Isnin, 12 Julai 2010

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Kapal Selam+Altantunya+Najib+Razak Baginda+Rosmah+Deepak = Bala

Posted: 12 Jul 2010 06:57 PM PDT

Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009.  Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.

Pada 28 April, peguam SUARAM Joseph Breham berkata, kes ini berada dalam peringkat inkues (inquest), malah yakin bahawa sistem kehakiman Perancis yang bebas mampu menahan tekanan luar.

Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar.  Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS.

Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.

Kes ini disiasat kerana beberapa perkara.  Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani.  Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam.  Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).

Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.

petikan MerdekaReview...



DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bolehkah Umno Selangor “think opposition”?

Posted: 12 Jul 2010 12:47 AM PDT

Roslan SMS


Kita perlu "think opposition" seru Muhyuddin Yassin kepada perwakilan Umno bahagian Ampang di Selangor.

Jangan berlagak bagai kerajaan walau telah hilang kerajaan. Pimpinan Umno Selangor terlalu bersandar pada kerajaan pusat (yang mereka masih kuasai setakat ini) mengharapkan bantuan sana dan sini sedangkan merekatidak terima hakikat bahawa negeri sudah tiada lagi dalam genggaman mereka.

Demikianlah deritanya Umno di Selangor sehingga terpaksa dikejutkan oleh Timbalan Presiden mereka.

Bagi pimpinan Umno Selangor, mereka beranggapan walaupun telah kalah di negeri, mereka tetap ada pohon besar untuk berteduh di pusat. Maka dihogahlah pohon itu saban hari supaya mengugurkan buah-buahnyan buat makanan mereka di Selangor.

Mereka tidak ingat buah-buah itu bukan untuk menyumbat mulut mereka sahaja. Anak-anak kelaparan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah juga perlu diberi makan. Apa lagi anak-anak yang sedia sihat di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka tak termasuk Sabah dan Sarawak lagi.

Angkara terlalu gopah mahu menyumbat mulut maka mengakibatkan Muhyuddin mengarahkan "think opposition" iaitu berfikirlah sebagai pembangkang. Dah hampir 2 tahun 4 bulan hilang kuasa, ada yang masih lagi jalan mendada seolah mereka masih MB, EXCO atau ADUN kerajaan yang memerintah! Apalagi budak-budak mereka yang perasan seolah Selangor masih lubuk wang mereka.

Belajar dari kami PAS yang lama duduk dalam pembangkang.

Maklumlah dah lama senang-linang, sekali bila susah, tak dapat terima realitinya. Kalau tak dapat terima sampai hari ini, maka sukarlah masa depan mereka. Akhirnya akibat kekaburan dalam hidup itu maka bersedialah untuk "live like an opposition" atau hidup sebagai pembangkang buat selama-lamanya!

KeADILan tidak akan lumpuh sekalipun Anwar di penjara

Posted: 12 Jul 2010 12:45 AM PDT

Mohd Rashidi Hassan


KeADILan diganyang begitu hebat mutakhir ini. Banyak isu panas dibangkitkan media tali barut Umno-Barisan Nasional, antaranya, isu kerajaan negeri Selangor, lompat parti, isu kepimpinan KeADILan, disebarkan oleh bekas-bekas kepimpinan dan ahli parti yang telah keluar.

Media cuba membentuk persepsi bahawa KeADILan akan hancur dan masa depannya dipertikaikan. Apakah situasi yang sebenar di sebalik semua dakwaan ini. Ikuti wawancara HARAKAH, bersama Setiausaha Agung, Parti KeADILan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail di Lobi Parlimen 5 Julai lalu.

HARAKAH : Mutakhir ini, KeADILan diserang cukup hebat terutamanya dalam isu Kerajaan Negeri Selangor, isu perpecahan kepimpinan dan isu lompat parti, boleh saudara jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, bagaimana KeADILan boleh bertahan dengan kedaan ini?

SAIFUDDIN : Parti ini (KeADILan) adalah parti yang tumbuh dan digambarkan kerana untuk menyelamatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, ketika berlakunya kemelut dalaman Umno dan pemecatan Anwar pada tahun 1998. Parti ini menghadapi serangan yang panjang sejak mula ditubuhkan.'Point' yang saya nak tekankan ialah KeADILan masih wujud sebagai parti. Sebab apa? Sebab KeADILan memulakan 'new politic' (politik baru) yang lebih segar dan relevan untuk massa. Apa itu 'new politic' yang KeADILan bawa, ialah, ia ada satu penjelasan budaya politik baru yang paling ketara yang membezakan antara KeADILan, Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri.

Dalam isu kerajaan ini KeADILan ambil pendekatan ialah, kita bertanggungjawab kepada rakyat, jika hendak tegur Menteri Besar, tegurlah, kita tidak kisah. Jika hendak tegur bahawa Exco tidak 'competence' tegurlah, tidak ada masalah. Apa pun tiada halangan, tetapi bila datang kepada isu parti, ini kita kena selesaikan cara dalam parti. Inilah yang kini tak menjadi amalan kepada Umno-BN.

Sebab itu kita lihat Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini ketika berucap dalam merasmikan satu mesyuarat Umno Bahagian di Johor, beliau beri amaran kepada rakyat jangan kritik dasar kerajaan.

Kita boleh lihat ini satu tindakan yang tidak terbuka, ini dia sebut ketika rasmi mesyuarat itu Muhyiddin selar sikap orang Melayu yang selar dasar kerajaan dan sokong Pakatan Rakyat.

Ini isu dasar kerajaan, tidak boleh pertikai langsung beratlah. Kita Pakatan Rakyat bertanggungjawab kepada rakyat. Dalam isu parti saya hendak minta sesiapa yang tidak berpuas hati dengan isu dalaman parti, mereka boleh suarakan kepada kepimpinan mengikut saluran. Itu amalan politik baru yang kita buat, dengan segala macam media Umno beri gambaran kononnya banyak pergelutan dalaman yang tak berkesudahan KeADILan.

Juga diberi gambaran tak ada 'clear succesion plan', sebab itu Dato' Seri Anwar Ibrahim ditanya siapa yang akan ganti beliau? Mohamed Azmin Ali ke, Zaid Ibrahim ke? Ini digambarkan dan warnakan kepada KeADILan, untuk itu saya rumuskan saya optimis bahawa KeADILan lalui sepak terajang sepanjang 12 tahun yang lebih berat. Kalau kita boleh lalui 12 tahun apa yang halang KeADILan kita teruskan untuk tahun-tahun ke depan.

Bagaimana KeADILan dapat melepasi tekanan pada saat awal penubuhan?


Pada awalnya, ia ditubuhkan ketika Anwar dikenakan tindakan oleh Umno, ramai yang tidak tahu bahawa yang sertai KeADILan ini, bukan nama besar. Dalam sejarah penuhan parti tiada nama besar kawan-kawan Anwar yang ikut serta ketika Anwar kena tindakan 1998, tak ada seorang pun Menteri, ahli Majlis MT atau Ketua bahagian Umno yang sertai Anwar, cuma seorang sahaja Ketua Pemuda bahagian Umno Teluk Intan 1998, Hamdan Taha tetapi sertai Umno semula, tidak ada seorang pun exco wanita, tetapi 3 exco pemuda Dr Abdul Rahim Ghouse, Roslan Kassim yang kembali semula kepada Umno dan kemudian sertai Perkasa, dan Saifuddin Nasution yang masih kekal.

Ketika itulah parti KeADILan ini ditubuhkan, siapa yang sertainya, aktivis sosial, pekerja, golongan pertengahan, NGO, golongan marhaen, dan, anak muda serta rakyat yang menggerakan reformasi.

Ketika Anwar dalam perjuangannya bergelut dengan Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1998, tak ada orang yang dalam Umno hendak sertai Anwar ketika itu, maka parti ini terus bergerak dan dicorakkan oleh kelompok NGO, aktivis sosial, kalangan pencen, sahaja.

Selepas beberapa tahun barulah adanya nama Dr Syed Husin Ali, Dato' Zaid Ibrahim, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Dr Tan Kee Kwong dan sebagainya.

Apa yang saya nak beritahu ialah pada peringkat awal sangat perit untuk dilalui, dalam mana-mana parti peringkat paling sukar ialah peringkat awal sebab tak tahu bagaimana hendak hadapi, namun akhirnya kami berjaya hadapi dan kini semakin kuat.

Yang orang lupa ialah awal penubuhan sebagai waktu paling sukar, jika kekuatan KeADILan nak dibilang dengan kerusi, bermula Pakatan Rakyat, 31, DAP 28 dan PAS 23 di Parlimen. Kini ada 25 Parlimen dan lebih kurang 40 Dun, apakah Anwar main politik 'divide and rule'?


