Jawapan Kepada Semua Kemelut Negara: PR Perlu Tawan Putra Jaya! Posted: 05 Jul 2010 08:02 AM PDT Bukan setakat Penasihat Undang-undang - PROFESOR DR ABDUL AZIZ BARI Meskipun Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz cuba menyerang keseluruhannya apa yang beliau buat dalam menangani gerak yang dimulakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak defensif. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebenarnya tidak perlu membaca peruntukan perlembagaan kerana kita sudah tahu apa isinya. Bukan itu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen Selasa lalu. Isu yang berbangkit dalam soal penasihat undang-undang negeri yang dihantar Jabatan Peguam ke Negara ke negeri-negeri itu ialah dakwaan sabotaj dan enggan menurut perintah. Meskipun gaji dibayar Kerajaan Negeri pegawai berkenaan – yang juga anggota Exco negeri – merujuk kepada Putrajaya dan bukan Menteri Besar. Inilah yang berlaku di Kelantan, Perak dan khabarnya di Selangor juga.Kenyataan tegas Anwar itu sebenarnya telah lama saya suarakan; khususnya selepas timbulnya masalah antara Kerajaan Negeri di Kelantan dengan istana pada pertengahan 1996. Pada masa sama ia juga menghadapi tekanan daripada perkhidmatan tadbir negeri yang dipimpin setiausaha kerajaan. Ini pelik bunyinya tetapi di Malaysia hal-hal ganjil seperti ini boleh berlaku. Di negara lain – sebagaimana yang kita lihat di United Kingdom April lalu – parti yang menang diberi laluan. Istana Buckingham tidak mengada-ngada atau kacau daun. Dalam pada itu para pegawai kerajaan dibenarkan menemui parti yang akan membentuk kerajaan baru.
Berbalik kepada Nazri, beliau sepatutnya ditanya mengapa Kerajaan Persekutuan yang UMNO terajui menubuhkan JPP di negeri-negeri yang ia jadi pembangkang. Soalan ini penting sebab Nazri mahu kita ikut perlembagaan sedangkan JPP itu bertentangan dengan konsep negara persekutuan yang ada di Malaysia dan di seluruh dunia. Saya tidak anti UMNO. Saya cuma mahu permainan yang baik; mengikut peraturan. Pemain hebat seperti Diego Maradona pun dikritik apabila dia menjaringkan gol dengan tangan! Kritikan itu masih kita dengar sampai sekarang meskipun yang salah ialah pengadil membenarkan gol curi itu. Bukan dia.
Apa yang didakwa dilakukan pegawai persekutuan di negeri yang Pakatan perintah itu sebenarnya tidak berbeza dengan sikap pasukan polis. Cuma ia tidaklah seteruk pada 1999-2004 di Terengganu apabila ketua mereka di situ, Datuk Othman Talib dengan selamba meremehkan penentangannya kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar.
Sebenarnya ada masalah lebih besar dalam isu yang Anwar bangkitkan itu. Ia berkait dengan kedudukan tiga pegawai kerajaan dalam Exco. Tak kiralah pegawai PTD, pegawai Kamar Peguam Negara atau pegawai perkhidmatan tadbir negeri. Dalam konteks kerajaan bertanggungjawab yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi berparlimen atau Westminster, kerajaan – yakni Kabinet atau Exco negeri – perlu menjadi ahli Dewan. Pegawai bukan ahli Dewan sebab mereka tidak dipilih rakyat. Sebab itu mereka disebut sebagai ahli kerana jawatan; yakni ahli ex-officio.
Peruntukan itu adalah peninggalan sistem yang dibina Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang kita kekalkan. Ada banyak sebab kita boleh kemukakan mengapa peruntukan ini perlu dimansuhkan. Tetapi biarlah ini kita bincangkan pada ruangan lain.
Terlanjur membincangkan peruntukan mengenai Kerajaan Negeri sebenarnya di Sabah pun ada peruntukan yang ganjil. Peruntukan ini membenarkan pelantikan ahli DUN, dan peruntukan inilah menyebabkan berlakunya krisis di Sabah selepas pilihan raya negeri 1985 apabila pemimpin Usno Tun Datu Mustapha, menggunakan peruntukan itu, menyerbu masuk ke istana dan meminta Yang di-Pertua Negeri Tun Adnan Robert melantiknya sebagai Ketua Menteri.
Peruntukan-peruntukan yang sedemikian itu bukan sahaja ketinggalan zaman, tetapi bertentangan dengan demokrasi, dan kita sudah lihat bagaimana ia digunakan untuk membuat sabotaj. Rakyat perlu prihatin soal ini.
Apa pun Anwar tidak perlu bertindak sekarang kerana sebagaimana diduga, musuh mereka akan menyeret istana. Ini kita dapat hidu dalam sidang akhbar Nazri Rabu lalu. Apa yang Anwar perlu buat ialah pastikan Pakatan berada di Putrajaya terlebih dahulu. Tanpa kuasa persekutuan sukar untuk Pakatan membuat perubahan. Dengan kuasa itu saya rasa mudah sedikit untuk mereka berkira dengan istana. Tetapi sebenarnya kuasa tadi jarang digunakan, itu mungkin kerana UMNO tidak lupa membawa persembahan yang baik-baik. Ini hanya boleh Anwar sembahkan kalau beliau duduk di Putrajaya. -SH
Ulasan GB
Tidak ada pilihan lain - demi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat, demi untuk menamatkan segala jenis kepincangan dan korupsi yang diamalkan oleh UMNO BN - Pakatan Rakyat perlu tawan Putra Jaya. The faster the better. |
Polis dapat kerjasama Interpol tangkap Raja Petra..ha.ha..KPN kata Interpol dah tolak...Bakri kata ada kerjasama..he.he..!! Posted: 05 Jul 2010 07:55 AM PDT Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin. "Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata beliau ketika dihubungi Bernama. Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya. Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau. Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London. "Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari PKR itu sendiri," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR.Hari ini, ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pula bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London. Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya. Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu. Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya. |
