Selasa, 20 Julai 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


50 Tanda Orang Munafik

Posted: 20 Jul 2010 06:05 AM PDT

-Merenung Sejenak-


Dibawah ini di senaraikan 50 sifat dan tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan hadis rasulullah s.a.w untuk peringatan bersama,di antaranya ialah :

1. Malas beribadah kepada allah.

2. Lupakan kepada allah.

3. Lalaikan solat fardhu.

4. Mempercepatkan mengerjakan solat.

5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6. Meninggalkan solat jumaat.

7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

10. Mengamalkan riak.

11. Hasad dengki.

12. Dusta.

13. Mungkir janji.

14. Bakhil.

15. Fitnah.

16. Mencaci maki.

17. Mengumpat.

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

19. Mengengkari Takdir allah.

20. Mempersendakan kesucian Agama.

21. Enggan berjihad dijalan allah.

22. Menghina sahabat Rasullah.

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

24. Menangguhkan pembayaran Hutang.

25. Menipu dalam jual beli.

26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

28. Memakan harta anak yatim.

29. Membuka rahsia orang lain.

30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

34. Bermuka dua (talam dua muka).

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36. Sombong antara sesama manusia.

37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

40. Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

42. Menghianati sesuatu amanah.

43. Memutuskan hubungan silaturahim.

44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

45. Menghalalkan perkara yang haram.

46. Membuat kerosakan dimuka bumi.

47. Menuduh orang beriman bodoh.

48. Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

Dipetik dari web: http://www.ustaznoramin.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isteriku curang ...

Posted: 20 Jul 2010 09:02 AM PDT

''Dulu tiap-tiap hari cium pipi, tangan, sekarang saya kata padanya jangan buat lagi, jangan berpura-pura. Saya katakan padanya bahawa saya takkan ampunkan dosanya. Namun kami hidup bersama hingga kini semuanya kerana anak-anak dan saya tak mahu dia ugut bunuh diri.

''Namun dia izinkan saya kahwin lagi, dia reda, asalkan saya tidak ceraikan dia dan jaganya seperti dahulu. Tetapi saya bukan jenis orang suka mengira kepala bini. Cinta dan kasih sayang bukan boleh disorong dan ditarik bila-bila suka. Ia datang dari lubuk hati yang sukar ditafsirkan nilainya.

''Bagaimanapun saya tak boleh cakap habis, mungkin satu hari nanti Allah mengubah hati saya, lagi pun umur saya belum 40 tahun, dia enam tahun muda daripada saya ... seterusnya DI SINI

Suami curang ... salah siapa???

Posted: 20 Jul 2010 05:57 AM PDT

salam semua....

saya sering diunjurkan soalan-soalan berkaitan dengan suami-suami curang ini... rasanya saya ada memberi 'input' secara 'direct' ataupun 'in-directly' kepada semua pembaca....

perihal suami curang ini memang selalu berlaku...
dalam satu institusi kekeluargaan samada yang bahagia atau yang bergoncang atau yang sedang porak peranda.... wa i ma nya, ia berlaku dalam setiap insitusi perkahwinan itu samada ianya disedari oleh para isteri ataupun tidak....

mengapa suami curang?....

berbagai kemungkinan dan alasan yang boleh kita utarakan.... antaranya ... DI SINI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


INI SEMUA KERANA ANWAR BAWA PETAKA !!

Posted: 20 Jul 2010 10:15 PM PDT

Oleh: Mandor

TERGOLEK terlentang aku apabila membaca kisah `SiGemuk Pendek' ini jatuh terkangkang. Tapi kisah ini aku anggap sebagai hikayat penglipur lara saja. Kalau anda mahu berkongsi hikayat ini, boleh baca kat sini.

Teringat aku kisah `perempuan celaka'. Itu hikayat mengerikan, bukan lucu sebenarnya. Hikayat `SiGemuk Pendek' ini adalah lucu. Jika terjadi kepada insan lain selain dia, mungkin tidak lucu tetapi mendatangkan simpati. Tetapi kenapa kejadian malang ini berlaku pada dia, jadi lucu pula?

Simpati bukan terhadap yang terkangkang jatuh tu, tetapi simpati kepada Pengawal Peribadinya. Buta je Pengawal tu kena `sound'. Sebenarnya bukan salah Pengawal tu. Ini semua adalah salah DS Anwar. Kalau tak percaya cuba tanya laki perempuan yang terjatuh terkangkang tu. Atau pun tanya kat Utusan Meloya atau TV3 suku. Mereka akan kata, DS Anwar punca `malapetaka' ini semua.

BAU BUSUK `KATAK' SAMPAI KE AMERIKA ?

Posted: 20 Jul 2010 08:59 PM PDT

Ibrahim: Malott 'tolol' tuduh PERKASA militan
Jul 21, 10


Presiden Pertubuhan Pribumi PerkasaMalaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kenyataan bekas duta Amerika ke Malaysia John R Malott bahawa pertubuhan itu sebuah kumpulan militan dalam rencana di akhbar The Wall Street Journal, sebagai satu "tuduhan liar yang tidak bertanggungjawab."

"Saya anggap dia (Malott) tolol. Tulisan itu tidak betul dan dia seorang bekas diplomat yang berani membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab. Dia (Malott) gila mengatakan PERKASA adalah kumpulan militan," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau diminta mengulas rencana Malott berjudul "What Anwar's Trial Means For Malaysia" di muka surat 15 akhbar itu, yang antara lain menyatakan "Satu kumpulan militan baru dikenali sebagai PERKASA, yang mendakwa bahawa hak orang Melayu sedang terancam oleh golongan minoriti China dan India, mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota parti pemerintah yang lain."

Ibrahim, berang dengan tuduhan itu, menegaskan bahawa PERKASA merupakan pertubuhan sah bagi membela bangsa Melayu dan bukan militan yang menggunakan senjata dalam perjuangannya.

"Kita tidak ada kena mengena dengan militan. Walaupun kita badan yang lantang, banyak lagi badan bukan kerajaan (NGO) lain yang lantang," katanya yang membaca dakwaan Malott itu pagi semalam.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas berkata Malott telah memalukan rakyat Amerika dengan melemparkan tuduhan sedemikian terhadap PERKASA.

- Bernama

CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU

Posted: 20 Jul 2010 06:00 PM PDT

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

MUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong.

Setakat mana `tinggi'nya pemimpin PAS yang dikatakan berjumpa dengan Mufti Perak itu tidak kita ketahui, tetapi yang pentingnya Mufti Perak sedar bahawa perjumpaan itu bukan secara rasmi atas arahan PAS Pusat. Ini bermakna, tiada niat atau usaha PAS untuk bersatu dengan Umno atas tujuan kununnya perpaduan Melayu dan Islam.

Mufti Perak hairan mengapa usahanya untuk menyatukan PAS dan Umno dikritik hebat ramai pihak, seolah-olah hanya beliau dan Umno sahaja yang inginkan perpaduan. Hairannya Mufti Perak tersebut sama seperti kita hairan mengapa Mufti Perak menjadi bisu serta merta dengan apa yang terjadi di dalam rampasan kuasa di Perak negerinya sendiri. Sama juga kita hairan dengan sikap Mufti Perak yang menutup mata dan mulut dengan segala kepincangan dan kerja maksiat yang dilakukan oleh kerajaan memerintah. Lebih menghairankan kita, Mufti Perak sering ke luar negara bertemu pelajar dan di sana seorang Mufti boleh bertukar menjadi seorang pemimpin politik Umno. Maka, lebih banyak kita hairan daripada yang beliau hairan.

Sebagai seorang Mufti, sepatutnya beliau menasihatkan Umno agar menerima Islan sebagai dasar perjuangannya dan baru boleh bercakap tentang penyatuan dengan PAS. Mana mungkin tangan yang masih berlumuran dengan kekotoran mahu menghulur berjabat salam? Apakah Mufti Perak ini terpedaya dengan dakyah Umno yang percaya `Kuat Melayu, maka kuatlah Islam'?

Parti PAS bukan sahaja parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu, bahkan parti tersebut turut mahu mendaulatkan Islam. Terlalu jauh beza dengan Umno. Umno bukan sahaja menolak Islam sebagai dasar, bahkan masih berterusan sehingga kini melakukan banyak perkara yang berlawanan dengan hukum Islam. Masakan Mufti Perak tidak tahu? Jika tahu, apa ertinya penyatuan dengan golongan seperti ini?

Situasi yang berlaku di Perak sudah cukup menggambarkan bahawa Mufti Perak ini tiada kewibawaan langsung untuk bercakap soal Melayu jauh sekali untuk bercakap tentang penyatuan Islam. Oleh yang demikian, abaikan sahaja apa yang perkatakan kerana setiap kali beliau bercakap kita akan terhidu `bau Umno' dimulutnya./wfauzdin.blogspot.com

Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?

Posted: 20 Jul 2010 11:01 AM PDT

Pakatan Rakyat persoal mengapa pengusaha minyak diwajibkan guna khidmat bank CIMB untuk semua perdagangan minyak.

Pakatan Rakyat mencurigai motif disebalik arahan terbaru kerajaan ini yang dibuat selepas kenaikan harga minyak diumumkan minggu lalu.

Bermula 1 September ini, semua perdagangan minyak, baik cek mahupun tunai, diwajib menggunakan sistem auto-debit CIMB. Adalah difahamkan bahawa CIMB akan mengenakan caj RM10 bagi setiap seribu keping wang yang didebitkan, manakala caj RM1 untuk setiap seratus keping duit yang didebitkan.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia mengesyaki adanya usaha pihak tertentu untuk memonopoli pergadangan minyak tanahair, yang dijangka mengaut keuntungan yang jauh lebih tinggi selepas pemotongan subsidi 15 Julai lepas.

Apa yang amat mencurigakan adalah pengusaha stesen minyak dinasihatkan membuat bayaran debit dibilik pegawai tertentu bagi mengelakkan terdedah kepada pengetahuan umum.

"Kenapa dilakukan satu pemaksaan kepada penjual supaya hanya berurusan dengan CIMB melalui auto debit. Ini satu bentuk monopoli yang dipaksakan kepada penjual."

Sallehuddin merasakan arahan baru ini menekan pengusaha-pengusaha minyak yang menggunakan bank pilihan masing-masing atas pelbagai sebab tertentu, seperti jarak dari stesen minyak, kemesraan pengguna, dan sistem perbankan yang lebih menyakinkan.

Menurut Sallehuddin, perkhidmatan Maybank misalannya tidak mengenakan caj tambahan untuk sebarang transaksi auto-debit.

Lantas, beliau mencurigai kewajaran arahan itu, dan mensyaki apakah ia ada hubung kait dengan individu tertentu dalam bank itu.

"Saya bawa isu ini kerana tidak mahu ada monopoli yang memaksa penjual minyak dipaksa yang mana saya difahamkan akan berkuatkuasa 1 September ini."/TVSelangor

BEKAS PRESIDEN MCA ADA `JALAN LAIN' JIKA TIDAK TERPILIH SEBAGAI CALON

Posted: 20 Jul 2010 03:00 AM PDT

Ong Tee Keat ada jalan lain kalau disingkir PRU ke-13

Lim Hong Siang
Jul 19, 2010 04:53:34 pm

Bekas Presiden MCA Ong Tee Keat akan mengatur langkah baru, seandainya disingkirkan dari senarai calon MCA-Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Malah, beliau tidak menolak untuk mengikut "rancangan baru" dirinya, jikalau gagal bertanding dalam PRU ke-13, katanya dalam wawancara bersama Oriental Daily.

Maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh bekas Menteri Pengangkutan ini lebih jelas, seandainya dibaca dalam konteks wawancara tersebut. Ong Tee Keat mendakwa bahawa beberapa orang pelobi dari parti lain cuba mendampinginya selepas 8 Mac 2008, sehinggalah 16 September pada tahun yang sama, malah selepas 28 Mac 2010, iaitu selepas beliau kecundang dalam pemilihan MCA.

"Mereka yang datang mendampingi saya, bukan saya yang pergi mendampingi mereka. Kadang-kala, jangan bersahaja untuk makan dengan siapa-siapa," katanya sambil berseloroh dalam wawancara yang disiarkan pada 17 Julai 2010.

Meskipun digugurkan daripada kabinet berikutan kegagalannya mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan semula MCA pada 28 Mac tahun ini, Ong Tee Keat, tetap enggan berundur dari gelanggang politik tempatan. Menurut laporan tersebut, Ong Tee Keat sedar bahawa ramai orang yang mengandaikan hayat politik seseorang politikus akan dibubuh noktah selepas berundur dari jawatan Presiden, tetapi beliau tidak akur kepada tanggapan sedemikian.

Beliau tidak menafikan desas-desus tersebar bahawa Naib Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA Jawatankuasa Perhubungan Negeri Selangor, Donald Lim Siang Chai (gambar kiri) mungkin mengambil alih kawasan parlimennya (Pandan-Selangor) dalam PRU ke-13, tetapi khabar angin ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat di kawasan itu.

Ketika ditanya wartawan Oriental Daily, bahawa seandainya benar beliau disingkirkan dari senarai calon BN pada PRU ke-13, apakah beliau tetap akan bertanding? Menurut pengamatan wartawan Oriental Daily, Ong Tee Keat berfikir sejenak sebelum berkata, "Seandainya apa yang anda katakan itu benar, dan berlaku pada hakikatnya, maka bukanlah saya yang terhutang kepada MCA atau BN."

