Ahad, 4 Julai 2010

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Mai sat baca nie..tolong jangan jadi bangang !!!

Posted: 04 Jul 2010 04:49 AM PDT


Terjemahan Artikel Washington Post Mengenai Anwar Ibrahim


Berikut adalah terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia: 

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore.

Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia. 

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat. 

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu. 

Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya. 

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai.

Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik. 

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS. 

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend. 


Sumber terjemahan Detik Daily

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nikmatnya ibu tiri - bhg 5 : Hashim dan Saleha di KL

Posted: 03 Jul 2010 10:03 PM PDT

Saleha dan Hashim masuk kebilik. Terdapat sebuah katil bujang dan satu almari plastik. Disebabkan kedua-duanya keletihan dan tidak dapat tidur semalaman, mereka terlelap.

Di kampung berita cepat tersebar. Hashim anak Umar telah buat tak elok dengan ibu tirinya. Nak menutup malu mereka melarikan diri tengah malam ..... begitu lah yang sibuk diperkatakan oleh pendudk kampong. Di sana sini masing-masing menceritakan perkara yang sama.. Umar tidak keluar rumah kerana malu. Ibu dan bapa Saleha juga terkena tempiasnya.

"apa nak buat saya terima segala apa yang berlaku sebagai takdir ketentuan Nya" kata pak Majid setelah selesai solat Zohor di masjid apabila diajukan pertanyaan mengenai kehilangan anaknya dengan Hashim.

Hashim dan Saleha terjaga apabila Mus pulang menghantar makanan tengahari. Mereka keluar bilik. Diatas meja makan tersedia tiga bungkus nasi. - seterusnya di REALITI KEHIDUPAN

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Ejen Yahudi menguasai media utama di Asia Tenggara

Posted: 03 Jul 2010 03:52 PM PDT

Berita Harian akui,Egen yahudi kuasai media utama Asia Tenggara.

(Asia tenggara maknanya termasuk Malaysia,takkan media saja yang di kuasai.kerajaan dan menteri kabinet takkan mereka tak dikontrol,pikirlah sendiri)

Dari segi angka, bangsa Yahudi hanya 14 juta di seluruh dunia, dengan tujuh juta di Amerika Syarikat, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap seorang Yahudi, ada 100 Muslim (1:100). Namun Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada umat Islam.
Tentunya fungsi media tidak boleh ketepikan.

Dalam dunia media, tokoh Yahudi terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (Ketua Editor Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post) dan Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif The New York Times) menguasai pandangan dunia dan mencorakkan pemikiran sejagat. Suara Yahudi sentiasa berada pada segenap pelosok dengan pelbagai drama dan intrignya.

Dalam bidang seni pula, pelakon Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk berbangsa Yahudi. Hollywood sendiri diwujudkan Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling, (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple) dan Andrew Vaina (Rambo) — semuanya Yahudi. Merekalah yang turut mencorakkan pemikiran dan keseronokan di ruang tamu rumah kita. Di negara jiran pula, ejen Yahudi menguasai media menerusi proksi di kalangan rakyat tempatan. Karya sastera dan laporan berita disiarkan menurut acuan pihak tertentu.
Konsep seni kabur dan antisosial mendapat tempat secara terbuka.

Di Jakarta polemik teater Utan Kayu dan Komuniti Utan Kayu banyak diperdebatkan. Isu karya untuk masyarakat atau seni untuk seni menjadi polemik. Ada yang menggunakan sastera untuk mempertikaikan Islam, tak kurang juga cerpen dan novel yang berkiblatkan isu kabur mendapat tempat di media ternama, berbeza penulis Islam yang terpaksa membuat komuniti tersendiri, misalnya menerusi Forum Lingkar Pena atau Komuniti Pendekar Sendang Drajat.

Ejen Yahudi menguasai media utama di Asia Tenggara. Justeru, tidak menghairan apabila berita Malaysia mencuri khazanah seni Indonesia diperbesarkan, berbanding kejayaan Kuala Lumpur mengirim angkasawan pertama ke angkasa lepas. — Berita Harian

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO SELANGOR MUNGKIN BATALKAN ROAD SHOW DAN MAHU DEBAT DIADAKAN?

Posted: 04 Jul 2010 01:31 PM PDT

AKU tertarik dengan idea Umno Selangor untuk mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor bagi mendedahkan kepincangan kerajaan Negeri Selangor di bawah PR. Aku amat berharap agar Umno Selangor tidak melupakan Senatak raja sesumpah Ezam kerana beliau adalah anak Selangor lebih-lebih lagi sesumpah itu adalah `belaan' Najib. Cuma aku ingin memberi idea dan buah fikiran untuk membantu Umno Selangor bagaimana untuk merampas Selangor dari PR.

Aku tidak kisah sesiapa pun bengang kat aku pasal mahu tolong Umno Selangor kali ini. Bukan apa, kadang-kadang kesihan juga kat Umno Selangor sekarang ni walaupun yang memimpin Umno Selangor bukan calang-calang orang. PM kita yang pimpin Umno Selangor, jangan korang tak tau. Jadi, jika Umno Selangor gagal menentukan PR hanya sepenggal sahaja memerintah Selangor, siapa yang malu? Najib juga yang malu. Raja sesumpah? Oh, tidak, beliau tidak kisah kerana habuan dah dapat pun. Lagi pun kesihan juga tengok sudah bermacam-macam cara Umno Selangor sudah buat untuk meruntuhkan Kerajaan PR di Selangor, namun MB yang `cool' tetap `cool' membuatkan pemimpin Umno Selangor pula menjadi `hot'.