Zaid Ibrahim : Lakonan komedi ala P Ramlee..ha.ha..ha..kena dah..!! Posted: 05 Jul 2010 07:34 AM PDT Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil. Begitu jugalah Bala. Dia pun ada di London. Minggu depan, dia akan ka Paris untuk bertemu dengan pihak penyiasatan Perancis. Tapi Polis Malaysia tak berminat bertemu dengn kedua-dua manusia ini. Persoalannya mengapa? Yang dihebohkan oleh Menteri Hishammuddin, MP Zahrain dan Utusan Malaysia ialah apa hubungan saya dengan Raja Petra. Soalan yang patut ditanya: mengapa tidak ada tindakan terhadap Raja Petra kalau dia ada membuat kesilapan? Beritahulah kepada rakyat apa dia kesalahan itu. Ada waran yang dikeluarkan untuk menangkapnya? Setahu saya, tidak ada. Jadi kalau Raja Petra tidak membuat apa-apa kesalahan, mengapa pula saya tak boleh tengok bolasepak dengannya? Sebenarnya, PM Najib takut kapada kedua-dua manusia ini. Lalu berlakonlah mereka, kononnya Raja Petra dilaporkan berada di Brisbane, Australia dan di mana saja. Mereka sebenarnya tahu dimana Raja Petra dan di mana Bala. Malah Polis telah pun bertemu Bala di Bangkok, tetapi setakat ini, membisu sahaja. Inilah yang rakyat mahu tahu, mengapa tidak ada siasatan terbuka terhadap kedua-dua mereka ini. PM Najib berkata kita tidak boleh percaya kepada Raja Petra; tetapi kita juga tak boleh percaya buta tuli kepada PM Najib. Jadi buatlah satu penyiasatan yang bebas dan terbuka, dan beri jaminan kepada kedua-dua mereka tentang keselamatan diri dan keluarga mereka, dan jaminan mereka tidak akan ditahan dibawah ISA. Saya percaya mereka akan pulang ke Malaysia untuk mempertahankan kenyataan mereka yang dibuat tempoh hari. Dan jika mereka benar-benar kaki penipu dan memalukan pemimpin negara, maka hukumlah mereka. Itu cara pemimpin yang reformis dan baik, bukan berlakon menggunakan Polis dan akhbar menimbulkan buruk sangka setiap hari terhadap orang lain. Saya terpaksa berhenti disini. Nak ke Holiday Villa London dalam masa sejam lagi nak bertemu Bala. Bukan apa. Kerana Polis dan MACC tak mahu dan takut bertemu Bala dan Petra, saya dan kawan kawan akan belanja mereka ais kacang. |
MCA Belum Bersedia Hadapi Pilihan Raya Mengejut, Kata Soi Lek Posted: 05 Jul 2010 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar, belum bersedia untuk berdepan pilihan raya mengejut, sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek Isnin. Beliau berkata MCA masih belum pulih sepenuhnya daripada kesan krisis dalaman yang berlarutan selama setahun setengah, sambil menambah beliau memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk menstabilkan semula parti. Dalam satu temu bual, Dr Chua berkata parti itu perlu memastikan wujudnya 'perpaduan dalam keazaman', terutamanya daripada segi mencapai 'agenda politik kita bersama'. "Dalam politik, saya telah belajar untuk menerima hakikat bahawa tiada yang mustahil (mengenai kemungkinan pilihan raya mengejut diadakan tidak lama lagi) tetapi, jika anda tanya saya, saya berpendapat itu tidak mungkin," katanya ketika diminta mengulas spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin mengadakan pilihan raya umum lebih awal. Sebelum berdepan pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan pada 2013, Dr Chua berkata BN perlu terlebih dahulu melakukan beberapa perubahan kepada konsep perkongsian kuasa sekarang untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Dr Chua, yang mengambil alih kepimpinan parti tahun ini, berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan yang BN tidak membuat pembaharuan, namun menambah perubahan itu dilihat sebagai kecil dan lebih banyak penambahbaikan diperlukan. Ditanya sama ada BN akan melakukan perubahan secukupnya sebelum tiba pilihan raya umum akan datang, Dr Chua berkata beliau sesungguhnya percaya bahawa Najib mempunyai iltizam politik untuk melakukan perubahan itu. Ditanya sama ada kerajaan perlu melayan semua permintaan parti dan kaum Cina dalam usaha memenangi semula sokongan kaum berkenaan, Dr Chua menjawab "ya" dan "tidak". Beliau berkata situasi politik di Malaysia adalah kompleks, dan menjadi naif politik untuk memikirkan bahawa pakatan pembangkang akan memenuhi semua jangkaan dan keperluan kaum Cina sekiranya mereka berkuasa. "Sebuah kerajaan yang berkuasa perlu menyeimbangkan keperluan semua kaum. Kerajaan BN perlu dilihat bersikap adil dan demokratik. Keputusan yang dibuat perlu lebih telus dan boleh diterima rakyat," katanya. Dr Chua, yang mengambil alih kepimpinan parti tahun ini, berkata adalah tidak tepat untuk mengatakan yang BN tidak membuat pembaharuan, namun menambah perubahan itu dilihat sebagai kecil dan lebih banyak penambahbaikan diperlukan. Ditanya sama ada BN akan melakukan perubahan secukupnya sebelum tiba pilihan raya umum akan datang, Dr Chua berkata beliau sesungguhnya percaya bahawa Najib mempunyai iltizam politik untuk melakukan perubahan itu. Ditanya sama ada kerajaan perlu melayan semua permintaan parti dan kaum Cina dalam usaha memenangi semula sokongan kaum berkenaan, Dr Chua menjawab "ya" dan "tidak". Beliau berkata kerajaan tidak seharusnya hanya bercakap mengenai perkara yang betul sahaja tetapi mesti turut melakukan perkara yang betul, dan dengan berbuat demikian, ia akan berupaya memenangi sokongan masyarakat majmuk di negara ini. Mengenai pemilihan parti tahun depan, beliau berkata pemilihan itu akan diadakan melainkan badan pembuat keputusan parti itu yang sangat berkuasa, memutuskan sebaliknya. MCA lazimnya mengadakan pemilihan parti sekali dalam tiga tahun -- daripada peringkat cawangan, bahagian sehinggalah kepada kepimpinan pusat. Selepas pemilihan parti pada 2008, pemilihan seterusnya sepatutnya diadakan pada 2011 namun dibuat lebih awal, iaitu pada Mac tahun ini, ekoran krisis dalaman parti yang berlarutan. "Ia (pemilihan parti) harus diadakan tahun depan kerana kita tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan... melainkan CC (Jawatankuasa Kerja Pusat) memutuskan sebaliknya (tidak mengadakan pemilihan parti)," katanya. Mengenai sama ada parti akan akan memperkenalkan pemilihan presiden secara langsung seperti yang dirancang oleh Umno, Dr Chua berkata kebanyakan anggota parti itu tidak bersetuju perubahan dilakukan disebabkan kesuntukan masa. "Jika anda melakukan perubahan kepada sistem pemilihan parti, anda memerlukan sekurang-kurangnya lapan hingga 10 bulan memandangkan anda perlu mengadakan EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) dan kemudiannya mengemukakan perubahan itu untuk kelulusan ROS (Pendaftar Pertubuhan). "Ada juga yang berpendapat kami tidak sepatutnya beralih tumpuan untuk membincangkan sistem pemilihan parti yang baru, sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. |
Menembak mati si pembawa berita Posted: 05 Jul 2010 06:59 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur. Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin. Susuk ini seorang birokrat. Justeru, apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan 'huh hah huh hah' dari seorang politikus. Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala. Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisis untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini. Pandangan Idris Jalan ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno. Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai. Ramai di antara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud.
Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atau tidak.
Banyak warga terlupa kenyataan Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu.
Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti 'Puncak Minyak – Peak Oil' telah melintasi Malaysia.
