Jumaat, 2 Julai 2010

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Pandangan Dr.Asri Tentang Ulamak Dan Parti Politik

Posted: 02 Jul 2010 02:47 AM PDT

1. Setiap pertubuhan atau kerajaan atau badan mempunyai dasar atau tujuannya yang tersendiri. Di samping slogan yang dilaungkan, kita juga hendaklah melihat bagaimanakah keadaan atau suasana di dalamnya. Meletakkan slogan yang baik atau islamik mungkin mudah, tetapi menghayatinya bukanlah semudah slogan yang dilaungkan. Ada pertubuhan atau kerajaan yang tidak berslogan Islam, tetapi suasana kebaikan dalamnya terbuka luas. Demikian sebaliknya.

Maka, penilaian terhadap sesuatu kumpulan atau parti atau pemerintahan hendaklah dilihat dari berbagai sudut. Maka, saya katakan hukum penyertaaan mana-mana individu ke dalam apa-apa pertubuhan atau parti atau kerajaan bergantung kepada beberapa perkara utama; pertama: niat, kedua: peranan, ketiga: kemampuan dan kadar kebaikan dan keburukan dalam penyertaan tersebut.

2. Ertinya, jika niatnya untuk kebaikan atau mendapat keredhaan Allah, maka itu suatu ibadah. Jika untuk mendapat habuan dunia, maka ia bukanlah kebaikan yang diterima Allah bahkan akan merosakkan orang lain. Sehingga jika seseorang menyertai parti atau kerajaan yang berslogankan Islam pun, jika niatnya salah, ia tidak mendapat pahala bahkan mungkin mendapat dosa

3. Setelah niatnya betul, hendaklah dia mengetahui apakah peranan yang hendak dimainkan. Jika kumpulan atau kerajaan yang tidak sertai itu tidak Islamik atau menyanggahi prinsip-prinsip keadilan dan kebaikan, apakah peranan yang dia boleh mainkan untuk membaiki suasana tersebut atau menyampaikan mesej Islam ke dalamnya.

jika dirasakan penyertaan kita dalam mana-mana badan atau kerajaan dapat menegakkan kebenaran atau mengelakkan kezaliman dengan kadar yang termampu, maka penyertaan itu mendapat pahala. Jika tiada siapa yang mampu lakukan kecuali kita, maka ia merupakan satu kewajiban.

4. Jika badan yang disertainya itu dipenuhi kemungkaran dan tiada peranan dalam mengubah atau mengurangkannya, maka penyertaaan ke dalamnya adalah dosa. Ini disebabkan dia menambahkan kemeriahan golongan mungkar. Allah berfirman: (maksudnya)

"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam al-Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek, maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka" (Surah al-Nisa: 140).

Baca lagi disini; http://drmaza.com/home/?p=1183

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Mahathir Pernah Berniat Berdagang di Israel

Posted: 02 Jul 2010 04:55 AM PDT



Sebelum saya berangkat hari ahad ini,rasanya biarlah saya postingkan satu cerita mengenai politik Malaysia.

Sebentar tadi,saya ke arusperjuangan.blogspot,mr edz punya blog.Saya pun baca la kat chatbox.Adalah satu "mamat"ni,beliau kata memang benar MP Permatang Pauh pergi minta maaf dengan Yahudi.Dengan menegaskan,"takkan surat khabar luar negara mahu menipu".

Kalau begitu,Sila lihat di dalam gambar.Keratan akhbar lama "statement" Dr.M semasa menjadi PM Malaysia.Tengok pula tajuk keratan akhbar tersebut.

Mahu percaya tak?

Surat khabar luar negara tak mungkin tipu?Jadi,surat khabar tempatan kita ini,siapa pula nak cerita?

Itulah,bab percaya atau tidak,hak sendiri.Percaya pada UMNO,undilah UMNO,percaya pada PAS dan PKR,undilah PAS dan PKR.

Pada isu ini pula,ada pada rujukan saya,sama ada benar atau tidak,memang Malaysia mempunyai hubungan dagangan dengan Israel.

Apa-apa pun,sesiapa yang mahu ke Israel memang Israel sediakan visa untuk rakyat Malaysia,memang Malaysia tiada penerbangan ke sana.Lagi pun pasport anda memang tidak membenarkan anda ke Israel


Rujuk jugalah link-link ini;


Apa-apa pun,saya tabik dengan Korea Utara bukan sebab bola sepak,tapi sebab negara itu mengiktiraf Palestin dan bukannya Israel.Patutlah PBB dengan USA punya kecoh pasal Korea Utara,sebab Israel yang hasut.Lagi pun,Korea Utara ini di pihak Arab semasa perang Yom Kippur.


Tetapi,PM Mongol-Malaysia kita?

Sekian,Wallahu'alam

SURAT KHABAR LUAR LEH CAYA???
SURAT KHABAR TEMPATAN TAK LEH CAYA???
NAK CAYA SAPA???
WA CAYA SAMA LU!!!!!!!


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PAS TINGGALKAN DAP DAN BERKAWAN DENGAN UMNO ?

Posted: 02 Jul 2010 09:18 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERNAMA memetik kenyataan Mukhriz anak Tun Mahathir , PAS lebih baik berkawan dengan Umno daripada berkawan dengan DAP. Jika dibaca pada ayat itu, saya pun amat bersetuju PAS berkawan dengan Umno walaupun saya tidak bersetuju jika PAS pula bermusuh dengan DAP. Masalahnya, siapa yang sering bermusuh dengan PAS dan siapa pula yang telah menunjukkan kebaikan mereka kepada PAS? Persoalan utama sekarang, sejauh mana Umno boleh beri jaminan bahawa Umno tidak akan menentang perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS?

Memang benar bahawa kebanyakan ahli-ahli Umno itu adalah berbangsa Melayu dan berugama Islam, tidak jauh bezanya dengan ahli-ahli PAS sendiri. Jika Umno boleh dikatakan sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, lebihnya PAS pula adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan tidak akan menganiayai mana-mana bangsa dan agama lain. Di dalam Islam, mencintai bangsa dan keturunan itu amat baik dan terpuji tetapi tidak sampai kepada bersifat `Assobiyah' yang dilarang oleh Islam.

Memperjuangkan syariat Islam seterusnya mendaulatkan Islam di negara ini adalah asas perjuangan PAS. Sebab itulah PAS meletakkan perjuangan menegakkan Islam itu di dalam perlembagaan partinya. Di dalam sejarah, PAS pernah bersatu dengan Umno dan pernah bersama-sama memerintah. Namun, sikap Umno yang tidak pernah komited untuk menegakkan Islam di negara ini maka hubungan PAS dengan Umno tidak boleh lagi dipertahankan. Apabila konsep `Islam Hadhari' cuba diperkenalkan di zaman Pak Lah, PAS cuba bersangka baik dengan Umno dan serangan terhadap Umno ketika itu diperlahankan dan terdapat usaha untuk PAS berbaik dengan Umno. Ketika itu, Umno berjaya dengan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum Tahun 2004.

Malang sekali, Pak Lah gagal mengimplimentasikan `Islam Hadahari'nya dengan tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk memartabatkan Islam secara syumul. Kezaliman ISA terus berleluasa, rasuah gagal dibendung, kenaikan harga barang lebih-lebih lagi harga petrol tidak dapat dikawal malah meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun. PAS berterusan dijadikan musuh oleh Umno dan pihak media yang sekutu dengannya. Akhirnya, PAS tidak lagi boleh bersangka baik dengan Umno setelah Umno sendiri menzahirkan sikap dan pendiriannya terhadap Islam.

PAS kini lebih selesa dan beruntung berkawan dengan PKR dan juga DAP. Walaupun pemimpin DAP, Karpal Singh pernah menyuarakan bantahannya terhadap penubuhan Negara Islam yang ingin dibawa oleh PAS, namun suara Karpal Singh yang `Non Muslim' itu tidak memberi kesan besar terhadap perjuangan PAS. Pada PAS, jika pemimpin Umno yang mengaku Melayu dan Islam itu pun menolak hukum Islam, pelik apanya jika Karpal Singh menentangnya? Penentangan Umno terhadap Islam tentu lebih besar mudharatnya kepada perjuangan PAS jika dibandingkan dengan Karpal Singh kerana Umno parti yang berkuasa dan menjadi tunjang kepada kerajaan sekarang. Penentangan Karpal Singh tidak memberi kesan kepada PAS kerana tanpa persetujuan Karpal Singh atau DAP sekalipun, jika semua umat Islam menyokong perjuangan PAS maka Islam pasti tertegak di negara ini.

PAS berkawan dengan DAP dan PKR adalah berdasarkan konsep kerjasama menentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah negara ini sekarang. Konsep kerjasama ini juga bertepatan dengan Islam. Usaha untuk mewujudkan Negara Islam bukan kewajipan PAS sahaja, lebih-lebih lagi DAP atau PKR. Kewajipan ini merupakan kewajipan semua umat Islam. Jika Umno benar-benar berminat dan yakin dengan sebuah Negara Islam, apa masalahnya jika Umno turut sama berjuang dengan PAS? Hakikatnya Umno tidak berminat dengan Islam, justeru itu jangan sibuk dengan apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh./wfauzdin.blogspot.com

ISU ZIONIS ISRAEL - BERANIKAH NAJIB BERDEBAT DENGAN ANWAR?

Posted: 02 Jul 2010 07:49 AM PDT


Jonson Chong,
Pengarah Komunikasi

Nasib rakyat Palestin dan peranan kerajaan zionis Israel menjadi masalah antarabangsa dan kemanusiaan, dan bukan untuk ahli-ahli politik Malaysia mengambil peluang menawan hati para pengundi Melayu beragama Islam. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan sentiasa bersikap adil dan melayan semua rakyat dengan saksama serta rakyat di negara lain yang tertindas.

