Sabtu, 10 Julai 2010

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Saman ekor: Penganiayaan yang diteruskan

Posted: 10 Jul 2010 05:19 AM PDT



Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. (baca disini)

Siapa sebenar nya yang tidak bertanggung jawab dalam isu saman ekor ini ?. Polis atau pengguna jalanraya ?. Jawapan nya Pihak Polis memang tidak bertanggungjawab dalam isu saman ekor ini. Saman ekor terang terang menganiaya pengguna jalan raya. Nampak sangat kerajaan BN melalui Polis menggunakan saman ekor ini untuk mengumpul duit yang banyak kerana pesalah tidak mempunyai pilihan.

OK lah kalau Polis nak memerangkap pesalah jalanraya dengan menyorok celah tiang 'flyover' ke, bawah jejantas ke, sebalik pokok ke, dalam longkang ke, dalam gerai tepi jalan ke. Lantak diaorang lah. Itu kan strategi mereka.

OK jugak kalau Polis nak tunggu dan pasang perangkap dekat dengan kawasan sekolah yang had laju nya 60 KM/J, tetapi jangan lah tunggu masa cuti sekolah hari sabtu atau ahad. Itu memang nak penaya orang tu. Kalau nak tunggu dan pasang perangkap pun pasang lah. Polis kan berkuasa. Tembak lah lazer kamera kepada kenderaan yang lalu lalang. Dah memang itu kerja diaorang kan!

Masaalah yang aku dan orang ramai tak puas hati dan pertikaikan ialah mengapa tidak ditahan pengguna jalanraya yang telah melakukan kesalahan dan berikan terus notis saman macam dulu dulu. Apa masaalah nya untuk tahan pengguna jalanraya?. Selama ini pun berlambak sekatan jalanraya yang kadang kadang dilakukan ditempat yang tidak munasabah yang menyebabkan 'Jem' berkilometer. Mengapa perlu guna strategi saman ekor ?. Apa motif pihak Polis berbuat begitu kalau bukan untuk menganiaya?.



Kerana saman ekor ini, seorang kawan aku sampai terpaksa tukar kereta kerana tak sanggup nak bayar saman ekor yang dia tidak buat dan juga berurusan dengan kerenah pihak Polis yang berkuasa. Bayang kan kalau tiap tiap bulan dapat 2,3 saman ekor. Dia tak puas hati dan nak tengok gambar. Oleh kerana saman ekor dibuat dilebuhraya Karak maka kawan aku ni terpaksa ke Balai Polis Trafik disana sedang kan dia di Kapar, Klang. Nak tengok gambar di Balai Trafik Klang tak boleh tetapi bayar saman boleh pulak. Tak ke itu menyusahkan orang nama nya.

Kawan aku dapat tengok gambar tu dan memang 'sebijik' dengan kereta milik nya sedang kan pada waktu dan tarikh saman ekor itu adalah hari bekerja dan dia menggunakan kereta tersebut di Kapar. Dia mengesyaki ada orang guna plat nombor kereta dia. Alasan apa pun dia bagi pada Polis, saman tetap kena bayar. Oleh kerana tak boleh tahan, kawan aku tu tukar kereta. Itu lah yang tak bagus nya saman ekor yang dipertikaikan.

Saman ekor ini juga akan membuatkan pelumba haram akan bermaharajalela lagi di jalan dan lebuhraya dengan menggunakan plat nombor orang lain yang kereta dan warna nya sama.

Kesimpulan nya, sesiapa yang melakukan kesalahan jalanraya memang perlu dikenakan tindakan tetapi bukan dengan saman ekor. Dulu Polis boleh buat dengan menembak laser dilebuhraya dan menahan mereka yang melakukan kesalahan di Plaza Tol. Kalau begini, aku dan ramai lagi rasa nya boleh terima. Mengapa sekarang tak boleh buat?.

Sekian

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

Program Isra' Mi'raj: Ann Wang Seng di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar

Posted: 08 Jul 2010 10:41 AM PDT


Wah...Ann siap promosi lagi !!

Sempena menyambut Isra' Mi'raj, malam tadi selepas solat Maghrib bertempat di Balai Islam Pangsapuri TNB Kapar telah diadakan program ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang terkenal iaitu saudara Ann Wan Seng. Beliau memeluk Islam 13 tahun yang lalu (1996) seorang aktivis masyarakat. Antara jawatan kehormat beliau ialah Setiausaha Agung MACMA (Muslim Chinese Association Of Malaysia) dan setiausaha PERKIM.

Antara yang disentuh dalam ceramah tersebut ialah isu sebat Kartika Sari Dewi. Beliau bagitau semasa beliau berceramah di Kuantan, hakim yang menjatuhkan hukuman memberitahu dia bahawa ada 5 lagi yang kena hukuman yang sama (kalau tak silap). Yang lain merayu tetapi Kartika tidak mahu merayu kerana dia rasa benar benar insaf, dan lagi terlalu banyak pihak yang campur tangan. Isu lain disentuh selain Isra' Mi'raj termasuk lah kajian beliau berkaitan Black Metal dan murtad.


Sebahagian AJK Majlis menjamu selera. Aku bukan AJK, cuma duduk sembang saja. Dari kiri: Yunus, Tajaruddin, aku dan Sahur (MC)

Habis ceramah, solat Isyak berjamaah dan lepas itu semua yang hadir menjamu selera nasi beriani gam putrajaya. Saudara Ann tidak makan kerana sibuk melayan peminat dan pelanggan yang membeli buku buku yang ditandatangani oleh beliau sendiri. Antara buku yang aku beli ialah Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho dan murtad jangan pandang sebelah mata.


Beliau menandatangani sendiri buku buku yang kami beli

Hampir jam 11.00 malam baru lah Saudara Ann Wang Seng dapat menjamu selera. Beliau makan seorang manakala kami hanya menemankan sambil bersembang kosong. Aku tanya samaada beliau ada nama Islam atau tidak?. Beliau kata tidak ada nama Islam cuma ditambah bin Abdullah tetapi mengekalkan nama di kad pengenalan. Isteri beliau pula orang Permatang Pauh yang juga menjadi pembantu dalam menerbitkan buku buku tulisan beliau.


Dari kiri: Tajaruddin, Omar Abas, Yunus, aku dan abg. Hassan Imam. Ann (membelakang kamera) makan sorang sorang. Yang ramai ramai tu teman kan beliau saja. Beliau lambat makan sebab layan peminat beli dan tandatangan buku.


Ann Wang Seng bersama rakan sekelas yang dah 25 tahun tak jumpa, Rahman Jaafar

Sembang punya sembang, masuk cerita teman sekelas beliau iaitu Rahman Jaafar yang dah 25 tahun tak jumpa. Macam jejak kasih pulak dah. Aku 'call' Rahman dan kebetulan dia ada dirumah. 20 minit kemudian dia sampai dan makin panjang lah cerita cerita lama yang keluar. Kami semua bersurai hampir jam 1.00 pagi

Sekian.

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Pembelian Kapal Selam: Bala diPanggil Polis Perancis

Posted: 10 Jul 2010 09:26 PM PDT

Sumber MalaysianReview

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.

Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.

Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.

Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu. Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini.

Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis. Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan.

Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan. Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika.

