Sabtu, 17 Julai 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KENAIKAN HARGA GULA - ALASAN MENTERI TIDAK BOLEH PAKAI

Posted: 17 Jul 2010 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KERAJAAN yang ditunjangi oleh Umno terus mencari seribu alasan untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas yang baru diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kenyataan Tok Pa di sini jika diteliti menampakkan alasan-alasan mereka sama sekali tidak boleh dipertikaikan dan kelihatan seperti ingin menyorokkan sesuatu dari rakyat.

Kenyataan beliau yang menyebut adalah tidak munasabah kerajaan membelanjakan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada barangan yang memberi kesan tidak baik kepada rakyat. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada kenaikan harga gula sebanyak 25 sen sekilogram. Justeru itu, bijakkah kerajaan menaikkan harga barang keperluan tersebut semata-mata alasan yang diberikan?

Cuba senaraikan di dalam negara kita ini ada berapa banyak perkara atau barang yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah boleh menjejaskan moral masyarakat yang telah diberi perhatian oleh kerajaan? Contoh seperti judi dan arak. Judi boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan malahan boleh menyebabkan kejadian jenayah lebih besar di samping menjadi dosa besar di dalam Islam. Arak juga sedemikian di samping mendatangkan risiko kesihatan yang lebih parah dari pengambilan gula berlebihan. Apa tindakan kerajaan? Malah sebelum ini kerajaan ada niat atau cadangan untuk meluluskan lesen judi yang baru berbentuk sukan pula.
Di mana kepekaan kerajaan terhadap perkara ini?

Alasan kununnya untuk mengawal ketirisan kemasukan gula ke negara jiran, itu adalah alasan paling lapuk. Sebelum ini pun kenaikan harga petrol dan diesel yang telah dinaikkan beberapa kali menggunakan alasan yang sama. Apa komitmen kerajaan di dalam memperketatkan kawalan di pintu keluar masuk sempadan? Adakah kerana negara luar, kita terpaksa menganiayai rakyat sendiri? Jika sudah kemasukan Al-tantuya ke dalam negara ini pun boleh `terpadam' rekod kemasukannya, kita boleh nilai sendiri komitmen kerajaan di dalam mengawal aspek keselamatan di dalam negara ini.

Sehubungan itu, usahlah kerajaan mencari berbagai alasan lagi untuk memperbodohkan rakyat. Ekonomi negara boleh ditingkatkan dengan membenteras amalan rasuah di samping tidak boros berbelanja dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Pemimpin yang bijak tidak akan meletakkan beban di bahu rakyat untuk menyelesaikan berbagai masalah negara. Sebab itu penting kita memilih pemimpin yang amanah dan bijak untuk memimpin kita./wfauzdin.blogspot.com

ADUN TIDAK HORMAT TPM ? TV 3 TAK KECOH KE?

Posted: 17 Jul 2010 10:17 AM PDT

Hisham: 4 ADUN BN 'tak hormat' TPM

Jul 17, 10

Kegagalan empat wakil rakyat kawasan Setiu menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu seolah-olah tidak menghormati Timbalan Perdana Menteri yang merasmikan majlis itu, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Seputeh di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata majlis itu masih perlu dihadiri meskipun mereka mempunyai masalah dalaman.

"Itu bukan cara kita. Sekurang-kurangnya kita mesti menghormati perasmi, lebih-lebih lagi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menghormati bahagian kita kerana bahagian lebih penting daripada diri kita sendiri serta menghormati parti. Siapalah kita kalau tidak kerana parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan Muhyiddin apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jabi, Ramlan Ali, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh, Adun Langkap Asha'ari Idris dan Adun Batu Rakit Khazan Che Mat tidak hadir pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu semalam.

Berkongsi kekecewaan dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, Hishammuddin berkata pihaknya akan menasihatkan keempat-empat wakil rakyat berkenaan.

"Kita akan sedarkan pihak berkenaan, kedudukan dan jawatan yang mereka pegang datang daripada sokongan orang ramai, datang daripada pengiktirafan terhadap parti. Apa juga alasan diberi mereka, boleh mencemarkan dan menjejaskan Setiu sendiri," katanya.

Dalam isu berbeza, Hishamuddin berkata beliau tidak meletakkan harapan perbincangan mengenai perjuangan bangsa dan agama hanya kepada seorang pemimpin dalam PAS, termasuk Musyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kita kena tengok pendirian secara menyeluruh daripada parti PAS sendiri," katanya ketika ditanya mengenai pendirian Nik Aziz yang dilihat berdolak-dalik dalam memberi kenyataan berhubung kerjasama antara Umno dan PAS.

--Bernama

AYOH PAKATAN RAKYAT, HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT

Posted: 17 Jul 2010 01:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.

Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'. Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib?

Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.

Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu. /wfauzdin.blogspot.com

DSAI egen Yahuid,agen Amerika, gila kuasa tapi akhirnya harga minyak yang naik..

Posted: 17 Jul 2010 12:00 AM PDT


Oleh: notan

"Assalamualaikum..,,


Sejak 1998 atau mungkin lebih awal, DSAI di war warkan sebagai agen yahudi, agen Amerika dan seorang yang gila kuasa sehingga sanggup membuat fitnah yang mengakibatkan kebencian orang orang cina dan india kepada melayu( yang disebut sebagai orang Islam).

Gambaran kepada semua yang diberikan kepada DSAI memperlihatkan seolah olah negara berada dalam huru hara dan rakyat berada dalam suasana tertekan akibat perbuatan DSAI. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak langsung menunjukkan akibat perbuatan DSAI. Terbaru, rakyat menerima tekanan lagi dek penangan saman ekor yang pernah diakui oleh kerajaan tidak akan diblacklistkan dan kenaikan mendadak dan menakutkan minyak serta gula di mana selepas ini bakal disusuli dengan kenaikan harga pengguna yang cukup untuk memberi bebanan yang berat kepada rakyat.

Sementara momokan agen yahyudi, Amerika dan gila kuasa yang diberikan kepada DSAI tidak menampakkan sebarang kesan kepada rakyat selain dari bukti bukti penindasan kerajaan UMNO kepada DSAI secara individu menerusi kes liwat yang dilalui oleh DSAI. Namun apabila ada yang cuba mempertahankan kebenaran kepada tuduhan terhadap DSAI , ada pula yang tampil mendakwa orang yang mempertahankan kebenaran itu sebagai taksub kepada individu yang bernama DSAI.Sebenarnya pembelaan kepada DSAI bukan sekadar suka suka atau bukan juga kerana amat teruja kepada DSAI tetapi dasar pembelaan adalah kebenaran dan kebenaran ini bukan dibuat atau sengaja direka semata mata kerana taksub kepada DSAI.

Sejak tahun 1998 lagi bukti bukti kebenaran sudah didedahkan dan bagi orang orang yang berakal dan berfikir semua yang didedahkan ini diakui sebagai kebenaran yang perlu dipertahankan. Tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen yahudi semata mata kerana DSAI kenal dengan beberapa tokoh yahudi yang konstraversial dan tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen Amerika semata mata kerana hubungan baik DSAI dengan bekas naib presiden Amerika. Bukti bukti yang lebih konkrit harus didedahkan sebagaimana RPK mendedahkan bukti bukti pembunuhan Altantuya, sebelum DSAI boleh dilebelkan sebagai agen yahudi dan Amerika.

Perkara ini sudah lama dijustifikasikan oleh DSAI tetapi bagi setengah orang justifikasi dari DSAI tidak diterima sebaliknya lapuran lapuran dari media perdana dan blog pro UMNO terus dijadikan sandaran kepada dakwaan DSAI sebagai agen yahudi dan Amerika.Apabila diminta untuk memperincikan tindak tanduk DSAI yang mungkin tidak dilapurkan di mana mana, muncullah tuduhan taksub kepada DSAI walaupun berkali kali ditegaskan bahawa permintaan ini adalah atas dasar kebenaran yang menjadi asas kepada perjuangan yang Islamik. Akhirnya DSAI terus dituduh sedemikian rupa malah ditokok tambah sebagai membuat fitnah sedangkan fitnah yang didakwa dibuat oleh DSAI itu mempunyai asas dan bukti yang jelas sehingga ada diantara buktinya disebut di parlimen.

Kesan kepada fitnah DSAI ini pula kini ditanggung oleh rakyat. Seorang yang gila kuasa dan pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak serta menyediakan pasarana perubatan kepada rakyat tidak menyebabkan apa apa kesusahan kepada rakyat sebaliknya orang yang menjadi dalang kepada semua tuduhan sudah dan sedang menyiksa rakyat. Apa lagi yang mahu disebar dan disedarkan sedangkan yang menanggung akibat ialah rakyat?/Tranungkite

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Setelah sekian lama melakukan noda...

Posted: 17 Jul 2010 09:12 PM PDT

Setelah sekian lama melakukan noda, saya sedar apa yang saya lakukan itu salah dan berdosa besar. Untuk mengelakkan berhubung dengan lelaki itu saya minta suami bertukar kerja pada waktu siang. Setelah beberapa bulan suami bekerja siang, saya disahkan hamil dan yakin anak itu adalah daripada benih suami.

Sebaik selamat melahirkan anak, bekas teman lelaki mengatakan bahawa anak saya mirip sekali muka anaknya walaupun melalui kawan saya. Bagaimanapun, saya tetap yakin yang anak itu anak suami saya. -seterusnya DI SINI

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Kandang babi moden di negeri Umno: Umno talam dua muka, munafik!!

Posted: 16 Jul 2010 11:59 PM PDT



"Alih-alih pecah berita Negeri Sembilan telah siap projek kandang babi moden Negeri pimpinan UMNO-BN yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Hassan. Ladang babi moden yang disiapkan di Bukit Pelanduk yang heboh dengan kematian akibat J.E dulu telah siap dengan fasiliti moden."

