Rabu, 21 Julai 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Gadis Di bunuh Kejam

Posted: 21 Jul 2010 07:06 PM PDT

Gambar hiasan

Machang,Polis mengenal pasti identiti mayat seorang gadis, yang dibunuh dengan kejam di Sungai Bagan di Pulai Chondong di sini semalam, sebagai Ilya Nabilah Rosnata, 19, yang berasal dari Kampung Pendek, Kota Baharu.

Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedot berkata, identiti mayat itu dikenal pasti apabila keluarga mangsa membuat pengecaman di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Baharu, hari ini. 

"Sebelum kejadian, Ilya Nabilah telah hilang dari rumah keluarganya di kampung tersebut sejak Jumaat lepas dan satu laporan polis telah dibuat oleh keluarganya," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Mayat mangsa yang dipercayai di rogol sebelum dibunuh, dijumpai diikat pada sebatang pokok di tebing sungai itu oleh penduduk kampung dalam keadaan bogel selain terdapat kesan tikaman di dada, tengah hari semalam. 

Che Malek berkata ibu mangsa mengesahkan ia sebagai Ilya (anaknya) dan telah diserahkan kepada keluarga terbabit untuk dikebumikan selepas bedah siasat selesai dijalankan petang ini.
Sumber: Bernama
-ijoks2009-
Takziah kepada keluarga mangsa,semoga tabah menghadapi ujian Allah.
Al- fatihah...

Hasil Didikan Umno Polis jadi Makin Kurang ajar Dan Tak tahu Dosa pahala

Posted: 21 Jul 2010 03:57 PM PDT

Bekas Tahanan ISA yang ditahan lebih 7 tahun Mat Sah Satray telah mendedahkan beberapa soalan-soalan yang sengaja dikemukakan oleh pegawai Penyiasat (Interrogation Officer) yang terdiri dari Special Branch yang dilatih khas oleh KDN, dengan tujuan supaya beliau jadi sakit hati dan marah.Soalan-soalan itu ditanyakan sepanjang 60 hari beliau ditahan di Kuala Lumpur.
Antara soalan tersebut ialah:
1- Berapa kalikah dalam sehari awak mengadakan hubungan seks dengan isteri?
2- Berapa kerapkah hubungan seks itu dilakukan?
3-Ceritakan, bagaimanakah awak mengadakan seks dengan isteri?
Inilah soalan-soalan yang disoal beberapa kali dalam sehari. Tidak diketahui, apakah kaitan antara soalan tersebut dengan tuduhan kerajaan bahawa beliau seorang ahli Jemaah Islamiyyah yang dikatakan mengancam keselamatan negara.
Sebagai manusia yang waras, pastinya beliau jadi "naik angin' ketika mendengar soalan-soalan tersebut.
 -Berita penuh disini
betapa zalimnya isa yang telah memisahkan seorang anak dengan  ibu tercinta bertahun-tahun lamanya... Mat Sah Mohd Satray hanya sempat berjumpa dengan ibunya pada hari kematian ibunya.. sungguh zalimmm
betapa zalimnya isa yang telah memisahkan seorang anak dengan ibu tercinta bertahun-tahun lamanya... Mat Sah Mohd Satray hanya sempat berjumpa dengan ibunya pada hari kematian ibunya.. sungguh zalimmm

kerangeleber

kerangeleber


Biar Ada Beza Mufti & Rakyat - YB Dato Haji Nasaruddin Daud

Posted: 21 Jul 2010 05:55 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PKR leader surrenders laptop to cops

Posted: 21 Jul 2010 09:10 PM PDT

Zefry Dahalan
SEREMBAN: PKR supreme council member Badrul Hisham Shaharin has surrendered his laptop computer to the police.
Badrul, who is being investigated over a blog posting, handed over his lap top computer to investigating officer ASP Sulizmie Affendy Sulaiman from the Seremban 2 district police headquarters here.
The PKR leader went to the police headquarters around 5.30pm yesterday, accompanied by his supporters, and Paroi state assemblyman Mohamad Taufek Abdul Ghani.
Earlier yesterday, a police team went to the PKR headquarters in Petaling Jaya to look for Badrul's laptop computer but the raid was called off after it was discovered that there were defects in the search warrant.
Met by FMT as he was leaving the police headquarters, Badrul said the investigating officer had quizzed him for nearly an hour regarding the laptop computer.
Badrul added that he was also photographed holding the laptop computer.
"They told me that they would keep the laptop computer for forensic investigation and return it to me after a few days," he said.
The Rembau PKR chief expressed disappointment that despite giving the police his full cooperation, they were still "disturbing and pressuring" him over a simple case.
"I'm amused by the antics of the police... I have admitted that I was the author of that particular posting in my blog. I was gentleman enough to admit, so why the need for them to be unprofessional," he said.
The blog posting, which is being investigated under the Sedition Act, is alleged to have insulted the royal institution.
Meanwhile, Mohamad Taufek claimed that the police are attempting to instill fear in Pakatan Rakyat leaders in order to stop them from writing the truth.
"I believe this is a fear tactic, but it would not be successful. We would keeping fighting for justice and the truth," he said.

Cabul Hak Asasi Manusia, Malaysia tidak layak

Posted: 21 Jul 2010 09:07 PM PDT

sm_12kua Oleh Rahmah Ghazali
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak layak menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jika ia terus menerus mencabul hak asasi manusia secara berleluasa, kata badan pemantau Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
"Pencabulan ini menjadi semakin buruk di bawah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sejak beliau mengambil alih pentadbiran pada April 2009, kata penyelarasnya John Liu ketika melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia di sini semalam.

Liu menyentuh tentang penggunaan undang-undang pencegahan yang kontroversial seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Kecemasan, yang membolehkan penahanan tanpa bicara; berada pada tahap paling rendah di bawah Najib.
Beliau berkata, "sehingga penghujung tahun lalu, lebih 1,000 orang ditahan di bawah undang-undang pencegahan ini.
Beliau berkata ramai rakyat ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Ordinan Kecemasan, termasuk kanak-kanak, berbanding 16 tahanan di bawah ISA.
"Seramai 819 orang ditahan di bawah Ordinan Kecemasan ini, termasuk 36 kanak-kanak dan ini merupakan suatu bentuk pelanggaran terhadap Akta Kanak-Kanak dan Konvensyen Hak Kanak-Kanak di Malaysia.
"Sehingga bulan Februari 2010, seramai 412 orang telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan sehingga penghujung tahun lalu berjumlah lebih 1,000 orang dipenjarakan tanpa dihadapkan ke mahkamah,"
Menurut Liu, meminda dan mengkaji semula undang-undang seperti ini "masih tidak cukup".
"Malahan Majlis PBB menyatakan secara jelas bahawa dengan membuat pindaan sahaja masih tidak mencukupi apabila memberi respon terhadap desakan untuk membubarkan ISA. Ia secara jelas mencabul hak asasi manusia," terang beliau.
Ujar beliau, "pada 2009, sembilan tahanan masih berada di bawah ISA.  Apabila kerajaan bercakap mengenai pindaan dan kajian semula terhadap undang-undang itu, mereka terus menahan rakyat dan jumlah itu terus meningkat kepada 16 orang."
SPRM salah guna kuasa
Dalam laporannya setebal 228 muka surat, Suaram membangkitkan isu dakwaan salah guna kuasa oleh agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Isu-isu lain yang diketengahkan ialah kematian dalam tahanan, tiada toleransi terhadap penentang kerajaan yang semakin ketara, tahanan beramai-ramai ketika protes terhadap krisis perlembagaan Perak dan penentangan dan pengkritik kerajaan yang serign diganggu.
Laporan itu juga memberi perhatian kepada nasib para pelarian dan pencari perlindungan politik dan media alternatif yang menjadi 'mangsa' terbaru akibat kepentingan politik.
Meskipun terdapat pelanggaran terhadap hak asasi manusia ini, Liu melahirkan kebimbangannya terhadap keengganan kerajaan Barisan Nasional untuk melakukan perubahan walaupun laporan-laporan antarabangsa ini tidak memihak kepada mereka.
Ini terbukti apabila sekurang-kurangnya dua laporan antarabangsa pada 2009 menarik perhatian tentang kerjasama di antara pihak berkuasa Imigresen dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan para pelarian di sempadan.
"Ini merupakan suatu bentuk ancaman yang besar pada 2009 dan dijangka berterusan dalam tahun 2010 ini," katanya.
Bukan itu sahaja, Malaysia juga gagal untuk mematuhi standard minima hak asasi manusia walaupun cadangan-cadangan dibuat oleh suruhanjaya yang dibentuk oleh kerajaan seperti Suhakam dan Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Malaysia mohon untuk dipilih
"Namun demikian, ia masih tidak dapat menghalang Malaysia dari membuat permohonan untuk menganggotai Majlis itu pada Mei 2010," kata Liu.
Pengarah Suaram, Dr Kua Kia Soong juga tidak yakin apabila ditanya sama ada Malaysia mempunyai peluang untuk menganggotai Majlis itu.
"Jika anda tanya mana-mana ahli Suaram, saya pasti anda dapat jawapannya," katanya sambil ketawa, bagaimanapun menambah, "terdapat banyak pertimbangan di peringkat antarabangsa untuk menyertai Majlis itu."
"Para pelobi di PBB menyoal kami (sama ada Malaysia layak) tetapi saya fikir kita tidak layak menganggotai majlis itu.  Pastinya tidak," katanya.
Kepada soalan sama ada beliau meramalkan tentang adanya operasi tangkapan beramai-ramai menjelang pilihan raya yang akan datang, beliau berkata "ia tidak semestinya bermaksud begitu."
"Tindakan keras kerajaan bermaksud penggunaan ISA.  Jika tindakan itu bermaksud menahan rakyat untuk tempuh beberapa hari sahaja, itu bukan apa yang dimaksudkan.
"Tindakan keras di Malaysia bermakna menggunakan undang-undang dan memberi nama-nama pelik kepadanya seperti Ops Lalang dan sebab itu kenapa kerajaan bergantung kepada operasi seperti itu sejak sekian lama," katanya.
"Ia wujud kerana ada sebab kata Kua, untuk memberi perkhidmatan ketika "hari hujan".
"Jadi apabila berlaku krisis, maka tiba masanya untuk bertindak keras.  Ia bergantung kepada apa yang berlaku dalam negara maka sentiasa ada harinya untuk hari hujan," katanya.
Bekas tahanan ISA, Mat Sah Mat Satray, yang turut menyertai persidangan selama dua jam itu, telah menceritakan pengalamannya ketika dalam tahanan selama lapan tahun.
Majlis ini juga menarik penyertaan daripada para diplomat dan pelbagai aktivis hak asasi manusia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Lima Cadangan
Suaram mendesak kerajaan memansuhkan semua bentuk tahanan tanpa bicara, kerana "perundangan ini dengan serius melanggar hak asasi manusia yang paling asas."
Tuntutan lain terhadap kerajaan yang sekian lama diperjuangkan termasuk :
  • Penubuhan sebuah badan pemantau yang bebas dan berkesan dengan
    segera untuk memastikan kebertanggungjawaban dipraktikkan oleh pihak
    polis dan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang lain.
  • Memansuhkan peruntukan undang-undang dan legislatif yang menindas
    hingga membantut kebebasan bersuara, penyataan pendapat dan
    perhimpunan.
  • Pengiktirafan terhadap hak dan status pelarian dan pencari
    perlindungan politik dan
  • Penerimaan kesemua baki perjanjian teras hak asasi manusia
    antarabangsa dan perlu diketahui bahawa Malaysia hanya menerima pakai
    dua dari sembilan perjanjian teras.
  • Memperkukuh kebebasan dan keberkesanan Suhakam dan pelaksanaan
    cadangan-cadangan suruhanjaya.