Aku kurang setuju Umno Selangor mahu mengadakan `road show' di seluruh Negeri Selangor. Bagi aku usaha ini tidak akan memberi kesan yang memuaskan kerana kita boleh jangka berapa orang yang akan hadir pada setiap program yang bakal mereka adakan nanti walaupun diberi bas atau makanan percuma. Aku ingin mencadangkan kepada Umno Selangor agar menganjurkan siri debat terbuka di antara Bn/Umno dengan PR Selangor. Debat ini hendaklah diadakan di setiap Parlimen atau Dun di Selangor. Saya yakin dan berani beri jaminan bahawa kehadiran orang ramai pasti beratus kali ganda jika dibandingkan dengan `road show' yang Umno rancangkan itu.

Pada siri debat itu nanti, Umno berpeluang luas untuk menghentam Kerajaan PR dan ketika itu Umno boleh ceritakan apa jua salah laku Kerajaan PR Selangor. Terpulanglah mahu dedahkan kisah lembu korban ke, rasuah pasir ke, lesen rumah urut atau arak ke dan sebagainya. Tentu terkial-kial PR Selangor mahu jawab, betul tak? Di masa itu juga Khir Toyo mungkin boleh ceritakan betapa banyak jasanya kepada rakyat di Selangor sewaktu beliau menjadi MB Selangor. Beliau juga boleh bercerita pengalamannya menjalankan `tugas resmi' ke Disney Land tempat Mickey Mouse itu bersama isterinya. Mungkin ramai mahu tahu benarkah cerita beliau mendapat hadiah jam tangan ratusan ribu ringgit itu. Kita juga ingin menimba ilmu dan belajar dari Khir Toyo cara-cara membangunkan PBT di Selangor hanya dengan `anugerah penyapu' sahaja. Tentu hebatkan?

Mungkin semasa debat nanti, rakyat Selangor baru tahu betapa zalimnya Kerajaan PR Selangor kerana lebih banyak meruntuhkan rumah setinggan jika dibandingkan dengan sewaktu Khir Toyo menjadi MB Selangor. Mungkin Kerajaan PR Selangor akan dimalukan semasa debat nanti apabila fakta menunjukkan siapa jaguh di dalam merantai pintu masjid dan melarang Ulamak berceramah di Selangor. Aku rasa Kerajaan PR Selangor susah mahu menjawab hujah Umno nanti apabila Umno membawa beberapa orang rakyat Selangor yang tidak makan dan berlapar sewaktu Kerajaan PR memerintah Selangor. Khir Toyo dan Umno Selangor pasti akan berbangga bila menunjukkan bukti bahawa kerajaan semasa beliau memerintah telah berjaya mengkayakan Syabas iaitu Syarikat Air di Selangor, sedangkan Kerajaan PR terlalu bodoh dengan memberikan air percuma kepada rakyat Selangor.

Sebenarnya banyak isu yang boleh Umno kemukakan jika debat terbuka ini diadakan. Tentu rakyat Selangor akan terfikir, memang benar Umno lah satu-satunya parti yang boleh diharapkan membela nasib mereka di Selangor. Bukankah ini yang dimahukan oleh Umno? Jika ini yang Umno mahukan, mengapa tidak syorkan kepada Kerajaan PR Selangor untuk berdebat secara terbuka dan batalkan sahaja `road show' yang mungkin akan ditertawakan orang nanti.

Masalahnya adakah Umno Selangor berani berbuat demikian? Jika Najib selaku pemimpin Umno Selangor tidak berani, adakah Khir Toyo berani? Adakah Noh Omar juga berani? Jika Senatak Ezam raja sesumpah yang dulunya hebat mencabar puak-puak Umno berdebat sewaktu di dalam KeADILan, kini sudah berada di dalam kantung Umno adakah kejantanan beliau sudah hilang? Aku berharap pemimpin Umno Selangor tidak sedayus dan sebacul itu kerana bak kata Senatak Ezam raja sesumpah yang bacul dan dayus itu hanyalah DS Anwar dan penyokongnya saja. Jadi, tunggu apa lagi? /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA YANG BACUL DAN DAYUS ? ANWAR, NAJIB ATAU EZAM SESUMPAH?

Posted: 04 Jul 2010 07:54 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK seorang dayus dan bacul menggelar orang lain dayus dan bacul. Inilah yang dapat kita lihat apabila raja sesumpah Senatak Ezam menggelar DS Anwar dan penyokongnya sebagai dayus dan bacul. Sebelum ini Najib menggelar DS Anwar sebagai sesumpah, iaitu satu gelaran yang diberikan mutlak untuk raja sesumpah Senatak Ezam dan sekutunya. Najib cuma ingin pinjam gelaran itu agar `keramat'nya gelaran itu dapat kepada DS Anwar.

