Rabu, 7 Julai 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Lagi cerita Umno dan judi: Ketua Pergerakan Wanita Umno 'kantoi' akibat tamak hadiah loteri

Posted: 07 Jul 2010 01:31 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

- Niatnya baik, mahu membantu..namun akibat terlalu teruja dengan tawaran hadiah nombor loteri (judi) berjumlah RM96,000, akhirnya pemimpin wanita Umno cawangan ini mengalami kerugian sehingga hampir RM10,000..

- Mngikut laporan myMetro, ketua Umno ini begitu teruja dengan ganjaran lumayan hasil judi sehingga sanggup menebusnya sendiri di premis perjudian (begitu mudah sekali berurusan di kaunter perjudian)..Subhanallah...

- Jelas, halal haram sudah tidak menjadi kriteri utama wanita Umno ini..walaupun alasannya 'dipercayai terpukau', penulis yakin itu hanyalah persepsi suaminya sahaja..buktinya perkataan "dipercayai" sebagaimana dilaporkan...

- Firasat penulis setelah meneliti keseluruh laporan ini, jelas kes ini lebih kepada akibat termakan dengan umpan lelaki asing itu, atau pendek kata, terlalu teruja dan tamak dengan hasil judi itu yg berjumlah 96k..dan kes2 sebeginilah banyak dilaporkan media sebagai "terpukau" (kononnya tidak sedar diri), sedangkan hakikatnya adalah dalam keadaan sedar, cuma malu/segan utk mengakui ia adalah kesalahn sendiri..

- Menurut polis yg juga berbangsa Cina, beliau menasihatkan orang ramai KHUSUSNYA orang Islam tidak termakan dengan tektik (menang loteri) sebegini..sungguh memalukan umat Islam apabila polis berbangsa Cina ini terpaksa mengkhususkan kpd umat Islam supaya tidak mudah terpukau dgn ganjaran loteri...

- Rupanya orang melayu/islam sebegitu mudah memasuki premis perjudian (penulis tidak pasti sama ada ketua Umno cawangan ini bertudung atau tidak)..maka tak perlulah pemimpin2 Umno begitu mempertahankan dakyah dangkal kononnya judi dan lesen judi hanya utk orang bukan Islam..hakikatnya, bukan kata orang Islam, orang Islam UMNO (Pemimpin plak tu) sendiri yg terlibat dgn hasil haram ini..

- Sudah kes keberapa agaknya ini..dari setinggi2 pemimpin, sehinggalah serendah2 pemimpin cawangan..apa pun, berita ini akan tersenarai dlm koleksi penulis "Umno dan judi"...sama2 muhasabah diri....wallahua'lam...


Guna air mata perdaya wanita RM10,000

TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan 'mempertaruhkan' air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat.

Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Mangsa berusia lingkungan 40-an yang terpedaya dengan lakonan licik lelaki itu menyerahkan barang kemas dipakainya.

Suami mangsa yang ingin dikenali sebagai Abang Din berkata, kejadian berlaku ketika isterinya yang sedang berjalan di kaki lima kedai di tengah bandar ini tiba-tiba didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang berlinangan air mata.

"Lelaki itu mendakwa terpaksa pulang segera ke Indonesia kerana ibunya tenat tetapi tiada wang. Dia kemudian menunjukkan tiket loteri yang kononnya dimenanginya bernilai kira-kira RM96,000.

"Bagi meyakinkan isteri saya, lelaki itu turut menunjukkan keratan akhbar yang menunjukkan dia memenangi cabutan berkenaan," katanya di sini, semalam.

Katanya, lelaki itu mendakwa tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara dan pada masa sama merayu meminta bantuan RM10,000 dengan menawarkan tiket loteri dimenanginya itu sebagai ganti.

Katanya, lelaki itu hanya meminta RM10,000 manakala hadiah dimenanginya adalah RM96,000 dan bersedia mendermakan baki kepada isterinya.