Umno peralat kemelut Kpg Pokok Asam

Posted: 21 Jul 2010 09:06 PM PDT

804845824_b24a2c7ae2 Oleh Athi Shankar
GEORGE TOWN: Umno merancang untuk memperalatkan projek pembangunan semula Kampung Pokok Asam seperti kemelut yang menimpa Kampung Buah Pala jika diperhatikan betul-betul kenyataan salah seorang pemimpin Umno berhubung isu ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Dr Hilmi Yahaya mendesak supaya kerajaan negeri memberi pampasan kepada penduduk Melayu yang terlibat di Kampung Pokok Asam berdasarkan formula pembahagian yang sama seperti Kampung Buah Pala.

Beliau mendakwa, pampasan yang ditawarkan kepada para penduduk di Kampung Buah Pala (kini telah dirobohkan) adalah yang tertinggi yang pernah diberikan oleh kerajaan negeri.
Sejak 24 penduduk Kampung Buah Pala ditawarkan rumah dua tingkat bernilai RM500,000 seorang, Hilmi berkata, maka barulah adil sekiranya 24 buah keluarga yang terbabit dengan projek bandar baru di Kampung Pokok Asam menerima jumlah pampasan yang sama.
"Kerajaan negeri hendaklah bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan jumlah pampasan yang serupa berasaskan projek Kampung Buah Pala," kata beliau yang juga setiausaha Barisan Nasional Pulau Pinang.
Walaupun suasana di antara Kampung Buah Pala dan Kampung Pokok Asam berbeza, tetapi Umno akan memperalatkan isu ini, yang akan menjadi duri kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu.
Tetapi apa yang tidak diberitahu oleh Hilmi ialah tidak seperti penduduk Kampung Buah Pala, para penduduk Kampung Pokok Asam merupakan setinggan di atas tanah pemaju tanpa membayar sewa.
Dalam kes penduduk Kampung Buah Pala, mereka telah bermastautin di situ sejak lebih dua abad yang lalu, yang didakwa oleh mereka diberi oleh keluarga Brown, tuan punya tanah zaman penjajahan itu, kepada datuk nenek mereka.
Ketika kemuncak kemelut ini, semua bekas penduduk Kampung Buah Pala, kecuali sembilan, ditawarkan rumah dua tingkat seorang secara lisan di kawasan yang sama oleh pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Tetapi bekas penduduk Kampung Buah Pala masih tidak tahu berhubung status ini kerana tawaran itu dibuat tanpa hitam putih.
Kampung Pokok Asam telah digazet untuk sebuah projek mega meliputi flat, rumah mewah dan lot rumah kedai, yang akan dimajukan oleh Nova Mulia Development Sdn Bhd.
Meskipun pemaju memiliki tiga ekar tanah dan mendapat perintah mahkamah untuk memindahkan penduduk, Nova Mulia bagaimanapun menawarkan pampasan di antara RM75,000 hingga RM120,000 kepada para penduduk.
"Jangan guna mereka sebagai umpan politik"
Ustaz Mujahid Yusuf Rawa 2 Minggu lalu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengingatkan Umno supaya tidak menggunakan para penduduk sebagai "umpan" untuk kepentingan parti.
"Pemaju memiliki keseluruhan tapak projek itu.  Kita hanya boleh mengharapkan belas ehsan syarikat itu untuk menerima cadangan kita untuk mengekalkan kampung itu sebagai warisan Melayu dan berusaha ke arah pembangunan penempatan semula para penduduk kampung itu," katanya.
Mujahid mempertahankan keputusan kerajaan negeri untuk meluluskan pelan projek memandangkan projek itu telah pun digazetkan ketika pentadbiran Barisan Nasional dahulu.
Beliau berkata Umno hanya mahu mencetuskan sentimen Melayu terhadap kerajaan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan maklumat yang tidak tepat mengenai isu ini.
Bagaimanapun, setiausaha Umno negeri dan ketua pembangkang Azhar Ibrahim tidak bersetuju.
Walaupun beliau mengakui bahawa projek itu dimulakan oleh BN, beliau berkata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN meletakkan klausa mendesak pemaju menyelesaikan masalah pampasan sebelum projek itu boleh diluluskan.
Beliau menuduh pentadbiran kerajaan negeri dewasa ini mengenepikan klausa ini apabila meluluskan projek.
"Pakatan Rakyat sekarang ini berpura-pura untuk melindungi kepentingan penduduk, yang mereka sepatutnya lakukan sebelum meluluskan projek itu," katannya.

MACC probes $4mil 'bribe' to win Bank Negara contract:

Posted: 21 Jul 2010 09:04 PM PDT

Nick McKenzie and Richard Baker

The police inquiry into alleged bribery by Reserve Bank of Australia subsidiaries has had a major breakthrough, with an overseas witness providing details about alleged kickbacks to Malaysian officials.

A Malaysian businessman has been interviewed by anti-corruption authorities in Kuala Lumpur about his work as a middleman for RBA banknote firms Securency and Note Printing Australia between the late 1990s and 2007.

Intelligence from the interviews has been sent to the Australian Federal Police (AFP) taskforce investigating whether executives of the two RBA subsidiaries breached anti-bribery laws due to their knowledge of payments made to foreign officials to help win banknote supply and printing contracts.

The RBA owns half of Securency and all of Note Printing Australia. RBA-appointed directors are responsible for supervising the firms, including during the period in which the alleged corruption occurred.

A source aware of the work of Malaysian anti-corruption authorities said the middleman provided details about the $4 million in commissions he received from Securency and Note Printing Australia.

The middleman was paid the money to help the RBA firms win currency supply and printing contracts from Malaysia's central bank due to his claimed high-level connections in the country's ruling UMNO political party.

He has also been a broker for a Pakistani government weapons-making factory.

It is believed that at least one person closely connected with a senior Malaysian government official received kickbacks from the commissions paid by the RBA firms.

The developments in Malaysia strengthen indications that the AFP probe could lead to Australia's first prosecution for bribery of an overseas official under changes to the Commonwealth Criminal Code in 1999.

The Age reported last month that the Commonwealth Director of Public Prosecutions had been asked to consider whether the AFP had sufficient evidence to lay criminal charges in the case.

AFP Commissioner Tony Negus recently met a senior official from Malaysia's anti-corruption commission and the pair are believed to have discussed the Securency investigation.

Senior Deputy Commissioner of the Malaysian anti-corruption commission, Han Chee Rull, said earlier this year that his agency would assist the federal police.

''If the Australian police should provide us with information that certain Malaysians are involved in corruption offences in Australia, the MACC can conduct an investigation, even though the offence has taken place in Australia,'' he said.

''If the Australian authorities make a request to the Malaysian authorities to gather evidence or to assist in forfeiture of property, seizure of property in Malaysia, we can also assist.''

Securency has been under AFP investigation since May last year, after The Age revealed its large payments to foreign middlemen implicated in past corruption scandals.

The AFP is investigating Securency for allegedly bribing officials in countries including Nigeria, Malaysia and Vietnam, where it paid millions of dollars to well-connected middlemen after being awarded banknote supply contracts.

The payments were often made into secretive offshore tax havens such as the Seychelles and Switzerland.

Under Australian law, it is a criminal offence for companies or individuals to pay foreign officials in order to obtain a business advantage. The offence carries a maximum 10-year jail term and substantial fines.

An external audit by the RBA in March found Securency paid $47.5 million in commissions to its network of agents between January 2003 and January last year.

Securency's long-serving managing director, Myles Curtis, and company secretary John Ellery left in March.

Both had their houses raided by the AFP last year.

They deny any wrongdoing.

Securency and NPA had been strongly supported by ministers in the Rudd and Howard governments.

Labor and the Coalition have repeatedly rejected motions by Greens and independent senators for a Senate inquiry into the scandal.  -  The Age

Guan Eng spat: Umno on Chinese-bashing, Malay-splitting binge

Posted: 21 Jul 2010 09:03 PM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

A storm that began in Penang after a state official publicly called Chief Minister Lim Guan Eng 'biadap' or rude has swept across the country, riling up the Chinese who see it as the latest Umno move to humiliate their community for the sake of trying to appear as heroes to the Malays.