Raja sesumpah yang baru dilantik sebagai `Senatak' (senator katak) di dalam akhbar Sinar Harian hari ini menyalak lagi dan seperti biasa DS Anwar adalah sasarannya. Berkitabkan Penulis kafir (mungkin Yahudi sekutu Israel) di dalam Washington Post, raja sesumpah Ezam seperti mendapat peluru terbuang untuk menyerang DS Anwar. Saya tidak mahu ulas isu yang dikatakan DS Anwar telah memohon maaf kepada rejim Zionis itu kerana anda boleh baca ulasan saya di sini.

Cuma, saya merasa agak ganjil sedikit bila mana raja sesumpah menyebut bahawa DS Anwar adalah seorang dayus dan bacul. Begitu juga beliau menggelarkan para pemimpin dan penyokong kepada DS Anwar. Baru-baru ini Mursyidul Am PAS juga menyokong DS Anwar di dalam isu yang dikaitkan dengan rejim Zionis tersebut. Dan, ini bermakna raja sesumpah menggelar Tuan Guru Nik Aziz juga adalah dayus dan bacul. Mungkin padanya beliau seorang sahaja pejuang suci yang maha hebat dan berani, sehinggakan dilantik menjadi Senatak melalui pintu belakang. Itulah keberanian seorang raja sesumpah.

Malang sekali, beribu-ribu tuduhan yang telah beliau katakan terhadap DS Anwar, malahan isterinya DS Wan Azizah, namun satu fakta atau bukti pun yang mampu raja sesumpah tampilkan. Hanya bermodalkan air liur dan berkitabkan media pencacai dalam dan luar negara, raja sesumpah menunjukkan kehebatannya. Jika ditanya mana bukti, raja sesumpah pasti akan mencabar DS Anwar untuk bersumpah menafikannya. Bukan beliau yang perlu membuktikannya tetapi DS Anwar pula yang diharapkan untuk bersumpah. Apakah raja sesumpah fikir DS Anwar serendah dan sehina beliau? Apakah dengan sumpah maka negara ini bebas dari rasuah dan cengkaman Apco?

Dayus dan bacul itu adalah milik raja sesumpah sebaik sahaja beliau meninggalkan perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan. Beliau menjadi dayus dan bacul apabila tidak berani bersuara tentang isu rasuah, kezaliman, ketidak adilan, penyelewengan dan berbagai lagi yang melanda kepimpinan Najib. Adakah dengan bersumpah sahaja Najib boleh selesaikan semua ini? Raja sesumpah sewaktu mula-mula menyerahkan borang Umno kepada Pak Lah dahulu pernah memberitahu bahawa beliau akan fokus kepada isu rasuah aoabila berada di dalam Umno. Tapi, akhirnya apa yang difokuskan oleh beliau? Beliau memfokuskan DS Anwar kerana beliau tahu bahawa kekuatan PR sekarang terletak pada DS Anwar. Mungkin itu lah peranan yang diberikan oleh Najib setelah diberi makan melalui pintu dapor.

Jelas kepada kita, siapa yang dayus dan siapa yang bacul? DS Anwar berulang kali mencabar Najib untuk berdebat di dalam apa jua isu hatta tentang Apco. Namun, pemimpin yang diagungkan oleh raja sesumpah itu terlalu kecil jiwanya umpama tikus walaupun berasal dari negeri Tok Gajah. Siapa yang dayus dan bacul? DS Anwar atau Najib? Siapa pula yang menyokong Najib? Maka, penyokong kuatnya itu 2 x 5 dayus dan baculnya./wfauzdin.blogspot.com

MASHITAH JUAL AGAMA DEMI `MELAYU'NYA?

Posted: 03 Jul 2010 10:45 PM PDT

TIDAK dapat hendak dibayangkan ke mana perginya ilmu agama yang ada pada Mashitah Ibrahim. Begitu menebal sekali sikap `Assobiyah' nya terhadap Melayu dan juga parti yang didokongnya iaitu Umno. Saya mahu mengulas sedikit apa yang ditulis oleh rakan saya berkaitan sikap Mashitah itu di sini.

Mashitah berkata, hanya Umno sahaja yang boleh menyelamatkan Melayu. Bermaksud, mampusnya Umno (InsyaAllah, akan mampus) nanti, maka hilanglah Melayu di muka bumi ini. Begitulah jadinya bila seseorang yang ada sedikit ilmu agama, tetapi apabila berada di dalam Umno, mereka tidak mampu menggunakan ilmunya untuk `membaiki' Umno dari dalam, bahkan mereka sendiri pun menjadi jahil dengan ilmunya. Itulah yang dikatakan tiada keberkatan.

Umno wujud sudah lebih 5o tahun di negara ini, butakah mata kita untuk melihat apa sudah jadi dengan Melayu? Apa sudah jadi dengan ugama Islam yang sinonimnya dikaitkan dengan bangsa Melayu itu? Melayu bertambah kaya atau miskin? Melayu bertambah baik akhlaknya atau bertambah buruk? Siapakah yang paling ramai menjadi penagih dadah, Mat Rempit, Bohsia dan yang membuang anak luar nikah merata-rata? Jika ingin disebut, begitu banyak lagi perbuatan buruk yang dijuarai oleh Melayu. Bukankah selama lebih 50 tahun Umno sudah memimpin negara ini? Sepatutnya Melayu bertambah kuat, maju dan berdaya saing.