"Termakan pujuk rayu lelaki itu, isteri saya menyerahkan barang kemas dan memberi buku simpanan bank kepada penjenayah berkenaan, dipercayai dalam keadaan terpukau.

"Pada masa sama, tiba-tiba datang tiga lelaki lain bertanyakan apa yang berlaku dan sebaik mendengar cerita berkenaan, seorang daripada mereka bersetuju memberi bantuan sementara RM3,000 kepada lelaki Indonesia itu.

"Lelaki itu kemudian mengikut isteri saya dan menunggu di luar premis perjudian, kononnya untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya.

Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Wooi Kooi Cheang, menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu pujuk rayu sindiket menukarkan tiket pertaruhan didakwa dimenangi mereka dengan hadiah ribuan ringgit. - myMetro

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Amaran: KPN nak tangkap sesiapa yang bersubahat sembunyikan RPK

Posted: 06 Jul 2010 07:49 AM PDT


Tan Sri Musa Hassan semasa Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2009 (gambar dari encree.blogspot.com)

Sebelum ini gara gara Raja Petra Kamaruddin (RPK), Hisamuddin melatah. Khairy Jamaluddin pun tumpang sekaki menyindir Hisammuddin. Kini giliran Ketua Polis Negara pulak buat kenyataan lawak yang mengalahkan Raja Lawak Astro. Datuk Zaid Ibrahim mesti gelak. Kesian KPN, tak lama lagi nak bersara. Patut nya sebelum bersara ini, buat lah sesuatu yang baik dan berfaedah. Boleh juga dikenang orang nanti. Mengapa dikata kan lawak ?

1. Sesiapa pun boleh berjumpa dan bertemu dengan Raja Petra Kamaruddin di London termasuk lah Tan Sri Musa Hassan sendiri kalau beliau mahu. Apa kah itu dikatakan sebagai bersembunyi ?. Bukan kan bersembunyi itu makna nya tak nak bagi orang jumpa kita ?. Pernah tak KPN main nyorok-nyorok masa kecil dulu?. Kalau pernah, mesti KPN tahu apa makna bersembunyi.

2. Kalau RPK tidak bersembunyi, mengapa nak salahkan orang yang jumpa dia. Kalau aku pergi London dan terjumpa dengan RPK. Kemudian sembang sembang dan RPK belanja aku makan nasi kandar, salah aku ke?.

3. Tan Sri Musa mengakui Interpol enggan memberi kerjasama untuk menangkap RPK. Persoalan nya, mengapa ?. Kalau RPK seorang penjenayah atau pengganas, sudah pasti Interpol akan memberi kerjasama. Interpol atau Scotland Yard mungkin tahu bahawa isu RPK ini hanya lah isu politik dan malas nak masuk campur.

Berita nya dibawah.


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersekongkol dengan blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah.

Memetik laporan agensi berita Bernama, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra.

Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra.

Musa Hassan berkata PDRM mempunyai cara tersendiri untuk menangkap pengendali web Malaysia-Today itu, yang diburu kerajaan Malaysia ekoran rencana yang menyentuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Musa Hassan juga memberitahu Interpol enggan membantu kerajaan Malaysia menjejaki Raja Petra, dan PDRM tidak boleh menyerbu negara yang kini didiami Raja Petra, namun itu tidak menghalang PDRM dari merencana strategi baru.

Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini kini dalam kawalan pihak berkuasa di Penjara Sungai Buloh. - http://tvselangor.com


Artikel berkaitan:
1. IGP buru individu bersubahat Raja Petra - malaysiakini.com

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NAJIB FITNAH TAPI TAK SUKA DENGAR FITNAH ?

Posted: 07 Jul 2010 11:42 AM PDT

BAGUS. Najib tak mahu dengar lagi cerita fitnah, cuma dia tak kata dia tidak pernah fitnah orang. Dia tak mahu dengar je. Baca sini. Lagi satu, kalau fitnah untuk Anwar ke, PKR ke, PAS ke atau DAP belum tentu Najib tak mahu dengar.

