Khamis, 15 Julai 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Monolog bernilai 5 sen

Posted: 15 Jul 2010 06:47 PM PDT

Monolog ini ditujukan khas buat penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional walau dimana jua anda berada.. dengan ucapan Salam 1Malaysia.. terimalah kenaikkan harga barangan asas ini sebagai dugaan hidup..

Kesulitan anda sekarang adalah untuk kesenangan anda dimasa hadapan..

Dan jangan lupa untuk terus memberikan sokongan anda yang padu kepada UMNO dan Barisan Nasional..

1Malaysia.. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan......




Tribute untuk UMNORISME


Ahhh! 5 sen jer. Takkan itu pun nak riuh!!!

Pasir yang diorang curi kat Selangor tu lagi banyak.

Entah berapa juta diorang dah ambik...

nak bising-bising pasal minyak naik 5 sen?

Bersyukurlahhh...

kat Singapore, Hong Kong, Taiwan, Thailand petrol lagi mahal ooo...

Korang ingat sesaje kerajaan membazir duit yang kita bayar tuh?

cuba tengok keliling korang,

Jalanraya, highway, sekolah, hospital, lapangan terbang

korang tau tak, Jambatan Pulau Pinang tu yang terpanjang kat Asia...

KLCC tu...menara berkembar tertinggi di dunia!!!

kat Bangladesh, Zimbabwe, Sudan ada tak benda-benda macam ni?

tak jumpa yobbb!!!

Tu pun korang nak bising-bising.

Berkorbanlah sikit, apa salahnya...

apa korang tak sayang kan negara ke?

Hahhh!!! Apa???

Tak patriotik langsung!!!

yob...

negara kita nak bankrap lagi 9 tahun yob,

inilah masanya nak tolong negara kita...

inilah masanya kita buktikan semangat patriotik kita...

bila lagi nak berkorban untuk negara?

jangan kata nak lawan Israel

berdemo depan US Embassy pun hang pa tak berani,

takkan petrol naik 5 sen hang pa nak riuh!!!

Sudah la yob

Cuba la fikir secara rasional...

guna la otak kepala lutut tu sikit

Hat mana-mana yang selalu membazir tu jimatkan la sikit

tak payah makan ikan kembong, ikan bilis pun ada...

kalu makan 2 kali sehari

Cuba tukar diet tu...

makan 2 hari sekali....

Ishhh, tak pernah aku dengar orang mati tak makan 2 hari sekali

Makan nasi, kandungan gulanya banyak,

elok sangat la kerajaan naikkan harga gula

apa orang kata...

kurangkan gula dalam minuman,

lebihkan gula dalam senyuman...gitu la lebih kurang.

Ehhh...ehhh! Dah terlambat nihhh!

Kul 12 nanti harga minyak naik 5 sen...

diorang dah beratur panjang kat stesyen minyak nih

nak isi minyak penuh-penuh

nanti boleh la tahan sampai tahun depan!!!

banyak safe tu yob...

Sehari 5 sen,

Kalu setahun dah berapa?

Ok jumpa lagi...

Assalamualaikum!!!!






Dari Anak Sungai Derhaka

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Posted: 15 Jul 2010 07:16 AM PDT

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian diUTAMAKAN"
Inilah yang dikatakan Limau Purut 5 setangkai, Buta Perut tak ada Akai...

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumumanmalam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram


Berikut adalah harga baru gas:

Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.
Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.



Sumber MalaysiaKini

Anwar bakal hadapi cabaran dahsyat

Posted: 15 Jul 2010 07:09 AM PDT

Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.

Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing.

"Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar.

"Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen.

Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.

Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu.

Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.

Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara.

Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.

Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar.

"12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.

Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri.

"Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan.

"Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno.

"Mereka bimbang dan panik dengan populariti yang ada pada Anwar,
" ujar beliau lagi.

Pun begitu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah tidak beretika yang dicipta oleh Umno.