Sa ya telah menulis banyak tentang 'Puncak Minyak' dan Hubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak. Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak. Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari. Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak. Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap? Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait. Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambung-kait -- fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan rasmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi. Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak. Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini -- menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita. Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu di mana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi. Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat. Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis pada zaman ' depression' atau zaman meleset tahun 1929 dahulu. Sejak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank. Se sudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dolar. Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan hedge fund jatuh muflis. Tidak cukup dengan ini timbul pula masalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan. "Seorang 'mamat' telah dilanggar kereta, apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari 'tuan doktor' tak jumpa-jumpa kerana semua 'tuan doktor' telah membunuh diri." Metafora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini. Lihat d an baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam G telah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini. Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan. Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor. Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguhkan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama melimpah ke Eropah. Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat -dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini. Di Eropah, negara pertama yang jadikan 'tikus percubaan' ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga. Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali. Apa sebenarnya dasar 'berjimat cermat' ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi ' overtime', tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran peubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan. Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh. Bila 'berjimat cermat' ini diajukan jawapan rakyat Greece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai. Malah diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi. Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kisah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan. Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara mencadangkan ajenda 'berjimat cermat' dan 'mengikat perut'. 'Menteri Telur dan Gula' - Datuk Seri Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan ditarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit yang digunakan untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara. S uara suara sumbang menyokong langkah 'berjimat cermat' ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara. Austerity atau dasar berjimat cermat adalah agenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara. Mengikut sifir IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sihat untuk perkembangan ekonomi. Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran. Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau ' free trade'. Idris Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada di atas mejanya. Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bon yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi. Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta memperdayakan orang ramai. TT. |
Zaid says RPK, Bala free due to Najib’s fear Posted: 05 Jul 2010 06:45 AM PDT By Yoges Palaniappan KUALA LUMPUR, July 5 — Pakatan Rakyat (PR) secretariat chief Datuk Zaid Ibrahim today said the police are not interested in arresting fugitive blogger Raja Petra Kamarudin and private investigator P. Balasubramaniam because the prime minister is afraid of the duo. Both Raja Petra and Bala have linked the prime minister to the murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu in late 2006. Najib has denied the allegation. "It's been 12 months since the prime minister gave his vote of confidence to the police force; however, we see no action from them," the former Umno minister said in a posting on his blog. He also agreed with Umno Youth leader Khairy Jamaluddin who has taunted the police force for not doing their best in arresting RPK who, he said, "is blatantly walking the streets of London unharassed". "Bala is leaving for Paris next week to meet French investigators. Why is our police team hesitating in meeting him?" Zaid (picture) asked. Zaid also alleged that the police have met Bala in Bangkok but are keeping mum about the meeting. The PKR supreme council member was responding to Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who had asked him to explain his relationship with Raja Petra, who is popularly known by the acronym RPK. Zaid had watched a football match with RPK last year which pro-Umno supporters say is proof that PKR is funding the fugitive writer. Raja Petra left the country and failed to attend court twice last year on sedition charges related to the prime minister's wife in the news portal Malaysia Today. Zaid said the people want to know the truth on why RPK and Bala have not been investigated and urged the government to conduct a proper investigation and expose RPK's and Bala's wrongdoings. "Guarantee them of their safety and I believe they will return to Malaysia to defend their statements," said Zaid, adding that the government must also ensure that RPK and Bala are not arrested under ISA upon their return. He added it was only right to punish the duo if they had really humiliated the country's leader by spinning lies. "A reformist leader will not use the police force and the media to defame an individual," he said. |
No show by MACC so Bala's date ends up as an ABC session..ha..ha..ha..!!! Posted: 05 Jul 2010 06:43 AM PDT P Balasubramaniam, his three lawyers - Manjeet Singh Dillion, Americk Sidhu and Amarjit Sidhu - together with Datuk Zaid Ibrahim, waited from 10.00am to 1.00pm for the MACC officers. They never showed up so the session ended up as an air batu campur (ABC) and teh tarik session instead. |
"Kita Tak Boleh Redah Negara Orang Dan Tangkap Raja Petra" - Tau Tak Pe....!! Posted: 05 Jul 2010 06:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran. Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu. "Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,'' jelas Musa. Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu. Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan. Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis. |
Jangan dok kutip calon payung terjun untuk PRU 13 nanti Posted: 05 Jul 2010 06:12 AM PDT Merak Buih, Lama rasanya tidak menulis atau memberi pandangn mengenai isu politik,tetapi kali ini merasakan pandangan harus di lontarkan agar ia dapat di hadam atau di nilai oleh pihaK yang tertentu.Menyentuh mengenai isu politik NEGERI KEDAH tidak dapat tidak ia berkisar tentang isu-isu ADUN LOMPAT dan kebanyakkannya melibatkan parti KEADILAN RAKYAT. Sudahlah ADUN yang keluar PAKATAN RAKYAT menjadi BEBAS semuanya daripada KEADILAN itu sendiri.Bukan saya nak mengunkit cerita lama Cuma sekadar memberi ingatan kepada pimpinan KEADILAN KEDAH perlu dan harus meneliti CALON-CALON yang akan bertanding di dalam PRU akan datang. Keadilan jangan terlalu inginkan perubahan sehinggakn terjerut leher sendiri.Isu pemilihan CALON WAKIL rakyat sebagai CONTOH,KEADILAN perlu teliti di dalam memilih CALON.Jangan pula oleh kerana seseorang itu bergelar 'DATO' terus di angkat menjadin calon wakil rakyat mewakili KEADILAN.Apabila para 'DATO' ini buat masalah yang menanggung beban orang di bawah. Ketika ini kelihatan tanda-tanda menghantar CALON PAYUNG TERJUN sudah mula di kesan.Ini yang menjadi masalah KEADILAN KEDAH apabila terlalu tidak mengendahkan teguran mahupun nasihat,kadang-kadang seakan-akan menjadi bodoh sombong.Apabila masalah dah berlaku pandai pulak mencari kumpulan-kumpulan yang satu ketika dahulu di anggap bermasalah.Sudahlah jangan membuat percaturan songsang kerana yang akan menanggung masalah aktivis parti di bawah. Janganlah terlalu memandang pangkat dan kedudukan sehinggakan lupa orang di depan mata juga layak untuk bertanding.Mungkin pejuang tidak mempunyai duit yang banyak dan pelajaran yang tinggi,tetapi kesetian mereka kepada PARTI KEADILAN RAKYAT tidak boleh di nafikan.Di ingatkan juga usahlah terlalu membuat CABEL didalam penyusunan calon wakil rakyat kerana ia tidak membawa apa-apa malahan masalah yang lebih besar yang berlaku Walaupun kita tidak dapat meneka bilakan PRU13 akan berlaku,namun ingatan ini perlu di ambil pusing oleh PIMPINAN KEADILAN KEDAH.Jangan jadikan gelaran sebagai kreteria untuk menjadi calon wakil rakyat bagi PARTI KEADILAN RAKYAT |
