Ahad, 18 Julai 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isteriku curang : Di depan mataku dia ...

Posted: 18 Jul 2010 06:14 PM PDT

Kemudian saya hidupkan fungsi tangkapan gambar dalam gelap yang mana saya dapat lihat setiap sesuatu walaupun dalam keadaan yang amat gelap melalui view cam saya.

Saya amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Apa yang saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama. Saya terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

Saya rasa seperti hendak tercabut nyawa bila saya lihat kepala lelaki itu ...

Kelihatan baju kebaya yang dipakai oleh isteri saya juga telah terbuka kesemua butangnya mendedahkan keseluruhan ... seterusnya DI SINI

Rintihan seorang suami

Posted: 18 Jul 2010 10:04 AM PDT

"Sedih hati saya Tuhan saja yang tahu, tapi apa hendak dikata segala-galanya telah berakhir. Bencana yang saya hadapi menyakinkan saya bahawa dalam dunia ini ada ibu mentua yang kejam dan bertopengkan 'haiwan' seperti kisah yang terpapar dalam filem arahan, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Saya hanya sempat menikmati hidup bahagia hanya setahun lebih. Saat bahagia kami direntap tanpa belas kasihan. Kehadiran anak sulung membawa bencana, rumah tangga kami menjadi huru-hara.

"Entah apa puncanya, ibu mentua mula campur tangan dalam rumah tangga kami. Ada sahaja yang tidak kena. Kebanyakan kesalahan diletakkan kepada saya. ... seterusnya DI SINI

Saya berzina dengan kekasih bukan Islam

Posted: 18 Jul 2010 03:14 AM PDT

Di atas kealpaan dan hilang rasa aib kepada Allah, saya berzina dengan kekasih dari awal bercinta sehingga empat bulan terakhir percintaan kami. Percintaan kami hanya bertahan setahun setengah. Semua ini berlaku atas kerelaan dan kebodohan saya

Lebih hina lagi, saya berzina dengan lelaki bukan Islam. Selepas setahun bergelumang dosa, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sering dibayangi mimpi dengan seksa neraka.

Dalam pada itu, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi petunjuk dan hidayah kepada saya. Saya sentiasa termenung memikirkan seksa yang bakal saya hadapi jika saya terus menerus melakukan maksiat. ... seterusnya DI SINI

Anak Bapa

Anak Bapa


Biar Harussani Terjun Dengan MelayuNya!

Posted: 18 Jul 2010 03:06 AM PDT


Harussani meracau lagi. Nampaknya semangat perpaduan Melayu (= Islam?) begitu tinggi sehingga keluar bermacam-macam ungkapan daripada mulutnya untuk menyokong pandangan beliau. Kesian Anak Bapa melihat gelagat Mufti UMNO ini bertungkus lumus siang malam nak pastikan hayat UMNO terus berpanjangan.



Cuba perhatikan beberapa petikan ungkapan daripada rakannya dan kalangan bloggers untuk tatapan dan renungan kenapa agaknya Harussani jadi begitu. Kita mulakan dengan pendidikan dan pengalaman kerjanya. Taklah tinggi mana sangat pendidikan agamanya dan kerja mula-mula tu yang nampak cukup menarik.



Pendidikan
1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi
Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
1959 – 1960: Kuliah Al-Attas,
Johor Bharu, Johor
1956 – 1959:
Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)


Pengalaman Kerja
1992 – Sekarang:
Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
1973 – 1985:
Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
1970 – 1984: Pensyarah Sambilan,
Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
1968 – 1978: Pensyarah Sambilan,
Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang.
1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri

Ustaz Ahmad Awang yang tinggal sekampung dengan Harussani dan belajar bersamanya di Kolej Islam Kelang telah menulis:


"Sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak, mula kelihatan pandangan dan pendirian Harussani berubah dan berbeza pendapat dengan saya. Antaranya, ikuti beberapa peristiwa seperti berikut:



Peristiwa 1: Ketika berlangsung upacara istiadat pertabalan DYMM Sultan Perak, Sultan Muhibbuddin Azlan Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah (25 tahun yang lalu), saya menghubungi beliau yang baru menjawat jawatan mufti ketika itu meminta beliau menasihati pihak istana supaya tidak melakukan upacara-upacara yang boleh menjejaskan aqidah. Malah saya mencadangkan supaya majlis fatwa mengkaji dan membincangkan istiadat-istiadat yang bercanggah dengan aqidah itu dihapuskan. Beliau menolak cadangan saya sambil mengatakan beliau telah berjaya membatalkan beberapa upacara dalam istiadat tersebut, walhal sebelum itu beliau mempunyai pendirian yang tegas dalam hal-hal seperti ini.



Peristiwa 2: Pada suatu hari, saya menelefon Harussani dari pejabat saya di bangunan Pusat Islam di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Perkara yang saya bangkitkan ialah tindakan polis menangkap imam dan bilal sebuah masjid di Perak dalam daerah Larut. Tindakan polis itu dibuat kerana kedua-dua pegawai masjid berkenaan dikatakan tidak mempunyai tauliah. Tetapi mereka ditangkap di bawah Akta Kesalahan Agama di bawah undang-undang sivil. Saya minta beliau menasihati pihak polis supaya tidak melakukan tindakan tersebut kerana kes berkenaan adalah di bawah bidangkuasa (jurisdiction) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Akan tetapi beliau tidak melayani pandangan saya itu. Kedua-dua orang pegawai masjid itu kemudiannya dibicarakan di bawah Akta berkenaan dan dijatuhkan hukuman penjara. Saya di antara orang yang sangat kuat menentang Akta tersebut yang kemudiannya beberapa tahun setelah dilaksanakan, Akta tersebut terbatal dengan sendirinya kerana sebuah Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan penghakiman bahawa ianya ultra vires dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam.



Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana Harussani merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid. Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.



Peristiwa 4: Suatu hari kami berdua menjadi panel forum anjuran Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Perak. Ketika itu saya adalah YDP Jam'iyah Dakwah Islamiyyah Selangor dan Wilayah Persekutuan. Saya kurang pasti samada Harussani ketika itu menjadi YDP Jam'iyah Dakwah Perak. Dalam forum yang diadakan di dewan Jam'iyah Perak di Jalan Seruan, Ipoh, saya berbeza pendapat dengan beliau mengenai beberapa isu semasa, terutama mengenai peraturan yang menyekat kebebasan dakwah di masjid-masjid atau surau-surau. Saya menegaskan bahawa undang-undang bersabit dengan tauliah mengajar/berdakwah tidak semestinya dikenakan ke atas pendakwah yang sudah dikenali mempunyai ilmu Islam dan beramal dengannya, kerana undang-undang itu diwujudkan hanya untuk mengawal supaya ajaran yang bathil dan sesat tidak disebarkan kepada orang Islam. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat saya dengan memberi alasan bahawa jika tidak dikawal dengan undang-undang tauliah, maka masyarakat akan berpecah-belah akibat fahaman politik dibawa ke masjid-masjid. Pendapat beliau, fahaman politik hendaklah di"sangkut" di pagar masjid dan jangan dibawa ke dalam masjid. Saya pula berhujah bahawa politik tidak boleh dipisahkan dalam dakwah, yang boleh dielakkan hanyalah politik kepartaian tidak terbawa-bawa dalam berdakwah di masjid/surau. Akhirnya, Harussani sendiri dilarang berdakwah/berceramah di masjid atau surau di Lembah Klang dua tahun yang lalu apabila beliau sering membangkitkan isu murtad dan mendakwa ratusan ribu orang Islam telah masuk Kristian atau Hindu.



Peristiwa 5: Yang terkini apabila beberapa orang pemimpin DAP Perak seperti Nga Kor Meng dan PKR Perak seperti Chan Ming Kai sering memetik keterangan-keterangan dalam Al-Quran dalam ceramah-ceramah politik mereka, timbullah isu hukum membaca Al-Quran oleh non-muslim. Tiba-tiba Mufti Perak mengeluarkan pendapat beliau (bukan fatwa) bahawa orang bukan Islam "haram"/tidak boleh membaca Al-Quran. Saya pula berpendapat sebaliknya dengan bersandarkan beberapa hujah termasuk bukti surat Rasulullah saw yang dihantar kepada Maharaja Hercules, Raja Rom Bizantina. Dalam surat tersebut, Rasulullah saw menuliskan ayat 64, surah Ali-Imran, yang sudah pasti ayat itu akan dibaca oleh Hercules. Sekiranya orang bukan Islam tidak dibenar membaca ayat Al-Quran, maka Rasulullah saw tidak akan menuliskannya dalam surat Baginda itu. Banyak lagi hujah saya yang boleh diikuti dalam majalah Al-Islam keluaran Bil. 426 Jun 2009."



Petikan yang Anak Bapa perolehi dari kalangan para bloggers:



"Juak-juak UMNO cuba untuk menaikkan taraf Harussani kononnya lebih tinggi daripada Tok Guru Nik Aziz walhal Harussani ini pergi universiti pun tak pernah. Berbanding Tok Guru Nik Aziz yang mendapat MA dari Al Azhar. Harussani, cakap Arab pun tak boleh. Tok Guru Nik Aziz, bukan setakat fasih bahasa Arab, tapi fasih bahasa Urdu dan beberapa bahasa lain."


Laporan The Malaysian Insider:



"Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak



KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.



Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu."Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP)."Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN."Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.



"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.



Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam."Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka."



Laporan Malaysiakini:



"Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu."Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda."Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui ,dalam perbualan telefon dengan Harussani, mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) ,lebih kurang 10 minit itu, beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian."(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian."Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun. "Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka."

Anak Bapa: Banyak lagi isu kita boleh bicarakan tentang balaci UMNO ini. Tapi maklumat yang ada ni pun dah cukup untuk anda buat rumusan sapa Harussani ini ……..

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Mat Taib Pulak Hilang

Posted: 18 Jul 2010 03:19 PM PDT


KUALA LUMPUR - Kegagalan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dari menghadiri aktiviti pergerakan itu, terutama bahagiannya terus menimbulkan tanda tanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin yang pernah menjawat jawatan tertinggi parti dan pentadbiran Selangor dan Pusat, perlu memberikan contoh terbaik supaya boleh dicontohi orang lain.

Beliau mendakwa, tindakan Muhammad yang dilaporkan dua kali tidak menghadiri mesyuarat bahagian serta tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan kegagalannya menunjukkan komitmen terhadap kerja dan melaksanakan tanggungjawab.

