Selasa, 29 Jun 2010

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU SELANGOR - ULASAN PENCACAI TUA YANG NYANYOK

Posted: 29 Jun 2010 11:01 AM PDT

Apabila membaca Azmin Lawan Khalid -Yang tersurat dan tersirat tulisan A.Kadir Jasin, akhirnya aku terpaksa mengakui inilah tahap tertinggi pemikiran beliau.

Apabila membaca artikel tersebut, maka terjawablah persoalan yang telah lama bersarang dikepala bagaimana beliau dilantik sebagai ketua pengarang NST.

Quote ini menunjukkan betapa tinggi tahap pemikiran A Kdir Jasin.

"Sebaliknya, kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar belum tentu selamat kerana, mengikut laporan media massa, penentangan terhadap beliau masih berterusan. http://kadirjasin.blogspot.com/ "

Pelbagai artikel telah dikeluarkan dan Khalid telah mengaku bahawa dia bukan pemain politik yang popular.....

Setiap warga GUTHRIE mengenali siapa Khalid Ibrahim dan mengakui jasa Khalid kepada GUTHRIE dan PNB. Ramai mengakui betapa hebatnya Khalid Ibrahim sehingga beliau mendapat gelaran TAN SRI atas tiket usahawan bukannya politik.....

Ramai penyokong PR mengenali Azmin dari awal penglibatan beliau dalam KEADILAN. Sentiasa berdiri teguh dibelakang DSAI sehinggakan isteri beliau difitnah mempunyai hubungan sulit dengan DSAI hingga melahirkan anak luar nikah. Beliau sanggup menghadapi ujian DNA bagi membuktikan bahawa tuduhan itu satu fitnah..

Beliau juga sanggup bersengketa dengan adik-adik beliau dalam menegakkan keadilan. Semasa adik-adik beliau diketuai oleh Asmidar terpengaruh dengan wang ringgit hasil umpanan Mahadet... Azmin masih lagi kukuh bersama dengan kepercayaan dan prinsip keadilannya...

Itulah Azmin dan itulah Khalid Ibrahim yang mewakili PR.

Kenapa Kadir Jasin tidak mengatakan betapa UMNO terangganu, kedah, selangor dan beberapa negeri lagi berada didalam kekalutan politik dan kepercayaan kepada pemimpin.

Di Terangganu, Hishamuddin menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri, manakala Mat Said menjadi Menteri Besar... Kenapa tidak pertikaikan.

Di Perlis, Ketua Perhubungan Negeri masih disandang oleh Shahidan Kassim tetapi MBnya ialah Mat Isa..

Dikedah, diletaknya Safie Afdal dari Sarawak menjadi ketua Perhubungan Negeri mengantikan Mahatir Khalid anak tempatan....

Inilah tahap tertinggi pemikiran A Kadir Jasin yang mendapat gelaran datuk atas tiket pengampu Chet Det./Forum Tranungkite

RAJA KATAK KENA HENTAM LAGI, KALI INI UMNO KELANTAN PULA

Posted: 29 Jun 2010 09:36 AM PDT

Jangan hentam tanpa fakta jelas: Pemuda UMNO

KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mengingatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali supaya tidak menghentam sesama sendiri tanpa fakta jelas.

Ketuanya, Anuar Safian berkata, beliau percaya Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menubuhkan Perkasa adalah semata-mata mahu menjadi ikon nasional dan menentukan kemenangannya di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, realitinya Ibrahim tidak lagi mendapat tempat di hati Pas malah UMNO juga belum tentu sekiranya beliau mengambil sikap sedemikian.

"Malahan dengan tindakan beliau yang memutar belitkan isu di sebalik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong seolah-olah beliau menjadi jaguh orang Melayu dalam negara ini.

"Ibrahim harus sedar bahawa selaku orang lama dalam politik, beliau tidak sepatutnya mencari isu murahan seperti itu untuk jadi jaguh.

"Sebaliknya perlu melihat kepada sensitiviti dasar yang hendak dilaksanakan Perdana Menteri dengan konsep 1Malaysia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi penjelasan terhadap isu itu, malah Ka Siong beri penjelasan kepada Pengerusi Pemuda Barisan Nasional berkaitan perkara itu.