"Seandai keadaannya bukanlah saya yang terhutang kepada BN, MCA, maka perlulah saya membuat pertimbangan dan pilihan yang lain...dan ia adalah sesuatu yang wajar," katanya.

Ong Tee Keat (gambar kanan) merupakan satu-satunya pemimpin MCA yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Rakyatnya di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur-Selangor) dalam tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, dan dipilih sebagai Presiden MCA dalam pemilihan partinya.

Beliau memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) setelah mengambil alih Kementerian Pengangkutan, pada masa yang sama terjerat ke dalam pergelutan kuasa partinya. Akhirnya beliau kecundang dalam pemilihan semula partinya, dan kehilangan jawatan Menterinya dalam kabinet selepas itu.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

SATU LAGI SIRI TEMBERANG KHIR TOYO

Posted: 20 Jul 2010 01:00 AM PDT

Tak habis-habis di Khir Toyo ni mengarut. Dalam isu pasir, misalnya, beliau terus menyalahkan kerajaan negeri yang ada sekarang di atas kejadian pencurian pasir. Tapi, dalam usaha beliau memfitnah kerajaan negeri PR dan KSSB, terdedah juga kebodohan Khir Toyo. Sebagai contoh, Khir menulis:

Siapa yang Khir hendak tipu? Orang gila pun tak boleh percaya dalam masa hanya kurang dua tahun (tempoh kerajaan PR memerintah), kawasan berbukit boleh jadi tasik?

Kawasan2 yang disebut Khir ini semuanya telah menjadi kawasan melombong pasir semenjak Khir menjadi MB lagi. Kalau nak salahkan orang, salah kan diri sendiri dulu, wahai Khir.

Kamu ni buat malu orang Jawa. Saya jamin, selepas membaca kenyataan di atas, tiada orang Jawa yang mahu mengaku Khir sebagai bangsa mereka.

MUSUH SEBENAR KHIR ADALAH KSSB

Mengaku sahajalah wahai Khir. Kamu marah sangat dengan KSSB sebab kroni2 kamu semua soru miss. Dulu, kroni2 UMNO kenyang mentekedaghah pasir dengan cara "Direct Award"

Mengikut kenyataan Raja Komando, Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha dan Pembeli Pasir Selangor:
"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.

Sepatutnya Khir Toyo patut malu dengan KSSB. Pendapatan dari pasir kepada kerajaan negeri naik BERKALI-KALI ganda berbanding semasa Khir menjadi MB Selangor.


(Data dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

Atas sebab itulah Khir Toyo kerap kali menaikkan isu pasir sebab beliau sedar kroni2 beliau sedang kekeringan sekarang ini.


KHIR TOYO KERAP MINTA PENTADBIRAN PASIR DISERAHKAN KEPADA PEJABAT TANAH

Khir kerap kali minta pentadbiran pasir diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah. Beliau menulis sebuah artikel bertajuk "Tutup KSSB, Kembalikan Kuasa Kepada Pegawai Kerajaan"

Kebodohan Khir Toyo dalam pentadbiran kerajaan negeri dijawab oleh Raja Komando:

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?

"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.
PENUTUP

Eloklah Khir Toyo berenti bercakap. Beliau bukan sahaja memalukan UMNO, tetapi memalukan bangsa Jawa. Selagi Khir Toyo terus bercakap macam orang tak siuman ini, imej orang-orang Jawa di Malaysia akan jadi terus memburuk./Malaysiawaves

kalam Perantau

kalam Perantau


Benarkah Melayu akan hilang kuasa dalam PRU ke-13?

Posted: 20 Jul 2010 05:51 PM PDT

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Sekarang ini kerjasama  UMNO dan PAS menjadi topik yang menghangatkan suasana politik Malaysia menjelang pilihanraya umum ke-13 yang tidak berapa lama lagi. Banyak pihak menyarankan, PAS dan UMNO  berdialog dalam suasana penuh ikhlas dengan hati terbuka demi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Saya tidak pasti atas logik apa, jika UMNO kalah, kuasa politik orang Melayu akan hilang? Banyak pihak terpedaya dengan teori-teori ahli akademik tertentu yang menjadi pengulas-pengulas politik tanahair dan tidak pernah terjun kelapangan politik secara langsung.

Bila kerusi yang dimiliki oleh UMNO, beralih kepada PAS,  kuasa orang Melayu tetap kekal kalaupun tidak lebih baik. Manakah bukti Pas rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR? Malah dalam usaha hendakkan kerusi Melayu bertambah, calon Pas Dr Siti Mariah Mahmud bertanding di kerusi pengundi melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja.

Hakikat yang berlaku, UMNO yang telah menyerahkan kerusi majoriti melayu kepada bukan melayu. Apa yang menjadi masalah sekarang ini, banyak kerusi majoriti Melayu yang diserahkan oleh UMNO kepada komponen BN yang lain seperti MCA, MIC dan Gerakan. Contohnya Parlimen Bukit Gantang 2004 Dr Lo’ Lo’ Pas lawan Tan Lian Hoe (BN) kemudian tahun 2008 Tan Lian Hoe bertanding di Grik melawan Mohd Noor Abd Rahman (PAS), Parlimen Tanjung Malim Mohd Azman Marjohan (PKR) lawan Ong Ka Chuan (MCA), Dun Pasir Panjang Datuk Seri Haji Nizar (PAS) lawan Dr S Vasan (MIC).

Berlakukah kerjasama politik UMNO-PAS?

Saya cukup tertarik dengan usaha tidak pernah putus asa dan jemu, Tan Sri Harusani Zakaria (gambar – kanan), Mufti Kerajaan Negeri Perak yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk mempertemukan dan berusaha menggabungkan kerjasama politik UMNO dan PAS sekali lagi kerana bimbang orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Sebagaimana semua sedia maklum, sejak tamatnya pilihanraya umum ke-12 April 2009 ekoran keputusan rakyat Perak  menolak kerajaan UMNO/BN beliau berusaha mengekalkan kerajaan UMNO/BN di Perak.  Usaha beliau tidak berjaya kerana PAS mesti menunaikan janji  politik dengan sekutu mereka (PKR dan DAP) bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat Perak yang akhirnya, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar.

Tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak dapat bertahan, belum pun berusia setahun pun ianya berjaya ditumbangkan dengan mudah oleh UMNO dan Barisan Nasional, disebabkan kurang pengalaman politik dalam menerajui kerajaan yang dibentuk dengan majoriti tipis sebanyak 3 kerusi sahaja. Dengan menggunakan strategi ADUN lompat parti bila mana 2 ADUN PKR (Jamaluddin Mohd Radzi – Behrang dan Osman Jailu – Changkat Jering) dan 1 ADUN DAP (Hee Yitv Foong – Jelapang).

Sejak UMNO merampas balik kerajaan Perak secara tidak demokratik melalui persidangan DUN atau pilihanraya, Mufti Perak Tan Sri Harusani tidak dilihat berusaha untuk mendekatkan PAS dengan UMNO untuk sekian lama. Cuma bila pemimpin-pemimpin  utama UMNO menyuarakan hasrat bekerjasama dengan PAS baru-baru ini, Tan Sri Harusani menawarkan diri untuk menjadi "orang tengah".

Sejarah cubaan kearah kerjasama antara dua parti ini sudah lama wujud. Ianya bermula selepas UMNO dan Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 dan kemudian berlakunya Tragedi 13 Mei 1969. Kesan daripada tragedi 13 Mei tersebut akhirnya PAS bersetuju menerima pelawaan UMNO membentuk kerajaan campuran PAS-Perikatan (UMNO-MCA-MIC) sebelum membentuk kerjasama yang kuat sehingga tertubuhnya satu kerjasama politik yang baru di bawah pembentukan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973.

Disebabkan untuk mengelakkan pertembungan politik yang keterlaluan, Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu menghulurkan "salam persahabatan" kepada PAS. Mengikut cerita Tan Sri Abdullah Ahmad, dalam kolumnya disebuah akhbar harian berbahasa melayu, beliau menjadi utusan atau "perantara" Tun Razak terhadap Dato’ Asri (gambar – kiri) yang ketika itu adalah Menteri Besar Kelantan dan Yang Di Pertua PAS Pusat.

Namun, langit juga tidak selalunya cerah, mendung hadir secara tiba-tiba, hujan pun turun bersertakan guruh dan kilat sabung menyabung, akhir PAS di tendang keluar oleh UMNO-BN pada tahun 1978 bila UMNO beralih tangan kepada Tun Hussein Onn. Sebagaimana bapanya, Datuk Hishamuddin yang sekarang ini menjadi Naib Presiden UMNO tidak menunjukkan minat yang bersungguh menjayakan kerjasama politik UMNO-PAS ini.

Begitu juga dengan apa yang cuba dilakukan oleh anak Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib yang menjadi Perdana menteri sekarang ini tidak mengikut strategi yang dilakukan oleh bapanya sebelum ini. Tak perlu bagi beliau menyebut, UMNO bukan lemah untuk bersatu dengan PAS kerana menampakkan keegoan UMNO dalam menyatupadukan orang Melayu dan Islam sekarang ini.

Sekiranya ada kesungguhan dikalangan pimpinan tertinggi UMNO untuk berkesama dengan PAS demi kepentingan Melayu/Islam, mereka boleh mulakan kerjasama ini diperingkat kerajaan dengan kerajaan (G to G) dahulu sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak dahulu.

Sama ada akan berlaku kerjasama politik atau tidak, biarlah keadaan dan masa yang akan tentukan. Sejarah semasa bergabung dengan UMNO dahulu masih segar dalam lipatan ingatan dan agak sukar untuk dilunturkan. Selain itu, kenyataan Mursyidul Am Pas bahawa UMNO menolak Islam juga menjadi punca parti itu menolak usaha untuk bekerjasama bergabung. Jika dilihat kepada kenyataan tersebut, ia seolah-olah mempamerkan fahaman berbeza kedua-dua parti politik mengenai Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia. Dalam keadaan sekarang,  Tan Sri Muhyiddin Yaasin selaku Timbalan Perdana Menteri perlu  mengambil inisiatif bertemu dengan Menteri Besar Kelantan dan Menteri Besar Kedah bagi mengadakan kerjasama di peringkat kerajaan. 

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Aku Mula Mempercayai Gagasan 1Malaysia

Posted: 20 Jul 2010 05:10 AM PDT

Yes.Benda ni memang berkesan.
Aku nak join Pemuda UMNO.

TRUST!

kerangeleber

kerangeleber


Mat Sabu datang lebih awal dari Najib ke Miri

Posted: 20 Jul 2010 01:07 AM PDT

~penarik beca

~penarik beca


"Tali Allah" itu apa sebenarnya?

Posted: 20 Jul 2010 03:37 AM PDT

Ramai dah tahu siapa agen kepentingan Umno dalam PAS

Posted: 19 Jul 2010 11:34 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Ku Li: Dialog perpaduan Umno-PAS tak mungkin, tapi jangan ‘tutup pintu’

Posted: 20 Jul 2010 09:12 PM PDT

Tengku Razaleigh berkata perbincangan kerjasama PAS dan Umno patut diteruskan. — gambar fail
KUALA LUMPUR, 21 Julai — Pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mustahil Umno-PAS boleh mengadakan perbincangan perpaduan yang menjadi fokus sejak pilihan raya umum ke-12, tetapi peluang ke arah kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam itu "tidak harus ditutup."
Mengambil kira pengalaman-pengalaman politik masa lalu, Tengku Razaleigh berkata, bukan sesuatu yang baru ataupun ganjil bagi mana-mana parti politik untuk menerokai ruang perbincangan.
"Bukan sesuatu yang baru bagi parti-parti politik (negara ini) untuk bercakap mengenai platform bersama, kesejahteraan bagi rakyat," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di sini Jumaat lalu.
"Kita tidak harus menutup pintu untuk perbincangan yang membawa kepada kerjasama. Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) telah membuka pintu kepada pembentukan Perikatan, dan Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua) memperluaskan asas yang memasukkan parti-parti macam Gerakan," katanya.
Tun Razak membuka laluan kepada pembentukan Barisan Nasional pada 1974, yang turut disertai PAS.
Perikatan hanya dianggotai Umno, MCA dan MIC dan selepas peristiwa 13 Mei 1969, Tun Razak memperluaskan keanggotaan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
Barisan Nasional kini mempunyai 13 komponen.
Bagaimanapun PAS, mengambil kira pengalaman lebih tiga dekad lalu dengan mendakwa ia telah ditendang keluar dari BN, menolak pelawaan Umno untuk mengadakan perbincangan kerjasama dan kerajaan perpaduan membabitkan kedua-dua parti ini.
PAS menganggap Umno hanya mahu mendampinginya semula selepas menyaksikan prestasi tidak baik dalam pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun Tengku Razaleigh yang juga bekas naib presiden Umno menambah, beliau tidak berpendapat akan ada kemungkinan untuk perbincangan kerjasama Umno dan PAS.
"Saya tidak melihat kemungkinan itu (perbincangan kerjasama) tetapi ia (peluang itu) harus diterokai. Mereka harus bercakap. (Lagipun) PAS datang dari Umno juga," kata Tengku Razaleigh yang pernah menjalin kerjasama politik dengan PAS bersama Semangat 46 pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.
"Sesuatu mungkin akan muncul hasil daripadanya. Ia kemungkinan tidak disukai (sesetengah pihak), tetapi anda tidak harus menutup pintu anda," kata Ketua Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang ini ketika ditemui Jumaat lalu.
Beliau ditanya mengenai cadangan bahawa Umno dan PAS harus membincangkan kemungkinan penyatuan kedua-dua parti.
Bagaimanapun PAS mengulangi pendirian tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno-BN buat masa sekarang, sebaliknya akan terus berada dalam Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum ke-13.
Jumaat lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan boleh mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kapasiti kerjasama negeri dan pusat.
Nik Aziz bersetuju bertemu dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno tentang kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.
"Kita, PAS akan bersama Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum ke-13... kita sudah berjanji macam itu. Tapi kerjasama politik Umno, kita tidak akan terlibat," kata beliau.
Pada Sabtu lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau itu.
"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.
"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,"  katanya selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.
Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau  berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Bagaimanapun kenyataan itu ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai "satu fitnah dan pembohongan."
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Taksub kepada puak rugikan Melayu Umno.....