Empat pemimpin Umno telah menyuarakan pandangan mereka tentang pendirian Anwar Ibrahim berhubung sikap agresif Zionis, terutamanya mengenai artikel dalam The Washington Post yang disiarkan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin Umno ini — Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin — lekas mengambil kesempatan ini untuk memutar belit kenyataan penulis, yang menulis:

Beliau (Anwar) berkata beliau kesal menggunakan istilah "tindakan agresif Zionis", yang biasa digunakan oleh pemimpin bersuara lantang seperti Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad. "Kenapa saya perlu menggunakannya jika sekiranya ia boleh mencetuskan banyak salah faham?" Beliau berkata, "saya perlu lebih berhati-hati."

Sekiranya pemimpin-pemimpin Umno ini tidak dapat memahami Bahasa Inggeris yang mudah ini, maksudnya ialah Anwar kesal menggunakan istilah seperti yang digunakan oleh Presiden Iran kontroversial, iaitu Mahmoud Ahmadinejad, yang boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat antarabangsa. Anwar kemudian secara merendah diri mengakui beliau perlu lebih berhati-hati cara beliau mengkritik kerajaan Zionis Israel, khususnya dalam situasi di mana tuduhan anti-semitik sangat berleluasa.

Bagaimanapun, pendirian Anwar dan KEADILAN tentang tindakan agresif 'Zionis' terhadap rakyat Palestin sangat jelas. Kami mengutuk serangan ganas terhadap kapal flotila Gaza baru-baru ini, diskriminasi, penindasan dan keganasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin oleh kerajaan Israel, termasuk menyoal peranan Amerika Syarikat menyokong rejim 'Zionis'. Pada masa yang sama, kami menghormati semua hak orang Yahudi terhadap tanah air sendiri dan juga hidup secara aman bersama orang-orang Islam dan rakyat Palestin beragama Kristian. Malahan kami menolak diskriminasi, penindasan dan keganasan di Malaysia dan di luar negara.

Mengenai sindiran bahawa Anwar rapat dengan orang-orang Yahudi Amerika, beliau secara terbuka menjelaskan bahawa mereka adalah kenalan beliau ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Anwar memang menggunakan setiap peluang yang beliau perolehi untuk membangkitkan isu Palestin dan mendesak supaya pertikaian di Timur Tengah ditamatkan segera.

Apa yang kerajaan pimpinan Umno telah lakukan? Menteri Pertahanan Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan sulit dengan rakan sejawatnya dari Israel. Muhyiddin dan Khairy menyokong keputusan Perdana Menteri Najib Tun Razak melantik Apco (yang disyaki mempunyai hubungan dengan Zionis) pada kadar bayaran RM77 juta setahun. Dan lebih mengecewakan ialah tindakan Rais menggunakan kuasanya untuk memastikan media arus perdana mengikut rentak Umno-Barisan Nasional, yang kini menerima nasihat daripada Apco.

Jika kerajaan Umno-BN mahu menyampaikan maklumat terkini tentang nasib rakyat Palestin dan menunjukkan pendirian mereka tentang tindakan agresif 'Zionis', sila arahkan media arus perdana menterjemah dan menyiarkan artikel sepenuhnya dari The Washington Post dan mengatur satu majlis debat melalui siaran terus menerus di antara Anwar dan Najib. Biar semua rakyat Malaysia melihat dan mendengar sendiri apa yang dibuat oleh Apco di Malaysia./Harakahdaily

SPR NAFIKAN PEMUDA UMNO

Posted: 02 Jul 2010 07:29 AM PDT

SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40

Jimadie Shah Othman
Jul 2, 10

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Statistik Mei berbeza

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Abdul Aziz (kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara.

Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya./Malaysiakini

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gambar Tok Guru Nik Aziz disantuni ulamak dunia

Posted: 02 Jul 2010 09:20 AM PDT











Tok Guru menerima tetamu dari Syria yang dibawa oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.
Venu: Kuliah Jumaat YAB Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu(2 Julai 2010)

- Sumber: Topeng Perak

Ibrahim Ali (PERKASA) dikecam sekutu Umno: "Ekstremis celaka ini patut dipenjarakan!" - Pemuda MCA

Posted: 02 Jul 2010 12:07 AM PDT



MCA Tibai Ibrahim Ali

"Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.

Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA". Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.

Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini.

Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.

Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara.

Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali

Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.

"Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya.

Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang

Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman.

Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.

Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.

*Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nikmatnya ibu tiriku - Saleha mengandung

Posted: 02 Jul 2010 08:20 AM PDT

Tiba-tiba pintu rumah diketuk ....
Saleha berlari keatas membiarkan Hashim pergi membuka pintu. Hashim menyambar kain pelikat yang tergantung, mengenakan di tubuhnya.

Hashim membuka pintu. Rupa-rupanya anak Pak Samad datang memberitahu yang Umar akan balik lewat malam ini. Sebagai orang masjid mereka akan ke rumah pak Hamid selepas kenduri kerana pak Hamid akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kampong membincangkan soal-soal persiapan perkahwinan anaknya minggu depan. Itu adalah tradisi kampong tersebut. Kenduri secara gotong royong.

Hashim memanggil Saleha turun. Anak pak Samad dah pun balik.

Saleha turun. Mereka sama-sama ke bilik air untuk mandi - mandi wajib.

Mereka mandi bersama seperti pasangan suami isteri. Tak perlu risau lagi, Umar akan balik lewat. Mungkin 12 tengah malam atau lebih. - seterusnya DI SINI

Hukum suami isteri menonton video lucah

Posted: 02 Jul 2010 04:01 AM PDT

ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.

SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.
APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN NYA DI SINI

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


To me..'go to hell' lah...samada zionis ke..yahudi ke...anti-semitic ke!!

Posted: 02 Jul 2010 06:01 AM PDT

My 'Zionist' statement not anti-semitic, says Anwar

Malas nak pusing2.

Jangan buat leceh....

Siaran langsung dari London's Holiday Villa...

Posted: 02 Jul 2010 02:01 AM PDT

M'sians brace for Bala thrilla at London's Holiday Villa...

Bala's lawyer Americk Sidhu has confirmed that Bala will carry on with a press conference on July 7 to debrief the Malaysian public and the world at large on the torrid sex, murder and corruption scandal. His client fled Malaysia in 2008 after making a statutory declaration (see below) that contained many startling and even lurid details of the murder. He also touched on the defense ministry's whopping 1.34 billion euros submarines purchase.

Remember this date....7th. July, 2010...He he..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Terengganu berhutang RM60 juta dengan TNB?

Posted: 02 Jul 2010 06:07 PM PDT


Bulan Mei 2010 hampir semua rakyat Terengganu bising bising, kerana BIL leterik naik mendadak. Pendek kata melambung begitu tinggi. Boleh dikatakan setaip hari ada saja yang bising pasal bil naik begitu tinggi.

Sesetengah merungut BIL bulan April hanya RM60.00 sahaja, manakala BIL bulan Mei naik jadi RM80.00.

Saya naik hairan mengapa boleh jadi begitu. Demikian juga dengan BIL rumah saya bulan Mei RM 90.00, tetapi bulan JUN naik kepada RM 146.00.

Bulan Jun 2010 Datuk Ahmad Said, Menteri Besar yang kecewa ,kerana kerja bersih bumbung stadium yang runtuh dahulu belum dilaksanakan lagi miskipun tender RM 20 juta sudah lulus meminta para wartawan jangan buat fitnah.

Saya tidak nafi menang ada penulis yang buat fitnah. Apakah tulisan bertajuk: Terengganu berhutang RM 60 juta dengan TNB itu suatu fitnah.

Kalau ia fitnah pohon dimaafkan, kerana saya mendapat maklumat dari TNB iaitu dari sumber yang tidak meragukan bahawa hutang keseluruhan Terengganu kepada TNB sebanyak RM 167 juta. Betul ke begitu.

Terkejut juga mendengarnya.Hendak kata tak ada duit mustahil. Lebih lebih banyak projek mega dilaksanakan, termasuk membina jambatan Jeram dan jalan Kubang jela ke Jeram Hilir sepanjang 5.6 kilo meter berharga RM 406 juta.Kalau tak ada duit macam mana projek berjalan lancar.

Kalau tak betul mana mungkin orang TNB susah hati kerana didesak oleh TNB pusat bekerja keras untuk punggut hutang tertunggak di negeri minyak ini.

Kerja keras ini bermula Jun, iaitu memotong meter meter rumah rakyat yang hutangnya tertunggak. Tapi malangnya tidak dilakukan pada pihak kerajaan negeri yang berhutang sebanyak RM60 juta itu.

Nampaknya rakyat jugalah yang menjadi mangsa.

Patut pun TNB mengalami kerugian. Adalah mustahil TNB yang tiada persaing dalam urus niaga rugi. Rupa rupanya kerajaan negeri dan pusat sendiri yang membuat GLC milik kerajaan Malaysia rugi.

Rakyat yang didahulukan jugalah yang menjadi mangsa. Sama ada ya atau tidak kenalah Tanya menteri Besar Terengganu yang berusaha membazirkan wang rakyat melalui projek MEGA yang tak MEGA.

Maaf datuk, apa yang saya sebut ini sumbernya datang dari TNB pusat. Bukan Terengganu sahaja yang "buat tahi dan tinggal tahi" malah semua negeri di Negara ini berhutang dengan TNB dengan angka puluhan juta ringgit.

Lakonan Demo 'Felda Tak Bengkrap' Di Jengka..kah..kah..kah

Posted: 02 Jul 2010 06:02 PM PDT


Pagi tadi ada sekumpulan budak budak nakal yang gian nak demontrasi,belatih demontrasi di belakang Balora Mastika,Bandar Jengka.Kalau tak silap bos budak budak ni lah yang buncit perut dengan duit Felda.Jadi bertyempik lah mereka hari ini 'Felda Tak Bengkrap'!Ini adalah fitnah!Selalu kita demontrasi di tempat orang ramai,tapi kawan kita ni demontrasi kat ceruk tempat orang kurang lalu lalang.Sekadar nak ambil gambar untuk Sinar Harian.