"Jadi ia tak perlu lagi dibesar-besarkan. Pemuda negeri bukan hendak campuri isu perbalahan antara beliau dengan Khairy tetapi harus diingat yang majoriti Pemuda seluruh negara berada bersama-sama Khairy," katanya./Sinar

VIDEO - YA ALLAH, KENAPA LA DIA NI DILANTIK JADI TIMBALAN MENTERI?

Posted: 29 Jun 2010 09:04 AM PDT

BETAPA FIRAUN BESAR KULIM INI MENCINTAI UMNO

Posted: 29 Jun 2010 03:04 AM PDT

SEKALI lagi TV3 suku malam tadi menampilkan MP dari Kulim Bandar Baru sebagai pengulas undangan tentang peristiwa politik PKR di Selangor. Maka, tanpa berlengah lagi `firaun besar' Kulim ini pun bercakap gaya seorang lawyer tapi ternampak seperti `loyar buruk' saja. Dia bercerita agak panjang juga sampai dua kali disiarkan wajah `firaun besar' ini dan mengulas benda yang sama.

Semakin lama dia mengulas, semakin nampak seorang `loyar buruk' yang seperti bukan seorang politikus tetapi seperti tikus. Memang beliau ni bersifat seperti tikus, berani menggigit apa saja jika tiada sesiapa di sekelilingnya. Apabila diajak berdebat oleh YB Khalid MP Shah Alam, terzahirlah sifat penikusnya. Di depan TV3 suku, beliau menunjukkan jantannya sehingga terjongket kopiah firaun besarnya itu.

MP Kulim Bandar Baru yang dipecat oleh PKR itu berkata depan TV 3 suku bahawa perlantikan YB Azmin sebagai pemimpin utama PKR di Selangor memberi gambaran MB Khalid tidak lagi diperlukan. Apa ertinya menjadi MB Selangor jika kuasa politik sudah tiada, tambah beliau. Jadi, MB Khalid mesti berundur katanya lagi. Maksudnya, YB Azmin tentunya lebih berkuasa dari MB Selangor dan ini menunjukkan DS Anwar mahu YB Azmin menjadi MB Selangor. Dan, Khalid mestilah sedar isyarat ini. Begitulah andaian si`loyar buruk' yang pernah ditolak oleh PAS itu.

Nampaknya komen dari firaun besar Kulim tersebut bercanggah pula dengan mantan MB Selangor iaitu anak Toyo. Anak Toyo berkata pula, walaupun YB Azmin dilantik mengetuai PKR di Selangor namun yang masih mempunyai kuasa adalah Khalid selaku MB Selangor. Jadi, Khalid masih boleh menentukan projek atau tender kepada kroni-kroninya, kata anak Toyo doktor gigi yang kaya raya itu. Beliau sangka, MB Khalid sama sepertinya yang memelihara kroni seperti memelihara babi apabila menjadi MB Selangor.

Nampaknya komen firaun besar dari Kulim dengan komen doktor gigi yang kaya itu sama sekali bercanggah, walaupun niat masing-masing sama untuk menjahanamkan PR di Selangor.

Kita jangan pelik kenapa firaun besar dari Kulim tidak mahu pula ulas perihal yang sama di Terengganu. Di Terengganu, MB nya adalah Said. Tetapi, siapa yang menerajui Umno di Terengganu? Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu adalah Hishamuddin, orang dari Johor. Jika ikut kata-kata bodoh dari firaun besar, tentulah MB Terengganu Said kena berundur kerana apa guna jadi MB jika kuasa politik di Terengganu dipegang oleh orang lain, bahkan orang itu luar dari Terengganu? Mengapa firaun besar berketayap putih itu tidak mahu ulas?

Jawapannya mudah, ia adalah kerana di Terengganu Umno yang berkuasa, jadi buat apa firaun besar mahu ganggu. Bukankah Umno itu pujaan hatiku?/mandor.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Awas Yahudi Semakin Kukuh Di Malaysia

Posted: 29 Jun 2010 07:23 PM PDT

goldman_sachs

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.
Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa
Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspirasi teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.
Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).
Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,
"It's good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market."
Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika
Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?
Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire-billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?
Apakah penganalisis-penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?
Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?
Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud 'kekayaan' yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud 'Siapa Paling Berkuasa"?
obama_group
(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).
Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Baca Lagi kat sini:  http://ibnuyaacob.com/?p=1517

Kasih Kucing Pada Tuannya

Posted: 29 Jun 2010 02:53 AM PDT


Seekor kucing Uzbekistan bertindak luar biasa apabila menempuh perjalanan sejauh 3218 km selama lebih dua tahun untuk menemui tuannya.