Posted: 20 Jul 2010 06:21 PM PDT

21 JULAI — Ahli keluarga penulis ada yang menyokong PAS dan ada juga penyokong tegar Umno. Pernah satu ketika bapa saudara penulis seorang adalah ahli Umno mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuannya dan seorang lagi bapa saudara penulis penyokong tegar PAS datang ke majlis berkenaan tetapi tidak menjamah makanan kerana menganggap ia haram.
Begitulah taksubnya penyokong PAS ketika itu dan begitulah rosaknya hubungan kekeluargaan yang harmoni gara-gara politik sempit sehingga sanggup melabelkan apa saja demi kepentingan politik. Bukan itu saja, malah imam di masjid ketika itu juga ada dua, imam Umno dan imam PAS, padahal masyarakat Islam di negara ini mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Politik sempit ini membawa lebih banyak keburukan jika dibandingkan dengan kebaikan. Sesama Melayu dan Islam bercakaran kerana ingin menegakkan benang basah, akhirnya membawa kepada perpecahan begitu serius dan merugikan kedua-dua pihak.
Mungkin orang Melayu dan umat Islam sudah sedar bahawa pertelingkahan berpanjangan antara kedua parti terbesar ini banyak membawa kerugian dan menguntungkan pihak ketiga, maka terdengar suara-suara kecil terutama daripada rakyat bawahan menyimpan impian untuk melihat Umno dan PAS bersatu.
Apatah lagi hari ini perpecahan dalam kalangan orang Melayu semakin serius dan mempunyai tiga mazhab politik, bagaimanapun usaha untuk menyatukan Umno dan PAS sehingga kini dilihat masih gagal walaupun Umno sudah membuka pintu yang luas kepada PAS untuk duduk semeja.
Malah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, sendiri mengakui bahawa pertelingkahan politik antara Umno dan PAS merugikan orang Melayu serta umat Islam di negara ini, selain mengakibatkan agenda pembangunan negara juga terbengkalai.
Bagi Nasruddin, Umno dan PAS perlu mempunyai pelan damai bagi menghentikan persengketaan itu apatah lagi umat Islam diajar supaya bersatu dengan tali Allah dan bangsa Melayu tidak akan maju dan hebat jika asyik bercakaran, selain banyak masa hilang begitu saja tanpa membawa manfaat kepada umat Islam kerana persengketaan itu.
"Ahli Umno rata-ratanya Melayu dan beragama Islam, demikian juga ahli PAS berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malah seorang ahli Umno pasti saja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli PAS. Demikian sebaliknya, ahli PAS juga mempunyai ahli keluarganya daripada kalangan Umno.
"Persoalannya sampai bila Melayu Umno dan PAS ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga. Saya kira Umno dan PAS perlu ada pelan damai untuk menamatkan persengketaan yang panjang ini. Kebanyakan kita umat Melayu tentu sudah berasa bosan dengan pertelagahan ini.
"Kita juga tidak mempunyai banyak masa untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini, semua pihak mesti berlapang dada. Korbankan perasaan dan kemahuan untuk bertolak ansur mencari noktah damai atau gencatan senjata laksana Aus dan Khazraj," katanya mengulas soal perpaduan Melayu melalui laman blog peribadinya.
Walaupun sudah ada pihak yang sanggup menjadi orang tengah bagi mendamaikan pertelingkahan berlanjutan PAS-Umno, namun masih ada suara sumbang mempertikaikan hasrat murni berkenaan. Apakah mereka ini adalah golongan tidak mahu melihat penyatuan yang menguntungkan umat Islam dan orang Melayu.
Masih ramai suara sumbang pemimpin PAS yang menentang usaha parti itu untuk mengadakan perbincangan dengan Umno, Mengapa masih ada dalang sebegini dalam parti yang dikatakan mendaulatkan Islam. Mengapa begitu marah terhadap penyatuan Melayu, sedangkan pihak menentangnya juga adalah orang Melayu.
Salahkah jika PAS dan Umno mengambil masa seketika untuk duduk semeja berbincang mengenai masalah yang melanda orang Melayu di negara ini, selain mencari kebaikan dan menutup segala persengketaan lama.
Cukuplah berpolitik dengan cara yang merugikan orang Melayu, jangan biarkan kaum majoriti ini terhimpit dan menjadi minoriti kerana perpecahan disebabkan oleh kepentingan politik pihak tertentu. PAS yang mendukung Islam rasanya lebih arif mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW sendiri sentiasa mementingkan perpaduan umatnya.
Kembalilah kepada landasan Allah dalam membuat perkiraan, jangan pula emosi dan kepentingan politik melebihi kewarasan akal, contohilah sifat pemaaf dan keterbukaan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang sanggup berbuat baik dengan Yahudi yang menentangnya.
Inikan pula PAS dengan Umno, sama-sama Islam yang memerlukan pertimbangan untuk mengadakan perbincangan secara bersama. Kepada pemimpin PAS jangan pula kerana kepentingan politik, ulama disanggah kerana tidak memihak kepada parti itu. Fikirkan seketika kepentingan Melayu dan agama Islam di negara ini. — Berita Harian

The changing mental landscape of Malays? Part 2

Posted: 20 Jul 2010 06:18 PM PDT

Ariff Sabri

The government says they are doing all these. What I can see it is all talk and no action. I sometimes cannot comprehends the reasoning and logics given by judges, including those sitting in the highest court. DS Najib has been talking non-stop of everything that can bring good to the country. But I didn't see any result, as if he forget everything he said once he finished talking. 

Our DPM has a brain more like a 17-year olds. And I didn't hear anything worth listening from the UMNO vice-presidents, and what more senior ministers, especially Rais Yatim. When I think of the country's future I feel hopeless. I don't think UMNO, under the present leadership, can lead the country forward. I hope your writings will be more forceful and cover wider subjects especially on reinventing the Malay minds.

We now move on to a another portion from the Malay gentleman's note.

I hope I am wrong in treating the Malay gentleman's thinking as being representative of the typical Malay man. I would have thought, the things that matter most in the mind of the Malay man and all Malaysians is economic development. That's the first function and most important at that of the government.

In what kind of environment is economic development and advances best achieved? This basic question needed to be looked at carefully. Recently, in the monthly or weekly assembly the PM has with civil servants, he spoke of creating an ecosystem where the best talent emerges. I suppose by that he means the culture- set of beliefs, social precepts, principles by which the best among peers will emerge to lead the nation. Such a proposal is laudable.

How do we achieve that in an environment where we know, the talent level among our civil servants is wanting in many aspects? Our bureaucratic lethargy perhaps is slightly better than the infamous Indian bureaucracy. We share the same default position-taking as far as revolutionary and unconventional ideas are concerned. Our default position to new ideas is to say no. No to this project. No to that proposal. But eventually the proposals we first submitted resurface by a new proposer under a new package.

So, I would guess that the default position when our PM is talking about an ecosystem that promotes excellence and a culture that allows emergence of talent is- Go And Fly Kite. We hear recently of widespread stoppage of directives from politicians when powerful KSU's demand written instructions from politicians before they will even commit any work. Because the powerful fraternity of KSUs still remember when one of their own, Dr. Abdul Aziz was done in by Anwar Musa. So it's now retribution time. So I am skeptical when the PM speaks about that ecosystem, as to whether his exhortations went down well.

Let's build that ecosystem in UMNO politics first. Create that culture where the talented can prosper. The fastest way to lose public confidence is to contradict ourselves . if we have this basic stand of wanting to create such an ecosystem, let's set that ecosystem in UMNO politics.

Our system as it is now, is that of a privileged society based on the privilege of property( read wealthy) and rank( read lineage). Desiring the ecosystem which the PM wants, requires the cessation and giving up of a privileged society based on the privilege of property and rank FOR a society where men are rewarded according to their ability and contribution to society.

The universal principle borne out in history is that only when men are encouraged to give their best will society progress. So the ecosystem which the PM mentioned must incorporate the principle of creating a culture that makes it worth for a man to give his best. That can only occur when the principle that a man is justly rewarded in accordance to his ability ,diligence and determination is put in place or willed in place. In an ecosystem where the lazy and the incompetent were rewarded as much as the industrious and the intelligent,, we will end with an ecosystem where the abler will hold back so as not to work harder than their under-performing brethren.

Next, the leadership.

Khir Toyo Menunjukkan Kebodohan Beliau Lagi

Posted: 20 Jul 2010 06:17 PM PDT

Tulang Besi, Malaysia Waves

Tak habis-habis di Khir Toyo ni mengarut. Dalam isu pasir, misalnya, beliau terus menyalahkan kerajaan negeri yang ada sekarang di atas kejadian pencurian pasir. Tapi, dalam usaha beliau memfitnah kerajaan negeri PR dan KSSB, terdedah juga kebodohan Khir Toyo. Sebagai contoh, Khir menulis:

2. Di sesetengah tempat kegiatan perlombongan pasir dilakukan tanpa henti siang dan malam. Saya tidak pasti apa yang begitu dikejarkan oleh pelombong pasir ini. Wakil-wakil rakyat BN yang turun begitu terkejut melihat "kawah bumi" yang begitu besar dan dalam di Dengkil. Di Hulu Selangor pula kawasan yang dahulunya berbukit (mengikut makluman orang kampung) kini sudah menjadi tasik. Di celah-celah pokok di Bukit yang belum ditarah jelas kelihatan jengkaut dan jentolak berada di sebalik pokok-pokok menandakan bukit seterusnya akan menjadi mangsa pelombong pasir ini. Ini berlaku di kawasan yang dianggap sebagai kawasan tadahan air Selangor.
Siapa yang Khir hendak tipu? Orang gila pun tak boleh percaya dalam masa hanya kurang dua tahun (tempoh kerajaan PR memerintah), kawasan berbukit boleh jadi tasik?

Kawasan2 yang disebut Khir ini semuanya telah menjadi kawasan melombong pasir semenjak Khir menjadi MB lagi. Kalau nak salahkan orang, salah kan diri sendiri dulu, wahai Khir.

Kamu ni buat malu orang Jawa. Saya jamin, selepas membaca kenyataan di atas, tiada orang Jawa yang mahu mengaku Khir sebagai bangsa mereka.

MUSUH SEBENAR KHIR ADALAH KSSB

Mengaku sahajalah wahai Khir. Kamu marah sangat dengan KSSB sebab kroni2 kamu semua soru miss. Dulu, kroni2 UMNO kenyang mentekedaghah pasir dengan cara "Direct Award"

Mengikut kenyataan Raja Komando, Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha dan Pembeli Pasir Selangor:

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.


"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.

Sepatutnya Khir Toyo patut malu dengan KSSB. Pendapatan dari pasir kepada kerajaan negeri naik BERKALI-KALI ganda berbanding semasa Khir menjadi MB Selangor.


(Data dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS)

Atas sebab itulah Khir Toyo kerap kali menaikkan isu pasir sebab beliau sedar kroni2 beliau sedang kekeringan sekarang ini.

KHIR TOYO KERAP MINTA PENTADBIRAN PASIR DISERAHKAN KEPADA PEJABAT TANAH

Khir kerap kali minta pentadbiran pasir diserahkan kepada Pejabat Tanah Daerah. Beliau menulis sebuah artikel bertajuk "Tutup KSSB, Kembalikan Kuasa Kepada Pegawai Kerajaan"

Kebodohan Khir Toyo dalam pentadbiran kerajaan negeri dijawab oleh Raja Komando:

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).


"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?


"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.
PENUTUP

Eloklah Khir Toyo berenti bercakap. Beliau bukan sahaja memalukan UMNO, tetapi memalukan bangsa Jawa. Selagi Khir Toyo terus bercakap macam orang tak siuman ini, imej orang-orang Jawa di Malaysia akan jadi terus memburuk.

- Tulang Besi



Isu Pasir: 'Jangan tunduk pada Umno' Salhan K Ahmad Jul 19, 10
11:30am



Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.


Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.


"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.


Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.


"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.


Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.


"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.


"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.


Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.


"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).


"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?


"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, menteri besar selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.


Serangan itu dibuat melalui satu memorandum yang dihantar oleh kumpulan tersebut sebelum ini, katanya.


"Siapa mereka? Mengapa selepas (bekas menteri besar Datuk Seri) Khir Toyo mendedahkan kes pasir di Bukit Canggang, baru membuat kenyataan akhbar dan mendapat liputan (media).