Siasatan bermula Mac 2009

Perancis memulakan siasatan pembelian kapal selam yang ada hubung kaitnya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sejak akhir Mac 2009. Badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi manusia, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) telah memfailkan kes pada Mac 2010 di mahkamah Perancis, untuk menyiasat sama ada kontrak pembelian Scorpene dan Agosta ini melibatkan rasuah.

Pada 28 April, peguam SUARAM Joseph Breham berkata, kes ini berada dalam peringkat inkues (inquest), malah yakin bahawa sistem kehakiman Perancis yang bebas mampu menahan tekanan luar.

Perdana Menteri Najib Razak pernah mengeluarkan kenyataan di parlimen bahawa kerajaan Malaysia tidak memberi komisen kepada syarikat Perimekar. Tetapi, syarikat Perimekar dikatakan menerima 114 juta Euro Dollar, atau RM 500 juta sebagai bayaran "penyelarasan dan perkhidmatan" untuk kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS.

Institusi kehakiman Perancis berkuasa untuk menyiasat kes yang berunsur rasuah ini kerana DCNS adalah syarikat Perancis.

Kes ini disiasat kerana beberapa perkara. Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani. Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam. Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda (gambar kanan, kiri) dan isterinya Mazlinda Makhzan (gambar kanan, wanita di tengah).

Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan. Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju.

Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.

Latar belakang: Bala dedah ditawar RM5 juta

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.

Pembelian kapal selam:
Bala dipanggil Polis Perancis

Menggigit, tergigit dan digigit - Zulkifle Nordin

Posted: 10 Jul 2010 10:12 AM PDT

Oleh YB Khalid Samad

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen 'bebas' menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis. Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan 'strategi' sebegini dan mempersenda 'kepakaran' beliau sebagai seorang ahli strategi.

Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, "kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!"

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. "Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI", serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, "Once a liar, always a liar". Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan 'clinical case'.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

NKRA (Najib Kerja Rosmah Arah) betul ke ???

Posted: 10 Jul 2010 09:29 AM PDT


"Isu tentang ketiadaan kualiti, kredibiliti, dan integriti dalam kalangan pemimpin UMNO-BN sudah lama diperkatakan. Namun demikian, dakwaan itu sering dipertikaikan oleh mereka. Kini, tindak-tanduk mereka telah memperjelaskan kebenaran dakwaan itu.

Isu FELDA belum lagi reda. Akhbar Suara Keadilan tidak diberi kebenaran menyambung pengeluarannya gara-gara rencana "FELDA Bankrap". Anehnya, cabaran ANAK untuk berdebat dengan Ahmad Maslan tidak disambut. Mereka meminta supaya diadakan majlis dialog sahaja. Bahana perdebatan Anwar-Ahmad Saberi Cheek dan Lim Guan Eng-Koh Soo Koon masih segar dalam ingatan mereka. Pemimpin UMNO-BN tidak berupaya menepis hujah berserta bukti yang dikemukakan oleh lawan mereka. Sehubungan itu, rakyat tahulah kedudukan sebenar isu yang diperdebatkan itu.

Sudahlah begitu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berlainan atas topik yang sama juga berbeza-beza. Ahmad Maslan cakap lain. Najib cakap lain. Yang terpinga-pinga ialah peneroka dan rakyat melihat putar belit yang disengajakan itu. Khabarnya Najib akan bagi duit raya kepada peneroka. Taktik ini sebenarnya sudah selalu sangat digunakan oleh UMNO-BN untuk menutup kecurangan dan memenangi kembali sokongan rakyat. Pemikiran kuno ini mensahihkan kebankrapan idea UMNO-BN. Rakyat bukan macam dulu lagi. Mereka sudah cerdik. Tak mainlah dengan kepura-puraan itu. Tak mainlah dengan telunjuk lurus kelingking berkait itu.

Isu pembelian kapal selam pun begitu juga. Kerajaan Perancis sudah mula membuat siasatan tentang kewujudan pemberian rasuah melalui komisyen juta-juta. Menteri Pertahanan Malaysia yang bergelar doktor mengeluarkan kenyataan dangkal apabila menyatakan bahawa SPRM tidak perlu menyiasat kes itu kerana semua prosedur telah dipatuhi. Baginya apa-apa saja yang dibuat oleh kerajaan semuanya betul. Tutup sebelah mata untuk apa-apa yang orang lain kata.

Begitu juga dengan kenyataan Wain dalam bukunya mengenai penyelewengan berbilion ringgit yang dilakukan oleh Dr. Mahathir. SPRM kata tiada kes. Jika begitu halnya, Wain telah berbohong. Mengapa dia tidak disaman kerana melakukan perbuatan tidak bermoral itu? Satu dunia baca buku yang didakwa berunsur fitnah itu.

Isu jawapan bertulis yang berbeza-beza kepada soalan yang sama di parlimen juga menjatuhkan kredibiliti dan integriti menteri dan timbalan menteri UMNO-BN. Hal ini tidak akan berlaku jika sikap flip-flop disingkirkan. Keputusan yang kabur dan tidak konsisten telah menggelabahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Sikap sambil lewa sebegini menunjukkan kompetensi menteri sangat rendah. Ke mana perginya KPI yang dilaung-laungkan itu? Buang dalam tong sampah sahajalah.
Isu terbaru yang ditimbulkan ialah PETRONAS menjadi sebuah syarikat yang tidak berdaya saing dalam bidang cari gali untuk mendapatkan telaga minyak yang baru jika dibandingakan dengan Shell, Exxon-Mobil, dan sebagainya. Ketidakmampuan ini akan mendatangkan masalah besar kepada ekonomi negara yang terus bergantung kepada perolehan PETRONAS. Senang cerita, pendapatan PETRONAS merudum, ekonomi Malaysia turut merudum. Ketika masalah ini tidak mampu diselesaikan, sumber lain pendapatan negara gagal dijana. Jawabnya bertambah teruklah negara ini nantinya.

Bila bercakap tentang ekonomi, banyak pula telahan yang diberikan sehingga rakyat keliru yang mana satu hendak dipegang. Dulu Najib kata ekonomi berkembang. Hari ini dia kata ada masalah. Datang Nur Mohamed pula, oh kita berada di landasan yang betul, ekonomi tetap berkembang sebanyak 6% berdasarkan pencapaian China dan beberapa negara lain. Semua kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan Dr. M yang baru balik dari England. Dia kata ada tanda-tanda kemelesetan di Eropah. Oleh sebab itu, ada harapan Malaysia akan menghadapi kemelesetan berganda. Apa ni? Dia juga kata Wawasan 2020 akan gagal jika beberapa pengubahsuaian yang positif gagal dilaksanakan. Sindir ke balun orang ni?

Kecelaruan demi kecelaruan sedang memerangkap pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Kesemuanya menyerlahkan situasi tiada kualiti, tiada kredibiliti, dan tiada integriti dalam kalangan mereka. Oleh sebab itu, ada yang mentafsirkan NKRA sebagai Najib Kerja Rosmah Arah.

Betul ke?