"Beliau beri contoh terburuk sebagai seorang pemimpin yang begitu berpengalaman dan juga contoh terburuk dari segi kepimpinan apabila dilihat tidak mengambil peduli mengenai bahagian yang diketuai, sama ada untuk menghadiri mesyuarat atau menjalankan sebarang aktiviti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib yang juga Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah hampir setahun dari Mac 2008 hingga April 2009, adalah juga bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor serta bekas Ketua Penerangan UMNO, didakwa tidak aktif dalam politik sejak kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Mac tahun lalu. - Bernama

Harga barang Melambung Tinggi,Rakyat Bawahan jadi Mangsa

Posted: 18 Jul 2010 03:02 PM PDT

Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media agar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi. Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat sama ada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat. 

Maka berbondong-bondonglah ustaz dan ustazah hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup. Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli VIP yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir.

Ini situasi sebenar yang berlaku,bukan lakonan atau gimik politik.

Petang tadi saya ke farmasi membeli ubat migraine dan demam selesema. Terperanjat 'kera' saya kerana ubat telah naik sebanyak 10 sen sebiji. Minyak hanya naik sebanyak 5 sen/ltr. Bandingkanlah kenaikan petrol dengan nisbah harga ubat yang saya beli. Saya terepegun dan sayu bila memikirkan orang yang tidak bernasib baik kekurangan kewangan. Bagaimana agaknya hidup mereka bila semua barang keperluan harian sebagai asas untuk hidup naik. Bila mereka sakit, ubat juga mahal. Aduiii.... kesian! 
Baca lagi kat sini
-ijoks2009-
Pihak kerajaan tolonglah fahami masaalah rakyat bawahan jika mahu di sayangi rakyat.

pada peniaga ,janganlah ambil kesempatan diatas kenaikan harga minyak sehingga menaikkan harga barang berkali ganda.

Ingatlah masing-masing kita akan di pertangungjawabkan dihadapan Allah tentang kezaliman yang kita lakukan .

18 SG Kemalangan Ngeri (Putus Kepala)

Posted: 18 Jul 2010 12:03 AM PDT

-Merenung Sejenak-
Video ni saya jumpa kat gempak.org,
untuk peringatan bersama,berhati-hatilah di jalan raya.Baik untuk di tunjukkan pada mat-mat rempit tak kiralah rempit motor ke atau rempit kereta.Jalanraya bukan tempat utuk berseronok.


Dinasihatkan bagi wanita mengandung atau lemah semangat jangan tengok video ni



WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WAHAI GENG KATAK DAN FIRAUN BESAR, DI MANA DIKAU ?

Posted: 18 Jul 2010 10:00 PM PDT

Oleh: Mandor

KEMANA perginya suara beberapa ekor katak yang selama ini tidak cukup suara merapu? Najib sudah naikkan harga petrol, diesel, gula dan gas, masakan katak-kata ini tiada idea untuk beri komen? Takkan dalam kepala otak mereka hanya idea untuk memburukkan DS Anwar sahaja?

Mana suara `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru? Takkan tak ada komen pun walaupun komen menipu seperti yang bertahun beliau lakukan dulu? Sewaktu di dalam PAS dan PKR, firaun besar ini mengaku kerja dia adalah sebagai `lembu dicucuk hidung' dan sanggup menipu jutaan rakyat kununnya itulah strategi politik pembangkang di waktu itu. Bila berceramah ketika itu, firaun besar akan menipu, kemudiannya masuk masjid memberi kuliah agama pula. Inilah dikatakan Ustaz Munafik.

Katak-katak ini kununnya Bebas. Begitu juga firaun besar dari Kulim. Takkan dalam Persatuan Katak-Katak yang ditubuhkan itu tiada seorang pun berani beri komen pasal kebijaksanaan Najib menguruskan ekonomi negara sekarang? Atau sudah terkena `nasi kangkang'? Kangkang siapalah tu ye? /mandor.blogspot.com

TAKUT REAKSI RAKYAT - LAGI TANGKAPAN DI PAHANG

Posted: 18 Jul 2010 08:22 PM PDT

KUANTAN, 19 Julai - Demonstrasi Bantahan Kenaikan Harga Barangan (Gula dan Minyak) anjuran Team Wanita Pahang (Tawan) dekat Taman Gelora disini petang semalam tercemar apabila pihak polis dikatakan telah menahan beberapa orang peserta yang terlibat. Antara yang ditahan ialah Fadilah Abd Wahab (SU Wanita Pahang), Pn.Zainun Abu Bakar (Ketua Wanita Raub) dan Saudara Kamarul Hatta Md Ali (Timbalan Ketua AMK Pahang).

Program yang bermula selepas Majlis Pelancaran Tawan di Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang itu turut disertai oleh Puan Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR Pusat). Selepas pelancaran kira-kira jam 5.00 petang kesemua AJK Tawan telah bergerak ke Taman Geloran untuk aktiviti terbabit. Mereka mengadakan demontrasi aman sambil mengedarkan risalah Bantahan Kenaikan Harga Barang dan juga VCD Penjelasan Sheikh Yusoff Al-Qardawi tentang kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekitar setengah jam selepas mereka mengadakan aktiviti tersebut, tiba-tiba beberapa orang daripada mereka ditahan oleh pihak polis.