Ini kerana, beliau berkata, rakyat kian rasional dan tidak boleh menerima dakwaan tanpa asas seperti yang ditiupkan Umno dalam media-media arus perdana belakangan ini.

"Untuk menjadi seorang 'ejen asing', seseorang itu dilatih tidak kurang 10 tahun, tetapi Anwar lebih hebat kerana lepas 'tapisan keselamatan', dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri).

"Mustahil satu watak ini boleh menjadi pelbagai ejen beberapa negara asing," kata beliau sambil menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada satu temuramah lain, tidak menolak kemungkinan bahawa Umno bakal mengaitkan Anwar dengan kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu kelak.

"Tak lama lagi, Anwar mungkin akan dituduh agen Mongolia atau pernah jadi tukang gaji Altantuya, ini kerana sebelum ini pun terlalu banyak dakwaan Umno menggelikan hati saya," beliau berseloroh di lobi Parlimen.

Ini kerana, beliau berkata, kabinet Najib terpaksa berbuat demikian demi mengalih tumpuan rakyat dari terus mengikuti perbicaraan kes kapal selam Scorpene yang kini sedang memberi keterangan di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture, Perancis, semalam.

"Polis Perancis yang sebut nama Najib, nama Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri) waktu siasat Bala, saksi utama skandal Scorpene, saksi utama kes bunuh gadis Mongolia," beliau menambah sambil tidak menolak kemungkinan yang dibangkitkan oleh Saifuddin sebelum ini.

Khalid Bakal Dedah Nama Pemimpin Umno/BN Dapat Lesen Lombong Pasir

Posted: 15 Jul 2010 03:07 AM PDT

Kerajaan negeri Selangor akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan Umno-BN sebelum ini sebagai langkah menegakkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid juga berkata beliau akan menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beliau juga berharap pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak membangkitkan isu kecurian pasir untuk tujuan politik.

"Saya berharap agar dokumen yang diberikan memadai untuk Timbalan Perdana Menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa bertindak secara professional.

"Ini dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan meskipun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak,
" kata Menteri Besar pada sidang Dewan Negeri Selangor semalam.

Semalam kerajaan negeri surat kepada Muhyiddin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi gejala ini.

Salinan surat juga dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan dalam surat tersebut kejadian curi pasir berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional.



Oleh Norasikin Samsi

Adun BN tolak pelantikannya jadi ketua PAC Selangor

Posted: 15 Jul 2010 02:51 AM PDT

Adun BN dari Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas alasan pelantikan itu bermotifkan politik.

Usul itu dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan pelantikan itu dibuat secara rasmi.

Kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Kini jawatan pengerusi PAC di Parlimen dan DUN diketuai oleh wakil kelab penyokong kerajaan manakala pembangkang pula berkhidmat sebagai anggotanya.

Dalam pada itu Ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan usul pelantikan Shamsuddin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri dibuat berdasarkan kepentingan politik.

Beliau berkata, meskipun usul itu yang dikemukakan Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail diluluskan pada persidangan DUN Selangor hari ini, pelantikan itu dilihat tidak memberi sebarang makna kepada usaha kerajaan negeri yang ingin mewujudkan kebebasan dalam jawatankuasa itu sebab hanya dianggotai seorang lagi Adun BN dari Semenyih, Johan Abdul Aziz manakala lima lain adalah daripada Pakatan Rakyat.

"Jadi bagaimana Pengerusi PAC baru ini boleh melaksanakan tugasnya dengan baik kerana komposisi ini akan sudah pastinya mewujudkan kekangan dalam membuat sesuatu keputusan.

"Sepatutnya PAC negeri haruslah diwakili dua Adun dari Pakatan Rakyat dan lima Adun BN selaku pembangkang
," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan dewan itu hari ini.

Khir menghadiri persidangan DUN setelah tempoh penggantungan selama setahun sejak Julai tahun lepas tamat hari ini.