Kemungkinan : Perkara penting untuk PR ambil tahu dalam pilihanraya akan datang

Posted: 10 Jul 2010 08:53 AM PDT


Salam sejahtera kepada reformis laman web ini. Kita semua sedia maklum bahawa pilihan raya yang ke 14 pasti akan tiba pada masanya. Kepada semua pejuang-pejuang PR perlu diingat bahawa Barisan Nasional akan mencari seribu satu helah atau penipuan untuk memenangi pilihan raya tersebut. Oleh yang demikian, semua pihak PR perlu bersedia dan mengambil berat tentang strategi yang akan dilakukan oleh mereka. Berikut adalah strategi-strategi yang akan mungkin akan dilakukan oleh pihak UMNO dan rakan-rakan.

Perkara pertama:
Mereka akan mencari jalan untuk menyatakan bahawa Dato Seri Anwar bersalah dalam kes liwat Saiful Bukhari. Ini kerana, bagi mereka Anwar adalah master mind dalam perjuangan PR. Oleh yang demikian, kepala perlu dihapuskan dahulu sebelum yang lain tidak berfungsi. Memang tidak dinafikan bahawa Dato Seri Anwar adalah simbol perpaduan diantara PAS, KeAdILan, dan DAP. Sekiranya Anwar tiada, maka perjuangan PR akan sedikit terjejas terutama hubungan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, bagi pihak PR, mereka perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi melindungi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim.

Perkara Kedua:
Mereka akan melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP. Setaip hari mereka akan bermain provokasi untuk melaga-lagakan kedua-dua parti tersebut. Isu hudud adalah senjata utama mereka untuk melaga-lagakan PAS dan DAP. Oleh yang demikian, janganlah mengambil serius sekiranya ada anasir anasir jahat untuk melaga-lagakan hubungan PAS dan DAP.

Perkara Ketiga:
Mulai sekarang, gerak kerja pilihan raya perlulah berjalan sekarang. Ini kerana, kita bukan lah parti yang menyogok orang dengan rasuah untuk menyokong kita. Pada UMNO, isu ini tidak menjadi masalah kerana mereka boleh menyogok wang last minute agar menukarkan hati manusia bagi mengundi mereka.

Perkara Keempat:
SPRM akan membuat perubahan dari segi kawasan permilihan bagi.Ini kerana, ramai orang telah pengundi-pengundi akan berada di luar dari kawasan mereka. Sebagai contoh seperti di Hulu Selangor, berapa ramai pengundi-pengundi yang sebelum ini memamg mengundi di Hulu Selangor tiba-tiba dialihkan ke kawasan lain.Perkara ini amat merugikan pihak Pakatan Rakyat kerana kita kilangan undi yang berharga.

Perkara Kelima:
Peningkatan undi pos di setiap kawasan 50-50. Maknanya bagi kawasan yang peluang PR dengan BN seimbang, maka SPRM akan menambah bilangan pengundi pos di kawasan mereka. Semua orang sedia maklum undi pos adalah talian hayat BN. Sekiranya kita tidak bertegas dalam isu undi pos ini, maka kita boleh kehilangan kerusi-kerusi yang penting pada masa pilihanraya yang akan datang.

Perkara Keenam:
Penambahan kerusi parlimen untuk negeri Sabah dan Sarawak. Perkara ini tidak dinafikan akan berlaku. Sekiranya berlaku maka BN ada kelebihan dimana Sabah dgn Sarawak masih banyak kawasan yang kita masih tembusi. Kita hanya tembusi kawasan bandar sahaja.Tetapi bagi di luar bandar kita masih lagi belum dapat menembusinya.

Perkara Ketujuh:
Pengundi-pengundi hantu yang akan mengundi semasa pilihanraya. PAS mempunyai unit amal yang amat hebat dalam memantau pergerakkan pengundi-pengundi hantu ini. Oleh yang demikian, KeADILan dan DAP harus mempelajari teknik unit amal untuk menambahkan kekuatan kita dalam pilihanraya yang akan datang. Kita tidak boleh mengharapkan unit amal dari PAS sahaja untuk membantu kerana banyak kawasan yang perlu dipantau oleh mereka. Sekiranya kita mempunyai banyak kakitangan, maka lebih mudah untuk kita memantau pengundi hantu ini

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Khilaf Mazhab Bab Batal Wudhuk Sentuh Isteri

Posted: 09 Jul 2010 03:43 PM PDT

-Soal jawab Agama-



Angga Bunuh Diri Tentera Israel Meninggkat.

Posted: 09 Jul 2010 09:15 AM PDT


Jumaat, 09/07/2010 – Statistik bunuh diri baru-baru ini menyaksikan peningkatan mendadak di antara tentera Israel dalam beberapa tahun ini.
Majalah terkenal Israel, Yediot Ahronot, mendedahkan bahawa jumlah tentera Israel yang membunuh diri telah meningkat ke tahap yang tidak disangka, sementara pasukan tentera Israel sedang berusaha melaksanakan strategi baru untuk menghadapi masalah.

Majalah itu menambah bahawa 19 orang membunuh diri pada separuh pertama tahun ini dan 21 orang pada tahun lepas dan 30 orang membunuh diri pada dekad lepas. Jumlah tersebut mencapai 35 pada tahun 2005. Tahun-tahun 2006 dan 2007 menyaksikan penurunan statistik bunuh diri apabila jumlah yang membunuh diri tidak melebihi 24 yang membuatkan Israel lebih bimbang.
Angka-angka telah memberi kesan yang besar di antara tentera yang telah menyiapkan rangkaian program untuk membolehkan para tentera untuk menghadapi situasi yang tidak stabil dan gangguan psikologi daripada askar banyak yang menderita.

Yediot Ahronot menggambarkan pihak tentera telah mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah ahlinya dan pegawainya yang dibenarkan untuk membawa senjata mereka ke rumah. Sementara itu, sumber tentera berkata bahawa penyiasatan intensif telah dilakukan menunjukkan bahawa insiden membunuh diri tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan tentera mereka dan bahawa angka ini mungkin tidak berhenti pada tahap ini.

"Kes ini telah menjadi sangat sensitif, dan akan dipantau dengan terperinci," Sebuah sumber rasmi di ketenteraan memberitahu. "Kami mengadakan banyak perbincangan tentang masalah ini, dan setiap kes diselidiki dengan dalam dan terang keadaan sekitarnya dan kami akan terus bekerja pada ini .." sumber itu menambah.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen


- ijoks2009 -
Qunut Nazilah ini telah dibaca oleh Rasulullah saw selepas peristiwa pembunuhan para sahabat di Bi al-Maunah. Ia dibaca tatkala terjadi sesuatu musibah yang berlaku terhadap umat Islam akibat serangan daripada musuh Islam dan musibah-musibah lain.

Maksud Doa:

Ya Allah janganlah engkau biarkan kami di kedudukan ini diselubungi dosa kecualiI engkau ampunkan, sebarang halangan kecuali engkau lepaskan, sebarang hutang kecuali engkau tunaikan, sebarang penyakit kecuali engkau sembuhkan, sebarang kezaliman kecuali engkau menangkan, sebarang hajat daripada hajat-hajat duniawi dan ukhrawi kecuali engkau permudahkan dan tunaikannya, ya rabbalalamin.
--------------------------------------------------------------------

Ya Allah muliakan kedudukan Islam dan orang-orang Islam

Ya Allah bantulah Islam dan orang-orang Islam.