Sebelum tangkapan dibuat, ada rundingan telah dilakukan oleh YB Zuraida dengan pihak polis. Namun begitu pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan tetap menangkap beberapa orang peserta terbabit. Mereka dibawa menaiki kereta peronda polis untuk ditahan. Selepas tangkapan, sekitar jam 6.00 petang beberapa orang pemimpin PKR Pahang termasuk Dato' Fauzi Abdul Rahman telah hadir ke IPD Kuantan untuk mengadakan perundingan. Namun, mereka dihalang bertemu dengan kesemua mereka yang ditahan atas alasan yang tidak munasabah. Kami difahamkan, ketiga-tiga pemimpin itu kini masih berada di lokap IPD Kuantan dan masih tidak dapat diketahui keadaannya. Kesemua mereka mungkin akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa.


Pemimpin Team Tawan Pahang bergambar sebelum program semalam

Sementara itu, menurut Saudara Razali Alias, Setiausaha Perhubungan PKR Pahang (foto) pihak polis tidak wajar menahan mereka. "Mereka tidak melakukan sebarang kesalahan disisi undang-undang. Mereka hanya menjalankan tugas, menyatakan bantahan secara aman dan tidak menimbulkan sebarang provokasi sebagaimana yang telah didakwa". "Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan seorang peguam bagi tujuan pembebasan ketiga-tiga mereka.

Oleh itu kami mendesak agar mereka dibebaskan segera", katanya. Beliau yang turut melahirkan rasa kesal atas tindakan polis menahan serta melengah-lengahkan siasatan. Turut hadir di IPD pagi tadi ialah Saudara Ram Ponusamy (Timbalan Pengerusi III), Sdr Mohamad Ali Wahid (Ketua Cabang Raub), Izzah Mazlan (Naib Ketua Wanita Pahang), Tn.Hj Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar), Tn.Syed Talib (Ketua Ranting Indera Mahkota 2).

[Penahanan ketiga-tiga pemimpin terbabit jelas sekali menggambarkan betapa takutnya kerajaan UMNO BN di Pahang terhadap kebangkitan suara rakyat di negeri itu. Mereka kini terdesak akibat kenaikan harga gula dan minyak yang dilakukan baru-baru ini. Laungan rakyat didahulukan adalah sekadar retorik politik untuk terus menipu rakyat. Subsidi masih terus dijadikan alasan untuk menghalalkan tindakan jahat puak-puak mereka itu. Kini, pihak polis terus dijadikan alat untuk menakut-nakutkan rakyat untuk terus bersuara. Mereka mahu rakyat terus tunduk atas satu tindakan yang jelas membelakangkan nasib mereka. Tindakan Tawan mengadakan demonstrasi aman di lokasi terbabit dijadikan senjata untuk mereka menggempur Pakatan Rakyat di negeri Pahang sebenarnya. Apapun, nantikan pendedahan terkini tentang isu ini nanti].

Sumber: Pahang Daily

MELAYU HILANG KUASA ? SEKARANG INI MELAYU BERKUASA SANGAT KE ?

Posted: 18 Jul 2010 07:30 PM PDT

Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini bahawa Melayu bakal hilang kuasa dalam PRU-13, hanya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu tatkala kuasa UMNO dalam politik tanahair kian terhakis.

Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata media milikan kerajaan kerap menimbulkan persoalan mengenai nasib bangsa Melayu seolah-olah masyarakat Melayu tidak matang, belum cukup arif dan buta politik.

"Inilah yang BN mainkan tiap-tiap kali pilihanraya dan musim itulah permainan yang mereka mainkan cuba takut-takutkan dan berbalik kepada isu perkauman. Bagi saya itu perkara biasa,umum rakyat dah tahu dah bagaimana nasib orang melayu selama Barisan Nasional memerintah 50 tahun," kata Nik Nazmi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Perak Dr Harussani Zakaria yang mendakwa kedegilan Parti Islam Malaysia bersatu dengan Umno akan memberi kesan buruk kepada masa hadapan bangsa Melayu.

Harussani berkata kedegilan itu adalah sifat yang keji, dan akan membawa kepada kehancuran rakyat. Beliau juga mendakwa pemimpin Pas menemui beliau meminta pandangan untuk menyatukan kedua-dua parti itu.

Pas bagaimanapun menafikan pihaknya menghantar wakil bertemu Mufti Perak agar mengaturkan perbicangan bersama Umno untuk menyatupadukan Islam dan Melayu.

"PAS tidak pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Tan Sri Harussani sama ada rasmi ataupun tidak rasmi saya menghadiri banyak mesyuarat peringkat pusat setahu saya tiada perbincangan untuk menghantar wakil jumpa beliau," kata Ketua Penerangan PAS Pusat,Idris Ahmad./TVSelangor

Kempen bantah kenaikan harga barang 28 Julai

Posted: 18 Jul 2010 06:00 PM PDT

Mohd Shubihi Muhamad Zain

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) menetapkan 28 Julai ini sebagai tarikh pelancaran kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga beberapa barangan asasi beberapa hari lalu.

Jurucakap Protes, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu media selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Pejabat Agung PAS, dekat sini, tengah hari tadi.

Menurutnya, pelancaran tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dan pada hari itu akan diputuskan tarikh demontrasi besar-besaran membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas.

"Mesyuarat tengah hari tadi turut membincangkan cadangan untuk mengadakan demontrasi tetapi tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat semasa pelancaran kempen bantahan tersebut.

"Selain itu, kita juga akan menyusun aktiviti-aktiviti lain iaitu penyediaan risalah dan maklumat berkaitan dan juga menyusun tarikh 'road show' ke seluruh negara," katanya.