Bukan apa,kalau demontrasi tu tengah tengah Nadi Kota,diketawakan orang pulak.Sebab nampak sangat nak mengampu Felda walaupun Felda pun menyampah dengan muka dia.Orang Jengkapun kenal sangat muka muka yang selalu kenyang dengan duit Felda ni.Dengar ceritanya perangai ketua demontrasi pagi tadi tu dah berjangkit pada anak perempuan dia pulak.Mana taknya lepas tak dipilih dalam MBF cawangannya,segala penyata kewangan,buku kira kira,baki duit MBF tak di pulangnya kepada pimpinan baru,sebab dia ingat MBF ini bapak dia punya.


Juak yang demontrasi dengan budak budak pagi tadi tentu saja ada kepentingan peribadinya,ni lah peluang nak jadi hero. Ada rezeki boleh jadi calon,banyak lagi duit Felda boleh diambil manafaat.Orang Jengka 11 pun belum lupa,kisah korban perdana pemuda Umno.Felda habis ratus ribu untuk beli lembu korban Pemuda Umno.Lepas lembu kena sembelih,tokey lembu pulak dikorbankan.


Kepada yang gian demontrasi 'Felda Tak Bengkrap' elok lah baca artikel yang buktikan kehebatan dirancangan Felda .

Berkaitan : 

Felda Palong 2 tiada air


seorang penduduk, Sarah Kompot terpaksa menadah air hujan untuk kegunaan harian di Blok B, Felda Palong 2, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - utusan/Sajida Asarullah khan


JEMPOL 22 Jun - Pada ketika penduduk lain tenang menjalani kehidupan dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian, penduduk Blok B, Felda Palong 2 di sini pula terpaksa mengharapkan air hujan sejak lima tahun lalu.
Mungkin juga pada ketika orang lain lena diulit mimpi, penduduk terbabit perlu berjaga malam demi mendapatkan bekalan air dari tangki termasuk menadahnya jika hujan.
Entah di mana silapnya, penduduk mendakwa bukan sehari dua mereka terpaksa berhadapan dengan masalah bekalan air tetapi sejak lima tahun lalu.
Sebanyak 44 buah keluarga yang juga merupakan peneroka menetap di kawasan tersebut merayu pihak terbabit melakukan sesuatu.
Menurut salah seorang penduduk, Ja'afar Lonak, 70, pelbagai aduan telah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan.
"Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian. Apabila bekalan air tidak sempurna, ia turut menjejaskan kehidupan kami. Air cuma datang pada pukul tiga sehingga lima pagi.
"Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana saya sudah kehilangan sebelah kaki dalam kemalangan. Oleh kerana bekalan yang sering tidak mencukupi, saya terpaksa menadah air hujan menggantikan air paip," katanya.
Seorang lain penduduk, Fon Kon Sang, 68, berkata, masalah bertambah teruk apabila hujung minggu apabila semua ahli berkumpul.
"Walaupun bekalan air yang diterima agak kotor, namun penduduk di sini masih dapat menerimanya. Cuma kami berharap agar dapat mendapat air bersih seperti orang lain.
"Saya amat berharap, agar pihak yang berwajib segera mengambil langkah untuk mengatasi masalah bekalan air kami ini," katanya.
Seorang lagi peneroka, Abdul Talib Saat, 62, melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berdepan masalah tersebut selama lima tahun.
"Apabila tiba musim perayaan dan perkahwinan pastinya kami lebih memerlukan bekalan air. Walaupun pihak berkenaan tetap menghantar bekalan air ke rumah, namun ia masih tidak mencukupi. Begitu juga apabila ada kematian dan ketika itu air amat diperlukan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kawasan terbabit merupakan kawasan yang bermasalah.
"Namun Sains telah menyediakan tujuh buah tangki di kawasan tinggi. Penghantaran air ke tangki juga sentiasa dibuat bagi mengelak bekalan air tangki berkurangan.
"Masalah ini akan diatasi dengan segera. Buat masa kini, kami sedang memperbetulkan masalah tersebut. Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada Ogos nanti," katanya.

Buli: 59 sekolah dapat 'peringatan'

Posted: 02 Jul 2010 05:59 PM PDT


Kementerian pelajaran telah menghantar satu surat peringatan kepada 59 buah sekolah berasrama penuh di bawah seliaannya minggu lalu berhubung kegiatan buli ke atas pelajar baru, kata seorang pegawai kanan kementerian itu.

Ketua unit pengurusan disiplin sekolah berasrama penuh kementerian itu, Samsuri Omar berkata, surat peringatan berkenaan dihantar pada setiap awal sesi persekolahan.

Namun, peringatan itu penting kali ini, dengan mengambil iktibar daripada satu kejadian disyaki buli yang berlaku di Maktab Tentera Diraja (MTD) minggu lalu -- mengakibatkan seorang pelajarnya meninggal dunia.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak bertanggungjawab ke atas pengurusan disiplin di maktab berkenaan, kata Samsuri ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Jelasnya, maktab tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Kementerian Pertahanan, manakala Kementerian Pelajaran hanya menyelia soal kebitaraan (prestasi akademik).

Sungguhpun begitu, kementerian itu tetap menitikberatkan soal keselamatan pelajar dengan mengedarkan peringatan berkenaan minggu lalu, kata Samsuri lagi.

Menurutnya, peringatan itu adalah sebahagian daripada langkah pencegahan berterusan yang dijalankan oleh kementerian bagi membendung perbuatan buli oleh para pelajar di sekolah berasrama penuh.

"Peringatan ini adalah supaya sekolah mematuhi punca kuasa dan surat-surat pekeliling oleh kementerian pelajaran," katanya lagi.

Tambahnya, dokumen berkenaan antara lain menggariskan tindakan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam menangani kes-kes disiplin melibatkan perbuatan buli.

"(Antaranya), siasatan perlu dijalankan berdasarkan aduan yang diterima. Sekolah tidak boleh ambil tindakan sebelum tamat siasatan.

"Tapi apabila pelajar sudah didapati bersalah, mereka masih boleh buat rayuan," katanya lagi dan menambah, hukuman paling keras untuk kesalahan seperti itu adalah penyingkiran daripada sekolah.

Jelasnya lagi, segala siasatan berkenaan akan dianggap sebagai urusan dalaman pihak sekolah, melainkan sekiranya ia melibatkan siasatan polis.

"Siasatan adalah urusan dalaman pihak sekolah dan pihak lain tidak boleh campur. Tapi apabila sesuatu kes itu sampai ke peringkat siasatan polis, sekolah hanya akan membantu siasatan," katanya lagi.

Muhyiddin: ‘Umno ibarat kapal lama, tidak bergerak lancar’..ha.ha...tau tak pe..!!!

Posted: 02 Jul 2010 05:57 PM PDT

Muhyiddin: Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat.
PUTRAJAYA, 3 Julai — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan ahli parti itu supaya melakukan transformasi politik dengan cepat dan lancar seiring dengan transformasi kerajaan. Malah kata beliau, kini  badan bukan kerajaan yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang dilihatnya sekarang, Umno tidak bergerak lancar, dan keadaan itu agak kritikal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata keadaanya berbeza jika dibandingkan dengan transformasi di pihak kerajaan, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan yang radikal dan luar biasa dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Katanya, perubahan yang dilakukan kerajaan itu memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang didokong oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan negara, selepas parti itu dilanda "tsunami politik" pada pilihan raya umum lepas.
"Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar, jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang kurang tiga tahun lagi.
"Kalau kita (Umno) tidak berubah, ada orang yang akan ubah kita. Mereka akan ambil alih (peranan kita)," kata beliau dipetik Bernama ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Putrajaya di sini.
Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhyiddin berkata Umno tidak mempunyai banyak masa lagi, maka mereka perlu membuat perubahan dengan memahami dan menghayati kemahuan serta cita rasa rakyat supaya terus menyokong parti.
Beliau berkata tuntutan rakyat kini sudah berubah dan mereka mahu melihat kesediaan pemimpin Umno dan BN membuat perubahan dalam mentadbir negara pada masa depan.
Sebab itu, katanya Umno memperkenalkan program Juara Rakyat supaya pemimpin dan anggota parti dapat menyelami perasaan dan membantu serta menyelesaikan masalah rakyat.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata Umno perlu lantang dan tidak perlu takut dalam mempertahankan hak orang Melayu kerana asas perjuangan parti itu adalah bagi membela bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.
"Sekarang saya nampak badan bukan kerajaan (NGO) yang agak lebih lantang memperjuangkan hak orang Melayu sedangkan itu agenda Umno.
"Kenapa kita dilihat lesu? Orang Melayu tidak sehebat dulu. Jadi mereka (orang Melayu) pergi ke badan-badan lain. Ini satu kesilapan," katanya.
Beliau berkata Umno perlu terus ke hadapan memperjuangkan hak orang Melayu namun pada masa yang sama, mereka juga tidak boleh menafikan hak bangsa-bangsa lain dalam negara.

2-1 ....Oren Lawan Karat Biru...kah.,.kah..kah...

Posted: 02 Jul 2010 10:10 AM PDT


Penyerang Belanda, Wesley Sneijder (tengah, kanan) menanduk masuk gol kedua pasukannya melepasi penjaga gol Brazil, Julio Cesar (kiri), pada aksi suku akhir Piala Dunia 2010 di antara Brazil dan Belanda di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan malam ini. - Foto AP

VS




Keluarga Altantuya mahu tuntut pampasan RM100 juta

Posted: 02 Jul 2010 10:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemerintah Mongolia telah mengirimkan RM60,000 ($25,805) sebagai bon keselamatan bagi saman sivil ke atas kerajaan Malaysia atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Keluarga mendiang Altantuya, yang dibunuh oleh dua pegawai polis dengan badannya diletupkan dalam hutan empat tahun lalu, mahu menuntut pampasan bernilai RM100 juta daripada Putrajaya dan juga bekas kekasih model itu, Encik Abdul Razak Baginda.

Tetapi ayah mendiang Altantuya, Encik Shaariibuu Setev, dilaporkan mengalami kesukaran mengumpulkan wang bagi membayar bon keselamatan itu.