Baru-baru ni Shafie yang tak berapa Afdal tu kata PAS parti ajaran sesat. Agak-agak berita tu fitnah ke tak? Najib pula kata DS Anwar minta maaf kat Yahudi Israel, sedangkan kita semua dah baca pun laporan dari washington Pos tu, tak ada sikit pun ayat DS Anwar minta maaf. Maknanya Najib boleh buat fitnah, cuma dia tak suka dengar fitnah./mandor.blogspot.com

ADA JUGA PEGUAM YANG BODOH KE?

Posted: 07 Jul 2010 11:08 AM PDT

PAS pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR

Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

"Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian," kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

"Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat," kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir./Kedahlanie.blogspot

PENDEDAHAN TERBARU DARI LONDON, RAZAK BAGINDA TIDAK BERSALAH?

Posted: 07 Jul 2010 10:10 AM PDT

PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah

Jul 7,


Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam (kanan, tengah) membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya.

Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006.

"Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.

Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis - cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan Altantuya.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN.

Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis./Malaysiakini

AKHBAR SINAR HARIAN MESTI BERHATI-HATI

Posted: 07 Jul 2010 09:04 AM PDT

Oleh: Mandor

Kumpulan Karangkraf yang menerbitkan akhbar yang diminati ramai iaitu Sinar Harian telah dilawati oleh PM Dato Najib semalam. Kita maklum setakat ini akhbar Sinar Harian di beberapa negeri telah menunjukkan sedikit kebebasan dan berlaku adil di dalam penyiaran beritanya. Jika dibandingkan dengan Utusan Meloya atau Berita Hairan, jauh sekali dari segi mutu berita dan tahap profesionalismanya.

Namun demikian, dengan lawatan Najib ke pejabat Karangkraf beserta lawatannya ke bahagian penerbitan akhbar Sinar Harian kita mengharapkan profesionalisma akhbar tersebut masih kekal jika tidak meningkat sekali pun. Kita tidak mahu sebaik sahaja Najib melawat pejabat akhbar berkenaan dengan beberapa `wasiat' dan `pesanan'nya, maka akhbar Sinar yang semakin diminati itu menjadi seperti Utusan Meloya. Belum lagi akhbar berkenaan dicop sebagai akhbar `pencacai' dan kita mahu prestasi itu diteruskan

Kita tetap akan membantu Sinar Harian untuk meningkatkan jualannya selagi akhbar tersebut berubah sikap kepada `pencacai murahan'. Oleh itu berfikir lah terlebih dahulu sebelum terlajak. Jangan mudah takut dan bimbang dengan sesiapa untuk menyiarkan berita asalkan berita itu diperolehi secara jujur tanpa niat lain. Sinar Harian diharapkan terus menjadi akhbar No. 1 di negara ini./mandor.blogspot.com

AHMAD MASLAN JANGAN LARI, SURAT JEMPUTAN DEBAT AKAN DISERAHKAN ESOK !!

Posted: 07 Jul 2010 07:00 AM PDT

Felda: Serah surat debat pada Ahmad esok

Jul 7, 10


Surat rasmi debat mengenai isu dakwaan kemerosotan Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) akan diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan esok.

Menurut kenyataan biro penerangan Pemuda PAS, surat tersebut akan diserahkan di lobi Parlimen pada jam 11.30 pagi esok.

Ia akan diserahkan oleh pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sebelum ini mencabar Ahmad untuk berdebat.

Pada 16 Jun lalu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dilapor berkata di Parlimen bahawa status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Susulan daripada pendedahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima pelbagai kritikan, termasuk daripada penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim yang mendesaknya agar "melepaskan cengkamannya" terhadap agensi itu.

Felda pula kemudiannya dilaporkan mahu menyaman Zaid, akhbar organ PKR Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana didakwa menyiarkan laporan "fitnah yang berniat jahat" dan "keterlaluan".

Mazlan sebelum ini dilaporkan berkata cabaran untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan dilaporkan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di Felda (dalam debat itu)," Mazlan dilaporkan berkata.