KDN Niat Jahat Gantung Permit Suara Keadilan Posted: 05 Jul 2010 06:01 AM PDT
PETALING JAYA 5 Julai - KEADILAN menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan dan menyifatkannya sebagai mencabuli hak kebebasan demokrasi termasuk kebebasan akhbar serta hak pembangkang. Naib Presiden, Azmin Ali berkata KDN membuat pernyataan bahawa ia tidak puashati dengan penjelasan SK bersabit laporan "Felda Bankrap" adalah tidak munasabah sama sekali. "Suara Keadilan adalah lidah rasmi PKR yang berpegang kepada dasar perjuangan yang berbeza daripada Barisan Nasional dan sudah pasti bertentangan pandangan dengan parti pemerintah,' tegas Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam satu kenyataan hari ini. Pada 2 Julai lalu Suara Keadilan menerima surat daripada KDN yang antaranya mendakwa akhbar itu tidak memberi respon kepada "surat-surat teguran" yang menerbitkan berita bertajuk "UMNO-BN Ketagih Sedut Hasil Petronas", "BN Bolot, Jual Saham BERNAS" and "UMNO-BN Rosakkan Institusi Perubatan". Di samping itu, KDN juga memberi alasan bahawa permit akhbar terbabit telah tamat tempoh pada 30 Jun 2010. Sehubungan itu, Azmin berkata KEADILAN mendapati alasan yang dikemukakan oleh KDN sebagai tidak munasabah dan berunsur niat jahat kerana sudah tentunya sebagai lidah rasmi parti pembangkang, Suara Keadilan tidak hanya terikat melaporkan berita berkaitan aktiviti parti tanpa melaporkan sebarang laporan mengenai isu semasa serta kerajaan yang memerintah. Menurutnya tindakan tersebut jelas menunjukkan kerajaan BN di bawah pimpinan Umno berasa goyah dan tidak mampu memberi reaksi balas kepada isu dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pembangkang dan sebaliknya menggunakan penindasan serta undang-undang Akta Percetakan dan Penerbitan yang sudah lapuk. Beliau menambah KDN sewajarnya tidak harus mengambilkira apa yang dilaporkan dan sepatutnya hanya meluluskan permit tahunan tanpa mencuba untuk menetapkan apa yang boleh atau tidak boleh dilaporkan. Sehubungan itu katanya, KEADILAN ingin menegaskan bahawa parti berkenaan tidak pernah menerima sebarang surat dari KDN termasuk surat teguran yang didakwa telah dihantar. Menurut Azmin lagi peguam bagi pihak Suara Keadilan sudah menulis surat pada 29 Jun lalu memaklumkan bahawa anak guam mereka tidak menerima sebarang surat berkenaan dan memohon supaya KDN memberi maklumat lanjut serta salinan surat berkenaan namun sehingga kini kementerian terbabit gagal memberi maklum balas. Azmin berkata Suara Keadilan telah memohon untuk memperbahrui permit mereka pada 11 Mac lalu tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas dari KDN dan jelas menunjukkan kementerian berkenaan menggunakan laporan berita mengenai Felda serta dakwaan surat-surat teguran telah diberi sebagai alasan untuk menggantung permit akhbar terbabit. |
Malaysia Menuju Negara Fasis Di Bawah Umno-BN Posted: 05 Jul 2010 05:59 AM PDT
SHAH ALAM 5 Julai - Tindakan sewenang-wenangnya mencabuli demokrasi serta penyalahanguna kuasa oleh kepimpinan kerajaan Baridan Nasional pimpinan Umno sejak lebih dua abad lalu akan menjadikan negara Malaysia sebuah negara fasis jika rakyat tidak bangkit dan merubah masa depan negara. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata Umno juga mempersendakan nilai-nilai adab dan kebudayaan serta menggunakan pendekatan condong dalam mendefinasi serta penerapan nilai-nilai moral. Sehubungan itu, katanya adalah penting bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk membangunkan semula negara ini melalui keikhlasan dan suara hati mereka dengan memberikan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha mereka membentuk negara Malaysia yang lebih baik. Beliau berkata demikian di pelancaran "Friends of Pakatan Rakyat" di Hotel Conway, Holborn London, semalam yang turut yang dihadiri oleh kumpulan aktivis masyarakat, wakil parti gabungan Pakatan Rakyat. "Walaupun keadaan tampak murung, namun adalah wajar bagi semua pihak memahami baik dan buruknya keadaan yang sedang dialami dalam perjuangan merubah untuk masa depan yang lebih baik dan Pakatan Rakyat berikrar akan membawa keharmonian sebenar kepada Malaysia," katanya ketika berucap di forum berkenaan. Menurutnya, Perlembagaan sedia ada di negara ini disematkan untuk visi politik masa hadapan yang dibentuk untuk memastikan sistem periksa dan imbang bagi mengendalikan secara adil konflik kepentingan individu, masyarakat dan negara namun dewasa ini, ianya telah dicemari oleh kumpulan yang berpengaruh serta berkuasa yang mempunyai kepentingan tersendiri. Zaid juga menyentuh tentang krisis kehakiman pada 1988 sebagai contoh kepada antara tindakan yang menyebabkan Perlembagaan dicabuli dan secara tidak langsung telah melemahkan semangat Perlembagaan yang didukung di negara ini. "Negara yang mengkompromikan semangat Perlembagaan akan membuka laluan untuk menghancurkan negara tersebut. Negara kita sekarang adalah sebuah negara yang sakit - badan yang penting dalam institusi negara semuanya berada dalam keadaan yang parah. "Hari ini kita berada di dalam situasi sesat kerana kita sakit, dalam semangat kemudian secara fizikal, dan ubat yang diberikan oleh BN kepada institusi-institusi berkenaan adalah Fasisme," tambah beliau lagi. Umno katanya memutarbelitkan adab dengan melaungkan cogankata "Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia" merujuk kepada pahlawan Melayu Hang Tuah sebenarnya mempermainkan nilai budaya dan juga sentimen perkauman. Menurutnya, Pakatan Rakyat menolak ideologi supremasis kerana gagasan itu menghargai kebudayaan pelbagai kaum kerana ia adalah yang dituntut oleh adab yang sebenarnya dengan memahami apakah dia adab dari segenap sudut. Beliau menambah keruntuhan pada asas utama bermula daripada institusi-institusi utama kerajaan negara ini di bawah pimpinan Umno dan ia bukan permasalahan atau dilema yang dihadapi oleh kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan tetapi masalah negara. "Bagaimanapun, Umno mahu kaum Melayu mempercayai bahawa keadilan boleh berfungsi dengan pemikiran cetek dan kejujuran tidak penting asalkan sesuatu bangsa itu terselamat. Jelas sekali ini bertentangan dengan adab kita. "Kelangsungan hidup yang dicanangkan (Umno) adalah jenis kelangsungan hidup yang paling jahat dan biadap dan langsung tidak berfungsi serta tidak akan berjaya untuk masyarakat atau negara," kata Zaid. Umno, katanya bersuara untuk kaum Melayu seolah-olah kaum terbabit akan menjadi semakin miskin tanpa mereka. Mereka juga mendakwa berjuang untuk Melayu namun sebenarnya apa dan siapakah yang diperjuangkan yang menjadi persoalan. |
Zaid: Malaysia turning into a fascist state Posted: 05 Jul 2010 05:54 AM PDT By Ken Vin Lek PETALING JAYA: Malaysia is emerging as a fascist state after five decades of Barisan Nasional-Umno rule, says PKR supreme council member Zaid Ibrahim. Speaking at the launch of Friends of Pakatan Rakyat (FPR) at Holborn, London, over the weekend, Zaid likened Malaysia to an ailing nation with a sordid democracy -- its body and vital state institutions all in intensive care. About 200 people including social activists, Pakatan Rakyat members and reporters were present. "The medication now being pumped into the sick body of this nation is fascism... fascsim has a penchant for abusing religious or ethnic identities, where they are moulded into a culture of supremacism," he said. "The Malaysian state right now distorts and cheapens the sacred core values of our cultural traditions beyond all recognition, so that they can be sold off as the ultimate political drug by BN." Zaid, who spoke with candour about the state of affairs in Malaysia, also touched on the Malaysian constitution, describing its spirit as being seriously abused over the years. "The constitution is a document embedded with great political vision and hope, designed with an intricate system of checks-and-balances to manage justly the conflicting interests of individuals, communities and states." "Today, however, the spirit of the constitution has been seriously injured, as a result of the years of abuse, perpetrated through brute force by those with vested interests who turned away from liberty, justice and equality during the judicial crisis of 1988," he added. Zaid also hit out at Umno for its transgressions, including abusing democratic and public