"Timbalan Menteri Pertanian dan asas Tani,Chua Tee Yong (Anak pengerusi MCA, Chua Soi Lek) mengharapkan ladang tersebut berjaya meningkatkan pengeluaran babi yang lebih banyak. Beliau meninjau ladang babi tersebut yang keluasan 480 ekar yang mampu menampung pengeluaran 250-300k ekor dalam satu masa."


**baca seterusnya di sini, "UMNO siap ladang 'Babi Organik'? Jom Demo!"...

Move to pig area farming, farmers urged

PORT DICKSON: Pig farmers are urged to move into the integrated Pig Farming Area (PFA) in Bukit Pelandok near here so that the five-year-old modern facility can commence operations.

Deputy Agriculture and Agro-based Industries Minister Chua Tee Yong said this would help increase pork production.

"The price of pork has increased tremendously due to the lack of supply," he said.


Concern: Chua (right) talking to villagers who had to close their pig farms and venture into other farming activities in Tanah Merah Site A

"We hope the farmers will talk to the relevant parties and move into the new facility soon," he added after a tour of the 480ha PFA.

The PFA can house between 250,000 and 300,000 pigs at any one time.

The Federal Government decided to set up the centralised PFA following the Nipah virus outbreak, which killed more than 100 people and led to the culling of thousands of pigs in 1998.

"I would also like to suggest to the farmers to merge their operations to keep costs down," he added.

Negri Sembilan Livestock Farmers Association head Peter Yeong said many pig farmers were unable to move into the PFA as the cost of doing so was high.

He said one of the conditions imposed was that the premises should be designed by the Vete rinary Services Department and the developer. It is priced at RM1.3mil each.

"The farmers cannot afford that." Yeong said 120 of the association members paid RM320,000 each for the land but none moved in as the cost was beyond them. - The Star

sumber gambar: kibad.blogspot.com

kalam Perantau

kalam Perantau


Tiada lagi Rundingan PAS~UMNO

Posted: 17 Jul 2010 02:00 AM PDT

“Kenyataan Akhbar YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS –Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan "maliki yaumiddin" yang bermaksud hari agama, hari  berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran.

Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.  

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi. 

Wallahu'alam.


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apabila BN Kata Mereka Kerajaan Terbaik Dunia

Posted: 17 Jul 2010 09:01 PM PDT


 
Kebodohan pemimpin UMNO dalam menjawab isu kenaikan minyak, gas dan gula semakin hari semakin jahil. Mereka seperti sudah becelaru dalam menidakkan hak rakyat. Terkini Ketua Penerangan UMNO berkata kenaikan adalah supaya rakyat berjimat cermat dan gula dapat mengurangkan kesihatan.

Betapa bodoh, jahil dan bangang kenyataan seorang pemimpin UMNO. Kalau alasan minyak, rakyat perlu mengisi minyak dengan sebaiknya agar minyak negara tidak habis. Jika untuk gula pula, perlu berjimat untuk mendapat gaya hidup sihat. Bodoh dan dangkal dalam membuat kenyataan.

Pemimpin UMNO sudah menganggap bahawa mereka ini adalah Tuhan yng memberikan kebaikan kepada rakyat sehingga mengatakan kerajaan BN adalah terbaik dalam dunia. Kita tanya mereka dari celah manakah yang baik. Bahagian tengah, depan atau belakang?

Sebenarnya tindakan kerajaan menaikkan minyak dan barangan lain lain adalah kerana kewangan negara sudah habis diguna dan dijangkakan negara akan muflis pada 2015 dan bukannya 2019 seperti yang diumumkan oleh Idris Jala.

Ini kenyataan dari pemimpin UMNO yang otak lebih teruk dari seekor lembu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah antara kerajaan terbaik dalam dunia dari segi memberi kebajikan rakyat dalam bentuk pemberian subsidi.

Jelasnya pemberian banyak subsidi itu sebenarnya tidak disedari sehinggalah apabila pengurangan dilaksanakan barulah ramai melihat betapa kerajaan BN adalah antara kerajaan terbaik dari segi memberi kebajikan kepada rakyat tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

"Ada yang tidak tahu pun gula dan gas memasak diberi subsidi oleh kerajaan sejak sekian lama. Ini belum lagi pelbagai barangan yang diberikan subsidi.
"Tak banyak kerajaan di dunia ini sebaik kerajaan BN. Malah apabila kerajaan hendak melaksanakan penstrukturan subsidi pun ia dilakukan dalam keadaan seminimum mungkin agar tidak membebankan rakyat", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Kata beliau lagi apabila terdapat sedikit kenaikan harga barulah ramai yang perasan bahawa selama ini mereka telah menikmati rahmat kerajaan BN yang mana sebahagian nikmat itu ditarik untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan semalam yang mengumumkan pemotongan subsidi bagi gula dan bahan api sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat untuk mengurangkan perbelanjaannya dan diperuntukkan untuk sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan.

Ahmad Maslan seterusnya berkata orang ramai perlu melihat isu pemotongan subsidi untuk gula dan petrol dari sudut positif.

"Jimat penggunaan gula kerana kalau terlebih gula menjadi racun kepada kesihatan. Sudah tiba masanya rakyat belajar menguruskan perbelanjaan mereka dan tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan semata-mata", ujarnya.

Tolong Basuhkan Muka Mufti Ini

Posted: 17 Jul 2010 08:58 PM PDT




Tidak ada ungkapan yang dapat digambarkan mengenai kenyataan Harussani seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini melainkan 'mengigau'.

Orang mengigau bercakap apa sahaja tanpa mengira keadaan sekeliling. Sama ada orang faham cakapnya atau tidak, cakapnya betul atau tidak, itu tidak penting. Apa yang penting ialah dia mahu bercakap.

Orang tidak bercakap lagi soal perpaduan PAS – Umno. Najib pun telah memberi kata putus bahawa Umno sudah cukup kuat dan tidak memerlukan PAS.

Tiba-tiba Harussani berkata, ada pemimpin daripada kedua-dua parti, PAS dan Umno menemuinya berbincang mengenai perpaduan PAS – Umno.

Adakah Harussani bercakap benar?

Orang PAS tidak mahu tahu siapa pemimpin Umno yang jumpa Harussani bincang mengenai perkara itu. Itu Umno punya pasal. Tapi bila disebutnya ada pemimpin PAS berjumpanya, siapa pemimpin PAS itu?

Saya tidak percaya ada pemimpin PAS jumpa Harussani berbincang mengenai perpaduan PAS – Umno. Kalau orang yang datang berjumpanya itu pemimpin PAS, dia bukan pemimpin penting dan besar dalam PAS. Dia tidak berautoriti membuat keputusan untuk PAS.

Harussani mencari populariti murah dalam isu ini. Harussani menjadi lidah Umno memecahbelahkan PAS. Harussani cuba menimbulkan keraguan ahli-ahli PAS terhadap pimpinan PAS. Harussani menjadi 'barua' Umno dalam isu perpaduan PAS – Umno.

Harussani mengigau. Mengigau tahap 'gaban'.

Sepatutnya Harussani bukan berfikir untuk menyatupadukan PAS – Umno tetapi membetulkan Umno. Harussani patut belajar daripada kumpulan ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini untuk membersihkan Umno dari dalam.

Apabila Umno sudah bersih, bersinar, Umno akan terus kuat dan PAS akan dapat ditewaskan oleh Umno. Pada waktu itu Umno tidak lagi memerlukan PAS kerana parti itu sudah bersih dan kuat.

Pada waktu itu Harussani juga tidak perlu memikirkan untuk menyatukan PAS dan Umno kerana parti gonggongan Harussani sudah kuat.

Adakah Harussani sanggup melakukan kerja-kerja itu? Sepatutnya Harussani igaukan untuk membersihkan Umno dari dalam bukan igaukan untuk satukan PAS dan Umno.

Nampaknya ulama muda yang masuk Umno baru-baru ini bercakap dalam keadaan sudah 'basuh muka' berbanding Harussani yang masih mengigau.

Bersatu secara ikhlas — Harussani Zakaria wakil rasmi UMNO@APCO..!!

