Rabu, 30 Jun 2010

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Anak angkat Tun Mahathir (Maizura Mahathir) penagih arak??

Posted: 30 Jun 2010 12:42 AM PDT

Oleh: Pria Malaya

Penulis yakin ramai dikalangan kita masih tidak mengenali keluarga Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad..ramai yang tak tau berapakah bilangan cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, berapa org anak kandung, berapa pula bilangan anak angkat dan lain2..

Dalam entry kali ini, penulis ingin memperkenalkan korang dengan 'lebih mendalam' salah seorang anak angkat tun Mahathir, iaitulah Maizura Mahathir..(artikel ini juga adalah lanjutan dari artikel penulis di sini..)

Berdasarkan pencarian internet, Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir sekeluarga yang paling 'bongsu'..beliau (Maizura) di'angkat' oleh keluarga Tun ketika beliau umur 6 bulan, iaitu pada tahun 1983..menurut sumber yg juga rakan FB kepada Maizura Mahathir (identiti dirahsiakan), Maizura dikenali seorang yg kuat bersosial..lebih dari itu beliau juga dikatakan seorang tomboy (seorang perempuan yg bersikap seperti lelaki), dan juga peminum arak..

Rasanya setakat itu ulasan penulis..penulis hanya mendedahkan, dan terpulang pada korang sama ada mahu percaya atau tidak..dan penulis tetap memberi peluang utk tertuduh membela diri sekiranya dakwaan ini tidak benar....akhir kalam, yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan sempadan..semoga ianya menjadi pengajaran bagi orang2 yang ingin mengambil pengajaran..wallahua'lam..




TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri Malaysia Ke 4 1981 – 2003 "Bapa Permodenan".

KELUARGA TUN MAHATHIR

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masingmasing. Kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 5 Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu : Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz),
Maizura , Mazhar dan Daniel Fariezs(anak angkat)


(Sumber: "Wikipedia Bahasa Melayu" Muhammad Aqil Hafiz,2 Efektif 2008 SMK7,shah alam.)



"Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali proved that a mother's heart is never too small to love not just her own children but THREE ADOPTED ONES as well.

Her own children – Marina, Mirzan, Mokhzani and Mukhriz – had also taken their adopted siblings –
Melinda, Mazhar and Maizura – to heart right from the start.

Mazhar and
Maizura were adopted in 1983, when Siti Hasmah's children were all overseas. The urge came upon the couple during a state visit to Pakistan. On their arrival at the airport, the couple were greeted by a girl and boy dressed in traditional Pakistani costume. The children struck such a chord in Mahathir's heart that he wanted to adopt them. The following year, their wish came true. A six-month-old girl and nine-month-old boy, whom they named Maizura and Mazhar, came into their lives. Now, Maizura, 24, is pursuing a Mass Communications degree while Mazhar is doing music at an art academy."


(Sumber: www.sun2surf.com)



[ Lim Kok Wing University 2009 Graduation] Tun Mahathir daughter, Maizura Mahathir. She's one of the President's Awards for Young Achievers. This is a special category that recognizes outstanding effort put in by student in extra-mural activities. The students have demonstrated single-minded dedication to achieving excellence and this award honour the sincerity of the efforts. Congratulations to Maizura and Tun Mahathir and Tun Hasmah.

(Sumber: cutecarry.wordpress.com)



DR. Mahathir Mohamad dan isteri, Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali tersenyum gembira apabila anak mereka, Maizura menerima Anugerah Presiden pada Majlis Konvokesyen di Kampus Induk Universiti Limkokwing di Cyberjaya,

(sumber: Utusan Malaysia Online)





Tun Mahathir & Tun Hasmah with Maizura Mahathir for Kitty Album

(Sumber: redphotography1.blogspot.com)

Berikut adalah gambar2 Maizura Mahathir bersama tin arak jenama 'Carlsberg'...















p/s: Sebenarnya penulis cuba utk 'simpan' artikel ni disebabkan perasaan kurang senang pihak tertentu..namun tidak semana2 ada yg mendakwa penulis cuba menyebarkan fitnah, penulis telah melakukan edit gambar(phosotshop), gambar palsu dan lain2..so bagi bersihkan nama penulis, penulis post balik artikel pendedahan ni..korang tengok la sendiri benar atau tidak, original atau palsu..