institutions, making a mockery of cultural values, and taking a skewed approach in defining morality. He said that political survival of BN is meaningless without principles incorporated into its system. Relationship with Raja PetraEarlier last week, Bayan Baru MP Zahrain Hashim exposed details of a meeting between Zaid and fugitive blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) in Manchester, UK, last year. Reacting to it, Home Minister Hishammuddin Hussein questioned Zaid's relationship with RPK, saying that the former must clarify it to the people. Zaid said that he is prepared to meet Hishammuddin and explain to him his relationship with RPK, provided that it is held in a public place. He described RPK and private investigator P Balasubramaniam as men who sacrificed their freedom by living abroad because they fear for their safety. (Balasubramaniam had gone missing in July 2008 after linking Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor in his first statutory declaration involving the murder of Mongolian translator Altantuya Shaaribuu.) "The more significant question is: why is my relationship with these gentlemen more important to the government than the truth of the contents of their statutory declarations or affidavits?" "Shouldn't the government give them suitable guarantees for their safety and persuade them to come back? We must all remember that Balasubramaniam and RPK are not criminals on the run as there were no charges against them, no warrant of arrests, no offences committed... so why shouldn't anyone be seen with them?" asked Zaid. Role of Malaysians abroadZaid also said Malaysians who lived abroad have an important role to play in the affairs of the country. "As Malaysians, you must collectively demand that the Election Commission recognise the rights of Malaysians all over the world to vote." At present, Malaysians residing abroad are not allowed to vote in general elections via postal votes, a system practised by many democratic countries. "The present definition of 'absent voter' has to be expanded to include you. If you have to take the matter to the courts or to the United Nations, just do it," Zaid said. He appealed to overseas Malaysians to rebuild the nation with sincerity, and offered the leadership of Pakatan for a better Malaysia. |
Bala thrilla still the entree, early polls the starter despite BN spin Posted: 05 Jul 2010 05:52 AM PDT Wong Choon Mei, Malaysia ChronicleIs the BN really going to call for snap elections so soon or are they just trying to drown out an embarrassing London press conference where shocking details of Prime Minister Najib Razak's alleged role in the Altantuya-murder and submarines-graft case are bound to be dredged up. "The way the BN leaders have come out one after another in the past few days is very aggressive, as though Najib will be dissolving Parliament soon. I find this suspicious because elections will be early but not immediate," Padang Serai MP N Gobalakrishnan told Malaysia Chronicle."My feel is the 13th GE will be held together with the Sarawak state elections. I am looking at May 2011 at the latest. But nowhere within the next two or three months as the BN is suggesting." War drums soundedIndeed even political analysts doubt the BN was serious despite the relentless beating of the war drums. "BN needs to get their house in order before going to the polls. I think the Sarawak state polls will be held by year's end, while the GE will be held in 2012," said Dr Sivamurugan Pandian, of Universiti Sains Malaysia. Among the latest top leaders to come out and warn their supporters to get ready are MCA president Chua Soi Lek and Home Minister Hishammuddin Hussein, while Najib himself approved an extra RM500,000 in funds to all BN MPs to help them win over voters. Given the nation's record-high fiscal deficit and the government's stretched liquidity position, the extra allocation fueled already-sizzling speculation of snap polls. Yet despite generating tangible excitement, Najib and his minders have not been able to steal the thunder from this week's main event – the so-called Bala thrilla in London. The main course is still ... the Bala thrilla!Private investigator P Balasubramaniam will be holding a press conference at the Holiday Villa on Wednesday, where he is expected to give further details of his statutory declaration made in 2008 that implicated Najib and his wife Rosmah Mansor in the Altanutya Shaariibuu murder. He had also revealed their connection to the defense ministry's purchase of two high-cost Scorpene submarines, where a kickback amounting to RM570 million was allegedly paid to a firm controlled by Najib's friend Razak Baginda. "This is the main course. Everybody is looking forward to it because it has all the ingredients that make up a classic - sex, intrigue, money and murder," Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle. "We don't know what Bala will say yet but the pressure on Najib will be enormous. Even without any new details divulged, the case is like a stone around his neck and he will surely face calls to resign all over again - both for the sake of Umno's credibility and Malaysia's reputation as a safe country run by law and order.". Bala was hired by Baginda to keep Altantuya from blackmailing him for her US$500,000 share of the kickback. Click here to view the video tape of the press conference Bala gave in 2008. A former policeman, Bala fled the country fearing for his life after being pressured to retract his statutory declaration. He has also revealed that Najib's brother Nazim Razak and Rosmah's friend Deepak Jaikishan had offered him RM5 million to leave Malaysia immediately and to keep silent on the case. At the London presser scheduled on July 7, Bala is expected to reveal more information on this encounter. Helping the French to break the caseBala has also been invited by the French authorities to give his statement on what he knows about the roles played by Baginda, Najib, Rosmah and Altantuya in the submarines-corruption scandal. French prosecutors have told Malaysian civil rights group SUARAM that they are optimistic of being able to prosecute French defense firm DCNS, which sold the Scorpenes to Malaysia. If found guilty, it paves the way for SUARAM to claim back on behalf of Malaysian taxpayers the huge commission that was paid to Baginda's firm. It is believed that the contract the Malaysian defense ministry signed with DCNS had contained a standard anti-corruption clause, prohibiting the firm from paying any kickback or inducement to close a sale. "We are hopeful that Bala will be able to shed new light and help the French prosecutors to break the case," SUARAM director Cynthia Gabriel told Malaysia Chronicle. |
Mukhriz: Hanya 40% tulisan Raja Petra benar..ha..ha..siasatlah 40% kebenaran tue...!! Posted: 05 Jul 2010 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai – Hanya separuh daripada kandungan rencana tulisan penulis blog yang melarikan diri ke luar negara Raja Petra Kamaruddin adalah berdasarkan fakta, manakala selebihnya sengaja ditokok tambah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir. Beliau berkata perkara itu diakui sendiri Raja Petra, yang juga dikenali sebagai RPK, dalam perjumpaan mereka beberapa tahun lepas. "Beberapa tahun lepas, saya bertanya kepadanya tentang beberapa laporan yang beliau tulis. Saya tanya 'dari mana anda dapat fakta berkenaan' dan berkata secara selamba bahawa rencana tulisannya hanya mengandungi 40 peratus fakta dan selebihnya beliau tokok tambah," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan Adventure Kayak Race (Akar) Jerlun di sini hari ini. Oleh itu, kata Mukriz, beliau membuat andaian bahawa rencana lain tulisan Raja Petra juga adalah sama tarafnya. Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun berkata, beliau percaya penulis blog itu dibiayai sebuah dana atau yayasan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai hubungan dengannya. "Sepanjang pengetahuan saya, berdasarkan cara hidup beliau, RPK seorang yang cukup simple, tapi apabila beliau mampu tinggal di pangsapuri di London selama beberapa bulan, tentu ada sumber yang membiayainya," kata beliau. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan. "Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja," kata beliau ketika dihubungi Bernama. Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya. Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau. Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London. "Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri," katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR. Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke muka pengadilan selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui portal berita Malaysia Today. – Bernama |