Ya Allah bantulah Mujahidin fi sabilillah di setiap tempat.

Ya Allah hancurkan kekufuran dan orang-orang kafir.

Ya Allah hancurkanlah syirik dan orang-orang musyrik

Ya Allah hancurkan AMERIKA,ZIONIS YAHUDI dan SEKUTUNYA.

Ya Allah hancurkanlah TENTERA-TENTERA SOLIB DAN MULHID

Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh agama.

Ya Allah pecahkan pakatan, kumpulan,ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah kaki-kaki mereka.

Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-anjingMu, YA Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim Ya Allah.

Ya Allah yang menurunkan kitab yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan menangkanlah kami keatas mereka.

Ya Allah bunuhlah mereka semuanya dan jangan seorang pun engkau lepaskan.

Ya Allah kekuasaanMu mengatasi mereka sesungguhnya mereka tidak mampu melemahkan kuasaMu .

Ya Allah satukanlah hati-hati orang Mukmin dan perelokkan diantara mereka.

Ya Allah bukakanlah petunjuk dan kebenaranmu kepada kamidan masyarakat kami dan engkaulah sebaik-baik pembuka petunjuk dan kebenaran.

Pesawat Berkuasa Suria Dicipta.

Posted: 09 Jul 2010 06:58 AM PDT

- Santai -

Rest easy, fans of solar-powered aeronautics. Captain Piccard's Solar Impulse has safely returned after 26 hours in the air -- powered by nothing but the sun. The four-engine aircraft, which features 12,000 solar cells arranged on its wingspan, reached a height of almost 29,000 feet before touching down at Payerne Airport near Berne, Switzerland today. The next step? The team is going back to the woodshed, with the hope of developing a plane that will circumnavigate the globe by 2013.
 
-ijoks2009-
Pesawat empat enjin, yang mempunyai 12,000 sel suria yang ditetapkan di lebar sayap, mencapai ketinggian hampir 29.000 kaki mendarat di Lapangan Terbang Payerne berdekatan Berne, Switzerland.

-iklan-
-Siapa mahu widget percuma tanpa popup 100% ciptaan org Muslim dijamin halal-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MCA DAN MIC AKAN `TALKIN'KAN UMNO

Posted: 10 Jul 2010 10:00 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA tidak tertahan lah lagi MCA dengan karenah sebuah pertubuhan NGO yang bernama PERKASA itu. Pertubuhan yang dipimpin oleh MP Pasir Mas, Ibrahim Ali yang mendapat `ikhsan' kerusi tersebut dari PAS terlalu banyak menimbulkan kontroversi yang bukan sahaja menyakiti perasaan Ketua Pemuda Umno, bahkan juga pemimpin dari MCA juga. Bagi PR, itu semua tidak lagi menjadi pelik kerana PR sudah kenal siapa raja katak ini.

Apabila PERKASA dikatakan kununnya berjuang untuk orang-orang Melayu walaupun menyokong calon dari MIC sewaktu PRK Parlimen Hulu Selangor dan menolak Dato Zaid seorang Melayu Islam dari PKR, terlalu banyak memainkan isu perkauman maka MCA merasa sudah sampai masanya parti mewakili kaum Cina ini mengatur langkah agar PERKASA tidak keseorangan di gelanggang. Kenyataan pemimpin MCA agar parti tersebut wajar juga menubuhkan Pertubuhan ala PERKASA amat menarik minat kita.

Sudah tentu `PERKASA MCA' ini akan berdepan dengan PERKASA raja katak selepas ini. Tidak mengejutkan nanti akan muncul `PERKASA MIC' dan banyak lagi `PERKASA' di dalam parti komponen Bn bakal wujud. Inilah berita baik buat kita penyokong PR di mana membuktikan bahawa doa kita selama ini dimakbulkan agar mereka ini sentiasa berpecah belah. Itulah janji Allah, barangsiapa yang berjuang semata-mata atas dasar perkauman maka mereka tidak akan berjaya dan pasti berlaku pecah belah.

Kenyataan pemimpin MCA ini sudah pasti menambah beban buat Najib yang ketika ini sudah tidak terlarat lagi untuk berbohong kepada rakyat bahawa Bn sebuah parti yang stabil. Perkembangan ini menarik untuk kita lihat kesudahannya. Di dalam keadaan MCA menuduh DAP menyokong Islam yang dibawa oleh PAS, Umno pula tuduh PAS diperkudakan oleh DAP, PKR pula ejen Yahudi, Umno semakin menampakkan caca merba strategi mereka untuk menyaingi PR. Sudah habis modal untuk diperkatakan terhadap PR, sehinggakan terpaksa menyebut bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

Apa pun yang Umno perkatakan terhadap PKR, PAS dan DAP, hakikat yang kita lihat sehingga kini Umno tidak berani berdepan dengan ketiga-tiga parti di dalam PR ini. Mereka hanya terdaya menggunakan media pencacai mereka sahaja. Di pentas perdebatan, Umno bukan parti yang boleh lagi kita jemput untuk menunjukkan kebenaran hujah dan fakta.

PR hanya perlu menambah baik lagi penerangan di kalangan kaum Melayu yang kini masih ramai terpedaya dengan propaganda Umno. Nasib Umno tidak lagi di tangan parti komponen di dalam Bn, tetapi di tangan kaum Melayu yang masih tidak sedar itu. Jangan terperanjat jika MCA dan MIC akan menggalikan liang lahad serta mentalkinkan Umno suatu hari nanti./wfauzdin.blogspot.com

OPERASI MENYELAMAT - LEMBAGA WANITA RAMBUT PANJANG ?

Posted: 10 Jul 2010 08:00 PM PDT

Nampak lembaga sebelum sakit


SHAHDAN (kanan) menerima kunjungan tetamu sewaktu dirawat di Hospital Jengka semalam.

MARAN - Seorang daripada anggota operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas, Timothy Hoo Seng Heng, 29, dikatakan ternampak satu lembaga wanita berambut panjang muncul dari air sebelum dia sendiri meninggal dunia kelmarin.

Mangsa sempat memberitahu keluarganya bahawa dia ternampak lembaga itu selepas seorang bomoh merendam sebatang buluh ke dalam air di kawasan perkelahan Lubuk Yu dalam usaha mencari mangsa lemas, Mohd. Azhar Azizam.

Bapanya, Ho Hok Kee, 60, berkata, selepas melihat lembaga itu, anaknya demam dan berjumpa dengan ketua kampung Sungai Jerik, Lim Sin Lai yang memintanya jangan lagi ke tempat tersebut.

"Tapi anak saya tetap juga pergi ke sana kerana urusan operasi mencari dan menyelamat sebelum dia sakit dan meninggal dunia," katanya di sini semalam./Kosmo

`RAJA KATAK' BERBALAH DENGAN `BUDAK SEKOLAH' ?

Posted: 10 Jul 2010 05:00 PM PDT

Ibrahim Ali: 'Otak Khairy macam budak sekolah'



Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membawa "pemikiran seperti budak sekolah" kerana menyerangnya tidak tentu pasal sejak kebelakangan ini.