Melayu ramai di Brunei dan bukan Umno yang memerintah Brunei. Melaratlah Melayu di sana? Bahkan, negara tersebut kaya raya. Jika Mashitah berkata, jika tolak Islam maka Melayu akan pupus di negara ini kita boleh terima kerana majoriti di negara ini Melayu beragama Islam. Tetapi Mashitah tidak berkata demikian kerana beliau pun tahu Umno bukan parti yang berjuang untuk Islam. Umno adalah parti sekular yang mengasingkan ugama dan pemerintahan.

Mashitah ini seperti yang diulas oleh rakan saya di dalam tulisannya, pernah memberi `fatwa' bahawa perempuan yang miskin dan susah dibenarkan menjadi pelacur kerana `dharurat'. Orang seperti ini mahu diharapkan untuk menjaga orang-orang Melayu apatah lagi Islam? Inilah nasib yang diterima oleh orang yang berpendidikan agama apabila terpedaya dengan keduniaan. /mandor.blogspot.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Semua nak jadi pembangkang?? Khir Toyo berganding bahu dengan Noh Omar nak buat Roadshow...

Posted: 04 Jul 2010 06:52 AM PDT

Parti aku walaupun dah jadi sebahagian dari pemerintah di negeri Selangor...masih dengan modus operandi lama...

Bukan tak boleh nak tiru cara Umno....tapi itulah perbezaan antara PR dengan BN.

Setakat ni tak delah kisah2 ala2 Balkis, PKFZ, Maminco, Taib Mahmud, Perwaja, Khir Toyo, Mirzan, Vincent Tan dan sebagainya berlaku.

Yang seronoknya bila Muhyiddin Yassin kata Umno macam kereta buruk... lembap dan perlu mengambil approach seperti pembankang. Nampak macam panik semacam....

Kesian...apalah TSM Charity Golf boleh buat untuk orang susah??? Cuba baca event dia...dok ke sana sini main golf...masa mana nak tolong orang melayu? He he...

Ditambah dengan kenyataan Najib, Muhyiddin dan Hishamuddin hari ni. Macam pRU13 dah around the corner aje.... !!

Najib: Four factors affecting public view of Umno

Muhyiddin: Anwar sebabkan perpecahan orang Melayu

Hishammuddin: BN must face general election, no delay

Amaran Najib tsunami politik kedua jika Umno abai empat faktor

Buktikan BN, Umno telah atasi kelemahan dan kesilapan'

Pilihan raya pada September?

dan yang paling kelakar...

'Umno Selangor nak buat roadshow mahu dedah sandiwara Pakatan


Kurap serata badan....

Posted: 04 Jul 2010 03:38 AM PDT

Dalam UMNO ada juga sekerat dua yang boleh pakai...maksud aku fikiran dan analisanya tepat...

Tapi tu lah...bak kata Che Det....Umno busuk sampai ke usus...

Tapi...(tapi lagi)...dah busukpun masih dok tunggu dalam tu jugak....

Nak tukar macam manapun aku tak tau...Macam menunggu kucing bertanduk....

Tanduk tak tumbuh...kurap serata badan...he he...!!

"Apa? Anda tidak percaya Rosmah?" Najib....

Posted: 04 Jul 2010 03:20 AM PDT

Begitulah lebih kurang maksud Najib bila dia cuba convince rakyat Malaysia agar jangan percaya kepada berbagai kenyataan RPK...

Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai....

Blog ini memberi peluang kepada pembaca semua untuk memilih, siapakah antara orang yang terdekat dengan Najib dan RPK yang lebih dipercayaai kenyataannya???

Jangan lepaskan peluang untuk mengundi....

Najib: Don't trust Raja Petra
July 04, 2010

PEKAN, July 4 — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said he leaves it to the authorities to take action against blogger Raja Petra Kamaruddin.

The prime minister (picture) said the people should not believe the claims made by the blogger who has fled the country to London.

"If Raja Petra is funded by the opposition, it means that his statements are politically-motivated. We should weigh them carefully and not merely accepting them," he told reporters after opening the Pekan Umno meeting here today.

He was asked to comment on the statement by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yesterday that the government had proofs that Raja Petra was funded by Parti Keadilan Rakyat (PKR).

On the appointment of Suraya Ramli and Rafidah Abdul Razak as syariah judges, the prime minister said it showed that women in the country enjoyed equalities.

Their appointments as the Kuala Lumpur and Putrajaya syariah judges respectively were made following the consent by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. — Bernama

He was asked to comment on the statement by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yesterday that the government had proofs that Raja Petra was funded by Parti Keadilan Rakyat (PKR).

On the appointment of Suraya Ramli and Rafidah Abdul Razak as syariah judges, the prime minister said it showed that women in the country enjoyed equalities.

Their appointments as the Kuala Lumpur and Putrajaya syariah judges respectively were made following the consent by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. — Bernama

Teruskanlah politik balas dendam....kami tak kisah!!

Posted: 03 Jul 2010 09:44 PM PDT

Buatlah apa yang patut...kuasa adalah di tangan rakyat.

