Ahad, 11 Julai 2010

Anak Bapa

Anak Bapa


Hebat Sangat Ke Pie Ni?

Posted: 10 Jul 2010 11:45 PM PDT


Anak Bapa taklah begitu mengenali Mohd Shafie Apdal ini.Tetapi daripada gaya dia beri ucapan dan kenyataan, rasanya lebih sesuai jadi Pengerusi JKKK kat kampong di pendalaman Sabah daripada menjadi Menteri.

Daripada dulu lagi Anak Bapa perhatikan kemampuannya, maaf cakap amat menyedihkan. Ketika beliau menjawat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dahulu, terjadi krisis kekurangan gula dan tepung, dan apa yang dia buat hanya "memantau" harga dan stok di pasaran. Dalam kata lain tengok saja moga-moga masalah akan selesai sendiri.

Minggu ini dia buat hal lagi. Mula-mula dia tuduh PAS ajaran sesat. Ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini pun ada pimpinan UMNO yang buat begitu. Sesat tu maknanya terkeluar daripada Islam. Terkeluar daripada Islam tu maknanya KAFIR.

Adakah Pie berani cakap PAS sampai macam tu tanpa ada hujah dan dalil yang jelas dan kukuh, sedangkan PAS jelas meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan?

Anak Bapa cabar supaya Pie tarik balik kenyataan ini dan mohon maaf kepada seluruh ahli dan penyokong PAS, jika tidak tunggu saat-saat kehancuranmu ……

Semalam dia berkokok lagi, kononnya Anwar pula biayai temubual dengan CNN baru ini bagi tujuan menaikkan imejnya yang tercalar kerana dianggap anti Semitik (yakni anti Yahudi).

Anwar dah terang, dan kita pun bersetuju bahawa penentangan kita adalah ke atas kekejaman Israel yang dipelopori oleh puak Zionis. Bukan semua orang Yahudi bersetuju dengan puak Zionis, malah ada yang menentang kekejaman regim Israel. Jadi kena jelas perbedaan antara anti Yahudi dan anti Zionis.

Perkara ini Pie tak peduli pasal parti dia memang kawan baik Zionis. APCO yang UMNO bayar 77 juta dikendalikan oleh puak Zionis yang memang kerja mereka meratah umat Islam Palestin. Apa yang Pie buat untuk menghentikan kerjasama partinya dengan APCO ini?

Anak Bapa: Tak habis-habis anak Apdal ini cari publisiti murah. Tetapi lagi banyak dia buka mulut lagi banyak nampak kebebalan dan kebodohan sendiri. Letak jawatan duduk rumah lagi baik ……..

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


HOT: Gambar 'pejuang Melayu' bertengkar di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian..(video inside)

Posted: 11 Jul 2010 10:38 PM PDT

Umno semakin menuju kehancuran: Umno PJ berpecah, Umno Kedah berbalah!

Posted: 11 Jul 2010 08:54 PM PDT



"Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai...Siapa yang hendak kalah, Beri kami peluang dan peruntukkan yang besar...Kalau kita tidak berjaya dalam pilihan raya umum ke-13, saya berpendapat kita bakal gulung tikar pada masa depan.." - Umno Petaling Jaya

Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian...Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku... - Umno Sungai Petani

"Memang UMNO dilanda masalah dan krisis kepemimpinan, bukan hanya di Jerantut seperti yang kita bimbangkan bahkan dimana saja. Inilah petanda bahawa UMNO belum benar-benar berubah secara total...Ini lah masalah dalaman UMNO kita." - Umno Jerantut & Bentong

Baca berita sepenuhnya di bawah...

Berita 1

'Akar umbi Umno PJ Selatan masih berpecah'

Pemangku ketua Umno Petaling Jaya Selatan Datuk Hanipuddin Raja Nong Chik mengakui masih wujudnya pepecahan ahlinya di peringkat akar umbi di bahagian tersebut.

"Saya melawat beberapa cawangan Umno, ada pepecahan sesama kita telah saya rasai," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di mesyuarat perwakilan Umno bahagian itu hari ini.

Lebih 300 perwakilan menghadiri mesyuarat tersebut yang oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Musa Aman yang juga ketua menteri Sabah.