Tidak, tetapi 'mutiply rule', dia 'grooom more people'. Di sebalik banyak masalah ini saya optimis, saya tengok KeADILan akan kekal menjadi parti yang akan bertahan menghadapi cabaran.

Isu berubah ikut massa, sekarang ini serangan ke atas Selangor kerana ada kepentingan yang sangat tinggi, Selangor ini sebagai satu negeri yang sangat ditumpukan dan penting kepada Umno-BN kerana kini pula Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dipegang oleh Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Presiden Umno. Mereka serang Selangor habis-habisan mereka harapkan agar Selangor tumbang kerana apa yang penting bagi mereka ialah, Najib selaku Pengerusi Umno Selangor.

Zaman Tun Mahathir dahulu, dia pernah menjadi Pengerusi Umno Kelantan pada tahun 1990 selepas PAS berjaya ambil Kelantan. Dia buat macam-macam nak jatuhkan PAS ketika itu. Hal ini berlaku lagi dengan Najib ambil alih jawatan di Selangor, mereka asak kita, mereka gunakan pelbagai sudut pentadbiran kerajaan negeri dan mereka gunakan pelbagai agensi untuk menyerang dan mengambil tindakan atas kita.

Tetapi insyaAllah dengan apa yang kita buat di Selangor, saya percaya rakyat tahu kita banyak bawa pembaharuan, kita menjadi pembela rakyat, kita menjadi nadi suara rakyat.

Bagaimana kesepakatan dalam Pakatan Rakyat, kini dimainkan isu kononnya Pakatan Rakyat tidak bersatu dan saling berbeza dasarnya?


Saya sebut tadi bahawa wajah politik Malaysia akan datang ia ada dalam KeADILan yang mana membezakan antara KeADILan dengan komponen lain dalam Pakatan Rakyat ialah PAS, Malay dominated DAP multi tetapi majoriti Cina, tetapi KeADILan ini multi yang wajahnya benar-benar multi.

Dari segi kepimpinan MPT Pusat, Ahli-ahli Parlimen, Adun-Adun dan juga pengikut ini ialah wajah politik Malaysia akan datang, rakyat pelbagai kaum parti pelbagai kaum, kita boleh tengok dalam Pakatan Rakyat.

Oleh kerana itulah KeADILan ini menjadi satu rakan penting dalam Pakatan Rakyat. Kerana itulah serangan kuat atas KeADILan berbanding PAS dan DAP kerana kekuatan Pakatan Rakyat bukan kerana suatu parti atau kelemahan KeADILan, tetapi kekuatan kesepakatan, persefahaman, dalam Pakatan Rakyat (dari sudut kepimpinan).

Sama ada kita kata ia political coalition atau poll understanding atau apa sahaja istilah pakatan atau kerjasama politik, tetapi kunci utama kekuatan Pakatan Rakyat ialah semua keputusan dibuat secara konsensus.

Pakatan Rakyat tidak ghairah kepada majoriti. Bukti kekuatan konsensus ini ialah soal fundamental soal agama, institusi Raja, bahasa dan hak istimewa Melayu, ini diberi asas kepada konsensus, ini kekuatannya.

Kalaulah BN kata hendak katakan jika hendak lumpuhkan Pakatan Rakyat mereka anggap perlu lumpuhkan satu parti.

Ujian mereka buat dalam soal lompat parti enam orang yang kemudian Najib terpaksa bagi 'allocation' jepada mereka RM500,000 di kawasan mereka, akhirnya Ahli Parlimen BN juga dapat lebih tambahan.

Mereka ini dapat bantuan kerajaan bebas yang 'BN friendly', jika nak kata kita boleh lumpuh dengan kes lompat ini, sudah tentulah jawatan Ketua Pembangkang beralih kepada DAP sebab KeADILan dah kurang kerusi, sedangkan pada zaman 1999, Ketua Pembangkang ketika itu ialah al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor (bekas MP Pendang dan Presiden PAS), kemudian pada tahun 2004 Lim Kit Siang (MP Ipoh Timur-DAP), dan kini walaupun kita selepas menghadapi isu lompat mengakibatkan kerusi KeADILan kurang berbanding DAP, tetapi secara konsensus Pakatan Rakyat meneruskan agar Anwar menjadi Ketua Pembangkang.

Ini berlaku kerana konsensus yang kita amalkan dalam Pakatan Rakyat. Persefahaman ini yang tidak wujud dalam Umno-BN. Rahsia bukan hanya terletak kepada sesuatu parti, bukan kerana kekuatan PAS, kekuatan DAP atau kelemahan KeADILan, tetapi konsensus yang kita adakan.

Pendekatan politik konsensus inilah yang menyebabkan kita semakin kuat. Kita ikat Anwar sebagai PM in-waiting, jika semua lari pun Anwar akan terus jadi Ketua Pembangkang, ini satu yang kuat.

Ini BN kena tahu, harapan kita menjelang PRU-13, kita akan terus bersefahaman. Umno gunakan isu perkauman, tetapi Pakatan Rakyat dah lepasi sempadan perkauman itu.

Majoriti Pakatan Rakyat kita pegang prinsip ini. Penonjolan pendekatan politik yang tidak dijangka oleh semua. Kita bukan soalkan bilangan, ini kita semai dalam Pakatan Rakyat.

Isu perkauman kini Umno-BN gunakan isu negara Islam pula untuk lagakan PAS dan DAP, adakah boleh ulangi zaman perpecahan ketika Barisan Alternatif dulu?


Saya hadiri banyak mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, prinsip yang kita ambil ialah bila kita senarai perkara yang kita setuju sama-sama dan perkara yang beza pendapat, apa yang kita lihat perkara yang kita setuju bersama adalah lebih banyak.

Perkara yang kita setuju sama ialah Umno-BN menyeleweng, soal rasuah, kerajaan yang korup, zalim dan aniaya rakyat, sistem kehakiman korup, tak boleh tegakkan KeADILan, semua setuju, institusi kerajaan jadi alat BN, semua setuju.

Apa yang tak setuju, ideal perjuangan masing-masing ini semua ada pandangan masing-masing, kita catat apa yang kita tak setuju, tetapi pendekatan kita ialah kita cari perkara yang banyak yang kita setuju bersama, ini kita duduk atas persetujuan yang lagi banyak bersama.

Bagaimana jika berlaku sesuatu kepada Anwar termasuk beliau dipenjara, Anwar selaku ikon Pakatan Rakyat?


Jika Anwar dalam keadaan yang 'worse' (buruk) kembali ke dalam (penjara), kita kena bezakan antara Anwar fizikalnya di luar, dan idealisme yang dibenamkan dalam Pakatan Rakyat.

Yang penting idealisme yang dia semarakkan dalam konteks Pakatan Rakyat, ini lebih jauh penting. Fizikal dia di dalam, tetapi siapa yang boleh sekat idealisme dia dalam Pakatan Rakyat?

Ini akan terus hidup untuk nyawa Pakatan Rakyat, tidak ada yang halang dia sewaktu di dalam penjara untuk terus memacu gerakan rakyat.

Apa yang membezakan Barisan Alternatif dengan Pakatan Rakyat, waktu itu (tahun 1999) hanya merupakan kerjasama politik yang longgar, tiada struktur, mesyuarat hanya sesekali, berbeza sekarang ini (Pakatan Rakyat) kita ada struktur yang jelas.

Kita duduk bermesyuarat hampir setiap minggu dalam setiap bulan. Kini kita ada Majlis Presiden Pakatan Rakyat, dan Sektretariat Pakatan Rakyat. Majlis buat polisi, sekretariat buat kerja.

Ini kita teruskan dan kita lihat ia semakin mantap. Insya-Allah jika sokongan dan dokongan yang baik, yang kita lihat hari ini berjalan baik, kita akan dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Saya yakin dan saya optimis.

Menggigit, tergigit dan digigit

Posted: 12 Jul 2010 12:39 AM PDT

Khalid Samad


Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen 'bebas' menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis.

Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan 'strategi' sebegini dan mempersenda 'kepakaran' beliau sebagai seorang ahli strategi.

Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat.

Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal.

Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat.

Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, "kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!"

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS.

Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR.

Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS.

Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. "Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI", serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup.

Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS.

Bak kata pepatah, "Once a liar, always a liar". Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan 'clinical case'.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah).

UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri.


YB Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam.

http://www.khalidsamad.com

Sesat: Presiden PAS ajak ulama Umno muzakarah

Posted: 12 Jul 2010 12:37 AM PDT

Nazri Abdullah


BANGI: PAS mengajak biro agama dan mufti Umno bermuzakarah bagi menentukan perjuangan parti mana antara keduanya yang sewajarnya dilabel sebagai sesat.