Nampaknya BN masih tidak mahu belajar dari pengalaman kalah di PP, Selangor, KL, Kedah, Kelantan dan (Perak)....

Apabila kalah dalam PRU, segala yang dibina semasa zaman BN perintah, automatically akan diuruskan oleh 'government of the day"...

Itulah yang orang selalu kata...bodoh tak boleh diajar...

Razali: Tiada kerjasama Pakatan, dana bina gelanggang futsal dibatal
July 04, 2010

PASIR PUTEH, 4 Julai — Kementerian Belia dan Sukan tidak akan teragak-agak untuk menarik balik peruntukan bagi pembinaan gelanggang futsal di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat jika tidak mendapat kerjasama berhubung tapak pembinaannya.

Timbalan Menterinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, sebaliknya peruntukan itu akan diagih-agihkan kepada negeri-negeri yang memberi kesanggupan untuk meluluskan tapak terutama kerajaan negeri yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Sejak projek itu diperkenalkan tahun lepas pihak kementerian sukar untuk mendapatkan tapak, termasuk di Kelantan dan Pulau Pinang, tanpa sebarang alasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata hanya 60 daripada 90 gelanggang yang diluluskan sehingga ini di Kelantan, dapat dilaksanakan.

"Itupun ia terpaksa dibina di sekolah-sekolah dan kawapersan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang tapaknya dimilki oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata begitu juga dengan cadangan untuk membina 80 gelanggang di Pulau Pinang tetapi hanya 11 dapat dilaksanakan disebabkan masalah yang sama.

Katanya kementerian itu bercadang membina 1,178 buah gelanggang di seluruh negara yang membabitkan peruntukan RM150,000 sebuah bagi faedah belia menggunakannya untuk aktiviti sukan futsal, badminton dan sepak takraw.

Beliau berkata gelanggang itu penting bagi mengurangkan gejala sosial di kalangan belia seperti kegiatan "mat rempit tanpa mempunyai agenda politik.

"Kita menerima maklum balas, sejak pembinaan itu diperkenalkan, ia telah berjaya mengurangkan kegiatan yang tidak bermoral kerana mereka dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan yang lebih berfaedah di gelanggang berkenaan," katanya. — Bernama

YB Khalid Samad Dimasukkan Ke Universiti Hospital....

Posted: 03 Jul 2010 09:34 PM PDT

Serangan jantung menurut twitter YB MahfuzOmar.... Marilah kita doakan keselamatan dan kesihatan beliau yang sentiasa lantang di parlimen ini....Amin.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BN TALAM 2 MUKA

Posted: 04 Jul 2010 07:20 AM PDT

Ahli UMNO jangan jadi `makhluk dua alam'

Posted: 04 Jul 2010 04:26 AM PDT



TERKINI


04/07/2010 4:49pm

TEMERLOH 4 Julai - Ahli-ahli UMNO diingatkan tidak menjadi `makhluk dua

alam' kerana sikap sedemikian boleh menjadi senjata kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, perbuatan menikam daripada belakang adalah antara faktor yang melemahkan UMNO selain menjadi senjata kepada pembangkang sebagai bahan kempen dalam pilihan raya. - Utusan



ADA MAKLUK RUPANYA JADI DUA ALAM.MENTERI TAK CAYA AHLI..

ADAKAH INI TUDUHAN MELULU JUGA???

Posted: 04 Jul 2010 03:46 AM PDT

TAK BOLEH MASUK.......

Posted: 03 Jul 2010 08:29 PM PDT







3 Jul 2010 | 0:06:48 min

Tempers flared at the gates of the construction site of the new royal palace in Kuala Lumpur this evening as a group of MPs and activists were barred entry this evening.

The group of 10, led by Batu parliamentarian Tian Chua (left, in photo) and Segambut MP Lim Lip Eng had intended to enter the construction site to meet with the workers who had complained of bad working conditions.

Full story here: http://www.malaysiakini.com/news/136282

SERANGAN BERTALI ARUS TERHADAP ANWAR PETANDA PILIHANRAYA????

Posted: 03 Jul 2010 06:09 PM PDT

JERANTUT 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat tidak terpedaya dengan politik 'sesumpah' yang diamalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih mementingkan politik peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri.... Berita Penu


Serangan bertali arus terhadap tikoh Pakatan di lihat sebagai petanda pilihanraya semakin dekat?atau jangan bermain mengikut kerajaan Najib dan RosMaH keranaini akan mejadikan kita hilang tumpuan.Jika kerajaan Najib dan RosMaH berterusan menyerang tanpa ada isi..serangan kita penuh berisi dengan bukti dan isu.

Kini Zahid Hamidi pula memainkan isu kampung Melayu Pulau Pinang??isu siapakah ini.Jika di ceritakan di Terengganu,mana mungkin rakyat Terengganu memahaminya.Ini adalah kerana terengganu adalah antara negeri ke 2 mempunyai pendapatan termiskin di Malaysia.

Tanah di kampung Melayu di ambnil akibat perjanjian yang dilakukan Umno suatu ketika dahulu.Tidak mungkin kerajaan Pakatan melakukannya.

KEMAMAN 3 Julai – Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu perlu mengambil iktibar terhadap nasib yang menimpa penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang apabila terpaksa akur dengan tindakan kerajaan negeri itu mengambil alih kampung mereka.