Posted: 17 Jul 2010 08:51 PM PDT

18 JULAI — Firman Allah SWT dalam surah al-Fathir : 31-32 : "(31) Dan al-Quran Yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi maha melihat dan memerhatikan.
(32) Kemudian kami jadikan al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang kami pilih dari kalangan hamba-hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata)."
Di dalam ayat di atas Allah SWT memuliakan sebahagian daripada kalangan manusia yang telah mewarisi al-Quran. Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyatakan, ibn Abbas dan sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa makna " orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba kami" ialah umat Nabi Muhammad. Dr. Hamka dalam tafsirnya pula menyatakan apa yang diwarisi itu ialah pemahaman, isi kandungan, ilmu-ilmunya, hukum-hukumnya, dan pokok ajaran akidah dari al-Quran.
Umat Nabi Muhammad SAW ini, bukan saja mewarisi al-Quran, malah Allah telah menjadikan umat ini sebaik-baik umat. Ini kerana tugas mereka untuk menyampaikan al-Quran dengan menyeru kepada yang makruf, menegah dari mungkar dan benar-benar beriman dengan Allah SWT. Itulah Allah SWT telah firmankan dalam surah al-Imran:110: "Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."
Namun, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa umat Muhammad ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu dzolimu linafsih, muqtasid & sabiqul khairat. Al-Marhum Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi dalam tafsirnya al-Tafsir al-Wasith telah menyatakan dzolimu linafsih ialah mereka yang banyak amal keburukan dari kebaikan. Muqtasid pula mereka yang sama banyak amal baik dan buruknya. Manakala sabiqul khairat ialah mereka yang lebih banyak amal kebajikan dari keburukan.
Umat Melayu Tunjang Islam di Malaysia
Dalam konteks Islam di Malaysia, umat Melayu merupakan tunjang kepada Islam.
Umat Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan ditakrifkan sebagai orang Islam. Dalam erti kata lain dalam konteks Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam adalah seiring dan tidak boleh dipisahkan. Saya tertarik dengan ulasan Datuk Dr. Siddiq Fadzil tentang perkara ini apabila beliau menyebutkan: "Meskipun Perlembagaan menyebut tiga ciri yang mendefinisikan keMelayuan, tetapi yang menjadi teras sebenarnya adalah agama Islam. Dua ciri lainnya itu adalah bahagian daripada kebudayaan Melayu yang pada asasnya telah mengalami proses pengislaman." (Melayu: Jati Diri Keagamaan Dan Kebudayaannya di dalam Muzakarah Ulama 2009). Inilah unik dan istimewanya umat Melayu di Malaysia.
Terlebih istimewa, apabila surah al-Fathir di atas dapat diterjemahkan dalam kedudukan umat Melayu di Malaysia. Bangsa Melayulah yang bertanggungjawab melaksanakan, mendakwahkan dan mempertahankan kedudukan Islam di Malaysia. Bukan maksud saya di sini untuk mengetepikan bangsa-bangsa lain yang beragama Islam di Malaysia. Namun secara dasarnya umat Melayu dilihat sebagai orang Islam, sehingga wujud istilah "masuk Melayu". Ini menggambarkan jatuh bangun umat Melayu akan dilihat jatuh bangun Islam di Malaysia.
Perpaduan Melayu
Akhir-akhir ini, kedengaran kembali seruan supaya umat Melayu bersatu.
Kenyataan ini mula kedengaran kembali apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan komitmen serta kesediaan UMNO untuk bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan umat Melayu di negara ini.
(Utusan Malaysia, 14 Julai 2010 ). Saya berpendapat seruan perpaduan ini merupakan satu seruan penting yang mesti disambut serius oleh semua orang. Ini kerana perpaduan umat Melayu bermakna perpaduan umat Islam di Malaysia.
Jika hari ini orang bertanya, adakah saya yakin umat Melayu akan bersatu? Saya pasti akan menjawab, ya! Oleh kerana itu, impian untuk melihat dan berusaha dalam menyatukan umat Melayu, ini tidak pernah terpadam dalam hati saya.
Siasah atau mudah kita sebut politik adalah sebahagian daripada Islam.
Parti pula wujud hasil dari pemikiran dan pendekatan yang berbeza dalam siasah atau politik. Contohnya Pas dan UMNO hari ini dilihat dua parti besar yang mewakili umat Melayu di Malaysia. Kedua-duanya menyatakan memperjuang Islam dan Melayu dengan hujah dan dalil tersendiri. Maka kerana itulah saya berpendapat selagi parti itu mewakili gaya pendekatan dan pemikiran yang tidak bertentangan prinsip syariat, maka tiada siapa yang berhak mendakwa ia memiliki kebenaran mutlak. Mereka mungkin benar dan mungkin salah.
Maka jika ini dapat difahami, saya yakin perpaduan Melayu dapat direalisasikan. Perpaduan bukan bermakna membubarkan parti dengan memasuki parti yang satu lagi. Seperti yang sebutkan tadi parti hanya mewakili gaya pendekatan dan pemikiran. Sedangkan kepelbagaian ini merupakan satu fitrah yang merupakan cabangan. Parti hanya wujud ketika mana berlakunya pilihan raya. Ketika wujudnya kerajaan yang dipilih, maka parti itu menjadi kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira parti apa sekalipun. Seperti kata orang hari ini, 'biar pun banyak persatuan namun satu kesatuan.'
Namun, di manakah perpaduan ini perlu bertemu? Firman Allah SWT di dalam surah al-Imran : 103 : 'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;'Seperti cabang yang asalnya akar, maka begitulah juga parti yang asalnya Islam. Islam perlu dijadikan matlamat bukannya alat dalam hal ini. Islam perlu dijadikan kata pemutus bukan mangsa rakus. Parti perlu berkorban untuk Islam bukan Islam yang dikorbankan untuk parti.
Inilah yang saya lihat roh dan panduan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam surah di atas. Islam adalah kata putus dari Allah yang jauh dari kelemahan dan kepentingan peribadi atau kumpulan.
Inilah yang dibuktikan oleh baginda SAW bila menyatukan Aus dan Khazraj mahupun bangsa Quraisy.
Bangsa Melayu sepatutnya berpadu dan bersatu atas akar Islam. Maksud saya jika Pas dan UMNO telah menyatakan komitmen mereka dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, maka biarlah Islam yang menjadi kata putus. Inilah maksud dari 'berpegang dengan tali Allah' di atas.
Tidak mengapalah jika hasrat penyatuan kedua-dua parti ini hanya tinggal harapan. Namun untuk melihat bangsa Melayu bersatu atas kepentingan Islam sangat penting dan tidak mungkin boleh diketepikan.
Ikhlas : Syarat Perpaduan
Namun syarat utama perpaduan ini, semua pihak perlulah ikhlas. Amat buruk lagi keji jika seruan perpaduan bersulamkan niat meretakkan.
Jangan tangan kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun.
Keikhlasan seperti yang ditakrifkan Allah dalam surah al-Ikhlas yang menyatakan semuanya kerana Allah SWT. Keikhlasan yang berpaksi pada iman kepada Allah Yang Esa, tempat segala pergantungan dan menjauhkan syirik darpadai Allah SWT.
Perpaduan inilah nanti yang akan melahirkan kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain. Perpaduan atas dasar selain ini hanyalah bersifat kosmetik dan sementara. Hati yang penuh iman itulah nanti, akan dihimpunkan Allah dalam satu sibghah (acuan) seperti firman Allah SWT dalam surah al-Anfal :63 "Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). kalaulah
Engkau belanjakan Segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka.
Sesungguhnya ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." —Mingguan Malaysia

AYUH PAKATAN RAKYAT.. MARI HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT

Posted: 17 Jul 2010 08:48 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.
Di zaman Pak Lah, kenaikan harga Petrol dan Diesel menyebabkan beliau `jatuh tersungkur' dari kerusi PM, bahkan kehilangan 5 buah negeri di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Pewarisnya Najib tampil dengan pengakuan kununnya Umno akan berubah dan `Rakyat Didahulukan'. Saya tidak mahu ulas tentang `Pencapaian Diutamakan' kerana mana ada pencapaian di zaman Najib?
Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.

Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.

Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.

Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu.

Pelarasan harga – terlaraskan kesan domino dan rangkaian makanan?

Posted: 17 Jul 2010 08:37 PM PDT

Oleh Wan Larut Wan Muda
PM serta beberapa pemimpin negara lain disebut sebagai berkata pelarasan harga (membawa maksud mengurangkan subsidi dan mengakibatkan kenaikan harga) empat barangan utama ini tidak akan menyebabkan kenaikan barangan lain dan tidak akan menyusahkan rakyat tempatan. Kenyataan itu juga disokong oleh beberapa NGO dan pertubuhan/persatuan yang terlibat dengan industri makanan dan pengangkutan negara.
Kita lihat bagaimana pelarasan harga ini dengan perkaitannya terhadap kesan domino dan rangkaian/rantaian makanan (food web dan food chain).
Posting ini juga tidak menyentuh salah satu sebab lain pelarasan harga ini akan mengurangkan kegiatan penyeludupan barangan bersubsidi. Isu ini akan dibincangkan kemudian. Masalah ini adalah berpunca dari kelemahan penguatkuasaan dan bukanlah tanggungjawab pengguna atau rakyat tempatan
Kesan Domino
Dalam sejarah dunia, Teori Domino ini sebenarnya adalah polisi luar negara kerajaan Amerika seawal 50 dalam menangani isu komunis. Teori ini menyatakan jika sesebuah kawasan itu di bawah pengaruh komunis, kemungkinan besar kawasan bersebelahannya juga akan terpengaruh dengan komunis.
Kerajaan Amerika juga mengunapakai teori yang sama untuk menghalalkan tindakan ketenteraannya semasa Cold War yang hanya berakhir awal 90an.
(Teori Domino (atau Kesan Domino) merujuk kepada rantaian tindak balas akibat perubahan kecil berhampiran, dan akan menyebabkan perubahan lain yang sama dalam satu aliran. Perubahan (asalnya secara mekanikal ini) biasanya digambarkan secara analogi kepada kiub-kiub domino ini. Manakala kiub-kiub domino ini adalah satu permainan melengkapkan 28 kiub bernombor kepada "deck" atau "pack".
Permainan domino ini berbeza mahjong China yang terdiri dari 152 kiub yang mewakili pelbagai korektor dan simbol. Asalnya di China mahjong dimainkan oleh empat orang tetapi diubahsuai di Malaysia (termasuk Korea dan Jepun) untuk dimainkan oleh tiga pemain.)

Selain dari penggunaan Kesan Domino untuk mengambarkan perubahan akibat tindak balas berantai ini, terdapat juga beberapa teori yang berkaitan yang digunapakai iaitu Snowball effect, Mathematical induction dan Slippery slope. (Jika masa mengizinkan saya akan membuat ulasan mengenai teori-teori atau kesan-kesan ini).

Rangkaian/rantaian makanan
Rangkaian makanan (food web) dan rantaian makanan (food chain) mewakili perhubungan pemangsa dan masa dalam ekosistem dan habitat semula jadi.
Rantaian makanan biasanya membentuk rangkaian makanan yang lebih kompleks.
Asas rantaian makanan adalah organisma autotrophs yang mampu menghasilkan makanan sendiri seperti tumbuhan dan chemotrophs dengan bantuan cahaya matahari. Manakala gas karbon dioksida bergabung dengan air (punca dari atom hidrogen) menghasilkan sumber tenaga (atau makanan) glukosa kepada organisma autotrophs ini. (Manusia menyedut oksigen dan membebaskan karbon dioksida. Manakala tumbuhan menyedut karbon dioksida dan membebaskan oksigen).
Selain dari rangkaian dan rantaian makanan, perhubungan pemangsa dan mangsa ini juga berbentuk piramid.
Sebagaimana bongkah piramid di Mesir, kedudukan pemangsa utama di puncak piramid ini bilangannya lebih kecil dari kedudukan mangsa di bawahnya dan seterusnya.