Pada Julai, Khir yang juga Adun Sungai Panjang, dikenakan tindakan itu kerana mengkritik pelaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Terdahulu, ketika membahaskan usul pelantikan itu, Shamsuddin berkata sekiranya kerajaan negeri mahu melakukan perubahan dalam pentadbiran Selangor, ia seharusnya dilaksanakan secara berkesan.

"Maka untuk berkesan, kita kena ada pasukan bebas yang ramai pembangkang (BN)," katanya.

Umno, PERKASA berdemo di SUK

Posted: 15 Jul 2010 02:39 AM PDT

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.

Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

Anggota polis membentuk benteng manusia bagi memisahkan penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang menunggu untuk 'menyambut' mereka.

Penyokong kedua belah pihak saling mengejek antara satu sama lain.

"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan negeri yang diketuai pengarah penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Baharom.

"PKR rasuah," jawab penyokong Umno.dan PERKASA.

Diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam, mereka sebelum itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi di Masjid Shah Alam, tidak jauh daripada situ sebelum berarak beramai-ramai ke bangunan SUK dengan memakai lencara bertulis "Selangor berlubang, selamatkan rakyat Selangor".

Mereka juga membawa bendera Umno dan bendera Selangor dan pelbagai poster mengkritik pentadbiran hasil pasir melalui syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), antaranya "KSSB monopoli pasir", "Bila tak serupa cakap" dan "RM50 juta pasir mana dia."

Sementara pada masa yang sama, kira-kira 50 penyokong Pakatan pula mula berkumpul di situ pada masa yang sama.

Ketegangan antara kedua-dua pihak tamat apabila polis membenarkan exco Umno negeri Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi PERKASA Selangor Abdullah Mansor menyerahkan memorandum di pintu pagar kepada seorang setiausaha menteri besar.

Memorandum itu antaranya mendesak Khalid menarik balik kuasa monopoli KSSB dalam pengurusan pasir negeri, menamatkan perkhidmatan semua ahli lembaga pengarahnya dan menubuhkan jawatankuas bertindak bagi memulihkan lombong-lombong pasir negeri.


Sumber malaysiakini.

alkerohi

alkerohi


Harga barang : Apabila perompak bersatu dgn pengkhianat

Posted: 15 Jul 2010 04:29 PM PDT

Najib Tun Razak memberitahu wartawan di Alor Setar bahawa kerajaan UMNO menggunakan kaedah dan pertimbangan yang tidak membebankan rakyat dalam proses kenaikkan harga barangan keperluan pengguna.

Siapa lagi jika bukan rakyat yang hendak didahulukan.

Orang Melayu terutama sekali ahli UMNO perlu bangga dengan keputusan Najib Bangsawan yang tidak pernah mengalami kesusahan hidup sejak ia dilahirkan lagi. Ia dibesarkan dalam 'istana bapanya' yang tidak pernah mengenal keperitan masyarakat.

Katanya tindakan UMNO dan kerajaan bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Namun disatu pihak lagi, Jabatan Perdana Menteri sahaja membelanjakan RM4 bilion membakar keringat berdarah rakyat Malaysia.

Semua harga barang yang naik kata Najib, tidak akan membebankan rakyat.

Seorang aktivis masyarakat di Keroh memberitahu, "ianya akan menyenangkan pemimpin UMNO yang sudah dahaga projek. Mereka hutang merata. Rata-rata puak UMNO bergaduh sesama sendiri kerana isu utama iaitu wang projek dimanipulasi oleh satu puak sahaja"

Jika Melayu Kuala Kedah telan sebiji-sebiji apa yang Najib bohongkan, bermakna orang Kuala Kedah yang selama ini dalam keadaan cukup teruk dari segi ekonomi menerima hakikat bahawa mereka tidaklah cerdik.

Mana wang subsidi disalurkan ?