Peguamnya, Encik Karpal Singh, berkata wang daripada pemerintah Mongolia itu telah disalurkan kepada akaun bank firmanya pada Isnin lalu.

Adakah Kita Sudah Kaya?

Posted: 02 Jul 2010 09:51 AM PDT



Nak bagi biasiswa Nazri kata Kerajaan tiada dana.. tapi bagi tambahan RM500,000.00 disamping peruntukan yang berjumlah RM1,000,000.00 setiap tahun kepada setiap Ahli Parlimen BN untuk pembangunan ada pulak duit..

I have the extra money, so take this RM500,000

July 02, 2010

JULY 2 — The BN Backbenchers Club Deputy Chairman Bung Mokhtar Radin said that all the BN MPs receives an additional RM500, 000 funds on top of the RM1million allocation. The money is meant to be channelled to each constituency for the development purposes.

Bung Mokhtar also added that the additional allocation is normally depends on the economy. If the economy is good, then there will be more allocation.

Well, seriously I have no idea that the economic situation of the country could be revive so quickly and so sudden!

As reported, it is understood that the allocations given out to BN MPs each year come from the Prime Minister himself, under a development fund monitored by a unit called Implementation Coordination Unit (ICU).

The Minister in the Prime Minister's Department office, Nazri Aziz when asked about the sudden increase of the allocation, confirmed that the BN MPs are given additional funds of RM500, 000 because the government has extra money. The government's business is not to keep the money but to spend the money, he said.

This again fuelled the speculation that there will be an early snap election. The opposition MPs is predicting a snap election soon judging by the way the Najib administration dishes out money for the BN MPs.

Given that there are a total of 222 parliamentary constituencies, the additional allocation will amount to an extra outlay of RM111 million.

Just not long ago, I believe everyone must recall that the Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala has said that Malaysia risks becoming the next Greece because the country will go bankrupt a year before our Vision 2020 if the government does not cut the subsidies. He said that the country's debt would rise to 100 per cent of GDP by 2019 from the current 54% if subsidies are not being cut.

However the Umno MPs including our former Prime Minister Dr. Mahathir dismissed the bankruptcy warning by Idris Jala and deemed the figures provided are exaggerating. The Treasury Department also disputed the calculation of Idris Jala. The Treasury claimed that the subsidy bill was only RM18.6billion and not RM74billion as indicated by Idris Jala.

Also we have not forgotten the big fuss on the moving of the Parliament to the Putrajaya recently. Again, it was also due to the so-called shortage of budget. Earlier on it was reported that the cabinet had already decided on a new building for Parliament, which would cost about RM800million taking into consideration aspects of comfort, needs, facilities and the increased number of seats.

Then a week later, Nazri said that Parliament might move to Putrajaya International Convention Centre while renovation works were carried out on the Parliament building.

On 30 June, Nazri further on apologised to the Dewan Rakyat for misinformation pertaining to the proposed relocation of Parliament, which the decision has in fact have not been made. He said he was mislead by the officers and considered this as merely an internal issue.

We often heard conflicting answers coming from the government. Needless to say, both events have already shaken the confidence and trust of the people on the government.

So are we getting rich now? I am rather confused, how about you?

Umno Jangan Tenggelam NGO Bela Melayu ..ha.ha..UMNO dah lama tengelam pun....!!!

Posted: 02 Jul 2010 09:44 AM PDT


PUTRAJAYA: Umno diingatkan supaya tidak tenggelam dengan peranan yang dimainkan oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu tidak perlu takut untuk memainkan peranannya bagi membela hak Melayu yang menjadi wadah perjuangannya selama ini.
"Sekarang ini ada orang kata sesetengah NGO yang ada lebih lantang daripada Umno, seolah-olah perjuangan membela nasib Islam dan bangsa lebih diambil berat oleh kumpulan NGO.
"Sedangkan agenda itu adalah agendakita, tapi sekarang Umno macam tenggelam... kita tidak dilihat sehebat dulu, kenapa Umno dilihat lesu?
"Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu tidak harus rasa takut untuk terus bersuara dengan lantang bagi pertahankan hak Melayu,kepentingan Melayu, agama Islam dan bahasa Malaysia," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian pada mesyuarat Umno Bahagian Putrajaya di sini malam ini.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, ahli parti tidak perlu takut jika dilihat terlalu bersifat ultra Melayu.
"Jangan takut kalau orang tuduh kita terlalu ultra Melayu, itu memang hak kita... kalau kita tak sedia pertahankannya, orang akan persoalkan pula apa tujuan perjuangan kita.
"Tapi ingin saya tegaskan, dalam masa yang sama kita tetap jaga kepentingan kaum lain," katanya.
Selain itu Timbalan Perdana Menteri juga menyeru supaya ahli Umno tidak leka dan mengambil mudah tanggungjawab yang ada terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Di Putrajaya kita menang dulu, tapi kita jangan ambil mudah, trend semasa sudah berubah.
"Dalam situasi sekarang ini waktu kita tak banyak, adakah kita punya cukup masa untuk turun ke bawah buat perubahan... inilah cabaran yang harus kita hadapi sekarang," katanya.
Katanya lagi, Umno bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) perlu bergerak pantas untuk mendekati dan memahami kehendak rakyat.
"Umno sepatutnya perlu bergerak lebih pantas, kita perlu ambil tahu apayang dikehendaki oleh rakyat... sebab itulah kita anjurkan program Juara Rakyat," katanya.
Tambah Muhyiddin lagi, menjelang pilihan raya umum akan datang, parti itu perlu mengambil langkah yang lebih radikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat.
"Dalam tempoh yang begitu singkat, kita perlu mempelopori langkah yang radikal iaitu dengan memulihkan keyakinan ahli parti dan masyarakat bahawa Umno masih berupaya bangkit dan berubah melalui Gagasan1Malaysia seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri.
"Kita perlu yakinkan rakyat bahawa perjuangan Umno adalah perjuanganyang betuln" katanya.

Lotus 1-2-3 inventor takes post at RM1 a month We can succeed, on merit, says Anwar

Posted: 02 Jul 2010 09:39 AM PDT

Mitch Kapor, a legend of the personal computer industry, has agreed to be an adviser to the Selangor state government. His appointment was announced by the state's economic adviser Anwar Ibrahim after Kapor gave a talk on innovation and entrepreneurship in Shah Alam this afternoon. Anwar said Kapor, an old friend, was one of several corporate and industrial giants that he and Selangor menteri besar Khalid Ibrahim had approached to help with Selangor's development plans.

"
Security does not come from secrecy.
Security comes from openness and transparency.
Mitch Kapor
on open-source software's strength using "a principle equally applicable in other fields".
"Like Mitch Kapor and his wife Frieda, who are involved in many worthy causes, they are willing to help — not for power or money, but because they care," Anwar said, to applause.
Obviously anticipating criticism from opposition politicians, Anwar announced that Kapor had agreed to take up the advisory position at an honorarium of RM1 a month. He also thanked "Kapoor" (as many frequently addressed him) for taking the time to give the talk while the couple were on holiday in Malaysia
Kapor's talk on innovation and entrepreneurship held the interest of an appreciative audience made up of Selangor officials, university students and academic staff and members of the IT industry, keen to obtain the insights of a pioneer of the personal computer industry.
He is most well-known as the designer of Lotus 1-2-3 (now owned by IBM), the spreadsheet, graphics and database program of 1982 that was the first "killer" software application and which led to businesses taking the personal computer seriously.
Kapor is now a director of the Mozilla Foundation, the organisation behind the open-source Firefox internet browser, Wikimedia, the foundation behind the Wikipedia encyclopedia, and of Linden Lab, creators of Second Life, a worldwide virtual reality sensation in which people live virtual lives and take part in activities that mirror the physical world.
Kapor said a pro-innovation society would be built on:
  • Opportunities for economic and social mobility
  • STEM education (science, technology, engineeering and mathematics
  • Ubiquitous, afforable broadband
  • entrepreneur-friendly culture, tolerant of risk-taking and forgiving of failure
  • free sharing of information
Kapor pointed out how calculated risk-taking (not foolhardiness) by a few individuals in the computing industry led to innovations that spread widely causing disruptions and upheavals through the industry at successive stages of its growth, thereby creating opportunities for others.
Failure should not be regarded as shameful but part of the learning experience. "Failure is not binary", in his words: some things worked, others didn't, and the successful entrepreneur would pick up on the things that worked and move on, he observed.
Venturing a peek into future, Kapor pointed to the worldwide success of the virtual reality games World of Warcraft and Second Life, in which people willingly devoted thousands of hours of their time collaboratively, and the success of the open-source software movement, on which much of the Internet survives.
There were now opportunities for social entrepreneurship in which people would come together through the Internet for the common good. Online peer-to-peer lending was one example, in which small donations by individuals all over the world were helping to finance many in poor countries with small projects. Similarly, individuals were raising education loans through the Internet for post-secondary education.
The Internet was making possible efficient flows of capital, helping to change lives.

We can succeed, on merit, says Anwar

In his closing remarks, Anwar said the Pakatan Rakyat stood firmly behind meritocracy: "those with the capacity to succeed must be encouraged", he said. He rejected the Barisan Nasional's politics of fear which believed that the changing paradigm would be at the expense of the Malay people.
Meritocracy was a policy that was timely, he said. "Innovation transcends racial boundaries," he said. Malaysia had the capacity to succeed — the challenge lay in governance, rather. "We will support those who can succeed", he said, while an affirmative action policy based on needs would ensure that the poor and the marginalised would not be left behind.
"We must be brave enough to take these opportunities by transcending racial animosities," he said. The current massive Barisan Nasional campaign based on race and religion was irrelevant. "We will fight them, through the Internet," he said, to which the audience responded with cheers and loud applause.

PAS Lebih Baik Bersama Umno Daripada DAP - ha.ha.ha...Umno memujuk la nie..he..he..!!