"Dalam PAS ada Majlis Syura, ada Dewan Ulamak, dan dalam Umno ada biro agama dan ada mufti yang dilantik kerajaan, mari kita muzakarah untuk tentukan siapa yang sesat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau ditemui pada majlis makan malam bagi mengutip dana RM1.7 juta bangunan PAS Kawasan Putrajaya di Dewan Sri Cempaka, Kompleks PKNS di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebagai parti ajaran sesat sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya, Johor minggu lalu.

Menurut Tuan Guru lagi, yang menentukan sama ada sesebuah parti itu sesat atau tidak bukannya Umno, tetapi dasar dan prinsip parti tersebut.

"Yang menentukan sesat atau tidak, ini Al-Quran dan Hadis, kembali kepada Al-Quran dan Hadis. Kita sentiasa terbuka untuk muzakarah," ujarnya lagi.

Hadir sama pada majlis malam tadi, Yang Dipertua PAS Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Dalam pada itu, sewaktu berucap pada majlis tersebut, Tuan Guru berkata PAS perlu menyelamatkan rakyat di negara dari ajaran perkauman Umno dengan menyeru mereka kembali kepada ajaran Islam.

Pemimpin Umno, katanya telah menjadikan Islam di negara ini mengikut arahan mereka dan bukannya mereka yang mengikut ajaran Islam.

"Jika Islam ditegakkan Melayu akan selamat dan jika Melayu ditegakkan, Melayu tak selamat, Islam pun tak selamat.

"Orang bukan Islam pula jangan takut, Islam tidak memaksa mereka," katanya.

Menyentuh isu kerjasama PAS dengan bukan Islam khususnya DAP yang sering dimainkan Umno beliau menjelaskan, hubungan tersebut berbentuk kerjasama politik yang tidak menggadai prinsip Islam dan berbeza dengan hubungan Umno dengan komponen BN.

"Kerjasama Umno dengan MCA, MIC, Gerakan adalah secara wala' (semua parti komponen kena patuh kepada Umno), menggadai konsep dan menggadai Islam.

"Kita bekerjasama dengan DAP secara tahaluf (kerjasama atas perkara yang sependapat) dan tidak gadai perinsip dan konsep kita," jelasnya.

Anwar agen CIA: Umno makin gila, kata PKR

Posted: 12 Jul 2010 12:36 AM PDT

Li Fook Gao


KUALA LUMPUR: Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketawa besar dengan usaha terkini mengaitkan penasihat partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan agensi perisik Amerika Syarikat, Central Intelligence Agency (CIA) melalui tulisan blogger yang jarang dikenali umum.

"Pemimpin Umno dan media menuduh Anwar sebagai agen Amerika dan Yahudi, tetapi juga memetik tulisan bahawa CIA dan Mossad ingin membunuhnya. Mereka sudah gila," kata Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali melalui laman perhubungan komuniti, Twitter.

Mingguan Malaysia, telah menyiarkan satu berita mengenai seorang blogger dari New York, bernama "Elaine Meinel Supkis" yang tidak dikenali umum yang menuduh Anwar adalah "agen CIA" di dalam sebuah tulisan yang dipaparkan di blognya.

Walaupun suratkhabar tersebut menggambarkan blogger itu sebagai "seorang yang menonjol", namun tiada sebarang maklumat tambahan yang dapat diperolehi daripada siasatan Harakahdaily pada beberapa enjin carian mengenai nama penulis mahupun blog miliknya.

Namun begitu, perkara tersebut tidak menghalang para pemimpin Umno melengahkan masa untuk mengutuk Anwar berdasarkan laporan tersebut, dengan Rais Yatim, salah seorang ahli Majlis Tertinggi parti itu, menyatakan kepercayaan beliau terhadap blogger tersebut kerana beliau yakin blogger tersebut telahpun melakukan siasatan yang secukupnya sebelum menulis artikel tersebut.

"Diharapkan penulis blog berkenaan mempunyai asas-asas yang menyokong dakwaan tersebut, tetapi saya percaya apa yang diterbitkan itu tentulah sudah disiasat oleh penulisnya dan bukan hanya tulisan kosong," kata Rais yang memuji blogger tersebut.

Manakala, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein pula enggan mempercayai sebarang hujah mengenai keakraban Anwar dengan CIA, tetapi beliau memberikan amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Anwar, sekiranya terbukti, Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.

"Tak tahulah sama ada (alat) CIA atau tidak, tetapi kita tengok banyak rahsia dia sudah terbongkar," katanya kepada wartawan.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR dan ahli parlimen Batu, Tian Chua tidak menolak kemungkinan bahawa ada satu perancangan oleh kerajaan untuk menahan bekas Timbalan Perdana Menteri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA.

Tian Chua berkata Perdana Menteri Najib Razak seharusnya mengetahui perkara tersebut dengan lebih baik daripada mempercayai kebodohan Utusan dengan kempen fitnahnya.

"Utusan-Umno semakin bodoh. Siapa-siapa, minta tolong hantarkan kepada Najib Razak, seorang propagandis yang lebih cerdas. Bukan ke kontrak APCO telah dipanjangkan?" seloroh beliau sambil merujuk kepada perunding imej Najib, APCO Worldwide yang telah dikritik keras baru-baru ini atas pertalian erat syarikat tersebut dengan para pemimpin Israel.

PAS jadi orang tengah di Pokok Asam

Posted: 12 Jul 2010 12:33 AM PDT

Mohd Sabri Said


JELUTONG: PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.

Ini kerana, katanya mereka bukan boleh menyelesaikan sebaliknya menyerahkan kepada PAS yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Konuniti (JKKK), kariah Masjid Jamek Jelutong serta Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"Bila kita berjaya mendesak pemaju menghentikan sementara projek selama tiga bulan itu menandakan satu kejayaan yang tidak pernah berlaku walaupun oleh Umno semasa berkuasa dulu," jelasnya ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang gembira dengan perkembangan berkenaan berkata, jika hendak mengharapkan Umno, keadaan bertambah berserabut ekoran parti itu sendiri berada dalam keadaan cemas di mana 13 cawangan di bahagian ini sudah 'angkat bungkus'.

"Di mana lagi peranan Umno ketika ini melainkan mewujudkan provokasi menuduh PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli MPPP sanggup menjadi pengkhianat menghalau penduduk Melayu dari bandar terutamanya isu Kampung Pokok Asam (gambar)," ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap penduduk kampung berkenaan jangan tertipu dengan taktik Umno.

"Berilah sokongan pada PAS, kariah dan Ahli MPPP untuk mencari titik pertemuan bagaimana untuk membantu penduduk sekiranya pemaju menggunakan haknya ekoran tanah tersebut milik swasta.

"Umno sudah tidak relevan lagi," katanya.

Mujahid juga meminta pihak pemaju menyediakan tempat kepada penduduk yang terlibat bagi menghindarkan tanggapan kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat bertindak menghalau orang Melayu dari mendiami kawasan bandar.

Beliau sedar itulah yang sedang rancak dicanang oleh Umno di negeri ini kononnya PAS, PKR dan Ahli Majlis MPPP sedang berusaha turun ke kampung-kampung mendesak penduduk menjual tanah kepada pemaju.

"PAS bukan pengkhianat sanggup menggadai maruah seumpama itu. Lainlah Umno, tindakan begitu dianggap kebiasaan semasa kuasa berada di tangan mereka," tegasnya.

Kementerian Pelajaran Sekat Pakatan Rakyat Tapi Benar Umno Guna Premis Sekolah

Posted: 12 Jul 2010 12:04 AM PDT


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Kementerian Pelajaran dibidas kerana mengamalkan sikap hipokrit dengan membenarkan Umno menggunakan premis dan kemudahan sekolah untuk tujuan perjumpaan politik walaupun telah dikeluarkan larangan bertulis daripada kementerian.

Insiden terbaru membabitkan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah (Samtar), Sg Manggis di mana Umno menggunakan dewan sekolah tersebut untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan Pemuda dan Wanita Umno Bahagian pada 3 dan 4 Julai lalu.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Kuala Langat, Hasnul Baharuddin pihaknya telah menyuarakan bantahan terhadap tindak tersebut walaupun Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan arahan bertulis dan lisan melarang kawasan dan bangunan sekolah digunakan untuk menganjurkan dan terlibat dengan aktiviti berunsurkan politik, terutamanya kepada Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat Kuala Langat membantah keras kebiadapan Umno menggunakan sekolah untuk bermesyuarat agung. Kita telah menghantar bantahan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor untuk memohon penjelasan bagaimana ini boleh dibenarkan dan dan tindakan susulan diambil.