Menurut Hanipuddin, perpaduan sesama ahli umno penting untuk mewujudkan satu pasukan yang disegani bagi merampas semula negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita jangan saling benci-membenci dan hasad dengki sesama kita.

"Sakit hati, dengki dan dendam perlu dibuang jauh-jauh untuk kita rapatkan barisan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya.

Menurutnya sebelum pilihan raya umum lalu, Umno dan BN menguasai parliman Petaling Jaya Selatan dan DUN Taman Medan.

Tetapi sekarang kedua-dua kawsan tersebut jatuh ke tangan PKR, tambahnya.

Sehubungan itu, Hanipuddin menyeru ahli akar umbi agar berusaha kuat dan bersatu padu untuk merampas kembali kawasan tersebut daripada Pakatan Rakyat.

Untuk tujuan itu, katanya, Umno bahagian memerlukan sejumlah peruntukan yang mencukupi untuk bergerak lebih aktif.

Beliau juga memohon kepada kepimpinan tertinggi Umno agar menyalurkan bantuan "yang besar" tanpa mengira kawasan itu dimenangi oleh Umno ataupun tidak.

"Jangan kami di kawasan yang kalah dihukumi dengan bantuan yang kecil tetapi di tempat yang menang diberi peruntukan yang besar.

"Siapa yang hendak kalah...Beri kami peluang dan peruntukkan yang besar," katanya.

Menurutnya lagi, bahagian tersebut yang tidak pernah kalah sebelum ini, turut 'terkena tempias' tsunami politik dalam pilihan raya umum lalu.

"Kalau kita tidak berjaya dalam pilihan raya umum ke-13, saya berpendapat kita bakal gulung tikar pada masa depan," katanya.

Hanipuddin berkata, bagi merealisasikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang, beliau mengajak ahli akar umbi turun ke padang bagi "menjuarai rakyat".

Sebelum mengakhiri ucapannya, Hanipuddin merayu kepada Musa agar membawa ke perhatian kepada pucuk pimpinan parti berhubung masalah kekurangan peruntukan itu.

Berita 2

Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani Kecoh

SUNGAI PETANI: Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Petani hari ini kecoh apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ketua Bahagian Ali Yahaya berucap pada majlis perasmian.

Kekecohan hampir 45 minit itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas bacaan doa dan nyanyian Negaraku, apabila seorang anggota jawatankuasa bahagian, Mohd Yusuf Lazim bangun menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Ali dan mahu beliau melepaskan jawatan.

Keadaan bertambah kecoh apabila lebih ramai perwakilan bangun termasuk anggota Wanita meminta Ali berundur sehingga menyebabkan pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong Ali.

Menurut Mohd Yusof, Ali tidak layak menjadi Ketua Bahagian kerana menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kepimpinan parti termasuk tindakannya tidak disenangi banyak pihak dan agensi kerajaan.

Malah Naib Ketua bahagian, Datuk Firdaus Zakaria dan ketua Puteri Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof yang berada di atas pentas turut turun menyertai perwakilan meminta Ali berundur.

Bekas Setiausaha Umno bahagian Sungai Petani, Mohd Akhir Shafie mendakwa lebih 60 peratus daripada perwakilan yang hadir mahu Ali melepaskan jawatan.

"Kami ingin menyampaikan mesej kepada pucuk pimpinan parti bahawa Ali tidak dikehendaki di Sungai Petani.

"Dia tidak layak jadi Ketua Bahagian. Syukurlah sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka secara terbuka hari ini. Ini yang penting," kata bekas Timbalan Ketua Bahagian, Abu Bakar Ahmad.

Katanya Ali juga antara punca 10 cawangan tidak dapat mengadakan mesyuarat dan satu cawangan dibubarkan. Bahagian Sungai Petani mempunyai 130 cawangan.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abd Azeez Abd Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa bercampur tangan apabila melihat keadaan tidak terkawal lalu meminta perwakilan memberi laluan kepada Ali berucap tetapi mereka tetap mempertahankan tindakan mereka.

Beliau kemudian mencadangkan supaya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap merasmikan mesyuarat tersebut dan menyambung mesyuarat selepas perasmian dan dipersetujui perwakilan.

Abd Azeez yang ditemui pemberita selepas itu berkata pihaknya akan menyelesaikan kemelut Umno Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan berlandaskan perlembagaan parti.