Posted: 02 Jul 2010 09:33 AM PDT

MARANG: Pertelingkahan dua pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari PAS dan Karpal Singh dari DAP, membuktikan betapa rapuhnya ikatan kedua-dua parti yang mempunyai pendirian serta ideologi bertentangan.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata PAS sepatutnya menyedari sejak awal lagi bahawa kerjasama dengan DAP tidak akan berhasil kerana pendirian kedua-dua parti jauh berbeza.
"Satu pihak nak negara Islam, satu pihak lagi kata langkah mayat aku dulu. Jadi, tak mungkin mereka dapat berpakat dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini.
Justeru, Mukhriz berkata, PAS lebih sesuai bekerjasama dengan Umno kerana pada dasarnya, kedua-dua parti tidak banyak berbeza.
"Persamaan PAS dan Umno sebenarnya lebih banyak daripada perbezaan, tetapi sebaliknya, perbezaan itu yang diperbesar-besarkan," katanya.
Mukhriz berkata perbezaan pendirian kedua-dua pemimpin sepatutnya memberi peluang parti dan penyokong mereka kembali menilai kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang yang turut disertai PKR itu.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika diminta mengulas perkembangan terbaru kedua-dua pemimpin pembangkang itu.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini dilaporkan mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah. - BERNAMA

AMK Selangor Sokong Lantik Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Posted: 02 Jul 2010 09:28 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 2 Julai - Angkatan Muda KEADILAN Selangor mengalu-alukan cadangan agar negeri-negeri Pakatan Rakyat melantik Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan sendiri bagi memastikan mereka yang dilantik lebih memahami hasrat dan aspirasi agenda kerajaan negeri.
Ketua Penerangannya, Ezli Mashut yakin perubahan drastik ini mampu memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat di negeri Pakatan Rakyat untuk melaksanakan reformasi pentadbiran agar lebih berkesan serta memahami agenda perjuangan Pakatan Rakyat .
Beliau mengulas pandangan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Professor Dr Abdul Aziz Bari bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat boleh melantik Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kerajaan Negeri pilihan mereka.
Dr Abdul Aziz berkata Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah anggota Kabinet Negeri.
Beliau turut menjelaskan pada maa kini gaji mereka dibayar oleh kerajaan negeri tetapi kesetiaan mereka kepada kerajaan Pusat kerana lantikan mereka dilakukan oleh pejabat Peguam Negara.
"Yang disebut Anwar sebagai 'kecuaian' cukup lembut. Ia bukan kecuaian tetapi memang menjadi tali barut, menjadi gunting dalam lipatan kerana kenaikan pangkat ditentukan Peguam Negara bukan kerajaan negeri, bukan Menteri Besar," kata beliau.
Beliau berkata tiada sebarang peruntukan Perlembagaan khusus melibatkan perkara berkenaan.
AMK Selangor menuntut pandangan Dr Abdul Aziz yang juga merupakan pakar undang-undang dan Perlembagaan supaya diambil perhatian dengan serius.
"Justeru kita menggesa kerajaan negeri merombak jawatan penting lain agar keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri lebih telus, tiada karenah birokrasi serta mendokong hasrat kerajaan negeri," kata Ezli dalam satu kenyataan semalam.
AMK Selangor merasakan sekarang adalah masa yang terbaik untuk membuat perubahan drastik selepas lebih dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri khususnya Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
"Perubahan ini amat penting, kerana selama ini jawatan tersebut dari segi profesionalisme dan ketaatannya kepada agenda kerajan negeri dipersoal dan dipertikaikan. Ini kerana mereka dilantik oleh kerajaan Persekutuan yang berbeza dengan hasrat dan agenda yang di bawa oleh kerajaan negeri," tambahnya.
Ezli menyatakan keyakinan kepada perubahan dan rakyat akan memberikan dokongan dan sokongan kerana inilah yang menjadi harapan kepada perubahan yang diidamkan.
Kerajaan negeri pentadbiran Pakatan Rakyat akan lebih komited kepada agenda perubahan yang diperjuangkan selama ini.

Bersih Desak Pendaftaran Pemilih Secara Otomatik

Posted: 02 Jul 2010 09:19 AM PDT

SHAH ALAM 2 Julai - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menuntut kerajaan melaksanakan pendaftaran pemilih secara otomotik bagi menggantikan pendaftaran pemilih sedia ada.
Menurut Presidennya, Datuk Ambiga Sreevanesan, pelaksanaan itu penting bagi memastikan proses pilihan raya dapat berjalan dengan bersih dan adil seperti yang diamalkan di negara jiran.
"Dengan pelaksanaan pendaftaran otomatik ini, ia akan menampilkan Malaysia negara yang jujur dalam usaha untuk mengecapi penglibatan yang sama rata di kalangan rakyat menerusi pendekatan inklusif," jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Katanya, Bersih kesal terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di parlimen bahawa kerajaan tidak bercadang mengadakan pendaftaran pemilih secara otomatik kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatat di dalam kad pengenalan.
Ambiga berkata, kenyataan Nazri yang memberitahu parlimen bahawa kaedah itu juga bertentangan dengan kehendak Perlembagaan adalah hujah dangkal.
"Bersih 2.0 berpendapat bahawa alasan tersebut teramat dangkal. SPR boleh dengan apa cara sekalipun bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sungguhpun mereka yang mencecah 21 tahun, bermastautin di Kuala Lumpur dan beralamat MyKad di Alor Setar, beliau masih patut diberi peluang untuk mengundi di alamat yang tertera di MyKad mereka.
"Justeru, Bersih 2.0 berpendapat bagi menggalakkan pengundi-pengundi baru yang mencecah umur kelayakan mengundi untuk mendaftar, cara terbaik ialah dengan memperkenalkan pendaftaran otomatik seperti yang dilaksanakan di negara seperti Indonesia dan Australia," katanya.
Menurut Ambiga, prinsip asas dalam pilihan raya ialah memberi hak kepada setiap warganegara yang layak untuk mengundi, tidak kira di mana mereka berada.
"Adalah menjadi peranan kepada SPR di dalam memastikan pengundi-pengundi mendapat akses kepada undi mereka dan tidak mewujudkan halangan atau pun alasan. Oleh yang demikian, Bersih 2.0, ingin menegaskan SPR menumpukan usaha mereka bagi menjamin hak-hak di dalam memastikan pilihan raya di Malaysia berjalan dalam proses bersih dan adil di dalam rangka kerja berkala dan jujur sehingga setiap warganegara boleh menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi tanpa rasa takut, disogok dengan rasuah mahupun ugutan," tegas beliau.
Pada masa yang sama, Bersih turut mengecam kenyataan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemuda Umno, Hishamudin Yahya bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu sebagai berbaur perkauman dan perlu dihentikan.
"Usaha dalam menjalankan reformasi dalam sistem pilihan raya bukanlah menerapkan agenda politik berbaur perkauman tetapi berlandaskan lunas demokrasi perlembagaan.
"Kegusaran parti-parti politik yang berkaitan dengan pendaftaran pengundi baru tidak perlu dikaitkan dengan sambutan dari segi etnik kaum. Sistem pilihan raya demokrasi menekankan aspek bahawa setiap warganegara perlu diberi peluang untuk memilih wakil rakyat mereka," ujar Ambiga lagi.

Zulkifli Sulong: 'Ini Perkara Malang'

Posted: 02 Jul 2010 09:16 AM PDT

Zulkifli Sulong, Pengarah Harakah, lidah rasmi PAS menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung permit akhbar Suara Keadilan sebagai suatu tindakan yang berlebih-lebihan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mengesyaki tindakan keras ini didalangi pihak tertentu yang takut dengan laporan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR)..

Zulkifli menyatakan laporan muka depan Suara Keadilan berkaitan kepincangan Felda tidak ada kena mengena, apatah lagi mengugat keselamatan negara.

Beliau juga menganggap sempadan kuasa KDN terlalu luas dan mudah diperkuda pihak tertentu.

"Mungkin yang didakwa salah pada Suara Keadilan adalah kerana terbitkan cerita Felda Bankrap. Ia tidak ada kaitan dengan keselamatan negara. Ini isu undang-undang.

"Tapi, (tindakan) menggantung permit sudah terlalu lebih. Buat orang tertanya-tanya kenapa sampai gantung permit?" katanya.

Selepas memberi surat tunjuk sebab yang dijawab dan dipatuhi pengurusan Suara Keadilan, KDN masih tidak berpuas hati dan kemudian memutuskan untuk menggantung permit Suara Keadilan.

KDN menjadikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sebagai alasan untuk menghalalkan penggantungan akhbar ini.

Zulkifli berpendapat penggantungan ini menjadikan  kebebasan maklumat di negara ini kian terkebelakang ketika semua negara berlumba- lumba menuju kea rah dunia tanpa sempadan.

"Ini satu perkara malang. Ketika dunia ke arah tanpa sempadan, kerajaan sekat satu akhbar mingguan. Padahal tidak boleh sekat sebab ada laman web. Sepatutnya kerajaan lawanlah secara gentleman," katanya.

Zulkifli berpendapat, biarlah mahkamah yang membuat keputusan terhadap laporan Suara Keadilan dan bukannya dilakukan mana-mana kementerian termasuk KDN.

"Kalau betul-betul salah, saman di mahkamah. Dan hujahlah. Kalau salah mahkamah akan jatuhkan hukuman. Bayar denda. Fair (Adil). Masalahnya sekarang, kerajaan buat keputusan sendiri - gantung permit," katanya.

Bagi Zulkifli, tindakan ini hanya memperlihat ketakutan kerajaan kepada Suara Keadilan.

"Suara Keadilan ditakuti kerajaan. Terpaksa tutup. Kalau tidak takut, dia (kerajaan) boleh lawan. PKR hanya ada satu saja. Kerajaan ada tv, radio, akhbar. Tapi sebab mereka tidak berani lawan, jadi dia tutuplah," katanya.

Bukankah aku dah kata...

Posted: 02 Jul 2010 09:14 AM PDT

Tayangan drama bergenre sorang 'papan tarik papan' sudah bermula. Tanyangan drama bersequal ini, telah dan sedang dipentaskan oleh Mahkamah 1Malaysia.