"Namun, kerana tekanan politik Umno Bahagian Kuala Langat, Pengetua Samtar telah membenarkan mesyuarat Umno diteruskan, sedangkan pada masa yang sama sepatutnya mengadakan bengkel Matematik untuk pelajar Tingkatan Lima di dewan berkenaan," tegas Hasnul yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Kuala Langat pada sidang media baru-baru ini.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, beliau menegaskan walaupun jika pihak berkuasa seperti Pejabat Pelajaran Daerah dan JPN tidak mengambil tindakan, tetapi dengan bantahan ini Umno akan lebih berhati-hati dimasa hadapan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

"Pengetua tahu, pihak sekolah juga tahu tetapi atas desakan ahli PIBG yang dipercayai ahli Umno, mereka mengadakan juga mesyuarat mengengkari arahan lisan dan bertulis yang telah diberikan kepada sekolah untuk tidak membenarkan apa-apa aktiviti berunsurkan politik," kata Hasnul.

Jelas beliau, pihak PPD Kuala Langat juga tidak berani bertindak dan sikap ini dilihat sebagai mengamalkan dwi kepentingan terhadap isu ini.

"PPD sering menghalang aktiviti yang baik untuk pelajar sekiranya ianya dianjurkan oleh pihak yang diketahui atau disyaki berpihak kepada kerajaan Pakatan Selangor. Contohnya program 'Jom Masuk Universiti' oleh Majlis Daerah Kuala Langat baru-baru ini," tambah Hasnul lagi.

Utusan Jangan Jadi Pandir Ambil Sumber Yang Juga Pandir

Posted: 11 Jul 2010 11:58 PM PDT


Oleh Mak Bonda

Sekali fikir, macam membuang masa saja menaip kata-kata nasihat pada media Utusan Bin Umno-BN ini.

Tetapi dua kali fikir, aaaahhh….apa salahnya...memang menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat cerdik untuk menegur kepandiran saudara kita. Islam itu bersaudara. Ingat mengingat dan pesan memesan itu tanggungjawab.

Putarbelit dan fitnah tanpa malu Utusan bukan kes kali pertama. Dah jadi budaya nampaknya bagi Utusan untuk terus merudumkan imejnya untuk dilihat sebagai balaci Umno-BN.

Rakyat Malaysia pun sudah tidak pelik lagi dengan segala cerita dongeng penglipur lara Najib Razak dan kabinet dapurnya serta pencinta mereka.

Cumanya, kita ingin mengingatkan Utusan, supaya belajar berfikir menggunakan aqal yang dianugerah Allah itu sebelum meneruskan kerja-kerja jahat kalian! Janganlah nampak sangat kepandiran tu!!

Kita semua tahu akan keghairahan pimpinan Najib untuk membenamkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Budak-budak muda cukup arif dengan usaha-usaha menghitam legamkan perwatakan
pemimpin-pemimpin rakyat yang tulin terutamanya beliau, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi serta Lim Guan Eng .

Usaha melaga-lagakan PAS, KEADILAN dan DAP juga sudah mangli bagi kita. Begitu juga usaha membunuh suara Pakatan Rakyat melalui KDN dengan menzalimi organ parti iaitu Suara Keadilan, Harakah dan Roket jelas terserlah kebobrokan 1Malaysia.

Kita faham masalah besar Utusan yang walaupun hari-hari keluar di pasaran tanpa sebarang halangan dari KDN, tetapi masih gagal menyaingi Suara Keadilan, Harakah dan Roket.

Justeru Utusan sepatutnya muhasabah diri, semak dan samak segala najis yang ditabur merata
tu….pastikan Utusan membina semula imej sebagai media yang ada maruah dan boleh dipercayai, barulah akan diterima rakyat cerdik minda!

Masa itu, tidak perlu lagi media Pakatan Rakyat dizalimi yang mengakibatkan imej KDN dan pimpinan PM yang sudah hitam tampak lebih legam.

Kita dengan ini ingin menasihatkan Utusan supaya jangan terburu nafsu. "Do your homework!"
Sekarang bukan tahun 50an zaman rakyat buta maklumat. Kut ya pun nak fitnah Anwar , biarlah nampak cerdik sikit!

Utusan bukan akhbar setahun jagung! Setakat nak mengambil cerita merapu tanpa kredibiliti, tidak perlu lah sampai keluar negara. Dalam Malaysia pun banyak malaun yang cari makan dengan membuat fitnah.

Bebas sebebasnya!!

Utusan sepatutnya tidak menjadi agen Amerika atau pro Barat dengan memuatkan cerita Elaine Meinel Supkis lalu menganaktirikan blogger tempatan yang menjaja cerita senada.

Siapakah malaun Elaine Meinel Supkis yang kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat? Kemungkinan besarnya, ini juga agen Zionis Apco yang dibayar Najib untuk survival Umno-BN.

Jika blogger ini seorang yang pandir, maka Utusan dilihat lebih pandir lagi kerana sanggup
menyiarkannya pada muka depan Utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya .

Begitu juga dengan dakwan bahawa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia. Mana bukti?

Seperti mana soalan Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu?

Memang tidak masuk akal bukan? Lawak antarabangsa daripada Utusan! Anwar yang difitnah
sebagai seorang mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat terpaksa pula membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan!

Diakhir kalam, diharap Utusan bawa bertaubat, dan ingatlah juga soal dosa dan balasan Allah pada dosa-dosa fitnah dan perbuatan bersubahat menutup kebenaran serta mempertahankan kezaliman di Mahkamah Allah kelak.

“Tiada cita-cita masuk UMNO”

Posted: 11 Jul 2010 11:57 PM PDT

SINAR HARIAN


KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sebelum ini diura-urakan untuk menyertai UMNO membuat pengakuan bahawa beliau belum bercita-cita menyertai parti itu.

Berucap di Majlis Wacana Perdana Bolehkah Melayu Bersatu di Kota Bharu semalam, Dr Mohd Asri yang sebelum ini dilanda pelbagai spekulasi menyatakan beliau tidak pernah membuat kenyataan dia berminat menyertai UMNO.

"Saya tak pernah kata nak masuk (UMNO) orang yang kata dan sehingga saat ini saya tidak bercita-cita nak masuk UMNO," katanya ketika menjawab soalan yang dilontarkan Moderator Majlis, Profesor Madya Mohammad Agus Yusof.

Selain Dr Mohd Asri, wacana yang diselangi perdebatan itu disertai oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Pengerusi Biro agama Pemuda UMNO, Afandi Yusoff dan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (Jasa), Lokman Nor Adam.

Sebelum ini, Dr Mohd Asri adalah antara nama yang dikaitkan bersama 40 ulama muda yang menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli UMNO dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu ketika ditemui selepas majlis tersebut, Dr Mohd Asri berkata buat masa ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik, namun tidak mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Ditanya adakah beliau lebih terdorong untuk bersama Pas, bekas mufti itu mengakui beliau mempunyai hubungan rapat dengan bekas Presiden Pas, Almarhum Fadzil Noor namun masih belum berminat menyertai parti itu.

"Kita tak tahu masa depan, dengan apa yang saya faham, saya tidak menyertai mana-mana parti termasuk UMNO, memandai saya berbaik dengan pemimpin Pas dan UMNO, cukup ahli parti yang ada, saya masuk jadi serabut saja," katanya.

Terdahulu dalam ucapan nya, Dr Mohd Asri yang mengulas mengenai konsep perpaduan politik Melayu berkata, adalah lebih penting untuk memperkembangkan prinsip perpaduan Islam dengan tidak mengira bangsa dan keturunan.

Dalam masa yang sama katanya, masyarakat perlu mengakui bahawa konsep kenegaraan memerlukan parti politik selain membuat perimbangan bahawa konsep perpaduan bukan saja untuk mendapatkan kerajaan semata-mata.

"Semasa membuat perjumpaan di London bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sendiri menyebut perlu wujudnya Pas, kalau tidak rosak UMNO.

"Kita mesti ada imbangan, mungkin ada yang tidak berpolitik, saya tak gemar bercakap soal perpaduan politik degan mengutamakan kerajaan federalisma, bila kuatnya UMNO bererti Melayu kuat dan bila Pas kuatnya Melayu itu kuat," katanya.

Badrul Muhayat bayar kompaun, bebas tuduhan cedera isteri

Posted: 11 Jul 2010 11:54 PM PDT

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang, hari ini, atas tuduhan mencederakan isterinya Julia Daud selepas membayar kompaun RM1,000 kepadanya.

Bekas model itu yang nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 42, juga memohon maaf kepada Julia, 29.

Sebelum ini, beliau mengaku tidak bersalah menumbuk Julia di muka, menendang di perut dan memukulnya dengan menggunakan batang penyapu di punggung dan kaki di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, pada 7 pagi 24 Mac lepas.

Bapa kepada dua orang anak itu membayar kompaun tersebut selepas Majistret Wan Karimah Wan Abdul Ghani mengarahkan Badrul Muhayat berbuat demikian di hadapannya.