Selain Abd Azeez, Ibu Pejabat UMNO menghantar Setiausaha Kerjanya, Datuk Mohd Rauf Yusof dan Anggota MT, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir untuk memantau mesyuarat tersebut. - BERNAMA

Berita 3



SIAPA SAYANGKAN UMNO DI JERANTUT?

Memang UMNO dilanda masalah dan krisis kepemimpinan, bukan hanya di Jerantut seperti yang kita bimbangkan bahkan dimana saja. Inilah petanda bahawa UMNO belum benar-benar berubah secara total. Kadang-kadang dalam satu bahagaian atau cawangan pemimpinnya ingin berubah tetapi akar umbinya masih tidak bergerak. Ada pula akar umbinya yang ingin berubah namun kepimpinannya pula masih enggan. Ini lah masalah dalaman UMNO kita.

Baca seterusnya di sini, "SIAPA SAYANGKAN UMNO DI JERANTUT?", atau di sini, "UMNO bahagian Jerantut layu", atau di sini, "AJK PEMUDA JERANTUT IKUT RENTAK MUSTAFA LETAK JAWATAN BERAMAI-RAMAI"...semoga mengambil pengiktibaran...wallahua'lam..

Artikel berkaitan [Jun 2010]:
1. Blogger Umno akui Umno kedah lemah: Gesa Mahdzir Khalid undur, sokong Mukhriz
2. Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri
3. Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!
4. Umno terus bergolak: Selepas Umno Kedah, Umno Terengganu pula dilanda masalah!

Sekadar renungan dan peringatan bersama...fikir-fikirkan..

Posted: 11 Jul 2010 07:59 PM PDT

18SG: Koleksi himpunan VIDEO/GAMBAR gaduh, pukul, tumbuk sesama pemimpin Umno

Posted: 11 Jul 2010 09:38 AM PDT

1. Adegan Baling Kerusi Mesyuarat Umno Bahagian Seremban



2. Mesyuarat Pemuda UMNO Rantau Panjang Kecoh



3. Perwakilan Hantu 7



4. Tragedi Amuk Mesyuarat Umno di Sedili Kecil



5. Umno di Sedili Kecil kecoh



6. perwakilan di halang masuk dewan



Oleh: Pria Malaya

Video-video atas adalah video2 terdahulu yang berlaku sekitar tahun 2008..banyak lagi sebenarnya, termasuk gambar-gambar perwakilan dan pemimpin Umno yang bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri, sehingga terpaksa dikerahkan FRU dan anggota RELA utk menenangkan keadaan..

InsyaAllah, entry ini akan dikemaskini setiap masa..jika kalian mempunyai/terjumpa video2 berkaitan (termasuk gambar2) sila nyatakan atau emailkan kepada penulis..wallahua'lam..

p/s: Entry ini belum dikemaskini untuk berita terbaru ttg kekecohan yang berlaku semasa Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sungai Petani...insyaAllah, penulis akan postkan artikel terbaru bersama gambar-gambar sekitar 'majlis pergaduhan' Umno Kedah (11 Julai 2010) selepas ini....




















Siyasah dan dakwah: MB kedah turuti MB Kelantan buka kitab didik rakyatnya..

Posted: 11 Jul 2010 06:53 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Sepertimana Menteri Besar (MB) Kelantan, MB Kedah pun turut 'membuka' kitab mengajar dan mendidik rakyat nya mengenai ilmu2 agama...Alhamdulillah....suatu yg mustahil berlaku kalau Umno memerintah..

Mungkin bagi mereka (pengikut tegar Umno), hal ini samalah seperti mencampur adukkan urusan agama dan politik...perkara ini tidak patut berlaku dan perlu dijauhkan..agama suku, politik suku...

Kerana itulah, amat mustahil bagi kita melihat kepimpinan tertinggi mereka mendekatkan diri dengan masyarakat melalui program keagamaan, bukan melalui ruangan dan laman sosial seperti Facebook 1 Malaysia (contohnya) semata-mata..

Pemimpin seperti inilah yang kita idam dan harapkan, yang selalu mengingatkan rakyatnya tentang dosa dan pahala, syurga dan neraka, hidup dan kematian dan sebagainya..pemimpin yang boleh menyampaikan kthubah dan ceramah agama, yang boleh mengimamkan rakyatnya, yang boleh memandi dan mengurus jenazah rakyatnya...