Abdullah Badawi memperuntukkan RM4 bilion subsidi minyak untuk memperbaiki kemudahan pengangkutan awam. Mana wang tersebut jika prasarana itu masih kelihatan sama ?

Orang seperti Najib yang hidup mewah dalam istana bapanya, kerajaan Sarawak yang menganggap negeri itu milik mereka, Sabah yang diketuai oleh pemimpin yang cukup bermasalah, Pahang yang hampir kekeringan dana awamnya, Perak jatuh negeri kedua miskin di Malaysia, Perlis yang mengharapkan bantuan persekutuan, Terengganu yang kaya dengan minyak tetapi rakyatnya masih miskin - selepas 52 tahun merdeka masih seakan-akan negara di Afrika.

Pemimpin, anak-anak, kroni dan kerabat mereka juga hidup dalam kesenangan. Rakyat didahulukan dalam segala keperitan.

Mahu mengharapkan payung negara ? Kebanyakkan mereka sama naik 'mencangkul' projek.

Inilah terjadi apabila perompak bersatu dengan 'pemimpin pengkhianat' lalu memperbodohkan masyarakat dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat .

Jangan terkejut jika dibiarkan, satu hari nanti pentadbir di Malaysia akan melondehkan seluar masing-masing dan memberitahu, "hanya ini sahaja yang tinggal. Khazanah lain telah difaraidkan sesama kami"

Pasir Selangor : Parti langit putra terlibat

Posted: 15 Jul 2010 03:37 AM PDT

Tiba-tiba sahaja isu mencuri pasir di Selangor diheboh-heboh kan oleh media perdana.

Seolah-olah isu ini dilontar dari langit sesudah kerajaan bertukar tangan. Agak-agak siapa dalang, pengkhianat atau yang berperanan disebalik tabir.

Ada jawapan ? Khalid Ibrahim ? Khir Toyo ?

Kenapa Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara berdiam diri dan saling menuding jari ke arah Selangor ?

Itulah jawapannya. Disebalik satu jari yang dituding, ke mana jari-jari lain menunjuk arah.

Tiba-tiba sahaja ? Ya, kerana isu ini datang dari pemimpin dan parti politik langit putra. Tiba-tiba lah.

MB Selangor perlu mendedahkan siapakah muncikari itu.

SINGAMARAJA

SINGAMARAJA


Tiada Sebab Melayu Bersatu

Posted: 15 Jul 2010 12:47 AM PDT

Ahlan Wa Sahlan

Semua orang melayu dari Pas dan UMNO sekarang ini menumpukan perkara yang berkait dengan isu perpaduan melayu sekalipun PAS sudah menutup pintunya kepada UMNO untuk bersatu namun UMNO masih lagi mengharapkan PAS membuka pintu untuk UMNO, apa yang anihnya para pemimpin UMNO masih lagi berkata bahawa PAS memerlukan UMNO, kenyataan ini tentulah ada muslihat pada benak UMNO

Dari dahulu lagi apabila UMNO yang membuat hal dan mengharapkan sesuatu dari PAS maka mereka akan berkata terbalik, itulah perangai UMNO yang pandai buat cerita, ertinya UMNO yang kelaparan tetapi dia kata PAS yang lapar, demikianlah sikap UMNO dari dulu hinggalah sekarang mereka tak pernah nak mengubah peranagi buruknya dari peringkat pucuk pimpinan hinggalah kepada peringkat ahli biasa

PAS bukan tidak kasihan dengan UMNO yang saban hari perjalanan parti melayu mereka bagai kan menongkah arus yang deras dan beransur hanyut dan terus hanyut , mereka mengharapkan PAS memperkuatkan parti tersebut akan tetapi PAS tidak boleh berbuat demikian kerana dasar PAS amat bertentangan dengan UMNO dan PAS tentunya tidak akan menggadaikan prinsip parti tersebut hanya dengan sebab nak selamatkan parti melayu yang ternyata salah disisi agama