Hairova, pemilik kucing telah berpindah ke Liska, Russia. Dia meninggalkan Karim, kucingnya kepada jirannya bersama bantal dan bekas makanannya. Selepas dua tahun dia menemui kucing itu yang basah dan kelaparan di hadapan rumahnya. Apabila panggilan Karim disebut, kucing itu terus berlari ke arah Hairova.

"Setelah beberapa hari aku pergi, jiranku di Uzbekistan memberitahu Karim menghilang dan tidak pernah pulang," ujar wanita berusia 52 tahun sambil membelai Karim.

Suami Hairova Lev Kondratyez ragu-ragu tentang Karim, kucing mereka. Namun setelah melihat tanda tertentu di badannya, termasuk parut luka di ekornya akibat tersepit pintu, dia yakin itu kucing mereka.

"Dia menggunakan sembilan nyawa untuk menemui kami," ujar Lev Kondratyez bangga.
Sumber : Republika.co.id

kalam Perantau

kalam Perantau


PRK Batu dan Siputeh: Polemik yang disengajakan?

Posted: 29 Jun 2010 05:00 PM PDT

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Tindakan Hakim Mahkamah Tinggi pada 17hb Jun lalu menurunkan denda 6 bulan penjara dan denda RM 3,000 yang dibuat oleh Mahkamah Mejistrate pada Oktober tahun lepas kepada denda RM 2,000 atau 2 bulan penjara telah menjadi polemik baru sama ada kerusi Batu kosong atau pun tidak?

Pertikaian pada masa ini adalah tertumpu pada kesan denda tersebut ke atas kerusi Tian Chua memandangkan Perkara 48 perlembagaan persekutuan menetapkan bahawa kerusi seseorang wakil rakyat boleh dibatalkan oleh mana-mana mahkamah sekiranya didenda "tidak kurang daripada RM 2,000". 

Cadangan mudah Timbalan Speaker Parlimen, jika Tian Chua h masuk penjara selama dua bulan sudah tentu kerusinya selamat sebab hukuman itu adalah denda RM 2,000 atau penjara dua bulan.

Karpal Singh dilaporkan memberitahu media di mahkamah Jalan Duta, pada tahun 1975, Ahli parlimen DAP terpaksa mengosongkan kerusi Menglembu selepas dipenjarakan 6 bulan dan didenda RM 2,000.  Dalam kes Tian Chua, Hakim Mahkamah Tingi, Dato' Ghazali Cha menyebut Tian Chua didenda RM 2,000 atau 2 bulan penjara untuk mengelakkan diadakan pilihanraya kecil parlimen Batu.

Sementara itu beberapa pakar perlembagaan seperti Professor Undang-undang Dr Aziz Bari, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' NH Chan dan peguambela Karpal Singh tetap mengatakan kerusi Parlimen Batu itu mesti dikosongkan jika denda yang dikenakan itu RM 2,000.

Ini jelas dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut seseorang ahli parlimen gugur jika beliau dihukum penjara tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang RM 2,000.  Apa yang hendak dibelit lagi?

Dr Aziz Bari menyebut "dalam kes Tian Chua, dia didenda RM 2,000. Orang biasa yang tidak belajar undang-undang pun tahu maksud 'tidak kurang daripada dua ribu'.. Dan saya pun pelik kenapa soal mengelakkan pilihanraya kecil disebut oleh hakim Dato' Ghazali Cha" 

Bagi Professor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, hakim patut mengelakkan meletakkan mahkamah dalam kontroversi. Bukan kerja hakim untuk mengatakan bahawa pilihanraya kecil patut diadakan ataupun tidak. Kerana kesilapan hakim berkenaan seluruh Negara menjadi kelam kabut.  