Tayangan bermula dengan tajuk berjudul.....

"Court orders water documents revealed" Baca sini.

And then... seperti yang diduga, muncul pulak sequalnya yang bertajuk....

"Gov't wins stay order on water concession ruling" Baca sini.

Jangan haraplah mahkamah akan menyebelahi rakyat. Lawan punya lawan.. berentap punya berentap.... Last-last, rakyat jugak yang kalah. Bukan sebab kita lemah, tetapi... sebab Mahkamah 1Malaysia telah dicucuk hidung mereka.

Satu dunia telah sedia maklum... di negara Malaysia Boleh, mahkamahnya tidak bebas. Mahkamah dijadikan alat yang berfungsi untuk melindungi kepincangan kerajaan dan para pemimpinnya. OSA juga mempunyai fungsi yang sama. In fact... darjah anugerah pun kini, berfungsi sedemikian rupa especially untuk pemimpin yang menerajui pentadbiran negara serta yang 'berjasa' merompak harta rakyat dan negara.

Tamat saja tempoh perkhidmatan mereka... para perompak ini akan dianugerahkan 'Tun'. Persepsi umum... anugerah tersebut, bukan kerana jasa-jasa mereka. Apalah sangat jasa-jasa mereka.... Apakah merompak harta rakyat dan negara untuk kesenangan diri dan kroni boleh dianggap sebagai berjasa?Apakah merosakkan sistem pemerintahan negara, satu jasa??

Cemerlang sangatkah permerintahan mereka, sekiranya negara semakin 'terkulai' dikerjakan mereka? Bolehkah salah urus tadbir... penyelewengan.... pembaziran.... rasuah... yang berlaku dengan dahsyat di bawah pentadbiran mereka.... dianggap sebagai jasa??

Sebab itu... kita sceptical terhadap pemberian anugerah 'Tun'. 'Tun' hanyalah alat untuk melindungi mereka daripada didakwa atas 'jasa-jasa' mereka pada rakyat dan negara. Aha.... 'jasa-jasa' yang dimaksudkan ada inverted comma ..... ya??

Kuasa yang ada di tangan mereka, membolehkan mereka memperalatkan apa saja demi kepentingan survival mereka di negara Malaysia Boleh.

Sebab itu....kita kena sedar dan lakukan perubahan untuk meng'ubati' negara kita yang sedang nazak gara-gara tangan durjana para pemimpin UBN!!

As for drama Kerajaan Vs Rakyat, yang kini sedang dipersembahkan di Negeri Selangor..... kita tunggulah kesudahannya. Sambil tu.... perhatikan bagaimana mahkamah 1Malaysia memainkan peranan mereka.

Bekas Pegawai Penjara Bidas Menteri Mengenai Penjara Pudu..Padan Muka Menteri Bangang..!!!

Posted: 02 Jul 2010 09:11 AM PDT

Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (Expoam) mengusulkan bantahan sekeras-kerasnya kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein mengenai 'Penjara Pudu yang tidak perlu dibanggakan'.

Setiausaha Agungnya, Ali Othman berkata, kenyataan menteri itu yang menyebut "mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama" ketika bersidang di Dewan Rakyat pada 21 Jun 2010, benar-benar mengguris dan menghina ahli-ahli persatuan dan pegawai penjara yang sedang berkhidmat kini.

Kenyataan itu turut tersiar di sebuah akhbar tempatan keesokan harinya.

"Melalui Perhimpunan Agung Ke-10 persatuan, baru-baru ini, kami membuat usul bantah sekeras-kerasnya kenyataan beliau kerana merasakan seolah-olah perkhidmatan yang diberikan pegawai penjara khususnya yang telah berkhidmat di Penjara Pudu tidak dihargai, jauh sekali dari menjadi kebanggaan.

"Perlu diingatkan dengan adanya bangunan penjara atau jabatan penjara telah membuktikan wujudnya sistem keadilan yang lengkap di negara ini seiring dengan adanya mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, penjenayah wajar dibenci kerana melakukan jenayah tetapi bukan terhadap penjara itu sendiri kerana penjara adalah tempat penjenayah jalani hukuman. -SH


'Penjara Pudu bukan warisan negara'

2010/06/22

KERAJAAN tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata kerajaan juga tidak berhasrat untuk membina muzium di tapak itu untuk membolehkan generasi akan datang mengetahui sejarah kewujudannya yang dibina pada 1895.

"Kerajaan sudah meneliti perkara ini dan membuat keputusan tapak ini bukan tapak warisan dan tidak akan dijadikan tapak warisan negara.

"Mungkin banyak benda lain boleh dibanggakan berbanding sebuah penjara walaupun ia sebuah bangunan lama," katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Fong dalam soalannya ingin mengetahui kemungkinan kerajaan akan memulihara sebahagian bangunan penjara yang berusia 115 tahun itu untuk dijadikan bangunan dan tapak warisan bagi generasi akan datang supaya mengetahui sejarah penjara dan pembangunan Kuala Lumpur seperti dilakukan Korea Selatan.

Menjawab soalan asal Fong mengenai butiran lanjut pembangunan UDA Holdings Berhad di tapak Penjara Pudu, Awang Adek berkata, mereka akan membina projek pembangunan bercampur termasuk pejabat, kawasan rekreasi, hotel dan ruang niaga. -BH




Ulasan GB

Selain Awang Adek, Rais Yatim juga menyatakan Penjara Pudu tiada nilai warisan.

Mungkin jika Awang Adek dan Rais Yatim dimasukkan ke penjara Pudu, kedua-dua orang ini akan bersama-sama dengan Pegawai Penjara membuat demontsrasi membantah tindakan merobohkan penjara berkenaan.

Ada diperuntukkan komisyen ker untuk pembangunan projek pembinaan bernilai RM5 bilion di tapak berkenaan kepada kedua-dua menteri ini? GB sekadar bertanya jer.

Editor: ‘Suara Keadilan tak akan mohon maaf, bayar satu sen pun’

Posted: 02 Jul 2010 09:07 AM PDT

Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib menunjukkan edisi akhbar itu bertajuk "Felda Bangkrap" dan surat diterima daripada Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Gambar oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 2 Julai — Suara Keadilan, akhbar terbitan PKR, tidak akan memohon maaf, malah tidak akan membayar sebarang sen kepada pengurusan Felda sebaliknya bersedia bersemuka dengan agensi persekutuan tersebut berhubung laporan bertajuk 'Felda Bankrap" bulan lalu.
Pada waktu yang sama, akhbar itu juga akan menemui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam, Ahad ini untuk membolehkan terbitan tersebut dikeluarkan seperti biasa sementara menunggu kelulusan pembaharuan permit penerbitan kelak.
"Saya akan menemui ketua setiausaha KDN untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin, saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin... saya yakin," kata Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Kata beliau, berdasarkan surat rasmi dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini, Suara Keadilan tidak boleh diterbitkan lagi sehingga permitnya diperbaharui.
Ketika kementerian memutuskan demikian Suara Keadilan dalam proses menerbitkan edisi akan datang, yang dijadual berada di pasaran Selasa ini.
Bagaimanapun penerbitan itu menjadi tanya tanya ekoran keputusan kementerian.
Sehubungan itu kata beliau, sementara Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan penjelasan pihaknya penerbit akhbar tersebut berharap akan menerima kebenaran untuk dibolehkan ia diterbitkan seperti biasa.
Akhbar mingguan itu mempunyai edaran kira-kira 100.000 naskhah dan diedarkan di seluruh negara.
Suara Keadilan menerima permit penerbitan kali pertama pada 2008, selepas pilihan raya umum ke-12.
Permit penerbitan tahunan akhbar mingguan Suara Keadilan luput kelmarin.
Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sehingga mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pengurusan akhbar mingguan itu berhubung laporan mengenai Felda.
Keputusan itu diambil oleh panel khas Kementerian Dalam Negeri semalam.
Dalam satu kenyataan pagi tadi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab. Samad berkata permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh kelmarin akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan memuaskan diterima daripada pihak penerbitan akhbar itu.
"Bermula dari 1 Julai (semalam), permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan," kata beliau.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura melainkan jika permit di bawah perengan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 6 telah diberikan oleh Menteri berkenaan akhbar itu.
Dzulkarnain menerangkan secara teliti situasi Suara Keadilan pada masa ini. - Gambar oleh Choo Choy May
"Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh kementerian ini," kata Zaitun.
Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, Kementerian Dalam Negeri telah bersidang semalam dan ia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penerbitan Suara Keadilan berkaitan dengan surat teguran kementerian.
Selain itu, panel tersebut juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan.
Mengenai saman pengurusan Felda, Dzulkarnain berkata, sebagaimana dimaklumkan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa, pihaknya tidak akan membayar sebarang sen kepada agensi itu.
"Malah kami juga mengambil pendirian tidak akan memohon maaf kepada Felda sebagaimana dituntut oleh Felda semalam," kata beliau.
Dzulkarnain berkata, pihaknya merasakan mahkamah merupakan tempat yang sesuai untuk mencari kebenaran isu berkenaan.
"Mahkamah akan merupakan tempat untuk memanggil semua pihak pengurusan Felda, pengerusi, menteri untuk memberi memberi keterangan," katanya.
Sehubungan itu beliau mempertahankan bahawa apa yang dilaporkan adalah satu penerbitan yang adil berdasarkan fakta yang diperoleh daripada sumber-sumber berwibawa.
"Kami tidak melihat adanya elemen-elemen fitnah, ia adalah satu komen yang adil... sepatutnya Felda yang menyediakan kenyataan jika mereka merasakan bahawa laporan kami ini tidak adil, kami sedia untuk menyiarkan... tetapi sekarang isu ini sudah sampai di tahap ini (tuntutan mahkamah)," katanya.
Semalam, Felda mengemukakan notis menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada PKR berhubung laporan Suara Keadilan, yang mendakwa Felda dikhuatiri akan bankrap.
Selain akhbar milik PKR itu, notis tuntutan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, turut dihantar kepada penerbit akhbar itu, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetaknya, Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.
Tuntutan itu dibuat berdasarkan kerosakan reputasi kepada Felda disebabkan tuduhan ia dikhuatiri bankrap yang terkandung dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun lalu.
Suara Keadilan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata beliau menyambut baik tindakan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung edisi sulungnya.
"Itu tanggungjawab pihak berkuasa, jadi ia bukan satu isu bagi saya," kata beliau sambil menambah, pihaknya bersedia untuk menghadapi apa jua tindakan.
"Mungkin selepas ini polis akan menyiasat... kalau mereka mendapati kami salah, sila ambil tindakan. Tetapi kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," kata beliau.