Mazlan juga dilaporkan berkata, beliau bersedia bersemuka dengan Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian pada bila-bila masa.

ANAK sebelum ini turut dilaporkan membuat aduan polis berhubung kemerosotan rizab tunai Felda itu./Malaysiakini

LIHAT AKSI MARADONA `MENUNAIKAN HAJAT' SETELAH ARGENTINA TERSUNGKUR

Posted: 07 Jul 2010 06:00 AM PDT


SEBERMULA kununnya dikatakan Diego Maradona akan melakukan aksi lucah iaitu bertelanjang sekeliling Ibu Kota Argentina sekiranya Argentina menjuarai Bola Sepak Piala Dunia. Tapi, malangnya Argentina tersungkur di tangan Jerman.

Namun, beliau tidak menghampakan harapan kita semua. Cuma kali ini `nazar' Argentina tewas ditunaikan juga. Bukan sekeling Kota Raya, tetapi dalam bilik saja. Lihat saha aksi di atas. Kesihan juga, tetapi kira ok lah./wfauzdin.blogspot.com

PENINJU MIKE TYSON MENANGIS, SAYA TAKUT TUHAN

Posted: 06 Jul 2010 11:00 PM PDT

Tyson menangis di Raudah

2010/07/06

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad. Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) "Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

"Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir," katanya, semalam. Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci. "Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini," katanya.Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

MUHYIDDIN SIBUK FITNAH ANWAR DAN PEMBANGKANG, APA TERJADI PADA MURID SEKOLAH?

Posted: 06 Jul 2010 05:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MASALAH remaja dengan berbagai ragam dan kegiatan negatif mereka bukan sahaja wajib ditangani oleh kedua ibu bapa mereka sahaja. Semua pihak mesti memainkan peranan agar masalah yang semakin kritikal ini dapat dikurangkan walaupun agak mustahil untuk dihentikan. Peranan ibu bapa dan keluarga adalah untuk mendidik serta mengasuh mereka, begitu juga dengan peranan masyarakat dan institusi pendidikan dengan kaedah mereka yang tersendiri.

Paling penting juga adalah peranan pemerintah samada di pihak kerajaan yang memerintah. Agak terkejut juga apabila membaca laporan bahawa terdapat 1o buah sekolah `panas' di sekitar Kuala Lumpur di mana sekolah-sekolah tersebut menyimpan rekod kegiatan jenayah, masalah disiplin dan sosial berlaku di kalangan pelajarnya. Laporan itu memetik kenyataan daripada Ketua Polis Kuala Lumpur sendiri dan bukannya kenyataan dari pihak sekolah mahupun Kementerian Pelajaran. Kenyataan penuh disiarkan di sini.

Amat malang sekali di saat PDRM sendiri terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk mengingatkan kita betapa seriusnya masalah ini di kalangan pelajar, Menteri Pelajaran yang juga TPM Muhyiddin Yasin sibuk dengan isu yang bukan-bukan dan mengarut. Beliau hanya mahu mencari keuntungan politik peribadi beliau semata-mata. Beliau tidak serius menangani masalah yang dihadapi di sekolah-sekolah dan kelihatan seperti ingin menyerahkan semuanya kepada pihak keselamatan. Apa yang beliau sibukkan adalah tentang DS Anwar kununnya sebagai pengkhianat Melayu, dan yang terbaru sibuk memberi amaran kepada akhbar Suara Keadilan. Kita naik keliru semenjak bila pula beliau sibuk jaga kementerian orang lain sedangkan masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah tidak juga selesai malahan bertambah buruk.

Kenyataan Muhyiddin di Pagoh, Muar yang menyebut kununnya PKR hendak tunjuk siapa lebih besar dan berani di dalam isu permit Suara Keadilan yang kini masih belum diperbaharui itu. Kenyataan Muhyiddin boleh dibaca di sini. Sewajarnya isu tersebut boleh diserahkan kepada KDN untuk membuat komen dan Muhyiddin perlu peka kepada kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu.