Wan Karimah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan dan pembelaan telah mencapai kata sepakat dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan secara penyelesaian bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

"Memandangkan kedua-dua pihak bersetuju kesalahan ini diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah, mahkamah dengan ini bersetuju dan membenarkan kompaun RM1,000 dibayar kepada pengadu (Julia) dan mahkamah membebaskan orang
kena saman (Badrul Muhayat) daripada tuduhan tersebut," katanya.

Wan Karimah berkata, walaupun tertuduh awalnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tetapi seksyen itu juga membenarkan kes tersebut diselesaikan mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah sekiranya kedua-dua pihak bersetuju
untuk menyelesaikan secara bersama.

Terdahulu, Wan Karimah bertanyakan Julia sama ada dia bersetuju kesalahan suaminya di kompaun sebanyak RM1,000.

Julia, yang ditemani anggota keluarganya, menjawab: "Saya setuju dan saya mahu suami membayar wang tersebut di hadapan mahkamah."

Menteri Kesal Kerajaan Selangor Abai Kebajikan Belia

Posted: 11 Jul 2010 11:51 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA SELANGOR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek kesal dengan sikap kerajaan Selangor yang dikatakan tidak memberi sokongan kepada persatuan dan pertubuhan belia di negeri itu melaksanakan aktiviti mereka.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak aduan daripada persatuan belia bahawa mereka mengalami kesukaran untuk menyewa kemudahan seperti bangunan dan dewan dan turut dikenakan sewa yang lebih tinggi berbanding ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.

"Mereka (kerajaan negeri) tidak boleh diskriminasi kerana bukan mereka yangbina kemudahan itu...sekarang dia rasa dia ada kuasa dan tidak memberi kemudahankepada persatuan belia dengan mengenakan caj lebih mahal.

"Kerajaan Persekutuan dah buat stadium baru, padang baru tetapi kita tidaknampak mereka buat perkara yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Hari Belia Selangor dan melancarkan Kempen 1Belia 1Malaysia di sini malam Ahad.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian akan mengumpul maklumat untuk mencari aternatif lain bagi membolehkan persatuan belia di negeri itu menjalankan program mereka tanpa kekangan daripada kerajaan Selangor.

Noh ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pertubuhan beliaseperti Majlis Belia Selangor (MBS) ditubuhkan semasa BN memerintah dan padamasa itu MBS diberi peruntukan RM1 juta untuk melaksanakan aktiviti belia sertadiberi kebenaran menggunakan kemudahan secara percuma.

"Sekarang ini, saya difahamkan MBS terpaksa bayar sewa di bangunan kompleks belia sebanyak RM4,000 sebulan dan setakat ini kerajaan negeri tidak beri apa-apa peruntukan pun kepada MBS," katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan perhimpunan itu, Ahmad Shabery berkata,kementerian merancang mengadakan sambutan hari belia tahun depan lebih awal bagimembolehkan setiap negeri mengadakan sambutan hari belia masing-masing sebelumkemuncak sambutan peringkat kebangsaan diadakan.

"Perancangan ini bagi membolehkan kita mengumpul seramai satu juta belia untuk meraikan sambutan hari belia peringkat kebangsaan di Putrajaya tahun depan.

"Kita nak golongan belia faham bahawa ada satu tempat yang begitu tepat untuk mereka berkumpul dan melakukan aktiviti," katanya.

Kelantan Masih Yakin Mampu Bayar Gaji Kakitangan

Posted: 11 Jul 2010 11:50 PM PDT

BERNAMA

RANTAU PANJANG: Kerajaan PAS Kelantan mampu membayar gaji kakitangannya tanpa berhutang daripada mana-mana pihak, kata Timbalan Pengerusi Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun.

Menurutnya, dakwaan kononnya kerajaan negeri tidak mampu membiayai gaji kakitangannya jika dapat memerintah negeri ini adalah tidak benar.

"Kita (kerajaan negeri) masih mampu membayar gaji kakitangan walaupun mentadbir negeri ini dalam tempoh 20 tahun ini, tanpa perlu berhutang daripada mana-mana pihak termasuk Kerajaan Pusat," katanya di sini.

Katanya, perbelanjaan mengurus atau emolumen kerajaan negeri masih mencukupi untuk menampung membiayai gaji kakitangan walaupun mengalami perbelanjaan defisit setiap tahun.

"Cuma kerajaan negeri menghadapi masalah perbelanjaan pembangunan yang memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat," katanya.

Beliau berkata, dakwaan pemimpin parti politik pembangkang sebelum pilihan raya 1990 kononnya kerajaan negeri hanya mampu membayar gaji kakitangannya dalam tempoh tiga bulan adalah tidak benar.

Abdul Fatah yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, kerajaan boleh menggunakan peruntukan daripada mana-mana wang yang disatukan jika menghadapi masalah sumber kewangan untuk menampung pembiayaan gaji kakitangan.

"Jadi setakat ini tidak timbul soal kerajaan negeri tidak mampu membayar gaji kakitangan dalam tempoh tertentu seperti dakwaan sesetengah pemimpin parti politik," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata, kerajaan negeri

Latifah Omar Berehat Di Rumah

Posted: 11 Jul 2010 11:41 PM PDT


MSTAR ONLINE

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan primadona filem Melayu, Latifah Omar,72, berada dalam keadaan baik selepas mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Jumaat lalu.

Timbalan Presiden Seniman, Shahriza Mahmud berkata, pelakon itu sedang berehat di rumah anaknya yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dekat sini.

"Selepas keluar hospital, dia berehat sahaja di rumah dan buat masa ini dia tidak mahu diganggu," katanya ketika dihubungi Isnin.

Jumaat lalu Latifah atau nama sebenarnya Fatimah Omar yang popular menerusi filem bawang Putih Bawang Merah dimasukkan ke hospital kerana dipercayai mengalami cirit birit dan muntah-muntah.

Bagaimanapun dia hanya berada di hospital itu beberapa jam sahaja sebelum dibenarkan keluar.

Kata Shahriza, sebelum ini Persatuan Seniman pernah membantu pelakon itu yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru selepas terjatuh di rumah anaknya.

Bagaimanapun pelakon itu enggan menerima kunjungan peminat ataupun artis-artis lain yang mahu melawatnya kerana mahu berehat.

AWASI JENAYAH SIBER

Posted: 11 Jul 2010 11:40 PM PDT

KENINGAU KINI

KUALA LUMPUR: Pengguna Intenet, AWAS! Jangan memuat turun perisian dan aplikasi yang tidak diketahui, dan jangan sesekali membuka lampiran daripada penghantar yang tidak dikendali. Juga berhati-hati semasa melakukan transaksi dalam talian.

Yang penting, dalam era teknologi baharu, dengan jumlah transaksi dalam talian semakin meningkat dalam ruang siber, pengguna Internet perlu terus berada di hadapan berbanding penjenayah siber.

Nasihat ini diberikan oleh Anthony Ung, pengurus negara Asia Tenggara bagi rangkaian antivirus dan pakar keselamatan kandungan Trend Micro Incorporated.

"Memandangkan sumber Internet tidak diketahui, sesiapa sahaja boleh melakukan apa sahaja dalam talian, daripada membeli-belah sehinggalah membayar bil, berhubung dengan rakan dan keluarga, malah melakukan transaksi perniagaan.

"Anda tidak perlu membuktikan siapa anda selagi anda mempunyai nombor kad kredit, nombor pengenalan dan kata laluan, anda boleh membeli dan memuat turun apa sahaja," katanya kepada Bernama pada temu bual baru-baru ini.

Ung berkata pencuri identiti atau "phishing" dan isu keselamatan komputer yang lain yang boleh menjejaskan reputasi anda, perlu diawasi.

Mencuri identiti sebagai contoh, memain peranan penting dalam penipuan cukai dengan mangsa ditipu untuk mendedahkan maklumat pribadi, yang kemudiannya digunakan untuk mencuri akaun bank, membuat pembayaran menggunakan kad kredit serta memohon pinjaman menggunakan nama mangsa, katanya.

"Penjenayah siber ini mewujudkan laman web palsu seiras laman web asli. Sebagai contoh, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Berbanding alamat e-mel sebenar, irb.com, penjenayah siber menggunakan 1rb.com. Ini berlaku terutama apabila tarikh akhir mengemukakan cukai pendapatan semakin dekat.

"Apabila anda tergesa-gesa mengemukakan cukai pendapatan, anda tidak menyedari "i" telah ditukar kepada "l", anda hanya klik, masukan kata laluan dan nombor pengenalan dan mengisi maklumat lalu menghantarnya. Anda menyangkakan fail anda sudah dihantar, namun sebenarnya ia dihantar ke laman web lain. Kami memanggilnya "serangan bersepadu," katanya.