Jika inilah isu yang dimainkan sejak puluhan tahun dahulu, rasanya kesilapan umno sama sahaja .isu melayu terpinggir di pulau pinang adalah isu perkauman yang seringkali di mainkan apabila menjelang pilihanraya,atau apabila adanya perhimpunan agong umno,apabila pemimpin nak menakut-nakutkan orang kampung,isu melayu pulau pinang lah untuk menipu orang melayu, kononnya jika kaum cina memerintah orang melayu akan hilang tanah dan tempat tinggal.Memanglah jika di baca dari segi pemilikan saham dan perniagaan, maka kita akan mendapati bahawa peratusannya rendah.


Namun jika di kaji secara keseluruhan pemilikan saham melayu di negara ini j juga ianya tidak menunjukkan melayu begitu kaya di malaysia ini.Maka kerana itu, pendapatan perkapita rakyat di pulau pinang mungkin lebih tinggi di negeri-negeri lain.pemilikan rumah dan juga dengan harga nilaian rumah mungkin sama dengan nilaian 10 ekar tanah di pahang atau terengganu?

PADANG RENGAS 3 Julai – Kerajaan mempunyai bukti mengatakan Raja Petra Kamaruddin dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. ... Berita Penuh

Jadi , isu ini adalah kerana ianya di mainkan berulangkali sehinggakan tertanam di sanubari rakyat malaysia bahawa melayu pulau pinang adalah melayu yang begitu daif dan rendah....semua ini angkara siapa?adakah terengganu yang punya minyak rakyatnya kaya seperti rakyat di negara Brunai????

tolong jawab zahid hamidi.Ini dibalas oleh Dr Asri dalam isu untuk menyertai umno...baca dalam akhbar KABAR ERA PAKATAN DALAM KELUARAN AKAN DATANG.JANGAN TIPU ORANG KAMPUNG.......

GoMalaysian

GoMalaysian


FIFA 2010 : Katakan Tidak Kepada Perkauman!

Posted: 03 Jul 2010 07:19 PM PDT



Gambar ini muncul ketika Perlawanan Antara Jerman dan Argentina!

Mesej ini amat jelas ditujukan kepada Segelintir Pemimpin Malaysia yang suka bermaun dengan isu Perkauman untuk mendapatkan sokongan murahan!

Bila Rakyat Malaysia mahu bersatu padu dan menghadapi cabaran global? ataupun masih sama seperti sekarang? bersaing antara sendiri?

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

Photo adopted from www.fifa.com

D'Perbatasan

D'Perbatasan


UMNO macam beruk kena BUDU

Posted: 03 Jul 2010 10:14 PM PDT

Pepatah lama mengatakan macam beruk kena belacan tetapi tidak sesuai untuk menggambarkan perlakuan pemimpin pemimpin dan orang orang sejenis mereka.Ini adalah kerana apabila kera kena belacan, ia akan melompat terkinja kinja kepanasan sambil menanggung kesakitan sedangkan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO seperti Muhyidin, Zahid, Hisyamudin dan orang orang sejenis mereka seperti Zul Nordin tidak menggambarkan kesakitan.Aku ada terfikir bahawa sekiranya kera kena budu, tindakbalasnya berbeza dengan belacan kerana budu itu mengasyikkan dan sedap, jadi kera yang kena budu akan menari nari sambil terus menjilat tanganya untuk menghayati kesedapan budu dan apabila aroma budu hilang dari tangannya, pasti kera itu akan mengamuk mencari budu sehingga sanggup memecahkan botol budu.

Suasananya berbeza dengan kera yang terkena belacan dan suasana ini lebih sesuai untuk dibuat perbandingan dengan pemimpin UMNO dan orang orang sejenis mereka.Pantang dapat budu,menarilah mereka terkinja kinja kegembiraan.

Sudah banyak kali budu dihulurkan kepada kera kera ini dan sudah banyak kali juga mereka menari tak sedarkan diri.Kali ini dua kali budu dilemparkan kepada mereka dan dua kali juga lah mereka menari kegembiraan.

Kali pertama ketika isu MB Selangor yang dikatakan akan dijatuhkan oleh komplot ahli 15 orang ahli parlimen PRK yang tidak suka dengan MB.Budu ini sungguh enak sehingga menarilah pemimpin UMNO dan orang orang yang sejenis mereka dengan rancak sekali sehingga ramai juga tertanya tanya betul ker MB akan disingkirkan?Tetapi apabila aroma budu sudah hilang dan budu dijauhkan dari mereka mulalah mereka meraban macam orang ketagih dadah dan melopong kebingungan apabila YB AZMIN di lantik mengetuai PKR Selangor sementara MB kekal tanpa sebarang perubahan.