Tidak takut atau bimbangkah Muhyiddin dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur itu? Itu baru rekod di sekitar Kuala Lumpur, belum kita ketahui berapa jumlahnya di seluruh Malaysia. Apa tindakan beliau untuk mengatasi masalah ini? Adakah dengan melakukan fitnah terhadap DS Anwar dan PKR mahupun parti di dalam PR mampu mengatasi masalah pelajar-pelajar ini? Sekiranya beliau tiada idea untuk memperbaiki imej kementeriannya, beliau sewajarnya menyerahkan kepada orang lain yang mampu dan lebih berwibawa darinya.

Muhyiddin tidak pernah berani untuk membuktikan apa jua tuduhannya terhadap DS Anwar mahu pun parti pembangkang. Jauh sekali beliau berani untuk berdebat secara terbuka. Beliau hanya menonjolkan dirinya seolah-olah jaguh perjuangan orang Melayu sedangkan para remaja yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur itu majoritinya adalah remaja Melayu. Jika Muhyiddin gagal untuk memperjuangkan nasib remaja Melayu di peringkat sekolah, diterima akalkah kita Muhyiddin mampu memperjuangkan nasib Melayu di negara ini? Tidak terfikirkah Melayu khususnya di Johor tentang semuanya ini?

Muhyiddin bukan sahaja gagal sebagai TPM, lebih memalukan beliau dilihat gagal selaku Menteri. Muhyiddin tidak mempunyai rekod yang cemerlang semenjak beliau memimpin Johor lagi. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkannya untuk menyerang Pembangkang lebih memperlihatkan pemikirannya yang amat rendah dan terlalu mudah buat kita Blogger sahaja menjawabnya. Justeru itu, tidak hairanlah apa yang telah berlaku di bawah Kementeriannya hari ini dan ianya tidak akan berubah selagi Muhyiddin masih di situ./wfauzdin.blogspot.com

KESIHAN ULAMAK UMNO DIPERSENDAKAN OLEH ARTIS, BAGAIMANA NAK TEGUR PEMERINTAH ?

Posted: 06 Jul 2010 02:16 PM PDT



Teguran Ulama' Umno iaitu Datuk Jamil Khir tentang adengan bogel salah seorang pelakon dalam filem arahan Raja Azmi yang bertajuk "Dalam Botol" tidak diendahkan,malah bertambah malang apabila pihak penapisan filem Malaysia membenarkan adengan tersebut terus ditayangkan.

Pelakon Arja Lee pula menyatakan bahawa beliau melakukan adengan bogel tersebut agar nampak lebih "Real" dan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.Beliau menambah lagi bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana kerja dan bukan untuk mencari sensasi.

Raja Azmi pula mempertahankan isu berbogel itu adalah adegan yang tidaklah menjolok mata seperti yang digambarkan. "Kalau LPFM pun meluluskan adegan itu, ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan," katanya.

Dalam masa yang sama Raja Azmi turut meminta pihak-pihak berkenaan supaya menonton filem ...Dalam Botol terlebih dahulu agar mereka mendapat gambaran sebenar sebelum memberi pandangan./Detikdaily

BUDAK SEKOLAH MELACUR DI MELAKA, ANGGOTA TENTERA TERLIBAT ?

Posted: 06 Jul 2010 12:14 PM PDT

Pelajar sekolah dilacurkan

SALAH satu lorong belakang sebuah rumah kedai yang menjadi lokasi pelacuran di Jalan Tun Ali, Melaka.

MELAKA - Banyak sindiket pelacuran yang dibongkar oleh polis lazimnya melibatkan wanita warga China, Thailand dan Filipina tetapi di negeri ini lain pula ceritanya apabila pihak berkuasa menumpaskan sindiket persundalan membabitkan pelajar sekolah menengah.

Difahamkan, pelacur muda berusia belasan tahun tersebut dipaksa melayan sekurang-kurangnya seorang lelaki sehari dengan bayaran antara RM60 dan RM80.

Ketiga-tiga pelacur berkenaan merupakan remaja yang lari dari rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal bersama seorang ibu ayam di sebuah rumah di Duyong di sini.