Not only did the official, Nik Ali Mat Yunus, rush to defend himself at an Umno-organized press conference, the Chief Secretary to the Government Mohd Sidek Hassan has also stood by him and further attacked Guan Eng.

"This is clearly unacceptable. Umno is playing the racial card and it is dangerous. Pakatan Rakyat and PAS look at the issue from a professional basis that an officer is subject to the state administrators of the day and their policies," Penang PAS deputy commissioner Mujahid Yusof Rawa told Malaysia Chronicle.

"Nik Ali cannot go against his superiors in the state hierarchy as that will jeopardize the entire system of the Penang administration, not just the Pakatan coalition if that is his and Umno's target. We advise all civil servants not to be exploited by Umno, BN and those with vested interests. If Nik Ali is interested in politics, then he should resign and be a politician."

Chinese bashing, Malay disunity increases

Indeed, racial tensions never far from the surface in multi-ethnic Malaysia despite five decades of nation-building, have risen of late.

In particular, the Chinese are upset by ultra-Malay rhetoric from Umno-backed groups like Perkasa and pin the blame squarely on Prime Minister Najib Razak's weak leadership. Few in community to look to the MCA as a sanctuary and shield, instead believing the party would sell them out to Umno even faster.

In the past week, not only has Umno been targeting the Chinese through Guan Eng, who is regarded as a hero to many young professionals, the Malay nationalist party is also busy attacking the Islamist-based PAS.

Under the guise of 'unity' talks, the Umno-controlled mainstream press has gone on an all-out blitz to malign PAS leaders. Their attempts to misreport were so blatant that even Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin slammed them for making the party appear "so desperate".

"This is the irony of it all. Umno says they want to unite the Malays but they are actually dividing their own community even further. What is their real purpose – to discredit PAS and pull more Malays over to their side. But this will only create more ill-feeling amongst the Malays towards each other," PKR strategic director Tian Chua told Malaysia Chronicle.

"But Umno doesn't care, they are only interested in votes for the purpose of staying power at all costs. They don't mind splitting the Malays into PAS camp and Umno camp as long as more switch over to Umno camp because Umno will save them from the Chinese. As for the Chinese, Umno knows it has already lost their trust. So it will continue to bully, humiliate and insult the symbols of the community."

Cabinet decision

At Wednesday's Cabinet meeting, BN ministers were unhappy with Guan Eng for criticizing Nik Ali, according to Mohd Sidek, who is also the Cabinet Secretary.

He urged the Penang Chief Minister to follow "correct procedure" by channeling complaints on issues to relevant departments or agencies.

Guan Eng had slammed Nik Ali for trying to stir up accusations of illegal sand mining in Balik Pulau, the demolition of arches at the Penang Botanical Garden and for discourtesy by intentionally refusing to provide a seat for him as the Penang Chief Minister during the recent launch of the Penang Hill Railway.

"These three issues, for which Nik Ali was blamed by the Penang Chief Minister, were not under the jurisdiction of the officer as the State Development Officer," Mohd Sidek said in a brief statement issued after the Cabinet meeting.

Usaha jamin keselamatan Tharmendran

Posted: 21 Jul 2010 08:59 PM PDT


Sekumpulan ahli parlimen dan peguam yang mewakili bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran kini dalam perjalanan bagi menyerahkan nota tuntutan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kementerian pertahanan.

Kumpulan itu menuntut kerajaan memberi jaminan bertulis berhubung keselamatan bekas sarjan itu yang didakwa menghadapi kemungkinan 'ditahan atau ditekan' oleh bekas rakan-rakannya,

Ahli parlimen itu terdiri daripada M Manoharan, S Manikavasagam dan Zuraidah Kamaruddin, manakala kumpulan peguamnya adalah N Surendran dan Latheefa Koya.

Hadir bersama ialah bapa Tharmendran - N Nagarajah.

Mereka dibenarkan masuk setelah berbincang dengan penasihat pertahanan Brig. Jeneral Md Dzhahir Abdul Rashid pada jam 11 pagi.

Ferrari World set to wow F1 fans

Posted: 21 Jul 2010 08:56 PM PDT

FERRARI WORLD ... the billion pound theme park will open in Abu Dhabi in October

FERRARI WORLD ... the billion pound theme park will open in Abu Dhabi in October
Copyright: Big Pictures

A YEAR after hosting its first Formula One race, Abu Dhabi has unveiled 'Ferrari World' — a huge theme park specially designed for motorsport fans.

The complex, which opens on October 28, features a record-breaking rollercoaster ride which emulates the feeling of being in a Ferrari F1 car.
Sitting next to the futuristic Yas Marina circuit that hosted Abu Dhabi's inaugural Grand Prix race last November, it will be the world's largest indoor theme park.

spacer Ferrrari World will be housed under a massive triangular red roof on the £26billion Yas Island development.
Claus Frimand, general manager of Ferrari World Abu Dhabi, said: "It is an indoor thing with an outdoor feeling.
"You forget that you are inside a building because the roof is between 35 and 50 metres above you and there are no support structures, except the funnel in the middle and one row of columns."
Ferrari World spreads over 86,000 square metres and bears a giant Ferrari logo on its roof.
Among its 20 attractions are two roller coasters, including the F1-themed Formula Rossa which is set to be the fastest ever reaching a top speed of 150 miles per hour.
The second of the roller coasters, which stretch beyond the building's perimeter, features two tracks with Ferrari-shaped trains.
Frimand added: "The unique feature is that it has two tracks, two trains side by side and depending on the weight of the passengers, one will cross the finish line first."
Right in the centre of the building, out of a big funnel which is the only area with daylight, visitors can experience the space-shot G-force Tower.
Frimand continued: "That is the highest we could build on the island. We can shoot people up through the roof where they can look over the whole island.
"It gives you the G-force that the drivers are experiencing during the race."
Elsewhere, a Ferrari California Spyder convertible takes visitors through Bell'Italia, a reproduction of the Italian countryside with model villages and tourist highlights like the lagoon of Venice, the Colosseum, and the Leaning Tower of Pisa.

Kapal BN menunggu karam? Umno Dah Jadi Parti Tullah

Posted: 21 Jul 2010 08:53 PM PDT

Oleh Ustaz Saiful Bahri
Di maklumkan bahawa beberapa pemimpin MCA dan Gerakan mengadakan satu perjumpaan sulit dengan pemimpin pembangkang di Hong Kong dan sekali lagi pertemuan susulan diadakan selepas itu di Pulau Sentosa, Singapura. Pemuda MCA Selangor pula telah mengambil pendekatan untuk bersedia bekerjasama dlm pembangunan masyarakat di Selangor setelah pertemuan tertutup selepas sidang Dun Selangor.
Seorang yang menghadiri mesyuarat bahagian Umno melapurkan bahawa semasa mesyuarat bahagian umno yang beliau hadiri baru2 ni, ketua bahagian pun banyak mention pasal apa projek besar2 yang boleh buat sebelum orang lain take over federal !!!
Mutakhir ini pun gawat pelbagai pemimpin politik termasuk Ngo dan terakhir sekali Mufti Harussani yang menggambarkan bahawa Umno akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13. Mereka ini ke hulu ke hilir macam ayam ketik tungyal bahkan lebih sibuk daripada PM untuk mencari jalan bagi mengadakan perpaduan antara Umno dan Pas.
Pas pun macam anak dara berhias. Sibuk jual mahal. Sakit hati Umno dibuatnya. Rupanya Pas ada harga. Terus maintain dan bergaya. Umno pula dilihat macam laki gila talak. Dah nak habis minyak dok pusing depan pintu rumah mengintaikan Pas. Kekadang tengok pemimpin Umno nampak sangat ketakutan kalah dan dihambat keluar dari putrajaya. Mencari pelbagai jalan demi menyelamatkan survival politik dan kuasa mereka.
Umno sepanjang mengemudikan BN lebih mementingkan politik perkauman dan assobiyyah sempit mereka. Ini kerana mereka merasakan bahawa Umno tidak akan kalah buat selama-lamanya. Parti-parti rakan BN merasa tersisih dan kini adanya alternatif baru iaitu Pakatan yang dirasakan lebih mesra dan adil serta dibina bukan asas perkauman sempit. Tidak mustahil dalam menghadapi Pru-13 nanti Umno akan tinggal keseorangan apatah lagi krisis dalaman Umno sendiri yang tak kesudahan. Diantara pimpinan pula saling merasa curiga bahkan perbalahan merebut pangkat dan kuasa berterusan hingga kini.

Penyakit Umno sudah tiada ubatnya. Siapakah lagi mahu bersama dengan Umno. Ia bagaikan kakinya membengkak dan bernanah akibat kencing-manis, perut dihinggapi kanser usus, jantung sudah acap-kali buat pintasan, 2 kali seminggu kena hemodalisis. Anu pun dah kena siplis. Perangai dan akhlak tak usah cakap. Hah.. sapa lagi nak tunggu dan mendekatinya. Harapkan wang yang disonglap yang masih ada sisa. Baik lari awal sebelum sebelum penyakitnya berjangkit kepada orang yang mendekatinya.

Umno dilihat gagal mengurus dirinya sendiri. Gagal untuk menyatu-padukan ahli partinya sendiri. Gagal untuk membela bangsanya sendiri. Orang tidak yakin bagaimana mungkin Umno untuk menyatu-padukan orang melayu? Bagaimana ingin mengajak Pas bersatu dengannya? Dan Umno tidak tahu istilah 'berubah'. Macam penagih tegar yang tidak tahu nak berubah dan berhenti untuk menagih dadah. Umno sendiri tidak mendengar suara rakyat. Mereka lebih mendengar suara kroni mereka. Sememangnya umno mempunyai satu telingga dua lidah. Umno sudah hilang keramatnya. Kini Umno parti tullah. (Bukan Parti Allah tetapi parti kena sumpahan).