Beliau yang juga Bendahari PAS Pusat berkata, cadangan untuk berdemontrasi dilihat sebagai kaedah bantahan yang paling berkesan dan efektif.

"Demontrasi membantah PPSMI, GST dan yang terbaru kelulusan lesen judi, berjaya memberikan tekanan kepada kerajaan untuk menangguhkan dan ada yang terpaksa dibatalkan keputusan yang telah dibuat," katanya.

Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang bulan Ramadhan, beliau berkata, Protes lebih gemar untuk mengumumkan pada hari pelancaran kempen tersebut (28 Julai).

"Kalau boleh kita nak buat segera, dan kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai./Harakahdaily

KERAJAAN UMNO/BN ATAU KERAJAAN 1M, KINI CUKUP SEMPUT DAN AMAT TERDESAK.

Posted: 18 Jul 2010 01:57 PM PDT


Ini terbukti .....

Apabila dana dan rizab negara semakin kempis. Inflasi meningkat dan kegawatan ekonomi bertambah parah. Dana Felda makin susut, pendapatan Petronas menguncup. Semuanya ini disebabkan ....

i) Kerajaan UMNO/BN sangat lemah dan tak ngeti mentadbir.

ii) Kebanyakan menterinya bodoh sombong dan lembab, tetapi sangat cekap dalam bab-bab mengaut keuntungan untuk poket sendiri dan kroni.

iii) Allah murka kerana kebanyakan pemimpin atau menteri-menteri UMNO bersifat hipokrit dan menafiq, sanggup mengadai agama demi kuasa.

iv) Allah murka kerana semua ulamak-ulamak UMNO terutama yang dilantik dalam kerajaan telah menjadi bisu, tak berani bersuara menentang kemungkaran kerajaan UMNO/BN demi kedudukan, wang dan pangkat.

V) Allah murka kerana pemimpin-pemimpion UMNO tamak haloba, suka berbelanja secara mewah dan membazir serta lupakan rakyat yang menderita.

KINI BALASAN ALLAH TELAH PUN DI DEPAN MATA. APA LAGI YANG DAPAT DISEMBUNYIKAN OLEH UMNO/BN?? BANGKAI GAJAH MEMANG TAK BOLEH DITUTUP DENGAN NYIRU !

Maka mahu tak mahu dengan rasa segan, dan buat-buat berani bercampor takut, Najib terpaksa mengumumkannya diluar sidang parleman tanpa dibentangkan. Semua ahli pembangkang terkedu dan termangu. Nah! Alangkah zalimnya kerajaan Najib (Kerajaan 1 M).

Rakyat dihadiahkan kenaikan harga barang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ni. Dan dengan rasminya naiklah harga petrol, disel, gas dan gula bermula tengah malam tadi (16 July 2010). Tak mustahil harga barang-barang lain akan turut naik.. sama-sama kita tengok!

Ya Allah ! apalah malangnya nasib rakyat Malaysia.

Petrol RON 95 – naik 5sen ke RM1.85 seliter.
Diesel – naik ke RM1.75 seliter.
Gula – naik 25sen ke RM1.70 sekilogram
Gas LPG – naik 10sen ke RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Penulis : Rahimothman .. 16/7/10 (melalui email)

SPRM, SILA SIASAT JIKA MAHU

Posted: 18 Jul 2010 11:19 AM PDT

KSSB nafi dakwaan Noh, sedia SPRM siasat

Jul 18, 10

Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor, hari ini menolak dakwaan kononnya wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih dalam penjualan pasir kepada kontraktor.

KSSB berkata pemberian diskaun kepada mana-mana pelanggan yang membeli pasir secara pukal adalah amalan biasa dalam perniagaan bagi meningkatkan jualan.

Syarikat itu berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa ada bukti menunjukkan wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh syarikat itu dalam penjualan pasir kepada syarikat kontraktor.

Kenyataan KSSB itu dikeluarkan bersama oleh Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor, Ketua Pegawai Eksekutif Ir Ramli Abdul Majed dan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu, semua tuduhan dan dakwaan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap KSSB akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) dalam masa terdekat.

"Malah, kami juga mengalu-alukan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjalankan siasatan," katanya.

Dalam sidang media semalam, Noh mendakwa sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli.

Beliau juga mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit./Malaysiakini

K'jaan S'gor: Laporan petik MB tidak tepat

Posted: 18 Jul 2010 10:48 AM PDT


Jul 18, 10

Kerajaan negeri Selangor hari ini menyatakan laporan media bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menyedari wujudnya kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain daripada pencuri pasir di Selangor, adalah tidak tepat.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan berkata apa yang dimaksudkan Abdul Khalid ialah beliau tidak menyedari kadar harga pasir yang dikenakan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), telah menjejaskan pengusaha kecil pasir khususnya Bumiputera.

"Menteri Besar berkata harga yang dikenakan KSSB itu sesuai dengan pasaran sekarang ini tetapi akan meminta KSSB membuat kajian semula kadar harga itu jika ia benar-benar telah menyukarkan pengusaha pasir Bumiputera," katanya sebagai menjelaskan laporan media berkenaan, lapor Bernama.

Dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2010 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini semalam, Abdul Khalid dilaporkan berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan di Selangor dan baru mengetahui terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir.