Ung berkata kebanyakan orang masih tidak menyedari penjenayah siber menggunakan e-mel dan laman web palsu untuk mencuri wang dan identiti.

Beliau berkata laman rangkaian sosial sangat popular di kalangan penjenayah siber untuk menipu orang ramai supaya memdedahkan maklumat atau memuat turun perisian ke dalam komputer mereka.

"Sebagai contoh, Facebook, google atau e-mel yahoo. Setiap kali anda menaip kata laluan dan pengenalan, penjenayah siber turut masuk dan apabila komputer tidak digunakan atau tidak sibuk, mereka memasuki akaun anda dan melihat maklumat yang ada dan menggunakannya untuk tujuan lain dan berpura-pura menjadi anda.

Penipuan e-mel juga berlaku. Anda mungkin menerima e-mel yang menyatakan anda menang loteri atau anda dipilih secara rawak memenangi hadiah. Mereka mahu anda membayar pendahuluan bagi memenangi hadiah itu dan yang pastinya, anda tidak akan menerima hadiah yang kononnya anda menangi itu," katanya.

Bagi membendung penipuan dalam talian, Ung berkata pengguna Internet dinasihatkan supaya menukar nombor pengenalan dan kata laluan setiap bulan, berhenti daripada membaca mel yang tidak diundang (scam) yang cuba menembusi dinding pelindung dengan menghantar imej dan bukan sekadar teks, dan pertahankan maklumat peribadi menggunakan teknologi anti-spyware.

Di Trend Micro, katanya syarikat itu memperkenalkan penyelesaian yang dikenali sebagai Micro Internet Security Pro 2010, untuk perlindungan menyeluruh terhadap virus, cacing, Trojan dan pengodam. Ia juga mengesan dan memusnahkan spyware dan menyekat spam.

Perisian itu juga termasuk versi dinding pelindung, sistem penala, kunci remote dan perlindungan telefon pintar.

Keseluruhannya perisian ini mudah dipasang dan diguna dan menawarkan perlindungan yang baik semasa melayari Internet.

Trend Micro ialah pemimpin global dengan kepakaran lebih dua dekad dalam keselamatan pemesejan dan web.

Menerusi operasi di lebih 50 negara, syarikat itu memberi tumpuan terhadap menghasilkan penyelesaian keselamatan pintar yang melindungi pelbagai ancaman dan serangan termasuk virus, spam, mencuri maklumat, spyware, botnet, dan serangan Web yang lain, termasuk malware mencuri data.

Pada 2009, Malaysia mencatatkan jualan melebihi US$7 juta bagi operasi Trend Micro Asia Tenggara, kira-kira 20-30 peratus daripada jumlah jualan di rantau ini.

Mansuhkan Permit Penerbitan Akhbar

Posted: 11 Jul 2010 04:41 PM PDT

MERDEKA REVIEW



Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa kerajaan memansuhkan permit penerbitan akhbar yang tidak lagi relevan. Permit penerbitan akhbar menghalang kebebasan media dan kebebasan maklumat di negara ini. Dalam era globalisasi, permit mengekang hak rakyat mendapatkan maklumat sudah ketinggalan zaman tatkala dunia media sudah berubah.

AMK Selangor membidas perlunya permit penerbitan akhbar ini kerana ianya bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Negara. Tidak ada keperluan untuk adanya permit penerbitan akhbar ini kerana ianya tidak akan menjejaskan keselamatan negara. Malahan, kita yakin media lebih akan meriah dengan kepelbagaian akhbar-akhbar yang wujud dan ia terpulang kepada kuasa pengguna untuk membuat pilihan.

Malahan kita berkeyakinan kuasa pengguna pembaca akhbar sudah bijak untuk membuat pilihan kerana kecanggihan teknologi maklumat kini lebih pantas dan meluas. AMK Selangor juga menggesa kerajaan tidak lagi menggunakan alasan tidak memperbaharui permit penerbitan akhbar setiap tahun untuk dijadikan asas mengekang penerbitan sesuatu akhbar.

Kewujudan undang-undang sedia ada masa kini sudah cukup untuk mengenakan tindakan perundangan kepada media-media cetak jika membawa berita berunsur fitnah dan mengancam keselamatan negara. Justeru permit penerbitan akhbar hanya akan mengekang perkembangan budaya fikir dan kritis rakyat. Tatkala peranan media cetak menjadi jurubicara rakyat dan pengimbang kepada pihak pemerintah.

AMK Selangor yakin jika permit penerbitan akhbar ini dimansuhkan, rakyat akan lebih berfikiran kritis dan terbuka tatkala kini jumlah akhbar di negara masih kurang di pasaran berbanding negara-negara maju lain. Akhirnya, Malaysia akan lebih maju dan inovatif kerana mempunyai akhbar yang berkualiti yang membentuk budaya fikir rakyat ke arah kecemerlangan.

*Kenyataan media oleh Mohd Ezli Mashut selaku Ketua Penerangan AMK Selangor.

Idea Perkasa Cina: Donald Lim terbukti ekstremis, kata Ibrahim Ali

Posted: 11 Jul 2010 04:36 PM PDT


KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa idea agar ditubuhkan 'Perkasa ala Cina' adalah satu bentuk tindakan "ektremis" yang tidak sesuai kerana ia akan membawa kepada perjuangan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini membidas kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang meminta agar ditubuhkan "Perkasa Cina" untuk menangani pengaruh Perkasa — pertubuhan bukan kerajaan bukan Melayu, yang semakin berakar umbi.

"Ini adalah kenyataan ekstremis... ia tidak wajar. Perkasa bukan rasis. Perjuangan kami, rangka perjuangan kami tertaklub kepada rangka Perlembagaan Persekutuan.

"Kami berjuang bagi memastikan peruntukan Perkara 153 Perkembagaan Persekutuan diamalkan dan dihormati," kata Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Perundingan Melayu (MPM) di sini hari ini.

Perkasa salah satu anggota gabungan MPM yang dilancarkan Mac lalu.

Wakil rakyat ini memberitahu The Malaysian Insider bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin seperti Lim, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan juga Presiden mereka Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggambarkan parti Cina itu kelihatan buruk.

"Tetapi ada juga pemimpin MCA yang baik, hanya beberapa pemimpin yang menggambarkan parti itu buruk... bukannya parti, tetapi pemimpin mereka," kata Ibrahim.

Ibrahim berkata kenyataan Lim membuktikan pada parti-parti politik Cina menggunakan ruang politik untuk menjadi hero masyarakat Cina.

"Bagaimana anda mahu menerajui negara pelbagai kaum macam ini?" kata Ibrahim lagi.

Lim dalam cadangannya berkata badan yang sesuai untuk memainkan peranan Perkasa Cina ialah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

Bagaimanapun menurut Ibrahim, MCA kini terperangkap dengan agenda politik DAP.

Jangkitan di Lubuk Yu bukan wabak - Tiong Lai

Posted: 11 Jul 2010 04:35 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan kes enam kematian akibat jangkitan bakteria di Hutan Lipur Lubuk Yu, Pahang bukan satu wabak baru dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kematian enam mangsa tersebut disahkan berpunca daripada jangkitan bakteria punca penyakit melioidosis dan leptospirosis yang boleh dirawat dengan mudah menggunakan antibiotik.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ini bukan wabak dan jangkitan bakteria itu boleh dirawat menggunakan antibiotik berbanding jangkitan virus seperti influenza A (H1N1) yang lebih sukar dirawat.

"Namun, penduduk berhampiran kawasan itu dinasihatkan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika menghidap gejala seperti demam panas.

"Pasukan bantuan juga dihantar ke klinik-klinik desa di sekitar kawasan berkenaan untuk memantau dan membantu tetapi yang paling penting orang ramai mendapatkan rawatan segera jika terdapat gejala jangkitan," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan seminar gabungan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di sini hari ini.

Enam mangsa yang meninggal dunia antara 3 hingga 8 Julai lalu merupakan sebahagian daripada 83 orang sukarelawan yang menyertai operasi menyelamat mangsa lemas di Hutan Lipur Lubuk Yu pada penghujung Jun lalu.

Lima daripadanya disahkan meninggal dunia akibat jangkitan bakteria Burkholderia pseudomallei (Melioidosis) yang biasanya terdapat di dalam air dan tanah.

Seorang lagi mangsa yang maut telah dijangkiti bakteria jenis leptospira (leptospirosis) yang jarang menjangkiti manusia tetapi mudah disebarkan melalui air kencing haiwan seperti tikus.

Ekoran itu, pusat perkelahan yang terkenal di Maran itu telah diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan serta merta semalam.

Dalam pada itu, Tiong Lai mengingatkan orang ramai bahawa jangkitan kedua-dua jenis bakteria itu boleh membawa maut jika lewat menerima rawatan.