Langkah yang terbaik adalah keluar berduyun-duyun meninggalkan Umno. Pergilah kepada parti yang lebih kukuh dasarnya iaitu Islam yang merupakan alternatif kepada orang melayu. Dasar yang diletakkan oleh Rasulullah Saw 14 abad yang lalu. Dasar yang terbukti mampu untuk menyatu-padukan umat dan bangsa didunia. Sudah tentu mampu untuk meyatu-padukan bangsa Malaysia. Pas terbukti berbakti di Kelantan, Kedah dan pernah memerintah Terengganu disebalik pelbagai tekanan dan fitnah oleh Umno yang menguasai pusat. Yang khianat adalah Umno dengan melakukan diskriminasi terhadap pemerintahan Pas meskipun sesama melayu.

Meskipun umur kedua parti itu agak sebaya tetapi kini pas dilihat semakin ceria dan bersedia untuk ke Putrajaya dan menongkah arus ke Wisma Darul Iman. Umno akan mengiringi parti LDP di Jepun dan Golkha di Indonesia. Tuan Guru Presiden sudah bersedia untuk mentalqinkannya.

Ulama Umno: Ketaksuban halang perpaduan

Posted: 21 Jul 2010 08:48 PM PDT

Kumpulan ulama muda Umno - yang menyertai parti itu baru-baru ini - berpendapat selain tekanan daripada pelbagai pihak, ketaksuban dan keegoan juga menjadi penghalang utama perpaduan Umno-PAS.

Bergerak atas nama Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), mereka melihat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu.
Jurucakapnya Fathul Bari Mat Jahaya (duduk, kiri sekali) juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang melayu adalah beragama Islam".

"Jadi perjuangan memartabatkan agama juga beerti perjuangan memartabatkan bangsa.

"Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing," kata Fathul.

Beliau mengulas hasrat melihat perpaduan dua parti yang berasaskan sokongan Melayu itu setelah disuarakan kembali oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.

Berlaku debat panjang di media berhubung perkara itu di mana pemimpin Umno rata-rata dilihat menunjukkan keterbukaan, manakala pemimpin kanan PAS pula kuat menentangnya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Fathul turut mempersoalkan kenapa ada suara sumbang terhadap cadangan kerjasama tersebut walaupun disuarakan oleh pemimpin tertinggi negara dan ilmuan Islam.

'Mengapa tidak maafkan saudara kita?'
"Mungkin ada yang bersuara, pengalaman lalu membuktikan bahawa Umno-PAS tidak mungkin bersatu. Sangkaan seperti ini sebenarnya jauh tersasar.
"Sewajarnya kita melihat ke hadapan, bukan semata-mata menjadikan kenangan lalu sebagai penutup bagi segala kebaikan," katanya.

Fathul menjelaskan, setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan dan "mengapa tidak kita sebagai manusia memaafkan saudara kita".
"Mungkin ada yang berkata, mereka (Umno) ini tak ikhlas nak bersatu. Siapa kita untuk mengetahui hati-hati manusia?

"Bahkan kita tidak dijadikan untuk merobek hati-hati manusia," kata ulama lepasan universiti di Jordan dan Madinah itu.

"Maka, apabila saudara kita datang untuk berdamai, sewajarnya kita berusaha untuk memurnikan keadaan "bukan terus mencipta fitnah dan tuduhan."
Sambil memetik firman Allah yang memerintahkan manusia supaya saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan, Fathul berhujah sejarah Islam membuktikan sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam, penindasan tidak akan berlaku.

"Perpaduan adalah jambatan penyelesaian bagi segala permasalahan bahkan menjanjikan kejayaan yang berpanjangan," katanya lagi.

Fathul antara 40 ulama muda yang menyertai Umno pada 25 Jun lalu - projek yang dilihat cuba menarik kembali golongan agama terhadap parti itu yang jauh ketinggalan berbanding PAS.

Peguam syarie: ‘Jangan anggap mahkamah syariah mahkamah kelas kedua’

Posted: 21 Jul 2010 08:47 PM PDT

 Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mahu kerajaan mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya ia tidak diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu yang menganggapnya sebagai "mahkamah kelas kedua".
Timbalan Presidennya Musa Awang berkata, kedudukan institusi perundangan Islam sering dilihat sebagai tidak setaraf dengan sistem sivil.
"Keadaan ini menyebabkan kedudukan mahkamah syariah pula sering dilihat sebagai mahkamah kelas dua berbanding mahkamah sivil.
"Ini juga telah mewujudkan kecenderungan yang menjurus kepada kedudukan mahkamah syariah seolah-olah tidak dihormati.
"Malah saya melihat senario sekarang apabila berlaku kes mahkamah syariah banyak sangat komen daripada menteri, pemimpin kerajaan, artis dan masyarakat.
"Kalau komen positif tidak apa, tapi ini komen negatif yang boleh memberikan tanggapan buruk di kalangan masyarakat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata keadaan itu mewujudkan perspektif dalam masyarakat bahawa Mahkamah Syariah lembab, perlahan dan tidak adil.
"Tapi yang berlaku sebenarnya tidak seperti itu kerana mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang dan tidak melebihi batas-batas yang ditetapkan.
"Selain itu, hakim buat kerja berdasarkan undang-undang kalau tidak adil sebenarnya bukan mahkamah tetapi undang-undang sendiri tidak adil," katanya.
Baru-baru ini Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan melantik dua wanita orang hakim mahkamah syariah.
Musa berkata langkah memperkukuhkan kewibawaan institusi perundangan Islam termasuk sistem kehakiman syariah, khususnya dari aspek kepakaran serta guna tenaga juga perlu dilaksanakan.
"Isu berhubung mutu dan perkhidmatan mahkamah termasuk kedudukan jawatan, jumlah kakitangan dan hakim harus diutamakan bagi meningkatkan lagi imejnya.
"Pada masa yang sama, pemimpin politik juga perlu berperanan secara lebih proaktif dalam mempertahankan kedudukan institusi ini dan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencalarkan kredibilitinya," katanya.
Beliau berkata, jika ini dapat dilakukan secara tidak langsung penghormatan masyarakat terhadap institusi itu akan lahir dengan sendirinya.
"Ia penting bagi memastikan objektif dan perjuangan institusi ini sejajar serta selari dengan ajaran Islam.
"Pihak yang menyalahgunakan imej Islam dengan melanggar undang-undang syariah pula perlu dikenakan tindakan tegas," kata Musa.
Jelas beliau, matlamat utama semua inisiatif ini ialah untuk mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan semua isu yang menyentuh kepentingan umat Islam keseluruhannya serta menyemarakkan lagi syiar Islam di negara ini.

MARI BELAJAR BAHASA KEBANGSAAN - MARI AMALKAN RAMAI RAMAI

Posted: 21 Jul 2010 08:44 PM PDT




nota:
perkataan hari ini ialah selaras

isteri i semenjak pulang dari paris
ini sudah tak selaras lagi
lama i tunggu tak selaras selaras
geram rasanya patut lah badan i selaras
hinngga tak boleh kontrol kah kah kah

TT.

Komisyen RM11 juta: Usahawan M'sia disoal-siasat

Posted: 21 Jul 2010 08:38 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyoal-siasat seorang usahawan negara ini berhubung komisyen RM11.3 juta yang diterimanya daripada dua firma Australia sebagai usahanya membantu mereka memenangi kontrak bagi mencetak dan membekalkan wang negara.

Menurut akhbar, The Age di Melbourne, pihak berkuasa Australia telah memohon bantuan SPRM bagi siasatan membabitkan bayaran komisyen RM134 juta (A$47.5 juta) yang dibayar oleh firma mencetak wang Securency and Note Printing Australia - kedua-duanya anak syarikat Bank Negara Australia - Reserve Bank of Australia (RBA) - sepanjang tempoh enam tahun.

"Sumber risikan daripada soal-siasat telah dihantar kepada pasukan polis persekutuan Australia bagi menentukan sama ada eksekutif dua anak syarikat RBA itu untuk melanggar undang-undang anti-rasuah," kata laporan itu.

"Orang tengah (Malaysia) dibayar wang bagi membantu firma RBA mendapatkan kontrak mencetak dan membekalkan wang daripada Bank Negara Malaysia...".

Mengikut undang-undang Australia, adalah satu kesalahan bagi syarikat ataupun individu membayar pegawai asing bagi mendaptkan kelebihan dalam perniagaan. Kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimun 10 tahun dan boleh dikenakan denda yang berat.

Usahawan Malaysia yang tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen yang dibayar oleh firma RBA.

Menurut The Age juga, usahawan itu juga pernah bertindak sebagai broker bagi kilang membuat senjata kerajaan Pakistan.

Adakah PAS Dilihat Jahat Jika Menolak Tawaran Perpaduan Islam UMNO?

Posted: 21 Jul 2010 07:59 PM PDT

Salam Hormat,

Entri kali ini dimulakan dengan petikan kata-kata kepimpinan PAS dalam isu pembentukkan perpaduan di antara PAS dan UMNO.


Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS;

"Maka, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya PAS pernah menyertai Perikatan demi penyatuan melayu Islam di era Tun Abdul Razak [ Lagi pun pemimpin UMNO kini yang beria - ia benar mahukan penyatuan ] .

"Kini di era YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pulalah menghulur tangan, sanggup dan sedia bersama PAS menyertai Pakatan Rakyat memperjuangkan Islam dan bangsa melayu Islam agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan ummat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri.


Apa kata 3 Naib Presiden PAS;

Mahfuz Omar Berkata;

"Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,". Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). "Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,"


Salahuddin Ayub Berkata;

Jika benar Umno mahukan perpaduan, Umno perlu menyertai Pakatan Rakyat bersama PAS, PKR dan DAP.


Tuan Ibrahim Tuan Man Berkata;

PAS menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; "Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan". Lantaran itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!

PAS tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh UMNO. Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan walhal dengan jelas Islam menyatakan judi itu haram!

 
Apa kata Timbalan Presiden PAS;
 
PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamat-muktamar yang lalu. PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani pilihan raya umum k-13 untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.
 
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi, terutama di peringkat cawangan dan kawasan serta menambah keahlian baru PAS semaksima mungkin.
 