Ini bermaksud juga setiap rangkaian atau rantaian makanan, jumlah mangsa biasanya lebih (atau banyak) dari bilangan pemangsa. Sebagai contoh kawasan yang banyak katak sudah tentu ada pemangsanya ular.
Pernah dengar kata orang-orang tua, di mana sungai banyak udang mesti ada sang buaya. Tetapi adakah buaya ini pemakan udang?
Berbalik kepada pelarasan harga dengan perkaitannya terhadap kesan domino dan rangkaian/rantaian makanan.
Pelarasan harga atau pengurangan subsidi 5 sen terhadap seliter bahan bakar (petrol dan diesel), 10 sen terhadap gas lpg dan 25 sen terhadap gula sememangnya secara mata kasar adalah terlalu kecil bezanya. Apalah bezanya atau kesannya hanya dibezakan dengan 5 sen?
Menurut pengertian Teori Domino, perubahan kecil (magnitud) akan mengakibatkan tindak balas yang berterusan dalam satu aliran. Asalnya susunan domino ini dalam satu aliran tetapi aliran ini boleh dikembangkan kepada pelbagai aliran malah kepada pelbagai kedudukan. Malah tindak balas (jatuhan kiub domino) ini bukan sahaja mara ke hadapan tetapi boleh berpatah balik dalam kedudukan atas dan bawah!
Mungkin posting kali ini tidak diterperincikan dengan kajian berapakan meterkah (atau milimeterkah) sesebuah kenderaan yang paling jimat boleh dicapai dengan penggunaan bahan bakar bernilai 5 sen itu.
Atau dengan kenaikan harga 25 sen sekilogram gula itu berapa harga "break event" segelas teh tarik yang kurang manis (selaras saranan PM untuk rakyat mengubah cara hidup ke arah lebih sihat) dengan seminimum komposisi gram (atau miligram) gula yang diperlukan untuk membacuhnya?
Kesan domino akan berlanjutan dengan segelas teh tarik ke segelas teh tarik yang lain. Seperti juga rangkaian makanan, gula untuk teh tarik akan turut digunakan untuk roti canai, kuih-muih dan sebagainya.
Adakah kenaikan harga 25 sen ini akan diserap oleh peniaga-peniaga makanan ini?
Secara logiknya jika seorang peniaga makanan di gerai memerlukan 20 kilogram sehari akan terpaksa menyerap harga sebanyak RM 50.00 sehari dan berjumlah RM 1500.00 sebulan. Ini sudah bayaran gaji seorang pekerja utama di gerai makanan tersebut!
Ini belum termasuk kenaikan 10 sen sekilogram gas lpg yang akan menjadi RM 1.40 sen untuk 14 kilogram silinder gas lpg. Jangan lupa kesan domino pada bahan bakar motosikal budak penghantar silinder gas ini. Begitu juga dengan lori yang mengangkut tong-tong silinder gas ini dari kilang hinggalah ke kedai pembekal.
Mana ada gerai makanan ketika ini yang masih menggunakan kayu api atau dapur minyak tanah?
Jadi di manakah kebenaran yang dilaung-laungkan oleh PM, pemimpin politik, NGO dan pertubuhan/persatuan berkaitan industri makanan dan pengangkutan di negara ini yang begitu yakin mengatakan pelarasan harga (membawa maksud mengurangkan subsidi dan mengakibatkan kenaikan harga) empat barangan utama ini tidak akan menyebabkan kenaikan barangan lain dan tidak akan menyusahkan rakyat tempatan?
Baliklah ke sekolah wahai pemimpin! Pilihlah sekolah rakyat!
Bacalah dan telaahlah kesan domino dan rangkaian makanan ini. Kami rakyat tempatan adalah mangsa keadaan dan janganlah pula kamu menjadi pemangsa!

Memperkasa Jui Meng — Awang Selamat..ha.ha..ha..UMNO tergugat..!!!

Posted: 17 Jul 2010 08:34 PM PDT

18 JULAI — Awang tertanya-tanya apakah motif pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim melantik bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat parti itu, sebagai Ketua PKR Johor.
Jui Meng menjadi tumpuan baru-baru ini apabila Istana Johor menarik balik dua pingat yang dianugerahkan kepada beliau kerana tidak lagi menepati kriteria Undang-Undang dan Peraturan Darjah Mahkota Johor.
Apakah pelantikan terbaru Jui Meng ini bertujuan untuk memperkasakannya semula di sebalik penarikan balik dua pingat tersebut sambil memberi mesej kepada Istana Johor? Awang tidak pasti apa percaturan Anwar.
Mungkinkah juga ia ada kaitan dengan strategi beliau untuk menarik sokongan pengundi Cina di Johor sebagai persiapan untuk pilihan raya umum depan. Tetapi pelantikan Jui Meng sudah mula mencetuskan rasa tidak puas hati PKR Johor, yang jenteranya lebih dikuasai oleh pemimpin dan ahli-ahli Melayu.
Mereka mempersoalkan keputusan Anwar yang dilihat tidak reflektif kepada suara akar umbi. Perkembangan terbaru ini juga boleh dibaca bahawa Anwar mahu bereksperimen tanpa mempedulikan perasaan majoriti.
Dengan sokongan Melayu termasuk penyokong Pas yang kian merudum terhadap Anwar, beliau mahu memberikan isyarat kepada kaum Cina agar terus menyokong parti itu bagi memecahkan penguasaan Melayu di Johor.
Apa sahaja yang menjadi kekuatan dan sandaran Melayu, mahu dirungkai dan itulah strategi Anwar. Dalam kaitan ini, Awang berharap sangat agar Jui Meng turut bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Daripada situ kita boleh lihat sejauh mana pemimpin bukan Melayu boleh diangkat dalam kepimpinan atasan PKR yang mendakwa mewakili pelbagai kaum. Setakat ini, antara calon yang diramal merebut jawatan itu ialah Naib Presiden Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan penyandang, Syed Hussin Ali.
Jika Anwar boleh menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua (sekiranya memerintah kerajaan pusat) untuk mewakili kaum Cina kononnya, mengapa tidak beliau membuktikan keterbukaan dengan menyokong Jui Meng bagi jawatan Timbalan Presiden dalam parti pimpinannya terlebih dahulu.
Episod itu nanti akan menjadi satu lagi bukti sama ada Anwar ikhlas atau sekadar bermuslihat untuk kepentingan politiknya sendiri. — Mingguan Malaysia

Panass..Saya Bersumpah Dgn. Nama Allah dan Rasul,Malaysia Bukan Negara Sekular !!

Posted: 17 Jul 2010 08:09 PM PDT

Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

"Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asasl istilah itu,"' katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.

Dr Muhammad Uthman yang sanggup bersumpah dengan nama Allah dan Rasul menyatakan dengan
tegas bahawa sekularisme dalam erti barat tidak wujud sama sekali di Malaysia. Umat Islam mesti segera menghentikan pertikaian berkenaan dan kembali kepada fahaman konsep sayang kepada bangsa dan agama mengikut Islam.

"Yang ada pada kita adalah konsep sayang kepada bangsa dan agama. Inilah yang Islam ajar. Jangan sesekali melanggar kerangka asal ini dan sewajarnya perlu diperkemaskan lagi untuk dijadikan contoh kepada kaum minoriti yang lain.

"Mereka yang melanggar kerangka asal ini dipanggil "Intellectual And Spritual Barbarian" (kebiadapan intelektual rohani) yang tidak boleh dimaafkan. Ini tidak boleh dibiarkan berlaku atas dasa
r kebebasan mengeluarkan pendapat," katanya.

Kata beliau lagi, pendapat yang menyebut sekular mula wujud di negara ini sejak kedatangan penjajah adalah tidak benar sama sekali.

"Pemisahan agama, adat dan Raja pada waktu itu adalah pengasingan pentadbiran dan bukannya pengasingan agama secara total di dalam pentadbiran. Pokok pangkal sekular ialah pengecualian agama daripada semua ruang awam. Agama dipisahkan dalam pendidikan, pentadbiran, sektor keselamatan, bank dan lain-lain.

"Kita tengok dalam pentadbiran negara hari ini, agama tidak dipisahkan sama sekali. Malah dalam apa jua aspek, agama ditekankan. Cuma mungkin secara tidak menyeluruh kerana kita sedang mengalami perubahan ," katanya.


Juragan : Malaysia Sebuah Negara Islam ke..?? atau sebuah Negara Pengeluar Kicap Al-Islam..?? Kuah3

PROJEK HANTU - TAKUT TAKUTKAN MELAYU

Posted: 17 Jul 2010 08:08 PM PDT

TRIK LAMA - TAKUTKAN MELAYU DENGAN HANTU CHINA

MELAYU HILANG KUASA PADA PRU 13 ? - melayau

Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

KAH KAH KAH…

woit… YANG HILANG KUASA GEROMBOLAN .... kah kah kah

woit… BUKAN MELAYU HILANG KUASA…JANGAN MENIPU... kah kah kah..

woit… MACAM MANA MELAYU BOLEH HILANG KUASA ?.... kah kah kah..

woit… YANG KALAH HANYA APNO DAN APKO…. kah kah kah..

woit… APA SANGKUT PAUT DENGAN MELAYU…. kah kah kah..

woit… INI TRIK NAK TAKUT TAKUT KAN MELAYU….kah kah kah..

woit… MELAYU DAH GLOBAL…. TAK CAYA TANYA GAPENA…. kah kah kah..

woit… ADA MELAYU DI SRI LANGKA… DI AFRIKA SELANTAN…DI SELATAN SIAM….kah kah kah..

kah kah kah… CAKAP INDONESIA PUN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN MELAYU DI INDON PUN ILANG KUASA…. kah kah kah..

woit… HENTIKANLAHAA PROJEK TIPU MELAYU…. kah kah kah..

woit… JANGAN LAA TAKUT TAKUT KAN MELAYU…. kah kah kah..

woit… JANGAN BODOH KAN MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah…. SENDIRI BODOH… OKAY KAMI TAK GANGGU…. kah kah kah…
TT.