Dua daripada mereka tidak lagi menghadirkan diri ke sekolah manakala seorang lagi telah berhenti belajar beberapa tahun lalu.

Sejak beroperasi dua bulan lalu, mereka dipercayai telah melayan tidak kurang 130 lelaki.

Bagaimanapun, kelicikan sindiket itu tiba ke penghujungnya kelmarin apabila polis negeri ini menahan tiga pelacur berkenaan, seorang ibu ayam dan dua pembantunya yang mana salah seorang daripada mereka merupakan anggota tentera berusia dalam lingkungan 20-an.

Peranan anggota tentera tersebut ialah membantu ibu ayam berkenaan mencari pelanggan dan menghantar pelacur-pelacur itu ke dua buah hotel murah di Jalan Tun Ali di sini untuk melakukan hubungan seks.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 3 petang di sebuah rumah di Duyong di sini selepas polis mendapat maklumat daripada seorang remaja yang mendakwa dipaksa oleh ibu ayam itu untuk melacur./Kosmo

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kubur Juara Catur Di Gali Semula

Posted: 07 Jul 2010 06:30 PM PDT



ICELAND - Pihak berkuasa di Iceland menggali semula kubur juara catur Amerika Syarikat, Bobby Fischer, untuk menentukan kesahihan jika mendiang merupakan bapa kepada kanak-kanak perempuan warganegara Filipina berumur sembilan tahun.

Menurut Pesuruhjaya Polis Daerah, Olafur Helgi Kjartansson, mayat Fischer digali dari tanah perkuburan berdekatan Selfoss di selatan Iceland dan dihadiri doktor, paderi dan pegawai lain, kelmarin.


Bulan lalu, Mahkamah Agung Iceland mengarahkan kubur Fischer digali semula untuk mengambil sampel DNA selepas wanita warganegara Filipina, Marilyn mendakwa Jinky Young adalah anak hasil daripada hubungan mereka.

Mendiang meninggal dunia pada usia 64 tahun pada Januari 2008 di Iceland dan tidak meninggalkan wasiat yang menyebabkan berlaku perebutan harta sehingga kini.

Jinky datang ke Iceland bersama ibunya pada Disember lalu untuk diambil sampel darah bagi ujian DNA.

- sinarharian.com.my -

Trick Membuat Panggilan Percuma Guna HP.

Posted: 07 Jul 2010 04:03 PM PDT

Semalam saya mendapat idea untuk mencari cara untuk membuat panggilan percuma dengan menggunakan hand fhone. Dan tanpa diduga.......SAYA BERJAYA!!!

SAYA BERJAYA HACK UNTUK MEMBUAT PANGGILAN PERCUMA DENGAN MANA-MANA OPERATOR TELEFON,Celcom,Digi,Maxis dan sebagainya..

Sebenarnya, saya agak keberatan nak share trick yang saya jumpa ni. Tapi bila saya fikir balik, tak baik kita kedekut ilmu kan.

Jadi, saya akan cuba ajar sedaya upaya saya untuk bagi anda pandai. He he he

Kalau pihak berkuasa atau pihak telco sendiri yang tahu saya takut cara ini akan diblock dan gagal la nak dapat panggilan percuma.

Saya ingatkan, tips ini dapat digunakan untuk semua nombor. Boleh digunakan tanpa had waktu.

Tanpa membuang masa jom kita tengok cara-caranya:

1. Pastikan kredit minimum di HP anda harus RM0.50 atau lebih.


2. Pastikan nombor telefon yang akan anda buat nanti sedang aktif.


3. Pastikan anda mengetahui nombor HP kawan anda.


4. Salin 5 digit pertama dan 5 digit terakhir nombor telefon yang ingin anda dail.


5. Buka SMS kosong di HP anda.


6. Taipkan nombor telefon kawan anda.


7. Langkah terakhir taip SMS dengan isi seperti berikut… .
.

.

.

.
.

.

.

.
v

Tolong call aku sekarang, PENTING!!