PERKASA buat laporan polis ke atas Malaysiakini, Star..ha.ha..lawan laporan Polis lak sekarang..!! Posted: 05 Jul 2010 05:44 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini membuat laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan akhbar The Star berhubung isu pembinaan Istana Negara di Jalan Duta. Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Damansara kira-kira jam 3.30 petang oleh ketua sayap Pemudanya, Arman Azha Abu Hanifah. Kira-kira 15 pemimpin saya pemuda PERKASA turut hadir bersama Arman Azha sewaktu beliau membuat aduan polis itu. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar The Star pada 27 Jun lalu, dan (dalam) Malaysiakini adalah laporan salah terhadap pembinaan Istana Negara yang dilihat satu penghinaan kepada institusi raja. "Laporan polis ini dibuat kerana berasa bertanggungjawab dan merasakan harus mempertahankan perlembagaan persekutuan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Pada 27 Jun lalu, The Star menyiarkan di muka depannya laporan berhubung sekumpulan pekerja asing di projek pembinaan Istana Negara itu, didakwa tidak dibayar gaji selama tiga bulan. Manakala Jumaat lalu, Malaysiakini pula melaporkan kumpulan 10 orang, yang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua, dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan'. Mengulas lanjut, Arman berkata laporan polis juga turut dibuat terhadap penasihat ekonomi DAP Dr Chen Man Hin yang didakwa mempersoalkan kouta 30 peratus kepada kaum bumiputera. Katanya, kenyataan Dr Chen itu telah dimuatkan dalam blog tokoh DAP Lim Kit Siang, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur Sabtu lalu. Arman juga turut membuat laporan polis terhadap ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berhubung kenyataannya yang mempersoalkan isu biasiswa MARA baru-baru ini. "Kedua-duanya (kouta dan biasiswa) termasuk dalam (peruntukan) perlembagaan negara. "Kita tidak mahu asas 53 tahun Perlembagaan Persekutuan, yang mana kita hidup aman damai (sekarang ini), dicemari kerana permainan politik pihak yang tidak bertanggungjawab. "(Oleh sebab itu) kita buat laporan polis supaya mereka menyiasat," katanya. |
Judi sukan: Keputusan di tangan kabinet bukan Umno..ha..ha...ha..baru tau ka..UMNO bikin semua....!!! Posted: 05 Jul 2010 05:43 AM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan kebimbangannya bahawa keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membenarkan Majlis Tertinggi Umno menolak cadangan memberikan lesen judi sukan akan menjadi sebagai satu 'precedent' yang bahaya. Katanya, sewajarnya, keputusan ditentukan oleh jemaah menteri dan bukannnya Umno kerana ia menimbulkan tanggapan bahawa parti komponen BN yang lain di bawah telunjuk Umno. "Kami berasa kecewa...Ia sepatutnya diputuskan pada peringkat kabinet, supaya semua pihak komponen dapat memberikan pandangan mereka," kata Chua pada sesi wawancara khas dengan beberapa media terpilih di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, hari ini. Pada 25 Jun lalu, Najib mengumumkan bahawa majlis tertinggi Umno sebulat suara menolak cadangan kerajaan persekutuan untuk memberi lesen judi sukan kepada Ascot Sports Sdn Bhd yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan. Keputusan itu tidak dijangkakan kerana parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan LDP secara terbuka menyokongnya meskipun dibidas dengan meluas oleh rakyat. Chua bagaimanapun cepat mengelakkan sebarang ketegangan sehari selepas itu dengan berkata MCA menghormati keputusan berkenaan, Pada wawancara hari ini, Chua menimbulkan tajuk judi sukan tanpa dibangkitkan oleh wartawan apabila disoal apakah kedudukan MCA di bawah Umno. Presiden MCA itu tidak menafikan persepsi ataupun tanggapan umum adalah sedemikian tetapi menafikan parti Cina itu menyokong idea judi sukan dan menyalahkan media kerana salah-tafsir kenyataannya. "Tiada orang yang suka berjudi. Jika kerajaan membenarkan pertaruhan sukan, perlu ada peraturan bagi memastikan bookie haram dihapuskan. "Selain itu, pendidikan bagi membanteras judi perlu diadakan di samping badan khas bagi menentukan cara cukai hasil aktiviti judi itu digunakan," katanya. Di sebalik pelbagai cubaan mendapatkan penjelasan daripada Chua sama ada MCA meluahkan, 'sokongan bersyarat', Chua hanya mengulangi kenyataannya sebelum ini. |
Apa cerita ni Zaid, RPK, Bala dan Dr Hatta? ha.ha..ha..ada berani ka..!! Posted: 05 Jul 2010 04:13 AM PDT Oleh: ROSLAN BIAN Sekeping gambar beri banyak makna. Begitu juga dengan gambar pelarian, Raja Perta Kamaruddin (RPK) bersama empat rakan karibnya termasuk Datuk Zaid Ibrahim yang dikatakan membiayai pengendali laman web Malaysia Today itu. Penyiaran gambar tersebut di sebuah laman web seseorang yang ada kaitan dengan mereka berlima ini lebih menarik kerana penyiasat persendirian P.Balasubramanian ada sama. Semua tahu RPK dan Bala sudah lama melarikan diri dan bersembunyi di luar negara. Kedua-dua mereka sekali sekala menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skrip dan cerita yang diragui kebenarannya. Malah Senator Ezam Mohd Nor menganggap Bala sebagai bacul kerana 'hit and run' – serang dan lari walaupun Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz beri jaminan keselamatan terhadapnya jika beliau pulang memberi kenyataan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaannya sebelum ini. Apapun gambar terbaru RPK, Zaid dan Bala bolehlah dianggap pelengkap skrip dan mengesahkan dakwaan bahawa PKR terbabit dengan pergerakan Raja Petra serta penyiasat persendirian itu. Dua lagi di dalam gambar itu kalau tidak silap adalah peguam Bala iaitu Americk Sidhu (baju putih,duduk) dan seorang lagi yang sekali imbas macam Karpal Singh tidak diketahui siapakah sebenarnya. Kini terpulang kepada pihak berkuasa di sini untuk mengambil tindakan bagi mendapatkan maklumat mengenai RPK dan Bala daripada Zaid yang terbukti mengetahui di mana kedua-dua lelaki itu bersembunyi. Walaupun Zaid mengakui, RPK adalah rakan karibnya tetapi sebagai pemimpin PKR yang selama ini melaung-laungkan keadilan dan ketelusan, Zaid kena mendedahkan kepada pihak berkuasa atau membantu RPK dan Bala pulang ke negara ini. Malah peguam Karpal Singh menjelaskan walaupun Malaysia dan London tiada perjanjian ektradisi tetapi kerajaan boleh mengadakan perjanjian dua hala untuk menahan dan membawa RPK yang masih diburu polis di sini. Polis juga boleh mendapatkan maklumat daripada Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang ke London ketika ini bagi menyertai program Frineds of Pakatan – sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di negara itu. Gambar Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama Bala ada dalam Facebook Dr Hatta. Pemimpin PAS lain yang turut serta program itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Apakah motif pemimpin PAS yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bertemu Bala? Mungkin mereka mahu mendengar macam-macam lagi cerita rekaan Bala supaya boleh jaja di Negara ini demi kepentingan politik pakatan pembangkang.-5/7/2010 |
Jangan pandang remeh kelahiran luar nikah di Malaysia Posted: 05 Jul 2010 04:09 AM PDT
DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah 257,000 sijil kelahiran dari 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa.
Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari, baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2007 kepada 16,541 dalam 2008 dan 17,303 pada 2009.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman, DPPWP bimbang dan kecewa di atas peningkatan jumlah dan berpandangan, kes kelahiran anak luar nikah ini berpunca dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang keterlaluan.
Budaya hedonisme dan candu hiburan, berpeleseran, bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada terjebaknya remaja kepada aktiviti perzinaan.
DPPWP mempersoalkan mengapa dalam keadaan kes kelahiran dan pembuangan bayi semakin meningkat ini, kerajaan membenarkan pusat hiburan beroperasi tanpa kawalan dengan pelbagai aktiviti maksiat berlaku seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, arak, dadah, dan pelacuran.
Selain itu, penganjuran konsert hiburan yang terlalu banyak turut menyumbang kepada gejala kelahiran anak luar nikah. persoalannya mengapa kerajaan sanggup membenarkan penganjuran konsert berlangsung tanpa kawalan yang ketat.
Apakah kerajaan mampu menjamin keselamatan anak-anak gadis dari dinodai dan digoda oleh remaja-remaja lelaki sebaya dengannya. Apakah kerajaan mampu memantau setiap pergerakan remaja dan kemana mereka pergi setelah tamat menonton konsert. Tambahan pula, dengan ledakan maklumat melalui internet dan telefon bimbit yang tiada had meloloskan segala kemungkaran dengan mudah untuk diakses.