 
Apa kata Presiden PAS ;
 
(Maaf, ikhlasnya saya katakan, tiada lagi komen dari TG Presiden setakat ini, dan ia bukanlah satu kesalahan kerana timb. presiden dan naib-naib presidennya telah memberi komen serta penegasan. Namun saya percaya pendirian TG Presiden adalah senada)
 
 
Apa kata Mursyidul Am PAS;
 
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO !!!
 
 
Oleh demikian, saya memohon kepada semua pucuk pimpinan UMNO supaya berfikir dengan akal yang dikurniakan oleh Allah, bahawasanya, pinangan UMNO terhadap PAS adalah ditolak tanpa syarat dan tanpa bicara, kerana tindak-tanduk dan kebejatan melampau UMNO itu sendiri telah menjadi faktor betapa PAS dan UMNO tidak mungkin bersatu buat ketika ini. 
 
Sepertimana yang dilafazkan oleh Puteri Gunung Ledang terhadap Sultan Melaka berkenaan terjemahan-terjemahan yang berupa permintaan itu, adalah sebenarnya satu penolakkan.
 
Kepada rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang di ambang perubahan, sedarlah bahawa permainan propaganda UMNO ini sebenarnya satu perangkap yang menang-menang bagi UMNO. Ini kerana apabila PAS menolak kerjasama politik demi perpaduan melayu dan Islam, maka PAS akan dilihat jahat kerana membelakangkan perpaduan yang dituntut. Akhirnya tiba satu perenggan yang membunuh segala prasangka, hadir dari Tuan Ibrahim Tuan Man yang berbunyi - PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah!
 
Persoalan di sini ialah, adakah PAS akan dilihat jahat kerana menolak pelawaan UMNO? Adakah PAS akan dipandang serong sekiranya tidak menerima tawaran perpaduan melayu dan Islam ini ?
 
Sedarlah saudara dan saudari sekalian. PAS bukan berdepan dengan tawaran perpaduan sesama Islam, PAS juga bukan berdepan dengan tawaran perpaduan walau sesama melayu sekalipun. PAS sebenarnya berdepan sebuah tawaran perpaduan dari sebuah gerombolan pengkhianat bangsa!
 
PAS berhadapan dengan tawaran perpaduan dengan gerombolan yang tidak bertanggungjawab terhadap peristiwa Memali, mengamalkan Akta zalim ISA, merancang kudeta rampasan kuasa di Perak, menafikan hak royalti Terengganu dan Kelantan ketika PAS berhak ke atasnya, dan yang paling menyedihkan, PAS berhadapan tawaran perpaduan oleh pihak yang mengfitnah PAS sebagai parti ajaran sesat. 
 
Oleh demikian, di atas kelaku gerombolan terdesak seperti di atas, wajarkah PAS dipandang serong sekiranya menolak tawaran perpaduan? Saya yakin, sesiapa sahaja tidak akan dipandang serong sekiranya menolak untuk berpakat serta bersubahat dengan perompak. Inikan pula menolak lamaran penggadai maruah agama dan bangsa. Seperti itu jugalah Puteri Gunung Ledang menolak lamaran seorang sultan yang zalim.
 
Perlu diingat, penyatuan PAS dan UMNO merupakan jalan terakhir bagi menyelamatkan sebuah empayar yang berdiri di atas keringat rakyat. UMNO tidak akan membiarkan harta yang disiap-sediakan untuk tujuh keturunan mereka dirampas oleh kuasa rakyat setelah berdepan kekalahan pertama kerajaan pusat pada PRU yang semakin hampir. Walaubagaimanapun, kita harus bersyukur kerana kesepakatan kepimpinan PAS hari ini telah melemahkan peluang talian hayat terakhir UMNO.
 
Hari ini, minggu ini, telah dibuktikan bahawa UMNO itu benar-benar semakin lemah dari pelbagai aspek. Pertelingkahan antara mereka ada di mana-mana, Mesyuarat cawangan dan bahagian lemau tidak bermaya, yang bertumbuk juga ada. Malah, isu pasir yang mereka tembak ke arah Kerajaan Selangor juga telah menyebabkan pergaduhan sesama mereka, serta menerbitkan 'overkill' yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
 
Dikesempatan ini, saya menyeru kepada semua kepimpinan Pakatan Rakyat agar bertindak bijak, sepertimana yang berlaku hari ini, minggu ini.
 
Salam Perjuangan, Salam Reformasi, Salam Revolusi 308
 
Saya akhiri dengan sebuah slogan yang telah dimodifikasi ;
 
1Perjuangan - Islam didahulukan, Kebajikan diutamakan !
 
 
EDYES

Perpaduan Melayu demi kelangsungan ummah

Posted: 21 Jul 2010 07:31 PM PDT

22 JULAI — Usaha membina perpaduan Melayu wajar dijadikan agenda politik Melayu hari ini. Ia memerlukan komitmen atau iltizam yang tinggi dari kedua-dua parti Melayu Umno dan PAS. Perpaduan harus menjadi wahana ke arah memperkasa kembali kuasa politik Melayu yang semakin terhakis.
Ia penting kerana kekuatan politik dan perpaduan Melayu di negara ini menjadi teras dan penentu kepada kestabilan politik dan perpaduan nasional. Ia juga asas kepada kedudukan dan keutuhan agama Islam di negara ini.
Justeru, sudah sampai masanya kepimpinan kedua-dua parti Melayu terbabit "mencelikkan mata", "menyaringkan telinga" dan "membersihkan hati" dalam masalah isu perpaduan Melayu. Pemimpin Umno dan PAS mesti memiliki daya fikir yang tajam supaya dapat merasionalisasikan nafsu politik kepartian masing-masing agar usaha murni ini menjadi kenyataan.
Kedua-dua parti itu harus melihat isu perpaduan Melayu sebagai masalah umat Melayu-Islam secara kolektif, bukan masalah kepartian. Ia bukan soal Umno lemah atau kuat. Apa yang harus dilihat ialah kerjasama dan perpaduan Umno-PAS sebagai peluang untuk merencana semula perpaduan dan masa depan orang Melayu supaya menjadi lebih kukuh dan padu.
Perbincangan ke arah perpaduan Melayu mesti berasaskan formula realistik dan jelas supaya ia bukan sahaja memberi faedah kepada bangsa Melayu, malah membawa kesejahteraan kepada semua pihak, termasuk masyarakat bukan Melayu di negara ini.
Perkara pokok yang harus diberi perhatian ialah melihat perpaduan Melayu itu secara holistik. Justeru, kerjasama Umno-PAS ini sewajarnya dapat membangun justifikasi jangka panjang serta harus dilihat sebagai sebuah pertimbangan untuk kelangsungan masa depan ummah di negara ini.
Untuk memulakannya, banyak belenggu dan halangan mesti dijauhi. Belenggu-belenggu tersebut lebih merupakan sifat mazmumah yang perlu disingkirkan oleh kedua-dua pihak. Setiap pihak harus saling menghormati dan menerima kebaikan pihak lawan.
Sikap fanatik kepartian perlu dielakkan. Perkara-perkara khilafiyah jangan diperbesarkan. Caci-mencaci dan tuduh-menuduh mesti dijauhi. Segala permusuhan yang bersifat peribadi di kalangan pemimpin kedua-dua parti Melayu itu harus dielakkan.
Sifat mahmudah seperti keterbukaan, ikhlas, tidak menyimpan dendam dan tidak bersangka buruk harus ada pada kedua-dua belah pihak untuk memulakan perundingan perpaduan Melayu. Sikap keterbukaan atau toleransi (berlapang dada) mesti menjadi amalan kita. Dalam soal keterbukaan ini, saya ingin mengutip rangkap puisi Tenas Effendy (Tunjuk Ajar Melayu, 2004) yang berbunyi:
Kalau hidup berterus terang,
Bala menjauh sengketa pun hilang,
Kalau runding berbuka-bukaan,
Beban berat menjadi ringan,
Berterus terang menurut patutnya,
Berbuka-buka menurut layaknya,
Kalau hendak berterus terang,
Niatnya jangan menghina orang.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk duduk semeja dengan pemimpin PAS bagi membincangkan isu perpaduan Melayu. Saya kira di pihak PAS, Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang dan beberapa pemimpin kanan parti itu bersedia menerima usaha ini. Hadi sendiri pernah mengusulkan cadangan mengenai kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS tetapi tidak menjadi kenyataan kerana Datuk Nik Aziz Nik Mat sering berdolak dalih dalam isu mengenai kerjasama Umno-PAS.
Atas sifat bersangka baik terhadap Nik Aziz, saya yakin di hati kecil Mursyidul Am PAS itu tetap berputik harapan untuk membina perpaduan Melayu yang lebih kukuh dan ampuh. Cuma "ego politik" Nik Aziz masih membelenggu minda dan jiwanya sehingga beliau sering berubah-ubah pendirian dalam isu mengenai perpaduan Melayu ini.
Sebagai pemimpin "kerohanian" parti itu, Nik Aziz sepatutnya berupaya menanggalkan ego politik dan bersifat terbuka, ikhlas serta sedia berkorban demi masa depan agama, bangsa dan tanah air.
Nik Aziz juga harus menerima dan menghormati pandangan tokoh-tokoh cendekiawan Melayu seperti Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Prof Datuk Dr Mohd Yusoff Hussein dan juga pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harunssani Zakaria. Tokoh-tokoh tersebut menaruh harapan tinggi untuk melihat perpaduan Melayu di negara ini menjadi kenyataan. — Utusan Malaysia
* Mohd Ayop Abd Razid ialah Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Umno tenat, sanggup peralat mufti berbohong

Posted: 21 Jul 2010 07:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan Umno yang tergamak memperalatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya berbohong dan mendakwa terdapat pimpinan PAS yang meminta beliau menguruskan perpaduan PAS-Umno membuktikan parti itu memang tenat dan terdesak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat melihat sendiri tingkah laku dan kelakuan Umno di penghujung hayat mereka.
"Institusi agama seperti jawatan mufti pun sanggup diperkudakan. Semuanya halal bagi mereka asalkan dapat terus berkuasa. Dulu, kini dan selamanya Umno menipu rakyat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat apa yang berlaku kepada Umno itu sebagai balasan Allah malah beliau yakin rakyat juga ingin melihat Umno dimuziumkan.
"Akhirnya balasan Allah ke atas mereka sehinggakan daripada parti yang nampak hebat dan perkasa, sekarang ini desperate.
"Saya berkayakinan umat Islam dan bangsa Melayu ingin melihat Umno dimuziumkan berserta kebobrokan, kezaliman dan kerakusannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau juga menyindir Umno kerana baru sekarang "terlolong ingin menyatupadukan bangsa Melayu".
"Inilah balasan kepada sikap bongkak, sombong dan kezaliman mereka. Kezaliman mereka bukan sahaja terhadap rakyat, malah alam semula jadi Malaysia pun mereka zalimi demi memenuhi kerakusan mereka," katanya.