Biarlah bagi penyokong parti Umno menganggap ianya lokek, membosankan, menyusahkan, PAS nak tunjuk alim, PAS mempergunakan agama, dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan jahat..tetapi bagi kita selaku ahli jamaah, kita sewajarnya berasa bangga dan terharu...

Insyaallah, disamping bersiayasah, jangan dilupa tanggungjawab kita sebagai dai' (pendakwah)...bertepatan dengan platform PAS, selain berpolitik, juga sebagai satu badan dakwah...insyaAllah...wallahua'lam...


Membudayakan Ilmu

Program Ilmu: Kuliah Mingguan yang diadakan setiap pagi Sabtu di Dewan Seri Mentalon Alor Setar merupakan inisiatif Kerajaan Negeri.

Program yang terbuka kepada orang ramai ini turut menampilkan Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri selaku penyampai kuliah.

Selain beliau, YB. Dato' Haji Ir. Amiruddin Hamzah, Exco Kerajaan Negeri dan Dato' Harun Din turut serta menyampaikan kuliah.

Selepas MCA, gilirin MIC hentam PERKASA: "Dia (Ibrahim Ali) macam katak" - Pemimpin MIC

Posted: 11 Jul 2010 02:06 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

1. Lanjutan dari posting penulis dlm entry ini, "1Malaysia gagal: MCA mahu wujud 'PERKASA' versi cina saingi PERKASA versi Umno!"

2. Ternyata Najib gagal dengan gagasannya 1 Malaysia..sejak di perkenalkan 1 Malaysia..rakyat bukan semakin bersatu padu, malah krisis bangsa dan kaum mula menjadi-jadi...

3. Ini adakah kesan dan bahana perjuangan asobiyah dan perkauman sempit oleh Umno..ia mula berjangkit pada sekutunya, MIC dan MCA...

4. Menurut perwakilan MIC ini, terdapat individu/pihak dlm kerajaan yang membiayai/menyokong PERKASA...siapa lagi kalau bukan Umno..ada sesiapa ingin nafikan?..
Malah perwakilan itu menuduh ada pihak dalam kerajaan yang 'bekerjasama' dengan Perkasa meneruskan perjuangan mereka yang mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat...

"Kita tahu bahawa ada beberapa individu penting dalam kerajaan yang memberi sokongan kepada pertubuhan itu," katanya.
5. Selanjutnya, korang baca dan fikirkan sendiri..wallahua'lam...

Perwakilan MIC: Ibrahim Ali, Perkasa keterlaluan ugut semua orang



KUALA LUMPUR, 11 Julai — Buat julung kali nama Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa pimpinannya menjadi sasaran perwakilan MIC — pertubuhan bukan kerajaan Melayu muda itu disifatkan sebagai punca perbalahan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

Sehubungan itu, perwakilan MIC juga mendesak pihak berkuasa agar mengawal pertumbuhan dan perkembangan Perkasa itu dari awal-awal lagi supaya tidak menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara dan keharmonian pelbagai kaum.

"Sekarang kita dengar ada satu pertubuhan baru namanya Perkasa Setia, diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali... dia seorang yang lompat dari Barisan Nasional macam katak... siapakah dia Ibrahim Ali (gambar) untuk nak ugut mereka yang memberi pandangan (tentang orang Bumiputera dan Melayu)," kata perwakilan dari Batu Gajah S. Pulligessu ketika membahaskan ucapan dasar presiden pagi ini.

Katanya, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini tidak ada kuasa untuk meminta kerajaan menarik balik kewarganegaraan seseorang yang memberi kenyataan mengenai kaum Melayu dan Bumiputera.

Perwakilan itu menambah, Perkasa diperluaskan di peringkat negeri dan bahagian tetapi tindakan mereka sejak kebelakangan ini seolah-olah mahu mengganggu-gugat keharmoniam kaum negara ini.

"Mereka seolah-olah mahu mengancam orang lain," katanya lagi.

Malah perwakilan itu menuduh ada pihak dalam kerajaan yang 'bekerjasama' dengan Perkasa meneruskan perjuangan mereka yang mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat.

"Kita tahu bahawa ada beberapa individu penting dalam kerajaan yang memberi sokongan kepada pertubuhan itu," katanya.