DPPWP bimbang kemungkaran dan maksiat sangat mudah diperolehi melalui internet dan telefon bimbit sehingga ke setiap rumah di Malaysia.
Penekanan terhadap tarbiyah dan pendidikan agama yang longgar menyemarakkan lagi faktor kelahiran anak luar nikah. Sistem pendidikan negara hari ini gagal membentuk peribadi dan syakhsiyah remaja untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah dan bagaimana masyarakat boleh mengharapkan generasi akan datang menjadi insan yang baik dan bebas dari maksiat sedangkan generasi yang lahir pada hari ini ramai lagi yang jahil dan buta agama?
DPPWP berharap semua pihak memainkan peranan dalam memastikan angka kelahiran anak luar nikah dapat dibendung. Kerajaan perlu membendung gejala maksiat hingga ke akar umbi dengan tidak membenarkan lagi pusat hiburan beroperasi dalam negara walau apa alasan sekalipun dan konsert hiburan yang lagha dan melalaikan tidak wajar diadakan sama sekali walau di mana pun.
Kerajaan juga perlu melakukan sesuatu dalam menyekat penyebaran maksiat melalui internet dan telefon bimbit. Penekan tarbiyah dan pendidikan agama sangat penting bagi memastikan pelajar tahu hukum halal dan haram serta segala aspek yang berkaitan dengan ruhiyyah.
Ibu bapa pula perlu berperanan dalam memastikan pendidikan dan pergaulan anak-anak terjaga dan tidak membiarkan anak mereka bergaul bebas tanpa kawalan serta memastikan anak mereka menurup aurat.
DPPWP juga beerharap masyarakat turut bersama memainkan peranan dalam memastikan gejala zina dapat dihentikan.
Institusi masjid, pusat komuniti, kempen kesedaran, kumpulan pencegah maksiat, kem-kem motivasi adalah usaha yang baik bagi membantu membendung budaya zina dan kelahiran anak luar nikah dari berleluasa. |
KENAPA SALAHKAN ANWAR...MAHATHIR YANG MULAKAN DULU Posted: 05 Jul 2010 04:08 AM PDT Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beberapa tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak akhir-akhir ini merupakan suatu pengkhianatan kepada bangsa kerana ia telah menyebabkan perpecahan di kalangan orang-orang Melayu.
Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, orang Melayu perlu sedar tentang tindakan ketua umum PKR itu kerana bukti mengenainya adalah amat jelas.
KENAPA PAK NUAR YANG DISALAHKAN KERANA ORANG MELAYU BERPECAH? KENAPA TAK SALAHKAN MAHATHIR..
KENAPA PAK NUAR MERENGKUK DALAM PENJARA? KENAPA TAK SALAHKAN MAHATHIR..
KENAPA PAK NUAR DIMALUKAN DENGAN TUDUHAN LIWAT? KENAPA TAK SALAHKAN MAHATHIR..
KENAPA PAK NUAR BANGKIT MENUNTUT KEADILAN? TANYA LA MAHATHIR..
KALAU TAK TAU TANYA LA MAHATHIR.. KALAU NAK TAU TANYA LA MAHATHIR..
CUPING : Bengonggg.. |
MCA Arah Semua Bahagiannya Terlibat Dalam Media Baru Posted: 05 Jul 2010 03:57 AM PDT SEREMBAN, 5 Julai (Bernama) -- MCA telah mengarahkan semua bahagiannya agar melantik tiga hingga lima orang terlibat dalam media baru dalam menangani banyak berita dan khabar angin yang tidak berasas yang disebar luas oleh parti pembangkang, kata Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. "Ini adalah supaya kita dapat memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang mana banyak berita dan khabar angin yang tidak berasas yang disebar luas oleh parti pembangkang. Jika ini tidak ditangani, lama kelamaan orang akan percaya dan ia akan menjadi satu kebenaran," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tung Hua di S2 Heights di sini, pada Isnin. Beliau berkata demikian mengulas gesaan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam supaya Barisan Nasional (BN) dan semua parti komponennya kini perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa dolak-dalik lagi. Chua berkata beliau bersetuju dengan saranan Hishammuddin itu bahawa BN seharusnya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum. Katanya langkah meningkatkan usaha dari segi publisiti melalui media baru itu merupakan sebahagian daripada usaha MCA menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Sejak saya mengambil alih kepimpinan MCA dan barisan kepimpinan baru yang dipilih, kami telah meletakkan objektif utama dalam parti iaitu bagaimana kita hendak menyatupadukan ahli MCA, bagaimana kita hendak melakukan tranformasi parti dan bagaimana kita bergerak sebagai satu pasukan. "Selain itu ialah bagaimana kita bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. Chua berkata usaha ke arah itu telah dimulakan dengan pendaftaran pengundi dengan memastikan semua ahli MCA mendaftar sebagai pengundi. Dalam perkembangan lain, beliau berkata adalah tidak benar menyatakan bahawa kerajaan tidak memberi peruntukan kepada sekolah Cina dan hanya memberi peruntukan menjelang pilihan raya kecil. "Apa yang benar ialah peruntukan yang diberikan untuk menampung pembangunan sekolah aliran Cina mungkin tidak mencukupi dalam lima tahun akan datang. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah peruntukan yang telah diluluskan ialah sebanyak RM350 juta. "Kita akui jumlah peruntukan itu tidak dapat menampung tetapi tidak benar menyatakan kerajaan tidak memberi peruntukan.....beri tetapi tidak mencukupi," katanya. |
Kerajaan Laksana Langkah Penting Kurangkan Penipuan Dan Rasuah Posted: 05 Jul 2010 03:55 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko penipuan dan rasuah melalui langkah-langkah pencegahan, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Beliau berkata antara langkah berkenaan ialah penggunaan sistem tender terbuka bagi memastikan ketelusan dalam kontrak kerajaan, kemudahan orang ramai mendapat maklumat mengenai tender kerajaan menggunakan portal My Pemerolehan dan meluluskan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat itu adalah bagi melindungi mereka yang mendedahkan maklumat dan kesalahan serta mereka yang membantu dalam siasatan.
"Langkah lain termasuk pengenalan perjanjian integriti di mana pembida dihalang daripada menawarkan, meminta atau menerima rasuah bagi mempengaruhi keputusan pemerolehan serta menguatkuasakan hukuman yang lebih berat di samping mempercepatkan perbicaraan rasuah," katanya semasa merasmikan Persidangan Fraud Korporat 2010 di sini.
Persidangan berkenaan dianjurkan oleh Institut Juruaudit Dalaman Malaysia.
"Kita seharusnya memberi penekanan mengenai langkah pencegahan. Malah kerajaan telah memperkukuhkan sistem auditnya di pelbagai jabatan dan kementerian dengan lebih banyak pejawat yang berkelayakan," kata Ambrin.
Beliau berkata terdapat petunjuk kes penipuan dalam korporat Malaysia kini dalam trend meningkat.
Beliau berkata sebagai sebagai contoh skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang melibatkan berbilion ringgit yang dikatakan terlibat dalam penipuan sektor awam.
"Pengurusan projek yang lemah dan tadbir urus kurang memuaskan dari segi prosedur kerajaan yang sewajarnya, tiada tender terbuka, kos yang berlebihan, masalah aliran tunai, kekurangan perancangan induk dan kawal selia yang minimum, semuanya telah menjejaskan daya maju projek dengan teruk," katanya.
Sementara itu, Gabenor Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, Ranjit Singh berkata terdapat keperluan mewujudkan sistem bagi mengenal pasti penipuan dan memastikan isu dibangkitkan, sebelumnya ia berlaku.