Di bawah adalah gambar original yg diberikan oleh 'sumber' kpd pnulis, dan kemudiannya penulis cuba melakukan sedikit edit dgn meletakkan nama blog penulis seperti di atas..'sumber' adalah seorng rakan FB kepada Maizura Mahathir (identiti beliau dirahsiakan)...wallahua'lam..








Krisis Umno Kedah berjangkit pada sayap Puteri

Posted: 20 Jun 2010 01:17 AM PDT


(Sekadar gambar hiasan)

Rosnah Nafi Pergeseran Dalam Puteri Umno

KULIM: Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata dakwaan berlakunya pergeseran dalam pergerakan itu terutama di peringkat bahagian adalah satu spekulasi yang cuba memecahbelahkan Puteri Umno.

Katanya beliau yakin ini adalah satu spekulasi yang berniat serong yang cuba ditimbulkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan semata-mata mahu memecahbelahkan pertalian akrab di kalangan pemimpin pergerakan ini.

Bercakap kepada pemmberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu di sini semalam, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sehingga kini kepimpinan pergerakan itu di peringkat bahagian lebih-lebih lagi di Kedah tiada mengalami sebarang masalah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya situasi tersebut berikutan ada pihak-pihak yang mempunyai agenda peribadiRosnah berkata beliau mahu kepimpinan Puteri Umno di peringkat bahagian dan negeri mengutamakan kepentingan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau mengingatkan mereka yang ada rasa tidak puas hati supaya mengutamakan kepentingan perjuangan Puteri yang menjadi sayap kepada Umno, bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. - BERNAMA

Berita berkaitan:
- Lagi krisis Umno Kedah: Pemimpin Umno Kedah akui pembangkang (PR) semakin kuat di Kedah!

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nikmatnya ibu tiriku

Posted: 30 Jun 2010 09:45 AM PDT

Suatu malam Saleha ingin ke bilik air. Dia melintasi bilik Hashim. Pintu bilik Hashim entah macam mana tak ditutup malam itu. Entah Hashim terlupa atau sengaja tidak dapat dipastikan. Lampu juga masih terang benderang. Terterkejut Saleha melihat kain dipakai Hashim terselak hingga ke pusatnya. Nasib baik seluar dalamnya masih menutup anu Hashin yang kelihatan berbonggo itul. Saleha cepat-cepat menunju ke bilik air. Dai tidak mahu memandang apa yang dilihatnya lama-lama, nanti dia akan bertidak buruk.

Selepas di bilik air Saleha naik semula. Semasa di bilik air tadi Saleha dah mula memikirkan yang tak baik. Dia dah membayangkan anu Hashim. Imiginasinya tinggi. Dia ingin mendapatkan bantuan Hashim. Bantuan untuk memuaskan nafsunya.
Saleha melintasi bilik Hashim, Hashim masih terlentang sepertimana tadi. Dia cepat-cepat balik ke biliknya. Umar sedang nyenyak tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dia bertekad ingin ke bilik Hashim. [seterusnya DI SINI]

kalam Perantau

kalam Perantau


Ku Li sedia jadi saksi tuntutan royalti minyak

Posted: 30 Jun 2010 11:00 PM PDT

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau sedia menjadi saksi bagi pihak kerajaan negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai perkara itu berikutan pernah dilantik sebagai orang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuhkan Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum.

"Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri terbabit membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos nanti.

Kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada penduduk Kelantan.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak.