Perkasa yang berusia dua tahun ditubuhkan untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik selepas keputusan pilihan raya umum ke-13.

Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan pribumi seperti soal kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Antara yang menjadi kritikan Perkasa baru-baru ini ialah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam isu biasisawa Jabatan Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, perwakilan Ramasamy dari Labuan pula berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku negarawan seharusnya menggalakkan dan memberikan semangat "bangkitlah" kepada semua rakyat jelata tanpa mengira kaum.

Dr Mahathir, bekas presiden Umno, dilihat seringkali mengatakan bahawa orang-orang Melayu seharusnya bangkit untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa.

"Dr Mahathir selalu mengatakan bahawa orang Melayu mesti bangkit, tetapi Dr Mahathir merupakan seorang pemimpin yang bertaraf negarawan.

"... oleh itu beliau harus meminta rakyat semua kaum bangkit, bangkitlah Kadazandusun, bangkitlah India, bangkitlah Malaysia... semua mesti buat lebih baik berbanding kaum Cina, belajar daripada negara-negara lain, dari negara sebelah Timur, belajar daripada Amerika dan sebagainya," kata beliau dalam ucapan perbahasannya.



Sejak kebelakangan ini Dr Mahathir dilihat memberi pandangan-pandangan yang menyuarakan kepentingan orang Melayu semata-nmata dan oleh itu, sesetengah pihak menganggap beliau sebagai rasis'.

Bulan lalu, Dr Mahathir beberapa kali mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minority sebagaimana disaksikan di Singapura.

Beliau memberikan pandangan yang sama ketika berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Kuala Terengganu. - TMI

p/s: Gambar2 diatas diperolehi dari laman "Malaysia Freedom"..

1Malaysia gagal: MCA mahu wujud 'PERKASA' versi Cina saingi PERKASA versi Umno!

Posted: 11 Jul 2010 12:19 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

1. Ternyata gagasan 1 Malaysia Najib gagal sama sekali..perjuangan berasaskan bangsa dan kaum semakin memuncak, perasaan berteraskan perkauman dan rasis di dalam kompenan BN semakin menebal, masing2 saling menunjukkan wajah sebenar mereka....walaupun segala kemewahan/projek dan dana dicurahkan kepada bangsa Cina dan India bagi 'menutup mulut' mereka (sehingga mendapat kutukan dan makin penyokong Umno terhadap Najib), namun Najib dan Umno tetap tidak berjaya...

2. Ternyata APCO masih gagal memainkan peranannya dgn lebih berkesan dlm mempromosi 1Malaysia Najib..kerana itulah dilaporkan, kerajaan Najib mahu menruskan khidmat sekutu zionis ini utk tempoh satu tahun lagi walaupun mendapat bantahan dari rakyat...semuanya gara2 mahu 'mensucikan' Najib dan 1Malaysia pada pandangan rakyat..namun, ternyata percaturan najib gagal sama sekali..

3. Semua sedia maklum, PERKASA adalah sekutu bagi Umno..perjuangannya adalah semangat kebangsaan yang melampau...buktinya, jika ditanya penyokong Umno, antara PERKASA dan MCA, siapakah yang disokongnya?..tentu jawabnya, PERKASA..kerana mereka telah didoktrin dengan fahaman kebangsaan sejak turun temurun...



4. Diluah mati emak, ditelan mati ayah..ternyata kehadiran PERKASA benar2 membuatkan Umno di dalam dilema..sama ada mahu meluahkan sokongan secara nyata, atau mahu PERKASA gulung tukar demi survival parti melayu itu dimasa hadapan..apa pun kini, PERKASA dan Umno sudah tidak boleh dipisahkan...kewujudannya telah memberi kesan buruk kepada gagasan 1Malaysia Najib..siapa boleh nafikan?..

5. Hari ini, MCA secara terbuka menyerang PERKASA dari segenap penjuru..pemimpin mereka sepakat menentang kewujudan sekutu rapat Umno ini...dan kali ini Naib Presiden MCA bersuara lantang akan mewujudkan 'PERKASA versi Cina' bagi menyayingi PERKASA Ibrahim Ali...mungkin niat dan tujuan utama kehadiran PERKASA adalah utk menghentam DAP dan PR..namun mereka terlebih dahulu perlu berhadapan dengan kompenan BN, MCA MIC dan Gerakan..sungguh naif percaturan mereka...