"Dalam hal ini, peranan juruaudit dalaman berhubung pengurusan risiko penipuan menjadi penting," kata beliau pada taklimat media selepas perasmian persidangan itu.
Ranjit berkata terdapat keperluan bagi pengawal selia melihat penguatkuasaan dasar, hukuman dan denda, dalam membantu mengurangkan fraud.
Beliau berkata sokongan daripada lembaga pengarah bagi sistem kawalan dalaman yang kukuh adalah penting.
"Sistem kawalan dalaman seperti mempunyai sekurang-kurangnya dua penandatangan kepada cek syarikat bagi memastikan semakan dan imbangan, memainkan peranan penting," jelas Ranjit.
Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia, Hashim Mohammed berkata lembaga pengarah sewajarnya menunjukkan profesionalisme yang lebih luas dan komitmen dalam menangani fraud dan menggalakkan tadbir urus korporat yang lebih baik.
Ini akan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan modal yang menarik melalui keyakinan dalam pasaran modal. Kita tidak memerlukan pengarah yang hanya menghiasi bilik lembaga," katanya semasa taklimat media.
Beliau berkata Institut Juruaudit Dalaman Malaysia mengemukakan cadangan bagi peraturan bagi menjadikan pengarah memberi lebih banyak pemikiran dan komitmen kepada kenyataan mereka mengenai tadbir urus korporat dalam syarikat serta mengenai risiko dan struktur kawalan dalam laporan tahunan.
-- BERNAMA |
Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura? Posted: 05 Jul 2010 03:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar. Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu. "Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP). Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini. "Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang. "Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna. Membahaskan rang undang-undang yang sama, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit. Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura. Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran. Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula nasional di negara jiran itu. Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub menggesa kerajaan memperkenalkan mata pelajaran kepenggunaan di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan hak-hak pengguna kepada rakyat di awal usia. Beliau berkata, beberapa negara barat yang mengamalkan perkara tersebut telah bukti mampu menanam kefahaman kepenggunaan yang baik kepada generasi awal negara mereka. "Adakah Yang Berhormat bersedia sebagai menteri hari ini mencadangkan kepada kabinet agar mata pelajaran kepenggunaan ini diajar di peringkat sekolah rendah lagi sebagai satu mata pelajaran, bukan ditempel pada mata pelajaran sivik dan sebagainya?" soalnya kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob. Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata kesedaran peringkat awal sangat penting bagi memastikan rakyat negara ini tidak mudah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Menteri sebelum itu menjawab soalan berkaitan rang undang-undang perlindungan pengguna di Dewan Rakyat hari ini. Beliau kemudian memaklumkan bersedia memanjangkan perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan susulan. |
Isu pasir: Shuhaimi dipanggil beri keterangan semula..serangan bertali arus UMNO@APCO kepada PR...!!! Posted: 05 Jul 2010 03:45 AM PDT Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie dipanggil semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung siasatan perlombongan pasir secara haram di Selangor. Beliau mula disoasal siasat jam 2 petang tadi bertempat di ibu pejabat SPRM Putrajaya dengan ditemani peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa penyokongnya. Free Malaysia Today difahamkan bahawa soal siasat yang sudah memasuki hampir tiga jam masih belum selesai dan masih menunggu Shuhaimi keluar dari bilik siasatan. "Kami masih menunggu YB Shuhaimi keluar, beliau disoal siasat kira-kira jam 2 petang tadi dan masih belum ada sebarang berita mengenai beliau", kata Shamsul yang dihubungi Free Malaysia Today sebentar tadi. Pada 1 Julai lalu, Shuhaimi dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dipanggil memberi keterangan berhubung perkara yang sama. Namun Shuhaimi dipanggil semula bagi siasatan lanjut. Minggu lalu beliau berkata, akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM. Malah berulang kali beliau menegaskan bahawa tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyabitkannnya dalam hal tersebut. "Penyiasatan dijalankan secara profesional, saya tiada sebarang tekanan, dan yakin bahawa mereka hanya mengumpulkan maklumat kerana jelas SPRM cuba mencari maklumat lanjut berhubung skandal pasir itu," katanya. |
Time to vote in a new govt Posted: 05 Jul 2010 03:43 AM PDT I HAVE grown up and old enough to see through the deceit and lies by Umno/BN for the past decades under their suppressive, undemocratic, racist, corrupt and arrogant ruling system.It's indeed sad that many Malaysians still do not realize the importance of voting for a government that will really care for the rakyat and country and not for the leaders' personal gains. They are so easily swayed and gullible that they would just accept promises made by BN people. Most times, these promises were not kept. It's time for Malaysians from all walks of life to grow up just like me and vote in a new Federal Government.After having suffered a huge loss at the 12th general election, Umno/BN have still not changed even though they keep on talking about change. What kind of change are they talking about when they can still hold the rakyat at ransom.They talk about transparency and yet most government contracts, projects and policies are still classified under the Official Secret Act (OSA).They talk about fairness and equality to all Malaysians under the NEM but they retained the NEP muddled up within the NEM.They talk about Malaysian First in the 1Malaysia concept but maintained that the Malays and Ketuanan Melayu are still first before others.They talk about democracy and freedom of speech but there is no guarantee of freedom after speech.They talk about impartial application from the various institutions but what you see are biased actions towards the oppositions and those critical of the government.They talk about fighting corruptions but they can still bribe their way through by-elections. "You help me, I help you", you wanted the money, I wanted my candidate to win.The above are just a summary of what they talk about but have no intention to actually implement them. As usual there are more talks then walks.With this generalisation, I kick start the 13th General Election (GE) campaign with the theme:Malaysia needs a new Federal Government and I urge my fellow Malaysians to vote in Pakatan Rakyat which may not be 100% perfect but surely 100% better than Umno/BN.I am not a politician but just a Malaysian commoner who wants to see that we vote in a New, Clean and Fair Federal Government that is willing to serve the country and rakyat FIRST and with integrity and sincerityRichard Loh,Gelugor, Penang |
Umur bersara swasta dilanjutkan ke 60 tahun? Posted: 05 Jul 2010 03:41 AM PDT Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sekali lagi meminta kerajaan supaya menetapkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun untuk mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi. Tanpa undang-undang khusus, sektor swasta tidak akan memberi sambutan terhadap syor melanjutkan usia tersebut kerana sektor swasta lebih melihat kepada faktor keuntungan, kata Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran. Beliau berkata demikian di Petaling Jaya hari ini ketika mengulas laporan media mengenai kemungkinan kerajaan meningkatkan umur persaraan sektor awam dari 58 kepada 60 tahun. Katanya, sektor swasta tidak mengikuti langkah kerajaan dan pada masa ini umur persaraan bagi pekerja sektor swasta adalah 55 tahun bagi lelaki dan 45 tahun bagi perempuan. "Memandangkan pekerja sektor swasta tidak menikmati faedah pencen, jumlah wang simpanan KWSP yang tinggi sudah tentu dapat membantu mereka menghadapi hari tua," katanya. Industri juga akan dapat manfaat dari pekerja yang berpengalaman kerana mereka akan menyumbang untuk meningkatkan produktiviti, kata Rajasegaran. Menurutnya lagi, 100,000 pekerja dalam kedua-dua sektor, awam dan swasta bersara setiap tahun. Justeru, Rajasegaran berkata, satu lagi faedah apabila umur persaraan dilanjutkan adalah pihak industri boleh mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Pada masa ini, apabila pekerja tempatan bersara, pihak pengurusan akan mengambil pekerja asing dan dibayar gaji yang murah sebagai ganti, katanya. - Bernama |