Bagaimanapun, katanya beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membawa kes royalti minyak ke mahkamah dan beliau bersedia menjadi saksi. — Bernama


Kaukus petroleum: PR jumpa Kuli

Posted: 30 Jun 2010 07:00 PM PDT

Oleh : Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Pakatan Rakyat akan mengadakan satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini bagi membincangkan isu royalti petroleum untuk kaukus parlimen yang ditubuhkan.

Pertemuan tersebut akan belangsung hari ini dalam satu majlis makan tengah hari di ibu negara.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang juga salah seorang yang menyertai pertemuan itu.

Salahudin memberitahu, pertemuan itu bagi membincangkan secara serius mengenai langkah-langkah seterusnya mengenai tuntutan petroleum.

“Saya akan mengadakan satu pertemuan khas mewakili ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Kami akan membincangkan langkah-langkah selanjutnya tentang isu royalti petroleum,” katanya.

"Kami ada apoinment makan tengahari esok (hari ini) dan kami telah diamanahkan oleh majlis tertinggi Pakatan Rakyat untuk membincangkan secara serius esok dengan Yang Berhormat Mulia tentang kaukus petroleum yang ditubuhkan bawah Pakatan Rakyat," katanya lagi.

PR mencadangkan ditubuhkan kaukus ini untuk membolehkan hak-hak royalti petroleum untuk setiap negeri di negara ini diberikan dengan adil.

Razaleigh dalam jawapannya berkata, beliau bersedia untuk menimbangkan cadangan ini dan akan turun memberikan sumbangan bagi menjayakan usaha ini.

Beliau sebelum ini menyokong penuh bahawa Kelantan dan Terengganu berhak mendapatkan royalti minyak berdasarkan perjanjian Petronas dengan kerajaan kedua-dua negeri itu.

Namun sehingga kini, kerajaan Pusat di bawah BN tidak menunaikan janji itu bahkan akan memberikan wang ehsan untuk kedua-dua negeri itu.


Tindakan MB punca perpecahan BN parah

Posted: 30 Jun 2010 03:08 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said merombak lima portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diramal membawa perpecahan lebih parah dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Zakaria Dagang berkata, keadaan itu disebabkan Ahmad menggunakan kuasanya tanpa mengambil kira pandangan atau berbincang dengan Exco beliau.

Zakaria turut menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena berhubung rombakan yang dibuat baru-baru ini memandangkan beberapa Exco yang bertukar portfolio tidak dimaklumkan lebih awal.

“Apabila berlaku keadaan begini, MB dilihat sengaja mahu mencari pasal yang mungkin menyebabkan berlaku keadaan lebih buruk yang boleh membawa perpecahan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad bahawa keputusan rombakan Exco yang diumumkan baru-baru ini mendapat keizinan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak Ahmad membuat perbincangan dengan pihak lain yang bukan Exco sebelum memutuskan sedemikian.

“Mungkin beliau sudah bincang dulu atau minta pandangan atau memaklumkan pandangan beliau, tetapi apabila berlaku seperti ini, ia kelihatan seolah-olah Ahmad menggunakan kuasa tanpa mengira pandangan mereka (Exco), sedangkan Exco berkenaan bekerja dengan beliau sebagai satu pasukan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Illusi graviti - mata memang mudah tertipu

Posted: 30 Jun 2010 06:55 AM PDT



Lihat gambar diatas dan kemudian lihat klip video. Dalam video di bawah ini, bola miniatur meleret keatas melalui alur seolah-olah ditarik oleh magnet yang berada ditengah tengah. Nampak seperti tidak mungkin kerana menentang graviti. Illusi ini bukan teknik komputer kerana tidak ada sebarang komputer grafik digunakan. Hanya 'cardboard', gam (glue), dan beberapa bola kayu.

Illusi "seni luar biasa" ini dicipta oleh Koukichi Sugihara. Selepas melihat klip video, apa yang berlaku sebenar nya adalah mata kita melihat gerakan bola yang sebenar nya turun tetapi disalahartikan sebagai gerakan bola menaik. Apa yang menakjubkan ialah bagaimana Koukichi mengatur illusi ini dalam 'angle' 3-dimensi dan gerak fizikal, bukan dengan gambar 2-dimensi.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Photobucket

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Selamat Tinggal Korang!!