Akhir kalam..sama2 kita saksikan babak seterusnya..penulis yakin ini bukan yg terakhir..persaingan dan peperangan terbuka antara MCA-PERKASA-Umno akan berterusan selagi mana perjuangan berasaskan kebangsaan menjadi agenda utama mereka...wallahua'lam...


MCA mahu 'PERKASA Cina'

Konsep 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin tercalar dan berlemungkinan robek apabila parti kedua terbesar dalam komponen BN - MCA mencadangkan penubuhan PERKASA versi Cina bagi menangani serangan perkauman NGO Melayu itu.

Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

"Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya," kata Lim.

Tidak gusar

Menurut beliau, masyarakat Cina tidak perlu gusar dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) kerana mereka juga boleh menubuhkan kumpulan pelampau seumpama itu.

Beliau bagaimanapun menolak cadangan menubuhkan kumpulan pendesak bagi mengimbangi tekanan kumpulan pelampau kerana katanya ia ibarat melawan api dengan api.

Lim berkata sesetengah isu adalah lebih baik diselesaikan melalui perdebatan terbuka sambil melahirkan keyakinannya mengenai keupayaan kerajaan menangani tuntutan agresif PERKASA.

Namun katanya, sebagai negara pelbagai kaum yang mengamalkan prinsip adil dan seimbang, kerajaan terpaksa mengambil kira tuntutan PERKASA dan semua pihak lain.

Lim yang juga timbalan menteri kewangan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa bahagian kedua Model Baru Ekonomi (MBE) yang menyentuh isu kontroversial ekuiti 30 peratus bumiputera telah ditarik balik kerana desakan daripada PERKASA.

Katanya, butirannya dijangka akan dikeluarkan menjelang September ini sebelum pembentangan bajet pada 15 Oktober.

Sokongan merosot

Beliau bercakap kepada pemberita semasa diwawancara oleh akhbar Cina di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Lim juga menjangkakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini.

Beliau yang dilantik sebagai ketua MCA Selangor mengakui memikul tugas berat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang ternyata mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Katanya, sokongan masyarakat Cina kepada BN adalah sekitar 30 hingga 35 peratus di seluruh negara dan jumlah itu merosot kepada 20 hingga 25 peratus di Lembah Klang.

"Sasaran kami adalah 50 peratus sokongan pengundi Cina. Jika kita dapat hanya 40 peratus, kita tetap bergembira. Saya agak pratikal: jika saya kata kita boleh meningkatkan sokongan kepada 80 peratus, ia adalah satu pembohongan."

Katanya, tugas utamanya sekarang ini adalah membantu BN menawan semula kerajaan negeri Selangor.

Pada pilihan raya umum yang lalu, MCA Selangor dimalukan apabila hanya berjaya memenangi satu daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandingi manakala bagi kerusi negeri, ia hanya mampu menang dua daripada 14 yang ditandingi. - MKINI



VIDEO: Lagu 'Umno Baru' beserta lirik...

Posted: 10 Jul 2010 11:23 PM PDT





LAGU 'UMNO BARU'

p/s: Sedikit pengubahsuaian lirik lagu bagi menepati situasi masa kini..selamat mendengar..;)

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


4 minit yg terakhir Ceramah Anwar Kuala Berang - Projek 1M

Posted: 11 Jul 2010 05:07 AM PDT






TERENGGANU - Empat minit terakhir ceramah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mendedahkan 'kejelekan' produk-produk '1Malaysia' ciptaan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Najib Razak.

Anwar menepis fitnah yang menuduh beliau menggadaikan 'Melayu' demi cita-citanya untuk menjadi PM dengan membongkar kejelekan gagasan 1Malaysia ciptaan Najib.

Menurutnya, 1Malaysia Najib lah merampas dan menggadaikan tanah-tanah bersaiz mega dalam dan pinggiran bandaraya Kuala Lumpur.

Katanya, Tanah Kem Tentera Udara Sungai Besi (Gambar), Tanah Institut Penyelidikan Getah (FRIM) Sungai Buluh dan Tanah Jalan Cohchrane Kampung Pandan tersebut kemudiannya telah diberikan 'tanpa tender' kepada seorang ahli perniagaan Cina, George Low.