Mereka mengharapkan PAS dibubarkan dan ahlinya menyertai UMNO, ini sudah semacam mereka mengundang ahli PAS masuk kedalam bakaran api neraka, ini semua tidak mungkin akan berlaku dalam sejarah politik negara, apa yang mereka sepatutnya lakukan ialah mereka wajib meminda perlembagaan parti mereka kepada islam jika mereka hendak selamatkan kuasa melayu di Negara ini kerana mereka juga melaungkan bahawa mereka juga memperjuangkan islam yang banyak dengan mendirikan banyak masjid di Negara ini

Kenyataan UMNO seolah-olah mereka membuka pekung di dadanya sendiri, yang sangat lemah dalam persoalan agama, apa yang PAS mahu ialah bukan syi'ar akan tetapi hukum yang wajib dilaksanakan untuk daulah islamiyah, jika mereka menyebut soal masjid maka di Negara yang kafirpun mereka membena masjid, inilah kebodohan UMNO tentang hukum agama, kita tidak menafikan bahawa masjid itu penting bagi syiar umat islam akan tetapi yang lebih penting lagi ialah hukum yang merupakan kekuatan umat islam dalam beragama

Perpaduan orang melayu tidak perlu disebut kerana tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah kaum dapat bersatu padu apabila perpaduan kaum itu dilaksanakan sebagai dasar penyatuan kaum semuanya akan berakhir dengan perpecahan melainkan dengan perpaduan didalam konsef islam itu sahaja yang kelihatan selamat dan menyelamatkan kaum

UMNO tidak akan mengubah dasarnya kepada islam, apa yang berlaku ialah hanya pengakuan lisan daripada mulut mereka sahaja yang mengatakan mereka juga memperjuangkan dasar islam, soalannya ialah apa yang mendorong mereka berkata demikian sedangkan dasar perjuangan mereka tidak langsung mencerminkan islam yang sebenar, mereka perlu faham jika hanya dengan pengiktirafan didalam perlembagaan jika disebut sahaja melayu maka dengan sendirinya itulah islam, pandangan ini adalah sangat dangkal dan tidak menesabah langsung, ertinya mereka tidak faham apa itu kaun dan apa itu islam

Kita tidak tahu sampai bila orang UMNO mahu faham tentang kalimah islam dan kaum, sebab itulah bekas perdana menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi menyatakan di London "PAS perlu ada didalam politik negara jika tidak orang melayu dan UMNO akan hanyut" mengapa beliau berkata demikian ? Sebenarnya beliau sudah nampak bahawa kekuatan UMNO sebenarnya ada didalam PAS bukan didalam UMNO itu sendiri, maka orang-orang UMNO hendak menyedari hal ini dengan cara terbuka dan berlapang dada


SIASAH

SIASAH


KDN perbaharui permit Harakah

Posted: 14 Jul 2010 07:31 PM PDT

Ajijoi

Ajijoi


Pesta mengisi minyak anjuran kerajaan BN di seluruh negara malam ini

Posted: 15 Jul 2010 05:49 AM PDT


Hampir kesemua stesen-stesen minyak di seluruh negara diserbu malam ini apabila pesta mengisi minyak yang dianjurkan oleh kerajaan BN setelah diumumkan kenaikan harga kesemua jenis minyak sebanyak RM0.05 sen.

Seperti kebiasaan, apabila pengumuman kenaikan harga minyak di war-warkan, orang ramai mula membanjiri stesen-stesen minyak untuk mendapatkan bekalan minyak bagi kenderaan mereka dengan harga yang lama.

Terima kasih kepada kerajaan BN yang prihatin terhadap hasrat rakyat untuk meraikan pesta mengisi minyak yang semakin kerap dianjurkan.