Posted: 30 Jun 2010 04:58 AM PDT


Assalamualaikum warahmatullah dan Selamat sejahtera

Posting kali ini akan menjadi posting ke 260 aku...

Dan rupa-rupanya posting ini akan menjadi posting terakhir aku...

Esok last lah streamyx aku punya akaun..untuk bulan ni aku tak bayar pun..biarkan dia potong..nak blacklist pun blacklist lah..bukan selama ini aku pakai tak bayar.

Sbb aku dah nak berangkat ke UIA dah..Ahad ni..4 Julai..sempena kemerdekaan USA...ahahahahahaha

Nanti mungkin aku dah tak posting lagi dah apa2 mengenai cerita politik Malaysia yang kelam kalibut dan macam cerita P.Ramlee ni.. ahahah ada ke 40...Allah hai...

InsyaAllah aku akn teruskan kalau ada wifi kat sana..aku pun pakai laptop..Tapi dengar tak cover sampai mahallah..mahallah tu rupa2nya hostel..hostel dipanggil mahallah kat UIA..Tapi aku saja survey kat tenet diorang kata wifi skang dah sampai masuk ke hostel dah..terangkat suka aku

Kalau sampai wifi ke meja aku kat dalam hostel tu insyaAllah setiap hari kalau tk sibuk belajau mmg aku mnggatal kan tangan dok kondem cerita Berita Harian tu.. ahahahahahahha

Apa-apa pun..Cik Kasai aka Orangkasai(kini lama mendiam) penah warn aku..dia kata nanti terikat ngn AUKU.. ahahahahah..takut aku..

Tadi surat PTPTN dah sampai..dia kata aku dah dioffer.siap bagi check you...cam tau2 je aku leh dapat keje..semangat aku nk belajau cam ni..lom aku becadang nk mintak MARA atau JPA surat PTPTN dah sampai..Alhamdulillah la..walaupun kakak aku berpengalaman dengn PTPTN sampai menggelarkan PTPTN sebagai PTPT-PU.. ahahahahahaa..MARA pun tak dak pula call aku..dulu lepas SPM ada call nk sponsor..skang takdak plak...

Nanti leh la aku cerita pengalaman masuk U.. ahahaha macam cita tommy lee goes to college.....tapi versi aku la..ahahaahaa

Jadi..korang yang dah biasa menjenguk ke blog nengok cita remeh aku pasal politik tak da la lagi akan terbaca posting2 terbaru..kot.. eheheheh.so long..gudbai..

Sekian..Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tidak kira siapa jua..terutama mereka2 yang sudah menjadi follower dan membloglistkan blog aku yang tidak seberapa ni.. ahahahahaha

Terima KAsih Banyak2...korang mmg the best...

InsyaAllah 4 tahun lagi aku mai kot..kalau la tak dak tenet kat sana... ahaha nk pakai broadband?? tolonglah..aku kat Malaysia..bukan kat London.. ahahahahahha kiasan tu..intenet slow...nak bayar streamyx pun dah sampai reput wallet aku tu..adoi...nasib baik mimpi katak aku tu mmberi makna yg betul..dapat la aku duit belanja daripada nenek ngn abang aku..tadi PTPTN lak bg pendahuluan RM 1500..itu pun aku tk paham lagi ngn PTPTN...lanyak jo lah..

Aku belajar law..aku tengok jadualnya..umang ai....gilo suma undang2 aku nk belajau..tak pa..sbb aku dah ada minat dah..law ngn politik tak jauh..ada hikmah gak Allah tempat kan aku belajar undang2 ni..

ni aku kongsi kalau korang teringin nk nengok kan..ni link dia;http://www.iiu.edu.my/laws/structure.php

Ok lah..sampai di sini sahaja...

