dianggap sebagai seorang perjuang dan sekarang pula menghulurkan tengkok kepada kejahilan dan kemusnahan jika masih berada dalam umno. Maka terciptalah dialog antara manusia yang mentah dalam hal agama dan mengatakan Pas bukannya satu-satunya pejuang islam dan ingin menyatakan bahawa umno juga adalah pejuang islam. Ulama muda tersebut patut ukur dan menilai dulu rumah yang hendak dimasuki kerana sekali masuk nanti payah nak keluarkan diri dan mungkin akan terjerat dalam rumah itu dan susah untuk pulang kepangkal jalan.

Sebelum untuk menyatukan Pas dan Umno, mereka haruslah mengubah umno dan pemimpin mereka untuk menerima islam sepenuhnya dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan menjalankan hukum Allah di bumi Malaysia ini, nescaya apabila umno melakukan perkara tersebut, Pas dengan sendirinya akan terbubar dan semua ahlinya akan masuk umno. Jika itu dapat dilakukan maka kita dari Pas percaya Umno boleh dianggap pejuang islam dan tiada ragu lagi untuk menyokong orang yang memperjuangkan dan melaksanakan islam di Malaysia ini.

Adakah mereka ulama umno ini mampu buat semua itu? Jika ya, nescaya Allah yang berikan semua itu dan membuatkan ulama ini akan diangkat dan dimuliakan. Jika tidak mereka ini akan terjebak didalam kancah politikus umno. Apa yang perlu dibuat oleh ulama umno ini adalah bersama dengan Pas dan berjuang untuk melihat negara ini diperintah orang yang mahukan islam tertegak dan bukannya menyokong orang yang melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah SWT. Mereka sepatutnya lebih tahu akan perkara ini dan jangan jadi sebagai 'syaitan bisu' dan takut untuk menyatakan kebenaran (sumber)

Manusia Dah Gila Ke?? Pilih Kck-Off Sebagai Nama Anak

Posted: 21 Jul 2010 09:27 PM PDT

Manusia dah gila??

Macam-macam: Nama anak Goalkeeper, Tickets, Offside, Kick-Off

JOHANNESBURG Penduduk Afrika Selatan dilaporkan memilih nama berkaitan Piala Dunia sempena musim pertandingan bola sepak empat tahun sekali yang baru berakhir itu untuk dinamakan kepada anak mereka baru lahir.

Bukan setakat Kaka Zuma tetapi nama lebih pelik turut menjadi pilihan didaftarkan sepanjang musim bola sepak berkenaan antaranya termasuk Goalkeeper, Tickets, Offside dan Kick-Off berikutan tradisi penduduk di Afrika yang akan menamakan anak mereka sempena acara istimewa yang berlangsung ketika kelahiran.

Malah seorang penduduk Anele Ntshinga dilaporkan menamakan bayi perempuannya Fifa. – Agensi