Beliau mengulas rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusa-Pengusaha Pasir Melayu Selangor kelmarin bahawa royalti dikenakan KSSB untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai RM6 satu tan adalah tinggi dan memberi margin keuntungan yang sedikit kepada para pengusaha pasir kecil-kecilan.

Abdul Khalid dalam kenyataan itu juga berkata, KSSB menjalankan program pemulihan selepas kerja-kerja melombong pasir selesai dan kos itu berbaloi jika kawasan yang terlibat adalah luas.

Beliau berkata kerja pemulihan bekas tapak perlombongan pasir tidak pernah dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini dan oleh itu banyak lubang-lubang ditinggalkan.

"Kerana itulah harga pasir yang dikenakan agak tinggi kerana ia sudah dikira dengan kos kerja-kerja pemulihan," katanya./Malaysiakini

KJ DAN RAJA KATAK - SEEKOR MONYET, SEEKOR KERA

Posted: 18 Jul 2010 02:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

GELAGAT dua tokoh Melayu ini kadangkala menjadi satu hiburan buat kita. Mungkin juga satu lawak pula bagi kaum bukan Melayu apabila memerhatikan tingkah laku dua tokoh Melayu tersebut iaitu KJ selaku Ketua Pemuda Umno dan Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA. Kisah mereka berdua seolah-olah kita memerhati seekor monyet dan kera bertarung. Masing-masing berkata merekalah paling hebat memanjat pokok.

Dalam satu kenyataan di sini, Ibrahim Ali atau lebih dienali sebagai `raja katak' Pasir Mas menyarankan agar KJ Ketua Pemua Umno meletakkan jawatan sahaja atau tidak lagi bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno. Mungkin lebih menyakitkan hati KJ, apabila raja katak Pasir Mas ini menyindir dengan berkata `inilah penyakit naik kerana mertua'. Pedih juga ayat raja katak tersebut.

Oleh kerana terlalu ingin tunjuk hebat, raja katak Pasir Mas ini lupa bahawa dia naik jadi MP Pasir pun kerana siapa? Kerana dia bekas pemimpin Umno Pasir Mas? Kerana dia bekas seorang Menteri di zaman Mahathir dulu? Atau kerana beliau Presiden PERKASA? Raja katak mungkin lupa berapa kali beliau bertanding di Pasir Mas semenjak beliau ditendang keluar oleh Umno dan pernah hilang deposit atau tidak? Kemudiannya, siapa yang pungut `katak' bawah tempurung ini serta memberikan beliau kerusi yang beliau duduki sekarang?

Meskipun KJ tidak dinafikan naik begitu cepat di dalam politik adalah sewaktu era mertuanya menjadi PM, tetapi beliau bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno di atas tiket yang sah iaitu Umno. Dikatakan KJ terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu bertanding, itu perkara lain dan ianya normal bagi sebuah parti bernama Umno. Rasuah politik wang bukan `dosa besar' di dalam Umno. Jika ianya satu dosa besar, masakan Ali Rustam masih kekal sebagai KM Melaka.

Jika KJ naik di atas pengaruh mertuanya ketika itu atau pun kerana politik wang, Ibrahim Ali pula naik di atas belas ikhsan PAS, walaupun kemudiannya beliau menjadi `Si Tanggang'. Pada pandangan anda di antara kedua-duanya siapa lebih bermaruah? Kedua-duanya Melayu.

Bagi saya, jika disuruh pilih di antara dua Melayu iaitu KJ, Ibrahim Ali dan seorang berbangsa Cina iaitu Lim Guan Eng, sebagai Melayu saya terpaksa juga memilih Lim Guan Eng walaupun beliau Cina. Saya malu mahu pilih KJ apatah lagi raja katak. Bagi saya orang Melayu mestilah mempunyai maruah diri. Masalahnya dua-dua Melayu ini adakah punyai maruah diri? KJ dan raja katak 2 kali 5, 5 kali 2./wfauzdin.blogspot.com

Lim Guan Eng: Mungkinkah Najib bunuh diri jika kahwin Rosmah esok?

Posted: 18 Jul 2010 01:00 AM PDT

Lim Hong Siang | Jul 17, 2010

"Mungkinkah Najib akan bunuh diri jikalau beliau akan berkahwin dengan Rosmah pada keesokannya? Tak mungkin, kan? Kerana beliau cintakan Rosmah. Kalau Najib tidak akan berbuat demikian, mungkinkah Teoh Beng Hock (yang sudah merancang untuk kahwin pada keesokannya) bunuh diri?"

Demikianlah logik yang digunakan oleh Lim Guan Eng, Setiauasaha Agung DAP untuk menolak kemungkinan bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), setahun yang lalu. Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang pernah disiasat polis kerana mengeluarkan kenyataan bahawa "Teoh Beng Hock dibunuh" ini mengulangi pendiriannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

"Pada malam ini, saya mengulangi di sini, saya tak percaya Teoh Beng Hock membunuh diri, boleh tak?" Kenyataannya ini disambut tepukan kira-kira 1,000 orang hadirin, sebelum beliau menyambung, "Tak kiralah apa alasan yang anda berikan, saya tetap tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri. Kalau Teoh Beng Hock tidak membunuh diri, apakah punca kematiannya?"

Lim Guan Eng berkata demikian dalam satu Majlis Peringatan mendiang Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Selain keluarga mendiang Teoh Beng Hock, pemimpin politik yang menghadiri majlis peringatan tersebut termasuklah Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Lembah Pantai-PKR, Nurul Izzah, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh dan ramai lagi pemimpin DAP.