Sekian Wallahu'alam

Selamat Tinggal Korang..Teruskan menghentam UMNO sampai deme beruboh ye...

Doakan den monjadi loyar tak pun majistrate yo!!!!!!!!!!


WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SAMADA AZMIN ATAU KHALID, KEDUA-DUANYA UMNO TAKUT

Posted: 30 Jun 2010 12:42 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APA yang dikecohkan oleh media pencacai pro Umno sekarang adalah berkenaan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR. Kununnya YB Azmin mahu merampas kuasa MB Selangor dari YB Khalid. Apabila YB Azmin dilantik pula menerajui PKR di Selangor menggantikan YB Khalid, maka bertambah seronok pula segala jenis pencacai di dalam Umno.

Paling melucukan juga, yang berada di luar Umno kununnya Bebas pun terikut dengan komen-komen dungu dari puak-puak Umno. Mereka beranggapan tanpa kuasa sebagai pemimpin politik di Selangor, maka YB Khalid tidak layak menduduki kerusi MB Selangor. Oleh kerana masing-masing berebut untuk mengampu Najib, maka mereka terlupa beberapa negeri di bawah BN juga serupa. Di Terengganu contohnya, siapa jadi MB dan siapa pula mengetuai Umno Terengganu? Di Perlis pula bagaimana? Usah diceritalah negeri-negeri lain yang mereka tidak kuasai seperti di Kedah dan Selangor. Di Kedah, orang seberang laut mengetuai Umno Kedah. Dengar loghat bahasa pun sudah macam itik dengan ayam. Di Selangor, tiba-tiba anak jati Pahang pula mengetuai Umno Selangor. Pencacai lupa semua itu, termasuklah TPM sendiri yang mengulas isu Selangor seperti ulasan budak tidak mengaji.

Sebenarnya, Umno amat takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor. Ini adalah kerana YB Azmin mempunyai kekuatan dan strategi politik yang bijak serta mampu memperkuatkan PKR khususnya di Selangor. Umno memang takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor, tapi mereka juga bimbang dengan kekuatan dan kebijaksanaan YB Khalid sebagai MB Selangor. Ini adalah kerana YB Khalid terkenal dengan sikap tegas, telus dan bijak selaku pentadbir. Buktinya, sudah banyak kali Selangor cuba diganggu dengan berbagai cerita, persepsi dan fitnah buruk, namun YB Khalid yang terkenal dengan sikap `cool'nya berjaya mengatasi mainan kotor puak mereka. Selaku penyokong PR, kita juga mungkin merasa `rambang mata' dengan ketokohan kedua-dua mereka ini.

Samada YB Khalid dikekalkan atau YB Azmin dilantik, Selangor tidak rugi sedikit pun. Dasar PR tetap tidak berubah dan sesiapa pun menjadi MB Selangor tetap akan mendahulukan rakyat. Dasar merakyatkan Selangor pada waktu ini amat baik dikekalkan. Mungkin jika berlaku perubahan di kerusi MB Selangor, yang berbeza cuma pendekatan untuk memantapkan lagi Selangor. Secara peribadi, saya berharap YB Khalid terus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya. YB Azmin lebih layak berada di peringkat lebih tinggi dari MB memandangkan pengalamannya di arena politik.

Penjelasan YB Azmin secara terbuka bersedia untuk mengosongkan kerusi Dun sekiranya parti membenarkannya bagi membuktikan bahawa beliau bukan gila kepada kerusi MB Selangor wajar dipuji. Manakala, pengakuan YB Khalid juga secara terbuka meminta agar YB Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor juga patut diberi penghargaan. Sokongan terbuka YB Azmin terhadap YB Khalid selaku MB Selangor tentunya memedihkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat kedua-dua pemimpin ini terus bertelagah hancur jua.