"Maknanya ini satu perancangan cuba menggagalkan usaha kerajaan (Pakatan) yang sedang cuba mendapatkan 10 kali ganda pendapatan hasil pasir dari apa yang telah diusahakan oleh (pentadbiran) dahulu," katanya.


Tambahnya, dakwaan yang dibuat Khir Toyo bahawa hasil pasir sebanyak RM220 juta dalam tempoh tiga minggu di Bukit Canggang juga membuktikan kajian yang dibuat oleh KSSB.


"Hasil industri pasir sahaja cukup untuk membiayai segala aktiviti kerajaan negeri. Ini belum masuk hasi di bawah pasir, iaitu bijih timah," katanya.


Katanya lagi, pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi pernah menggalakkan supaya Selangor mengusahakan industri bijih timah.


Tambahnya, Khir Toyo bagaimanapun hanya memberi arahan supaya perlombongan pasir dijalankan.


Katanya lagi, usaha untuk menjalankan perlombongan bijih timah bagaimanapun tidak sempat dijalankan kerana pilihan raya umum ke-12 berlangung, yang menyebabkan BN kehilangan kuasa di negeri itu.


Selepas menerima memorandum tersebut, Yaakob memberi jaminan bahawa Selangor tidak akan tunduk kepada tuntutan pembangkang.


Katanya, kerajaan negeri akan bertindak secara konsisten untuk menggunakan KSSB bagi memastikan Selangor dapat mengutip hasil pasir.


"Dulu hanya ada satu syarikat, sekarang ada 18 syarikat yang masuk dalam tender terbuka," katanya lagi.


Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga belum menjumpai apa-apa bukti penyelewengan dalam KSSB sejak seorang pembantunya ditahan bagi siasatan berhubung isu tersebut.


Namun, beliau tetap meminta pengusaha pasir supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti berkenaan.

Sime Darby, Felda and now JCorp: What is the real story?

Posted: 20 Jul 2010 06:15 PM PDT

Ben Tan, Business Times

Johor Corp's president and chief executive officer Tan Sri Muhammad Ali Hashim has confirmed giving notice of his intent to vacate his current position by year's end.

The 63-year-old Johor-born corporate personality also revealed a succession plan that will see the corporation's five top management executives vie for the top post once he leaves.

The announcement yesterday ended weeks of speculation that he will retire from the Johor state government's market-driven corporation by the end of this year.

"I have already given notice to JCorp's board of directors regarding my intention to vacate my post as the corporation's president and CEO on July 1.

"It will take effect within the next six months as stipulated in my terms of contract with JCorp," he told a news conference on the financial performance of JCorp and its subsidiaries in Johor Baru yesterday.

It is learnt that Muhammad Ali had personally decided to give notice before his tenure is up at the end of this year as stipulated in his contract.

Under the contract, the option to give notice can be made by him or the board of directors of JCorp within six months before the contract ends.

However, his decision will have to be endorsed by the board and Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, who represents the state government, by the end of this month.

Muhammad Ali, who has helmed JCorp for 28 years, said his decision (to leave) was not easy and was based on responsibility, together with corporate governance practices.

"I have given 30 years of my working life to the corporation, two as a senior management staff, and the remainder as president and CEO.

"In those capacities, I believe that I have grown the corporation to its present strength today," he added.

As part of the succession plan for JCorp, Muhammad Ali said five senior management staff from the group are being considered to replace him.

They are KPJ Healthcare Bhd managing director Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir, Kulim (M) Bhd managing director Ahamad Mohamad, QSR Brands Bhd and KFC Holdings (Malaysia) Bhd managing director Jamaludin Md Ali, JCorp senior vice-president and Asia Logistics Council Sdn Bhd chief executive Kamaruzzaman Abu Kassim and Sindora Bhd managing director and Intrapreneur Development senior vice-president Rozan Mohd Sa'at.

Muhammad Ali said that all five were fully capable of leading JCorp and he considered them to be the top five entrepreneurs in the country.

"Datin Paduka (Siti Sa'adiah) has been with us for a long time and was recently awarded Malaysia's CEO of the Year 2009. The rest are just as capable in their respective companies or subsidiaries, and I have no doubt that anyone of them can lead JCorp.

"I have six more months and will use the time to continue to add value to JCorp in my capacity as the president and chief executive," he said, adding that the succession plan was part of his responsibility to ensure continuity in the group.

According to the JCorp enactment, the appointment of the new president and CEO will need the endorsement of the board, the state government and the Ministry of Finance, representing the federal government.

On his future plans, Muhammad Ali said he did not have any at the moment as he wanted to focus on JCorp.

Read more: JCorp CEO denies resignation due to debt

From Bernama:

Johor Corporation (JCorp)'s President and Chief Executive Officer Tan Sri Muhammad Ali Hashim has denied that his resignation is due to the company's RM3.58 billion debt.

He said a six-month notice of resignation was submitted to the board of directors, as required under his contract, which is due to expire by year-end.

"The board will hold a meeting to decide whether to accept or extend the contract before the end of this month," he told reporters at the soft opening of the KPJ Tawakal Specialist Hospital here today.

Replying to a question on the company's debt, Mohammad Ali said JCorp's asset value of RM12 billion, including RM6 billion in listed shares, is currently higher than the debt itself.

"JCorp will not face bankruptcy. The debt due is on July 31, 2012 and we will negotiate with the bank to refinance. Debt is normal in business ," he said. - Bernama

Mana lebih penting, perpaduan atau kepimpinan yang baik?

Posted: 20 Jul 2010 06:14 PM PDT


21 JULAI — Sejak kebelakangan ini, isu perpaduan orang Melayu, khasnya penyatuan Umno dan PAS mendapat perhatian ramai. Penekanan isu ini adalah untuk mengelak malapetaka orang Melayu kehilangan kuasa.
Tidak dinafikan tentang perpecahan orang Melayu, malah semua kaum, di negara kita, kerana perbezaan ideologi. Ini perkara lumrah yang berlaku di mana-mana.
Namun demikian, kita patut membezakan antara kewujudan banyak parti politik dengan pertelagahan di antara mereka. Parti-parti boleh bekerjasama seperti dalam gabungan Barisan Nasional (BN), dan sekarang dalam pakatan pembangkang atau parti-parti boleh bertelagah dan tidak boleh bekerjasama.
Nampaknya, mereka yang menganjurkan perpaduan Umno-PAS menonjolkan isu orang Melayu hilang kuasa dalam pilihan raya akan datang. Mereka bimbang kehilangan kuasa ini akan membawa kepada pindaan Perlembagaan negara dan perubahan dasar-dasar yang penting tentang kedudukan bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera lain, dan juga kedudukan Raja-Raja Melayu.
Apa yang kita sebut dalam ayat akhir perenggan di atas memang perlu dielak. Kalau berlaku, satu lagi peristiwa berdarah 13 Mei tidak dapat dielak.
Siapa yang salah kalau ini berlaku? Tokoh-tokoh tertentu dalam pakatan pembangkang bukan manusia yang sempurna. Demikian juga dalam pakatan kerajaan.
Tidak ada manusia yang sempurna. Yang sempurna hanya Tuhan pencipta sekelian alam. Namun demikian, ada pihak yang perlu kita pertanggungjawabkan. Jika tidak ada pihak yang telah melakukan kesalahan-kesalahan besar, perkara ini tidak akan timbul.
Kemenangan besar yang diperoleh oleh pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 tidak boleh dipersalahkan kepada rakyat, atau kepada dakyah pembangkang semata-mata. Umno dan BN sendiri perlu mengambil tanggungjawab utama. Umno dan BN sendiri perlu membaiki dirinya.
Saya percaya, kalau Umno dan BN boleh memberi kepimpinan yang baik, dilema ini tidak akan timbul.
Sekarang Umno sedang mengadakan mesyuarat-mensyuarat Bahagian. Kita boleh membaca dalam akhbar-akhbar yang melaporkan ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin tinggi Umno yang merasmikan mesyuarat-mesyuarat ini, termasuk Presiden Umno, serta mendapat maklumat yang berguna tentang beberapa masalah dalaman Umno.
Pemimpin-pemimpin ini menyeru supaya ahli-ahli Umno jangan berbalah sesama sendiri, jangan berpuak-puak, mesti memperjuangkan kehendak dan hasrat rakyat dan mesti kembali kepada perjuangan asal Umno.
Perkara-perkara ini sudah kita dengar lama dulu. Ringkasnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Umno telah gagal menampilkan kepimpinan yang baik.
Jika Umno ada kepimpinan yang baik, perkara-perkara ini tidak akan disebutkan dalam ucapan-ucapan perasmian itu.
Inilah masalahnya. Bukan penyatuan Umno-PAS yang diperlukan, tetapi kepimpinan orang Melayu yang baik. Bukanlah Umno tidak pernah ada kepimpinan yang baik. Tetapi sejak satu dua dekad yang lalu, sejak timbul apa yang dikatakan "politik wang", kepimpinan itu merosot teruk.
PAS pula dengan slogan-slogan Islamnya yang kosong. Siapa tidak tahu tentang kegagalan kepimpinan PAS mengembangkan ekonomi Kelantan? PAS sekarang, di bawah kepimpinan ulama, langsung tidak mempunyai konsep pembangunan ekonomi.
Mereka tidak belajar atau mengkaji secara serius subjek ini. Mereka mengutamakan konsep "pembangunan kehidupan akhirat". Tahukah mereka apa "pembanganun akhirat" itu sebenarnya? Jadi, kalau PAS memimpin negara, ekonomi negara akan merosot.
Banyak rencana telah disiarkan dalam akhbar-akhbar tentang pelbagai macam penyelewengan dalam Umno dan kerajaan: rasuah, keborosan, kronisme, perpecahan kepada puak dan kehilangan semangat perjuangan atau idealisme.
Kepimpinan Najib sekarang mestilah menyelesaikan masalah-masalah ini. Kerja besar dan berat inilah yang harus difikirkan dan ditangani, bukan saja oleh kepimpinan Umno, tetapi juga oleh kepimpinan PAS dan kepimpinan seluruh bangsa Melayu, termasuk kepimpinan pakatan pembangkang lain.
Contohnya, kalau kita ada sebuah dusun, pokok-pokok seperti durian, rambutan, manggis, mempelam, langsat dan sebagainya hendaklah subur dan berbuah selalu atau dalam musim-musimnya. Buah-buahnya pula mestilah sedap. Begitulah yang kita mahu dilakukan oleh kepimpinan, baik dalam kerajaan mahupun pembangkang.
Kita bukan meminta langit. Kita harus realistik. Semua manusia, termasuk pemimpin-pemimpin ada kelemahan. Tetapi kita berhak meminta komitmen yang ikhlas dan tinggi daripada pemimpin-pemimpin kita.
Kepimpinan Umno dan BN mestilah memperbaharui dan memperkuat semangat perjuangan mereka serta melaksanakan transformasi (meminjam istilah Najib) Umno dan kerajaan dalam masa sesingkat mungkin.
Kalau mereka boleh melakukan ini, saya percaya kita tidak perlu bimbang tentang orang Melayu kehilangan kuasa. Tetapi kalau mereka gagal, malapetaka besar padahnya. — Utusan Malaysia