Pada saya, sepatutnya dalam kes Tian Chua ini, hakim berkenaan tidak perlu menyebut untuk mengelakka mengadakan pilihanraya kecil atau tidak. Jika beliau tidak mahu pilihanraya kecil diadakan, denda sahaja RM 1,999. Tidak jadi polemik yang berpanjangan.

Tindakan beliau menetapkan RM 2,000 itu lah menyebabkan berlakunya polemik, melainkan beliau hendak perkara ini dipolemikkan walaupun Tian Chua diberikan tempoh selama 14 hari untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggin itu yang menetapkan denda sebanyak RM 2,000 atau 2 bulan penjara atas kesalahan menggigit polis.

Begitu juga dengan satu lagi keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan membuka laluan kepada pilihanraya kecil jika penyandangnya, Datuk Abu Hasan Sarif dari UMNO/BN gagal dalam rayuannya.   

Kedua-dua kerusi ini menjadi polemik, sama ada diadakan pilihnaraya kecil atau tidak di kedua-dua kerusi berkenaan  kerana kedua-dua penyandangnya membuat rayuan dan mahkamah pula mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

Jika keputusan dibuat selepas bulan April tahun depan, bermakna jika kerusi tersebut kosong, pilihanraya tidak perlu diadakan. Ini adalah pilihan yang mungkin ditunggu-tunggu setelah 10 pilihanraya kecil diadakan selepas PRU ke-13 tidak memihak kepada an BN kecuali Batang Ai (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan Hulu Selangor (Selangor) sahaja.

Sebaliknya BN kecundang di Permatang Pauh (Penang), Penanti (Penang), Permatang Pasir (penang), Kuala Terengganu (Terengganu), Bukit Gantang (Perak), Bukit Selambau (Kedah) dan Sibu (Sarawak).

Sebab itu SPR tidak bersedia mengadakan pilihanraya kecil walaupun  beberapa kerusi telah diisytiharkan kosong oleh Speaker DUN seperti Behrang dan Changkat Jering serta Jelapang oleh Speaker DUN Perak sebelum ini. 

Disebalik Rombakan Kepimpinan PKR Selangor

Rombakan kepimpinan PKR Selangor pada hujung minggu lepas sekali lagi mencetus polemik bila Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor mengosongkan kerusi Pengerusi, Majlis Kepimpinan PKR Negeri Selangor dan diambil aliih oleh Azmin Ali, Naib Presiden PKR.

Menjelang beberapa bulan lagi pemilihan kepimpinan PKR, kita tidak pasti apa percaturan politik PKR dan Anwar Ibrahim sendiri dalam hal ini. Media perdana pro BN membuat serangan psikologi kepada rakyat bahawa PR khususnya PKR sedang bergolak dan tidak boleh diberikan pengharapan untuk memerintah.

Apa yang dilakukan oleh PKR ini bukanlah sesuatu yang ganjil dalam percaturan politik. Cuba lihat kepada UMNO yang menjadi tunjang BN. Kepimpinan mereka juga caca-merba. Kenapa tidak lantik Datuk Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu tetapi melantik Datuk Hishamuddin Tun Husein, Naib Presiden UMNO dari Johor sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.     

Sepatutnya bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Khir Toyo yang tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor melihat dahulu kepada kepimpinan UMNO yang caca merba, bukan sahaja di Terengganu yang diperintah oleh UMNO/BN, malah kecelaruan ini merebak kepada negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakartan Rakyat termasuk di Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Pulau Pinang sebelum membuat komen terhadap rombakan kepimpinan PKR Selangor.

Bagi negeri yang dikuasaia Pakatan Rakyat, hanya di Kelantan sahaja UMNO mempunyai pemimpin mereka sendiri untuk menerajui Perhubungan Negeri tersebut. Di Selangor, UMNO terpaksa mendapatkan khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO disebabkan UMNO Selangor telah ketandusan pemimpin yang berwibawa. Begitu juga UMNO Wilayah Persekutuan terpaksa diserahkan kepada Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Pressiden UMNO.   

Manakala Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presden UMNO dihantar menerajui Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Datuk Shafie Apdal pula menerajui Perhubungan UMNO Kedah.  