Paris Hilton Dan 'Personaliti Berpengaruh Malaysia' Ditahan Di Paris Pula ... siapakah dia..??

Posted: 17 Jul 2010 08:05 PM PDT

PARIS: Paris Hilton ditahan di Corsica setelah anjing pengesan menghidu kuantiti "kecil" dadah jenis marijuana dalam beg miliknya, lapor akhbar Perancis, Sabtu.
Akhbar Corse Matin menyebut, pegawai keselamatan lapangan terbang di Figari menemui kira-kira satu gram marijuana.
Hilton, yang mahu berangkat daripada pulau Mediterranean Perancis itu dengan jet persendirian pada Jumaat, ditahan untuk soal siasat tetapi dibebaskan 30 minit kemudian.
Menurut berita yang dipaparkan pada laman web, akhbat itu menyebut, Hilton melancong bersama-sama 'personaliti berpengaruh Malaysia' dari Paris ke Porto Cervo, Sardinia.
Menerusi paparan laman TwitLonger, Sabtu, Hilton menulis, "Hanya ingin menghentikan khabar angin ini. Berita mengatakan saya ditahan adalah tidak benar sama sekali!"
"Saya sedang melalui percutian paling hebat dalam hidup saya," menurut Hilton.
Awal bulan ini, Hilton ditahan selepas menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Brazil dan Netherlands di Port Elizabeth, South Africa kerana disyaki memiliki marijuana.
Kes itu digugurkan pada perbicaraan mahkamah sekitar tengah malam.
Pada 2007, Hilton dijatuhkan penjara 45 hari atas kesalahan memandu secara berbahaya dalam keadaan mabuk.
Setelah 23 hari dalam lokap, Hilton memberitahu hos televisyen Amerika Syarikat (AS) Larry King bahawa pengalaman itu menyebabkannya berfikir tentang kesan berparti ke atas hidupnya.
Katanya, dia mahu membantu mengumpul dana kebajikan untuk kanak-kanak dan pesakit kanser payu dara serta sklerosis berganda. - AP

Isu perjawatan sukar ditangani selagi JPA amal budaya kroni

Posted: 17 Jul 2010 07:19 PM PDT

SAYA menyokong penuh saranan dibuat oleh Rusdee dan Pegawai Senior dalam ruangan Surat & E-mel seperti tersiar dalam Berita Harian, Isnin 12 Julai 2010.

Apa yang dimaksudkan penulis berkenaan ialah supaya Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat menyusun semula prosedur kenaikan pangkat supaya kelihatan telus dan benar-benar adil. Memang tidak dinafikan sistem pengurusan kenaikan pangkat di JPA adalah lembab dan tidak profesional. Meskipun dikritik beberapa kali oleh Persatuan Pegawai Tadbir Am (PERTAM) dalam era 80-an dan 90-an tetapi tiada perubahan drastik dapat dilakukan JPA

Pegawai yang diamanahkan menjaga kemajuan kerjaya dan kenaikan pangkat di JPA sering berubah-ubah kerana ditukarkan dan pegawai baru yang mengambilalih Unit Kenaikan Pangkat dan Kemajuan Kerjaya di JPA boleh melakukan kesilapan sama dan berulang dalam memperaku mana-mana pegawai lebih layak dinaikkan pangkat. Tidak hairan ramai pegawai senior tersisih dan terbuang daripada senarai kenaikan pangkat asal, manakala pegawai junior ditampilkan dengan versi bagus tetapi sedikit mengabui atau meragukan dengan cuba menonjolkan bakat, kebolehan, potensi, prestasi dan kepakaran pegawai baru lebih baik dari pegawai lama.

Apa yang membimbangkan peranan Ketua Jabatan itu sendiri memperaku dan menaikkan pangkat golongan junior ini yang menguntungkan mereka, dilihat satu pengkhianatan kepada cadangan penambahbaikkan sistem perjawatan awam. Penjawat awam senior sengaja dinafikan kenaikan pangkat apabila Pegawai Penilai Pertama cuba mengatur markah seseorang Pegawai Yang Dinilai mengikut pertimbangan muslihatnya, bukannya berdasarkan ketelusan atau pertimbangan adil.

Adalah tidak mustahil bagi JPA apabila pernah memperakukan seorang penjawat awam gred 48 terus ke Jusa C tanpa terlebih dulu memangku gred 52 dan 54. Ini boleh berlaku jika penjawat awam ini kenalan rapat kepada ketua di JPA. Kalau dilihat banyak perjawatan masih kosong di semua bahagian dan unit di JPA tidak diisi dengan orang luar. Pernah diberitahu kepada kami, jawatan ini disimpan untuk pegawai JPA yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan PhD di luar negara. Maknanya sesetengah jawatan penting di JPA akan dimonopoli dan diisi pegawai JPA sendiri.


Inilah buruknya sistem perjawatan di JPA. Segala keburukan dan sistem lapuk di JPA tidak pernah berubah sejak dua dekad lalu. Kini sudah masanya sistem perjawatan awam di JPA dan di semua kementerian serta jabatan disusun semula.
Pesara PTD M52,
Seremban

Perghh Shafie...Ingatkan suruh sokong parti lambang bulat...

Posted: 17 Jul 2010 07:14 PM PDT

Shafie gesa rundingan meja bulat

JERLUN - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menggesa Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya dan perwakilan yang tidak menyokong pemimpin itu agar segera mencari penyelesaian berdamai melalui rundingan meja bulat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya bakal memanggil perwakilan 'anti Ali' dan Ali dalam masa terdekat untuk mengetahui punca sebenar masalah dalaman yang berlaku dalam UMNO Bahagian Sungai Petani sehingga mengakibatkan berlakunya kekecohan dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu minggu lepas.

Menurutnya, pertemuan yang diatur itu juga bukan bertujuan untuk menghukum mana-mana pihak yang dipanggil memandangkan Badan Perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap perwakilan parti.

"Adat dalam dunia politik, tiada parti yang tidak mengalami masalah dalaman dan apa yang berlaku dalam mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani tempoh hari turut berlaku di beberapa bahagian lain sebelum ini.

"Badan Perhubungan UMNO Negeri perlu segera menyelesaikan perkara ini kerana ia penting untuk menentukan hala tuju UMNO pada pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Wisma UMNO, di sini semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir Nawawi Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sharif, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Maznah Hamid, dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut memberi jaminan akan berlaku adil dalam menyelesaikan perselisihan faham antara Ali dan puak 'Gerakan Anti Ali'.

"Saya berharap UMNO bahagian lain di negeri ini akan mengambil perhatian serius terhadap apa yang berlaku di Sungai Petani kerana ianya berpotensi memudaratkan keutuhan parti sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana," katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie juga menggesa semua UMNO bahagian dan cawangan agar segera berusaha menjejaki ahli UMNO yang tidak dapat dikesan kerana bilangan golongan itu semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Sejumlah 818 ahli UMNO golongan itu yang tidak dapat dikesan di Parlimen Jerlun adalah angka yang besar dan perlu diberi perhatian segera oleh akar umbi parti kerana ia antara faktor penentu kemenangan parti pada pilihan raya akan datang.

Admin : dok kalut dalam rumah tangga sendiri pon tak selesai2 last dok komen parti orang...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHdAw2Wv6ykIz_pung1GYxNEdKpaBkmgsZPJ2OszWia-TV2SdT-hHdIRHll_4dftLtgcf3kIzSQdHyNY3y8Oslq3-DWV5T_VtDDHzAZJEy_BbLxf86EBeODYYhyjCpB7wqKi9QFHgtDAuc/s1600/2010-07-18_031249.jpg

HARUS KE WAJIB ?

Posted: 17 Jul 2010 07:08 PM PDT

TAK HABIS HABIS TIPU MELAYU


HARUSSANI MAHU SATUKAN ORANG MELAYU - melayau

Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti UMNO dan Pas.

"Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (UMNO dan Pas) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di sini hari ini.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

KAH KAH KAH

woit… BERSATU INI NAK BUAT APA?.... kah kah kah..

woit…. BERSATU INI NAK GOTONG ROYONG ANGKAT RUMAH KE?..... kah kah kah…

woit…BERSATU INI UNTUK SEMBAH RAJA GOPAL?….TAK PAYAH LAAA…. kah kah kah..

woit…BERSATU INI UNTUK UNDI GEROMBOLAN?…. TAK PAYAHLAAAA…. kah kah kah..

woit… DAH BANYAK MATI…. DAH BANYAK RUNTUH…TERIMA KASEHLAAA….. kah kah kah..

woit… KAMI ORANG ASLI … KAMI ORANG PENANG… KAMI SEMELAI… KAMI DAYAK… KAMI BUKAN MELAYU….. kah kah kah….

woit… DAH SERIK KENA TIPU…. TAK CAYA?.... kah kah kah..

kah kah kah.. TAK LAMA LAGI AKAN KELUAR BERITA TIPU BESAR....kah kah kah..

kah kah kah....31 OGOS HARI MALAYSIA…. kah kah kah..'

kah kah kah… INI TIPU…. HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER…. TAK CAYA TUNGGU…. kah kah kah..

kah kah kah... TIAP TIAP TAHUN MELAYU KENA TIPU....kah kah kah

nota:
ini mandi haruss ke
mandi wajib kah kah kah

TT.

Najib & Rosmah berbelanja 3.9 billion setahun?