"Saya tidak mahu buang masa dengan budak Khairy ni, melatah tidak tentu pasal."Saya tidak tahu kenapa dia serang dan kaitkan saya macam-macam, terbaru (semalam) dia kaitkan Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju) dengan saya pula," kata beliau selepas menghadiri Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM malam tadi. Khairy menyifatkan Choo Keong sebagai wakil rakyat "substandard" dan mirip Ibrahim versi Cina.

Dalam ruangan twitter ketika Choo Keong sedang menyoal Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong ketika membahaskan Rang Undang-undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini, Khairy berkata:"Kualiti Wee Chee Keong mencela sangat teruk. Saya merasakan beliau seorang wakil rakyat substandard."Khairy berkongsi pandangannya itu ketika berbual menerusi twitter dengan rakan sejawatannya dari MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran."Saya merasakan beliau versi Ib Ali (Ibrahim Ali) Cina," kata Ketua Pemuda Umno itu.

Choo Keong merupakan wakil rakyat terbaru keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ibrahim berkata sikap yang ditunjuk Khairy itu langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang pemimpin muda yang bijak."Dia (Khairy) banding dan tuduh saya macam cakap saya berfikiran cetek seolah-olah dia mempunyai pemikiran global."Adakah ini sikap sebagai seorang pemimpin muda? Dia tidak sesuai untuk jadi ketua dengan otak budak sekolah itu," katanya. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata dia sedia mengetahui segala rahsia Khairy."Tindak-tanduk dia saya tahu, kalau nak cakap soal peribadi dia pun saya tahu. Nak saya bongkar?"Khairy ini siapa? Kalau setakat jadi Ketua Pemuda Umno sebab bapa mertua buat apa? Sejak dia jadi ketua pun Pemuda Umno nampak lesu, jadi lebih baik dila letak jawatan gantikan dengan orang lain," tegasnya.

Ibrahim juga baru-baru ini terlibat dalam dalam pertikaman lidah dengan Khairy dan Ka Siong berhubung isi hak keistimewaan orang Melayu khususnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Mara.

Perkasa mendesak Khairy meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.Sambil menyifatkan Ibrahim tiada ada untuk mengatakan demikian, Khairy juga melabelkan wakil rakyat itu sebagai "gedebe politik."Ibrahim pula berkata beliau bangga kerana Khairy melabelkannya dirinya sebagai "jaguh kampung yang berani" dan gedebe politik./M/Insider

UMNO KATA GUAN ENG ANTI MELAYU ISLAM, GERAKAN PULA KATA GUAN ENG BELA MELAYU SAHAJA?

Posted: 10 Jul 2010 01:55 PM PDT

Pakatan: 'Gerakan - versi bukan Melayu PERKASA'
Susan Loone
Jul 10, 10


Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang berang dengan Gerakan yang menuduh Ketua Menteri, Lim Guan Eng berat sebelah dalam pelaksanaan polisi di negeri itu dan menyifatkan tindakan mereka tidak ubah seperti kumpulan pelampau Melayu - PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali.

Ahli pergerakan belia itu sebelum ini mempertahankan Lim di sudut pidato di Esplanade ketika Gerakan melemparkan tuduhan berkenaan.

Hari ini, kira-kira 30 ahlinya berhimpun di markas pejabat Gerakan di Jalan Macalister bagi mendesak parti komponen BN itu supaya memohon maaf.

Mereka tidak berpuas hati dengan keceluparan setiauasha Gerakan Kedah yang mendakwa Lim melayan orang Melayu dengan lebih baik dengan memperuntukkan dana kepada mereka.

"Gerakan bermain api apabila cuba meniupkan sentimen perkauman dengan menimbulkan isu peruntukan kewangan yang diberikan kepada kaum-kaum di Pulau Pinang, kata setiausaha Pakatan Pulau Pinang, Ng Wei Aik di luar pejabat Gerakan.

"Ini me
nunjukkan Gerakan bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi telah menjadi seperti PERKASA yang terus mempersoalkan mengenai peruntukan berhubung hal ehwal pembangunan Islam di negeri ini," katanya.

Ng membidas Gerakan dan berkata dakwaan mereka tidak berasas kerana dana yang diperuntukkan itu adalah untuk keperluan sesuatu komuniti tanpa mengira latar belakang kaum, agama, jantina serta pautan politik mereka.

"Setiap tahun kita memperuntukkan RM9.55 juta untuk pendidikan termasuk untuk sekolah-sekolah Cina, Tamil dan agama Islam," katanya.

"Dakwaan Gerakan, bahawa hanya RM8 juta untuk bukan bumiputera adalah gimik politik dan tidak berasaskan fakta," katanya.

Kenyataan Gerakan di sudut pidato itu menimbulkan kemarahan sekumpulan penduduk tua yang membidas pemimpin mereka kerana Lim dituduh mendiskriminasi masyarkat bukan Melayu.

Sem
entara itu, wakil PAS Mohamed Farouk yang juga berada pada bantahan ini menggesa Gerakan supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat dan menguris sentimen rakyat Pulau Pinang.

"Jangan jadi seperti Umno yang berterusan memainkan sentimen perkauman bagi memecahkan perpaduan di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

"Dengan berbuat demikian, Gerakan menimbulkan masalah dan rasa kebencian bukan sahaja di kalangan penduduk pelbagai kaum tetapi juga di kalangan masyarakat Cina," tambahnya./Malaysiakini

SIAPA MAHU LIHAT `CERAMAH BERKEMBAR' DATANG MELAKA, ALI RUSTAM BERKOKOK ?

Posted: 10 Jul 2010 10:42 AM PDT

Malam ini seperti biasa PAS menganjurkan siri ceramah penerangan untuk didik rakyat faham tentang kuasa politik. Yang tak biasa buat ceramah, ialah UMNO. tadi saya difahamkan oleh seorang rakan ceramah di kg. Bkt. Pulau diganggu lagi Umno yang diketuai oleh KM Melaka. Biasalah KM tak pandai ceramah ni, kejab bersembang, sekejap lagi berkokok.

Bkt. Pulau terletak dalam DUN Bkt. baru yang diwakili oleh Ali Rustam. Dengar kata tempat ini begitu tergugat dan tak selamat buat UMNO pada PRU akan datang, jadi KM pun macam hesteria kalau parti pembangkang adakan program. Rasanya kalau tiap - tiap malam Pas adakan ceramah, maka tiap - tiap malam juga KM kena lawan, mungkin dalam dua minggu akan berlaku pilihan raya kecil...............

Saya juga syorkan agar kerajaan negeri jadikan satu lagi destinasi pelancongan yang menarik pada waktu malam iaitu menonton ceramah berkembar oleh dua parti yang bermusuh........

Sumber: Kamarudin Sidek

PUKULAN K.O BUAT FIRAUN BESAR KULIM !!

Posted: 10 Jul 2010 06:00 AM PDT

Menggigit, tergigit dan digigit

Oleh YB Khalid Samad...

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen 'bebas' menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis.

Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan 'strategi' sebegini dan mempersenda 'kepakaran' beliau sebagai seorang ahli strategi. Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat. Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal. Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat. Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, "kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!"

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS. Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR. Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS. Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. "Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI", serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup. Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS. Bak kata pepatah, "Once a liar, always a liar". Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan 'clinical case'.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah). UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri./kopitiam Bang Nan.blogspot

MCA PUN MAHU WUJUDKAN `PERKASA' ? MIC TIDAK BERHAJATKAH?