Jangan Mimpi Umno Untuk Jerat PAS Kali Kedua

Posted: 20 Jul 2010 06:11 PM PDT

Oleh Nash Ar-Rawy
Politik terdesak Umno yang kini dipamerkan oleh parti itu adalah disebabkan buat kali kedua ia telah gagal untuk memancing PAS untuk menyertainya dalam kerangka kerajaan perpaduan atau dikenali dengan UG (unity government).
Tindakan Umno untuk mencapai cita-citanya itu telah menyebabkan pertikaian dan konflik antara pimpinan tertinggi PAS pada satu ketika dahulu.
Motif Umno adalah untuk mewujudkan rasa tidak percaya pengundi Cina dan India terhadap PAS.
Bagaimanapun, rencana Umno ini tidak berjaya sama sekali dan sebaliknya semakin hari PAS bertambah kuat dan kukuh walaupun diasak dengan propoganda dan serangan Umno.
Cubaan terbaru Umno adalah dengan menggunakan pihak ketiga  untuk  meyakinkan PAS bekerjasama di segi politik dengan parti itu. Umno dilihat telah membuat kesilapan besar dengan beranggapan bahawa pendirian PAS sama dengan Umno dalam konteks prinsip, dasar, ideologi, dan pendekatan.
Umno ialah parti perkauman walhal PAS ialah parti Islam yang berteraskan prinsip sejagat. PAS telah membuktikan kesejagatan dan landasan Islam dengan melibatkan golongan bukan Islam tidak kira kaum untuk menjadi ahli di dalam sayap terbaru parti itu yang dikenali sebagai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS.
Dewan tersebut bertindak  dalam kerangka perlembagaan PAS dan ia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Dewan Ulama, Muslimah dan Pemuda.
DHPP mempunyai kira-kira 20,000 ahli dan wakil di setiap cawangan, kawasan dan negeri dalam hierarki kepimpinan PAS.
Sebagai sebuah parti perkauman dan nasionalis, Umno tidak boleh menerima dan bertoleransi terhadap fenomena ini yang pernah dahulu diwar-warkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Almarhum Prof Dr Zulkifli Mohamad semasa parti itu dipimpin oleh Almarhum Prof Dr Burhanuddin al Helmi. Alhamdulillah, wawasan beliau kini sudah tercapai.
Dalam perlembagaan Umno, parti itu tidak boleh menerima keahlian bukan Melayu seperti yang dilakukan oleh PAS yang mewujudkan sayap berasingan. Justeru itu, PAS dituduh sebagai pembelot kepada bangsa Melayu dan dilabelkan sebagai pelampau atau sesat.
Walau bagaimanapun, Umno tidak mampu membuktikan tuduhan mereka dalam ruang debat terbuka dengan PAS. Sebagai parti yang terdesak, Umno meletakkan harapannya kepada pihak ketiga supaya PAS bergabung dengannya.
PAS diibaratkan gadis sunti yang paling cantik di dunia yang cuba dipisahkan daripada kekasihnya Pakatan Rakyat.
Adalah amat penting bagi Umno agar PAS terus hidup kerana parti Islam itu sajalah sumber kekuatan yang mampu mengembalikan 'nyawa' kepada Umno.
Namun kepimpinan PAS tidak berganjak mahupun Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang memegang jawatan paling tinggi dalam parti ataupun Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Pendirian parti itu juga ditegaskan semasa Muktamar PAS di Ipoh, Perak dan juga Kelantan yang mahu terus bersama Pakatan Rakyat dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dan mewujudkan negara berkebajikan bersama KEADILAN, DAP dan SNAP.
Kelantan dilihat sebagai model paling jelas yang telah diiktiraf oleh Transparency International sebagai mempunyai indeks korupsi nol (Zero Corruption). Jadi, slogan 'Keadilan untuk semua' sememangnya mampu direalisasikan secara praktikal.
Sentimen perkauman Umno telah membuka mata rakyat bahawa parti itu hanya memainkan peranan bagi kepentingan kroninya. Atas nama Bumiputera dan Melayu, Umno telah menipu bangsa itu selama lebih 50 tahun.
Apa terjadi kepada RM52 bilion yang diperuntukkan sebagai saham Bumiputera-hilang entah kemana bersama-sama dengan kroni. RM1 bilion dana rakyat juga hilang dalam projek Bakun dan yang terkini, kedudukan rizab tunai Felda yang merudum lebih RM2 bilion hasil titik peluh golongan peneroka yang miskin.
Tidak ada orang Melayu yang berfikiran rasional dan tidak gila akan mempercayai Umno lagi. Bukan hanya setakat PAS, tetapi keseluruhan bangsa Melayu yang menjadi teras kelas pengundi di negara ini kini berubah menyokong Pakatan Rakyat.
Di kebanyakan kawasan mengundi majoriti Melayu, Umno akan kalah kepada Pakatan Rakyat, iaitu PAS seperti yang dilihat di Kelantan dan Kedah, dan sasaran PAS seterusnya ialah Terengganu dan Perlis.
Bagi kawasan mengundi yang mempunyai 65 peratus pengundi Melayu, Umno-BN dijagka akan kalah kepada Pakatan Rakyat di Selangor, Perak dan juga di Pulau Pinang kerana pengundi Cina di kawasan terbabit sudah muak dan menyampah dengan Umno-BN.
Pakatan Rakyat juga mensasarkan Pahang, Negeri Sembilan dan sebahagian besar kerusi di Johor dan Melaka.
Bagaimanapun permata impian Pakatan Rakyat ialah Sabah dan Sarawak. Sibu telah menjadi pencetus kepada impian ini. Ini bermakna tidak ada lagi negeri yang boleh dianggap oleh Umno-BN sebagai terjamin atau 'simpanan tetap' parti itu.
Ini merupakan satu fenomena yang menakutkan yang tidak pernah difikirkan oleh Umno-BN.
Oleh kerana itulah Umno sangat-sangat berharap untuk menggoda 'gadis sunti' bernama PAS walaupun satu ketika dahulu di tahun 1970-an BN telah menendang PAS keluar daripada gagasan itu dan melabel parti itu sebagai sesat dan pengkhianat.
Perlu diingatkan, pimpinan tertinggi KEADILAN, PAS dan DAP telah menegaskan berulangkali untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dengan Islam sebagai agama Persekutuan dan hak keistimewaan Bumiputera dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepercayaan bangsa-bangsa lain.
Tetapi Umno melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengkhianati Bumiputera dan menafikan undang-undang Hudud yang hanya diaplikasi kepada orang Islam. Umnolah sebenarnya pengkhianat yang telah menyesatkan umat Islam dan Bumiputera.
Kini kubu kekuasaan Umno hanya disokong oleh pengundi Melayu di kawasan luar bandar, Orang Asal, peneroka Felda dan pengundi pos. Kelas pertengahan dan pengundi Melayu yang berpendidikan tidak lagi menyokong Umno dan mengubah sokongan kepada Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai pilihan terbaik dan diyakini untuk mewujukkan Malaysia baru.
Rakyat Malaysia tidak mahu lagi sentimen yang berbaur perkauman seperti yang diperjuangkan oleh Perkasa atau Perkasa Cina mahupun Perkasa India. Rakyat Malaysia pasca kemerdekaan adalah lebih terdidik dan bertamadun, dan mahukan 'Keadilan untuk semua' yang selari dengan 'Islam untuk semua' yang menjadi landasan perjuangan PAS di dalam Pakatan Rakyat.
KEADILAN, PAS, DAP dan SNAP yang bersama-sama dalam Pakatan Rakyat adalan platform terbaik politik dan sosial untuk melaksanakan keadilan yang bersifat sejagat yang tidak berpaksikan kepada perkauman sebagaimana diamalkan oleh Umno-BN. Sistem dua parti akan muncul lebih teguh dan mantap selepas PRU ke-13 nanti apabila Pakatan Rakyat mengambil alih dan menumbangkan Umno-BN di Putrajaya dan juga di Parlimen.
Ini adalah mimpi ngeri untuk Umno dan PAS kini tidak peduli langsung apa yang akan terjadi kepada parti perkauman itu. Kerjasama politik PAS dengan rakan-rakan KEADILAN, DAP dan SNAP dalam Pakatan Rakyat adalah muktamad, sejajar dengan aspirasi dan keyakinan rakyat.
Jadi, untuk menyelamatkan diri, lebih baik pengikut Umno menyertai PAS atau KEADILAN atau DAP daripada terus dipergunakan oleh kroni dan pengkhianat Umno demi menyelamatkan Malaysia. Ambil keputusan dan tinggalkan pemimpin Umno dalam kegilaan mereka tanpa pengikut.
Lagipun Umno-BN umpama kapal yang sedang karam, bercakaran sesama sendiri. Subsidi untuk rakyat dipotong, disebabkan skandal rasuah demi skandal rasuah dibawah pentadbiran Umno-BN yang memperlihatkan salah urus tadbir, rasuah, penyelewengan, mengkhianati amanah rakyat dan salah guna kuasa daripada skandal BMF, Perwaja Steel, PKFZ, Felda dan entah apa lagi.
Model Ekonomi Baru hanyalah tiruan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai punca dan amalan yang sama. Vincent Tan sebagai taukeh judi masih bersekongkol dengan burung-burung bangkai dalam MEB bersama Mukhriz dan 'Anaconda' Krishnan. Inilah wajah Umno-BN yang sebenarnya.
Selamat tinggal Umno-BN dan selamat datang kepada Pakatan Rakyat. Najib dan Muhyiddin seharusnya menghadapi realiti politik siber Malaysia dan bersiap-siap untuk menjadi pemimpin pembangkang dalam masa terdekat setelah wujudnya sistem dua parti selepas PRU ke-13 nanti.
Roda kehidupan kini berpusing untuk Pakatan Rakyat.

Human Rights Foundation: Umno-BN Tindas Rakyat Untuk Terus Berkuasa

Posted: 20 Jul 2010 06:09 PM PDT

Oleh Edi Suleiman
SHAH ALAM 21 Julai - Badan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Foundation (HRF) yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat menyifatkan perbicaraan Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu perbicaraan sandiwara dan tidak lain daripada usaha kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk terus berkuasa.
Dalam satu artikel terbitan The Huffington Post bertajuk 'Malaysia's Bridge Is Falling Down', presiden HRF, Thor Halvorssen dan ketua pegawai operasinya, Alex Gladstein, berkata pendakwaan yang dikenakan terhadap Anwar hanyalah salah satu usaha Umno, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak untuk menghapuskan Anwar serta menghancurkan parti KEADILAN pimpinannya.Halvorssen dan Gladstein, yang juga pengasas kepada Forum Kebebasan Oslo antara lain menyebut, Najib antara lain menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga menyekat hak kebebasan media sebagai alat untuk melenyapkan suara lantang pembangkang yang memperjuangkan pembaharuan serta demokrasi.
Menurut mereka, dengan menenggelamkan suara pembangkang, membeli undi serta mengubah sempadan kawasan pilihan raya, kerajaan BN pimpinan Umno boleh mengekalkan kuasa disebalik menguar-uarkan bahawa Malaysia adalah negara yang berdemokrasi.
"Najib juga secara berterusan berusaha untuk mengekang suara generasi muda dengan menggunakan Akta Kolej dan Universiti (AUKU) dengan melarang mereka daripada membabitkan diri dalam arena politik.
"Paling menyusahkan adalah, Akta Percetakan memberikan kuasa mutlak kepada Najib untuk menghalang media tempatan melaporkan sebarang berita berkaitan ISA dan juga sistem kehakiman negara yang berada di bawah telunjuk Umno," tulis mereka lagi dalam artikel tersebut.
Menurut dua tokoh hak asasi manusia itu, hampir kesemua media tempatan 'diikat' oleh Umno dan permit akhbar milk ketiga-tiga parti pembangkang juga telah ditarik balik sejak 1 Julai lalu.
Artikel terbabit juga menyentuh tindakan kerajaan Umno-BN menindas rakyat dan juga pembangkang di negara ini dengan menggunakan undang-undang yang lapuk serta menghalang kebebasan bersuara adalah salah satu bukti pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.
Ketrampilan yang dicerminkan oleh kerajaan ini dengan mendakwa mereka mendokong kebebasan bersuara serta demokrasi adalah satu sandiwara kerana kebanyakan bukti dan fakta tentang pencabulan hak asasi yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib telah disembunyikan.
Kerana itu, tulis mereka lagi tidak hairanlah Najib menggunakan perkhidmatan Apco yang berpengkalan di Washington untuk menaikkan imejnya dan memburuk-burukkan Anwar.
"Anwar, yang telah mendapat liputan dalam majalah antarabangsa seperti TIME, New Yorker dan Newsweek dilihat sebagai ikon seorang pemimpin Islam yang berpotensi kini menjadi sasaran Apco, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed yang cuba melabelkannya sebagai rakan Yahudi," tulis artikel berkenaan lagi.
Halvorssen dan Gladstein juga menulis mereka telah berkesempatan bertemu dengan Anwar yang merumuskan bahawa selagi dunia antarabangsa mengutarakan isu penapisan serta penahanan tanpa perbicaraan, Malaysia tidak mungkin akan menjadi jambatan antara Barat dan Timur.
Malangnya, tulis mereka lagi, rekod buruk hak asasi manusia negara ini akan terus terbenam disebalik timbunan kenyataan media Apco.

Mungkinkah Najib Menjadi Saksi Di Mahkamah Peranchis?