Posted: 17 Jul 2010 07:07 PM PDT

Rakyat disuruh berjimat cermat dalam masa sama dicekik dengan pelbagai cukai. Tetapi pemimpin boros tanpa had. Apabila barang-barang keperluan asas dinaikkan kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah teramat sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional, Rakyat bawahan khususnya yang berpendapatan rendah dan 75% daripadanya adalah bumiputra termasuklah Umnoputra yang selama ini jatuh bangun menyokon Umno-BN.

Tetapi pemimpin Umno-BN ini bijak menipu rakyat. Ia memeras rakyat tetapi tetap berkehendakkan rakyat terus memujinya. Sebab itulah tajuk berita media: "Subsidi diturunkan.." "Penyelarasan harga barang.." " Najib berani…" "rasionalisme subsidi..". Kekadang editor serta wartawan macam ni takde hati perut ke? Tidakkah mereka menyembunyikan maklumat untuk bersekongkol dengan kerajaan bagi memeras rakyat marhaen. Rakyat dan sebangsa mereka sendiri demi kepentingan habuan dan periuk nasi mereka. Sepatutnya mereka jujur dengan data yang sebenar. Siapa yang boros? Siapa yang membazir dan salah urus dana awam termasuk syarikat-syarikat GLC. Mereka sepatutnya mempunyai etika dan amanah untuk melapurkan kemana sebenarnya perjalanan kewangan Negara yang merupakan milik rakyat. Tetapi malang apabila mereka menjadi hamba dan diperkudakan pemimpin.

1. Pembaziran Pilihanraya Kecil
Kenapa mereka tidak lapur pembaziran yang berlaku setiap kali pilihanraya kecil? Dia siapa yang mereka guna? Duit Umno atau duit rakyat? Terakhir pilihanraya Sibu. Hampir 2 billion ditabur demi kepentingan politik sempit Umno-BN. Apa jadi. Pengundi Sibu berkata: " Terimkasih Najib kerana sudi meluangkan masa dan membahagi angpau!..."

2. Perbelanjaan JPM diketuai Najib
Rakyat dinaikkan harga barang untuk berjimat 750 juta tetapi untuk pemimpin? Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 bilion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri yang disayangi Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM 3,900 juta bukan sedikit. Kemana duit itu dibelanjakan. Sepatutnya media cari maklumat dan dedahkan untuk pengetahuan rakyat.

3. Subsidi konglomerat dan subsidi rakyat
Rakyat juga ingin tahu perbandingan subsidi terhadap rakyat dan subsidi terhadap kroni-kroni mereka. Contohnya "Negara memberikan subsidi sebanyak RM20 bilion setahun kepada IPP iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power. Kenapa? Sedangkan sudah ada TNB milik rakyat. Kenapa bersekongkol duit rakyat demi kepentingan IPP. Subsidi 20 billion tetapi mencekik rakyat untuk 750juta. Tidak lain dan tidak bukan dibelakang syarikat tersebut adalah kroni-kroni mereka termasuk anak Dr Mahathir sendiri. Biar rakyat mampus asal kroni dan anak mereka billionair.
Syarikat-syarikat pengeluar tenaga independen (IPP) mendapat keuntungan berlipat kali ganda akibat sistem subsidi bahan api yang tidak masuk akal. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengakui IPP mendapat bekalan gas dengan harga RM6.40 bagi setiap mmBtu (juta unit Termal British) sedangkan harga pasaran RM41 mmBtu. Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Petronas sendiri menjual gas kepada IPP di bawah harga kos pengeluarannya, sebanyak RM15 hingga RM16 mmBtu. Tambahnya, keadaan ini menyebabkan "IPP mampu mengaut keuntungan yang tinggi." "Penjualan gas kepada IPP
adalah tidak munasabah sedangkan kos pengeluaran gas ialah RM15 hingga RM16 mmBtu dan harga pasaran pula mencecah RM41 mmBtu.
Gas diberi subsidi tetapi rakyat dinaikkan harga gas. Sedangkan kita menggunakan gas yang disedut diperairan Terengganu, diproses dan dibotolkan di Paka-Kerteh dan dijual dengan harga yang dinaikkan kepada RM1.85 sekilo. Apa ke menatang subsidinya? Mereka dapat gas percuma kurnian Allah dan dicekik rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Tahukan saudara YTL di Paka-Kerteh mengaut untung RM1.5 juta sehari, RM40 juta sebulan dan RM500 juta setahun. Apa kepakaran mereka? Hanya sekadar menculik kepakaran dan kemahiran pekerja TNB, jiran sebelah. Tetapi rakyat dicekik dan syarikat kroni yang untung beratus juta diberi subsidi? Apa rasionalnya memberi subsidi gas kepada IPP RM35.7 bilion, manakala sektor penjanaan tenaga pula mendapat manfaat daripada subsidi keseluruhan yang berjumlah RM62.6 bilion berbanding memberi subsidi kepada rakyat?

Itu baru syarikat tenaga. Macamana syarikat-syarikat lain?
Sebab itu kita melihat kekayaan pemimpin Umno luar biasa. Baru sepenggal menjadi wakil rakyat mengalahkan taukey dadah. Itu belum kira yang memerintah dan berkuasa sehingga kepala botak dan beruban. Lihatlah kekayaan Ketua Menteri Sarawak!

Apa yang dapat diperhatikan tentang kenaikan harga barang bertali arus ini sebenarnya usaha yang dilakukan oleh Najib sebagai persiapan mengumpul dana untuk menghadapi pilihanraya. Baru-baru ini disangkakan taukey judi akan melabur besar jika diluluskan lesen judi bola tetapi gagal. Akibatnya sekarang rakyat diperas untuk mencukupkan keperluan kewangan yang lebih besar bagi memastikan Umno-BN terus memerintah.

Hasrat ini perlu dihalang. Jom bersama-sama kita selamatkan Terengganu. Selamatkan Malaysia dari tangan-tangan khianat ini. Semoga dapat dipertingkatkan kefahaman dan capaian maklumat kepada rakyat agar tidak terus dibutakan oleh pemimpin Umno-BN.

Enggan aktif, Mat Taib perlu letak jawatan..ha..ha...UMNO sembelih UMNO..!!

Posted: 17 Jul 2010 07:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 Julai - Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib perlu melepaskan jawatannya dengan segera supaya UMNO bahagian itu dapat meneruskan perjuangan dalam menghadapi pilihan raya akan datang.
Ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia, Datuk Salamon Selamat berkata, langkah itu perlu selepas bekas Menteri Besar Selangor itu dilihat 'tidak bermaya' dalam menjalankan tugasnya sebagai ketua bahagian itu sejak dua tahun lalu.
"Tidak ada sebarang isyarat daripada beliau (Muhammad) tentang apa yang hendak dilakukan. Beliau juga langsung tidak keluarkan kenyataan, arahan atau menentukan arah tuju kepada pemimpin UMNO di bawahnya.
"Kepimpinan UMNO Kelana Jaya mesti nampak ke depan dan mempunyai banyak idea dalam menyatukan orang UMNO dan Melayu terutama sekali dalam keadaan politik di bawah negeri pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas desakan pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Kelana Jaya yang menuntut Muhammad membuat keputusan sama ada mahu kekal menerajui mereka atau meletakkan jawatan.
Ini berikutan bekas Menteri Besar Selangor itu memencilkan diri terhadap perjalanan UMNO bahagian berkenaan sejak hampir dua tahun lalu.
Salamon yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Shah Alam berkata, UMNO Kelana Jaya buat masa ini amat memerlukan seorang pemimpin yang lebih bersemangat dan berwawasan untuk menggerakkan jentera parti di peringkat cawangan hingga ke peringkat atas.
"Muhammad perlu melakukan sesuatu dalam mengembalikan keyakinan kepimpinan muda dan lama UMNO di bahagian itu demi masa depan orang Melayu.
"Saya sebagai pemimpin Veteran UMNO, di sini cuma melontarkan pandangan dan sekiranya beliau mahu cergas dalam politik semasa kita alu-alukan. Jika mahu berundur ia perlu dilakukan melalui perbincangan bersama UMNO di bahagian itu dalam meningkatkan kekuatan UMNO negeri," katanya.

MUFTI NI NGINGAU APE???

Posted: 17 Jul 2010 07:00 PM PDT

Apahal lagi Harusani ni. Tiba tiba ada plak cerita wakil PAS dan umNO datang jumpe dia bertanya bagaimana nak menyatukan kedua dua parti. Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak." SINI Aku jadi musykil sebab Harusani pernah cerita pasal perpaduan masa nak tubuh kerajaan Perak. Versi cerita Harusani jauh lari dari hakikat kebenaran, tiba tiba cerita pulak kononnya ada pemimpin PAS jumpa beliau. Kalau ini cerita baru , aku sangat sangsi... kalau cerita dulu... Harusani yang cari pemimpin PAS.

Aku nak tahu pemimpin mana yang nak jumpa Harusani bincang pasal penyatuan ini. Setahu aku pemimpin PAS khususnya di Perak langsung tak percaya dengan Harusani ni. Apatah lagi nak harapkan beliau menyatukan PAS dengan umNO. PAS pun dah buat keputusan berkali kali takkan bersatu dengan umNO. Nak kata Harusani ni mengingau takkan mengingau masa rasmi majlis? Nak kata nyanyuk ...ade potensi agaknye.... Maklumle..melayu..melayu.. adalah ratib Harusani...

Memang ada rombongan PAS jumpa Harusani selepas umNO rompak kerajaan ini khususny pemuda negeri... tapi bukan pasal penyatuan PAS dan umNO... hanya Harusani yang meratipkan penyatuan melayu PAS dan umNO sedangkan pemuda tak layan pun...

Aku sangat bimbang dengan perkembangan Harusani kebelakangan ni... Kalaulah apa yang dikatakan Harusani ni satu kebenaran... sila sebut pemimpin mana supaya mereka boleh menjelaskan keadaan sebenar... Jangan mengingau tengah hari... apatah lagi takut nanti orang cop Mufti Pembohong!!!