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah


MB kecewa bumbung stadium runtuh belum dibersih

Posted: 29 Jun 2010 05:04 AM PDT

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said sekali lagi melahirkan rasa kecewa kerana kerja-kerja pembersihan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, masih belum dijalankan.

Sehingga ini, beliau berkata masih belum ada sebarang maklumat berhubung kerja-kerja pembersihan runtuhan itu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Saya tak tahulah, JKR yang buat penilaian dan mengeluarkan tender. Saya difahamkan ramai sangat yang masuk untuk mendapatkan kerja-kerja pembersihan itu sehingga 40 kontraktor.

“JKR ada penilaiannya sendiri melalui lembaga tendernya. Kalau saya, senang saja pilih yang murah untuk jimat kos. Nak nilai apa yang lama sangat sehingga lima dan enam bulan belum selesai lagi. Sayapun rasa malu juga,” katanya selepas majlis penyerahan E-Book kepada pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai kerja-kerja pembersihan bumbung stadium yang runtuh pada 2 Jun tahun lalu masih terbengkalai sehingga kini walaupun laporan kertas siasatan tentang punca kejadian itu diumumkan oleh kerajan negeri April lepas.

Stadium berharga kira-kira RM292 juta itu runtuh setahun selepas ia siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 pada 2008.

Ahmad berkata pada September ini, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan program perhimpunan 40,000 remaja seluruh Terengganu di stadium itu dan sehubungan itu, MB kecewa bumbung stadium runtuh belum dibersih

Beliau berharap kerja-kerja pembersihan dilakukan secepat mungkin.

“Saya dah beritahu supaya buat cepat. Kalau mereka buat kerja betul-betul dalam tempoh sebulan boleh siap dan boleh digunakan untuk perhimpunan remaja berkenaan,” katanya.

Jika kerja-kerja pembersihan runtuhan itu belum juga dilakukan, Ahmad berkata program perhimpunan remaja “terpaksa diadakan di luar stadium itu”.

- Bernama


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isteri Tan Sri yang curang

Posted: 29 Jun 2010 11:00 AM PDT

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun. Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni" "3 kali?" .... Apa yang telah Maria lakukan? ... baca DI SINI

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Khairy Jamaluddin Dipukul oleh Ahli-ahli PERKASA

Posted: 29 Jun 2010 04:48 AM PDT

Sound Direct:Skang ekau dijulang...tak lamo laie...wa ang dijulap...moda la situ... ahahahahahahaa

Berita Harian keluaran hari ini menyiarkan;(ringkasan)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seorang pemimpin muda yang `caca-marba dan dianggap perosak parti selain memalukan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berkata, rakyat dapat menilai sendiri siapa sebenarnya pejuang dan siapa sebenarnya petualang.

KJ (Khairy) adalah seorang pemimpin yang syok sendiri, naik dan kaya kerana bertenggek dan diramal mempunyai masa depan yang muram.... orang macam ini merosakkan parti sendiri, memalukan bangsa sendiri, malah tidak malu pada diri sendiri, katanya mengulas tindakan Khairy menarik balik perkataan `jaguh kampung yang diberi kepada Ibrahim, sebaliknya menggantikannya dengan `gedebe politik.

1.Wah,MP Rembau betul-betul dihentam!

2.Dihentam oleh ejen UMNO itu sendiri iaitu PERKASA.

3.Dituduh sedemikian sekali,memang memedihkan,jadi,dimanakah maruah MP Rembau.

4.Paling menyedihkan,Ketua Pemuda UMNO itu sendiri pasti tidak akan di"back up" oleh Presiden UMNO.

5.Apa sudah jadi dengan perpaduan umat Melayu di dalam UMNO?

6.Inikah dia yang dimaksudkan dengan "Melayu perlu bersatu"?Bersatu apakah ini?Sudah bersatu kemudian bertelagah pula?

7.Amat kelakar apabila mereka yang menyokong UMNO dan atas pagar berkata,"Melayu sama Melayu bergaduh,bangsa lain gelak".Jadi kes sekarang ini,siapa yang akan ketawa?

8.Jangan Dr.M pula yang ketawa,maklumlah,beliau ini masih hidup dan akan sentiasa menjadi penulis skrip dalam politik UMNO dan BN.