Gobind Singh, juga ahli parlimen Puchong-DAP yang berucap sebelum Lim Guan Eng, memberi janji kepada keluarga Teoh dan rakyat bahawa DAP akan cuba sedaya upaya menegakkan keadilan untuk Teoh Beng Hock.

"Kita akan lawan sampai habis untuk Teoh Beng Hock! Biarlah mereka datang kepada kita, biarlah mereka menakutkan kita dengan laporan polis, biarlah mereka ugut kita dengan tuduhan hina mahkamah. Biarlah mereka buat apa sahaja yang perlu..." sebelum beliau menyambung, "Tetapi mereka tidak akan dapat mematahkan semangat kita, kerana kita akan terus berjuang, tuan-tuan dan puan-puan!". Baca seterusnya di sini.

Sumber: Merdekareview


PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Melayu atau Umno yg hilang kuasa PRU 13

Posted: 18 Jul 2010 12:26 AM PDT

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?


HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.


IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.



Tetapi....ramai diantara yg meragui dan bertanya:

1) Rezab Melayu yang susut tu sape punye kerja

2) Langkawi tanah luas diberi kepada Boon Siew, Kat Genting Highland Pahang, habis bukit dihadiahkan kepada Lim Goh Thong, Bukit Tinggi Pahang Kat Vincent Tan Pangkor kepada Teoh Teng Lay. Permasalahan perjajian pembangunan Kg Baru KL...siapa yang main siapa ?

Apa yang dah hilang dan apa pula yang akan hilang. UMNO dah lama hilangkan hak Melayu walaupun kuasa politik mereka kuat. Kuasa politik Melayu Umno yang kuat itulah yang melenyapkan hak-hak Melayu. Sekarang menunggu giliran untuk dilenyapkan ialah tanah KTMB di Tanjung Pagar Singapura. UMNO dgn dibantu mufti Mat harus ini nak buat retorik apa sebenarnya.

3) Hilang singapura..Pulau Batu Putih dan kekayaan kawasan minyak di Brunei

4) Renong bangkrup RM13 Bilion dulu pun angkara siapa ??

5) Perwaja, Sime darby, dulu Mas dan Proton lingkup

6) RM12 Bilion PKNZ di Port Klang siapa di belakang tabir

7) Kes Memali yang tidak tahu bila akan dibicarakan lagi.Dan pembunuhan Altantunya...siapa yg arahkan....2 orang polis yg dihukum gantung mati...membunuh....saja2 nak bunuh ke?

"

WACANA PERDANA : BOLEHKAH MELAYU BERSATU

MESTI TONTON!!!

10 Julai 2010

Panelis :
Dr Mujahid Yusuf Rawa
Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Lokman Adnan
Afandi Yusof

PART 1

PART 2

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Edisi 'BARANG NAIK': Gambar@poster untuk tujuan penyebaran

Posted: 18 Jul 2010 07:08 AM PDT













Arah elak perkataan 'Barang Naik': Bukti kerajaan Najib melembukan wartawan media arus perdana

Posted: 18 Jul 2010 06:59 AM PDT



Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan "pelarasan harga" atau "rasionalisasi subsidi".

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.



"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan," kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan "rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang

Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai "penjimatan kerajaan" dalam laporan mereka.

"Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan," kata sumber itu.

Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion.

Abdullah berjanji "penjimatan" akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib

Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.

Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam.

Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan

Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan.

Berita Harian memilih "harga baru" manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya "subsidi diselaras"

Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu.

Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu.

Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan "harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai "harga baru".

Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil "antara yang terendah di rantau ini".

Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk "Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM".

Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.

PANAS: Tindakan 4 ADUN pulau mesyuarat Umno bukti Umno tidak mahu bersatu atas nama Islam!

Posted: 18 Jul 2010 06:39 AM PDT



oleh: Pria Malaya

Kononnya nak bersatu dengan PAS atas nama Melayu dan Islam..namun itu semunya propaganda politik murahan..sudahlah dasarnya masih tidak berubah, feel peimpin pun masih ditakuk lama, bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri...bukti Umno belum bersedia dan hanya sandiwara utk bersatu..

Peringatan dan nasihat buat pemimpin dan penyokong fanatik Umno, SATUkan dahulu ukhwah sesama kamu, satukan dahulu persengketaan antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah (Pak Lah), satukan dahulu hubungan antara MB Terengganu (Mad Said) dengan bekas MB Trengganu Idris Jusuh, satukan dahulu Bekas MB Perlis Syahidan Kassim dan MBnya Mad Isa dan lain2 kepimpinan di setiap kawasan dan bahagian...

Sedangkan sesama Umno masih bertalagah dan tidak bersatu, malah sehingga mencetuskan pergaduhan dan pemusuhan sesama Islam ( di dalam Umno), tetapi di depan rakyat kononnya tunjuk alim ingin berdamai atas nama melayu...ingat rakyat bodoh???


Tindakan empat ADUN bahagian Setiu 'hina' pemimpin Umno pusat

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Setiu yang tidak hadir ke persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak menghormati kepimpinan tertinggi dan parti.

Beliau berkata masalah yang membelenggu bahagian Setiu kalau dilihat dalam konteks agenda nasional ia boleh memberikan kesan kurang baik kepada parti.