Budu ditaburkan lagi kepada mereka dengan artikal yang ditulis di Washington Post sempena lawatan DSAI ke Washington.Maka menari lagilah mereka sambil menyanyikan lagu DSAI sebagai pengkianat negara, bersahabat dengan yahudi, lidah bercabang dan politik dua alam.DSAI dilanyak dengan artikal ini tetapi ketika akhbar Perancis menyiarkan artikal mengenai pembabitan Najib dalam pembunuhan Altantuya,mereka diam membisu sambil menyifatkan lapuran itu palsu sedangkan lapuran Washington Post ditelan bulat bulat sebagai benar dengan membuat sedikit modifikasi kepada maksud asal artikal.Budu dari Washington Post lebih enak dari budu budu yang lain agaknya, kerana ianya melibatkan DSAI yang selama ini mahu dilenyapkan dari peta politik tanah air.

Kera kera ini pantang melihat budu walaupun mereka takut dengan belacan.Dengan UMNO, sudah banyak peri bahasa terpaksa di ubah atau direka semula termasuk oleh sasterawan negara yang mencipta satu peribahasa baru, dua lidah dan satu telinga.


-Dari TKO

BN tertipu, percaya laporan Yahudi

Posted: 03 Jul 2010 09:48 PM PDT

Barisan Nasional (BN) harus menyiasat pemilik :The Washington Post :terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan bagi menjatuhkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu jelas menjerat BN sendiri kerana mempercayai laporan yang dibuat oleh penulis Yahudi.

"Tindakan itu sekali gus melihatkan BN berjaya di tipu oleh Yahudi sendiri, hanya untuk mencari jalan bagi memburuk dan menjatuhkan reputasi Anwar," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum ini Anwar telah menyatakan dengan jelas bahawa apa yang diperkatakan telah disalah tafsir.

Anwar menyifatkan ia sebagai tradisi untuk memburunya biarpun telah menjelaskan bahawa beliau menentang keganasan zionis yang bermaksud keganasan dan penguasaan Yahudi.

The Washington Post :bertarikh 28 Jun lalu melaporkan Anwar telah meluahkan rasa kesal dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi dan beliau akan 'lebih berhati-hati' pada masa hadapan.

Dalam artikel Jackson Diehl bertajuk :Flirting with zealotory in Malaysia:, telah menyebut bahawa Anwar menghabiskan banyak masa memberi penjelasan kepada teman lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Negara, Horward Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Serang Anwar Tapi Enggan Putus Hubungan Apco

Posted: 03 Jul 2010 09:34 PM PDT

Media arus perdana terus memainkan kunjungan Dato Seri Anwar Ibrahim ke Washington DC, dengan pemimpin BN berganding-bahu dengan media pro-Zionis untuk mengecam dan mencemar imej pemimpin Pakatan Rakyat itu.

Utusan Malaysia dan media pro-BN memetik laporan dan rencana asing untuk memaparkan Anwar tunduk kepada Washington DC selepas beliau dikritik hebat kerana kenyataan yang disifatkan anti-semitik oleh pertubuhan-pertubuhan pro-Israel.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar (Gambarkanan) bagaimanapun berkata Anwar di Washington DC tempoh hari tidak sama-sekali memohon maaf kepada rejim Tel Aviv mahupun dan enggan menarik-balik kecamannya terhadap Rumah Putih dan mana-mana syarikat berkaitan Zionis.

Shamsul berkata demikian mengulas serangan media mutakhir ini yang mendakwa Anwar berlutut kepada komuniti Yahudi, yang berang dengan serangan Anwar terhadap persekongkolan Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan firma rundingan berkaitan Zionis, APCO Worldwide.

Najib sebelum ini dikecam hebat kerana melantik firma kontroversi itu untuk membantu kerajaan Umno. Najib juga dikritik kerana bersekutu dengan Presiden Barack Obama dalam menekan republik Islam Iran.

Disebalik serangan terbaru terhadap Ketua Pembangkang ini, Shamsul berkata Najib, dan jemaah menteri Umno masih enggan memutuskan hubungan mereka dengan firma berkaitan Zionis, Apco Worldwide.

"Apa yang kita lihat Utusan ,seolah-olah Utusan memainkan berita bahawa Anwar ini pula agen Yahudi, dan kemudian kita dedahkan kerajaan barisan nasional dibawah Dato' Najib melantik firma yang didokongi oleh orang-orang yang terlibat dalam tentera perisikan ini dan kita dedahkan dalam Parlimen dan kita dedahkan bukti bahawa barisan nasional sebenarnya kerajaan yang betul-betul menggunakan khidmat Israel dan zionism ini dengan bayaran RM77 juta, jadi ada bezanya antara BN yang menggunakan khidmat terus dengan Dato' Seri Anwar yang menerangkan apa yang berlaku di Malaysia ini," katanya.

Pemerhati politik menyifatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kini berlumba-lumba untuk membina imej di luar negara, terutamanya untuk bergambar bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Najib juga membuat kejutan dengan mengambil pendirian untuk bersekutu dengan Washington DC dalam menekan republik Islam Iran.

Shamsul menjelaskan kewibawaan dan ketrampilan Anwar di persada antarabangsa tidak dapat disangkal mana-mana pihak, bahkan Ketua Pembangkang itu tidak perlu menikam belakang mana-mana negara Islam atau melantik mana-mana firma berkaitan Zionis untuk menjalin kerjasama dengan dunia luar.