Posted: 20 Jul 2010 06:08 PM PDT

Oleh Faisal Mustaffa
Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan 'Satu Malaysia' sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan '1Malaysia' seperti 'Klinik 1Malaysia' dan sebagainya.
Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya.
Cerita-cerita tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah tentu masih muncul dalam mimpi-mimpinya. Manakan tidak? Sekiranya kita tidak bersubahat pun, igauan-igauan yang timbul apabila terkenangkan sesuatu pembunuhan itu juga sudah cukup membawa kegerunan kepada kita semua – sudah tentu kepada aku sendiri.
Ada segelintir pihak yang cuba menyangkal penyelidikan prestasi Najib melalui satu tinjauan Merdeka Center yang memberangsangkan tidak lama dahulu.
Cerita demi cerita, pembongkaran demi pembongkaran.
Malah, kisah ini juga cuba dilukiskan secara sinis dalam majalah-majalah kartun yang kemudiannya diharamkan oleh pihak kerajaan (sebut Kementerian Dalam Negeri).
Penyunting kepada portal berita Malaysia-Today, Raja Petra Kamarudin kini berganding bahu dengan salah seorang ahli politik berwibawa dan peguam Zaid Ibrahim dalam mendedahkan kebobrokan Najib.
Melalui pendedahan-pendedahan yang dijalankan, orang ramai mula bertanya-tanya dan menimbulkan ratusan lagi persoalan. Menjurus dari situ, surat akuan sumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam memperkuatkan dakwaan yang dilemparkan. Malahan peguam kanan Manjeet Singh Dhillon – yang membawa jawapan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) Bala bersamanya apabila pulang daripada London untuk diserahkan kepada SPRM – telah dicerobohi rumah kediamannya dan komputer ribanya dicuri.
Zaid Ibrahim telah menuduh Najib yang takut kepada Raja Petra dan Bala kerana apa yang mereka tidak mengetahui mengenai pembunuhan Altantuya ialah sebenarnya itulah yang perlu diketahui umum.
Kenapa SPRM berdolak-dalih?
Jadi, adakah kita terkejut sekiranya tidak ada usaha dijalankan untuk menyiasat Bala di London?
Ya, mungkin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dipersoalkan mengenai fungsi kebebasan yang konon diakui itu.
Dolak-dalih SPRM di dalam kes ini jelas menjelekkan mata dunia. Pihak polis cawangan khas dikatakan sudah pun memulakan siasatan mereka. Jadi, adakah bermakna SPRM sudah lepas dari tanggungjawab untuk memberi keadilan? Bagaimana SPRM boleh memperbaiki kredibilitinya sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membenteras kegiatan rasuah dengan dolak-dalih yang diberikan seperti ini?
Bagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pula, lebih baik berdiam sahaja dari mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan.
Khairy Jamaluddin pula dengan 'semangat Melayu' berkobar-kobar menyelar pihak polis yang melengah-lengahkan usaha menangkap Raja Petra. Di antara Khairy, Najib dan Raja Petra sudah tentu tiada cinta antara mereka. Masing-masing dengan agenda masing-masing. Sekiranya kesemuanya itu dicantumkan dengan fakta yang ada pada Bala, sudah tentu semuanya akan selesai.
Sekarang, pihak berkuasa Peranchis sudah pun memulakan siasatan terhadap kes ini. Bala sudah mengatakan bahawa beliau akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan dia kotakan apa yang dikatakan.
Melalui kenyataan medianya, Bala memberitahu bahawa dia menceritakan segala apa yang diketahuinya berkenaan dengan pembunuhan Altantuya, pembelian perkakas ketenteraan melalui broker Abdul Razak Baginda dan pertaliannya mereka semua dengan Najib.
Bala juga mendedahkan kepada pihak berkuasa Peranchis mengenai bagaimana beliau diugut dan disogokkan dengan wang oleh adik Najib Nazim dan penjual permaidani Deepak Jaikishan.
Pertemuan Bala di Paris bersama pendakwaraya Peranchis M Ryckewaert pada Julai 12 lalu dijalankan selama tiga jam.
Menurut Bala, apa yang menarik minat pihak berkuasa Peranchis ialah berkaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 2002 ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mereka mahu menyiasat sama ada DCNS, sebuah syarikat pertahanan yang berpengkalan di Peranchis ada memberi komisyen di dalam pembelian tersebut. Bagi Peranchis, transaksi sedemikian merupakan satu jenayah.
Di dalam kenyataan medianya, Bala telah menceritakan mengenai syarikat Malaysia, Perimekar yang dimiliki isteri Abdul Razak Baginda dibayar RM570 juta untuk menyelaraskan dan menyediakan perkhidmatan sokongan terhadap Scorpene.
Apakah pilihan yang ada pada Najib kini? Walau apa pun terjadi, Najib perlu mempersiapkan dirinya dengan berhadapan dengan mahkamah – tidak di negara ini, di negara asing. Beliau perlu mengemukakan seberapa banyak bukti untuk menyingkirkan pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan, bukannya cuba menutup mulut atau menghalang pendakwaan.
Melalui mahkamah sahajalah Najib boleh menyingkirkan syak wasangka kenapa inspektor Azilah Hadri dan korporal Sirul Azhar Umar yang bertugas dengan pejabatnya boleh terbabit dalam perbuatan meletupkan si mangsa dengan bahan letupan C4.
Tetapi, adakah Najib berupaya lakukan sebegitu?
Bayangkan Najib dan Rosmah berarak memasuki mahkamah sebagai saksi ke kamar keadilan? Hancur-lulurlah Rosmah jika mana beliau tidak pula berpeluang untuk membeli-belah sakan di Paris – pusat fesyen dunia.

Nik Ali - A gross violation of the civil service code.....

Posted: 20 Jul 2010 06:03 PM PDT

The current spat between Penang Chief Minister Lim Guan Eng and the state development officer Nik Ali Mat Yunus highlights a fundamental flaw in the Malaysian civil service. In the democratic system of government, of which Malaysia professes to practise, the civil service is a politically non-partisan and neutral body, with all its officers supposed to function and operate impartially in the implementions of the policies, programmes, and projects of the elected government.

Artcile 132 of the Federal Consitution states that federal civil servants hold office at the pleasure of the Yang di-Pertuan Agong, and state civil servants at the pleasure of the respective Sultan. Which means that the civil servants are not beholden to any political party but to His Majesty's government of the day. His Majestic is above politics, and so must all those civil servants appointed under his royal command and name. As is supposed to be the practice, a change in the government after a general election is not supposed to affect the administration and public service of the nation or a state as the civil service's loyalty is absolutely with His Majesty's elected government of the day.

The fundamental flaw in Malaysia is that civil servants think they are officers of the Barisan Nasional, specifically Umno, and even with a change of government at the state level, they operate as if Umno is the authority and Umno leaders their bosses, taking orders only from Umno. Such a dangerous attitude borders on sedition, as if it could be interprete to mean the civil servants are not serving His Majesty's elected government, but taking order from those not authorised constitutionally to give them.

The very fact that Nik Ali participated at a press conference called by Umno and used it to launch an unwarranted and unjustified verbal attack on the chief minister is a gross violation of his status as a non- partisan and neutral civil servant. The fundamental integrity and probity of the civil service have been desecrated by Nik Ali's involvement in the political press conference initiated by an Umno state assembly member, something not to be taken lightly by the Cabinet and the Public Service Commission. Nothing less than an appropriate disciplinary action should be taken against Nik Ali for such a serious case of lese majeste. And he should be made to apologise to His Majesty for exposing the civil service to ridicule and derision, and to the chief minister.

Guan Eng, and perhaps also the other Pakatan Rakyat state chief executives like Tan Sri Khalid Ibrahim of Selangor, has been facing a lot of difficulties in the running of the state government due to uncooperative civil servants whose loyalty is apparently to Umno. In the Nik Ali case, Guan Eng has no choice but to publicly reprimand the federal officer for allegedly not being accountable and responsible for his mistakes which affect the well-being of the state.

"These officials get high pay and do nothing for the people and instead cost losses. We hope he can be more professional," Guan Eng was quoted as saying by various newspapers. Guan Eng has also claimed that Nik Ali tried to sabotage the state government openly and blatantly. On this allegation, the very fact that Nik Ali was at an Umno press conference with prepared media statements to lambast the chief minister proves that Guan Eng is telling the truth. Obviously, Nik Ali has failed as a senior civil servant to exercise his impartiality and neutrality when he allowed himself to be used by Umno to attack Guan Eng, calling the chief minister rude.

If the Najib administration truly professes to practise the "People first" concept, then justice must be done and seen to be done for the people of Penang, who elected Lim Guan Eng as their chief minister, by taking disciplinary action against the federal officer who violated the sacred principle of impartiality in the civil service. That is the least Datuk Seri Najib Razak should do to show the people that he is a fair, just and righteous prime minister, worthy of their respect.- Thomas Lee Seng Hock.

source:mySinchew

Tell that to an Umno MB and see what will happen. But do UMNO MBs have the balls to stand up to the corrupt civil servants.........

cheers.

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno

Posted: 20 Jul 2010 06:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai: PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.
"Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.
Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.
"PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum  sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab," ujarnya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.
Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
"Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin," tegasnya.
Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.
Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.
PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.
Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke  atas umat Islam dan rakyat Palestin.
Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.
"PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," katanya.

Manifesto : Elakkanlah "gula-gula"!

Posted: 20 Jul 2010 06:01 PM PDT


Exco Kelantan, Dato' Husam Musa membuat kenyataan minggu lepas bahawa jika Pakatan Rakyat menawan Kerajaan Persekutuan, rakyat tidak perlu membayar cukai untuk 5 tahun pertama. Atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tidak perlu membayar cukai untuk tempoh tersebut.

Saya yakin rakyat akan menyambut baik tawaran itu tetapi alangkah lebih baik jika Pakatan Rakyat dapat menawarkan sesuatu yang bukan berbentuk "gula-gula".

Jika kita menawarkan "gula-gula", BN juga akan menawarkan "gula-gula" Saya bimbang jika "gula-gula" yang kita tawarkan itu tidak dapat diberikan apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Kita tidak tahu keadaan kewangan sebenar negara, banyak perkara-perkara yang disembunyikan. Kemungkinan jika kita benar-benar dapat menawan Putrajaya, kita akan bertemu dengan "kejutan-kejutan" yang tidak memungkin kita memberikan rakyat "gula-gula" yang kita janjikan.

Di atas kertas mungkin boleh dilaksanakan tetapi saya yakin jika BN tahu mereka akan kalah, mereka akan melakukan sabotaj-sabotaj sebelum dihalau keluar dari Putrajaya.

Oleh itu, Pakatan Rakyat sepatutnya menjanjikan perkara-perkara yang bersifat "idelogical" dan bukan "materialistic". Kerajaan telus dan bersih contohnya.

Kesannya akan dirasai rakyat apabila penyelewengan dapat dihapuskan dan berbilion ringgit wang rakyat dapat diselamatkan. Wang yang diselamatkan pula akan dimanfaatkan untuk rakyat.

Atau menjanjikan "delivery system" yang lebih cekap yang akan dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat di samping menggalakkan aktiviti ekonomi dan menarik pelaburan. Rakyat juga akan merasakan nikmat dari perubahan ini menerusi peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan.


YB Iskandar Abdul Samad,
Adun Chempaka.

KEMPEN KERAJAAN : RAKYAT WAJIB IKUT CAKAP KERAJAAN

Posted: 20 Jul 2010 05:57 PM PDT




nota:
kalau makan angin
jamin tak sembab macam malikul kah kah kah

DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar serta jujur.

Posted: 20 Jul 2010 05:56 PM PDT


'DAP bersama PAS kerana Amal Makruf Nahi Mungkar' Demikian antara kata-kata yang menarik yang telah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kor Ming ketika berceramah di Markas Pas Pengkalan Pegoh sebentar tadi.

Kata- kata beliau amat memukau hadirin yang hadir. YB Nga menyampaikan ceramah dengan penuh semangat dan kata-katanya amat menarik. Beliau telah menceritakan isu-isu hangat di dewan parlimen dan isu- isu yang sedang hanagat diperkatakan ketika ini seperti barang naik, lesen judi dan isu perkauman pemimpin UMNO/BN.

Beliau menyampaikan ceramah bersama- sama Menteri besar pilihan rakyat Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan AJK Pas Pusat Sdr Mazlan Aliman.



Mana Bukti Saya boneka DAP- DS Nizar


ini adalah satu isu yang telah disampaikan oleh DS Nizar. Beliau mengatakan bahawa Pemimpin UMNO yang mengfitnah beliau sebagai boneka DAP tidak menjawab soalan beliau. Semua pemimpin UMNO terkedu dan tidak menjawab ketika ditanyakan soalan tersebut di parlimen.




Sdr Mazlan Aliman menekankan ceramah mengenai isu Felda


Bakal YB ganti Hamidah, Ustaz Radzi


Pemimpin Rakyat


Sdr Mazlan melayani penyokong Pas


mendengar masalah rakyat


beramah mesra sebelum pulang


DS Nizar pulang
Sumber

Dr M Kata Pemuda Perosak Imej UMNO

Posted: 20 Jul 2010 05:53 PM PDT

Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Pemuda telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia".

Bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa keengganannya menghadiri pembukaan Perhimpunan Agung Umno ketika itu kerana "Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah".

"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

"Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah," katanya.

Menurut Dr Mahathir, tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno," katanya.

Kuota 30% Bumiputera Telah Dihapuskan. UMNO Juga Bakal Hapus....

Posted: 20 Jul 2010 05:47 PM PDT


Kuota 30% saham bumiputera telah dihapus, Nor Mohd Yakcop

Kuota 30% saham bumiputera telah dihapuskan, kata Menteri Jabatan Perdana Menteri Nor Mohamed Yakcop dalam satu wawancara eksklusif bersama Nanyang Siang Pau, yang disiarkan pada hari ini.

Dalam wawancara tersebut, Menteri yang menerajui Unit Perancang Ekonomi (UPE) dan Unit Kerjasama Awam dan Swasta ini menegaskan bahawa kerajaan telah membuat penyelarasan, untuk melihat kuota 30% saham bumiputera dari perspektif makro. Kerajaan berharap bumiputera yang mencakupi 60% populasi Malaysia, mampu menguasai sekurang-kurangnya 30% saham dalam ekonomi secara keseluruhannya, dan bukannya tertakluk kepada setiap syarikat.

"Kami tidak lagi tegas, bahawa setiap syarikat, misalnya kedai gunting rambut, mesti memiliki 30% saham bumiputera. Kami melihat isu ini secara makro. Kami tidak harap setelah negara kita mencapai matlamat negara maju, bumiputera yang mencakupi 60% populasi masih gagal memiliki 30% saham," jelas Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kenyataan kerajaan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) bahawa dasar afirmatif tidak akan dimansuhkan, menjurus kepada salah tanggapan sesetengah pihak bahawa syarikat tersenarai mesti mematuhi syarat 30% saham bumiputera.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Najib Abdul Razak telah mengumumkan dasar yang terbuka untuk pelaburan asing pada Jun 2009, termasuk melonggarkan kawalan, dan memberi laluan kepada syarikat tersenarai agar tidak perlu mematuhi kuota 30% saham bumiputera.


Bagaimanapun, masih ramai peniaga Cina yang tidak memahami dasar ini, lantas mengekalkan status syarikat sendiran berhad kerana khuatir bahawa syarikatnya perlu memenuhi kuota 30% saham bumiputera jikalau diubah status menjadi syarikat tersenarai, menurut laporan Nanyang Siang Pau. -MR

Ulasan GB

Sekarang siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat bangsa jika bukan Najib dan UMNO?