'BN salah guna agensi cuba tumbang kerajaan Selangor'

Posted: 02 Jul 2010 09:04 AM PDT

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam "bermotifkan politik".

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

SPRM kemuka soalan kepada Balasubramaniam melalui peguamnya..ha..ha..macam tu je ah..!!! kah..kah..SPRM apa dah jadi..??

Posted: 02 Jul 2010 04:29 AM PDT

PUTRAJAYA, 2 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengemukakan soalan kepada P.Balasubramaniam melalui peguamnya, untuk dijawab oleh penyiasat persendirian itu.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata soalan-soalan itu telah dikirim oleh SPRM melalui kurier pada petang ini kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu.
Katanya Americk telah bersetuju untuk memberi jawapan kepada SPRM secepat mungkin.
"Kita telah menghubungi Americk dan mencadangkan mengemukakan soalan kepada Balasubramaniam dalam bentuk akuan bersumpah atau afidavit.
"Peguam Balasubramaniam itu melalui emel semalam bersetuju untuk mengemukakan soalan tersebut kepada dia (Balasubramaniam) dan turut bersetuju ia dihantar melalui kurier," katanya di sini. – Bernama

Melayu Bangang dan Celaka.??? Melayu perkasa Dan umnoapco daa...!!!

Posted: 02 Jul 2010 04:26 AM PDT

Gua kecam penggunaan akta ISA dan minta di mansuhkan, tetapi Kera..jaan mengambil pendekatan untuk meminda akta tersebut, dan sampai la ni.. masih tak tahu statusnya lagi. Walau apa sekalipun akta ini harus di hapuskan kerana ianya akta yang zalim. Mansuhkan ISA...!!!!

Sementara menanti kata putus apakah bentuk pindaan akta tersebut, jom... kita jengok pergaduhan mulut antara Ketua Pemuda MCA dengan si Melayu Celaka Raja Katak aka Presiden Perkasa Celaka. Gua pun sokong jugak kalau Presiden Perkasa Si Melayu Celaka tu di ISA kan... ha..ha..ha... sememangnya dia ni memang Celaka pun kerana mulut macam sial... suka main isu perkauman dan melaga-lagakan orang lain. Jom baca apa yang Ketua Pemuda MCA mencelakakan Raja Katak nih....

Jikalau PERKASA mahu Wee Ka Siong dipenjarakan kerana kenyataan Pemuda MCA yang membela keadilan, maka ekstremis yang celaka ini lebih patut dipenjarakan di bawah ISA," kata Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng.

Demikianlah kemarahan daripada Pemuda MCA, berikutan laporan utama edisi sulung Suara PERKASA yang bertajuk "Tahan Ka Siong bawah ISA". Beberapa orang pemimpin Pemuda MCA tampil mempertahankan Ketua-nya, masing-masing menyasarkan serangan terhadap Presiden PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia), Ibrahim Ali.

Antaranya, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA, Chiew Lian Keng menganggap Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak bersalah, malah memberi amaran bahawa "jangan hina maruah Pemuda MCA!", kerana Pemuda MCA tidak akan bertolak ansur dengan provokasi yang biadap ini.

Malah, Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mendesak agar kerajaan menyatakan sikapnya untuk mengasingkan diri daripada tindakan Ibrahim Ali yang biadap, mencelarukan sentimen perkauman, dan mencungkil saraf sensitif. Untuk Pemuda Wilayah Persekutuan MCA yang sanggup jadi benteng Wee Ka Siong, seandainya kerajaan berdiam diri dalam isu ini, maka ia adalah penghinaan terhadap MCA sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.

Oleh itu, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan MCA mahu Kementerian Dalam Negeri melucutkan permit penerbitan PERKASA, sebagai amaran kepada kenyataannya yang ekstrem, malah berharap agar penjual akhbar mengambil inisiatif untuk memboikot akhbar ini, demi menjaga keamanan negara.

Akta Hasutan terhadap PERKASA dan Ibrahim Ali

Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen turut menggesa agar polis menangkap Ibrahim Ali dan mengambil tindakan terhadap Suara Perkasa, dengan menggunakan Akta Hasutan 1948.

"Artikel dalam Suara PERKASA yang menggesa untuk menangkap Wee Ka Siong dengan ISA ini telah mencungkil kemarahan Pemuda MCA. Seandainya kerajaan berpeluk tubuh dalam isu ini, Pemuda MCA akan menyerang balik sehabis-habisnya. Kami sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA," kata Chai Kim Sen dalam kenyataannya.

Malah, Setiausaha Agung Pemuda MCA ini menambah, "PERKASA langsung tidak masuk akal. Pertubuhan yang dipimpin Ibrahim Ali ini bukan sahaja ekstrem, malah satu pertubuhan yang mengada-ada. Memang celaka betul!"

Pemimpin Pemuda MCA bangkit menyerang

Di samping itu, terdapat beberapa orang pemimpin Pemuda MCA lain yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyelar Ibrahim Ali, hari ini. Ketua Pasukan Pemuda Kebangsaan MCA, Yap Tian Hoi membidas Suara PERKASA kerana menggunakan propaganda "kelas rendah" untuk mencungkil sentimen perkauman.

Ketua Biro Kajian Strategik dan Perancangan Pemuda MCA, Foo Seck Chyn pula membidas bahawa kesabaran kerajaan untuk membenarkan hujah perkauman ini berleluasa telah mencungkil kemarahan rakyat.

Naib Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Chew June pula mendesak agar kerajaan memisahkan diri dari PERKASA, untuk membuktikan bahawa kerajaan mendukung semangat 1Malaysia, dan tidak bersekutu dengan pertubuhan yang ekstrem dan berkelas rendah ini.

*Kenyataan-kenyataan di atas dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pemuda MCA, diterjemahkan dan disunting oleh MerdekaReview.
Tapikan... sanggupkah KDN dan Kera...jaan 1Malaysia mengambil tindakan terhadap Raja Katak nih... bukankah dia running dog umnoapco dan pencacai tegar.... ntah2 ini semua lakonan puak2 laknat nih nak meraih sokongan simpati melayu kembali pada umnoapco... 

Malahan melayu sekarang dah tak macam dulu lagi... agenda perkauman dah tak jadi hal lagi beb... sebab semua kaum dah faham benar dengan agenda kotor umnoapco dan perkasa nih... hanya melayu felda dan melayu hutan jer... yang masih bangang dengan realiti Malaysia sebuah negara berbilang bangsa dan kaum (negara majmuk).
IkutSukaAku.

MENGALU-ALUKAN PEMBEBASAN DR HASSAN AL TURABI

Posted: 02 Jul 2010 04:25 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/Hassan_al-Turabi_1363245c.jpgLajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mengalu-alukan langkah Kerajaan Sudan membebaskan Dr Hassan al-Turabi, pemimpin Parti Kongress Sudan kelmarin. Tindakan ini memberi sinar harapan baru kepada demokrasi tulen di Sudan yang menjadi bahan bualan antarabangsa.

Dr Hassan al-Turabi adalah salah seorang pemimpin Islam dan pembangkang yang disegani di Sudan. Sebagai pemimpin kepada Parti Kongress Popular, sudah tentu beliau menjadi perhatian masyarakat antarabangsa khususnya dunia Islam. Kenyataan dan pandangan beliau yang moderate dan kontemporari selalu menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia.


LA DPPP percaya Dr Hassan bukanlah seorang ektrimis agama dan pengganas seperti yang didakwa. Kritikan beliau berunsur nasihat dan bermotifkan kebaikan untuk negara Sudan. LA DPPP berpendapat, ruang kebebasan untuk bersuara, mengkritik dan berhimpun perlu dibuka bagi membuktikan Sudan benar-benar mengamalkan demokrasi yang sihat. Sememangnya negara-negara maju memberikan sepenuhnya kebebasan kepada rakyatnya untuk menyatakan pandangan dan pendapat dalam ruang lingkup yang dibenarkan tanpa apa-apa sekatan.

Selain daripada pembebasan Dr Hassan At Turabi, LA DPPP turut mengharapkan pembebasan ramai lagi tahanan politik di negara Sudan. Sudan merupakan contoh negara Islam di Afrika seharusnya menjadi tiang kepada negara-negara Islam di Afrika yang lain.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa
Dewan PEMUDA PAS Pusat

It’s democracy and not derhaka

Posted: 02 Jul 2010 04:21 AM PDT


Azmi Sharom
It is one thing to have a populace that does not quite understand the full extent of their democratic rights, it is quite another to have leaders perpetuate a feudalistic atmosphere to keep their grip on power.