"Itu adalah satu jemputan Woodrow, satu pertubuhan yang meminta ,beliau untuk memberi ucaptama mengenai Islam and democracy in southeast asia,itu adalah satu isu yang terus menerus diperjuangkan oleh Dato' Seri Anwar,tokoh reformasi di rantau asia ini,mengungkapkan makna Islam dan demokrasi,dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan tokoh-tokoh penting di dalam negara Amerika,tidak timbul dia datang ke sana untuk memujuk,dan menagih simpati daripada mereka yang Yahudi dan jew dan sebagainya di Amerika," katanya.

Shamsul berkata Anwar mengambil peluang dari jemputan Woodrow itu untuk menjelaskan bahawa penentangan masyarakat Islam Malaysia adalah terhadap ideologi Zionis, dan rejim Israel yang menjajah bumi Palestin.

Bantahan kepada pencerobohan perisik Israel ke Bukit Aman serta perlantikan firma perunding berkaitan Zionis adalah manifestasi kemarahan rakyat Malaysia yang menolak ideologi gasar itu.

"Saya yakin,penegasan yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar itu jelas Dato' Seri Anwar menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Zionism dalam konteks masyarakat Islam di rantau asia khususnya di Malaysia bahawa Zionism itu satu perkara yang bersifat ganas, satu fahaman yang membawa kepada penjajahan,dan penjarahan,satu fahaman yang membawa kepada agression,kepada keganasan dan ini yang diterangkan oleh Dato' Seri Anwar," katanya.

UMNO menentukan masa depan Melayu!

Posted: 03 Jul 2010 09:19 PM PDT

Ustazah UMNO No.1, Mashitah menegaskan bahawa masa depan orang Melayu pastilah gelap malah orang Melayu pasti jatuh sekiranya UMNO berkubur. Kenyataan yang berbaur syirik ini kelihatannya menidakkan qada' dan qadar Allah dan menggantikannya dengan 'keagungan' UMNO. Tindakan PAS yang 'diperkuda' DAP apabila cuba berdakwah secara berhikmah turut disindar, berbeza dengan UMNO yang menjadi hero sehinggakan terbakar di sana sini. Artikel disertakan.

LANGKAWI: Ahli Pergerakan Wanita UMNO perlu memiliki semangat tinggi dan ikhlas dalam perjuangan bagi memastikan nasib orang Melayu terus terjamin, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, sejarah perjuangan getir parti sejak 1946 apabila ia diwujudkan perlu diketahui serta dihayati kerana jika UMNO lemah dan terkubur, pasti orang Melayu akan jatuh serta masa depannya akan gelap di tanah air sendiri.



"Jatuh UMNO maka jatuhlah bangsa Melayu. Jika mahukan Melayu cemerlang, semestinya kita bersatu dan pertahankan UMNO," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Langkawi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad; Ketua Wanita UMNO Langkawi, Mariyam Othman dan Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nanyan serta lebih 500 perwakilan wanita cawangan UMNO seluruh Langkawi.


Dr Mashitah yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, tonggak kekuatan politik orang Melayu ialah parti UMNO.

Katanya, apa yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu adalah sesuatu yang terlalu pahit untuk dilalui bukan saja oleh ahli UMNO, malah orang Melayu keseluruhannya.

"Apa yang kita lihat, penolakan sebahagian orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan entiti Melayu dan agama Islam ini, diambil peluang oleh pihak-pihak tertentu untuk menyerang UMNO.

"Malah, apa yang menyedihkan, terdapat juga parti Islam yang menjual agama demi kepentingan diri sendiri sehingga sanggup diperkudakan, berbeza dengan UMNO yang berjuang mengikut kehendak Islam,
" katanya." tamat-


Teringat fatwa masyhur Mashitah bahawa ibu tunggal boleh melacur kerana darurat. Wow. Teringat juga sikap Mashitah yang tunduk diam apabila Najib dan PM terdahulu tunduk dan akur didepan tugu negara tetapi segera memanggil PAS dengan pelbagai bahasa kesat.

Terkenang fatwanya dahulu bahawa ibu tunggal halal melacur kerana DARURAT! mungkinkah Mahitah akan berjumpa tunang mendiang Teoh untuk menjelaskan kepada beliau bahawa selaku ibu tunggal, tiada salahnya beliau melacur? Mari lihat misteri fatwa-fatwa Mashitah:

1. Fatwa halal melacur (bila darurat)

Penulis telah membaca sendiri kenyataan lengkap Mashitah dalam isu ini. Selepas satu Malaysia marah-marah, baru dia buat twist dengan mengatakan bahawa fatwanya diputer belit. Takde putar belit pun. Memang fatwa asalnya ringkas dan begitu. Dalam penjelasannya baru dia tambah itu ini untuk cover kesesatan fatwa asalnya.

2. Fatwa halal tak solat

Mashitah cukup marah sewaktu masyarakat mempertikaikan tentang bagaimana perenang negara solat dalm usaha beliau merentasi laut dengan berenang. Katanya isu solat itu soal remeh temeh!



SILA RUJUK YOUTUBE UNTUK LIHAT SENDIRI.

Terkenang jua muka terhegeh-hegeh mashitah sewaktu sewaktu seorang contestant lelaki enggan bersalam dengannya sesudah Mashitah terhegeh-hegeh menghulur tangan untuk bersalamm. program apa ntah. Hakk ptuih..


Oleh: dewa