Sepertimana pengumuman Idris Jala baru-baru ini, penjimatan subsidi bakal menyaksikan kenaikan harga minyak sehingga RM0.15 sen menjelang akhir tahun ini. Ini bermakna kerajaan BN akan menganjurkan pesta mengisi minyak ini lagi memandangkan masih berbaki RM0.10 sen lagi harga minyak yang akan dinaikkan.

Slogan rakyat didahulukan kini bermakna setiap yang merugikan dan membebankan akan didahulukan kepada rakyat.

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Posted: 15 Jul 2010 04:35 AM PDT

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

-malaysiakini


Jimatkan subsidi untuk rakyat atau kroni?

Biaqpila

Biaqpila


Video seks peterporn bertambah panas

Posted: 15 Jul 2010 03:00 PM PDT


Video seks: Polis tahan Luna Maya

JAKARTA, 15 Julai – Aktres dan model Luna Maya telah ditahan polis malam tadi atas alasan “tidak bekerjasama” dalam siasatan pihak berkuasa yang menyiasat kes rakaman adegan seks Peterpan yang tersebar luas sejak awal bulan lalu.

Jurucakap polis kebangsaan Komisioner Marwoto Soeto mengesahkan yang Luna Maya telah ditahan secara formal malam tadi.

“(Luna) telah ditahan kerana tidak bekerjasama ketika siasatan,” kata Marwoto dipetik Jakarta Globe sambil menambah, dia ditahan di bawah Akta Antibahan Lucah dan Kanun Jenayah.

Marwoto berkata Cut Tari tidak ditahan kerana memberikan kerjasama kepada polis.

Laporan Selasa lalu menyebut polis Indonesia akan melanjutkan tahanan anggota utama kumpulan Peterpan, Nazriel “Ariel” Irham manakala teman wanitanya, Cut Tari yang Ahad lalu membuat pengakuan terbuka dialah wanita dalam rakaman video, juga mungkin ditahan.

Ariel, suspek dalam skandal video seks membabitkan akstres Luna Maya dan pengacara Cut Tari, kini ditahan polis di bawah undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan Antibahan Lucah 2008 dan juga kanun jenayah melibatkan perbuatan tidak senonoh.

Marwoto berkata pihaknya juga bercadang untuk menahan Cut Tari, yang bersama Luna Maya kini dianggap sebagai suspek tetapi belum ditahan oleh polis kerana telah memberi kerjasama dan disebut sebagai “mangsa” tindakan Ariel.

“Tidak mustahil Cut Tari diletakkan di bawah tahanan rumah atau tahanan metro,” kata Marwoto.

Minggu lalu, polis telah menamakan Luna Maya dan Cut Tari sebagai suspek sehari selepas mereka memohon maaf kepada peminat dan anggota keluarga mereka.

Polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu. - MI

Petrol Dan Gula Naik Harga

Posted: 15 Jul 2010 12:18 PM PDT


Petrol naik 5 sen, gula 25 sen


2010/07/15

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Sementara gula akan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.

Bala diambil keterangan selama 3 Jam

Posted: 15 Jul 2010 05:00 AM PDT



Polis Perancis sebut nama Najib-Rosmah

"Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat.

Balasubramaniam ialah saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, tiba di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture pada pada jam 2.30 petang (waktu Perancis) Isnin lalu, ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.

Menurut sumber maklumat, polis Perancis sendiri mengungkit nama Perdana Menteri Najib Razak (gambar kiri, kanan) dan isteri beliau, Rosmah Mansor (gambar kiri, kiri) ketika mengambil keterangan Balasubramaniam. Malah, nama tertuduh ketiga dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Abdul Razak Baginda; dan Deepak Dinesh (peniaga permaidani yang dituduh mengatur perjalanan Bala ketika melarikan diri) juga disebut sepanjang keterangan Bala diambil.


Dalam satu laporan eksklusif MerdekaReview pada 10 Julai 2010, Balasubramaniam (gambar kanan) yang melarikan diri ke London telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam urus-niaga pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis.