"Ketidakhadiran wakil-wakil rakyat semasa Timbalan Perdana Menteri merasmikan Umno bahagian Setiu merupakan satu perkara yang mengecewakan saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

"Ini kerana apabila kita lihat di peringkat nasional masalah di Setiu akan menjadi tanda tanya kerana sepatutnya kita menghormati parti sebab kita meletakkan pertimbangan parti perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

"Sebab itu kekecewaan Timbalan Perdana Menteri turut dikongsi oleh saya dan kita akan menyedarkan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kedudukan dan jawatan yang mereka pegang sebenarnya datang daripada sokongan orang ramai, datangnya pengiktirafan daripada parti," katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Seputeh di sini.

Semalam empat ADUN kawasan Setiu tersebut adalah Ramlan Ali (Jabi), Abd Halim Othman (Permaisuri), Asha'ari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit) tidak hadir pada persidangan itu yang dirasmikan Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Umno.

Hishammuddin (gambar) berkata walau apa jua alasan yang diberikan keempat-empat ADUN tersebut ia boleh menjejaskan dan mencemarkan Umno Setiu itu sendiri.

"Saya kesal kerana mereka buat begitu kepada Timbalan Perdana Menteri, itu bukan cara kita sebagai orang Melayu.

"Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi kita lebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri, menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri dan menghormati parti kerana siapalah kita tanpa parti," katanya.

Mengenai usaha kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan PAS, Hishammuddin berkata perkara tersebut masih belum dibincangkan secara mendalam di semua peringkat temasuk pihak pengurusan dan biro politik.

"Bagi kita apa yang paling penting adalah keikhlasan tapi sehingga kini kita masih belum berbincang secara mendalam tentang hubungan Umno dengan PAS.

"Kalau benar kita nak duduk berbincang pasal nasib bangsa, agama dan tanah air dalam konteks perjuangan Umno dan PAS maka mestilah ada satu titik pertemuan yang ikhlas dan jujur yang boleh membawa kepada satu yang membina dalam perjumpaan itu.

"Kalau tidak tiada sebab itu kita berjumpa dan berbalah," katanya.

Hishammuddin juga menyarankan agar PAS konsisten dalam pendirian mereka untuk memperjuangkan Islam.

"Jika PAS betul-betul memperjuangkan Islam, PAS jangan berdolak-dalik dan mesti konsisten dalam pendirian mereka.

"Sebab itu saya lihat banyak luahan daripada penyokong PAS sendiri kerana pembawakan kepimpinan PAS berbeza mengikut pemimpin dan tidak sehaluan dan sekata sebab itu kita perlu ada hak dan batasan untuk berpolitik.

"Dalam hubungan antara Umno dan PAS saya tidak meletakkan harapan kepada seorang pemimpin sahaja tetapi perlu lihat secara menyeluruh," katanya. - Mkini

Berita terdahulu...

Empat ADUN pulau mesyuarat Umno Setiu

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu.

Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.

"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.

Turut hadir, ahli parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie yang juga ketua Umno bahagian Setiu dan ketua Umno bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Presiden Umno itu juga mengingatkan ahli Umno supaya menyelesaikan segera permasalahan atau pergeseran yang berlaku sesama mereka dalam usaha mengembalikan semula kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, perpaduan dalam parti itu perlu segera diperkukuhkan kerana ia menyumbang bagi mengukuhkan kedudukan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Kalau ada isu dan rasa tak puas hati, tersinggung atau dipinggirkan, apa saja perasaan dan sentimen yang merenggangkan hubungan dan memberi impak kepada usaha memperkukuhkan parti, hal sebegini perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Saya sebut ini bukan saja untuk Setiu, malah juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu.

Dalam masa yang sama, kata beliau, anggota Umno sendiri perlu ikhlas dengan niat sebenar untuk menjadi anggota parti itu sama ada benar-benar ingin berjuang kepada parti atau sebaliknya.

"Sepatutnya jadi anggota Umno kita serah apa yang ada pada kita, jiwa dan raga demi untuk perjuang nasib Orang Melayu dan Islam di negara kita. Kita ada pilihan, tak ada orang marah kalau tak jadi anggota Umno," katanya.

Katanya menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak sama ada di peringkat pimpinan dan akar umbi untuk mengekalkan hubungan baik dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang timbul.

"Bermuhasabahlah kita, dengan mengambil langkah yang bijaksana untuk selesaikan masalah kita. Lagi cepat selesai, lagi baik kerana tanggungjawab kita nak bela dan beri perhatian nasib bangsa kita dan dalam masa sama kita tidak abai tanggungjawab untuk pimpin masyarakat lain kerana kita jadi kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata Umno perlu bangkit semula dalam situasi mencabar terutama selepas keputusan mengejutkan pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, usaha perlu dilipat ganda untuk menebus balik negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dan mengembalikan kedudukan dua pertiga Barisan Nasional di parlimen.

"Senario hari ini, kita bukan lagi menghadapi cabaran tetapi ancaman dan kedudukan kita boleh tergugat kalau kita tak jaga.

"Pokoknya, usaha yang boleh kita lakukan untuk kukuhkan parti, jika kuat, rakyat lebih yakin dengan kita, mana yang duduk di tepi-tepi, mereka akan kembali yakin kepada kita, pimpinan dengan semangat baru, mereka akan kembali sokong kita," katanya.- Mkini