Nampaknya hasrat Umno di Selangor untuk menguburkan PKR khususnya dan PR amnya tidak mungkin kesampaian. Meskipun mereka diketuai oleh PM sebagai pemimpin di Selangor ditambah pula dengan adanya Senatak Ezam sesumpah, Umno akan terus gagal kerana rakyat di Selangor tahu membezakan antara mana satu parti yang suka menghisap darah rakyat./wfauzdin.blogspot.com

ULAMAK MUDA POPULAR DI PENTAS CERAMAH

Posted: 30 Jun 2010 09:52 AM PDT


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno.


Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.

Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah... dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.

Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain.

"Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.

Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan.

"Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri," kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.

Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.

Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka.

"Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.

Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.

Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu.

Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.

Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.

Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.

Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.

Bersalam dengan PM

Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.

"Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa," jelas Mohd Husni.

Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

"Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.

Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang 'ori'.

Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

"Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara," ujarnya.

Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

MARUAH ALI RUSTAM DICABAR DI BUMI MELAKA, BERANIKAH ALI RUSTAM ?

Posted: 30 Jun 2010 09:25 AM PDT

PAS dakwa ceramahnya di Melaka diganggu

Jun 30, 10


PAS mendakwa siri ceramahnya yang diaturkan sejak beberapa minggu lalu di Melaka terus diganggu oleh penyokong Umno-BN.

Dalam kejadian terbaru, ketua penerangan PAS, Melaka, Sofi Wahab berkata ceramahnya di perkarangan pejabat parti itu, di Bukit Baru Dalam diganggu dengan tayangan perlawanan bolasepak Piala Dunia antara Jepun dan Paraguay.

"Mereka sengaja membesarkan 'suara' siaran langsung tersebut sehingga membingitkan telinga para hadirin yang mendengar ceramah," katanya.

Menurut Sofi program siaran langsung perlawanan bolasepak dan ceramah Umno-BN itu dianjurkan secara ad-hoc semata-mata untuk menganggu ceramah mereka.

"Tidak lama kemudian mereka menutup siaran langsung tersebut dan mula mengadakan ceramah bagi menganggu ceramah PAS," katanya kepada Malaysiakini.

Penceramah pertama di pihak PAS ialah ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dari DAP tetapi pada masa yang sama BN juga menganjurkan majlis berasingan di kawasan berdekatan dengan ucapan oleh Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo.

Dalam ceramahnya Khoo mencabar penceramah Umno supaya tampil untuk berdebat dengannnya di hadapan rakyat bagi menjelas pelbagai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Ini disusuli dengan ucapan naib presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub yang hampir serentak dengan ceramah Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam.

Suasana dilaporkan menjadi semangat panas apabila Mustafa membangkitkan isu siapa sebenarnya pengkhianat Melayu sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN.

"Pengkhianat Melayu bukannya PKR, PAS hatta DAP tetapi Umno-BN lah pengkhianat sebenar.

"Siapa yang menghancurkan bahasa Melayu dengan dasar PPSMI? Siapa yang mempermainkan agama dengan menghalalkan judi bola? Siapa yang menggadaikan tanah KTM kepada Singapura?" soal Mustafa.

Seterusnya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengambil gilirannya sebagai penceramah terakhir sementara Ali Rustam meneruskan ceramah beliau.

"Semua orang tahu bahawa ketua menteri tuan-tuan telah disabitkan kesalahan rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno ketika bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada pemilihan yang lalu," sindirnya.

Salahuddin juga meminta rakyat mengutuk tindakan kerajaan kerana menyerahkan tanah KTM kepada Singapura dan kawasan perairan yang kaya dengan minyak - Blok L dan M kepada Brunei.

"Otak pemimpin BN macam bola cantik di luar kosong di dalam sebab itu mereka sanggup menggadaikan kepentingan dan kedaulatan negara kepada negara luar," perlinya.

Sehubungan itu, Salahuddin mengajak Ali Rustam supaya berdebat dengannya secara langsung dengan disiarkan di televisyen dan bukannya bercakap dari jauh./Malaysiakini

GILA KUASA - AZMIN SANGGUP LEPASKAN ADUN BUKIT ANTARABANGSA

Posted: 30 Jun 2010 03:06 AM PDT


Mohd Rashidi Hasan

NAIB Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa beliau 'budak jahat' yang mahukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Tegas Azmin, beliau menyokong penuh Khalid sebagai MB Selangor dan sekarang ini bukan masanya untuk Khalid diarahkan meletakkan jawatan.