Gula : Adakah benar Najib Prihatin tentang Kesihatan Rakyat?

Posted: 17 Jul 2010 06:48 PM PDT

Antara alasan Najib untuk menaikkan harga gula ialah rakyat Malaysia perlu mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya kerana ianya melibatkan isu kesihatan dimana kira-kira 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes dan peningkatan jumlah penghidap diabetes.

Bagi membuktikan apa yang didakwa Najib itu benar maka hari ini berlumba-lumbalah Media elektronik dan cetak yang ditunggangi UMNO menyiarkan kisah-kisah tentang diabetes atau penyakit kencing manis yang berpunca dari pengambilan gula yang berlebihan.

Kisah demi kisah dipaparkan agar rakyat berterima kasih kepada Najib kerana berusaha mengawal penyakit itu dengan menaikkan harga gula.. opss silap pulak dah.. bukan menaikan tapi menyelaraskan harga gula itu..

Antara kisahnya ialah Bayi berusia 6 bulan pun boleh kena Diabetes.berita penuh sila baca di SINI.

Hakikatnya.. Adakah Najib benar-benar prihatin akan kesihatan Rakyat Malaysia?

JIka benar beliau prihatin akan kesihatan Rakyat Malaysia sepatutnya yang perlu dinaikkan atau diselaraskan harga ialah Rokok dan Arak.. bukannya gula..

Rokok yang terbukti membahayakan Kesihatan dan Arak yang menyebabkan kita hilang kewarasan lantas bertindak tanpa menggunakan fikiran.

Najib bukan pedulikan tentang kesihatan rakyat Malaysia pun.. apa yang difikirkannya ialah bagaimana boleh mendatangkan keuntungan dengan segera kepada Kilang gula yang kini dikuasai Felda Holding..

Kecuali ladang tebu miliknya di Perlis, Pada 31 October 2009 PBB Group yang dikuasai oleh Robert Kuok telah mengeluarkan kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau akan melupuskan pegangannya dalam perusahaan gula yang berjumlah RM1.29Billion kepada Felda Holding.lagi berita sila baca di SINI

Tidakkah saudara hairan kenapakah seorang usahawan yang menguasai sebuah perusahaan yang telah menjadikannya kaya-raya begitu mudah melepaskan atau melupuskan kesemua kepentingannya itu begitu mudah?

Kenapakah Robert Kuok bertindak menjual kepentingannya begitu saja sedangkan perniagaan itu menjanjikan keuntungan yang berterusan?

Kenapa beliau tidak mewariskan sahaja perusahaan itu kepada anak-anaknya?

Menurut seorang sahabat yang bertugas didalam industry pengeluaran gula yang pernah dikuasai oleh Robert Kuok itu, sebelum Robert Kuok melepaskan pegangannya itu terdapat banyak tekanan dari agensi kerajaan terhadap perusahaannya itu.

Tekanan yang sangat luarbiasa dari berbagai-bagai agensi penguatkuasaan.

Kita telah melihat dalam masa tidak sampaipun setahun Felda Holding menguasai industry pengeluaran gula kenaikkan atau pelarasan sebagaimana yang disebut Najib meningkat 45 sen..

Kali pertama harganya dinaikkan sebanyak 20 sen menjelang 1 January yang lalu dan kali kedua baru-baru ini sebanyak 25 sen lagi dinaikkan.

Dan menurut Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

45 Sen harga gula telah dinaikkan bila industry itu dikuasai Felda Holding!

Tetapi semasa Robert Kwok menguasai industri pengeluaran gula ini untuk mendapatkan kenaikkan 5 sen bagi setiap Kilogram Gula, beliau telah memohonnya selama lima tahun dari Kerajaan dan hasilnya tiada kebenaran diberikan..menurut sahabat itu juga.

Jadi fikirkanlah wahai saudara-saudara ku.. adakah benar Najib menaikkan harga Gula kerana beliau prihatin dengan kesihatan Rakyat Malaysia atau kerana kepentingan Felda??

Harussani semakin bercelaru.

Posted: 17 Jul 2010 06:45 PM PDT

6 Syaaban 1431.
Drs. Khalil Idham Lim

Saya sangat terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini. Nampaknya dia semakin bercalaru dan semakin menampakkan usia senjanya yang kurang jelas ke mana halatujunya sebenar.

Katanya sebagai dipetik dalam Malaysiakini "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh hari kelmarin.

Satu perkara yang mengejutkan bila Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Siapa pula yang dimaksudkan oleh Harussani terutamanya dari PAS. Saya kira satu kenyataan yang bahatya dan perlu dibuktikan oleh beliau, bukannya main lepas cakap. Ataupun perbualan biasa dengan orang yang didakwa PAS oleh belia dan dia mahu memutar belit fakta untuk sekian kalinya.

Harussani mendakwa beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Persoalannya kita hendaklah kembali kepada perkara asal yang menjadi polimik antara beliau dengan bekas Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang. Yang jelas menunjukkan Harussani berbohong dan memutar belit fakta yang sebenar.

Sebelum ini Ust.Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," kata Ahmad Awang sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui – dalam perbualan telefon dengan Harussani – mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) – lebih kurang 10 minit itu – beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh, penghujung hayat seorang mufti yang dulunya terkenal dengan pelbagai isu seperti murtad, sudah sangat bercelaru dan kabur. Harussani sudah menjadi pejuang assobiah dan mempertahankan perjuangan UMNO yang "sesat " itu.

Atau kalau dia berani dan sudah kecewa, bolehlah dia berkata dan menyokong kenyataan Shafei Afdal yang mengatakan PAS adalah parti ajaran sesat!!! Sesudah itu buatkan kempen besar-besaran untuk menarik orang melayu termasuk orang PAS untuk meninggalkan parti sesat seperti kata Shafei.

Berani ? buatlah kalau engkau berani wahai Harussani.......

Akhbar langgar perintah boikot Taib

Posted: 17 Jul 2010 06:42 PM PDT

See Chee How Oleh Roselind Jarrow
KUCHING: Empat akhbar hari ini melanggar perintah boikot yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri supaya tidak membuat liputan sidang akhbar anjuran pemimpin-pemimpin PKR.
Sementara lapan pertubuhan berita lain berpengkalan di Sarawak tidak menghantar wakil mereka untuk menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, di ibu pejabat parti kelmarin.

Sebelum ini, hampir semua akhbar menghantar wartawan mereka membuat liputan sidang media PKR.
Beberapa pemimpin PKR negeri yang tidak mengetahui tentang perintah boikot itu merasa hairan kerana mendapati hanya beberapa kerat wartawan sahaja yang datang untuk mendengar taklimat.
Ketua Penerangan PKR, See Chee How, mengesahkan bahawa beliau telah menghubungi kesemua akhbar dan menjemput mereka supaya menghantar wakil ke sidang akhbar itu.
Ketidakhadiran mereka boleh difahami kerana kebanyakan pertubuhan akhbar, sama ada pro-Barisan Nasional atau dimiliki oleh tauke-tauke balak kerana bimbang lesen mereka ditarik balik.
Awal bulan ini, perintah boikot dikeluarkan terhadap editor dan pemilik akhbar-akhbar berikutan tiga laporan kepada Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pemimpin-pemimpin PKR.
"Kurang siuman"
Laporan-laporan itu mendedahan tentang nilai hartanah berbilion ringgit di Kanada, Amerika Syarikat, England dan Australia yang didakwa dimiliki oleh Ketua Menteri Taib Mahmud dan keluarganya.
Para pemimpin PKR mahu SPRM segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Arahan itu, yang dibuat melalui Jabatan Penerangan, jelas sebagai tindak balas terhadap para pemimpin parti itu.
Bian baru kembali dari London di mana beliau pergi melihat bangunan yang dipercayai milik keluarga Taib.
Melahirkan rasa marahnya terhadap hartanah di luar negara yang begitu meluas dimiliki oleh ketua menteri dan keluarganya, Bian berkata, apa yang rakyat tahu hanya sedikit sahaja.
"Bagi kami, adalah sesuatu yang memeranjatkan apabila kami membaca satu persatu laporan mengenai hartanah Taib dan keluarganya," katanya.
Bian membidas arahan itu, dengan berkata, arahan itu adalah reaksi dari manusia yang "kurang siuman".

NOH SILA DEDAHKAN SYARIKAT YANG DAPAT TENDER KOTAK IKAN !!

Posted: 17 Jul 2010 06:41 PM PDT




SEKARANG MAIN POLITIK DEDAH-DEDAH !!! KAH KAH KAH

INI SERONOK NIH !!!! KAH KAH KAH

JOM KITA TENGOK SIAPA YANG UNTUNG BILA KITA MAIN DEDAH-DEDAH NIH !!!!

EZAM SUKA MAIN POLITIK NIH !!!!!!

INI POLITIK DEDAH NIH KENA MENUNTUT DENGAN EZAM !!!!

APA LAGI YANG BOLEH DIDEDAH ??????????????








TO BE OR NOT TO BE ???????????

TO DEDAH OR NOT TO DEDAH ?????????????

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
by MB Warrior

PM: Tanggungjawab wakil rakyat tentukan sokongan kepada BN..ha.ha..ha..!!