Selain itu, sumber maklumat juga memberitahu MerdekaReview, Balasubramaniam telah bertemu dengan peguam SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) di Perancis, Joseph Breham untuk dua jam, semalam. Beliau kini sedang merangka satu kenyataan untuk diedarkan pada hari esok, kata sumber maklumat itu.

merdekareview

Percaturan Umno untuk pecahbelahkan PR

Posted: 15 Jul 2010 03:00 AM PDT

Tok Pepijat


Melihat kepada Kronologi berita dan isu terkini negara, beberapa perkara boleh dirumuskan. Antaranya isu permit Suara Keadilan, Harakah dan terbaru Roket.

Dalam masa yang sama Anwar dilabelkan "agen Yahudi" berdasarkan penulisan seorang blogger di Amerika dan juga wawancara dengan CNN. Juga tidak ketinggalan dengan kisah Zaid belanja ais kacang kepada Raja Petra dan Bala dan "ketakutan" SPRM menyoal secara langsung Bala di London.

Terkini TPM Muhyiddin pelawa PAS bertemu untuk perpaduan Melayu.

Kesemua kronologi di atas saling berkait. Ini semua percaturan UMNO. Target utamanya adalah Anwar Ibrahim. Dan memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama antara PAS dengan PKR.

Lihat, ada seperti tawar menawar dalam isu permit Harakah. Tetapi tidak kepada Suara Keadilan. Seolah UMNO melalui KDN sedang tawar menawar dengan PAS. Jika mahu permit Harakah, anda (PAS) perlu setuju berdialog dengan UMNO.

Skrip ini sama seperti isu JI di war-warkan. Akhirnya berbondong-bondong "ulamak muda" dalam "ketakutan" sujud kepada UMNO! Semuanya takut jadi warga Kamunting!

Kita melihat begitu "ganas" Umno menyerang PKR. Dua manusia yang paling ditakuti UMNO terkini. Keduanya anak Ibrahim. Anwar dan Zaid.

Tuduhan terhadap Anwar saling bertukar label. Dulu sebagai petualang, agen asing, agen Yahudi, agen Amerika dan pengkhianat Melayu. Segala yang "jahat" hanyalah milik Anwar.

harakahdaily


Fitnah Jahat Kerana Pimpinan UMNO-BN Terdesak

Posted: 15 Jul 2010 01:00 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

14 Julai 2010, Parlimen Malaysia

Pimpinan Umno, melalui lidah rasminya Utusan Malaysia telah memintal fitnah jahat demi menggambarkan saya sebagai seorang yang terdesak dan sanggup menjadi talibarut CIA.

Laporan akhbar bertarikh 11hb Julai 2010 telah memuatkan laporan yang bertajuk “Penulis Blog AS Dedah Anwar Alat CIA” dan juga memintal pembohongan kononnya saya membuat bayaran kepada Cable News Network(CNN) untuk muncul di ruangan Connect The World.

Dengan hanya berasaskan tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seseorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik Umno, tanpa berpandukan etika kewartawanan memulakan satu kempen yang berakarkan kebencian.

Walaubagaimanapun pada 13hb Julai 2010, Cable News Network (CNN) telah menafikan bahawa saya membuat sebarang bayaran kepada organisasi media tersebut untuk muncul di ruangan Connect The World. Penafian ini sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan pimpinan Umno-Bn terhadap saya melalui akhbar Utusan Malaysia merupakan satu fitnah yang jahat dan dangkal.

Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Tindakan Utusan merupakan satu kecurangan yang nyata dari amalan kewartawanan yang bermaruah dan bebas.

Kita sedar fitnah ini direkayasa khusus untuk merosakkan reputasi saya sebagai Ketua Pembangkang serta bercita-cita menggugat keutuhan muafakat Pakatan Rakyat. Pastinya cita-cita jahat mereka hanya akan tinggal sebagai satu angan-angan kosong semata.