Demam panas Umno makin teruk

Posted: 21 Jul 2010 07:26 PM PDT

Kenyataan Ketua Dewan pemuda PAS Pusat, Ust. Nasrudin Hassan yang telah diputar belit oleh media pro Umno terus mendapat ulasan yang bukan-bukan dari pemimpin Umno. Ulasan yang disifatkan jauh dari kenyataan sebenar bila kononnya dilaporkan Ust Nasrudin dikatakan mengeluarkan kenyataan Umno dan PAS perlu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai

Semakin pening bila ada yang berkata itu semua akan menghidupkan kembali harapan orang Melayu untuk melihat kedua-dua parti itu bersatu. Seperti dipetik dari Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS itu boleh disifatkan sebagai isyarat positif bahawa PAS juga mahukan perdamaian sama seperti Umno.

Inilah satu lagi bukti UMNO yang semakin teruk "demam panas"nya sehingga meracau terlalu jauh dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ketua pemuda PAs Pusat itu.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sebenarnya mengajak Umno menyertai Pakatan Rakyat jika benar ingin memperjuangkan perpaduan di negara ini dan bukannya PAS bersama-sama Umno dalam Barisan Nasional.

Ia berbeza sama sekali dengan nada laporan yang dibuat Utusan di muka depan akhbar Umno itu kelmarin yang membayangkan seolah-olah Ketua Pemuida PAS itu setuju bersatu dengan Umno dalam BN.

Dalam laporan yang tidak bertanggun jawab itu , Utusan telah memetik tulisan Nasrudin itu dan melaporkannya dengan tajuk "Umno, PAS perlu pelan damai".

Putar belit dari utusan itu segera di jawab oleh Ust. Nasrudin dalam harakahdaily pada hari yang sama.

Sesungguhya putar belit dari media UMNO dan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan UMNO mengenai Isu yang sama, termasuklah kesungguhan "Mufti UMNO", Harussani yang bercakap perkara yang sama untuk menjadi jambatan adalah bukti UMNO sudah kekeringan modal dan dalam keadaan amat tersedak.

UMNO sudah hampir karam dalam keadaan mereka sesama sendiri berbalah dan dalam keadaan kucar kacir dalam BN yang memperlihatkan rapuhnya gabungan BN untuk kekal berkuasa dimasa akan datang.

Awas, UMNO dalam kadaan lemas dan sedang mencari tempat berpaut.

Kerana itu saya kira sudah sampai masanya seperti yang dicadangkan supaya UMNO kembali insaf dengan kesilapan yang telah mereka lakukan lebih 50 tahun lepas.

Saya cadangkan supaya UMNO segera dibubar atau bergabunglah dengan Pakatan Rakyat demi untuk menjamin masa depan Malaysia yang lebih gemilang. Waktu masih berlum terlabat.

Atau mereka akan ditolak oleh rakyat Malaysia dalam PRU ke 13 akan datang , dan itulah keyakinan yang ada pada diri saya.

Adun Titi Serong.

Suruh Mufti Perak Ajar Menteri UMNO Baca Al-Quran Dahulu!

Posted: 21 Jul 2010 07:03 PM PDT


Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakan

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.

"Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.

"Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.

"Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Sebelum ini Najib mengatakan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perundingan dengan PAS yang menjurus kepada perpaduan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden Umno berkata rundingan perpaduan itu mestilah dibuat tanpa prasyarat.

"Kita sentiasa terbuka (untuk berbincang dengan PAS mengenai perpaduan) tetapi jangan ada prasyarat dan terus menghina Umno dalam ucapan-ucapan mereka.

"Kalau nak berbincang janganlah kutuk antara satu sama lain," katanya.

Bagaimanapun Harussani berkata beliau kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang menuduhnya melakukan satu pembohongan hanya kerana enggan mendedahkan nama pemimpin kedua-dua parti Melayu itu yang menemuinya.

"Saya kecewa dengan sikap PAS yang tuduh saya bohong kerana mereka orang Islam.

"Kalau PAS nak kata saya bohong terpulang, hanya Tuhan yang tahu kebenarannya," katanya.

Beliau berkata, tindakan enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut adalah kerana mahu menjaga nama dan hubungan baik dengan pemimpin itu.

"Buat apa mesti nak dedahkan nama pemimpin yang jumpa saya nanti depa (mereka) berkelahi pula.

"Lagipun saya juga perlu menjaga rahsia orang, buat apa mesti nak dedahkan semua?

"Nanti kalau saya cerita boleh menimbulkan kemudaratan lain pula," katanya.

Sabtu lalu, Harussani berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau itu.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai "satu fitnah dan pembohongan."

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Awal pagi ini Mahfuz mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.

"Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.

"Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau," kata Mahfuz. -TMI

Ulasan GB

Hairan sungguh kita seorang mufti yang tidak menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO supaya kembali kepada pegangan Islam tetapi sebaliknya patuh dan akur kepada PM kononnya meminta beliau menyegerakan perundingan perpaduan UMNO-PAS.

Kita ingin khabarkan kepada Mufti yang tak mengaku bercakap bohong itu supaya ajar Najib dan sekalian menteri-menteri UMNO yang diampu dan dibodeknya itu untuk mengaji dan mengkaji Al-Quran. Betulkan bacaan dan tajwid mereka.

Di sana akan ditemui ayat untuk bersatu: "...berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, jangan kamu bercerai berai.."

GB telah menyatakan sebelum ini bahawa lebih 90% menteri UMNO tidak tahu malah ada yang tidak pernah membaca Al-Quran pun!

Tidak percaya cakap GB? Bariskan semua menteri-menteri Islam dari UMNO itu dan suruh masing-masing baca sepotong ayat dari Al-Quran. Baru tahu kebenaran dakwaan GB. Itu belum disuruh ulas dan tafsir bersandarkan nas hadith dan kitab muktabar!

Jangan jadi mufti yang melembukan diri kepada nafsu dunia. Tak payah temberang dan tak payah dabik dada dengan umat Islam wahai sang mufti kerana di depan Allah pakaian mufti anda akan terlucut. Yang mulia disisi Allah adalah yang bertaqwa, yang menegakkan kalimahNya dan yang menjaga agamaNya sekalipun dia tidak ada jawatan di atas dunia. Silap gaya jawatan mufti anda itulah yang mengheret anda sebagai orang yang pertama ke neraka. - pesanan ikhlas dari seorang hambaNya.

New dam built in Kudat but no water source ..ha..ha..ha...BN Project..!!!

Posted: 21 Jul 2010 06:54 PM PDT

By Queville To

KOTA KINABALU: Standing tall on an arid piece of land in Kudat is a dam that has cost the government RM300 million to build. Construction on the multi-million-ringgit project began five years ago and it is now almost complete.
It looks sturdy and well-built and appears like it could do what it was built to do -- hold sufficient water to quench the thirst of the district. But therein lies a problem. There is no water source anywhere in sight.

Now, the Sabah DAP has expressed grave concern that the soon-to-be-completed Milau Dam near Sikuati in the northern-most district of the state may end up as yet another white elephant.

Its concern was based on the fact that without a viable water source, the dam must depend on rain.

A downpour is a rarity here, considering that Kudat is known to be the driest place in Sabah.

Sabah DAP chief Hiew King Cheu made the observation following a fact-finding inspection by him and several DAP leaders at the project site last Saturday.

He said the inspection was prompted by some concerned local residents who doubted the feasibility of the project.

Hiew said he was told that the project was first proposed some 15 years ago, but never got off the ground due to strong objections and criticism from the people there who said there was no water source in the vicinity.

Nevertheless, the project started on Aug 1, 2005, and was supposed to be completed by the contractor on Jan 31, 2008. But extensions were granted and it is now estimated to be 99% complete.

Gross waste of public funds

The dam is supposed to supply water to the water treatment plant located a few kilometres away next to a small stream.

A new pipeline was also constructed to connect the treatment plant to the existing pipeline from Kota Marudu to Kudat to alleviate the perennial water shortage in the Kudat district.

"What is the use of the dam when there is no water source? Just depending on the rain will not be sufficient to supply the whole of Kudat district. This could well end up as another 'white elephant' project by the Barisan Nasional government," Hiew said in a statement today.

Hiew, who is also the Kota Kinabalu Member of Parliament, said the dam was a glaring example of gross wastage of public funds.

He asked how the BN government could allow such a harebrained and wasteful project to go ahead and at the same time claim that it was cutting subsidies to the people to save money.

Hiew also claimed that compensation payments had not been fully disbursed by the state government to the affected villagers for the land acquired.

"We received many complaints during the visit. It is understood that the kampung folks received only about 75% of the compensation," he said.

"Why can't the state government settle the payment quickly?" he asked, saying that it was a well- known fact that the people in the district are among the most deprived in the state.

BN does number on estate workers... again'

Posted: 21 Jul 2010 06:53 PM PDT

By B Nantha Kumar and G Vinod

 LUKUT: Workers at Siliau Estate, near here, are angry with the Barisan Nasional for being fork-tongued in its pledges.
During the Bagan Pinang by-election last year, the BN government had promised to build as many as 150 low-cost houses under its Hardcore Poor Development Project (PPRT). The houses were to be sold to the estate workers.