Tidak serik makan durian

Posted: 11 Jul 2010 04:28 PM PDT

UTUSAN ONLINE

Ahmad Lai Bujang bersama Dayang Lily Datuk Abg. Indeh di Hospital Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - ''Saya tidak serik, saya tetap akan makan durian.''

Demikian kata Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang yang dibenarkan pulang hari ini selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas, Rabu lalu.

Menurutnya, kejadian itu tidak akan menyebabkannya berhenti memakan durian kerana teruja dengan keenakan raja buah tersebut.

"Mungkin saya akan berhenti makan durian selama satu hingga dua bulan kerana rasa trauma sedikit.

"Keenakan memakan durian terutamanya daripada jenis Musang King memang tidak dapat digambarkan," katanya kepada pemberita di pekarangan HKL.

Turut menemani beliau ialah isterinya, Dayang Lily Datuk Abg. Indeh, anaknya, Amelia, anak saudaranya, Dr. Roslan Mohd. dan pembantu peribadinya, Mansor Mahdar.

Ahmad Lai dikejarkan ke hospital berkenaan akibat sesak nafas selepas menikmati durian di Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna Parlimen, Rabu lalu.

''Doktor telah membuat pemeriksaan dengan teliti dan mendapati sakit yang saya hadapi tiada kaitan dengan serangan jantung, strok ataupun tekanan darah tinggi.

"Saya telah pulih dengan sepenuhnya malah sepatutnya keluar hospital dua hari lepas," katanya.

Perlu wakil media Malaysia di Gaza untuk maklumat lebih tepat

Posted: 11 Jul 2010 04:19 PM PDT

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR - Wakil media Malaysia perlu ditempatkan di Gaza, Palestin bagi membolehkan segala maklumat yang diterima mengenai keganasan dan penderitaan penduduk di sana tepat dan tiada penyelewengan.

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail , 26, berkata, Malaysia tidak perlu terlalu bergantung kepada media asing kerana kebanyakannya dikawal Israel dan sekutu kuat rejim tersebut, Amerika Syarikat (AS).

"Sehubungan itu, perlu ada wakil media dari negara ini yang ditempatkan di Gaza untuk mengetahui keadaan sebenar di negara tersebut seterusnya melaporkan apa yang berlaku untuk pengetahuan rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bertajuk Kebebasan Flotila-Pengalaman sempena persidangan Memecahkan Sekatan: Semangat Rachel Corrie dan Mavi Marmara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ashwad dan seorang lagi krew Astro Awani, Shamsulkamal Abdul Latip, 43, berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul, Turki pada 23 Mei lalu sebelum ke Pelabuhan Antalya dengan menaiki kapal Mavi Marmara untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Bagaimanapun, kapal misi bantuan kemanusiaan itu diserang komando Israel sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 19 aktivis terkorban dan 30 lagi cedera.

Ashwad berkata, media negara ini juga boleh berperanan membongkarkan kekejaman sebenar Israel sekiranya berada di Gaza.

"Apa yang dilakukan itu merupakan usaha memberi kesedaran kepada dunia tentang kekejaman sebenar rejim zionis terhadap rakyat Palestin seterusnya membangkitkan semangat untuk menentang," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya ada misi seterusnya ke Gaza, pihak penganjur perlu menyediakan sistem telekomunikasi satelit yang membolehkan rakaman secara langsung dibuat pada bila-bila masa.

"Jadi, masyarakat dunia boleh menyaksikan secara langsung sekiranya kapal dalam perjalanan ke Gaza itu diserang oleh tentera Israel," katanya.

PKR terbit edisi baru Keadilan

Posted: 11 Jul 2010 04:17 PM PDT

Salhan K Ahmad

PKR menerbitkan edisi baru Keadilan ekoran Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum memperbaharui permit terbitan akhbar rasmi perti Suara Keadilan yang tamat hujung bulan lalu.

Timbalan presiden parti itu Senator Syed Husin Ali berkata, beliau telahpun melihat edisi baru tabloid mingguan itu.

Menulis dalam Twitter malam tadi, Syed Husin juga berkata beliau mahu melihat apakah tindakan KDN ekoran penerbitan Keadilan.

"Keadilan terbit petang tadi (semalam). Sudah diedar ke semua negeri melainkan Sabah Sarawak," tulisnya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan akan diambil sekiranya Suara Keadilan terus diterbitkan tanpa permit.

Suara Keadilan juga sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda)berikutan dalam edisi sebelumnya menyiarkan laporan bertajuk "Felda Bankrap."

Ketika dihubungi lewat hari ini, ketua pengarang Dzulkarnain Taib berkata, Keadilan diterbitkan secara tidak berkala memandangkan permit bagi Suara Keadilan masih belum diperbaharui.

"Kalau terbitkan secara 'one-off', kita tidak perlukan permit sebab parti memang berhak buat begitu.

"Langkah ini diambil untuk tunjukkan bahawa kita sedia hadapi cabaran dan tekanan dari KDN," katanya.

Tambahnya, tabloid Keadilan diterbitkan oleh Angkatan Muda Keadilan memandangkan permit bagi Suara Keadilan, terbitan Pelita Koridor, masih belum diperbaharui.

Amalan ini juga akan diteruskan minggu depan dengan menerbitkan tabloid baru yang mengekalkan nama "Keadilan."

"Ia boleh jadi 'Pelita Keadilan' atau apa saja. Kita akan kekalkan nama 'Keadilan'

Bagaimanapun, pengurusan akhbar tersebut tetap akan meneruskan usaha bagi membolehkan permit Suara Keadilan diperbaharui, tambahnya.

Sepanyol juara Piala Dunia

Posted: 11 Jul 2010 04:13 PM PDT

Abdul Rahim Sabri

Sepanyol menepati ramalan apabila muncul juara Piala Dunia 2010 setelah menang tipis ke atas Belanda 1-0 di Stadium Soccer City di Johannesberg awal pagi ini.

Sepanyol menang dengan menewaskan skuad The Oranje, dengan jaringan tipis itu dalam perlawanan yang berlanjutan sehingga masa tambahan yang penuh dramatik dengan aksi-aksi kasar dari kedua-dua pasukan.

Gol tunggal Sepanyol dijaringkan oleh pemain tengahnya yang licik Andres Iniesta pada minit ke-116 tambahan separuh masa kedua.

Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain dengan corak berhati-hati.

Bagi sepuluh minit pertama, pada separuh masa pertama, Sepanyol menguasai perlawanan dengan membuat tiga percubaan ke arah pintu gol Belanda.

Pada minit ke-4, sepakan sudut dihadiahkan kepada Sepanyol diambil oleh Xavi yang kemudiannya ditanduk oleh Sergio Ramos tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Belanda, Maarten Stekelenburg.

Selepas itu tiba giliran, David Villa pada minit ke-8, mendapat umpanan 'chip' daripada rakannya. Bagaimanapun bola tersebut jauh dari kakinya walaupun beliau sudah melepasi perangkap offside.

Sergio Ramos sekali lagi, pada minit ke-10, menerima umpanan dari sebelah kiri, berjaya menggelecek seorang pemain pertahanan Belanda.

Perlawanan menarik

Bagaimanapun, sepakan lintangnya berjaya disepak keluar oleh permain pertahanan Belanda John Heitinga.

Manakala bagi pasukan Belanda pula, mereka turut menyerang balas melalui percubaan yang 'mendebarkan' ke arah pintu gol lawan.

Dirk Kuyt, pada minit ke-7 berjaya melepaskan satu sepakan kencang dari jarak 25 meter, bagaimanapun bola tersebut ditepis keluar oleh penjaga gol Sepanyol Iker Casillas.

Pada minit ke 36, satu 'set pieces' yang menarik yang dilakukan pemain tengah Arjen Robben yang melakukan sepakan sudut yang pendek kepada seorang rakannya di sebelah kiri gol lawan.

Tetapi bola hantaran itu gagal disempurnakan dengan baik.

Robben juga mendapat peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatannya di luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh Casillas pada minit akhir perlawanan separuh masa pertama.

Sebelum itu, Sepanyol membuat serangan balas melalui pemain tengah Pedro Ridriguez bagi memecahkan kebuntuan, tetapi sepakannya tersasar ke kiri gol lawan.

Separuh masa pertama juga turut menyaksikan pengadil dari England Howard Webb melayangkan lima kad kuning kepada pemain kedua-dua pasukan ekoran kekasaran yang dilakukan.

Manakala pada separuh masa kedua pula kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk memecah kebuntuan.

Ayam tambatan

'Ayam tambatan' Belanda Robben nyaris-nyaris menjaringkan gol pembukaan apabila mendapat umpanan dari rakannya dan beliau berdepan satu lawan satu dengan Casillas gagal menjaringkan gol.