-ijoks2009-
Jangan marah.. saja gurau2 pagi khamis...

Suara Ulamak Takdihargai Dalam UMNO

Posted: 06 Jul 2010 07:59 PM PDT

Kantoi..Teguran Ulamak Umno Di Sanggah Artis..

Teguran Ulama' Umno iaitu Datuk Jamil Khir tentang adengan bogel salah seorang pelakon dalam filem arahan Raja Azmi yang bertajuk "Dalam Botol" tidak diendahkan,malah bertambah malang apabila pihak penapisan filem Malaysia membenarkan adengan tersebut terus ditayangkan.

Pelakon Arja Lee pula menyatakan bahawa beliau melakukan adengan bogel tersebut agar nampak lebih "Real" dan untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.Beliau menambah lagi bahawa apa yang dilakukannya adalah kerana kerja dan bukan untuk mencari sensasi.

Raja Azmi pula mempertahankan isu berbogel itu adalah adegan yang tidaklah menjolok mata seperti yang digambarkan. "Kalau LPFM pun meluluskan adegan itu, ia bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan," katanya.
Dalam masa yang sama Raja Azmi turut meminta pihak-pihak berkenaan supaya menonton filem ...Dalam Botol terlebih dahulu agar mereka mendapat gambaran sebenar sebelum memberi pandangan.

http://wargamarhaen.blogspot.com

kalam Perantau

kalam Perantau


Harakah pula ‘diperingatkan’ KDN

Posted: 07 Jul 2010 05:00 PM PDT

Selepas dua tabloid politik dipanggil ‘mengadap’ Kementerian Dalam Negeri (KDN), kini giliran akhbar organ PAS Harakah pula dipanggil ke Putrajaya.

Menurut portal berita kementerian itu iKDN, dalam pertemuan kira-kira setengah jam bermula pada 1.30 tengah hari semalam, Harakah antaranya “diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN”.

“Niat pertemuan ialah hasrat KDN agar Harakah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan pemberian permit.

“Antaranya seperti pihak percetakan sewajibnya memberikan KDN 8 naskhah suratkhabar mereka sebaik selesai dicetak,” laporan berjudul ‘Harakah Bersua KDN’ itu dipetik.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi itu, Harakah diwakili pengarangnya Taufek Yahya.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Teks al-Quran Datuk Zaitun Ab Samad.

Menurut laporan itu, Harakah juga dimaklumkan kesulitan berkaitan perkara itu dapat dielakkan sekiranya garis panduan KDN dipatuhi.
“Juga bukan niat KDN untuk memberi kesusahan tetapi sebagai entiti kerajaan yang bertanggungjawab maka KDN akan bertindak jika garis panduan itu diengkari,” demikian menurut laporan itu lagi.

“Tiada perbincangan mengenai artikel-artikel yang terkandung dalam Harakah kerana motif sebenar perjumpaan ini diadakan adalah untuk memperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN.”

Dalam pertemuan itu, Harakah dilaporkan menghormati fungsi KDN dalam memastikan setiap akhbar yang mempunyai permit penerbitan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta berkaitan.

“Bahkan beliau (Taufek) juga gembira dengan inisiatif KDN untuk mengadakan perjumpaan seperti ini kerana pastinya banyak perkara yang sebelum ini sering menjadi perbalahan diharapkan akan dapat diselesaikan dengan segera,” kata laporan itu lagi


Karpal tidak wajar bangkit dasar negara Islam

Posted: 07 Jul 2010 05:00 AM PDT

KOTA BHARU 6 Julai – Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak wajar membangkitkan soal dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas kerana kepimpinan pakatan pembangkang telah bersetuju untuk tidak membincangkan perbezaan yang wujud di antara parti-parti terbabit secara terbuka.

Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kesepakatan itu telah diputuskan pada konvensyen pakatan pembangkang yang pertama pada 19 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, tumpuan utama pada masa sekarang adalah untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menubuhkan sebuah negara yang adil.