But less than a year later, BN went back on its word saying that it had never promised to sell them the PPRT houses but merely pledged to rent them to the workers.

During a recent visit to the estate, FMT discovered that few, if any, knew that the PPRT houses were not for sale.

Said K Chandra, 42, a palm oil harvester: "I don't know anything about this. They did not tell us that the houses were for us to rent. They told us we could buy them."

Chandran, however, did not seem surprised at BN's about-turn on the election promise.

"I am not shocked or upset. We all heard BN promise to sell us the houses. If it does not fulfil its promise, our votes won't go to BN anymore," he said.

He said there were now 30 families in the estate. The rest had left and were working outside.

"But we are still close and keep in touch with each another. So it's not easy to break the Siliau estate population for political purposes," he smiles.

He also said the estate people were not staunch BN supporters and had only given BN a chance in the by-election to see if it would keep its promises.

"If BN fails to fulfil its promise, more than 400 voters will turn to Pakatan Rakyat," he said, adding that most of the estate workers had sent their applications and documents to buy the PPRT houses by the end of this February.

"We filled up the forms and attached the necessary documents. The MIC branch chairman himself collected the forms from us," said Chandran.

Unfair deal

Another harvester, C Puspavalli, said it was not right that the BN "change its words" now that it had won the by-election.

"I am very disappointed because once the BN said it wants to sell the houses to us, now it wants us to rent. This is not fair at all.

"During the Bagan Pinang by-election, MIC promised that the houses would be sold to us.

"After the BN won the election, the local MIC chief met us and gave us several forms to fill so that we could buy the house.

"But he did not collect back the forms although he stayed only two rows in front of my house," she said.

A mistake

MIC secretary-general and state MIC leader T Rajagopalu could not be reached for comment.

However, Negri Sembilan exco member and MIC's elected representaive VS Mohan, when contacted, said the Housing and Local Government Ministry made a mistake in announcing that the houses were not for sale.

"We have already informed the ministry and brought the matter up to Negri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan.

"There was a mistake… normally PPRT houses are only for rent and not for sale but the Ladang Silau PPRT project is an exception, which the Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin himself had announced.

"So, I feel the estate workers need not worry or be concerned about the matter," he said, adding that he will meet the estate workers soon to explain the situation.

Penjelasan salah tafsir media, Nasrudin jawab, tanpa Islam tiada rundingan

Posted: 21 Jul 2010 06:51 PM PDT

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan mendakwa kenyataannya berhubung cadangan pelan damai dalam isu perpaduan antara parti itu dan musuh politiknya Umno telah disalahtafsirkan.

Katanya, pelan damai antara Umno-PAS yang dimaksudkannya ialah dengan menyeru terhadap nasihat Rasulullah berbunyi aslim taslam (terima Islam dan selamat), dan tidak khusus kepada parti politik samata-mata.

"Dengan itu, saya berlepas diri dengan apa jua percubaan, (oleh) siapa jua untuk memesongkan dan menyalah tafsirkan maksud saya dalam pelan damai yang saya cadangkan kepada seluruh umat Manusia dalam negara ini.

"Pelan saya mudah: aslim taslam, Islamlah nescaya kamu selamat. Selebihnya, no Islam no talk (tanpa Islam tiada rundingan)," katanya dalam blognya hari ini.

Setelah idea perpaduan itu ditentang kuat beberapa pemimpin kanan PAS, Utusan Malaysia melaporkan Nasrudin berharap kedua-dua parti itu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan ditamatkan.

Beliau dilaporkan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana umat Islam terlalu bosan dengan pertelagahan itu terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara Umno-PAS.

Berbeza dengan tulisannya yang dipetik Utusan Malaysia sebelum ini, tulisan terbaru Nasrudin dilihat lebih kritikal dan lantang kepada parti Melayu yang dilihat beriya-iya menawarkan perpaduan kepada PAS.

Menjelaskan pelan damainya, Nasrudin berkata seruan yang sama pernah dibuat Rasulullah kepada masyarakat jahiliah yang sering bertelagah dan bersengketa, malah berbunuh-membunuh antara satu sama lain.

"Saya lihat hari ini, negara kita juga terjebak dalam kancah jahiliah, cuma ia moden berbanding dulu. Maksiat bertambah, mungkar bertambah, rasuah berleluasa.

"Semuanya gara-gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam," katanya.

Nasrudin berkata, masalah sosial menjadi parah, politik menjadi kejam dan ekonmi menindas rakyat bawahan.

"Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan (istilah) penyelarasan semula subsidi kononnya," katanya. -Malaysiakini

Alasan untuk tegak Islam bersama Umno hanya 'loyar buruk'

Posted: 21 Jul 2010 06:36 PM PDT

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mendakwa, Umno sejak dari dulu lagi sebenarnya tidak mahu melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pemerintahannya. Justeru itu, beliau melihat pendapat yang mendakwa Islam boleh tertegak di negara ini jika PAS dan Umno bersatu disifatkan sebagai 'loyar buruk', kerana propaganda ini satu cara atau strategi Umno untuk menipu rakyat.

Tambahan pula katanya, pendapat tersebut datang daripada seorang anak muda dari Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam yang yang tidak mengetahui sejarah perjuangan PAS yang pernah berada bersama-sama Umno dalam BN.


"Bagi saya itu propaganda Umno. Apatah lagi orang yang bercakap itu mungkin budak-budak lagi. Jadi dia tidak tahu sejarah masa PAS bersama Kerajaan Perikatan (sekarang BN) tahun 70-an," ceritanya.
Dalam satu majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, Kelantan, 11 Julai lalu, seorang panel dari Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan KEADILAN.

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Mujahid Yusuf turut diundang menjadi ahli panel wacana selain bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff. Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff bertindak sebagai moderator wacana bertajuk 'Bolehkah Melayu Bersatu?'

Menurut Ustaz Ahmad, selepas Trajedi 13 Mei, Umno merayu-rayu kepada PAS agar menyertai Perikatan. Ketika itu dakwanya, Perdana Menteri, Tun Razak Hussin sendiri yang meminta sangat demi penyatuan orang Melayu dan Islam.

"Jadi PAS bersetuju masuk dan saya orang pertama duduk di dalam kerajaan. Tun Razak juga meminta kami buatlah apa saja untuk Islam. Bermula dari situlah maka lahirkan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Institusi Latihan Dakwah dan lain-lain.

"Saya sendiri dilantik sebagai Pengarah Pusat Islam. Ketika itu gerakan dakwah yang dibawa PAS begitu bersemarak. Melihat perkembangan dakwah Islam yang mendapat sambutan daripada pelbagai jabatan termasuk tentera, polis, pegawai kerajaan dan penuntut universiti akhirnya Umno menolak PAS dengan cara dan alasan tersendiri. Sehingga saya sendiri dituduh sebagai ketua PAS di Pusat Islam. Nampaklah mereka tidak mahu gerakan dakwah," ujarnya.

Beliau berkata semasa PAS berjaya mengimarahkan dakwah dari pelbagai agensi, dan Umno melihat waktu itu PAS sebagai ancaman kepada mereka. Ustaz Ahmad berkata, hampir lima tahun PAS bersama Umno tetapi pemimpin parti itu tidak dapat menerima PAS.

"Sebenarnya Lokman tidak tahu apa pun cerita Umno tidak bersedia kepada Islam walhal sebelum itu mereka yang merayu-rayu meminta PAS berkerjasama dengan Umno," katanya. Bahkan dakwanya lagi, pada hari ini Umno percaya cara mereka hendak perdaya orang Islam dengan mempergunakan orang-orang agama masuk Umno dengan memainkan isu perpaduan.

Semuanya itu tegasnya, tidak ada tujuan lain kecuali untuk menghadapi pilihan raya akan datang ini, dan selepas ini pasti mereka akan menuduh PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa berkeras dan berdegil kerana tidak mahu berpakat dengan Umno.

Ahli Parlimen Mengamuk, Pecahkan Pasu campak ke arah pasukan keselamatan..tak mustahil akan berlaku di Malaysia...!!!

Posted: 21 Jul 2010 06:33 PM PDT

India's Congress party politician Jyoti Devi breaks flower pots  after she was expelled from the Bihar Legislative Assembly in the  eastern Indian city of Patna July 21, 2010. Sixty-seven opposition  members of the legislative assembly in Bihar were suspended for unruly  behaviour and marshalled out of the house for the rest of the monsoon  session, local media reported.
India's Congress party politician Jyoti Devi breaks flower pots after she was expelled from the Bihar Legislative Assembly in the eastern Indian city of Patna July 21, 2010. Sixty-seven opposition members of the legislative assembly in Bihar were suspended for unruly behaviour and marshalled out of the house for the rest of the monsoon session, local media reported..(ahli parlimen wanita India, Jyoti Devi memecahkan pasu dan melontarkannya ke arah pasukan keselamatan selepas dikenakan perintah penggantungan daripada dewan undangan negeri Bihar di bandar raya Patna, semalam)
Indian security personnel remove an opposition Member of the  Legislative Assembly (MLA) after he was expelled from the Bihar  Legislative Assembly in Patna on July 21, 2010. More than 60 MLAs have  reportedly been suspended from the state parliament for disruptive  protests against alleged misappropriation of 1,1 billion Indian rupees  (23,3 million USD) in state government-run development programmes.
Indian security personnel remove an opposition Member of the Legislative Assembly (MLA) after he was expelled from the Bihar Legislative Assembly in Patna on July 21, 2010. More than 60 MLAs have reportedly been suspended from the state parliament for disruptive protests against alleged misappropriation of 1,1 billion Indian rupees (23,3 million USD) in state government-run development programmes.