After the 2004 general election, the newly chosen MP for Putrajaya was being interviewed on the telly. He was obviously very happy with the result – his chubby face was glowing. The Barisan had won big in that particular constituency.
His happiness was understandable but his explanation for the victory, however, was a little bizarre. He said the reason Barisan won the seat so easily was because Putrajaya was home to mainly civil servants. In other words, it was expected that these people will vote for the "govern­­ment".
Two points of clarification should be made here. Firstly, the freedom to choose is the right of every single Malaysian, regardless of job description. And secondly people don't vote for a "government", people vote for a party which will then form a government.
It's all pretty basic Democracy 101 type stuff, but I guess for some it's a lesson which is a little tough to grasp. Not surprising really, consi­dering how terribly feudal our country is.
Why, just today I read that tribal leaders in Sarawak have been warned not to vote for the opposition. The last time I checked, the right to choose belonged to all Malay­sians. I didn't realise there was a tribal clause.
To a certain extent, I can understand why some people may think that once a party is in power then they deserve undying loyalty. It is a throwback to our days of absolute monarchs, chieftains and the like. You had an allegiance to your ruler, whoever that ruler might be and woe betide you if you were to be rebellious, or to use that most heinous of Malay words "derhaka".
But times have changed and we are a democracy now. Or so we claim to be. If we are, then this thinking is simply not in line with our rights as citizens to choose our leader and to choose whoever we like as our leader. A feudal system is very much top down whereas a democracy moves the other way.
But like I said, I am not too surprised that we ordinary people may fail to understand and appreciate the power that is in our hands. I'm not surprised because the everyday business of governance in this country is infected with the trappings of feudalism.
Look around you – if you are in any public building, chances are you will see several portraits smiling benignly down at you a la Kim Jong Il. Apart from providing income to a bunch or photographers, printers and framers, I really don't see the point in having these elected mugs smirking down at me. After all, what is important is the office, not the individual holding that office.
And although our national characteristic is one of politeness and respect, I don't think it should degenerate to base toadying and brown nosing. It is distasteful to see grown men slobbering, bowing and scraping to elected officials who, let's face it, are our servants and not the other way round.
Again, in a warped kind of way, I understand why people do this. These big shots have power. But then, even here there is a distortion of how things should be. They have power, that is true, but that power must not be in any way unlimited and the use of that power has to be accountable and transparent.
Because our system of governance lacks transparency and accountability, the amount of power wielded by the few is far too great and this merely feeds into the feudalistic thinking of the society we live in as people will prostrate themselves before someone whom they think can give them reward, regardless whether they should have such power to reward or not.
However, back to the Sarawak tribal chiefs. Michael Manyin, who is the Sarawak Infrastructure Develop­ment and Communication Minister, said in a speech that "tribal leaders are the government's agents in developing local communities and are not supposed to go against the government".
This may be true in the daily life of a tribal leader. He will have duties to carry out and he should not do anything to undermine that. However, during election time, there is no longer a "government". There are only parties vying to be the next government and in that situation, a tribal leader or any other citizen for that matter can choose who they want.
It is one thing to have a populace that does not quite understand the full extent of their democratic rights, it is quite another thing to have leaders perpetuate a feudalistic atmosphere in order to keep their grip on power.
It is about time we realise that this country belongs to all of us, the citizens. It definitely does not belong to elected officials who are at the very most merely managers entrusted with the running of the nation and managers with no security of tenure because we can fire them.
And that is not "derhaka", that is democracy.

The stink of belacan politics

Posted: 02 Jul 2010 04:18 AM PDT



RPK is not an enemy of the people. It is the Najib administration that wants him behind bars. In the case of Nasir Safar, it is the people—the real government—who want him charged for sedition. 
FREE MALAYSIA TODAY EDITORIAL
Barisan Nasional's abuse of the court system, like many of its other abuses, is as blatant as belacan, to borrow an expression from an old Salleh Ben Joned poem. Like belacan, it stinks to high heaven. But at least belacan does not insult your intelligence.
Just days after we were told that the Attorney-General had dropped the case against Nasir Safar because he found it hard to prove sedition, we are reminded again—this time through a moronic statement from ex-PKR man and now Umno proxy Zahrain Mohamed Hashim—that the hunt is still on for Raja Petra Kamarudin, who skipped town before his sedition trial could begin. These two developments, taken together, make for a good lie detector to be applied on those who have been following both cases. That person is a liar who says that in his objective assessment RPK's sedition is easier to prove than Nasir's.

Umno apologists and anti-democratic elements like Utusan Malaysia may not understand why we say Zahrain's complaint could come only from a moron. So we are not insulting their intelligence when we explain that the correct reaction to Zahrain's so-called revelation should be: "What's wrong with supporting RPK and even financing him?"
RPK went into exile so that he may continue to be a voice for democracy. If he needs financial support, then anyone who lends him that support deserves our admiration and praise. RPK is not an enemy of the people. It is the Najib administration that wants him behind bars. In the case of Nasir Safar, it is the people—the real government—who want him charged for sedition. According to police reports lodged by Malaysians who heard him, he insulted them with seditious words. Shouldn't we let the courts decide whether this was true?

It is embarrassing, because it is so obvious, to point out that the main subtext behind the official exoneration of Nasir and the continuous effort to discredit RPK is the desperate need to protect the Prime Minister's behind.
It must have been Providence that inspired Nasir to make his blunder in Malacca, which produces the best belacan in the world. Malay and Chinese chefs will tell you that you that you can remove belacan's stink by toasting it.

Zahrain tak mahu suruh SPRM siasat pertemuan Bala dan RPK.....

Posted: 02 Jul 2010 04:15 AM PDT

Si raja katak Zahrain menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London. Si raja katak Zahrin juga
mendakwa dia mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa blogger Raja Petra Kamarudin dan penyelaras Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim menginap di hotel yang sama ketika berada di United Kingdom, tahun lalu.


"Jumpa Raja Petra tidak salah...Raja Petra dan isterinya, Marina kawan saya,kata Zaid Ibrahim. Saya tak tinggalkan kawan semata-mata kawan ada dalam kesusahan Kalau kita itu, wakil rakyat Bebas yang begitu di gemari oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kenalah jaga standard supaya orang tak mengatakan kita ini budak suruhan semata mata, dan tidak ada modal bernas untuk diketengahkan dalam Dewan," kata Zaid Ibrahim.



Balasubramaniam sangat menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain.

Balasubramaniam berkata, "Wang yang akan digunakan oleh dia bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang dia terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah Mansor, yang merupakan penaja sebenar,"




Ini pula, apa cerita? Kalau nampak kat si raja katak Zaharin nanti dia akan panggil sidang media dan suruh SPRM siasat sapa taja perjumpaan Bala dengan Raja Petra pula?

Oooops...bukankah Bala dah beritahu bahawa dia guna wang yang diberi oleh Deepak dan Rosmah Mansor untuk dia pergi ke London.

Rosmah bagi wang suruh Bala tutup mulut....ni apa pula cerita pergi ke London untuk jumpa Raja Petra??

40 Ulama: Dakwat belum kering sudah menipu?

Posted: 02 Jul 2010 04:12 AM PDT

Sudah beberapa kali saya mengulas isu 40 'ulama' muda yang didakwa menyertai Umno. Belum apa-apa lagi sudah banyak kontroversi yang wujud.

Dari segi bilangan 40 yang didakwa datang pun sudah tak betul. Ada yang kata 40 dan ada yang kata tak sampai 40.

Ada yang yang kata dijemput dan ada pula yang kata mereka tak ada dalam senarai untuk jadi 'ulama Umno'.

Jurucakap kumpulan 40 ulama itu, Fadlan Mohd Othman dan Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid kini saling nafi menafi serta saling tuduh menuduh di antara satu sama lain tentang cerita '40 ulama masuk Umno'.

Saya tak pasti siapa yang betul, tetapi yang saya cukup pasti di antara keduanya ada yang jadi ulama penipu! Sehingga hari ini Mohd Hosni yang juga pensyarah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Teknologi Selangor tampil di pentas terbuka menafikan bahawa beliau mengisi borang Umno.

Katanya 'saya memang tiada niat untuk masuk Umno... belajar agama tinggi nak masuk Umno buat apa?".

"Saya hadir ke program ini kerana diberitahu oleh seorang tokoh agama Umno bahawa Perdana Menteri mahu menemui pelajar-pelajar yang pernah belajar di Timur Tengah.

"Jadi apabila diberitahu begitu saya tanpa syak wasangka bersetuju untuk mengikut tokoh agama menghadiri program itu.

Manakala Fadlan pula melalui media terus menafikan bahawa empat orang yang mempertahankan dijemput ke majlis berkenaan termasuk dalam senarai masuk Umno.

Pening juga dibuatnya, mungkin inilah hasil tarbiyyah pertama bila menjadi ahli Umno. Kalau ya pun tunggulah dakwat dalam borang Umno tu kering dulu.

Pulau Pinang setuju LA bukan dari Peguam Negara

Posted: 02 Jul 2010 04:06 AM PDT

BUKIT MERTAJAM, 2 Julai: Selepas Kelantan, Pulau Pinang pula setuju cadangan agar Penasihat Undang-undang (LA) dilantik sendiri oleh kerajaan negeri bukannya dari Jabatan Peguam Negara namun buat masa ini akan kekal dengan kakitangan yang ada.

Ketua Menteri Pulau Pinang,  Lim Guan Eng, menyokong cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua negeri yang ditadbdir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) melantik Penasihat Undang-Undang sendiri.

Langkah ini akan menghentikan amalan yang menjadi tradisi kerajaan yang lalu apabila penjawat jawatan tersebut diisi oleh wakil dari Jabatan Peguam Negara.

Menurut Lim lagi, cadangan tersebut adalah suatu proposal yang baik bagi mengelakkan berlakunya tindakan cuai pegawai yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.

"Tindakan ini adalah baik kerana sebagaimana yang kita ketahui pegawa-pegawai ini adalah lantikan daripada Kerajaan Pusat yang mewakili kepentingan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menimbulkan pelbagai masalah kepada pentadbiran negeri.

"Walau bagaimanapun setakat ini Pulau Pinang akan terus menggunakan khidmat nasihat daripada pegawai yang sedia ada, memandangkan Penasihat Undang-Undang tersebut adalah wakil kepada Kkrajaan negeri dalam semua urusan yang berasaskan perundangan dan mereka harus berurusan melalui saya terlebih dahulu,"katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, semua tindakan yang akan diambil perlu terlebih dahulu mendapat arahan daripada Exco Kerajaan Negeri dan Pulau Pinang masih lagi mengekalkan Penasihat Undang-Undang sedia ada.

Lim berkata demikian semasa bercakap kepada media di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai, Bandar Perda, Bukit Mertajam.