Ini kerana, sepakan 'plessing'nya pada minit ke-61, terkena kaki kanan Casillas menyebabkan bola tersebut terkeluar.

Terselamat pintu gol pasukan yang dikenali sebagai 'La Roja'.

Robben juga sekali lagi menerima umpanan daripada rakannya dan kali ini berjaya melepasi halangan 'dua kereta kebal' Sepanyol - Carles Puyol dan Gerrard Pique, tetapi Casillas sekali lagi mengecewakannya.

Sepanyol juga mendapat peluang terbaik lapan minit kemudian, apabila penyerang sensasi mereka Villa, yang mendapat bola hasil hantaran lintang, ditampan keluar oleh pertahanan Belanda.

Malah dua sepakan percuma daripada pemain tengahnya Xavi Hernandez pada minit ke-54 dan 73 juga sekadar melewati palang gol.

Pada minit ke-76, Sergio Ramos sekali lagi mendapat peluang apabila tandukannya melepasi palang gol walaupun dia tidak dicabar oleh mana-mana pemain.

Selepas itu serangan demi serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan, tetapi pertahanan masing-masing berjaya mengawal kubu mereka sehingga tamat perlawanan.

Pada masa tambahan separuh masa pertama, Sepanyol dilihat ghairah memburu gol.

Pemain gantian mereka Cesc Fabregas hampir memecah kebuntuan pada minit ke-94 apabila beliau berdepan satu lawan satu dengan Stekelenburg, bola tendangan pemain Arsenal itu terkena kaki penjaga gol.

Kad merah

Iniesta juga turut terlepas peluang pada minit ke-98 apabila enggan menolak kepada David Villa, dan ingin bergerak sendiri telah terlepas bola dari kawalannya.

Seorang lagi pemain gantian Jesus Navas turut mendapat peluang pada minit ke-110, apabila sepakannya di sebelah kiri gol, dapat diselamatkan oleh pertahanan lawan.

Namun pada separuh kedua masa tambahan, gerakan hasil gandingan Xavi-Iniesta - Torres berjaya memecah kebuntuan, apabila Iniesta yang mendapat umpanan terus sahaja melepas satu sepakan deras dan bola tersebut menerjah jaring Belanda.

Beliau yang tidak berada dalam posisi offside, mendapat lambungan bola ke dalam kotak penalti terus meluru dan merembat bola tersebut pada minit ke-116.

Kedudukan berubah menjadi 1-0 dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan.

Lebih 0 kad kuning dilayangkan dan satu kad merah dilayangkan kepada Heitinge kerana dikatakan menarik Iniesta daripada belakang.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol merangkul kejuaraan piala dunia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Malah ramalan Paul, si sotong kurita itu juga menjadi benar belaka.

Utusan Didakwa Tangkap Muat Tuduh Anwar Agen CIA

Posted: 11 Jul 2010 04:07 PM PDT


TV SELANGOR

Tahap kewartawanan akhbar arus perdana dikhuatiri merosot ke paras baru apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan, kali ini menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai agen perisik CIA Amerika Syarikat.

Akhbar kawalan Umno itu juga mendakwa Anwar telah membayar syarikat berita terkemuka CNN untuk ditemuramah oleh stesen televisyen itu baru-baru bagi mencemuh kepimpinan Malaysia.

Dua dakwaan itu dilihat sebagai kemuncak agenda fitnah Umno-Utusan Malaysia dalam usaha menjatuhkan kredibiliti anwar sebagai Ketua Pembangkang dan antara pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua melahirkan rasa hairan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai 'alat' kepada CIA terpaksa membuat bayaran kepada Cable News Network atau CNN hanya semata-mata untuk ditemubual oleh media itu.

Beliau berkata laporan Utusan Malaysia tidak masuk akal kerana ia memaparkan Anwar sebagai seorang yang dikatakan mempunyai hubungan baik dengan risikan Amerika Syarikat namun terpaksa membuat bayaran kepada stesen tevisyen berkenaan.

Pada hari ini Utusan melaporkan, penulis blog dari Amerika Syarikat, Elaine Meinel Supkis kononnya mengetahui Anwar adalah agen CIA berasaskan senarai kawan-kawannya di Amerika Syarikat.

Dakwaan blogger itu cetek dan tanpa bukti, namun laporan itu disiarkan pada muka depan utusan tanpa sebarang siasatan atas kesahihannya oleh Utusan yang kerap menggelar dirinya sebagai akhbar bertanggungjawab.

Sayurgia diingatkan penulis-penulis blog seperti Supkis begitu ramai di Amerika dan Utusan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kredibliti beliau.
" Saya terkejut sebab 'agen' CIA pun kena bayar kepada CNN" ujar Tian kepada Tv Selangor.

" Itu lah yang menunjukkan Utusan ini mengeluarkan cerita yang terdesak. Kalau semalam dia kata Anwar bayar kepada CNN, hari ini Anwar adalah agen CIA, dan secara logiknya kita nampak Anwar ini merupakan agen CIA pertama terpaksa bayar CNN untuk dapat liputan" tambahnya lagi.

Malah tambah Tian, selain digelar sebagai agen CIA, Anwar turut dituduh sebagai agen Yahudi sebelum ini.

Namun ironinya, tidak lama kemudian Perdana Menteri, Najib Razak dengan bantuan APCO Worlwide cuba mempengaruhi dunia kononnya Anwar seorang yang bersifat perkauman dan anti Yahudi apabila Anwar mendedahkan kerajaan telah membayar lebih RM70 juta kepada firma berkaitan Zionis itu.

Semalam, Utusan memetik dari web konservatif haluan kanan dan penulisnya, Joshua Trevino mendakwa kononnya Anwar terpaksa membiayai program tembual bersama CNN dalam usaha Anwar memulihkan kembali hubungan dengan kelompok Yahudi.

Namun apabila diperinci rencana Trevino ini, jelas beliau tidak menuduh Anwar membiayai program temu bual itu tetapi sekadar berkata temu bual itu tidak membabitkan soalan-soalan yang keras untuk Anwar.

Dalam keghairahan untuk memusnahkan reputasi Anwar, Utusan nampaknya sanggup menerbitkan semula apa sahaja yang ditulis di alam blogger Amerika Syarikat walaupun ia bercanggah antara satu sama lain.

"Sekarang ini dalam masa yang singkat, Utusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah sesama sendiri".

" Nampaknya mereka makin terdesak. Mereka pakai lempar sahaja apa-apa yang boleh dengan tujuan untuk mencemarkan imej Anwar sama ada ini boleh dipercayai atau tidak, asalkan mereka serang secara peribadi dengan pelbagai tohmahan dan fitnah" ujar Tian lagi.

Tian juga tidak menolak kemungkinan Anwar dikecam hebat oleh Umno dan media kawalannya sebagai taktik menutup dakwaan akhbar New York Times dibayar hampir RM10 juta untuk memuatkan dua iklan memuji isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor ketika lawatan beliau ke Amerika Syarikat sebelum ini.

" Kita nampak isu bayar CNN ini seolah-olah cuba untuk menutup cerita Rosmah bayar New York Times RM10 juta untuk untuk mendapatkan iklan memuji dia sebagai wanita pertama Malaysia" ulas Tian.

Dr Tan : Tidak Gentar Disaman

Posted: 11 Jul 2010 04:06 PM PDT


TV SELANGOR

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong langsung tidak gusar apabila namanya diumumkan antara tiga lagi individu yang bakal disaman.

Bercakap kepada Tv Selangor, menurut Dr Tan, sekiranya kes sampai ke mahkamah, maka semakin banyak perkara yang akan terbongkar.

" Sila lah. Saya pun sudah cakap banyak bagaimana Najib aturkan satu mesyuarat sulit di pejabat, pada waktu itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada masa itu Pengerusi Felda pun tidak tahu, ketua pengarah pun tidak tahu. Kalau betul-betul melalui cara biasa, sesuatu perubahan plan, mesti mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah bukan? ujarnya kepada Tv Selangor.

Semalam, media melaporkan Felda bakal menyaman tiga lagi individu dari Parti Keadilan Rakyat berhubung kes penyiaran artikel dari Suara Keadilan berjudul "Felda Bankrap".

Mereka ialah Dr Tan, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said.

Pada 1 Julai lalu, Felda bertindak menyaman lidah rasmi PKR itu sebanyak RM 200 juta.

Dalam pada itu, Dr Tan terus mempersoalkan tindakan kerajaan melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang menggelarkan diri mereka pakar bio-diesel seperti yang didedahkannya sebelum ini.

" Apa kepakaran syarikat Amerika Syarikat dalam bio-diesel yang ada yang kita tidak ada?".

" Dari hari pertama sampai sekarang sudah tiga tahun, rugi, rugi, rugi" tambahnya lagi.