Ahli Parlimen India mengamuk

PATNA, India 21 Julai – Lebih daripada 60 ahli Parlimen digantung daripada menghadiri mesyuarat dewan undangan negeri Bihar hari ini, yang menyaksikan Speaker dibaling kasut, kerusi dilontar dan ahli politik wanita menghayun pasu bunga sehingga terpaksa ditahan polis.
Dewan undangan negeri Bihar sememangnya sudah panas sejak beberapa hari ini, apabila parti pembangkang mendesak agar Ketua Menteri meletak jawatan ekoran tuduhan wujudnya skandal rasuah.
Semalam, anggota kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang bertindak ganas dengan merosakkan meja dan membaling kerusi ke arah masing-masing.
Kekacauan bersambung ke hari ini, dengan seorang penggubal undang-undang melahirkan kemarahannya dengan membaling kasutnyanya ke arah Speaker, manakala yang lain bergusti semasa sendiri di atas lantai.
Seorang daripadanya, Jyoti Singh semasa membantah kerana diarah keluar dari dewan, memungut pasu bunga di pintu masuk dewan sebelum membalingnya ke arah anggota pasukan keselamatan.
Ahli Parlimen wanita itu kemudiannya ditahan oleh tiga anggota keselamatan wanita.
Speaker Udai Narain Choudhry menggantung 67 anggota yang mewakili hampir keseluruhan parti pembangkang, sehingga Jumaat ini, iaitu hari terakhir sesi penggal ini. – AFP

Bodoh Atau Memang Bertujuan?

Posted: 21 Jul 2010 06:30 PM PDT

Kalau nak kata bodoh, dia seorang Mufti yang berbintang paling tinggi di Malaysia. Nak kata dia ada tujuan tetapi disangkalnya.
Tapi apakah tujuan sebenar beliau mewar-warkan yang ada orang PAS berjumpanya meminta menjadi orang tengah rundingan UMNO-PAS? Kalau dia cerdik dan tidak ada udang di sebalik mee, kenapa perkara sepenting ini dilaungkan dahulu sebelum bertunas pun lagi?
Kenapa? Tak tahu berbohongkah seorang Mufti? Maksumkah seorang Mufti?
Tak payah cakap dan melaung ke hulu ke hilirlah wahai Harussani. Sebagai manusia biasa, pembohongan dan berbohong semuanya mungkin!
Mungkin nak usik ketengan PAS bising dan berbalah sesama sendiri supaya kecacatan tindakan kerajaan tidak ada masa untuk dibisingkan.
Sila baca petikan di bawah:
''Saya seorang mufti, takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu, jadi saya tidak berbohong.
''Orang Islam ni kalau terjadi dua puak yang bertentangan, maka hendaklah didamaikan.
Baca selanjutnya di sini
Bagi PAS pula, kalau benar Harussani tidak bohong dan perkara ini benar berlaku, mengaku sajalah. Tak payahlah bohong disambung dengan bohong dan disambut pula dengan pembohongan.
Di mana letaknya kemurnian perjuangan Islam yang dipikul dan dicanangkan PAS sebelum ini? Adakah PAS juga bila berpolitik dihalalkan menipu Ahli dan Penyokong? Kalau begini lagaknya, apa bezanya antara PAS dan UMNO?
Dan petikan ini:
Disebabkan terdesak hendak berkuasa, malu dan mungkin mahu menjaga hati DAP, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hilang akal dan menuduh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai mereka-reka cerita apabila dirinya pernah didatangi pemimpin Pas dan UMNO untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
Tak tahulah sama ada Salahuddin dan Mahfuz memang betul-betul tak tahu atau buat-buat tak tahu.
Penulis lebih yakin diaorang buat-buat tak tahu.
Disebabkan tuduhan yang melampau itu, Mufti Perak berkenaan terpaksa menjelaskan bahawa dirinya sebagai seorang Mufti tidak akan menipu terutama dalam soal-soal politik.
Hakikatnya memang ada pemimpin Pas yang bertemu Harussani.
Personaliti yang dimaksudkan bertemu Harussani tidak lain dan tidak bukan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Dimana dan bila pertemuan itu dibuat penulis tidak tahu sepenuhnya.
Sepenuhnya di sini

Najib ingat semua rakyat adalah Taek Jho Low !

Posted: 21 Jul 2010 06:29 PM PDT


by radens albanjari

Mengapa harga barang makin melambung-lambung sejak kebelakangan ini? Jika setakat usung duit RM50 sekeping kepasar, hangpa jangan dok perasan boleh belagak macam orang kaya. Zaman yang telah berlalu. Sudah jadi sejarah!

Yang ada anak kecil, lagi parah ! Harga susu bayi ikut suka saja depa nak taram harga. Setiap 2 minggu pasti akan berubah. Berubah pasal naik selaras harga. Ingat Najib jer boleh pelaras ? Begitu juga lampin pakai buang. Tak percaya, petang ni terjah supermarket yang dekat rumah hangpa, betul ke tidak ! Lagipun hari ini HARI GAJI utk orang gomen. Sondol jer mana-mana kedai, tanya dan banding.

Bawang putih, sekarang dah cecah RM10 sekilo. Naik hitam muka makcik bedah kat kampung nak beli. 'babun' punya naik selaras harga...tu pun dok diam lagi. Sapa kata minyak naik 5 duit tu tak effect kepada barang. Hanya yang bodoh saja dok rasa begitu. Tak lama untuk melihat kesannya, bulan depan..hangpa tau ler.

Tapi ada hagemon negara tu kesah? Barang Naik kaa..apa kaa, mungkin Najib ingat rakyat Malaysia sekarang ada duit timbun-timbun macam si Taek Jho Low kot?



Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Jun meningkat 1.7 peratus - kepada 113.7 daripada 111.8 - dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini. Berbanding Mei, CPI meningkat 0.2 peratus, kata jabatan tersebut. Ia merupakan yang tertinggi dalam tahun ini.

Kenaikan Pelarasan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol (+ 2.0 peratus), pengangkutan (+ 1.0 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (+0.9 peratus), katanya.

Antara subkumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan pelarasan signifikan pada tempoh ini ialah gula, jem, madu, coklat dan manisan (+7.2 peratus ), sayur-sayuran (+5.6 peratus), daging (+ 2.4 peratus), buah-buahan (+ 1.6 peratus), ikan dan makanan laut (+ 1.4 peratus) dan beras, roti dan bijirin lain (+0.8 peratus).

Berbanding bulan sebelumnya, CPI bagi Jun 2010 meningkat berikutan peningkatan enam kumpulan utama iaitu makanan dan minuman bukan alkohol dan pelbagai barangan dan perkhidmatan. (sumber Mkini)

Pompuan Ini... Sudah Lebihhhhh...!!!!

Posted: 21 Jul 2010 06:23 PM PDT

Pompuan ini....!!! Yesssss.... Pompuan ini yang gua maksudkan.... bila gua terbaca di sini.

Lu nak jemput yang ini... gua takda hal....

Yang ini pun... gua takda hal....

Ini...??? Lagi takda hal....

Ini pula... ikut suka nafsu lu....

Ha..ha..ha... ikut lu punya suka... kalau lu masih mampu nak undang dia ni....

Tapi harus di ingat....!!! Perkataan "De Niro lawat Malaysia atas undangan Rosmah" 
Telah membuatkan jiwa gua menjadi kacau..., sebabnya bukan kerana jealous dengan pompuan ini... apa barang gua nak jealous2 dengan dia..., takda maknanya.... ha..ha..ha....

Di sebabkan perkataan "Undangan" tersebut, gua jadi kacau bilau dan berangin kerana jikalau dengan maksud "undangan" maknanya seseorang harus "sponsor/menaja" perbelanjaan selebriti tersebut untuk datang ke Malaysia siap dengan tambang kapalterbang pergi balik, penginapan beberapa hari dengan hotel yang bertaraf berbintang2 dan pelbagai lagi....

Persoalannya...???? Adakah Undangan tersebut bersifat peribadi atau ada kepentingan kepada negara...??? Jika Undangan tersebut di penuhi... kewangannya daripada mana...???

1) Adakah mengunakan duit poket pompuan ini...???
2) Duit sesiapa saja yang sanggup menjadi Pak Sanggup untuk menaja kos undangan selebriti tersebut secara rela demi membodek mahupun secara paksaan untuk menjadi sponsor..??? Kalau tidak nanti cukong2, Tan Sri2, Dato2.... tak dapat projek beb...!!!
3) Atau menggunakan duit Kerajaan 1Malaysia...??? Atas alasan2 yang bakal tercipta demi menghalalkan "Undangan" tersebut.

Kes pembongkaran duit RM600 ribu yang di salurkan ke Dubai 2 tahun lepas pun masih belum terjawap...??? Dan Bank Negara pun senyappppppp jer....

Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat..!!! Gua meminta supaya memantau "Nawaitu Undangan" pompuan ini dan persoalkannya dalam Parlimen nanti jika ianya melibatkan "Kewangan Negara" demi memuaskan hobi dan cita2nya. Jika selain daripada itu... pi mampoih laaaa.... itu hobi dan hak dia...

Jika hobi dia suka kepada bertemu Artis2 dan orang2 ternama..., itu hak dia. Gua tak campur..., tetapi jika dia menyalah-gunakan kedudukan yang ada demi hobi dia... itu sudah lebihhhhhh.....

Jangan sampai jadi begini..... gua dah semakin menyampah lah pulak... sebab bini PM yang lain2 tak terrr... overrrr... macam dia ni....

update @ 2.30am: Ada sesuatu yang buat gua pecah kepala otak... memikirkan kenyataan pompuan ini, lu orang baca dan tolong tempeleng kepala gua kalau gua tersalah baca atau tersalah tafsir..., betul kah apa yang gua baca nih...

"Saya kata tidak, anda tidak akan didakwa menurut undang-undang syariah. Hanya orang Islam yang akan diadili mengikut undang-undang syariah. Tetapi anda tertakluk kepada undang-undang sivil," jelasnya.

Ada ke... undang2 Syariah di Malaysia..??? kah..kah...kah.... adussss... Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat laki PM nih.... dan Selamat Berlakon.....
 
IkutSukaAku.