Posted: 17 Jul 2010 06:36 PM PDT

KOTA KINABALU, 18 Julai — Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta supaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi dalam menjaga kawasan masing-masing.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tanggungjawab wakil rakyat terhadap kawasan masing-masing akan meyakinkan dan mengesahkan sokongan rakyat terhadap BN.
"Kalau kita ingat tanggungjawab kita terhadap rakyat, alangkah cerianya sekiranya semua negeri dikuasai BN," katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2010 di sini malam tadi.
Najib berkata wakil-wakil rakyat menghargai peranan isteri masing-masing dalam menyokong dan memberi semangat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
Isteri mereka merupakan sendi kekuatan BN sekiranya wakil-wakil rakyat dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sehingga disayangi oleh rakyat, katanya.
Beliau berkata isteri merupakan "rakan perniagaan" suami dalam rumahtangga yang memastikan ruamhtangga diurus dengan baik agar suami dapat melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik dan cemerlang.
Sementara itu, Najib berkata Badan Amal dan Kebajikan Negeri yang dianggotai oleh isteri wakil-wakil rakyat juga berperanan dalam memperjuangkan isu-isu sosial bagi memastikan matlamat kerajaan dalam usaha pembangunan tercapai.
Beliau berkata badan-badan berkenaan boleh memilih isu untuk diperjuangkan seperti pembasmian kemiskinan, pemuliharaan alam sekitar dan kemasyarakatan.
"Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang berpengaruh, anda boleh memilih mana-mana isu sosial sebagai antara usaha membantu kerajaan.
"Saya percaya isteri-isteri dalam badan amal ini mampu memainkan peranan ini dan suami amat menghargai sumbangan mereka," katanya. — Bernama

SPR digesa permudah pengundi tukar alamat

Posted: 17 Jul 2010 06:34 PM PDT

BATU GAJAH, 18 Julai: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh, kelmarin.
Program yang dimulakan pada pukul 6.30 petang itu mendapat sambutan sangat menggalakkan di mana ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.
Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan namun penukaran hanya boleh dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos besar.
"Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi," katanya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan itu.
Katanya, bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut, yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke pejabatb SPR atau pejabat pos.
Beliau menjangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan.
Justeru, Sivakumar menyeru agar orang ramai  yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi.
"Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my," ujarnya.

Pakatan dahului BN daftar pemilih baru, DAP terus agresif

Posted: 17 Jul 2010 06:31 PM PDT


PUTRAJAYA, 18 Julai — Mendaftar pemilih baru menerusi penolong pendaftar oleh parti politik muncul kaedah paling popular manakala Pakatan Rakyat (PR) lebih agresif mengambil peluang ini dengan bilangan didaftar oleh ikatan itu sepanjang enam bulan pertama tahun ini dua kali lebih besar berbanding Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.
PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.
'Kek' dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.
PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.
Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.
Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.
Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.
Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.
Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).
PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).
PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.
Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.
Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program 'outreach', kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.
Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.
Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.
Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.
Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.
Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.
Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.
Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.
Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.
Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.
Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.
Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.

Prestasi BN di Sarawak tentukan cepat atau lewat PRU13, ramal Ku Li

Posted: 17 Jul 2010 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Julai — Tarikh menentukan pilihan raya umum terletak di tangan di Perdana Menteri, pun begitu Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan ia bergantung kepada prestasi Barisan Nasional (BN) di Sarawak, yang pilihan raya negeri perlu diadakan menjelang pertengahan 2011. Mandat lima tahun pentadbiran kerajaan negeri akan berakhir menjelang Julai 2011.
Ketika diajukan soalan berdasarkan spekulasi semasa, ahli politik veteran ini percaya kemenangan selesa BN di Sarawak akan mempercepatkan pilihan raya umum dalam tempoh beberapa bulan di awal 2012.
Jika kerajaan negeri BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga ataupun gagal berbanding prestasi semasa 2001 dan 2006, pilihan raya umum ke-13 hanya akan berlangsung lewat 2012.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dengan mengambil kira beberapa kemungkinan, meramalkan paling cepat pun pilihan raya umum akan diadakan pada 2012.
Semasa ditemu bual khas oleh The Malaysian Insider di sini Jumaat lalu, Razaleigh yang mesra dikenali dengan panggilan Ku Li berpendapat bahawa prestasi baik BN adalah sangat penting kerana ia akan menjadi bayangan kepada ikatan itu mengekalkan kuasa peringkat persekutuan.
"Ia sangat bergantung pada keputusan (pilihan raya Sarawak). Jika kemenangan tidak memihak kepada BN, misalnya kekalkan kuasa di Sarawak (dengan majoriti kecil), maka ia akan memberi kesan di Sabah (dan kemudian di Semenanjung)," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini.
Difahamkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sendiri akan mengetuai misi BN negeri menghadapi pilihan raya negeri meskipun sudah wujud desakan agar ahli politik veteran itu meletakkan  jawatan sebagai ketua kerajaan negeri.
Kata beliau, fikiran atau sentimen di peringkat bawah adalah isyarat tarikh pilihan raya umum akan ditentukan.
"Anda kena menentukan tarikh pilihan raya berdasarkan fikiran orang ramai di peringkat bawah atau iklim ekonomi negara," katanya.
"Reaksi publik adalah kayu ukuran terbaik, lihat pada keputusan beberapa pilihan raya kecil.
"Melihat pada keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor, BN kelihatan gembira. Mereka terkejut apabila keputusan Sibu keluar (Mei lalu)," kata Razaleigh.
Bekas menteri kewangan ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kemenangan DAP di Sibu telah memaksa BN menggugurkan rancangan mereka untuk mengadakan pilihan raya negeri dan nasional serentak.
"Saya merasakan mereka telah merancang untuk mengadakan pilihan raya umum serentak bersama negeri jika mereka menang di Sibu. BN berpendapat bahawa mengadakan pilihan raya umum bersama adalah langkah baik.
"Itu percaturan mereka, tetapi selepas mereka kalah di Sibu, mereka memutuskan untuk tidak meneruskan pelan mereka," kata Razaleigh.
Pada pilihan raya umum Mei lalu DAP yang bertanding mewakili Pakatan Rakyat memenangi kerusi itu julung kali, yang diadakan dua minggu selepas kemenangan BN di Hulu Selangor, mengejutkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memburu kemenangan kedua berturut-turut menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bukan Orang Melayu...Tetapi UMNO..!!

Posted: 17 Jul 2010 06:29 PM PDT

Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.
''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Kenyataan Mufti Assobiyyah Tan Sri Harussani mengenai kerisauan tak bertempat beliau sekiranya dua parti Melayu iaitu Pas (Parti Islam) dan Umno (Parti Melayu) tidak mahu bersatu,akan menyebabkan Orang melayu hilang kuasa pada PRU 13 nanti,Sebenarnya bukanlah Melayu yang hilang kuasa tetapi Umnolah yang akan kehilangan kuasanya pada PRU 13,inilah yang paling ditakuti dan dirisaukan oleh beliau,yang teramat sangat kasihnya beliau kepada Umno Haprak ini.

Apakah sebagai seorang Mufti yang mempunyai ilmu yang cukup hebat,tidak yakin dengan ketentuan dan perancangan Allah,Sedangkan Allah yang berkuasa menentukan sesiapa yang mahu diangkatnya menjadi penguasa dibumi ini.Apakah beliau mentafsirkan bahawa Umno sahajalah yang berkuasa memberikan sesuatu kepada orang Melayu diatas bumi ini.Dimakakah keyakinan kita dengan sifat Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah.

Sirah telah banyak menceritakan kepada kita tentang kehebatan para ulamak di zaman dahulu,salah seorangnya bernama Bal am,dipandang mulia dan hebat oleh masyarakat,doanya setiasa dimakbul oleh Allah,anak muridnya beribu-ribu,tetapi hanya kerana habuan dunia beliau sanggup mendoakan keburukan kepada nabi Musa sehingga Allah menghancurkannya.


Juragan : Pastikan Kita Berilmu dan Mengenali Ulamak atau Ular Dalam Semak..
( Ular Dalam Semak : Keluar hanya sesekali,apabila ada kepentingan )

 Oleh Juragan

Ingatan Mufti Harusanasini - UMNO kian terdesak !

Posted: 17 Jul 2010 06:28 PM PDT

by radens albanjari
Mohon pencerahan, siapakah pemimpin PAS yang pergi berjumpa Tok Mufti itu ? Biarpun agendanya bukan kepada penyatuan PAS dan UMNO, dan sekadar mendapatkan 'pandangan', maka perlukah pandangan itu harus berkiblatkan kepada Tok Mufti ini ? Atau ada agenda lain yang mahu digelapkan kepengetahuan umum..??

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya: ''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.
''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."
Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

Anaksengat - Apahal lagi Harusani ni. Tiba tiba ada plak cerita wakil PAS dan umNO datang jumpe dia bertanya bagaimana nak menyatukan kedua dua parti.

Harussani berkata terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.


Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak." SINI Aku jadi musykil sebab Harusani pernah cerita pasal perpaduan masa nak tubuh kerajaan Perak.

Versi cerita Harusani jauh lari dari hakikat kebenaran, tiba tiba cerita pulak kononnya ada pemimpin PAS jumpa beliau. Kalau ini cerita baru , aku sangat sangsi... kalau cerita dulu... Harusani yang cari pemimpin PAS.


Aku nak tahu pemimpin mana yang nak jumpa Harusani bincang pasal penyatuan ini. Setahu aku pemimpin PAS khususnya di Perak langsung tak percaya dengan Harusani ni. Apatah lagi nak harapkan beliau menyatukan PAS dengan umNO. P

AS pun dah buat keputusan berkali kali takkan bersatu dengan umNO. Nak kata Harusani ni mengingau takkan mengingau masa rasmi majlis? Nak kata nyanyuk ...ade potensi agaknye.... Maklumle..melayu..melayu.. adalah ratib Harusani...


Memang ada rombongan PAS jumpa Harusani selepas umNO rompak kerajaan ini khususny pemuda negeri... tapi bukan pasal penyatuan PAS dan umNO... hanya Harusani yang meratipkan penyatuan melayu PAS dan umNO sedangkan pemuda tak layan pun...

Aku sangat bimbang dengan perkembangan Harusani kebelakangan ni... Kalaulah apa yang dikatakan Harusani ni satu kebenaran... sila sebut pemimpin mana supaya mereka boleh menjelaskan keadaan sebenar... Jangan mengingau tengah hari... apatah lagi takut nanti orang cop Mufti Pembohong!!!