Serangan fitnah bertali arus yang ditujukan kepada saya ini bukanlah suatu yang baru. Sebelum ini saya telah dituduh sebagai agen Cina, agen India, agen Kadazan, agen Iban dan kini, mengulangi skrip lama yang usianya menjangkau satu dekad, pembohongan kononnya saya tali barut CIA kembali didendangkan.

Ternyata ianya tidak mengejutkan. Apa yang mengejutkan ialah kegagalan pimpinan Umno-Bn untuk menyedari bahawa rakyat sudahpun mual dengan fitnah sebegini. Apatah lagi sepanjang pentadbiran Dato’ Sri Najib, rakyat disajikan dengan khabar yang muluk muluk kononnya Umno-Bn berhasrat mahu melaksanakan perubahan.

Namun semua itu tidak mungkin berlaku di bawah pemerintahan Umno-Bn. Setiap kali pimpinan Umno-Bn terdesak mereka akan menggunakan taktik kekerasan seperti melumpuhkan kebebasan media serta memintal fitnah jahat terhadap lawan yang berupaya menewaskan mereka.

Kita memberi amaran kepada pimpinan Umno-Bn untuk bersedia dihukum pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Rakyat akan membuat pilihan tepat demi memilih permuafakatan Pakatan Rakyat untuk memimpin Perubahan.


ANWAR IBRAHIM



Wanita dirogol, dibunuh dan dibakar

Posted: 14 Jul 2010 11:00 PM PDT


SEPASUKAN anggota polis forensik memeriksa mayat wanita yang ditemui rentung di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang semalam.

IPOH - Seorang wanita menjadi mangsa jenayah kejam apabila dia bukan sahaja dipercayai dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang kira-kira 80 kilometer dari sini semalam.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui dengan hampir 80 peratus tubuhnya terbakar. Dia dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8 pagi.

Difahamkan, selain menjumpai cebisan pakaian seperti coli dan seluar jean milik mangsa berhampiran kawasan kejadian, polis turut menemui beberapa titisan minyak diesel yang dipercayai digunakan untuk membakar mayat mangsa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Perak-Pahang.

"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di situ kerana pemeriksaan awal mendapati hampir seluruh tubuh mangsa hangus terutama pada alat sulitnya.

"Penjenayah bertindak demikian untuk menghapuskan bukti tetapi kita perlu menunggu laporan forensik bagi menentukan kesahihannya," katanya kepada pemberita semalam.

kosmo

Isu pasir: Penyokong Umno berdemo di SUK

Posted: 14 Jul 2010 09:00 PM PDT


Lebih 200 penyokong Umno cuba merempuh barisan anggota polis di depan bangunan Setiausaha Kerjaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir di negeri itu.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.

Penyokong mengejek satu sama lain.
"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan yang diketuai pegawai penerangan kerajaan Selanor, Badrul Amin Baharom.

"PKR rasuah," jawab ahli Umno.

malaysiakini


Umno Semakin Biul

Posted: 14 Jul 2010 07:00 PM PDT

Tuduh PAS sesat tapi ajak kerjasama pulak

PAS hari ini bersedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno meskipun parti Islam itu secara jelas menolak pelawaan Umno itu, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Harakahdaily memetik Mahfuz (Gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Setelah tuduh PAS sesat, kemudian nak pelawa kerjasama pulak.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya.

Umno, jelasnya sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu sehingga berani menentang Umno sendiri.

"PERKASA telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap 'tangan yang menyuap mereka'," katanya lagi.

Sementara itu beliau juga berkata, orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno.

PAS juga, jelasnya akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain.

Ia juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.-Malaysiakini

warkahdaily


PAS sudah tolak berunding dengan Umno

Posted: 14 Jul 2010 05:00 PM PDT

Oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar hari ini (14 Julai 2010), khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.

Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat.

Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan "maliki yaumiddin" yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama. Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup. Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.

Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.

Wallahu'alam.

YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

DD