"Semasa diretreat (pemukiman) KeADILan, saya duduk di sebelah Tan Sri (Khalid), saya katakan dengan jelas kepada semua yang hadir, ya memang saya ada masalah dengan Tan Sri, tetapi saya tidak sekali-kali mahu merampas jawatan beliau.

"Malah dengan jelas saya tawarkan kepada parti, saya sanggup melepaskan jawatan Adun Bukit Antarabangsa, supaya dengan itu tiada lagi spekulasi bahawa saya mahu merebut jawatan MB," tegasnya.

Begitulah penegasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, kepada penulis ketika kami sembang-sembang di Parlimen, 29 Jun lepas.

Azmin jelas menunjukkan kekecewaan beliau, terhadap sesetengah pihak sama ada blogger dalam KeADILan dan pucuk kepimpinan tertentu yang sengaja 'mislead' dan memperbesar-besarkan isu jawatan MB.

Menurut Azmin, sebagai Naib Presiden parti, suatu jawatan kanan yang disandang, beliau berhak untuk membuat teguran dan kritikan kepada mana-mana pihak, khususnya pemegang-pemegang jawatan dalam kerajaan negeri.

"Yang saya mahu ialah mereka 'deliver' untuk kepentingan parti dan rakyat, bukan saya mengkritik kerana hendak merebut jawatan.

"Saya tidak gila kuasa, malah saya tegaskan kepada Ketua Umum (Dato' Seri Anwar Ibrahim), saya meletakkan jawatan sebagai Pengarah PKNS atas dasar prinsip, saya tidak gila kuasa, saya tidak gila untuk jadi MB," katanya bersungguh-sungguh.

Merujuk kepada jawatan Pengerusi Perhubungan KeADILan Selangor, menurut Azmin, dalam retreat tersebut beliau dengan tegas menolak jawatan itu.

"Tetapi ini arahan Ketua Umum, arahan parti, saya akur walaupun berat hati saya hendak menerimanya," ujar beliau.

Masalah yang timbul di antara Azmin dengan Khalid digembar gemburkan oleh media, sebagai menunjukkan keretakan dalaman KeADILan yang serius.

Mahupun Azmin ataupun Khalid, tidak menafikan wujudnya perbezaan dalam isu-isu tertentu, tetapi ia hanya membabitkan perbezaan pendekatan, bagaimana yang terbaik untuk memperkukuhkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat.

Keputusan yang dibuat oleh Anwar dengan mengkhususkan tugasan Khalid sebagai MB Selangor, Azmin sebagai pengerusi negeri dan pengerusi Wilayah Persekutuan yang disandang Azmin kepada Dato' Zaid Ibrahim sebagai suatu penyelesaian yang terbaik.

Penganalisis berpendapat isu terbabit dapat diselesaikan dengan lunak dan masing-masing yang didakwa bertelagah, mempunyai tugas dan peranan khusus dan seharusnya lebih fokus.

Dakwaan pertelagahan dalaman KeADILan ini menarik minat bekas MB Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk memberi komen, kononnya ia bukanlah suatu penyelesaian kerana dakwanya, KeADILan ada tiga nakhoda di negeri tersebut.

Khir mendakwa perjalanan parti dan kerajaan tidak dapat berjalan dengan baik kerana wujud individu yang berbeza atas jawatan utama di negeri.

"Buat apa kita hendak ikut Umno, memang kerja depa (mereka) kuasai pengerusi negeri dan kerajaan negeri. Ini pemusatan kuasa yang akan melahirkan diktator sahaja," tegas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Mohd Yusof.

Tegasnya, dalam KeADILan tidak akan wujud diktator kerana mereka menjalankan pentadbiran secara pemuafakatan.