9.MP Rembau sedang cuba disingkirkan,mungkin beliau bakal disingkirkan seperti ayah mertuanya,MP Kepala Batas.

10.Lebih sedih,Berita Harian pula yang menyiarkan berita ini,(ahahahahahahahah)bukankah sepatutnya akhbar pro-UMNO ini sepatutnya menutup keretakan dalam UMNO?

Sekian,Wallahu'alam

ABIS KO KERY!!!!!!!!
INI MESTI ADA MAMAK MENGAKU MELAYU LA YG NK HANTAM KO
PADAN MUKO EKAU JANG
MANO LAIE EKAU NAK LARI
HOBING JANG HOBING!!!!
AHAHAHAHAHAHA

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Pendedahan seterusnya, petang ini...

Posted: 29 Jun 2010 07:09 PM PDT

Oleh: Pria Malaya

Terima kasih kepada rakan2 yg mengutus msg dan email..insyaAllah jika tiada halangan, pada petang ini, penulis akan postkan artikel pendedahan mengenai seorang lagi anak angkat Tun Mahathir (bukti bergambar)...

Apa pun, penulis masih sedia menerima komen2 dari sahabat sama ada setuju penulis mendedahkannya, atau cukup sekadar didiamkan sahaja...wallahua'lam..


Anak angkat Tun Mahathir (Mazhar Mahathir) seorang gay??

Posted: 29 Jun 2010 07:32 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Terus terang penulis katakan, penulis tidak pernah mengenali (tak ingin ambil tahu) mengenai anak2 mahathir, terutama yg bernama Mazhar Mahathir, sehinggalah hari ini penulis terserempak dengan artikel pendedahan anak Mahathir ini oleh bro Hanief di laman blognya (hanief.blogspot.com)...

(Terbaru maklumat yg penulis peroleh, beliau merupakan seorang anak angkat Mahathir, bukan anak kandung..berketurunan Pakistan..mohon maaf atas kesilapan...wallahua'lam..)

Rasanya tidak perlu penulis mengulas panjang akan tabiat dan watak seorang anak angkat hasil didikan bekas Presiden Umno ini..jika sebelum ini, korang dah mengenali anak PM1Malaysia Najib secara dekat (boleh baca di sini), hari ini apa kata korang mengenali pula seorang anak angkat yg 'diangkat' dan dijaga oleh bekas Tun dan keluarga...jom ikuti pendedahan dibawah...









http://www.facebook.com/mazhar84



http://www.myspace.com/mazhar



http://profiles.friendster.com/285155

1. Berikut adalah petikan yg diquote dari laman Myspace Mazhar Mahathir
Mazhar's Details
Status: In a Relationship
Here for: Dating, Serious Relationships, Friends
Orientation: Gay



2. Berikut adalah petikan yg diquote dari laman Friendster Mazhar Mahathir
* What I enjoy doing:

Dancing, Listening to music, Singing!! More dancing, Photography, Horse riding, Snow Boarding, SCUBA Diving, Swimming, Cycling, Playing Games on my PC, Playing games on my XBOX, Playing games in my head, Playing games WITH my *head*, Being gay!
People I'm NOT interested in meeting:

1. People who don't put up their picture in their profiles
2. GIRLS I've never met or known (No, I don't want to be friends! NO GIRLS!)
3. Non good looking guys (that's putting it nicely....hahahahaha!) =P
Baca seterusnya 'MORE ABOUT MAZHAR' dibawah..

More About Mazhar

* Interested In:

Dating Men, Relationship with Men, Friends
* Member Since:

May 2003
* Hometown:

Kuala Lumpur
* Mazhar's URL:

http://profiles.friendster.com/mazhar84
* Other education:

Nuri (mase kecik2), Children's House (Tadika), Sek Keb Bukit Damansara (SKBD), Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM), MMU Cyberjaya, ASWARA (Akademi Seni Kebangsaan)
* Affiliations:

KYSER
* What I enjoy doing:

Dancing, Listening to music, Singing!! More dancing, Photography, Horse riding, Snow Boarding, SCUBA Diving, Swimming, Cycling, Playing Games on my PC, Playing games on my XBOX, Playing games in my head, Playing games WITH my *head*, Being gay!
* Favorite Books:

Confessions Of An Economic Hitman, Unspeak, An Unquiet Mind, The Da Vinci Code, Men's magazines, PC magazines, Game magazines, Fashion magazines, Magazines with pretty pictures of people and places in them... that sorta thing.
* Favorite Movies:

Brokeback Mountain! Anchorman, King Kong, The Sound of Music (ALL TIME FAV!), Rambo (How could I forget?!), How High (this is so f***ing funny!!!), Mrs. Doubtfire, (2003) Peter Pan!, Life As A House, A.I. (Artificial Intelligence), Fight Club, Meet Joe Black, Braveheart, Se7en, The Butterfly Effect, Secret Window, American History X and sooo many more!!
* Favorite Music:

Sufjan Stevens, The Postal Service, My Chemical Romance, The Killers, Damien Rice, The Strokes, ATHLETE, Sonic Youth, Peterpan, Starsailor, Scissor Sisters, Kings of Convenience, Deftones, Sigur Ros, Muse, Mew, Coldplay, Oasis, Nirvana, Foo Fighters, Radiohead, Modest Mouse, Stereophonics, Richard Ashcroft, Red House Painters, Groove Armada, Armand Van Helden, Jamiroquai, Daft Punk, Royksopp, Telepopmusik, Fischerspooner, AIR, Underworld, Indie Rock, Disco & House, Latin Jazz, Jazz, AND THE ENTIRE HED KANDI LABEL COLLECTION!!
* Favorite TV Shows:

The 4400, Angels In America! Pingu, Manhunt, Who's Line Is It?, Malcolm In The Middle, Sponge Bob Square Pants, Steven Spielberg's Taken, Queer As Folk, 3rd Rock From The Sun, Survivor, C.S.I, That 70's Show, Frasier, The Simpsons, Friends, Lizzie McGuire, Anything "Star Trek"......sorry, no O.C. ere kakakakaka
* Zodiac Sign:

Capricorn
* About Me:

www.friendster.com/mazhar84
www.myspace.com/mazhar

WHERE IS MY MIND??.... I really have no idea. I'm crazy. Bipolar actually... YAY! =D

"My heart is broke, I have some glue, help me inhale, mend it with you" -NIRVANA-

"I changed my mind so much I can't even trust it,
My mind changed me so much I can't even trust myself..."
-Modest Mouse-

OPERATING INSTRUCTIONS:
*PUSH ME*
*AND THEN JUST TOUCH ME*
*TILL I CAN GET MY... SATISFACTION*
*SATISFACTION, SATISFACTION, SATISFACTION, SATISFACTION*

(please do as suggested)

And if you're curious, it's 6"......
=)

------------------------------------
Most people think they're wierdos but they really arn't. I am wierd, I border on psychotic actually. Wait, I am. Don't let that scare you though! =)
------------------------------------

If I had to describe myself in just one sentence, it would be...

Drugs, sex and.... house music!

LOVE DOESN'T EXIST, JUST LOT'S OF HORNY PEOPLE... thats not so bad when you think about it... =)
------------------------------------
* Who I Want to Meet:

*DRUGS*
*ROCK & ROLL*
*BAD ASS*
*VEGAS HOES*
*LATE NIGHT*
*BOOTY CALLS*
*SHINY DISCO BALLS!!*

....owh, and the Grim Reaper!

People I'm NOT interested in meeting:

1. People who don't put up their picture in their profiles
2. GIRLS I've never met or known (No, I don't want to be friends! NO GIRLS!)
3. Non good looking guys (that's putting it nicely....hahahahaha!) =P
4. People that like to speak the very broken english

++++++++++++++++++

You know wut... I really wanna see all my friends that haven't seen in ages!! =) - http://profiles.friendster.com/285155
Lagi gambar2...









P/s: Paparan diatas adalah diambil dari sumber Haniefblogspot.com..

Penulis masih meninggalkan persoalan (letakkan tanda soal) dlm isu ini krn penulis tidak mengetahui hakikat sebenarnya, maka pendedahan ini masih berstatus 'belum muktamad'..mungkin benar, mungkin tidak..sama ada apa yg dipaparkan diatas adalah palsu, ataupun bukan Myspace/Friendster/Fb kepunyaan Mazhar Mahathir, ataupun telah dihack oleh pihak lain, wallahua'lam..