Posted: 10 Jul 2010 05:00 AM PDT

MCA mahu 'PERKASA Cina'
Siah Choong Yan
Jul 10, 10


Konsep 1Malaysia cetusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin tercalar dan berlemungkinan robek apabila parti kedua terbesar dalam komponen BN - MCA mencadangkan penubuhan PERKASA versi Cina bagi menangani serangan perkauman NGO Melayu itu.

Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.

"Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya," kata Lim.

Tidak gusar

Menurut beliau, masyarakat Cina tidak perlu gusar dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) kerana mereka juga boleh menubuhkan kumpulan pelampau seumpama itu.

Beliau bagaimanapun menolak cadangan menubuhkan kumpulan pendesak bagi mengimbangi tekanan kumpulan pelampau kerana katanya ia ibarat melawan api dengan api.


Lim berkata sesetengah isu adalah lebih baik diselesaikan melalui perdebatan terbuka sambil melahirkan keyakinannya mengenai keupayaan kerajaan menangani tuntutan agresif PERKASA.

Namun katanya, sebagai negara pelbagai kaum yang mengamalkan prinsip adil dan seimbang, kerajaan terpaksa mengambil kira tuntutan PERKASA dan semua pihak lain.

Lim yang juga timbalan menteri kewangan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa bahagian kedua Model Baru Ekonomi (MBE) yang menyentuh isu kontroversial ekuiti 30 peratus bumiputera telah ditarik balik kerana desakan daripada PERKASA.

Katanya, butirannya dijangka akan dikeluarkan menjelang September ini sebelum pembentangan bajet pada 15 Oktober.

Sokongan merosot

Beliau bercakap kepada pemberita semasa diwawancara oleh akhbar Cina di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Lim juga menjangkakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini.

Beliau yang dilantik sebagai ketua MCA Selangor mengakui memikul tugas berat bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina yang ternyata mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Katanya, sokongan masyarakat Cina kepada BN adalah sekitar 30 hingga 35 peratus di seluruh negara dan jumlah itu merosot kepada 20 hingga 25 peratus di Lembah Klang.

"Sasaran kami adalah 50 peratus sokongan pengundi Cina. Jika kita dapat hanya 40 peratus, kita tetap bergembira. Saya agak pratikal: jika saya kata kita boleh meningkatkan sokongan kepada 80 peratus, ia adalah satu pembohongan."

Katanya, tugas utamanya sekarang ini adalah membantu BN menawan semula kerajaan negeri Selangor.

Pada pilihan raya umum yang lalu, MCA Selangor dimalukan apabila hanya berjaya memenangi satu daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandingi manakala bagi kerusi negeri, ia hanya mampu menang dua daripada 14 yang ditandingi./Malaysiakini

MERSING - SENATAK EZAM GAGAL LAGI `JUAL MINYAK'

Posted: 10 Jul 2010 01:57 AM PDT

Senator Ezam gagal gemparkan Mersing


Oleh 21Halim

"Setelah dua minggu menabur risalah poster, Pemuda UMNO gagal menjadikan ceramah Senator Ezam sebagai acara yang menggemparkan. Malam tadi (10 Julai 2010), bertempat di tepi pantai Kg Sri Lalang, di hadapan sekitar 500 audien, Senator Ezam melontarkan petikan kata-kata beliau sendiri yang pernah diucapkan di merata tempat semenjak beliau menyertai UMNO.

Isu 'besar' yang ingin ditonjolkan ialah betapa bahayanya negara ini jika diserahkan ke tangan Anwar Ibrahim. Senator Ezam turut membincangkan kes liwat. Menurut beliau Saiful talah berkata benar dalam sumpahnya. Kesungguhan Saiful membawa kes ini ke mahkamah menarik perhatian beliau. Tok Guru Nik Aziz dan Prof Yusuf Qardhawi pasti akan berkata lain jika tahu kedudukan sebenar Anwar dalam kes liwat ini. Katanya lagi, mengapa Dr Azizah dan anwar sendiri tidak menyahut cabaran beliau?

Fakta asas yang perlu dijelaskan oleh anwar ialah adakah Anwar 'buat' atau tidak? Jangan alihkan perhatian masyarakat kepada hal lain seperti laporan doktor.Perjuangan Anwar telah menyimpang dari jalur yang sebenar. Anwar sendiri telah mengkhianati PKR. Ezam yang mengaku sebagai orang yang menubuhkan PKR telah bertanya, jika Anwar benar, mengapa pemimpin yang sama-sama menubuhkan PKR dahulu kini telah tiada? Khalid Ibrahim, Saifudin adalah tokoh yang muncul kemudian. Zaid Ibrahim dan Dr Chua Jui Meng berada di mana ketika Anwar dalam tahanan?

Senator Ezam minta para penyokong PKR dan PAS agar sedar bahawa perjuangan Anwar ada kaitan dengan Yahudi. Bagi menutup ceramahnya, Senator Ezam mohon maaf kepada audien dan sekaligus menarikbalik segala pernyataan sokongan yang pernah dibuat terhadap Anwar Ibrahim.

Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing yang turut hadir dalam ceramah tersebut menyatakan, Ezam menyerang Anwar dengan tujuan utama menyerang PAS. Ceramah ini dianjurkan sebagai membalas ceramah Anwar yang dibuat di Air Merah pada tahun lepas.

Penulis menunggu-nunggu hingga saat akhir apakah yang menggerunkan dan menggemparkan dalam ceramah Senator Ezam ini. Hasrat penulis tidak kesampaian. Dengan jeritan Hidup UMNO oleh beberapa kerat wanita UMNO penulis menyimpulkan, kehadiran Senator Ezam tidak menggemparkan.

BERANIKAH NAJIB BERI JAMINAN UNTUK RAJA PETRA PULANG ?

Posted: 10 Jul 2010 01:41 AM PDT

Mengikuti program-program muzik, menikmati makan malam bersama kawan-kawan dari Malaysia sehingga 11 malam dan berucap pada majlis-mjalis awam.

Ini antara akitiviti harian blogger Raja Petra Raja Kamarudin, blogger berkontroversi di sini, yang menurut Polis Diraja Malaysia menjadi buruan mereka sejak setahun lalu.

Pun begitu beliau tidak kelihatan seakan seorang yang melarikan diri kerana mahu mengelak buruan pihak berkuasa.

Ataupun, sebagaimana diperkatakan oleh kebanyakan media — beliau seorang pelarian jenayah.

Kata Raja Petra, penahanan tanpa dibicarakan adalah satu-satunya sebab yang menghalang beliau untuk kembali ke tanah air.

"Mengapa saya dipanggil pelarian jenayah atau cabut lari atau lebih teruk lagi melarikan diri? Seolah-olah menggelapkan wang dan meninggalkan negara," kata Raja Petra dalam temu bual bersama The Malaysian Insider di sini.

Penulis ruangan "No Holds Barred" dalam portal Malaysia Today ini menegaskan, disebabkan tidak disabitkan kesalahan berhubung apa jua tuduhan jenayah atau adanya sebarang tuduhan ataupun waran tangkap, beliau tidak harus diklasifikasikan sebagai pelarian.

Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai "RPK" mendakwa tindakannya meninggalkan negara bukan kerana mahu mengelak tuduhan hasutan dan fitnah jenayah, tetapi sumber-sumbernya memaklumkan perintah tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang disediakan ketika itu.

"Kami menang kesemua kes mahkamah. Kami membuat kerajaan kelihatan bodoh. Peguam-peguam saya sehingga kini kesal kerana kami terpaksa meninggalkan (negara)," kata beliau merujuk kepada tuduhan dihadapinya ekoran dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu dan urusan pembelian kapal selam yang kini disiasat oleh pihak berkuasa Perancis berhubung bayaran komisyen dipercayai mencecah hampir RM500 juta.

Bagi menyokong dakwaannya, beliau menulis surat terbuka kepada Najib agar memberi jaminan yang beliau tidak akan ditahan di bawah ISA dan melupakan enam pertuduhan yang sedang dimulakan ke atasnya.

"Saya akan balik dan melawan kes-kes hasutan dan fitnah jenayah," kata beliau memberikan pilihan kepada kerajaan pimpinan Najib.

Raja Petra menghabiskan beberapa bulan yang disifatkan sebagai pembohongan kerajaan.

Apabila kerajaan menegaskan bahawa mereka masih cuba untuk mengesan kedudukannya beliau muncul di khalayak ramai pada Mei lalu dengan mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tahu di mana beliau berada dan menemui beberapa personaliti Umno di United Kingdom sejak setahun lalu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Raja Petra memberitahu, peguam-peguamnya telah memaklumkan Scotland Yard bahawa beliau boleh dihubungi bila-bila masa jika diperlukan.

Malah beliau juga mencabar kerajaan yang sedang berusaha untuk mendapatkan perintah ekstradisi.

Katanya, tuduhan hasutan dan fitnah jenayah bukan isunya tetapi ekstradisi hanya boleh dibuat jika wujud unsur jenayah di kedua-dua negara.

"Untuk mengekstradisi saya, mereka kena membuktikan adanya jenayah sepadan di kedua-dua negara," katanya.

Raja Petra menekankan, kes-kes di mahkamah United Kingdom akan berdasarkan tuduhan berbeza, yang perlu dibuktikan sama ada dakwaannya terhadap Najib dan Rosmah adalah benar memandangkan kedua-dua jenayah ini telah dimansuhkan di negara itu awal tahun ini. Bagaimanapun satu perkasa yang menyakitkan Raja Petra selain dilabelkan sebagai pelarian adalah beliau memerlukan pembiayaan orang lain selepas lebih setahun meninggalkan negara.

Kedua-dua Najib dan Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Raja Petra tidak berwibawa kerana dibiayai oleh pembangkang.

"Anda ingat saya ini sudah pokai? Anda tidak tahu nilai harta yang saya ada, atau saham atau apa-apa maklumat latar belakang kewangan yang lain.

"Anda tidak tahu berapa banyak syarikat yang saya menjadi pengarah ketika 1980-an?" kata beliau dengan ketawa besar.

Raja Petra berkata, beliau pernah diberi surat tuntutan 14 hari untuk mencabar statusnya selaku seorang muflis pada 14 April 2001 ketika baru tiga hari dikenakan tahanan 60 hari di bawah ISA.

Beliau pernah ditahan di bawah ISA dua kali.

"Lelaki yang saya telah menjadi penjamin ialah Datuk Hamzah Zainuddin, yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengganggu isterinya. Mengapa saya perlu menjamin orang macam ini?" kata beliau sambil menambah, ia satu usaha untuk memerangkapnya.

"Dalam apa jua kes, semua orang tahu bahawa anda boleh meletakkan aset atas nama isteri anda atau anak perempuan anda," katanya.- MalaysianInsider

Bebal ZUL NORDIN bercakap pasal Etika.....

Posted: 09 Jul 2010 08:32 PM PDT

Oleh: notan

Assalamualaikum,,..

ZUL NORDIN bercakap di parlimen dan percakapannya adalah benar benar diucapkan di parlimen.Maknanya aku tidak bohong apabila menyebut kembali apa yang diucapkan oleh ZUL NORDIN mengenai etika.ZUl NORDIN mempersoalkan etika pembangkang ketika membuat strategi untuk mengalahkan BN dan ZUL NORDIN mengaku dia terlibat sama dengan perbuatan tidak beretika ini.

Kata kata ZUL NORDIN ini bukan bohong atau hanya tuduhan atau fitnah kepadanya tetapi apa yang benar benar diucapkannya sekaligus menunjukkan kebebalannya. ZUL NORDIN bercakap pasal etika sedangkan dia sendiri adalah seorang manusia yang tidak beretika. Hujahnya mudah, kalau benar ZUL NORDIN beretika dan menginsafi pembohongannya, ZUL NORDIN sudah lama meletakkan jawatan sebagai MP. Kenapa dia masih lagi kekal sebagai MP Kulim-Bandar Baru sedangkan dia sendiri mengaku jawatan itu dimilikinya dengan pembohongan dan tidak beretika?

Sedar ke tidak ZUL NORDIN ketika mengatakan dia akan menjawab di hadapan ALLAH bahawa pembohongan itu juga akan dipersoalkan di depan ALLAH? Sedarkan ZUL NORDIN sikapnya itu tidak langsung mencermikan seorang yang insaf walaupun dia meminta maaf dari UMNO tetapi pembohongan yang didakwanya tetap pembohongan. Bagaimana ZUL NORDIN boleh menghalalkan cara dengan kekal sebagai MP setelah meminta maaf dari UMNO?

Layakkah seorang yang semakin ketara menyebarkan pembohongan sejak dipecat dari PKR bercakap mengenai etika? Menuduh ANWAR sebagai perancang pembohongannya juga merupakan satu lagi tindakan tidak beretika kerana kenapa ZUL NORDIN yang pernah terkinja kinja menentang murtad sanggup berbohong untuk ANWAR dan sanggup pula mendedahkannya setelah beliau disingkirkan oleh parti pimpinan ANWAR?

Bolehkah seorang yang menyalahkan orang lain ketika menyatakan penyesalannya dipercayai? Itu bukan pengakuan sebenarnya tetapi alasan untuk menunjukkan dirinya baik dan orang yang didendami itu jahat. Itu perlakuan biasa manusia apabila berdendam dan perlakuan ini sebenarnya tidak beretika dan jauh dari gentleman.

Bahaya mempercayai manusia sebegini dan bebal bagi ZUL NORDIN kalau percaya bahawa orang ramai akan mempercayainya. Memang ZUL NORDIN bebal dan layak dimaki(begitu juga orang orang yang menunjukkan sikap yang sama dengan ZUL NORDIN).