"Satu perkara yang disebut Dato' Seri Najib (dalam) Rancangan Malaysia Ke-10 yang saya (rasa) cukup bahaya,

"di Kuala Lumpur tanah yang paling besar di Sungai Besi (Kem Tentera Udara), kemudian tanah yang paling besar di Sungai Buluh (FRIM), tanah Jalan Cochrane (Kampung Pandan),

"saudara tahukah? Ini pemimpin Melayu Umno, semuanya (tanah-tanah tersebut) telah diberikan kepada Yayasan 1Malaysia, semua tanpa tender, tanah yang boleh dibangunkan (bernilai) berbilion ringgit,

"diberikan begitu saja kepada Geoge Low,"jelasnya.

Selain itu, Anwar turut menceritakan 'kebobrokan' pemimpin Melalyu Umno Menteri Wilayah Persekutuan yang telah bertindak mahu menyerahkan 40 peratus tanah rezab Melayu Kampung Baru Kuala Lumpur kepada orang Cina.

Katanya, cadangan raja Nong Chik itu telah ditentang sekeras-kerasnya oleh Ahli Parlimen PAS Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pengakuan bapa yang merogol anak sendiri

Posted: 11 Jul 2010 10:42 PM PDT

Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksapakcik menghentikannya daripada sekolah.

Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu. [seterusnya DI SINI]

Kenapa isteri anda curang?

Posted: 11 Jul 2010 10:26 AM PDT

Tidak dapat dinafikan dalam zaman cyber sekarang wanita lebih 'demanding' dalam soal seksual disebabkan pengetahuan seks bukanlah rahsia lagi (atau rahsia dalam kelambu kata orang tua dulu-dulu). Ramai wanita mengambil sikap lebih terbuka dalam mempelajari bab-bab ini dan lebih berpengetahuan.

Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan mengetahui hak-hak mereka di dalam hubungan seks. Mereka juga ingin menikmati kenikmatan seks sama seperti lelaki.

Tetapi malangnya hajat mereka tidak kesampaian! Suami syok sendiri manakala si isteri terkulat-kulat makan hati! Nak tahu apa jadi? Lama-kelamaan wanita akan mula merasa bosan, kecewa, sakit hati, sedih dan perasaan-perasaan ini akan menyebabkan mereka menjadi dingin di dalam hubungan seks [seterusnya DI SINI]

Akibat "Drink and Drive"

Posted: 11 Jul 2010 09:05 AM PDT

Dalam perjalanan balik ke Bangi dari KL sekitar jam 7.30 ptg tadi, melalui PLUS Highway, kira-kira setengah kilometer ke susur keluar Bangi, sebuah Toyota Camry dengan dinaiki oleh 4 lelaki India dalam perjalanan arah ke KL telah mengalami kemalangan selepas melanggar pembahagi jalan. Tanpa melibatkan lain-lain kenderaan, kesemua 4 lelaki tersebut selamat, tetapi pemandu nya agak parah, apabila dia tersepit di tempat duduk pemandu sehingga memaksa pasukan bomba dan penyelamat di panggil.

Kemalangan berlaku dipercayai akibat mereka, mungkin juga pemandu mengambil minuman keras semasa memandu. Bau minuman keras yang kuat dapat dihidu dari 3 rakan pemandu yang terselamat. Mengikut kata saksi, kereta tersebut melambung selepas melanggar pembahagi jalan sebebelum terbalik.
Salah seorang penumpang (katanya) tercampak keluar

Keadaan kemalangan yang mengakibat kesesakan lalulintas yang teruk sehingga jam 10 mlm

Orang ramai cuba mengeluarkan pemandu yang tersepit

Ketibaan pasukan Bomba dan Penyelamat

Pemandu yang tersepit dalam bulatan

Kcederaan pemandu boleh dilihat pada bahagian muka, Kakinya dipercayai tersepit

Anggota penyelamat memasuki kereta yang remuk

Petugas medic dari Pertahanan Awam memberikan bantuan pada mangsa yang terselamat

Pemandu di tarik keluar dari kereta

Pemandu yang terselamat tapi mengalami kecederaan parah di muka dan di kaki

Keadaan Toyota Camry yang remuk teruk

Mangsa yang terselamat (berbaju dan berseluar hitam)

Paramedic Pertahanan Awam memberi bantuan kepada mangsa