“Gagasan bersama (pakatan pembangkang) sememangnya wujud, saya sendiri sebagai Penolong Setiausaha Agung terlibat. Kita komited dengan kesepakatan dan kesefahaman, tanpa menyentuh isu yang berbeza, ia telah diputuskan pada konvensyen pakatan dahulu.

“Untuk berlaku adil, kenapa tidak Karpal dan Pas wujudkan sebuah negara yang adil, adil ikut kaca mata Pas dan DAP. Bagi Pas sebuah negara yang adil adalah negara yang mengamalkan dasar Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran dan Pertunjukkan Ular di Muzium Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal yang menyatakan Pas perlu menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam.

Takiyuddin yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, pada masa sekarang, Pas tidak lagi membangkitkan isu penubuhan negara Islam secara ‘keras’ kerana memberikan penekanan kepada konsep keadilan.

“Isu negara Islam kita tidak bangkitkan secara keras, yang penting bagi kita adalah keadilan. Ucaptama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar agung lalu bertemakan ‘adil untuk semua’.

“Contoh negara adil atau Islam adalah Kelantan, selepas 20 tahun memerintah, kita diterima oleh semua kaum malah bukan Islam juga melihat kepimpinan Pas di sini bukan satu masalah yang besar,” katanya.


Karpal perlu hormati dasar perjuangan Pas

Posted: 07 Jul 2010 03:00 AM PDT

SHAH ALAM – Pas Selangor meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh menghormati dasar yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, keengganan pemimpin DAP menerima konsep Negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas disebabkan ketidakfahaman pemimpin utama parti itu terhadap Islam.

"Kita memang sedar dan akur penolakan konsep itu oleh masyarakat bukan Islam di negara ini dan sebab itu jalan perjuangan kita sekarang menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan.

"Kalau kita berkawan, kita kena hormati dasar perjuangan masing-masing. Kita boleh tolak ansur untuk beberapa perkara, tetapi dalam prinsip perjuangan kita tetap teguh dengan pendirian kita sebelum ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, Pas menggunakan amalan demokrasi sebagai jalan untuk meneruskan perjuangan berkenaan.

"Jika berpeluang amalan demokrasi yang diguna pakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara seperti yang dilakukan di Kelantan.

"Kerja kita sekarang adalah berdakwah dan menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Karpal yang meminta supaya Pas menghormati DAP yang menolak negara Islam.

Malah menurut Karpal, Pas perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas Selangor berpegang pada keputusan yang diambil dalam resolusi Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat baru-baru ini.

"Dalam resolusi itu kita telah menerima beberapa perkara berkaitan agama Islam dan kita perlu berpegang dan menghormati dengan keputusan yang dicapai semasa resolusi tersebut," katanya.

Walau bagaimanapun beliau menganggap kenyataan Karpal bersifat peribadi dan tidak menggambarkan keadaan dalam PR.

"Itu hanya pandangan peribadi beliau dan walaupun kita mempunyai perbezaan tetapi kita masih boleh bekerjasama dalam beberapa isu.

"Apa yang penting sekarang kita perlu menghormati antara satu sama lain," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu akan memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengeruhkan hubungan Pas-DAP, Mohd Khairuddin berkata, tidak timbul isu berkenaan memandangkan hubungan antara kedua-dua parti itu baik.

"Kita tidak fikir akan timbul isu ini kerana hubungan antara kedua-duanya rapat sebelum ini," katanya.


Debat: Shafie jangan berkokok melalui media

Posted: 07 Jul 2010 02:42 AM PDT

Oleh Azim Fitri    

KOTA KINABALU, 7 Julai: PAS Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan PAS sebuah parti ajaran sesat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, jika benar Shafie mempunyai kredibiliti dan berwibawa, maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah berdebat dengah Salahuddin.

Beliau berkata, sekiranya Naib Presiden Umno itu menolak, membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media.

"Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah mendaftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur.

"Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Datuk Seri Anwar  yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya lagi, tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara 'baling batu sembunyi tangan'.

"Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi  tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata," tegasnya