Sumber: Tranungkite

MEMBONGKAR 3 usaha UMNO dan Zulkifli Noordin kaitkan PAS dengan terrorisma

Posted: 09 Jul 2010 05:00 PM PDT

Oleh: dewa

"DAH terdesak sangat nampaknya UMNO hendak memburukkan imej Tok Guru dan PAS. Sebelum ini, PAS dipanggil oleh UMNO sebagai Parti Ajaran Sesat, Ekstremis, Pelampau, Anti-Establisment dan Parti Angan-angan Mat Jenin. Selepas PAS mendapat sokongan yang semakin padu dari kaum Muslimin dan bukan Islam,

UMNO-APCO mengaitkan pula PAS dan Tok Guru dengan terrorima dalam usaha terdesak meraih simpati Amerika dan Israel. Artikel membongkar beberapa taktik terkini UMNO dan bahaya besar yang menunggu PAS:

1. KMM

ISA sudah digunakan di Malaysia sejak tahun 1960 untuk menghalang komunisme. Dibawah seksyen 73(1), polis boleh menahan sehingga 60 hari tanpa waran dan tanpa bicara di mahkamah. Selepas 60 hari, Menteri UMNO boleh menambah tempoh tahanan sehingga 2 tahun tanpa perlu memberi apa-apa bukti.Pada tahun 1989, ISA telah dikemaskini oleh UMNO untuk menghalang 'semakan kehakiman' dan mengurangkan campurtangan mahkamah. ISA telah digunakan untuk menutup sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah PAS.

Tahun 1987, ISA digunakan untuk menahan musuh-musuh politik Tun Mahathir, yang menjadi pujaan hati ahli bawahan UMNO semula selepas dicemuh-cemuh oleh UMNO dibawah zaman Pak Lah.

Tahun 2002 (14 April), 14 anggota kumpulan teroris KMM ditahan dibawah ISA. Sebelum itu, pada Ogos 2001, 10 orang yang disyaki militan ditahan dibawah ISA.UMNO pun telah mula menjaja cerita bahawa mereka yang ditahan ini menyokong perjuangan Islam oleh PAS.

Hamas telah dicop sebagai teroris oleh Amerika sekalipun mereka menang pilihanraya di Palestin. PAS dilihat lebih simpati kepada Hamas berbanding uMNO yang lebih simpati kepada APCO. Justeru, usaha memburukkan PAS oleh UMNO kelihatan lebih mudah dengan mengaitkan PAS dengan mereka yang anti-Israel dan anti Zionis.

2. Sekolah dan madrasah PAS ditutup

Madrasah madrasah yang berada dibawah PAS juga ditutup oleh UMNO menggunakan ISA dengan alasan mereka menaja terorisma. Tak cukup dengan itu, Najib sendiri pergi ke Mesir untuk meminta kerajaan Mesir jangan mengambil pelajar Melayu yang ingin pergi belajar agama di Mesir melainkan mereka yang ditaja oleh UMNO dan kerajaan.

3. Kaitkan PAS dengan perang dan jihad

ZulKifli Noordin berulangkali mencerca PAS. Antara ayatnya sebelum ini ialah ADUN PAS sibuk mengutip derma jihad sedangkan bahasa mereka kasar sehinggakan iblis pun akan menangis mendengarnya. Tidak pelik jika di masa depan akan keluar lebih banyak kenyataan mengaitkan PAS dengan terrorisma oleh ZulKifli Noordin.

UMNO dan BN ni memang psiko la. Kejap kata PAS teroris dan ekstremis Islam, lepas tu kata PAS ejen DAP yang anti Islam pulak. Otak dekat lutut UMNO nih.

Ya Allah! Selamatkanlah kami dari fitnah, dan dari pendengki apabila mereka dengki.

Sumber: Tranungkite

Rakan Sebenar Zionis ialah Umno! : Mahfuz

Posted: 09 Jul 2010 11:40 AM PDT

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama kerajaan Malaysia.

Jelasnya, BN dalam keadaan terdesak apabila mengeluarkan tanggapan sedemikian kerana berhadapan dengan serangan daripada Pakatan Rakyat bermula Mac lalu sedangkan BN sendiri yang melantik syarikat Yahudi, APCO Worlwide untuk manasihati kerajaan.

"Mereka sendiri yang berjumpa dengan Yahudi dan meminta nasihat Yahudi. Ia berbeza dengan pembangkang jika berjumpa dengan Yahudi, kita memberi kata tujuk kepada Yahudi. Ini menampakkan ketegasan kita kepada Yahudi.

"BN apabila berjumpa dengan Zionis menyatakan 'tolong nasihatkan kami' dan bersedia membayar kepada syarikat Zionis ini untuk merangka dan merangcang bagaimana untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya sewaktu dihubungi. Jelasnya, apabila kerajaan menjalin hubungan perdagangan secara sulit seperti yang diakui Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Cho Ha apabila timbul isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang.

"Ini membuktikan keputusan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerajaan membenarkan hubungan perdagangan secara sulit dengan Israel. Pada April dan Mei tahun ini Malaysia telah menghantar bahan kimia dan minyak sawit ke Israel. Ini membuktikan betapa 'akrab dan kasih sayangnya kerajaan Malaysia dengan Israel," katanya. Akhbar Washington Post bertarikh 28 Jun memetik Anwar sebagai berkata beliau 'kesal' dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi, dan beliau akan lebih 'berhati-hati' pada masa akan datang.

Artikel itu juga menyatakan Anwar memberitahu rakannya di Amerika Syarikat beliau menyesal menggunakan istilah zeperti 'pencerobohan Zionis'. Kenyataan daripada akhbar tersebut turut dijadikan propaganda murahan beberapa pemimpin Umno untuk menjatuhkan Anwar. /Detikdaily

SIDANG UNDANG-UNDANG - PM DAN PEGUAM NEGARA TIDAK HADIR, ADAKAH KERANA ANWAR ?

Posted: 09 Jul 2010 08:30 AM PDT

PM, AG tak hadir sidang undang-undang
Hafiz Yatim
Jul 9, 10


Majlis Peguam hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan menghadiri persidangan undang-undang selama tiga hari pada 29 hingga 31 Julai di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed (kanan), telah mengesahkan kehadiran mereka.

Timbalan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan), ketika dihubungi, mengesahkan Najib dan Abdul Gani tidak akan hadir meskipun jemputan diedarkan awal sebelum ini.

"Kami menerima surat daripada pejabat Perdana Menteri memaklumkan yang beliau akan ke luar negara. Bagaimanapun kami tidak diberitahu sebarang sebab daripada Abdul Gani," kata Lim.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan kehadirannya.

Lim, yang mempengerusikan jawatankuasa yang menganjurkan persidangan antarabangsa itu berkata buat kali pertama pemimpin daripada parti politik yang tidak sehaluan itu dijemput.

"Majlis Peguam adalah pertubuhan bukan politik. Justeru, tahun ini, kita menjemput pemimpin dari kerajaan dan juga pembangkang," katanya.

Ditanya berhubung 'cakap-cakap' di Twitter, kononnya Najib (kiri) dan Abdul Gani (kanan) menolak jemputan itu kerana kehadiran Anwar, Lim berkata beliau tidak boleh berkata ia sebagai alasan berkenaan.


"PM tidak bersemuka dengan saya dan memberitahu sebab yang beliau tidak akan hadir. Beliau hanya memaklumkan yang dia akan berada di luar negara ketika itu," katanya.

Sejumlah 82 penceramah dijangka hadir pada persidangan tiga hari itu, termasuk tokoh dari luar negara seperti bekas hakim Mahkamah rayuan dari Singapura dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi luar negara.

Lim berkata 220 orang telah mengesahkan kehadiran mereka dan pihak menganjur berharap 300 peserta yang akan berdaftar./Malaysiakini