Diharap pihak berkenaan dapat menjawb persoalan ini seterusnya membersihkan dirinya sekiranya dirinya tidak bersalah..dan jika terbukti tidak benar, maka penulis dgn merendah diri akan memohon maaf kepada pihak terbabit..dan bagi kita, semoga menjadi pengajaran dan pedoman...sesungguhnya iman tidak dapat diwarisi..insyaAllah, sama2 muhasabah diri..wallahua'lam..


PANAS: Lagi ulamak nafi sertai Umno, dakwa muslihat pihak tertentu!

Posted: 29 Jun 2010 01:26 AM PDT



Abdul Wahab Nafi Sertai UMNO

Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.

Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.



"Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.

"Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu," katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.



Sementara itu, Yaakub berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana ada sebahagian daripada mereka yang berada di majlis itu terpedaya dengan mainan politik Shahidan.

Menurutnya, beberapa individu dari Perlis yang hadir dalam majlis itu mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tujuan lain, sebaliknya terperangkap dengan mainan politik bekas Menteri Besar itu.

"Pengaruh Shahidan semakin menurun jadi dia perlu lakukan sesuatu untuk menarik perhatian orang," katanya.

"Sepatutnya, jika mahu berpolitik, berpolitiklah dengan cara baik," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, Abdul Wahab adalah tenaga pengajar di Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), salah sebuah sekolah kelolaan Pas Perlis. -SinarHarian

SIDANG MEDIA 'PENAFIAN SERTAI UMNO'

Penafian menyertai UMNO bersama 40 ulama muda

Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.
Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. "Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami", kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato' Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga "survivor" persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

"Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini", kata beliau dengan nada kecewa.

Ustaz Abdul Wahab Abdullah adalah guru di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), sebuah sekolah kelolaan Badan Perhubungan PAS Perlis. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari Dewan Ulama PAS Perlis.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Ustaz Saleh Adam, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Sdr. Hairy Hasyim, YDP PAS Kawasan Kangar,Ustaz Yaakob Abu Seman, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis dan Cikgu Khoo Yang Chong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis.

Berita Terdahulu:
- BONGKAR: Cerita '40 ulamak masuk Umno' hanya sandiawara Umno/Najib!!

Lesen judi bola: "Umno sendiri lulus, Umno sendiri batal, mana ada baik" - Dr Lee Boon Chye

Posted: 29 Jun 2010 01:19 AM PDT



Boon Chye: UMNO Lulus dan Batal lesen judi sukan

(28 Jun, Ipoh) Naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye berkata, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, ini adalah atas desakan suara rakyat dan kemenangan bantahan rakyat terhadap polisi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak transpirasi dan telus.

Beliau juga berkata, ini jelas menunjukkan bahawa lesen judi sukan adalah hasil ataupun idea UMNO yang memulakan dan memutuskannya, perkara ini bukan diputuskan melalui mesyuarat kabinet ataupun Dewan Rakyat tetapi melalui Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang tidak melibatkan mana-mana parti komponen yang lain.

"Kita boleh melihatkan siapakah yang cuba menggadaikan nasib rakyat dengan cara memperkayakan syarikat-syarikat gergasi."

Beliau berucap sedemikian dalam siri ceramah "Selamatkan Malaysia" di Kampung Baru Kuala Kuang.

Dr Lee juga sebagai Ahli Parlimen Gopeng mengkritik Perdana Menteri bahawa, beliau ingin mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat ketika memelihara seekor kucing, akan tetapi, polisi kerajaan yang menjejaskan hidupan rakyat tidak pernah ditanyakan sesekali pun.

Beliau menambah, Perdana Menteri bukan sahaja tidak berani berhadapan dengan rakyat, tetapi juga tidak berani berhadapan dengan wakil rakyat dengan membawakan isu tersebut kepada perbincangan dalam Dewan Parlimen.

Beliau menyifatkan kerajaan BN terutamanya bawah pimpinan Najib Razak selalunya mengamalkan Flip-Flop Policy yang amat tidak menyakinkan rakyat.