Ia adalah langkah terdesak Najib dan UMNO untuk meaih sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN.

Pun kita akan saksikan, bukan-Melayu tidak berkeinginan menyokong BN lagi.

Tanpa kuota 30%, yang bakal terhapus juga ialah UMNO - parti yang hidupnya selama ini bergantung kepada kuota itu.

Saya masih belum berhasrat nyatakan siapa yang Harussani maksudkan .

Posted: 20 Jul 2010 05:46 PM PDT

9 Syaaban 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim

Ekoran dari kenyataan media saya mengenai perkara yang berkaitan dengan dakwaan dari Harussani yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemunya untuk membincangkan perpaduan Melayu, saya sebenarnya menerima banyak panggilan dan pertanyaan dari para rakan media dan blogger yang meminta saya mengumumkan nama tersebut, tidak kurang yang kurang berpuas hati kerana saya mengeluarkan kenyataan yang sedimikian dan nasihatkan jangan menimbulkan keraguan sesama Islam.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai perkara itu.

1. Saya mengulangi bahawa saya tahu dengan siapa Harussani bertemu , namun saya menafikan matlamat pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa oleh Harussani

2. Saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini setakat ini.

3. Adapun tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini dan kenyataan sebelum ini adalah untuk membuktikan bahawa Harussani untuk sekian kalinya berbohong kerana dalam masalah terbaru ini dia telah melakukan pengkhianatan kepada hubungan dengan orang PAS yang bertemunya untuk tujuan perniagaan namun didakwanya bertemu untuk membincangkan soal perpaduan melayu.

4. Oleh itu mulai dari sekarang saya menasihatkan diri saya dan semua pimpinan PAS serta ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati bila bertemu dan bercakap dengan orang seperti Harussani, kerana ia sekarang telah berubah watak sebagai agen UMNO yang sangat bahaya dan sering memutar belit fakta demi untuk memghalakan apa saja tindakan UMNO walaupun jelas ianya mungkar dan bercanggah dengan hukum Islam.

5. Sepatutnya Harussani terlebih dahulu membetulkan UMNO yang jauh menyimpang dengan perjuangan Islam , malah merupakan parti yang telah merosakkan negara, agama dan bangsa Melayu sendiri. Usaha Harussani saya sifatkan sebagai usaha tukang pembersih tong najis yang badannya penuh berlumuran dengan najis.

6. Harussani setakat ini mengesahkan dirinya sebagai Mufti UMNO dan juru cakap UMNO dalam soal agama, sehinggakan dia telah membutakan matanya untuk kebenaran perjuangan Islam dan membenarkan apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun bercanggah dengan hukum Islam termasuklah rampasan kuasa di Perak.

7. Kenyataannya mengharamkan non muslim yang merujuk kepada YB. Nga Kor Ming yang membaca Al Quran sebenarnya sangat menguris hati saya kerana itulah yang saya lalui sebelum masuk Islam. Kalau haram membaca Al Quran sebelum masuk Islam, maka apakah saya dan YB. Nga kena baca kita suci lain untuk memahami islam. Bukankah itu tandanya kedangkalan dan sempitnya pemikiran mufti UMNO ini.

8. Kerana itu saya harapkan kalau Harussani benar-benar ingin menceburkan diri dalam politik, maka bersiaplah untuk menawarkan diri untuk mewakili parti UMNO yang hampir karam itu bagi berhadapan dengan calon PAS atau PKR atau DAP dimana-mana sahaja yang difikirkan. Titi Serong pun tidak mengapa.

Kenyataan media, 21 July 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Harusani kata dia tak mahu masuk neraka !

Posted: 20 Jul 2010 05:45 PM PDT

 by radens albanjari


Sengal ! Dah tahu ker boleh masuk syurga ? Ker kerana tiket 'besar' sebagai Mufti, Allah beri kelonggaran untuk masuk terus ke syurga? Hangin satu badan muffin besar ni, bila Salahuddin Ayub dan Mahfuz kata dia bikin fitnah serta berbohong bahawa terdapat pemimpin PAS dan UMNO menemuinya untuk mendapatkan pandangan untuk berkolaborasi.

Kan dah letih 'garu' sana-sini ? (Ralat foto : Maaf salah letak gambar, sekadar hiasan - garuan yang menyedapkan) Syyyhhh..!! Marah giler muffin besar ni bila dia riuh di Utusan kata,
"..PAS yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap perpecahan umat Islam di negara ini sehingga orang bukan Islam semakin berani mempertikaikan Islam. Ini kerana mereka begitu degil dan walaupun berjuang atas nama Islam tetapi apabila disuruh kembali bersatu kerana Islam, mereka tidak mahu, kalau mereka keluar Islam, maka mereka murtad tetapi kalau keluar parti bukan murtad.

Depa nak tuduh saya berbohong, itu depa punya pasal, saya tak nak masuk neraka. Beliau turut menegaskan bahawa melompat parti tiada kena mengena dengan Islam, merata-rata orang melompat. Ikut suka mereka hendak meloncat ke hendak merangkak ke hendak duduk.." - Harusani

Mufti Harusani yang diketahui umum mempunyai pemikiran yang celaru bersuara lagi. Seperti mana kebiasaan yang diamalkannya, beliau tetap mahu menjadikan dirinya sebagai talian hayat untuk survival UMNO yang sudah retak menanti belah itu.

Menawarkan (baca sebagai melacurkan) dirinya untuk menjadi orang tengah dalam berkolaborasi antara UMNO dan PAS. Menurut pandangan beliau kuasa Melayu akan terhakis selepas PRU13, sekiranya UMNO dan PAS gagal disatukan.

Mohon pencerahan tentang 5 perkara dibawah :
1. Yang terhakis itu sebenarnya kuasa Melayu atau kuasa UMNO?

2. Setelah lebih 50 tahun merdeka, adakah masih perlu untuk kita berbicara soal ketuanan Melayu?

3. Yang mana lebih mendatangkan faedah dari sudut jangka panjang di antara Perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam?

4. Kenapa Mufti Harusani memilih untuk berada bersama-sama dengan kelompok kuda hitam berbanding kelompok kuda putih?

5. Adakah Mufti Harusani itu seekor kuda belang yang nampak putih jika berada bersama kelompok kuda hitam dan hilang putihnya dan terserlah hitamnya jika bersama kelompok kuda putih?

Kita tidak perlu mengulas panjang tentang si kuda belang ini kerana beliau sendiri yang memilih untuk berada dengan kelompok kuda hitam. - amir bani salim

TIADA KERJASAMA DENGAN SEKUTU YAHUDI / ZIONIS

Posted: 20 Jul 2010 05:41 PM PDT

Kenyataan Media
(20 Julai 2010)

PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi / Zionis. Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno / Barisan Nasional (BN).

Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno / BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel. Ini dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno / BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan disamping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembanggunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam.

PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan. Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta oksigen dari PAS. Terima kasih kepada Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang. Kenyataan beliau menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum dibawah payung PAKATAN RAKYAT.

PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

"ISLAM ADIL UNTUK SEMUA"

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

PAS pertahan Harussani berbohong, cabar dedah identiti wakil..ada berani...!!

Posted: 20 Jul 2010 05:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS.
Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.
"Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.
"Semua pemimpin PAS sedar perkara (pendirian parti) ini, kami yakin mereka tidak akan bekerja bersendirian. Sebab itu saya minta Tan Sri Harussani mendedahkan nama mereka jika benar ada wakil PAS jumpa beliau," kata Mahfuz.
Mahfuz masih mendakwa Harussani digunakan oleh Umno untuk mencetuskan isu semasa ini, sekali gus menimbulkan kesangsian di kalangan komponen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan PAS kononnya berminat untuk berbincang dengan Umno.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berpendapat bahawa perkara itu sengaja direka-reka untuk mencetuskan suasana tidak kondusif dalam hubungan komponen Pakatan Rakyat.
Dalam siri respons dan reaksi, Harussani semalam menafikan dakwaan Mahfuz dan seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.
"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.
"Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya.
Salahuddin dan Mahfuz kelmarin menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin Pas dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Umno dan PAS.
Dalam kenyataan berasingan yang diemelkan, Mahfuz berkata PAS sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu Yahudi.
Kata beliau, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai kerajaan pusat telah melantik firma APCO, yang merupakan proksi kepada gerakan Zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat kerajaan Umno-BN.
"Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin. Kerajaan Umno-BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan ini membantu memperkukuhkan ekonomi Israel," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, PAS sekali kali tidak akan mengkhinati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.
"PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno/Bn yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.
"PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," kata Mahfuz.
Katanya, PAS juga mahu seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.
"Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas dia akan meminta oksigen dari PAS. Terima kasih pada Tan Sri Harussani yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.
"Kenyataan beliau menambah keyakinan PAS untuk mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu bahawa tanpa Umno umat islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Gambar@poster untuk tujuan penyebaran

Posted: 20 Jul 2010 08:37 AM PDT

Bawa la 10000 Persatuan, 6 bulan akan datang harga barang PASTI naik

Posted: 20 Jul 2010 08:24 AM PDT

Sebanyak 17 persatuan peniaga yang mewakili 500,000 ahli memberi jaminan tidak akan menaikkan harga barangan jualan mereka ekoran pelarasan harga gula minggu lepas.
Jaminan itu turut diberikan oleh 17 wakil syarikat pengeluar makanan dan minuman utama di negara ini dalam satu pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.
Pada sidang akhbar selepas pertemuan selama sejam itu, Ismail Sabri berkata, komitmen yang diumumkan oleh persatuan dan pengeluar terbabit diharap melegakan orang ramai.
Menurutnya, ia juga sejajar dengan matlamat kerajaan yang berusaha dengan gigih untuk mengurangkan beban pengguna.
"Dalam pertemuan itu, mereka bersetuju untuk mengekalkan harga asal kerana ingin bersama-sama kerajaan yang kini berusaha mengurangkan beban pengguna.
"Mereka juga memahami kenapa kerajaan perlu mengurangkan subsidi gula di samping menyifatkan kenaikan harga gula itu tidak terlalu tinggi," katanya.
Kerajaan pada minggu lalu mengumumkan pelarasan harga gula sebanyak 25 sen berbanding harga asal RM1.65 sekilogram, menjadi RM1.90 sekilogram.
Selain itu, harga petrol RON 95 dan diesel diselaraskan 5 sen dengan harga baru iaitu RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter bagi semua sektor.
Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON 97 diapung secara terkawal memandangkan kerana ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.
Bagaimanapun, Ismail Sabri memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan ada di kalangan ahli persatuan itu yang ingkar dengan keputusan tersebut.
Malah, beliau menambah, pihaknya juga akan memantau para peniaga yang tidak menjadi ahli kepada persatuan yang hadir pada hari ini.

p/s: Tidak usah menganggap rakyat Malaysia semua nyer buta huruf dan bodoh. Janji yang diberikan hanya manis di mulut tetapi realitinya semua harga barang-barang akan naik dalam temph 6 bulan akibat kenaikan 5 dalam 1 oleh kerajaan 1Malaysia. 

PP: Mahu Kementerian Pertahanan Robohkan Sekolah Tentera Udara Yang Tiada Kelulusan MPPP

Posted: 20 Jul 2010 08:19 AM PDT

Oleh CHRISTINA CHIN

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu Kementerian Pertahanan merobohkan bangunan bertingkat sekolah tentera udara yang sedang dibina di Tanjung Bungah.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, notis mengenainya telahpun dikeluarkan kerana kementerian itu menjalankan projek Sekolah Iktisas Tentera Udara (SITU) tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Pada Disember tahun lalu, beberapa penduduk membuat aduan mengenai kerja memasang cerucuk besi yang dilakukan di kawasan itu dan majlis perbandaran telah mengeluarkan notis amaran.

"Kemudian Mac lalu, majlis perbandaran sekali lagi menerima aduan bahawa kerja memasang cerucuk besi itu masih diteruskan termasuk pada cuti umum dan menghantar semula surat ke kementerian itu, memberitahu mereka mengenai keperluan untuk memohon kebenaran pembinaan.

"Kes itu turut dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri (Datuk Faiza Zulkifli)," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Kata Guan Eng, Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail sudah memaklumkan kepada kementerian itu termasuk Ketua Setiausaha, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pada 31 Mac lalu bahawa tindakan akan diambil jika pembinaan itu tidak dihentikan.

Beliau berkata majlis perbandaran telah menghantar notis kepada kementerian itu pada 6 Jun lalu mengikut seksyen 70 (1) Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974 supaya pembinaan itu dirobohkan dalam tempoh 30 hari.

Pemeriksaan mendapati kerja pembinaan itu sudah mencecah empat tingkat. Ketinggian bangunan itu tidak diketahui memandangkan pelan tidak dihantar kepada majlis perbandaran.

Guan Eng menyalahkan Pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Nik Yunus kerana gagal berbuat sesuatu walaupun berulang kali dimaklumkan mengenai masalah itu.

"Memandangkan Nik Ali tidak melakukan tugasnya iaitu memantau projek itu, kami terpaksa menghubungi kementerian kerana ia melibatkan tanah persekutuan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik, Chow Kon Yeow menggesa kementerian itu untuk patuh kepada prosedur negeri mengikut perintah Kabinet.

"Kami berharap mereka akan melakukan perkara sewajarnya jadi kami boleh mengelakkan bangunan itu daripada dirobohkan. Kami boleh membantu jika mereka menyerahkan dokumen yang sepatutnya. Jika tidak, kami terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah," katanya.