"Khir Toyo tidak payah pertikai Pakatan Rakyat, dia di Selangor pun banyak masalah dalaman Umno yang kelam-kelibut," ujarnya.

Isu ini juga menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

"Apa masalahnya wujud perbezaan jawatan MB dengan pengerusi negeri? Dalam PAS pun semasa kita perintah Perak, MB Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala Pengerusi Perhubungan PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.

"Buat apa kita hendak mengikut cara Umno-BN?" ujarnya. Dengan tegas Ahli Parlimen Shah Alam itu mempertegaskan sokongan PAS untuk terus memperkukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Apa pun keadaan yang berlaku, nampaknya Umno-Barisan Nasional tidak akan henti-henti membuat serangan untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat, khususnya parti KeADILan.

KeADILan, khususnya yang menerajui Kerajaan Negeri Selangor, seharusnya berusaha mengelakkan isu-isu sebegini timbul kerana ianya amat merimaskan rakyat yang menyokong kita.

Abdul Khalid harus lebih fokus dan mesti melaksanakan keputusan yang diarahkan parti, supaya kerajaan negeri ditadbir mengikut acuan Pakatan Rakyat.

Azmin harus lebih berhati-hati, supaya selepas ini sebarang tindakan dan kenyataan beliau, tidak dilihat sebagai suatu penentangan ke atas kepimpinan Khalid.

Dan, terutama sekali Anwar harus melihat isu-isu yang berlaku sebegini, boleh menggugat persepsi rakyat terhadap kepimpinannya, yang mungkin menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di peringkat Persekutuan.

Yang lebih penting, Anwar dan KeADILan sendiri, harus lebih sedar, bahawa banyak lagi 'peluru berpandu' akan dilepaskan Umno-BN menjelang PRU ke-13 nanti.

Kita seharus lebih berhati-hati, supaya hasrat kita untuk memerintah negara selepas PRU ke-13, menjadi realiti bukannya 'mimpi yang tak sudah'./Harakahdaily

PERKOSA JADI BATU API

Posted: 30 Jun 2010 02:19 AM PDT

Edisi pertama PERKASA: Tahan Ka Siong bawah ISA

Jun 30, 10


Hasrat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memiliki akhbar sendiri menjadi kenyataan apabila edisi sulungnya Suara Perkasa yang memfokuskan suara NGO Melayu akan berada dalam pasaran mulai esok.

Timbalan presidennya Datuk Abdul Rahman A Bakar berkata akhbar bersaiz tabloid dua kali sebulan itu akan menjadi wadah bagi mengetengahkan masalah dan kepentingan Melayu selaras dengan matlamat perjuangan mereka.

"Ia bukan seperti akhbar politik," katanya dalam sidang media di pejabat akhbar itu di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Buat permulaan sebanyak 25,000 dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia. Ia dijual dengan harga RM2 di semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak.

Suara Perkasa walaupun baru dilihat bermula 'garang' dengan tajuk muka depannya berjudul "Tahan Ka Siong bawah ISA: Didesak minta maaf atau letak jawatan"./Malaysiakini

AGENDA UMNO MENCARI `KATAK' DI SELANGOR ?

Posted: 30 Jun 2010 01:51 AM PDT

ADUN PKR nafi laporan letak jawatan

Jun 30, 10


ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha kesal kerana namanya telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat ADUN PKR Selangor yang akan mengosongkan kerusi, kononnya kerana membantah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Selain saya, YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), YB Amirudin Shari (Batu Caves), dan YB Shuhaimi Hj Shafiei (Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini turut dikongsi tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini.

"Penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, katanya, beliau meyokong penuh kepimpinan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor.

"Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negeri Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor.

"Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Tan Sri Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri," tambahnya.

Sehubungan itu, Haniza menegaskan taat setianya dan menambah bahawa beliau tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat didokongnya.

"Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini," katanya./Malaysiakini