Kon Yeow berkata, ini bukan kali pertama kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai projek persekutuan.

Katanya, dua kem Khidmat Negara di Balik Pulau beroperasi tanpa sijil layak menduduki.

"Kami hanya membenarkan mereka meneruskan operasi kerana mereka sanggup bertanggungjawab terhadap keselamatan semua pelatih," katanya.

Hasmuzair dalam kenangan....bersama doa anaknya...Al - Fatihah.

Posted: 20 Jul 2010 08:06 AM PDT

Pemergian Hasmuzair buat selamanya sudah pasti mengejutkan semua pihak. Sharpshooter menerima panggilan telefon dari Rizal Huzairi jam 4.30 petang pada Hari Sabtu 17 Julai 2010.

Beliau bertanyakan
no hp isteri Hasmuzair sebab gagal untuk dihubungi. Mereka tahu isteri Hasmuzair memang rapat dengan isteri sharpshooter.

Lantas isteri sharpshooter (Kak Miza) menelefon isteri Hasmuzair (Lynda) tetapi bila Lynda jawab telefon, Kak Miza tak sampai hati nak bagitahu Lynda hal sebenar.

Kak Miza " Lynda ada mana..."
Lynda "ada sini la..."
Kak Miza " sini tu kat mana.."
Lynda " (ketawa) penang la.."
Kak Miza " Jack (Hasmuzair) pi mana..."
Lynda " Jack pi kerja...ada apa Kak Miza..."
Kak Ija " saja nak tanya..Abang Din call Jack tak dapat...tak pa lah nanti suruh Abang Din call lagi sekali lah..."


Kemudian Lynda sms " Kak Miza call Jack nombor mana ".
Kak Miza telefon Lynda sekali lagi.

Kak Miza " Lynda kak nak bagi tahu ni..Lynda jangan terkejut la.."
Lynda " pasai apa kak.. "
Kak Miza " Lynda kena kuat semangat...dan sabar banyak-banyak...macam mana nak mula cakap ni...Lynda...Lynda sabar..kuatkan semangat..ingat anak-anak...Jack eksiden...
Lynda " ya ka....kat mana.."
Kak Miza " kak pun tak tau...abang Rizal yang telefon bagitau abang Din sebab tak dapat hubungi Lynda...keadaan Jack ni kritikal...untuk pengetahuan Lynda lebih lanjut...Lynda telefon nombor ini...013-241 6686 Radin nama dia..dia ada dengan Jack di Hospital Sg Buluh..."
Lynda " ok kak.."
Kemudian Lynda sms pada Kak Miza " No y lynda tel td xdpt la kak"
Kak Miza jawab sms " Lynda free kan hp, Radin telefon Lynda jawab"
Akhirnya Lynda tahu berita pemergian suami tersayang dari Radin.


Selepas 15 minit, Kak Miza telefon sekali lagi pada Lynda.
Kak Miza " Assalammualaikum Lynda...."
Lynda " Kak Miza.....(menangis bersama anak-anak)..."
Kak Miza " Lynda...ingat pada Allah...kuatkan semangat...ingat anak-anak...dan jangan risau...semua ni dah ditakdirkan..tak siapa pun menduga..Kak Miza dan abang Din pun memang tak percaya..tapi bila dapat sms dan telefon dari kawan-kawan...baru kami dapat terima pemergian Jack...nanti ada orang ambil Lynda pergi ke hospital...Kak, abang Din dan kawan-kawan dari Penang akan tunggu
......kak akan call nurul suruh teman Lynda pi hospital nanti.....
Lynda "ok kak Lynda tungu depa kat rumah...(menangis).."

Sharpshooter hubungi Shamsul Iskandar...katanya beliau berada di Surabaya bersama Anwar. Beliau suruh sharpshooter uruskan mana yang patut dalam keadaan sebak..beliau akan cuba pulang untuk ziarahi jenazah Jack.

Anwar Ibrahim bercakap dengan Lynda melalui hp Shamsul Iskandar, Anwar beri kata-kata semangat pada Lynda dan beri jaminan pada Lynda sekiranya Lynda mahu terus menetap di Damansara, Lynda akan diberi kerja di pejabat HQ Keadilan. Tetapi kalau Lynda mahu pindah ke rumah ibunya di Kuala Kedah, Anwar akan minta MB Kedah beri kerja pada Lynda...insyaAllah....

Sekitar jam 8.20 Kak Miza telefon...Lynda tak jawab....terus hubungi Nurul dan bertanya macan mana dengan Lynda... Nurul kata dia dah ok dalam keadaan terkawal....ok lah kalau macam tu.....

Sekitar jam 9.00 Kak Miza hubungi Lynda sekali lagi bertanyakan jenazah akan dikebumikan di mana. Jawab Lynda di Arau Perlis.

Sharpshooter hubungi YB Amirudin, beliau dalam perjalanan ke Hospital dan sharpshooter ingatkan YB tentang tabung derma kilat untuk bantu isteri Jack.

Alhamdulillah...dengan bantuan sahabat-sahabat seperjuangan, akhirnya Ustaz Badrul Amin mengimamkan solat jenazah Hasmuzair di Hospital Sg Buluh.
Sahabat-sahabat AMK Penang tunggu jenazah Hasmuzair di Tol Juru.

Sekitar jam 4 pagi, jenazah Hasmuzair tiba di tol Juru. Mat Zaman, Ketua AMK Wilayah membawa isteri Hasmuzair dan anak-anak.

Suasana bertambah pilu bila melihat anak bongsu Hasmuzair yang baru berusia 1 tahun 6 bulan demam pula...

Jam 6 pagi, jenazah Hasmuzair selamat sampai di Kg Mata Ayer, Arau, Perlis. YB Chan Ming Khai (Adun Simpang Pulai) dan YB Chang Lih Kang (Adun Teja) sudah tiba di rumah bapa Hasmuzair seawal jam 4 pagi. Inilah semangat persahabatan yang luar biasa tanpa mengira kaum dan agama dalam AMK Keadilan.

Jenazah Hasmuzair disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kg Mata Ayer.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Kg Mata Ayer.


Anak sulong Allahyarham Hasmuzair berusia 6 tahun turut melihat saat terakhir ayah tersayang dikebumikan.
Cikgu Fariz turun ke liang lahat....pengorbanan terakhir buat sahabat seperjuangan.

Lynda turut hadir di tanah perkuburan melihat suami tersayang pergi buat selama-lamanya.

Anak kedua Allahyarham turut melihat ayah tersayang buat kali terakhir.





Bacaan talkin

Salam takziah dan kata-kata semangat buat Lynda.


YB Yunus Ketua AMK Perak turut hadir.

Shamsul Iskandar tiba di rumah Bapa Hasmuzair tetapi tidak sempat melihat jenazah buat kali terakhir. Beliau amat terkilan tetapi apakan daya....

Zaid Ibrahim turut hadir bertemu bapa Hasmuzair dan memberi sedikit sumbangan.




Sahabat-sahabat dari kaum Tioghua turut hadir.


Bacaan Yasin buat Allahyarham Hasmuzair...semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang beriman.

Kaki anak kedua Jack dan adik Jack terkena gigitan apit-apit (lebah tanah). Mereka terus di bawa ke klinik berhampiran.

Tiba di rumah Shamsul Iskandar membaca jampi serapah di kaki anak Jack.

Hayatilah video khas Hasmuzair dalam kenangan bersama doa anaknya....





Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman...amin...

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Melayu kena ubah cara berfikir, tindakan

Posted: 20 Jul 2010 07:32 AM PDT

20 JULAI — Seorang gadis yang leka mandi di tepian perigi tidak jauh dari pokok jambu terkejut. Beberapa lelaki melintasi kampungnya juga kaget melihat masih ada yang mandi berkemban kain sarung batik Kelantan di tempat terbuka. "Maaf be, ambo tok sengajo," cetus gadis spontan sambil membalut bahunya dengan tuala dan tergesa berlalu ke sebuah rumah kayu yang agak usang.
Dia tidak menoleh ke belakang dan membiarkan kumpulan lelaki yang masih terkejut melihat gadis berkemban di sebuah kampung tidak jauh dari pekan Manik Urai.
Suasana tradisi masih hidup di beberapa kawasan pedalaman Kelantan walaupun pelbagai polemik pembangunan bertebaran dan sering dipropagandakan.
Di hotel lima bintang di Lembah Klang, suasana berbeza dan kontras sering berlaku. Beberapa gadis berbikini leka berenang walaupun kolam renang letaknya tidak jauh dari kafe yang dikunjungi pelbagai peringkat usia. Mereka mengepak di kolam renang tanpa pedulikan mata nakal yang galak menjeling.
Jika di pedalaman ada perasaan malu dan memohon maaf kepada tetamu kerana berkemban di tepian perigi, suasana di ibu kota berlainan sekali. Berbikini dan mendedah aurat ialah hak peribadi. Tiada siapa berhak menegur kerana peraturan di kolam renang melarang berpakaian labuh atau berseluar panjang ketika berenang.
Sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada awal dekad 70-an, tradisi kemelayuan terhakis sedikit demi sedikit kerana penyesuaian dengan perubahan struktur ekonomi dan sosial.
Masyarakat Melayu mula berubah daripada sektor ekonomi tradisional kepada bidang industri dan perdagangan yang turut membawa kesan dari segi struktur sosial.
Ketika insiden 13 Mei 1969, bangsa Melayu hanya 10 peratus menetap di Lembah Klang terutama di kawasan daif seperti Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat. Mereka bekerja sebagai buruh atau pemandu dengan upah rendah.
Sebahagian besar Kuala Lumpur berwajah asing kerana faktor penjajahan yang meletakkan garis sosial berdasarkan kaum dan agama. Melayu hanya kekal di desa dengan kehidupan daif dan bangsa lain di kota besar mendapat limpahan projek pembangunan negara.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat pada 17 Julai 1981, rakyat mengharapkan perubahan dasar pimpinan negara kerana Dr Mahathir adalah pemimpin di kalangan rakyat, berbeza tiga Perdana Menteri sebelum ini yang dianggap sebagai bangsawan dan tidak menghayati sepenuhnya penderitaan Melayu di luar bandar.
Selama 22 tahun mentadbir negara, Dr Mahathir perkenal pelbagai dasar yang ada kaitan dengan kepentingan Melayu.
Industrialisasi negara menyediakan peluang pekerjaan dan perubahan cara hidup di kota. Melayu tidak lagi bertapak di luar bandar, malah menjadi usahawan besar di Kuala Lumpur dengan menguasai pelbagai syarikat. Ada dalam kalangan mereka mempunyai hubungan dengan syarikat bertaraf antarabangsa.
Peluang pendidikan dan perusahaan meletakkan Melayu pada ruang persaingan sebenar. Dasar Ekonomi Baru dimanfaatkan hingga mencetuskan fenomena Melayu baru yang dikaitkan dengan Umno — tunjang Barisan Nasional dan dominan perjuangan Melayunya.
Kekuatan ekonomi dan pendidikan secara langsung mengubah persepsi kehidupan. Istilah ketuanan Melayu sering dilaungkan, sekali gus membawa konotasi perubahan sikap dan cara bertindak di kalangan Melayu sendiri.
Jika dulu Melayu desa dianggap sebagai tradisional cara berfikir, berhujah dan berpolitik, Melayu baru memberi gambaran perubahan cara hidup dan tindakan. Penyesuaian dan proses asimilasi di kota besar melahirkan golongan yang bukan saja berbeza, malah ada masanya meragukan.
Istilah politik wang dikaitkan dengan Umno, walaupun parti lain tidak terkecuali menggunakan kuasa untuk menghalalkan cara. Isu kroni, nepotisme dan korup sering berulang. Bukan saja menjelang Perhimpunan Agung Umno, malahan bertebaran di media baru sejak dekad 90-an.
Perubahan cara hidup juga melahirkan Melayu baru yang menyisihkan tradisi muafakat dan kerjasama sejak temurun. Pada hari ini amat jarang majlis kenduri dilakukan secara kerjasama dan gotong-royong. Perubahan sistem ekonomi dan taraf hidup menyebabkan majlis kenduri dilakukan katering merangkap kontraktor majlis dilengkapi pelbagai pakej menarik.
Kerjasama sesama penanggah, tukang masak dan ipar duai sudah berlalu. Ia bukan saja di kota besar, bahkan merebak di luar bandar. Melayu baru sudah berubah sikap kerjasamanya. Begitu juga pada kes kematian apabila urusan gali kubur dan pengangkutan jenazah membabitkan upah dan nilaian harga.
Perubahan sikap dan ruang pemikiran menjadikan segala-galanya berteraskan perkiraan harga. Untung dan rugi menjadi sandaran utama. Kehidupan Melayu baru tanpa sedar meminggirkan tradisi muafakat yang lama tersemai dalam masyarakat di luar bandar.
Perubahan juga meletakkan nilai ekonomi pada setiap tindakan dan pemikiran. Hal ini kian mendesak kerana segala-galanya menuntut perkiraan untung dan rugi seperti di sektor ekonomi semasa.
Luahan "maaf be, ambo tok sengajo" mengingatkan kembali detik spontan yang tidak mungkin berulang. Masih ada sikap tradisional walaupun ia amat terpencil di pedalaman jiwa masing-masing. — Berita Harian